biro komunikasi & informasi -...

12
KOPERASIKU VOL - 20 Koperasi Terunggul Penggerak Sosio-Ekonomi Anggota UNTUK EDARAN KEPADA ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN SAWIT KINABALU SABAH BERHAD SAHAJA LIPUTAN MAT 24 FOKUS & HALATUJU 1

Upload: truongthien

Post on 03-Feb-2018

313 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

KOPERASIKU VOL - 20 Koperasi Terunggul

Penggerak Sosio-Ekonomi Anggota

UNTUK EDARAN KEPADA ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN SAWIT KINABALU SABAH BERHAD SAHAJA

LIPUTAN MAT 24 FOKUS & HALATUJU

1

Page 2: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

MUKA DEPAN

3 Mesyuarat Agung

Tahunan ke 24

PAPARAN

1 Perutusan

Pengerusi

3 Laporan MAT 24

5 Laporan Khas –

Stesen minyak

baru

7 Liputan lain

9 Iklaneka

SUDUT ANGGOTA

Karya & Informasi

Isi Kandungan Perutusan

Pengerusi KKSKSB

Dari Ketua Editor…

Maklum Balas Anda Untuk tujuan penambah baikan &

kualiti buletin, kami mengalu-alukan

komen dan cadangan anda. Komen

dan cadangan boleh di hantar ke:

Tel: 089-778323

Faks:089-750708

Email: [email protected]

Facebook: Koperasi Kakitangan Sawit

Kinabalu Sabah Berhad

1

Assalammulaikum Warahmatullahi Wabarkatuh dan salam 1 Koperasi kepada warga Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad (KKSKSB) yang saya hormati dan kasihi. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya, buletin KOPERASIku edisi ke-20 pada tahun 2014 sekali lagi dapat diterbitkan. Adalah dimaklumkan, bahawa Biro Komunikasi dan Informasi telah berjaya menerbitkan buletin ini walaupun berhadapan dengan komitmen dan kerjaya seharian. Syabas saya ucapkan kepada semua kru-kru biro yang sentiasa berkerja keras dengan mencetuskan idea-idea baru demi mewujudkan suasana lingkungan penerbitan yang berlainan dan bersifat “real time” supaya buletin ini lebih releven dan kontemporari. Tuan-tuan yang dikasihi, saya bagi pihak ketua editor mengajak dan mengalu-alukan agar warga KKSKSB bersama-sama kami untuk memuatkan karya-karya serta idea-idea baru untuk menambahbaik buletin ini. Kami juga turut mewujudkan ruangan iklan yang bertujuan untuk mempromosikan perniagaan, pengenalan, rekreasi atau seumpamanya dengan kos yang berpatutan. Akhir kata, sempena sambutan Tahun Hijrah yang lepas dan Tahun Baru Masihi yang akan menjelang, saya mengucapkan selamat maju jaya dan sukses sentiasa, Insya-Allah. Sekali lagi saya sudahi dengan wassalam dan terima kasih. Ketua Editor, Hj Amirsah Bin Hj Tiksun Biro Komunikasi & Informasi (sesi 2014/2015)

Assalammulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua anggota Koperasi yang dihormati. Syabas dan tahniah kepada kru – kru Biro Komunikasi & Informasi yang telah Berjaya menerbitkan buletin Koperasiku yang ke-20 dengan jayanya. Selaku wakil peneraju KKSKSB, saya dan ALK yang lain berazam untuk bersama-sama mengembling tenaga dan berusaha untuk memajukan koperasi kita ke tahap yang paling tinggi agar terus dapat berdaya saing dan menjana keuntungan yang maksimum. Sehubungan dengan itu, beberapa kaedah telah dirancang dengan teliti dan selaras dengan undang-undang Koperasi akta-akta yang berkaitan. Antara kaedah yang dirancangkan ialah kaedah perkongsian keuntungan, yang mana anggota terlibat secara terus di dalam projek pelaburan yang berstatus pulangan tinggi dan berskala besar. Kaedah ini secara langsung memberikan peluang kepada anggota untuk melibatkan diri di dalam perniagaan yang memberikan keuntungan dan meningkatkan taraf hidup. Pelaburan terbuka kepada anggota untuk projek stesen minyak Smart Stream Resources S/B yang terletak di Taman Sawit adalah salah satu langkah serius yang telah diambil oleh Koperasi selaras dengan moto “Koperasi Terunggul Penggerak Sosio-Ekonomi Anggota”. Sambutan yang menggalakkan dan luar biasa, memberikan keterujaan kepada kami ALK dan pihak Koperasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pelbagai rancangan perniagaan yang lebih maju pada masa akan datang. Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga Ko-op Sawit agar terus memberikan sokongan ke atas apa juga agenda yang dirancang dan memberikan maklum balas yang positif agar projek yang dilaksanakan akan berjalan lancar. Saya bersama barisan kepimpinan yang telah diamanahkan akan terus berusaha untuk meletakkan KKSKSB ke tahap yang tertinggi di Negara ini, Insya-Allah. Selamat tahun baru dan selamat maju jaya. Wassalam dan terima kasih. Tuan Bacho Haji Janse. Pengerusi Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad.

Page 3: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

2

Wahai

KOPERASIKU…

BIRO KOMUNIKASI

& INFORMASI

SESI 2014/2015

Sidang Editorial Buletin ke-20

ANGGOTA LEMBAGA KKSKSB SESI 2014/2015

Dari kiri (Berdiri): En Abdul Halim Alimuddin, Hj Jus Mapela,

En Masdar Mahmud, Hj Amirsah Tiksun & Hj Ismail Mildad

Dari kiri (Duduk): Pn Siti Dagar, Hj Awang @ Ekah Jalani,

Tn Hj Bidin Hassan, Tn Bacho Jansie(Pengerusi),

En Sufri Hajar(Setiausaha),

Hj Jumrah Jakaria(Bendahari) & Cik Suria Muhara Salim

Pengerusi/Ketua Editor

Hj Amirsah Tiksun

Setiausaha/Media Maya

Puttrini Puasa

Media Cetak (Koperasiku)

Sinar Kulau

Media Cetak (Utusan Berita)

Supardi Syamsuddin

Data & Kewangan

Herdawaty Mohd Tamrin

JAWATANKUASA BIRO & SUBSIDIARI KKSKSB SESI 2014/2015

PENGERUSI

KSKSB Sawit Holdings

(Sabah) S/B

Moreasiatravel S/B

Biro

Perkhidmatan

Keanggotaan

Biro

Komunikasi & Informasi

Biro

Pematuhan & Audit

Biro

Projek Pembangunan

Hartanah

Biro

Projek Perladangan

Koop Sawit

Angkut Enterprise

Biro Projek

Pembangunan Perniagaan

Biro Exco Pengurusan

JKAD

PENGURUSAN KKSKSB SESI 2014/2015

KKSKSB

BELUM MENJADI FANPAGE FACEBOOK KKSKSB?

Daftarlah sekarang di www.facebook.com dan klik butang like Pada fanpage KKSKSB

Dari kiri (Berdiri) : Marsiah

Mulawarman, Sinar Kulau, Sarah Ali &

Noor Fazielah Syazwanie

Dari Kiri (Duduk): Puttrini Puasa,

Herdawaty Mohd Tamrin & Sofiah Rajuli

Pejabat KKSKSB St Minyak Balung Dari kiri (Berdiri) : Shaka Subuh,

Asiah Laru & Fadjliaton Ahmad

Dari Kiri (Duduk): Fadjliaton Ahmad,

Asiah Laru & Shaka Subuh

Page 4: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

3

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya serta keizinanNya, sekali lagi

anggota KKSKSB dapat berkumpul di Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 yang telah diadakan di

Promenade Hotel, Tawau pada 21hb Jun 2014. Suasana majlis dimeriahkan dengan kehadiran

anggota seramai 364 orang. Dan buat pertama kalinya di MAT ke-24, KKSKSB menerima

kedatangan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sabah iaitu Tuan Umar

Sarim Bin Saidin.

Perasmian MAT dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan alu-

aluan daripada Pengerusi KKSKSB, Tuan Haji Bidin Hassan , seterusnya ucapan daripada Tuan

Umar Sarim Bin Saidin sebagai jemputan khas dan akhir sekali ucapan dan perasmian majlis

daripada tetamu terhormat Datuk Othman Walat, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu.

Setelah menikmati jamuan pagi dan mendapat pengesahan korum daripada wakil dari Pendaftar

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Encik Ghazali Shafie, Mesyurat Agung Tahunan ke-24

dijalankan dengan rasminya.

Antara intipati utama MAT ke 24 antaranya pembentangan prestasi kewangan

bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 yang dibentangkan oleh Pengerusi KKSKSB, Tn.Hj.Bidin

Hassan. Pengerusi memaklumkan bahawa KKSKSB telah menduduki tempat ke 14 di antara 100

buah koperasi terbaik di seluruh Malaysia. Keuntungan Bersih sebelum cukai (Kumpulan) telah

menurun sebanyak 25% kepada RM167,278 daripada RM208,788 yang diperolehi tahun 2012.

KSKSB-Sawit Holdings (Sabah) Sdn Bhd telah mencatat kerugian sebanyak RM327,035 manakala

Moreasia Travel Sdn Bhd telah mencatat keuntungan sebanyak RM74,028. Bagi Koop Sawit Angkut

Enterprise telah mencatat kerugian sebanyak RM6,016. Perbelanjaan Koperasi pula merekodkan

penjimatan sebanyak 13% berbanding bajet.

Setelah dipersetujui, cadangan pembayaran dividen atas saham adalah sebanyak

10% berjumlah RM70,000 kepada anggota koperasi. Dari aspek anggaran belanjawan 2014 pula,

jumlah pendapatan koperasi yang dianggarkan adalah sebanyak RM2,078,820 manakala jumlah

perbelanjaan pentadbiran dianggarkan sebanyak RM1,100,900. Sejumlah RM 6,230,696 had

maksima pinjaman luar atas pelaburan telah diluluskan. Untuk maklumat lanjut berkenaan butiran

belanjawan bagi tahun 2015, sila rujuk kepada Bahagian Akaun, Ibu Pejabat KKSKSB, Tawau.

Bagi MAT kali terdapat 4 orang ALK yang akan gugur mengikut giliran. Seramai

5 calon yang bertanding tetapi seorang calon telah menarik diri atas sebab tidak dapat menghadirkan

diri. Walaubagaimanapun, proses pengundian tetap dijalankan seperti yang dirancang dan barisan

ALK yang baru adalah terdiri daripada Cik Suria Muhara Salim, Encik Abd.Halim Alimuddin,

Encik Bacho Jansie dan Tuan Haji Jumrah Haji Jakaria. Tahniah diucapkan kepada barisan ALK

yang baru dilantik.

Antara lain cadangan yang dipersetujui dalam mesyuarat kali ini seperti berikut :

Cadangan pembahagian syer pelaburan antara KKSKSB dan anggota dengan nisbah 60:40 dan

anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM2.723 juta.

•Anggaran 60% pelaburan Koperasi – RM1,633,800

•Anggaran 40% pelaburan Anggota – RM1,089,200

•Nilai 1 syer RM500(Jumlah Syer ialah 2,179 syer)

•Maksima setiap anggota ialah 10 syer atau RM5,000

Dengan cara pembahagian syer dibuat berdasarkan untung bersih kemudian

dibahagikan 60% dan 40%, kemudian 40% ini dibahagikan dikalangan pemegang saham yang

melabur. MAT ke 24 melabuhkan tirainya pada jam 1.00 petang dan semua anggota dijemput untuk

menjamu selera dengan hidingan tengahari yang disediakan. Syabas dan tahniah kepada semua AJK

MAT ke-24 yang telah berjaya menganjurkan mesyuarat kali ini. Diharapkan mesyuarat akan

datang akan menarik lebih ramai anggota.

Jumpa lagi di MAT ke 25!

Page 5: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

Sepanjang MAT 24

Grand Ballroom, Promenade Hotel

Tawau

4

Sehingga

bertemu lagi

di

MAT 25…..

Page 6: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

6

Gambar di ambil semasa Mesyuarat Pertama Kick Off Stesen Minyak KO-SAWIT

yang berlangsung di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu pada 11hb November 2014 Telah dihadiri oleh wakil daripada,Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Smart Stream

Resources Sdn Bhd, Petron, Perunding CWE, Lee Kat Architect, EG Engineering, JUBM Sdn Bhd, dan Perunding Eureka.

Projek Stesen Minyak KO-SAWIT yang baru ini adalah

salah satu mercu tanda kejayaan dan pembangunan Koperasi

Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad.

Menggunakan jenama SMART yang dikelolakan oleh Smart

Stream Resources Sdn Bhd sememangnya adalah satu langkah

yang proaktif untuk memperkenalkan jenama baru di Tawau

secara khasnya dan di Sabah secara amnya.

Selain membekalkan bahan petroleum seperti minyak

pelincir kereta dan motosikal, stesen minyak baru KO-SAWIT

juga turut dilengkapi kedai serbaneka yang dikenali sebagai

‘S’Mart’ dan kemudahan bayaran bil setempat.

Stesen minyak KO-SAWIT ini akan mempunyai wajah yang

baru seperti yang dapat dilihat melalui gambaran persektif yang

ceria dan menarik. Jualan bahan bakar petroleum juga dijangka

akan meningkat antara 20 hingga 50 peratus, sekaligus akan

menaikkan pendapatan Koperasi secara amnya.

Bukan itu sahaja, dengan pelaburan secara langsung daripada

anggota Koperasi (Nisbah: 60:40) di dalam pembinaan stesen

ini, maka pendapatan anggota juga dapat ditingkatkan.

Kontraktor yang telah dilantik untuk pembinaan stesen ini

ialah:

EG Engineering Service

No 19-3, Lot 26, Blok D, Tgkt 3

Inanam Business Centre

88450, Kota Kinabalu

Stesen ini dijangka akan siap pada 13hb Mei 2015.

Diharapkan dengan terlaksananya projek yang memberikan

pulangan yang tinggi ini, pada masa akan datang, akan menyusul

lagi projek – projek pembangunan yang menguntungkan dan

mengukuhkan lagi kedudukan Koperasi Kakitangan Sawit

Kinabalu Sabah Berhad sebagai koperasi terbaik di Sabah dan

salah satu koperasi yang terbaik di Malaysia.

Page 7: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

6

Page 8: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

7

Lawatan dari Koperasi

Peneroka Felda Umas 2

Jasamu dikenang…

Pada 27hb September 2014, Koperasi Peneroka Felda Umas 2 telah

mengadakan lawatan ke stesen minyak Sg Balung Koperasi.

Lawatan ini disertai oleh 12 wakil daripada Koperasi Felda dan 1

wakil daripada pihak SKM Tawau. Manakala, pihak Koperasi sendiri

pula terdiri daripada para ALK dan kakitangan.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai

aktiviti perniagaan yang dijalankan di antara koperasi.

Bagaimanapun, fokus utama adalah berkaitan dengan pembukaan

stesen minyak baru Smart Stream Resouces Sdn Bhd.

Didalam lawatan ini, wakil daripada kedua-dua koperasi masing –

masing memberikan ucapan mengenai aktiviti perniagaan yang

dijalankan. Ucapan KKSKSB di sampaikan oleh Tn Bacho Jansie dan

Koperasi Felda disampaikan oleh En Mohamad Bin Bohari.

Semasa lawatan ini berlangsung, dijalankan juga sesi taklimat

mengenai stesen minyak baru Smart Stream Resources S/B yang

disampaikan oleh En Sufri Hajar.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan

makan tengahari. Di harapkan pada masa akan datang, lawatan yang

sebegini akan lebih kerap lagi agar koperasi yang berada sekitar

Tawau akan sama-sama membangun dan berdaya saing.

Beliau merupakan salah satu daripada pengasas Koperasi yang ditubuhkan pada 19hb September 1989. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung, Pengurus, Pengurus Umum dan

Pengurus Besar, beliau telah mentadbir Koperasi selama lebih kurang 25 tahun.

Sepanjang berkhidmat di Koperasi beliau telah berjaya membawa banyak perubahan positif dari segi jumlah

keanggotaan, jumlah modal saham, aktiviti perniagaan yang pelbagai dan banyak lagi.

Kejayaannya terbukti dengan penerimaan beberapa anugerah pencapaian yang berprestij yang diperolehi oleh Koperasi

samada peringkat negeri Sabah mahupun diperingkat nasional. Atas usaha beliau yang gigih, Koperasi dapat bekerjasama

dengan baik dengan semua pihak dan saling bantu membantu untuk mencapai visi dan misi yang disasarkan.

Semoga pada masa akan datang , beliau akan berjaya di dalam apa juga lapangan yang diceburi

Beliau ialah Noor Salleh Hj Tamanong. -Thank you for everything-

Page 9: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

9

Info terkini….

Assalammualaikum dan salam

sejahtera..

Pihak Koperasi telah mewujudkan satu

mekanisma perhubungan yang baru

untuk anggota dan rakan niaganya.

Mekanisma ini di kenali sebagai

Infoblast.

Infoblast adalah satu perkhidmatan

online yang membolehkan pihak

Koperasi menghantar mesej melalui

komputer ke telefon mudah alih anda.

Sehubungan dengan itu, pihak Koperasi

mengalu-alukan kerjasama anda untuk

memberikan nombor perhubungan

mudah alih yang terkini untuk

mendapatkan informasi dan maklumat

pada masa akan datang.

Save Money

on your Car

Petrol Costs

by up to 20%

Step 1 – Make your car / vehicle more efficient -Remove unwanted items from the boot / car -Don’t fill your petrol tank to full -Keep your tyres inflated -Keep your engine tuned and serviced -Use the correct engine oil -Choose the appropriate fuel, only use better fuel if your car is a performance vehicle. Step 2 – Drive more efficiently -Keep your rev counter (the one other than the speedometer) below 2500rpm. -Drive in a high gear -Slow down gradually -Being aware of your surroundings while driving Turn off your engine while waiting at a red signal at a traffic light -Air-conditioning On vs. Window Down Step 3 – Park more efficiently Step 4 – Grab some cashback for your petrol purchases Step 5 – Old-fashioned ways to Save Money -Carpool -Drive during non-peak hours, outside of 7am-9am and 5.30pm-7.30pm on Weekdays

Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and

services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa

Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai

penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang

telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding

dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap

bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir

manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap

peringkat .

Sudahkah anda mendaftar?

Nombor cukai barangan & perkhidmatan

Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad ialah:

001717284864

Saving vs Paying off Your Loan - Which is Better?

Page 10: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

PETRONAS AUTHORISED DISTRIBUTOR:-

TAWAU AREA:-

INLAND BEST SDN BHD (CO. 726177-A)

LOT C48, MEGAH INDUSTRIAL PARK,

KM 6, JALAN TIKU, 91000 TAWAU.

P.O.BOX 60971,

91019 TAWAU, SABAH.

TEL: 089-926028 / 013-8836025

FAX: 089-926025

LAHAD DATU AREA:-

INLAND BEST (LD) SDN BHD

(CO. 901638-D)

MILE 3.5, JALAN SEGAMA,

91120 LAHAD DATU, SABAH.

P.O.BOX 62488,

91128 LAHAD DATU, SABAH.

TEL: 089-888602 / 010-9318379

FAX: 089-886602

Page 11: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

Kami di KKSKSB mengalu alukan penglibatan anggota dan rakan niaga untuk

mengiklankan perniagaan, pengenalan , aktiviti rekriasi dan sebagainya.

Harga adalah berpatutan..

1 muka surat - RM1,500.00

½ muka surat - RM1,000.00

¼ muka surat - RM 600.00

12cm x 6 cm - RM 200.00

6cm x 6cm - RM 100.00

Sila berhubung dengan pihak

KKSKB untuk tempahan ruangan

iklan

TEL: 089-778323/773632

FAX:089750708

Email: [email protected]

PERHATIAN!

Kepada anggota yang berminat memberikan sumbangan

penulisan dan karya, sila hantarkan kepada kami.

Sekiranya karya anda terpilih bayaran akan akan

diberikan. Bayaran adalah seperti berikut:

¼ muka surat = RM30

½ muka surat = RM50

1 muka surat = RM100

Hantarkan karya anda sekarang!!!

Page 12: BIRO KOMUNIKASI & INFORMASI - koperasisawit.comkoperasisawit.com/wp-content/uploads/2015/05/BERITA-1-Buletin.pdf · Akhir kata, sempena sambutan Tahun ... Perasmian MAT dimulakan

Seluruh Ahli Lembaga dan Pengurusan Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu

Sabah Berhad ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015.

Semoga tahun baru ini memberikan lebih banyak pencapaian, kejayaan dan

kesejahteraan kepada semua.

11

2015 Calendar

January February March April Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa

1 2 3 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4

4 5 6 7 8 9 10 8 9 10 11 12 13 14 8 9 10 11 12 13 14 5 6 7 8 9 10 11

11 12 13 14 15 16 17 15 16 17 18 19 20 21 15 16 17 18 19 20 21 12 13 14 15 16 17 18

18 19 20 21 22 23 24 22 23 24 25 26 27 28 22 23 24 25 26 27 28 19 20 21 22 23 24 25

25 26 27 28 29 30 31 29 30 31 26 27 28 29 30

May June July August Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa

1 2 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 1

3 4 5 6 7 8 9 7 8 9 10 11 12 13 5 6 7 8 9 10 11 2 3 4 5 6 7 8

10 11 12 13 14 15 16 14 15 16 17 18 19 20 12 13 14 15 16 17 18 9 10 11 12 13 14 15

17 18 19 20 21 22 23 21 22 23 24 25 26 27 19 20 21 22 23 24 25 16 17 18 19 20 21 22

24 25 26 27 28 29 30 28 29 30 26 27 28 29 30 31 23 24 25 26 27 28 29

31 30 31

September October November December Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa Su Mo Tu We Th Fr Sa

1 2 3 4 5 1 2 3 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4 5

6 7 8 9 10 11 12 4 5 6 7 8 9 10 8 9 10 11 12 13 14 6 7 8 9 10 11 12

13 14 15 16 17 18 19 11 12 13 14 15 16 17 15 16 17 18 19 20 21 13 14 15 16 17 18 19

20 21 22 23 24 25 26 18 19 20 21 22 23 24 22 23 24 25 26 27 28 20 21 22 23 24 25 26

27 28 29 30 25 26 27 28 29 30 31 29 30 27 28 29 30 31