ringkasan aktiviti kkjtmp 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/document/laporan setiausaha...biro...

28
Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019 MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESATUAN KEBANGSAAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN KE 15 22hb Sept 2017 Exco 2017-2019 Presiden En Hamzah Mohamed Timbalan Presiden Hj Anuar Ali Setiausaha Pn Wan Nor Azma Wan Salleh Bendahari En Abdul Rahman Bakar Penolong Setiausaha Cik Liliafiza Md Supian Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian 2 En Mohd Safari Baharudin Biro Sukan & Rekreasi En Mohd Sukor Othman Biro Pembangunan Modal Insan1 En Mohd Zaifulshahren Hj Mansor Biro Pembangunan Modal Insan2 En Nasarudin Othman Biro Kebajikan & Aduan Hj Salehudin Suratman Laporan aktiviti adalah disediakan oleh exco biro masing masing.

Upload: others

Post on 30-Jul-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESATUAN KEBANGSAAN JURUTEKNOLOGI

MAKMAL PERUBATAN KE 15

22hb Sept 2017

Exco 2017-2019

Presiden En Hamzah Mohamed

Timbalan Presiden Hj Anuar Ali

Setiausaha Pn Wan Nor Azma Wan Salleh

Bendahari En Abdul Rahman Bakar

Penolong Setiausaha Cik Liliafiza Md Supian

Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali

Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling

Biro Keahlian 2 En Mohd Safari Baharudin

Biro Sukan & Rekreasi En Mohd Sukor Othman

Biro Pembangunan Modal Insan1 En Mohd Zaifulshahren Hj Mansor

Biro Pembangunan Modal Insan2 En Nasarudin Othman

Biro Kebajikan & Aduan Hj Salehudin Suratman

Laporan aktiviti adalah disediakan oleh exco biro masing – masing.

Page 2: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

Lokasi ,Tarikh Mesyuarat & Kehadiran Exco

Aktiviti

Bilik Mesyuarat Al Haitam, Create JKR, Melaka, 19.10.2015 Semua exco hadir

Penetapan JK induk serta Biro bagi perlaksaan aktiviti.

Pembentangan Usul yang telah dipersetujui semasa BGM yang lepas untuk tindakan susulan

Tempat Bilik Mesyuarat Institut Kanser Negara Tarikh 10.02.2018 @ 3.00pm Exco tidak hadir -Cik Liliafiza Md Supian -En Mohd Sukor Othman

Laporan Perancangan aktiviti Biro Pembangunan Modal Insan

Bagi isu tuntutan Penambahbaikan Skim JTMP, ahli mesyuarat telah sebulat suara menyokong keputusan yang dibuat melalui cabutan minit khas dimana mengekalkan keputusan membawa Kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Bersepadu Juruteknologi Makmal Perubatan ini kepada pihak kerajaan dan exco juga memohon supaya skim ini dimasukkan kedalam 56 skim yang akan dinaiktaraf kepada skim bersepadu kelak. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk membenarkan wakil JKU41 membentangkan kertas cadangan ini di Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Cuepacs di Sarawak pada 13hb Okt 2017.

Kolaborasi 2nd International Conference On Medical Science Technology bersama UNIKL Mestech yang akan diadakan pada 14-15 Nov 2018 . Lokasi yang telah dipilih Hotel Tenera, Bangi. Kesatuan telah diberi peranan dalam jawatankuasa scientific exhibition juga perlu menyediakan tentative program berserta dengan penceramah bagi sub theme 2 : Clinical Laboratory Diagnostic. Mesyuarat susulan akan diadakan pada mac 2018. Pihak kesatuan juga telah bersetuju untuk mengeluarkan bayaran komitmen sebanyak RM20,000.00 bagi tujuan deposit lokasi konferen tersebut.

Lobi Tingkat 2, PDN pada 12.05.2018 @ 10.00am Exco tidak hadir -Hj. Anuar Ali -Cik Liliafiza -En Mohd Sukor -En. Mohd Zaifulshahren -En. Mohd Safari

Laoran aktiviti Biro

Bagi isu tuntutan Penambahbaikan Skim JTMP, kertas cadangan yang melalui BSKB telah diubah suai mengikut keperluan perkhidmatan manakala kertas cadangan yang asal masih lagi dikekal dengan menggunakan saluran Cuepacs.

Page 3: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

Tarikh Mesyuarat & Kehadiran Exco

Aktiviti

Lobi Tingkat 2, PDN pada 08.07.2018 02.00pm Exco tidak hadir -Hj. Anuar Ali -En Abdul Rahman -En Mohd Sukor -En.Mohd Zaifulshahren -En. Nasarudin

Laporan aktiviti biro

Mesyuarat memutuskan agar satu surat iringan terima kasih diatas sokongan JTMP negeri dan juga informasi kesatuan dihantar kepada semua wakil JTMP negeri dan juga wakil kesatuan. Flyer serta borang sumbangan untuk ahli juga turut disertakan bersama.

Dewan Serbaguna CREaTE, Melaka, 27.10.2018 @ 06.30pm Exco tidak hadir -En.Mohd Zaifulshahren -En. Nasarudin

Laporan aktiviti biro dan juga persediaan ICMST 2018

Kesatuan juga telah bersetuju untuk menghantar satu surat cadangan kepada Bahagian Latihan , KKM bagi penganjuran sesi Diploma Lanjutan Makmal Integratif bagi JTMP.

Perancangan aktiviti 2019 -Aktiviti latihan, sukan dan BGM 2019

PDN pada 09.03.2019 09.50am Semua exco hadir

Laporan aktiviti biro Tn Hj Anuar telah pun membentangkan Portal JTMP yang mana menggunakan ip server HRPZ untuk peringkat percubaan. Portal boleh dicapai melalui laman sesawang jtmp.moh.gov.my/jtmp atau 10.127.250.160/jtmp . Laman ini masih perlu banyak input seperti info akademik serta data ahli/jtmp satu Malaysia. Presiden memohon semua exco memberi input supaya portal ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

Page 4: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

LAPORAN BIRO KEAHLIAN

KEAHLIAN KKJTMP PADA 24.06.2019

Jadual A.

Bil Negeri 15 Nov 2015 28 ogos 2017 % 24 Jun 2019 %

1 Perlis 37 42 13.51 61 45.24

2 Kedah 125 180 44.00 229 27.22

3 P.Pinang 69 114 65.22 181 58.77

4 Melaka 44 75 70.45 86 14.67

5 N. Sembilan 53 106 100.00 164 54.72

6 Selangor 164 256 56.10 355 38.67

7 Perak 148 320 116.22 403 25.94

8 Johor 129 170 31.78 227 33.53

9 Pahang 101 102 0.99 184 80.39

10 Kelantan 164 172 4.88 190 10.47

11 Terengganu 70 155 121.43 216 39.35

12 w/KL/Pjaya 176 239 35.80 300 25.52

TOTAL 1280 1931 2596

PERATUSAN PENINGKATAN KEAHLIAN MENGIKUT TAHUN LAPORAN

LAPORAN A.

Jadual di atas menunjukkan jumlah keahlian bagi tempoh 5 tahun dengan 3 tarikh laporan audit

keahlian yang telah dijalankan iaitu pada 15 November 2015, 28 Ogos 2017 dan 24 Jun 2019.

Laporan audit telah dijalankan dengan kalaan 2 tahun sekali (Carta A). Walau bagaimanapun, oleh

kerana BGM ini dijalankan sebelum mencapai suku ke empat bagi tahun 2019 menyebabkan jumlah

keahlian sebenar pada 2019 adalah dianggap tidak berapa tepat (Jadual A). Melalui jadual ini boleh

dikatakan bahawa setiap negeri mempunyai peningkatan keahlian memberansangkan bagi tempoh

5 tahun sehingga tarikh BGM ini dijalankan. Dengan pertambahan keahlian diantara 1 ke melebihi

100% boleh dikatakan bahawa usaha yang dijalankan oleh setiap wakil kesatuan negeri adalah

berjaya (Jadual A). Melalui jadual dan graf diatas, beberapa pencapaian yang membanggakan telah

direkodkan bagi beberapa negeri bagi tahun 2017 iaitu Negeri Terengganu, Perak dan Negeri

Sembilan dengan peningkatan jumlah keahlian melebihi 100% (Jadual A). Bagi tempoh 2017

sehingga tarikh akhir audit keahlian ini dijalankan, setiap wakil kesatuan negeri didapati telah dapat

mengekalkan usaha dengan pertambahan keahlian direkodkan melebihi 10% (setakat 24 Jun 2019).

Majoriti peningkatan keahlian negeri adalah diantara 10 ke 80% dan dijangka akan terdapat

peningkatan diantara 40 ke 60% lagi pada akhir suku keempat 2019 bagi setiap negeri.

Page 5: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

Jadual B

Bil Negeri 24 Jun 2019 %

1 Perlis 61 2.3%

2 Kedah 229 8.8%

3 P.Pinang 181 7.0%

4 Melaka 86 3.3%

5 N. Sembilan 164 6.3%

6 Selangor 355 13.7%

7 Perak 403 15.5%

8 Johor 227 8.7%

9 Pahang 184 7.1%

10 Kelantan 190 7.3%

11 Terenganu 216 8.3%

12 w/KL/Pjaya 300 11.6%

TOTAL 2596 100.0%

KEAHLIAN DISETIAP NEGERI SEHINGGA JUN 2019

LAPORAN B.

Jadual dan carta di atas menunjukkan taburan rekod keahlian di antara negeri di mana peratusan

tertinggi keahlian terdapat di negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya/Kuala

Lumpur (Carta B). Walau bagaimanpun, jadual di atas tidak menunjukkan keadaan sebenar

keupayaan keahlian Kesatuan oleh kerana ia hanya menunjukkan taburan keahlian dan peratusan

sahaja (Jadual B). Ini adalah kerana taburan keahlian hanya menunjukkan jumlah ahli di setiap negeri

tetapi tidak menunjukkan keahlian sebenar berbanding jumlah JTMP yang terdapat disetiap negeri

dan masih aktif (bertugas) (Carta B). Penting dalam menunjukkan keahlian berbanding JTMP yang

masih aktif dan bertugas oleh kerana ianya mencerminkan capaian sebenar anggota yang masih

belum menjadi ahli kesatuan.

Page 6: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

Jadual C

Bil Negeri Keahlian BIL. JTMP DI NEGERI %

1 Perlis 61 76 80.26

2 Kedah 229 354 64.69

3 P.Pinang 181 278 65.11

4 Melaka 86 204 42.16

5 N. Sembilan 164 280 58.57

6 Selangor 355 660 53.79

7 Perak 403 530 76.04

8 Johor 227 560 40.54

9 Pahang 184 379 48.55

10 Kelantan 190 398 47.74

11 Terenganu 216 273 79.12

12 w/KL/Pjaya 300 803 37.36

TOTAL 2596 4795

PERBANDINGAN JUMLAH ANGGOTA DAN AHLI DI SETIAP NEGERI

LAPORAN C DAN KESIMPULAN.

Di atas adalah jadual yang terpenting di antara jadual dan carta yang telah di kemukakan. Jadual di

atas menerangkan akan tahap sebenar capaian jumlah anggota berbanding anggota yang telah

menjadi ahli di setiap negeri (Jadual C). Di mana, setakat tarikh laporan ini dikeluarkan terdapat 7

negeri telah mencapai keanggotaan melebihi 50% dan 3 negeri melebihi 70% keanggotaan (Carta C).

Jumlah keahlian yang tinggi (melebihi 50%) dari majoriti negeri yang dilaporkan ini menunjukkan

usaha menarik keahlian anggota yang berjaya diantara negeri-negeri berikut. Walau bagaimanpun,

keahlian yang dibawah 50% (4 negeri)bukanlah dianggap suatu kegagalan(Jadual C). Tetapi beberapa

aspek perlu diberi perhatian sebelum analisis berkenaan keahlian negeri-negeri tersebut dapat

dikeluarkan. Timbul juga persoalan berkenaan keahlian dari beberapa negeri utama, sebagai contoh

: W.P KL dan Putrajaya dimana terdapat jumlah anggota yang tinggi tetapi keahlian yang amat

rendah. Walau bagaimanapun, perlu untuk disahkan dahulu jumlah anggota sebenar di setiap negeri

berikut bagi membantu analisis yang tepat untuk dikeluarkan (Jadual C). Keahlian anggota juga boleh

dipengaruhi oleh keadaan sosio politik dan persekitaran anggota. Perubahan arahan pengurusan,

tekanan kerja dan masalah berkaitan urusan kerja adalah antara penyebab yang menentukan

pertambahan atau pengurangan anggota. Keperluan meningkatkan keanggotaan disetiap negeri

adalah amat kritikal dalam memperolehi mandat bagi membawa setiap usul. Penting bagi setiap

exco negeri dan AJK Teknikal JTMP negeri dalam meningkatkan jentera bagi menambah keahlian.

Peningkatan peratusan keahlian membolehkan untuk Kesatuan membawa suara dan idea dalam

meningkatkan profesion JTMP secara lebih berkesan.

Disediakan Oleh Pn Tan Kim Ling & En Muhamad Safari

Page 7: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

LAPORAN BIRO MODAL INSAN

Antara tugas biro Modal Insan adalah merancang, melaksanakan dan menyelia kursus atau bengkel

yang di anjurkan oleh Kesatuan Kebangsaan Juruteknologi Makmal Perubatan (KKJTMP).

Setiap negeri di Semenanjung telah dipecahkan mengikut zon, supaya agihan peruntukan dapat

dikumpulkan dan digunakan dengan sebaiknya. Pecahan negeri mengikut zon adalah seperti berikut:

i). Zon Utara- Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

ii). Zon Tengah- WPKL, Selangor dan Putrajaya

iii). Zon Timur- Kelantan, Terengganu dan Pahang

iv). Zon Selatan- N. Sembilan, Melaka dan Johor

Setiap negeri telah diperuntukan sebanyak RM2000 sepenggal untuk melaksanakan kursus atau

bengkel sepertimana belanjawan yang telah diluluskan dalam mesyuarat agong dwi tahunan 2017-

2019. Maka dengan itu jumlah peruntukan adalah berbeza bagi setiap zon dengan peserta di hadkan

kepada ahli KKJTMP sahaja.

Berikut adalah zon yang telah menggunakan peruntukan tersebut:

i). Zon Tengah (16/12/2017) Kursus dijalankan di Pusat Darah Negara.

ii). Zon Utara (12-14/4/2018) Kursus dijalankan di ILIM, Besut

iii). Zon Selatan (20-22/4/2018) Kursus dijalankan di N. Sembilan

iv). Peringkat Negeri Selangor (13-14/8/2018)

v). Zon Timur tidak dapat di laksanakan pada penggal 2017-2019 kerana masalah kekurangan fasiliti

yang sesuai dan murah. Dicadangkan supaya peruntukan kursus/ bengkel dibawa ke penggal 2019-

2021 untuk dilaksanakan.

vi). Peringkat Kebangsaan (26-28/10/18)

Dijalankan di AKEPT, Melaka

Page 8: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

vii). Kolabrasi Konferen Saintifik Perubatan

Buat julung kali KKJTMP telah menjalinkan kerjasama untuk menganjur International Conferens

Medical Science and Technology (ICMST) bersama pihak UNIKL di Bangi pada 14-15/11/2018. Banyak

journal dan poster dibentangkan pada konferen tersebut. Semua pegawai Kesatuan memperoleh

pengalaman yang sangat berharga kerana telah terlibat secara langsung dengan penganjuran dan

pembentangan journal serta poster.

Saya selaku exco yang memegang potfolio Biro Modal Insan memohon maaf di atas sebarang

kekurangan dan kelemahan sepanjang memegang amanah dan tanggungjawab dari tahun 2017

hingga 2019.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd ZaifulShahren b. Hj. Mansor

Page 9: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

LAPORAN BIRO SUKAN DAN REKREASI

Futsal Kebangsaan JTMP (15/9/2018)

Penganjur: Urusetia Negeri Selangor

Tempat: Ampang, Selangor

Juara: Terengganu

Naib Juara: Kedah

Badminton Kebangsaan JTMP (24/11/2018)

Penganjur: Urusetia Negeri Terengganu

Tempat: Marang, Terengganu

Juara Lelaki Berpasukan: Kelantan

Naib Juara Lelaki Berpasukan: Sarawak

Juara Beregu Wanita: Sabah

Naib Juara Beregu Wanita: Terengganu

Bowling Kebangsaan JTMP (25/11/2018)

Penganjur: Urusetia Negeri Terengganu

Tempat: Kuala Terengganu

Juara Pasukan: Pahang

Naib Juara Pasukan: Selangor

Sekian laporan dari saya.

En Mohd Shukor

Exco Biro Sukan dan Rekreasi

Page 10: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

LAPORAN PEMBERIAN SAGUHATI

Biro Kebajikan Kesatuan JTMP bagi Penggal 2017 – 2019

a) Sumbangan kepada waris yang telah meninggal dunia

Bil Nama No. Ahli Tempat bertugas Jumlah Sumbangan ( RM )

1 Mazlah bt Abdullah 907 Hospital Sg Buloh Selangor 200

2 Mohd Faisal bin Badri 2388 Hospital Kampar, Perak 200

3 Maziyah bt Yusof 1654 PKD Dungun, Terengganu 200

4 Roshamimi bt Mohd Noor 2327 Hospital Putrajaya, WP 200

Jumlah RM 800

b) Sumbangan kepada ahli bagi pasangan yang meninggal dunia

Bil Nama No. Ahli Tempat bertugas Jumlah Sumbangan ( RM )

1 Suhainizah bt Mohd Shuib 3713 Hospital Teluk Intan 100

2 Sajiri bin Saleh 1760 Hospital Alor Star 100

3 Siti Mariam bt Mohd Hatta 3836 PKD Kuala Selangor 100

4 Nor Azilawati bt Noruddin 2952 IMR Kuala Lumpur 100

5 Zaiton bt Jaafar 754 Hospital Tuanku Fauziah, Perlis 100

6 Roslan bin Alias@Mokhtar 2970 Hospital Melaka 100

7 Anita bt Wahab 2621 Kesihatan Primer, Perlis 100

Jumlah RM 700

c) Sumbangan bagi ahli yang menerima rawatan di wad lebih 3 hari.

Bil Nama No. Ahli Tempat bertugas Jumlah Sumbangan

( RM )

1 Mohamad Safri bin Yuob 2836 Hospital Tuanku Fauziah, Perlis 50

Jumlah RM 50

Page 11: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

d) Sebanyak 100 cendermata persaraan ( Jam Dinding) telah diedarkan kepada bekas ahli melalui

wakil – wakil negeri. Senarai pesara diperolehi daripada maklumat wakil negeri dan Ketua Profesion

Negeri.

Bil Negeri Bilangan Plak Rujukan

1 Perlis 4

Pn.Norazlinda Kamarudin- KK Kangar

2 Kedah 15 En.Jais bin Marzuki - JKN Kedah

3 Pulau Pinang 14 Pn.Maizatul Akma - KK Jalan Perak

4 Perak 12 Pn Tan Kim Ling - MKA Ipoh

5 Selangor (10) + MKAK Sg Buloh (2) 12 Hj Salim bin Ahmad -H.Sg Buloh

6 JKWP- HKL (6 ) + IKN (1) 7

Pn.Lau ( HKL ) & MLT Pn.Shahila -IKN

7 Negeri Sembilan 3 En.Rahman bin Bakar - JKN.9

8 Melaka 2 En.Rahman bin Bakar - JKN.9

9 Johor 11

Hj Hamdi melalui wakil KK Batu Pahat

10 Pahang 2 En.Hamzah bin Mohamad

11 Terengganu 5 Roselina - HSNZ K.Terengganu

12 Kelantan 13 Hj Anuar Ali - HRPZII Kota Bharu

100

Disediakan oleh

Tn Hj Salehudin Suratman.

Page 12: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

LAPORAN BIRO KKJTMP SEESI 2017-2019

Nama :Ts Anuar bin Ali

Jawatan Hakiki : JTMP U38

Tempat bertugas: Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kota Bharu

Biro KKJTMP : Biro Pembangunan Organisasi

Assalamualakum w.b.t

Terlebih dahulu marilah kita mengucap syukur kehadrat Allah, atas limpah kurnianya. Mudah-

mudahan penerbitan portal rasmi KKJTMP kali ini dapat memberi manfaat kepada semua JTMP

seluruh Negara.

Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam memacu pembangunan kerjaya JTMP , perkara paling asas

adalah untuk memantapkan sahsiah JTMP sehingga sampai ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Justeru, di sinilah saya menyeru kepada semua JTMP perlu fokus dalam mengembleng usaha bagi

merealisasikan Wawasan KESATUAN JTMP, berpaksikan dasar bertolak ansur serta meletakkan

kecayaan kepada mereka yang telah diamanah untuk menlaksana tugas tugas yang diamanahkan.

Setiap perkara yang membuahkan manfaat dan kebaikan yang berpanjangan tidak mungkin datang

bergolek tanpa melalui jalan yang berliku, bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan

dapat sagunya.”

Oleh itu, sebagai JTMP kita harus bersifat waja di samping memperkukuhkan perpaduan dan jati diri

agar dapat meningkatkan keupayaan diri untuk terus mendokong kejayaan dan ini telah terbukti

dengan melahirkan impak yang berkesan serta mendatangkan kepuasan kepada pelanggan iaitu

pesakit, serta secara langsung ia memberi suntikan besar kepada pegawai Kesatuan untuk berkerja

dengan lebih gigah.

Namun yang demikian, JTMP tidak boleh lari dari berhadapan dengan ancaman-ancaman dan

cabaran-cabaran sama ada dari dalam ataupun luar yang berpotensi untuk mengancam kejayaan yang

bakal di nikmati. Cabaran sebegini hanya mampu ditangani oleh JTMP yang bermoral dan beretika,

serta teguh berpegang kepada nilai agama, mempunyai jati diri yang tinggi, berfikiran luas, berani,

yakin, bijaksana dan dinamik. Sifat-sifat sebegini perlu ada pada kita semua kerana kita bukan sahaja

perlu bijak dalam menganalisis sesuatu masalah sedia ada, tetapi pada masa sama dapat mengenal

pasti dan menjangka pelbagai masalah yang bakal timbul lalu membina pendekatan ke arah

penyelesaian masalah tersebut.

Page 13: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

2. PEMBANGUAN PORTAL RASMI KKJTMP

i. Portal rasmi KKJTMP telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Presiden.

ii. Kelulusan Domin IP(10.127.250.160) oleh KKM pada 25.05.2019 sebagai aplikasi server .

iii. Alamat URL Portal rasmi KKJTMP adalah http://jtmp.moh.gov.my/jtmp/

3. MODUL YANG DISEDIAKAN

i. Awam (Public)

ii. Warga JTMP (Perlu register)

iii. Ahli KKJTMP (Perlu register sebagai ahli KKJTMP)

Page 14: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

4. MODUL ABM

i. Aktiviti pemilihan akan dibuka untuk pemilihan pegawai kesatuan pada tarikh tertentu.

ii. Ahli dapat memilih pegawai kesatuan secara online.

iii. Pengiraan kertas undi secra auto oleh sistem oleh pegawai yang diberi mandat sebagai pengira

undi

5. STATISTIK /DATABASE

Page 15: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian

i. Sistem portal dapat menyediakan pengkalan data untuk kegunan kesatuan dan KKM

6. AUDIT TRAIL

i. Dalam ABM setiap aktiviti akan direkodkan

Page 16: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 17: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 18: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 19: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 20: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 21: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 22: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 23: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 24: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 25: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 26: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 27: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian
Page 28: Ringkasan Aktiviti KKJTMP 2017 - 2019jtmp.moh.gov.my/jtmp/images/Document/Laporan Setiausaha...Biro Pembangunan Organisasi Tn Hj Anuar Ali Biro Keahlian 1 Pn Tan Kim Ling Biro Keahlian