laporan program health-preneur...

7
LAPORAN PROGRAM HEALTH-PRENEUR 2017 Tarikh : 17 28 September 2017 Tempat : Foyer Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) dan Bilik Seminar 1 FPTP Semua ahli Kelab Pengeluaran dan Operasi (PROPC) telah berjaya melibatkan diri dalam program Heath-Preneur 2017 termasuk pensyarah penasihat kelab iaitu Dr. Fadillah binti Ismail. Program ini dimulakan dengan majlis perasmian yang diadakan di foyer FPTP pada 17 september 2017 pada jam 8.30 pagi. Program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohammad AFiq Afdal bin Johani selepas bacaan giliran penasihat kelab untuk memberi ucapan dan akhir sekali ucapan dan perasmian oleh ketua jabatan JPPO Dr. Nor Aziati binti Abdul Hamid. Gimik perasmian dilakukan selepas perasmian oleh ketua jabatan JPPO dengan menarik riben bunting program. Majlis bersurai jam 9.30 pagi. Pada 18 september 2017, hari pertama pembukaan jualan buku terpakai (preloved). Sambutan pada hari pertama amat baik kerana terdapat ramai pelajar yang datang melihat buku-buku tersebut dan ada yang membeli buku yang diperlukan. Antara buku yang dijual adalah buku subjek universiti seperti Pengajian Islam, Kenegaraan, Hubungan Etinik dan lain-lain. Terdapat juga buku-buku subjek fakulti seperti Forecasting, Project Management, Research Methodology dan lain-lain serta novel. Antara buku yang banyak dibeli oleh pelajar adalah buku Ekonomi, Hubungan Etnik, dan Pengajian Islam. Jualan ini berterusan dari 18 september 2017 sehinggan 28 september 2017. Pada 19 september 2017, berlangsung program Al-Ikhsan Entrepreneur Talk yang bertempat di bilik seminar 1 FPTP. Program ini berjalan pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Kira-kira 80 orang pelajar yang hadir untuk sesi perkongsian ilmu ini. Selain itu, program ini turut disertai oleh penasihat kelab Prop-C dan ketua jabatan JPPO. Perkongsian ini disampaikan oleh Corporate social responsibility (CSR) Al-Ikhsan. Dalam sesi perkongsian ini mereka mengajukan beberapa soalan untuk para peserta program dan setiap jawapan yang betul akan dihadiakan voucer Al-Ikhsan sebanyak RM50 seramai 8 orang peserta menerima voucer tersebut. Program ini memberi pendedahan tentang rahsia kejayaan Al-Ikhsan. Selepas program tamat, para VIP diiring ke meja makan untuk menjamu selera dan para peserta juga turut disediakan makanan. Selepas program ahli Prop-C bersama-sama mengemas bilik seminar 1 FPTP dan kemudian bersurai.

Upload: ngokhanh

Post on 22-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM HEALTH-PRENEUR 2017

Tarikh : 17 – 28 September 2017

Tempat : Foyer Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) dan Bilik

Seminar 1 FPTP

Semua ahli Kelab Pengeluaran dan Operasi (PROPC) telah berjaya melibatkan diri

dalam program Heath-Preneur 2017 termasuk pensyarah penasihat kelab iaitu Dr. Fadillah

binti Ismail. Program ini dimulakan dengan majlis perasmian yang diadakan di foyer FPTP

pada 17 september 2017 pada jam 8.30 pagi. Program ini dimulakan dengan bacaan doa

oleh saudara Mohammad AFiq Afdal bin Johani selepas bacaan giliran penasihat kelab

untuk memberi ucapan dan akhir sekali ucapan dan perasmian oleh ketua jabatan JPPO Dr.

Nor Aziati binti Abdul Hamid. Gimik perasmian dilakukan selepas perasmian oleh ketua

jabatan JPPO dengan menarik riben bunting program. Majlis bersurai jam 9.30 pagi.

Pada 18 september 2017, hari pertama pembukaan jualan buku terpakai (preloved).

Sambutan pada hari pertama amat baik kerana terdapat ramai pelajar yang datang melihat

buku-buku tersebut dan ada yang membeli buku yang diperlukan. Antara buku yang dijual

adalah buku subjek universiti seperti Pengajian Islam, Kenegaraan, Hubungan Etinik dan

lain-lain. Terdapat juga buku-buku subjek fakulti seperti Forecasting, Project Management,

Research Methodology dan lain-lain serta novel. Antara buku yang banyak dibeli oleh

pelajar adalah buku Ekonomi, Hubungan Etnik, dan Pengajian Islam. Jualan ini berterusan

dari 18 september 2017 sehinggan 28 september 2017.

Pada 19 september 2017, berlangsung program Al-Ikhsan Entrepreneur Talk yang

bertempat di bilik seminar 1 FPTP. Program ini berjalan pada jam 10 pagi dan tamat pada

jam 12 tengah hari. Kira-kira 80 orang pelajar yang hadir untuk sesi perkongsian ilmu ini.

Selain itu, program ini turut disertai oleh penasihat kelab Prop-C dan ketua jabatan JPPO.

Perkongsian ini disampaikan oleh Corporate social responsibility (CSR) Al-Ikhsan. Dalam

sesi perkongsian ini mereka mengajukan beberapa soalan untuk para peserta program dan

setiap jawapan yang betul akan dihadiakan voucer Al-Ikhsan sebanyak RM50 seramai 8

orang peserta menerima voucer tersebut. Program ini memberi pendedahan tentang rahsia

kejayaan Al-Ikhsan. Selepas program tamat, para VIP diiring ke meja makan untuk menjamu

selera dan para peserta juga turut disediakan makanan. Selepas program ahli Prop-C

bersama-sama mengemas bilik seminar 1 FPTP dan kemudian bersurai.

Program ketiga dalam program Helath-Preneur 2017 adalah program derma

darah.program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 september 2017

bermula jam 9 pagi. Pada 25 september 2017 derma darah dijalankan oleh Hospital

Sultanah Nora Ismail dan pada 26 september 2017 derma darah diadakan oleh Hospital

Pakar Sultanah Fatimah. Pada hari pertama kami telah menerima lawatan dari Timbalan

Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Dr. Md. Asrul Nasid Bin Masrom dan diiringi oleh ketua

jabatan JPPO ke lokasi program derma darah. Pada hari kedua kami menerima lawatan dari

ketua jabatan JPPO dan penasihat kelab Prop-C. Sambutan yang baik kami terima pada

kedua-dua hari program tersebut.

Ucapan perasmian dari ketua jabatan (JPPO)

Dr. Nor Aziati Binti Abdul Hamid

Gimik perasmian dan bunting program

Sebelum majlis perasmian bersurai

Kunjungan pelajar ke program jualan buku terpakai

Ahli Prop-C bertugas mencatat harga buku

Program Al-Ikhsan Entrepreneur Talk

Program Al-Ikhsan Entrepreneur Talk

Sesi soal jawab

Lawatan dari Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Dr. Md. Asrul Nasid Bin Masrom

Pemeriksaan tekanan darah

Hari kedua derma darah

Hari kedua derma darah

Hari kedua derma darah