biro kredit - bankinginfo.com.my · biro kredit di malaysia telah ditubuhkan di bawah akta bank...

20
Biro Kredit MAKLUMAT AM Biro Kredit Program pendidikan pengguna oleh:

Upload: others

Post on 12-Oct-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

Biro Kredit

M A K L U M AT A M

Biro Kredit

Program pendidikan pengguna oleh:

Page 2: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

1 Pengenalan

2 Peranan Biro KreditApakah jenis maklumat tentang

diri anda yang disimpan oleh Biro Kredit?

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)?

3 Jenis-jenis laporan kredit

4 Perihal kerahsiaan maklumatMendapatkan laporan kredit

6 Mengesahkan maklumat pada laporan kredit

8 Soalan yang sering ditanya

13 Pertanyaan

14 Glosari

15 Lampiran I

kan

du

ng

an

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumatlengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidakseharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihatguaman.

Tarikh: 21 Januari 2003

Page 3: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

Pengenalan

Apabila anda memohon pinjaman daripada sebuah institusi kewangan,institusi kewangan tersebut akan melaksanakan proses penilaian kredit keatas anda. Ini mungkin merangkumi semakan latar belakang yang dilakukandi pelbagai sumber. Satu daripada sumber maklumat ini ialah Biro Kredityang menyimpan maklumat mengenai sejarah kredit anda.

Buku kecil ini menerangkan peranan dan operasi Biro Kredit dan bagaimanaanda boleh menggunakannya untuk memperolehi maklumat kredit mengenaidiri anda.

Institusi kewangan menjalankan

penyemakan latarbelakang

terhadap bakal peminjam sebelum keputusan

pemberian pinjaman dibuat

Page 4: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

Seandainya anda meminjam wangdaripada institusi kewangan ataumemegang kad kredit yang dikeluarkanoleh institusi kewangan, maklumatmengenai diri anda dan pinjaman andaseperti berikut akan disimpan oleh Biro Kredit:

Butir-butir peribadi seperti nama, nomborkad pengenalan dan alamat

Butir-butir terperinci tentang akaun kreditanda seperti jenis kemudahan kredit, hadkredit, baki belum jelas, pengendalianakaun dan status tindakan undang-undang(jika ada)

APAKAH YANG DIMAKSUDKANDENGAN SISTEM MAKLUMAT RUJUKANKREDIT PUSAT (CCRIS)?

Maklumat kredit yang dikumpulkan olehBiro Kredit semuanya disimpan dalam satusistem pangkalan data berkomputer yangdikenali sebagai CCRIS. CCRIS memprosesdan menyusun semula maklumat kreditdalam bentuk laporan kredit yang tersediauntuk dibekalkan kepada anda atauinstitusi-institusi kewangan jika diminta.

PERANAN BIRO KREDIT

Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan dibawah Akta Bank Negara Malaysia 1958.Biro ini diuruskan oleh Bank NegaraMalaysia dan mula beroperasi sejak 1982.Biro Kredit mengumpul maklumat kreditmengenai para peminjam daripadainstitusi-institusi kewangan dankemudiannya menawarkan maklumatkredit yang dikutip ini balik kepadainstitusi-institusi kewangan. Biro Kreditadalah dilarang daripada mengutipmaklumat mengenai para pendeposit.

Maklumat yang terkandung di Biro Kreditboleh membantu institusi kewangan untukmembuat keputusan pemberian pinjamanberasaskan maklumat lengkap dalam masayang lebih tepat.

APAKAH JENIS MAKLUMAT TENTANGDIRI ANDA YANG DISIMPAN OLEH BIROKREDIT?

Biro Kredit menyimpan maklumat yangbersifat fakta mengenai para peminjamyang sebahagian besarnya diperolehidaripada institusi-institusi kewangan.

2

Apabila institusiperbankan

memberi pinjaman,mereka akan

menghadapi risiko

peminjamgagal

membayar

Page 5: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

3

Nama Laporan

Ringkasan Laporan Kredit

Laporan Kredit Terperinci

Laporan Kenderaan Bermotor

Laporan Maklumat Tambahan Pelanggan

Penerangan Kandungan Laporan

Maklumat mengenai jumlah pendedahan kredit

seseorang peminjam.

Maklumat mengenai kedudukan belum jelas

sesuatu kemudahan kredit dan permohonan

kredit baru seseorang peminjam.

Maklumat kenderaan bermotor yang digunakan

sebagai cagaran untuk kemudahan kredit.

Maklumat mengenai alamat-alamat, nombor-

nombor telefon, nama-nama majikan dan

pekerjaan-pekerjaan seseorang pelanggan

untuk tempoh tiga tahun yang lepas.

Maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit secara keseluruhan bersifat fakta danberdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada institusi-institusi kewangan.

Biro Kredit tidak akan memberi pendapat tentang maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit.

JENIS-JENIS LAPORAN KREDIT

Jenis laporan-laporan kredit yang boleh diperolehi dari Biro Kredit adalah seperti berikut:

Page 6: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

undang ini melarang institusi-institusikewangan daripada mendedahkan hal-ehwal pelanggan mereka kecualidalam keadaan yang dibenarkan olehundang-undang, seperti sepanjangprosiding mahkamah di antara pelanggandan institusi kewangan ataupun apabilapendedahan telah dibenarkan di bawahundang-undang Persekutuan kepada pihak polis.

MENDAPATKAN LAPORAN KREDIT

Undang-undang memang membenarkanBiro Kredit membekalkan laporan kredittentang diri anda kepada anda. Sekiranyaanda memerlukan sesalinan laporan kredittentang diri anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Dapatkan Borang Permohonan LaporanKredit (CRR):

– Borang ini boleh dipindah cetakdaripada laman web Biro Kredit dialamat creditbureau.bnm.gov.my ataudiambil terus daripada Biro Kreditdengan datang sendiri atau secara pos

Biro Kreditmemandang serius aspek

kerahsiaanmaklumat peminjam

4

PERIHAL KERAHSIAAN MAKLUMAT

Biro Kredit memandang serius aspekkerahsiaan maklumat peminjam. Untukmenjamin kerahsiaan maklumat ini,undang-undang telah menetapkan siapayang boleh mengakses maklumatsedemikian dan memperuntukkanhukuman yang berat sekiranya berlakupelanggaran.

Biro Kredit hanya boleh membekalkanlaporan kredit anda kepada institusikewangan di mana permohonan pinjamananda dibuat atau di mana anda sudahmendapat pinjaman. Maklumat ini hanyaboleh digunakan bagi tujuan penilaianpermohonan kredit atau menyemaksemula status kredit anda. Maklumatkredit yang diperuntukkan oleh Biro Kreditkepada institusi-institusi kewangan adalahdikelaskan sebagai sulit dan dengan itu,institusi-institusi kewangan adalahdikehendaki mematuhi peruntukankerahsiaan perbankan di bawah Akta Bankdan Institusi-institusi Kewangan 1989 danAkta Perbankan Islam 1983. Undang-

Page 7: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

Serahkan Borang CRR yang telah siap diisikepada Biro Kredit:

– Borang ini boleh dihantar melalui pos,faksimili ataupun serahan tangan

– Borang ini mesti dihantar bersama-samadengan satu salinan kad pengenalananda atau pasport (sekiranya andabukan rakyat Malaysia) dan duadokumen lain seperti lesen memandu, bil utiliti dan sebagainya untuk tujuanpengenalan diri

Apabila Borang CRR anda telah diterima,Biro Kredit akan mendapatkan laporankredit tersebut daripada CCRIS danmenyerahkan kepada anda sama adamelalui cawangan Bank Negara Malaysiaataupun cawangan institusi kewangan.Proses ini biasanya mengambil masa kira-kira satu bulan dari tarikh penerimaanpermohonan anda untuk mendapatkansesalinan laporan kredit anda. Anda jugaboleh datang sendiri untuk mengambillaporan kredit anda di pejabat Biro Kredit.

5

Page 8: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

MENGESAHKAN MAKLUMAT PADALAPORAN KREDIT

Sekiranya anda telah memperolehisesalinan laporan kredit sendiri danmempunyai sebab untuk mempercayaibahawa maklumat di dalam laporankredit itu adalah kurang tepat, andaboleh mendapatkan penjelasan daripadaBiro Kredit dengan mengambil langkah-langkah berikut:

Dapatkan Borang PermohonanPenyemakan Data (RDR)

– Borang ini boleh dipindah cetakdaripada laman web Biro Kredit dialamat creditbureau.bnm.gov.myatau boleh mendapatkannya terusdaripada Biro Kredit dengan datangsendiri atau secara pos

Lengkapkan Borang RDR denganmengenal pasti secara jelas setiap butiranyang dipertikaikan di dalam laporankredit. Berikan fakta dan jelaskan kenapaanda mempertikaikan maklumat tersebut

6

Page 9: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

Serahkan Borang RDR yang siap diisibersama-sama dengan sesalinan laporankredit yang dipertikaikan dan salinandokumen-dokumen yang dapatmenyokong kedudukan anda kepada BiroKredit. Ianya boleh dihantar melalui pos,faksimili ataupun serahan tangan

Biro Kredit akan menyiasat danmemaklumkan institusi kewangan yangtelah memberi maklumat yangdipertikaikan itu bersama-sama denganmaklumat yang telah dikemukakan olehanda. Sekiranya institusi kewanganmendapati maklumat yang dipertikaikantersebut adalah tidak tepat atau tidaklengkap, ia hendaklah membuatpembetulan dengan serta-merta denganBiro Kredit. Proses penyiasatan danpembetulan ini akan mengambil masa kira-kira sebulan. Jika perlu, Biro Kreditakan memaklumkan institusi-institusikewangan yang pernah mengakses

Maklumat yang tidak tepatatau tidaklengkaphendaklah dirujukkepada Biro Kreditdengan serta-merta

7

laporan-laporan kredit anda dalam tempohtiga bulan terdahulu mengenai perubahanyang nyata atau dianggap penting didalam laporan-laporan kredit anda. Hasilsiasatan tersebut akan juga dimaklumkankepada anda.

Page 10: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

S&JApakah yang dimaksudkandengan Biro Kredit?

Biro Kredit ialah unit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di bawahperuntukan Akta Bank Negara Malaysia 1958.

Mengapakah Bank NegaraMalaysia menubuhkan BiroKredit?

Biro Kredit mengumpul maklumat kredit para peminjam dan membekalkanmaklumat tersebut kepada pemberi pinjaman. Ia adalah satu daripada sumber-sumber maklumat yang digunakan oleh pemberi pinjaman untukmembantu mereka mengetahui sejarah kredit bakal peminjam atau peminjamyang sedia ada.

Salah satu daripada fungsi Bank Negara Malaysia adalah mengawal selia institusi-institusi kewangan supaya sistem kewangan negara sentiasa berada di dalam keadaankukuh dan stabil. Oleh itu, Bank Negara Malaysia menggalakkan budaya kredit yangberhemat dan sikap profesionalisme di kalangan institusi-institusi kewangan,termasuk amalan perniagaan yang terbaik di dalam pengurusan risiko kredit. Salahsatu cara untuk berbuat demikian adalah dengan menyediakan perkhidmatan birokredit kepada institusi kewangan supaya mereka dapat membuat keputusanpinjaman yang lebih cepat dan berasaskan maklumat yang lebih lengkap.

Apakah fungsi Biro Kredit?

Dari manakah Biro Kreditmendapatkan maklumatnya?

Biro Kredit mendapatkan maklumatnya daripada pemberi pinjaman yang terdiridaripada semua bank perdagangan, bank Islam, syarikat kewangan dan bank saudagarberlesen serta beberapa institusi kewangan yang lain. Sila rujuk kepada Lampiran Iuntuk senarai lengkap institusi kewangan yang menyertai CCRIS.

8

SOALAN YANG SERING DITANYA

Page 11: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

Adakah aktiviti Biro Kreditdikawal selia?

Biro Kredit dikehendaki beroperasi mengikut batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 1958.

9

Bolehkah saya menghalangBiro Kredit daripadamenyimpan maklumat kreditmengenai diri saya?

Tidak. Biro Kredit telah diberi kuasa undang-undang untuk mengumpul maklumat sedemikian.

Jika permohonan kredit sayaditolak oleh pemberipinjaman, adakah inibermakna bahawa sayatelah disenaraihitamkan?

Tidak. Biro Kredit tidak menyenaraihitamkan sesiapa kerana ianya tidak menyatakansebarang pendapat mengenai maklumat yang terkandung di dalam laporan kredit.Maklumat mengenai penolakan permohonan kredit tidak akan ditunjukkan di dalamlaporan kredit bagi memastikan pemberi pinjaman tidak diprejudiskan oleh keputusanpemberi pinjaman yang lain.

Tidak. Bank Negara Malaysia tidak pernah dan tidak akan terlibat di dalam sebarangkeputusan pinjaman institusi kewangan. Laporan kredit hanya memberikanmaklumat yang bersifat fakta sahaja yang dilaporkan kepada Biro Kredit. Biro Kredittidak memberi sebarang pendapat mengenai kedudukan kredit seseorang. Pemberipinjaman membuat keputusan mereka sendiri berdasarkan maklumat yang ada padamereka, termasuk laporan kredit yang disediakan oleh Biro Kredit dan maklumatyang disediakan oleh pelanggan sendiri di dalam dokumen-dokumen permohonankredit serta dokumen-dokumen sokongan yang lain.

Adakah Bank NegaraMalaysia mempengaruhikeputusan kredit institusi-institusi kewangan melaluiBiro Kredit?

Page 12: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

10

Tidak semestinya. Setiap pemberi pinjaman mempunyai dasar pinjaman yangberlainan dan bergantung kepada citarasa risiko masing-masing. Maklumat yangdisediakan oleh Biro Kredit hanyalah sebahagian daripada keseluruhan proseskeputusan pemberian pinjaman bagi sesebuah institusi kewangan dan pertimbanganyang dibuat oleh setiap institusi kewangan mungkin berbeza.

Jika permohonan kredit sayaditolak oleh sesebuah institusipemberi pinjaman, adakahpemberi-pemberi pinjaman yanglain akan membuat keputusanyang sama?

Institusi-institusi kewangan melaporkan data pengenalan penting terhadap parapeminjam mereka (contohnya: nama, nombor kad pengenalan dan alamat) danmenyediakan data-data berkaitan dengan pinjaman-pinjaman yang telah diberikankepada peminjam-peminjam (contohnya: jenis kemudahan kredit, pengendaliankemudahan dan had kredit).

Apakah jenis maklumat yangdilaporkan oleh institusi-institusikewangan kepada Biro Kredit?

Apakah jenis-jenis kemudahankredit yang dilaporkan olehinstitusi-institusi kewangankepada Biro Kredit?

Institusi-institusi kewangan dikehendaki untuk melaporkan semua jenis kemudahankredit yang diberikan kepada peminjam-peminjam, termasuk kad kredit, overdraf,kemudahan dagangan dan pinjaman perumahan.

Adakah sesebuah institusikewangan dibenarkan untuk mengakses laporankredit seseorang yangbukan pelanggannya?

Tidak. Jika seseorang mengakses laporan kredit secara haram, dia boleh dikenakanhukuman di bawah peruntukan undang undang.

Adakah Biro Kredit menyediakanpenarafan kredit terhadappemohon kredit?

Biro Kredit tidak menyediakan sebarang penarafan kredit atau pendapat mengenaikedudukan kredit mana-mana pemohon kredit.

Page 13: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

11

Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai bagaimana untuk membaca laporankredit, anda bolehlah menghubungi Biro Kredit.

Saya tidak memahamikandungan di dalam laporankredit saya. Di manakah sayaboleh mendapatkan bantuan?

Ya. Akta Bank Negara Malaysia 1958 membenarkan Biro Kredit untuk mendedahkanmaklumat kredit mengenai seseorang kepada dirinya sendiri bagi tujuanpengesahan ketepatan maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit.

Adakah undang-undangmembenarkan seseorang untukmemperolehi laporan kreditmengenai dirinya sendiri?

Saya mempunyai seorangkawan yang ingin melihatlaporan kreditnya. Bolehkahsaya mendapatkan laporankredit bagi pihaknya?

Tidak. Laporan kredit hanya boleh diberikan kepada orang yang berkenaan sahaja.

Saya akan menjadi penjaminkepada satu pinjaman.Bolehkah saya mendapatkansesalinan laporan kredit orangyang mana pinjamannya sayajamin/akan jamin?

Tidak. Laporan kredit hanya boleh diberikan kepada orang yang berkenaan sahaja.

Page 14: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

12

Saya adalah seorang peminjam.Bolehkah saya mendapatkanlaporan kredit mengenaipenjamin saya?

Tidak. Seperti yang disebutkan tadi, laporan kredit hanya boleh diberikan kepada orangyang berkenaan sahaja.

Saya kini mempunyai kadkredit dengan sebuah institusikewangan. Adakah maklumatmengenai diri saya inidimasukkan ke dalam CCRIS?

Ya. Maklumat kad kredit turut dilaporkan di dalam CCRIS.

Saya mempunyai akaun semasadengan institusi kewangan,adakah maklumat inidimasukkan ke dalam CCRIS?

Institusi-institusi kewangan tidak dikehendaki dan tidak seharusnya melaporkansebarang maklumat mengenai akaun semasa ke dalam CCRIS. Walau bagaimanapun,jika anda mempunyai kemudahan overdraf yang beroperasi dengan berasaskankepada akaun semasa terbabit, maka maklumat kemudahan overdraf tersebut akandilaporkan di dalam CCRIS.

Permohonan pinjaman saya telah ditolak disebabkan olehrekod kredit saya yang kurang memuaskan dan hal ini telahdilaporkan di dalam CCRIS.Apakah tindakan yang bolehdiambil oleh saya untukmemperbaiki kedudukan kredit saya?

Rekod kredit yang kurang memuaskan mungkin berpunca daripada hutang yang belumdijelaskan di institusi kewangan apabila anda gagal membayar balik ataupun tidakmembayar balik mengikut jadual. Anda sepatutnya membincangkan perkara ini denganinstitusi kewangan berkenaan dan merumuskan satu skim pembayaran semula denganinstitusi kewangan terbabit. Selepas akaun anda dikemaskinikan, barulah rekod kreditanda akan menunjukkan keadaan yang lebih baik.

Page 15: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

13

PERTANYAAN

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila ajukan

pertanyaan anda kepada Biro Kredit melalui telefon, faksimili,

surat atau e-mel:

Nombor Telefon: 03-2692 9849

Faksimili dan surat perlu dialamatkan kepada:

Ketua

Jabatan Perkhidmatan Statistik

Bank Negara Malaysia

Jalan Dato’ Onn

50480 Kuala Lumpur

(U.P.: Biro Kredit)

Nombor Faksimili: 03-2697 0596

03-2698 5378

E-mel perlu dihantar ke: [email protected]

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai aktiviti-aktiviti Biro Kredit, sila layari

laman web Biro Kredit di creditbureau.bnm.gov.my

Page 16: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

14

GLOSARI

Biro Kredit

'Biro Kredit' yang ditubuhkan oleh Bank Negara

Malaysia menurut Seksyen 30(1)(mmm) Akta

Bank Negara Malaysia 1958.

CCRIS

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, iaitu

satu sistem pangkalan data berkomputer yang

ditubuhkan dan dikendalikan oleh Biro Kredit

untuk mengutip, memproses, menyimpan dan

menghasilkan maklumat kredit.

Laporan Kredit

Satu laporan yang dihasilkan oleh CCRIS yang

mengandungi maklumat kredit.

Maklumat Kredit

Data atau maklumat mengenai seseorang

peminjam, termasuk data atau maklumat

mengenai mana-mana kemudahan kredit yang

diberi oleh mana-mana institusi kewangan

kepada pelanggan.

Pelanggan

Sesiapa yang telah diberi sesuatu kemudahan

kredit oleh sesebuah institusi kewangan, atau

yang telah membuat permohonan kredit baru

dengan sesebuah institusi kewangan.

Permohonan Kredit

Satu permohonan kepada sesebuah institusi

kewangan untuk kemudahan kredit oleh

seseorang pelanggan.

Page 17: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

15

LAMPIRAN I

Senarai Institusi Kewangan yang Menyertai CCRIS (setakat 31 Disember 2002)

Bank-bank Perdagangan

• ABN AMRO Bank Berhad

• Affin Bank Berhad

• Alliance Bank Malaysia Berhad

• AmBank Berhad

• Bangkok Bank Berhad

• Bank of America Malaysia Berhad

• Bank of China (Malaysia) Berhad

• Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Berhad

• Bank Utama (Malaysia) Berhad

• Bumiputra-Commerce Bank Berhad

• Citibank Berhad

• Deutsche Bank (Malaysia) Berhad

• EON Bank Berhad

• Hong Leong Bank Berhad

• HSBC Bank Malaysia Berhad

• J.P. Morgan Chase Bank Berhad

• Malayan Banking Berhad

• OCBC Bank (Malaysia) Berhad

• Public Bank Berhad

• RHB Bank Berhad

• Southern Bank Berhad

• Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

• The Bank of Nova Scotia Berhad

• United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Bank-bank Islam

• Bank Islam Malaysia Berhad

• Bank Muamalat Malaysia Berhad

Syarikat-syarikat Kewangan

• Affin-ACF Finance Berhad

• Alliance Finance Berhad

• AmFinance Berhad

• Bumiputra-Commerce Finance Berhad

• EON Finance Berhad

Page 18: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

16

• Hong Leong Finance Berhad

• Mayban Finance Berhad

• Public Finance Berhad

• RHB Delta Finance Berhad

• Southern Finance Berhad

Bank-bank Saudagar

• Affin Merchant Bank Berhad

• Alliance Merchant Bank Berhad

• AmMerchant Bank Berhad

• Aseambankers Malaysia Berhad

• Commerce International Merchant Bankers Berhad

• Malaysian International Merchant Bankers Berhad

• Public Merchant Bankers Berhad

• RHB Sakura Merchant Bankers Berhad

• Southern Investment Bank Berhad

• Utama Merchant Bank Berhad

Lain-lain Institusi Kewangan

• Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad

• Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad

• Bank Pembangunan Sabah Berhad

• Borneo Development Corporation (Sabah) Berhad

• Borneo Development Corporation (Sarawak) Berhad

• Pengurusan Danaharta Nasional Berhad

• Export-Import Bank Malaysia Berhad

• Malaysian Industrial Development Finance Berhad

Page 19: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Page 20: Biro Kredit - bankinginfo.com.my · Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama