skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

44
MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN ANJURAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN 5 FEBRUARI 2008 (SELASA, JAM 2.30 PETANG) 1. PENGUMUMKAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. 2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU Hadirin yang dihormati, 1

Upload: farid-helmi-mohamad-noor

Post on 21-Mar-2017

42 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

MAJLIS PERASMIAN

ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN

ANJURAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

DENGAN KERJASAMA

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

5 FEBRUARI 2008 (SELASA, JAM 2.30 PETANG)

1. PENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,

Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili

Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati,

Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku.

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup bersatu dan maju,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertakhta.

(Lagu Negaraku dan apabila selesai hadirin dipersilakan duduk)

1

Page 2: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

3. BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dengan Limpah Kurnianya

Marilah kita semua,

Selaku insan kerdil sifat dan upaya,

Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,

Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,

Dengan bait-bait doa serta munajat

Sempena Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat

Negeri Sembilan tahun 2007/2008

Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk tampil

seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Al – Fatihah

2

Page 3: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Ya Allah kurniakanlah kami lidah yang lembut dan basah menyebut nama-Mu,

hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan

menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Allah kurniakanlah kami

iman yang sempurna, hati yang khusyuk dan ilmu yang berguna.

Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, pada hari yang

penuh barakah ini, dengan ketentuan dan restu-Mu jua Ya Allah, kami warga

pendidik berkumpul di dewan ini bagi melaksanakan Majlis Anugerah

TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan, justeru menzahirkan kesyukuran

kami atas rahmat dan nikmat-Mu, kerana majlis ini dapat dilaksanakan

sebagaimana yang telah dirancang dan dijadualkan dengan perkenan-Mu jua

Ya Allah.

Kami memohon keredhaan dan keberkatan-Mu Ya Allah, kerana tiada

keberkatan dan keredhaan-Mu dan tiada kelangsungan majlis ini tanpa

kehendak-Mu. Ya Allah jadikanlah kami insan yang sentiasa ingin menambah

3

Page 4: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

ilmu, mahu bertukar-tukar fikiran, idea dan pendapat, sehingga kami

mencapai satu kesepakatan yang menyumbang kepada tamadun tinggi

berasaskan ilmu dan ilmiah, serta menyanjung mulia pusaka akhlak, adab

dan pekerti, berbudi bahasa, oleh itu Ya Allah, eratkanlah kemesraan dan

persaudaraan kami, khususnya peserta. Kami jua pohon perlindungan dari-

Mu Ya Allah dari perasaan keluh kesah, gelisah, malas bekerja, suka

membuang masa, berpura-pura dan tidak tahu membuat keputusan,

sesungguhnya bagi-Mu kesemua itu amat mudah.

Wahai Tuhan kami, kami dengan rasa rendah diri memohon agar majlis yang

diadakan pada petang ini mencapai objektif dan matlamatnya iaitu sebagai

perangsang, pendorong dan motivasi bagi para pendidik di Negeri Sembilan

khasnya agar lebih kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang

berkesan dan menggunakan media pendidikan secara optimum dalam P&P.

Demikian jua ya Allah, kami pohonkan agar segala usaha dan amal yang

kami laksanakan untuk memartabatkan penggunaan ICT di sekolah akan

mendapat sepenuh kejayaan dan keredhaan serta restu-Mu di sepanjang

zaman . Akhirnya kami mohon restu-Mu Ya Allah, agar limpahkanlah rahmat

dan ihsan kepada kami dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan tugas

dan kewajipan. Kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan

keselamatan, kesihatan dan kesempurnaan agar dapat kami berusaha

menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan.

4

Page 5: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

(APABILA SELESAI DOA)

Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa

sebentar tadi.

4. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

- Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,

5

Page 6: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili

Menteri Besar NSDK

- Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Husin b Osman,

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

- Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran NSDK

- Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim,

Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan

Tahun 2007/2008

- Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah ,

- Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan ,JPNS

dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan

- Pengetua-pengetua kanan , para pengetua

- Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar,

-Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan

- Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sirih pinang di dalam puan,

Buat santapan putera idaman,

6

Page 7: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Sebagai hidangan puteri rupawan,

Buat cicipan dagang nan maulan;

Selamat datang kami ucapkan,

Buat tuan puan budiman,

Ke sidang majlis penuh taakulan,

Bersama merapat ukhwah dan taulan.

Hadirin yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin-

Nya dapat kita mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN

peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus .

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang

Berhormat serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman semua majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan

para pendidik menghasilkan serta menggunakan BBM Perisian Multimedia

interaktif merentasi KBKK secara bersepadu serta menggalakkan guru-guru

membina laman web yang berinformatif sesuai dengan matlamat dan halatuju

pendidikan ke arah pembentukan dan juga perluasan pembestarian sekolah,

selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu meningkatkan

kualiti infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran yang berkarisma.

4.1. TAYANGAN KLIP VIDEO

7

Page 8: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Hadirin yang dihormati,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) merupakan jaringan peringkat

negeri yang melaksanakn dasar dan aplikasi teknologi pendidikan. Ia

merupakan pusat professional pendidikan untuk membantu guru-guru

meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah. Hal ini dilaksanakan

melalui konsep perkongsian, permuafakatan dan penglibatan kumpulan guru

di semua peringkat seluruh negara. Sebagai Pusat Kecemerlangan

Pendidikan, program peningkatan profesinalisme guru dan penyebaran

inovasi pendidikan dilaksanakan melalui perkhidmatan sokongan serta

penyebaran budaya teknologi pendidikan. Bagi mengenal dengan lebih dekat

lagi BTPN Negeri Sembilan serta fungsinya maka dipersembahkan tayangan

klip video korporat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK.

(TAYANGAN KLIP VIDEO DAN APABILA SELESAI)

Terima kasih diucapkan kepada ‘krew’ penggambaran BTPNNS atas

penghasilan klip video korporat BTPN, NSDK.

5. UCAPAN ALU-ALUAN KPP (PENGERUSI JK PENGANJUR)

8

Page 9: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang

Berusaha Tuan Hj.Mohd Nor b Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri NSDK. Majlis dengan sukacitanya

mempersilakan.

Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali ,

Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili

Menteri Besar NSDK, Yang Berbahagia Tn Hj. Mohd Husin b Osman,

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim, Pengarah Pelajaran NSDK,

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian

Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir

Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru

Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri

Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan. Asalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama melafazkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah

kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

9

Page 10: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-

tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat bagi

menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN

pada kali ini. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Sembilan amat perihatin

terhadap agenda memperkasa pendidikan khususnya mempertingkatkan

bidang penggunaan teknologi pendidikan. Kepada Kerajaan Negeri Sembilan

khususnya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji

Mohamad Bin Haji Hassan, kami amat hargai segala apa jua sumbangan dan

bantuan yang dihulurkan kepada kami selama ini.

Yang Berhormat, tuan- tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Tahun Ini merupakan tahun yang kelapan Bahagian Teknologi Pendidikan

menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan yang

antara lain objektfnya adalah untuk mencungkil dan mengembangkan potensi

guru dalam penghasilan bahan bantu mengajar. Jika dahulu bahan bantu

mengajar konvensional seperti carta, slaid, video, diorama dan pelbagai lagi

dibina untuk memudahkan guru mengajar, tetapi kini dengan berkembangnya

teknologi ICT di negara kita perubahan berlaku kepada pembinaan alat bantu

mengajar ini. Kini alat bantuan mengajar berubah kepada penggunaan ICT

seperti Persembahan Power Point, Course Ware dan Laman Web. Ianya

sangat jauh berbeza dan memerlukan kepakaran dan kemahiran menguasai

komputer. Pengetahuan, bakat dan kreativiti adalah penting dalam membina

alat bantuan mengajar ini supaya ia dapat menarik minat pelajar untuk

10

Page 11: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

mempelajari sesuatu topik yang dtunjukkan. Usaha ini menyuburkan potensi

guru dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,

Hari ini kita menyaksikan pertandingan penghasilan bahan Bantu mengajar

(BBM) secara intergrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

digabungkan dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Pertandingan ini adalah bertujuan menggalakkan para pendidik membina

bahan serta menggunakan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

supaya proses pembelajaran menjadi lebih mudah, berkesan dan menarik

serta berkeupayaan menyemarakkan idea-idea kritis dan kreatif dalam

kalangan pelajar. Kita akan dapat memantapkan kefahaman pelajar dalam

subjek yang dipelajari di dalam bilik darjah jika guru kreatif dan inovatif dalam

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dengan sokongan bahan bantu

mengajar yang baik dan menarik. Pada hemat saya pertandingan ini perlu

diteruskan pada masa yang akan datang supaya ia dapat mencungkil seramai

yang boleh guru-guru berkemahiran dan berbakat untuk menghasilkan

seberapa banyak bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh semua

guru. Saya percaya kesan jangka panjangnya amat positif kepada

perkembangan pembelajaran di negara kita. Bagi tujuan itu kami amat

mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada kerajaan negeri dan

semua pihak.

Tuan tuan dan puan puan sekalian,

11

Page 12: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Pembestarian sekolah adalah fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia

menjelang 2010 di mana semua sekolah akan menjadi sekolah bestari.

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan

lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada

peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan

pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program

Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep

Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula

secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi

maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada

pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.

Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid

berkemahiran dalam bidang ICT. Sekolah Bestari merupakan satu senario

dalam pendidikan di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan

teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini

memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta

memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran

dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan

bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi

masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka

kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global,

kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan

12

Page 13: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan

menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan

teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan

dan perubahan masa kini

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan dengan bantuan

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

mengambil langkah proaktif mendapatkan sijil pengiktirafan ISO 9001:2000

bagi menjamin pengurusan berkualiti. Dengan adanya pengurusan berkualiti

ini diharapkan segala proses pengurusan akan dapat berjalan dengan cekap

dan juga memberi perkhidmatan terbaik untuk semua pihak..

Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang

Berhormat Tuan Saifulnizam b Mohd Ali yang mewakili Menteri Besar Negeri

Sembilan, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, Pengarah

Pelajaran Negeri Sembilan serta semua pihak yang menyumbang kepada

kejayaan majlis ini.Tahniah kepada sekolah dan guru guru yang berjaya.

Sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum

Warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS

atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

13

Page 14: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

6. UCAPAN PENGARAH BTP, KPM

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Tn Hj

Mohd Husin bin Osman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih saudari pengacara majlis, Yang Berhormat Tn Saifulnizam b

Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus

mewakili Menteri Besar NSDK, Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran NSDK, Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim,

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008,

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian

Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir

Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru

Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri

Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.

kerana dengan limpah dan kurnianya, kita dapat bersama-sama menghadiri

Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Negeri Sembilan bagi

14

Page 15: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

tahun ini. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada BTPN NS , Jabatan

Pelajaran Negeri Sembilan dan rangkaian kerana dapat menjayakan majlis

ini. Kerjasama serta semangat setiakawan ini amat penting kerana dapat

memberi inspirasi kepada kita semua dalam memartabatkan profesion

keguruan.

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan – puan yang saya hormati,

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada

usaha kaum guru menghasilkan bahan bantu mengajar perisian multimedia

berasaskan MS Powerpoint dan laman web sekolah dalam mempertingkatkan

P&P secara berkesan. Sesungguhnya BTPNNS dan rangkaian telah menjadi

nadi penggerak membangunkan perisian teknologi pendidikan di mana P&P

berkesan dapat dilaksanakan oleh warga pendidik.

Hadirin sekalian,

Saya amat yakin majlis ini boleh memenuhi kehendak pendidikan bestari

yang bakal melahirkan pelajar yang bijaksana, berfikiran kreatif dan

menghayati pembelajaran berterusan. Lantaran itu warga pendidik perlu

sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan baru dan mempelbagaikan

penggunaan bahan bantu mengajar dalam P&P kerana para pelajar

mempunyai perbezaan dalam memahami dan mengetahui sesuatu perkara.

Perbezaan ini merupakan cabaran kepada kaum guru dalam meningkatkan

potensi minda pelajar semasa P&P di bilik darjah.

15

Page 16: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Sememangnya tidak ada pihak yang boleh menafikan bahawa teknologi

pendidikan adalah penting dalam usaha mencapai pendidikan berkualiti.

Namun dengan kewujudan pelbagai perkembangan dalam teknologi

komunikasi maklumat, profesion keguruan terpaksa berhadapan dengan

pelbagai isu dan cabaran pendidikan. Cabaran-cabaran tersebut bukan

sahaja menuntut kegigihan para pendidik dalam memartabatkan profesion

mereka tetapi juga harus berupaya menampilkan diri dengan beberapa

ketrampilan baru dalam aspek teknologi moden serta ketinggian ilmu dalam

mendidik dan membimbing generasi muda negeri ini.

Di samping itu para pendidik juga diharapkan dapat menguasai pelbagai ilmu

serta ketrampilan teknologi moden yang boleh menjana, menyubur serta

mengembangkan minat, bakat dan kebolehan anak didik mereka supaya lebih

berinovatif dan berwibawa dalam konteks dunia global serta menangani

cabara-cabaran sosial semasa. Justeru warga pendidik perlulah peka dan

bergerak pantas ke arah penciptaan kaedah P&P dan peralatan teknopen

baru yang lebih berkesan. Sebagai pendidik kita sama-sama berusaha

mencari kaedah-kaedah baru yang kreatif dalam menghasilkan lebih banyak

bahan pelbagai bentuk. Elemen yang ada dalam konsep kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif akan menjana minda pelajar dan memperkaya proses

pembelajaran.

Saya tidak berhajat untuk berucap lebih pajang lebar lagi, tetap saya perlu

memberitahu satu perkara iaitu era teknologi semakin berkembang,

pembelajaran semakin mudah dengan ada teknologi dan pelbagai maklumat

16

Page 17: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

mudah diperolehi. Oleh itu, para pendidik perlu sedar dengan tugas dan

tanggungjawab yang lebih besar perlu dipikul bagi memastikan para pelajar

disekolah dapat manfaat yang sewajarnya. Bukan mudah untuk mengubah

pemikiran dan paradigma sesuatu bangsa melainkan dengan asuhan dan

panduan yang sistematik mengikut peredaran semasa. Harapan saya agar

program serta anugerah seperti ini dapat diteruskan bagi memberi

pengiktirafan kepada guru-guru yang telah menunjukkkan kecemerlangan

dalam membina bahan bantu mengajar bagi kemudahan pengajaran dan

pembelajaran yang berfokus dalam bilik darjah.

Yang berhormat, tuan-tuan dan puan – puan yang saya hormati,

Terima kasih juga atas kehadiran tetamu jemputan dan setinggi tahniah

kepada penerima anugerah yang terpilih pada hari ini dan berharap kejayaan

ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Akhir kata, Wabillahitaufik

walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan

Pengarah BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. UCAPAN PERASMIAN OLEH YB TN SAIFULNIZAM B MOHD ALI

Hadirin yang dihormati,

17

Page 18: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Segala bicara sama dinanti,

Rintihan hati sama diselami,

Bisikan nurani sama difahami,

Luahan azimat sama didengari.

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan perasmian

Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri Sembilan

Tahun 2007/2008.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan

Saifulnizam b Mohd Ali ,Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili

Menteri Besar NSDK menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis

pada petang ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih saudari pengacara majlis, Yang Berbahagia Tn Hj. Mohd

Husin b Osman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia, Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim, Pengarah

Pelajaran NSDK, Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua

Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008,

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian

Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir

18

Page 19: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru

Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri

Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan.

Pertama sekali, marilah kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah

Subhananu Wataaala kerana dengan limpah-Nya jua dapat kita sama-sama

berhimpun dalam Majlis Anugerah kecemerlangan TEKNOPEN pada petang

yang mulia ini. Sesungguhnya ini merupakan kali pertama saya

menyampaikan ucapan perasmian pada majlis BTPN Negeri Sembilan. Saya

berasa begitu terharu dan amat berterima kasih diberi amanah dan

tanggungjawab oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama

Hj Mohamad b Hj Hasan untuk menerajui Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri dalam urusan Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Ia amat besar

maknanya bagi diri saya dalam menunaikan tanggungjawab memajukan

pendidikan di Negeri Sembilan.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah atas usaha

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan menganjurkan Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN sejak 8 tahun lalu. Majlis Anugerah ini amat

bermakna dalam usaha Kerajaan Negeri memartabatkan kecemerlangan

pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

19

Page 20: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Pendidikan amat penting dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf sosio

ekonomi rakyat. Ilmu pengetahuan adalah medan ekonomi pada masa

hadapan. Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya.

Membangunkan modal insan menjadi agenda utama kerajaan ke arah

cemerlang, gemilang dan terbilang. Apabila kita berkhidmat dengan niat yang

betul, insya-Allah kita akan mencapai terbilang dalam kalangan terbaik. Niat

merupakan tanggapan dan wawasan yang ada pada seorang insan tentang

apa yang ingin dilakukan atau diamalkan. Salah satu prinsip yang sangat

berguna kepada prestasi kerja seseorang. Setiap orang dalam organisasi

bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan organisasi dan bukan

terserah kepada pemimpin semata-mata.

Saya difahamkan pembestarian sekolah merupakan fokus utama KPM

menjelang tahun 2010. Apa yang menjadi hasrat saya adalah sekolah di luar

bandar diberi keutamaan mempunyai prasarana yang sama lengkap dan

sama canggih dengan sekolah di bandar. Apa jua program, guru memainkan

peranan dan tugas yang amat penting. Guru-guru perlu memiliki minda yang

positif , ikhlas, dedikasi dan bijaksana dalam mendidik anak bangsa. Inovasi,

nikmat mencipta dan peningkatan bakat adalah tonggak kemajuan individu

dalam memajukan pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam pendidikan

melibatkan pembaharuan dan perubahan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Pembaharuan itu diterjemahkan melalui pelbagai cara, kaedah, teknik,

pendekatan atau pengurusan baru untuk meningkatkan pembelajaran yang

20

Page 21: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

berkualiti. Budaya inovasi hendaklah diberi keutamaan. Nilai ini amat penting

dalam membawa perubahan dan pembaharuan dalam sesuatu organisasi.

Inovasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi akan memberi nilai tambah

positif kepada organisasi. Pada hemat saya, wajarlah warga pendidik

mencipta inovasi supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan dan

dinamik. Bak kata cerdik pandai;

“ Kalau guru diberi latihan,

Anak didik dapat kemahiran.

Kalau guru banyak ilmu,

Apa diajar tidak jemu.

Kalau guru diberi motivasi,

Amalan hidup ada kualiti.

Kalau guru kurang bersedia,

Dalam kelas banyak bercerita.

Kalau guru tidak merancang,

Dalam kelas banyak temberang.”

Renungkanlah warga pendidik apa yang tersirat di sebalik kata-kata yang

saya nyatakan ini.

Hadirin yang dihormati,

Pembelajaran yang berkualiti adalah untuk membina daya fikir dan

memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai

21

Page 22: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang

membolehkan para pelajar berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan

lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Akhirnya adalah untuk membina generasi pelajar yang

berakhlak mulia dan mempunyai daya saing tinggi untuk berfungsi sebagai

“knowledge worker” pada masa hadapan.

Kali ini, BTPN Negeri Sembilan dan PKG dengan kerjasama Jabatan

Pelajaran Negeri Sembilan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan

TEKNOPEN peringkat negeri. Kerajaan Negeri Sembilan mengucapkan

tahniah dan syabas atas usaha yang berterusan selama ini. Ia satu usaha

yang baik dalam pemberian anugerah kecemerlangan dalam mencetus

kecemerlangan pendidikan khususnya penggunaan teknologi pendidikan.

Guru adalah penggerak utama dalam apa jua kejayaan. Perubahan minda

dan sikap guru penentu kualiti pengajaran dan pembelajaran. Majlis anugerah

ini memberi kita kesempatan menilai peranan kita, prestasi, kualiti kerja kita

sama ada amanah dan tanggungjawab yang dipikul telah berjaya kita

laksanakan sebaik mungkin. Kerajaan negeri akan sentiasa memberi

kerjasama dalam memajukan pendidikan supaya jurang digital antara sekolah

bandar dan luar bandar dapat dirapatkan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhir sekali saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada warga

pendidik yang sentiasa memberi sumbangan memajukan pendidikan supaya

22

Page 23: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

rakyat Malaysia mampu menghadapi cabaran pada era globalisasi. Tahniah

kepada sekolah dan guru-guru yang berjaya. Terima kasih kepada semua

warga pendidik yang hadir pada hari ini.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis

Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Tahun 2007/2008 peringkat Negeri

Sembilan. Sekian, wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

Begitulah ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN

peringkat Negeri Sembilan bagi tahun ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan ucapan dan

seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.

8. TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin yang dihormati,

Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan

MS Powerpoint merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam

Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN pada setiap tahun. Bahagian

Teknologi Pendidikan Negeri melalui rangkaiannya iaitu Pusat Kegiatan Guru

sentiasa memberikan bimbingan kepada guru-guru setempat dalam meng

23

Page 24: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

hasilkan bahan sumber pendidikan yang dapat meningkatkan potensi minda

pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Noor Haslin bin Ishak dari SMK

Jelai Felda mempersembahkan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi

KBKK berasaskan MS Powerpoint yang telah dihasilkan.

( Tayangan bahan yang dihasilkan oleh salah seorang pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada En Noor Haslin bin Ishak atas persembahan

tayangan bahan yang dihasilkan

9. PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH

Hadirin yang dikasihi,

Sampailah kita ke puncak acara pada hari ini iaitu penyampaian sijil dan

hadiah kepada yang berkenaan.

9.1 Pertama adalah penyampaian sijil dan watikah MS ISO 9001/2000.

Untuk penyempurnaan acara dijemput En Kamaruzzaman b Hj Ayub, wakil

Pengurusan BTPNNS mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Husin b.

Osman, Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia naik ke pentas.

24

Page 25: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Dipersilakan Tn Hj Mohd Nor b Abdul Karim menerima Sijil MS ISO

9001/2000. Tahniah diucapkan.

Seterusnya dipersilakan En Mat Azalan b. Budin, Penolong Pengarah

BTPNNS menerima watikah perlantikan pasukan petugas Kualiti BTPNNS

Tahun 2008.

Penyampaian sijil penghargaan diteruskan dengan mempersilakan wakil PKG

Tampin bagi menerima sijil penghargaan penyediaan dokumen ISO.

Dipersilakan juga wakil PKG Rembau menerima sijil penghargaan

penyediaan dokumen ISO.

Di kesempatan ini juga disampaikan anugerah pendokumentasian Terbaik

PKG Negeri Sembilan.

Bagi Kategori PKG Berbangunan – anugerah ini diberikan kepada PKG

Rompin. Dipersilakan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Rompin..

Bagi Kategori PKG Berbangunan khas – anugerah ini diberikan kepada PKG

Kota. Dipersilakan Pegawai Teknologi PKG Kota. Tahniah diucapkan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM atas penyempurnaan acara

itu tadi.

25

Page 26: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

9.2 Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi

pertandingan-pertandingan yang diadakan dan anugerah-anugerah

kecemerlangan TEKNOPEN.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohd Nor b Abdul

Karim, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS mengiringi Yang Berhormat Tn

Saifunizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan

mewakili Menteri Besar NS menyempurnakan acara.

9.2.1 Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia

Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Menengah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Panchor.

Tempat Kedua dimenangi oleh SMK Kg Baru Si Rusa.

Tempat Pertama disandang oleh SMK Jelai (Felda).

Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif

Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Rendah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SJKC Chan Wa.

Tempat Kedua dimenangi oleh SK Palong 12 (Felda)

Tempat Pertama disandang oleh SJKC Kg Baru Pantai

26

Page 27: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif

Berasaskan MS Powerpoint Kategori Pra - Sekolah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SK Palong 3 (Felda)

Tempat Kedua dimenangi oleh SK King George V

Tempat Pertama disandang oleh SK Peradong

9.2.2 Seterusnya Anugerah Pertandingan Laman Web Sekolah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Seri Ampangan

Tempat Kedua dimenangi oleh SK King George v

Tempat Pertama disandang oleh SK Rompin

9.2.3 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pusat Sumber Sekolah

Cemerlang.

Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan Kolej Tunku

Kurshiah.

Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan SMK

Mambau.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan oleh SK Puteri.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan

SK Serting (F).

Sekolah-sekolah yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke

peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2008.

9.2.4 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Tokoh Nilam Negeri :

27

Page 28: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan

Jamilah bt Safuiddin dari Kolej Tunku Kurshiah.

Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan

Sharifah Fatimah Azzahra bt Syed Mustaffa dari SMKA Pedas.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan

Malarvili a/p Veeramani dari SK Puteri.

Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan

Farah Atiah bt Nazaruddin dari SK Bandar Baru Serting.

Pelajar-pelajar yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke

peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada awal tahun ini.

9.2.5 Seterusnya disampaikan juga anugerah Guru Inovatif Negeri

Sembilan. Dipersilakan :

Asma Laili bt Abdullah dari SMK Bahau

Rosli b Idris dari SK Palong 5 (F)

Fatimah bt Abd Rahim dari SK Lui Timur (F)

9.2.6 Seterusnya bagi anugerah Pemimpin ICT Negeri Sembilan.

Dipersilakan En Chia Song Choy dari SM Teknik Kuala

Klawang.

28

Page 29: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

9.2.7 Seterusnya bagi anugerah Guru ICT Negeri Sembilan.

Dipersilakan En Mohd Shohimi b. Abdul Halim dari SMK Bandar

Baru Serting.

9.2.8 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pengguna Tertinggi dan

Aktif Think.com. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi

oleh SMK Datuk Mansor. Bagi kategori sekolah rendah

dimenangi oleh SK Panglima Adnan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas

kesudian menyampaikan hadiah dan sijil-sijil penghargaan.

10. PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian,

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di hujung taman;

Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput

Tn. Hj Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS untuk

menyampaikan cenderamata kepada :

29

Page 30: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak

Pelajaran Negeri Sembilan. Terima kasih Tuan.

Seterusnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin B Osman

Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terima kasih tuan.

Dijemput juga Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan. Terima kasih tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ketua Penolong Pengarah Bahagian

Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan.

11. UCAPAN PENUTUP & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,

Maka sempurnalah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN bagi

tahun ini . Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan

program ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan

yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Bagi pihak seluruh ahli

jawatankuasa, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Yang Berhormat Tuan Saifulnizam bin Mohd Ali dan Yang Berbahagia

Tuan Hj Mohd Husin b Osman atas kesudian untuk bersama kita pada petang

ini.

30

Page 31: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi baik rasa nak junjung.

Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan

pelajar, guru, institusi pendidikan dan negara.

Bias luahan buat titipan,

Rona curahan jadikan sisipan;

Refleksi kendiri jadikan amalan,

Impak dan impian jadikan iltizam.

Banyak kelok ke penarik,

Kelok tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan buruk tinggalkan di sini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari

tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai,

sudilah apa kiranya menyaksikan pameran serta menjamu selera hidangan

yang tersedia.

Majlis mempersilakan Tn Hj.Mohd Nor B Abdul Karim menjemput dan

mengiringi Yang Berhormat Tuan Saifulnizam bin Mohd Ali dan Yang

31

Page 32: Skrip majlis perasmian ketrampilan bahasa

Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin b Osman serta para tetamu ke tapak

pameran seterusnya ke khemah jamuan. Terima kasih.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

32