teks ucapan perasmian penutup kursus protokol

Upload: azizah-azizan

Post on 05-Jul-2015

717 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS PROTOKOL, ETIKET SOSIAL DAN PENGURUSAN MAJLIS RASMI OLEH TUAN HJ. ADNAN BIN IBON TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) BAHAGIAN HAL-EHWAL UNDANG-UNDANG PADA 23 FEBRUARI 20111

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, barisan urus setia, puan penceramah serta Tuan-tuan dan Puanpuan yang dikasihi sekalian;

Alhamdulillahirabbil alamin wasalatu wasalamu ala syaidina Muhammadin wa ala alihi wasohbihi ajmain. Segala pujian2

bagi Allah Subhanahu Wataala dan salam sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah kita dapat bersama-sama pada petang ini di dalam majlis penutup Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis Rasmi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

3

Terlebih

dahulu

saya

ingin

merakamkan

ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada pihak Urus Setia kerana menjemput saya untuk merasmikan majlis penutup dan penyampaian Sijil bagi kursus ini. Ucapan penghargaan juga kepada Puan Rosita bt Rahim, Ketua Program

Konsultasi dan Pembangunan Latihan kerana sudi untuk menyampaikan kursus protokol,4

etiket

sosial

dan

pengurusan majlis rasmi yang telah berlangsung selama 2 hari. Untuk makluman Puan Rosita, adalah pegawai dan kakitangan rasmi peserta kursus ini yang terpilih sama untuk ada

mengendalikan sebagai

majlis-majlis majlis,

jabatan doa

pengacara

pembaca

mahupun

penyambut tetamu. Sebagai permulaan pada 25hb ini, satu Majlis Rasmi Jabatan akan diadakan di PICC yang akan5

dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Sehubungan itu adalah menjadi harapan saya dan jabatan agar semua pegawai dan kakitangan yang terlibat pada hari tersebut dapat mengaplikasikan sebaik mungkin apa yang telah dipelajari selama 2 hari ini bagi membantu kelancaran majlis tersebut. Saya yakin apa yang tuan-tuan dan puan-puan

pelajari dan perolehi sepanjang tempoh kursus ini sedikit6

sebanyak akan dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam menjalankan majlis-majlis Jabatan kelak dengan lebih teratur dan lancar di samping dapat meningkatkan

kemahiran diri dan pengetahuan secara amnya.

7

Saya

juga

berharap

agar

objektif

kursus

yang

telah

dirancang dapat dicapai setelah melalui tempoh 2 hari berkursus. Saya difahamkan objektif kursus ini adalah untuk memberi amalan pendedahan protokol dan secara etiket komprehensif sosial dalam mengenai urusan

pengendalian majlis serta memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah pengurusan majlis berasaskan konsep dan8

sensitiviti protokol dalam konteks majlis. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang keperluan dan pentingnya amalan protokol dan etiket sosial dalam pengendalian majlis khususnya majlis rasmi yang akan mencerminkan imej dan budaya korporat jabatan. Saya percaya pelbagai elemen penting yang telah tuan-tuan dan puan-puan pelajari di9

dalam

kursus

ini

bagi

menerangkan

mengenai

tatacara

dan

etika

semasa

menghadiri sesuatu majlis rasmi, tatacara dan etika semasa berkomunikasi di pejabat dan termasuklah etika berpakaian serta penampilan. Perkara ini penting diterapkan agar tuantuan dan puan-puan mempunyai amalan dan nilai sosial yang tinggi dan lebih beretika serta berkeyakinan semasa berada di dalam suasana formal.10

Tuan-tuan dan puan-puan, Amalan nilai etika dan protokol yang baik mencerminkan sikap profesionalisme tuan-tuan dan puan-puan semua sebagai penjawat awam. Sikap profesionalisme yang tinggi pula akan dapat memberikan gambaran kepada orang awam betapa warga kerja jabatan mempunyai nilai komitmen dan dedikasi yang tinggi di dalam melaksanakan tugas yang11

diamanahkan. Sikap profesionalisme inilah yang akan dapat meningkatkan keyakinan dan persepsi orang awam terhadap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan secara amnya dan dapat mencapai matlamat Satu Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dengan slogan

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

12

Justeru, di dalam membudayakan sikap profesionalisme ini, setiap jabatan perlu melakukan transformasi sepertimana yang sering diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Transformasi budaya ini tidak akan dapat dilakukan di dalam masa sehari atau melalui kursus yang dianjurkan seperti hari ini. Ia memerlukan tekad, komitmen dan usaha yang

13

berterusan dari semua pihak daripada peringkat atasan hingga ke peringkat organisasi yang paling bawah.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati,

14

Perkhidmatan awam masa kini amat memerlukan pegawai yang inovatif dan kreatif dalam memikirkan apa yang terbaik. Kita memerlukan inovasi dan kreativiti yang lahir daripada anggota perkhidmatan kita sendiri. Tuan/puan perlu sentiasa kreatif memperlengkapkan diri dengan

kemahiran semasa, inovatif dalam mencari peluang bagi mendedahkan diri kepada perkara-perkara15

baru,

serta

agresif dalam mempelajari ilmu untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri, contohnya melalui majlis-majlis ilmu atau kursus seperti ini. Amalan ini hendaklah sentiasa dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh rakan-rakan dan kakitangan lain dalam organisasi.

Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan dapat berkongsi ilmu yang diperoleh daripada16

kursus ini dengan rakan-rakan yang lain agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama demi kepentingan jabatan dan agar perjalanan majlis-majlis jabatan akan datang dapat dijalankan dengan lebih baik lagi dengan adanya kerjasama dari semua pihak.

17

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis Rasmi ini terutamanya kepada Puan Rosita bt Rahim, Ketua Program Konsultasi dan Pembangunan Latihan yang telah bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan selama 2 hari, pihak urusetia yang telah bekerjasama dan berusaha18

untuk memastikan Kursus ini berjaya dilaksanakan serta para peserta kursus yang Berjaya menamatkan tempoh dua hari kursus ini.

19

Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya dengan rasminya menutup Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis Rasmi, Bahagian Hal-Ehwal UndangUndang, Jabatan Perdana Menteri.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t

20

21