bioteknologi

24
Pengenalan Bioteknologi Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi- aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari

Upload: sktgbijat

Post on 03-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SAINS

TRANSCRIPT

Page 1: Bioteknologi

Pengenalan Bioteknologi

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk

penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu

tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma

seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia.

Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm

penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan

sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk

membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3

bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah

berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang

digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan

perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk

sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis

bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga

dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-aplikasi yang

bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat

menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk

menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang

kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga

membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro,

penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan

pertolongan bioteknologi putih yang  membantu persekitaran untuk

membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi telah

membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang

terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang

dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah

mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk

pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih,

mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang

mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan

untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif.

Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara

pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi

hijau. Diterbitkan pada: April 06, 2007

Bibliography: Apakah itu Bioteknologi  oleh   Tiada dinyatakan     

Page 2: Bioteknologi

Kepentingan bioteknologi kepada manusia

Oleh Ahmad Parveez Ghulam Kadir (Pegawai Penyelidik Prinsipal)

BIOTEKNOLOGI terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. ‘Teknologi’ yang berasaskan ‘biologi’ ini disingkatkan sebagai bioteknologi. Bioteknologi ‘lama’ digunakan untuk menghasilkan produk seperti kicap, tempe, budu dan keju. Bioteknologi baru atau ‘kejuruteraan genetik’ adalah proses yang lebih khusus dan terkawal.

Apakah perbezaan bioteknologi ‘lama’ dengan ‘baru’?

Perbezaan ketara ialah proses lama adalah proses rambang yang mana kulat atau bakteria digunakan tanpa menentukan gen apa sebenarnya diperlukan. Gen ialah unit biologi yang menentukan baka sesuatu ciri pada hidupan seperti: warna daun, tinggi pokok dan sebagainya.

Perlu dijelaskan, untuk penghasilan kicap, keseluruhan kulat digunakan dan membabitkan puluhan ribu gen. Kesan sampingan gengen lain yang dibawa kulat itu tidak semuanya diketahui.

Kejuruteraan genetik pula membabitkan beberapa gen tertentu saja dan fungsi setiap diketahui.

Malah, kejuruteraan genetik lebih diberikan tumpuan khususnya dari aspek keselamatan produk.

Hidupan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik ini dikenali sebagai organisme terubahsuai secara genetik (genetically modified organism atau GMO).

Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti berikut: mendapatkan gen yang diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik.

Transgenik berasal daripada dua perkataan dasar iaitu ‘trans’ dan ‘gen’. Trans adalah singkatan kepada perkataan ‘transfer’ atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan dengan gen baru (asing).

Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa suatu

Page 3: Bioteknologi

ciri baru.

Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di dalam sesuatu hidupan atau kajian genomik. Kajian genomik ini semakin popular dan akan dijelaskan lebih lanjut di penghujung artikel ini. Kaedah mendapatkan gen amat kompleks dan tidak akan dihuraikan dalam perbincangan ini. Gen ini tidak dapat ditentukan dengan mata kasar, sebaliknya beberapa uji kaji khusus diperlukan untuk membuktikan gen yang kita peroleh.

Kultur tisu pula ialah kaedah penghasilan anak pokok lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian pokok seperti daun dan akar. Kultur tisu menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan, vitamin dan bahan perangsang, akan mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus. Kalus seterusnya menghasilkan kalus embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan akhirnya akar (secara berperingkat, satu demi satu). Pada setiap peringkat perubahan itu, jenis bahan perangsang akan diubah sesuai dengan bahagian pokok yang akan dihasilkan. Semua proses ini dijalankan dalam keadaan bebas kuman (steril).

Transformasi pula adalah proses pemindahan gen asing, sama ada daripada tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain ke dalam tumbuhan. Proses ini unik dan mus*l dapat dilakukan melalui kacukan biasa. Proses pemindahan gen ini boleh dilakukan oleh bakteria atau kaedah terus. Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan memindahkan serpihan khusus gen yang dibawanya ke dalam tumbuhan apabila ia menjangkitinya.

Kaedah terus pula adalah seperti penembakan zarah. Sel tumbuhan akan ditembak dengan zarah emas yang telah disalut dengan gen.

Gen yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel tumbuhan yang kemudiannya diganda dan dibesarkan menjadi pokok.

Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang bioteknologi tumbuhan ialah penghasilan buah tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini menghasilkan buah yang lambat lembik dan segar. Penemuan ini amat penting untuk mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat bekalan buah yang masih segar di pasaran.

Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak yang tinggi asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan penjagaan badan.

Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan asid stearik daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak koko.

Page 4: Bioteknologi

Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik mesra alam

Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam sekitar. Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik mesra alam ialah sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap pembuluh darah.

Penghasilan vaksin di dalam pokok telah diusahakan.

Vaksin kolera di dalam ubi kentang berjaya memberi pelalian kepada tikus. Malangnya ubi kentang perlu dimasak dan akan merosakkan vaksin. Tumpuan kini untuk menghasilkan vaksin di dalam buah pisang agar senang dimakan oleh kanak-kanak. Bayangkan kanak-kanak ke klinik untuk imunisasi, hanya diberikan buah pisang dan bukannya suntikan. Tiada lagi tangisan! Buah yang murah dapat dihantar ke negara miskin dengan mudah dan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Pemindahan gen dari pokok atau bakteria telah menghasilkan beberapa pokok yang tahan kulat atau serangga. Ini dapat mengurangkan penggunaan racun kulat atau racun serangga di ladang.

Pemindahan gen ini diharap menghasilkan kelapa sawit yang rintang kulat perosak akar, ganoderma, atau serangga seperti ulat bungkus.

Penghasilan pokok yang rintang racun herba banyak dihasil dan dikomersialkan. Pokok-pokok ini akan hidup apabila disiram dengan racun herba berkenaan, sebaliknya pokok rumpai yang lain akan mati.

Ada banyak lagi kemajuan yang dicapai oleh bioteknologi tumbuhan. Apa yang telah dibincangkan membuktikan betapa pentingnya bidang bioteknologi kepada manusia dalam meningkatkan penghasilan makanan dan meninggikan pendapatan pengusaha ladang.

Kajian genomik pula adalah kajian hubungan antara gen dan fungsi mereka. Dua aktiviti popular kajian genomik ialah penjujukan semua gen di dalam sesuatu hidupan dan analisis fungsi pelbagai gen dalam suatu keadaan seperti apabila pokok didedahkan pada suhu tinggi atau apabila kulat menjangkiti pokok. Kajian penjujukan semua gen kini semakin popular, malah keseluruhan gen dan DNA yang terkandung di dalam pokok Arabidopsis dan padi serta beberapa kuman dan kulat berjaya dijujukan. Dengan kejayaan penjujukan keseluruhan gen manusia, punca banyak penyakit yang merbahaya akan dapat diketahui dan langkah merawat atau mencegahnya dapat dilakukan secara berkesan. Sebagai contoh apabila racun pembunuh sel barah dimasukkan ke dalam tubuh, ia akan terus kepada sel barah dan membunuhnya tanpa memberi kesan

Page 5: Bioteknologi

sampingan kepada sel lain. Begitu juga penentuan gen yang berfungsi apabila pokok sawit diserang kulat yang akan dapat membantu kita mengetahui tanda awal jangkitan, kegemaran kulat berkenaan atau apakah yang sebenarnya terjadi ketika jangkitan. Pengetahuan ini dapat membantu merancang strategi menghalang atau mungkin melewatkan jangkitan kulat tersebut.

Kaedah terkini yang membolehkan ahli sains mengkaji kesan beribu-ribu gen pada satu masa adalah ‘teknologi cip DNA’ (DNA chip atau microarray technology). Kaedah ini masih baru di. Melalui penggunaan teknologi berkenaan, fungsi ribuan gen sama ada meningkat atau menurun akan dapat diketahui. Teknologi ini telah berjaya mengurangkan masa analisis fungsi ribuan gen daripada beberapa tahun kepada beberapa minggu saja.

Akhirnya, apakah kaitan kaedah genomik ini dengan kejuruteraan genetik? Pengetahuan mengenai fungsi gen yang diperoleh hasil kajian genomik akan dapat membantu merancang aktiviti kejuruteraan genetik dengan menentukan gen sasaran yang akan memberikan hasil yang paling berkesan. Kaedah genomik juga telah membantu usaha mendapatkan gen yang diperlukan daripada pokok sawit untuk tujuan kejuruteraan genetik. Teknologi cip akan membantu menentukan kesan baik dan tidak baik yang diperoleh hasil pemindahan sesuatu gen. Kesimpulannya, kajian genomik dan kejuruteraan genetik adalah saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan

Page 6: Bioteknologi

Bioteknologi

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.†�

Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam

Page 7: Bioteknologi

penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.

Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.

Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.

Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.

Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:

• Pembangunan Bioteknologi Pertanian – merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.• Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.• Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan – Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.• Pembangunan Bioteknologi Perindustrian – Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.• Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi – Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.

Page 8: Bioteknologi

• Pembangunan sumber tenaga – Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.• Pembangunan prasarana kewangan – Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).• Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan – Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.• Kedudukan strategik – mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.

Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.

Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi

Page 9: Bioteknologi

Bioteknologi: kelebihan dan ancamannya terhadap   sarwajagat

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan

Page 10: Bioteknologi

teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.

Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.

Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.

Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.

Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:

Page 11: Bioteknologi

• Pembangunan Bioteknologi Pertanian – merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.• Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.• Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan – Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.• Pembangunan Bioteknologi Perindustrian – Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.• Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi – Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.• Pembangunan sumber tenaga – Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.• Pembangunan prasarana kewangan – Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).• Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan – Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.• Kedudukan strategik – mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.

Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.

Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.

Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Page 12: Bioteknologi

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”

Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168).

This entry was posted on Disember 18, 2007 at 12:40 pm and is filed under think tank thought. You can feed this entry. You can leave a response, or trackback from your own site.

Page 13: Bioteknologi

Makanan Tambahan

Pengenalan:

Ubat-ubatan suplemen adalah produk-produk yang mengandungi vitamin, garam galian, asid amino, dan herba; dan sebarang abstrak, kepekatan atau campuran bahan-bahan ini.

Biasanya persediaan vitamin untuk kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair (sirap atau pil kunyah).

Apakah yang anda perlu ketahui tentang ubat suplemen

Secara umumnya, individu yang tidak mahu, enggan atau gagal mengambil makanan seimbang memerlukan ubat suplemen.

Vitamin adalah disarankan hanya untuk kanak-kanak yang masih kecil. Kebiasaanya selepas berusia dua tahun mereka boleh mengambil makanan pejal yang mengandungi cukup vitamin, oleh itu mereka tidak memerlukan ubat suplemen lagi.

Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics memberi panduan penggunaan ubat suplemen seperti berikut:

Bagi kanak-kanak yang tidak minum air yang mengandungi florida, mereka patut diberi suplemen florida.

Multivitamin dan garam galian tambahan boleh diberikan pada kanak-kanak yang kurang selera makan,tetapi suplemen tidak boleh melebihi dari sukatan yang sepatutnya (RDA).

Individu yang mengamalkan kawalan makanan juga boleh mengambil ubat suplemen.

Page 14: Bioteknologi

Kanak-kanak yang mengambil makanan sayur-sayuran sahaja juga memerlukan ubat suplemen seperti vitamin B12.

Remaja yang mengandung memerlukan lebih tambahan zat besi dan asid folik.

Cara yang berkesan untuk memberi dos vitamin dan garam galian harian boleh berpandukan kepada pyramid makanan.

Kumpulan vitamin / garam galian dan fungsinya

Jenis Fungsi

Vitamin A Untuk kesihatan mata,kulit dan tulang; sintesis hormon

Vitamin C Membantu penyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan terhadap jangkitan

Vitamin B1

Untuk digunakan untuk metabolisma tenaga: saraf, tisu dan otot.

Vitamin B2

Untuk digunakan untuk metabolisma tenaga; untuk kesihatan kulit; membantu penglihatan.

Vitamin B6

Digunakan untuk metabolisma asid amino dan asid lemak: membantu membentuk sel darah merah, membantu sistem imun dan saraf untuk berfungsi dengan berkesan.

Vitamin B12

Membantu membentuk sel baru dalam sistem saraf.

Vitamin D Untuk membentuk tulang yang kuat dan gigi yang sihat.

Vitamin E Untuk menstabilkan sel membran.

Vitamin K Untuk membantu mekanisma pembekuan darah.

Biotin Digunakan dalam metabolisma tenaga dan asid amino, sintesis dan pemecahan

Page 15: Bioteknologi

lemak.

Folat Membantu pembentukan sel baru.

Kalsium Untuk tulang yang kuat dan gigi yang sehat, pengecutan dan pengenduran otot, pembekuan darah, fungsi sistem saraf, tekanan darah.

Iron Membantu menghasilkan sel darah merah yang membawa bekalan oksigen dari paru-paru ke sel-sel badan.

Magnesium

Untuk pembentukan tulang dan gigi, penghantaran impuls saraf, membantu otot mengecut, mengaktifkan enzim yang diperlukan untuk tenaga.

Selenium Bergabung dengan Vit E dan bertindak sebagai antioksidan.

Zink Membantu dalam sistem pertahanan badan, penyembuhan luka, dan diperlukan untuk sintesis DNA.

Langkah pengawasan

Kebanyakan ibubapa tidak menyedari kesan sampingan ubat suplemen yang mungkin timbul dan kemungkinan interaksi yang akan berlaku dengan ubat-ubat yang digunakan. Adalah penting bagi Ibubapa mengambil tahu tentang keselamatan dan keberkesanan penggunaan ubat suplemen apabila bercadang memberikannya kepada anak-anak mereka.

Dos vitamin yang tinggi (melebihi-RDA) harus dianggap sebagai ubat dan bukannya suplemen dan perlu diuruskan dengan pengawasan golongan professional.

Berbincanglah dengan doktor anda, ahli farmasi atau dietetik sekiranya anda bercadang untuk memulakan bagi anak anda dengan ubat suplemen. Jika anak anda memerlukan suplemen, dapatkan suplemen yang labelnya menunjukkan nilai harian yang tidak melebihi 100%.

Page 16: Bioteknologi

Semakan akhir : 14 April 2008

Wednesday, October 17, 2007

Wajarkah mengambil makanan tambahan?

RAMAI orang bertanya, “adakah vitamin atau makanan tambahan (supplement) berkesan?” atau “bila ianya diperlukan?”. Lebih parah lagi, ada yang bertanya “adakah ia berbaloi untuk dibeli?”. Semua persoalan itu mungkin dapat dijawab jika adanya kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan tubuh badan dari awal.

Apatah lagi, tabiat pemakanan kita yang terdedah dengan lemak, manisan dan bahan toksik beracun, menyebabkan pengambilan makanan tambahan sangat penting.

Jika di Amerika Syarikat satu daripada tiga rakyatnya atau 100 juta masyarakat negara berkenaan mengambil makanan tambahan setiap hari dan membelanjakan sekitar AS$6.5 bilion (RM24.7 bilion) setahun untuk tujuan berkenaan, bagaimana pula di negara kita?

Pakar Perunding Kesihatan, Zulkifli Ahamad berkata, jumlahnya amatlah sedikit dan kesedaran masyarakat kita masih lagi rapuh iaitu 50-50.

Tidak dinafikan, memang ada golongan muda, sama ada bekerjaya ataupun masih bersekolah, yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai rutin kehidupan seharian.

Sama ada diambil dari rumah sebaik selepas bersarapan pagi atau sebelum masuk tidur. Ada juga mengambilnya untuk membentuk otot dan lebih ramai sebagai tujuan kecergasan tubuh badan,untuk membantu meningkatkan sistem

Page 17: Bioteknologi

imunisasi dan mencergaskan diri

Hakikatnya, kesesuaian sesuatu produk bergantung kepada keperluan badan. Namun, kata Zulkifli, pengambilan makanan tambahan daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, lebah, hasil tenusu dan herba adalah digalakkan bagi mengelakkan terjadinya kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada guna pengambilan makanan tambahan atau vitamin yang teratur, jika tidak minum air secukupnya (lapan gelas sehari) atau terlebih kandungan kafein dan gula di dalam badan.

Faktor berkenaan akan menyebabkan makanan tambahan yang diambil kurang memberi kesan positif.

Apapun, satu peringatan penting! Apa juga makanan tambahan yang anda ambil, pastikan terpapar lambang Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan bahan itu teruji dan selamat berada di dalam tubuh badan.

Amalkan dari zaman kanak-kanak

SARANAN kerajaan mencegah lebih baik daripada mengubati seharusnya dipandang serius oleh segenap masyarakat di negara ini betapa penjagaan kesihatan dari awal amat penting berbanding merawat.

Zulkifli berkata, tidak seperti masyarakat Jepun yang majoriti masyarakatnya mampu hidup sehingga 100 tahun kerana pengambilan makanan sihat dan juga makanan tambahan di usia muda, masyarakat di negara ini kurang mempunyai kesedaran dalam aspek pemakanan yang hakikatnya terdedah dengan bahan beracun atau toksik tanpa disedari.

“Ramai orang kita ingat, kehidupan mereka sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi bila tiada tanda-tanda sakit di usia muda.

“Mereka juga lebih suka mengambil ubatan berasaskan dadah seperti yang mengandungi parasitomol yang sekadar menghilangkan kesakitan buat seketika.

“Ramai juga tidak tahu bahawa dalam satu hidangan nasi yang mengandungi ayam dan sayuran, sebenarnya terdedah dengan bahan toksik.

“Sebab itulah, pengambilan makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi yang diperkaya dengan vitamin di dalamnya akan membantu menyeimbangkan kesihatan badan,” katanya kepada i-Kon.

Dia berkata, ada kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun yang mengalami penyakit kencing manis atau masalah obesiti dan kerana itu, pengambilan makanan tambahan digalakkan selewat-lewatnya pada usia 18 tahun dan seawal usia setahun.

Page 18: Bioteknologi

“Ini perlu kerana sekarang ini pada usia 24 tahun pun ada yang menghidapi serangan jantung. Jadi adalah lebih baik diamalkan pengambilan makanan tambahan dari kecil lagi,” katanya.

INGAT!!! Maklumkan kepada pakar kesihatan:

1. Jika mempunyai alahan atau reaksi luar biasa terhadap sebarang ubat-ubatan, makanan dan apa juga makanan tambahan atau bahan pewarna.

2. Jika mengalami masalah pemakanan tertentu seperti kurang kandungan garam dan gula. Kebanyakan bahan ubatan mengandungi bahan aktif dan cecair perubatan.

3. Jika mengalami lebih daripada satu masalah kesihatan akibat pengambilan makanan tambahan.

4. Jika mengalami kesusahan mengingati sesuatu dan membaca label.

FAKTA: Siapa yang patut mengambil vitamin/makanan tambahan

• Dewasa

Golongan dewasa jarang mengambil makanan seimbang dalam pemakanan mereka. Malah pada lingkungan usia ini juga mereka akan kehilangan vitamin dan mineral penting dalam badan.

Bagi individu yang kurang terdedah dengan cahaya matahari, mereka selalunya kekurangan Vitamin D dan juga Vitamin B penting sebaliknya mempunyai kandungan Vitamin E yang terlalu tinggi.

Kandungan dos Vitamin A berlebihan mungkin tidak merbahaya bagi golongan awal dewasa, tetapi menjadi bahan toksik kepada golongan akhir dewasa.

• Perokok

Merokok boleh menyebabkan kehilangan beberapa vitamin penting, terutama Vitamin C. Berpandukan kajian, 25 peratus perokok wanita dan 31 peratus perokok lelaki kekurangan Vitamin C.

Pengambilan asid folik sebagai makanan tambahan sangat digalakkan, bagaimanapun pengambilan dos vitamin antioksida yang terlalu banyak akan membawa bahaya. Daripada

mengambil makanan tambahan, kebanyakan perokok digalakkan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan bijiran dalam diet masing-masing.

• Peminum alkohol

Golongan ini selalunya menghadapi masalah kekurangan kepelbagaian vitamin

Page 19: Bioteknologi

dalam badan. Paling bahaya apabila kekurangan Vitamin B1 (thiamin), asid folik, Vitamin B6, B2 dan Vitamin C.

• Pengamal diet dan vegetarian

Individu dalam program pengurangan berat badan 1,000 kalori sehari, digalakkan mengambil multivitamin dan membuat pemeriksaan paakar kesihatan secara kerap.

Manakala bagi vegetarian, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi roboflavin, Vitamin B12 dan Vitamin D, sangat diperlukan.

Mereka yang tidak mengambil bahan tenusu atau telur dan juga daging, mempunyai kebarangkalian mengalami kekurangan Vitamin A. Namun bagi yang mengambil daging, telur dan hasil tenusu, tahap kandungan zat besi perlu diambil berat.

• Wanita mengandung dan menyusu

Vitamin B sangat perlu bagi menambah kandungan vitamin sedia ada.

• Bayi dan kanak-kanak

Bayi yang mengambil susu ibu sihat selalunya memiliki vitamin secukupnya, kecuali beberapa kejadian kurangnya Vitamin K dan D. Ini kerana susu badan kurang mengandungi Vitamin K. Oleh kerana itu, bayi yang baru lahir sering disuntik dengan vitamin.

Pengambilan Vitamin D secara berlebihan meningkatkan kadar toksik berbahaya dalam badan. Oleh kerana itu, tiada siapa digalakkan mengambil vitamin D dalam kehidupan seharian, melainkan atas nasihat doktor atau pakar kesihatan.

Sumber; Berita Harian

Posted by Along at 2:25 AM

Labels: food Suppliment, kesihatan, Vitamin