biomekanik dalam renang

17
BIOMEKANIK DALAM RENANG ( FADZLY&KIDAH) 2 posts • Page 1 of 1 BIOMEKANIK DALAM RENANG ( FADZLY&KIDAH) by fadzly88 on 2008-11-09, 06:30:26 am 3.0 Biomekanik di dalam renang Secara umumnya, 2/3 daripada permukaan bumi adalah air.Dimana 90 % adalah air laut dan selebihnya adalah air tawar.Keadaan ini membolehkan manusia dan haiwan untuk berenang.Berenang mempunyai makna yang sangat luas.Sesetengah orang hanya pergi berenang pada waktu senggang atau pada hujung minggu.Manakala sesetengahnya lagi merupakan atlet renang yang sentiasa berlatih 25 jam seminggu.Malangnya, di Britain, kemudahan untuk berenang adalah kurang.Ramai diantara rakyat Britain yang tidak mempunyai peluang untuk belajar berenang.Mereka banyak menghabiskan masa dengan hanya belajar dan bekerja. Bagi golongan kurang upaya mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam sukan renang kerana kekurangan pihak yang berusaha untuk melibatkan mereka dalam sukan ini.Berenang di dalam air laut atau air tawar, tetap menggunakan prinsip yang sama.Dimana di dalam air, berat badan manusia berkurang.Dimana air laut akan memberi sokongan kepada badan untuk terapung disebabkan oleh ketumpatan air masin adalah lebih tinggi berbanding dengan kolam renang. 4.0 KOMPOSISI BADAN Badan manusia terdiri daripada banyak jenis tisu-tisu. Apa yang penting untuk pengapungan adalah kuantiti tulang, otot dan lemak. Semasa memasak daging, tulang dan daging, yang mempunyai otot binatang dimasak,akan tenggelam ke dasar periuk,manakala lemak berkumpul di permukaan.Ini boleh diibaratkan,apabila seseorang masuk ke dalam kolam renang,tulang dan otot akan tenggelam manakala lemak akan terapung. Kombinasi diantara tiga tisu ini yang akan menentukan sama ada individu tersebut akan terapung tinggi ataupun rendah semasa berada di dalam air. Search this topic… S earch

Upload: devaki-subramaniam

Post on 10-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tt

TRANSCRIPT

Page 1: BIOMEKANIK DALAM RENANG

BIOMEKANIK DALAM RENANG ( FADZLY&KIDAH)

 

2 posts • Page 1 of 1

BIOMEKANIK DALAM RENANG ( FADZLY&KIDAH)

by fadzly88 on 2008-11-09, 06:30:26 am

3.0 Biomekanik di dalam renang

Secara umumnya, 2/3 daripada permukaan bumi adalah air.Dimana 90 % adalah air laut dan

selebihnya adalah air tawar.Keadaan ini membolehkan manusia dan haiwan untuk

berenang.Berenang mempunyai makna yang sangat luas.Sesetengah orang hanya pergi

berenang pada waktu senggang atau pada hujung minggu.Manakala sesetengahnya lagi

merupakan atlet renang yang sentiasa berlatih 25 jam seminggu.Malangnya, di Britain,

kemudahan untuk berenang adalah kurang.Ramai diantara rakyat Britain yang tidak

mempunyai peluang untuk belajar berenang.Mereka banyak menghabiskan masa dengan

hanya belajar dan bekerja. 

Bagi golongan kurang upaya mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam sukan

renang kerana kekurangan pihak yang berusaha untuk melibatkan mereka dalam sukan

ini.Berenang di dalam air laut atau air tawar, tetap menggunakan prinsip yang sama.Dimana

di dalam air, berat badan manusia berkurang.Dimana air laut akan memberi sokongan

kepada badan untuk terapung disebabkan oleh ketumpatan air masin adalah lebih tinggi

berbanding dengan kolam renang. 

4.0 KOMPOSISI BADAN

Badan manusia terdiri daripada banyak jenis tisu-tisu. Apa yang penting untuk pengapungan

adalah kuantiti tulang, otot dan lemak. Semasa memasak daging, tulang dan daging, yang

mempunyai otot binatang dimasak,akan tenggelam ke dasar periuk,manakala lemak

berkumpul di permukaan.Ini boleh diibaratkan,apabila seseorang masuk ke dalam kolam

renang,tulang dan otot akan tenggelam manakala lemak akan terapung. Kombinasi diantara

tiga tisu ini yang akan menentukan sama ada individu tersebut akan terapung tinggi

ataupun rendah semasa berada di dalam air. 

Kita tidak boleh mengganngap faktor – faktor pecahan-pecahan tulang, otot-otot dan lemak

sahaja yang terlibat,tetapi faktor di sudut mana apungan seseorang itu sendiri. Seorang

Search this topic… Search

Page 2: BIOMEKANIK DALAM RENANG

lelaki dengan dengan mempunyai berat tulang dan berotot kaki akan terapung-apung di

satu sudut yang besar,dan secara menegak Terdapat juga individu yang berkedudukan yang

melayang-layang adalah tegak kira-kira lapan belas inci dibawah permukaan.Mereka ini juga

boleh belajar berenang.

5.0 JISIM DAN BERAT

Sebelum ini, kita telah mengatakan bahawa badan manusia adalah hampir-hampir ringan

dalam air, dan dalam pandangan penjelasan-penjelasan di atas tentang keapungan di atas

air, kenyataan ringkas sesetengah perbezaan antara pemberat dan jisim mestilah

dinyatakan.Seseorang manusia itu mempunyai berat yang berubah – ubah mengikut tempat

ia berada.Berat seseorang astronout akan berkurang apabila berada di angkasa.Ini bolehlah

disamakan dengan berat badan seorang perenang apabila berada di dalam air juga turut

berkurang.

Contoh yang lain ialah apabila seseorang berada di dalam lif semasa lif itu bergerak

mahupun berhenti.Keadaan ini juga boleh menyebabkan seseorang itu beratnya bertambah

mahupun berkurang.

6.0 KEAPUNGAN

Apungan adalah asas kepada semua jenis renang dan ia sangat mudah dilakukan.Bahkan

bagi sesetengah orang, menahan nafas sepenuhnya sudah memadai untuk menghalang

tubuh daripada tenggelam.Setelahmengalaminya sendiri, barulah seseorang akan mencapai

kejayaan di dalam renang.Orang yang tidak begitu mahir berenang akan menyangka

bahawa mereka akan tenggelam sekiranya mereka berhenti menekankan diri di permukaan

air. 

Oleh itu, mereka banyak menghabiskan banyak tenaga, cepat letih dan mereka tidak akan

menjadi perenang yang handal sehinggalah mereka dapati bahawa menggerakkan kaki dan

tangan tidak perlu untuk mengapungkan tubuh .Keapungan adalah sifat semulajadi tubuh

Page 3: BIOMEKANIK DALAM RENANG

dan tidak perlu dipelajari.Hanya kira – kira 3 peratus daripada jumlah penduduk yang

mempunyai otot yang sangat tegap dan muatan paru – paru yang terhad sahaja yang

menyebabkan tubuh mereka tenggelam apabila dibenamkan di dalam air.Malah, orang yang

tidak boleh terapungkan diri boleh terapung sekiranya mereka menggerak – gerakkan

tangan mereka secara perlahan. 

Belajar mengawal keapungan semula jadi tubuh menjadikan tubuh anda sangat mudah

terapung dalam sebarang posisi yang anda suka.Tiga unsur yang mengawal keapungan

ialah kawalan nafas ( jumlah udara di dalam paru – paru), posisi tubuh ( mengimbangkan

tubuh pada posisi yang anda suka ), dan kesantaian ( berat tubuh anda adalah kekal sama

ada semasa anda berada dalam keadaan tertekan atau rehat.

Setiap benda yang bergantung dengan air untuk hidup adalah tertakluk kepada satu daya

ke atas tindakan melalui pusat keapungan dan satu tindakan menurun melalui pusat graviti.

Terdapat dua penyanggahan kuasa yang bergerak kepada lokasi-lokasi yang berlainan

dalam badan dan seterusnya menghasilkan putaran kuasa-kuasa yang mengakibatkan satu

putaran jasad kecil.Umumnya, kaki perenang-perenang akan tenggelam lebih rendah

daripada anggota tertinggi badan.Ini adalah kerana badan mereka adalah lebih padat

daripada air.

Apabila kedudukan jasad berhenti dan terapung di air,kita akan dapati bahawa pengaruh

tengah badan(pusat graviti)menjajarkan sendiri secara menegak dengan digantikan pusat

air ( pusat keapungan). Perlulah diambil perhatian bahawa, jika badan terapung-apung

dalam satukeadaan yang mendatar, kedua-dua pusat keapungan dan pusat graviti mungkin

masih menjadi secara menegak .Keadaan ini boleh berlaku di kalangan anak-anak muda dan

wanita orang dewasa .Sesetengah,lelaki orang dewasa juga boleh mengalami keadaan ini,

tetapi jumlahnya dalah sedikit.

Kedudukan di mana satu jasad akan terapung-apung dalam air adalah hasil kuasa-kuasa

pusat keapungan dan pusat graviti, manakala keupayaan sebuah badan untuk

mengapungkan adalah ditentukan oleh ketumpatan badan berbanding dengan ketumpatan

air. Seseorang yang mampu untuk mengapungkan dirinya dengan senang adalah

berkemungkinan lebih bersedia mempelajari renang daripada seseorang yang mempunyai

kesukaran dalam mengapungkan diri.Sebarang pergerakan atau putaran yang berlaku

semasa mengapungkan diri menjadi hasil pusat graviti dan pusat keapungan dalam

keadaan yang selari.Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini boleh berlaku

termasuklah bentuk dan simetri.

Dari segi bentuk, kedudukan anggota badan dan kepala boleh berubah secara drastik

mengubah kedudukan keapungan badan.Perubahan dalam bentuk badan yang

mengimbangi badan mempengaruhi kedudukan arah kepala dan seterusnya mengakibatkan

anjakan pusat graviti ke arah yang sama.Ini membantu badan untuk mencapai satu keadaan

Page 4: BIOMEKANIK DALAM RENANG

yang mendatar,kedudukan keapungan yang tidak bergerak sebagai pusat apungan dan

pusat graviti menjadi sejajar.

Perenang – perenang perlulah membuat eksperimen dengan memvariasikan bentuk tubuh

yang dapat menyokong mereka, depan dan tepi untuk mendapatkan satu penghargaan

bagaimana bahagian badan lain dapat membantu dalam membuat apungan.Satu cara baru

untuk membolehkan pelajar baru mempelajari bentuk-bentuk baru adalah dengan

menggalakkan mereka membentuk sebanyak mana huruf yang mungkin (contohnya : X, Y, I,

T, O, L, A.)

Dari segi asimetri dan simetri pula, simetri adalah faktor yang menjejaskan cara di mana

badan terapung.Satu simetri ,badan yang sama rata berposisi yang tetap di bentuk boleh

terapung-apung dalam sebuah kapal terbang yang seimbang.Sebuah badan yang tak simetri

tidak akan menjadi posisi yang sama rata dan tidak dijangka boleh terapung-apung dalam

sebuah kapal terbang yang rata. Badan-badan manusia kebanyakan telah mempunyai

beberapa bentuk asimetri.Sebagai contoh,seorang pemain tenis yang baik hendaklah

mempunyai perkembangan otot yang lebih besar di bahagian lengan daripada yang lain

manakala, seseorang dewasa yang sudah berumur mempunyai pinggul tak simetri.Dalam

kedua-dua kes, kedudukan pusat graviti akan menjadi berkesan dan akan memerlukan satu

perubahan dalam bentuk badan untuk mengekalkan satu kedudukan imbangan dalam air.

Putaran pula berlaku, apabila pusat graviti dan pusat keapungan tidak berada dalam

keadaan yang selari. Putaran kadangkala tidak boleh menstabilkan tetapi semasa

keapungan, ia boleh dikawal dan digunakan daripada menggunakan sebiji

pelampung.Putaran menegak adalah pergerakan ke hadapan atau ke belakang kira-kira satu

pangsi pusat.Arah putaran ini adalah diperlukan apabila bertukar dari arah depan atau latar

kedudukan yang terapung. Putaran sisi berlaku dari sisi ke sisi sekitar paksi panjang

badan.Badan berputar dengan cepat sekeliling paksi ini disebabkan oleh rintangan kecil

sebenar daripada air.Putaran ini boleh dikawal oleh perubahan bentuk badan.

7.0 RINTANGAN

Perenang yang mahir mempunyai tubuh badan yang tegap dimana apabila dipandang dari

pandangan sisi dan ini boleh mengurangkan rintangan.Untuk merasai bagaimana rintangan

Page 5: BIOMEKANIK DALAM RENANG

air boleh berlaku,seseorang itu perlulah berada di dalam air yang mempunyai kedalaman

separas dada.Kemudian, cuba berlari atau berjalan secara pantas. 

Walaubagaimanapun, terdapat fakta yang menunjukkan kelajuan akan menyebabkan

berlakunya rintangan. Semakin cepat sesuatu objek itu bergerak di dalam sesuatu cecair,

semakin tinggi rintangan yang berlaku.Apabila sesuatu objek itu bergerak di dalam cecair

tanpa mempedulikan bentuknya,ia akan menghasilkan rintangan.Kenu direka bentuk untuk

memberi kelajuan dan mengurangkan rintangan. 

Bagi mereka yang sedang belajar berenang, akan berasa cemas untuk menyimpan satu

atau kedua – dua kakinya berdekatan dengan lantai kolam itu,dan mencuba untuk berenang

dalam keadaan yang bersudut .Sesetengah orang tua,menghadapi perasaan yang sama dan

terapung – apung disebabkan mereka tidak mempunyai kekuatan,atau berenang dalam

keadaan yang bersudut,yang boleh mencipta tentangan.

Walaubagaimanapun banyak fakta yang menunjukkan rintangan merupakan masalah yang

besar disebabkan oleh kelajuan.Semakin cepat sesuatu objek itu bergerak di air semakin

besar rintangan yang dihasilkan.Bagi mereka yang baru belajar dan mereka yang berenang

sekadar mengisi masa senggang,kelajuan merupakan faktor yang tidak penting.Jadi, mereka

akan berenang dalam keadaan posisi yang mereka suka.Berlainan pula dengan atlet renang

yang memerlukan kelajuan yang tinggi tetapi mahukan rintangan yang rendah.

Bagi perenang yang mahir, rintangan merupakan pihak lawan yang berkuasa kerana ia

menepati satu hukum kuasa dua songsang. Perenang yang mahir haruslah menambah dua

kali ganda kelajuan renangnya, dan dalam masa yang sama dia menggandakan empat kali

tentangan.Jika kelajuannya meningkat sebanyak empat kali, maka rintangannya telah

meningkat sebanyak enam belas kali.

Ini merupakan sebab mengapa beberapa guru dan jurulatih-jurulatih renang berpendapat

bahawa dua faktor yang penting adalah rintangan dan pendorong. Bagi atlet renang, arus

yang bergaris bukanlah penghujung masalah tetapi permukaan air akan mencipta geseran

dan cenderung untuk mengeringkan kulit seseorang sepanjang berada di air.Suatu masa

dahulu, baju renang diperbuat daripada kapas dan ini boleh menyebabkan masalah ini

timbul.Tetapi pada masa kini,baju renang diperbuat daripada bahan yang sintetik dimana ini

sekaligus dapat mengurangkan rintangan.

8.0 DORONGAN

Rintangan dan dorongan adalah faktor yang penting di dalam biomekanik renang.

Page 6: BIOMEKANIK DALAM RENANG

Pendorong boleh didapati daripada lengan-lengan dan daripada kaki yang boleh

digambarkan sebagai tuas, manakala tangan dan kaki, yang digunakan sebagai dayung

atau sebagai “flippers”.Semua pergerakan haiwan dan manusia bergerak bergantung

kepada satu skleton,untuk diberi ketegaran, dengan sendi - sendi bernama,yang

membolehkan pergerakan kepada otot terbuka dan sendi-sendi yang tertutup.

Pergerakan diibaratkan sebagai lemak yang boleh dibentuk – bentuk dan kemudiannya

dibetulkan kembali.Segera satu contoh,semasa memanjat tangga,kaki dibengkokkan dan

diluruskan kembali.pergerakan ini membolehkan seseorang berada di atas.Keadaan yang

serupa berlaku semasa menuruni tangga atau semasa berjalan sepanjang satu laluan

peringkat.

9.0 FLEKSI DAN EKSTENSI

Pergerakan yang sama juga boleh dilihat apabila kita memanjat dengan menggunakan

tali.Tangan akan dibengkokkan manakala tangan yang satu lagi akan diluruskan.Pergerakan

ini boleh dikelaskan kepada dua.Iaitu pergerakan yang membengkokkan sendi dipanggil

fleksi manakala pergerakan yang meluruskan sendi di panggil ekstensi.

Sendi yang paling besar di dalam badan manusia ialah bahagian pinggul.Dimana bahagian

ini sangat berkuasa dalam acara mengangkat berat dan juga acara renang kupu – kupu dan

juga semasa berpusing.Pada dasarnya pinggul banyak digunakan semasa kita berjalan,

berlari dan juga berenang dalam semua gaya renang.

Apabila otot-otot besar beroperasi di sekitar sendi pinggul, boleh digunakan untuk satu

kelebihan yang besar bagi perenang.Bagi perenang yang tidak belajar menggunakan

bahagian ini, atau ia tak diajarnya, adalah menjadi satu kelemahan dalam untuk

mendapatkan pendorong daripada otot-otot lebih lemah yang berfungsi di lutut.

Perenang yang pernah patah di bahagian anggota badannya akan mendapati bahawa

mustahil ia akan dapat melenturkan badannya dengan baik .Pergerakan akan menjadi

perlahan dan susah.Pergerakan yang perlahan biasanya dilakukan oleh orang yang

fleksibel.Tiada kelajuan yang diperlukan.Jadi fleksi yang terjadi di bahagian lutut sangat

sedikit.

Semasa di dalam air,perenang – perenag yang tidak berminat dalam kelajuan, hanya

mengganggap ini sebagai satu senaman yang lembut dan keseronokan yang sedikit.Mereka

Page 7: BIOMEKANIK DALAM RENANG

akan berenang dengan lengan-lengan panjang dan kaki atau tuas panjang.Mereka tidak

menggunakan banyak aksi untuk pembengkokan dan membetulkan, dan ini tidak akan

banyak menghasilkan rintangan.

Didalam renang, langkah perlahan sering berpunca daripada sedikit kelenturan siku, tetapi

mereka yang berenang cepat akan mengangkat lengan-lengan mereka sehingga 90 darjah

teratur untuk mendapatkan maksimum pendorong.Ia adalah satu latihan yang lucu untuk

seorang guru untuk menyediakan satu kelas kanak-kanak atau untuk seorang individu

untuk, mencuba renang dengan lengan dan kaki yang betul-betul lurus .Ini tidak mustahil,

kanak-kanak akan teruja dan sesetengahnya menuntut kejayaan walaupun pemerhatian

menunjukkan bahawa terdapat kelenturan dan sambungan,bagaimanapun sedikit,di

siku,lutut, pergelangan tangan atau pergelangan kaki.Fleksi ini menyebabkan sambungan

berikut yang mengakibatkan pendorong.

10.0 HUKUM NEWTON

Hukum gerakan Newton pertama yang ditemui oleh Sir Isaac Newton menyatakan mengenai

sifat inersia sesuatu objek. Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu

objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan

halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.

Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Oleh itu, untuk mengerakkan objek yang

pegun itu, satu daya dari luar diperlukan.Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju

seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus.Untuk

mengubah keadaan itu, daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu.

Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat

satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang

bertentangan. Dalam renang, Newton undang-undang ketiga merupakan tindakan seimbang

dan reaksi adalah berdemonstrasi sebagai tangan sampai ke hadapan dan bentuk-bentuk

untuk meneruskan air dan badan bereaksi dengan arah bertentangan itu.Pembentukan dan

penekanan tangan-tangan dan kaki,adalah dipanggil mengatur yang ada mengelirukan

kerana untuk mengatur dengan sempurna adalah mustahil,walaupun di kalangan perenang

– perenang yang sudah mahir.Satu jumlah tertentu kesilapan akan berlaku dan sesiapa yang

telah mencuba berlari atau menutup dengan pasir atau salji akan dapat merasainya.

Pelatih renang sering memberi arahan tolak dengan menggunakan kaki.Arahan ini telah

memberikan arahan yang diperlukan pergerakan yang betul walaupun struktur badan yang

Page 8: BIOMEKANIK DALAM RENANG

mempunyai keluasan pergerakan tangan dan bahu yang terhad, menjadikan ia sangat

mustahil unyuk menolak tangan dan kaki dalam keadaan yang lurus.

Untuk mengelakkan menyimpang daripada garis lurus, tindakan undang-undang ketiga

Newton dan tindak balas mengarahkan supaya kaki bertindak balas dengan tangan.Satu

tindak balas kaki kepada pergerakan lengan-lengan dilihat dalam semua perenang-

perenang,biasanya dalam satu gaya yang ketara jika perenang adalah perenang yang baru .

Tangan-tangan mendorong ke arah kaki, yang beraksi dalam giliran ke arah tangan-tangan,

ia sepatutnya bahagian pinggul bertindak balas jauh dari tangan-tangan dan pada masa

yang sama,ia meningkatkan untuk kemajuan kepada pelajar baru.Tindak balas kaki dan

pinggul adalah satu titik penting bagi rujukan yang akan dibuat kemudian.

11.0 PRINSIP BERNOULLI

Prinsip Bernoulli adalah sebuah istilah di dalam mekanika fluida yang menyatakan bahwa

pada suatu aliran fluida, peningkatan pada kecepatan fluida akan menimbulkan penurunan

tekanan pada aliran tersebut. Prinsip ini sebenarnya merupakan penyederhanaan dari

Persamaan Bernoulli yang menyatakan bahwa jumlah tenaga pada suatu titik di dalam

suatu aliran tertutup sama besarnya dengan jumlah tenaga di titik lain pada jalur aliran

yang sama. Prinsip ini diambil dari nama ilmuwan Belanda/Swiss yang bernama Daniel

Bernoulli

Prinsip ini diguna pakai dalam berenang,Dimana perenang – perenang yang mahir

menggunakan prinsip ini.Tangan dan kaki manusia boleh menjadi keras untuk dijadikan

sebagai pendayung semasa berenang.Ramai orang termasuk kanak – kanak dan orang

dewasa apabila berkunjung ke kolam renang akan berasa seronok apabila boleh berenang

dan mengapungkan diri di dalam air.

Berdiri tetap,dengan bahu tenggelam, dan cuba mendayung dengan sebelah tangan

beberapa inci di bawah permukaan air.Mendayung adalah satu tekanan yang dalaman

tangan,menekan atas, dengan tangan curam, atau bersudut di secara kasar 45 darjah diikuti

secara satu tolakan luar dengan kelingking atas.Pergerakan adalah berterusan dan ia

berjaya apabila seseorang melihat seolah – olah satu puting beliung kelihatan yang dilihat

sebagai mengosongkan mandian.Mendayung lemah atau tidak mahir menghasilkan satu

puting beliung yang besar yang boleh diperdalamkan secara perlahan dengan merendahkan

mendayung merentasi air.Mendayung dengan baik adalah penting bagi semua pelajar dan

Page 9: BIOMEKANIK DALAM RENANG

perlu untuk membuat latihan.

APLIKASI PRINSIP PERGERAKAN DALAM RENANG

12.0 APLIKASI PRINSIP PERGERAKAN DALAM RENANG

Keberkesanan teknik dalam melakukan kuak dalam renang adalah bergantung kepada

pengaplikasian prinsip rintangan (resistance) dan kayuhan ( propulsion). Setiap individu

akan mempunyai kaedah dan cara kuak nya yang tersendiri oleh itu seorang guru itu harus

memahami semua aspek positif dan negatif dalam prinsip-prinsip ini untuk membolehkan

kemahiran individu dalam renang itu berkembang dengan potensi yang maksimum dan

tenaga yang kurang.

Berikut merupakan faktor-faktor yang penting dalam prinsip ini:-

Page 10: BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Kedudukan atau posisi kepala amat menentukan posisi badan ketika di air.

• Amat penting bagi perenang untuk belajar berenang dengan berenang dalam posisi yang

lurus untuk mendapatkan rentak kuak yang betul.

• Semua tangan,bahu dan kaki akan digunakan untuk mendapatkan tujahan dan pergerakan

yang kuat untuk bergerak di dalam air.

• Keadaan tangan dan kaki ketika berenang memainkan peranan dalam menentukan arah

pergerakan yang sama dan lurus.

GAYA BEBAS

12.1 GAYA BEBAS

Rintangan

Posisi badan ketika berenang dengan gaya bebas seharusnya mendatar atau pada paras

sedikit bawah permukaan air. Dan ini juga bergantung kepada komposisi badan seseorang

individu terbabit. Sewaktu meluncur di dalam air, kedudukan kepala haruslah sesuai dan

berubah untuk membolehkan kedua-dua tumit kaki berada sebaik-baiknya di bawah paras

permukaan air.

Secara keseluruhan, ia akan mengurangkan rintangan hadapan ketika berenang gaya

bebas. Ia juga akan mengurangkan rintangan pusaran yang terhasil ketika berenang dan

seterusnya menyebabkan renangan itu menjadi semakin laju ke hadapan dan lancar.

Pendorong

Bahagian lengan dan tangan menghasilkan pergerakan kayuhan yang utama dalam gaya

bebas. Keberkesanan dalam kayuahan kuak ini adalah berdasarkan faktor berikut:-

Page 11: BIOMEKANIK DALAM RENANG

• Tangan memasuki air dengan rintangan yang kurang iaitu dengan ibu jari, jari telunjuk

yang akan masuk dahulu dalam air dan diikuti dengan pergelangan tangan, bahu. Ketika ini,

siku tangan itu perlu lebih tinggi daripada pergelangan tangan ketika fasa memasuki air

untuk kuak gaya bebas ini.

• Seterusnya, tangan akan terus meluncur ke hadapan sehingga lurus sebelum tangan yang

berada di bawah air akan melakuan kuak dimana akan menghasilkan tekanan untuk

menolak air di dalam air dan menghasilkan pergerakan dalam keadaan menyeret atau drag.

• Tangan akan terus menguak sehingga tangan mencecah permukaan air dimana tangan itu

akan melepaskan tekanan untuk meminimakan rintangan dalam gaya bebas.

Pendorong kaki

Kaki menghasilkan kestabilan tekanan dan tujahan. Walaubagaimanapun, kesan atau impak

kayuhan atau tendangan kaki ketika di dalam air akan menyebabkan pergerakan menjadi

lurus dan tegak. Tetapi, bukaan kayuhan yang melebihi 30 sentimeter atau 12 inci akan

menyebabkan rintangan hadapan terhasil dan seterusnya memperlahankan kelajuan

renangan.

Kayuhan kaki yang dalam juga akan memyebabkan tekanan pusaran terhasil di bahagian

belakang dan akan mengakibatkan kelajuan dan pergerakan menjadi perlahan. 

Untuk mengatasi masalah ini, kaki perlu berada dalam keadaan fleksi-plantar dimana sendi

kaki ke bawah. Keadaan ini menyebabkan kaki menjadi lurus ketika kayuhan dan

meminimakan rintangan kerana keseluruhan kaki berada dalam keadaan lurus atau

mendatar.

Pernafasan

Ketika berenang, pernafasan adalah penting untuk menyambung pergerakan. Oleh yang

demikian, ketika perenang menghembus nafas di dalam air, perenang itu akan menarik

nafas kembali apabila posisi badannya adalah pada sisi. Dalam keadaan ini, perenang dapat

menarik nafas tetapi ini akan menyebabkan rintangan hadapan terhasil. Oleh itu, perenang

seboleh-bolehnya akan mengangkat atau hanya mendongak ke sisi sedikit saja bagi menarik

nafas maka rintangan yang terhasil adalah sedikit.

Page 12: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KUAK LENTANG

12.2 KUAK LENTANG

Rintangan

Keadaan badan dalam kuak lentang perlu berada dalam keadaan mendatar di permukaan

air. Seperti dalam gaya bebas, tangan dan lengan memainkan peranan yang penting dalam

menghasilkan kayuhan dan pergerakan dalam kuak lentang.

Kayuhan kaki dalam kuak lentang akan menstabilkan posisi badan supaya sentiasa berada

dalam keadaan mendatar di permukaan air. 

Rintangan hadapan akan terhasil dan menyebabkan keadaan tidak stabil dan pergerakan

menjadi perlahan kerana jika posisi badan tidak berada dalam keadaan mendatar atau

lurus. Bukaan kayuhan yang melebihi 30 sentimeter juga akan menyebabkan rintang

terhasil.

Pendorong

Fasa pertama kayuhan iaitu dengan tangan dimasukkan dalam air untuk kayuhan adalah

amat penting dimana jari kecil dimasukkan dahulu dan diikuti bahagian lengan yang lain.

Tangan perlu dimasukkan dalam air pada keadaan jam 11 dimana bukaan itu dapat

menghasilkan tujahan yang kuat dengan tenaga yang minima.

Kaki memainkan peranan amat penting dalam kuak lentang kerana bahagian kaki

menyokong badan dalam menghasilkan kuasa dan kelajuan. Kayuhan kaki ke atas dan

bawah menghasilkan panduan yang baik dengan tekanan yang dihasilkan melalui otot-otot

kaki seperti otot kuardiseps.

KUAK DADA

Page 13: BIOMEKANIK DALAM RENANG

12.3 KUAK DADA

Rintangan

Renang kuak dada merupakan jenis renang yang perlahan kerana fasa pemulihan tangan

dan kaki ketika berenang menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi.

Pergerakan di dalam air melibatkan pergerakan peha dan tangan menyebabkan air

menyentuh bahagian peha dan tangan maka rintangan besar terhasil dan menyebabkan

kelajuan berkurang. 

Fasa meluncur dalam kuak dada amat penting dengan teknik yang betul maka kuak dan

luncuran itu akan menghasilkan kelajuan yang optimum dengan rintangan yang berkurang.

Bahagian kaki harus bertemu supaya menghasilkan keadaan mendatar dan lurus ketika

meluncur.

Rintangan pusaran yang terhasil juga akan mengakibatkan kelajuan berkurang. Oleh itu,

posisi badan yang tinggi dengan bukaan sudut lutut yang tidak terlalu besar dapat

mengurangkan rintangan pusaran yang terhasil dan juga mengurangkan rintangan hadapan.

Pendorong

Dalam fasa meluncur kuak dada, pergerakan luncuran akan bertambah secara apungan. Ini

akan menyebabkan doronagan yang maksimum dan lancar. Bahagian kaki juga akan

meluncur laju dalam fasa ini dan menentang arus dan rintangan dengan minimum.

Dalam fasa pemulihan, renangan akan bertambah perlahan daripada fasa dorongan dan

luncuran. Ini kerana rintangan hadapan terhasil di bahagian kaki dan tangan. Bahagian kaki

menjadi fleksi dorsi kerana otot berehat untuk menghasilkan tenaga kemudiannya. Keadaan

fleksi dorsi ini juga menyediakan posisi badan untuk fasa dorongan ke hadapan atau

luncuran.

Dalam fasa pemulihan tangan, keadaan tangan haruslah bersudut seperti membaca doa

atau membuka buku. Ia perlu dilakukan di bawah dagu bagi menghasilkan tujahan dan

luncuran yang laju dengan rintangan hadapan dapat dikurangkan.

Page 14: BIOMEKANIK DALAM RENANG

KUAK KUPU-KUPU

12.4 KUAK KUPU-KUPU

Rintangan

Jenis renang kuak kupu-kupu ini adalah seperti kuak gaya bebas berganda tetapi lebih

perlahan daripada gaya bebas bukaan kuak yang besar dan keadaan lutut dan kaki

menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi.

Kekuatan yang tinggi diperlukan dalam jenis renang ini kerana bahagian atas badan

memerlukan kekuatan untuk menghasilkan fasa pemulihan berganda.

Para pelajar perlu mempraktikan pergerakan ikan lumba-lumba kerana ia secara semulajadi

menghasilkan kelajuan yang tersendiri. Pelbagai kemahiran dan teknik diperlukan untuk

menghasilkan kelembutan dari bahagian punggung hingga ke bahagian kaki untuk

menghasilkan dorongan ke hadapan yang kuat dan laju.

Pergerakan punggung yang tinggi dan kepala menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi

dan amat menyukarkan bagi seseorang yang baru hendak belajar jenis renangan ini. Oleh

itu, ‘fins’ digunakan untuk seseorang itu mendapat rentak dan teknik tendangan dalam

renang kuak kupu-kupu ini. Bahagian kepala merupakan pusat kawalan utama badan dan

pergerakan kepala yang berlebihan ketika berenang gaya ini akan menghasilkan rintangan

yang tinggi.

Pendorong

Bahagian tangan meluncur di dalam air dengan kedalaman 20 sentimeter atau 8 inci

dimana tangan dalam kedaan bersedia untuk menguak keluar. Dalam fasa menguak keluar

ini amat penting dalam menentukan kelajuan yang terhasil daripada menguak ke dalam dan

Page 15: BIOMEKANIK DALAM RENANG

meluncur. Oleh itu, teknik yang betul dengan pergerakan yang mengikut mekanikal yang

betul dapat menghasilkan tujahan dan kuak yang kuat.

Di dalam air iaitu semasa fasa pemulihan tangan, tangan perlu memasuki ke dalam air

dengan lancar dan dalam keadaan 45 darjah untuk meminimakan rintangan dan tenaga

untuk meluncur.

Dalam fasa tendangan kaki, ianya seperti pergerakan ikan lumba-lumba dimana apabila

bahagian tangan menguak keluar dan ke atas, maka bahagian kaki akan menendang air

untuk menghasilkan gerakan dan panduan badan ke hadapan. Pergerakan di atas dijalankan

secara berterusan dan stabil agar kelajuan dapat dipertingkatkan dan mengatasi rintangan.

BIOMEKANIK DALAM MENCEGAH KECEDERAAN DALAM RENANG

13.0 Patomekanik Gaya Bebas

Penyebab dalam kecederaan bahu dalam sukan renang adalah disebabkan teknik kuak atau

kayuhan yang salah dari segi biomekanik dan juga patomekanik.

Fasa ketika tangan masuk ke dalam air dengan keadaan tangan yang melebihi paksi tengah

badan menyebabkan tekanan mekanikal dibahagian otot biseps dan otot supraspinatus. 

Untuk mengelak kecederaan ini, teknik yang betul dapat menyelesaikan masalah ini.

Dengan teknik yang betul seperti dalam gambarajah di atas, kedudukan badan yang

bertukar arah dan bersudut 45 darjah bagi setiap kali pergerakan kuak tangan dengan

bahagian jari memasuki permukaan air dan berada di paksi tengah dengan bahagian

kepala. 

Page 16: BIOMEKANIK DALAM RENANG

SISTEM OTOT DALAM RENANG

14.0 SISTEM OTOT YANG TERLIBAT

Gerakan lengan bawah yang terkawal bergantung kepada keselarasan pengenduran dan

penguncupan otot bertentangan. 

Dalam keadaan lengan rehat ketika gaya bebas, otot biseps dan triceps akan lebih stabil

dan sama kedua-duanya dimana tiada tindakan saling bertentangan. Apabila lengan

diangkat berada dalam keadaan hendak bersedia untuk melakukan pergerakan kuak, otot

biseps akan mengecut manakala otot triceps akan mengendur.

Apabila lengan berada dalam keadaan sudut 90 darjah untuk memasuki air, otot biseps

akan mengecut sepenuhnya manakala otot triceps akan mengendur sepenuhnya. Apabila

lengan diturunkan separa di dalam air untuk menentang rintangan dan menghasilkan

tujahan dan luncuran, otot biseps akan mengendur dan otot triceps akan mengecut.

Apabila lengan berada dalam fasa pemulihan atau lurus, otot biseps dan triceps akan

kembali dalam keadaan rehat semula dan bersedia untuk menghasilkan tenaga untuk kuak

yang seterusnya ketika berenang.

fadzly88

 

Posts: 2

Joined: 2008-05-20, 09:00:05 amTop