persatuan renang amatur malaysia

13
PERSATUAN RENANG AMATUR MALAYSIA AMATEUR SWIMMING UNION OF MALAYSIA (ASUM)

Upload: samson-thomas-wong

Post on 18-Dec-2015

404 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Persatuan Renang Amatur Malaysia

TRANSCRIPT

Slide 1

Persatuan Renang Amatur Malaysia Amateur Swimming Union of Malaysia (ASUM)PengenalanPersatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) bergabung dengan Federation Internationale de Natation (FINA) dan bermatlamat untuk menggalakkan sukan akuatik (renang, terjun, renang beritma, polo air dan renang air terbuka) di Malaysia.

Objektif:Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan renangMelatih perenang-perenang muda hingga berjaya dari peringkat kelab hingga ke peringkat antarabangsa.Membentuk jati diri remaja iaitu berdisplin, bertanggungjawab dan menanam semangat berpasukan.Sejarah persatuanPada tahun 1955, The Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Untuk sukan renang hanya dua perenang lelaki dihantar. Mereka ialah Fong Seow Hor dan Lim Heng Chek.

Sekarang persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM) yang berpejabat di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.ASUM adalah sebahagian ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale De Natation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956 Malaysia ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan kejohanan Asia.Organisasi:President : Y.B. Dato Seri Shahidan Haji KassimSetiausaha Kehormat : Encik Edwin ChongSetiausaha Eksekutif :Cik RozitaIsu-isu persatuan

Puan Asmahan Zaidon

Isu 2: 'Setiap negeri, seorang jurulatih asing'

Kejayaan persatuan Dalam sukan SEA XV di Kuala Lumpur, pada tahun 1989, Nurul Huda Abdullah, perenang Malaysia memungut lapan pingat emas dan mencipta rekod renang Sukan SEA untuk acara 200 meter gaya bebas (2:05.75), acara 400 meter gaya bebas (4:21.98) acara 200 meter medley individu (2:22.74) dan acara 400 meter medley individu (4:59.61). Nurul Huda juga dihadiahkan The Coca-cola Outstanding Female Athlete of the 15th SEA games.

Seorang lagi perenang Jeffrey Ong yang dikenali sebagai King of Malaysia pools memungut dua pingat emas untuk acara 400 meter dan 1,500 meter gaya bebas (lelaki) dalam empat Sukan SEA berturut-turut iaitu pada 1987 di Jakarta, 1989 di Kuala Lumpur, 1991 di Manila dan 1993 di Singapura. Dia memungut dua pingat perak untuk acara-acara yang sama di Kejohanan Renang Asia pada 1988 di Beijing dan Sukan Asia, 1990 di Beijing juga. Di World Student Games, Sheffield, 1991 dia memungut satu pingat perak untuk acara 1,500 neter gaya bebas. Dia juga mewakili Malaysia di Sukan Olimpik pada tahun 1988 di seoul dan 1992 di Barcelona. Dia telah bersara daripada pertandingan. Seorang pemegang biasiswa Kementerian Sukan, Jeffrey telah menerima Sarjana Muda Penyiaran dari University of Southern California dengan cita-cita untuk menjadi penyiar sukan.Sekian, terima kasih!