assignment buku panduan renang

Upload: huda-mokhtar

Post on 11-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

IPGM PJM3014 RENANG

TRANSCRIPT

pengenalan

Hampir kesemua manusia di seluruh dunia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan air. Tidak kira sama ada individu tersebut tinggal di bandar atau di luar bandar. Secara umumnya manusia memulakan hidup dengan cara yang sama iaitu berenang di dalam rahim ibu semasa berada di dalam kandungan. Memori atau pengalaman awal ini sebenarnya tersimpan jauh dalam minda separa sedar manusia. Justeru, adalah tidak janggal apabila ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang menghayati pengalaman semasa berada di dalam air seperti terapung dan berenang. Pernafasan adalah satu kemahiran yang paling asas kepada seorang perenang. Proses pernafasan semasa renang melibatkan tiga organ utama iaitu hidung, mulut dan paru-paru. Proses pernafasan juga terbahagi kepada dua iaitu proses menarik dan menghembus nafas. Kedua-dua proses ini sangat penting dalam melaksanakan aktiviti renang. Teknik pernafasan yang baik berupaya untuk menghasilkan strok-strok renang yang berkuaiti. Di samping itu, teknik ini juga dapat melancarkan pernafasan semasa melakukan aktiviti renang. Teknik pernafasan ini boleh dilatih dengan cara melaksanakan aktiviti permainan.Aktiviti air sememangnya menyeronokkan, namun apabila ia dirancang dengan teliti dan mempunyai matlamat yang tersendiri aktiviti ini akan menjadi satu proses pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Permainan air dapat memberi seribu satu kelebihan kepada kanak kanak umumnya. Di samping membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial, aktiviti air ini dapat memastikan tubuh badan mereka berada dalam keadaan yang sihat. Melalui pengenalan kepada permainan baru, kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran mendengar dan kognitif mereka. Permainan juga menyediakan satu persekitaran yang menyokong perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Seorang kanak-kanak tidak perlu menjadi perenang profesional untuk menyertai aktiviti air. Sebaliknya, aktiviti air ini sesuai untuk semua peringkat usia sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa tanpa mengira tahap kecergasan dan keupayaan renang mereka.

.Buku panduan ini menyediakan aktiviti-aktiviti air yang sesuai untuk melatih teknik pernafasan bagi kanak-kanak yang baru pertama kali terlibat dalam aktiviti renang. Ia juga bersesuaian bagi orang dewasa yang bermasalah dalam renang. Aktiviti yang disediakan adalah mudah untuk dipelajari dan tidak memerlukan kos yang tinggi disamping dapat memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak untuk mempelajari asas-asas renang dan dapat diaplikasikan oleh mereka pada masa akan datang.

MATLAMAT

Dalam jangka masa yang panjang, penghasilan buku log ini berhasrat untuk membantu guru guru dalam melaksanakan aktiviti air yang sesuai bagi peringkat kanak kanak di samping memberikan satu kepuasan yang optimum kepada murid murid dalam mempelajari asas asas renang,

objektif

Aktiviti yang dihasilkan adalah sesuai untuk dilaksanakan oleh semua peringkat umur kanak kanak mahupun orang dewasa yang baru sahaja melibatkan diri dalam aktiviti renang. Aktiviti air ini juga dirangka untuk : Melatih kawalan sistem pernafasan semasa melaksanakan aktiviti air. Menanam rasa keyakinan diri sewaktu bergerak di dalam air. Mengelakkan risiko lemas atau kemalangan nyawa sewaktu beraktiviti. Melatih disiplin dan kepatuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan. Menerapkan nilai bekerjasama dalam aktiviti berpasukan.

Apa itu renang?

Renang adalah satu aktiviti yang dinikmati oleh setiap individu persona. Faktor faktor yang menyebabkan manusia belajar untuk berenang adalah kerana beberapa sebab untuk hidup, untuk mencari makanan, untuk meningkatkan kesihatan, serta untuk meluangkan masa senggang.Pada awalnya orang orang primitif yang tinggal berhampiran air didapati mahir dalam aktiviti berenang dan menyelam. Pada waktu itu, renang bukan sahaja merupakan satu bentuk rekreasi tetapi juga satu bentuk pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain. Rekod terawal renang adalah kira-kira 9000 sebelum masihi, merujuk kepada gambar-gambar yang ditemui pada dinding gua di Gurun Libya. Aktiviti renang telah menjadi satu aktiviti rasmi sejak 50 tahun yang lalu. Pada abad ke 20, negara Amerika telah menjadi penyumbang terbesar dalam sukan renang. Semenjak itu, aktiviti renang telah diperkenalkan pada peringkat kolej. Semakin banyak kolam renang yang dibina untuk kegunaan orang awam dan kegunaan aktiviti rekreasi. Terdapat beberapa gaya yang dapat digunakan dalam aktiviti renang. Antaranya ialah gaya kupu kupu, gaya bebas, gaya kuak lentang, gaya kuak dada dan gaya sisi. Gaya gaya ini mempunyai teknik- teknik yang tertentu supaya dapat menghasilkan pergerakan renang yang baik dan kemas di samping dapat mengelakkan kecederaan.

PERALATAN

FIRST COME, FIRST OUT! ISLAND HOPING SINGING UNDER THE SEA CATCH ME IF YOU CAN! CAPTAIN HOOKS TREASURE

Memanaskan badan

Renang adalah satu aktiviti yang menggunakan hampir keseluruhan tubuh badan. Oleh itu, adalah penting untuk melaksanakan sedikit regangan sebelum masuk ke dalam air. Aktiviti regangan dapat menyediakan otot agar tidak tercedera sewaktu beraktiviti. Regangan perlu bertumpu pada bahagian kaki dan tangan. Di bawah merupakan contoh regangan yang boleh dilakukan sebelum melakukan aktiviti renang.

REGANGAN BUKU LALIDalam keadaan duduk, letakkan satu kaki lurus di hadapan manakala sebelah kaki lagi dibengkokkan di atas lutut kaki yang lururs. Tangan memegang tumit dan gerakkann secara bulatan dengan perlahan lahan. Lakukan sebanyak 10 kali dalam kedua dua arah pusingan. Seterusnya tukar kaki.

BULATAN TANGANBerdiri dengan kaki dibuka seluas bahu. Buka kedua dua belah tangan buat putaran yang besar. Secara perlahan lahan, kecilkan putaran tangan sehingga menjadi putaran kecil. Lakukan sebanyak 10 kali dalam kedua dua arah.

SENTUH HUJUNG KAKIBerdiri seluas bahu dan lutut dibengkokkan sedikit. Bongkokkan badan dan cuba untuk menyentuh hujung kaki. Tanpa berdiri, silangkan tangan kiri dan sentuh hujung kaki kanan. Tahan selama 10 saat. Ulang pergerakan dengan menyentuh hujung kaki kiri dengan tangan kanan. Ulang sebanyak 10 kali.

REGANGAN KUADRISEPBerdiri di atas kaki kanan dengan menggunakan tangan kanan untuk menyokong badan pada dinding. Kaki kiri dilipat ke belakang dan dipegang dengan tangan kiri. Tarik secara perlahan lahan sehingga otot meregang. Tahan dalam kiraan 10 dan ulang perbuatan yang sama dengan kaki kanan.

Aktiviti renang

FIRST COME, FIRST OUT! ISLAND HOPING SINGING UNDER THE SEA CATCH ME IF YOU CAN! CAPTAIN HOOKS TREASURE

FIRST COME, FIRST OUT!

OBJEKTIF Melatih teknik menarik dan menghembus nafas sewaktu melakukan aktiviti di dalam air.

RASIONAL Mengenalpasti kanak kanak yang mengalami masalah mengawal pernafasan di dalam air.

SENARAI PERALATANPeralatan : Kad ayat

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Paras air hendaklah tidak melebihi bahu kanak kanak. Pastikan kanak kanak memegang tebing sewaktu melakukan aktiviti. Menyediakan Life-Bouy sebagai persediaan kecemasan. Pastikan kanak kanak tidak melakukan aktiviti bersendirian.

PROSEDUR Kad yang mengandungi ayat ditunjukkan kepada kanak kanak. Cth ayat kad: Saya suka main bola. Kanak kanak dibenarkan masuk ke dalam kolam dengan memegang tebing. Kanak kanak memasukkan kepala ke dalam air sebaik mendapat arahan daripada guru dan kanak kanak perlu menghembus nafas melalui mulut atau hidung. Sewaktu hendak mengambil nafas, kanak kanak perlu menyebutkan satu perkataan yang ditunjukkan pada kad sebelum ini. Cth : Saya Aktiviti diulang sehingga kesemua perkataan dapat disebut. Kanak kanak yang paling lambat menghabiskan ayat akan dianggap sebagai pemenang kerana berjaya mengawal pernafasan sewaktu berada di dalam air.

GAMBARAN PERMAINANSelam & Hembus NafasTarik Nafas dan Menyebut PerkataanSAYA!Selam Semula* ULANG SEHINGGA HABIS SATU AYAT

ISLAND HOPPING

OBJEKTIF Melatih kanak-kanak mengawal pernafasan sambil melakukan pergerakan.

RASIONAL Membenarkan kanak kanak mengaplikasi teknik pernafasan agar dapat menyelam dengan lebih jauh dan lama.SENARAI PERALATAN Kick board Stick Noodle

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Paras air tidak melebihi bahu kanak kanak. Menyediakan Life-Bouy sebagai persediaan kecemasan. Melakukan aktiviti air dengan pengawasan orang dewasa/guru.

PROSEDUR Kanak- kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan secara bertiga. Kanak kanak dibenarkan masuk ke dalam kolam atas arahan guru. Kanak-kanak memulakan aktiviti atas arahan guru. Kanak-kanak boleh berenang ke arah kick board (pulau) menggunakan gaya bebas. Kanak-kanak tidak dibenarkan mengambil nafas sebelum sampai ke pulau. Setelah sampai ke pulau, barulah kanak-kanak dibenarkan mengambil nafas. Sekiranya kanak kanak mengambil nafas sebelum sampai ke pulau, kanak - kanak didenda dengan membuat bobbing sebanyak tiga kali sebelum meneruskan aktiviti. Kanak-kanak akan berenang menggunakan alat bantuan stick noodle. Bagi pasukan yang paling awal berjaya sampai ke garisan penamat akan dianggap sebagai pemenang. Namun, sekiranya pasukan yang menang itu menggunakan tipu helah, status juara akan ditukar kepada pasukan yang mengikut peraturan permainan.

GAMBARAN PERMAINAN

SINGGING UNDER THE SEA

OBJEKTIF Melatih kanak kanak mengawal pernafasan di dalam air dengan lebih lama.

RASIONALMengenalpasti kanak kanak yang tidak berupaya untuk menghembuskan nafas dengan menggunakan hidung.

PERALATANKad lagu.

ASPEK KESELAMATANParas air tidak melebihi bahu kanak kanak.Aktiviti dilakukan di dalam kumpulan bertiga.Pastikan kanak kanak memegang tebing kolam semasa melakukan aktiviti.Menyediakan Life-Bouy sebagai persediaan kecemasan.

PROSEDUR PERMAINAN Kanak kanak dipecahkan kepada kumpulan bertiga. Kad yang mengandungi lagu ditunjukkan kepada wakil setiap kumpulan. Cth lagu: Ikan kekek mak iloi-iloi. Kanak kanak dibenarkan masuk ke dalam kolam dengan memegang tebing. Atas arahan guru, kanak kanak dibenarkan memasukkan kepala ke dalam air. Wakil kumpulan perlu membunyikan (humming) lagu ketika berada di dalam air untuk diteka oleh rakannya. Kumpulan yang dapat meneka lagu yang dibunyikan akan mendapat satu markah dan diberi kad lagu yang seterusnya. Giliran membunyikan lagu ditukar kepada ahli kumpulan lain. Permainan diteruskan selama 3 minit. Pasukan yang dapat mengumpul markah terbanyak akan dikira sebagai pemenang

CATCH ME IF YOU CAN

OBJEKTIF Melatih corak pernafasan kanak kanak.

RASIONALMembenarkan kanak kanak mengalami proses pernafasan ketika bergerak di dalam air.

PERALATANTopeng scuba.

ASPEK KESELAMATANParas air tidak melebihi bahu kanak kanak.Pastikan tidak berlaku tolak menolak ketika beraktiviti.Membekalkan topeng scuba kepada setiap kanak kanak.Menyediakan Life-Bouy sebagai persediaan kecemasan.

PROSEDUR PERMAINAN Kanak kanak dibenarkan masuk ke dalam kolam atas arahan guru. Permainan akan dimulakan di tebing kolam dan ditamatkan di hujung kolam yang bertentangan. Seorang kanak kanak dilantik menjadi ikan emas dan selebihnya akan menjadi ikan jerung. Ikan emas perlu melangkah 5 langkah mendahului ikan jerung. Ikan emas perlu melarikan diri daripada ikan jerung sebaik sahaja wisel dibunyikan. Syarat utama ialah, kedua dua ikan perlu menyelam sambil berjalan di dalam air untuk sampai ke hujung kolam bertentangan. Sekiranya ikan emas tertangkap, kanak kanak tersebut akan bertukar peranan menjadi ikan jerung. Manakala ikan jerung yang dapat menangkap ikan emas, akan bertukar peranan menjadi ikan emas.

CAPTAIN HOOKS TREASURE

OBJEKTIF Melatih keyakinan, tumpuan dan kebolehan bernafas kanak - kanak.

RASIONALMembenarkan kanak kanak mengaplikasi teknik pernafasan agar dapat menyelam dengan lebih jauh dan lama.

PERALATANPelbagai objek tenggelam yang berwarna terang.

ASPEK KESELAMATANParas air tidak melebihi bahu kanak kanak.Pastikan tidak berlaku tolak menolak ketika beraktiviti.Menyediakan Life-Bouy sebagai persediaan kecemasan.

PROSEDUR PERMAINAN Kanak kanak masuk ke dalam kolam atas arahan guru. Guru mencampakkan objek objek berat yang berwarna terang (harta) ke dalam kolam yang telah dihadkan. Seorang/dua orang murid dilantik menjadi kapten Hook. Murid yang lain ditugaskan untuk menyelam dan mengambil sebanyak mungkin harta yang disimpan oleh kapten Hook. Kapten Hook perlu mempertahankan hartanya dengan menyentuh murid yang cuba mencuri harta. Murid yang telah disentuh perlu melakukan bubbling sebanyak lima kali sebelum dapat meneruskan permainan. Murid yang dapat mencuri harta kapten Hook terbanyak dalam masa 3 minit akan dikira sebagai pemenang.

PENUTUP

Aktiviti renang merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi semua golongan tidak kira bagi peringkat dewasa atau kanak-kanak. Namun, sekiranya kemahiran yang digunakan bukan berlandaskan teknik yang betul ia dapat memudaratkan perenang. Perkara yang paling asas bagi individu yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti renang terutamanya kanak kanak adalah mempelajari teknik pernafasan semasa menjalankan aktiviti di dalam air. Buku log ini secara ringkasnya telah memuatkan beberapa aktiviti yang sesuai bagi kanak kanak mempelajari teknik teknik untuk bernafas ketika menjalankan aktiviti air. Aktiviti - aktiviti yang disediakan sangat sesuai bagi kanak kanak kerana ianya tidak melibatkan aktiviti aktiviti yang kompleks. Aktiviti ini juga telah diubahsuai dan direka khas bagi kanak kanak yang baru melibatkan diri dalam akiviti renang. Selain itu, buku log ini juga secara tidak langsung dapat menerapkan minat kepada kanak kanak untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pencarian bakat baru dalam sukan renang di Malaysia. Disamping itu, ia juga dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek JERIS selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN

6