bilik darjah mesra budaya

5
BAHAGIAN B Secara individu sediakan esei pendek bagaimana pengetahuan pelbagai budaya yang anda pelajari dapat membantu mewujudkan satu bilik darjah yang mesra budaya. Bilik darjah adalah satu tempat di mana murid-murid dan guru berinteraksi secara formal dan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan dengan berbantukan peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Mesra pula boleh didefinisikan sebagai satu perasaan yang menggambarkan kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang wujud dalam interaksi sesama individu dalam sesebuah masyarakat. Budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu amalan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Jadi persekitaran bilik darjah yang mesra budaya boleh difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira dan ceria yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya menjadi faktor keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu seseorang guru haruslah bijak dalam mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Salah satu perkara yang harus diberi perhatian adalah pengurusan persekitaran fizikal. Guru harus jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang tersendiri. Ia mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan benda-benda bernyawa yakni guru dan murid-murid. Dalam pengurusan persekitaran fizikal, satu daripada aspek penting yang harus diberi perhatian adalah pelan lantai. Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, ruang yang disediakan juga harus mengambil kira juga unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum. Selain itu, aspek kebersihan pencahayaan dan pengudaraan juga memainkan peranan yang penting dalam

Upload: lindy-provencher

Post on 01-Jul-2015

1.957 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: bilik darjah mesra budaya

BAHAGIAN B

Secara individu sediakan esei pendek bagaimana pengetahuan pelbagai budaya

yang anda pelajari dapat membantu mewujudkan satu bilik darjah yang mesra

budaya.

Bilik darjah adalah satu tempat di mana murid-murid dan guru berinteraksi

secara formal dan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi

tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan dengan

berbantukan peralatan dan persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses

pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Mesra pula boleh didefinisikan sebagai satu perasaan yang menggambarkan

kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang wujud dalam interaksi sesama individu

dalam sesebuah masyarakat. Budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu amalan

yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Jadi persekitaran bilik darjah yang mesra

budaya boleh difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira

dan ceria yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah

diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya menjadi faktor keberkesanan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu seseorang guru haruslah

bijak dalam mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Salah

satu perkara yang harus diberi perhatian adalah pengurusan persekitaran fizikal. Guru

harus jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang

tersendiri. Ia mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran fizikalnya dengan

benda-benda bernyawa yakni guru dan murid-murid. Dalam pengurusan persekitaran

fizikal, satu daripada aspek penting yang harus diberi perhatian adalah pelan lantai.

Guru perlu merancang susun atur ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, ruang yang disediakan

juga harus mengambil kira juga unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai

perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum. Selain itu, aspek kebersihan

Page 2: bilik darjah mesra budaya

pencahayaan dan pengudaraan juga memainkan peranan yang penting dalam

menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah. Ruang dan persekitaran yang bersih

menimbulkan kedamaian dan keselesaan di samping mendorong murid untuk menjalani

proses pembelajaran dengan ceria. Guru juga perlu memastikan sistem pencahayaan

dan pengudaraan sesuai bagi menyediakan suasana yang selesa kepda murid untuk

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Perseitaran bilik darjah seharusya

dalam keadaan tidak terlalu terang atau suram serta mendapat bekalan udara yang

bersih dan segar. Selain itu juga, aspek yang harus ditumpukan adalah susunan kerusi

dan meja serta susunan perabot dan peralatan. Pastikan bahawa kerusi dan meja

disusun dalam susunan yang memudahkan guru memantau pergerakan murid.

Susunan perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran pula perlu disesuaikan

dengan suasanan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru juga

boleh memberi murid kebebasan untuk menghias bilik darjah dengan pandangan dan

nasihat dari guru. Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana berlakunya

galakan budaya membaca dalam kalangan murid. Oleh itu tindakan seperti menampal

nota dan tugasan, mewujudkan perpustakaan mini, menggantung kad-kad bacaan dan

sebagainya dapat menggalakan budaya membaca di kalangan murid.

Dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, pengurusan

persekitaran sosioemosi juga harus diberi perhatian oleh guru. Perkataan sosioemosi

terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Bagi perkembangan sosial setiap

individu bermula daripada alam kanak-kanak dan ini mempengaruhi kehidupan pada

peringkat seterusnya. Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar

dan orang lain mengikut carayang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

Emosi pula ialah satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang

individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku ransangan

terhadap emosi sesuatu keadaan. Oleh itu, perkembangan sosial yang positif

menyebabkan seseorang itu sentiasa mempertimbangkan emosinya dengan

mengekalkan emosi yang positif dan mengawal emosi yang negatif. Oleh itu adalah

penting bagi guru untuk membina sosioemosi yang positif dalam diri individu seawal

peringkat kanka-kanak lagi. Salah satunya adalah bagi membina persekitaran bilik

darjah yang mesra budaya, guru perlu menjadi model perlakuan yang baik, penyayang

Page 3: bilik darjah mesra budaya

terhadap murid, mengurus emosi dengan berkesan dan mempunyai kemahiran sosial

yang tinggi. Di samping itu, persekitaran dan pengalaman juga memainkan peranan

yang penting. Pengalaman melalui peraturan-peraturan yang ditetapkan dan guru perlu

membuat pengukuhan terhadap perlakuan murid sama ada perlakuan yang betul diberi

ganjaran atau perlakuan yang salah akan diberi dendaan. Selain itu, guru sepatutnya

mewujudkan sebuah komuniti pembelajaran melalui pembinaan persekitaran yang

prihatin dan penyayang di mana murid mempunyai rasa tanggungjawab untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Guru perlu

memupuk nilai-nilai kepercayaan saling bergantung sesama murid dalam memastikan

murid memiliki sikap penyayang dan prihatin. Aktiviti bermain juga memainkan peranan

yang penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Seseorang guru

seharusnya menyediakan banyak aktiviti bermain kerana bermain mendorong

pemupukan budaya yang kolaboratif dan koperatif dalam pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti seperti ini akan meningkatkan kemahiran interpersonal dan

intrapersonal, kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiran berkomunikasi

antara kanak-kanak. Dalam menguruskan persekitaran sosioemosi minat dan

pencapaian pelajaran juga memainkan peranan dalam membentuk perkembangan

sosioemosi kanak-kanak. Hal ini kerana walaupun seseorang murid tidak begitu

cemerlang dalam pelajarannya, namun sekiranya terdapat suatu tarikan dalam bilik

darjah, murid tersebut akan bersemangat untuk berada dalam bilik darjah tersebut.

Sebagai contoh, guru boleh menyelitkan aktiviti menyanyikan lagu pelbagai kaum

dalam satu pembelajaran dan ini menjadikan murid gembira tanpa mengira lagu bangsa

apa dan bahasa siapa. Murid akan berasa teruja apabila mampu menyanyikan lagu kau

lain. Antara lain yang menjadi aspek dalam pengurusan persekitaran sosioemosi ini

adalah motivasi, budaya dan pembelajaran. Murid daripada pelbagai budaya

mempunyai cara yang berbeza-beza dalam memotivasikan diri untuk mencapai

kejayaan. Oleh yang demikian guru harus mengetahui keperluan murid dalam

memotivasikan mereka. Bagi memotivasikan murid, guru boleh memberi galakan

kepada murid, menggunakan persekitaran sosial untuk menggalakan pembelajaran,

menerangkan kemahiran baru yang perlu murid kuasai dan pelbagai lagi.

Page 4: bilik darjah mesra budaya

Dalam mewujudkan sebuah persekitaran bili darjah yang mesra budaya, antara

perkara penting yang lain yang harus seseorang guru titik beratkan adalah

perhubungan antara kelompok etnik. Bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang

terdiri daripada pelbagai etnik, sekolah merupakan tempat perjumpaan dan pertemuan

kanak-kanak daripada pelbagai etnik. Di sekolah mereka akan bergaul dan belajar

mengenali antara satu sama lain serta menjalinkan nilai-nilai perpaduan. Oleh yang

demikian, guru sememangnya memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan

murid-murid daripada pelbagai latar belakang dapat menjalani kehidupan seharian

mereka dalam suasana yang harmoni. Dengan ini guru seharusnya dapat memupuk

nilai-nilai perpaduan dalam diri murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar

belakang dan kelompok etnik. Antaranya ialah merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang membuka ruang dan peluang kepada semua murid untuk

berinteraksi bagi mewujudkan suasana yang mesra, membina semangat setiakawan

yang tinggi melalui aktiviti berkumpulan, menyediakan isi pelajaran yang menjurus

kepada pemupukan nilai-nilai harmoni, perpaduan dan saling menghormati,

menonjolkan keunikan dan keistimewaan ciri-ciri budaya elbagai etnik, dan membina

persekitaran pembelajaran yang membina dan menghargai perbezaan antara etnik.

Dalam pada itu, pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga adalah penting

dalam mewujudkan sebuah persekitaran yang mesra budaya. Pengurusan dan

pembelajaran yang berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran seperti yang telah

dihasratkan. Oleh yang demikian seseorang guru harus merancang pelbagai aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan perbezaan budaya murid. Sebagai

contoh, guru boleh memilih murid daripada pelbagai etnik ntuk aktiviti berkumpulan dan

tindakan ini dapat menggalakan perkongsian idea dan pendapat di samping dapat

mengenali budaya masing-masing secara lebih dekat lagi. Hal ini mendorong kepada

murid akan menghormati etnik dan budaya lain dengan lebih baik lagi. Di samping itu,

guru harus melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezaan etnik

keturunan murid. Hal ini dapat memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan

menonjolkan melalui aktiviti pembelajaran.

Page 5: bilik darjah mesra budaya

Selain itu juga, satu perkara yang paling senang untuk dilihat sebagai faktor

untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya adalah peranan bahasa dalam

masyarakat yang pelbagai budaya. Memandangkan Malaysia terdiri daripada

masyarakat yang berbilang etnik, guru perlu memahami latar belakang pelajar yang

diajar terutamanya faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya sama ada

perlakuan berbahasa ataupun perlakuan bukan bahasa. Antara peranan yang boleh

dimainkan oleh seorang guru dalam aspek sosiolinguistik ini adalah seperti

mengadakan pelbagai jenis aktiviti berbahasa, sastera, dan budaya dalam kalangan

muridnya. Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja dapat memupuk kesefahaman antara murid

yang terdiri daripada pelbagai etnik malahan ruang tersebut akan mendorong

memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka.

Kesimpulannya, jika seseorang guru tersebut berjaya mewujudkan sebuah bilik

darjah yang mesra budaya, maka guru tersebut secara tidak langsung berjaya

membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menjunjung masa hadapan yang

dikongsi bersama.