bahasa melayu di persada dunia s.e.a. write ...bahasa melayu di persada dunia s embilan orang...

1
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA S embilan orang penulis dan karyawan unggul dari nega- ra ASEAN menerima S.E.A. Write Awards dalam majlis pe- nyampaian yang diadakan di Royal Ballroom, Hotel Oriental Bangkok Thailand pada 30 Sep- tember yang lalu. Sembilan penerima tersebut yang turut menghadiri Minggu S.E.A Write Awards ialah Pro- fesor Dr. Hatta Azad Khan (Malaysia), Pengiran Datuk Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman (Brunei Darussalam), Dr. Sin Touch (Kemboja), Hamsad Rangkuti (Indonesia), Othong Kham-Insou (Laos), Dr. Elmer Alindogan Ordonez (Filipina), Stella Kon (Singapura), Watchara Sujjasarasin (Thailand) dan Nguyen Ngoc Tu (Vietnam). Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan acara pe- nyerahan buku setiap penerima anugerah dan guest speaker , Mr. Antony Beevor, kepada Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn yang hadir bagi pihak bonda baginda, Duli Tuanku Permaisuri Sirikit. Acara penyerahan buku tidak terbuka kepada semua tetamu dan hanya dibenarkan kepada penerima anugerah, guest speaker , Presiden PEN Club, Prof. Madya Dr. Dhanate Vespada, Presiden Writer’s Association of Thailand, Mrs Chamaiporn Saengkrachang dan Pengurus Besar Hotel Oriental Bangkok, Mr. Kurt Wachtveitl. Selepas acara yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu itu, Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn diiringi ma-suk ke Royal Ballroom dan di-perkenalkan kepada pegawai kedutaan ASEAN, iaitu Mr. Hipni Matarsad (Charge d’ Affaires of Brunei Darussalam), Mr. Mo- hammad Hatta (Ambassador of Indonesia), Mr. Oun Phom- machack (Ambassador of Loas), Mr. Syed Mohammad Bakri bin Syed Abd. Rahman (Charge d’ Affaires of Malaysia), Mr. Antonio Venus Rodriguez (Am- bassador of The Philippines) dan Mr. Peter Chan (Ambassador of Singapore). Dengan izin Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn, Mr. Kurt Wachtveitl mempersilakan penerima anu- gerah untuk menerima plak penghargaan daripada Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn. Penerima anu- gerah diminta menyampaikan ucapan selama dua minit dalam bahasa ibunda masing-masing. S.E.A. Write Awards mula diwujudkan pada tahun 1979. Idea untuk mewujudkan anugerah ini muncul dalam perbincangan dalam kalangan pihak pengurusan Hotel The Oriental, Bangkok; Thai Air- ways; International Public Co. Ltd.; dan Italthai Group of Companies. Duli Yang Mulia Pu- tera Prem Purachatra dipilih se- bagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang pertama. Ja- watankuasa Penganjur juga me- nerima sokongan daripada PEN International Thailand – Centre dan juga Writers’ Association of Thailand. Jim Thompson Foun- dation, Bangkok Bank Public Co. Ltd. dan Carlsberg Brewery (Thailand) Co. Ltd pula turut menganggotai Jawatankuasa Pe- nganjur. Sehingga kini, Malaysia mem- punyai 30 orang penerima S.E.A Write Awards bermula dengan A. Samad Said sebagai penerima pertama pada tahun 1979 dan pada tahun ini Prof. Dr. Hatta Azad Khan sebagai penerima yang ke-30. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 November 2008 S.E.A. Write Awards Kali Ke-30 BH PILIH L12 19 emel P ada tahun ini Nestle (M) Sdn. Bhd. sekali lagi mengungguli apabila memenangi Anugerah Citra Iklan untuk papan iklan dalam Majlis Anugerah Citra Wangsa (MACW) 2007 yang diadakan pada 7 November yang lalu, di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur. Anugerah Citra Iklan Tele- visyen pula dimenangi oleh Fraser & Neave Pte Limited, ma- nakala Anugerah Citra Iklan Radio dimenangi oleh Telekom Malaysia Berhad (Telekom). Ha- diah bagi ketiga-tiga kategori disampaikan oleh Menteri Pe- nerangan Malaysia, YB Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berucap pada majlis tersebut antara lain berkata, bahasa kebangsaan sewajarnya tidak dilihat dari aspek perkaum- an atau mewakili bangsa tertentu, sebaliknya dinilai dari segi agen- da nasional untuk memastikan rakyat Malaysia bersatu padu. "Penganjuran majlis ini juga diharapkan akan menimbulkan kesedaran dan kepekaan dalam kalangan masyarakat terhadap peri pentingnya membangunkan semangat patriotisme, jati diri dan nilai kemanusiaan melalui penggunaan bahasa kebangsaan." Sebanyak enam anugerah dan lima hadiah galakan di- pertandingkan dalam MACW 2007. Tiga anugerah lain yang turut dipertandingkan ialah Anugerah Citra Iklan Akhbar, yang dimenangi oleh Maxis Com- munications Berhad, Anugerah Citra Laporan Tahunan Badan Berkanun (MARDI), dan Anu- gerah Citra Laporan Tahunan Sektor Swasta (Public Bank Berhad). Pengacara terkenal tanah air Aznil Haji Nawawi memenangi Hadiah Galakan Keterampilan Berbahasa (Televisyen). Empat lagi hadiah galakan iaitu Ha- diah Galakan Penulis Lirik di- menangi oleh penggubah lagu Julfekar Ahmad Shah, Hadiah Galakan Filem Melayu (Osman Ali melalui filem Puaka Tebing Biru), Hadiah Galakan Institusi Kewangan (Bank Muamalat Malaysia Berhad), dan Hadiah Galakan Industri Komunikasi dan Multimedia (Telekom). Majlis ini turut meraikan pemenang Peraduan Mengarang Esei 2007. Majlis yang diadakan sempena Bulan Bahasa dan Sastera Nega- ra (BBSN) ini, menjadi medan kepada karyawan daripada pelbagai peringkat dan bidang berkumpul dan bertukar-tukar pendapat serta maklumat. MACW mula diperkenalkan pada tahun 1997 bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai pihak sektor awam dan swasta serta indivi- du yang menggunakan bahasa kebangsaan yang berkualiti da- lam bidang tertentu. Penggunaan Bahasa Berkualiti Diiktiraf I klan tersebut bukan sahaja tidak bercitra Malaysia malah tidak menggunakan sepatah kata pun bahasa Melayu. Iklan yang dimiliki oleh dua buah bank ter- kemuka negara ini seharusnya menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebang- saan dan bahasa rasmi negara. Alangkah baiknya ungkapan “Winning is about thinking one step ahead” itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu se- bagai “Kemenangan bererti ber- fikir selangkah ke hadapan”, manakala “Bank on us to see beyond” sebagai “Bank untuk masa depan”. Sementara, ung- kapan “Truth. Honour. Respect. Just Values.” diterjemahkan sebagai “Kebenaran. Maruah. Hormat. Hanya bernilai”. Ketiga- tiga ungkapan itu lebih mudah difahami maknanya dan mesejnya akan sampai kepada masyarakat sekiranya menggunakan bahasa Melayu yang baik, betul dan in- dah. Dalam hal ini, apakah arahan Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 dahulu yang mewajib- kan semua institusi kewangan menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan tidak lagi diendahkan dan sudah tidak re- levan dengan keadaan semasa? Justeru, hanya pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka yang memberikan “kuasa pe- nguat kuasa” kepada DBP se- bagai “polis bahasa” sahaja yang akan menjadikan rakyat Malaysia menghormati, meng- hargai dan menggunakan bahasa kebangsaan serta meng- utamakannya dalam urusan seharian. “Bahasa indah yang tidak diendahkan” Oleh Normala Mohamad Yusof DBP DI SANA SINI DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG AHMAD Shabery Cheek (kanan) menyampaikan piala kepada salah seorang pemenang utama Anugerah Citra Wangsa 2007. Oleh Zaidah Ahmad Rosly Prof. Dr. Hatta Azad Khan ANTARA penerima anugerah dalam satu sesi yang diraikan. Oleh Rohayu Ismail

Upload: others

Post on 02-Feb-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA S.E.A. Write ...BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA S embilan orang penulis dan karyawan unggul dari nega-ra ASEAN menerima S.E.A. Write Awards dalam majlis

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Sembilan orang penulis dan karyawan unggul dari nega-ra ASEAN menerima S.E.A.

Write Awards dalam majlis pe-nyampaian yang diadakan di Royal Ballroom, Hotel Oriental Bangkok Thailand pada 30 Sep-tember yang lalu.

Sembilan penerima tersebut yang turut menghadiri Minggu S.E.A Write Awards ialah Pro-fesor Dr. Hatta Azad Khan (Malaysia), Pengiran Datuk Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman (Brunei Darussalam), Dr. Sin Touch (Kemboja), Hamsad Rangkuti (Indonesia), Othong Kham-Insou (Laos), Dr. Elmer Alindogan Ordonez (Filipina), Stella Kon (Singapura), Watchara Sujjasarasin (Thailand) dan Nguyen Ngoc Tu (Vietnam).

Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan acara pe-nyerahan buku setiap penerima anugerah dan guest speaker, Mr. Antony Beevor, kepada Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn yang hadir bagi pihak bonda baginda, Duli Tuanku Permaisuri Sirikit.

Acara penyerahan buku tidak

terbuka kepada semua tetamu dan hanya dibenarkan kepada penerima anugerah, guest speaker, Presiden PEN Club, Prof. Madya Dr. Dhanate Vespada, Presiden Writer’s Association of Thailand, Mrs Chamaiporn Saengkrachang dan Pengurus Besar Hotel Oriental Bangkok, Mr. Kurt Wachtveitl.

Selepas acara yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu itu, Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn diiringi ma-suk ke Royal Ballroom dan di-perkenalkan kepada pegawai kedutaan ASEAN, iaitu Mr. Hipni Matarsad (Charge d’ Affaires of Brunei Darussalam), Mr. Mo-hammad Hatta (Ambassador of Indonesia), Mr. Oun Phom-machack (Ambassador of Loas), Mr. Syed Mohammad Bakri bin Syed Abd. Rahman (Charge d’ Affaires of Malaysia), Mr. Antonio Venus Rodriguez (Am-bassador of The Philippines) dan Mr. Peter Chan (Ambassador of Singapore).

Dengan izin Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn, Mr. Kurt Wachtveitl mempersilakan penerima anu-gerah untuk menerima plak penghargaan daripada Yang

Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Siridhorn. Penerima anu-gerah diminta menyampaikan ucapan selama dua minit dalam bahasa ibunda masing-masing.

S.E.A. Write Awards mula diwujudkan pada tahun 1979. Idea untuk mewujudkan anugerah ini muncul dalam perbincangan dalam kalangan pihak pengurusan Hotel The Oriental, Bangkok; Thai Air-ways; International Public Co. Ltd.; dan Italthai Group of Companies. Duli Yang Mulia Pu-tera Prem Purachatra dipilih se-bagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang pertama. Ja-

watankuasa Penganjur juga me-nerima sokongan daripada PEN International Thailand – Centre dan juga Writers’ Association of Thailand. Jim Thompson Foun-dation, Bangkok Bank Public Co. Ltd. dan Carlsberg Brewery (Thailand) Co. Ltd pula turut menganggotai Jawatankuasa Pe-nganjur.

Sehingga kini, Malaysia mem-punyai 30 orang penerima S.E.A Write Awards bermula dengan A. Samad Said sebagai penerima pertama pada tahun 1979 dan pada tahun ini Prof. Dr. Hatta Azad Khan sebagai penerima yang ke-30.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 November 2008

S.E.A. Write Awards Kali Ke-30BH PILIH L12 19 emel

Pada tahun ini Nestle (M) Sdn. Bhd. sekali lagi mengungguli

apabila memenangi Anugerah Citra Iklan untuk papan iklan dalam Majlis Anugerah Citra Wangsa (MACW) 2007 yang diadakan pada 7 November yang lalu, di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur.

Anugerah Citra Iklan Tele-visyen pula dimenangi oleh Fraser & Neave Pte Limited, ma-nakala Anugerah Citra Iklan Radio dimenangi oleh Telekom Malaysia Berhad (Telekom). Ha-diah bagi ketiga-tiga kategori disampaikan oleh Menteri Pe-nerangan Malaysia, YB Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berucap pada majlis tersebut antara lain berkata, bahasa kebangsaan sewajarnya tidak dilihat dari aspek perkaum-an atau mewakili bangsa tertentu, sebaliknya dinilai dari segi agen-da nasional untuk memastikan rakyat Malaysia bersatu padu. "Penganjuran majlis ini juga diharapkan akan menimbulkan kesedaran dan kepekaan dalam kalangan masyarakat terhadap peri pentingnya membangunkan semangat patriotisme, jati diri dan nilai kemanusiaan melalui penggunaan bahasa kebangsaan."

Sebanyak enam anugerah dan lima hadiah galakan di-pertandingkan dalam MACW 2007. Tiga anugerah lain yang

turut dipertandingkan ialah Anugerah Citra Iklan Akhbar, yang dimenangi oleh Maxis Com-munications Berhad, Anugerah Citra Laporan Tahunan Badan Berkanun (MARDI), dan Anu-gerah Citra Laporan Tahunan Sektor Swasta (Public Bank Berhad).

Pengacara terkenal tanah air Aznil Haji Nawawi memenangi Hadiah Galakan Keterampilan Berbahasa (Televisyen). Empat lagi hadiah galakan iaitu Ha-diah Galakan Penulis Lirik di-menangi oleh penggubah lagu Julfekar Ahmad Shah, Hadiah Galakan Filem Melayu (Osman Ali melalui filem Puaka Tebing Biru), Hadiah Galakan Institusi

Kewangan (Bank Muamalat Malaysia Berhad), dan Hadiah Galakan Industri Komunikasi dan Multimedia (Telekom). Majlis ini turut meraikan pemenang Peraduan Mengarang Esei 2007.

Majlis yang diadakan sempena Bulan Bahasa dan Sastera Nega-ra (BBSN) ini, menjadi medan kepada karyawan daripada pelbagai peringkat dan bidang berkumpul dan bertukar-tukar pendapat serta maklumat. MACW mula diperkenalkan pada tahun 1997 bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai pihak sektor awam dan swasta serta indivi-du yang menggunakan bahasa kebangsaan yang berkualiti da-lam bidang tertentu.

Penggunaan Bahasa Berkualiti Diiktiraf

Iklan tersebut bukan sahaja tidak bercitra Malaysia malah

tidak menggunakan sepatah kata pun bahasa Melayu. Iklan yang dimiliki oleh dua buah bank ter-kemuka negara ini seharusnya menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebang-saan dan bahasa rasmi negara.

Alangkah baiknya ungkapan “Winning is about thinking one step ahead” itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu se-bagai “Kemenangan bererti ber-fikir selangkah ke hadapan”, manakala “Bank on us to see beyond” sebagai “Bank untuk masa depan”. Sementara, ung-kapan “Truth. Honour. Respect. Just Values.” diterjemahkan sebagai “Kebenaran. Maruah. Hormat. Hanya bernilai”. Ketiga-tiga ungkapan itu lebih mudah difahami maknanya dan mesejnya akan sampai kepada masyarakat sekiranya menggunakan bahasa

Melayu yang baik, betul dan in-dah.

Dalam hal ini, apakah arahan Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 dahulu yang mewajib-kan semua institusi kewangan menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan tidak lagi diendahkan dan sudah tidak re-levan dengan keadaan semasa?

Justeru, hanya pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka yang memberikan “kuasa pe-nguat kuasa” kepada DBP se-bagai “polis bahasa” sahaja yang akan menjadikan rakyat Malaysia menghormati, meng-hargai dan menggunakan bahasa kebangsaan serta meng-utamakannya dalam urusan seharian.

“Bahasa indah yang tidakdiendahkan”

Oleh Normala Mohamad Yusof

DBP DI SANA SINI DI MANA BUMI DIPIJAKDI SITU LANGIT DIJUNJUNG

AHMAD Shabery Cheek (kanan) menyampaikan piala kepada salah seorangpemenang utama Anugerah Citra Wangsa 2007.

Oleh Zaidah Ahmad Rosly

Prof. Dr. Hatta Azad Khan

AntArA penerima anugerah dalam satu sesi yang diraikan.

Oleh Rohayu Ismail