big fasa 6

4
MOGANAVALLI A/P NARAYANAN PISMP PEMULIHAN SEM 6 REFLEKSI Sebelum Sebelum program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras ( Benchmarking), kumpulan BIG bagi fasa keenam, telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada 8 April 2016 di kelas pemulihan, bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatan kuasa kecil. Semua guru pelatih yang terlibat diminta berkumpul di kelas dan membuat undian perlantikan Ajk tertinggi dan Ajk kecil. Selepas tamat proses pemilihan Ajk tertinggi dan Ajk kecil, Pengerusi membincangkan gerak kerja dan perkara berbangkit mengenai pelaksanaan aktiviti program BIG fasa 6, seperti pemilihan tarikh dan anggaran bilangan kutipan duit dari setiap guru pelatih untuk melaksanakan program bina insan guru fasa 6. Selain daripada itu, pengerusi Bina Insan Guru, juga memberi beberapa penjelasan kepada ajk-ajk yang terlibat dalam program tersebut. Beliau meminta, ajk-ajk yang terlibat dalam program ini, boleh memulakan tugasan mereka, agar dapat menyiapkan tugasan mereka pada masa yang ditetapkan.

Upload: mona-sundari

Post on 09-Jul-2016

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIG FASA 6

MOGANAVALLI A/P NARAYANAN

PISMP PEMULIHAN SEM 6

REFLEKSI

Sebelum

Sebelum program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras ( Benchmarking),

kumpulan BIG bagi fasa keenam, telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada 8

April 2016 di kelas pemulihan, bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa induk dan ahli

jawatan kuasa kecil. Semua guru pelatih yang terlibat diminta berkumpul di kelas dan

membuat undian perlantikan Ajk tertinggi dan Ajk kecil.

Selepas tamat proses pemilihan Ajk tertinggi dan Ajk kecil, Pengerusi

membincangkan gerak kerja dan perkara berbangkit mengenai pelaksanaan aktiviti

program BIG fasa 6, seperti pemilihan tarikh dan anggaran bilangan kutipan duit dari

setiap guru pelatih untuk melaksanakan program bina insan guru fasa 6.

Selain daripada itu, pengerusi Bina Insan Guru, juga memberi beberapa

penjelasan kepada ajk-ajk yang terlibat dalam program tersebut. Beliau meminta, ajk-

ajk yang terlibat dalam program ini, boleh memulakan tugasan mereka, agar dapat

menyiapkan tugasan mereka pada masa yang ditetapkan.

Page 2: BIG FASA 6

Semasa

Pada 19 April, semua guru pelatih bersiap pada pukul 8.00 pagi, untuk bertolak ke

Sekolah Wan Ibrahim. Kami telah sampai Sk Wira pada pukul 8.30pagi. Kami disambut dengan

murid-murid Wan Ibrahim dengan penuh mesra dan hormat. Selepas itu, semua guru pelatih

bersarapan di Kantin Wan Ibrahim. Selepas itu, semua guru pelatih diminta untuk berkumpul di

kelas pendidikan khas. Kelas tersebut dipenuhi dengan semua guru-guru yang berkhidmat di Sk

Wan Ibrahim berserta dengan murid-murid pendidikan khas. Penolong Kanan Pentadbiran telah

memberi ucapan aluan.

Selepas itu, beliau telah membahagikan kami kepada lapan kumpulan untuk melawat

kelas pemulihan khas. Selepas itu, guru pelatih mengedarkan kertas gambar kepada murid

untuk melukis dan mewarna gambar tersebut. Suasana bilik darjah begitu tenang sehingga

saya sendiri berasa untuk duduk lama lagi dalam bilik darjah tersebut. Suasana bilik darjah

begitu ceria. Bahan bantu belajar yang terdapat di sekitar bilik darjah sangat menarik.

Kemesraan guru kepada murid-murid pemulihan dapat dilihat melalui cara guru menyampaikan

melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, kami menemubual guru

pemulihan tentang kelas pemulihan dan lain-lain lagi. Saya juga memerhati latihan yang dibuat

oleh murid, Saya mendapati murid-murid membuat latihan dengan betul. Dengan itu, saya

memahami bahawa penjelasan yang diberikan oleh seorang guru, amat penting dalam

mengajaar sesuatu mata pelajaran.

Setelah 3 jam, kami membuat lawatan Sekolah Kebangsaan Wira, kami semua diminta

untuk berkumpul di bilik gerakan. Setelah kami semua berkumpul, Guru Penolong Kanan

menunjukkan slide tentang Sejaran dan pencapaian Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim. Kira-

kira pukul 1.00 ptg, kami warga Ipg Tengku Ampuan Afzan bersalam-salam dengan warga Sk

Wan Ibrahim dan menaiki bas. .Kami sampai IPG kira-kira pukul 1.30 ptg.

Page 3: BIG FASA 6

Selepas

Program Bina Insan Guru Fasa 6, Lawatan Penanda Aras berakhir tentang pemulihan

dengan jayanya pada jam 1.00 petang. Peserta telah berjaya membuat lawatan sekitar Sekolah

Kebangsaan Wan Ibrahim. Mereka juga dapat berpeluang berbincang dengan guru-guru Sk

Wan Ibrahim tentang teknik mengajar dan kawalan kelas. Walaupun masa tidak mengizinkan,

kami dapat juga meluangkan sedikit masa bersama guru-guru pendidikan khas dan pemulihan

sekolah tersebut.

Semua peserta telah mengumpul maklumat-maklumat tentang tempat yang mereka

kunjungi. Mereka juga kongsi pengalaman dan maklumat yang mereka terima bersama rakan-

rakan yang lain. Sebagai seorang bakal guru, kami juga ingin mengetahui rahsia kejayaan

sekolah tersebut. Setelah guru besar sekolah tersebut menceritakan fenomena sekolah

tersebut, kami juga teringin untuk memajukan sekolah yang kami dapat mengajar pada masa

akan datang dengan jayanya. Sifat keinginan dan minat yang dapat dilihat dalam diri guru

pelatih mencerminkan sahsiah sebagai seorang guru yang baik dan cemerlang.

Kejayaan ini telah membuktikan semangat dan komitmen yang jitu bakal-bakal guru untuk

menempuhi alam kerjaya sebagai guru yang cemerlang dan terbilang memenuhi kehendak

Falsafah Pendidikan Guru.

Page 4: BIG FASA 6