big-fasa-2

3
REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 2 NAMA : MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN HASSAN NO K/P : 940707-02-5229 NO MATRIK : IPGKB : S05A-1206-0531 Pertamanya, saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 telah berjaya menyempurnakan pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Bagi pelaksanaan BIG Fasa 2 ini kami dikehendaki untuk merancang dan melaksanakan dua program berasingan iaitu program ceramah kesedaran khidmat masyarakat dan juga program khidmat masyarakat. Perancangan dan pelaksanaan program ini telah dilaksanakan dengan semangat kerjasama daripada seluruh pelajar PISMP Ambilan Januari 2014. Program pertama yang dianjurkan ialah sesi ceramah kesedaran dibawah tajuk Peranan Guru Dalam Komuniti . Ceramah ini telah diadakan pada 24 Ogos 2014 bertempat di Dewan Gerko. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Shaari bin Nawi iaitu seorang pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman hidup terutama dalam bidang pendidikan di kawasan luar bandar. Berdasarkan kisah-kisah yang disampaikan berdasarkan pengalamannya, saya merasakan bahawa pentingnya kepada saya untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan juga pengalaman yang cukup untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar sebagai seorang guru. Persiapan yang cukup ini akan menjadikan bekalan untuk saya berhadapan dan membangunkan masyarakat yang bakal saya diami suatu hari nanti. Selain itu, daripada ceramah yang telah disampaikan saya juga dapat membuka minda saya tentang profesion keguruan. Profesion keguruan bukan sahaja menjadikan saya sebagai seorang guru semasa di sekolah bahkan sepanjang masa. Saya juga menyedari tugas yang amat berat kepada saya iaitu sebagai pendidik anak bangsa dan juga pendidik kepada komuniti setempat. Oleh itu, saya perlu menjaga setiap apa yang saya lakukan dan menunjukkan contoh yang baik sepanjang masa kepada masyarakat. Hal ini amat penting untuk menjaga nama baik profesion keguruan dan juga sebagai langkah untuk menjadikan guru sebagai role model dalam masyarakat dan menjadikan masyarakat lebih menghormati guru.

Upload: james-juarez

Post on 03-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

big fasa 2

TRANSCRIPT

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 2NAMA : MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN HASSANNO K/P: 940707-02-5229NO MATRIK: IPGKB : S05A-1206-0531

Pertamanya, saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 telah berjaya menyempurnakan pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2. Bagi pelaksanaan BIG Fasa 2 ini kami dikehendaki untuk merancang dan melaksanakan dua program berasingan iaitu program ceramah kesedaran khidmat masyarakat dan juga program khidmat masyarakat. Perancangan dan pelaksanaan program ini telah dilaksanakan dengan semangat kerjasama daripada seluruh pelajar PISMP Ambilan Januari 2014.Program pertama yang dianjurkan ialah sesi ceramah kesedaran dibawah tajuk Peranan Guru Dalam Komuniti . Ceramah ini telah diadakan pada 24 Ogos 2014 bertempat di Dewan Gerko. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Shaari bin Nawi iaitu seorang pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman hidup terutama dalam bidang pendidikan di kawasan luar bandar. Berdasarkan kisah-kisah yang disampaikan berdasarkan pengalamannya, saya merasakan bahawa pentingnya kepada saya untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan juga pengalaman yang cukup untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar sebagai seorang guru. Persiapan yang cukup ini akan menjadikan bekalan untuk saya berhadapan dan membangunkan masyarakat yang bakal saya diami suatu hari nanti.Selain itu, daripada ceramah yang telah disampaikan saya juga dapat membuka minda saya tentang profesion keguruan. Profesion keguruan bukan sahaja menjadikan saya sebagai seorang guru semasa di sekolah bahkan sepanjang masa. Saya juga menyedari tugas yang amat berat kepada saya iaitu sebagai pendidik anak bangsa dan juga pendidik kepada komuniti setempat. Oleh itu, saya perlu menjaga setiap apa yang saya lakukan dan menunjukkan contoh yang baik sepanjang masa kepada masyarakat. Hal ini amat penting untuk menjaga nama baik profesion keguruan dan juga sebagai langkah untuk menjadikan guru sebagai role model dalam masyarakat dan menjadikan masyarakat lebih menghormati guru.Antara peranan lain yang dinyatakan semasa ceramah ialah guru mesti menjadi pemimpin dalam masyarakat. Pemimpin yang dimaksudkan ialah tidak semestinya guru mesti menjadi pemimpin yang dilantik dalam kalangan masyarakat tetapi guru diharapkan menjadi ejen yang membawa masyarakat kearah yang lebih baik. Sebagai contoh, guru perlu melibatkan diri dalam perihal keagamaan dalam komuniti kerana daripada perihal keagamaan dapat menjadikan guru sebagai pemimpin komuniti dalam aspek-aspek yang lain. Saya juga bertekad untuk sentiasa mengamalkan dan melibatkan diri dalam apa jua program keagamaan yang dianjurkan sepanjang latihan saya di IPGKKB. Dengan adanya latihan sebegini, saya berharap dapat menjadi pemimpin komuniti seperti yang disampaikan oleh penceramah pada program berkenaan. Ini juga akan mengangkat martabat saya sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang hamba di sisi Allah.Seterusnya, saya juga sedar akan peranan guru sebagai ejen perubahan terhadap komuniti. Guru perlu bijak untuk menjana perubahan dalam masyarakat dan meninggalkan satu kesn yang baik terhadap masyarakat. Berdasarkan perkongsian pengalaman oleh Tuan Haji Shaari, beliau telah berjaya membuat satu perubahan terhadap masyarakat orang asli di kawasan Gua Musang semasa berkhidmat sebagai seorang guru. Saya juga akan menjadikan kisah tersebut sebagai motivasi untuk saya menjadi ejen perubahan terhadap komuniti saya pada masa hadapan. Saya juga akan berusaha untuk melakukan perubahan dengan mengutarakan idea-idea yang baik dan juga bersedia untuk menggunakan segala kemampuan yang ada agar saya dapat meninggalkan kesan positif dalam komuniti tersebut.Maka, dengan adanya penganjuran ceramah kesedaran Peranan Guru Terhadap Komuniti ia banyak membina jati diri saya sebagai seorang bakal guru. Saya menyedari banyak perkara tentang apa yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Saya juga sudah bersedia untuk membesar dan mematangkan diri dengan dunia pendidikan supaya saya dapat menunaikan segala tanggungjawab saya terhadap murid dan juga komuniti setempat. Saya juga berharap agar mampu untuk menjadi seorang warga pendidik yang mampu untuk membentuk murid-murid sebagai pelapis kepimpinan negara dan juga membangunkan masyarakat untuk menjadi masyarakat yang baik.Bagi program kedua dibawah Program Bina Insan Guru Fasa 2, kami telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat iaitu gotong-royong membersihkan rumah anak yatim dan juga masjid. Saya dan rakan-rakan sekelas yang lain telah ditugaskan untuk menjalankan program BIG di Masjid Assolihin IPGKKB. Antara tugasan yang telah diberikan kepada kami seperti membersihkan tandas masjid, membersihkan longkang dan sistem saliran masjid, menanam pokok, dan juga menceriakan dalaman masjid.

Sepanjang menjalani aktiviti khidmat masyarakat ini, saya sedar akan kepentingan semangat kerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan dan pekerjaan. Dalam melakukan kerja secara berkumpulan, sememangnya semangat kerjasama menjadi perkara terpenting yang perlu diberikan perhatian oleh semua ahli kumpulan. Semangat kerjasama akan menyebabkan kerja menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Dalam pada itu, semangat kerjasama juga menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan. Suasana bekerja juga akan menjadi lebih harmoni kerana tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini seperti curi tulang dan sebagainya. Suasana kerja yang harmoni amat penting dalam mengekalkan semangat berkumpulan. Saya juga akan berusaha untuk terus mengukuhkan semangat kerjasama dalam diri untuk memudahkan saya bergaul dan melakukan kerja secara berkumpulan pada masa hadapan.Selain itu, saya juga sedar akan kepentingan untuk menjaga kebersihan. Kebersihan adalah perlu di semua tempat tidak kira dimana kita berada. Kita juga perlu menjaga dan memastikan kebersihan alam sekitar terjaga. Apabila kita semua menjaga kebersihan, maka ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah dalam kehidupan dan juga dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai. Sebagai contoh, kebersihan tandas adalah perkara yang seringkali menjadi topik kempen untuk mendidik masyarakat. Apabila adanya masyarakat yang menjaga kebersihan seperti kebersihan tandas, maka ia dapat memberikan keselesaan terhadap semua pengguna dan juga dapat menjimatkan kos kerana tidak wujud sebarang kerosakan yang memerlukan kepada pembaikan. Maka disini, saya akan menjaga kebersihan tempat sekeliling dan juga kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, program khidmat masyarakat juga menjadikan saya sebagai seorang insan yang meletakkan diri di posisi orang lain. Sebagai contoh, semasa menjalani program khidmat masyarakat, saya telah mencuci tandas bagi menggantikan posisi pekerja yang telah ditugaskan untuk melakukan kerja tersebut. Apabila saya berada di posisinya, timbul di dalam hati saya perasaan agar dihargai oleh masyarakat sekeliling. Oleh itu, saya akan sentiasa menghormati dan menyanjung pekerja-pekerja yang telah sekian lama berkhidmat untuk memastikan kebersihan dan memberikan keselesaan kepada kami di sini. Sebagai penutup, saya merasakan pelaksanaan program Bina Insan Guru amat perlu untuk pembentukan jati diri sebagai seorang guru. Saya akan berusaha untuk menerapkan segala ilmu, kemahiran, dan nilai yang diperoleh melalui program ini. Penerapan ini amat penting untuk saya meningkatkan kualiti diri sebagai seorang warga pendidik yang berkualiti dan mampu untuk menjadi sumber pembangunan masyarakat dan juga negara.