big 2 gotong royong.doc

25
“3K TANGGUNGJAWAB BERSAMA” KERTAS KERJA DAN LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA ANJURAN SEKOLAH BERSAMA PIBG TAHUN 2013 19 mei 2010(ahad) MASA : 7.45PAGI-12.30 T/HARI

Upload: mohd-sani-abd-hamid

Post on 09-Apr-2016

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

“3K TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

KERTAS KERJA DAN LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

ANJURAN SEKOLAH BERSAMA PIBGTAHUN 2013

19 mei 2010(ahad)MASA : 7.45PAGI-12.30 T/HARI

Page 2: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam

memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang

berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan

bilik darjah merupakan salah satu factor yang dapat membantu memenuhi

perlaksanaan matlamat tersebut.Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah

merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi

pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap

kebersihan sekolah melalui petandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan

ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K

(Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu

aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang

telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat

memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya

menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu,

aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan

kawasan longkang, kawasan sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan

nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Perak Tengah yang akan

dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di

sekitar sekolah.

Page 3: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SKTG

akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta

mencapai matlamat

3K.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar,

ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa

terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan

yang telah disediakan.

2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

Visi

Melahirkan generasi berkeperibadian seimbang dari segi jasmani. Emosi, rohani dan intelek

menjelang 2020, dengan selogan “ SEKOLAH KU RUMAH KU “

Missi

Sekolah sebagai institusi yang menterjemah, merealisasikan dan membudayakan komponen

kebersihan , kesihatan dan keselamatan.

Page 4: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

Matlamat

Membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar yang unggul melalui pengukuhan program

3K berlandasan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP )

Kebersihan

Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah bersih, indah dan

kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti

Kesihatan

Sihat , cergas dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek agar dapat murid mengawal dan

mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan

sahsiah diri

Keselamatan

Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah agar dapat meningkatkan jati

diri murid daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

Kumpulan Sasaran

1. Warga SKTG ( Kakitangan dan pelajar )

2. Semua ibu bapa dan penjaga murid SKTG

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 19 MEI 2013 (AHAD)

Tempat : Kawasan sekitar SKTG

Masa : 7.45 pagi – 12.30 pagi

Pakaian : Pakaian sukan

Page 5: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT

EN.AZLI BIN HASHIM(Guru Besar SK. Titi Gantong)

PENGERUSI 1

ENCIK AZAMAN BIN HARUN(YANG DI PERTUA PIBG SKTG)

PENGERUSI 2

PUAN HJH MUSLIMA BINTI JAAFAR(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTG)

PENGERUSI 3EN.AHMAD FAZIL BIN ARIFF(Penolong Kanan Pentadbiran)

PENYELARAS

EN. YUSUF BIN JELANI(Penolong Kanan kokurikulum SKTG)

SETIAUSAHA

PUAN MAIZATUL ’AKMAM BINTI MOHD SALEH

PENOLONG SETIAUSAHA

PUAN ZALILA BINTI AHMAD

AJK

SEMUA AJK PIBG TAHUN 2013

SEMUA AJK KEBERSIHAN & KECERIAAN SEKOLAH

EN. AZHAR BIN YAHYA

EN.ZULKIFLI BIN HARUN

EN.MOHD ZAHIBA BIN IBRAHIM

PUAN MARYAM BINTI MAT JOHOR

PUAN ZAHARAH BT WASOH

Page 6: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

AJK PELAKSANA

1. EN.ROZAIME BIN KASSIM(JK FOTOGRAFI)

2. EN.MEGAT ISHAK BIN MEGAT OM(JK PA SISTEM/LCD/LAPTOP)

3. PN.ROSMAWATI BT. ARIFFINPN.HASNAH BT. HJ ALI

(JAMUAN MAKAN )

4. PN. ROZITA BT HAMZAHPN.NORAIDA BT. AJID

SIJIL /CENDERAHATI PENCERAMAH

5.EN.MOHD JURAIRI BIN SHARIFFUDINJURUACARA MAJLIS

5. EN.MIOR AHMAD BIN MIOR ALIPERALATAN

6. PN. ROZIAH BT AHMAD DISIPLIN DAN KESELAMATAN

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

Page 7: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL. KAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG

TERLIBAT

1.

Longkang

1.Dibahagian sekitar kantin

1. Ust Azhar bin Yahya

2. Pelajar Tahun 6 Potensi( lelaki)

2. Menanam bunga

1. En Rahmat bin Yaman

2. Pn. Habsyah bt Nasir

3. Pelajar Tahun 4 Jauhari(P)

3.KawasanKoridor

1. En Mohd Jamil bin Hamid

2. Pelajar Tahun 6 Bestari (P)

4. Bilik darjah 1. Semua Guru Kelas

2. Beberapa wakil murid

5. Tandas1. Pekerja am

2. Pelajar Tahun 5 Jauhari(Lelaki)

6. Surau

1. Ustazah Norzalena bt Mohd Roli Razali

2. Pelajar Tahun 6 Jauhari (P)

7

Makmal Sains1. Pn. Zaharah bt Wasoh

2. Pelajar tahun 5 Bestari

SELEPAS REHAT (MENYIAPKAN MURAL BENDERA)

Page 8: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

AGIHAN TUGAS MELUKIS MURAL BENDERA

MALAYSIA :PN. MARYAM PN. KHADIJAH

PERLIS :EN.ZULKHIFFLI EN. NORAZLAN

PERAK :PN FARHANA PN. RAHIMAH

KEDAH :PN KORYATI PN SUHAIDA

PULAU PINANG :PN.MAIHALIMAH PN.SALMAH

SELANGOR :PN.NORZITA PN.SUHANA

NEGERI SEMBILAN :PN.NAHARIAH PN. HAYATUL FARAH

MELAKA :PN.HARISUN PN.MAZULINA

JOHOR :PN.NORHASYIMAH PN. MASSALMAH

TERENGGANU :PN. SITI MARLINA PN. HANNANIAH

KELANTAN :PN. HAMISHAH PN. ZULIYANA

SARAWAK :EN. NORAZWAN EN. SHAHRUL

SABAH :PN. ATIQAH PN SYIMA

PAHANG : PN. LALITHA PN. ESMAWANI

WILAYAH PERESEKUTUAN : CIK SURIYANTI CIK NOORASHIKINKUALA LUMPUR

*Semua guru bolehlah menyiapkan mural bendera masing-masing pada bila-bila masa lapang jika tidak dapat menyiapkannya pada hari tersebut. *Kerjasama dan sumbangan tenaga semua pihak yang terlibat didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH.

ATUR CARA PROGRAM

Page 9: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

TARIKH : 19 MEI 2013

MASA : 7.45 PAGI – 12.30 T/HARI

TEMPAT : SK. TITI GANTONG 32600 BOTA PERAK

7.45 PAGI :Kehadiran / Pendaftaran

8:00 PAGI :Nyanyian lagu “NegaraKu”

8.00 PAGI :Taklimat/Pembahagian kawasan.

8.15 PAGI :Gotong-royong bermula

10.30 PAGI :REHAT/KUDAPAN

10.50 PAGI :*Gotong –royong bersambung.

(Membuat Mural Bendera)

*Menyambung tugasan yang belum selesai.

12.30 T/HARI :Majlis Bersurai.

SUMBER KEWANGAN :

1. SEKOLAH :RM300.00

TERIMA KASIH

Page 10: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

2. SUMBANGAN PIBG :RM500.00

3.LAIN-LAIN SUMBANGAN :RM100.00

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM GOTONG ROYONG

PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH

SEKOLAH RM300.00 Pasir 1 lori kecil RM70.00

PIBG RM500.00 Simen 4 kampit RM70.00

SUMBANGAN RM100.00 Batu-bata 500 biji RM100.00

Beg plastic sampah RM30.00

Cat mural RM130.00

Berus cat RM20.00

Makanan

200 orang x RM2.00 RM400.00

Minuman RM50.00

Cendera hati RM30.00

JUMLAH RM900.00

DISEDIAKAN OLEH:

……………………………………….

MAIZATUL ‘AKMAM BT MOHD SALEH

SETIAUSAHA GOTONG ROYONG KEBERSIHAN

SK TITI GANTONG BOTA

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANAANJURAN BERSAMA SEKOLAH DAN PIBG 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GANTONG

Page 11: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

32600 BOTA.

Laporan Aktiviti Program

SABTU (18.5.2013)Masa : 6.30 petang hingga 7.30malamAktiviti : Semburan Kabus (Fogging)Lokasi : Sekitar bangunan dan kawasan sekolah

- Wakil dari Jabatan Kesihatan Perak tengah telah menjalankan tugas.

AHAD (19.5.2013)Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahariAktiviti : Pendaftaran peserta gotong-royongLokasi : Hadapan Dewan sekolahKehadiran : 200 orang

Butiran peserta gotong-royong dan tetamu.

Peserta Guru/staff Ibu Bapa MuridLelaki 15 30 44Perempuan 45 10 56

Jumlah 60 10 30 100

Masa : 8.00 pagi hingga 8.15 pagiAktiviti : Taklimat dan pembahagian kawasan gotong royong kepada murid.

(Pn. Maizatul Akmam & Pn. Zalila bt Ahmad)

Masa : 8.15 pagi hingga 10.30 pagiAktiviti :1. Cari dan musnah

2. Gotong royong3. Mengecat bangunan kayu4. Membuat mural nama sekolah

Lokasi : Sekitar kawasan sekolah

- Peserta melakukan aktiviti mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan.

- Peserta lelaki melakukan gotong-royong mengecat bangunan kayu,membersihkan longkang ,menguruskan perabot lama dan membersihkan kawasan sekitar bangunan sekolah.

Page 12: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

- Membina sebuah taman untuk projek kemahiran hidup.- Peserta perempuan dan murid perempuan menanam pokok bunga.

Masa : 10.30 pagi hingga 10.50 pagiAktiviti : KudapanLokasi : Kantin Sekolah

Menu,Bihun dan kuih serta air sirap -Peserta dan tetamu menjamu selera secara layan diri dan makanan telah siap dibungkus.

Masa : 10.50 pagi hingga 12.00 tengahari.Aktiviti : Melukis mural bendera negeri-negeri di Malaysia.Lokasi : Belakang Blok sekolah.

- Guru-guru,kaum ibu dan murid melukis dan mewarna mural bendera negeri mengikut agihan tugas yang telah diberi.

- Sebahagian peserta gotong royong menyambung semula tugas masing-masing yang masih belum selesai.

Majlis bersurai pada pukul 12.15 tengahari.

Laporan Lokasi Gotong-Royong.

Page 13: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

1. Bangunan Kayu.Bil Aktiviti Selesai Belum1. Mengecat bangunan kayu.(Bendera

Perak)/

2. Mengemas stor/perabot lama. /3. Membersikan kawasan sekitar bangunan. /

2. Bangunan Blok ABil Aktiviti Selesai Belum1. Membersih kawasan sekitar bangunan. /2. Mengecat tayar dan batu. /3. Membersihkan kawasan taman 3K. /

3. KantinBil Aktiviti Selesai Belum1. Membersikan kawasan kantin. /2. Membersih sinki dan syiling kantin. /3. Menguruskan jamuan peserta gotong

royong./

4. Cari dan MusnahBil Aktiviti Selesai Belum1. Mengumpul bahan buangan spt tin

kosong , kayu dan sbgnya./

2. Mengumpul sampah dan masuk ke dalam lori MDPT.

/

5. Menanam bungaBil Aktiviti Selesai Belum1. Menanam bunga. /

1. Belakang Blok A (Melukis Mural Bendera)Bil Aktiviti Selesai Belum1. Melukis mural bendera negeri di

Malaysia./

//

Page 14: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

Kekuatan:

1.Kerjasama dari semua pihak iaitu guru-guru dan staf, ibu bapa dan juga murid.

2.Peralatan yang mencukupi iaitu penyediaan dari pihak sekolah .

3.Keadaan dan cuaca yang baik membolehkan program dijalankan seperti yang dirancang.

Kelemahan:

1. Peralatan tidak dikumpul setelah digunakan.

2. Pemantauan semasa perlaksanaan gotong royong agak longgar.

Tindakan :

1.Makluman akan diberitahu lebih awal supaya pembahagian tugas dan perlaksanaan dapat berjalan lancar.

2.Memohon lebih banyak sumbangan dari luar supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik lagi.

3.Menyediakan AJK untuk pengumpulan alatan selepas aktiviti dijalankan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… …………………………….(PN MAIZATUL ’AKMAM BT MOHD SALEH) (EN.Azli bin Hashim)Setiausaha keb &kec SKTG Guru Besar SKTG

Page 15: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc

Lampiran Bergambar

Page 16: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc
Page 17: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc
Page 18: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc
Page 19: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc
Page 20: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc
Page 21: BIG 2 GOTONG ROYONG.doc