bhg al-sunnah.pptx

24
SYI 6023 HUKUM SYARAK DAN SUMBER-SUMBERNYA DR HJ AHMAD HUSNI BIN HJ HASSAN BAHAGIAN-BAHAGIAN SUNNAH Disediakan oleh: Mohamad Bakri bin Hishamudin No. Metrik: I14200328 Ibrahim bin Mohd Ali No. Metrik: I14200320

Upload: mohamad-bakri-hishamudin

Post on 02-Oct-2015

76 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

APAKAH PERBEZAAN ANTARA SUNNAH TASYRIIYAH & GHAYR TASYRIIYAH

SYI 6023hukum syarak dan sumber-sumbernyadr hj ahmad husni bin hj hassanBahagian-bahagian sunnah

Disediakan oleh:Mohamad Bakri bin HishamudinNo. Metrik: I14200328Ibrahim bin Mohd AliNo. Metrik: I142003201KATEGORI HADISASPEK MATANAL SUNNAH AL QAULIYYAHAL SUNNAH AL FILIYYAHAL SUNNAH AL TAQRIRIYYAHAL SUNNAH AL HAMIYYAH2Al Sunnah Al QauliyyahSegala perintah,tegahan serta penerangan Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Sesungguhnya setiap perbuatan itu berdasarkan niat (HR. Bukhori dan Muslim)

Hukum yang terkandung dalam sabda Nabi tersebut ialah kewajiban niat dalam segalaamal perbuatanutk mendapatkan pengakuan sah dari syara.3Al Sunnah Al FiliyyahBersumberkan kepada amalan dan pergerakan anggota badan BagindaContoh: wudhuk,solat,haji Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang 4Al Sunnah Al- TaqririyahKeadaan Baginda mendiamkan diri tidak menyanggah atau menyetujui apa yang telah dilakukan atau diperkatakan oleh para sahabat di hadapan Baginda baik berupa diamnya beliau atau dengan diucapkannya.BAHAGIAN SUNNAH TAQRIRIYAHSunnah Taqririyah terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:1. Mengiakan sesuatu perkataanContoh: Nabi SAW bertanya kepad Muaz bin Jabal Apakah yang kamu akan buat apabila ada kes dikemukakan kepada kamu? Kata Muadz, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa yang ada dalam kitab Allah. Sabda Rasulullah s.a.w: Kalau tidak ada dalam kitab Allah? Kata Muadz, dengan sunnah Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w lagi: Kalau tidak ada dalam sunnah Rasulullah? Saya akan berijtihad menggunakan pandangan saya dan saya tidak akan bersikap cuai. Rasulullah lalu menepuk dadanya dengan tangan dan bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah tentang apa yang diredhai oleh Rasulullah..52. Mangiakan sesuatu perbuatan,Contoh : perniagaan sistemmudharabah(berniaga dengan harta orang lain kemudian terjadi bagi hasil) adalah sudah berlangsung secara turun temurun sejak zaman jahiliyah lalu Nabi saw tidak mengingkarinya. Beliau hanya mengharamkan perdagangan yang mengandung unsur riba3. Mendiamkan diri mengenai sesuatuContoh: Nabi saw menerima keislaman keluarga orang-orang musyrik yang kemudian masuk Islam dengan tidak mengusik pernikahan mereka yang dilakukan secara jahiliyah. Sehingga pada saat mereka sudah Islam tidak perlu mengulang lagi pernikahan tersebut dengan cara Islam.6Al Sunnah Al-HamiyyahMaksud : cita-cita nabi untuk mengerjakan sesuatu tetapi belum sempat Baginda menunaikannya.Contoh : seseorang memberitahu Nabi mengenai puasa 10 Muharram yang di agungkan oleh orang Yahudi.Baginda bersabda,maksudnya: Sesungguhnya jika aku sempat hidup hingga tahun hadapan,aku akan berpuasa pada hari kesembilan,iaitu beserta hari kesepuluhnya.7Perselisihan ulama tentang sunnah al-hamiyyahMenurut imam Al-Syafie ia dikira Al-Sunnah dan di sunnatkan kepada umatnya.Namun,martabatnya lebih rendah berbanding sunnah yang lain.Menurut pendapat lain,ia tidak termasuk kategori al-Sunnah kerana hanya cita-cita dan hasrat Baginda.Justeru,tidak dijadikan dasar hukum dan tidak di suruh mengikutinya.8BAHAGIAN-bahagian AL SUNNAH Pembahagian menurut mazhab Hanafi

Sunnah MutawatirSunnah MasyhurSunnah Ahad

Jumhur ulamak membahagikan kepada 2 kategori iaitu Sunnah Mutawatir dan Sunnah Ahad dengan memasukkan sunnah Masyhur ke dalam sunnah Ahad9Sunnah MutawatirMaksud menurut bahasa: Berturut-turutMaksud menurut istilah: hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan perawi yang mana melihat kepada jumlah tersebut tidak mungkin mereka berdusta dalam meriwayatkannya.

10Bahagian Sunnah Mutawatir1) MUTAWATIR LAFZIHadith yang diriwayatkan secara mutawatir oleh semua perawidengan lafaz dan makna yang sama

Contoh hadis riwayat Abu Hurairah: ( ) Maksudnya: Barang sesiapa yang mendusta keatas ku secara sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dari neraka.

112) MUTAWATIR MAKNAWIMutawatir maknawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi dengan makna yang sama tetapi berlainan lafaz ( matan ) contohnya hadis berkaitan peristiwa Isra dan Mikraj serta hadis berkaitan mayat yang disoal di dalam.Hadis mutawatir banyak berlaku di dalam bentuk hadis yang berupa perbuatan seperti hadis yang menceritakan tentang Baginda mengambil wuduk, sembahyang, haji, dan sebagainya.

Hukum hadis mutawatir: Para ulama bersepakat mengatakan bahawa hadis-hadis mutawatir adalah sabit daripada Rasulullah S.A.W. secara yakin, wajib beramal dengannya, murtad mereka yang mengingkarinya dan tidak berlaku perselisihan mengenai hukum dari hadis tersebut kecuali jika pertunjukan lafaznya kepada hukum adalah secara zanni.

12Sunnah MasyhurHadis masyhur bererti hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi dan ke atas dalam setiap tabaqat tetapi tidak mencapai jumlah hadis mutawatir. Contoh hadis ini ialah : , ( ) Maksudnya: setiap amalan itu bermula dengan niat dan ia dikira dari apa yang ia niatkan. Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Umar bin Al-Khattab r.a kemudian ia disambung oleh sejumlah perawi yang mencapai tahap mutawatir. Hukum hadis masyhur : Tidak diyakini sabitnya dari Rasulullah S.A.W. tetapi ia memberi ketenangan dan zanni yang hampir kepada yakin, wajib beramal dengannya, dan fasik orang yang mengingkarinya tetapi tidak murtad, kerana inilah harus hadis masyhur mengqayyadkan lafaz mutlak dan mentakhsiskan lafaz am di dalam al-Quran.

13Sunnah AhadHadis ahad bererti hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua atau lebih perawi tetapi tidak mencapai bilangan mutawatir atau masyhur.

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 'Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, tidak akan beriman (sempurna keimanan) salah seorang diantara kalian sampai aku lebih dicintai daripada bapak dan anaknya".

Hukum hadis ahad :Para ulama telah sepakat menerima hadis ahad sebagai hujah atau sumber hukum jika ia memenuhi syarat-syarat penerimaannya. Hadis ahad yang sahih riwayatnya wajib beramal dengannya, sama ada ia menyentuh berkenaan hukum, akidah dan lain-lainnya14Sunnah AhadHadis MasyhurHadis AzizHadis ghoribdiriwayatkan oleh tiga orang atau lebih serta belum mencapaitaraf mutawatir. Hadis masyhur sendiri masih terbahagi kepada tiga, iaitu masyhur di kalangan para muhaddisin dan golongannya; masyhur di kalangan ahli-ahli ilmu tertentu dan masyhur dikalangan orang umum.Hadis aziz adalah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang walaupun dua orang rawi tersebut terdapar pada satu lapisan saja, kemudian setelah itu orang-orang lain meriwayatkannya.adalah hadis yang dalam sanadnya terdapat seorang yang menyendiri dalam meriwayatkan di mana saja penyendirian dalam sanad itu terjadi.15Contoh hadis masyhur ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. ( )Maksudnya : Rasulullah S.A.W bersabda :Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan setiap orang itu bergantung pada perkara yang diniatkan.Contoh hadith 'aziz ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. ( )Maksudnya : Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu melainkan aku dikasihinya lebih daripada mengasihi dirinya,orang tuanya,anak-anaknya dan manusia seluruhnya.Contoh hadis Gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. ( )Maksudnya : Iman mempunyai lebih daripada 70 cabang dan malu ialah salah satu daripada cabang iman.16SYARAT-SYARAT KEHUJAHAN HADIS AHADTerdapat beberapa kehujahan mengenai penerimaan hadith ahad ini.Antaranya daripada Imam Abu Hanifah,Imam Malik bin Anas,Imam Shafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal.17Menerima hadith ahad sebagai sumber hukum Islam tertakluk kepada:1) Kandungan hadis tersebut tidak bertentangan dengan amalan periwayatnya. Ini kerana ketika perkataan berbeza dengan perbuatan, maka perbuatanlah yang diperhatikan sementara perbicaraan diabaikan.IMAM ABU HANIPAH : : " ( )Maksudnya: Apabila anjing menjilat salah satu bekasmu, maka basuhnya sebanyak 3 kali.Contoh, tidak diterimanya hadis tentang cara membersihkan jilatan anjing yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah kerana berlawanan dgn perbuatan: : () .( )Maksudnya: Apabila anjing menjilat salah satu bekasmu, maka basuhnya sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan tanah yang suci.

182) Hadith ahad tersebut tidak ada masalah umum al-balwa (masalah yang banyak terjadi dan ingin diketahui oleh masyarakat pada masa itu).

Sebagai contoh mengenai hal yang membatalkan wudhu:

() : ( )

Maksudnya: Diriwayatkan dari Busrat binti Marwan ia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: siapa yang menyentuh kemaluannya maka ia harus berwudhu.

Hadis ini menurut Abu Hanifah seharusnya diriwayatkan oleh banyak orang, sementara periwayatan hadis ini secara ahad. Kenyataan seperti ini merupakan kecacatan terhadap taraf hadis itu . Oleh sebab itu, menurut Abu Hanifah hadis ini tidak dapat diamalkan atau dijadikan dasar dalam beramal.193) Hadith ahad tersebut tidak bertentangan dengan qiyas dan periwayat hadis seorang faqih.

():

Maksudnya : Rasulullah S.A.W bersabda: janganlah kamu menahan perahan air susu unta dan kambing, siapa yang menjualnya dalam keadaan seperti itu dan pembeli telah memerah susunya, maka ia boleh dipilih antara dua kemungkinan iaitu mempertahankannya atau mengembalikannya dengan serahkan satu gantang tamar.

Menurut Abu Hanifah, menyerahkan kurma sebagai pengganti air susu tidak sama dengan qiyas terhadap penggantian barang yang hilang, iaitu barang yang sama atau dengan harganya. Di samping itu, periwayat hadith ahad tersebut harus faqih. Tidak faqihnya periwayat dapat membawa kepada tidak diterimanya hadith ahad yang diriwayatkannya. Dengan itu, Abu Hanifah memberikan pensyaratan bahawa orang harus memahami semua yang disampaikannya, bukan hanya berfungsi sebagai penyampai hadis sahaja.20IMAM malik bin anasImam Malik memberikan pensyaratan berikut untuk menerima hadith ahad sebagai sumber hukum:Hadis tersebut hanya diriwayatkan oleh orang yang thiqah.Hadis tersebut mengandungi maslahat.Kandungan hadith ahad tersebut tidak bertentangan dengan amalan penduduk Madinah.

Sebagai contoh ialah menolak hadis mengenai khiyar majlis: ( )Maksudnya : Dari Ibn Umar: Rasulullah SAW bersabda: dua orang yang bertransaksi boleh melakukan khiyar selama keduanya belum berpisah atau salah satu darinya menyatakan pilihan.

Hadis di atas ditolak oleh Imam Malik dengan alasan bahawa khiyar majlis dalam kalangan penduduk Madinah tidak diperkenalkan.

21Ada beberapa pensyaratan untuk menerima hadith ahad iaitu:

Periwayat thiqah dalam agamanya, diketahui benar dalam hadisnya dan semua periwayatnya thiqah dari awal hingga akhir.Baligh ketika menyampaikan hadis dan juga memahami makna hadis. Jika tidak memahaminya secara hafal yang berasal dari Nabi S.A.W.Periwayatnya menghafal hadis dan menjaga kitabnya jika ia meriwayatkannya secara kitab.Periwayatnya tidak berbeza dengan riwayat orang thiqah.Periwayatnya tidak mudallis seperti ia meriwayatkan sesuatu yang tidak didengarnya daripada orang yang ditemuinya.IMAM al-syafie22Menurut beliau, hadis ahad yang dhaif dapat dijadikan sebagai dasar dalam beramal. Meskipun demikian, beliau telah meletakkannya selepas fatwa Sahabat. Periwayat yang dhaif tetap diterima riwayatnya. Selama periwayat tersebut tidak diketahui berdusta.

Begitu juga hadis yang telah diriwayatkan oleh orang yang kurang dhabit dapat diterima dan juga bagi periwayatan yang salah dalam meriwayat dan menetapkan hadis. Ternyata bahawa Ahmad bin Hanbal menjadikan hadis dhaif sebahagian daripada hadis sahih. Menurutnya juga hadith dhaif lebih baik daripada rayu. IMAM ahmad bin hanbalBerbeza dengan imam mazhab lain, Ahmad bin Hanbal tidak terlalu memberikan pensyaratan yang ketat terhadap sanad hadis. Namun ini bukan bererti Imam Ahmad tidak berhati-hati dalam menerima hadis.23KESIMPULANAl-Sunnah merupakan wahyu Allah Taala yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia sama ada dalam bentuk perbuatan, perkataan, taqrir serta akhlak. Al-Sunnah merupakan petunjuk yang kedua dalam perundangan Islam . Walaupun kehujahan hadis Nabawi adalah berdasarkan periwayatan oleh perawi-perawi mengikut kaedah sanad dan matan, tidak bermaksud hadis kurang sesuai digunakan sebagai perundangan kerana keasliannya begitu terpelihara oleh perawi-perawi melalui penentuan berdasarkan kedua-dua prinsip ini. Secara keseluruhannya, peranan al-Sunnah begitu penting dalam perundangan Islam kerana apa yang dikatakan,diamalkan dan perbuatan Nabi adalah benar tanpa dicampuri dengan unsur keraguan kerana ia adalah Wahyu Allah SWT.

dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.

24