modul sks2084 1.0 bhg 1

60
SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN SOKONGAN SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA DISEDIAKAN OLEH: PN ZURANI BINTI BUANG (KKS) PN WIDA YANTI BINTI MOHAMED ZEN UMAR (KKJS) 1.0 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

Upload: azamjamaludin

Post on 23-Jan-2017

832 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SIJIL SISTEM

KOMPUTER DAN SOKONGAN

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

DISEDIAKAN OLEH: PN ZURANI BINTI BUANG (KKS) PN WIDA YANTI BINTI MOHAMED ZEN UMAR (KKJS)

1.0 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA

Page 2: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR

NILAI KREDIT : 4

GLT ILT PENILAIAN

JUMLAH JAM KESELURUHAN T P

21 57 77 5 160

GLT = Guided Learning Time T = Teori P = Praktikal ILT = Independent Learning Time

2

Page 3: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

Di akhir kursus ini, pelajar boleh: • 1. Menerangkan konsep dan menggunakan persekitaran

pangkalan data. • 2. Membangunkan pangkalan data. • 3. Membina Table, Query, Form dan Report di dalam

pangkalan data. • 4. Mengubahsuai Table, Query, Form dan Report

menggunakan Design View. • 5. Membangunkan sistem aplikasi yang mudah dengan

menggunakan perisian pangkalan • data.

3

Page 4: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

• Kuliah dan Amali

STRATEGI PENILAIAN

• Penilaian berterusan - Kuiz, tugasan, ujian,amali dan projek Penilaian akhir – Penilaian Teori dan amali

4

Page 5: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

KAEDAH DAN JENIS PENILAIAN

Komponen Teori (Pilih yang bersesuaian):

Komponen Praktikal (Pilih yang bersesuaian) :

Kuiz - Minimum 2 (5%) Tugasan - Minimum 1 (5%) Pembentangan - Minimum 1 (5%) Ujian - Minimum 2 (20%)

Projek - Minimum 1 (15%) Amali - Minimum 4 (20%)

5

Page 6: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

TOPIK 1.0 : PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA TOPIK 2.0 : OBJEK JADUAL (TABLE) TOPIK 3.0 : OBJEK QUERY TOPIK 4.0 : OBJEK BORANG TOPIK 5.0 : OBJEK LAPORAN (REPORT) TOPIK 6.0 : MEMBINA DATABASE TOOLS TOPIK 7.0 : EXPORT DAN IMPORT DATA

6

Page 7: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Memahami konsep pangkalan data

• Menerangkan tentang fungsi pangkalan data

• Menyenaraikan kebaikan dan kelemahan menggunakan pangkalan data

• Menerangkan jenis perisian aplikasi pangkalan data

• Menyenaraikan perisian aplikasi pangkalan data

7

1.0 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA (bhg 1)

Page 8: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Memahami persekitaran perisian pangkalan data · Mengenalpasti antaramuka grafik pengguna (GUI) perisian

pangkalan data

· Menggunakan Ribbon

· Menggunakan Navigation Pane

· Membuka pangkalan data

· Menutup pangkalan data

· Menggunakan database Help

Menggunakan kategori template pangkalan data

Membangunkan pangkalan data 8

1.0 PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA (bhg 2)

Page 9: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

9

APA ITU PANGKALAN DATA (PD)?

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN

PD?

SEJARAH PD

APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PD?

SISTEM

FAIL

APAKAH KELEBIHAN DAN

KELEMAHAN SISTEM FAIL?

Page 10: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Konsep Pengurusan Pangkalan Data

10

Sistem Pemprosesan Fail Biasa

Pangkalan Data

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)

Aplikasi Pangkalan Data

Page 11: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Banyaknya fail…. Mana satu yang

sesuai nie?

11

Page 12: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Konsep Sistem Fail Tradisional

Fail Biasa

(Manual)

12

Konsep Sistem Fail Tradisional

Fail Elektronik

Page 13: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Konsep Fail Tradisional

• Contoh : Maklumat kakitangan Syarikat Air Johor Berhad (SAJ), maklumat pelajar sekolah, kaedah cetakan dan penyerahan sijil-sijil sekolah dan lain-lain.

13

Page 14: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Sistem Berasaskan Fail

Unit HEP

Pelajar / Pensyarah memaklumkan tentang aktiviti

pelajar

Fail Aktiviti

Data Aktiviti Data Pelajar

Kerani memasukkan maklumat kokurikulum

14

Page 15: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Kelemahan Konsep Fail Biasa KELEMAHAN KETERANGAN

Pengulangan data Data yang sama disimpan berulangkali kerana data tiadak dikawal. Contoh: Nama pelajar yang sama ditulis lebih daripada sekali dalam senarai nama yang sama.

Data lewah Data atau rekod yang sama disimpan dalam 2 atau lebih fail. Contoh: salinan maklumat pelajar disimpan dalam fail HEP, HEA dan Biasiswa

Ketidakselarasan data Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain terutama sekali fail yang disimpan oleh jabatan lain. Contoh: Data dalam fail HEP telah dikemaskini tetapi data dalam fail HEA tidak dikemaskini.

Kawalan data yang lemah

Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap.

Contoh: Data pelajar dalam Biasiswa lengkap tetapi data dalam HEP tidak lengkap.

15

Page 16: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Kelemahan Konsep Fail Biasa KELEMAHAN KETERANGAN

Pengasingan data Data yang disimpan berasingan menyukarkan proses mendapatkan maklumat apabila memerlukan gabungan 2 atau lebih fail.

Contoh: Maklumat Pelajar dalam HEP perlu digabungkan dengan maklumat HEA.

Kebersandaran format data

Perubahan format data memerlukan penulisan aturcara yang baru samada untuk memasukkan data atau memproses data tersebut.

Contoh: Data yang direkodkan pengguna terlalu bergantung kepada format yang disediakan dalam fail asal. Sekiranya memerlukan format baru, pengguna perlu merekodkan maklumat sekali lagi dalam bentuk format yang baru.

16

Page 17: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Kelemahan Konsep Fail Biasa KELEMAHAN KETERANGAN

Ketidakbersandaran fail Fail yang disimpan dalam format yang berlainan menyebabkan ia tidak serasi dan sukar untuk dikemaskini dan diproses

Kesukaran mewakilkan data organisasi

Sukar untuk membuat hubungan antara rekod-rekod yang tersimpan dalam setiap jabatan dalam satu organisasi. Oleh itu, agak sukar untuk menggambarkan operasi organisasi secara menyeluruh dan tepat

17

Page 18: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Apa kata kita

guna Pangkalan Data…

Tapi… Pangkalan Data tu apa ?

18

Page 19: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Di mana Pangkalan Data biasanya digunakan?

19

Page 20: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Sistem Berasaskan Pangkalan Data

• Konsep:

• program/aplikasi

• pangkalan data

• Sistem pengurusan pangkalan data (SPPD/DBMS)

20

DBMS Pangkalan data

Pengguna

Page 21: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Konsep Pangkalan Data Maksud: Ia merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik . Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

- sumber wikipedia

21

Page 22: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

22

Konsep Pangkalan Data

SISTEM PANGKALAN DATA

APLIKASI PANGKALAN DATA

SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA

(SPPD)

Page 23: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Fungsi Pangkalan Data

23

Penyimpanan, Capaian Dan

Kemaskini

Menyediakan Katalog Percuma

Menyokong Transaksi

Kawalan Keserentakan

Pemulihan Daripada

Kegagalan Sistem Hak Kuasa

Perkhidmatan Integriti

Perkhidmatan Utiliti

Page 24: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Jenis-jenis Pangkalan Data

24

JENIS KEGUNAAN

JENIS SENIBINA

BILANGAN PENGGUNA SEREMPAK

SAIZ CONTOH

Persendirian Komputer pribadi (internal)

1 < 10 Megabyte Sistem pangkalan data Klinik

Organisasi Komputer pusat (centralized)

25 – 100 Trillion byte Sistem tempahan tiket kapal terbang

Kumpulan kerja (work group)

pelanggan -Pelayan (client-server)

< 25 < 100 Megabyte Sistem pangkalan data perpustakaan

Umum Internet

(external)/online

Tidak terhad Beberapa ratus Megabyte

Perdagangan elektronik

Organisasi Global

Teragih (distributed)

> 100 Berbilion byte

Syarikat insuran multinasional

Page 25: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

25

PERKAKASAN

PERISIAN

DATA ORANG / PENGGUNA

TATACARA / PROSIDUR

-Sis Pengoperasian -Perisian DBMS -Perisian Aplikasi

5 komponen Persekitaran Sistem Pangkalan Data

Page 26: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

• Perkakasan

• Komponen ini melibatkan semua peranti fizikal sistem. Contoh:

microkomputer, minikomputer, kerangka utama dan peranti-peranti

komputer

• Perisian

• Komponen ini pula melibatkan koleksi aturcara yang yang digunakan

oleh komputer dalam Sistem Pangkalan Data, sistem pengendalian ,

aturcara aplikasi dan mana-mana perisian rangkaian jika rangkaian

digunakan

• Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server,

SoftBASE, Clipper, Paradox

26

Page 27: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Manusia @ Pengguna • Pengguna terbahagi kepada pengguna akhir, pengaturcara aplikasi dan

Pentadbir Pangkalan Data • Pengguna akhir adalah mereka yang menggunakan sistem yang telah siap

Tatacara/prosedur • komponen ini pula meliputi peraturan, piawaian dan panduan rekabentuk

sehinggalah kepada penggunaan pangkalan data serta SPPD.

Data • Data adalah fakta asas mengenai manusia, tempat, peristiwa atau konsep.

Ia tidak memberikan sebarang makna apabila digunakan bersendirian

27

Page 28: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

KELEMAHAN KOMPLEKS HARGA YANG TINGGI MEMERLUKAN PERKAKASAN YANG LEBIH ( CANGGIH, MODEN ) SAIZ

KELEBIHAN PENGAWALAN DATA TERULANG KONSISTENSI DATA BANYAK MAKLUMAT DIPEROLEHI DARIPADA JUMLAH DATA YANG

SAMA PERKONGSIAN DATA MEMPERBAIKI KESELAMATAN MENINGKATKAN PRODUKTIVITI MENINGKATKAN CAPAIAN SERENTAK

28

Page 29: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Data

Data adalah fakta asas mengenai manusia, tempat, peristiwa atau konsep. Ia tidak memberikan sebarang makna apabila digunakan besendirian.

Maklumat Maklumat adalah data yang telah diproses dan memberikan makna kepada pengguna.

29

Page 30: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Rekod Rekod merupakan gabungan atribut yang berkaitan. Sesuatu rekod akan menerangkan sesuatu seperti data seseorang, data peristiwa atau data bagi objek.

Jadual

Jadual adalah gabungan rekod yang sama dan terdiri daripada lajur dan baris. Lajur merupakan atribut dan baris pula merupakan rekod-rekod.

30

Page 31: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Persekitaran

organisasi @ tempat pangkalan data direkabentuk @ dibangunkan

Fail

sekumpulan atribut/medan/item data yang diperlukan oleh sesuatu entiti

Pangkalan data

sekumpulan fail-fail yang berkaitan yang diperlukan oleh organisasi untuk membangunkan sistem

31

Page 32: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Entiti Entiti merupakan sesuatu objek yang wujud dan ia boleh dibezakan daripada objek-objek yang lain. Entiti boleh terdiri daripada orang, objek, konsep, tempat, peristiwa atau kejadian. Contoh-contoh entiti : Orang: pelajar, pekerja Tempat :bilik, bangunan Objek :buku, barang

Atribut

Atribut merupakan penerangan atau ciri-ciri sesuatu entiti. Sebagai contoh atribut bagi seorang pekerja adalah Nama,

NoKadPengenalan, Alamat dan lain -lain. Atribut nama : Nama, NoKadPengenalan Atribut nilai : Sue, 912567-57-1234

32

Page 33: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Istilah Maksud Contoh

Bit Simbol yang digunakan untuk mewakili aksara

0,1

Bait Mewakili satu aksara (8 bit) – nombor, abjad , simbol

10100001(A)

Medan Sekumpulan aksara yang berkaitan disusun menjadi perkataan lengkap

10100001(A) 10101100(L) 10101001(I)

Rekod Sekumpulan medan yang berhubungan

Nama Matrik Ani 1234

Fail Sekumpulan rekod yang berkaitan atau sejenis

Nama Matrik Ani 1234 Batrisha 3456

Pangkalan Data

Sekumpulan fail-fail yang berhubung

Pangkalan Data Pelajar - Fail Maklumat Pelajar - Fail Maklumat Penjaga

33

Page 34: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN APLIKASI PANGKALAN DATA Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan

prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

Fungsi-fungsi perisian: Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan. 1. Mengurus sumber-sumber komputer 2. Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan 3. Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang

tersimpan di dalam komputer.

34

Page 35: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN APLIKASI PANGKALAN DATA Jenis-jenis perisian Perisian komputer terbahagi kepada dua jenis iaitu Perisian sistem Aturcara yang mengurus dan menyokong sumber, operasi sistem

dan rangkaian komputer. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu aturcara sistem pengurusan (system management programs) dan aturcara sistem pembangunan (system development programs).

Perisian aplikasi Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk

menyelesaikan tugas-tugas atau masalah-masalah tertentu. Antara contoh-contoh perisian aplikasi adalah hamparan elektronik (electronic spreadsheet), dan pemproses perkataan (word processing). Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu “general purpose application programs” dan “application-specific programs”.

35

Page 36: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN APLIKASI PANGKALAN DATA Pengguna

Perisian Aplikasi

Perisian Sistem

Perkakasan Komputer

36

Page 37: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

2.0 Perisian Sistem - System Software Himpunan aturcara yang direka bentuk untuk mengkoordianasikan

aktiviti dan fungsi-fungsi perkakasan dan aturcara menerusi sistem komputer.

Perisian sistem mengandungi atucara-aturcara yang mengurus dan menyokong sistem komputer dan aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

Fungsi. Mengawal operasi perkakasan komputer. Menyokong aturcara aplikasi.

37

Page 38: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Perisian sistem terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Aturcara pengurusan sistem (System management programs) Aturcara yang mengurus perkakasan, perisian, rangkaian, dan sumber

maklumat sistem komputer semasa pemprosesan maklumat. Contoh: Sistem pengoperasian, aturcara pengurusan rangkaian, sistem

pengurusan pangkalan data, dan sistem utiliti. Aturcara pembangunan sistem (System development programs) Aturcara yang membantu pembangunan aturcara dan prosedur sistem

maklumat dan pemprosesan komputer. Contoh: Penterjemah (translator) dan “editor” bahasa pengaturcaraan,

alatan-alatan pengaturcaraan, dan pakej CASE (Computer-Aided Software Engineering).

38

Page 39: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Evolusi Bahasa Pengaturcaraan

1st GL Machine language

2nd GL Assembly language

3rd GL FORTRAN. BASIC, COBOL, C++ dan Pascal

4th GL Query Languages, Structured Query Language (SQL), Object-Oriented Programming Languages, Polymorphism, Inheritance, Visual Programming Languages

5th GL

Language translator

39

Page 40: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN APLIKASI PANGKALAN DATA

JENIS PERISIAN APLIKASI

40

pemproses perkataan

hamparan elektronik

Persembahan

pengkalan data

editor grafik

Page 41: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN APLIKASI PANGKALAN DATA JENIS PERISIAN APLIKASI

1. Perisian pemproses perkataan / Word prosessing

contohnya Microsof Word, Corel Word Perfect. Perisian ini untuk taip dokumen seperti taip surat, memo, laporan.

2. Perisian hamparan elektronik / spreedsheet .

cthnya Microsof Excell

Perisian ini untuk buat pengiraan contohnya membuat anggaran kos perbelanjaan, membuat akaun, menganalis pelaburan, mengira pinjaman, menyediakan penyata kewangan

41

Page 42: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN APLIKASI PANGKALAN DATA JENIS PERISIAN APLIKASI 3. Perisian persembahan / presentation software cthnya Microsof Powerpoint, Star office Impress,

Harvard Graphic. Perisian ini untuk menggabungkan elemen teks, grafik, audio,video dan animasi dalam bentuk slaid persembahan.

4. Perisian pengkalan data / database software cthnya Microsof Access Perisian ini untuk menyediakan rekod pengkalan data.

cthnya rekod pendaftaran pelajar, rekod pesakit 5. Perisian editor grafik contohnya Adobe Photoshop , Adobe Illustrator

42

Page 43: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN APLIKASI PANGKALAN DATA

Ia boleh menyimpan data, mengemaskini, memanipulasi, mencapainya, melapor dalam berbagai pandangan dan mencetaknya dalam banyak bentuk.

43

Page 44: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN PANGKALAN DATA

Microsoft Access

Microsoft Office Access, dahulunya dikenali sebagai Microsoft Access, ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data hubungan daripada Microsoft yang menggabungkan Microsoft Jet Database Engine hubungan dengan antara muka grafik pengguna dan perkakas pembangunan perisian. Ia merupakan anggota suit aplikasi Microsoft Office, disertakan dalam edisi Professional dan keatas atau dijual berasingan. Pada tanggal 12 Mei 2010, versi terkininya, Microsoft Access 2010 telah dikeluarkan oleh Microsoft dalam Office 2010; Microsoft Office Access 2007 adalah versi sebelumnya.

sumber: wikipedia

44

Page 45: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN PANGKALAN DATA

dBASE III Plus

Merupakan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) yang pertama digunakan secara meluas bagi mikrokomputer, diterbitkan oleh Ashton-Tate bagi CP/M, dan kemudiannya bagi Apple II, Apple Macintosh, UNIX, VMS, dan IBM PC bagi DOS di mana ia menjadi salah satu judul perisian paling laku untuk beberapa tahun.

sumber: wikipedia

45

Page 46: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN PANGKALAN DATA

FoxBASE Plus

Pada mulanya dibangunkan oleh Fox Software dan dikenali sebagai FoxPro atau FoxBASE, Fox Software telah diperolehi oleh Microsoft pada Jun 1992 dan adalah kini dikenali sebagai Visual FoxPro (VFP). FoxBASE pada asalnya dikeluarkan pada 1984 oleh Fox Software dan adalah satu bahasa pengaturcaraan digunakan untuk membangunkan penggunaan pangkalan data.

sumber: wikipedia

46

Page 47: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

PERISIAN PANGKALAN DATA

• MS SQL Server

Microsoft SQL Server ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data

hubungan yang dibangunkan oleh Microsoft. Ia ada dalam dua versi iaitu Mainstream Edition (Edisi Perdana) dan Specialized Edition (Edisi Terkhusus). Microsoft SQL Server ditulis dalam C++. Bahasa pertanyaan utamanya ialah Transact-SQL dan ANSI SQL.

sumber: wikipedia

47

Page 48: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Perkaitan istilah di dalam Pangkalan Data

Pangkalan Data

Fail

Rekod

Sifat / Entiti

Medan / atribut

Data 48

Page 49: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

49

Ia adalah model paling asas untuk membina pangkalan data.

Ia adalah konsep yang menghuraikan tentang struktur pangkalan data dan juga transaksi capaian serta kemaskini terhadap pagkalan data.

Page 50: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Unsur model ER

Hubungan

Entiti Atribut

50

Ia digunakan untuk membina model data konseptual

Page 51: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

• Simbol Atribut:

Atribut: nama, kursus dan noKP

• Simbol Entiti:

Entiti : PELAJAR

51

PELAJAR

nama noKP kursus

Page 52: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

• HUBUNGAN

– Kaitan antara entiti

– Simbol :

– Label : kata kerja @ kata hubung

52

PELAJAR ambil KURSUS

Page 53: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

JENIS ENTITI

KUAT LEMAH

JENIS ATRIBUT MUDAH - Nama, No Matrik KOMPOSIT- Alamat TUNGGAL- Nama Sekolah BERBILANG NILAI -No Telefon TERBITAN Umur, Jumlah markah

JENIS HUBUNGAN UNARI BINARI TERNARI

KEKANGAN KARDINALITI 1 KE 1

1 KE BANYAK

BANYAK KE BANYAK

53

Page 54: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

54

PELAJAR

nama noKP kursus

Page 55: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Jenis Hubungan

– Unari

– Binari

– Ternari

55

PELAJAR jumpa

PELAJAR ambil KURSUS

PENAJA tawar PELAJAR

BIASISWA

Page 56: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

• Kardinaliti

– Hubungan yang menyatakan bilangan hubungan antara satu entiti dengan entiti yang lain

• satu ke satu (1:1)

• satu ke banyak (1:M)

• Banyak ke banyak (M:M)

56

Page 59: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

Kunci

- Satu atribut yang membezakan entiti lain yang dihuraikan.

- Nilai atribut mestilah unik dan tidak boleh nilai nol (nilai atribut yang tidak wujud)

- Dalam model ER, untuk membezakan dengan atribut lain, atribut kunci hendaklah dibezakan dengan menggariskannya

59

Page 60: Modul sks2084   1.0 bhg 1

SKS 2084 : PENGURUSAN PANGKALAN DATA

LATIHAN: Supaya pelajar lebih memahami tentang pangkalan data

dan bagaimana kaedah ia ditukarkan dari konsep fail biasa ke sistem pangkalan data

Langkah 1 Pelajar dikehendaki mencari satu permasalahan berkaitan

penyimpanan data di sebuah organisasi / jabatan. Langkah 2 Dari permasalahan tersebut, pelajar perlu menyenaraikan

proses yang sedang berlaku sehingga menjadi satu masalah kepada pengguna.

Langkah 3 Senaraikan semua entiti dan atribut yang berkaitan dengan

permasalahan tadi.

60