bh pilih l11 17 emel penerbitan bermutu · pdf filetikberatkan penjagaan kesihatan, ......

Download BH PILIH L11 17 emel PENERBITAN BERMUTU · PDF filetikberatkan penjagaan kesihatan, ... PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU KUIZ KliK DBP SIRI 23 ... 1. Nyatakan matlamat Falsafah

If you can't read please download the document

Upload: dobao

Post on 07-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • oleh Rahemah Ahmad

    Pernahkah kita terfikir bagai-mana pesawat yang seberat bera-tus-ratus tan mampu menerobos ruang angkasa? Berapa jauhkah jarak bumi dari matahari? Apakah amal-

    an pemakanan yang menyi-hatkan? Selamatkah kosmetik yang kita pakai setiap hari? Sihatkah anda apabila jantung di dalam rongga dada anda ber-denyut 70 denyutan seminit? Bagaimanakah cara mencegah penyakit kanser? Pelbagai per-soalan sentiasa bermain-main di minda kita setiap hari. Apa, di mana, bagaimana, dan me-ngapa? Namun, manusia dikur-niai akal dan dengan akal inilah

    manusia berfikir, merenung, menye-lidik dan mencari jawapan. Dengan kemajuan Sains dan Teknologi, persoalan-perso-alan ini terung-kai dan terjawab. U n t u k meningkatkan k e s e d a r a n dan kefaham-

    an masyarakat terhadap Sains dan Teknologi, Bahagian Sains dan Teknologi (S&T), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan pelbagai bahan bacaan untuk masyarakat umum. Pelbagai buku dihasilkan oleh Bahagian S&T bagi menyebarluaskan ilmu dan memupuk minat dalam bidang Sains dan Teknologi. Bahan bacaan yang diterbitkan merangkumi pelbagai aspek, daripada sekecil-kecil persoalan yang ditanya oleh anak kecil sehinggalah persoalan yang mencabar minda dalam sejarah dan falsafah sains. Mengapa agaknya Raff lesia, bunga yang terbesar di dunia, menge-luarkan bau yang busuk seperti bau bangkai? Ketahui keunikan bunga ini dalam buku Rafflesia: Bunga Terbesar di Dunia. Bagi penggemar tanaman, pelajarilah cara penanam-an bunga dan penjagaannya dalam Siri Tanaman Bunga-bungaan dalam Landskap. Bagi mereka yang meni-tikberatkan penjagaan kesihatan, pelajarilah cara mencegah penya-kit kanser dalam buku Pencegahan

    Kanser, dan amalan pemakanan yang sihat dalam buku Pemakanan Bermulanya Kesihatan. Remaja yang baru meninggalkan alam kanak-kanak dan melangkah ke alam remaja boleh mempelajari aspek penjagaan kesihatan diri dalam buku Siri Kesihatan Remaja. Aspek kesihatan ini amat penting kerana daripada badan yang sihat, lahirlah otak yang cerdas. Siri Superjaguh pula memper-kenalkan sistem pertahanan badan atau imun kepada kanak-kanak melalui watak

    Superjaguh yang menarik dan menghiburkan. Asahlah pula kema-hiran dalam penggunaan komputer melalui buku Siri Celik Komputer, Animasi 3D. Semua karya ini dihasil-kan oleh penulis yang berwibawa dan berkelayakan dalam bidang masing-masing Dalam koleksi Malaysiana pula ter-dapat buku Buah-buahan Malaysia, Buah-buahan Nadir Semenanjung Malaysia, Ulam-ulaman Malaysia, Bunga-bungaan Malaysia dan Tumbuhan Tempatan Malaysia. Siri Haiwan Malaysia pula dihasil-kan bagi memperkenalkan haiwan tempatan kepada kanak-kanak. Kesemua koleksi Malaysiana ini amat penting bagi memupuk kese-daran untuk menghargai flora dan fauna. Sementara itu, bagi mereka yang ingin mendalami falsafah sains, terdapat buku Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia dan buku Falsafah Matematik dalam Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains. Para karyawan dialu-alukan untuk menyumbangkan karya dalam bidang Sains dan Teknologi. HantarkanmanuskripbersihandakeBahagianSainsdanTeknologi,DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460KualaLumpur.

    BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 Halaman Sebelas

    PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU KUIZ KliK DBP SIRI 23

    PEMENANG KUIZ KliK DBP SIRI 22

    Oleh Rokiah Nordin

    Allahyarham Prof. Dato Dr. Ahmad Fawzi Basri menca-tatkan sejarah sebagai ahli akademik pertama dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dilan-tik sebagai Naib Canselor dari uni-versiti yang sama. Allahyarham bukan sahaja diiktiraf dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang pertahanan apabila dilantik sebagai Kolonel Komander Rejimen 513 Askar Wataniah mulai 1 Februari 2000. Antara hasil karya yang mengangkat nama Allahyarham dalam bidang akademik terma-suklah Protokol Tradisi dan Amalan (Edisi Pertama 1999 Cetakan Keempat 2005), Bumi Dipijak Milik Orang (1996), Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1998), Melangkah ke Alaf Baharu (2005) dan Menelusuri Pembangunan (2005). Anak kelahiran Kampung Blanja Kiri, Parit, Perak ini mendapat pen-

    didikan awal di Sekolah Melayu Blanja, Parit dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada 1964 hingga 1966 dan Sekolah Dato Sri Amar Diraja, Muar, Johor dari 1967 hingga 1968. Beliau kemudiannya menyambung pengajian pada peringkat Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Sarjana di Universiti Malaya sebe-lum menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah dalam bidang politik di University of Hull, United Kingdom pada tahun 1993. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984 dan UUM sebagai Dekan Pengajian Asasi di antara tahun 1984 hingga tahun 1986. Pada 2 Jun 1986, beliau dilantik sebagai Prof. Madya dan Profesor mulai 15 November 1998. Allahyarham kemudian dilantik

    menjadi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UUM mulai 15 Oktober 1997 dan Naib Canselor pada 1 Jun 2001. Antara pencapaian beliau dalam tempoh menjadi Naib Canselor UUM ialah penukaran sistem sekolah kepada fakulti, menerapkan etika dan disiplin, penyempurnaan waktu bekerja, menangani gejala rasuah, mengamalkan sikap berbe-lanja secara berhemah, memperke-mas struktur anak syarikat milik UUM dan menggandakan usaha menjadikan UUM sebagai universiti dalam talian. Perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor disambung hingga Mei 2006 selepas bersara wajib pada 11 Mei 2004. Dalam bidang korporat, Allahyarham bergiat aktif sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan MARA dan Pengerusi YPM Trading Sdn. Bhd., serta Pengerusi Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. dan tiga anak

    syarikatnya. Allahyarham mening-gal dunia pada 23 Mei 2005 kerana mengidap penyakit jantung dan dikebumikan di Jitra, Kedah.

    1. Mohd Ismail bin Mohd Radzi,Felda Purun, Triang, Pahang.No. K.P.: 801014-06-5551

    2. Kamaliah binti Azhar,Taman Paduka, Kangar, Perlis.No. K.P.: 880706-56-6216

    3. Mohmad Iqbal bin Abdul Aziz,Kg. Perlis, Butterworth, Pulau Pinang.No. K.P.: 890114-26-5005

    4. Aneta binti Sapuan,Kg. Kastam, Pasir Gundang, Johor.No. K.P.: 711021-71-5146

    5. Mohd. Hazim bin Abd. Samat,Kuala Nerang, Kedah.No. K.P.: 860419-08-5083

    6. Harziazidatul Erma binti Bohari,Taman Malar, Ulu Kinta, Perak.No. K.P.: 861219-38-5334

    7. Mohd. Wafee bin Zulkifli,Kg. Telipot, Kota Bharu, Kelantan.No. K.P.: 841014-01-5163

    8. Nur Sakinah binti Baharudin,Seremban, Negeri Sembilan.No. K.P.: 880220-05-5360

    9. Saari bin Daud,Api-api Centre, Kota Kinabalu, Sabah.No. K.P.: 750813-12-5621

    10. Nur Aziemah binti Awang,Kuala Terengganu, Terengganu.No. K.P.: 900904-11-53382

    PEMENANG akan menerima hadiah wang tunai RM50.00 daripada DBP dan langganan setahun majalah Dewan Budaya sumbangan Dawama Sdn. Bhd.

    Soalan:1. Nyatakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    2. Namakan judul buku yang dibica-rakan dalam Majlis Bicara Karya.

    3. Apakah nama yang dicadang-kan penulis bagi menggantikan 'McDelivery'?

    4. Namakan tiga buah pusat pen-gajian di Perancis yang mengajar bahasa Melayu.

    5. Namakan tiga orang tokoh peneri-ma Anugerah Sastera MASTERA 2006.

    Syarat Penyertaan:Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP dan ahli keluar-ganya. Tarikh tutup penyertaan 8 Mei 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat anda kepada:

    Timbalan Ketua Editor Klik DBP,Kuiz Klik DBP Siri 23,

    Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu,

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25,

    Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

    Faksimile: 03-21422029E-mel: [email protected]

    TOKOH AKADEMIK

    Allahyarham Prof. Dato Dr. Ahmad Fawzi Basri

    Meneroka Alam Sains Melalui Karya

    BH PILIH L11 17 emel

    DBP SETENGAH ABAD

    17SH011A.indd 2 4/15/06 3:46:37 AM