penerbitan bermutu masyarakat berilmu … ke dalam bahasa inggeris, jepun dan mandarin. ... badan...

1
BERITA HARIAN Rabu, 15 Ogos 2007 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BH PILIH L11 15 emel P ada era globalisasi ini tulisan Jawi semakin terpinggir dan dikhuatiri akan lenyap mengikut peredaran zaman. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera memulakan langkah dan iltizam untuk menarik generasi baru menguasai tulisan Jawi. KPM melalui Pelan Induk pembangu- nan Pendidikan (PIPP) telah mem- fokuskan pembudayaan tulisan Jawi dalam teras pertamanya membina negara bangsa. Usaha ini seiring dengan objektif kerajaan untuk memantapkan dan memperkasakan tulisan Jawi melalui program PIPP dan j-QAF di sekolah-sekolah di selu- ruh negara. Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kuala Lumpur, Utusan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua SM WP Kuala Lumpur dan Majlis Guru Besar WP Kuala Lumpur (termasuk Majlis Guru Besar SJKC dan Majlis Guru Besar SJKT) telah menganjurkan Karnival Gemilang Jawi yang dilan- carkan pada 18 Julai 2007, oleh Tuan Haji Abas bin Haji Awang, Pengarah Pelajaran WP Kuala Lumpur, di Auditorium JPWPKL. Antara aktiviti yang diadakan sempena karnival tersebut ialah pertandingan membaca dan menu- lis Jawi, pertandingan menulis khat dan pertandingan buku skrap. Pameran dan kempen penulisan Jawi serta program lima minit Jawi juga turut diadakan di sekolah- sekolah di Kuala Lumpur. Karnival Gemilang Jawi ini diharap menjadi medan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pendidik dan pelajar betapa pentingnya menguasai pembacaan dan penulisan jawi. Tulisan Jawi adalah warisan zaman berzaman yang perlu dimartabatkan oleh generasi kini. TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan Karnival Gemilang Jawi PENGUMUMAN B ahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa guru sekolah dan pensyarah yang berpengalaman untuk menulis manuskrip buku sokongan pendidikan. Kandungan manuskrip yang ditulis hendaklah mempuyai ciri- ciri berikut: Berfungsi sebagai bahan pengayaan dan pengukuhan yang dapat mem- bantu guru, ibu bapa dan pelajar dalam proses pengajaran dan pem- belajaran. Mengandungi maklumat yang mes- tilah tepat, lebih padat dan terkini berbanding dengan kandungan yang terdapat di dalam buku teks. Memberikan tumpuan kepada pengkhususan sesuatu topik dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Menekankan aspek pemulihan, pengukuhan dan pengayaan sesuatu tajuk. Membantu memudahkan kefahaman pelajar. Menyediakan aktiviti alternatif yang dapat digunakan oleh guru sebagai pilihan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Memuatkan pelbagai soalan yang memenuhi format peperiksaan. Menerapkan kemahiran yang ber- sesuaian dengan mata pelajaran. Menerapkan nilai murni yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan dan yang bersesuaian dengan tajuk. Memperjelas teknik atau kaedah P & P yang baharu dan terkini yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manuskrip boleh ditulis secara ber- siri atau secara individu. Manuskrip bersiri hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga judul. Semua judul perlu dirancang ber- sama-sama dengan editor DBP. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Daud Hamid, di talian 03-21481270 atau melaui e-mel [email protected]. Ingin Menulis Buku? Oleh Zaharudin Abdul Rahman C D Perbualan Asas Bahasa Melayu yang mengandungi 64 siri perbualan merupakan bahan pengajaran dan pembela- jaran bahasa Melayu hasil tulisan Datuk Dr. Anwar Ridhwan. CD perbualan ini amat sesuai untuk penutur bahasa asing yang ingin mempelajari bahasa Melayu dengan mudah dan cepat. Siri perbualan dalam bahasa Melayu ini mengisahkan kepel- bagaian situasi perbualan yang menggambarkan identiti negara Malaysia. Situasi yang pelbagai adalah seperti Hari Raya, Hari Deepavali, Hari Raya Cina dan sebagainya diperkenalkan kepada seorang gadis dari negara Jepun yang datang bekerja di negara Malaysia. Teks perbualan bahasa Melayu yang terdapat dalam CD ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin. Selain itu, kosa kata yang mudah dan audio dalam bahasa Melayu juga disediakan. CD Perbualan Asas Bahasa Melayu (terjemahan bahasa Inggeris/Jepun) dan CD Perbualan Asas Bahasa Melayu (terjemahan bahasa Inggeris/Mandarin) ini telah diterbitkan dan dijual dalam bentuk pakej dan eceren. CD Pakej Perbualan Asas Bahasa Melayu yang mengandungi 64 siri ini dijual dengan harga RM 200.00. CD ini dijual secara eceran de- ngan harga RM25.00. Senarai siri adalah seperti yang berikut; Siri 1 - 8 Siri 9 -16 Siri 17 – 24 Siri 25 – 32 Siri 33 - 40 Siri 41 - 48 Siri 49 - 56 Siri 57 – 64 Untuk maklumat lanjut sila hubungi pengedar kami AREA MARKETING & SERVICES mela- lui telefon : 03-33426473/013-3911992 atau e-mel [email protected]. S ekadar mengimbas kembali perbincangan kita tentang binaan karangan yang sem- purna, perlu saya ingatkan bahawa tiga bahagian penting wacana keba- nyakan jenis karangan ialah penda- huluan, badan karangan dan penu- tup. Mudah-mudahan anda masih ingat bagaimana saya membanding- kan kesempurnaan binaan karangan dengan kesempurnaan jasad manu- sia. Sebagaimana jasad manusia yang sempurna ditandai oleh adanya kepa- la, badan dan kaki, maka karangan yang sempurna binaannya ialah karangan yang ada pendahuluan, badan karangan dan penutup. Kita telah membincangkan bahagian pendahuluan dalam maka- lah keluaran lalu. Sekarang kita sampai di bahagian badan karangan. Bahagianbadankaranganhendaklah berisi fakta-fakta utama atau isi-isi penting. Isi-isi penting telah kita bin- cangkan dalam tajuk cara merangka karangan, sama ada dengan menye- naraikan isi-isi penting atau dengan melukis peta minda. Sesuatu isi atau fakta perlu ditu- lis dalam satu perenggan. Asingkan sesuatu fakta daripada fakta yang lain dalam perenggan yang ber- lainan. Dengan demikian, pembaca mudah mengesan apakah fakta atau isi yang anda beri tumpuan dalam sesuatu perenggan. Elakkan perbuat- an menggabungkan dua atau lebih daripada dua fakta dalam satu perenggan. Hal itu akan melemahkan perenggan itu kerana fokusnya telah hilang. Daripada segi peperiksaan pula, calon mungkin kerugian kera- na pemeriksa mungkin tidak dapat mengesan adanya dua fakta atau lebih dalam sesuatu perenggan. Sebelum kita berbincang tentang kesinambungan antara perenggan- perenggan yang akhirnya memben- tuk karangan yang lengkap dan padu, amat penting kita bincangkan pembinaan perenggan yang padu lebih dahulu. Kepaduan sesuatu perenggan menjadi syarat asas untuk menghasilkan kepaduan karangan seluruhnya. Ibaratnya ialah bahawa tidak mantap sesebuah bangunan jika salah satu bahagiannya tidak sempurna. Perkara pokok yang perlu anda fahami ialah bahawa perenggan ada binaan atau strukturnya sendiri. Kepaduan perenggan bergantung pada keutuhan binaan atau struk- tur itu. Sebilangan anda mungkin masih berpegang pada pedoman yang salah, iaitu perenggan ditulis berdasarkan jumlah kata dan ayat. Jumlah kata dan ayat bukan asas pembinaan perenggan. Asas binaan perenggan ialah ada- nya dua bahagian penting, iaitu ayat judul dan pengembangan. Ayat judul bererti ayat (bukan judul atau tajuk!) yang mengemukakan satu fakta penting. Bahagian pengembangan pula ialah bahagian yang memberi- kan maklumat lanjut atau tambahan tentang fakta utama itu. Maklumat lanjut itu boleh jadi huraian atau penerangan, pembahasan pro dan kontra fakta, contoh, petikan atau data, misalnya perangkaan yang berkaitan. Oleh itu, setiap kali anda menulis perenggan dalam bahagian badan karangan, berusahalah memikir- kan fakta atau isi penting yang hendak anda kemuakan dan kemu- dian tulis fakta itu dalam ayat yang lengkap. Itulah maksud ayat judul. Apabila membaca perenggan itu, pembaca langsung dapat menge- san atau memperoleh maklumat yang hendak anda ketengahkan itu dengan tidak bersusah payah men- cari-carinya. Kemudian perkuat fakta atau isi penting itu dengan menulis bahagian pengembangan pula. Sebagaimana yang saya jelaskan, bahagian ini boleh terdiri daripada huraian lanjut tentang fakta itu. Jika ada yang perlu dibahaskan, boleh juga fakta itu dihujahkan. Sebaiknya-baiknya ser- takan pula contoh atau petikan pen- dapat atau hasil kajian. Antaranya termasuklah perangkaan. Sebagai contoh, di bawah ini saya paparkan satu perenggan yang menggambar- kan dua bahagian penting dalam sesuatu perenggan: “Salah satu isu yang berkaitan dengan guna tenaga di negara ini ialah penghijrahan sejumlah war- ganegara ke negara-negara lain, baik ke Eropah mahupun ke benua lain. Penghijrahan itu dapat menje- jaskan tenaga mahir dan profesional yang diharapkan untuk membantu pembangunan negara dalam pel- bagai bidang. Kebimbangan tentang kesan penghijrahan warganegara kita ke negara lain telah dilahir- kan oleh para pemimpin negara, termasuk Perdana Menteri sendiri. Menurut sumber kerajaan, jumlah mutakhir penghijrahan telah men- jangkau hampir 100,000 orang.” Ayat pertama ialah ayat judul yang menampilkan fakta tentang isu peng- hijrahan dalam konteks guna tenaga atau tenaga kerja di negara ini. Ayat- ayat selanjutnya mewakili bahagian pengembangan yang merupakan huraian fakta, petikan dan perang- kaan yang berkaitan dengan fakta utama. Dalam keluaran akan datang, akan kita lanjutkan perbincangan tentang binaan perenggan yang padu dan juga kaedah membina kepaduan wacana atau karangan yang berdasarkan penjalinan antara perenggan-perenggan. Membina Perenggan yang Padu Oleh Roslin Majidi, Abdul Razak Mohammad Ahli Jawatankuasa Karnival Gemilang Jawi. Perbualan Asas Bahasa Melayu

Upload: lexuyen

Post on 02-May-2018

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU … ke dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin. ... badan karangan dan penu-tup. Mudah-mudahan anda masih ... takan pula contoh atau petikan

BERITA HARIAN Rabu, 15 Ogos 2007 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMUBH PILIH L11 15 emel

Pada era globalisasi ini tulisan Jawi semakin terpinggir dan dikhuatiri akan lenyap

mengikut peredaran zaman. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera memulakan langkah dan iltizam untuk menarik generasi baru menguasai tulisan Jawi. KPM melalui Pelan Induk pembangu-nan Pendidikan (PIPP) telah mem-fokuskan pembudayaan tulisan Jawi dalam teras pertamanya membina negara bangsa. Usaha ini seiring dengan objektif kerajaan untuk memantapkan dan memperkasakan tulisan Jawi melalui program PIPP dan j-QAF di sekolah-sekolah di selu-ruh negara.

Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kuala Lumpur, Utusan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua SM WP Kuala Lumpur dan Majlis Guru Besar WP Kuala Lumpur (termasuk Majlis Guru Besar SJKC dan Majlis Guru Besar SJKT) telah menganjurkan Karnival Gemilang Jawi yang dilan-carkan pada 18 Julai 2007, oleh Tuan Haji Abas bin Haji Awang, Pengarah Pelajaran WP Kuala Lumpur, di Auditorium JPWPKL.

Antara aktiviti yang diadakan sempena karnival tersebut ialah pertandingan membaca dan menu-lis Jawi, pertandingan menulis khat dan pertandingan buku skrap.

Pameran dan kempen penulisan Jawi serta program lima minit Jawi juga turut diadakan di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur.

Karnival Gemilang Jawi ini diharap menjadi medan untuk meningkatkan kesedaran dalam

kalangan pendidik dan pelajar betapa pentingnya menguasai pembacaan dan penulisan jawi. Tulisan Jawi adalah warisan zaman berzaman yang perlu dimartabatkan oleh generasi kini.

TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Karnival Gemilang Jawi

PENGUMUMAN

Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa guru sekolah dan

pensyarah yang berpengalaman untuk menulis manuskrip buku sokongan pendidikan. Kandungan manuskrip yang ditulis hendaklah mempuyai ciri-ciri berikut:

Berfungsi sebagai bahan pengayaan dan pengukuhan yang dapat mem-bantu guru, ibu bapa dan pelajar dalam proses pengajaran dan pem-belajaran.

Mengandungi maklumat yang mes-tilah tepat, lebih padat dan terkini berbanding dengan kandungan yang terdapat di dalam buku teks.

Memberikan tumpuan kepada pengkhususan sesuatu topik dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP).

Menekankan aspek pemulihan, pengukuhan dan pengayaan sesuatu tajuk.

Membantu memudahkan kefahaman pelajar.

Menyediakan aktiviti alternatif yang dapat digunakan oleh guru sebagai pilihan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Memuatkan pelbagai soalan yang memenuhi format peperiksaan.

Menerapkan kemahiran yang ber-sesuaian dengan mata pelajaran.

Menerapkan nilai murni yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan dan yang bersesuaian dengan tajuk.

Memperjelas teknik atau kaedah P & P yang baharu dan terkini yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Manuskrip boleh ditulis secara ber-siri atau secara individu. Manuskrip bersiri hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga judul. Semua judul perlu dirancang ber-sama-sama dengan editor DBP. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Daud Hamid, di talian 03-21481270 atau melaui e-mel [email protected].

Ingin Menulis Buku?Oleh Zaharudin Abdul Rahman

CD Perbualan Asas Bahasa Melayu yang mengandungi 64 siri perbualan merupakan

bahan pengajaran dan pembela-jaran bahasa Melayu hasil tulisan Datuk Dr. Anwar Ridhwan. CD perbualan ini amat sesuai untuk penutur bahasa asing yang ingin mempelajari bahasa Melayu dengan mudah dan cepat.

Siri perbualan dalam bahasa Melayu ini mengisahkan kepel-bagaian situasi perbualan yang menggambarkan identiti negara

Malaysia. Situasi yang pelbagai adalah seperti Hari Raya, Hari Deepavali, Hari Raya Cina dan sebagainya diperkenalkan kepada seorang gadis dari negara Jepun yang datang bekerja di negara Malaysia.

Teks perbualan bahasa Melayu yang terdapat dalam CD ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin. Selain itu, kosa kata yang mudah dan audio dalam bahasa Melayu juga disediakan.

CD Perbualan Asas Bahasa Melayu (terjemahan bahasa Inggeris/Jepun) dan CD Perbualan

Asas Bahasa Melayu (terjemahan bahasa Inggeris/Mandarin) ini telah diterbitkan dan dijual dalam bentuk pakej dan eceren.

CD Pakej Perbualan Asas Bahasa Melayu yang mengandungi 64 siri ini dijual dengan harga RM 200.00.

CD ini dijual secara eceran de-ngan harga RM25.00. Senarai siri adalah seperti yang berikut;

Siri 1 - 8 Siri 9 -16 Siri 17 – 24 Siri 25 – 32Siri 33 - 40Siri 41 - 48

Siri 49 - 56Siri 57 – 64Untuk maklumat lanjut sila

hubungi pengedar kami AREA

MARKETING & SERVICES mela-lui telefon :

03-33426473/013-3911992 atau e-mel [email protected].

Sekadar mengimbas kembali perbincangan kita tentang binaan karangan yang sem-

purna, perlu saya ingatkan bahawa tiga bahagian penting wacana keba-nyakan jenis karangan ialah penda-huluan, badan karangan dan penu-tup. Mudah-mudahan anda masih ingat bagaimana saya membanding-kan kesempurnaan binaan karangan dengan kesempurnaan jasad manu-sia. Sebagaimana jasad manusia yang sempurna ditandai oleh adanya kepa-la, badan dan kaki, maka karangan yang sempurna binaannya ialah karangan yang ada pendahuluan, badan karangan dan penutup.

Kita telah membincangkan bahagian pendahuluan dalam maka-lah keluaran lalu. Sekarang kita sampai di bahagian badan karangan. Bahagian badan karangan hendaklah berisi fakta-fakta utama atau isi-isi penting. Isi-isi penting telah kita bin-cangkan dalam tajuk cara merangka karangan, sama ada dengan menye-naraikan isi-isi penting atau dengan melukis peta minda.

Sesuatu isi atau fakta perlu ditu-lis dalam satu perenggan. Asingkan sesuatu fakta daripada fakta yang lain dalam perenggan yang ber-lainan. Dengan demikian, pembaca mudah mengesan apakah fakta atau isi yang anda beri tumpuan dalam sesuatu perenggan. Elakkan perbuat-

an menggabungkan dua atau lebih daripada dua fakta dalam satu perenggan. Hal itu akan melemahkan perenggan itu kerana fokusnya telah hilang. Daripada segi peperiksaan pula, calon mungkin kerugian kera-na pemeriksa mungkin tidak dapat mengesan adanya dua fakta atau lebih dalam sesuatu perenggan.

Sebelum kita berbincang tentang kesinambungan antara perenggan-perenggan yang akhirnya memben-tuk karangan yang lengkap dan padu, amat penting kita bincangkan pembinaan perenggan yang padu lebih dahulu. Kepaduan sesuatu perenggan menjadi syarat asas untuk menghasilkan kepaduan karangan seluruhnya. Ibaratnya ialah bahawa tidak mantap sesebuah bangunan jika salah satu bahagiannya tidak sempurna.

Perkara pokok yang perlu anda fahami ialah bahawa perenggan ada binaan atau strukturnya sendiri. Kepaduan perenggan bergantung pada keutuhan binaan atau struk-tur itu. Sebilangan anda mungkin masih berpegang pada pedoman yang salah, iaitu perenggan ditulis berdasarkan jumlah kata dan ayat. Jumlah kata dan ayat bukan asas pembinaan perenggan.

Asas binaan perenggan ialah ada-nya dua bahagian penting, iaitu ayat judul dan pengembangan. Ayat judul

bererti ayat (bukan judul atau tajuk!) yang mengemukakan satu fakta penting. Bahagian pengembangan pula ialah bahagian yang memberi-kan maklumat lanjut atau tambahan tentang fakta utama itu. Maklumat lanjut itu boleh jadi huraian atau penerangan, pembahasan pro dan kontra fakta, contoh, petikan atau data, misalnya perangkaan yang berkaitan.

Oleh itu, setiap kali anda menulis perenggan dalam bahagian badan karangan, berusahalah memikir-kan fakta atau isi penting yang hendak anda kemuakan dan kemu-dian tulis fakta itu dalam ayat yang lengkap. Itulah maksud ayat judul. Apabila membaca perenggan itu, pembaca langsung dapat menge-san atau memperoleh maklumat yang hendak anda ketengahkan itu dengan tidak bersusah payah men-cari-carinya.

Kemudian perkuat fakta atau isi penting itu dengan menulis bahagian pengembangan pula. Sebagaimana yang saya jelaskan, bahagian ini boleh terdiri daripada huraian lanjut tentang fakta itu. Jika ada yang perlu dibahaskan, boleh juga fakta itu dihujahkan. Sebaiknya-baiknya ser-takan pula contoh atau petikan pen-dapat atau hasil kajian. Antaranya termasuklah perangkaan. Sebagai contoh, di bawah ini saya paparkan

satu perenggan yang menggambar-kan dua bahagian penting dalam sesuatu perenggan:

“Salah satu isu yang berkaitan dengan guna tenaga di negara ini ialah penghijrahan sejumlah war-ganegara ke negara-negara lain, baik ke Eropah mahupun ke benua lain. Penghijrahan itu dapat menje-jaskan tenaga mahir dan profesional yang diharapkan untuk membantu pembangunan negara dalam pel-bagai bidang. Kebimbangan tentang kesan penghijrahan warganegara kita ke negara lain telah dilahir-kan oleh para pemimpin negara, termasuk Perdana Menteri sendiri. Menurut sumber kerajaan, jumlah mutakhir penghijrahan telah men-jangkau hampir 100,000 orang.”

Ayat pertama ialah ayat judul yang menampilkan fakta tentang isu peng-hijrahan dalam konteks guna tenaga atau tenaga kerja di negara ini. Ayat-ayat selanjutnya mewakili bahagian pengembangan yang merupakan huraian fakta, petikan dan perang-kaan yang berkaitan dengan fakta utama.

Dalam keluaran akan datang, akan kita lanjutkan perbincangan tentang binaan perenggan yang padu dan juga kaedah membina kepaduan wacana atau karangan yang berdasarkan penjalinan antara perenggan-perenggan.

Membina Perenggan yang Padu

Oleh Roslin Majidi, Abdul Razak Mohammad

Ahli Jawatankuasa Karnival Gemilang Jawi.

Perbualan Asas Bahasa Melayu