penerbitan bermutu masyarakat berilmu … pendidikan sultan idris ... saujana impian, kajang,...

1
Oleh Abd. Razak Abu Bakar Y .A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi me- nyifatkan Sasterawan Negara (SN) Datuk A. Samad Said sebagai personaliti Melayu yang unggul kera- na sentiasa berfikir dan berusaha me- nyampaikan pandangan dan fikiran yang bernas kepada anak bangsa melalui karyanya. Beliau harus men- jadi inspirasi dan suri teladan kepada penulis baharu kerana ideanya yang sentiasa subur dan kontemporari. Kehebatan beliau menggarap dan menghidupkan watak Salina dalam novelnya, Salina membolehkan karya beliau diangkat di peringkat antara- bangsa sebagai karya bermutu se- hingga diterjemahkan dan diterbitkan ke dalam versi bahasa Inggeris. Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr. Firdaus Abdullah menyi- fatkan Datuk A. Samad Said sebagai kain cindai halus, meskipun terlipat sekecil kuku namun apabila nama- nya disebut, cerita tentang diri dan karyanya terlalu luas untuk diperka- takan. Namun begitu, berapa ramaikah yang membaca buku penulis tem- patan? Inilah persoalan yang dilon- tarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran buku A. Samad Said: Sebuah Antologi Puisi yang Menghimpunkan Karya-karya Selama Lebih Setengah Abad, terbitan Utusan Publishers and Distributors pada 20 Januari 2006 di Arkib Negara, baru- baru ini. Di manakah silap- nya? Mengapakah tidak ramai orang kita yang tahu meni- lai dan menghargai hasil karya penulis tempatan, sedang- kan orang luar negara meman- dang tinggi terha- dap penulis kita, mengapa tidak kita? Lihat sajalah novel Salina kar- ya A. Samad Said pernah diter- bitkan dalam versi bahasa Ing- geris. Begitu juga novel lain seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Tunggul Gerigis hasil nukilan Datuk Shahnon A h m a d , Merpati Putih Terbang Jua karya Khatijah Hashim dan beberapa novel lain sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Adakah karya penulis tempa- tan tidak sampai ke pengetahuan pembaca atau adakah amalan mem- baca itu belum lagi menjadi budaya masyarakat kita? Sehubungan itu, Y.A.B. Perdana Menteri menyeru supaya rakyat menghayati mesej yang digarap oleh karyawan tempatan seperti SN Datuk A. Samad Said. Beliau turut men- cadangkan agar usaha memupuk minat masya- rakat menghayati dan menghargai karya sastera ditingkatkan. Antara cadangan beliau adalah mengan- jurkan program ulasan buku karya para Sasterawan Negara oleh tokoh- tokoh seperti Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein dan disiarkan melalui televisyen, agar menarik perhatian remaja. Di sinilah peranan media dalam membantu penulis tempatan mempromosikan karya mereka. BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU KUIZ KLIK DBP SIRI 22 PEMENANG KUIZ KLIK DBP SIRI 21 D ATO' Profesor Dr. Ahmad Mahdzan Ayob yang berke- lulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pemasaran di Universiti Florida memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) (pada ketika itu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Kemudian, beliau berhijrah ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dilantik sebagai Dekan Pengajian Siswazah dan Timbalan Naib Canselor Akademik. Selain itu, beliau turut menjadi tutor sam- bilan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Pengiktirafan tertinggi yang per- nah diterima ialah pemegang Kursi Tun Abdul Razak di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Beliau mengakhiri perkhidmatannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau merupakan antara penulis buku pengajian tinggi yang prolifik. Pengalaman mengajar dan mem- buat penyelidikan selama hampir 30 tahun telah membolehkan beliau menghasilkan sejumlah buku yang dapat membantu para pelajar dan para penyelidik membuat rujukan dan kajian. Contoh- contoh yang diketengahkan dalam karyanya merupakan pengalaman beliau sendiri dalam bidang penyelidikan, perundingan, pengajaran serta keti- ka menyelia pelajarnya. Antara hasil karya beliau yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah Pengurusan Ladang (1976), Pengurusan Ladang : Teori dan Amalan (1980 dan Edisi Kedua tahun 1990), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi (Edisi Pertama 1983, Edisi Kedua 1992 dan Edisi Ketiga 2005), Perancangan dan Penilaian Projek Pembangunan (1989) dan Teori Mikroekonomi (1979, kini sudah dicetak sebanyak lima kali, cetakan terakhir tahun 2005). S EBAGAI seorang penulis, selain perlu tahu tentang teknik penulisan bagi menghasilkan karya, penu- lis juga perlu tahu akta dan undang-undang yang berkaitan dengan penerbitan. Tujuannya adalah untuk memastikan penu- lis dan penerbit tidak melang- gar mana-mana peraturan yang boleh menyebabkan penulis atau penerbit didakwa di mahkamah. Antara undang-undang yang berkaitan dengan penerbitan termasuklah Undang-undang Fitnah yang di bawahnya terda- pat Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1948. Antara perkara yang menyebabkan penulis atau penerbit dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Fitnah adalah seperti yang berikut: i. Merendahkan pandangan seseorang di mata segolongan masyarakat atau masyarakat umum. ii. Menyebabkan seseorang dice- muh, dihina, dibenci atau dikeji. iii. Merosakkan reputasi dalam mana-mana jawatan, profesion, perdagangan atau perniagaan. iv. Tuduhan fitnah yang mero- sakkan kredibiliti seseorang. Dalam hal ini fitnah yang dimaksudkan terbahagi kepada dua, iaitu fitnah dalam bentuk penerbitan bercetak atau elek- tronik atau libel (kenyataan ber- tulis) sama ada dalam bentuk gambar, imej, visual, termasuk- lah penerbitan dalam internet, sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya. Yang kedua adalah dalam bentuk pertu- turan atau penyiaran atau lebih dikenali sebagai 'slander' iaitu melalui medium komunikasi lisan. Contohnya dalam bentuk isyarat, simbol, isyarat bunyi dan sebagainya. Jika penulis atau penerbit melanggar Akta Fitnah 1957 dan disabitkan kesalahan, hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau denda akan dikenakan. Sementara itu, penu- lis atau penerbit yang melang- gar Akta Hasutan 1948 pula, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 dan/atau penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterus- nya, penjara tidak melebihi lima tahun. Undang- Undang Fitnah Oleh Rokiah Nordin 1. Mazlina binti Ismail, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. No. K.P.: 860408-35-6220 2. Aidasuraya binti Bujang Seran, SPA Malaysia Cawangan Sarawak, Sarawak. No. K.P.: 681224-13-5390 3. Noor Aiza binti Ismail, Pasir Puteh, Kelantan. No. K.P.: 840923-03-5562 4. Nishanthieny a/p Balakrishnan, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. No. K.P.: 900817-01-5244 5. Nor Atiqah binti Haji Hussin, Saujana Impian, Kajang, Selangor. No. K.P.: 900111-43-5028 6. Muhamad Fawzy bin Md. Yusop, Taman Jali, Kangar, Perlis. No. K.P.: 900922-07-5185 7. Alzharin bin Che Ismail, Rantau Panjang, Selama, Perak. No. K.P.: 690703-08-5831 8. Abdul Rahman bin Abdul Razak, Taman Melor, Pendang, Kedah. No. K.P.: 880128-49-5005 9. Mohd Jamil bin Ahmad, Bandar Jengka, Pahang. No. K.P.: 791130-06-5595 10. Nur Ain binti Mat Lip, Muar, Johor. No. K.P.: 860904-23-5268 P EMENANG akan menerima hadiah wang tunai RM50.00 daripada DBP dan langganan setahun majalah Dewan Budaya sumbangan Dawama Sdn. Bhd. Soalan: 1. Namakan dua orang pemimpin yang menjadi pengerusi ber- sama “Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan” di Putrajaya baru-baru ini 2. Berikan makna perkataan ampul. 3. Apakah kriteria penting yang harus ada pada penulis? 4. Namakan novel satira yang dibicar- kan dalam Majlis Bicara Karya Sastera di Johor baru-baru ini dan siapakah penulisnya? 5. Apakah yang dicadangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri supaya karya tempatan diminati ramai? Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP dan ahli keluar- ganya. Tarikh tutup penyertaan 10 April 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat anda kepada: Timbalan Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Klik DBP Siri 22, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-21422029 E-mel: [email protected] TOKOH EKONOMI Dato' Profesor Dr. Ahmad Mahdzan Ayob Rakyat Diseru Menghayati Karya Tempatan

Upload: vutram

Post on 09-May-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU … Pendidikan Sultan Idris ... Saujana Impian, Kajang, Selangor. No. K.P.: 900111-43-5028 6. ... dan alamat anda kepada:

Oleh Abd. Razak Abu Bakar

Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi me-nyifatkan Sasterawan Negara

(SN) Datuk A. Samad Said sebagai personaliti Melayu yang unggul kera-na sentiasa berfikir dan berusaha me-nyampaikan pandangan dan fikiran yang bernas kepada anak bangsa melalui karyanya. Beliau harus men-jadi inspirasi dan suri teladan kepada penulis baharu kerana ideanya yang sentiasa subur dan kontemporari. Kehebatan beliau menggarap dan menghidupkan watak Salina dalam novelnya, Salina membolehkan karya beliau diangkat di peringkat antara-bangsa sebagai karya bermutu se-hingga diterjemahkan dan diterbitkan ke dalam versi bahasa Inggeris. Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr. Firdaus Abdullah menyi-fatkan Datuk A. Samad Said sebagai kain cindai halus, meskipun terlipat sekecil kuku namun apabila nama-nya disebut, cerita tentang diri dan karyanya terlalu luas untuk diperka-takan. Namun begitu, berapa ramaikah yang membaca buku penulis tem-patan? Inilah persoalan yang dilon-tarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran buku A. Samad Said: Sebuah Antologi Puisi yang Menghimpunkan Karya-karya Selama Lebih Setengah Abad, terbitan Utusan Publishers and Distributors pada 20 Januari 2006 di Arkib Negara, baru-baru ini.

Di manakah silap-nya? Mengapakah tidak ramai orang kita yang tahu meni-lai dan menghargai hasil karya penulis tempatan, sedang-kan orang luar negara meman-dang tinggi terha-dap penulis kita, mengapa tidak kita? Lihat sajalah novel Salina kar-ya A. Samad Said pernah diter-bitkan dalam versi bahasa Ing-geris. Begitu juga novel lain seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Tunggul Gerigis hasil nukilan Datuk S h a h n o n A h m a d , Merpati Putih Terbang Jua karya Khatijah Hashim dan beberapa novel lain sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Adakah karya penulis tempa-tan tidak sampai ke pengetahuan pembaca atau adakah amalan mem-baca itu belum lagi menjadi budaya masyarakat kita? Sehubungan itu, Y.A.B. Perdana Menteri menyeru supaya rakyat menghayati mesej yang digarap oleh karyawan tempatan seperti SN Datuk A. Samad Said. Beliau turut men-

c ada ngka n agar usaha memupuk minat masya-rakat menghayati dan menghargai karya sastera ditingkatkan. Antara cadangan beliau adalah mengan-jurkan program ulasan buku karya para Sasterawan Negara oleh tokoh-tokoh seperti Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein dan disiarkan melalui televisyen, agar menarik perhatian remaja. Di sinilah peranan media dalam membantu penulis tempatan mempromosikan karya mereka.

BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU KUIZ KLIK DBP SIRI 22

PEMENANG KUIZ KLIK DBP SIRI 21

DATO' Profesor Dr. Ahmad Mahdzan Ayob yang berke-lulusan Doktor Falsafah

(Ph.D) dalam bidang Pemasaran di Universiti Florida memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) (pada ketika itu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Kemudian, beliau berhijrah ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dilantik sebagai Dekan Pengajian Siswazah dan Timbalan Naib Canselor Akademik. Selain itu, beliau turut menjadi tutor sam-bilan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Pengiktirafan tertinggi yang per-nah diterima ialah pemegang Kursi Tun Abdul Razak di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Beliau mengakhiri perkhidmatannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau merupakan antara penulis buku pengajian tinggi yang prolifik. Pengalaman mengajar dan mem-buat penyelidikan selama hampir 30 tahun telah membolehkan beliau menghasilkan sejumlah buku yang

dapat membantu para pelajar dan para penyelidik membuat rujukan dan kajian. Contoh-contoh yang diketengahkan dalam karyanya merupakan pengalaman beliau sendiri dalam bidang penyelidikan, perundingan, pengajaran serta keti-ka menyelia pelajarnya. Antara hasil karya beliau yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah Pengurusan Ladang (1976), Pengurusan Ladang : Teori dan Amalan (1980 dan Edisi Kedua tahun 1990), Kaedah

Penyelidikan Sosioekonomi (Edisi Pertama 1983, Edisi Kedua 1992 dan Edisi Ketiga 2005), Perancangan dan Penilaian Projek Pembangunan (1989) dan Teori Mikroekonomi (1979, kini sudah dicetak sebanyak lima kali, cetakan terakhir tahun 2005).

SEBAGAI seorang penulis, selain perlu tahu tentang teknik penulisan bagi

menghasilkan karya, penu-lis juga perlu tahu akta dan undang-undang yang berkaitan dengan penerbitan. Tujuannya adalah untuk memastikan penu-lis dan penerbit tidak melang-gar mana-mana peraturan yang boleh menyebabkan penulis atau penerbit didakwa di mahkamah. Antara undang-undang yang berkaitan dengan penerbitan termasuklah Undang-undang Fitnah yang di bawahnya terda-pat Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1948. Antara perkara yang menyebabkan penulis atau penerbit dikenakan tindakan di bawah Undang-undang Fitnah adalah seperti yang berikut: i. Merendahkan pandangan seseorang di mata segolongan masyarakat atau masyarakat umum.ii. Menyebabkan seseorang dice-muh, dihina, dibenci atau dikeji.iii. Merosakkan reputasi dalam mana-mana jawatan, profesion, perdagangan atau perniagaan.iv. Tuduhan fitnah yang mero-sakkan kredibiliti seseorang. Dalam hal ini fitnah yang dimaksudkan terbahagi kepada dua, iaitu fitnah dalam bentuk penerbitan bercetak atau elek-tronik atau libel (kenyataan ber-tulis) sama ada dalam bentuk gambar, imej, visual, termasuk-lah penerbitan dalam internet, sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya. Yang kedua adalah dalam bentuk pertu-turan atau penyiaran atau lebih dikenali sebagai 'slander' iaitu melalui medium komunikasi lisan. Contohnya dalam bentuk isyarat, simbol, isyarat bunyi dan sebagainya. Jika penulis atau penerbit melanggar Akta Fitnah 1957 dan disabitkan kesalahan, hukuman penjara sehingga dua tahun dan/atau denda akan dikenakan. Sementara itu, penu-lis atau penerbit yang melang-gar Akta Hasutan 1948 pula, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 dan/atau penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterus-nya, penjara tidak melebihi lima tahun.

Undang-Undang Fitnah

Oleh Rokiah Nordin

1. Mazlina binti Ismail,Seberang Perai Tengah,Pulau Pinang.No. K.P.: 860408-35-6220

2. Aidasuraya binti Bujang Seran,SPA Malaysia Cawangan Sarawak, Sarawak. No. K.P.: 681224-13-5390

3. Noor Aiza binti Ismail, Pasir Puteh, Kelantan. No. K.P.: 840923-03-5562

4. Nishanthieny a/p Balakrishnan, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor. No. K.P.: 900817-01-5244

5. Nor Atiqah binti Haji Hussin, Saujana Impian, Kajang, Selangor. No. K.P.: 900111-43-5028

6. Muhamad Fawzy bin Md. Yusop, Taman Jali, Kangar, Perlis. No. K.P.: 900922-07-5185

7. Alzharin bin Che Ismail, Rantau Panjang, Selama, Perak. No. K.P.: 690703-08-5831

8. Abdul Rahman bin Abdul Razak, Taman Melor, Pendang, Kedah. No. K.P.: 880128-49-5005

9. Mohd Jamil bin Ahmad,Bandar Jengka, Pahang.No. K.P.: 791130-06-5595

10. Nur Ain binti Mat Lip, Muar, Johor. No. K.P.: 860904-23-5268

PEMENANG akan menerima hadiah wang tunai RM50.00 daripada DBP dan langganan

setahun majalah Dewan Budaya sumbangan Dawama Sdn. Bhd.

Soalan:1. Namakan dua orang pemimpin yang menjadi pengerusi ber-sama “Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan” di Putrajaya baru-baru ini2. Berikan makna perkataan ampul.3. Apakah kriteria penting yang harus ada pada penulis?4. Namakan novel satira yang dibicar-kan dalam Majlis Bicara Karya Sastera di Johor baru-baru ini dan siapakah penulisnya?5. Apakah yang dicadangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri supaya karya tempatan diminati ramai?

Syarat Penyertaan:Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP dan ahli keluar-ganya. Tarikh tutup penyertaan 10 April 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat anda kepada:

Timbalan Ketua Editor Klik DBP,Kuiz Klik DBP Siri 22,

Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25,

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-21422029E-mel: [email protected]

TOKOH EKONOMI

Dato' Profesor Dr. Ahmad Mahdzan Ayob

Rakyat Diseru MenghayatiKarya Tempatan