penerbitan bermutu masyarakat berilmu program … · merangka karangan dalam bentuk minda d alam...

1
BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BH PILIH L11 20 emel S eni penulisan khat merupakan sebahagian daripada warisan seni dan budaya bangsa Malaysia yang telah dipraktikkan sejak sejarah penggunaan tulisan Jawi bermula di negara ini. Proses globalisasi dan kurangnya penekanan terhadap tulisan Jawi menyebabkan kebolehan dan kema- hiran mereka cipta dan memahami keindahan seni khat dalam kalang- an masyarakat negara ini semakin merosot. Justeru, satu program perlu dilaksanakan bagi memperka- sakan semula usaha memantapkan seni khat di Malaysia dan memperlu- askannya kepada seluruh khalayak khususnya di peringkat sekolah. Atas kesedaran ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Jabatan Pelajaran Wilayah Per- sekutuan Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. mengadakan Program Lestari Seni Khat dan Jawi Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2007 pada 15 hingga 16 Mei 2007 di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. Pelajaran Jawi adalah seba- hagian daripada mata pelajaran pendidikan Islam. Tulisan Jawi perlu dikembangkan seiring dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan pelajaran Jawi antara komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selain itu, pelajaran Jawi merupa- kan salah satu objektif dalam sukat- an pelajaran pendidikan Islam yang menyasarkan murid dapat membaca dan menulis Jawi serta menjadikan Jawi sebagai warisan budaya bang- sa. Selain mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia agar generasi masa depan dapat menguasai tulisan Jawi dan ilmu Pendidikan Islam dengan baik, usaha ini juga diharap dapat meng- angkat seni khat sebagai satu bidang kesenian dalam persuratan Melayu yang bertaraf kebangsaan dan diterima oleh masyarakat nega- ra ini. Hasil daripada program yang diadakan selama dua hari ini, dapat membantu pelajar meningkatkan mutu kaedah penulisan khat yang lebih kemas dan betul selain mening- katkan kemahiran mereka mengua- sai tulisan Jawi dan membaca Jawi dengan cepat dan mudah mengikut kaedah yang diperkenalkan, iaitu berdasarkan kaedah pedagogi pem- belajaran. Program seperti ini diharap dapat membantu guru dan murid dalam menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam Jawi seterusnya menjamin keberkesanan dan kejayaan program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah. Penceramah program, antaranya Prof. Emiritus Dato’ Isahak Haron, En. Zainurrahman Afandi dan En. Mokhtar Talib (Pak Matlob). Oleh Norazlinda Misran TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan Merangka Karangan dalam Bentuk Minda D alam keluaran lalu, kita bin- cangkan pentingnya rangka karangan sebagai asas atau garis panduan untuk kita menulis karangan yang lengkap. Dua kae- dah dapat digunakan untuk meng- hasilkan rangka karangan. Yang pertama ialah senarai isi-isi pen- ting dan isi sokongan. Contohnya telah diberikan dalam keluaran lalu. Dalam keluaran ini, saya beri- kan pula contoh rangka karangan dalam bentuk peta minda tentang tajuk yang sama, iaitu pencema- ran bahasa. Program Lestari Jawi PENGUMUMAN B ahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mem- pelawa guru sekolah dan pen- syarah yang berpengalaman untuk menulis manuskrip buku sokongan pendidikan. Kandungan manuskrip yang ditulis hendaklah mempuyai ciri-ciri berikut: Berfungsi sebagai bahan pengayaan dan pengukuhan yang dapat memban- tu guru, ibu bapa dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengandungi maklumat yang mes- tilah tepat, lebih padat dan terkini berbanding dengan kandungan yang terdapat di dalam buku teks. Memberikan tumpuan kepada pengkhususan sesuatu topik dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Menekankan aspek pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan sesuatu tajuk. Membantu memudahkan kefa- haman pelajar. Menyediakan aktiviti alterna- tif yang dapat digunakan oleh guru sebagai pilihan semasa sesi penga- jaran dan pembelajaran. Memuatkan pelbagai soalan yang memenuhi format peperiksaan. Menerapkan kemahiran yang ber- sesuaian dengan mata pelajaran. Menerapkan nilai murni yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan dan yang bersesuaian dengan tajuk. Memperjelas teknik atau kaedah P & P yang baharu dan terkini yang di- sarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manuskrip boleh ditulis seca- ra bersiri atau secara individu. Manuskrip bersiri hendaklah me- ngandungi sekurang-kurangnya tiga judul. Semua judul perlu dirancang bersama-sama dengan editor DBP. Untuk keterangan lanjut, sila hubu- ngi Encik Daud Hamid, di talian 03- 21481270 atau melaui e-mel daud2@ dbp.gov.my. Ingin Menulis Buku? Oleh Zaharudin Abdul Rahman Pencemaran Bahasa Kebangsaan Aspek-aspek pencemaran bahasa Tempat dan bidang Ejaan Pencemaran Bahasa Pendahuluan Penutup Langkah mengatasinya Kesannya Faktor Sebutan Ayat Kata Pentadbiran Pendidikan Media am Tempat awam S empena cuti sekolah baru-baru ini seramai 100 kanak-kanak telah membanjiri Laman Kanak-kanak di Galeri Ilmu DBP. Mereka terdiri daripada kanak- kanak yang di undang dari Pusat Pengembangan Minda Kanak- kanak Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (PPMK), Tadika Perpaduan Cawangan Kuala Lumpur dan anak- anak kakitangan DBP, DAWAMA dan KOPERASI DBP yang menyertai akitiviti “Seronoknya Mem-baca!” pada 1 Jun 2007. “Seronoknya Membaca!” merupa- kan aktiviti kanak-kanak di bawah program Gerakan Membaca Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Kanak-kanak dan Remaja (PUR- NAMA). PURNAMA telah men- jemput Puan Sakae Sasamori dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (LPPKN) sebagai pence- rita dalam aktiviti ini. Cerita yang dibawa bertajuk Sang Kancil dengan Beruang dan Sang Kancil dengan Siput yang dipetik dari buku Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang yang ditulis oleh Sdr. Rusman Sharif. Buku ini mengandungi lima buah cerita jenaka dan lima buah lagi cerita binatang. Puan Sakae bercerita dengan menggunakan teknik gunting dan tampal dengan menarik sekali. Kanak-kanak amat tertarik sekali dengan watak-watak yang telah digunting dan kemudiannya ditam- pal sambil bercerita. Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan kehadiran KENARI dalam sesi menyanyi bersama-sama pada sesi awal dan akhir. Program ini berjaya mengete- ngahkan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian untuk kanak- kanak khususnya yang baru belajar membaca, menulis dan mengira. Selain daripada mempromosi buku Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang terbitan DBP, program ini juga dapat mendidik masyarakat supaya rajin membaca dari pering- kat tabika dan tadika lagi. Budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan masya- rakat Malaysia dapat dilaksanakan dengan menyemai, memupuk dan membaja sanubari kanak-kanak ter- lebih dahulu. Program ini memberi pendedahan kepada guru pengiring dan ibu bapa yang hadir tentang teknik atau cara membaca bersama kanak-kanak. Kenari datang lagi! CERIA: Kehadiran maskot Kenari memeriahkan lagi acara. SERONOKNYA MEMBACA GEMBIRA: Para peserta program bergambar kenangan.

Upload: hoangquynh

Post on 06-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMUBH PILIH L11 20 emel

Seni penulisan khat merupakan sebahagian daripada warisan seni dan budaya bangsa

Malaysia yang telah dipraktikkan sejak sejarah penggunaan tulisan Jawi bermula di negara ini.

Proses globalisasi dan kurangnya penekanan terhadap tulisan Jawi menyebabkan kebolehan dan kema-hiran mereka cipta dan memahami keindahan seni khat dalam kalang-an masyarakat negara ini semakin merosot. Justeru, satu program perlu dilaksanakan bagi memperka-sakan semula usaha memantapkan seni khat di Malaysia dan memperlu-askannya kepada seluruh khalayak khususnya di peringkat sekolah.

Atas kesedaran ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Jabatan Pelajaran Wilayah Per-sekutuan Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. mengadakan Program Lestari Seni Khat dan Jawi

Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2007 pada 15 hingga 16 Mei 2007 di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.

Pelajaran Jawi adalah seba-hagian daripada mata pelajaran pendidikan Islam. Tulisan Jawi perlu dikembangkan seiring dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan pelajaran Jawi antara komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Selain itu, pelajaran Jawi merupa-kan salah satu objektif dalam sukat-an pelajaran pendidikan Islam yang menyasarkan murid dapat membaca dan menulis Jawi serta menjadikan Jawi sebagai warisan budaya bang-sa.

Selain mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia agar generasi masa depan dapat menguasai tulisan Jawi dan ilmu Pendidikan Islam dengan baik, usaha ini juga diharap dapat meng-

angkat seni khat sebagai satu bidang kesenian dalam persuratan Melayu yang bertaraf kebangsaan dan diterima oleh masyarakat nega-ra ini.

Hasil daripada program yang diadakan selama dua hari ini, dapat membantu pelajar meningkatkan mutu kaedah penulisan khat yang

lebih kemas dan betul selain mening-katkan kemahiran mereka mengua-sai tulisan Jawi dan membaca Jawi dengan cepat dan mudah mengikut kaedah yang diperkenalkan, iaitu berdasarkan kaedah pedagogi pem-belajaran.

Program seperti ini diharap dapat membantu guru dan murid

dalam menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam Jawi seterusnya menjamin keberkesanan dan kejayaan program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah.

Penceramah program, antaranya Prof. Emiritus Dato’ Isahak Haron, En. Zainurrahman Afandi dan En. Mokhtar Talib (Pak Matlob).

Oleh Norazlinda Misran

TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Merangka Karangan dalam Bentuk MindaDalam keluaran lalu, kita bin-

cangkan pentingnya rangka karangan sebagai asas atau

garis panduan untuk kita menulis karangan yang lengkap. Dua kae-

dah dapat digunakan untuk meng-hasilkan rangka karangan. Yang pertama ialah senarai isi-isi pen-ting dan isi sokongan. Contohnya telah diberikan dalam keluaran

lalu. Dalam keluaran ini, saya beri-kan pula contoh rangka karangan dalam bentuk peta minda tentang tajuk yang sama, iaitu pencema-ran bahasa.

Program Lestari Jawi

PENGUMUMAN

Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mem-pelawa guru sekolah dan pen-

syarah yang berpengalaman untuk menulis manuskrip buku sokongan pendidikan. Kandungan manuskrip yang ditulis hendaklah mempuyai ciri-ciri berikut:

Berfungsi sebagai bahan pengayaan dan pengukuhan yang dapat memban-tu guru, ibu bapa dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengandungi maklumat yang mes-tilah tepat, lebih padat dan terkini

berbanding dengan kandungan yang terdapat di dalam buku teks.

Memberikan tumpuan kepada pengkhususan sesuatu topik dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP).

Menekankan aspek pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan sesuatu tajuk.

Membantu memudahkan kefa-haman pelajar.

Menyediakan aktiviti alterna-tif yang dapat digunakan oleh guru sebagai pilihan semasa sesi penga-jaran dan pembelajaran.

Memuatkan pelbagai soalan yang memenuhi format peperiksaan.

Menerapkan kemahiran yang ber-sesuaian dengan mata pelajaran.

Menerapkan nilai murni yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan dan yang bersesuaian dengan tajuk.

Memperjelas teknik atau kaedah P & P yang baharu dan terkini yang di-sarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Manuskrip boleh ditulis seca-ra bersiri atau secara individu. Manuskrip bersiri hendaklah me-ngandungi sekurang-kurangnya tiga judul. Semua judul perlu dirancang bersama-sama dengan editor DBP.

Untuk keterangan lanjut, sila hubu-ngi Encik Daud Hamid, di talian 03-21481270 atau melaui e-mel [email protected].

Ingin Menulis Buku?Oleh Zaharudin Abdul Rahman

PencemaranBahasa

Kebangsaan

Aspek-aspekpencemaran

bahasa

Tempatdan

bidang

EjaanPencemaran Bahasa

Pendahuluan

Penutup

Langkah mengatasinya

Kesannya

Faktor

Sebutan

Ayat

Kata

Pentadbiran

Pendidikan

Media am

Tempat awam

Sempena cuti sekolah baru-baru ini seramai 100 kanak-kanak telah membanjiri Laman

Kanak-kanak di Galeri Ilmu DBP.Mereka terdiri daripada kanak-

kanak yang di undang dari Pusat Pengembangan Minda Kanak-kanak Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (PPMK), Tadika Perpaduan Cawangan Kuala Lumpur dan anak-anak kakitangan DBP, DAWAMA dan KOPERASI DBP yang menyertai akitiviti “Seronoknya Mem-baca!” pada 1 Jun 2007.

“Seronoknya Membaca!” merupa-kan aktiviti kanak-kanak di bawah program Gerakan Membaca Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Kanak-kanak dan Remaja (PUR-NAMA). PURNAMA telah men-jemput Puan Sakae Sasamori dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (LPPKN) sebagai pence-rita dalam aktiviti ini.

Cerita yang dibawa bertajuk Sang Kancil dengan Beruang dan Sang Kancil dengan Siput yang dipetik dari buku Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang yang ditulis oleh Sdr. Rusman Sharif. Buku ini mengandungi lima buah cerita jenaka dan lima buah lagi

cerita binatang. Puan Sakae bercerita dengan

menggunakan teknik gunting dan tampal dengan menarik sekali. Kanak-kanak amat tertarik sekali dengan watak-watak yang telah digunting dan kemudiannya ditam-pal sambil bercerita.

Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan kehadiran KENARI dalam sesi menyanyi bersama-sama pada sesi awal dan akhir.

Program ini berjaya mengete-ngahkan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian untuk kanak-kanak khususnya yang baru belajar membaca, menulis dan mengira.

Selain daripada mempromosi buku Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita Binatang terbitan DBP, program ini juga dapat mendidik masyarakat supaya rajin membaca dari pering-kat tabika dan tadika lagi.

Budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan masya-rakat Malaysia dapat dilaksanakan dengan menyemai, memupuk dan membaja sanubari kanak-kanak ter-lebih dahulu. Program ini memberi pendedahan kepada guru pengiring dan ibu bapa yang hadir tentang teknik atau cara membaca bersama kanak-kanak.

Kenari datang lagi!

CERIA: Kehadiran maskot Kenari memeriahkan lagi acara.

SERONOKNYA MEMBACA

GEMBIRA: Para peserta program bergambar kenangan.