publisher penerbitan finalise
DESCRIPTION
UUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIATRANSCRIPT
IKLAN
QR Code yang boleh diakses melalui
aplikasi WECHAT
elamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan
kepada semua yang terlibat dalam proses penerbitan Majalah Mahligai. Satu keluaran
majalah yang dinanti-nantikan oleh bakal pengantin yang ingin memenuhi hari baha-
gia mereka dengan kesempurnaan. Saya selaku Ketua Editor mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua jabatan dalam majalah Mahligai dan kesemua pihak yang turut me-
nyumbang tenaga dalam menerbitkan majalah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dihulurkan kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam penghasilan majalah Mahligai ini, sama ada dalam bentuk bantu-
an fizikal mahupun dorongan mental sehingga terbitnya majalah ini dengan jayanya.
Majalah ini diterbitkan bertujuan untuk memberi tips-tips sebelum berlangsungnya
majlis perkahwinan, baik daripada segi bajet mahupun persediaan mental dan fizikal dalam
menjalani alam perkahwinan. Majalah ini turut membantu bakal pengantin untuk mengikuti
fesyen-fesyen serta tema-tema perkahwinan terkini.
Saya mewakili Sidang Redaksi Majalah Perkahwinan memohon maaf, seandainya ter-
dapat kelemahan dan kekurangan dalam kandungan majalah ini.
Saya amat berharap semua pembaca berpuas hati dengan keluaran majalah ini dan
akan terus melanggan majalah ini. Buat rakan-rakan penerbitan majalah ini, diharapkan an-
da semua mendapat pengalaman daripada penghasilan majalah ini dan mampu mencipta
majalah yang lebih kreatif dan lebih mantap daripada majalah ini.
Terima Kasih.
PENA EDITOR
s
CHECK-LIST SEBELUM MAJ-LIS PERKAHWINAN
Tips Perkahwinan: 15 Tips Kurangkan Perbelanjaan Perkahwinan Anda
TIPS MEMILIH KATERING
MAJLIS PERKAHWINAN
“GROOM AND BRIDE“
ERSEDIAKAH ANDA SEBE-
LUM PHOTOSHOOT?
Jurugambar perkahwinan,
apa yang harus anda tahu
s eb e l um memu l akan
tugas?
GAUN PERKAHWINAN TERINDAH ANZALNA NA-SIR BAGAIKAN PUTERI BARBIE
Hotel Perkahwinan
Terbaik di Malaysia
Lokasi Menarik Majlis
Perkahwinan
Siulan Alam MEM-BISIKKAN KALBU
Persalinan Tradisional Rekaan Moden
PILIHAN FABRIK BUSANA
PENGANTIN
PILIHAN WARNA BUSANA
SERLAH PERSONALITI
Iklan Pakej Lengkap
Perkahwinan
Kad Jemputan &
Pengisian
Doorgift Kreatif
T a r i k a n H a r i
Perkahwinan
CHEKLIST ENAM BULAM MENUJU
MAHLIGAI
6 BULAN SEBELUM MAJLIS
1. Daftar kursus kahwin.
2. Tetapkan tarikh dan waktu nikah dan sanding.
3. Tempah jurunikah atau tok kadi.
4. Tentukan tema majlis kahwin.
5. Medical check-up (HIV) test.
6. Menetapkan bajet.
7. Tempah pelamin dan pilih busana pengantin.
8. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu.
9. Tempah dan cetak kad jemputan.
10. Beli barangan hantaran.
11. Cari/Survey souvenir dan bunga telur.
SEBULAN SEBELUM MAJLIS
Sahkan kembali semua perkhidmatan
perkahwinan yang telah ditempah.
Sahkan semua perincian dengan caterer.
Siapkan cenderahati dan kad jemputan.
Memastikan papan tanda ke lokasi majlis
sudah siap.
SEMINGGU SEBELUM MAJLIS
Pastikan pakaian pengantin sudah diterima.
Siapkan hantaran.
Mulakan kerja-kerja menghias bilik tidur.
Buat rawatan muka dan badan.
Tugaskan seseorang untuk menjaga barang
SEHARI SEBELUM MAJLIS
Memasang papan tanda dan petunjuk arah.
Buat raptai untuk majlis resepsi (jika perlu).
Pakai inai di jari.
Memastikan pakaian pengantin sudah di-
gosok.
Rehat dan tidur awal.
1 Menetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir
2 Majlis yang diadakan secara gotong royong
Khidmat sewa pakaian adalah jauh lebih murah
daripada berbanding tempah pakaian baru.
Menggunakan bunga tiruan dan digubah secara
kreatif agar kelihatan sama cantik dengan hiasan
bunga segar.
Pemilihan tarikh pada hari yang tidak sibuk
seperti bukan waktu cuti persekolahan harganya
boleh dirunding dan lebih murah.
Majlis akad nikah dan persandingan diadakan
pada hari yang sama bagi menjimatkan kos.
Hantaran berbalas dengan jumlah yang tinggi
perlulah dielakkan.
Majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah
perlu dielakkan.
Tempah kad dengan menggabungkan majlis
persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam
satu kad sahaja.
Upah DJ yang boleh memainkan CD lagu yang
menarik serta acara karaoke bagi memenuhi
halwa telinga di majlis persandingan.
Buka akaun khas untuk majlis perkahwinan
anda bagi mengelakkan anda menggunakan
kesemua wang simpanan anda.
Menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau
upah saja saudara mara dan kawan-kawan.
Meneliti harga barangan dan perkhidmatan yang
diperlukan.
Menyertai peraduan yang menghadiahkan
pakej berbulan madu.
Sediakan senarai semak adalah amat penting
bagi memastikan anda tidak lupa atau tertinggal
perkara yang penting. Bajet perkahwinan juga
dapat dipantau sama ada ‘terlebih’ atau
‘terkurang’.
Tips Perkahwinan: 15 Tips Kurangkan Perbelanjaan Perkahwinan Anda
Tiada pengantin yang mahukan majlis perkahwinannya bersifat ala kadar. Ada diantara anda yang inginkan maj-
lis yang indah dan juga nampak mewah tanpa menanggung perbelanjaan yang tinggi. Majlis yang gilang-
gemilang, mestilah kosnya juga tinggi. Jadi bajet perkahwinan perlulah mengikut kemampuan. Kehidupan
selepas berkahwin itu lebih penting daripada sengsara membayar hutang. Oleh itu, ikuti tips bajet perkahwinan
seperti yang berikut:
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
TIPS
MEMILIH KATERING
MAJLIS
PERKAHWINAN
Pastikan katering majlis
perkahwinan yang dipilih
dapat menawarkan pelbagai
jenis tambahan makanan.
Ini penting kerana pada realitinya sering terjadi
jumlah makanan tidak mencukupi untuk se-
luruh tetamu yang datang. Bakal pengantin
perlu mengetahui jumlah tetamu undangan
yang akan hadir supaya pihak katering pasti
dengan jumlah makanan yang akan disediakan
pada majlis perkahwinan nanti. #Cuba untuk merasa makanan
yang ditempah.
Bakal pengantin perlu mencuba makanan yang akan
disediakan kepada tetamu undangan agar dapat
memberikan kepuasan kepada tetamu. Jangan malas
untuk merasa menu makanan yang ditempah dan
pastikan menu tersebut sesuai seperti yang di-
inginkan dan lazat. Makanan perlulah dirasa sem-
#Bijak dalam memilih
menu
Pilih makanan yang sesuai dan tersedia untuk
semua peringkat umur. Contohnya, sediakan
menu yang boleh dimakan oleh kanak-kanak.
Jika tetamu yang hadir ialah vegetarian, pasti-
kan menu yang bersesuaian turut disediakan
kepada mereka. Ini adalah sangat penting
kerana setiap tetamu yang hadir pasti mempu-
nyai pantang larang yang masing-masing dari
sudut agama dan kesihatan. Hal ini perlu
dipandang serius agar tetamu yang hadir dapat
menikmati hidangan yang disediakan tanpa
berkecil hati.
#Pilih tema majlis yang sesuai
Tentukan tema majlis terlebih dahulu samada “buffet” atau “round table”. Tema
majlis teramatlah penting untuk menentukan menu dan jumlah makanan yang
dipesan. Jika tema majlis ini diabaikan, pasti akan berlaku masalah seperti
jumlah makanan tidak mencukupi dengan jumplah tetamu undangan yang
hadir. Maka, tema majlis ini juga perlu diberikan perhatian agar segala
perancangan yang diaturkan dapat dijalankan dengan teratur.
#Bijak berbelanja mengikut
bajet.
Perbelanjaan katering majlis perkahwinan ini selalunya
ditentukan oleh jumlah tetamu undangan, jumlah
jenis makanan dan minuman yang dipilih, dan
bagaimana hidangan itu akan disajikan.
#
Pada zaman sekarang ini juru-
gambar merupakan salah satu keperlu-
an yang mesti ada dalam majlis
perkahwinan. Di dalam entri kali ini,
kami sediakan beberapa perkara yang
perlu anda dan pasangan perlu
mengambil kira sebelum melakukan
sesi penggambaran perkahwinan. Beri-
kut adalah beberapa tips untuk anda
bakal-bakal pengantin harus ambil tahu
berkaitan sesi fotografi.
Pertama sekali apa yang perlu
anda lakukan ialah cari beberapa orang
jurugambar untuk membuat per-
bandingan pakej dan kualiti gambar mereka. Pastikan
jurugambar tersebut merupakan seorang yang profe-
sional dan mempunyai “passion” ataupun minat yang
mendalam terhadap fotografi, kerana ada yang
melakukan kerja sekadar hobi dan ada juga yang
melakukan kerja untuk memuaskan hati klien.
Pastikan segala props yang ingin digunakan
sewaktu penggambaran telah disediakan dan telah
ditunjukkan kepada jurugambar anda terlebih dahulu
supaya mereka juga dapat merancang idea yang
boleh digunakan sewaktu penggambaran bersama
dengan props anda seperti bunga, “bubble talk” dan
“photobooth”.
Perkara yang paling penting sekali kepada anda
dan pasangan ialah busana atau pakaian dan makeup
anda sewaktu penggambaran dilakukan. Pastikan ju-
rusolek anda merupakan seseorang yang benar-benar
profesional supaya mengelakkan muka anda untuk
diconteng sesuka hati seperti badut.
Yang terakhir sekali rancang waktu dan tempoh
jam yang akan diperlukan untuk sesi penggambaran
dengan jurugambar anda agar mendapat tips lokasi
penggambaran yang menarik daripada jurugambar
anda sendiri.
Ambillah waktu anda yang tersendiri untuk
merancang dengan sebaik-baiknya segala persiapan
sebelum sesi penggambaran dilakukan supaya detik-
detik terindah mahligai perkahwinan anda disemadi-
kan dengan kenangan terindah.
“ GROOM AND BRIDE “
BERSEDIAKAH ANDA SEBELUM
PHOTOSHOOT?
Kreativiti pengantin dan jurugambar dalam pemilihan
Pengantin memilih tempat berlatarbe-lakangkan pemandangan laut
2. Membuat senarai untuk gambar yang
akan diambil
Jurugambar perlu berbincang bersama pasangan
pengantin untuk menyediakan senarai gambar sesi
rakaman yang akan diambil supaya anda tidak akan
terlepas untuk merakamkan saat indah mereka.
3. Menggunakan lensa yang panjang untuk saat-saat
manis
Jika anda berdepan masalah untuk meyakinkan
pasangan pengantin supaya tidak kekok untuk
mengambil gambar ketika sesi bergambar, gunakan
lensa yang panjang dan mula mengambil gambar dari
jarak yang agak jauh sedikit daripada pasangan untuk
memberi keselesaan kepada mereka.
4. Mengambil gambar tempat perkahwinan
Anda harus datang lebih awal ke majlis
perkahwinan untuk mengambil gambar tempat
berlangsungnya perkahwinan itu.
Ini secara tidak langsung akan memuaskan hati klien
anda dan anda juga boleh memberi gambar tempat
tersebut kepada empunya tempat seperti dewan
1. Bercakap dengan klien anda
Memahami dan mendekati pasangan pengantin
akan membantu anda untuk menaikkan lagi imej
anda sebagai seorang jurugambar.
Ambil sedikit masa untuk melihat gaya-gaya
yang sering dilakukan semasa sesi bergambar
bersama klien anda.
Jurugambar perkahwinan, apa yang harus anda
tahu sebelum memulakan tugas?
Acap kali kita mendengar tentang jurugambar perkahwinan. Ada yang bagus, ada juga yang teruk dihentam
kerana kegagalan mengambil gambar dengan sempurna. Jurugambar perkahwinan harus mengetahui tentang apa
yang akan terjadi sebelum sesi bergambar, ketika sesi bergambar dan selepas sesi bergambar.
5. Membawa peralatan tambahan
Tidak kira sehebat mana pun anda, jika
tiba-tiba terjadi kerosakan kepada kamera
ataupun peralatan fotografi anda, anda akan
berdepan dengan masalah yang sangat
besar.
Sentiasa membawa peralatan tambahan
untuk mengelakkan sebarang perkara tidak
diingini berlaku dan juga bateri tambahan
kepada kamera anda.
Gaun ilham Barbie Mariposa
Kemeriahan majlis perkahwinan Anzalna Nasir
dengan pasangannya Hanif Zaki yang bertemakan Fair-
ytale pada 27 Februari 2016 lalu menjadi tumpuan
rakyat Malaysia kerana karakter kartun patung ‘Barbie
Mariposa’ menjadi ilham kepada gaun yang dipakai oleh
Anzalna pada malam tersebut.
Anzalna dengan anggun dan ayu berjalan memasuki
Dewan di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur telah berjaya
mencuri pandangan tetamu dengan gaun kembang dan
sehelai veil ringkas yang menghiasi rambutnya membuat-
kan mata jemputan yang hadir bagai terpukau dan terpaku
dengan keindahan gaun yang sangat cantik.
Gaun pengantin tersebut bertambah cantik apabila
digayakan oleh Anzalna pada malam itu kerana beliau
mempunyai seri pengantinnya sendiri ditambah dengan
keindahan gaun kembang yang berjaya dihasilkan. Patung
Barbie Mariposa adalah sebuah watak kartun perempuan
yang mempunyai sayap seperti rama-rama yang kelihatan
seperti kelopak bunga dan diserikan lagi dengan warna
warni yang menarik.
GAUN PERKAHWINAN TERINDAH ANZALNA NASIR
BAGAIKAN PUTERI BARBIE
RAIKAN CINTA HANZALNA
Proses menyiapkan gaun Anzalna
Gaun cantik ini telah berjaya dihasilkan oleh butik
Cosry yang dimiliki oleh Teuku Putra Aziz. Pemilik
butik ini lebih mesra dikenali sebagai Putra menyatakan
proses untuk menyiapkannya agak sukar terutamanya
dalam mereka corak, memilih fabrik dan kesuntukan
masa. Walau bagaimanapun, beliau sangat berbesar hati
apabila Anzalna merakamkan ribuan terima kasih kepa-
danya kerana berjaya menghasilkan gaun indah terse-
but.
Menurut Putra, beliau terpaksa berulang-alik ke
Jakarta beberapa kali selepas gagal untuk mencari
seseorang yang mampu melukis tangan (hand painting)
corak sayap Barbie Mariposa dengan baik pada kain
sepanjang 12 meter. Lebih mengejutkan, tidak ada pe-
lukis yang mahu melakukannya kerana rekaan dan co-
rak tersebut terlalu sukar. Akhirnya beliau menemui dua
orang pelukis tempatan yang bersetuju untuk melukis
corak berkenaan dan berjaya menghasilkannya dengan
baik.
Anzalna menangis
“Alhamdulillah, dua minggu sebelum majlis
perkahwinan Anzalna berlangsung, gaun yang sarat
dengan hiasan batu Swarozski bagi memberi impak 3D
tersebut berjaya disiapkan sepenuhnya. Paling menyer-
onokkan ketika sesi mencuba gaun seberat 20 kilogram
itu, Anzalna menangis kerana terharu melihat gaun
perkahwinan impiannya berjaya disiapkan dengan
sungguh cantik. ,” jelasnya.
Putra mempunyai dua orang pembantu iaitu Alia
Ismail 35, dan Mohd. Izad Emir 30, yang merupakan
bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) da-
lam jurusan Seni dan Reka. Gaun yang menggunakan
tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna putih susu
dan merah jambu, serta taburan batu permata swarozski
dan beberapa jenis batuan lain itu mengambil masa tiga
bulan untuk disiapkan.
Gaun menjadi viral
“Saya gembira dan tidak menyangka gaun ini
akan mendapat pujian dan menjadi viral di seluruh Ma-
laysia malah ke Indonesia dan Brunei, serta United
Kingdom dan Eropah. Sehingga kini kami tidak henti-
henti menerima panggilan daripada orang ramai yang
ingin membuat tempahan dengan rekaan yang sama”
Menurut Putra juga, pada hari yang sama baju Anzalna
dimuat naik ke laman Instagramnya, dia terus mendapat
pertanyaan bertubi-tubi,” ujar beliau yang tidak mahu
mendedahkan kos sebenar dalam menghasilkan gaun
perkahwinan tersebut.
Perkahwinan merupakan masa yang paling gembira dan
bahagia sepanjang hayat bagi sepasang kekasih. Bagi
berkongsi saat kegembiraan ini dengan rakan-rakan dan
saudara-mara, pengantin perempuan dan pengantin
lelaki perlu bijak menentukan lokasi sambutan majlis
perkahwinan.
Hotel mewah di ibu kota
Sekiranya pengantin mempunyai saudara-mara yang
ramai, bolehlah mempertimbangkan Renaissance Hotel
Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan Renaissance Hotel
Kuala Lumpur yang bertaraf lima bintang mempunyai
dewan besar yang boleh memuatkan minimum 60 buah
meja. Hotel yang berada di tengah kota raya Kuala
Lumpur ini turut menyediakan makanan dan
perkhidmatan yang terbaik berdasarkan maklum balas
pelanggan.
Selain itu, hotel ini juga membolehkan pelanggan
mengadakan upacara tradisional, taman perkahwinan,
akad nikah, dan majlis perkahwinan pada hari yang
sama. Pelanggan juga boleh tinggal satu malam sebelum
hari perkahwinan di hotel untuk membuat penyediaan
pada hari majlis perkahwinan demi kemudahan
pengantin.
Hotel ini juga
menyediakan
sistem bunyi
dan
pencahayaan
yang baik.
Ballroom di
Renaissance Hotel Kuala Lumpur disukai kerana
mempunyai siling yang tinggi dan hiasan dewan yang
elegan. Para penghibur boleh melayan tetamu di ruang
makan pada kedudukan dekat dengan penonton atau
mereka boleh menjalankan persembahan mereka di atas
pentas.
Perkahwinan ala resort
Avillion Port Dickson menawarkan pakej perkahwinan
yang menarik seperti perkhidmatan spa untuk dua
pengantin, penginapan di Premium Water Chalet untuk
pengantin dan ahli keluarga pengantin. Ia bukan sahaja
mempunyai pakej perkahwinan juga menyediakan
pakej fotografi untuk majlis perkahwinan. Pendek kata,
anda boleh menyiapkan semua kerja perkahwinan di
sini.
CAHAYA LAMPU
MENGGAMIT CINTA
Lokasi majlis perkahwinan
merupakan elemen yang penting
dalam majlis perkahwinan. Dulu,
banyak bakal pengantin mahu
menjalankan majlis perkahwinan di
rumah sendiri sahaja. Kini,
kebanyakan bakal pengantin akan
memilih lokasi yang menarik seperti
hotel, dewan, taman bunga dan
sebagainya untuk mengadakan majlis
perkahwinan. Sebelum anda mula
memilih lokasi majlis perkahwinan
anda, berfikirlah tentang jenis tempat
yang sesuai dengan anda dan kos
perbelanjaan yang diperlukan. Anda
dinasihatkan agar membuat lawatan
ke lokasi-lokasi yang disenaraikan
sebelum membuat tempahan akhir.
Berikut adalah lima lokasi
perkahwinan yang menarik untuk
pertimbangan anda:
(i) Hotel
Umumnya
tempat
perkahwinan
ini sangat
popular kerana
ia biasanya
mempunyai keanggunan dan
kemewahan. Kelebihan utama
memilih hotel sebagai lokasi
perkahwinan adalah dari segi
kelengkapan majlis yang lengkap
disediakan oleh pihak hotel. Begitu
juga dengan hiasan meja dan pelamin
yang eksklusif, ditambah dengan
hidangan makanan yang istimewa.
Anda juga boleh meminta
perkhidmatan tambahan seperti
cenderamata untuk tetamu dan hiasan
hotel mengikut tema tertentu.
Sebagai contoh, hotel Mandarin
Oriental Kuala Lumpur. Mandarin
Oriental merupakan hotel yang
bertaraf lima bintang, yang terletak
bersebelahan dengan Menara
Berkembar Petronas. Ia adalah salah
satu daripada tempat perkahwinan
yang paling mewah di bandar KL.
(ii) Kelab Golf
Merupakan tempat
perkahwinan yang lebih popular,
banyak kelab ini kini sudah diberi
lesen untuk menjalankan upacara
sivil dan dilengkapkan dengan
perancang perkahwinan dan pakej
perkahwinan. Namun demikian,
bakal pengantin yang ingin
mengadakan majlis perkahwinan di
padang golf, perlulah berhati-hati
dengan cuaca yang berubah.
(III) PANTAI
Jika inginkan kelainan dan suasana
romantik, cuba buat majlis
perkahwinan di tepi pantai. Tapi
perlu diingatkan, bila anda buat di
tepi pantai, jemputan mestilah tidak
terlalu ramai, kira-kira dalam 100
hingga 200 orang. Yang menarik
lagi, perkahwinan anda akan
disaksikan oleh hamparan lautan luas
sambil ditemani deruan angin laut
dan ombak. Contohnya, Pangkor
Laut Resort. Terdapat tiga jenis
perkahwinan di Pangkor Laut Resort
iaitu perkahwinan di laut,
perkahwinan di pantai Pangkor Laut
dan perkahwinan halaman tanglung.
((v) Taman Bunga
Sesuai untuk majlis
perkahwinan pada musim panas dan
jika taman itu adalah penuh dengan
bunga, anda tidak perlu melakukan
terlalu banyak perhiasan. Anda boleh
menggunakan taman itu sebagai
inspirasi untuk menentukan tema
perkahwinan anda. Sebagai contoh,
Lone Pine Hotel Penang
membekalkan sebuah taman yang
mempunyai pokok tinggi, udara yang
Abadikan Detik Terindah Hari Bahagia
Siulan Alam MEMBISIKKAN KALBU Malaysia bukan negara empat musim yang mempunyai cuaca yang berbeza setiap tahun. Kebanyakan
pengantin di luar negara menjalankan perkahwinan outdoor seperti di taman, tepi pantai, dan sebagainya. Pengantin
di Malaysia kebiasaannya memilih melangsungkan majlis perkahwinan di dewan, rumah atau hotel-hotel mewah.
Gita Bayu, Seri Kembangan, Selangor
Gita Bayu menyediakan sebuah pavilion terapung di tasik yang sangat sempurna untuk majlis perkahwinan.
Lokasi ini merupakan terletak di dalam 10 hektar taman tropika yang subur di pinggir tasik berkilauan. Kebun
Mimpi Restoran di dalam Gita Bayu menawarkan pakej majlis perkahwinan. Lokasi ini dapat menampung seramai
230 orang untuk majlis perkahwinan.
Tropical Spice Garden, Pulau Pinang
Tropical Spice Garden adalah salah satu destinasi eko pelancongan terulung di Malaysia. Lokasi ini terletak
di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pasangan pengantin boleh memilih untuk mengadakan majlis mereka di Taman
Air, Taman Buluh atau Pavilion. Lokasi yang dapat menampung 100 orang ini sesuai untuk pengantin yang
mempunyai jumlah tetamu yang minimum.
Aman Rimba, Janda Baik, Pahang
Aman Rimba terletak kira-kira 50 minit dari Kuala Lum-
pur. Ia mempunyai enam villa peribadi di keluasan tiga ekar dan
menawarkan kawasan yang menakjubkan untuk perkahwinan
dalam cuaca lereng bukit yang sejuk. Kapasiti lokasi ini ialah
seramai 250 orang.
Casabrina, Raub Pahang
Casabrina ialah sebuah resort mewah enam bintang di
kaki bukit Pahang. Resort ini dikelilingi oleh hutan dara yang
subur, tempat ini terdiri daripada dua villa eksklusif dengan seni
bina tropika-desa dan moden unik. Keunikan villa telah menarik
ramai pengantin mengadakan majlis perkahwinan di villa terse-
but.
Elemen fesyen tradisional bukan bermaksud lapuk atau ketinggalan zaman malahan ada sahaja pereka han-
dal yang menyuntik elemen dan busana tradisi dengan gaya rekaan yang lebih moden. Siapakah yang bakal mene-
ruskan adat istiadat dan elemen tradisi ini kalau bukan diri kita sendiri.
Namun begitu, sudah menjadi kebanggaan saat kaki dihayun bersama paluan kompang mengiringi langkah
ke singgahsana, berbalutkan busana songket berkilau-kilauan benang emasnya tampak sungguh menawan dan ma-
nis sekali. Mungkin bagi anda ianya adalah sesuatu yang fesyen lapuk namun siapa sangka, jika diberi sentuhan ba-
ru dan potongan yang padan dengan bentuk tubuh ia pasti menjadi busana yang istimewa dan anggun.
Selain itu, rekaan moden dengan perincian baru memainkan peranan penting bagi menghasilkan identiti
busana tersebut. Seperti yang kita boleh kaji, potongan duyung dan mendakap tubuh acap kali menjadi kegemaran
raja sehari di luar sana tidak kira dari arah utara mahupun selatan.
Elemen tradisi ini bersifat versatile iaitu lebih bersahaja. Sesiapa sahaja yang mengenakannya tidak kiralah
bentuk tubuh sebagaimana pasti tampak berseri bak raja dan permaisuri melayu. Contohnya seperti potongan keba-
ya, jika anda memiliki bahu atau badan yang lebar, pilihan kebaya sememangnya tepat bagi menutupi hujung bahu
serta jatuhan leher yang berbentuk ‘V’. Perincian pula perlu difokuskan pada bahagian pinggul seperti rekaan pep-
lum dan sudah pasti anda akan tampak lebih seimbang dalam persalinan yang digayakan.
Jika masih buntu perihal idea potongan, rujuk sahaja idea pereka fesyen tersohor seperti Rizman Ruzaini,
Rizalman atau Zery Zamry yang begitu arif perihal potongan busana tradisional. Tampalan batu “Swarovski” serta
tampalan sulaman renda emas atau perak menambahkan lagi seri busana anda.
Mengekalkan tradisi tanah air adalah salah satu tugas kita supaya tradisi ini terus mengalir seperti sungai
bertemu pantai, terus diikuti hingga ke generasi yang akan datang. Semoga tradisi ini menjadi tradisi yang mel-
ambangkan warisan Melayu.
BUSANA Tradisional Rekaan Moden
SELEKSI FABRIK TERINDAH
RAJA SEHARI
Busana haruslah dipilih dengan rapi. Mempelai juga harus mengetahui bentuk tubuh masing-
masing supaya rekaan yang diidamkan dapat diperagakan pada hari bersejarah tersebut. Pastikan
juga, pemilihan busana serta jenis kain adalah sesuai dengan bentuk tubuh anda. Rekaan yang tam-
pak gah akan mempersonakan mata tetamu yang hadir.
Untuk pemilihan fabrik, fabrik sifon (chiffon) amat sesuai untuk semua tubuh. Mempelai
harus memastikan potongan fabrik yang dibuat adalah mengikut ukuran badan yang tepat. Olahan
rekaan yang yang betul dan menarik juga akan memberi impak kepada kesempurnaan pakaian ter-
sebut. Harus diingat, bagi fabrik sifon (chiffon), lining dan renda juga boleh ditambah untuk mem-
beri kelainan kepada rekaan busana.
Selain itu, fabrik organza juga merupakan salah satu fabrik yang sesuai untuk dijadikan
busana pengantin. Kain organza adalah sejenis kain ‘net’ tetapi lebih halus dan lembut berbanding
kain ‘net’. Fabrik organza ini sering dijadikan lapisan dalam kain untuk memberi potongan yang
lebih kembang ala-ala ‘princess’ untuk digayakan oleh pengantin.
Bagi fabrik ‘bridal satin’ pula, fabrik ini lebih sesuai untuk mempelai wanita yang bertubuh
langsing. Bagi wanita yang berbadan gempal, elakkan penggunaan fabrik ini serta fabrik yang
berkilau. Penggunaan fabrik satin dalam rekaan busana akan menampakkan busana tersebut lebih
mewah kerana mempunyai tekstur yang lembut dan berkilat.
Kain ‘georgette’ juga sering menjadi pilihan mempelai dalam merealisasikan busana pili-
han mereka. Kain georgette merupakan sejenis kain ‘crepe’ yang nipis dan ringan namun lebih berat
jika dibandingkan dengan kain sifon (chiffon). Sebagai bahan utama dari gaun pengantin, kain
‘georgette’ ini memiliki tekstur yang berbentuk kedutan pada permukaan. Fabrik ini juga sesuai
dikombinasikan dengan bahan lain seperti sutera yang membentuk satu busana pengantin yang
amat cantik mata memandang.
Pemilihan dalam menggayakan busana untuk hari perkahwinan adalah amat penting. Pem-
ilihan busana yang tepat dan selesa akan membuatkan mempelai berasa gembira dan berpuas hati
ketika majlis berlangsung. Oleh itu, pengantin haruslah bijak dalam memilih fabrik untuk memasti-
kan busana yang ingin diperagakan pada hari bersejarah mereka menepati kriteria yang dimahukan.
WARNA BUSANA
SERLAH PERSONALITI Fesyen merupakan dimensi kreatif untuk suatu perubahan dan ini menjadikannya sebahagian daripada asas ke-
hidupan manusia. Jika diperhatikan, fesyen daripada busana pengantin tidak lari daripada fesyen terdahulu dan kini,
sebagai contoh songket dan juga pemilihan warna. Walaupun begitu, songket yang digunakan pada masa sekarang
lebih kepada penggunaan fabrik yang diberi sentuhan moden dan kontemporari terutamanya dari segi rekaan dan
perinciannya.
Pemilihan warna busana juga memainkan peranan penting dalam menentukan keanggunan mempelai. Dalam
hal ini, bakal raja sehari seharusnya memilih warna mengikut personaliti mereka dan bukannya rona yang jarang
dipakai.
Menurut pemilik ‘Wedding by Emma Studio’, Cik Zuraida Jaafar, 29, kebiasaannya bakal raja sehari
mengharapkan warna busana lain daripada yang lain dan kurang digayakan bagi menampakkan kelainan. Umum
mengetahui, ini merupakan suatu pemilihan yang salah.
Hal ini kerana, mempelai perlu memilih warna busana mengikut citarasa dan personaliti mereka agar sentiasa
kelihatan jujur dan menawan apabila digayakan pada hari persandingan. Mengikut peredaran masa kini, warna pas-
Dalam pada itu, rekaan moden klasik diketengahkan menerusi gaun daripada fabrik chiffon kemudian dit-
ambah perincian renda bagi menyerlahkan penampilan raja sehari. Koleksi songket yang diberi sentuhan moden
menerusi gabungan chiffon pada bahagian tertentu. Songket turut diperindahkan lagi dengan perincian manik dan
labuci yang dijahit di atas renda yang berwarna coklat. Padanan warna kuning diraja dan coklat sememangnya
menghasilkan satu busana pengantin yang tidak dapat dibandingkan keindahannya.
Dengan tambahan fabrik seperti chiffon dan renda, rekaan akan menjadi lebih menyerlah. Penggunaan warna
cerah seperti merah, hijau zamrud, kuning keemasan dan ungu menjadi pilihan raja sehari. Rona ini akan menyer-
lahkan gaya klasik dan menampakkan keindahan terutamanya apabila bersanding di atas pelamin indah.
Bagi gaun pula, ‘Weddings by Emma Studio’ menyediakan koleksi untuk pelbagai ukuran saiz badan. Bagi
kategori mempelai yang langsing, tidak menjadi masalah kerana mereka sesuai menggayakan apa sahaja potongan
busana berbeza bagi yang bertubuh gempal kerana padanan tertentu saja boleh digayakan mereka.
Bagi mempelai berbadan gempal, biasanya busana ringkas menggunakan renda Perancis tanpa perincian
jahitan manik akan menjadi sarat. Hal ini disebabkan, penggunaan manik sarat akan menyebabkan mempelai ber-
tambah ‘comel’. Mereka juga sebaiknya tidak memilih busana putih sebaliknya warna sedikit gelap bagi menyem-
bunyikan kekurangan tubuh, ujar Cik Zuraida.
Sudah menjadi kemahiran pereka profesional untuk memodenkan busana tradisional. Mereka juga turut
mengolah kreativitinya dalam potongan kain untuk satu hasil karya yang tidak mampu ditolak oleh pasangan
pengantin.
PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN
TEMA
Dalam majlis-majlis perkahwinan pada kebiasaanya kedua-dua pihak pengantin akan menetapkan tema
yang mereka inginkan dan mereka akan mencari pakej yang sesuai dengan tema mereka. Pada era moden ini, ke-
banyakkan pasangan pengantin akan memilih tema yang unik dan berbeza dari yang lain. Sebagai contoh , ba-
yangkan sebuah majlis yang dihiasi dengan bunga-bunga segar dan aroma romantis yang menyegarkan.
Terdengar pula irama lagu-lagu indah yang sangat menenangkan. Tidak lama kemudian, datang pula sepasang
mempelai berpakaian serba putih. Ibarat puteri Cinderella dan putera idamannya. Mereka berjalan sambil berpim-
pinan tangan di atas hamparan merah, menyusuri dewan yang telah dihias serba indah. Pakej akan dibuat bergan-
LOKASI
Lokasi majlis perkahwinan merupakan satu elemen
yang cukup penting dalam sesuatu majlis, kerana ia
melibatkan pengurusan bajet dan risiko-risiko yang akan
hadapi semasa majlis nanti. Pada kebiasaanya lokasi ter-
masuk dalam pakej
yang disediakan.
Perkara ini bergan-
tung dengan pemili-
han pakej yang
dipilih. Sebagai con-
toh, Pakej C
mengenakan
bayaran yang tinggi
dan lokasi pada ke-
biaasaanya akan di-
adakan di Hotel,
dewan dan tempat-tempat yang setaraf dengannya. Pakej
B pula akan menawarkan tempat-tempat yang
menggunakan alam semula jadi seperti di kawasan tepi
pantai, taman-taman rumah dan sebagainya. Dengan
adanya pemilihan pakej ini, ia sangat memudahkan
pihak pengantin untuk memilih pakej apa yang di-
inginkan oleh kedua-dua pihak.
MAKANAN
Makanan merupakan salah satu perkara yang sangat
penting dalam pakej yang di tawarkan oleh mana-mana
syarikat ataupun mana-mana orang yang menawarkan
pakej perkahwinan. Pada kebiasaanya, makanan merupa-
kan perkara yang wajib ada dalam mana-mana pakej
yang disediakan. Sebelum hari majlis berlangsung,
kedua-dua pihak perlulah merasai makanan yang dise-
diakan dalam pakej tersebut terlebih dahulu agar
mendapat kepuasan dalam memilih pakej tersebut. Ma-
kanan akan disediakan bergantung kepada kuantiti
tetamu yang dianggarkan oleh kedua-dua pihak pegantin
Sekiranya ramai tetamu yang dianggarkan, kuantiti ma-
kanan akan ditambah dan harga pakej juga akan menaik.
Dari segi jenis makanan pula, pada kebiasaanya tujuh
jenis lauk disediakan dalam setiap pakej, sekiranya
kedua-dua pihak ingin menambah jenis lauk akan
dikenakan bayaran setiap jenis lauk yang ingin dit-
ambah. Dalam pakej makana biasanya akan termasuk
dengan pemilihan kek pengantin.
FOTOGRAFI
Dalam majlis perkahwinan, pastikan anda tidak
mahu terlepas detik-detik manis yang berlaku sekali sa-
haja dalam seumur hidup. Pelbagai cara boleh digunakan
untuk merakamkannya, dan salah satunya adalah melalui
fotografi. Dalam pemilihan jurugambar, pertama sekali
anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasar-
kan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak
maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham
tentang apa yang bakal anda perolehi. Nyatakan ke-
hendak anda kepada jurugambar dan pastikan beliau
menulis apa yang telah dipersetujui bersama. Dalam
pemilihan pakej , kedua-dua pihak pengantin harus
memilih pakej yang mempunyai jurugambar yang mam-
pu menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan
memberikan kesan kepada kedua-dua pihak agar
mendapat kepuasan yang diiginkan oleh kedua-dua
pihak berdasarkan pakej yang dipilih.
VIDEOGRAFI / MUZIK
Hanya video yang dapat membuatkan anda
menghayati kembali setiap detik indah bersama saudara-
mara, dan rakan-rakan dan mengimbas kembali perasaan
anda pada waktu itu. Bukan itu sahaja, ia juga dapat me-
nyegarkan kembali detik lafaz akad nikah yang mungkin
berlaku setahun selepas itu atau sepuluh tahun kemudi-
an. Video akan merakamkan segala keriuhan dan
kesibukan saudara-mara yang membantu, kegembiraan
yang jelas terpapar di wajah kedua-dua ibu bapa, gelak
ketawa dan usik mengusik teman serta para tetamu yang
hadir. Semua ini akan segar untuk selamanya. Setiap pa-
kej videografi / muzik juga merupakan salah satu perka-
ra yang sangat penting dalam menjalankan sesuatu maj-
lis.
Gelaran Pasangan Anda yang sebagai pengantin memainkan watak
utama dalam majlis perkahwinan, nama anda dan bakal
teman hidup perlu dituliskan ke dalam kad
jemputan. Nama ringkas atau gelaran boleh diletakkan
pada muka hadapan kad jemputan. Pada bahagian
dalaman, nama penuh perlu diletakkan. Nama perlu
ditulis dengan jelas supaya anda dan pasangan dapat
dikenali melalui nama yang diletakkan dalam kad
jemputan.
Sebutan Ahli Keluarga Nama ahli keluarga pengantin seperti nama ibu
bapa juga perlu diletakkan dalam kad jemputan
perkahwinan supaya tetamu yang diundang seperti
kawan-kawan dan teman hidup lebih mengenal ibu bapa
kedua-dua pengantin. Jika salah seorang penjaga
pasangan sudah sampai ajal, letakkan sahaja nama ibu
atau bapa yang masih ada.
Jenis majlis Perlu menyatakan jenis majlis yang akan
dilangsungkan dalam kad jemputan anda. Tetamu yang
dijemput mungkin berat hati untuk datang ke majlis anda
kerana kemungkinan terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan seperti memberi sumbangan sama ada
pemberian atau tunai. Perkataan 'majlis kesyukuran'
boleh digunakan dalam kad jemputan kahwin anda jika
anda tulus mengundang para jemputan dan tidak hendak
tetamu menyediakan sumbangan.
Tarikh dan hari majlis
Tarikh dan hari bagi majlis perlulah ditulis dengan
jelas supaya tetamu tidak keliru. Selain itu, sebelum kad
jemputan dicetak hendaklah membuat pemeriksaan
supaya tidak tersilap cetak.
Kad Jemputan & Pengisian
Walaupun kad jemputan tedapat pelbagai jenis dan rekaan seperti rekaan elektronik, rekaan retro,
rekaan moden (gaya barat) dan rekaan berbunga-bunga. Namun begitu, maklumat-maklumat yang
perlu dimasukkan ke dalam kad jemputan perlu diutamakan. Walaupun zaman moden sekarang
sesetengah orang menggunakan media sosial seperti Twitter untuk memberi pengumuman dan
menjemput saudara mara dan kawan-kawan ke majlis perkahwinan, namun begitu kad jemputan
kahwin masih lagi menjadi pilihan pertama bagi kebanyakan orang. Suasana perkahwinan akan
dikurangkan jika tiada wujud kad jemputan kahwin. Jadi, berikut adalah maklumat-maklumat yang
perlu diberi perhatian oleh anda dalam kad jemputan kahwin:
Lokasi majlis
Alamat bagi lokasi majlis perlu dinyatakan dengan
jelas. Peta dan koordinat lokasi majlis perkahwinan anda
dicadangkan letak dalam kad jemputan supaya arah
lokasi majlis perkahwinan dapat dikesan lebih mudah
oleh tetamu. Ikutan daripada teknologi canggih kini,
orang ramai memiliki alat Sistem Kedudukan Global
(GPS) dan menggunakan alat GPS dalam menunjukkan
arah dan jalan ke destinasi. Oleh itu, koordinat lokasi
majlis perlu diletakkan dalam kad jemputan supaya
memudahkan tetamu mencari lokasi anda.
Nombor telefon untuk dihubungi
Nombor telefon anda dan kedua-dua ibu bapa
dimasukkan ke dalam kad jemputan. Anda sibuk dan
tidak mempunyai masa melayan telefon anda pada hari
majlis perkahwinan. Sebagai langkah keselamatan, salah
seorang nombor telefon adik-beradik atau kawan anda
dimasukkan ke dalam kad jemputan kahwin.
Aturcara Majlis
Tuliskan secara ringkas aturcara majlis dalam kad
jemputan dengan meletakkan masa bermula, masa
kesampaian pengantin dan masa tamat. Ini akan
menyenangkan para jemputan untuk mengaturkan
ketibaan mereka supaya dapat bertemu dengan pengantin
Doa
Doa kelancaran majlis dan kebahagiaan rumah
tangga boleh dituliskan ke dalam kad undangan kahwin
anda. Nama anda dan teman hidup dimasukkan ke dalam
doa tersebut. Cuba imaginasikan kad jemputan kahwin
anda yang diterima oleh setiap individu sudah
semestinya akan mendoakan anda. Insya-Allah,
perkahwinan anda dan pasangan akan diberkati-Nya.
Peringatan terakhir yang perlu anda lakukan ialah anda perlu memberi perhatian
terhadap maklumat-maklumat yang perlu diletak dalam kad jemputan perkahwinan
selain daripada memikirkan reka bentuknya. Kad jemputan perlu ditempah awal
sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan berbincang dengan pengusaha kedai kad
jemputan supaya kad jemputan yang dihasilkan adalah terbaik dan memenuhi
permintaan dan kepuasan anda.
Jar Kreatif
Di rumah anda pasti terdapat jar kaca yang boleh dikitar semula. Jika anda mempunyai pelbagai jar kaca diru-
mah, janganlah dibuang, kerana banyak projek yang boleh dilakukan. Jar boleh digunakan untuk letak kuih, gula-
gula, coklat, wangi-wangian atau apa-apa reka bentuk yang anda mahu. Nampak tak gambar dia atas? Cantik kan!
Gantikan patung dengan bentuk hati ataupun benda lain yang berkaitan dengan cinta. Tambah riben pada penutup
botol supaya nampak lagi cantik.
Sapu Tangan
Ini antara idea doorgift perkahwinan yang paling mudah dan ringkas untuk anda lakukan. Anda hanya perlu
membeli sapu tangan dan membuat balutan ataupun bentukkan sapu tangan pada reka bentuk yang paling kreatif.
Jika anda agak kekurangan masa, kemungkinan hanya tinggal satu bulan sebelum majlis perkahwinan, anda boleh
mencuba idea ini.
Sejadah Mini
Bagi tetamu VIP, terdapat idea yang baru sebagai tambahan satu lagi doorgift iaitu sejadah mini. Bentuknya
yang kecil dan cantik dan mudah untuk dibawa berjalan. Bagi pihak tuan rumah berharap agar dapatlah pahala buat
mereka setiap kali orang yang menggunakan sejadah mini ini apabila mengadap tuhan. Pilihan warna dan cara mem-
balut boleh mengikut kreativiti masing-masing. Doorgift yang mudah tetapi mempunyai seribu satu nilai yang baik.
Doorgift Kreatif Tarikan Hari Perkahwinan
Perkahwinan adalah peristiwa yang amat bermakna dalam hidup seseorang. Setiap di antara kita
mahukan persiapan yang teliti dari aspek pemilihan konsep perkahwinan sehinggalah ke doorgift
untuk tetamu jemputan yang hadir. Kos doorgift kadangkala boleh mencecah ribuan ringgit. Bagi
anda yang kekurangan bajet ataupun mahu kelainan dalam perkahwinan, bolehlah cuba buat sendiri
doorgift. Siapa kata anda tak boleh buat sendiri di rumah?
Sudu & Garfu
Sudu jenis kayu mahupun besi membolehkan anda jadi lebih kreatif dan untuk menghiasnya tidaklah sesukar
mana. Terdapat banyak kedai barangan yang menjual berbagai jenis sudu. Sesetengah reka bentuknya adalah san-
gat unik dan boleh dijadikan pilihan doorgift. Jika anda rajin, bolehlah tambah coklat ataupun pemanis pada sudu
agar nampak lebih menarik.
Jam
Masa itu emas! Peribahasa Melayu itu jelas menunjukkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan sehari-
an kita. Oleh itu, tidak salah jika kita membuat kelainan dengan menjadikan jam ini sebagai doorgift untuk diberi-
kan kepada orang ramai yang hadir ke majlis perkahwinan. Dengan mengikut kreativiti anda, sudah pasti mereka
akan menyukai dan menghargai pemberian anda.
Buku Yassin
Jarang sekali kita dengar buku Yassin dijadikan doorgift di hari perkahwinan. Ini adalah contoh yang
menarik dan bermakna bagi setiap orang. Sekurang-kurangnya boleh juga memperolehi kebaikan dan pahala kepa-
da pasangan mempelai dan keluarga apabila setiap kali orang membacanya. Buku Yassin ini juga boleh dihias
dengan memasukkannya di dalam kotak kecil dan diikat riben mengikut warna citarasa maasing-masing.
BERSATU CINTA DI
MAHLIGAI BAHAGIA
SIMBOLIK AGUNG
TERSERGAM INDAH
MAJALAH INI DITERBITKAN HANYA UNTUK TUJUAN PROJEK ILMIAH
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila website yang tertera di bawah.
FLORA SIREH
ROMANTIS
MAJALAH INI DITERBITKAN HANYA UNTUK TUJUAN PROJEK ILMIAH
@mahligai_wedding Mahligai Wed