kuliah 9-penerbitan audio

62
1/ 44 PENERBITAN AUDIO Mohd Zaki Bin Jamaluddin Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Ipoh, Perak

Upload: yongkuoyik

Post on 23-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kuliah 9-Penerbitan Audio

TRANSCRIPT

PENERBITAN AUDIO

PENERBITAN AUDIOMohd Zaki Bin JamaluddinJabatan Teknologi PendidikanInstitut Perguruan Ipoh, Perak#/ 44MEDIA AUDIOKandungan:PengenalanPenggunaan Media AudioPerancangan dan Persediaan Rakaman

#/ 44PENGENALANMedia audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik melalui kabel atau udara.

#/ 44Secara ringkasnya, media audio terdiri daripada satu sumber bunyi/ suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio, dan satu sistem penerimaan audio.

#/ 44

5/ 44KONSEPContoh paling mudah memahami analogi audioSatu sumber bunyi/ suara (Guru)Satu alat peka bunyi (Mikrofon)

Satu sistem pengiriman audio (Wayar dan penguat isyarat)

Satu sistem penerima audio (Pendengar)

#/ 44Media audio adalah komunikasi sehala. Untuk mengatasi hal ini dalam keadaan-keadaan tertentu, program-program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan bercetak atau teknik perbincangan atau pembentangan kertas kerja dalam kelas.

#/ 44PENGGUNAAN BAHAN AUDIO

Mendengar merupakan suatu proses komunikasi. Terdapat 2 aspek penting yang perlu difahami mengenai proses pendengaran.1. Hearing Mendengar2. Listening mendengar dengan memberi perhatianProses mendengar hanyalah satu proses fisiologi.

Mendengar dengan memberi perhatian adalah suatu proses psikologi.

#/ 44FIKIRKAN SITUASI INI.

Anda sedang berbual dengan rakan anda dalam sebuah restoran. Semasa perbualan itu, anda mendengar (hear) bunyi kenderaan di luar, bunyi pelanggan bercakap, suara kanak-kanak ketawa dan sebagainya, namun bunyi-bunyi itu tidak anda perdulikan atau beri perhatian (listening).

Sebaliknya anda mendengar dengan memberi perhatian serius (listen) terhadap apa yang rakan anda cakapkan.Dalam bilik darjah adakah keadaan yang sama boleh berlaku?

Mengapa keadaan ini berlaku?

#/ 44Keberkesanan Proses Mendengar di kalangan pelajar bergantung kepada beberapa perkara.Tahap Perbendaharaan Kata atau Kemahiran Bahasa. Kandungan mesej dalam bahan audio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa pelajar.Tahap kejelasan sesuatu bahan audio seperti bahana atau kelantangan (volume) audio dan kejelasan sebutan.#/ 44Keberkesanan Proses Mendengar di kalangan pelajar bergantung kepada beberapa perkara.Nada sesuatu bunyi yang berbentuk tidak sekata atau monotonous. Nada yang sekata sepanjang masa akan menyebabkan pendengar atau pelajar menjadi lali sehingga tidak memberi perhatian terhadap apa yang didengar.Keupayaan pelajar secara fizikal mendengar. Pelajar-pelajar yang kurang sihat berkemungkinan kurang keupayaan untuk memberi perhatian tentang apa yang didengar.#/ 44Kesimpulannya:Terdapat dua elemen penting dalam menentukankeberkesanan proses mendengar.1. Penyampai Mesej atau Guru2. Penerima Mesej atau Pelajar.

Guru yang dapat mempersembahkan atau menyampaikan mesejnya dengan berkesan kepada pelajar-pelajar yang bersedia untuk mendengar mesej akan menghasilkan proses mendengar dengan berkesan.Bahan audio yang tidak dirancang dan dihasilkan atau digunakan dengan baik oleh guru akan menyebabkan proses mendengar kurang berkesan.#/ 44Radio dan siaran radioCakera padat/ digitalPerakam audio dan pita audio Piring hitam (Fonograf)Pemain kasetMEDIA AUDIO Media audio terdiri daripada:

#/ 44Kebaikan media audio:Kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan berkesanPeralatan audio mudah diperolehi Pengisian boleh digunakan dengan tahap kebolehan muridBahan audio boleh digunakan untuk pembelajaran kumpulan atau individuMemberi pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah/ buta hurufMembantu dalam penggambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan sahajaPeralatan yuang mudah alih serta kendalian yang mudah#/ 44Kelemahan media audio:Persembahan melalui audio terhad kepada sekuen atau urutan rancangan yang dirakamKurang menarik perhatian pelajar jika mereka tidak diawasi Perbelanjaan awal yang tinggi untuk menyediakan kelengkapan dan peralatanPenghasilan bahan audio yang bermutu memerlukan masa yang panjangPenentuan kadar penerimaan atau pencapaian objektif penggunaan bahan audio sukar diukur sekiranya pelajar terdiri dari kumpulan pelbagai pencapaian dan pengalaman yang berbeza

#/ 44A. Kaset audio

Saiz format audio ialah 2.5 X 4 X 0.5.Kelebaran pitanya ialah 1 per 8 inci. Format ini paling banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset.Pengguna boleh merakam dan memadam.Mudah digunakan serta berupaya untuk mengelak dari terpadam.Pita ini berupaya merakam dalam tempoh masa tertentu seperti C-60 (boleh merakam selama 60 minit dengan menggunakan kedua-dua belah bahagian ),C-90 ( 45 minit setiap bahagian ) dan C-120 ( 60 minit bagi setiap bahagian )#/ 44B. Kaset Mikro

Saiz keseluruhan format audio adalah lebih kecil berbanding format audio. Saiz pita sama iaitu 1 per 8 inci , namun ia perlu menggunakan alat pemain kaset yang kecil.

Seperti kaset audio, pengguna boleh merakam dan memadam kandungannya dengan mudah.#/ 44C. Fonograf atau Piring hitam

Format ini berbentuk bulat dan leper.Terdapat 3 saiz yang diukur dalam diameter iaitu: 7, 10 dan 12 inci.Pengguna tidak boleh membuat rakaman.Format ini memerlukan pemain fonograf.Walaupun format ini mudah digunakan tatapi ia tidaklagi popular dan sukar didapati dalam pasaran hari ini.#/ 44Cakera Padat atau CD

Format ini berbentuk bulat dan leper serta bersaiz 4.72 inci dalam diameter. Mempunyai kualiti bunyi yang tinggi.Rakaman atau pemadaman tidak dapat dibuat dengan mudah.Format ini memerlukan alat pemain CD dan penulis CD.#/ 44FORMAT AUDIO DIGITAL

Beberapa format fail audio digital yang biasa ialah wave (.wav), sound (.snd), Audio Interchange File Format (.aiff) dan MIDI (.mid). Selain itu terdapat juga audio yang disimpan dalam format MP3 ataupun MPEG Level 3. Format fail penggunaan audio di Internet adalah seperti RealAudio (.ra) atau RealMedia (.rm) dan MP3 kerana saiz fail yang kecil berbanding format-format audio yang lain.#/ 44FORMAT AUDIO DIGITAL

Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF) : Digunapakai pada sistem komputer jenis Macintosh, IBM dan yang serasi dengannya seperti Amiga dan Silicon Graphics. Ia menampung berbagai jenis saiz sampel pelbagai aras (sehingga 32 bit).#/ 44FORMAT AUDIO DIGITAL

Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF) : Diterima pakai di seluruh dunia bagi tujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

Sound (SND) : Diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang mempunyai saiz sampel 8 bit.#/ 44FORMAT AUDIO DIGITAL

Roll (ROL) : Mula diperkenalkan oleh Adlib Inc. dan digunakan bersama-sama dengan kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

Wave (WAV) : Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows. Dibangunkan oleh syarikat Microsoft dan mampu menyokong rakaman dengan bit-depth setinggi 8 bit (mono dan stereo).#/ 44FORMAT AUDIO DIGITAL

Sun Audio (AU) : Diperkenalkan khas untuk digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan format audio 16 bit yang dimampatkan dan sering juga digunakan bagi tujuan penyebaran melalui internet.

Voice (VOC) : Digunakan bersama-sama dengan kad audio jenis Sound Blaster dari Creative Technology. Ianya boleh memain serta merakamkan audio samada 8 atau 16 bit setelah melalui proses pemampatan atau pun tidak.#/ 44FORMAT AUDIO DIGITAL

MPEG Level 3 (MP3) : MPEG (Motion Picture Expert Group) Level 3 merujuk kepada format fail audio yang semakin popular terutamanya bagi tujuan penyaluran muzik melalui Internet. Mempunyai teknik pemampatan yang baik sehingga dapat memampatkan audio bersaiz 45 MB dalam format wav kepada kira-kira 4 MB dalam format MP3.

RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM) : Sangat meluas digunakan dalam Internet secara langsung sehingga membolehkan siaran radio atau televisyen dimainkan terus melalui internet.#/ 44Terdapat beberapa bentuk asas perakam audio iaitu :Perakan reel terbuka menggunakan pita magnetik yang dilekatkan pada gelendung besar

Perakam kaset pita yang diletakkan dalam bekas khas untuk menghalang dari habok. Lebih ringan, mudah dibawa dan boleh menggunakan bateri kering biasa.

Komputer merakam audio dalam format digital.

Rakaman boleh dibuat dalam sistem mono atau stereoPERAKAM AUDIO#/ 44Terdapat dua bentuk asas perakam kaset iaitu :Perakam sahaja terdapat dalam bentuk deck (perakam sahaja tanpa pemain balik) dan portable (mudah bawa).

Perakam dan radio yang boleh didapati dari jenis mini kompo dan jenis mudah bawa yang menggunakan bateri AA.PERAKAM KASET/ RADIO KASET#/ 44Merakam audio dalam bentuk digital.Memerlukan perisian khas untuk suntingan audioSuntingan mudah dijalankan seperti untuk narator, muzik latar, kesan khas.

KOMPUTER#/ 44MIKROFONBerfungsi untuk menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik.

#/ 44MIKROFONTerdapat beberapa jenis mikrofon bergantung kepada penggunaan dan penerimaan bunyi iaitu:Berdasarkan penggunaan :Mikrofon Mini jenis tie pin dan neck hangingMikrofon Dengan Wayar - Mikrofon disambungkan terus kepada unit amplifierMikrofon Tanpa Wayar memerlukan alat penerima untuk menerima isyarat dari Mikrofon. Mikrofon ini biasanya digunakan oleh pengguna yang bergerak aktif.

#/ 44

30/ 44MIKROFONBerdasarkan penerimaan bunyi :Mikrofon semua hala (Omni-Direction) menerima bunyi dari semua hala. Digunakan untuk perbincangan kumpulan atau temubual.

Mikrofon dua hala (Bi-Direction) menerima bunyi dari bahagian depan dan belakang sahaja. Sesuai untuk soal jawab dan temubual dua orang.

#/ 44

MIKROFONBerdasarkan penerimaan bunyi :Mikrofon satu hala (Uni-Directional) menerima bunyi dari satu hala sahaja dan kurang peka kepada bunyi dari lain-lain hala. Sesuai untuk penyampai dan dapat meminimumkan bunyi-bunyi asing.

Mikrofon shortgun mikrofon satu hala yang berupaya menerima bunyi dari sudut yang sempit dan jauh. Sesuai untuk merakam bunyi unggas, haiwan atau acara sukan#/ 44Unidirectional - CardioidCardioid means "heart-shaped", which is the type of pick-up pattern these mics use. Sound is picked up mostly from the front, but to a lesser extent the sides as well.Uses: Emphasising sound from the direction the mic is pointed whilst leaving some latitude for mic movement and ambient noise.Notes:The cardioid is a very versatile microphone, ideal for general use. Handheld mics are usually cardioid. There are many variations of the cardioid pattern (such as the hypercardioid).

#/ 44BINAAN MIKROFONMikrofon dinamik

#/ 44Dynamic MicrophonesVersatileideal for general-purpose usesimple designrelatively sturdy and resilient to rough handling. better suited to handling high volume levels - from certain musical instruments or amplifiers. no internal amplifierdo not require batteries or external power.#/ 44BINAAN MIKROFONMikrofon kondenser

#/ 44Condenser MicrophonesCondenser means capacitor, an electronic component which stores energy in the form of an electrostatic field. This type of microphone, uses a capacitor to convert acoustical energy into electrical energy.Require power from a battery or external source. The resulting audio signal is stronger signal than that from a dynamic. More sensitive and responsive than dynamics, making them well-suited to capturing subtle nuances in a sound. Not ideal for high-volume work, as their sensitivity makes them prone to distort. #/ 44Microphone ImpedanceWhen dealing with microphones, one consideration which is often misunderstood or overlooked is the microphone's impedance rating. Perhaps this is because impedance isn't a "critical" factor; that is, microphones will still continue to operate whether or not the best impedance rating is used. However, in order to ensure the best quality and most reliable audio, attention should be paid to getting this factor right.If you want the short answer, here it is: Low impedance is better than high impedance.#/ 44What is Impedance?Impedance is an electronics term which measures the amount of opposition a device has to an AC current (such as an audio signal). Technically speaking, it is the combined effect of capacitance, inductance, and resistance on a signal.Impedance is measured in ohms, shown with the Greek Omega symbol or the letter Z. A microphone with the specification 600 has an impedance of 600 ohms.

#/ 44What is Microphone Impedance?All microphones have a specification referring to their impedance. This spec may be written on the mic itself (perhaps alongside the directional pattern), or you may need to consult the manual or manufacturer's website.You will often find that mics with a hard-wired cable and 1/4" jack are high impedance, and mics with separate balanced audio cable and XLR connector are low impedance.There are three general classifications for microphone impedance. Different manufacturers use slightly different guidelines but the classifications are roughly:#/ 44Microphone ImpedanceLow Impedance (less than 600) Medium Impedance (600 - 10,000) High Impedance (greater than 10,000) Note that some microphones have the ability to select from different impedance ratings.Which Impedance to Choose? High impedance microphones are usually quite cheap. Their main disadvantage is that they do not perform well over long distance cables - after about 5 or 10 metres they begin producing poor quality audio (in particular a loss of high frequencies). In any case these mics are not a good choice for serious work. In fact, although not completely reliable, one of the clues to a microphone's overall quality is the impedance rating.Low impedance microphones are usually the preferred choice.

#/ 44JENIS MEKANISMECIRI-CIRIPENGGUNAANYAKondenserMenerima kesan bunyi dengan baik.Peka pada bunyiPeka kepada getaranTidak tahan getaran kuatTidak tahan panas dan lembapanVokal / NyanyianUcapanPenyampaian ( Narration )DinamikKualiti bunyi baik.Peka pada bunyi.Tahan Getaran kuatTahan panas dan lembapanTemubual di luar bangunan(out door interview)SiramikBinaannya ringkas dan mudah.Buatan lebih kemas dan kuat.

Pertuturan dan muzikHablurBinaan ringkas dan mudah.Harga agak murah.Peka pada suhu dan kelembapanPertuturan#/ 44Unit elektronik untuk menguatkan atau meninggikan isyarat audio dari mikrofon, radio kaset atau deck untuk disalurkan kepada pembesar suara. Terdapat dua jenis iaitu:PENGUAT SUARA (AMPLIFIER)Preamplifier alat pertama yang selalunya disambungkan di antara input audio dengan amplifier utama. Preamplifier digunakan untuk memperbaiki, membetulkan, menambah atau mengurangkan kesan-kesan input tertentu, iaitu:a) menyaringkan suara (treble)b) merendahkan suara (bass)c) meninggikan suara d) menaikkan frekuensi laras bunyi tertentu#/ 44PENGUAT SUARA (AMPLIFIER)Amplifier utama.Digunakan untuk menyelaraskan keseluruhan kesan bunyi yang bakal disalurkan kepada pembesar utama.Unit yang amat diperlukan sementara preamplifier adalah opsyenal. Kekuatan / kebolehan unit ini bergantung kepada kadar input dan outputnya. Input bereti ruang masukan yang boleh disambungkan ke sesuatu unit seperti mikrofon dan deck.Output bererti kekuatan padu Amplifier yang dapat mengeluarkan daya bunyi dengan kekuatan tertentu.

#/ 44GRAPHIC EQUALIZERAlat tambahan yang digunakan untuk mengawal kadar ketinggian frekuensi-frekuensi bunyi tertentu dengan lebih terperinci.

Terdapat butang-butang untuk meninggikan atau merendahkan frekuensi bagi laras bunyi tertentu.

#/ 44

AUDIO-MIXERAudio-mixer merupakan satu alat tambahan untuk menggabungkan beberapa sumber input audio supaya dapat diselaraskan dalam satu amplifier.Dengan menggunakan audio-mixer yang mempunyai empat sumber input, maka tiga mikrofon boleh disambung serentak dan satu input lagi boleh digunakan untuk perakan kaset.Audio-mixer amat berguna semasa membuat rakaman audio yang menggabungkan suara dengan bunyi latar serta bunyi kesan khas. Audio-mixer yang baik mempunyai kawalan bunyi berasingan untuk mengawal kekuatan bunyi setiap input.#/ 44

PEMBESAR SUARA (LOUD SPEAKER)Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi. Terdapat beberapa jenis, iaitu :TWEETER mengeluarkan bunyi nyaring. Bersaiz kecil

MID-RANGE mengeluarkan bunyi pertengahan. Bersaiz kecil sedikit dari woofer

WOOFER mengeluarkan bunyi frekuensi rendah. Bersaiz besar.

#/ 44BINAAN BEKAS PEMBESAR SUARAUntuk membolehkan bunyi dihasilkan dengan sempurna dan betul, maka woofer dan mid-range perlu diletakkan dalam kotak yang sesuai.Acoustic-suspensionKotak bertutup rapat. Bahagian dalam dibalut dengan penyerap bunyi (kapas kaca) untuk menyerap pantulan bunyi. Kenyaringan bunyi bergantung kepada saiz kotak. Semakin besar saiz kotak semakin rendah frekuensi yang dapat dihasilkan.Bass-reflexBunyi dari bahagian dalam kotak dipantulkan semula ke bahagian depan untuk menguatkan kesan bunyi bass (frekuensi rendah)

#/ 44

BINAAN BEKAS PEMBESAR SUARAHornBunyi dikeluarkan oleh dome dan dihalakan ke hadapan melalui serombong atau horn yang diperbuat daripada logam. Bunyi yang dihasilkan adalah nyaring dan kuat.

HeadphoneSpeaker untuk telinga. Boleh didapati dalam bentuk dinamik dan kondenser.#/ 44PENERBITAN BAHAN AUDIOFormat Bahan Audio Lakonan Temubual Dokumentasi Demonstrasi Penerangan Diskusi

#/ 44Langkah-langkah PenerbitanTetapkan matlamatMengumpul bahanPemilihan bahanMenulis skripMenyediakan peralatanMembuat rakamanPrebiuPenggunaan bahan audio#/ 44Tetapkan MatlamatTujuan penerbitan bahan audio perlu ditentukan.Siapa kumpulan sasaran atau tahap pelajar?Bagaimana kebolehan berbahasa pelajar? Minat dan motivasi mereka?Adakah bahan audio yang akan dihasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran?Kesesuaiannya dengan objektif pengajaran bagaimana?

Kesemua persoalan ini perlu diberi perhatian sebelum keputusan dibuat.

#/ 44Mengumpul Bahan

Kumpul bahan-bahan dan sumber-sumber yang diperlukan.Fakta-fakta yang dimasukkan hendaklah betul dan mencukupi dan sesuai dengan sukatan pelajaran.Sumber audio:> Kesan-kesan khas> Muzik latar > Lagu-lagu tertentu yang mungkin diperlukan#/ 44Pemilihan Bahan

Anda perlu memilih bahan-bahan yang bersesuaian sahaja.

Senarai pendekkan bahan-bahan keperluan.#/ 44Menulis Skrip

Anda harus menulis atau mengarang kandungan bahan audio anda.

Dua jenis skrip perlu disediakan; Skrip dialog/ komentar: Skrip yang mengandungi dialog atau komentar yang bakal dibaca.

Skrip penerbitan: Mengandungi dialog/ komentari dan arahan2 tambahan penerbitan seperti jumlah masa rakaman, jenis muzik latar, kesan2 bunyi tambahan, 'cue' untuk masuk muzik dan kesan2 bunyi dll. #/ 44Contoh Penyediaan Skrip

Langkah-langkah menyediakan skrip.

Mulakan dengan satu idea Pecahkan idea kepada beberapa bahagian kecil. Buat satu pelan kisah berdasarkan bahagian2 kecil tadi - rancang secara kasar dialog/ komentar di atas kepingan kertas kecil yang berasingan. Susun kertas-kertas itu mengikut perkembangannya Tulis semula skrip dengan sempurna; gubah skrip penerbitan #/ 44Pelakon/NaratorNarasyenMuzikKesan Bunyi(Muzik tema)FI , Fup(Running 10 sec.)PenceritaSelamat pagi murid-murid.Hari ini kita akan mendengarsebuah cerita yang mengisahkan..Muzik temaFDBunyi enjinKereta dan honEn. KassimAsaloamualaikum,Asalamualaikum .Bunyi ketukan pintuMak MinahWaalaikumsalam.En. Kassim. Apa hal tergesa-gesa ni?#/ 44FI ( Fade in)Muzik masuk perlahan-lahanFO ( Fade out )Muzik hilang perlahan-lahanFUp ( Fade Up)Muzik menaik perlahan-lahanFD ( Fade down )Muzik menurun perlahan-lahanBG ( Back Ground )Muzik latar#/ 44Menyediakan Peralatan-peralatan Asas:

Alat perakam (Perakam kaset/ komputer)Perisian suntingan audioMikrofonPengadun Suara (Mixer)Kaset atau Pita Audio / CDKabel-kabel yang sesuai: RCA, Canon plug/ soketBilik kedap bunyi#/ 44Membuat Rakaman dan PenerbitanBeberapa peringkat perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas rakaman iaitu:

Idea yang telah distruktur dalam bentuk skrip.Adakan latihan membaca skrip.Sediakan peralatan yang berfungsi dengan baik.Minimumkan gangguan luar.Mainkan rakaman untuk mendengar mutu rakaman.Ulang rakaman jika perlu.Lakukan suntingan rakaman dengan memasukkan kesan-kesan bunyi serta muzik-muzik latar.#/ 44Preview

Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan membuat beberapa pembetulan sekiranya perlu.#/ 44Penggunaan Bahan Audio

Pada peringkat ini, bahan audio tadi sedia untuk digunakan dalam bilik darjah.#/ 44Tuliskan sebuah skrip yang berkaitan dengan mana-mana tajuk matapelajaran Opsyen anda. Dengan menggunakan peralatan yang terdapat di sekolah dan pertolongan guru-guru dan murid-murid, cuba hasilkan sebuah rakaman audio sebagai bahan pengajaran-pembelajaran.

Gunakan bahan tersebut dalam pengajaran dan bincangkan.Pengalaman anda ketika tutorial.