penerbitan bermutu masyarakat berilmu · pdf filemewarna, kanak-kanak boleh bela- ... sama...

1
BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BUKU BH PILIH L11 21 emel DBP SETENGAH ABAD D ua CDROM Permainan Berinformasi, iaitu Dengar- lah Sayang dan Rumah Kita telah diterbitkan oleh Bahagian Multimedia Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). CDROM Dengarlah Sayang mengajak kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah mengenali dunia haiwan yang berada di sekeliling kita. Cerita beranimasi dalam CDROM ini memperkenalkan kepada kanak- kanak pelbagai bunyi haiwan se- perti ayam, itik, angsa, kambing, lembu, kerbau dan lain-lain lagi. CDROM yang dipersembahkan dalam gambar yang berwarna- warni ini dilengkapi dengan akti- viti, permainan dan maklumat mengenai haiwan tersebut. Melalui ikon ‘Aktiviti’, kanak-kanak boleh belajar mewarna dan mengeja nama-nama haiwan. Ikon ‘Permainan’ pula menguji pengetahuan kanak-kanak me- ngenai bunyi haiwan dan menguji kecekapan kanak-kanak menyu- sun gambar. Sementara mela- lui ikon ‘Informasi’ kanak-kanak akan dapat belajar mengenali anggota tubuh badan haiwan berkenaan. CDROM Permainan Ber- informasi: Rumah Kita yang diterbitkan pada tahun 2006 me- ngandungi cerita animasi ‘Daun Emas’ yang cukup menarik dan mengandungi nilai-nilai murni yang sesuai dipersembahkan ke- pada kanak-kanak. Kanak-kanak akan dapat menjadikan cerita itu sebagai pengajaran supaya tidak bersikap tamak kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri. CDROM ini juga mengan- dungi empat jenis permainan, iaitu Mencari Objek, Mari Mewarna, Mencantum Gambar dan Menembak Belon. Melalui permainan Mencari Objek, kanak- kanak boleh menguji kemampuan mereka mencari benda tersem- bunyi. Melalui permainan Mari Mewarna, kanak-kanak boleh bela- jar mewarna kepingan-kepingan gambar mengikut cita rasa ma- sing-masing. Kecekapan kanak- kanak juga akan teruji melalui permainan Mencantum Gambar dan Menembak Belon. CDROM ini juga diselitkan dengan dua buah lagu yang dapat mewujudkan sua- sana riang kepada kanak-kanak dan amat sesuai untuk mereka yang berumur 9 tahun ke bawah. Sebarang pertanyaan dan pesanan untuk mendapatkan CDROM ini, sila hubungi 016-3440 148 atau de- ngan menaip SMS seperti berikut: DBPM<jarak>KOD<jarak>Nama dan Alamat dan hantar kepada 32781. Oleh Abdul Razak Mohammad TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan B UKU Falsafah Moral Ilmu Berpengakap karya Wan Junaidi Tuanku Jaafar menceritakan aktiviti pertubuhan pengakap yang bermula pada tahun 1907 di England, berdasarkan gagasan awal Lord Baden Powell, bekas Mejar Jeneral angkatan tentera Inggeris. Buku ini memuatkan 10 buah bab, merangkumi sejarah pergerakan pe- ngakap, pengakap di Tanah Melayu dan Singapura, dunia awal pengakap, mendalami ilmu berpengakap, kaedah pengakap, Malaysia dan pertubuh- an pengakap, falsafah dan amalan, tafsiran undang-undang pengakap, pengakap dan ilmu perintis, dan or- ganisasi pengakap Malaysia. Buku ini juga memberikan pen- dedahan kepada pengamal ilmu pe- ngakap, pemimpin dan ahli pengakap tentang setiap aspek dalam perge- rakan pengakap supaya dapat dihayati dengan lebih mendalam. Aspek-aspek yang menekankan dasar, tujuan dan prinsip pergerakan pengakap mem- bentuk sebahagian besar kandungan buku ini. Pengakap yang ditakrifkan oleh pengarang sebagai ‘pergerakan su- karela, iaitu pendidikan yang bebas daripada pengaruh politik untuk belia dan terbuka kepada semua, tidak kira negeri, bangsa, pangkat dan agama mereka’ bertujuan memberikan pen- didikan dalam membangunkan peri- badi seseorang insan bagi mencapai keupayaan maksimum dan sempurna dari aspek fizikal, intelektual, sosial dan rohani. Dianggarkan 480 juta orang telah melalui pengalaman berpengakap. Menurut pengarang, ‘tidak kira sama ada negara itu demokrasi tulen, demokrasi terpimpin atau diktator, pergerakan pengakap masih boleh wujud sebagai pokok ditiup bayu dan daun melentur pokok tetap tertanam di bumi.’ Di samping menceritakan sejarah penubuhannya, pengarang turut menggarapkan pengalamannya sela- ma 46 tahun dalam pertubuhan ini agar dapat memberikan pengetahuan kepada pembaca berkait dengan usaha memartabatkan pergerakan pengakap sebagai pembina akhlak anak bangsa. Pengarang merupakan seorang Ahli Parlimen Santubong dan beliau per- nah menjadi Timbalan Presiden Majlis Pengakap Sarawak pada tahun 1987 sehingga 1992. Buku berharga RM14.00 senaskhah ini boleh didapati di Galeri Ilmu Koperasi DBP dan semua Galeri Ilmu DBP berdekatan anda. Persiapan Sebelum Mengarang M engarang tidak bermula dengan mencecahkan jari- jemari di papan kekunci komputer. Mengarang tidak bermu- la juga dengan mencecahkan mata pena di atas kertas. Mengarang sebe- narnya merupakan proses yang ber- tahap-tahap. Sebelum mengarang ada tahap yang perlu anda lalui. Demikian juga sesudah selesai me- ngarang ada tahap yang perlu anda sempurnakan. Proses mengarang dapat dibahagi kepada tiga tahap yang utama. Yang pertama ialah tahap persediaan atau prapenulisan. Yang kedua ialah tahap penyusunan atau penulisan sebenar. Yang ketiga pula ialah tahap penyemakan atau pengeditan atau disebut juga pascapenulisan. Ketiga-tiga tahap itu saling berkait- an dan perlu difahami sebagai suatu jalinan proses yang tidak dapat dipisahkan atau ditinggalkan salah satunya. Mengarang tanpa melak- sanakan tahap sebelum dan tahap sesudahnya menyebabkan hasil karangan atau tulisan tidak mantap dan pincang. Dalam keluaran ini, kita bincang- kan tahap prapenulisan atau perse- diaan. Pentingnya tahap ini samalah dengan pentingnya kita merancang pembinaan rumah atau bangunan. Untuk membina rumah, perlu kita fikirkan bentuknya, saiznya, bahan binaannya, untuk siapa rumah itu dibina dan beberapa hal lain lagi. Demikianlah, untuk menghasilkan karangan atau tulisan, perlu kita fikirkan beberapa hal. Antaranya termasuklah bidang, tajuk, skop, khalayak dan bahannya. Dalam keluaran lalu, telah kita bincangkan aspek khalayak pembaca yang perlu ditimbangkan. Kali ini kita bincangkan dua aspek yang saling berkaitan dalam persediaan untuk mengarang, iaitu bidang dan skop karangan. Jika anda hendak menulis rencana atau buku, maka bidang pilihan anda perlu diasaskan pada dua syarat yang utama. Yang pertama ialah penguasaan atau kemahiran anda dalam bidang yang anda pilih. Yang kedua ialah minat anda dalam bidang berkenaan. Tidak ada orang lain yang dapat menentukan bidang yang kita kuasai dan kita minati. Kita sendirilah yang dapat menentukannya. Oleh itu, pas- tikan bahawa anda menulis rencana atau buku yang bidangnya anda kuasai dan anda minati. Lazimnya seseorang penulis yang mapan dikenal orang bidangnya, kerana ia mempunyai ilmu dan kewibawaan dalam bidang berkenaan. Lazimnya orang yang menulis rencana dan buku ekonomi ialah sarjana dalam bidang ekonomi. Orang yang menu- lis rencana dan buku bahasa ialah ahli bahasa atau pendidik bahasa. Memang ada orang yang mengua- sai lebih daripada satu bidang atau sekurang-kurangnya ia meminati bidang kedua lalu berusaha men- dalaminya melalui pembacaan atau mengikuti seminar dan kursus ten- tang bidang itu sehingga layaklah ia menulis sesuatu tentang bidang yang asalnya bukan bidangnya. Bagaimanapun, keputusan paling penting yang perlu anda buat ialah memilih bidang yang anda kuasai. Usah sekali-kali menulis sesuatu yang tidak anda kuasai kerana hal itu pasti menjatuhkan kewibawaan anda sebagai penulis. Lebih buruk lagi halnya jika anda menulis se- suatu di luar bidang anda dengan menjiplak tulisan orang lain. Saya ada pengalaman buruk dalam hal ini apabila makalah saya dijiplak orang sepenuh-penuhnya dengan hanya menukar nama penulisnya. Penjiplakan merupakan jenayah dan perbuatan keji. Sesuatu bidang tidak mungkin dapat anda tulis semua aspeknya dalam sebuah makalah, bahkan dalam sebuah buku sekalipun. Sepanjang mana sesebuah makalah dan setebal mana sesebuah buku tidak mungkin dapat menggarap semua hal atau aspek tentang se- suatu bidang. Saya masih ingat keti- ka belajar di tingkatan enam dahulu, ada buku sejarah yang cukup tebal karangan D.G.E. Hall. Meskipun buku itu cukup tebal, namun yang dapat diliputi dalam buku itu hanya sejarah Asia Tenggara. Liputan yang khusus dan merupakan batas sesebuah karangan itulah yang dinamai skop. Oleh itu, sesudah anda pasti akan bidang yang hendak anda tulis, maka fikirkan pula skop atau liput- an tulisan anda itu. Tujuannya tidak lain agar karangan anda berfokus, tidak sesat dalam belantara kata- kata dan tidak pula “menyesatkan” pembaca! Usahlah anda dera pem- baca mencari-cari hala tuju dan maksud karangan atau tulisan anda. Karangan yang baik ialah karangan yang dapat dikenal pasti tema atau skopnya. Dalam keluaran akan datang, insya-Allah saya berikan beberapa contoh bagaimana anda dapat menentukan skop tulisan atau karangan anda. Sehingga itu, tanya diri anda sen- diri apakah bidang yang anda kuasai dan minati untuk anda tulis sama ada dalam bentuk makalah, surat pembaca, buku atau teks ceramah. Selamat berfikir. Falsafah Moral Ilmu Berpengakap Oleh Nazira Md. Noor Permainan Berinformasi: Rumah Kita dan Dengarlah Sayang

Upload: doanlien

Post on 04-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU  · PDF fileMewarna, kanak-kanak boleh bela- ... sama ada negara itu demokrasi tulen, ... Pentingnya tahap ini samalah

BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BUKUBH PILIH L11 21 emel

DBP SETENGAH ABAD

Dua CDROM Permainan Berinformasi, iaitu Dengar-lah Sayang dan Rumah Kita

telah diterbitkan oleh Bahagian Multimedia Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). CDROM Dengarlah Sayang mengajak kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah mengenali dunia haiwan yang berada di sekeliling kita. Cerita beranimasi dalam CDROM ini memperkenalkan kepada kanak-kanak pelbagai bunyi haiwan se-perti ayam, itik, angsa, kambing, lembu, kerbau dan lain-lain lagi. CDROM yang dipersembahkan dalam gambar yang berwarna-warni ini dilengkapi dengan akti-viti, permainan dan maklumat

mengenai haiwan tersebut. M e l a l u i

ikon ‘Aktiviti’, kanak-kanak boleh belajar mewarna dan mengeja nama-nama haiwan. Ikon ‘Permainan’ pula menguji pengetahuan kanak-kanak me-ngenai bunyi haiwan dan menguji kecekapan kanak-kanak menyu-sun gambar. Sementara mela-lui ikon ‘Informasi’ kanak-kanak akan dapat belajar mengenali anggota tubuh badan haiwan berkenaan.

CDROM Permainan Ber-informasi: Rumah Kita yang diterbitkan pada tahun 2006 me-ngandungi cerita animasi ‘Daun Emas’ yang cukup menarik dan mengandungi nilai-nilai murni yang sesuai dipersembahkan ke-pada kanak-kanak. Kanak-kanak akan dapat menjadikan cerita itu sebagai pengajaran supaya tidak bersikap tamak kerana akhirnya akan merugikan diri sendiri.

CDROM ini juga mengan-dungi empat jenis permainan, iaitu Mencari Objek, Mari Mewarna, Mencantum Gambar dan Menembak Belon. Melalui permainan Mencari Objek, kanak-kanak boleh menguji kemampuan mereka mencari benda tersem-bunyi. Melalui permainan Mari Mewarna, kanak-kanak boleh bela-jar mewarna kepingan-kepingan gambar mengikut cita rasa ma-sing-masing. Kecekapan kanak-

kanak juga akan teruji melalui permainan Mencantum Gambar dan Menembak Belon. CDROM ini juga diselitkan dengan dua buah lagu yang dapat mewujudkan sua-sana riang kepada kanak-kanak dan amat sesuai untuk mereka yang berumur 9 tahun ke bawah.

Sebarang pertanyaan dan pesanan untuk mendapatkan CDROM ini, sila hubungi 016-3440 148 atau de-ngan menaip SMS seperti berikut: DBPM<jarak>KOD<jarak>Nama dan Alamat dan hantar kepada 32781.

Oleh Abdul Razak Mohammad

TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan

BUKU Falsafah Moral Ilmu Berpengakap karya Wan Junaidi Tuanku Jaafar menceritakan

aktiviti pertubuhan pengakap yang bermula pada tahun 1907 di England, berdasarkan gagasan awal Lord Baden Powell, bekas Mejar Jeneral angkatan tentera Inggeris.

Buku ini memuatkan 10 buah bab, merangkumi sejarah pergerakan pe-ngakap, pengakap di Tanah Melayu dan Singapura, dunia awal pengakap, mendalami ilmu berpengakap, kaedah pengakap, Malaysia dan pertubuh-an pengakap, falsafah dan amalan, tafsiran undang-undang pengakap, pengakap dan ilmu perintis, dan or-ganisasi pengakap Malaysia.

Buku ini juga memberikan pen-dedahan kepada pengamal ilmu pe-ngakap, pemimpin dan ahli pengakap tentang setiap aspek dalam perge-rakan pengakap supaya dapat dihayati dengan lebih mendalam. Aspek-aspek yang menekankan dasar, tujuan dan prinsip pergerakan pengakap mem-bentuk sebahagian besar kandungan buku ini.

Pengakap yang ditakrifkan oleh pengarang sebagai ‘pergerakan su-karela, iaitu pendidikan yang bebas daripada pengaruh politik untuk belia dan terbuka kepada semua, tidak kira negeri, bangsa, pangkat dan agama mereka’ bertujuan memberikan pen-didikan dalam membangunkan peri-badi seseorang insan bagi mencapai keupayaan maksimum dan sempurna

dari aspek fizikal, intelektual, sosial dan rohani.

Dianggarkan 480 juta orang telah melalui pengalaman berpengakap. Menurut pengarang, ‘tidak kira sama ada negara itu demokrasi tulen, demokrasi terpimpin atau diktator, pergerakan pengakap masih boleh wujud sebagai pokok ditiup bayu dan daun melentur pokok tetap tertanam di bumi.’

Di samping menceritakan sejarah penubuhannya, pengarang turut menggarapkan pengalamannya sela-ma 46 tahun dalam pertubuhan ini agar dapat memberikan pengetahuan kepada pembaca berkait dengan usaha memartabatkan pergerakan pengakap sebagai pembina akhlak anak bangsa.

Pengarang merupakan seorang Ahli Parlimen Santubong dan beliau per-nah menjadi Timbalan Presiden Majlis Pengakap Sarawak pada tahun 1987 sehingga 1992. Buku berharga RM14.00 senaskhah ini boleh didapati di Galeri Ilmu Koperasi DBP dan semua Galeri Ilmu DBP berdekatan anda.

Persiapan Sebelum MengarangMengarang tidak bermula

dengan mencecahkan jari-jemari di papan kekunci

komputer. Mengarang tidak bermu-la juga dengan mencecahkan mata pena di atas kertas. Mengarang sebe-narnya merupakan proses yang ber-tahap-tahap. Sebelum mengarang ada tahap yang perlu anda lalui. Demikian juga sesudah selesai me-ngarang ada tahap yang perlu anda sempurnakan.

Proses mengarang dapat dibahagi kepada tiga tahap yang utama. Yang pertama ialah tahap persediaan atau prapenulisan. Yang kedua ialah tahap penyusunan atau penulisan sebenar. Yang ketiga pula ialah tahap penyemakan atau pengeditan atau disebut juga pascapenulisan. Ketiga-tiga tahap itu saling berkait-an dan perlu difahami sebagai suatu jalinan proses yang tidak dapat dipisahkan atau ditinggalkan salah satunya. Mengarang tanpa melak-sanakan tahap sebelum dan tahap sesudahnya menyebabkan hasil karangan atau tulisan tidak mantap dan pincang.

Dalam keluaran ini, kita bincang-kan tahap prapenulisan atau perse-diaan. Pentingnya tahap ini samalah dengan pentingnya kita merancang pembinaan rumah atau bangunan. Untuk membina rumah, perlu kita

fikirkan bentuknya, saiznya, bahan binaannya, untuk siapa rumah itu dibina dan beberapa hal lain lagi. Demikianlah, untuk menghasilkan karangan atau tulisan, perlu kita fikirkan beberapa hal. Antaranya termasuklah bidang, tajuk, skop, khalayak dan bahannya. Dalam keluaran lalu, telah kita bincangkan aspek khalayak pembaca yang perlu ditimbangkan.

Kali ini kita bincangkan dua aspek yang saling berkaitan dalam persediaan untuk mengarang, iaitu bidang dan skop karangan. Jika anda hendak menulis rencana atau buku, maka bidang pilihan anda perlu diasaskan pada dua syarat yang utama. Yang pertama ialah penguasaan atau kemahiran anda dalam bidang yang anda pilih. Yang kedua ialah minat anda dalam bidang berkenaan.

Tidak ada orang lain yang dapat menentukan bidang yang kita kuasai dan kita minati. Kita sendirilah yang dapat menentukannya. Oleh itu, pas-tikan bahawa anda menulis rencana atau buku yang bidangnya anda kuasai dan anda minati. Lazimnya seseorang penulis yang mapan dikenal orang bidangnya, kerana ia mempunyai ilmu dan kewibawaan dalam bidang berkenaan. Lazimnya orang yang menulis rencana dan

buku ekonomi ialah sarjana dalam bidang ekonomi. Orang yang menu-lis rencana dan buku bahasa ialah ahli bahasa atau pendidik bahasa.

Memang ada orang yang mengua-sai lebih daripada satu bidang atau sekurang-kurangnya ia meminati bidang kedua lalu berusaha men-dalaminya melalui pembacaan atau mengikuti seminar dan kursus ten-tang bidang itu sehingga layaklah ia menulis sesuatu tentang bidang yang asalnya bukan bidangnya. Bagaimanapun, keputusan paling penting yang perlu anda buat ialah memilih bidang yang anda kuasai. Usah sekali-kali menulis sesuatu yang tidak anda kuasai kerana hal itu pasti menjatuhkan kewibawaan anda sebagai penulis. Lebih buruk lagi halnya jika anda menulis se-suatu di luar bidang anda dengan menjiplak tulisan orang lain. Saya ada pengalaman buruk dalam hal ini apabila makalah saya dijiplak orang sepenuh-penuhnya dengan hanya menukar nama penulisnya. Penjiplakan merupakan jenayah dan perbuatan keji.

Sesuatu bidang tidak mungkin dapat anda tulis semua aspeknya dalam sebuah makalah, bahkan dalam sebuah buku sekalipun. Sepanjang mana sesebuah makalah dan setebal mana sesebuah buku

tidak mungkin dapat menggarap semua hal atau aspek tentang se-suatu bidang. Saya masih ingat keti-ka belajar di tingkatan enam dahulu, ada buku sejarah yang cukup tebal karangan D.G.E. Hall. Meskipun buku itu cukup tebal, namun yang dapat diliputi dalam buku itu hanya sejarah Asia Tenggara. Liputan yang khusus dan merupakan batas sesebuah karangan itulah yang dinamai skop.

Oleh itu, sesudah anda pasti akan bidang yang hendak anda tulis, maka fikirkan pula skop atau liput-an tulisan anda itu. Tujuannya tidak lain agar karangan anda berfokus, tidak sesat dalam belantara kata-kata dan tidak pula “menyesatkan” pembaca! Usahlah anda dera pem-baca mencari-cari hala tuju dan maksud karangan atau tulisan anda. Karangan yang baik ialah karangan yang dapat dikenal pasti tema atau skopnya. Dalam keluaran akan datang, insya-Allah saya berikan beberapa contoh bagaimana anda dapat menentukan skop tulisan atau karangan anda.

Sehingga itu, tanya diri anda sen-diri apakah bidang yang anda kuasai dan minati untuk anda tulis sama ada dalam bentuk makalah, surat pembaca, buku atau teks ceramah. Selamat berfikir.

Falsafah Moral Ilmu Berpengakap

Oleh Nazira Md. Noor

Permainan Berinformasi:Rumah Kita dan Dengarlah Sayang