berita sawit - september 2014

11
Oleh Che Johari Mamat [email protected] Sibu L ebih 500 pekebun dari se- luruh negara menyertai Per- sidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan 2014 yang berlang- sung di Hotel Kingwood di sini, baru-baru ini dengan tema ‘Ama- lan Berubah Hasil Bertambah’, di- rasmikan Menteri Perusahaan Per- ladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Ketika berucap merasmikan persidangan itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, persidangan yang dianjurkan dua tahun sekali itu menyediakan ru- ang interaksi kepada pekebun ke- cil sawit untuk berkongsi mak- lumat terkini mengenai Amalan Pertanian Baik dan pendedahan kepada teknologi baru. “Usaha ini sejajar dengan Prog- ram Transformasi Ekonomi un- tuk meningkatkan produktiviti dan prestasi sektor sawit bagi menjana pendapatan negara. “Amalan Pertanian Baik dan penggunaan teknologi baru pe- nanaman sawit yang dibangun- kan melalui penyelidikan MPOB dibincangkan melalui sesi pem- bentangan oleh Pegawai Penye- lidik dan penceramah yang ber- pengalaman dalam bidang agro- nomi tanaman sawit,” katanya. Beliau berkata, sebagai agensi penyelidikan, MPOB telah meng- hasilkan teknologi baru meliputi semua aspek termasuk integrasi tanaman dan ternakan di ladang sawit, teknik kawalan penyakit re- put pangkal batang, kawalan pe- nyakit Ganoderma dan teknologi tanaman sawit di tanah gambut. “Bagi terus membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan pendapatan, Kerajaan menye- diakan pelbagai kemudahan dan insentif. Antaranya Skim Tana- man Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK); Skim Tanaman Baru Sa- wit Pekebun Kecil (TBSPK); Skim Diskaun CANTAS dan Kelompok Minyak Sawit Mampan (Sustainab- le Palm Oil Cluster). Galak Amalan Pertanian Baik “Dalam hal ini, RM1.14 bilion di- sediakan untuk tempoh 2011 hing- ga 2013 untuk pelaksanaan skim TSSPK dan SBSPK,” katanya. Beliau menasihati pekebun ke- cil supaya mengamalkan Amalan Pertanian Baik yang disyorkan oleh MPOB. Ini termasuk peng- gunaan jenis baja berdasarkan umur pokok dan mengikut jadual yang ditetapkan. “MPOB juga telah mencipta me- sin penuai buah sawit bermotor yang dikenali CANTAS yang ber- upaya meningkatkan kecekapan penuaian buah tandan segar hampir dua kali ganda.” “Hasil kajian MPOB mendapati menggunakan CANTAS, seorang pekerja boleh menuai sehingga 3.2 tan buah tandan segar berbanding 1.8 tan tandan secara manual.” Datuk Amar Douglas berkata, bagi meningkatkan kecekapan CANTAS, MPOB telah melakukan penambahbaikan supaya ianya lebih ringan, tahan lama dan bo- leh mencapai ketinggian pokok sehingga 8 meter.” “Sebagai galakan, Kerajaan me- nyediakan bantuan kewangan da- lam bentuk diskaun RM1,000 un- tuk setiap unit CANTAS yang di- beli pekebun kecil,” katanya. Satu lagi pendekatan memban- tu pekebun kecil ialah melalui koperasi. Pekebun kecil digalak- kan menubuhkan koperasi atau menjadi ahli koperasi sedia ada atau pertubuhan peladang di ka- wasan masing-masing. Kajian MPOB mendapati, pe- kebun kecil yang menyertai ko- perasi berupaya mendapat baya- ran harga buah tandan segar le- bih tinggi antara 15 hingga 20 peratus berbanding harga jualan kepada peniaga persendirian. Kerajaan juga meluluskan skim pensijilan minyak sawit Malaysia atau ‘Malaysian Sustainable Palm Oil’ pada awal tahun 2014. Langkah ini bertujuan membolehkan Ma- laysia meningkatkan imej minyak sawit dari sudut kemampanan pe- ngeluaran di pasaran dunia. “Bagi memastikan pensijilan mampan secara menyeluruh me- liputi sektor pekebun kecil per- sendirian, Kerajaan telah menye- diakan RM53 juta bagi membantu sektor pekebun kecil mendapat pensijilan mampan.” Pada majlis itu juga, beliau me- lancarkan baja MPOB F6 untuk tanaman sawit dan menyampai- kan Anugerah Pekebun Kecil Ter- baik tahun 2013 kepada pekebun kecil terbaik dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Turut hadir pada majlis itu Tim- balan Menteri Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, Ketua Setiausaha Kemen- terian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Himmat Singh, Pe- ngerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mo- hammad Khair-il Anuar Wan Ah- mad dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May. Pekebun kecil sawit sertai Persidangan Kebangsaan 2014 Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa berucap merasmikan Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan 2014. Turut kelihatan Dato’ Noriah Kasnon (dua dari kiri), Datuk Himmat Singh (kiri) Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar (dua dari kanan) dan Datuk Dr Choo Yuen May (kanan). »Persidangan jadi platform kongsi maklumat terkini Amalan Pertanian Baik

Upload: dangnhu

Post on 05-Feb-2017

270 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Sawit - September 2014

Oleh Che Johari [email protected]

Sibu

Lebih 500 pekebun dari se-luruh negara menyertai Per-sidangan PekebunKecil Sawit

Kebangsaan 2014 yang berlang-sung di Hotel Kingwood di sini,baru-baru ini dengan tema ‘Ama-lan Berubah Hasil Bertambah’, di-rasmikanMenteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embas.Ketika berucap merasmikan

persidangan itu, Datuk AmarDouglas Uggah Embas berkata,persidangan yang dianjurkan duatahun sekali itu menyediakan ru-ang interaksi kepada pekebun ke-cil sawit untuk berkongsi mak-lumat terkini mengenai AmalanPertanian Baik dan pendedahankepada teknologi baru.“Usaha ini sejajar dengan Prog-

ram Transformasi Ekonomi un-tuk meningkatkan produktivitidan prestasi sektor sawit bagimenjana pendapatan negara.“Amalan Pertanian Baik dan

penggunaan teknologi baru pe-nanaman sawit yang dibangun-kan melalui penyelidikan MPOBdibincangkan melalui sesi pem-bentangan oleh Pegawai Penye-lidik dan penceramah yang ber-pengalaman dalam bidang agro-nomi tanaman sawit,” katanya.Beliau berkata, sebagai agensi

penyelidikan, MPOB telah meng-

hasilkan teknologi baru meliputisemua aspek termasuk integrasitanaman dan ternakan di ladangsawit, teknik kawalan penyakit re-put pangkal batang, kawalan pe-nyakit Ganoderma dan teknologitanaman sawit di tanah gambut.“Bagi terus membantu pekebun

kecil meningkatkan produktivitidan pendapatan, Kerajaan menye-diakan pelbagai kemudahan daninsentif. Antaranya Skim Tana-man Semula Sawit Pekebun Kecil(TSSPK); Skim Tanaman Baru Sa-wit Pekebun Kecil (TBSPK); SkimDiskaun CANTAS dan KelompokMinyak Sawit Mampan (Sustainab-le Palm Oil Cluster).

Galak Amalan Pertanian Baik“Dalam hal ini, RM1.14 bilion di-sediakanuntuk tempoh 2011 hing-ga 2013 untuk pelaksanaan skimTSSPK dan SBSPK,” katanya.Beliau menasihati pekebun ke-

cil supaya mengamalkan AmalanPertanian Baik yang disyorkanoleh MPOB. Ini termasuk peng-gunaan jenis baja berdasarkanumur pokok danmengikut jadualyang ditetapkan.“MPOB juga telahmenciptame-

sin penuai buah sawit bermotoryang dikenali CANTAS yang ber-upaya meningkatkan kecekapanpenuaian buah tandan segarhampir dua kali ganda.”“Hasil kajian MPOB mendapati

menggunakan CANTAS, seorangpekerja bolehmenuai sehingga 3.2tanbuah tandan segar berbanding1.8 tan tandan secara manual.”Datuk Amar Douglas berkata,

bagi meningkatkan kecekapanCANTAS, MPOB telah melakukanpenambahbaikan supaya ianyalebih ringan, tahan lama dan bo-leh mencapai ketinggian pokoksehingga 8 meter.”“Sebagai galakan, Kerajaan me-

nyediakan bantuan kewangan da-lam bentuk diskaun RM1,000 un-

tuk setiap unit CANTAS yang di-beli pekebun kecil,” katanya.Satu lagi pendekatan memban-

tu pekebun kecil ialah melaluikoperasi. Pekebun kecil digalak-kan menubuhkan koperasi ataumenjadi ahli koperasi sedia adaatau pertubuhan peladang di ka-wasan masing-masing.Kajian MPOB mendapati, pe-

kebun kecil yang menyertai ko-perasi berupaya mendapat baya-ran harga buah tandan segar le-bih tinggi antara 15 hingga 20peratus berbanding harga jualankepada peniaga persendirian.Kerajaan juga meluluskan skim

pensijilan minyak sawit Malaysiaatau ‘Malaysian Sustainable PalmOil’ pada awal tahun2014. Langkahini bertujuan membolehkan Ma-laysia meningkatkan imej minyaksawit dari sudut kemampanan pe-ngeluaran di pasaran dunia.“Bagi memastikan pensijilan

mampan secara menyeluruh me-liputi sektor pekebun kecil per-sendirian, Kerajaan telah menye-diakan RM53 juta bagimembantusektor pekebun kecil mendapatpensijilan mampan.”Pada majlis itu juga, beliau me-

lancarkan baja MPOB F6 untuktanaman sawit dan menyampai-kan Anugerah Pekebun Kecil Ter-baik tahun 2013 kepada pekebunkecil terbaik dari Semenanjung,Sarawak dan Sabah.Turut hadir pada majlis itu Tim-

balan Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk NoriahKasnon, Ketua Setiausaha Kemen-terian Perusahaan Perladangan danKomoditi, Datuk Himmat Singh, Pe-ngerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mo-hammad Khair-il Anuar Wan Ah-mad dan Ketua Pengarah MPOB,Datuk Dr Choo Yuen May.

Pekebun kecilsawit sertaiPersidanganKebangsaan2014

Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa berucap merasmikanPersidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan 2014. Turut kelihatanDato’ Noriah Kasnon (dua dari kiri), Datuk Himmat Singh (kiri) Dato’Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar (dua dari kanan) dan Datuk DrChoo Yuen May (kanan).

»Persidangan jadiplatform kongsimaklumat terkiniAmalanPertanian Baik

Page 2: Berita Sawit - September 2014

Pekebun kecil dibenarjual BTS kebun sendiri» Pengusahamesti daftardengan MPOB,milik lesen jual,alih buah sawit

Oleh Che johari [email protected]

Sibu

Pekebun kecil sawit perlumendaftar dengan Lemba-ga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB) dan mempunyai lesenbagi aktiviti ‘menjual dan me-ngalih buah sawit’ yang dike-luarkan secara percuma bagimembolehkan mereka menjualbuah tandan segar (BTS) hasilkebun sawit.Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas berkata,lesen berkenaan membolehkanpekebun kecil sawit melakukanpenjualan BTS hasil dari kebunmereka kepada mana-mana ki-lang pemprosesan buah sawitatau peniaga buah sawit yangmempunyai lesen dengan MPOBbagi aktiviti ‘membeli dan me-ngalih buah sawit’.Beliau berkata demikian ke-

pada media selepas majlis pe-rasmian Persidangan PekebunKecil Sawit Kebangsaan 2014 disini, baru-baru ini.Semasa lawatankepameran itu,

beliau turut menyerahkan lesenkepada dua pekebun kecil bagiaktiviti ‘menjual dan mengalihbuah sawit’ yang baru diluluskanoleh MPOB Wilayah Sarawak.DatukAmarDouglasmenasihati

pekebun kecil sawit supaya tidak

membeli BTS dari pekebun kecillain dan menjual BTS itu meng-gunakan lesen kebun sendiri.“Perbuatan itu melanggar per-

aturan dan sekatan lesen bagipekebun kecil yang hanya mem-benarkan menjual BTS hasil ke-bun sawit yang tercatat dalamlesennya sahaja.

Kesalahan dapat dikesan“Pegawai MPOB dapat mengesankesalahan yang dilakukan ituapabila membandingkan kuan-titi jualan BTS oleh pekebun kecilberkenaan dengan jumlah kelua-san hektar kebun sawit yang di-miliki yang tercatat dalam lesenberkenaan.“Pekebun kecil sawit juga di-

nasihatkan supaya memaklum-kan kepada pejabatMPOBdengansegera sekiranya terdapatnya per-tambahan atau perubahan yangberlaku ke atas keluasan hektartanaman sawit milik mereka bagimembetulkan rekod catatan ke-luasan hektar lesen mereka.“MPOB mempunyai kuasa un-

tukmengambil tindakan samadamemberi amaran, mengkom-paun atau membatalkan lesenpekebun kecil berkenaan jika ha-sil siasatan mempunyai buktinyata pekebun kecil berkenaantelah melakukan pelanggarankeatas syarat sekatan lesen itu,”katanya.Datuk Amar Douglas Uggah

Embas menjelaskan bahawa pe-gawai MPOB akan membuat la-watan pemeriksaan kepada pe-megang lesen termasuk pekebunkecil sawit bagi memastikan me-reka mematuhi peraturan dansyarat sekatan lesen yang dite-tapkan seperti termaktub dalamPeraturan-Peraturan LembagaMinyak Sawit Malaysia (Pelese-nan) 2005.Bagi permohonan lesen yang

melibatkan tanah adat (NCR), be-liau menasihatkan pemohon su-paya menyertakan dokumenyang sah daripada pihak ber-kaitan sebagai bukti dan penge-sahan hak milik pemohon keatas tanah NCR berkenaan.

MPOB banteras kegiatan curi BTS sawitSIBU: Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC) melalui Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) akan me-nempatkan pegawai MPOB di ki-lang pemprosesan buah sawit ba-gi membendung kecurian buahtandan segar (BTS) dari ladangdan kebun sawit di negeri ini.Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas berkatasejak Julai tahun ini, Kemente-riannya melalui MPOB telah me-ngenal pasti tiga kawasan kritikaldan telah membuat operasi pe-nguatkuasaan.“Kawasan itu ialah daerah Se-

rian/Simunjan, daerah Selangaudan daerah Miri/Marudi,” katanya.Beliau berkata, demikian se-

lepas merasmikan PersidanganPekebun Kecil Sawit Kebangsaan2014 di sini baru-baru ini.Katanya, kementeriannya me-

lalui MPOB telah mengeluarkanamaran keras kepada pengilang-pengilang buah sawit supaya ti-dak membeli BTS yang dicuri.“Semua peniaga dan pekebun

kecil sawit perlu menyimpan re-kod urus niaga mereka,” katanya.Beliau berkata, pembabitan

skuad khas daripada ibu pejabatkementerian dan MPOB itu me-nunjukkan kesungguhan dalammenangani masalah kecurianBTS ini.Datuk Amar Douglas Uggah

Embas berkata, setakat ini se-ramai 13 pembekal BTS telahdidapati menjual kuantiti BTS

yang lebih tinggi berbanding de-ngan pengeluaran sebenar ke-bun sawit miliknya.“Bagi mereka yang membeli

BTS daripada sumber yang me-ragukan boleh dikenakan surattunjuk sebab dan berdepan tin-dakan lesen tidak diperbaharui,digantung atau ditarik balik,” ka-tanya.MPOB, katanya, telah menge-

luarkan surat tunjuk sebab ke-pada 13 pemegang lesen, iaitusebuah kilang pemprosesan BTS,seorang pekebun kecil dan 11peniaga BTS di negeri ini.Sebanyak 70 kompaun kepada

peniaga BTS dan pengilang bagipelbagai kesalahan yang dilaku-kan, dikeluarkan oleh MPOB,” ka-tanya.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan lesen PekebunKecil Sawit yang diluluskan untuk aktiviti menjual danmengalih buahsawit selepas perasmian Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan2014 kepada pekebun kecil sawit.

MPOB telah berjayamemperoleh deraf pertama genom sawit dandiumumkan pada November 2009 dalam Kongres Minyak SawitAntarabangsa MPOB (PIPOC) 2009. Pengumuman tersebut me-rupakan titik tolak ke arah pencapaianyang lebih memberangsangkan meli-puti penemuan pelbagai gen yang me-ngawal ciri agronomi serta penghasilanminyak sawit. Seterusnya, MPOB ber-janji akan berkongsi maklumat genomsawit tersebut serta hasil penyelidikan-nya dengan industri sawit tempatandan komuniti saintifik. MPOB telah me-nepati janjinya melalui kejayaan me-nerbitkan penemuan lakaran genomsawit pada Ogos 2013 dalam Nature,jurnal sains antarabangsa yang amatberprestij ketika ini. Dalam keluaranjurnal yang sama, MPOB turut mener-bitkan satu lagi hasil kajian berkaitangen yang mengawal kehadiran tempu-rung sawit. Pencapaian berganda inimemberikan sinaran baharu terhadapusaha berterusan yang dilakukan da-lam meningkatkan pengeluaran indus-tri sawit tempatan khususnya dan diperingkat global secara amnya.Satu lagi kejayaan baharu sahaja dilakar dalam projek genom

sawit iaitu penemuan gen yang mengawal warna buah sawit.Penemuan ini kemudiannya diterbitkan pada Julai 2014 dalamNature Communications, antara jurnal sains antarabangsa yangterkemuka. Penemuan ini memberi impak besar terhadap pe-ningkatan produktivi sawit melalui teknik mengenal pasti buahsawit yang masak secara lebih tepat. Hampir keseluruhan pokoksawit yang ditanam secara komersial di Malaysia, Indonesia dannegara pengeluar lain merupakan jenis yang dikenali sebagainigrescens. Buah sawit nigrescens berwarna hitam keunguansemasa muda dan perubahan yang kurang jelas apabila masaksepenuhnya. Dewasa ini, penuai menggunakan kaedah jumlahbuah sawit lerai dalam menentukan kematangan sesuatu tandansebelum dituai. Walau bagaimanapun, pokok sawit pada ke-biasaannya mempunyai lebih daripada satu tandan buah padasesuatu masa dan penentuan tandan yang masak menjadi lebihsukar pada pokok sawit yang tinggi. Kaedah buah lerai bolehmenyebabkan pemerhatian yang tidak tepat disebabkan buahlerai yangmungkin terjatuh di celah tandan. Kemungkinan di atasmenyebabkan tandan tidak dituai pada waktu yang tepat samaada terlalu awal atau lewat di mana kedua-duanya menjejaskankadar penghasilan dan kualiti minyak.Baka virescens menghasilkan warna buah sawit yang berbeza

semasa muda dan masak. Buah muda berwarna hijau danmenjadi oren apabila masak. Perubahan warna yang ketarasemasa perkembangan kematangan buah membolehkan tandandituai pada waktu yang sesuai. Kadar penghasilan dan kualitiminyak daripada pokok sawit virescens adalah serupa dengannigrescens.Kejayaan memencil gen yang mengawal warna buah banyak

bergantung kepada koleksi germplasma sawit MPOB dan pe-ngacukan genetik terkawal yang dilakukan sejak 40 tahun yanglalu. Koleksi germplasma sawit mengandungi lebih dari 100,000pokok yang dikumpul dari Afrika dan Amerika Selatan sejak lebih50 tahun yang lalu. Sekalung penghargaan turut diberikan kepadaahli industri sawit Malaysia yang telah menyumbang pelbagaisampel sawit yang mempunyai rekod pembiakbakaan sejak1950an lagi.Hasil penyelidikan daripada projek genom sawit MPOB juga

telah mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Malahanbintang Hollywood, Harrison Ford yang terkenal dengan watakIndiana Jones dan Hans Solo (filem Star Wars) yang juga me-rupakan seorang aktivis alam sekitar dan pengkritik industri sawitterutamanya di Indonesia, telah mengiktiraf usaha Malaysiamelalui penyelidikan genom sawit. Ini terbukti dalamwawancaradengan majalah Scientific American di mana beliau menyatakanbahawa penemuan gen yangmengawal ketebalan tempurung danwarna buah akan membolehkan peningkatan hasil sawit meng-gunakan kawasan tanaman yang sedia ada. Fenomena ini akanmeningkatkan penerimaan pengguna antarabangsa kepada in-dustri sawit. Sesungguhnya pengiktirafan ini membuka peluangyang lebih luas untuk penjenamaan minyak sawit Malaysia.Kajian genom sawit akan terus dipergiatkan ke arah hasil

penyelidikan yang berfaedah bagi memenuhi permintaan globalyang semakin meningkat terhadap makanan dan bahan api disamping memulihara kemampanan hutan. Sebagai antara pe-ngeluar minyak sawit terbesar dunia, Malaysia melalui MPOBakan bertanggungjawab memastikan industri sawit terus kukuhdan berdaya saing dalam kegiatan ekonomi tempatan dan an-tarabangsa. [email protected]

2

Page 3: Berita Sawit - September 2014

MPIC sambutMerdekaraya

Oleh Che Johari [email protected]

Putrajaya

Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komodi-ti (MPIC) dan agensi me-

raikan dua perayaan sekali gusiaitu majlis perayaan Aidilfitridan sambutan kemerdekaanbersempena dengan majlis per-himpunan bulanan kali ke3/2014 di ruang legar MPIC baru-baru ini.Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas semasamemberi ucapan aluan padamaj-lis itu berkata dua keraian utamayang disambut oleh rakyat Ma-

laysia dan warga kerja kemen-terian serta agensi iaitu ‘Merde-karaya’ mencerminkan kegembi-raan berganda seluruh rakyat.

Hari amat bermakna“Saya dapat merasakan, sambu-tan Hari Raya ini bukan sahajahari yang amat bermakna kepadaumat Islam, malahan ianya jugaturut dinantikan oleh rakyat yangbukan agama Islam.“Ini adalah kerana, masyarakat

majmuknegarakitayangunik, yangberbilang kaum, agama dan budayadapat bersama-sama berkongsi ke-bahagiaan merayakannya.“Hanya di negara ini, kita dapat

melihat rakyat yang terdiri da-ripada pelbagai agama dan bang-sa berpeluang menyambut pera-yaan besar bersama-sama de-ngan meriahnya.“Ini membuktikan bahawa ne-

gara kita ini aman, makmur danbersatu padu,” katanya.Beliau berkata, perbezaan aga-

ma, etnik, bahasa dan budayasama sekali bukan penghalangkepada keharmonian dan kese-jahteraan negara.“Perpaduan negaramerupakan

cabaran utama dan tanggungja-wab memelihara dan memper-

kukuhkannya terletak di bahu se-tiap lapisan masyarakat. Sekirakita leka dan alpa maka kerun-tuhan itu boleh berlaku dalamsekelip mata,” katanya.Justeru, beliaumenyeru semua

pihak sentiasa prihatin terhadap

sensitiviti kaum dan agama, te-rutama apabila menggunakanmedia sosial. Jangan sesekali kitamerosakkan keutuhan strukturmasyarakat dengan membenar-kan fitnah, kepalsuan dan cubaanuntuk meruntuh negara.

“Saya menyeru seluruh wargaMPIC dan agensi supaya meng-gunakan media sosial dengan pe-nuh tanggungjawab dan tertibagar keamanan dan kesejahtera-an yang telah terbina ini terusdipelihara,” katanya.

» Majlis sempenaperhimpunanbulanan kalike 3/2014di ruanglegar MPIC

Datuk Amar Dauglas Uggah Embasmenyampaikan sumbanganMPIC kepada wakil Pusat Pengurusan AnakYatim sempena Majlis Merdekaraya. Turut kelihatan Dato’ Noriah Kasnon dan Datuk Himmat Singh.

3

Forum MPOB-MPOA untukmajukan industri sawit

Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar mempengerusikan ForumIndustri MPOB-MPOA. Turut kelihatan Datuk Dr Choo Yuen May (duadari kanan), Datuk Carl Bek-Nielsen (kiri) dan Dr Ahmad Kushairi Din(kanan).

Oleh: Shamala [email protected]

Bangi: Forum industri di antaraLembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) dan Persatuan MinyakSawit Malaysia (MPOA) telah ber-langsung pada 2 September 2014,di Ibu Pejabat MPOB.Forum itu telah disertai oleh 20

ahli MPOA yang terdiri daripadaahli industri sawit seluruh negaraserta pengurusan dan pegawai pe-nyelidik dariMPOB. Ianyamerupa-kan platform untuk interaksi diantara MPOB dan MPOA yang ber-tujuan untuk meningkatkan hu-bungan dua hala yang berterusan,di samping bertukar maklumatdanpandanganmengenai industrisawit demi menjamin kesejahte-raan industri sawit negara.Forum ini telah dirasmikan

oleh Pengerusi MPOB, Dato’ Ar.Wan Mohammad Khair-il AnuarWan Ahmad. Beliau berkata me-lalui interaksi sebegini, MPOB bo-leh mengambil tindakan susulanyang efektif, selaras dengan ke-hendak industri. Beliau turut

mempengerusikan forum ini. Fo-rum teknikal juga dihadiri KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr ChooYuen May, yang memberikanmaklum balas terutamanya bagiisu-isu teknikal berkaitan penye-lidikan dan pembangunan yangdibangkitkan oleh MPOA.

Bincang 14 isuEmpat belas isu teknikal menge-nai aktiviti huluan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh in-dustri sawit terutamanya berkai-tan penanaman sawit telah di-bincangkan. Di antaranya terma-suk penambahbaikan baka sawit,penyakit Ganoderma, biologicaloxygen demand (BOD), penilaiankitaran hayat (LCA) sawit, pelanbiosekuriti sawit, penuai bermo-tor (CANTAS), peta genom, nutrisi,teknologi pengurangan pelepasanhabuk, teknologi sisa sifar, penya-kit reput pucuk, serangan ulatbungkus serta pengurusan danpemuliharaan tanah.Isu lain yang turut dibincang-

kan adalah kadar perahan mi-nyak (OER), tenaga buruh, pia-waianminyak sawitmampanMa-laysia (MSPO), bio-baja dan projek

permulaan (EPP) di bawah Bi-dang Ekonomi Utama Negara(NKEA) yang meliputi termasukantara lain, produktiviti, pengi-langan, penguatkuasaan, danskim tanam semula.MPOB memaklumkan terdapat

dua jenis produk hasil kerjasamaMPOB dengan syarikat tempatandi pasaran yang berkesan terha-dap jangkitan Ganoderma. MPOBjuga memaklumkan kedua-duaproduk tersebut (GanoEFTM danEmbioTM ActinoPlus) ini telah di-uji di ladang. MPOA juga berpen-dapat langkah seterusnya dalammenangani penyakit Ganodermaadalah melalui penyaringan bakasawit yang lebih rintang dan de-ngan ini menyarankan MPOB un-tuk mempergiatkan usaha penya-ringan tersebut.Dalam penguatkuasaan 20 ppm

biological oxygen demand (BOD)oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE)ke atas kilangminyak sawit,MPOAberharap MPOB akan terus ber-bincang dengan DOE bagi pelak-sanaan penguatkuasaan secaraberperingkat. Mengenai pelepa-san habuk, MPOB memaklumkanbahawa perbincangan dengan

DOE telah diadakan berkaitan isumenguatkuasakan had pelepasanhabuk dari dandang kilang sawitdikurangkan dari 400 mg/Nm3 ke-pada 150mg/Nm3. Industri meng-hadapimasalah untukmemasangteknologi bagi mengurangkan pe-lepasan habuk sehingga meme-nuhi piawai yang ditetapkan.MPOA memaklumkan bahawa

Australia dan New Zealandmem-punyai kepakaran yang luas da-lam pengawalan wabak oleh se-rangga perosakmenggunakan pe-sawat. MPOA menyaran MPOBsupaya mendapatkan perkhid-matan pesawat negara berkena-an bagi mempercepatkan penga-walan agar dapat mengurangkan

ancaman serangan perosak ini.MPOA juga memaklumkan ba-

hawa kekurangan tenaga buruhdi ladang sawit merupakan ma-salah serius yang dihadapi. Olehitu, MPOA menyaran supayaMPOB bersama dengan Kemen-terian untuk mendapatkan pe-nyelesaian alternatif bagi mengu-rangkan kesan masalah tenagaburuh. Usaha ini turut melibat-kan usaha penyelidikan mekani-sasi ladang bagi mempermudah-kan proses penuaian dan peng-angkutan tandan sawit. MPOBmemaklumkan bahawa usahagiat dijalankan terutamanya da-lam penyelidikan mekanisasi la-dang sawit.

Page 4: Berita Sawit - September 2014

4

MPOB–POMAbincang isuindustri sawit

Oleh Che Johari [email protected]

Bangi

Sesi interaksi antara MPOBbersama ahli-ahli PersatuanPengilang Minyak Kelapa Sa-

wit Malaysia (POMA) bagi mem-bincang isu-isu berkaitan industrisawit dalam negara diadakan diibu pejabat MPOB di sini, baru-baru ini.Sesi berkenaan dipengerusikan

oleh Pengerusi MPOB, Dato’ Ar.Wan Mohammad Khair-il Anuar

Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmadmempengerusikan Intraksi MPOB -POMA di IbuPejabat MPOB. Turut hadir Datuk Dr Choo Yuen May(dua dari kanan), Steven Yow Thin Chin (kiri) dan Dr

Ahmad Kushairi Din (kanan).

» Salur maklumatbaharu tanganipelbagai masalahdihadapi ahli

Wan Ahmad dan disertai 30 pe-serta terdiri daripada penguruskilang pemprosesan buah sawitdari wilayah utara, timur danselatan Semenanjung Malaysia.Dato’ Ar. Wan Mohammad

Khair-il Anuar berkata, sesi in-teraksi seumpama ini perlu di-aktifkan supaya MPOB dan ahliindustri sentiasa bersedia denganmaklumat terbaharu bagi mena-ngani pelbagai isu berkaitan in-dustri dan terutama isu berkai-tan kadar perahan minyak danpenggredan buah tandan segar(BTS).

MPOB bersedia, komitedBeliau berkata, MPOB sentiasabersedia dan komited untukmendengar serta berbincang isu-isu berkaitan industri sawit bagimemastikan industri komoditiini berkembang maju dan ber-daya saing,” katanya.

Beliau berkata, pengilang jugaperlu bersama kerajaan komitedbagi memastikan kadar perahanminyak sawit (OER) negara di-tingkatkan dan sekali gus me-ningkatkan pengeluaran minyaksawit negara bagi memenuhi per-mintaan pasaran samada dari da-lam atau luar negara.“Melalui peningkatan OER, har-

ga bayaran BTS kepada penanamterutama pekebun kecil sawit ju-ga dapat dibayar dengan hargayang tinggi dan secara langsungmembantu meningkatkan pen-

dapatan dan taraf sosio-ekonomimereka,” katanya.Beliau menasihati pengilang

buah sawit terutama ahli POMAturut menasihati pekebun kecilsawit supaya tidak menuai danmembekalkan tandan buah sawitmuda (unripe bunches) kepadakilang.Pegawai MPOB akan terus

membuat pemantauan dan la-watan pemeriksaan ke atas ke-giatan pembekalan BTS kategoriini dan bersedia untuk mengam-bil tindakan yang sewajarnya ke-

pada pembekal dan pembeli yangterbabit.En Steven Yow dalam ucapan-

nya menggesa MPOB untuk terusmembanteras amalam-amalan ti-dak sihat yang diamalkan olehsetengah pihak industri demime-ningkatkan OER serta pendapa-tan pekebun kecil.POMA juga mencadangkan su-

paya buah muda yang ditahan dikilang tidak dikembalikan kepadapenjual demi mengelakkan ianyadihantar semula ke kilang untukdiproses.

MSPO tingkatkankesedaran kemampanankepada pekebun kecil

Datuk Dr Choo Yuen May (dua dari kiri) ketikamempengerusikan Majlis Taklimat MSPO di Kuala Lumpur,baru-baru ini.

Oleh Ahmad Fadzil [email protected]

Kuala Lumpur: Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) akan terusbekerjasama dengan agensi danorganisasi lain dalam usaha me-ningkatkan kesedaran pekebunkecil sawit mengenai keperluanpemuliharaan alam sekitar.“Dengan bekerjasama, peke-

bun kecil akan lebih memahamipentingnya pemuliharaan alamsekitar serta syarat-syarat untukmendapat pensijilan MalaysianSustainable Palm Oil (MSPO),” ka-ta Ketua Pengarah MPOB, DatukDr Choo Yuen May dalam ucapanaluan di Majlis Taklimat MSPO disini baru-baru ini.Tambah beliau, perhatian terha-

dap alam sekitar, sumber asli, bio-diversiti dan ekosistem ada termak-tub di dalam Prinsip 5 MalaysianSustainable Palm Oil (MSPO).Pensijilan MSPO adalah secara

sukarela dan ianya berlandaskanpiawaian yang boleh diaudit olehBadan Pensijilan Bebas yang ber-daftar. Masa diperlukan untukmenaksir keberkesanan sistem

ini dan dalam mendapat peng-iktirafan serta penerimaan an-tarabangsa.DatukDr Choo berkatameman-

dangkan MSPO adalah satu setStandard Malaysia, ianya bolehdigunakan di dalam perundinganantara kerajaan (government-to-government) serta perdagangan.Ini secara langsung membantumemudahkan akses pasaran.

Penjenamaan minyak sawit“MSPO adalah penting kerana iamampumenyokong penjenamaanminyak sawit Malaysia. Pastinyadengan tambahan usaha dan kosuntukmenghasilkanminyak sawityang mampan, adalah diharapkanakan wujud satu premium buatminyak sawit yang telah disijilkanMSPO,” tambah beliau.MSPO untuk sektor sawit ne-

gara telah diumumkan oleh YABTimbalan Perdana Menteri pada19 November 2013.Siri Standard Malaysia untuk

MSPO dihasilkan dengan hasratmewujudkan peraturan am un-tuk kemampanan yang mana in-dustri minyak sawit perlu patuhi.Peraturan ini boleh diguna pakaioleh pekebun kecil bebas, syarikat

perladangan dan pekebun kecil dibawah skim perancangan sertapengilang minyak sawit.Rangkuman pekebun kecil ke

dalam standardMSPOadalahpen-ting keranamerekamenyumbang40 peratus kepada jumlah kawa-san tanaman sawit di Malaysia.Ujian lapangan MSPO sedang

dijalankan ke atas pekebun kecil,ladang sawit dan pengilang mi-nyak sawit. Hasil ujian lapanganini dijangka dapat memantapkanlagi pelaksanaan MSPO supayalebih berkesan.Prinsip dan kriteria (P&Cs) yang

termaktub di dalamMSPO adalahbermaksud untuk mengurang-

kan kesan negatif penanaman sa-wit terhadap alam sekitar; me-ningkatkan kadar hasil dan kua-l i t i sawit melalui AmalanPertanian Baik; dan menunaikantanggungjawab sosial serta me-nyelesaikan permasalahan alamsekitar secara telus dan bertang-gungjawab.Datuk Dr Choo berkata pem-

bangunan pensijilan MSPO ter-cetus berikutan keperluan untukmengesahkan pengeluaran mi-nyak sawit di negara ini berlan-daskan kemampanan.“Cabaran adalah untuk mem-

perluaskan pemakaian dan peng-gunaan MSPO di seluruh negara

serta penerimaan komuniti an-tarabangsa terhadap standardini,” tambah beliau.Datuk Dr Choo turut berkata

tadbir urus yang baik memain-kan peranan utama dalam me-mastikan kejayaan serta keber-kesanan sesuatu standard ke-mampanan.“Dalam hal ini, industri minyak

sawit Malaysia bernasib baik ke-rana ianya sememangnya satuindustri yang terkawal. Ini me-mudahkan usaha-usaha untukmemperkenalkan syarat-syaratrangka kerja agar piawaian MSPOdapat dilaksanakan secara ber-kesan,” tambah beliau.

Page 5: Berita Sawit - September 2014

5

Sasar hasil pekebun kecil22 tan BTS tahun 2020» Pekebun kecilsawit disaranubah amalanpenanaman

Oleh Che Johari [email protected]

SIBU

Pekebun kecil sawit persen-dirian disaran mengubahamalan penanaman sawit

yang dilaksanakan secara konve-sional pada masa ini kepadaAmalan Pertanian Baik bagi me-ningkatkan pengeluaran BuahTandan Segar (BTS) kebunnya.Purata pengeluaran BTS peke-

bun kecil sawit persendirian bagitahun 2010 hingga 2013 adalah17.64 tan/ha setahun dan men-jelang tahun 2020, kerajaan me-nyasarkan pengeluaran BTS pe-kebun kecil persendirian men-capai tahap 22 tan/ha setahun.Ketua Pengarah MPOB, Datuk

Dr Choo Yuen May berkata de-mikian ketika menyampai ucap-tama Persidangan Pekebun KecilSawit Kebangsaan 2014 di HotelKingwood di sini, baru baru ini.Lebih 500 orang pekebun me-

nyertai persidangan yang diada-kan pada setiap dua tahun sekaliitu dengan tema ‘Amalan Ber-ubah Hasil Bertambah’, dirasmi-kan Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embas.Datuk Dr Choo berkata, tana-

man sawit merupakan penyum-bang ketiga terbesar kepada pen-dapatan ekonomi negara selepasindustri peralatan teknologi in-ternet, petrol dan gas. Tahun 2012dan 2013, keluasan tanaman sa-wit negara 5.08 juta ha dan 5.12juta ha.“Pendapatan negara daripada

eksport minyak sawit pada tahunitu RM71.40 bilion dan RM61.29bilion. Penurunan pendapatanpada tahun 2013 disebabkan pe-nurunan harga minyak sawit dipasaran dunia,” katanya.Pekebun kecil memainkan pe-

ranan penting dalam pembangu-nan dan kesejahteraan industrisawit. Bilangan pekebun kecilme-ngusahakan tanaman sawit me-ningkat setiap tahun dan turutmerekodkan peningkatan dalampengeluaran BTS walaupun ka-dar perlahan.“Sehingga Disember 2013, bi-

langan pekebun kecil sawit per-sendirian yangmengusahakan ta-naman komoditi itu adalah192,198 orang meliputi keluasan748,291 hektar di seluruh negaradan purata keluasan kebun ada-lah 3.89 hektar.”“Harga BTS tertinggi dan te-

rendah direkodkan di Semenan-jung bagi tahun 2009 hingga 2013adalah RM36.28 dan RM22.62 un-tuk setiap 1 peratus kadar pe-rahanminyak (OER). PuratahargaBTS bagi tahun itu RM28.59 bagisetiap 1 peratus OER adalah lu-mayan,” katanya.Pekebun kecil dinasihatkan su-

paya terus berusaha meningkat-kan tahap pengeluaran BTS de-ngan menambah baik amalanpertanian. Pekebun kecil digalakmeningkatkan ilmupengetahuan teruta-ma bidang teknologibaharu berkaitan ta-naman sawit.Datuk Dr Choo ber-

kata, kerajaan mela-lui MPOB akan terusmembantu pekebunkecil meningkatkanproduktiviti tanamansawit dan pendapa-tan keluarga melaluibeberapa strategiyang sedang dilaksa-nakan pada masa ki-ni.

StrategiStrategi itu melaluibantuan bagi tana-man baharu dan ta-nam semula sawit; ga-lakan dan tunjuk ajaramalan pertanianbaik; integrasi sawit dengan ta-naman dan ternakan dan urusniaga BTS melalui koperasi.“Kerajaan melalui MPOB me-

laksanakan pemberian insentifbagi tanaman baru dan tanamansemula sawit kepada pekebun ke-c i l y a n g l aya k . B an t u anRM7,500/ha bagi pekebun kecil diSemananjung dan RM9,000/ha diSarawak dan Sabah dilaksanakansejak tahun 2011.”

“Pekebun kecil yang menerimabantuan ini akan dibekalkan de-ngan anak benih sawit berkualitiyang berupayamenghasilkanBTSsehingga 25 hingga 30 tan/ha se-tahun,” katanya.Pekebun kecil dinasihatkan su-

paya mengelak menggunakananak benih tidak berkualiti di-bekalkan oleh pengusaha anakbenih yang tidak diiktiraf olehMPOB atau menggunakan anakbenih yang tumbuh liar di bawah

pokok walaupunalasannya untukmengurangkan kos.

Datuk Dr Chooberkata, pekebunperlu mengamal-kan amalan perta-nian baik yang di-syorkan seperti me-nanam mengikutjarak yang betul,pembajaan yangmencukupi bagi se-tiap pokok, menga-wal rumpai, pero-sak dan penyakit po-kok saw i t yangsudah tentu akanmembantu pertum-buhan pokok sawitdengan subur, sekaligus berupaya meng-hasilkan BTS sepertiyang disasarkan.“Bagi aktiviti pe-

nuaian BTS, pekebunhanya perlumenuai BTS yang mencapai ta-hap kemasakan optimum danelak dari menuai tandan muda.“BTS berkenaan perlu dihantar

ke kilang dalam masa 24 jamselepas penuaian bagi mengelak-kan peningkatan kandungan asidlemak bebas dalam minyak sawitmentah yang dihasilkan.“Buah sawit lerai perlu dikutip

dan dihantar ke kilang untuk di-

proses bersama tandan. Buah sa-wit lerai adalah buah cukup ma-sak dan mempunyai kandunganminyak tinggi antara 40 hingga 48peratus berbanding tandan yanghanya mengandungi minyak an-tara 18 hingga 22 peratus,” ka-tanya.Strategi lain bagimembantu pe-

kebun kecil sawit meningkatkanproduktiviti adalah melalui ban-tuan menjalankan aktiviti inte-grasi tanaman atau ternakan de-ngan tanaman sawit.

“Pekebun kecil sawit bolehmengintegrasikan tanaman sa-witnya dengan tanaman kontanseperti pisang, nanas, sekoi, ja-gung dan lain-lain terutama padaperingkat awal penanaman dimana sawit masih belum menge-luarkan hasil.

Aktiviti intergrasi“Pekebun kecil juga boleh me-ngusahakan aktiviti integrasi ter-nakan seperti lembu dan kam-bing di kebun sawit mereka me-ngikut kesesuaian,” katanya.Kajian MPOB, pekebun kecil

yang mengamal aktiviti integrasidengan tanaman dan ternakanitu berupaya menjana tambahanpendapatan kepada mereka se-lain daripada pendapatan hasiljualan BTS,” kata Datuk Dr ChooYuen May.Pekebun kecil turut digalakkan

supaya menyertai koperasi de-ngan tujuan supaya pekebun kecilbersatu dan menjual BTS merekasecara berkelompok bagi menda-

pat harga yang lebih baik.“Pekebun kecil juga digalakkan

menubuhkan koperasi sendiriatau menjadi ahli kepada kope-rasi sedia ada atau menyertai ko-perasi pertubuhan peladang dikawasan masing-masing.”Beliau berkata, pekebun kecil

yang menyertai koperasi berupa-ya mendapat bayaran harga BTSlebih tinggi, iaitu antara 15 hingga20 peratus berbanding harga jua-lan BTS kepada peraih persen-dirian.Melalui inisiatif MPOB, 30 Ko-

perasi Penanam Sawit Mampan(KPSM) ditubuhkan di seluruh ne-gara.“KPSM menjalankan aktiviti

utama mengumpul dan menjualBTS ahlinya secara berkelompokdan sebahagiannya ada jugamembekal dan menjual inputpertanian seperti baja, racun danlain-lain untuk keperluan ahli,”katanya.Bagi memastikan pekebun kecil

sawit berupaya melaksanakanamalan pertanian baik danmeng-gunapakai inovasi serta teknologibaru penanaman sawit, MPOBmenyediakan dan menempatkanpegawai TUNAS di 45 buah pe-jabat MPOB di seluruh negara.“Pegawai TUNAS bersedia dan

diberi tanggungjawab untukmemberi nasihat serta tunjukajar dan pada masa sama me-nyampaikan teknologi serta ino-vasi baharu penanaman sawit ke-pada pekebun kecil sawit,” ka-tanya.

Datuk Dr Choo Yuen May bersama Presiden Persatuan KebangsaanPekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH), Datuk Aliasak Ambia (kanan)semasa Sesi Ucaptama Persidangan Pekebun Kecil SawitKebangsaan 2014.

Pekebun kecilyang menerimabantuan ini akandibekalkandengan anakbenih sawitberkualitiyang berupayamenghasilkanBTS sehingga 25hingga 30 tan/hasetahun”Datuk Dr ChooYuen May,Ketua Pengarah MPOB

Page 6: Berita Sawit - September 2014

Beluga tingkatproduktiviti,jentera modenpelbagai guna» Kos operasi,selenggara murah,pulangan modaldalam tempohdua tahun

Oleh Mohd Solah [email protected]

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) melalui Unit Penjente-raan Ladang telah menjalankan

penyelidikan dengan membangunkanjentera yang dibina kursus untuk ke-gunaan ladang dan kebun sawit sepertijentera pengangkut pelbagai guna, jen-tera pemotong sawit mekanikal, jen-tera dan alat pengutip buah sawit relai.Pembangunan jentera dan peralatanini adalah bagi memudahkan aktivitiladang yang secara langsung dapatmeningkatkan produktiviti dan pen-dapatan pekerja.Beluga adalah salah satu jentera pel-

bagai guna terkini yang dihasilkan bagimelakukan aktiviti selepas tuaianbuah tandan segar (BTS) di ladang yangdireka bentuk mengikut kesesuaian

permukaan tanah khasnya pada ka-wasan tanah gambut.

Kos penyelenggaraan murahBeluga boleh digunakan untuk ma-lakukan pelbagai aktiviti perladangansama ada mengangkut BTS, membaja,meracun dan melakukan kerja-kerjapenyelenggaraan lain di ladang sawit.Penggunaan jentera ini, mampu men-jalankan kerja sekitar 25 hingga 30 tansehari dengan kos operasi iaitu bahanbakar dan penyelenggaraan sekitarRM 73.00 sehari (untuk 25 tan) atauRM 2,044.00 sebulan dengan 28 haribekerja sebulan.Daripada segi pulangan modal, Be-

luga dipasarkan pada harga di antaraRM 78,000 sebuah dengan pembelianboleh dilakukan dengan pinjaman de-ngan institusi kewangan.Jika kadar upah yang dikenakan un-

tuk kerja-kerja mengangkut adalah RM10.00/tan, maka pendapatan kasaratau penjimatan yang boleh dilakukandengan penggunaan Beluga adalah se-kitar RM 177.00 sehari atau RM 4,956.00sebulan.Oleh itu, penggunaan Beluga mem-

beri pulangan modal yang cepat iaituantara 1 1/2 hingga 2 tahun sahajaselepas ditolak kos operasi dan kos lain-lain.

Produktiviti penggunaan Beluga

adalah 3.13 tan untuk seorang pekerjasehari berbanding 1.5 tan untuk se-orang pekerja sehari. Oleh itu, untukpengangkutan BTS 25 tan satu hari,penggunaan Beluga hanya memerlu-kan 8 pekerja berbanding 16 pekerjayang menggunakan kaedah konven-sional dan memberi penjimatan se-hingga 50 peratus tenaga kerja.Umum mengetahui, tenaga kerja

merupakan faktor utama dalammeng-hasilkan pendapatan sektor perlada-ngan sawit. Sehingga kini, terdapatkira-kira 500 ribu guna tenaga di sektorsawit dengan keluasan secara kasarsekitar 500 juta hektar dan daripadajumlah itu, lebih daripada dua pertigadaripadanya adalah tenaga kerjaasing.

Atasi masalah buruhInimenunjukkan industri sawit negarakita, jika tiada tenaga kerja asing, ke-mungkinan industri ini tidak bermayadan lumpuh. Masalah buruh ini me-rangkumi semua aktiviti penanamansawit sama ada ianya syarikat per-ladangan atau pun pekebun kecil.Bagi menangani masalah itu, penye-

lesaian jangka panjang perlu dicari dansatu strategi adalah melalui penggu-naanmekanisasi atau penggunaan jen-tera secara menyeluruh.Ia juga selaras dengan visi kerajaan

dan industri sawit bagi meningkatkanhasil pengeluaran komoditi dan men-jadikan Malaysia sebagai pengeluardan pengeksport utama komoditi kepasaran dunia.

Peningkatan tahap penggunaan me-kanisasi dan automasi di ladang perludiutamakan. Mekanisasi di setiap ak-tiviti pengeluaran dari peringkat pe-nyediaan tapak atau tanah hinggalahkepada pemasaran hasil komoditiakan membantu meningkatkan pro-duktiviti dan mengurangkan penggu-naan tenaga buruh, termasuk pekerjaasing.

Jentera pelbagai gunaBeluga adalah jentera kompak bertrekgetah yang berukuran 1.5 meter lebardan 2.8 meter panjang. Reka bentuk-nya teguh dengan pengagihan beratjentera yang efisien bagi memberi te-kanan pada permukaan tanah yangpaling rendah.

Ia dibangunkan kursus untuk men-jalankan kerja-kerja di kawasan tanahgambut yang tidak boleh dilakukanoleh jentera lain.Jentera ini sebelum dipasarkan, ia-

nya melalui beberapa ujian bagi me-nganalisa ketahanan dan kekuatanmelakukan kerja-kerja mengikut yangditetapkan. Setelah beberapa penam-bahbaikan dilakukan, jentera pengang-kut pelbagai guna ini dilancarkan dipasaran dengan nama Beluga.

Penggunaan Beluga di kawasantanah gambutCiri kebaikan BelugaSecara asasnya, Beluga merupakan

jentera kawalan hidrostatik yang di-gerakkan dengan kawalan satu batangbedik (single joystick control) yangringkas dan senang digunakan. Ianyamenggunakan enjin diesel 4-lejang je-nis Kukje-Cummins berkuasa 37 kuasakuda (hp) dengan sistem penyejukancecair yang memberikan kuasa secaraoptimum bagi pengoperasian pada ka-wasan tanah gambut.

Penggunaan Beluga sebagai jenterapengangkut berupaya menghasilkanpurata 25 tan BTS sehari di kawasanbergambut dengan penggunaan bahanapi sebanyak 12 – 15 liter sehari untuklapan (8) jam kerja.

ProduktivitiBeluga kini telah digunakan secara

meluas di ladang-ladang seluruh Ma-laysia. Daripada maklumbalas olehpengguna yang menggunakannya,penggunaan Beluga berupaya mening-kat produktiviti lebih daripada sekaliganda dengan menjimatkan tenagakerja sekitar 50 peratus berbandingdengan menggunakan kaedah konven-sional iaitu kereta sorong.

Purata penggunaan kereta sorongdalam aktiviti pengangkutan BTS ada-lah satu setengah tan (1 ½) untukseorang pekerja sehari.

Analisa produktivitipenggunaan Beluga:Ha/hari : 18.00 haMt/hari : 25.00 tanKos operasi / Mt : 2.90Kos Ha/Pekerja/hari : 2.25Kos Mt/pekerja/hari : 3.13

Nota:Bilangan pekerja untuk sebuah Be-

luga : 8 orang(Operator 1 orang / Loader 2 orang

/ Penuai 5 orang)Keluasan penggunaan untuk se-

buah Beluga : 250 haUntuk masa bekerja 8 jam sehari /

28 hari sebulan.

Kepelbagaian penggunaan BelugaSecara umumnya, penggunaan jentera

hendaklahdipandang secaramenyeluruhdan tidak tertumpukepada aktivitimeng-angkutBTS sahaja. Beluga tidak tertumpukepada kerja-kerja mengangkut BTS sa-haja, bahkan boleh digunakan untuk ak-tiviti-aktiviti lain seperti merumpai danmembaja jika ianya dilengkapi denganalatan-alatan yang bersesuaian denganaktiviti tersebut. Ini akanmengoptimum-kan penggunaan jentera dan boleh di-gunakan sepenuh masa. Sebagai contohdengan penambahan dan sedikit pengu-bahsuaian pada bahagian bin, Belugaboleh digunakan untuk kerja-kerja mem-baja dan meracun.

Penggunaan Beluga bagi aktivitipembajaan di ladang sawitProspek PasaranBeluga dijangka mampu bersaing de-

ngan jentera pengangkut yang sedia ada dipasaranmemandangkan ianyadireka khu-sus untuk kawasan tanah gambut. Selaintanah gambut, Beluga senang dikawal danberupaya untuk bekerja pada tempat-tem-pat yang sempit dan berteres yang sukardimasuki jentera lain. Dengan harga yangkompetitif, Beluga dijangka akan menda-pat sambutan di kalangan pengusaha la-dang kelapa sawit. Beluga dipasarkan olehMIZOU Holdings Sdn Bhd yang boleh di-hubungi melalui no.Tel 03-7734 7050 ataue-mail [email protected]

6 7

Jentera pelbagai guna Belugadihasilkan bagi melakukan aktivitiselepas tuaian buah tandan segardi ladang yang direka mengikutkesesuaian permukaan tanah.

Penggunaan Beluga dapat meningkatkanproduktiviti dan mempercepatkan kerjadi ladang.

Page 7: Berita Sawit - September 2014

8

Skim bantuan anakbenih jana pendapatan

KPSM bantu pekebunkecil di Sabah, SarawakPegawai Penyelidik MPOB, Az-man Ismail (gambar), berkata,Koperasi Penanam Sawit Mam-pan (KPSM) berupaya memban-tu ahlinya yang terdiri daripadapekebun kecil sawit meningkat-kan pendapatan melalui hasiljualan buah tandan segar (BTS)sehingga melebihi 25 peratusberbanding dengan pendapatanpekebun kecil sawit bukan ahliKPSM.Jualan BTS ahli KPSM

Saratok, Sarawak pada12 Julai 2014 kepadaKilang Sawit Sara-tok berjaya menda-p a t h a r g aRM524.80/tan ber-b a n d i n gRM414.60/tan hargaBTS ditawarkan pe-niaga persendirian.Ahli KPSMmendapat har-

ga BTS sebanyak RM110.20 atau26.6 peratus lebih tinggi ber-banding pekebun kecil bukanahli KPSM.Azman berkata ketika mem-

bentangkan kertas kerjanya ber-tajuk ‘Kesan Penubuhan Kope-rasi Penanam Sawit Mampan(KPSM) ke atas Pendapatan Pe-kebun Kecil Sawit’ pada persi-dangan sama.Beliau berkata, KPSM akan

mengumpul ahli yang terdiri da-ripada pekebun kecil sawit danmenjual hasil BTS secara ber-kelompok kepada kilang yangmemproses BTS bagi mengha-silkan minyak sawit mentah(MSM).“Kilang sawit, pada kebiasa-

annya tidak akan membeli BTSsecara terus daripada pekebunkecil atau individu persendiri-an. Jualan BTS secara terus danberkelompok melalui KPSM ke-pada kilang sawit itu akan ber-peluang mendapat tawaran ka-dar perahan minyak (OER) yanglebih tinggi daripada kilang ber-banding OER yang ditawarkanoleh peniaga orang tengah atau

peniaga BTS persendirian.

Ramai jadi ahliKPSM“Tawaran OERyang tinggi itu se-k a l i g u s a k anmemberikan har-ga BTS yang tinggi,”katanya.Semakin ramai pe-

kebun kecil sawit men-jadi ahli KPSM, maka pe-

luang mendapat tawaran OERlebih tinggi daripada kilang sa-wit lebih besar memandangkankuantiti BTS yang dijual kepadakilang adalah besar.Azman berkata, tujuan utama

penubuhan KPSM adalah untukmenyatukan pekebun kecil sa-wit persendirian supaya dapatmenjalankan aktiviti dan projekbagi kebaikan bersama.KPSM yang pertama ditubuh-

kan ialah KPSM Daerah Tongod,Sabah pada 14 Januari 2011 de-ngan jumlah ahli seramai 311orang pekebun kecil sawit danKPSM kedua adalah KPSM Da-erah Saratok, Sarawak pada 16Februari 2011 dengan jumlahahli 422 orang pada masa kini.

KP MPOBterimaAnugerahMerdeka 2014Kuala Lumpur

Datuk Dr Choo Yuen May,Ketua Pengarah LembagaMinyak Sawit Malaysia

(MPOB), adalah antara penerimaanugerah berprestij, AnugerahMerdeka, tahun ini.Menurut laporan BERNAMA,

para penerima yang lain adalahkartunis tersohorMalaysia, DatukMohammedNor Khalid; bekas Ke-

tua Pengarah Jabatan Perlindu-ngan Hidupan Liar dan TamanNegara, Mohd KhanMomin Khan;pensyarah Pusat Pengajian Keju-ruteraan Kimia Universiti SainsMalaysia, Prof Dr Abdul Latif Ah-mad; Dekan Penyelidikan, Bahandan Pembuatan PenyelidikanBersekutu, Prof Dr Ahmad FauziIsmail; dan ahli biologi kelahiranUnited Kingdom, Earl of Cran-brook kelima.

Sultan Perak Sultan NazrinShah, yang juga Penaung DirajaLembaga Pemegang AmanahAnugerah Merdeka mengumum-kan nama penerima ketika ber-titah di Kelab PetroleumMalaysiapada Khamis lalu.“Pencarian, pencalonandanpe-

milihan penerima AnugerahMer-deka yang bermula pada Januaritahun ini dijalankan secara rapiserta menyeluruh dan sejak di-wujudkan pada 2007, pencapaiandan sumbangan 22 individu sertadua organisasi mendapat peng-iktirafan,” titah baginda.Dr Choo, 59, menerima anu-

gerah dalam kategori kesihatan,sains dan teknologi berikutansumbangannya dalam pemba-ngunan proses yang baharu, ce-kap danmesra alam bagi industriberasaskan sawit melalui penye-lidikan dan pengkomersialan pel-bagai teknologi.Mohammed Nor atau lebih di-

kenali sebagai Lat, 63, dipilih da-ripada kategori pendidikan dankomuniti berdasarkan sumba-ngan cemerlang beliau terhadappromosi serta pemajmukan iden-titi budaya Malaysia menerusipenggunaan kartun dan usahamemupuk persefahaman serta

saling menghormati dalam ka-langan rakyat Malaysia yang ber-bilang kaum.Mohd Khan, 79, diiktiraf atas

sumbangan beliau terhadap pe-nyelidikan dan pemeliharaan hi-dupan liar menerusi penubuhanpusat pembiakan dalam kandangselain menjadi perintis dan ber-jaya menguruskan konflik manu-sia-hidupan liar di kawasan ter-libat.Kategori pencapaian akademik

cemerlang dianugerahi secarabersama kepada Abdul Latif, 47,dan Ahmad Fauzi, 48. Abdul Latifdiberi penghormatan atas sum-bangan beliau dalam bidangsains polimer, rawatan air kum-bahan dan teknologi pengasinganmembran.Ahmad Fauzi mendapat peng-

iktirafan meluas kerana sumba-ngan beliau sebagai ahli sainsmembran, ahli teknologi danpen-cipta bagi pemisahan gas sertarawatan air dan air kumbahan.Earl of Cranbrook kelima, 81,

dipilih untuk anugerah sumba-ngan cemerlang dalam merintispenyelidikan dan biodiversiti hu-tan serta ekologi Malaysia.Kategori ini terbuka kepada bu-

kan warganegara Malaysia yang

memberi sumbangan besar ke-pada negara ini dan rakyatnya.Para penerima mendapat trofi

Anugerah Merdeka, karya seniMerdeka yang dihasilkan artistempatan Latiff Mohidin danRM500,000.Anugerah Merdeka, yang di-

sampaikan setiap tahun sejak2007, dianugerahkan kepada in-dividu dan organisasi cemerlangyang kerja mereka meninggalkankesan luar biasa kepada Malaysiadan rakyatnya.Sebagai sebahagian daripada

inisiatif khas Anugerah Merdekatahun ini, Sultan Nazrin Shahturut mengumumkan penerimaGeran Anugerah Merdeka bagiPenempatan Antarabangsa, ge-ran jangka pendek yang diwu-judkan khusus bagi rakyat Ma-laysia yang layak berumur 22hingga 35 tahun untuk melibat-kan diri dalam projek kerjasamadi institusi terpilih yang men-dapat pengiktirafan antarabang-sa.Mereka ialah Ketua Fisiologi di

Royal College of Surgeons Ireland-Universiti Perdana di Malaysia DrKamalan Jeevaratnam dan pen-syarah kanan di Universiti PutraMalaysia, Dr Lim Hong Ngee.

Oleh Che Johari [email protected]

Sibu: Kajian awal ke atas pen-dapatan pekebun kecil sawit diSarawak dan Sabah yang me-nerima Skim Bantuan Anak Be-nih Berkualiti (SBABB) mening-kat masing-masing sebanyak112.90 peratus dan 112.72 pe-ratus hasil penjualan buah tan-dan segar (BTS) kebun sawit me-reka yang mula ditanam padatahun 2006 berbanding denganpendapatan pekebun kecil bu-kan penerima SBABB.Pekebun kecil SBABB Sarawak

merekodkan p endapa tanRM7,152.20/ha/th berbandingbukan peserta SBABB (RM3,359.40/ha/th) manakala peke-bun kecil SBABB Sabah RM7,167.80/ha/th berbanding bu-kan peserta (RM 3,370.40ha/th).Pegawai Penyelidik Prinsipal

MPOB, Zulkifli Abdul Manaf(gambar) berkata demikian se-masa membentang kertas ker-janya bertajuk ‘Penilaian keatas Pencapaian Awal Hasil danPendapatan Peserta Skim Ban-tuan Anak Benih Sawit Berkua-liti’ (SBABB), di Persidangan Pe-kebun Kecil Sawit Kebangsaan2014, baru-baru ini.Zulkifli berkata, kajian awal

itu berdasarkan pelaksanaanSBABB ke atas seramai 5,697 pe-kebun kecil di Sarawak dan Sa-bah pada 2006 sehingga 2010 de-

ngan membabitkan keluasanberjumlah 12,476 hektar ataupurata keluasan seluas 2.2 hek-tar tanaman sawit.

Hasil jualan BTS pertama“Pendapatan itu adalah hasiljualan BTS pertama yang dituaiketika tanaman sawit SBABBberusia 31 hingga 42 bulan se-lepas tanam berdasarkan hargaBTS di Sarawak dan Sabah ma-sing-masing RM447.78/tan danRM 442.68/tan,” katanya.Zulkifli berkata, peserta SBABB

di duanegeri ituberjayamencatatpengeluaran BTS sebanyak 7.30t/ha/th dengan pendapatan kasarsebanyak RM 3,250/ha/thn. De-ngan purata keluasan 2.2 hektar,mereka berupaya menjana pen-dapatan RM7,150/thn hasil jualanBTS tanaman sawit SBABB.“Perhatian lanjut ke atas pe-

serta SBABB didapati peningka-tan hasil BTS berlaku dengancemerlang apabila beberapa pe-

serta di Sabah dan Sarawak ber-upaya mendapat hasil BTS se-hingga melebihi 30 tan/ha padatahun 2013.“Antaranya ialah Rohani Chin

dari Sabah yang berjaya men-capai pengeluaran hasil BTS se-banyak 40.30 tan/ha dan John AkJunak dari Sarawak berupayamencapai 35.12 tan/ha,” katanya.Beliau berkata, ada peserta

SBABB berupaya mendapat ha-sil BTS tinggi itu mempraktiskanamalan pertanian baik sepertidinasihatkan pegawai MPOB.“Antaranya penyediaan kawa-

san dan teknik tanaman yangbetul, pembajaan tiga kali se-tahun, kawalan rumpai, pemang-kasan yang menepati polisi pe-mangkasan dan setiap pusinganpenuaian BTS dilakukan di an-tara 10 hingga 14 hari,” katanya.Sikap positif peserta SBABB

yang mencapai hasil BTS yangtinggi juga turut menjadi faktorutama dalam kejayaan mereka.“Pemerhatian mendapati ke-

kerapan peserta pergi ke ladangadalah lebih daripada lima kaliseminggu dan mereka turut me-luangkan masa tidak kurang la-pan jam sehari bagi menyeleng-gara dan menyelia kerja di ke-bun sawit mereka.“Sikap sebegini merupakan

aset utama peserta SBABB yangmemastikan penyelenggaraandan kerja oleh pekerja dilakukanseperti dinasihatkan oleh MPOBmenyumbang kepada kejayaan,”katanya.

Page 8: Berita Sawit - September 2014

Oleh Che Johari [email protected]

SIBU

MPOB dan syarikat Con-solidated Fertiliser Cor-poration Sdn Bhd (CFC)

melancar produk baja sawit ba-haru dikenali MPOB F6, baja sa-wit jenis premium yang ungguluntuk digunakan oleh peladangdan pekebun kecil sawit bagipembajaan tanaman sawit me-reka.Pelancaran produk baja itu di-

sempurnakan oleh Menteri Pe-rusahaan Perladangan dan Ko-moditi, Datuk Amar Douglas Ug-gah Embas sempena perasmianPersidangan Pekebun Kecil SawitKebangsaan 2014 yang diadakandi Hotel Kingwood di sini, baru-baru ini.Produk Baja F6 adalah hasil

penyelidikan dan pembangunanMPOB yang diketuai oleh PegawaiPenyelidik Prinsipal Kanan, DrKhalid Haron. Melalui perjanjian

kerjasama MPOB – CFC, syarikatCFC diberi lesen untuk menge-luar dan mengkomersial produktersebut di pasaran.Dr Khalid semasa ditemu bual

selepas pelancaran produk ituberkata pembajaan adalah faktorutama bagi pengusaha ladangdan pekebun kecil sawit untukmeningkatkan hasil pengeluaranbuah tandan segar (BTS) tana-man sawit mereka.

Hasil BTS seperti disasarKatanya, peladang dan pekebunkecil sawit tidak boleh berkom-promi dengan pembajaan, kera-na tiada baja, pokok sawit tidakakan berupaya menghasilkanBTS seperti yang disasarkan.“Bukan itu sahaja, baja juga

merupakan kos yang perlu di-kawal bagi memastikan peladangdan pekebun kecil sawit berupa-ya menikmati pendapatan hasiljualan BTS secara optimum.”“Ini disebabkan lebih 50-60 pe-

ratus kos bagi pengeluaran BTSadalah daripada kos pembajaan,”katanya.

Dr Khalid juga berkata bajaMPOB F6 merupakan baja pre-mium kompak yang unggul de-ngan formulasi nutrien yang se-imbang dan dirumus khas untukpokok sawit muda dan matang.Sementara itu, wakil syarikat

CFC, Koh Chin Keong berkata, pro-ses pengeluaran baja MPOB F6menggunakan sumber bahan ber-mutu tinggi dan dikisar halus, di-gaul sama rata sebelum dipadat-kandandipecahkandalambentukkompak dan seragam.“Baja ini sesuai digunakan un-

tuk semua jenis tanah mineraltropika dengan lebih berkesan

yang biasanya mengandungi fos-fat yang rendah.“Bagi kebanyakan baja yang

ada di pasaran kandungan fo-sfatnya adalah daripada batuanfosfat yang mana kecekapan pe-ngambilan fosfat adalah rendahsekitar 20 peratus hingga 30 pe-ratus sahaja.

Keistimewaan baja MPOB F6Katanya lagi, keistimewaan bajaMPOB F6 ini kerana ianya me-ngandungi 100 peratus bahan un-sur fosfat larut dengan analisismelebihi 60 peratus fosfat larutair di mana sepenuhnya dapat

diambil oleh pokok sawit denganlebih efektif.“Produk baja MPOB F6 ini sen-

tiasa padat dan tidak berketul dimana mudah ditabur berselerakdi ladang. Bagi ladang-ladang be-sar baja MPOB F6 juga boleh di-tabur dengan menggunakan jen-tera ‘spreader’.”“Penggunaan baja MPOB F6

berupaya membantu tumbesa-ran pokok sawit dengan lebihbaik dan sekali gus berupayamenghasilkan BTS yang tinggidan memberi peningkatan pen-dapatan kepada peladang dan pe-kebun sawit,” katanya.

Baja sawitMPOB F6dilancar» Produk jenis premium untukpeladang tingkat hasil keluaran

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Dato’ Noriah Kasnon (kiri), Datuk Himmat Singh, Dato’ Ar. WanMohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datuk Dr Choo Yuen May dan Koh Chin Keong (kanan) semasapelancaran baja MPOB F6.

Oleh Syed Mohd Hazry [email protected]

BANGI: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) muncul juaradalam Karnival Sukan MPIC 2014yang berlangsung di Pusat Sukan,Universiti Putra Malaysia, Ser-dang pada 15-17Ogos 2014 baru-baru ini.

K e j a y a a nMPOB menge-kalkan kejuara-an pada edisi2014 menjadi-kan MPOB mun-cul juara Karni-val Sukan MPICini untuk limakali berturut-turut, iaitu juarapada edisi tahun 2006 di Sarawak,2008 di Kelantan, 2010 di Melakadan 2012 di INSPEN, Bangi, Se-langor.Karnival sukan itu disertai oleh

Lembaga Perindustrian Kayu Ma-laysia (MTIB) selaku tuan rumahdan Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi

(MPIC) serta agensi di bawahnyaiaitu MPOB, Lembaga Getah Ma-laysia (LGM), Lembaga Koko Ma-laysia (LKM), Lembaga Kenaf danTembakau Negara (LKTN), Lem-baga Lada Malaysia (MPB) danGabungan Majlis-Majlis (GMM).Sejumlah 22 acara sukan diper-

tandingkan dan MPOB dengan bi-langan 210 orang atlet berjayame-ngutip jumlahmata tertinggi iaitu

162 mata selepasmenjuarai dalam8 acara, 7 naibjuara dan 4 tem-pat ketiga.Tempat kedua

dan ketiga disan-dangolehLGMde-ngan kutipan ma-ta berjumlah 138mata dan LKTNdengan 87 mata.

Seramai 1,300 atlet menyertaiKarnival Dwi-Tahunan SukanMPIC itu dirasmikan oleh Tim-balan Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, DatukNoriah Kasnon. Turut hadir Ke-tua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May dan Ketua-ketuaPengarah agensi lain di bawahMPIC.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan) MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din menjulang trofikejuaraan kejohanan sukan MPIC 2014, selepas diisytiharkan MPOB muncul Johan Keseluruhan padatemasya sukan itu bagi edisi 2014.

MPOB juara Karnival Sukan MPIC 2014

22acaradipertandingkan dalamKarnival Sukan MPIC 2014

FAKTA NOMBOR

9

Page 9: Berita Sawit - September 2014

Persidangan AntarabangsaKemampanan Minyak Sa-wit (IPOSC) ke-4 yang di-

adakan di Kota Kinabalu baru-baru ini adalah bukti bahawaMalaysian Palm Oil Council(MPOC) amat serius dalam me-nangani isu berkaitan dengan ke-mampanan industri sawit. Acarayang berlangsung selama 2 hariitu bermula pada 19 hingga 20Ogos 2014 telah dirasmikan olehPengerusi MPOC, Dato’ Lee YeowChor.

Lebih 200 peserta tempatandan luar negara iaitu dari Pe-

rancis, Bangladesh dan Indonesiaturut menyertai persidangan itu.Kertas kerja mengenai tajuk yangberkaitan dengan isu-isu kemam-panan minyak sawit, dasar dancabaran pensijilan, ILUC dan ini-satif pemuliharaan hidupan liartelah dibentangkan oleh pem-bentang tempatan dan luar ne-gara terutama dari Jerman, Ame-rika Syarikat dan Australia.Pada majlis perasmian acara

itu, Dato’ Lee Yeow Chor berkata,industri minyak sawit Malaysiaamat komited dalam menerajuipengeluaran minyak sawit secaramampan, mengambil berat ter-hadap alam sekitar dan pada ma-sa yang sama memacu pening-katan sosio-ekonomi masyara-kat.

“IPOSC adalah platform yangtepat untuk mempamerkan usa-ha itu serta berkongsi maklumatdan bersama-sama berbincangbagi menangani cabaran-caba-

ran baru yang dihadapi oleh in-dustri sawit Malaysia.”

Dato' Lee berkata, minyak sa-wit terus menjadi sumber utamaminyak dan lemak di pasarandunia dan memainkan perananpenting sebagai komoditi utamamenghasilkan produk makanandan bukan makanan.

Amalan pertanian“Oleh yang demikian, adalah

penting komoditi ini dihasilkanmelalui amalan-amalan pertani-an mampan bagi memastikanproduk yang dihasilkan selamatuntuk dimakan dan pada masayang sama ianya menangani isukeselamatan makanan yang di-hadapi oleh pengguna,” katanya.

Pada 2013, minyak sawit me-nyumbang 30 peratus daripadajumlah penggunaan minyak danlemak dunia, berbanding minyaksoya danminyak sesawi yang ma-sing-masing menyumbang seba-nyak 23 peratus dan 13 peratus.

"Disebabkan sumbangan yangpenting dan potensi untuk ber-kembang pada kadar yang lebihcepat daripada minyak sayurandan lemak lain, minyak sawit te-rus disasarkan dalam media danmenerima perhatian meluas da-ripada para penggubal undang-undang mengenai kemampanandan kesannya terhadap alam se-

kitar,” katanya .Industri minyak sawit Malay-

sia mempunyai pengalamanyang panjang dan sejak penana-man komoditi ini mula diper-kenalkan secara komersial di ne-gara ini, ianya ditanam di atastanah pertanian yang diluluskanundang-undang negara.Hakikat bahawa industri ini te-

lah berkembang maju lebih da-ripada 50 tahun dan kini terbuktimemberi manfaat meningkatkantaraf sosio-ekonomi beratus-ra-tus ribu penduduk luar bandaradalah testimoni terbaik terha-dap kemampanan industri mi-nyak sawit Malaysia.

Industri minyak sawit Malay-sia sentiasa berusaha meningkat-kan penyelidikan dan pembangu-nan (R&D) bagi menambahbaik-k a n p e n a n a m a n d a npengeluaran minyak sawit. Inijuga terbukti melalui beberapatindakan lain seperti perlaksana-an pelbagai mandat kerajaan Ma-laysia berkaitan pemuliharaanhutan, kawalan pencemaran,pembuangan efluen kilang dansebagainya.

Rasmi buku laporanSempena majlis perasmian

IPOSC 2014, buku Laporan StatusKemampanan Industri MinyakSawit Malaysia 2013/2014 telah

dilancarkan oleh Dato’ Lee. Bukuyang disusun dan diterbitkanoleh Akademi Sains Malaysia itumengadungi laporan analisis be-bas mengenai kemampanan in-dustri minyak sawit Malaysia danlangkah-langkah yang dijalankandi sepanjang rantaian nilai bagimemenuhi dan mematuhi kri-teria kemampanan.

IPOSC 2014 dianjurkan sebagaiplatform untuk menyampaikanmaklumat penting dan memak-lumkan bahawa industri minyaksawitMalaysia sentiasa beroperasimelalui prinsip-prinsip amalanpertanian baik bagi memastikanminyak sawit yang dihasilkan ada-lah mampan dan sekali gus me-menuhi kehendak permintaanpengguna di pasaran dunia.

“Industri minyak sawit Ma-laysia melalui MPOC komited ba-gi memastikan semua rantaianpenghasilan minyak sawit dilak-sanakan mengikut prinsip-prin-sip kemampanan yang ditetap-kan, bukan sahaja untukmening-katkan taraf sosio -ekonomipenduduk dan menjana penda-patan kepada negara malah me-rupakan tanggungjawab sosialutama supaya alam sekitar terusterpulihara dan pada masa yangsama memastikan minyak sawitselamat untuk dimakan,” kata-nya.

» Lebih 200peserta tempatan,luar negaraturut menyertaipersidangan

MPOC terusterajui isukemampanansawit

Pengerusi MPOC, Dato’ Lee Yeow Chor ketika berucapmerasmikan IPOSC 2104. Turut kelihatan, TimbalanKetua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi, Datuk M Nagarajan (kiri) dan KetuaPegawai Eksekutif MPOC, Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron (kanan).

Pengerusi MPOC, Dato’ Lee Yeow Chormelancarkan buku Laporan Status Kemampanan Industri MinyakSawit Malaysia 2013/2014 sempena perasmian IPOSC 2014 sambil diperhatikan oleh Ketua PegawaiEksekutif ASM, Dr Ahmad Ibrahim (kiri), Datuk MNagarajan (dua dari kiri) dan Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron(dua dari kanan).

10

Page 10: Berita Sawit - September 2014

11

Kemajuan industri sawit disokongoleh pembangunan teknologiKini penggunaan minyak sa-

wit tidak terbatas lagi ke-pada kapasiti penggunaan

tradisinya sebagai bahan utamamasakan. Pelbagai bentuk kema-juan teknologi yang berjaya di-capai negara memberi peluangbahan komoditi tersebut berkem-bang cergas dan menikmati pa-saran lebih luas.Dari pasaran tempatan yang ter-

had, menjangkau pasaran anta-rabangsa yang sekaligu mampumenganjakkan penggunaan kla-siknya sehingga mampu menje-ngah penggunaannya merentasibidang automotif, kosmetik, ba-rangan pengguna, produk-produksokongan sektor pertanian, pro-duk makanan, barangan seni, far-maseutikal dan sebagainya.Pengenalan biodiesel ke dalam

sektor pengangkutan negara men-jadi penanda aras terlepasnya ke-bergantungan negara kepada ba-han api berasaskan fosil. Dalamsegmen kosmetik, pelbagai pro-duk berasaskan tokotrienol sawitberjaya dihasilkan. Selain itu, pro-duk pengguna yang lain sepertibarangan cucian pinggan mang-kuk serta penjagaan diri sepertisyampu, losyen dan sebagainyamerupakan inovasi yang mem-banggakan dan bersedia untuk di-pasarkan kepada pengguna.Produk sokongan bagi sektor

pertanian serta penanaman sawitjuga banyak dihasilkan daripadainovasi yang berkaitan. Sebagaicontoh, produk ‘Ganocare’ yangmampu mengurangkan impak in-feksi kulat Ganoderma pada po-kok sawit. Produk ini mampu me-

rangsang pokok sawit membinakeupayaanmelawan jangkitan pe-nyakit Ganoderma.Selain itu, MPOB turut meng-

hasilkan formulasi bagi pembua-tan lilin batik, serta pelbagai for-mulasi dalam penghasilan produkmakananberasaskan sawit sepertimarjerin, santan dan aiskrim. Se-narai produk serta inovasi yangberjaya dihasilkan menunjukkanpencapaian dalam mengetengah-kan peranan serta kepentingaansawit. Segala bentuk inovasi ini

adalah kesan nyata penyelidikandan pembangunan teknologi yangdihasilkan serta bersedia untukdikomersialkan.Dalam kerangka mengkomer-

sialkan semua teknologi tersebut,MPOB turut berkolaborasi denganpelbagai institusi serta syarikattempatan bagi memasarkan hasilinovasi untuk kegunaan pasaranumum.Dengan berkembangnya pelba-

gai teknologi terkini, masa depankomoditi ini tidak lagi terkontang-kanting.Malah ia amat diperlukandalam skala yang lebih besar. Kearah mencapai matlamat meng-hasilkan produk yang mampumenggambarkan keunggulan Ma-laysia, bidang penyelidikan danpembangunan (R&D) komoditi iniperlu terus dipertingkatkan darisemasa ke semasa. R&D memban-tu meningkatkan potensi peng-gunaan bahan komoditi tersebutdisamping mengawal kualiti pro-duk yang dihasilkan agar diper-akui dan mencapai tahap peng-gunaan di peringkat antarabang-sa. Hal ini akan mewujudkansuatu senario positif dan industrisawit mampu terus menjana eko-nomi untuk negara.Kemajuan industri sawit mem-

beri kesan langsung kepada me-reka yang terlibat dengan industriini. Pengusaha sawit dalam pel-bagai sektor mampu menjanapendapatan yang lebih baik danmeningkatkan taraf hidup ma-sing-masing. Pembangunan tekno-logi dalam industri sawitmemberiimpak positif kepada negara se-cara keseluruhannya.

PEMENANG PERTAMA

Muhammad ArifAzahari Zailiani

(No. K/P: 970328-11-5061)SMS Hulu Terengganu,

Terengganu

Peraduan ini terbuka kepada pe-lajar sekolah menengah di selu-ruh negara. Karangan adalah me-ngenai industri sawit negara danantarabangsa dan ditulis tanganberpandukan tajuk yang diberi-kan di bawah:

Tajuk: “Bagi mencapai pro-duktiviti buah tandan segaryang tinggi, pekebun kecil di-saran amalkan sistem perta-nian baik. Bincangkan”.

Peraduan Mengarang Esei Be-rita Sawit terbuka kepada semuapelajar sekolah menengah Ting-katan 1 hingga 5.Tiga pemenang utama setiap

bulan akan menerima;Hadiah Pertama : RM250Hadiah Kedua : RM200Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapattempat pertama akan disiarkan

dalam Berita Sawit keluaran bulanOktober 2014 akan datang.

Syarat Penyertaan:1. Terbuka kepada pelajar se-

kolah menengah Tingkatan 1hingga 52. Panjang esei di antara 450 - 600

patah perkataan3. Sila nyatakan nama penuh,

alamat sekolah, alamat rumah,nombor kad pengenalan, nombortelefon dan sertakan sekepinggambar berukuran pasport (seki-ranya ada)4. Keputusan juri muktamad5. Tarikh tutup penyertaan ialah

pada 24 September 20146. Hantarkan penyertaan ke ala-

mat:Peraduan Mengarang Esei Be-

rita SawitIbu Pejabat MPOB6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangor

u/p: Noor Asmawati Abdul Sa-mad (Unit Komunikasi Korporat)

Keputusan Peraduan Menga-rang Esei Berita Sawit Bulan Ogos2014

Pemenang:

Hadiah PertamaMuhammad ArifAzahari Zailiani(No. K/P: 970328-11-5061)SMS Hulu Terengganu,Terengganu

Hadiah KeduaNuramirah Anuarashid(No. K/P: 970515-13-6044)SM Dato’ Abdul RahmanYa’kub, Merlimau, Melaka

Hadiah KetigaTiada pemenang

Pengenalan biodieselke dalam sektorpengangkutannegara menjadipenanda arasterlepasnyakebergantungannegara kepada bahanapi berasaskan fosil”

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit September 2014

Page 11: Berita Sawit - September 2014

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embasbersama Timbalannya, Dato’ Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha, KementerianPerusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Himmat Singh bersama-samamengibar Jalur Gemilang sempena majlis Sambutan Merdekaraya MPIC.Turut kelihatan Ketua Pengarah agensi dan wakil di belakang.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan sijil penghargaankepada pekebun kecil sawit yang memenangi Anugerah Pekebun KecilTerbaik negeri Sarawak 2013 selepas perasmian PersidanganPekebun Kecil Sawit Kebangsaan 2014 di Sibu, Sarawak. Turut kelihatanDato’ Noriah Kasnon (dua dari kiri), Datuk Himmat Singh (kiri), Dato’ ArWan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (tiga dari kanan) danDatuk Dr Choo Yuen May (kanan).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Noriah Kasnon diiringioleh Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May dan Ketua Pengarah MTIB, DrJalaluddin Harun selaku tuan rumah Sukan MPIC 2014 mengunjungi kontinjen MPOBpada perasmian sukan berkenaan.

12

Datuk Dr Choo Yuen May ketika menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Ke-57 dibawah Sektor Perkhidmatan Awam Malaysia pada 31 Ogos 2014 di DataranMerdeka, baru-baru ini.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan album gambar kenangan kepadabekas Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk SeriNurmala Abdul Rahim sempena persaraan wajib beliau. Turut kelihatan penggantinya,Datuk Himmat Singh (kiri).

Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar (tiga dari kiri) semasamelawat pameran MPOB yangdiadakan di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.