berita sawit - februari 2016

11
Usaha mempertingkat industri sawit » Pelbagai inisiatif diperkenal pastikan jana ekonomi, pendapatan negara Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar 2016 sambil diperhatikan Datuk Dr Sundaran Annamalai (kiri), Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Datuk Dr Choo Yuen May di ibu negara, baru-baru ini. Oleh Fadzil Ghazali [email protected] Kuala Lumpur M alaysia terus mengambil langkah untuk memper- kasakan industri sawit bagi memastikan ia menjana per- tumbuhan ekonomi dan penda- patan untuk negara secara ber- panjangan. Menteri Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kerajaan mengiktiraf kepenti- ngan industri sawit memandang- kan sumbangan besarnya kepada ekonomi negara. “Industri sawit adalah satu da- ripada penyumbang utama per- tumbuhan ekonomi negara ter- masuk pembangunan luar ban- dar. Sebagai pengeluar kedua terbesar dan pengeksport utama minyak sawit, Malaysia mempu- nyai peranan penting dalam me- menuhi keperluan minyak dan lemak dunia,” katanya ketika me- rasmikan Palm Oil Economic Re- view and Outlook Seminar 2016 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini baru-ba- ru ini. Turut hadir di acara tahunan ini adalah Ketua Setiausaha Ke- menterian Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; Pengerusi MPOB, Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ketua Pengarah, MPOB Datuk Dr Choo Yuen May. Bendung kejatuhan harga Kerajaan memperkenalkan bebe- rapa langkah pada 2015 untuk membendung kejatuhan harga minyak sawit berikutan paras stok yang tinggi dan pembelian berkurangan dari negara peng- import sawit berikutan ketidak- tentuan ekonomi dunia. Program pengadunan biodiesel sawit dan diesel petroleum diting- katkan daripada 5 peratus kepada 7 peratus. Program B7 ini dilak- sanakan sepenuhnya pada 2015 dan ini berjaya mengambil 575,000 tan minyak sawit setahun daripada pasaran. “Program ini memaparkan usa- ha kerajaan ke arah mempelba- gaikan penggunaan minyak sa- wit. Inisiatif adunan diesel sawit yang lebih tinggi daripada paras 7 peratus ke 10 peratus sedang di- usahakan. Impak Program B10 akan menjana sentimen positif ke arah meningkatkan harga mi- nyak sawit,” tambah beliau. Program tanam semula Kerajaan juga memperkenalkan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) 2015 pada Oktober lalu ber- tujuan menggalakkan pengusaha ladang menanam semula ladang tidak produktif. Skim ini ditawar- kan bermula 1 Oktober 2015 se- hingga hujung tahun itu dengan peruntukan RM100 juta dan ber- tujuan menanam semula 83,000 hektar ladang tidak produktif di seluruh negara. “Dengan pelaksanaan program ini, dijangkakan 250,000 tan penge- luaran minyak sawit mentah dapat dikurangkan. Ini dapat mengurang- kan stok dan seterusnya mensta- bilkan harga sawit,” katanya. Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Malaysia turut memperkenalkan piawaian Ma- laysian Sustainable Palm Oil (MS- PO) sejak 2014 sebagai usaha me- luaskan lagi pasaran minyak sa- wit ke negara pengimport yang mendesak pengiktirafan kemam- panan. “Kerajaan menubuhkan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk mengawal selia dan mengurus pelaksanaan pen- sijilan skim MSPO,” katanya. Pada peringkat antarabangsa pula, Malaysia dan Indonesia te- lah menandatangani perjanjian penubuhan Majlis Negara- Nega- ra Pengeluar Minyak Sawit atau Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) semasa Per- sidangan Kemuncak Asean ke 27 November lalu. Industri sawit adalah satu daripada penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara termasuk pembangunan luar bandar” Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Upload: dangngoc

Post on 16-Jan-2017

255 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Sawit - Februari 2016

Usaha mempertingkatindustri sawit» Pelb agaiinisiatifdip erkenalp astikanjana ekonomi,p endap atannegara

Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar 2016 sambil diperhatikan Datuk DrSundaran Annamalai (kiri), Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Datuk Dr Choo Yuen May di ibu negara, baru-baru ini.

Oleh Fadzil Ghazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Kuala Lumpur

Malaysia terus mengambillangkah untuk memper-kasakan industri sawit

bagi memastikan ia menjana per-tumbuhan ekonomi dan penda-patan untuk negara secara ber-panjangan.

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas, berkatakerajaan mengiktiraf kepenti-ngan industri sawit memandang-

kan sumbangan besarnya kepadaekonomi negara.

“Industri sawit adalah satu da-ripada penyumbang utama per-tumbuhan ekonomi negara ter-masuk pembangunan luar ban-dar. Sebagai pengeluar keduaterbesar dan pengeksport utamaminyak sawit, Malaysia mempu-nyai peranan penting dalam me-menuhi keperluan minyak danlemak dunia,” katanya ketika me-rasmikan Palm Oil Economic Re-view and Outlook Seminar 2016anjuran Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB), di sini baru-ba-ru ini.

Turut hadir di acara tahunan

ini adalah Ketua Setiausaha Ke-menterian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, Datuk DrSundaran Annamalai; PengerusiMPOB, Dato’ Ar. Wan MohammadKhair-il Anuar Wan Ahmad danKetua Pengarah, MPOB Datuk DrChoo Yuen May.

Bendung kejatuhan hargaKerajaan memperkenalkan bebe-rapa langkah pada 2015 untukmembendung kejatuhan hargaminyak sawit berikutan parasstok yang tinggi dan pembelian

berkurangan dari negara peng-import sawit berikutan ketidak-tentuan ekonomi dunia.

Program pengadunan biodieselsawit dan diesel petroleum diting-katkan daripada 5 peratus kepada7 peratus. Program B7 ini dilak-sanakan sepenuhnya pada 2015dan ini berjaya mengambil575,000 tan minyak sawit setahundaripada pasaran.

“Program ini memaparkan usa-ha kerajaan ke arah mempelba-gaikan penggunaan minyak sa-wit. Inisiatif adunan diesel sawityang lebih tinggi daripada paras 7peratus ke 10 peratus sedang di-usahakan. Impak Program B10akan menjana sentimen positif kearah meningkatkan harga mi-nyak sawit,” tambah beliau.

Program tanam semulaKerajaan juga memperkenalkanSkim Insentif Tanam Semula(SITS) 2015 pada Oktober lalu ber-tujuan menggalakkan pengusahaladang menanam semula ladangtidak produktif. Skim ini ditawar-kan bermula 1 Oktober 2015 se-hingga hujung tahun itu denganperuntukan RM100 juta dan ber-tujuan menanam semula 83,000hektar ladang tidak produktif diseluruh negara.

“Dengan pelaksanaan programini, dijangkakan 250,000 tan penge-luaran minyak sawit mentah dapatdikurangkan. Ini dapat mengurang-kan stok dan seterusnya mensta-bilkan harga sawit,” ka t a nya .

Datuk Amar Douglas UggahEmbas berkata, Malaysia turutmemperkenalkan piawaian Ma-laysian Sustainable Palm Oil (MS-PO) sejak 2014 sebagai usaha me-luaskan lagi pasaran minyak sa-wit ke negara pengimport yangmendesak pengiktirafan kemam-panan.

“Kerajaan menubuhkan MajlisPensijilan Minyak Sawit Malaysia(MPOCC) untuk mengawal seliadan mengurus pelaksanaan pen-sijilan skim MSPO,” ka t a nya .

Pada peringkat antarabangsapula, Malaysia dan Indonesia te-lah menandatangani perjanjianpenubuhan Majlis Negara- Nega-ra Pengeluar Minyak Sawit atauCouncil of Palm Oil ProducingCountries (CPOPC) semasa Per-sidangan Kemuncak Asean ke 27November lalu.

Industri sawit adalah satudaripada p enyumb angutama pertumbuhanekonomi negaratermasuk pembangunanluar bandar”Douglas Uggah Embas,Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi

Page 2: Berita Sawit - Februari 2016

2

MPIC, agensi turun padangtemui masyarakat umum» Program HelloKomoditi tingkatpengetahuansektor komoditi

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada ProgramHello Komoditi Pusa, Betong, Sarawak.

Pada keseluruhan, tahun 2015 merupakan tahun yang mencabarbagi industri sawit Malaysia.

Prestasi industri sawit tahun 2015 adalah bercampur-campur denganprestasi positif ditunjukkan dari aspek peningkatan pengeluaranminyak sawit mentah (CPO) serta peningkatan kuantiti eksport.Sementara itu, prestasi menurun dari aspek nilai eksport, stok akhirdan harga.Pengeluaran CPO telah meningkat sebanyak 1.5% kepada 19.96 juta

tan berbanding 19.67 juta tan pada tahun 2014.Ini adalah ekoran daripada pertambahan ka-

wasan tanaman matang yang baharu mengeluar-kan hasil, terutamanya di Sarawak. PengeluaranCPO di Semenanjung Malaysia dan Sarawak men-catatkan pertumbuhan sebanyak 3.6% dan 7.6%kepada 10.54 juta tan dan 3.70 juta tan, masing-masing. Bagaimanapun, Sabah telah merekodkanpenurunan sebanyak 5.5% kepada 5.72 juta tan.Hasil buah tandan segar (FFB) pada tahun 2015

telah mengalami penurunan sebanyak 0.8% ke-pada 18.49 tan sehektar berbanding 18.63 tansehektar untuk tahun 2014.Penurunan ini berlaku akibat penurunan hasil

FFB di Sabah sebanyak 6.3% kepada 19.99 tansehektar berbanding 21.34 tan sehektar yang di-capai pada tahun sebelumnya. Semenanjung Ma-laysia dan Sarawak bagaimanapun mencatatkanpeningkatan, masing-masing pada 3.1% dan 0.5%kepada 18.80 tan sehektar dan 16.21 tan sehektar.Industri sawit telah merekodkan penurunan kadar perahan minyak

(OER) sebanyak 0.8% kepada 20.46% bagi 2015. Ini dilihat berpuncadaripada kejatuhan kualiti buah tandan segar (FFB) yang diproses dikilang.Sealiran dengan peningkatan pengeluaran CPO, jumlah eksport

produk sawit telah meningkat sebanyak 1.0% kepada 25.33 juta tanpada tahun 2015 berbanding 25.07 juta tan yang dieksport pada tahun2014.Namun begitu, akibat kejatuhan harga eksport, nilai eksport telah

mencatatkan penurunan sebanyak 5.5% kepada RM60.11 bilion ber-banding RM63.62 bilion yang dicatatkan pada tahun 2014.Pendapatan eksport minyak sawit mencatatkan penurunan se-

banyak 7.3% kepada RM41.23 bilion berbanding RM44.50 bilion padatahun 2014. Sungguhpun begitu, eksport minyak sawit meningkathanya pada kadar 0.8% kepada 17.44 juta berikutan permintaan yangmeningkat, terutamanya daripada India, Turki, Filipina dan AfrikaSelatan.India telah mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran eksport

terbesar minyak sawit Malaysia bagi tahun 2015, dengan jumlaheksport ke India sebanyak 3.69 juta tan, meningkat sebanyak 13.6%berbanding tahun 2014. Ini diikuti oleh Kesatuan Eropah sebanyak 2.43juta tan, meningkat sebanyak 0.9% berbanding tahun 2014. Eksportminyak sawit ke China bagaimanapun menyusut sebanyak 16.2%kepada 2.38 juta tan berbanding 2.84 juta tan. Sementara itu, Pakistankekal sebagai pasaran eksport keempat terbesar produk sawit Malaysiawalaupun eksport ke negara tersebut menyusut 13.3%.Selain itu, tahun 2015 juga memperlihatkan harga bagi semua

produk sawit didagangkan rendah.Harga dagangan CPO direkodkan menyusut 9.6% kepada RM2,153.50

setan berbanding RM2,383.50 pada tahun sebelumnya. Penyusutanharga sawit banyak dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak sa-yuran dunia terutamanya minyak kacang soya dan minyak biji se-sawi.Di samping itu, kebimbangan pasaran terhadap kelembapan eko-

nomi China ditambah pula dengan kelembapan hargaminyakmentah,turut mempengaruhi kejatuhan harga minyak sawit.Tahun 2016 dijangka akan memperlihatkan pemulihan dalam harga

berikutan sentimenpasaran akibat fenomenaEl-Nino yangmendorongharga untuk pulih.Sementara itu, eksport juga dijangka akan meningkat pada separuh

kedua tahun 2016 berikutan ramalan pemulihan dalam sektor eko-nomi dan pengeluaran bagi negara-negara pengimport minyak sawitterbesar seperti China dan India.MPOB dengan sokongan MPIC dan kerjasama industri sawit akan

terus memperkenalkan tindakan bagi membantu peningkatan sektorminyak sawit huluan dan hiliran untuk mengukuhkan daya saingminyak sawit dan juga sentiasa memantau pembangunan dan me-lakukan tindakan diperlukan bagi meningkatkan prestasi industriminyak sawit tempatan.Dengan kerjasamadi antara pihak-pihak berkenaan, prestasi industri

sawit Malaysia akan diperkukuhkan lagi pada tahun 2016.

Prestasi industri sawitMalaysia 2015 mencabar

Oleh Noor Asmawati [email protected]

Pusa, Betong

Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komo-diti (MPIC) bersama

agensi di bawahnya turun pa-dang bagi memberi penera-ngan kepada pekebun kecil danberkongsi maklumat denganmasyarakat umum berkaitankemajuan komoditi melaluiprogram Hello Komoditi.Penganjuran Hello Komoditi

bertujuan meningkatkanpengetahuan dan kesedaranmasyarakat terutamanya peke-bun kecil dan usahawan me-ngenai sektor komoditi sertapeluang perniagaan yang di-tawarkan.Hello Komoditi dianjur oleh

MPIC bersama agensi sepertiLembaga Minyak Sawit Malay-sia (MPOB), LembagaGetahMa-laysia (LGM), Lembaga KokoMalaysia (LKM), Lembaga Per-industrian Kayu Malaysia(MTIB), Lembaga Lada Malay-sia (MPB) dan Lembaga Kenafdan Tembakau Negara (LKTN).Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embasketika berucap di majlis pe-rasmian program itu berkata,

Hello Komoditi akan menarikminat masyarakat terutama-nya para belia untuk mence-buri bidang kerjaya dan keusa-hawanan berasaskan komoditibagi meningkatkan taraf hidupdan ekonomi.Katanya, Kementerian dan

agensi sentiasa bersedia untukmembantu dengan menyedia-kan pelbagai kemudahan danbantuan seperti program ban-tuan tanaman komoditi, prog-ram latihan keusahawanandan peluang pekerjaan dalamsektor perladangan dan komo-diti.“Bagi memastikan para pe-

kebun kecil komoditi terus ber-daya maju, Kerajaan menyedia-kan pelbagai jenis bantuan daninsentif meliputi semua jeniskomoditi. Skop bantuan yangdisediakan kepada pekebun ke-cil amat komprehensif.

Pekebun kecil dibantuKatanya, sebagai contoh, pe-kebun kecil sawit yang inginmenanam semula atau tanambaru akan dibantu dari pe-ringkat pembersihan dan pe-nyelenggaraan ladang, pemba-jakan, bantuan benih dan po-kok, baja, racun sehinggalahke proses penuaian buah sertapasaran. Bantuan yang dise-diakan dalam bentuk benih,baja dan wang tunai dan nilaibantuan yang disediakan pulaberbeza mengikut jenis komo-diti dan aktiviti yang dijalan-kan.“Sudah tentunya kemuda-

han yang disediakan seperti inidapat memberi manfaat kepa-da tuan-tuan dan puan-puandalam meningkatkan aktiviti

ekonomi dan menjana penda-patan dan seterusnya mening-katkan taraf hidup masing-ma-sing”, katanya.Dalam sektor sawit, inisiatif

kerajaan menubuhkan Kope-rasi Penanam Sawit Mampantermasuk di negeri Sarawak te-lah memberi peluang penyer-taan pekebun kecil bagi Ama-lan Pertanian Baik dan pena-naman sawit secara mampanyangmemberi peningkatan ha-sil ladang dan pendapatan.Melalui bantuan yang dise-

diakan kerajaan dan khidmatnasihat penanaman sawit yangdisalurkan oleh MPOB melaluiPegawai TUNAS telah mem-bantu pekebun kecil mening-katkan hasil melebihi 30 tansehektar setahun. Ini terbuktidengan meningkatnya bila-ngan pekebun kecil sawit yangmenyertai Ahli Kelab 30 Tantermasuk di Sarawak.Melalui transformasi peke-

bun kecil melibatkan amalanyang produktif dan bantuankerajaan yang disediakan me-lalui MPIC, Kerajaan mensasar-kan peningkatan pendapatanpekebun kecil yang mengusa-hakan tanaman komoditi tidakkurang RM4,000 sebulan padatahun 2020.Perasmian Hello Komoditi

turut dihadiri oleh Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Be-ting-Maro, Razaili Gapor;ADUN Bukit Saban, Robert La-wson Chuat ak Vincent Ente-ring; Ketua Setiausaha MPIC,Datuk Dr Sundaran Annama-lai; Residen Bahagian Betong,Datu Romie Sigan Daniel; Pe-ngerusi serta Ketua-Ketua Pe-ngarah Agensi di bawah MPIC.

Page 3: Berita Sawit - Februari 2016

Sasaran baharu, halatuju DKN dikaji semula

Oleh Noor Asmawati AbdSa m a dwatie@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Hala tuju dasar dan sasaranbaharu Dasar KomoditiNegara (DKN) yang kini se-

dang dikaji semula akan dimuk-tamadkan dan dibentang kepadaJemaah Menteri dalam tempohte r d e ka t .

Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas berkata,melalui kajian semula DKN, halatuju dasar dan sasaran baharusektor komoditi akan dimukta-madkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, dasar dan stra-tegi bersifat game changers ya n gmampu menghadapi pasaran an-tarabangsa yang sungguh dina-mik serta arus perubahan sainsdan teknologi bagi mencapai pro-duktiviti yang tinggi dan men-cipta produk bernilai tambahtinggi yang inovatif.

“Pada masa sama, kita perlumenambah baik pangkalan datakomoditi agar lebih tepat, siste-matik dan berkesan,” ka t a nya .

Menurut Datuk Amar Douglas,data yang tepat, terkini dan sen-tiasa dikemaskini akan memu-dahkan proses membuat kepu-tusan yang berkesan dalam pe-rancangan, pelaksanaan danpemantauan inisiatif, programdan projek.

Manfaat data“Data berkenaan akan turut di-manfaatkan bagi meningkatkanhasil dan mengu-r a n g k a n k o s .Transformasi per-lu dibuat ke arahindustri yang mes-ra alam, menyo-kong pertumbu-han hijau denganme ng gu nap akaikonsep pengguna-an dan pengelua-ran mapan.

“Kita perlu me-ngorak langkahproaktif dalam pe-laksanaan skimpensijilan dan pe-netapan piawaianyang lebih tinggidaripada piawaianantarabangsa kearah peningkatandaya saing produk-produk komoditin e g a ra ,” ka t a nya .

Beliau juga me-nyeru warga MPICmemberikan ko-mitmen yang padu dalam men-capai sasaran baharu yang akanditetapkan kelak dalam DKN.

“Dalam hal ini, kita perlu ber-fikir bukan lagi di luar kotak te-tapi dalam kotak baharu, yangmembolehkan kita menjana ideayang lebih inovatif dan tidak ter-lalu selesa dengan tahap penca-

paian dan sasaran yang hampirsama setiap tahun”, katanya.

Beliau berkata, industri komo-diti negara adalah berorientasi-kan pasaran eksport dan hargapasaran ditentukan oleh kuasapenawaran dan permintaan dipasaran utama.

“Ketika ini, pasaran eksportutama negara masih mengalamipertumbuhan ekonomi yang per-lahan.

“Oleh itu, jalinan kerjasama an-tarabangsa menerusi Internatio-nal Tripartite Rubber Council(ITRC) dan Council of Palm Oil

Producing Countri-es (CPOPC) adalahamat penting bagimemberi penga-ruh terhadap kuasap enawaran,” u ja rb eliau.

Katanya, indus-tri komoditi nega-ra akan mendapatmanfaat positifdan terbaik mela-lui jalinan kerjasa-ma ini. Perjanjianperdagangan be-bas seperti Perjan-jian PerkongsianTrans-Pasifik (TP-PA) juga perlu di-manfaatkan se-baiknya oleh pihakindustri supaya ak-ses pasaran komo-diti yang lebih luasdan kukuh dapatdip erolehi.

“Dalam hal ini,market intelligence

atau maklumat risikan pasaranyang mantap dan tepat pada ma-sanya adalah amat kritikal teru-tamanya bagi pasaran utama.

“Ia perlu sentiasa diperkukuhsupaya kita mampu menanganiisu pasaran terutamanya yangberbentuk bukan tarif secara pro-a k t i f,” ka t a nya .

» Kajian bagihasilkan dasar,strategi mampuhadapi pasaranantarab angsaserta capaiproduktiviti tinggi

Data berkenaanakan turutdimanfaatkan bagim e n i n g ka t ka nhasil danm e n g u ra n g ka nko s. Transformasiperlu dibuat ke arahindustri yang mesraalam, menyokongpertumbuhan hijaudan pengeluaranmap an”Douglas Uggah Embas,Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi

3

Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan MPICdi Putrajaya, baru-baru ini.

MPIC terus perkasa sektor komoditiOleh Noor AsmawatiAbd Samadwatie@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya : Kementerian Perusa-haan Perladangan dan Komoditi(MPIC) akan terus memperkasapertumbuhan sektor komoditinegara dan meningkatkan pen-dapatan pengusaha terutama go-longan pekebun kecil.

Hasrat itu dinyatakan Mente-rinya, Datuk Amar Douglas UggahEmbas ketika menyampaikanamanat pada Perhimpunan Bu-lanan MPIC, di sini.

Katanya, tahun 2016 mempu-nyai pelbagai cabaran dalam usa-ha MPIC untuk memperkasa per-tumbuhan sektor komoditi ne-g a ra .

“Ini termasuk usaha bagi me-nangani ketidakstabilan hargaproduk komoditi utama dan

mengoptimumkan peruntukanKerajaan ke arah memanfaatkanpihak berkepentingan dalam in-dustri komoditi.

Katanya, tahun 2016 juga ada-lah tahun pertama pelaksanaanRancangan Malaysia Kesebelas(RMKe-11), iaitu Rancangan Ma-laysia Lima Tahun yang terakhirsebelum negara disasarkan men-capai status negara maju berpen-dapatan tinggi menjelang 2020.

Guna kaedah yang inovatif“Saya ingin menekankan bahawapelaksanaan RMKe-11 amat kri-tikal bagi memastikan status itudapat dicapai.

“Oleh itu, kita perlu menggu-nakan strategi dan kaedah yanginovatif bagi melaksana programdan projek RMKe-11 memandang-kan keadaan ekonomi semasayang sangat mencabar,” ujar be-l i au .

Katanya, persekitaran ekonomi

dunia dijangka akan terus men-cabar bagi tahun 2016 dan seiringdengan langkah konsoloditasiekonomi yang sedang berjalan.

Beliau menyeru semua agensidi bawah Kementerian melaksa-nakan langkah-langkah konkrituntuk mengoptimumkan Perbe-lanjaan Mengurus (OE) dan Per-belanjaan Pembangunan (DE) ba-gi tahun 2016.

“Saya amat berharap supayasemua pihak akan memberikankomitmen dan kerjasama dalamperkara ini,” ka t a nya .

Beliau berkata, pelaksanaanprogram dan projek hendaklahmenepati prinsip ‘value for mo-ney, low cost and high impact’dengan pelaksanaan pengurusannilai dan pendekatan strategi lau-tan biru melalui pemantapan si-nergi antara agensi bagi memas-tikan pengurusan sumber yango p t i mu m .

Katanya, perancangan projek

perlu diperkukuh dan kecekapanpelaksanaan perlu dipertingkat-kan serta pemantauan dan pe-nilaian perlu ditambah baik.

“Melalui usaha ini, saya inginmenyarankan agar indeks pen-capaian utama (KPI) RMKe-11 ba-gi pengurusan projek dapat di-capai adalah 90 peratus daripadaprojek yang dilaksana dapat di-siapkan mengikut kos, kualiti, ou-tcome dan tempoh masa yangditetapkan dan 95 peratus pe-runtukan pembangunan dapatdib elanjakan,” ka t a nya .

Menurut beliau, MPIC mempu-nyai amanah yang tinggi dalammembantu negara mencapai sta-tus negara maju berpendapatantinggi.

“MPIC juga perlu memperku-kuhkan pelaksanaan bantuan-bantuan dan program-programkepada golongan sasaran, iaitupekebun kecil.

“Penyaluran bantuan bagi ta-

naman komoditi seharusnya di-percepatkan di samping dileng-kapi dengan aktiviti pengemba-n g a n b a g i m e m b o l e h k a ngolongan sasar menikmati faedahdaripada inisiatif Kerajaan,” ka -t a nya .

Perlu kurangkan kerenahBeliau berkata, MPIC dan agensiperlu mengurangkan kerenah bi-rokrasi dan menambah baik pro-ses penyampaian bagi mening-katkan kepantasan bertindak.

“Kita perlu memperluas jang-kauan perkhidmatan bersamarakyat dan media bagi menja-dikan MPIC lebih berketrampilanmelalui platform yang telah ter-bukti berkesan seperti programMini MICCOS dan Hello Komo-diti.

“MPIC, agensi dan majlis jugaperlu menitikberatkan penggu-naan media sosial bagi memper-kukuhkan imej industri komoditinegara. Perkara ini perlu dilak-sanakan dengan penuh strategikerana medium ini berkembangdengan cepat dan pesat”, kata-nya .

Page 4: Berita Sawit - Februari 2016

4

Aktiviti pembangunan dorong pencapaian industri sawit

Datuk Dr Choo Yuen May ketika membuat pembentangan kertaskerja mengenai prestasi industri sawit negara.

‘Game changer’untuk industri sawit

Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il Anuar berucap ketika merasmikanMPOB Senior Management Retreat 2016 di Melaka, baru-baru ini.

Oleh Noor Asmawati Abdul [email protected]

Kuala Lumpur: Pencapaian danprestasi industri sawit Malaysiaturut dipengaruhi oleh beberapakemajuan dan pembangunanpenting sepanjang tahun 2015.Ketua Pengarah MPOB, Datuk

Dr Choo Yuen May ketika mem-bentangkan kertas kerja di PalmOil Economic Review andOutlookSeminar 2016 berkata, antarapembangunan berkenaan terma-suk pelaksanaan Cukai Barangandan Perkhidmatan (GST), SkimInsentif Tanam Semula (SITS)2015, Program Biodiesel, Malaysi-an Sustainable Palm Oil (MSPO),penubuhan Majlis Negara-negaraPengeluar Minyak Sawit (CPOPC)dan Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA).Katanya, pelaksanaan GST ber-

mula 1 April 2015 melibatkan se-mua sektor dalam industri sawitkecuali minyak masak yang di-niagakan kurang 20 kg serta ba-rangan eksport.Selain itu, bagi meminimum-

kan impakGST terhadappekebunkecil sawit, SkimKadar Rata (SKR)diperkenalkan dengan tambahansebanyak 2 peratus pada hargabuah tandan segar.

“Bagimemaklumkanmengenaipelaksanaan GST dan SKR, MPOBbersama Kementerian Perusaha-an Perladangan dan Komoditi(MPIC), Kementerian Kewangan(MoF) dan Jabatan Kastan DirajaMalaysia (Kastam) bekerjasamamenganjurkan seminar, taklimat

dan dialog di seluruh negara.

Langkah stabilkan harga“Pelaksanaan SITS 2015 yang di-lancarkan pada Oktober 2015 pu-la bertujuan mengurangkan stokbagi menstabilkan harga minyaksawit dengan sasaran sebanyak

83,000 hektar kawasan dengan in-sentif berjumlah RM100 juta.Katanya, permohonan bagi

SITS 2015 telah pun ditutup pada30 Oktober 2015.“Bagi menstabilkan harga mi-

nyak sawit, kerajaan turut mem-perluas program biodiesel sawitbagi sektor pengangkutan ke ne-geri Sabah, Sarawak dan WilayahPersekutuan Labuan pada tahun2015.“Sehingga kini terdapat 35 pu-

sat pengadunan biodiesel di se-luruh negara dengan sasaranpenggunaan 575,000 tan minyaksawit setahun bagi penghasilanbiodiesel.Selain itu beliau berkata, bagi

memastikan industri sawit me-laksanakan amalan secara mam-pan, kemajuan skim pensijilanMSPO yang dicapai amat meng-galakkan.“Sehingga Disember 2015, se-

banyak 11 syarikat perladangan,31 ladang dengan keluasan 78,320hektar telah pun mempunyai sijilMSPO.“Bagi sektor pengilangan, se-

banyak 11 syarikat dan 12 kilangtelah memilik sijil MSPO. Semen-tara itu, sebanyak tujuh kelompokpekebun kecil sawit dengan ke-luasan berjumlah 5,197 hektar jugamenyertai skim pensijilan MSPO.

Katanya, sebuah badan keraja-an bebas dikenali Majlis PensijilanMinyak Sawit Malaysia (MalaysianPalm Oil Certification Council –MPOCC) ditubuhkan bagi melak-sana skim pensijilan MSPO.

CPOPC main peranan pentingBeliau turut menyentuh menge-nai penubuhan CPOPC yang ber-peranan melindungi, menggalak,membangun dan mengukuhkankerjasamadalam industri sawit dikalangan negara-negara anggota.“CPOPC akan membangun dan

mewujudkan rangka kerja globalbagi minyak sawit mampan;menggalakkan kerjasama dan pe-laburan dalam membangunkanzon industri sawit mampan danmesra alam; mengatasi cabarandan halangan perdagangan mi-nyak sawit.“Selain itu, ia akan membuka

peluang bagi kerjasama dalampenyelidikan dan pembangunansebagaimana yang dianggap per-lu demi kepentingan industri mi-nyak sawit.Menyentuh berkaitan pelaksa-

naan TPPA, beliau berkata per-janjian itu dijangka bakal mem-beri impak positif dan membukapasaran yang lebih luas bagi pro-duk komoditi negara apabila di-laksanakan kelak.

Oleh [email protected]

Melaka

Industri sawit memerlukan pe-ngenalan satu pengubah per-mainan atau game changer

agar ia terus berkembang dandapat menepati sasaran penca-paian yang telah ditetapkan olehkerajaan.Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan

Mohammad Khair-il Anuar WanAhmad menyarankan perkaraberkenaan ketika merasmikanMPOB Senior Management Retre-at 2016 di sini, baru-baru ini.Beliau berkata, langkah ini per-

lu memandangkan sasaran sum-bangan industri sawit di bawah

Bidang Ekonomi Utama Negara(NKEA) kepada Pendapatan Ne-gara Kasar (GNI) adalah tinggiiaitu RM178 bilion menjelang ta-hun 2020.Pada tahun 2015, eksport pro-

duk sawit negara meningkat darisegi jumlah, namun susut darisegi nilai. Jumlah eksport produksawit negara pada 2015 adalahRM60.1 bilion atau 25.3 juta tanberbanding dengan RM63.6 bilionatau 25.1 juta tan pada tahun2014.Dato’ Ar Wan Mohammad

Khair-il Anuar Wan Ahmad ber-kata, beliau yakin pihak MPOBakan dapat mewujudkan satugame changer dalam industri sa-wit untuk memastikan prestasiindustri terus meningkat danmencapai sasaran yang ditetap-kan oleh kerajaan.

Yakin kemampuan MPOB“MPOB adalah satu organisasi ce-merlang dalam industri sawit dantiada yang sepertinya di negaralain. Penyelidik di MPOB adalahpakar dalam bidang sawit dansaya yakin dengan kemampuanMPOB,” katanya.Beliau berkata, industri sa-

wit kini telah masuk ke era

baharu dan ini memerlukan sa-tu pendekatan yang berlainanuntuk merangsangkan pertum-buhan berterusan kepada sek-tor ini.“Industri sawit kita telah ma-

tang. Kerajaan telah memper-kenalkan polisi yang mantap un-tuk sektor ini. Ia adalah satusektor yang terkawal dengan da-sar dan perundangan dari segalasudut.“Semuanya telah diwujudkan.

Ia terserah kepada MPOB untukmelaksanakannya dan terus me-ngukuhkan sektor ini,” katanya.Dato’ Ar Wan Mohammad

Khair-il Anuar Wan Ahmad turutmemperingatkan agar aktivitimempromosi barangan sawitperlu juga dilaksanakan di dalamnegara.“Kita tidak mahu berlakunya

situasi di mana rakyat luar ne-gara lebih memahami kebaikanminyak sawit berbanding denganrakyat tempatan. Program ber-temu dengan masyarakat umumperlu dilaksanakan untuk me-ngelak wujudnya jurang perbe-zaan dalam kefahaman menge-nai kebaikan minyak sawit,” ka-tanya.Program Senior Management

Retreat adalah program tahunananjuran MPOB untuk mengana-lisa prestasi dan melakarkanstrategi tahunan untuk organi-sasi itu.Setiap bahagian dan unit di

bawah MPOB akan membentang-kan pencapaian dan peranca-ngan masing-masing sepanjangprogram ini untuk dianalisa olehpihak pengurusan kanan MPOB.Program berkenaan turut di-

hadiri Ketua Pengarah MPOB, Da-tuk Dr Choo Yuen May.

» Langkah bagicapai sasaranPendapatanNegara KasarRM178 bilionmenjelang 2020

Semuanya telahdiwujudkan. Ia terserahkepada MPOB untukmelaksanakannya danterus mengukuhkansektor ini”Dato’ Ar Wan MohammadKhair-il Anuar Wan Ahmad,Pengerusi MPOB,

Page 5: Berita Sawit - Februari 2016

Oleh Fadzil Ghazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Sibu

Dataran Bandar Sibu di siniberubah wajah pada per-tengahan bulan lalu apa-

bila menjadi lokasi pusingan ke-dua Program Sejiwa Senada 2015.Pusingan pertama program pe-mimpin bertemu rakyat ini ber-langsung seminggu sebelumnyadi Miri.

Puluhan khemah dinaikkan se-

bagai ruang pameran untuk agen-si kerajaan negeri dan kerajaanpusat serta agensi di bawah Ke-menterian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi. Turut ber-sama mempamerkan perkhidma-tan dan produk masing-masingadalah persatuan perniagaan danpeniaga kecil Sibu.

Pelancaran disempurnakanoleh Ketua Menteri Sarawak, TanSri Adenan Satem yang turut me-ngumumkan kepada hadirin ba-hawa kerajaan Sarawak akan te-rus memberi penekanan kepadapembangunan luar bandar seba-gai pemacu pertumbuhan eko-nomi Bumi Kenyalang.

Program tahunan Sejiwa Sena-da yang bermula sejak tahun 2010ini adalah satu transformasi Per-khidmatan Awam Negeri Sara-wak yang membabitkan kerajaanturun padang bertemu denganrakyat demi merapatkan hubu-ngan kerajaan negeri dan per-

sekutuan dengan segenap lapisanm a sya ra ka t .

Tingkat interaksi dua halaProgram ini dijangka dapat me-ningkatkan interaksi dua halayang efektif antara kedua-dua pi-hak, di samping memberi kefa-haman kepada rakyat mengenaiusaha berterusan kerajaan dalampenyampaian perkhidmatanawam kepada rakyat Sarawak.

Bandar raya Miri adalah des-tinasi pertama program itu yangberlangsung dari 8 hingga 10 Ja-nuari ini diikuti Sibu (15 hingga 17Januari), Mukah (12 hingga 14Februari), Sarikei (19 hingga 21Februari), Saratok (26 hingga 28Februari) dan Kapit (4 hingga 6Mac).

Lebih 80,000 pengunjung me-lawat Program Sejiwa Senada se-masa diadakan di Miri sementaraSibu pula berjaya merekodkankehadiran seramai 30,000 orang.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) turut serta dalam Prog-ram Senada Sejiwa di Sibu danberjaya menggunakan platformini untuk memberi penerangankepada pengunjung mengenaiperkhidmatan dan peranan MPOBdalam membangunkan industrisawit negara.

Di samping mempamerkanproduk berasaskan sawit, MPOBturut membuka kaunter pendaf-taran dan pelesenan sebagai usa-

ha memudahkan pekebun kecilsawit mendaftarkan diri sertamendapat maklumat mengenaiperkara-perkara berkaitan de-ngan perundangan sektor itu.

Sehingga akhir Disember 2015,terdapat sejumlah 30,121 peke-bun kecil di Sarawak dengan jum-lah saiz ladang seluas 169,625.88hektar. Daripada jumlah ini, 1,818pekebun kecil berdaftar di Sibudengan keluasan ladang berjum-lah 9,866.96 hektar.

Oleh Eliza Joharidan Johari Minalelyzajo e@mp ob.gov.myjohari@mp ob.gov.my

Bangi: Pengeksport minyaksawit dan makanan ke ne-gara Amerika Syariakt (AS)hendaklah mematuhi AktaPemodenan KeselamatanMakanan (FSMA) yang di-tandatangani Presiden ne-gara itu, Barack Obamapada 2 Januari 2011.

Kenyataan itu ditegaskanKetua Pengarah MPOB Da-tuk Dr Choo Yuen May da-lam ucapan beliau sempenaBengkel FSMA anjuranMPOB, di sini baru-baru ini.

“Kegagalan mematuhi FS-MA boleh menyebabkankonsainan dan kargo diha-lang daripada memasukinegara AS.

“Pasaran AS adalah salahsatu pasaran penting kepa-da industri minyak sawitMalaysia. Pada tahun 2015,Malaysia telah mengeks-port sejumlah 1,159,000 tanproduk sawit ke AmerikaSyarikat yang juga bernilaisebanyak RM3.562 bilion,”ka t a nya .

Beliau berkata, pengan-juran bengkel berkenaan

bertepatan bagi memberipeluang kepada pesertamemahami lebih menda-lam tentang FMSA di AS.

“Matlamat utama pihakUS Food and Drug Admi-nistration (USFDA) menga-dakan FSMA adalah bertu-juan mencegah sebarangmasalah keselamatan ma-kanan sebelum ia berlaku.

“Ia akan mengukuhkansistem keselamatan maka-nan di AS di mana per-aturan baru ini akan di-guna pakai untuk semuamakanan sama ada yangdihasilkan dalam negara ASmahu pun yang diimport,”ka t a nya .

Beliau berkata, pembekaldan pengeksport minyaksawit ke pasaran AS dike-hendaki untuk mematuhisemua prosedur dan kehen-

dak peraturan baru terse-but untuk keseluruhan ran-taian bekalan (supplychain).

Sejak tahun 2014, USFDAmengeluarkan beberapacadangan peraturan kese-lamatan makanan untukulasan orang ramai.

Peraturan teras FSMAadalah:

Kawalan pencegahan un-tuk makanan manusia;

Kawalan pencegahan un-tuk makanan haiwan;

Keselamatan pengelua-ra n ;

Program pengesahanpembekal asing;

Akreditasi pensijilan pi-hak ketiga;

Kawalan pencemaranyang disengajakan; dan

Kebersihan pengangku-tan

Program Sejiwa Senadadi Sibu disambut baik» Catat kehadiran30,000p engunjungsep anjangprogram

Eksport minyak sawitke AS perlu patuhi FSMA

5

Datuk Dr Choo berucap merasmikan bengkel FSMA.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersalaman dengan pengunjungprogram.

Page 6: Berita Sawit - Februari 2016

Oleh Zawawi [email protected]

Papan gentian berketumpatan seder-hana (medium density fiberboard,MDF) adalah produk komposit yang

dihasilkan daripada pencampuran optimumkandungan gentian kayu, bahan penebat airdanperekat,danmelaluiprosespemampatanmenggunakan suhu dan tekanan tinggi.Kelebihan produk MDF berbanding pa-

pan lapis (plywood) atau papan serpai(particleboard) ialah mempunyai permu-kaan yang lebih rata, ketumpatan tinggidan mudah dimesin untuk penghasilanpelbagai produk perabot.Produk inimempunyai permintaan yang

tinggi terutamanya daripada industri pe-rabot dan bangunan.

Industri MDF di MalaysiaDalam tahun 2014, Malaysia mempunyaikeluasan tanaman sawit sejumlah 5.392juta hektar. Daripada keluasan ini, diang-garkan sebanyak lebih 90 juta tan bahanbiojisim sawit dihasilkan.Biojisim batang sawit diperoleh semasa

aktiviti tanam semula selepas pokok ber-usia lebih 25 tahun dan dianggarkan ak-tiviti penanaman semula ini dijalankanpada kadar 3-5% dari keluasan tanamansawit setiap tahun.

Ini menyumbang kepada keterdapatanbatang sawit yang banyak sehingga bolehmencecah 20.08 juta tan (berat kering)pada tahun tersebut.Batang sawit mempunyai potensi yang

besar untuk digunakan sebagai sumberbahan mentah alternatif MDF kerana sifatseratnya, serta mempunyai ciri-ciri kan-dungan kimia dan warna yang sama de-ngan serat kayu getah.

Kayu getah adalah sumber bahan men-tah utama bagi pengeluaran MDF di Ma-laysia. Ia bukan sahaja digunakan untukpengeluaran MDF tetapi juga sebagai ba-han utama untuk produk lain seperti pa-pan untuk perabot dan papan serpai.Disebabkan permintaan yang tinggi, be-

kalan kayu getah telah berkurangan danmenyebabkan harga bahan mentah inisemakin mahal.

Kolaborasi dengan DongwhaSejak tahun 1990 an, MPOB menjalankankajian dan membangunkan teknologi un-tuk menghasilkan MDF daripada batangsawit, pelepah dan tandan kosong.Melihat kepada potensi biojisim sawit,

pada tahun 2009 syarikat Dongwha Fi-breboard (M) Sdn Bhd menandatanganiperjanjian kolaborasi dengan MPOB untukmembangunkan teknologi pembuatanMDF menggunakan serat batang sawit se-bagai campuran dengan serat kayu getah.

Campuran optimum batangsawit dengan kayu getahPenyelidikan dan pembangunan (R&D) pra-komersial dijalankan di loji rintisMDFMPOBBangi Lama di mana beberapa parameterproses dikaji termasuk kadar percampuranoptimum batang sawit dengan kayu getahdan campuran kayu tropikal, kandunganperekat dan beberapa proses lain.Hasil penyelidikan berjaya menghasil-

kan produk MDF yang dapat memenuhipiawaian antarabangsa (EN 322-6,2006).Percubaan di peringkat komersial juga

dilakukan di kilangDongwhamenggunakanbatang sawit pada kadar peratusan cam-

puran dengan kayu getah yang berbeza.Produk MDF yang dihasilkan didapati

memenuhi piawaian antarabangsa dan ju-ga piawaian Dongwha.Ini memberi keyakinan kepada syarikat

Dongwha untuk mengkomersialkan MDFyang menggunakan batang sawit sebagaisumber alternatif.Berikutan penyelidikan itu, MPOB dan

Dongwha memfailkan satu paten untukteknologi pembuatan MDF daripada ba-tang pokok sawit.Di Malaysia, syarikat Dongwha mem-

punyai tiga kilang yang terletak di Nilai,Merbok dan Kulim dan dianggarkan peng-gunaan batang sawit bagi ketiga-tiga kilangadalah sebanyak 6000 tan sebulan dengan10% campuran batang sawit.Bagi memastikan daya maju pengkomer-

sialan produk MDF, isu-isu mengenai bekalanbiojisim sawit dan logistik perlu diselesaikan.Dalam kajian ini juga, MPOB danDongw-

ha telah mengkaji rantaian bekalan bioji-sim sawit dan mengadakan pelbagai per-bincangan dengan pihak peladang danpengilang untuk memastikan bekalanbiojisim sawit sentiasa ada.

Pengiktirafan teknologiProjek ini mendapat pengiktirafan di pe-ringkat kebangsaan dan antarabangsa.Pada tahun 2015, ia telah mendapat

anugerah ‘Best of the Best’ dan pingat emasdi pertandingan MTE 2015 bertempat diPWTC Kuala Lumpur, dan turut meme-nangi anugerah istimewadaripada ‘KoreanInstitute of Patent Information’ dan pingatemas di pertandingan ‘Seoul InternationalInvention Fair’ di Seoul Korea.

Oleh Tuan Noor Maznee Tuan [email protected]

Malaysia menghasilkan 19.67 juta tan mi-nyak sawit mentah pada tahun 2014. Ke-gunaan utama minyak sawit adalah dalampenyediaan makanan iaitu lebih 85% danbakinya digunakan dalam pembuatan pro-duk bukanmakanan seperti sabun, lilin danbiodiesel.Goreng menggoreng adalah cara penye-

diaan makanan yang paling popular teru-tama di Malaysia. Dianggarkan lebih 10 jutatan minyak masak terpakai dihasilkan padatahun 2014 jika 60% daripada minyak sawitdigunakan untuk aktiviti penggorengan.Minyak masak terpakai tidak boleh di-

gunakan semula dalam penyediaan maka-nan kerana kajian saintifik membuktikanwujud bahan kimia toksik di dalam minyakmasak terpakai hasil proses oksidasi semasaaktiviti penggorengan.Justeru ke mana perginya 10 juta tan

minyak masak terpakai ini?Seperti sedia maklum, pembuangan mi-

nyak masak terpakai jika tidak diuruskandengan baik boleh menyebabkan pence-maran alam sekitar dan seterusnya me-mudaratkan kesihatan.Terdapat beberapa pusat pengumpulan

minyak masak terpakai di negara ini, an-taranya di Melaka, Selangor dan Putrajaya.Bagaimanapun, lebih banyak pusat pe-ngumpulan minyak masak terpakai perludiwujudkan.

Penyelidikan dan pembangunanPenyelidikan dan pembangunan untukmengkaji kegunaan minyak masak terpakaitelah dijalankan oleh Bahagian KemajuanTeknologi Oleokimia, MPOB.Minyak masak terpakai ditukarkan ke-

pada poliol melalui dua jenis tindak balaskimia, iaitu tindak balas epoksidasi dandiikuti dengan tindak balas alkoholisis.Sebelum tindak balas epoksidasi dijalan-

kan, minyak masak terpakai yang dikumpulditapis terlebih dahulu untuk mengasing-kan sisa pepejal dan ujian nilai iodin di-lakukan untuk mengetahui bilangan ikatandubel yang terkandung di dalam minyakmasak terpakai.Bilangan ikatan dubel ini menjadi asas

bagi pengiraan amaun asid formik dan hi-drogen peroksida yang akan digunakan se-masa tindak balas epoksidasi.Gegelang oksiran yang terbentuk semasa

tindak balas epoksidasi dibuka ikatannyadengan menggunakan alkohol seperti eti-lena glikol, propilena glikol, butanediol dansebagainya dengan kehadiran mangkin me-lalui tindak balas yang dipanggil tindakbalas alkoholisis.Poliol yang dihasilkan mempunyai kualiti

yang sama dengan poliol yang disediakanmenggunakan minyak sawit olein.Paten bagi teknologi penghasilan poliol

daripada minyak masak terpakai difail diBritain dan Amerika Syarikat, masing-ma-sing pada tahun 2008 dan 2013.

Bentuk busa poliuretanaPoliol yang dihasilkan terbukti boleh di-gunakan untuk membentuk busa poliure-tana sama ada busa tegar, busa fleksibelberlantunan tinggi atau viskoelastik yangjuga dikenali sebagai busa memori, ber-gantung kepada formulasi busa.Dalam formulasi busa poliuretana, poliol

bertindak balas dengan isosianat dengandibantu olehmangkin, surfaktan, agen taut-silang dan juga agen peniup.Kebiasaannya, beberapa jenis poliol di-

gunakan dalam formulasi busa poliuretanauntuk memperoleh hasil yang optima.Busa poliuretanamempunyai aplikasi yang

sangat luas dalam kehidupan harian kita.Busa poliuretana tegar banyak digunakan

sebagai bahan penebat di dalam peti sejuk,bilik dingin dan juga produk hiasan (or-namental), manakala busa poliuretana flek-sibel banyak digunakan di dalam industripembuatan perabot, tilam dan bantal.Busa poliuretana yang dihasilkan mem-

punyai kualiti yang setara dengan busapoliuretana yang dihasilkan daripada poliolsawit olein.Teknologi ini telah berjaya memenangi

pingat emas di Pameran Rekacipta Anta-rabangsa Seoul (SIIF) yang diadakan diSeoul, Korea pada tahun 2015.Selain itu, teknologi penghasilan poliol

daripada minyak masak terpakai ini jugatelah memenangi pingat perak di Pertan-dingan Inovasi dan Rekacipta (ITEX), 2014dan menjuarai Kumpulan Kreatif & Inovatif(KIK) peringkat Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi (MPIC) bagi ka-tegori teknikal pada tahun 2013 serta me-raih pameran terbaik KIK peringkat ke-bangsaan yang diadakan di Kuching, Sa-rawak pada tahun yang sama.Oleh itu, penting bagi kita mengumpul

minyak masak terpakai dan menghantar kepusat-pusat pengumpulan yang disediakan.Minyak masak terpakai ini ada kegunaannya.

Penggunaan batang sawit untuk pengeluaran MDF

Oleh Abdul Razak Jelani, Mohd IkmalHafizi Azaman, Aminulrashid Mohameddan Mohamed Fauzi Ismail

MPOB memperkenalkan jentera penyun-tik yang dapat melakukan suntikan yanglebih cepat dan berkesan yang dikenalisebagai ‘Jentera Penyuntik Batang Sawit’.Jentera ini terdiri mata gerudi yang

dipacu menggunakan kuasa hidraulik un-tuk menggerudi batang sawit dan nozelpenyuntik bahan kimia yang juga dikawalmenggunakan kuasa hidraulik.Kedua-dua komponen utama ini dipa-

sang di atas sebuah platform yang diletakdi bahagian hadapan traktor. Seluruh ope-rasi penggerudian dan suntikan racun ku-lat dikawal dari tempat duduk pemandu.Pergerakan peralatan itu dilakukan de-ngan gabungan sistem mekanikal dan hi-draulik yang memerlukan kawalan olehseorang operator.Inovasi yang dihasilkan ini adalah bagi

mengawal penyakit reput pangkal batangpokok sawit (RPB).Berdasarkan kajian di sektor estet pada

tahun 2009-2010, kira-kira 3.71% kawasan

(59,148 hektar daripada 594,286 hektar)diserang penyakit RPB yang disebabkanoleh kulat Ganoderma boninense.Manakala bagi pekebun kecil, kajian

yang dijalankandi kawasan tanaman sawitlebih dari 25 tahun pada tahun 2011 -2013,mendapati 8.05% (2,744.96 hektar daripada34,067.88 hektar) telah dijangkiti penyakitRPB. Kadar peningkatan jangkitan ini daritahun ke tahun amat membimbangkanindustri sawit negara.Justeru, MPOB dengan kerjasama be-

berapa syarikat swastamempergiatkan ke-giatan penyelidikan dan pembangunan(R&D) bagi mencari penawar atau seku-rang-kurangnya mengawal jangkitan pe-nyakit ini daripada tersebar.Salah satu kaedah yang berjaya diha-

silkan ialah denganmenyuntik racun kulatke dalam batang sawit yang diserang pe-nyakit ini.Suntikan racun kulat dijangka dapatme-

ngawal sebaran kulat ini daripada tersebarke tisu-tisu lain di dalam batang pokokyang telah terkena jangkitan tersebut.

Ujian LadangJentera ini diuji di sebuah ladang seluas100 hektar ditanam sawit pada tahun 2002

yang telah mula dijangkiti Ganodermaboninense. Dalam percubaan ini, 90 mlracun kulat hexaconazole dicampurkanbersama 10 liter air berdasarkan penge-syoran oleh Unit Ganodrop MPOB.

Tekanan suntikan kadar 20 barTekanan suntikan ditetapkan pada kadar20 bar untuk memastikan sebaran yangmenyeluruh dalam batang pokok sawit.Ujian mendapati jentera penyuntik inimampu menyuntik dalam masa 2.5 minitsepokok sawit atau 24 pokok sejam atau120 – 150 pokok sehari (4 – 5 jam kerjasehari).Jumlah masa yang direkodkan ini ada-

lah termasuk menggerudi lubang, mene-tapkan kedudukan penyuntik ke dalamlubang yang ditebuk dan menyuntik ba-han kimia ke dalam batang sawit sertapersediaan jentera bergerak ke pokok sa-wit lain.Keupayaan ini adalah lapan kali ganda

lebih pantas berbanding kaedah konven-sional yang memerlukan masa selama 20minit sepokok iaitu hanya 3 pokok sejam.Satu lagi kajian yang dijalankan di se-

buah ladang di Kluang Johor milik FelcraBerhad mendapati jentera ini berupaya

menyuntik pokok yang telah diserang Ga-noderma pada kadar 75 pokok sehari.Bagaimanapun ia menggunakan kadar

bancuhan yang berbeza dari ujian per-tama yang dinyatakan sebelum ini. Kadarbancuhan yang disyorkan oleh Unit Ga-nodrop ini ialah campuran 90ml literhexaconazole dilarut ke dalam 7 literair.Jentera ini mudah dikendalikan dan

penggunaannya dapat membantu pekerjamengurangkan keletihan kerana tidak per-lu lagi memikul tangki air jika meng-gunakan kaedah konvesional. Teknologiini juga dapat mengurangkan bilanganpekerja dengan ketara dengan kos operasiyang munasabah iaitu kira-kira RM1.40sepokok.

Nilai KomersialJentera penyuntik ini mempunyai potensiuntuk dikomersialkan kerana penyakitRPB merupakan satu ancaman kepadaindustri sawit negara pada masa kini.Sekiranya tidak dikawal secara teratur,

industri sawit dijangka mengalami keru-gian besar.Penggunaan jentera ini akan membantu

industri sawit mengurangkan kadar ke-matian pokok sawit dan seterusnya me-ngekalkan hasil dan pendapatan.Sekiranya hasil satu hektar adalah 20

tan/tahun, dianggarkan sebanyak 4 jutatan buah tandan segar (BTS) setahun akandihasilkan oleh kawasan terbabit.Jika hayat pokok sawit dapat dipan-

jangkan kepada lima tahun, bermaknasebanyak 20 juta tanBTS dianggarkan akan

dihasilkan dalam tempoh lima tahun ter-sebut.

PengiktirafanTeknologi jentera penyuntik ini berjayamemenangi pingat di International In-vention, Innovation & Technology Exhi-bition (ITEX) ke-25 yang diadakan di Kuala

Lumpur Convention Centre pada Mei 2014dan Pingat Emas di Seoul InternationalInvention Fair (SIIF) yang berlangsung diKorea Selatan pada November 2015 yanglepas. Jentera ini juga diperkenalkan bagitujuan komersial pada Seminar Perpin-dahan Teknologi (Transfer of Technology -TOT) yang diadakan di MPOB pada 2014.

Jentera penyuntik kawalanpenyakit reput pangkal sawit

Kitar semula: Poliuretanadaripada minyak masak terpakai

ARTIKEL TEKNOLOGI PEMENANG ANUGERAH MEDAL EMAS SIIF 2015

» Kelebihan produkMDF ialah mempunyaipermukaan lebih rata,ketumpatan tinggidan mudah dimesin

6 7

Poliuretana dihasilkan daripada minyak masak terpakai.

Jentera Penyuntik Batang Sawit dapat melakukan kerja menyuntik dengan lebih cekapdan berkesan.

MDFmemilikikelebihandan pelbagaikegunaanberbandingpapan lapis.

Page 7: Berita Sawit - Februari 2016

SABTU6FEBRUARI20168

Cantas tingkat produktiviti tuaian sawit

Oleh Abdul Razak Jelani, MohdRizal Ahmad, Mohd IkmalHafizi, Yosri Gono, ZaharaMohamed, Asyraf Aziz, AsyrafAduka dan Mohd SyahminSukawai

Teknologi Alat PemotongSawit Bermotor (Cantas)Pemotong sawit bermotor yangdikenali sebagai ‘Cantas’ diper-kenalkan oleh MPOB pada tahun2007. Penggunaan Cantas disasar-kan untuk pokok sawit denganaras tuai di bawah ketinggian 7meter. Cantas dipaten di enambuah negara iaitu Malaysia, Thai-land, Indonesia, Brazil, Colombiadan Costa Rica bagi melindungiharta intelek (IP) teknologi yangdibangunkan oleh MPOB.

Prestasi CantasKajian yang dijalankan di bebe-rapa buah estet di Malaysia men-dapati secara puratanya Cantasmampu meningkatkan produkti-viti tuaian dari 3.4 tan (sabitmanual) kepada 6.75 tan buahtandan segar (BTS) sehari; danseterusnya meningkatkan pro-duktiviti seorang pekerja dari 1.7tan (manual) kepada 2.2 tan BTSsehari iaitu peningkatan kira-kira30 peratus berbanding penggu-naan kaedah manual yang meng-

gunakan sabit sebagai alat pe-nuai dan wheel barrow sebagaialat mengangkut BTS.Sebagai perbandingan, satu

kumpulan Cantas (3 orang: 1 pe-nuai dan 2 pembantu) secara pu-ratanya berupaya menuai kawa-san seluas 10 ha sehari (3.3 hektarseorang sehari), manakala kum-pulan penuai manual menggu-nakan sabit (2 orang: 1 penuai dan1 pembantu) hanya berupayame-nuai kawasan seluas 4 hektar se-hari (2 hektar seorang sehari).Penggunaan Cantas dapat me-

ningkatkan nisbah pekerja kepa-da tanah pada kadar kira-kira 50peratus berbanding kaedah ma-nual, iaitu peningkatan nisbahdari 1:20ha kepada 1:32ha.Ini seterusnya dapat mening-

katkan pendapatan pekerja danmengurangkan bilangan pekerjadi ladang yang kebanyakan masabergantung kepada pekerja asing.Justeru, bagimenangani keber-

gantungan kepada pekerja asing,salah satu cara yang efektif ialahdengan mempraktikkan kaedahmekanisasi.Ia telah dibuktikan oleh banyak

negara barat di mana mekanisasidapat meningkatkan produkvitipekerja dan seterusnya mengu-rangkan keperluan tenaga peker-ja dengan signifikan.MPOB memperkasakan usaha

penyelidikan dan pembangunan(R&D) termasuk penambahbai-kan teknologi Cantas agar kualitidan ketahanannya menepati pia-waian yang telah ditetapkan dankos efektif.Tumpuan R&D difokuskan ke-

pada maklum balas penggunaCantas seperti masalah kualiti,ketahanan, berat, getaran tinggidan capaian yang terhad.MPOBmenetapkan tiga strategi

penting bagi mencapai sasarankerajaan untuk menggalakkanpenggunaan Cantas oleh pihak

industri sawit secara meluas se-perti digariskan di bawah BidangEkonomi Utama Negara (NKEA)yang menekankan peningkatanproduktiviti pekerja dan pengu-rangan pekerja asing.Strategi berkenaan ialah (i)mem-

perkasakan kegiatan R&D penam-bahbaikanCantas; (ii) kawalan kua-liti yangketat; dan (iii) latihanpeng-gunaan dan pembaikan Cantaskepada golongan sasaran.Latihan penggunaan Cantas ke-

pada operator dapat memastikanproduktiviti tuaian yang optimumdan mengurangkan kerosakanCantas, manakala latihan servisdan pembaikan kepada mekanikakan dapat memastikan Cantassentiasa dalam keadaan baik.

Pembangunan Cantas EvoUsaha penambahbaikan Cantasyang dijalankan sejak pertenga-han tahun 2012 telah mengha-silkan satu teknologi Cantas ge-nerasi baharu atau dikenalisebagai Cantas Evo yang menam-pilkan beberapa ciri baru yangmenumpukan aspek kualiti, ke-tahanan, pengurangan berat dancapaian tinggi.Beberapa prototaip Cantas Evo

diuji di beberapa ladang komer-sial bagi menilai prestasi dan ke-tahanannya. Prototaip CantasEvo telah diuji di lapangan me-lebihi 600 jam atau bersamaandengan lima bulan tanpa menga-lami masalah yang serius.Ia juga telah diuji di makmal

dan telah melepasi kesemua pro-sedur yang ditetapkan iaitu ujianjatuhan, ujian kelesuan (fatigue)dan ujian ketahanan (enduran-ce). Kawalan kualiti yang ketat ini

penting bagi memastikan ia me-nepati piawaian yang telah di-tetapkan oleh MPOB.

Ciri-ciri Termaju Cantas EvoKepala pemotong (cutting head)dengan reka bentuk baru yanglebih berkualiti dan tahan dileng-kapi dengan pemegang boleh la-ras (adjustable holder). Ia jugamudah untuk diservis dan diper-baiki kerana rekabentuknya yangmudah. Ia juga dilengkapi denganpemegang ‘universal’ bagi mem-bolehkan pemasangan sabit ataupahat dilakukan dengan mudahdan cepat.Pelaras ketinggian reka bentuk

baharu yang lebih berkualiti dantahan diperbuat dari bahan aloialuminium yang lebih ringan.Penggunaan galah gentian kar-

bon dapat mengurangkan beratsebanyak 20 peratus berbandinggalah aluminium.Ia juga dapat meningkatkan ke-

kakuan (stiffness) yangmerupakansatu ciri pentingdalamrekabentukCantas capaian tinggi. Cantas Evodapat mencapai ketinggian mak-simum aras tuai 8m berbanding5m oleh versi Cantas sebelum ini.

PengiktirafanTeknologi Cantas telah berjayamemenangi pingat gangsa diSeoul International InventionFair (SIIF) yang dilangsungkan diKorea Selatan pada November2015 yang lepas. Ia juga telahmemenangi Anugerah Ketua Pe-ngarah MAMPU dan Pengarah IN-TAN di Persada Inovasi Negarayang telah dilangsungkan diKuantan Pahang juga pada No-vember 2015 yang lepas.

» Kaedah lebihpraktikaljimatkan masa,kurangkan kos

Penghasilan zink gliserolatuntuk pelbagai kegunaanOleh Cheong Mei [email protected]

Proses penghasilan biodiesel dansabun menghasilkan gliserol se-bagai produk sampingan.Gliserol yang dihasilkan dari-

pada minyak sawit adalah sela-mat, halal, bermutu tinggi, tulendan digunakan sebagai humek-tan atau pelembap dalam bara-ngan kosmetik, farmaseutikal,ubat-ubatan, industri makanandan lain-lain.Kemunculan industri biodiesel

telah mengakibatkan pengelua-ran gliserol yang tinggi sehinggaharganya menurun.Oleh itu, MPOB sentiasa ber-

usahamempelbagaikankegunaangliserol berasaskan sawit. Salahsatu usahanya ialah menghasil-kan kompleks mineral gliserolat.

Zink gliserolat adalah hasil sin-tesis garam zink atau zink oksidaberserta gliserol dalam tekananrendah dan suhu yang tinggi.Teknologi sintesis zink gliser-

olat dan gliserol berasaskan sawitberdasarkan mikro gelombangmemastikan hasil dan kualitiyang tinggi serta selamat digu-nakan.Zink gliserolat mempunyai pel-

bagai kegunaan dalam pelbagaibarangan kosmetik, bahan pen-jagaan diri, farmaseutikal, sup-lemen mineral surih dan jugasebagai pemangkin.

Zink gliserolat dalamindustri kosmetik danbahan penjagaan diriZink gliserolat terbukti mempu-nyai aktiviti anti bakteria, antikulat, melindungi kulit daripadasinaran UV dari matahari dan

melegakan iritasi kulit.Kajian anti bakteria menunjuk-

kan zink gliserolat mampu mem-bunuh bakteria berbahaya yangsering didapati pada kulit ma-nusia seperti Staphylococcus au-reus, Escherichia coli, Staphylo-coccus epidermidis dan Propio-nibacterium acnes.Ia juga berupaya merencatkan

pertumbuhan kulat seperti Can-dida albicans dan Aspergillus niger.Apabila zink gliserolat diguna-

kan dalam produk kosmetik yangmempunyai kandungan air yangrendah, ia mampu memanjang-kan jangka hayat produk dan me-ngurangkan bahan pengawet.Proses hidrolisis zink gliserolat

dengan kelembapan kulit mam-pu memberi mineral surih zinkdan telah dibuktikan oleh kajianserapan ion zink di Franz Diffu-sion Cell.

Ia boleh digunakan bersamapenapis ultra lembayung komer-sial untuk memberikan perlin-dungan kulit terhadap sinaranmatahari.

Zink gliserolat dalam industribiodieselZink gliserolat adalah pemangkinheterogenus yang sesuai dalampenghasilan ester metil atau le-bih dikenali sebagai biodiesel.Pemangkin pepejal ini mesra

alam kerana boleh dikitar semu-

la. Penggunaan zink gliserolat un-tuk menggantikan natrium hi-droksida dalam penghasilan estermetil mampu mengelakkan pem-bentukan sabun akibat kehadi-ran air dan asid lemak bebasdalam minyak.Pemangkin jenis heterogenus

ini boleh dipisahkan dari estermetil denganmudahmelalui pro-ses penapisan danmampu dijanasemula dengan kehadiran gliserolyang terbentuk sebagai produksampingan.

ARTIKEL TEKNOLOGI PEMENANG ANUGERAH MEDAL GANGSA SIIF 2015

Cantas memudahkan kerja-kerja menuai sawit.

8

Barangan kosmetik daripada zink gliserolat berasaskan sawit.

Page 8: Berita Sawit - Februari 2016

9

Dr Ramle Moslim diiktirafsaintis cemerlang MPOB 2015» Ke t u aKu m p u l a nPenyelidik InsectBiopesticide pakarbidang seranganserangga

Kawi enggan ketinggalan

Oleh Mohd Zulhelmy Ismailzulhelmy@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Dr Ramle Moslim diiktirafSaintis Cemerlang MPOBbagi tahun 2015 sempena

Majlis Anugerah MPOB 2105 disini, baru-baru ini.

Beliau menerima anugerahberkenaan daripada Ketua Penga-rah MPOB, Datuk Dr. Choo YuenM ay.

Anugerah Saintis Cemerlangadalah pengiktirafan kepada Pe-gawai Penyelidik MPOB yang te-lah mencapai kecemerlangansains ke tahap kepakaran (au-thority) yang diiktiraf dalam bi-dangnya berdasarkan prinsip ke-cemerlangan sains dan impakkepada industri. Selain itu, anu-gerah ini juga dilihat mampu

memberi impak dan perubahanbesar kepada industri sawit,khususnya dalam bidang penye-l i d i ka n .

Berkhidmat selama 23 tahunDr Ramle Moslim, 49, yang telahberkhidmat selama 23 tahun diMPOB adalah Pegawai Penyelidik

Prinsipal dari Bahagian Penyeli-dikan Biologi.

Beliau adalah pemegang IjazahKedoktoran (PhD) dalam bidangInsect Pathology dan SarjanaSains Mikrobiologi, kedua-duanyadari Universiti Kebangsaan Ma-laysia (UKM) serta Ijazah SarjanaMuda Sains dengan Kepujian Per-

tanian daripada Universiti PutraMalaysia (UPM).

Memulakan kerjaya sejak ta-hun 1990 di MPOB, Dr RamleMoslim adalah Ketua KumpulanPenyelidik Insect Biopesticideyang berpengalaman luas dalambidang serangan serangga dan se-memangnya diperakui di pering-

kat kerajaan, kementerian danindustri.

Dr Ramle yang mempunyai mi-nat penyelidikan dalam integrasibahan kimia dan agen biologiuntuk kawalan yang berkesanserangga perosak dan kesannyake atas organisma bukan sasa-ra n .

Beliau menjalankan pelbagaipenyelidikan bagi pembangunanproduk kawalan secara biologiberdasarkan kulat entomopatho-genic (Beauverira bassiana, Me-tarhizium anisopliae dan paeci-lomyces farinosus) serta virus(Oryctes nudivirus) untuk menga-wal serangga perosak sawit se-perti kumbang badak (Oructesrhinoceros), ulat bungkus (Metisaplana, Pteroma pendula), anai-anai (Coptotermes curvignathus)dan juga rama-rama (Tirathabaruf ivena).

Teknologi kawal kumbangSelain itu, beliau juga berjayamengkomersialkan teknologi un-tuk pengeluaran dan formulasikulat M anisopliae bagi mengawalkumbang badak. Teknologi yangtelah didaftarkan sebagai Ory-Xini telah diguna-pakai oleh FELDAGlobal Venture (FGV) di PusatPerkhidmatan Pertanian Tun Ra-zak, Sungai Tekam, Jerantut, Pa-hang.

Penerima Anugerah Kecemer-langan Sains Piala Pusingan Ke-tua Pengarah MPOB bagi tahun2002, 2010 dan 2014 ini juga telahmemfailkan sebanyak tiga patenyang mana dua daripadanya te-lah digerankan dan berjayamenghasilkan lebih 20 penerbi-tan di dalam jurnal dan 30 kertasprosiding, seminar dan tiga buahbab buku.

Kaw i Dollah, 60 tahun dari Kam-pung Serembang, Spaoh, Betongtidak mahu ketinggalan dalamarus pembangunan komoditi sa-wit dan membuat keputusan ber-henti sebagai penyelia balak un-tuk berkecimpung dalam peru-sahaan sawit pada awal tahun1990-an.

Kawi juga bergiat aktif sebagaianggota Koperasi Penanam Sawit

Mampan Daerah Saratok sejak di-tubuhkan pada 2014 sehingga kini.

Dari segi hasil, beliau telah di-daftarkan sebagai ahli Kelab 30 TanMPOB sejak tahun 2010 denganhasil (33.47 tan/ha/thn), 2011 (34.51t a n / h a / t h n ) , 2 0 1 2 ( 3 1 . 6 5tan/ha/thn), 2013 (32.2 tan/ha/thn)dan 2014 (38.69 tan/ha/thn).

Hasil pulangan daripada sawitserta menyediakan khidmat pe-

nyediaan kawasan kepada peke-bun lain yang menguntungkanmembolehkan beliau memilikidua mesin jengkaut (Mark 1- HP120 Hitachi & Kubota HP 30), se-buah lori 3 tan dan dua buahkenderaan pacuan empat roda(Ford Ranger 2.8 & Toyota Hilux3.0).

Aset dimiliki Kawi hasil pula-ngan sawit membolehkan beliau

turut menceburi bidang keusaha-wanan sebagai kontraktor.

Beliau merasa puas kerana pe-ngorbanan wang ringgit, masadan tenaga yang dilaburkan un-tuk mengusahakan penanamansawit, kini memberi pulanganmenguntungkan buat diri dan ke-luarga.

Pembabitan beliau dalam pe-nanaman sawit bermula melaluipemerhatian dan nasihat dari-pada rakan.

Secara berperingkatPembangunan kawasan dilaku-kan secara berperingkat dan kinikeseluruhan keluasan tanamansawit beliau mencapai keluasan21.35 hektar. (1,332 pokok telahberhasil manakala 2,084 pokokbelum mengeluarkan hasil).

Selain membeli sendiri anakbenih tenera (DXP), beliau yangturut memperoleh bantuan SkimBantuan Anak Benih Berkualiti(SBABB) daripada MPOB sejum-lah 672 pokok pada tahun 2009.

Beliau melaksanakan amalanpertanian baik dengan penguru-san kebun secara sistematik, ter-masuk aktiviti penanaman, pem-bajaan, kawalan perosak sawitdan penuaian.

Beliau yang menghantar hasilbuah tandan segar ke kilang SA-POM (Salcra Oil Palm Mill), Ma-

lupa Saratok, turut menyimpanrekod perbelanjaan, aktiviti danhasil disimpan di dalam bukurekod ladang.

Menurut Kawi, rekod ladangamat penting dan wajib disimpanbagi memastikan perbelanjaandapat diurus dengan teratur danb erhemah.

Beliau sering mendapatkankhidmat nasihat daripada pega-wai TUNAS MPOB Cawangan Sa-ratok untuk memperoleh mak-lumat mengenai teknologi terkinidalam penanaman dan pengu-rusan sawit.

Segala maklumat yang diper-oleh dijadikan sebagai panduandan diamalkan untuk meningkat-kan kualiti pengeluaran hasil sa-wit.

Di samping itu, beliau tidakketinggalan untuk menghadirikursus seperti Kursus Sehari Sa-wit yang dikelolakan oleh MPOB.

Di akhir sesi temubual, beliauturut menyatakan kesyukurandengan penubuhan pejabat baruMPOB Cawangan Betong yang te-lah mula beroperasi pada Sep-tember 2015.

Dengan wujudnya pejabat itu,akan memudahkan mendapat-kan khidmat daripada pegawaiTUNAS MPOB dengan jarak yanglebih dekat dengan tempat ting-gal beliau.

Ka w imenunjukkanhasil tuaiandari ladangs awitmiliknya.

Dr. Ramle Moslim menerima Anugerah Saintis Cemerlang.

Page 9: Berita Sawit - Februari 2016

Desakan EU mengenaiminyak sawit mapan» Belanda syorperkenal kawalanlebih ketatminyak sawitdieksport ke EU

Bagi tempoh enam bulanpertama 2016, kerusi Pre-siden Kesatuan Eropah

(EU) yang disandang bergilir-giliroleh negara anggota akan dipe-gang oleh Belanda.

Baru-baru ini, Presiden EU da-ripada Belanda itu memberikanbeberapa petunjuk bahawa iabercadang memperkenalkan ka-walan yang lebih ketat ke atasminyak sawit yang dieksport keE U.

Ini mungkin kali pertama Maj-lis Presiden EU menjadikan mi-nyak sawit sebagai fokus strategikdalam agenda kemapanan me-r e ka .

Pertama, dan sudah tentu me-ngenai agenda Belanda, ialah me-ngenai penggunaan minyak sawityang disahkan mapan (CertifiedSustainable Palm Oil or CSPO)dan isu pengambilannya yang ter-had oleh pengilang dan pembeli

di Eropah.Isu ini adalah kritikal kerana

menyebabkan rasa tidak puas ha-ti dalam kalangan pengeluar uta-ma minyak sawit dunia. EU ber-peranan besar dalam perdebatanmengenai kemapanan minyak sa-wit.

EU adalah satu-satunya desti-nasi pasaran minyak sawit ma-pan yang kriterianya sudah di-persetujui NGO. Kebanyakan per-mintaan terhadap minyak sawitmapan ini berpunca daripada ke-san kempen anti minyak sawitdan tindakan beberapa syarikatutama yang melabur dengan se-jumlah besar dalam produk je-nama mereka.

Namun penggunaan minyak sa-wit yang disahkan mapan di EUmasih rendah - kira-kira 50% da-

ripada jumlah pengeluaran duniadan harga pasarannya seperti ti-ada ‘p r e m i u m’ walaupun mem-babitkan kos pengeluaran yanglebih tinggi berbanding minyaksawit yang tiada sijil mampan.

Usul polisi bersepaduBagaimanapun, terdapat usul po-lisi bersepadu baharu daripadanegara anggota dan sektor swastaEropah untuk meningkatkanpenggunaan dan pengambilanminyak sawit mapan melalui pe-nguatkuasaan beberapa peratu-ran baharu di EU.

Usul ini berjaya direalisasikanmelalui pengisytiharan polisi ba-haru oleh United Kingdom (UK),Belanda, Jerman, Denmark danPerancis serta beberapa organi-sasi berkaitan minyak sawit padahujung tahun lalu.

Melalui pengisytiharan ini, me-reka menandatangani komitmenuntuk menggunakan ‘100% pe-ngeluaran minyak sawit mapanpada 2020.’

Mereka juga mengusulkan agarSuruhanjaya Eropah mengada-kan satu persidangan bagi negaraanggota mengkaji isu ini dan pi-lihan polisi yang ada untuk di-ikuti. Perjanjian komitmen inimembuktikan keinginan politikdalam kalangan penggubal dasardan ekonomi di Eropah terutamadi negara Eropah Utara untukmemperkenalkan kawalan yanglebih ketat ke atas minyak sawit.

Belanda dilihat sebagai pendo-rong utama dalam pengisytiha-ran komitmen ini dan berke-mungkinan besar Presiden MajlisEropah daripada Belanda ini jugaakan mengusulkan desakan ba-haru untuk mencapai matlamatperdagangan dan alam sekitaryang lebih luas.

Malah, Menteri PerdaganganBelanda dalam ucapannya padaDisember lalu mengumumkanbahawa Belanda akan merangkasokongan kepada sektor swastayang mendesak matlamat lainyang tiada kaitan dengan per-dagangan.

Ini bukan kali pertama kawa-lan perdagangan melalui peratu-ran baharu dengan matlamat me-ningkatkan pengambilan danpenggunaan minyak sawit mam-pan cuba diperkenalkan di EU.

Kali terakhir ketika Belandamenjadi Presiden EU, pengimpotminyak sawit Belanda melobi un-tuk mengurangkan tarif ke atasminyak sawit yang disahkan ma-pan - satu desakan yang jelasmelanggar undang-undang per-dagangan dan tidak disenangioleh rakan perdagangan utama diAsia Tenggara.

Pengurangan tarif ini tidak per-nah diluluskan atas sebab yangdinyatakan ini.

Baru-baru ini, cubaan yang lebihjahat melalui satu proses yang ti-dak telus dibuat untuk memper-kenalkan peraturan (diskriminasi)baharu yang memihak kepada mi-nyak sawit yang disahkan mapan.Dalam kes ini, cukai ke atas semuaminyak sawit yang tidak disahkanmapan sudah dicadangkan di Italipada lewat 2015 sebagai sebaha-gian daripada proses belanjawanParlimen. Sekali lagi, cubaan se-begini tidak diluluskan.

Tiga inisiatifGesaan baharu yang diketuai olehPresiden EU ini, dilihat berkaitrapat dengan tiga inisiatif ber-asingan yang berkaitan denganpolisi perhutanan yang munculsepanjang dekad lalu di Eropah.Ketiga-tiga perkara ini adalah:

Inisiatif perolehan yang mun-cul sekitar tahun 2010 di UK yangdiperkenalkan oleh Jabatan AlamSekitar, Makanan dan Luar Ban-dar (DEFRA).

Inisiatif ini yang diterima baikoleh pengimport minyak sawitmensasarkan semua minyak sa-wit yang dieksport ke UK mestidisahkan mampan menjelang2015. Malangnya, inisiatif ini ga-gal mencapai sasaran lalu dibu-barkan selepas tiga tahun ia di-p erkenalkan.

Inisiatif baru yang cuba diper-kenalkan oleh Presiden EU inidilihat mengguna pakai pende-katan yang hampir sama denganDEFRA.

Kedua, adalah inisiatif di Be-landa yang diterajui Pasukan Pe-tugas Belanda mengenai MinyakSawit Mampan (Dutch Task Forceon Sustainable Palm Oil) dan di-ketuai Lembaga Produk Belandauntuk Lelemak dan Minyak Sa-yuran (MVO).

Inisiatif ini mempunyai pen-dekatan yang sama seperti DE-FRA di UK yang bertujuan meng-gunakan hanya minyak sawityang disahkan mampan untukpasaran Belanda. Walaupun iainisiatif daripada sektor swasta,pasukan petugas ini bergantungkepada dana pembiayaan dari-pada kerajaan Belanda, Denmarkdan Switzerland melalui InisiatifPerdagangan Lestari atau IDH, sa-tu organisasi di Belanda.

Ketiga dan terpenting adalahPenguatkuasaan Undang-UndangHutan, Program Perdagangandan Tadbir EU (FLEGT) teruta-manya yang berkaitan dengan‘ke s a h i h a n’ produk kayu yang di-eksport ke EU. FLEGT adalah prog-ram bernilai berjuta-juta dolardengan dua dasar yang pentingiaitu:

- Pengenalan peraturan ‘usahayang wajar’ kepada pengimportdi Eropah. Pengimport Eropahmesti di bawah ancaman huku-man undang-undang - menilai ke-sahihan mana-mana produk ka-yu yang mereka import.

- Penubuhan perjanjian perda-gangan alam sekitar dikenali per-janjian perkongsian sukarela(VPA). Di bawah sistem VPA, kayu-kayan hanya akan dieksport ke EUjika ia memenuhi piawaian ter-tentu yang sudah dipersetujui me-ngenai kesahihan, termasuk per-

aturan alam sekitar.EU kini sedang menilai ke-

mungkinan melanjutkan prog-ram FLEGT ini kepada komoditilain yang diimport ke Eropah.

Ketiga-tiga dasar itu, serta pe-ngumuman terbaharu di Belanda(oleh Menteri Perdagangan Be-landa), menunjukkan EU dan ne-gara anggota tertentu sedang me-ngambil tindakan serius menge-n a i kawa l a n p e r d a g a n g a nmembabitkan alam sekitar.

Negara pengeluar minyak sawitmemandang serius perkemba-ngan ini dan usaha oleh PresidenEU untuk melaksanakan polisiberdasarkan senario ini akan me-ngakibatkan perselisihan dengannegara pengeluar minyak sawityang juga rakan dagangan utamaEU secara umum dan Belandasecara khususnya.

Piawaian kemapananPersoalan lebih besar ialah samaada EU berada dalam situasi tepatuntuk mempraktikkan langkahini terutamanya ketika inisiatifpolisi baharu sudah diambil olehMalaysia dan Indonesia baru-ba-ru ini. Kedua-dua negara inimemperkenalkan piawaian ke-mapanan yang disokong oleh ke-rajaan masing-masing untuk pe-ngeluaran minyak sawit.

Piawaian kemapanan ini khu-susnya dari Malaysia mematuhigaris panduan piawaian kebang-saan serta norma Piawaian Per-tubuhan Antarabangsa (ISO).

Sebarang langkah oleh EU ataunegara anggota yang mendesakpenerimaan dan penguatkuasa-an piawaian persendirian/swasta(iaitu yang tidak disokong olehkerajaan) dan bukannya meng-iktiraf piawaian yang dibangun-kan dan diiktiraf oleh sebuah ke-rajaan yang berdaulat; akanmemberi kesan yang buruk ke-pada dasar perdagangan Eropahdan perkembangan perdaga-ngannya di negara pengeluar mi-nyak sawit di Asia Tenggara.

Sebagai contoh, Kesatuan Ero-pah baru-baru ini mengumum-kan strategi perdagangan baruyang dikenali sebagai ‘Pe r d a g a -ngan untuk Semua’. Dasar inimenegaskan bahawa benua Asiamemainkan peranan penting da-lam perkembangan ekonomi diEropah.

Namun, benua Asia dilihat se-bagai tidak penting dalam dasarluar negara Kesatuan Eropah. Per-janjian perdagangan bebas di an-tara EU-Singapura sudah lama di-meterai kerana tiada perbalahandi dalamnya.

Malah, ia boleh dianggap se-bagai satu perjanjian berbentukpelaburan atau perkhidmatan.Manakala, rundingan perjanjiandi antara EU-Vietnam disimpul-kan pada Disember 2015; dan ma-sih ada sekurang-kurangnya 18 bu-lan lagi untuk kajian undang-un-dang dan tempoh pengesahan.

(Artikel ini sudah disuntingdaripada artikel asal yang ber-tajuk, The European Push forSustainable Palm Oil. Sila la-yari www.theoilpalm.org un-tuk mendapatkan salinan asalartikel ini)

10

Page 10: Berita Sawit - Februari 2016

Industri sawit merupakan nadi ekonomi Malaysia.

Dalam persekitaran global yang semakin mencabar, ini­siatif strategik harus dilaksa­nakan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Industri sawit harus ditingkatkan ke tahap lebih tinggi melalui penyelidikan dan inovasi serta teknologi baru kerana pembangunan industri sawit yang mampan dapat me nyumbang transformasi ekonomi negara dan pemba ­ngunan ekonomi lebih pesat.

Kita memerlukan strate-gi dan program baru yang proaktif dan inovatif bagi menjamin produk berasas komoditi berupaya men-jana pendapatan sebagai pro duk bernilai tambah tinggi dan berdaya saing di pasaran. Usaha dan strategi ini perlu dilihat dari sudut meningkatkan pendapatan para pengusaha tanaman komoditi terutamanya peke-bun kecil.

Pada masa ini, hampir 40 peratus daripada keluasan tanaman sawit adalah diu-sahakan oleh pekebun kecil. Kita seharusnya melakukan anjakan paradigma dan perlu berusaha “to think in new boxes” bagi memasti-kan hala tuju sektor komo-diti negara seperti yang dite-tapkan dalam DKN 2011-2020 itu berjaya direalisasikan.

Kerajaan turut mempera-kui peranan yang dimainkan oleh para pekebun kecil sawit dalam membangunkan dan menambah baik sektor minyak sawit negara. Bagi memastikan aspirasi ini ber-jaya, Kerajaan telah mewu-judkan skim khusus untuk membantu para pekebun kecil sawit persendirian iaitu Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK), Skim Tanam BAru Sawit Peke-

bun Kecil (TBSPK) dan Skim Diskaun CANTAS (SKIDIC).

Matlamat utama adalah untuk meningkatkan penda-patan pekebun kecil melalui penambahan keluasan tana-man sawit oleh pekebun kecil, penghasilan sawit yang tinggi serta bermutu tinggi dan peningkatan produkti-viti penuaian buah sawit melalui mekanisasi.

Kerajaan pada masa ini sedang giat melaksanakan pelbagai program pemban-gunan yang membabitkan pekebun kecil saewit dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Kementerian Perusa-haan Perladangan dan Komo-diti (MPIC) melalui MPOB diberi mandat membantu dan membangunkan peke-bun kecil sawit persendirian.

Di bawah program ini, bantuan disediakan, melipu-ti bekalan anak benih sawit berkualiti, input pertanian dan pengurusan tanaman mengikut Amalan Pertanian Baik bagi menjamin pengelu-aran hasil sawit yang tinggi.

Penanaman semula pokok sawit tua dengan bahan tanaman baharu yang ber-kualiti tinggi menggunakan teknologi penanaman dan pengurusan terkini akan menjamin pengeluaran hasil buah tandan segar (BTS) yang tinggi. Pengeluaran BTS yang tinggi meningkatkan pendapatan pekebun kecil sekaligus menyumbang kepada pendapatan negara.

MPIC menganjurkan pel -bagai program berkaitan pekebun kecil bagi me ning -katkan kesedaran dan pen-getahuan mengenai kepen-tingan tanaman komoditi utama negara dan produk-produk berasaskan komoditi serta maklumat mengenai sawit untuk meningkatkan pendedahan dan kesedaran mengenai kewujudan kemu-dahan insentif, skim bantu-an dan galakan yang dise-diakan oleh agensi-agensi di bawah MPIC bagi membantu meningkatkan hasil pengelu-aran dan pendapatan peke-bun kecil.

MPIC melalui MPOB telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan kopera-si penanam sawit mampan pekebun kecil (KPSM) untuk memastikan pekebun kecil sawit mengeluarkan hasil sawit secara mampan dan dapat memenuhi keperluan masa kini dan masa depan tercapai.

KPSM menyatukan pe -kebun kecil supaya menja-lankan aktiviti kebaikan bersama dan kualiti buah tandan segar (BTS) seperti meningkatkan pengelua-ran, pembelian input secara berkelompok untuk mengu-rangkan kos dan penjualan BTS berkelompok mampu mendapatkan harga yang tinggi dan meningkatkan pendapatan ahli.

Transformasi pekebun kecil akan bantu tingkat pendapatan

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah me -

ngenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN FEBRUARI 2016

Keputusan Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Bulan Disember 2015

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Program turun padang anjuran MPIC dan MPOB tingkat pengetahuan berkaitan sawit. Bincangkan”.

Kategori 2: AwamTajuk: “Minyak sawit mampan, masa depan industri lebih terjamin. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama setiapkategori akan menerima;− Hadiah Pertama : RM250− Hadiah Kedua : RM200− Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan Mac 2016 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1 Pelajar Sekolah Menengah

Hadiah Pertama Nur Athira Nabila Lukman(No. K/P:020403-01-1272)Sekolah Tun FatimahJohor Bahru, Johor

Hadiah Kedua Norsyazwina Hassan(No K/P: 020211-08-1110)SMK Sg. Besar, Sg. Besar, Selangor

Hadiah KetigaMuhammad Khairul Zaki Mat Arsad(No. K/P: 990522-01-7631)SMk Tengku Mahmud IskandarSungai Mati, Ledang, Johor

PEMENANG KATEGORI 2 Awam

Hadiah Pertama Rizalman Kasman (No. K/P: 750202-01-6899)Taman Makmur, Kluang, Johor Darul Ta’zim

Hadiah Kedua Lukman Mohamed Salleh(No. K/P: 681113-01-5273)Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor

Hadiah KetigaSarveswaran oillai a/l Chandra Segaran(No. K/P: 910511-05-5437)Taman Labu JayaJalan Sungai Ujong, SerembanNegeri Sembilan

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 − Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas dan bukan kakitangan MPOB − Panjang esei antara 500 - 700 patah kata − Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport − Keputusan juri adalah muktamad − Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Februari 2016 − Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Ibu Pejabat MPOB 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)

Siapa sangka minyak sawit yang digunakan dalam

pemakanan harian rakyat Malaysia selama ini sebe­narnya telapun digunakan sejaka zaman kegemilangan pyramid lagi? Pengkaji seja­rah telah membongkar satu penemuan penting bahawa kesan minyak sawit telah ditemui pada sebuah balang di dalam pusara berusia 5,000 tahun di Abydos, Mesir.

Ini merupakan satu fakta yang jelas dan mena-rik tentang penggunaan minyak sawit. Siapa sangka juga, kini Malaysia menjadi antara pengeluar minyak sawit utama dunia? Ini juga merupakan satu fakta yang tidak dapat disangkal sama sekali.

Selain Malaysia, terdapat beberapa negara lagi yang mengeluarkan minyak sawit seperti Thailand, Filipina, Papua New Guinea, Brazil, Columbia, Ghana, Liberia, Nigeria dan Uganda.

Pesaing utama Malaysia adalah Indonesia. Malay-sia dan Indonesia secara kolektif menyumbang 85 peratus pengeluaran minyak sawit dunia.

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada tahun 2015, minyak sawit adalah minyak sayuran yang paling banyak dihasilkan dan digunakan di dunia iaitu 90 peratus berbanding minyak sayuran lain seperti minyak soya, canola dan bunga matahari.

Sebagai pemain utama dalam industry minyak sawit di pasaran antara-bangsa, kedua-dua negara menempuh pelbagai per-juangan yang panjang dan getir terutamanya daripada pihak yang ingin membu-nuh industri sawit.

Cabaran globalisasi ini sudah tentu tidak akan

berakhir di situ. Saingan sengit bukan setakat di antara pengeluar minyak sayuran sahaja, malah di kalangan negara-negara pengeluar minyak sawit sendiri.

Tindakan proaktif bagi melindungi kuasa eksklusif negara-negara pengelu-ar serta kestabilan harga produk minyak sawit di pasaran global perlu diwu-judkan. Menyedari hakikat ini, Malaysia dan Indonesia mengorak langkah proaktif mengadakan kerjasama demi kelangsungan industri sawit di pasaran dunia.

Inisiatif sinergi itu ber-jaya direalisasikan pada 21 November 2015 apabila kedua-dua negara menanda-tangani Piagam Penubuhan Majlis Negara-Negara Penge-luar Minyak Sawit (CPOPC) yang diadakan semasa Sidang kemuncak ASEAN ke-27 di Kuala Lumpur.

CPOPC bertujuan meng -galak, membangun dan me ngukuhkan kerjasama dalam industri sawit di

kalangan negara anggota. Ini sejarah penting kepada masa depan tanaman komoditi dan diyakini dapat mengukuhkan imej industri sawit di peringkat global.

Penubuhan majlis ini bukan bertujuan menja-tuhkan pengeluar minyak sayuran lain, tetapi untuk melonjakkan lagi industri ini serta berpadu tenaga dalam menangani senti-ment anti minyak sawit yang masih belum berkesu-dahan sehingga kini.

Kerjasam dua negara yang dapat berkongsi kepakaran dalam segala aspek berkaitan sawit akan dapat memberi manfaat positif.

Pertamanya dalam aspek teknologi, penyelidi-kan dan kajian kesihatan kesan dari penggunaan minyak sawit, sudah tentu semua dakwaan tidak berasas tentang minyak sawit menyebabkan barah dapat ditangkis dengan bukti-bukti ilmiah yang kukuh. Bukan itu sahaja, malah mungkin banyak jenis penyakit dapat disem-buhkan.

Kedua, kerjasama ini bakal memberi suntikan baru dalam penghasilan produk bersifat komersial berasaskan sawit. Industri sawit akan terus berkem-bang dengan bantuan hasil penyelidikan dan pemban-gunan (R&D) yang dija-lankan.

Bagi memastikan R&D dapat dilaksanakan, kedua-dua negara akan berusaha menyuntik dana yang besar. Sehingga kini sahaja bahan sawit telah berjaya digu-nakan dalam penghasilan tenaga baru seperti biojisim dan biodiesel serta mengha-silkan produk kosmetik serta kegunaan harian.

Nur Athira Nabila Lukman (No. K/P: 020403-01-1272) Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Kerjasama Malaysia-Indonesia akan mantapkan lagi industri sawit

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 11

Rizalman Kasman (No. K/P: 750202-01-6899)Taman Makmur, Kluang, Johor Darul Ta’zim

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Page 11: Berita Sawit - Februari 2016

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Ketua Setiausaha MPIC, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Pengerusi MPOB, Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May ketika melawat pameran yang diadakan sempena Palm Oil Economic Review and Outlook Seminar 2016.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan sijil Amalan Pertanian Baik (GAP) kepada pekebun kecil sawit sambil diperhati Adun Beting-Maro, Razaili Gapor dan Ketua Setiausaha MPIC, Datuk Dr Sundaran Annamalai. Penyampaian sijil diadakan sempena perasmian Program Hello Komoditi Pusa, Betong, Sarawak.

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT12

Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Dr. Sundaran Annamalai bersama-sama pekebun kecil dan orang ramai hadir di majlis perasmian Hello Komoditi Pusa, Betong. Turut hadir adalah Ketua-ketua Pengarah agensi di bawah MPIC.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang mendengar penerangan mengenai tandan sawit daripada Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May ketika melawat pameran MPOB sempena Program Sejiwa Senada.

Pengerusi MPOB, Dato’ Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah (R&D), Dr. Ahmad Kushairi Din, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan), Mohamad Nor Abdul Rahman,

Pengarah-pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan MPOB yang hadir pada Program MPOB Senior Management Retreat di Melaka.