wong chen kelana jaya surat berita konstituensi...4 |surat berita konstituensi kelana jaya terbitan...

15
Isi kandungan 1 prospek untuk 2015 3 persidangan parlimen: Bajet 2015 Kerajaan Persekutuan 4 projek-projek komuniti: program kesihatan & pembangunan 10 kerja-kerja kemasyarakatan 11-13 akaun kewangan pejabat 2014 Ucapan daripada Ahli Parlimen Anda Kepada penduduk Kelana Jaya yang dihormati, Ini merupakan surat berita keempat saya kepada penduduk Kelana Jaya. Saya bersama kakitangan pejabat saya akan terus berusaha untuk mengeluarkan satu surat berita setiap enam bulan untuk memaklumkan anda tentang aktiviti terkini pejabat Parlimen anda. 2014 merupakan tahun yang cukup mencabar untuk Malaysia. Kami telah mengalami tiga tragedi kapal terbang dan negeri-negeri di Pantai Timur teruk dilanda banjir. Mengenai perkara politik, kami telah menyaksi Akta Hasutan digunakan untuk mendiamkan pendapat berlainan. Kami juga telah melihat sandiwara yang tidak masul akal iaitu perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Selain itu, kami juga perhatikan kebangkitan pandangan extremis dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan bangsa. Di Selangor pula, perkara pertukaran MB telah juga menimbulkan masalah tersendiri. Ekonomi positif pada dua suku pertama ditenggelami oleh ekonomi yang lembap pada dua suku yang akhir. Kejatuhan harga minyak mentah secara mendadak turut menjadi satu masalah kepada ekonomi negara. Gejala rasuah dan pentadbiran yang lemah masih berleluasa dan 1MBD terus menimbulkan persoalan serius terhadap Pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. Walaupun terdapat isu-isu mencabar seperti di atas, enam bulan yang lepas adalah amat produktif bagi saya sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya. Semasa di sidang Parlimen baru-baru ini, saya telah mengetuai bantahan terhadap Rang Undang-Undang Perlaburan Panel Lembaga Hasil Dalam Negari dan pada akhirnya, pindaan kontroversi itu telah ditarik balik oleh kerajaan pada bulan Oktober 2014. BN akur kepada pendapat kami dan terus membuang 95% kandungan pindaan dan sekaligus idea Panel Pelaburan digugurkan. Ini memberi kami harapan, bukti bahawa Ahli Parlimen, walaupun dari pihak pembangkang sememangnya boleh membuat perbezaan positif kepada undang- undang Malaysia. Di Dewan Parlimen pula, saya menjadi lebih yakin dan selasa dalam perbahasan dan penyampaian hujah-hujah saya. Kakitangan saya juga telah bertambah baik dalam kerja-kerja penyelidikan mereka. Ringkasnya, kami semakin maju dalam tugas utama kami, iaitu meneliti dan memajukan proses merangka undang-undang dan polisi negara. Sesi Parlimen terakhir 2014 dari 7 Oktober sehingga 27 November juga merupakan satu kejayaan kepada saya dari segi tanggungjawab dan tugas. Saya mengetuai Jawatankuasa Belanjawan Pakatan Rakyat dan juga telah menulis sebahagian besar belanjawan tersebut. Saya juga telah berbahas pelbagai polisi, termasuk kewangan, cukai pendapatan, komoditi, derivatif dan pertukaran hutang kepada ekuiti. Mengenai kerja kemasyarakatan, saya gembira kerana kami telah menyelesaikan semua projek kami di Desa Ria dalam lingkungan masa dan bajet yang telah ditentukan. Pasukan sukarelawan yang terdiri daripada Encik Leong, Encik Ho, Encik Phang dan Saudara WyHow telah berjaya memujuk penderma, jurutera, arkitek dan kontraktor untuk memperbaiki tangga dan tadika di Desa Ria. Pejabat YB Nik Nazmi turut membantu kami dengan bantuan kewangan yang cukup substantial. Kami juga telah bekerjasama dengan doktor sukarelawan, hospital dan BCWA untuk Terbitan #4 Januari 2015 Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

This page is supported by

{INSERT COMPANY LOGO} _______________________________________________________________________________________________

Isi kandungan

1 prospek untuk 2015 3 persidangan parlimen: Bajet 2015 Kerajaan Persekutuan 4 projek-projek komuniti: program kesihatan & pembangunan

10 kerja-kerja kemasyarakatan 11-13 akaun kewangan pejabat 2014

Ucapan daripada Ahli Parlimen Anda Kepada penduduk Kelana Jaya yang dihormati, Ini merupakan surat berita keempat saya kepada penduduk Kelana Jaya. Saya bersama kakitangan pejabat saya akan terus berusaha untuk mengeluarkan satu surat berita setiap enam bulan untuk memaklumkan anda tentang aktiviti terkini pejabat Parlimen anda. 2014 merupakan tahun yang cukup mencabar untuk Malaysia. Kami telah mengalami tiga tragedi kapal terbang dan negeri-negeri di Pantai Timur teruk dilanda banjir. Mengenai perkara politik, kami telah menyaksi Akta Hasutan digunakan untuk mendiamkan pendapat berlainan. Kami juga telah melihat sandiwara yang tidak masul akal iaitu perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Selain itu, kami juga perhatikan kebangkitan pandangan extremis dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan bangsa. Di Selangor pula, perkara pertukaran MB telah juga menimbulkan masalah tersendiri. Ekonomi positif pada dua suku pertama ditenggelami oleh ekonomi yang lembap pada dua suku yang akhir. Kejatuhan harga minyak mentah secara mendadak turut menjadi satu masalah kepada ekonomi negara. Gejala rasuah dan pentadbiran yang lemah masih berleluasa dan 1MBD terus menimbulkan persoalan serius terhadap Pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. Walaupun terdapat isu-isu mencabar seperti di atas, enam bulan yang lepas adalah amat produktif bagi saya sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya. Semasa di sidang Parlimen baru-baru ini, saya telah mengetuai bantahan terhadap Rang Undang-Undang Perlaburan Panel Lembaga Hasil Dalam Negari dan pada akhirnya, pindaan kontroversi itu telah ditarik balik oleh kerajaan pada bulan Oktober 2014. BN akur kepada pendapat kami dan terus membuang 95% kandungan pindaan dan sekaligus idea Panel Pelaburan digugurkan. Ini memberi kami harapan, bukti bahawa Ahli Parlimen, walaupun dari pihak pembangkang sememangnya boleh membuat perbezaan positif kepada undang-undang Malaysia. Di Dewan Parlimen pula, saya menjadi lebih yakin dan selasa dalam perbahasan dan penyampaian hujah-hujah saya. Kakitangan saya juga telah bertambah baik dalam kerja-kerja penyelidikan mereka. Ringkasnya, kami semakin maju dalam tugas utama kami, iaitu meneliti dan memajukan proses merangka undang-undang dan polisi negara. Sesi Parlimen terakhir 2014 dari 7 Oktober sehingga 27 November juga merupakan satu kejayaan kepada saya dari segi tanggungjawab dan tugas. Saya mengetuai Jawatankuasa Belanjawan Pakatan Rakyat dan juga telah menulis sebahagian besar belanjawan tersebut. Saya juga telah berbahas pelbagai polisi, termasuk kewangan, cukai pendapatan, komoditi, derivatif dan pertukaran hutang kepada ekuiti. Mengenai kerja kemasyarakatan, saya gembira kerana kami telah menyelesaikan semua projek kami di Desa Ria dalam lingkungan masa dan bajet yang telah ditentukan. Pasukan sukarelawan yang terdiri daripada Encik Leong, Encik Ho, Encik Phang dan Saudara WyHow telah berjaya memujuk penderma, jurutera, arkitek dan kontraktor untuk memperbaiki tangga dan tadika di Desa Ria. Pejabat YB Nik Nazmi turut membantu kami dengan bantuan kewangan yang cukup substantial. Kami juga telah bekerjasama dengan doktor sukarelawan, hospital dan BCWA untuk

Terbitan #4 Januari 2015

Wong Chen Kelana Jaya

Surat Berita Konstituensi

Page 2: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

2 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

menjayakan beberapa kem-kem perubatan di Desa Mentari, Desa Ria dan Angsana USJ 1. Di kawasan Subang Jaya, YB Hannah Yeoh terus menonjolkan kepimpinan dan keprihatinan yang baik sekali. Disebabkan oleh perkhidmatan terbaik YB Hannah Yeoh, saya mempunyai lebih ruang untuk menjadi seorang Ahli Parlimen yang lebih efektif untuk memajukan kehendak penduduk di Subang mengenai undang-undang dan polisi negara. Bagi tahun 2015, pejabat saya akan beralih fokus daripada Desa Ria ke Desa Mentari. Oleh kerana YB Nik Nazmi telah mengambil alih jawatan EXCO Pendidikan Selangor, kami akan bekerjasama dengan pejabatnya untuk cuba melaksanakan beberapa pusat tuisyen baru yang kos efektif berdasarkan model Sister Stella di Block 2 Desa Mentari. Pejabat saya juga komited untuk membantu penduduk Ladang Glenmarie, satu lagi kawasan berpendapatan rendah, untuk membaiki tadika mereka dan juga melakukan kerja-kerja pembaikpulihan dewan serbaguna di sana. Akhir sekali, harap maklum bahawa akaun tahun 2014 kami juga dilampirkan dalam surat berita ini untuk penelitian awam. Saya mengucapkan anda semua Selamat Tahun Baru 2015. Semoga anda sekeluarga sihat dan gembira sentiasa. Yang benar

Wong Chen Ahli Parlimen Kelana Jaya

Wong Chen Kelana Jaya

Surat Berita #4: Januari 2015

Editor: Wong Chen Penyumbang:

Gillian Gan, Kan Wai Min, Amir bin Hamzah, Nicholas Khoo

Pertanyaan: Emel:

[email protected] Tel: 03-5613 7918 Faks: 03-5613 7919

Alamat: 113B (2nd floor) Jalan SS14/1 47500 Subang Jaya

Selangor

Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen diterbitkan

oleh Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya

Ahli Parlimen Kelana Jaya Selangor Malaysia

Surat Berita Konstituen Wong Chen Kelana Jaya adalah produk yang tidak terkawal. Informasi yang terkandung di dalam surat

berita ini adalah untuk maklumat am dan tidak

bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan,

mengeluarkan semula atau menyesuaikan apa-apa

kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebeneran bertulis daripada kami terlebih dahulu.

Page 3: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

3 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

Sesi ketiga Parlimen (7 Oktober – 27 November 2014)Sesi ketiga Parlimen merupakan sesi yang paling panjang

dan sibuk pada tahun 2014. Bajet 2015 telah

dibentangkan pada 10 Oktober 2014 dan dibahas

sehingga 25 November 2014. Selain mengemukan lima

belas soalan kepada menteri-menteri di Parlimen,

pejabat saya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa

Belanjawan Pakatan Rakyat.

Jawatankuasa Belanjawan 2015 Pakatan

Rakyat

Pada tahun 2014, saya menjadi ahli dalam Jawatankuasa

Belanjawan 2015 Pakatan Rakyat bersama dengan YB

Rafizi Ramli, YBhg Dr Dzulkifly Ahmad dan YB Dr Ong Kian

Ming. Saya dan kakitangan pejabat saya membuat

analisis fiskal untuk Belanjawan Alternatif selama enam

minggu dan Belanjawan tersebut dilancarkan secara

rasmi pada 9 Oktober.

1: Ahli Parlimen Pakatan di Majlis Pelancaran Belanjawan

Alternatif PR di Parlimen.

2: Dari kiri: Encik Yin Shao Loong, YB Rafizi Ramli, YBhg Dr

Dzulkifly, YB Wong Chen danYB Dr Ong Kian Ming.

Pada 14 Oktober 2014, Jawatankuasa Belanjawan

Pakatan Rakyat menganjurkan Forum Belanjawan

Alternatif di Subang Jaya dan kami telah menjawab

soalan daripada lebih kurang 200 para hadirin.

Anda boleh memuat turun salinan Belanjawan Alternatif

2015 Pakatan Rakyat di www.keadilanrakyat.org.

Debat Parlimen Mengenai Bajet 2015 Kerajaan

Persekutuan

Sebagai Ahli Parlimen anda, saya telah berbahas dengan

berberapa menteri mengenai Bajet 2015 Kerajaan

Persekutuan, termasuk Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian

Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan

dan Komoditi.

Saya juga terus meneliti rundingan TPPA kerajaan

Malaysia. Pada sesi ini, saya menekankan kekurangan

ketelusan pihak kerajaan atas kegagalan mendedahkan

laporan manfaat dan kos TPPA. Pada tahun depan, saya

akan terus memantau perkembangan perundingan TPPA

dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk

mendedahkan semua kajian dan laporan kepada semua

Ahli Parlimen dan rakyat.

3: Isu TPPA yang telah saya bangkitkan mendapat liputan di

The Sun.

Seterusnya, saya telah mengadakan beberapa sidang

akhbar membangkitkan isu potongan drastik bajet untuk

mempromosikan minyak sawit. Kerajaan menyatakan

bahawa industri ini adalah penting tetapi hanya memberi

peruntukan terlalu kecil sebanyak 0.03% daripada jumlah

Page 4: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu

pengunaan dana awam yang tidak masuk akal.

Saya juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar

mengenai isu Cukai Keuntungan Modal, potongan subsidi

makanan asas dari pihak BN dan perakaunan kerajaan

untuk MDV dan Prasarana.

Anda boleh membaca semua kenyataan akhbar saya dan

maklumat terkini dari Parlimen di www.wongchen.com.

Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kerajaan BN cuba memperkenalkan Panel Pelaburan

LHDN pada Jun 2014. Mereka kemudian menarik balik

Rang Undang-Undang tersebut selepas isu ini mendapat

perhatian nasional dan antarabangsa. Pada bulan

Oktober, saya perhatikan bahawa Rang Undang-Undang

ini akan dibentangkan semula di Parlimen dengan

struktur dan kandungan yang sama seperti draf yang

telah dibentangkan pada bulan Jun lalu.

Saya dengan segara menganjurkan sidang akhbar

mengenai isu ini. Selepas seminggu, semasa di Parlimen,

saya gembira mendapat maklumat bahawa Rang

Undang-Undang LHDN telah dipinda sekali lagi dengan

pengecualian perkara Panel Pelaburan. Ini merupakan

satu kemenangan besar kepada rakyat!

4: Di Parlimen bergambar dengan salinan pindaan Rang

Undang-Undang LHDN.

Talkimat Mengenai Akta Cukai Pendapatan

Pada awal tahun ini, saya merayu melalui Facebook

meminta bantuan pakar-pakar cukai di kawasan saya

untuk memberi input teknikal mengenai Pindaan Rang

Undang-Undang Pendapatan Cukai. Kakitangan pejabat

saya kemudiannya berjumpa dengan dua pakar cukai dari

kawasan Kelana Jaya dan berbincang mengenai implikasi

utama pindaan-pindaan tersebut.

Pada bulan November, kakitangan pejabat saya memberi

taklimat kepada Ahli Parlimen PKR dan PAS mengenai

kesan Rang Undang-Undang tersebut untuk

mengenalpasti dan berbincang tentang beberapa perkara

untuk dibahas. Saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada dua pakar cukai tersebut atas penglibatan aktif

mereka mengenai kesan-kesan rang undang-undang ini.

Projek Komuniti Pejabat saya mempunyai polisi tidak menganjurkan majlis

makan bagi perayaan-perayaan kerana ini akan menelan

perbelanjaan yang banyak. Pejabat kami lagi suka

menggunakan wang peruntukan kami yang terhad untuk

memberi bantuan kebajikan di kawasan kami. Kami juga

lebih cenderung menggunakan peruntukan yang

diberikan untuk menaiktaraf infrastruktur dan

menganjurkan aktiviti komuniti yang lebih berkesaan

kepada penduduk Kelana Jaya. Pada pendapat kami, ini

adalah lebih penting daripada majlis makan yang akan

mengkenyangkan perut seketika.

Desa Ria

Klinik Bergerak

Pada Ogos 2014, kami telah menganjurkan klinik

bergerak untuk penduduk Desa Ria. Para sukarelawan

termasuk pelajar Universiti Perubatan Moscow.

5: Stesen perubatan sementara yang ditubuhkan di Tadika Desa

Ria.

Page 5: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

5 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

6: Bersama sukarelawan dan kakitangan saya.

Dari pukul satu sehingga lima petang, kami telah berjaya

memberi perkhidmatan perubatan kepada 187

penduduk, 50% terdiri daripada kanak-kanak.

Ubahsuai Tangga dan Halaman

Sebelum projek dimulakan, tangga di Desa Ria adalah

dalam keadaan yang teruk sekali. Kebanyakan susur

tangga telah dicuri dan dinding diconteng. Keadaan ini

amat berbahaya kepada semua, terumatanya kanak-

kanak.

Pada awal bulan Januari 2014, kami mula mencari cara

untuk menyelesaikan masalah ini. Kami berjaya

mendapatkan perkhidmatan arkitek, jurutera dan juru

ukur bahan untuk membantu kami secara percuma. Kami

juga dapat penaja korporat untuk memberi bantuan

kewangan projek ini. Kerja bermula pada bulan Ogos

apabila kami mendapatkan jumlah yang mencukupi

untuk membaiki dua belas tangga. Jumlah dana yang

diperoleh adalah RM90,000. Projek ini telah berjaya

disiapkan dalam lingkungan masa dan bajet yang

ditetapkan.

7: Gambar tangga sebelum dan selepas pembaikian.

8: Gambar halaman sebelum dan selepas pembaikan halaman.

Pengubahsuaian Tabika Desa Ria

Tabika Desa Ria ialah sebuah tabika yang mempunyai 25

kanak-kanak miskin yang berumur empat hingga enam

tahun. Kami memerhatikan keadaan fizikal yang teruk di

tadika ini dan seterusnya, mengambil keputusan untuk

melancarkan satu projek untuk menaiktarafkan tabika

itu.

Pada bulan Ogos 2014, saya memberi tugas kepada intern

dan sukarelawan saya untuk membina sebuah

perpustakaan kecil untuk kanak-kanak sebagai fasa

pertama projek ini.

9: Kanak-kanak di perpustakaan baru di Tabika Desa Ria.

Fasa kedua bermula pada bulan September 2014 dengan

kutipan derma untuk membiayai kerja-kerja

pengubahsuaian untuk menambah baik keadaan fizikal

tabika. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pelajar-pelajar Universiti Sunway, pelajar Kolej

Taylors, Persatuan Sukarelawan Malaysia dan beberapa

penderma lain. Kami berjaya mengumpul dana sebanyak

Page 6: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

6 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

RM15,000 bagi pemasangan dua kipas pengudaraan,

jubin baru, kerja paip dan kerja cat. Tabika ini akan dibuka

semula pada bulan Januari 2015.

10: Wakil Universiti Sunway menyerahkan cek kepada Tabika.

11: Pelajar Kolej Taylor’s memberi sumbangan mereka kepada

Tabika.

12: Kerja pembaikian jubin di Tabika pada bulan Disember.

13: Kipas baru yang dipasang di Tabika

Saringan Pemeriksaan Kanser Payu Dara

Percuma di USJ 1 Kami telah menganjurkan pemeriksaan kanser payudara

yang kedua dengan kerjasama Persatuan Kebajikan

Kanser Payudara (BCWA) pada 29 November 2014 bagi

penduduk rumah pangsa USJ 1 Angsana. Penganjur

bersama adalah wakil-wakil Masjid Al-Irsyad di USJ 1 di

mana acara diadakan. Kami telah memeriksa sejumlah

100 orang wanita. Pada tahun depan, kami berancang

melancarkan empat lagi program yang sama,

terutamanya di kawasan miskin dan sederhana Kelana

Jaya.

14: Penduduk menunggu giliran mereka di Masjid Al-Irsyad.

Kes-kes Kebajikan Dari bulan Mei ke Jun 2014, pejabat kami telah proses

hampir 300 kes kebajikan. Pejabat kami mengutamakan

kes kebajikan ibu tunggal, keperluan pendidikan, orang

kurang upaya (OKU) dan juga kos-kos perubatan.

Page 7: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

7 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

Pejabat kami juga menerima sokongan daripada

golongan penderma dari Kelana Jaya. Saya memang amat

berterima kasih kepada mereka yang telah menjawab

permintaan kami untuk menolong keluarga-keluarga

yang termiskin di Kelana Jaya. Berikut adalah beberapa

keluarga yang telah diberi bantuan dari pejabat saya

melalui golongan penderma murah hati:

Encik Nasir datang ke pejabat saya untuk mendapatkan

bantuan untuk membayar deposit RM 2,000 untuk

kelayakan anaknya ke Universiti Utara Malaysia. Anak

perempuan beliau merupakan anak pertama daripada

enam adik-beradik yang layak ke universiti. Sepasang

penderma dari USJ telah menawar untuk menderma

separuh daripada deposit itu setelah saya melancar

rayuan melalui Facebook untuk Encik Nasir. Anak

perempuannya akan belajar di UUM dalam kursus

kewangan dan berjanji untuk memaklumkan penderma

keputusan akademik beliau.

15: Bersama keluarga Encik Nasir.

Ibu kepada seorang budak bernama Rishi adalah seorang

ibu tunggal dengan tiga anak yang masih bersekolah.

Walaupun beliau tidak sihat, beliau terus kerja untuk

menampung keluarganya dengan pendapatan

bulanannya sebanyak RM 600. Beliau datang ke pejabat

kami dengan anak sulungnya Rishi dengan tujuan untuk

meminta bantuan kewangan supaya anaknya boleh

membeli sebuah laptop. Rishi ialah seorang pelajar pintar

dan cemerlang. Oleh sebab peruntukan saya telah habis,

saya menghubungi seorang bekas penderma dari Sunway

University dan bertanya jika beliau tahu mana-mana

pelajar yang mempunyai laptop lama yang masih boleh

digunakan. Beberapa minggu kemudian, Rishi menerima

laptop daripada seorang penderma bernama Ron Lew.

Rishi memberitahu kami bahawa beliau akan belajar

bersungguh-sungguh untuk memenuhi impiannya untuk

menjadi seorang jurutera aeronautik.

16: Bersama Rishi dan ibunya.

Yatesh ialah seorang budak lelaki pesakit jantung yang

berusia sembilan tahun. Saya bertemu dengan beliau dan

keluarganya di Klinik Kesihatan Bergerak yang telah

dianjurkan oleh pejabat saya di Desa Ria. Walaupun

Yatesh telah menjalani pembedahan pada tahun 2007,

beliau masih dalam keaadan pemulihan. Beliau

dinasihatkan supaya mengambil multivitamin dan saya

diberitahu bahawa keluarganya tidak mampu untuk

membelinya. Pada masa itu, bapanya baru sahaja hilang

kerja sebagai pemandu van dan ibunya seorang suri

rumah menjaga lima kanak-kanak. Memandangkan

peruntukan kebajikan saya telah habis, saya meminta

bantuan dari penderma masyarakat Kelana Jaya.

Beberapa minggu kemudian, kami menerima satu dozen

botol multivitamin daripada seorang penderma. Ibu

Yatesh amat berterima kasih untuk menerima

sumbangan itu.

17: Yatesh bersama keluarganya dengan multivitamin yang

telah didermakan.

Ustaz Mutalib meminta bantuan kewangan dari pejabat

kami untuk menyokong kos perubatan isterinya. Beliau

mempunyai empat anak yang berusia bawah 12 tahun

dan mendapat gaji bulanan sebanyak RM 1,300. Isterinya

Page 8: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

8 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

tidak sihat dan tidak dapat menjaga anak-anak mereka.

Pejabat saya telah berjaya memberi sumbangan RM1,000

kepada beliau daripada dana CSR yang telah ditubuhkan

oleh rakan universiti saya, Encik Ng.

18: Kakitangan saya bersama Ustaz Mutalib dan keluarganya.

Sesi Dialog Sesi dialog merupakan peluang penduduk untuk

mengetahui apa yang telah berlaku semasa Parlimen

bersidang. Segala rang undang-undang dan isu-isu

perbahasan dilaporkan oleh saya semasa sesi dialog

tersebut. Lebih penting adalah sesi ini memberi peluang

kepada penduduk untuk bertanya soalan kepada saya

tentang perkara-perkara Parlimen.

Dari bulan Julai hingga Disember 2014, saya berjaya

menjalankan dua dialog masyarakat - satu di Ladang

Glenmarie dan satu lagi di Kampung Lindungan.

Dialog Ladang Glenmarie telah diadakan pada bulan

September 2014. Kami telah membentangkan jawapan

rasmi kerajaan Selangor kepada soalan status tanah yang

telah dikemukan pada awal tahun ini. Sesi soal jawab juga

telah diadakan dan kami telah menerima maklum balas

dari komuniti.

19: Di Sesi Dialog Glenmarie.

Pada Disember 2014, saya telah mengadakan dialog

masyarakat di Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan.

Sesi itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang penduduk dan

kami telah menjawab lebih kurang 30 soalan tentang

ekonomi dan juga masalah komuniti.

20: Bersama wakil-wakil Masjid Al-Islamiah di Kampung

Lindungan.

Majlis Makan Bersama YB Wong Chen Setiap tahun, pejabat saya mempunyai sasaran

mengumpul RM40,000 untuk menjalankan pejabat kami.

Kami memperolehi peruntukan RM50,000 setahun bagi

kos pentadbiran dari kerajaan Selangor dan ini memang

tidak mencukupi. Sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya, saya

tidak memperolehi apa-apa peruntukan dari kerajaan

Persekutuan.

Kos pejabat saya adalah lebih kurang RM10,000 hingga

RM11,000 sebulan. Untuk menjaminkan ketelusan, satu

salinan akaun kewangan tahunan saya disertakan dalam

surat berita ini.

Pada suku tahun 2014 yang akhir, kami telah

mengumpulkan dermaan dana hampir RM19,000.

Page 9: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

9 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

Terima kasih kepada penganjur, sukarelawan, dan segala

penderma yang terlibat dalam majlis makan tersebut.

21: Mendengari soalan dari penderma di Majlis Makan Malam

pejabat saya.

Intern-intern Pejabat kami bertuah mendapat intern-intern hebat yang

membantu kami dalam kerja kemasyarakatan dan juga

penyelidikan dasar polisi negara. Berikut adalah profil

intern-intern kami dari Julai hingga Disember 2014.

Liang Jia Hui berkerja dengan kami pada cuti semester

Julai ke Ogos, selepas tahun pertama di Universiti Heriot-

Watt, Edinburgh, Scotland. Sebagai intern, Jia Hui

membuat penyelidikan statistik mengenai 1MDB dan

GST. Dia juga bantu dengan Portal Aduan & Nasihat

Pendidikan Tinggi (HEAP) Keadilan.

22: Liang Jia Hui dengan Wong Chen di Parlimen.

Leong Hui Wen sedang belajar ilmu perubatan di UK.

Beliau bekerja dengan kami selama sebulan semasa cuti

semester beliau. Beliau menyumbang masa dan amat

berguna membuat tugas pentadbiran pejabat saya.

Liew Min Xiang sedang belajar Ekonomi di Universiti

Birmingham, England. Dia bekerja dengan Pegawai

Penyelidikan saya bagi dasar pemerolehan awam di

Malaysia dan luar negara. Dia juga menulis ulasan bagi

kertas dasar mengenai sistem pemerolehan negera serta

terlibat dalam projek masyarakat yang lain.

Loo Ying Ning bekerja dengan kami sepanjang dua bulan.

Beliau berpendapat bahawa tempoh internship beliau

adalah amat istimewa kerana beliau dapat bersama

dengan golongan mahasiswa yang pintar dan berpontensi

untuk memastikan kejayaan dan kemakmuran Malaysia.

Beliau sedang belajar di Brickfields Asia College (BAC)

untuk mendapat Sijil Amalan Undang-Undang (CLP).

23: Loo Ying Ning dengan Wong Chen di Parlimen.

Page 10: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

10 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

Wui Liem Gan ialah seorang siswazah undang-undang

yang bekerja di pejabat kami sepanjang dua bulan antara

Oktober hingga November. Beliau bersama Ying Ning dan

kakitangan pejabat, telah menolong menghasilkan

belanjawan alternatif Pakatan Rakyat. Beliau

berpendapat bahawa beliau telah mendapat banyak

dorongan mengenai ekonomi dan dasar negara semasa

internship beliau. Wui Liem berpegang bahawa di dalam

bidang politik, semua perlu bergabung untuk memberi

perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

24: Kakitangan pejabat and Intern-intern bersama YB Rafizi

Ramli di Parlimen.

25: Wai Min di pejabat kami di Kelana Jaya.

Kan Wai Min ialah seorang pelajar tahun pertama di

Universiti Monash Malaysia. Beliau telah bermula sebagai

intern pada bulan November 2014. Skop internship beliau

termasuk membuat penyelidikan mengenai beberapa

polisi negara, menyiapkan surat berita ini, dan

penyelidikan dasar-dasar awam.

Gambar-gambar bersama Masyarakat

terkini

26: YB Hannah Yeoh dan Wong Chen di Perayaan Tanglung

SS15.

Page 11: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

11 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

27: Kakitangan saya dan MBPJ mengambil tindakan terhadap

aduan penduduk PJS10.

28: YB Wong Chen, YB Nik Nazmi, penduduk, dan ahli majlis

MBPJ Halimey dengan sukarelawan dari Deloitte.

29: Bersama YB Hannah Yeoh di Kempen Anti-Dengi SS17.

30: Bersama ahli majlis MBPJ Halimey di Pameran

Perdagangan Mikro Makanan Halal SS5.

31: Di gotong-royong PJS10 bersama wakil-wakil MBPJ.

32: Bersama sukarelawan pelajar perubatan dari Universiti

Moscow di Desa Ria selepas Klinik Kesihatan Bergerak.

Page 12: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

12 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

Akaun Kewangan Pejabat

Balance Sheet as at 31/12/2014

Total

Assets

Steel Cabinet 960.00

Fixtures & Fittings 5,597.10

Office Equipment 1,168.00

Cash in Hand 1,113.55

Cash at Bank 5,635.13

Total Assets 14,473.78

Liabilities

Amount Owing to Wong Chen 40,873.90

Total Liabilities 40,873.90

Net Assets (26,400.12)

Equity

Balance b/f (20,927.71)

Net Surplus as of Dec 2014 (5,472.41)

Balance as of 30th June (26,400.12)

Diff 0.00

Page 13: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

13 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

Income Statement

Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Total

Income

Bank Interest Received

3.18 1.37 3.55 7.28 5.61 8.48 8.11 8.30 4.73 6.51 13.84 0.00 70.96

State Government Allocation

0.00 6,550.50 7,093.10

7,672.35

(1,855.40)

19,155.80

8,564.05

2,819.60

0.00 0.00 0.00 0.00 50,000.00

Donation 0.00 0.00 8,900.00

14,350.00

2,300.00

0.00 2,847.00

2,600.00

0.00 36,274.40

12,402.00

2,000.00

81,673.40

MBPJ Deposit Refund

0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

Claim from Land Office Program

Pemeriksaan Kanser Payu Dara

Desa Mentari

0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3,989.95

0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3,989.95

Total Income 131,744.36

Expenses

Cheque Book Stamp duty

0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (15.00) 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (15.00)

Rental (1,300.00)

(1,300.00

)

(1,300.00)

(1,300.00)

(1,300.00)

(1,300.00)

(1,329.10)

(1,300.00)

(1,300.00)

(1,300.00)

(1,300.00)

(1,300.00)

(15,629.10)

Salary (4,000.00)

0.00 (8,000.00)

(4,500.00)

(4,000.00)

(4,000.00)

(4,500.00)

(6,000.00)

(4,000.00)

(4,000.00)

(10,137.60)

(4,000.00)

(57,137.60)

Office supplies 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (291.77) 0.00 (291.77)

Utility (535.20)

(459.90) (503.25)

(648.25)

(523.05)

(559.20)

(564.60)

(633.25)

(602.75)

(762.70)

(588.70) 0.00 (6,380.85)

Contractor work 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00

Socso (156.10)

0.00 (136.60)

(68.30) 19.50 (68.30) (164.80)

(102.45)

(68.30) (68.30) (78.05) (68.30) (960.00)

Page 14: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

14 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4

KWSP (1,480.00)

0.00 (1,040.00)

(520.00)

440.00 (520.00)

(1,545.00)

(780.00)

(520.00)

(520.00)

(740.00) 440.00 (6,785.00)

Office staff expenses

(410.80)

0.00 (806.70)

(346.50)

(258.10)

(401.15)

(258.15)

(524.45)

(377.45)

(436.80)

(333.40) (308.55)

(4,462.05)

Loan w/off 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (2,000.00)

0.00 (2,000.00)

Petty Cash expenses

(1,669.95)

0.00 (1,515.05)

0.00 (2,505.05)

0.00 (2,704.40)

0.00 (181.00)

0.00 (2,245.20)

0.00 (10,820.65)

Printing costs 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (139.60)

0.00 0.00 (139.60)

Sewerage 0.00 (173.90) 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 (29.10) 0.00 (203.00)

Event expenses 0.00 0.00 (1,250.00)

(6,796.20)

0.00 0.00 (4,849.95)

0.00 0.00 0.00 (19,496.00)

0.00 (32,392.15)

Total Expense (137,216.77)

Net Surplus (5,472.41)

Page 15: Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituensi...4 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4 jualan eksport minyak sawit. Ini merupakan satu pengunaan dana awam yang tidak

15 |Surat Berita Konstituensi Kelana Jaya Terbitan #4