berita sawit - april 2014

11
Semua negeri di Semenanjung guna biobahan api sawit B5 » Pelaksanaan serentak di Wilayah Timur, Utara pelengkap Program B5 Oleh Che Johari Mamat [email protected] Kuantan K esemua 13 negeri di Se- menanjung Malaysia menggunakan biobahan api sawit B5 melalui penyempur- naan pelancaran Penggunaan Biodiesel Sawit di Wilayah Timur, Utara dan Peringkat Semenan- jung yang diadakan di sini, baru- baru ini. Biobahan Api B5 adalah adu- nan 5 peratus biodiesel sawit de- ngan 95 peratus diesel petrole- um. Program B5 mula dilaksanakan pada 1 Jun 2011 di sektor ber- subsidi Wilayah Tengah yang me- liputi Wilayah Persekutuan Put- rajaya, Kuala Lumpur; Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Mu- lai 22 Julai 2013, ia diperluaskan ke Wilayah Selatan yang meliputi negeri Johor. Pada Februari 2014, program ini diperluaskan pelaksanaannya ke Wilayah Timur (Pahang, Te- rengganu dan Kelantan) dan mu- lai Mac 2014 lalu ke Wilayah Utara yang meliputi negeri Perak, Ke- dah, Perlis dan Pulau Pinang. Pelaksanaan serentak di Wila- yah Timur dan Utara itu me- lengkapkan penggunaan B5 di pe- ringkat Semenanjung Malaysia. Menteri Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata de- mikian sewaktu menyampaikan ucapan aluan pada majlis pelan- caran program berkenaan. Majlis dirasmikan Menteri Besar Pa- hang, Dato’ Sri Diraja Adnan Ya- akob. Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dengan pelanca- ran itu, semua 3,277 stesen mi- nyak di 13 negeri di Semenanjung akan membekal dan menjual B5 kepada kenderaan yang meng- gunakan enjin diesel petroleum. “Anggaran 250,000 tan biodi- esel sawit akan digunakan dan sejumlah 288.1 juta liter diesel petroleum dapat dijimatkan pada setiap setahun,” katanya. Beliau berkata, fasa terakhir Program B5 akan dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Per- sekutuan Labuan serta sektor ti- dak bersubsidi mulai Julai 2014. “Langkah ini akan dapat me- nyumbang kepada penggunaan biodiesel sawit sebanyak 500,000 tan setahun bagi kedua-dua sek- tor bersubsidi dan tidak bersub- sidi,” katanya.” Pengeluaran biodiesel sawit meningkat “Pengeluaran biodiesel sawit ne- gara meningkat sebanyak 89 pe- ratus, iaitu 472,129 tan pada 2013 berbanding 249,213 tan pada 2012 manakala eksportnya pula me- ningkat 504 peratus daripada 28,983 tan kepada 175,032 tan pada tempoh sama,” katanya. Peningkatan ketara ini disum- bangkan oleh langkah proaktif di- ambil kerajaan melalui aktiviti promosi bersama dengan sektor swasta ke pasaran utama seperti Kesatuan Eropah (EU) dan China. Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelaksanaan penggunaan biobahan api sawit dalam negara akan meningkat- kan penggunaan minyak sawit mentah yang dihasilkan sektor perladangan dan pekebun kecil di seluruh negara. “Langkah ini akan menstabil- kan harga minyak sawit di pa- saran, di samping memberi ke- sejahteraan ekonomi dan pening- katan pendapatan pengusaha tanaman sawit, terutamanya pe- kebun kecil,” katanya. Pelaksanaan penggunaan B5 ke seluruh negeri di Semenanjung membuktikan komitmen keraja- an bagi merealisasikan penggu- naan biobahan api yang diha- silkan daripada minyak sawit. “Ia adalah langkah strategik ke- rajaan bagi memaju dan mening- katkan pertumbuhan industri sa- wit sebagai penjana pendapatan dan kesejahteraan ekonomi ne- gara,” katanya. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perla- dangan dan Komoditi, Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim; Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May. Dasar Biobahan Api Negara Lima teras strategik: Teras 1: Biobahan api untuk pengangkutan Teras 2: Biobahan api untuk industri Teras 3: Teknologi Biobahan api Teras 4: Biobahan api untuk eksport Teras 5: Biobahan api untuk alam sekitar yang lebih bersih. Kebaikan Pelaksanaan Program Biodiesel Pengurangan pelepasan gas rumah hijau B5: Campuran 5 peratus boleh menggantikan penggunaan 500,000 tan diesel setahun dan ini mengurangkan pelepasan 1.53 juta tan CO2 setahun. B10: Mengurangkan pelepasan 3.0 juta tan CO2 setahun. Kepelbagaian sumber tenaga / Keselamatan Tenaga Rizab minyak negara boleh bertahan selama 22 tahun lagi Negara menjadi pengimport bersih menjelang dekad seterusnya, mengimport 32% keperluan petroleum pada tahun 2030 Mengurangkan pergantungan terhadap bahan api fosil. Mewujudkan permintaan baru untuk minyak sawit dan membantu mengukuhkan harga komoditi berkenaan dengan Mengurangkan stok minyak sawit Meningkatkan harga buah tandan segar (FFB) Pelaksanaan sepenuhnya B5 di seluruh negara memerlukan anggaran 583 juta liter (500,000 tan) minyak sawit/biodiesel setahun Pelaksanaan sepenuhnya B10 di seluruh negara memerlukan 1.0 juta tan minyak sawit/biodiesel setahun. INFO Anggaran 250,000 tan biodiesel sawit akan digunakan dan sejumlah 288.1 juta liter diesel petroleum dapat dijimatkan pada setiap setahun” Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengisi minyak Biodiesel Sawit ke dalam kenderaan sempena Pelancaran Penggunaan Biodiesel Sawit Wilayah Timur, Utara dan Peringkat Semenanjung di Kuantan, Pahang. Turut kelihatan Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim (kanan), Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il (tiga dari kiri) dan Datuk Dr Choo Yuen May (dua dari kiri).

Upload: phamminh

Post on 16-Jan-2017

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Sawit - April 2014

Semua negeri di Semenanjungguna biobahan api sawit B5» Pelaksanaanserentak diWilayah Timur,Utara pelengkapProgram B5

Oleh Che Johari [email protected]

Kuantan

Kesemua 13 negeri di Se-menan jung Ma lays i amenggunakan biobahan

api sawit B5 melalui penyempur-naan pelancaran PenggunaanBiodiesel Sawit di Wilayah Timur,Utara dan Peringkat Semenan-jung yang diadakan di sini, baru-baru ini.Biobahan Api B5 adalah adu-

nan 5 peratus biodiesel sawit de-ngan 95 peratus diesel petrole-um.Program B5mula dilaksanakan

pada 1 Jun 2011 di sektor ber-

subsidi Wilayah Tengah yang me-liputi Wilayah Persekutuan Put-rajaya, Kuala Lumpur; Selangor,Negeri Sembilan dan Melaka. Mu-lai 22 Julai 2013, ia diperluaskanke Wilayah Selatan yang meliputinegeri Johor.Pada Februari 2014, program

ini diperluaskan pelaksanaannyake Wilayah Timur (Pahang, Te-rengganu dan Kelantan) dan mu-laiMac 2014 lalu keWilayahUtarayang meliputi negeri Perak, Ke-dah, Perlis dan Pulau Pinang.Pelaksanaan serentak di Wila-

yah Timur dan Utara itu me-lengkapkan penggunaan B5 di pe-ringkat Semenanjung Malaysia.Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas berkata de-mikian sewaktu menyampaikanucapan aluan pada majlis pelan-caran program berkenaan. Majlisdirasmikan Menteri Besar Pa-hang, Dato’ Sri Diraja Adnan Ya-akob.Datuk Amar Douglas Uggah

Embas berkata, dengan pelanca-ran itu, semua 3,277 stesen mi-nyak di 13 negeri di Semenanjungakan membekal dan menjual B5

kepada kenderaan yang meng-gunakan enjin diesel petroleum.“Anggaran 250,000 tan biodi-

esel sawit akan digunakan dansejumlah 288.1 juta liter dieselpetroleum dapat dijimatkanpada setiap setahun,” katanya.Beliau berkata, fasa terakhir

Program B5 akan dilaksanakan diSabah, Sarawak dan Wilayah Per-sekutuan Labuan serta sektor ti-dak bersubsidi mulai Julai 2014.“Langkah ini akan dapat me-

nyumbang kepada penggunaanbiodiesel sawit sebanyak 500,000tan setahun bagi kedua-dua sek-tor bersubsidi dan tidak bersub-

sidi,” katanya.”

Pengeluaran biodiesel sawitmeningkat“Pengeluaran biodiesel sawit ne-gara meningkat sebanyak 89 pe-ratus, iaitu 472,129 tan pada 2013berbanding 249,213 tan pada 2012manakala eksportnya pula me-ningkat 504 peratus daripada28,983 tan kepada 175,032 tanpada tempoh sama,” katanya.Peningkatan ketara ini disum-

bangkan oleh langkah proaktif di-ambil kerajaan melalui aktivitipromosi bersama dengan sektorswasta ke pasaran utama sepertiKesatuan Eropah (EU) dan China.Datuk Amar Douglas Uggah

Embas berkata, pelaksanaanpenggunaan biobahan api sawitdalam negara akan meningkat-kan penggunaan minyak sawitmentah yang dihasilkan sektorperladangan dan pekebun kecildi seluruh negara.“Langkah ini akan menstabil-

kan harga minyak sawit di pa-saran, di samping memberi ke-sejahteraan ekonomi dan pening-katan pendapatan pengusahatanaman sawit, terutamanya pe-

kebun kecil,” katanya.Pelaksanaan penggunaan B5 ke

seluruh negeri di Semenanjungmembuktikan komitmen keraja-an bagi merealisasikan penggu-naan biobahan api yang diha-silkan daripada minyak sawit.“Ia adalah langkah strategik ke-

rajaan bagi memaju dan mening-katkan pertumbuhan industri sa-wit sebagai penjana pendapatandan kesejahteraan ekonomi ne-gara,” katanya.Turut hadir, Ketua Setiausaha

Kementerian Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi, Datuk SeriNurmalaAbdul Rahim; PengerusiMPOB, Dato’ Ar Wan MohammadKhair-il Anuar Wan Ahmad danKetua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May.

Dasar BiobahanApi Negara

Lima teras strategik:Teras 1: Biobahan api untuk

pengangkutanTeras 2: Biobahan api untuk

industriTeras 3: Teknologi Biobahan apiTeras 4: Biobahan api untuk

eksportTeras 5: Biobahan api untuk

alam sekitar yang lebih bersih.

Kebaikan PelaksanaanProgram Biodiesel

Pengurangan pelepasangas rumah hijauB5: Campuran 5 peratus boleh

menggantikan penggunaan500,000 tan diesel setahun dan inimengurangkan pelepasan 1.53 jutatan CO2 setahun.B10: Mengurangkan pelepasan

3.0 juta tan CO2 setahun.

Kepelbagaian sumber tenaga /Keselamatan TenagaRizab minyak negara boleh

bertahan selama 22 tahun lagiNegara menjadi pengimport

bersih menjelang dekad seterusnya,mengimport 32% keperluanpetroleum pada tahun 2030Mengurangkan pergantungan

terhadap bahan api fosil.

Mewujudkan permintaan baruuntuk minyak sawit danmembantu mengukuhkan hargakomoditi berkenaan denganMengurangkan stok minyak sawitMeningkatkan harga buah

tandan segar (FFB)Pelaksanaan sepenuhnya B5 di

seluruh negara memerlukananggaran 583 juta liter (500,000tan) minyak sawit/biodiesel setahunPelaksanaan sepenuhnya B10 di

seluruh negara memerlukan 1.0juta tan minyak sawit/biodieselsetahun.

INFO

Anggaran 250,000 tanbiodiesel sawit akandigunakan dan sejumlah288.1 juta liter dieselpetroleum dapat dijimatkanpada setiap setahun”

Douglas Uggah Embas,Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi

Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengisi minyak Biodiesel Sawit ke dalam kenderaansempena Pelancaran PenggunaanBiodiesel SawitWilayah Timur, Utara dan Peringkat Semenanjung di Kuantan, Pahang. Turut kelihatanDatuk SeriNurmala Abdul Rahim (kanan), Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il (tiga dari kiri) dan Datuk Dr Choo Yuen May (dua dari kiri).

Page 2: Berita Sawit - April 2014

Pekebun disarantingkat produktiviti

2

Datuk Amar DouglasUggah Embas

memukul gong bagimerasmikan SeminarPekebun Kecil Sawitdi Mukah, Sarawak .

Oleh Che Johari [email protected]

Mukah

Kerajaan sentiasa komited da-lam melaksanakan pelbagaiusaha bagi membantu pe-

kebun kecil meningkatkan produk-tiviti dan kualiti hasil tanaman sa-wit mereka di negara ini.Menteri Perusahaan Perladangan

dan Komoditi, Datuk Amar DouglasUggah Embas, berkata hampir 40peratus daripada 5.4 juta hektar ke-luasan tanaman sawit negara diusa-hakan oleh pekebun kecil ketika ini.Menurutnya, komitmen kerajaan

untuk menstabilkan harga minyaksawit dan meningkatkan produk-tiviti pekebun kecil menyumbangkepada peningkatan purata pen-dapatan tahunan golongan berke-naan.

Pendapatan meningkat“Purata pendapatan pekebun kecilyang mengusahakan tanaman sa-wit diunjur meningkat sebanyak 47peratus iaitu daripada RM4,794 se-hektar tahun 2012 kepada RM7,047sehektar menjelang tahun 2020,”katanya sewaktu berucap meras-

mikan Seminar Pekebun Kecil diDewan Pehin Setia Raja, di sini,baru-baru ini.Seramai 350 pekebun kecil sawit

sekitar Mukah dan Balingian me-nyertai seminar sehari itu.Beliau berkata, dari aspek peng-

hasilan buah tandan segar (BTS),sudah ada pekebun kecil yang ber-jaya mencapai penghasilan BTS se-banyak 40 hingga 45 tan sehektardalam setahun.Bagaimanapun jelasnya, kebanya-

kan pekebun kecil masih memper-oleh penghasilan BTS dalam ling-kungan 20 tan ke bawah untuk ke-luasan sehektar setahun.“Ini menunjukkan pekebun kecil

negara inimasih ketinggalandalamaspek cara penyelenggaraan pena-naman dan tidak mengamalkanamalan pertanian baik bagi kebunmasing-masing.“Berbeza dengan negara Indone-

sia yang mana mereka mempunyaikonsep plasma yang diperkenalkankerajaan.“Pekebun kecil di sana dijaga la-

dang besar dan mereka menjadisatelit kepada ladang besar ber-kenaan,” katanya."Oleh sebab itu, mutu dan pro-

duktiviti yang dihasilkan pekebunkecil Indonesia lebih baik daripadakita. Oleh itu pekebun kecil sawitnegara ini perlumeningkatkan pro-duktiviti dan kualiti, sejajar teka-nan persaingan yang semakin he-bat dari Indonesia," jelasnya.Melalui penganjuran seminar se-

perti itu, kerajaan melalui MPOBdapat menyampaikan amalan danteknologi baru bagi mempertingkat-kan produktiviti dan kualiti peng-hasilan buah sawit pekebun kecildari semasa ke semasa.Datuk Amar Douglas turut me-

nyeru agar pekebun kecil mem-babitkan diri dengan gerakan ko-perasi bagi membantu meningkat-kan pendapatan dan produktiviti.Katanya, ia jugamemberi banyak

manfaat jangka panjang denganmendapat pelbagai insentif sepertilori pengangkutan buah sawit ataugeran untuk memulakan projek."Penubuhan Koperasi Penana-

man Sawit Mampan dan pensijilankebun adalah dua komponen pen-ting di bawah konsep KelompokSawit Mampan."Justeru, pekebun kecil perlume-

ngambil pendekatan proaktif me-rebut peluang menyertai gerakankoperasi yang ditubuhkan di ka-wasan masing-masing," katanya.

» Kerajaankomitedstabilkan hargaminyak sawit

Matlamat utama pengguna-an mekanisasi di ladang

sawit adalah untuk meningkat-kan kecekapan operasi, mening-katkan produktiviti dan padamasa samamenanganimasalahkekurangan tenaga kerja. Peng-gunaan mekanisasi ladang disamping mengamalkan amalanbaik agronomi perladangan ter-bukti memberi impak positif ke-pada peningkatan hasil sawit.MPOB giat menjalankan ak-

tiviti penyelidikan dan pemba-ngunan (R&D) bagi menciptadan membangunkan jenteraserta peralatan untuk kegunaandi ladang sawit. Sehingga kini,sejumlah 35 teknologi diba-ngunkan antaranya Galah Penuai Aluminium, Pe-mungut Tandan Buah Sawit Mekanikal (Grabber),Treler Motosikal, Pemotong Sawit Bermotor (CAN-TAS ), Jentera Pengangkut Bertrek (Beluga) dan yangterkini Jentera Pengangkut Beroda (Rhyno).Namun begitu, tahap penggunaan jentera di la-

dang sawit masih lagi rendah jika dibandingkandengan sektor perladangan atau pertanian di negaramaju. Antara faktor sering dikaitkan dengan isu iniadalah kos permulaan dan kos penyelenggaraanyang tinggi, kesukaran mendapatkan alat ganti,jentera yang diimport tidak sesuai digunakan dankhidmat selepas jualan yang kurang memuaskandaripada pembekal jentera. Selain itu, kekuranganpengetahuan serta pengalaman dalam melaksa-nakan sistem mekanisasi yang sesuai turut me-nyumbang kepada kekangan ini.Secara keseluruhan, masih banyak lagi ruang dan

peluang untuk menghasilkan jentera lebih efektifdari segi produktiviti dan juga kos untuk kegunaanindustri sawit. Industri sawit masih lagi memba-ngunkan teknologi yang sesuai dan berkesan, te-rutama bagi membantu operasi penuaian pokoktinggi (melebihi 5 meter) yang masih bergantungkepada cara manual.Justeru, MPOB dengan sokongan penuh Kemen-

terian Perusahaan Perladangan dan Komoditi me-ngambil inisiatif menganjurkan pertandingan rekacipta dan inovasi mekanisasi sawit dinamakan ‘In-ternational Competition on Oil Palm Mechanisation(ICOPM)”. Antara objektif utama pertandingan ada-lah untuk menjana idea dan membangunkan tek-nologi baru berkaitanmekanisasi yang efektif untukaktiviti di ladang sawit di samping menggalak danmeningkatkan tahap pengkomersialan serta peng-gunaan mekanisasi.Pertandingan ini dibuka kepada peserta dari da-

lam dan luar negara, dari pelajar Institut PengajianTinggi Awam dan Swasta, institusi penyelidikan,syarikat pembuat jentera sehinggalah individu yangberminat dalam penghasilan produk inovasi.Melalui dua peringkat saringan, hanya 20 pe-

nyertaan (secara individu atau berkumpulan) di-pilih untuk ke peringkat akhir yang dijangka di-adakan pada November 2014. Semua penyertaanICOPM akan diadili juri profesional terdiri daripadamereka yang berpengalaman dari dalam dan luarnegara. Secara amnya, produk atau ciptaan pesertaakan dinilai dari aspek kebolehfungsian produk,kreativiti, idea asal, potensi produk untuk diko-mersialkan serta keberkesanan kos. Diharap, be-berapa teknologi ciptaan baru ini akan berjayadikomersialkan bagi meningkatkan lagi produktivitipekerja di sektor perladangan sawit secara khu-susnya dan meningkatkan lagi daya saing industrisawit secara amnya.Hadiah keseluruhan ditawarkan ICOPM bernilai

RM500,000. Hadiah utama bernilai RM1 juta akandiberikan kepada pemenang yang mencipta produkyang mampu memberikan impak besar kepadaindustri sawit negara.Untuk maklumat lanjut, pertanyaan, syarat per-

tandingan serta permohonan menyertai ICOPM,layari http://www.mpob.gov.my/icopm. Mari sertaiICOPM!

Saya menyeru agarpekebun kecilmembabitkan diri dengangerakan koperasi bagimembantu meningkatkanpendapatan danproduktiviti”

Datuk Amar DouglasUggah EmbasMenteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi

Page 3: Berita Sawit - April 2014

5 APRIL 2014 SABTU 3

Hello Komoditi pikatpenduduk Mukah

Oleh Muhammad [email protected]

Mukah

Kementerian Perusaha-an Perladangan dan Ko-modit i (MPIC) dan

agensi di bawahnya mengan-jurkan program Hello Komo-diti dengan mengadakan pa-meran komoditi di RumahPanjang RH Linggi, Setuan, Ba-lingian, dekat sini, bagi mem-perkenalkan dan menarik ko-muniti tempatan menceburisektor komoditi.AgensiMPIC yangmenyertai

program pameran sehari ituialah Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB), Lembaga Ko-ko Malaysia (LKM), Lembaga

Lada Malaysia (LLM) dan Lem-baga Getah Malaysia (LGM).

Giat bantu komunitiMenteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, DatukAmar Douglas Uggah Embasyang merasmikan program se-hari itu turut mengambil pe-luang melawat gerai pameranyangmempamerkan komoditi

sawit, koko, lada dan getah.Sewaktu lawatan ke gerai

pameran MPOB, beliau ber-kata, program yang diadakandi Sarawak sangat bertepatanmemandangkan negeri ituada keluasan tanaman sawit-nya mencecah lebih sejutahektar pada masa ini.“Kebanyakan penduduk

luar bandar Sarawak bergan-

tung kepada hasil tanaman ko-moditi sawit sebagai puncapendapatan utama mereka.“MPOB perlu mempergiat-

kan aktiviti dan program bagimenarik serta membantu ko-muniti tempatan menanamsawit terutama pekebun kecildi kawasan luar bandar yangmasih baru dengan komoditiini.“Mereka memerlukan tun-

juk ajar dan khidmat nasihatmengenai cara menanam danamalan penyelenggaraan ke-bun yang baik bagi menda-patkan hasil buah tandan se-gar (BTS) yang tinggi dan ber-mutu,” katanya.Datuk Amar Douglas mene-

gaskan, khidmat nasihat di-sampaikan kepada pekebunkecil bagi memastikan merekamenggunakan anak benih sa-wit yang tulen dan disahkanMPOB bagi mengelakkan peng-gunaan anak benih yang tidakberpenghasilan tinggi.Sewaktu lawatan di gerai pa-

meran MPOB, beliau diberipenjelasan mengenai produkmakanan dan bukan maka-nan berasas sawit yang dipa-merkan. Beliau juga berke-sempatan menikmati ais krimdan roti bakar sapuan mar-jerin sawit yang disediakanuntuk edaran kepada pelawatyang mengunjungi gerai pa-meran MPOB.Sejumlah 1,500 pelawat ter-

diri daripada komuniti tem-patan dan penghuni rumahpanjang mengunjungi geraipameran MPOB.

» Program bagiperkenal, pikatkomunititempatan ceburisektor komoditi

KSU lawatkilangpembungkusminyak masak

Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim berucap merasmikan TheCompletion Ceremony of “The Model Project for AlternativeFuel Combustion in The Cement Industry” di Bahau, NegeriSembilan.

3

Oleh Che Johari [email protected]

Temerloh: Ketua Setiausaha, Kemen-terian Perusahaan Perladangan dan Ko-moditi (MPIC), Datuk Seri Nurmala Ab-dul Rahim, baru-baru ini, membuatlawatan ke syarikat Chop Wan Chongyang terbabit dalam aktiviti pembung-kusan minyak masak sawit, di sini, bagimelihat sendiri operasi pembungkusanminyak masak untuk pasaran tempa-tan.

Syarikat yang mengeluarkan bungku-san minyak masak berjenama ‘Penguin’itu adalah syarikat milik perseoranganyang dimiliki Boon Chee Joon.

Boon sewaktu taklimat kepada DatukSeri Nurmala berkata, syarikatnya mem-punyai lesen dengan Lembaga MinyakSawit Malaysia (MPOB) bagi aktiviti Men-jual dan Mengalih Minyak Sawit Proses,Membeli dan Mengalih Minyak SawitProses dan Menyimpan Minyak SawitProses.

“Syarikat ini mula beroperasi pada ta-hun 2002 dan mempunyai dua (2) tangkisimpanan berkapasiti 23 tan dan 30 tan,”katanya.

Syarikat ini juga mempunyai sebuahmesin pembungkusan automatik yangberupaya membungkus satu (1) metriktan bagi setiap jam disamping seorangpenyelia, empat (4) pekerja pembungku-san dan dua (2) pemandu.

Boon berkata, syarikatnya hanya me-ngeluarkan minyak masak dalam bung-kusan satu (1) kilogram dengan meng-gunakan bungkusan plastik dari jenis‘Medium Density Polyethylene’ (MDPE)yang tahan lasak dan tidak mudah pe-cah.

Kuota 122 tan“Kini, syarikat ini hanya mengeluarkanbungkusan minyak masak bersubsidi(Skim Penstabilan Harga Minyak Masak)dengan jumlah kuota yang diluluskanoleh MPIC sebanyak 122 tan.

“Bungkusanminyakmasak satu kg itudipasarkan hanya kepada pengguna isirumah dan peniaga makanan kecil disekitar Temerloh, Mentakab, Kuala Lipis,Raub, Bentong di Pahang serta Bahaudan Serting di Negeri Sembilan,” kata-nya.

Katanya, syarikat mempunyai lori pe-ngangkutan sebanyak dua (2) buah un-tuk memudahkan pengangkutan bung-kusan minyak masak keluarannya di-pasarkan ke tempat berkenaan.

Boon jugamenjelaskanminyakmasakkeluaran syarikat ini tidak dijual di pasarmalam apabila ditanya Datuk Seri Nur-mala.

Mengenai jaminan kebersihan, Boonberkata, syarikatnyamendapat kelulusandan mempunyai Sijil Program JaminanKeselamatan Makanan MeSTI dari Ke-menterian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut hadir pada lawatan itu Setia-usaha Bahagian Industri Sawit dan Sagu,Kementerian Perusahaan Perladangandan Komoditi, Aknan Ehtook.

Kilang simen gunabahan bakaralternatif sawitOleh Dr Andrew YapKian [email protected]

Bahau

Ketua Setiausaha Kemen-terian Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi

(MPIC), Datuk Seri NurmalaAbdRahim, baru-baru ini, mewakiliMenteri Perusahaan Perlada-ngandanKomoditi,DatukAmarDouglas Uggah Embas meras-mikan lengkapnya ‘The ModelProject forAlternativeFuelCom-bustion in the Cement Industry’oleh Negeri Sembilan CementIndustries (NSCI), di sini.

Projek berkenaan dibangun-kan Taiheyo Engineering Co-rporation (TEC) di bawah pem-biayaan New Energy Develop-ment Organisation (NEDO)Jepun dengan kerjasama MPICmelalui LembagaMinyak SawitMalaysia (MPOB) dan LembagaGetah Malaysia (LGM).Datuk Seri Nurmala sewaktu

berucap, menyatakan rasabangga kerana projek itu ber-jaya dibangunkan dan direa-lisasikan dalam masa kurangdua tahun dari tarikh perjan-jian ditandatangani di antaraNEDO, MPOB dan LGM.

Melalui projek ini, tayar ter-pakai, tempurung sawit danserabut tandan sawit diguna-kan sebagai bahan bakar, se-kali gus dapat mengurangkanlebih 30 peratus penggunaanarang batu di kilang simenberkenaan.

Guna teknologi mesra alamNSCI adalah loji simen per-tama di Malaysia mengguna-kan teknologi mesra alam iniyang menggunakan dua unitpemprosesan utama iaitu ‘Tai-heyo Chlorine Bypass System’dan ‘Taiheyo Coating SolutionSystem’.

Datuk Seri Nurmala berka-ta, pelaksanaan projek usahasama seumpama ini selarasStrategi Biojisim Kebangsaan2020 dan agenda negara bagi

Program Pengurangan SifarBuangan (MAWAR).

“Kini terdapat enam projekbiogas dengan jumlah kapasiti10MW didaftarkan dan empatloji dengan kapasiti 5.35MWdisambungkan ke grid nasio-nal. Di samping itu terdapatlapan loji biojisim dengan ka-pasiti 86.4MWdidaftarkan danempat daripadanya dengankapasiti 43.4MW disambung-kan ke grid.

“Pelaksanaan Strategi Bioji-sim Kebangsaan dijangka ber-

upayamenyumbang sebanyakRM30 bilion kepada Pendapa-tan Negara Kasar (GNI) men-jelang tahun 2020,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Ek-sekutif NEDO, Munehiko Tsu-chiya; Attache Komersial Ke-dutaan Jepun, Keiko Aikawa;Presiden TEC, Haruo Tsuyuki,Pengarah Urusan KumpulanUEM Berhad, Dato’ IzzaddinIdris; Pengarah Urusan CIMA,Mohd Yusri Md Yusof dan Ke-tua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May.

Datuk AmarDouglas Uggah Embas bersamaKetua Rumah PanjangRH Linggi, Setuan, Balingian, Sarawak semasa merasmikanProgram Hello Komoditi yang diadakan di rumah panjangtersebut.

Page 4: Berita Sawit - April 2014

4

MPOB, MEOA bincang tingkatprestasi sektor ladang» Forum untuktingkat interaksi,bertukarpandangan atasiisu perladangansawit negara

Oleh Dr Mohd Hefni [email protected]

Petaling Jaya

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) dan Persatu-an Pemilik Ladang Malaysia

(MEOA) mengadakan forum bagimembincang isu industri sawitkhususnya berkaitan sektor per-ladangan di Hotel Eastin, di sini,baru baru ini.ForumdipengerusikanPengerusi

MPOB, Dato’ AR Wan MohammadKhair-il Anuar Wan Ahmad dandisertai 61 orang terdiri daripadapemilik ladang sawit dari seluruhMalaysia danpegawaiMPOB. Turuthadir, Ketua Pengarah MPOB, Da-tuk Dr Choo Yuen May.Matlamat forum adalah untuk

meningkatkan interaksi secaraberterusan antara MPOB denganMEOA serta bertukar pandangan

bagimenangani isu yang dihadapisektor perladangan sawit negara.Dato’ AR Wan Mohammad

Khair-il Anuar Wan Ahmad me-nyeru ahli MEOA supaya me-mainkan peranan memaju danmeningkatkan prestasi industrisawit bagi merealisasikan sasa-ran kerajaan mencapai penda-patan industri sebanyak RM178bilion menjelang 2020.Sebanyak sembilan isu dibin-

cangkan sepanjang forum berke-naan meliputi pengambilan pe-kerja asing, bahan tanaman, me-kanisasi, serangga perosak dan

penyakit tanaman; pensijilan mi-nyak sawitMalaysiamampan (MS-PO), Bio-baja, sektor perkilangan,penguatkuasaan dan pelesenanserta skim tanam semula sawit.

Boleh ambil pekerja asingBeliau berkata, sektor ladang sa-wit negara kini boleh mengambilpekerja asing daripada 13 negaraiaitu Thailand, Kemboja, Myan-mar, Laos, Vietnam, Kazakhstan,Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Turk-menistan, Uzbekistan, Indonesiadan Filipina.“Sabah pula membenarkan pe-

ngambilanpekerja asing daripadaIndonesia, Filipina, Myanmar danNepal manakala Sarawak hanyamembenarkan pengambilan te-naga kerja Indonesia,” katanya.Pengerusi MEOA, Datuk Boon

Weng Siew turut mencadang agarsatu jawatankuasa bertindak ditu-buhkanMPOBbagimenanganima-salah serangan ulat bungkus yangsemakin serius terutama di ladangsawit negeri Perak dan Johor.MEOA juga menyarankan su-

paya MPOB memberikan khid-mat nasihat bagi menangani ma-salah serangan penyakit Gano-

derma ke atas kebun kecil sawitdisamping memberi tunjuk ajaramalan penanaman baik bagimengurangkan gejala seranganpenyakit berkenaan.Dato’ AR. Wan Mohammad

Khair-il Anuar turut menyeru ah-li MEOA supaya memastikanamalan baik pertanian itu diprak-tikkan dan menasihati pekebunkecil di kawasan berhampiran tu-rut mengamalkannya sekali gusberupaya merealisasikan sasaranmeningkatkan hasil buah tandansegar (BTS) kepada 26mt/hamen-jelang 2020.Isu berkaitan penggredan BTS

di kilang sawit dan masalah ke-curian BTS dan minyak sawitmentah (MSM) turut dibincangpada forum ini. Isu kecurian BTSdan MSM sering berlaku teru-tama sewaktu harga meningkattinggi pada masa ini yang me-ngakibatkan kerugian yang besarkepada industri.Beliau berkata, MPOB dengan

kerjasama Polis Diraja Malaysia(PDRM) akan bertindak tegas de-ngan mengambil tindakan pe-nguatkuasaan ke atas kes kecu-rian BTS dan MSM yang berlaku.“Kita tidak akan teragak-agak

membatalkan lesen diberikan se-kiranya ada pihak didapati ber-salah melakukan kegiatan tidaksihat yang boleh menggugat kes-tabilan dan daya saing industrisawit negara,” katanya.“MPOB akan terus meningkat-

kan prestasi terutama bagi ak-tiviti penyelidikan dan pemba-ngunan (R&D) dan pada masasamamenjalin kerjasama dan ko-loborasi dengan universiti dalamdan luar negara bagi memba-ngunkan inovasi dan teknologibaru bagi kebaikan industri sawitnegara,” katanya.

IMPAC tingkatkan modal insan sektor perladangan, komoditiOleh Che Johari [email protected]

Keratong:Penubuhan Institut Per-ladangan dan Komoditi (IMPAC)bertujuan meningkatkan pemba-ngunanmodal insan di sektor per-ladangan dan komoditi dan di-harap menjadi sebuah institusiyang berperanan melahirkan te-naga kerja tempatan mahir dandinamik di sektor berkenaan.Bagi merealisasikan wawasan

itu, MPOB membangunkan PusatLatihan Sawit Malaysia (PLASMA)membabitkan kos RM36 juta dankini beroperasi di Keratong, Pa-hang sejak Februari 2011. PLAS-MA yang bernaung di bawah IM-PAC berperananmenyediakan la-tihan dalam bidang kejenteraanladang.Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan

Mohamad Khairi-il Anuar WanAhmad berkata demikian ketikaberucap merasmikan Majlis Pe-nganugerahan Sijil IMPAC dan Si-jil KemahiranMalaysia (SKM) bagiKursus Operator Mekanisasi La-dang (KOML) kali Ke-15, di sini,baru-baru ini.Beliau berkata, seramai 191 pe-

latih dari seluruh negara bagi sesipengambilan September 2013berjaya menamatkan kursus di-tawarkan dan menerima sijil ma-sing-masing.“Sejajar matlamat Kerajaan

melahirkan tenaga kerjamahir disektor perladangan dan komo-diti, MPOB menawarkan KOMLkepada belia tempatan untukmenceburi kerjaya di sektor per-ladangan sawit.

Latihan tingkat produktivitiladang sawit.“KOML menyediakan program la-tihan dalam bidang teknologi jen-tera perladangan, pengendaliandan penyelenggaraan jentera ser-ta peralatan pertanian untukme-ningkatkan produktiviti ladangsawit.“Usaha MPOB membangunkan

pusat latihan lengkap dengan pel-bagai kemudahan seperti beng-kel, bilik kuliah, makmal kom-puter, dewan dan asrama selarasdengan hasrat Kementerian Pe-rusahaan Perladangan dan Ko-moditi bagi membangunkan te-naga kerja tempatan terlatih da-lam industri sawit,” katanya.Dato’ Ar Wan Mohamad Khairi-

il Anuar berkata, sejak ditubuh-kan pada tahun 2006, KOML su-dah melatih seramai 1,275 pe-latih terdiri daripada belia tem-patan.“Pembangunanmodal insan ba-

gi melahirkan tenaga kerja mahirdi kalangan belia tempatan amatpenting dan pembabitan merekaakan mengurangkan kebergantu-ngan kepada tenaga kerja asing.“Kini terdapat lebih 400,000 te-

naga kerja terbabit dalam sektorperladangan sawit. Daripadajumlah itu, hampir 80 peratus(lebih 300,000) adalah tenaga ker-ja asing.”“Dengan anggaran mereka

menghantar pulang sejumlahRM450 sebulan ke negara asal,bermakna sebanyak RM135 jutasetiap bulan mata wang Malaysiamengalir keluar negara.Melalui kursus ditawarkan, be-

lia tempatan berpeluangmeman-faatkan ilmu dan kemahiran un-tuk berkecimpung dalam sektorperladangan sawit atau menjadiusahawan dalam bidang kejen-teraan ladang.Beliau juga berkeyakinan sya-

rikat perladangan sawit akanme-manfaatkan tenaga kerja tempa-tan yang mahir dengan mewu-judkan peluang pekerjaankepada mereka.

Dato’ AR Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad semasa mempengerusikan forum MPOBbersama MEOA. Turut kelihatan Pengerusi MEOA, Datuk Boon Weng Siew (empat dari kiri) dan KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May (dua dari kanan)

Dato’ AR WanMohammad Khair-ilAnuar Wan Ahmadbersama pelatihKOML semasa MajlisPenganugerahanSijil IMPAC diPLASMA Keratong,Pahang. Turutkelihatan TimbalanKetua SetiausahaMPIC, Datuk MNagarajan (dua darikiri) dan TimbalanKetua Pengarah MPOB,Haji Ahmad SidekStroo (kiri).

Page 5: Berita Sawit - April 2014

5

MPOB anjur pertandinganreka cipta mekanisasi» MPOB bukapeluang orangramai hasilkejenteraanmekanisasi

MPOB, ahli industrisawit bincangisu daganganDatuk Dr Choo

Yuen Maymempengerusikan

sesi interaksibersama ahliindustri sawitMalaysia di ibupejabat MPOB.

Jentera dan mekanisasiitu hasil reka cipta asaldan tidak ditirudaripada mana-manamekanisasi yang sediaada serta ia mudahdigunakan dan berupayameningkatkanproduktiviti pekerjaladang sawit”

Choo Yuen May,Ketua Pengarah MPOB

INFO

Teknologi PenuaianHadiah pertama: RM95,000Hadiah Kedua: RM65,000Hadiah Ketiga: RM30,000

Teknologi Pengutip BuahSawit LeraiHadiah pertama: RM95,000Hadiah Kedua: RM65,000Hadiah Ketiga: RM30,000

Teknologi Mengangkut danMemindah Tandan BuahSawit SegarHadiah pertama: RM30,000.00Hadiah Kedua: RM25,000

Teknologi Penjagaan danPenyelenggaraan TanamanSawitHadiah pertama: RM30,000Hadiah Kedua: RM25,000

Hadiah ditawarkan

Oleh Yoong Jun [email protected]

Bangi: Sesi interaksi antaraMPOB bersama ahli industri mi-nyak sawit Malaysia bagi mem-bincang isu berkaitan daganganminyak sawit di negara Chinadiadakan di ibu pejabat MPOB, disini, baru-baru ini.

Sesi itu dipengerusikan KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr ChooYuen May dan disertai 30 pesertaterdiri daripada wakil PersatuanPengilang Minyak Kelapa SawitMalaysia (POMA), Persatuan Pe-napis Minyak Sawit Malaysia (PO-RAM), Persatuan Pemilik LadangMalaysia (MEOA), Persatuan Ke-bangsaan Pekebun-Pekebun KecilMalaysia (NASH), Persatuan Pem-buat Minyak Makan Malaysia(MEOMA) dan Persatuan PemilikLadang Kelapa Sawit Sarawak (SO-PPOA).

Datuk Dr Choo berkata, sesiinteraksi seumpama ini perlu di-aktifkan supaya MPOB dan ahliindustri sentiasa bersedia denganmaklumat terbaru bagi menanga-ni isu berkaitan industri dan da-gangan minyak sawit sama adadagangan tempatan atau luar ne-gara.

“MPOB sentiasa bersedia dankomitedmendengar serta berbin-cang isu berkaitan minyak sawit

bagi memastikan industri komo-diti ini terus berkembang majudan berdaya saing,” katanya.

Ketika interaksi itu, ahli in-dustri mengambil kesempatanbertukar pandangan dan berbin-cang bagi menangani isu dan ca-baran berkaitan dagangan mi-nyak sawit di China.

Antara isu dibincangkan ada-lah pelaksanaan penguatkuasa-an ketat negara China ke atasminyak masak diimport, cada-ngan piawaian China yangmeng-hadkan tahap lemak tepu ke-pada 25 peratus ke atas minyakmasak sayuran dan cadangan de-raf peraturan China yang me-larang penggunaan minyak sa-wit dalam penghasilan formulasusu bayi.

Bagaimanapun isu itu disele-saikan secara ‘win-win’ oleh Ke-menterian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi (MPIC), MPOBdan ahli industri minyak sawitdengan pihak berkuasa negaraChina baru-baru ini.

Keseluruhannya, interaksi ber-sama ahli industri sawit berke-naan berjaya mencapai objektif-nya untuk mengemas kini per-kembangan terkini isu dancabaran dagangan minyak sawitdi China kepada ahli industri sa-wit Malaysia. Pada masa yangsama ia turut mengukuhkan ja-linan hubungan kerjasama an-tara MPOB dengan industri.

Oleh Che Johari [email protected]

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) buat julungkalinya menganjurkan per-

tandingan reka cipta kejenteraanmekanisasi ladang sawit yang di-buka kepada semua lapisan ma-syarakat sama ada dalam ataudari luar negara.

Pertandingan ‘International

Competition on Oil Palm Mec-hanisation (ICOPM) ini bertujuanmemberi peluang kepada mere-ka yang berminat bagi menciptadan membangunkan jentera me-

kanisasi sesuai bagi kerja dalamladang sawit.

Ketua Pengarah MPOB, DatukDr Choo Yuen May, mengumum-kan bahawa orang ramai yangberminat boleh mengemukakanborang penyertaan bagi pertan-dingan itu mulai 4 Mac 2014 dantarikh akhir bagi menyerah pe-nyertaan adalah pada 31 Mei2014.

Ciptaan asal pesertaBeliau berkata, jentera dan me-kanisasi itu adalah hasil reka cip-ta asal dan tidak ditiru daripadamana-mana mekanisasi yang se-dia ada serta ia mudah diguna-kan dan berupaya meningkatkanproduktiviti pekerja ladang sa-wit.

“Reka cipta jentera itu akandinilai oleh juri yang dipilih danmereka akanmembuat penilaianberdasarkan kesesuaian danpraktikal bila digunakan untuk

kerja-kerja di ladang sawit.“Penyertaan sama ada secara

individu atau berkumpulan bo-leh mengemukakan penyertaanlebih dari satu melalui borangpenyertaan yang berasingan,” ka-tanya.

Reka cipta yang dipertanding-kan terdiri daripada empat ka-tegori iaitu Teknologi Penuaian,Teknologi Pengutip Buah SawitLerai, Teknologi Mengangkut danMemindah Tandan Buah SawitSegar serta Teknologi Penjagaandan Penyelenggaraan TanamanSawit.

Datuk Dr Choo berkata, ha-diah wang tunai yang lumayanditawarkan kepada pemenangbagi setiap kategori.

Teknologi yang menyertai per-tandingan itu mestilah teknologiyang tidak pernah memenangimana-mana pertandingan rekacipta sebelum ini dan tidak jugamenyertai pertandingan lain-lainyang serupa ketika ini.

Datuk Dr Choo berkata, pin-daan dan perubahan kepada tek-nologi selepas penyertaan dike-mukakan kepada MPOB adalahtidak dibenarkan dan keputusanjuri adalah muktamad.

Individu dan kumpulan yangberminat menyertai pertandi-ngan ini boleh menghubungiMPOB di talian 03-8920 1504.

Page 6: Berita Sawit - April 2014

Oleh Dr Ahmad Parveez [email protected]

BERMULA sebagai tanaman hia-san pada peringkat awal kema-sukannya ke Malaysia, pokok sa-

wit kini bukan sekadar menghasilkanminyak semata-mata, sebaliknya tran-sformasinya berkembang begitu pesathasil pelbagai kajian dan penyelidikandijalankan.Bagi menghasilkan bahan tanaman

sawit transgenik (melalui kaedah bio-teknologi) yangmampumengeluarkanminyak berkualiti, menghasilkan pro-duk bernilai tinggi dan berdaya tahanuntuk melawan penyakit daripada se-rangan serangga dan kulat, penyelidikLembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) berjaya menghasilkan tekno-logi diperlukan iaitu Teknologi Peng-hasilan Pokok Sawit Transgenik (Tran-sgenic Oil Palm).Teknologi dihasilkan itu terbukti ba-

hawa pokok sawit dihasilkan adalahbaik dan tidak memberi sebarang ke-mudaratan dari aspek kesuburan danhasil. Teknologi itu turut difailkan un-tuk mendapat paten di Malaysia danlima negara lain.

Teknologi ini juga menerima bebe-rapa pengiktirafan di peringkat ke-bangsaan dan antarabangsa.Penghasilan pokok sawit transgenik

membolehkan usaha menghasilkanpokok transgenik dengan ciri baru danmemberikan pulangan lumayan dapatdilaksanakan.Antara ciri sedang diusahakan ialah

penghasilanminyak sawit dengan kan-dungan minyak oliek, strearik, pal-mitolik, risinolik yang tinggi, karotenkhusus (likopen) yang tinggi dan se-jenis plastik mesralam yang muda-hurai.Kajian yang dijalankan MPOB meng-

hasilkan pokok sawit transgenik yangmembawa ciri kerintangan racun her-ba Basta. Ciri ketahanan terhadap ra-cun herba Basta adalah tidak wujudsecara semula jadi pada pokok sawitbiasa. Ini adalah satu model bagi me-nunjukkan bahawa usaha untuk me-mindahkan ciri baru ke dalam pokokkelapa sawit boleh dilakukan.Apa yang menarik di dalam proses

penghasilan pokok transgenik, genyang dipindahkan boleh datang da-ripada sebarang hidupan tanpa me-ngira sama ada daripada tumbuhan,manusia, bakteria dan haiwan.Proses penghasilan pokok sawit tran-

sgenik membabitkan kaedah kulturtisu iaitu proses penghasilan anak po-kok yang lengkap di dalam tabung ujimenggunakan bahagian pokok sepertidaun, bunga dan akar.Sekalipun mempunyai gen baru, po-

kok transgenik yang dihasilkan itu te-tap kelihatan seperti pokok sawit yangbiasa, malah sukar dibezakan meng-gunakan mata kasar.Kelebihan pokok sawit transgenik

ialah iamenghasilkan satu enzim baruakibat kemasukan gen Bar yang mem-

bolehkan ia terus hidup walaupun di-sembur dengan racun herba Basta.Apabila disembur dengan racun herbaBasta, pokok sawit biasa akan mati.Menerusi penemuan itu, usaha bagi

pengubahsuaian pokok sawit secarabioteknologi ini boleh dilakukan danseperti yang dijelaskan sebelum ini,MPOBmensasarkan penghasilan sawittransgenik yang mempunyai kandu-ngan minyak khusus dan bernilai ting-gi untuk kegunaan pelbagai industridan juga plastik mesra alam yang da-pat meninggikan pendapatan pena-nam.

Hasilkan pokok katikSelain itu MPOB juga bercadang meng-hasilkan pokok katik supaya buahnyamudah dituai disamping mempunyaidaya ketahanan terhadap musuh se-perti serangga dan kulat.Penghasilan pokok sawit transgenik

berpotensi luas dalam menghasilkanciri dikehendaki bersesuaian kehen-dak pasaran dan dijangka dapat mem-beri dimensi baru kepada industri sa-wit negara.Pokok sawit transgenik dengan be-

berapa ciri terpilih, tinggi asid oleik,tinggi asid strearik, tinggi asid pal-mitolik, tinggi asid risinolik sertamenghasilkan plastik mesra alam mu-la dihasilkan sejak hampir 10 tahunlalu dan kini ditanam di dalam polibegatau diatas tanah di dalam rumahsawit terkawal.Pokok sawit transgenik perlu dita-

nam di dalam rumah sawit terkawalkerana Undang-Undang Biokeselama-tan (Akta 678) yang diluluskan Par-limen Malaysia pada Julai 2007 men-syaratkan penanaman/pengendaliansemua organisma transgenik atau jugadikenali sebagai LMO (living geneti-

cally modified organism atau orga-nisma hidup terubahsuai secara ge-netik) sama ada secara terbuka atau didalam rumah terkawal perlu menda-pat kelulusan dari Lembaga Biokese-lamatan Kebangsaan (LBK) di bawahKementerian Sumber Asli dan AlamSekitar dan untuk memastikan kese-lamatan manusia dan alam sekitar.MPOB mempunyai dua rumah sawit

terkawal, sebuah bersaiz 300 meterpersegi dan sebuah lagi yang lebihbesar bersaiz 1.2 hektar. Rumah sawitterkawal yang besar ini membolehkanpokok sawit ditanam diatas tanah agardapat tumbuh dengan lebih cekap dansubur menyerupai penanaman di la-dang. Rumah sawit ini dilengkapi sis-tem pengairan cekap yang dapatmem-bantu pokok agar dapat tumbuh de-ngan subur.Untuk menjalankan kajian memba-

bitkan LMO sama ada di makmal ataudi dalam rumah tumbuhan terkawal,semua organisasi terbabit, termasukMPOB, perlu membuat permohonan”Pemberitahuan” atau Notification ke-pada LBK.Selepas sesuatu pemberitahuan di-

terima oleh LBK, surat aku terima akandikeluarkan kepada pemohon dan se-terusnya menyerahkan dokumenpemberitahuan kepada sebuah jawa-tankuasa saintifik di bawah LBK yangdikenali sebagai GMAC (Genetic Mo-dification Advisory Committee) atauJawatankuasa Penasihat Pengubah-suaian Genetik yang akan menilai se-mua pemberitahuan secara saintifiksebelummembuat sebarang cadangankelulusan atau sebaliknya kepadaLBK.GMAC dianggotai 20 saintis yang me-

wakili pelbagai bidang kepakaran se-perti biologi molekul, tanaman, hai-

wan, kesihatan, pemakanan, kaji se-rangga dan seumpamanya sertaseorang wakil NGO.Setiap pemberitahuan akan dinilai

GMAC dengan melihat kepada semuadokumen yang diserahkan pemohondisamping berhak mendapatkan dataatau maklumat tambahan yang dapatmembantu membuat keputusan.Peranan GMAC adalah penting un-

tuk memastikan setiap kajian mem-babitkan LMO dijalankan secara se-lamat dan tidak memudaratkan ma-nusia, haiwan dan juga alam sekitar.

Pantau aktiviti babitkansawit transgenikDi peringkat MPOB pula, sebuah ja-watan kuasa yang berdaftar denganLBK, dikenali sebagai JawatankuasaBiokeselamatan Institusi (InstitutionalBiosafety Committee) atau ringkasnyaIBC, diwujudkan bagi memastikan se-mua kajian sawit transgenik yang di-jalankan di MPOB selaras undang-un-dang Biokeselamatan.IBC ditubuhkan pada tahun 1997

dan MPOB sentiasa memantau aktivitimembabitkan sawit transgenik ini.MPOB membuat pemberitahuan ke-

pada LBK, melalui IBC untuk sembilanprojekmembabitkan kajian sawit tran-sgenik pada awal Oktober 2013. Hasildokumen yang dihantar sewaktu pem-beritahuan, pihak GMAC melalui LBKmembuat beberapa kali permohonanmaklumat tambahan.Akhirnya pada 11 Februari 2014 LBK

meluluskan pemberitahuan yang di-hantar oleh MPOB.Inimenunjukkan bahawaMPOBme-

matuhi undang-undang Biokeselama-tan yang mula berkuat kuasa pada 1Disember 2009.

Kelulusan ini adalah suatu yangamat bermakna kepada MPOB keranamembuktikan komitmen MPOB untukmenjalankan kajian LMO selaras un-dang-undang negara.Lanjutan daripada kelulusan dibe-

rikan LBK, Jawatankuasa Kecil GMAC(JKG) yang bertanggungjawab terha-dap pemantauan undang-undang bi-okselamatan membuat lawatan pe-mantauan ke makmal dan rumah sa-wit terkawal di Ibu Pejabat MPOB pada6 Mac lalu.Sewaktu lawatan pemantauan,

MPOB memberikan penerangan sertamenunjukkan kesemua makmal dankemudahan yang digunakan untuk ka-jian LMO untuk dipantau.Pihak JKG memberikan beberapa

pandangan dan cadangan secara lisanuntuk penambahbaikan cara kerja dimakmal dan rumah sawit terkawalselaras undang-undang Biokeselama-tan.

Akta biokeselamatan lulus kajian sawit transgenik MPOB

6 7

Dr Ahmad Parveez memberikan penerangan mengenai salah sebuah alat yang terdapat di dalam makmal yangdipantau JKG.

Peno long PegawaiPeny e l i d i k MPOB,Fatimah Tahir,membuatd e m o n s t r a s ip engendal ian bahans a w i t t r a n s g e n i kdi dalam makmal kepadapihak JKG.

Rumah sawit terkawalyang bersaiz 1.2 hektardan terbesar di Malaysia

» Hasil teknologimampu keluarkanminyak berkualiti,produk bernilai tinggidan berdaya tahanlawan penyakit

Page 7: Berita Sawit - April 2014

Teknologi MoveFastpercepat pembiakankultur sawitOleh Che Johari [email protected]

Bangi: Teknologi dalam peng-hasilan anak pokok sawit ber-

kualiti menjadi pilihan kebanya-kan sektor perladangan bagi me-mastikan anak pokok sawit yangditanam di ladang akan meng-hasilkan buah tandan segar (BTS)berkualiti sekali gusmemperting-katkan pengeluaran minyak sa-wit untuk pasaran dalam danluar negara.

Sehubungan itu, penyelidikMPOB, Dr Ahmad Tarmizi Has-him, memperkenalkan kaedahterbaru penghasilan anak pokokklon sawit dengan menggunakansistem vesel terubahsuai dankombinasi dengan pemindahanpantas media (MoveFast).

Beliau berkata, teknologi yang

dibangunkan itu berkaitan de-ngan pembiakan dan pengelua-ran kultur sawit selepas dilaku-kan penambahbaikan terhadapteknologi lama iaitu ModifiedVessel (MoVess).

Jelas beliau, terdapat dua ka-edah teknologi yang digunakanbagi proses pengeluaran klon sa-wit iaitu kaedah media pepejaldan kaedah media cecair. Kaedahpengeluaran secara kultur tisu iniadalah tanpa menggunakan bijibenih seperti cara konvesional.

Kaedah media cecairTeknik terbaru MoveFast yangbersedia untuk dipindahkan kepihak industri adalah penambah-baikan kaedah yang mengguna-kan media cecair.

“Biasanya kaedah media ce-cair dilakukan dengan menggu-nakan kelalang dan penggon-

cang tetapi ia menjadi sukar ke-rana skala pengeluarannyaterlalu kecil sedangkan untukpembiakan dan peningkatan pe-ngeluaran kultur sawit memer-lukan skala besar.

“Disebabkan ituMPOBmelaluikajian yang dibuat menghasilkansatu sistem yang dikenali sebagaiMPOB-MotoVess untuk sistemkultur tisu cecair bagi tujuanpengklonan sawit,” katanya.

Bagaimanapun, kajian demikajian dibuat dan akhirnya sis-tem berkenaan dipertingkatkansehingga menghasilkan teknologibaru iaitu MoveFast yang lebihmenjimatkan masa bagi pembia-kan kultur cecair berskala besar.

Dr Ahmad Tarmizi berkata, se-kiranya MotoVess memerlukanmasa hampir sejam untuk prosesperpindahan media cecair untuktujuan pembiakan kultur sawittetapi sistemMoVeFast hanyame-ngambil masa selama lima minitsaja kerana ia boleh dilakukanterus di bilik kultur (on-site) danpada bila-bila masa.

Selain itu katanya, sistem ber-kenaan bukan saja lebih ekono-mikal tetapi berupaya mening-katkan pengeluaran pokok klondengan lebih efisien dari sistemmedia pepejal. Secara purata, ha-sil klon sawit dapat meningkat-kan kadar kandunganminyak an-tara sepuluh hingga 20 peratusberbanding menggunakan bijibenih.

“Bagi pengeluaran klon terma-suk dengan menggunakan tekno-logi MoVeFast ini, pemilihan po-kok sawit terbaik perlu dibuat bagimenghasilkan pokok klon bermu-tu tinggi. Proses berkenaan bolehmengambilmasa antara duahing-ga empat tahun,” katanya.

Dr AhmadTarmiziHashimbersamadenganperalatanteknologiMoveFastbagipembiakankultur.

8

Taklimat khas khasiatminyak sawit Malaysia» Penerangankepada kerajaanIran pastikanmaklumat tepat

Dr Ahmad Kushairi Din (tiga dari kanan) memberi taklimat teknikal kepada ahli persatuan IranianVegetable Oil Industry Association (IVOIA) di pejabat IVOIA.

Oleh M Fairus Mohd [email protected]

Tehran

MPOB mengambil tinda-kan proaktif mengada-kan taklimat teknikal

berkaitan minyak sawit Malaysia,supaya maklumat dapat disam-paikan dengan tepat sejajar per-tukaran kerajaan di Iran beriku-tan perlantikan Presiden Iranyang baharu pada 2013.

Pertukaran kerajaan itu turutmembawa perubahan kepada be-berapa agensi kerajaan di Iran.Ada dikalangan anggota agensikerajaan ini khususnya yang ba-haru dilantik tidak mempunyaipengetahuan berkaitan minyaksawit.

Salur maklumat tepatTujuan taklimat ini supaya mak-lumat tepat berkaitan minyak sa-wit Malaysia dapat disampaikan.Ia penting kerana mereka ter-

babit secara langsung dalam me-rangka dan mencadangkan polisikerajaan berkaitan dasar importdan piawaian produk berasaskanminyak dan lelemak di Iran.

Sesi taklimat teknikal itu di-

adakan dengan kerjasama Irani-an Vegetable Oil Industry Asso-ciation (IVOIA) dan taklimat inijuga diadakan di premis IVOIA.

Timbalan Ketua Pengarah (Pe-nyelidikan dan Pembangunan)

MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din,sewaktu taklimat berkata Iranantara pasaran penting bagi mi-nyak sawit Malaysia dan berpo-tensi untuk berkembang.

Oleh itu, beliau menggesa su-

paya usaha memperkukuh pasa-ranminyak sawitMalaysia di Iranperlu dipertingkatkan.

“Jumlah import Iran melebihi700,000 tan, meningkat lebih 14peratus pada Januari hingga Di-sember 2013 berbanding tempohyang sama pada tahun 2012, wa-laupun ia berdepan pelbagai se-katan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Ame-rika Syarikat.

“Dengan itu, taklimat teknikalini sangat sesuai bagi memas-tikan maklumat tepat dapat di-salurkan kepada agensi KerajaanIran yang terbabit.

“Ia penting bagi memboleh-kan momentum eksport minyaksawit ke Iran terus berkembangdan minyak sawit Malaysia kekalsebagai pilihan utama di Iran,kerana berupaya memenuhi ke-pelbagaian keperluan pasaran diIran,” katanya.

Bentang tiga kertas kerjaSebanyak tiga kertas kerja ber-kaitan penggunaan minyak sawitdi sektor makanan dan nutrisiminyak sawit dibentangkan.

Keseluruhannya, MPOB berja-ya meyakinkan peserta menge-nai kebaikan minyak sawit Ma-laysia.

Taklimat itu disertai seramai35 peserta khususnya dari Ke-menterian Kesihatan Iran danInstitute of Standards and Indus-trial Research of Iran (ISIRI). Me-reka terbabit secara langsung da-lam merangka polisi, undang-un-dang serta piawaian importminyak sawit ke Iran.

Turut hadir pada taklimat ituKetua Censori Kedutaan Malaysiadi Iran, Ridwan Abu Yazid; Pe-nasihat Presiden ISIRI, Ghasem-ppur dan Presiden IVOIA, Gebleh.

Page 8: Berita Sawit - April 2014

9

Raih RM50,000 setahun hasil integrasi sawit

Wak Saidi di kebun sawit milik beliau. Gambar kecil, lembu yang diternak secara integrasidengan tanaman sawit.

» Wak Saidi miliki20.23 hektarladang sawit, kinimampu tingkatsosioekonomi

Oleh Nursuhana Daharidan Noryati [email protected] [email protected]

Saidi Kamari yang juga di-kenali dengan panggilanWak Saidi, 58, adalah pe-

kebun kecil sawit sepenuh masadan pernah dipilih sebagai Pe-kebun Contoh Negeri Johor.

Beliau mempunyai lebih 20.23hektar tanaman sawit dengananggaran pendapatan kasar di-peroleh sebanyak RM50,000 se-tahun.

Berasal dari Kampung Tengah,Renggam, Johor, hasil perkong-sian hidup bersama isteri, SitiAnjar Safiee, mereka dikurnia-kan lima cahaya mata terdiri da-ripada tiga lelaki dan dua pe-rempuan.

Walaupun bersekolah setakat

darjah enam, melalui usaha ta-naman sawit yang dilaksanakanselama ini, beliau kinimenikmatidan mengecapi kejayaan di sam-ping meningkatkan taraf sosio-ekonomi kehidupan keluarga-nya.

Menyingkap sejarah pembabi-

tan dalam bidang pertanian, WakSaidi berkata, beliau menceburibidang sekitar tahun 1978 denganmengusahakan tanaman getah.

Pada 1998 beliau mengambilkeputusan menanam sawit di ta-nah seluas 2.023 hektar miliknya.Pada ketika itu, beliau membelianak benih DxP daripada tapaksemaian yang diusahakan sebuahagensi kerajaan.

Beliau menanam anak sawitmengikut apa ditetapkan iaitusistem tiga segi sama dengan ke-padatan 160/pokok/hektar.

Sehingga kini, Wak Saidi mem-punyai lebih 20.23 hektar tanamansawit dengan purata umur 15 ta-hun. Pencapaian purata hasil buahtandan segar (BTS) sawit bagi ta-hun 2012 adalah 34.35/ha/tahun.

Pencapaian ini adalah antarayang tertinggi dicapai oleh pe-kebun kecil di Negeri Johor bagitahun 2012 sekali gusmelayakkanbeliau menjadi ahli Kelab 30 TanMPOB.

Kejayaan ini dapat direalisa-sikan berkat usaha dilakukan se-lain kerjasama dan sokongan ke-luarga serta pegawai MPOB yangbanyak membantu.

Kekerapan membajaKejayaan mencapai penghasilanbuah tandan segar (BTS) sawityang tinggi adalah melalui ama-lan dan pengurusan kebun secarasistematik di mana kekerapanpembajaan yang dilakukan ada-lah sebanyak 4 hingga 5 kali se-tahun dengan kadar 2.5kg/po-kok/tahun.

Penggunaan baja yang seim-bang iaitu N:P:K:Mg (12:12:17:2)selain baja organik mengikut ke-sesuaian masa dengan kadar di-perlukan turut membantu. Ka-edah pembajaan yang dilakukanWak Saidi adalah secara taburandi seluruh kawasan terutama dilorong longgokan pelepah.

Sebelum ini Wak Saidi menga-malkan kaedah pembajaan ke-liling pokok, namun mengubah-

nya selepas PegawaiTunjuk Ajar dan Na-sihat Sawit (TUNAS)MPOB datang mela-wat dan memberikanbimbingan serta tun-juk ajar yang betul.

Kejayaan dan penca-paian purata hasil BTS itumendorong beliau untuk te-rus meningkatkan usaha bagimeningkatkan lagi penghasilanBTS untuk tahun mendatang.

Beliau mensasarkan pengha-silan BTS kepada 40 tan sehektardalam tempoh terdekat dan me-nambah serangan tikus di dalamkebunnya sudah dapat diatasi de-ngan kawalan secara biologimenggunakan burung hantu.

Pengawalan rumpai di kebunjuga dilakukan secara manualtanpamenggunakan sebarang ra-cun.

Wak Saidi akan memotongrumput lembut tiga kali setahunmanakala anak kayu yang ter-dapat di kebun akan dipangkasataupun dicabut secara manual.

Kerja pemangkasan pelepahdilakukan serentak sewaktu kerjapenuaian dijalankan. Pelepah di-susun selang sebaris antara ba-risan pokok sawit bagi memu-dahkan proses penuaian dan jugapengurusan kebun.

Penuaian buah tandan segardilakukan tiga kali sebulan dima-na piawaian satu hingga dua bijibuah relai di atas tanah sentiasadiamalkan. Hanya BTS masak sa-ja dituai dan buah relai yangdipungut pekerja akan dihantarterus dengan menggunakan lorike kilang dalammasa 24 jam bagimemastikan buah dalam kea-daan baik dan mendapat kadarperahan minyak yang optimum.

Miliki pusat timbangWak Saidi memiliki pusat tim-bang sendiri (RAM) dan ini me-mudahkan beliau untuk meng-hantar buah sawit dalam masayang ditetapkan.

Selain mengusahakan tana-man sawit, Wak Saidi juga men-jalankan integrasi ternakan kam-bing dan lembu bagi menjanapendapatan tambahan.

Sehingga kini beliau mempu-nyai lebih 100 lembu dan 100kambing pelbagai jenis.

Aktiviti sampinganmembabit-kan ternakan tidak dilakukan be-liau seorang, sebaliknya dibantuanaknya yang turut sama ber-usaha mengembangkan aktivitiintegrasi ternakan.

Wak Saidi juga menanam ubikayu di kebunnya untuk dijualdan dikomersilkan kepada pe-raih

Beliau berterima kasih di atasbimbingan dan nasihat yang di-berikan oleh Noryati Mahri se-laku Pegawai TUNAS KawasanSimpang Renggam, Johor jugausaha MPOB dalam membantupekebun kecil sawit untuk me-ningkatkan pengetahuan dan ke-mahiran mereka mengenai sa-wit

Pada masa hadapan Wak Saidiberharap dapatmengembangkansektor perladangan bersamaanak. Beliau berharap ilmu per-tanian yang dimiliki dapat di-warisi anak-anaknya.

Beliau berharap MPOB dapatmempergiatkan lagi usaha mem-bantu pekebun kecil sawit dalamusaha meningkatkan pendapa-tan denganmengamalkan pengu-rusan sawit yang baik dan sem-purna.

Page 9: Berita Sawit - April 2014

10

Baru-baru ini NGO alam se-kitar Barat berjaya menguat-kuasakan polisi ‘penebangan

hutan sifar’ ke atas pengeluar mi-nyak sawit. Langkah ini terjadi se-telahNGO ini berjayamendapatkankerjasama daripada syarikat ma-kanan besar dunia yang berjayamemaksa pembekal minyak sawitsupaya bersetuju denganmanifesto‘minyak sawit yang dikeluarkan da-ripada kawasan tanah hutan ataugambut tidak diterima oleh syarikatmakananEropah’. Pendekatanyangdireka oleh NGO ini mengabaikanperjanjian yang dimeterai melaluiMeja Bulat Minyak Sawit Mampan(RSPO). Idealogi ‘penebangan hutansifar’ ini gagal mempertimbangkankesannya kepada pembangunan dinegara membangun yang mempu-nyai banyak kawasan tanah belumdimajukan. NGO ini gagal mene-rima hakikat setiap bidang tanahdalamnegara/negeri tropika sepertiSarawak, akan dilitupi oleh hutanjika ia tidakdiganggu.Oleh itu, tidakada padang rumput kekal atau ka-wasan tanah tandus di negara tro-pika kerana hutan baru akan tum-buh dari masa ke semasa.

Kebiasaannya di sebuah nega-ra membangun tropika sepertiMalaysia, kawasan berhutan yangdikenal pasti untuk dimajukansebagai tanah pertanian akan di-wartakan untuk ditebang bagimenanam sawit atau getah. Olehitu, polisi ‘penebangan hutan si-far’ yang diperkenalkan ini tidaksesuai untuk dipraktikkan olehsesebuah negara yang masih da-lam proses membangun keranaia akan membantutkan usaha-usaha pembangunan sektor per-tanian dan ekonomi.

Penguatkuasaan polisi ‘pene-bangan hutan sifar’ dikenakantanpa ada sebarang asas saintifik.Ketika ini, tiada rangka kerja an-tarabangsa atau yang telah di-persetujui oleh PBB yang menyo-kong polisi ‘penebangan hutansifar’. Bagi negeri atau negara-yang masih belum dibangunkan(mundur), pengenalan dasar ‘pe-nebangan hutan sifar’ bermaknahak kedaulatan mereka untukmembangunkan tanah untuk tu-juan pertanian telah dinafikan.Tanpa sektor pertanian, sese-buah negara akan kekal dibeleng-gu kemiskinan. Akibatnya, usahameningkatkan pengeluaran ma-kanan untuk memenuhi permin-taan dunia juga akan terjejas.

Langkah ini adalah satu tin-dakan diskriminasi yang baru keatas tanaman sawit kerana polisi‘penebangan hutan sifar’ itu tidakdikenakan ke atas tanaman pe-saing lain seperti kacang soya danbiji sesawi. Permintaan ini, teru-

tama datang daripada pengilangdan peruncit di negara barat. Con-tohnya, Unilever yang mempro-mosikan polisi ‘penebangan hu-tan sifar’ hanya menandatanganimanifesto ini dengan syarikat pe-ngeluar minyak sawit dan bukan-nya dengan syarikat pengeluarminyak sayuran lain yang mung-kin terlibat dengan penebanganhutan secara besar-besaran kera-na tanaman minyak sayuran me-rekamemerlukan penggunaan ta-nah secara intensif. Konspirasiatau pakatan sulit mereka denganNGO ini membayangkan bahawapenebangan hutan secara besar-besaran boleh dilakukan untuktanaman lain atau menternaklembu tenusu atau daging di ka-wasan lain di dunia. Produk iniakan terus digunakan oleh sya-rikat makanan di Eropah.

Diskriminasi produk sawitDiskriminasi ke atas produk ber-asaskan minyak sawit sepertiyang terjadi melalui polisi ‘pe-nebangan hutan sifar’ yang tidakmasuk akal ini akan menyusah-kan ramai pihak. Petani sawityang tidak bersalah menjadimangsa kerana polisi ini akanmeningkatkan lagi kos pengelua-ran, malah menjejaskan pasaranproduk sawit. Sementara itu, pe-nebangan hutan untuk pengelua-ran komoditi makanan yang lainakan terus meningkat kerana iatidak tertakluk kepada dasar ‘pe-nebangan hutan sifar’ yang men-jejaskan pasaran mereka.

Malah, pelbagai lagi kesan yangtidak diingini akibat pelaksanaanpolisi ini akan muncul di masadepan. Kerajaan Sarawak mem-bantah keras pelaksanaan polisi‘penebangan hutan sifar’ ini ke-rana ia masih bergantung kepadasektor pertanian untuk menge-kalkan pertumbuhan ekonomimasa depan dan membasmi ke-miskinan rakyatnya. Sarawak ber-cadang memperuntukkan seba-hagian daripada kawasan tanah-nya untuk tujuan pembangunansektor pertanian. Ini adalah hakmutlak sesebuah negeri yang ber-daulat, kerana tanah merupakanaset negeri sebagaimana negaraEropah dan Amerika Syarikatyang telah membangunkan seba-hagian daripada kawasan tanahuntuk pertanian di masa lalu.

Ketika ini, sebahagian besar Sa-rawak masih dilitupi hutan iaitukira-kira 85 peratus daripada jum-lah keseluruhan tanahnya mana-kala 15 peratus lagi telah dima-

jukan untuk sektor pertanian. Si-tuasi ini adalah normal bagisesebuah negeri yang lambatmembangun berbanding dengannegara maju seperti UnitedKingdom yang hanya dilitupi hu-tan sebanyak 12 peratus daripadajumlah keluasan tanahnya mana-kala 71 peratus lagi telah dima-jukan untuk tujuan pertanian.

Namun, Sarawak masih men-jadi sasaran kempen NGO yangmengancam akses pasaran bagiproduk pertaniannya ke Kesatu-an Eropah. Jika kelestarian ataupengurangan pelepasan gas kar-bon dioksida adalah matlamatutama, NGO ini perlu menyasar-kan kempen mereka kepada ne-gara maju yang telah menebangpokok secara besar-besaran sertamengeksploitasikan kawasan hu-tan secara intensif untuk per-tanian. Walaupun mereka bolehmembahaskan bahawa kawasanhutan ini telah diterokai oleh ne-nek moyang mereka yang kurangberpendidikan, penanaman se-mula pokok spesies hutan bolehdilakukan dan penghutanan se-mula boleh dicapai dalam ber-berapa dekad sahaja. Penghuta-nan semula dapat membantumenyingkirkan gas karbon diok-sida dari atmosfera akibat pe-nebangan hutan di atas tanahyang sama pada masa lalu.

Fakta terkini menunjukkan Sa-rawak masih lagi negeri penyerapbersih gas karbon dioksida (silarujuk Carta 2 di bawah). Padatahun 2007, Sarawak menyingkir-kan 106 juta tan CO2 dan meng-hasilkan 30 juta tan CO2, men-jadikannya negeri ‘penyerap ber-

sih gas karbon dioksida’ sebanyak76 juta tan CO2 setahun. Meman-dangkan Sarawak adalah negeri‘penyerap bersih CO2’ yang besarpada masa lalu, ia membantumembersihkan pencemaran kar-bon yang telah dilepaskan ter-dahulu oleh negara-perindustrianlain ketika membangunkan eko-nomi dan sektor pertanian se-menjak dua abad lalu. Sekarangbila tiba masanya kerajaan Sa-rawak membangunkan sektorpertaniannya, ia dihalang berbuatdemikian melalui perlaksanaanpolisi ‘penebangan hutan sifar’yang didokongi NGO Barat, sya-rikat yang bersekongkol dan ahlipolitik dengan ancaman penye-katan akses pasaranminyak sawitdari Sarawak ke pasaran mereka.

Terdapat banyak bukti jelasme-nunjukkan negara yang masihmembangun akan teraniaya aki-bat pelaksanaan polisi ‘peneba-ngan hutan sifar’ ini. Perlu diingat,negeri seperti Sarawak adalah pe-nyerap bersih CO2 dan merekatelah memainkan peranan pen-ting ini sejak zaman dahulu lagi.Menafikan hak Sarawak untukmembangunkan ekonominya me-nerusi peningkatan penggunaantanahnya untuk tujuan pertanianadalah dari segi moralnya tidakberetika, tidak bertanggungjawabdari segi sosial dan tidakwajar darisudut sainstifik. Sekurang-kurang-nya, Sarawak perlu dibantu untukmembangunkan industri pertani-annya sehingga ia menjadi negeri‘karbon neutral’. Jika Sarawakme-milih untuk menanam sawit se-bagai tanaman pertanian utama,ia akan terus menjadi negeri pe-

nyerap bersih CO2 walaupun iamencapai 50 peratus had pemu-liharaankawasanhutanyang telahditetapkan oleh Malaysia ketikaPersidangan Kemuncak Dunia diRio de Janeiro pada tahun 1992.

Penternakan lembu pemacuutama penebangan hutanPemacu utama penebangan hu-tan sedunia adalah industri pen-ternakan lembu dan perladanganternakan yang menggunakan 3.5bilion hektar tanah pertanianatau 25 peratus daripada jumlahtanahdunia, berbanding hanya 15juta hektar atau 0.1 peratus yangdigunakan oleh tanaman sawit.Disebabkan permintaan untukproduk berasaskan lembu danhaiwan ternakan lain akan me-ningkat sekali ganda pada tahun2050 seperti yang diramalkan olehFAO, kesan daripada industri ter-nakan lembu dan perladanganternakan akan lebih teruk jikapenggunaan tanah oleh sektor iniyang dijangka akan merangkumi50 peratus daripada keluasan ta-nah dunia diambil kira. Pada ta-hun yang sama, permintaan ter-hadap penggunaan tanah untuktanaman sawit serta pengeluaranmiyak sawit juga mungkin akanmeningkat sehingga dua atau tigakali ganda, tetapi ia tidak akanmelebihi 0.2 peratus atau 0.3 pe-ratus daripada jumlah kawasantanah dunia.

Jika kita membuta tuli me-nerima pakai idealogi ‘peneba-ngan hutan sifar’ yang diwarwar-kan oleh NGO ini, penebanganhutan secara besar-besaran un-tuk memberi laluan kepada per-kembangan industri yang meng-gunakan tanah secara intensif se-perti industri penternakan lembudan tanaman kacang soya akanberlaku dengan akibat yang tidakdapat dibayangkan.

‘Penebangan hutan sifar’ tak masuk akal

l Artikel ini telah disunting da-ripada artikel asal Tan Sri DatukDr. Yusof Basiron, Ketua Ekse-kutif Majlis Minyak Sawit Ma-laysia yang bertajuk, No Defo-restation – An Ethically Irres-ponsible Demand by ENGOs. Silalayari www.ceopalmoil.com un-tuk mendapatkan salinan asalartikel ini

» Polisi direkaNGO Baratbantutpengeluaranminyak sawit

CARTA 2

CARTA 1

Page 10: Berita Sawit - April 2014

11

Kepentingan hasil sawit kepada manusia

Buah sawit merupakan sum-ber terhasilnya minyak sa-wit. Minyak sawit merupa-

kan salah satu komoditi yang pen-ting untuk negara terutamanyadalam ekonomi Malaysia.Perkara ini kerana komoditi sa-

witmerupakan tulang belakang da-lammeningkatkan pendapatan ne-gara.Satu faktamenarik untuk dikong-

si ialah penggunaan meluas mi-nyak sawit di Afrika Barat telahmembawa kepada pasaran anta-rabangsa akibat daripada RevolusiPerindustrian British dan perkem-bangan perdagangan luar negara.Hal ini menjadikan hasil sawit

sangat penting dalam kehidupanmanusia dengan pelbagai hasil sa-wit boleh didapati pada masa kini.Bertitik tolak dengan itu, komo-

diti sawit terus mengeluarkan pel-bagai produk bermula daripadapembuatan lilin sehingga pembua-tan pelincir industri.Di samping itu, minyak sawit

adalah penggerak utama di sebalikperkembangan pengeluaran. Ma-nakala minyak sawit merah yangkaya dengan nutrisi menjadi asetpenting bagi pelayaran panjang.Disebabkan keistimewaan inilah,

permintaan dalampasaranminyaksawit menunjukkan peningkatan.Negara Eropahmulamelabur da-

lam pengeluaran minyak sawityang bermula di Afrika Barat ke-mudiaannya berkembang ke AsiaTenggara.Perkara ini merupakan satu pe-

luang bagi peneroka dan usahawanEropah dalampengeluaranminyaksawit secara komersial untukmenghasilkan sabun, minyak pe-lincir dan minyak makan.Hal ini membawa kepada per-

kembangan mendadak pembuka-an ladang sawit di sub sahara Af-rika dan Asia Tenggara.Dapat dilihat pada hari ini se-

banyak lebih daripada 150 buah

negara telahmenggunakanminyaksawit dalam makanan.Di sesetengah tempat, ramuan

hidangan tradisional adalah dari-pada minyak buah sawit yang di-makan tanpa diproses. Walau ba-gaimanapun, untuk kebanyakanpengguna terutama rakyat Malay-sia, mereka lebih mengenali mi-nyak sawit dalam bentuk minyaksayuran yang terdapat di kedai dandigunakan dalam masakan seha-rian.Selain itu, minyak sawit juga ter-

dapat di dalam kebanyakan produkmakananmee segera, susu formulabayi dan banyak lagi.Minyak sawit semakin mendapat

tempat di hati pengguna pada ma-sa kini. Ini dibuktikan denganpenggunaannya yang semakin me-luas.Selain mendapat pengiktirafan

memainkan peranan penting da-lam diet yang seimbang, minyaksawit juga dikenali sebagai maka-nan yang berkhasiat.Semua ini berdasarkan kandu-

ngannya yang bebas daripada le-mak trans iaitu sejenis lemak yangberbahaya jika dimakan atau di-

ambil dalam kuantiti yang besar.Minyak sawit terhasil dalam

kuantiti yang banyak. Oleh itu, har-ga yang ditawarkan sangat berpa-tutan dan sesuai untuk kebanya-kan jenis produk makanan.Ini merupakan salah satu faktor

mengapa minyak sawit kini adalahminyak sayuran terbesar didagang-kan di peringkat antarabangsa se-kali gus membuktikan penerima-annya di pasaran global.Menurut satu kajian, sebanyak 80

peratus daripada minyak sawitpada masa ini digunakan dalammakanan dan pembuatan produkmakanan manakala selebihnyaadalah untuk barangan penggunaselain makanan.Di samping itu, hasil sawit me-

mainkan peranan penting dalammemastikan keperluan makanandunia mencukupi atau dikenali de-ngan jaminan makanan.Industri sawit boleh mencapai

keseimbangan iaitu antara meme-nuhi permintaan yang semakinmeningkat dan memelihara alamsekitar.Menurut Food and Agriculture

Organization of the United Nation(FAO) atau Pertubuhan Makanandan Pertanian, jaminan makananwujud apabila semua orang padasetiap masa mempunyai akses fi-zikal dan ekonomi kepada maka-nan yang mencukupi, selamat danberkhasiat dalam memenuhi ke-perluan pemakanan dan pilihanmakanan mereka untuk kehidu-pan aktif dan sihat.Kesimpulannya, hasil sawit sa-

ngat berguna dalam kehidupanmanusia. Sama ada daripada segikeperluan makanan ataupun ke-perluan sampingan. Di sampingitu, industri sawit turut membukapeluang pekerjaan kepada masya-rakat tempatan untuk meningkattaraf kehidupan ke arah lebih baikdan meningkatkan ekonomi nega-ra.

Pemenang PertamaNur Habibah Norman

(No K/P: 970401-10-6760)Sekolah Agama MenengahSultan Hisamuddin, Klang,

Selangor

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit April 2014Peraduan ini terbuka kepada pe-lajar sekolah menengah di seluruhnegara. Karangan adalahmengenaiindustri sawit negara dan antara-bangsa dan ditulis tangan berpan-dukan tajuk yang diberikan di ba-wah:

Tajuk: ‘Minyak sawit berkhasiattinggi. Bincangkan’.Peraduan Mengarang Esei Berita

Sawit terbuka kepada semua pe-lajar sekolah menengah Tingkatan1 hingga 5.

Tiga pemenang utama setiap bu-lan akan menerima;Hadiah Pertama : RM250Hadiah Kedua : RM200Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tem-pat pertama akan disiarkan dalamBerita Sawit keluaran bulan Mei2014 akan datang.

Syarat Penyertaan;1. Terbuka kepada pelajar seko-

lahmenengahTingkatan Satu hing-ga 52. Panjang esei di antara 450 - 600

patah perkataan3. Sila nyatakan nama penuh,

alamat sekolah, alamat rumah,nombor kad pengenalan, nombortelefon dan sertakan sekeping gam-bar berukuran pasport (sekiranyaada)4. Keputusan juri adalah muk-

tamad5. Tarikh tutup penyertaan ialah

pada 24 April 20146. Hantarkan penyertaan ke ala-

mat;Peraduan Mengarang Esei Be-

rita SawitIbu Pejabat MPOB6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Sa-

mad (Unit Komunikasi Korpoorat)

Keputusan Peraduan MengarangEsei Berita Sawit Bulan Mac 2014

Pemenang:Hadiah PertamaNur Habibah Norman(No K/P: 970401-10-6760)Sekolah AgamaMenengah Sultan

Hisamuddin Jalan Tepi Sungai, Su-ngai Bertih, 41100 Klang, Selangor.

Hadiah KeduaNorahlina Muhd Rodhi(No. K/P: 980710-07-6234) Sekolah

Menengah Kebangsaan Desa Murni13800 Butterworth, Pulau Pinang.

Hadiah KetigaNursyifa Atiqah Yeoh M. Hadi

Yeoh (No. K/P: 980917-02-6058) Se-kolah Menengah Kebangsaan DesaMurni 13800 Butterworth, Pulau Pi-nang

“Minyak sawit semakinmendapat tempat di hatipengguna pada masakini. Ini dibuktikan denganpenggunaannya yangsemakin meluas”

Page 11: Berita Sawit - April 2014

12

Menteri Besar Pahang,Dato’ Sri Diraja AdnanYaakob bersama MenteriPerusahaan Perladangandan Komoditi, DatukAmar Douglas UggahEmbas, Ketua Setiausaha,Kementerian PerusahaanPerladangan danKomoditi, Datuk SeriNurmala Abdul Rahim(empat dari kiri),Pengerusi MPOB, Datuk ArWan Mohamad Khair-ilAnuar Wan Ahmad (kiri)mendengar taklimatKetua Pengarah MPOB,Datuk Dr Choo Yuen May(kanan) berkaitanmodel kilangpengeluaran biodieselsawit semasa PelancaranPenggunaan BiodieselSawit di Wilayah Timur,Utara dan PeringkatSemenanjung di Kuantan,

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan bantuan baja sawit kepadapekebun kecil sempena Seminar Pekebun Kecil Sawit di Mukah, Sarawak.

Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri NurmalaAbdul Rahim bersama rombongan semasa lawatan ke syarikat pembungkus minyak masaksawit, Chop Wan Chong di Temerloh, Pahang.

Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim (empat dari kanan) semasa acara perasmian TheCompletion Ceremonyof “TheModel Project forAlternative Fuel Combustion inThe Cement Industry” di Bahau, Negeri Sembilan. Turut kelihatan Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo Yuen May (dua dari kanan).

Pengarah BahagianTeknologi Maklumatdan KhidmatKorporat, DrBurhanuddin AbdulSalam (enam darikanan) bergambarbersamarombongan wanitaDewanPerniagaanMelayu KualaLumpur (DPMKL)semasa lawatan diIbu Pejabat MPOB,Bangi.

Datuk Dr ChooYuen Maysemasamenerimakunjunganpelawat DeputyHead of Missionfor Embassy ofColombia,Camilo SalazarLuque (kiri) keIbu PejabatMPOB, baru-baruini