berita sawit - mac 2014

11
SABTU 1 MAC 2014 MPIC anjur Retreat Realisasi Transformasi Sektor Komoditi Oleh Che Johari Mamat [email protected] Port Dickson K ementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) menganjurkan Re- treat MPIC 2014 bertemakan Me- realisasikan Transformasi Sektor Komoditi bagi mengkaji semula sasaran ditetapkan di bawah Da- sar Komoditi Negara (DKN) 2011- 2020. Ia juga bagi mengenal pasti per- ubahan persekitaran dalaman dan luaran, kelemahan di setiap peringkat rantaian nilai dan mencari langkah penyelesaian yang terbaik bagi melonjak pres- tasi sektor komoditi negara. Hasil ini akan memudahkan MPIC untuk mengenal pasti dan memberi fokus kepada program mengukuhkan pembangunan in- dustri komoditi di bawah Ran- cangan Malaysia Kesebelas bagi menjana dan meningkatkan pen- dapatan sektor komoditi terma- suk pekebun kecil. Menteri Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata demikian ketika berucap meras- mikan Retreat MPIC 2014 yang diadakan di sini, baru-baru ini. Beliau berkata: “Kita memer- lukan strategi dan program baru yang proaktif dan inovatif bagi menjamin produk berasas komo- diti berupaya menjana pendapa- tan sebagai produk bernilai tam- bah tinggi dan berdaya saing di pasaran. Tingkat pendapatan “Usaha dan strategi ini perlu di- lihat dari sudut meningkatkan pendapatan para pengusaha ta- naman komoditi terutamanya pekebun kecil.” “Pada masa ini, hampir 40 pe- ratus daripada keluasan tana- man sawit adalah diusahakan oleh pekebun kecil, 95 peratus bagi tanaman getah dan 100 pe- ratus bagi tanaman koko dan la- da. “Kerajaan menetapkan sasaran peningkatan pendapatan peke- bun kecil komoditi sekurang-ku- rangnya ke paras RM4,000 sebu- lan menjelang tahun 2020. “Oleh itu, kita perlu merangka pelan tindakan yang mantap dan bekerjasama dengan Kementeri- an serta agensi lain melalui pen- dekatan strategiblue ocean bagi merealisasikan sasaran tersebut. “Kita seharusnya melakukan anjakan paradigma dan perlu berusaha to think in new boxes bagi memastikan hala tuju sektor komoditi negara seperti yang di tetapkan dalam DKN 2011-2020 itu berjaya direalisasikan.” Beliau juga menyarankan su- paya Kementerian dan agensi me- ngadakan smart partnership de- ngan pihak swasta selaras dengan dasar Malaysia Incorporated da- lam memajukan lagi industri ko- moditi negara. Selain itu katanya: “Saya ingin melihat perubahan dalam me- nangani isu pasaran bagi komo- diti. Transformasi perlu dilaku- kan di dalam memperkukuhkan market intelligence bagi komoditi terutama di pasaran antarabang- sa. Tangani isu secara proaktif “Dengan adanya maklumat ri- sikan pasaran yang mantap, kita berupaya menangani isu-isu se- cara proaktif dan ini akan mem- bantu kita di dalam merancang strategi-strategi pemasaran dan pembangunan komoditi nega- ra. “Kita perlu mengkaji hala tuju dari perspektif pasaran eksport serta keperluan menjenamakan produk komoditi negara bagi me- mastikan ia berdaya saing de- ngan produk dan minyak sayuran lain di pasaran dunia. “Kepakaran kita terutama da- lam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu di sy- nergise bagi meningkatkan pe- ngeluaran produk-produk tam- bah nilai dan pada masa yang sama meningkatkan imej indus- tri komoditi negara.” Peningkatan produktiviti ber- kait rapat dengan input penge- luaran lain seperti kecekapan gu- na tenaga dan penggunaan input pertanian yang lain. “Semua ini perlu diberi per- hatian dan dilakukan transfor- masi secara menyeluruh meman- dangkan pada masa kini, industri komoditi negara masih bergan- tung kepada penggunaan tenaga buruh, terutamanya pekerja asing. “Transformasi melalui penggu- naan kaedah penyelesaian yang praktikal, inovatif dan penggu- naan mekanisasi berupaya me- lonjakkan industri komoditi ne- gara dan sudah tentu akan me- ningkatkan daya saing komoditi di pasaran dunia,” katanya. Datuk Amar Douglas menyeru supaya Kementerian dan agensi menilai semula fungsi dan pe- ranan masing-masing supaya re- treat ini dapat menghasilkan sua- tu transformasi yang baharu bagi sektor komoditi negara. Hadir sama, Timbalannya, Da- to’ Noriah Kasnon; Ketua Setia- usaha MPIC, Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim; Timbalanya, Datuk M.Nagarajan; Ketua-ketua Penga- rah Agensi dan pegawai kanan Kementerian serta agensi. » Perbincangan kenal pasti kaedah terbaik bagi melonjak prestasi sektor komoditi negara Kita memerlukan strategi dan program baru yang proaktif dan inovatif bagi menjamin produk berasas komoditi berupaya menjana pendapatan sebagai produk bernilai tambah tinggi dan berdaya saing di pasaran” Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tengah) bersama Timbalannya, Dato' Noriah Kasnon (kiri) dan Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim (kanan) semasa Retreat MPIC 2014.

Upload: nguyennhan

Post on 05-Feb-2017

275 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Sawit - Mac 2014

SABTU 1 MAC 2014

MPIC anjur Retreat RealisasiTransformasi Sektor Komoditi

Oleh Che Johari [email protected]

Port Dickson

Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC) menganjurkan Re-

treat MPIC 2014 bertemakan Me-realisasikan Transformasi SektorKomoditi bagi mengkaji semulasasaran ditetapkan di bawah Da-sar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020.Ia juga bagimengenal pasti per-

ubahan persekitaran dalamandan luaran, kelemahan di setiapperingkat rantaian nilai danmencari langkah penyelesaianyang terbaik bagi melonjak pres-tasi sektor komoditi negara.Hasil ini akan memudahkan

MPIC untuk mengenal pasti danmemberi fokus kepada programmengukuhkan pembangunan in-

dustri komoditi di bawah Ran-cangan Malaysia Kesebelas bagimenjana dan meningkatkan pen-dapatan sektor komoditi terma-suk pekebun kecil.Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas, berkatademikian ketika berucap meras-mikan Retreat MPIC 2014 yangdiadakan di sini, baru-baru ini.Beliau berkata: “Kita memer-

lukan strategi dan program baruyang proaktif dan inovatif bagimenjamin produk berasas komo-diti berupaya menjana pendapa-tan sebagai produk bernilai tam-bah tinggi dan berdaya saing dipasaran.

Tingkat pendapatan“Usaha dan strategi ini perlu di-lihat dari sudut meningkatkanpendapatan para pengusaha ta-naman komoditi terutamanyapekebun kecil.”“Pada masa ini, hampir 40 pe-

ratus daripada keluasan tana-man sawit adalah diusahakanoleh pekebun kecil, 95 peratusbagi tanaman getah dan 100 pe-ratus bagi tanaman koko dan la-da.“Kerajaan menetapkan sasaran

peningkatan pendapatan peke-bun kecil komoditi sekurang-ku-rangnya ke paras RM4,000 sebu-lan menjelang tahun 2020.

“Oleh itu, kita perlu merangkapelan tindakan yang mantap danbekerjasama dengan Kementeri-an serta agensi lain melalui pen-dekatan strategiblue ocean bagimerealisasikan sasaran tersebut.“Kita seharusnya melakukan

anjakan paradigma dan perluberusaha to think in new boxesbagi memastikan hala tuju sektorkomoditi negara seperti yang ditetapkan dalam DKN 2011-2020

itu berjaya direalisasikan.”Beliau juga menyarankan su-

paya Kementerian dan agensime-ngadakan smart partnership de-ngan pihak swasta selaras dengandasar Malaysia Incorporated da-lam memajukan lagi industri ko-moditi negara.Selain itu katanya: “Saya ingin

melihat perubahan dalam me-nangani isu pasaran bagi komo-diti. Transformasi perlu dilaku-kan di dalam memperkukuhkanmarket intelligence bagi komodititerutama di pasaran antarabang-sa.

Tangani isu secara proaktif“Dengan adanya maklumat ri-sikan pasaran yang mantap, kitaberupaya menangani isu-isu se-cara proaktif dan ini akan mem-bantu kita di dalam merancangstrategi-strategi pemasaran danpembangunan komoditi nega-ra.“Kita perlu mengkaji hala tuju

dari perspektif pasaran eksportserta keperluan menjenamakanproduk komoditi negara bagi me-mastikan ia berdaya saing de-nganprodukdanminyak sayuranlain di pasaran dunia.“Kepakaran kita terutama da-

lam bidang penyelidikan danpembangunan (R&D) perlu di sy-nergise bagi meningkatkan pe-ngeluaran produk-produk tam-

bah nilai dan pada masa yangsama meningkatkan imej indus-tri komoditi negara.”Peningkatan produktiviti ber-

kait rapat dengan input penge-luaran lain seperti kecekapan gu-na tenaga dan penggunaan inputpertanian yang lain.“Semua ini perlu diberi per-

hatian dan dilakukan transfor-masi secaramenyeluruhmeman-dangkan padamasa kini, industrikomoditi negara masih bergan-tung kepada penggunaan tenagaburuh, terutamanya pekerjaasing.“Transformasi melalui penggu-

naan kaedah penyelesaian yangpraktikal, inovatif dan penggu-naan mekanisasi berupaya me-lonjakkan industri komoditi ne-gara dan sudah tentu akan me-ningkatkan daya saing komoditidi pasaran dunia,” katanya.Datuk Amar Douglas menyeru

supaya Kementerian dan agensimenilai semula fungsi dan pe-ranan masing-masing supaya re-treat ini dapat menghasilkan sua-tu transformasi yang baharu bagisektor komoditi negara.Hadir sama, Timbalannya, Da-

to’ Noriah Kasnon; Ketua Setia-usaha MPIC, Datuk Seri NurmalaAbdul Rahim; Timbalanya, DatukM.Nagarajan; Ketua-ketua Penga-rah Agensi dan pegawai kananKementerian serta agensi.

» Perbincangankenal pastikaedah terbaikbagi melonjakprestasi sektorkomoditi negara

Kita memerlukanstrategi dan programbaru yang proaktifdan inovatif bagimenjamin produkberasas komoditiberupaya menjanapendapatan sebagaiproduk bernilaitambah tinggi danberdaya saingdi pasaran”

Datuk Amar Douglas UggahEmbas,Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi

MenteriPerusahaanPerladangan danKomoditi, DatukAmar DouglasUggah Embas(tengah) bersamaTimbalannya,Dato' NoriahKasnon (kiri) danKetua Setiausaha,KementerianPerusahaanPerladangan danKomoditi, DatukSeri NurmalaAbdul Rahim(kanan) semasaRetreat MPIC 2014.

Page 2: Berita Sawit - Mac 2014

SABTU 1 MAC 20142

Menteri, ahli industridialog isu sawit» Galak interaksiberkesan bincangdan atasimasalah industri

DatukAmar Douglas Uggah Embasmempengerusikan dialog dengan ahli industri sawit sempenaReach & Remind Friends of the Industry Seminar and Dialogue 2014. Turut kelihatan Dato’ NoriahKasnon (dua dari kiri), Datuk M Nagarajan (kiri), Dato’ Lee Yeow Chor (tiga dari kanan), Tan Sri Dr YusofBasiron (dua dari kanan) dan Datuk Dr Choo Yuen May (kanan).

Oleh Razita Abdul [email protected]

Kuching

Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komodi-ti, Datuk Amar Douglas

Uggah Embas, menyertai sesi di-alog dengan ahli industri sawitmembincangkan isu-isu semasaindustri sempena Reach & Re-mind Friends of the Industry Se-minar 2014 and Dialogue: Chal-lenges and Opportunities 2014 diKuching, Sarawak, baru-baruini.

Program ini adalah antarainisiatif kerajaan untuk meng-galakkan interaksi yang lebihberkesan antara kerajaan danindustri bagi tujuan membin-cang dan menangani isu-isupenting yang dihadapi oleh in-dustri sawit masa kini.

Datuk Amar Douglas UggahEmbas sewaktu berucap berka-ta, minyak sawit adalah antarapenyumbang terbesar kepadaekonomi negara melalui penda-patan eksportnya yang tinggi.

“Bagi tempoh Januari hinggaDisember 2013, pendapatan eks-port minyak sawit dan produkminyak sawit mencatatkan se-banyak RM 61.29 bilion.

Eksport meningkat“Walaupun jumlah eksport me-ningkat dari 24.59 juta tan pada2012 kepada 25.66 tan pada ta-hun 2013, hasil pendapatan eks-port jatuh 14.15 peratus ber-banding dengan RM71.4 bilionpada tahun 2012.

“Ini adalah disebabkan hargapurata bulanan minyak sawitmentah (MSM) yang diniagakanrendah dan pernah jatuh ketahap RM2,289, walaupun harga

purata bagi bulan Disemberme-ningkat dan mencecah RM2,618satu tan,” katanya.

Ahli industri dan pakar per-dagangan berpendapat kejatu-han harga tersebut adalah di-sebabkan saingan antara mi-nyak dan lelemak di pasaranglobal dan juga dipengaruhioleh hargaminyakmentah petr-oleum.

Datuk Amar Douglas UggahEmbas berkata, beliau agak bim-bang keranaminyak kacang soyaterus mengekalkan premium keatas minyak sawit dan usaha un-tuk merapatkan jurang perbe-zaan harga itu belum tercapai.

Tangani isu harga“Ini platform yang sesuai untukmemikir cara terbaik bagi me-nangani perbezaan harga terse-but danmembincangkan strategiuntuk meningkatkan pendapa-tan industri sawit,” katanya.

Salah satu cara bagi mengu-ruskan harga, kerajaan akanmelaksanakan penggunaan ba-han bio bakar sawit dan mulaibulan ini pelancaran penggu-naan bio bahan api akan dikembangkan ke Wilayah Timurdan Utara, Semenanjung Ma-laysia.

Sehingga kini penggunaanbio bahan api itu telah pundilancar dan digunakan di Wi-layah Tengah yang meliputi ne-geri Selangor, Wilayah Perseku-tuan Putrajaya, Negeri Sembi-lan dan Melaka serta WilayahSelatan yang meliputi seluruhnegeri Johor.

“Dianggarkan 500,000 tan mi-nyak sawit pada setiap tahunakan digunakan sebagai bahanbio bakar apabila pelaksanaan-nya meliputi ke seluruh negaradalam tempoh terdekat ini.

“Ini adalah satu strategi me-nguruskan stok MSM dan mem-beri isyarat kepada dunia ten-tang kesediaan industri sawitMalaysia mengambil langkahyang sesuai untuk memastikanperdagangan minyak sawit sen-tiasa berdaya saing,” katanya.Dalam perkembangan lain, Da-

tuk Amar Douglas Uggah Embasberkata, kempen antiminyak sa-wit oleh gabungan organisasibukan kerajaan (NGO) baratadalah berat sebelah dan tidakadil kerana mereka tidak me-mikirkan sumbangan industrisawit kepada keselamatan ma-kanan global, pembasmian ke-miskinan dan pembangunanekonomi.

“Kita di sini telah melakukanyang terbaik denganmeningkat-kan pengurusan biodiversiti danpemuliharaan alam sekitar un-tuk kemampanan jangka pan-jang industri sawit,” katanya.

Beliau juga memberi jami-nan bahawa kerajaan akan te-rus membantu industri untukmenangani halangan dan seka-tan yang dihadapi serta berusa-hamenembusi pasaran baru ba-gi memastikan industri sawitnegara lebih kompetitif.

Selaras dengan inisiatif yangdilakukan oleh kerajaan itu, be-liaumeminta ahli industri turutmelaksanakan strategi penam-bahbaikan berterusan bagi me-yakinkan pelanggan global te-rus memilih minyak sawit.

Beliau berkata, Reach & Re-mind Friends of the Industry Se-minar 2014 and Dialogue: Chal-lenges and Opportunities 2014menyediakan platform kepadapenggiat industri sawit untukmendapatkan maklumat terki-ni isu, semasa dan cabaran yangdihadapi oleh industri pada ta-hun 2014.

Seminar anjuran Majlis Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOC) itudirasmikan oleh Timbalan Ke-tua Menteri Sarawak, Datu Pa-tinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu.

Hadir sama, Timbalan Men-teri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Dato’ Noriah Kas-non; Timbalan Ketua Setiausa-ha, Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi, Da-tuk M. Nagarajan; PengerusiMPOC, Dato’ Lee Yeow Chor;Ketua Pegawai Eksekutif MPOC,Tan Sri Dr Yusof Basiron danKetua Pengarah MPOB, DatukDr Choo Yuen May.

Program Transformasi Ekonomi (Econo-mic Transformation Programme atau

ETP) adalah satu rancangan komprehensifyang dilancarkan oleh Kerajaan dalam usa-ha untukmentransformasikan Malaysia kearah sebuah negara berpendapatan tinggimenjelang 2020. Di bawah ETP, terdapatdua belas Bidang Ekonomi Utama Negara(National Key Economic Area atau NKEA)yang dikenal pasti sebagai pemacu per-tumbuhan ekonomi Malaysia. Salah satuNKEA ialah sektor sawit.

MPOB bertanggungjawab bagi pelaksa-naan 7 Projek Permulaan (EPP) di bawahNKEA Minyak Sawit. Pelaksanaan EPP di-jangka akan menyumbang sebahagian ke-pada peningkatan Pendapatan Negara Ka-sar daripada RM52.7 bilion pada 2009 ke-pada RM178 bilionmenjelang 2020. Ia turutakan mewujudkan 80,000 peluang pekerjaan mahir baru dalamsegmen hiliran menjelang 2020. Lapan EPP itu yang ditetapkanoleh kerajaan dengan dua teras strategi yang disasarkan bukanhanya memastikan kemampanan dan penambahbaikan produk-tiviti sektor huluan tetapi juga pembangunan sektor hiliran. LimaEPP yang menunjang kepada peningkatan produktiviti dan peng-galakan amalan secara mampan segmen huluan ialah EPP 1 –mempercepatkan penanaman semula sawit dengan mengunakanbenih bermutu; EPP 2 – mempertingkatkan pengeluaran hasilbuah tandan segar melalui Amalan Pertanian Baik (GAP); EPP 3 –mempertingkatkan produktiviti pekerja melalui mekanisasi; EPP 4– meningkatkan kadar perahan minyak; dan EPP 5 – membina lojibiogas di kilang kelapa sawit.

Kerajaan turut memperakui peranan yang dimainkan oleh parapekebun kecil sawit dalam membangunkan dan menambah baiksektor minyak sawit negara. Bagi memastikan aspirasi ini berjaya,Kerajaan telah mewujudkan tiga skim khusus untuk membantupara pekebun kecil sawit persendirian iaitu Skim Tanam SemulaSawit Pekebun Kecil (TSSPK), Skim Tanam Baru Sawit PekebunKecil (TBSPK) dan Skim Diskaun CANTAS (SKIDIC). Matlamatutama adalah untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecilmelalui penambahan keluasan tanaman sawit oleh pekebun kecil,penghasilan sawit yang tinggi serta bermutu tinggi dan pe-ningkatan produktiviti penuaian buah sawit melalui mekanisasi.

Teras strategi yang kedua dalam memacu Malaysia menjadisebuah negara berpendapatan tinggi ialah menerusi pengko-mersialan produk hiliran sawit. Kemajuan aktiviti hiliran akandidorong oleh tumpuan yang lebih kepada segmen produk yangmemberikan nilai tinggi iaitu derivatif oleo termasuk agrokimia,surfaktan, pelincir bio, poliol bio dan juga derivatif gliserol. Tidakketinggalan juga pengkomersialan produk-produk berasaskan ma-kanan dan kesihatan yang turut diberikan tumpuan dan ga-lakan.

Menurut rekod Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan(PEMANDU), dalam tempoh tiga tahun antara 2011 dan 2013,Kerajaan menerusi agensi pelaksana iaitu MPOB telah berjayamendapatkan komitmen pelaburan daripada pihak swasta ber-jumlah RM1.355 bilion untuk pembangunan derivatif oleo dibawah EPP 6 dan sebanyak RM289 juta bagi sektor hiliran ber-asaskan makanan dan kesihatan di bawah EPP 8.

Untuk tahun ini, geran sebanyak RM123.1 juta tersedia di bawahEPP 6 bagi tujuan pembangunan sektor derivatif oleo. Manakalauntuk EPP 8 pula, sebanyak RM50.0 juta telah diperuntukkansebagai geran yang boleh dipohon oleh syarikat-syarikat daninstitusi-institusi penyelidikan yang berkelayakan bagi mengko-mersialkan dan membangunkan produk-produk makanan dankesihatan berasaskan sawit. Saya ingin menjemput syarikat-sya-rikat yang berminat untuk menghantar cadangan projek merekauntuk dipertimbangkan.

Malaysia mempunyai kelebihan dalam industri sawit ber-dasarkan pengalaman dan kekuatannya dalam aspek penye-lidikan dan pembangunan. Minyak sawit adalah penyumbangkelima terbesar kepada pendapatan eksport negara pada tahun2013. Justeru itu, MPOB akan memastikan usaha digembelingsepenuhnya di peringkat pelaksanaan untuk mencapai sasaranyang telah ditetapkan oleh Kerajaan selari dengan konsep ‘in-clusiveness’ – membolehkan setiap lapisan masyarakat mendapatmanfaat dari kekayaan negara dan ‘sustainability’ – memenuhikeperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.Dengan penglibatan dan sokongan penuh pihak swasta dalampelaksanaan inisiatif-initiatif di bawah NKEA Minyak Sawit, sayamenaruh keyakinan yang tinggi bahawa sasaran yang ditetapkanmampu dicapai. MPOB bersama-sama Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi komited untuk memastikan semuainis iat i f NKEA ini di laksanakan dengan jayanya. –[email protected]

Page 3: Berita Sawit - Mac 2014

31 MAC 2014 SABTU

350 pemegang lesen hadir taklimat SPS

Peserta yang terdiri daripada pemegang lesen MPOBbagi aktiviti pengangkutan dan pengalihan minyak sawitsedang mendengar taklimat Sistem Pemantauan Sawit (SPS).

Rakyat disaranbekerjadi sektorsemaian sawit

Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad semasa mempengerusikan sesiinteraksi MPOB bersama ahli-ahli Persatuan Pengusaha Semain Sawit Malaysia (MOPNA) di Ibu Pejabat MPOB.

Oleh Che Johari [email protected]

Bangi

Rakyat tempatan disaransupaya menceburi bidangkerjaya di sektor tapak se-

maian sawit yang pada masa kinimenghadapi kekurangan tenagakerja yang membimbangkan.

Pengerusi MPOB, Dato’ ArWanMohammad Khair-il Anuar WanAhmad berkata demikian semasasesi interaksi MPOB bersama ahliPersatuan Pengusaha SemaianSawit Malaysia (MOPNA) di sini,

baru-baru ini.Beliau berkata, kerajaan me-

lalui MPOB akan mencari jalanpenyelesaian yang sebaikmung-kin bagi menangani masalah ke-kurangan tenaga kerja dan me-lalui sesi interaksi seperti ini, iaadalah pendekatan terbaik bagimenyelesaikan apa juga perma-salahan.

Dato’ Ar Wan MohammadKhair-il berkata, hasil kajianMPOBmendapati jumlah tenaga kerjabagi 513 tapak semaian yang aktifdi seluruh negara pada masa kini5,420 orang.

“Kebanyakannya berada di Se-menanjung, iaitu seramai 2,803orang (51.7 peratus), Sarawak se-ramai 1,416 orang (26.2 peratus)dan Sabah seramai 1,201 orang(22.1 peratus).

“Dari jumlah itu, Semenan-jung Malaysia, Sarawak dan Sa-bah masing-masing mengguna-kan tenaga pekerja asing seba-

nyak 42.8 peratus, 40.2 peratusdan 64.6 peratus,” katanya.

Beliau berkata, nisbah bila-ngan pekerja dengan keluasantapak semaian masa kini adalah1:1.30 (satu hektar menggunakanpekerja seramai 1.30 orang) dankita bersetuju untuk meningkat-kan nisbah itu kepada 1:2 ( satuhektar menggunakan dua orangpekerja).

Bentang kertas cadanganDato’ Ar WanMohammad Khair-ilberkata, kertas cadangan menge-nai perkara itu dibentangkan ke-pada Kementerian Sumber Ma-

nusia dan akan dibincang selan-jutnya dengan JawatankuasaKabinet Pekerja Asing untuk me-ngatasi masalah itu.

Pada sesi interaksi itu juga,beliau menggesa ahli-ahli MOP-NA menyedia dan membekalkananak benih sawit berkualiti ke-pada pekebun kecil.

“Pada masa kini pelaksanaantanam semula dan tanam barusawit sedang rancak dijalankandan ahli-ahli MOPNA diminta su-paya menyediakan bekalan anakbenih yang mencukupi untuk tu-juan itu.”

“Ini adalah penting bagi men-

jaminkan pelaksanaan programtanam semula dan tanam barusawit itu tidak tergendala dansekali gus berupaya mencapai sa-saranmeningkatkanpengeluaranbuah sawit kepada 22 tan sehek-tar menjelang tahun 2016 nanti,”katanya.

Seramai 15 orang ahli MOPNAyang diketuai oleh Naib Presiden-nya, Tan Kim Tun hadir pada sesiinteraksi itu, manakala MPOB di-wakili oleh Pengarah-pengarahBahagian yang diketuai oleh Tim-balan Ketua Pengarah (Penyelidi-kan dan Pembangunan), Dr Ah-mad Kushairi Din.

» Langkahtangani masalahkekurangantenaga kerja

Oleh Che Johari [email protected]

Seramai 350 pemegang lesenMPOB Wilayah Tengah yang ber-daftar dan terbabit dengan ak-tiviti mengalih minyak sawitmenghadiri taklimat pelaksana-an Sistem Pemantauan Sawit(SPS) yang diadakan di Ibu Pe-jabat MPOB, baru baru ini.Pemegang lesen itu terdiri da-

ripada kategori kilang sawit, ki-lang penapis, kilang pelumat isi-rung, pusat simpanan dan pe-ngusaha syarikat pengangkutanminyak sawit di Wilayah Tengahyang meliputi Negeri Selangor,Wilayah Persekutuan, Putrajaya,Negeri Sembilan dan Melaka.

MPOB pantau aktivitiKetua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May sewaktu berucapmerasmikan taklimat SPS itu ber-kata, Kementerian PerusahaanPerladangan danKomoditi (MPIC)melalui MPOB membuat keteta-pan melesenkan kenderaan yangterbabit dengan aktiviti penga-lihan dan pengangkutan minyaksawit bagi tujuan pemantauan.

“Justeru, MPOB telah melak-sanakan pendaftaran dan mele-senkan syarikat pengangkutandan individu yang terbabit de-ngan pengalihan minyak sawitdan dikuatkuasakan di bawahPeraturan-Peraturan LembagaMinyak Sawit Malaysia (Pelese-nan) 2005 mulai 3 Mac 2011,”katanyaDatuk Dr Choo berkata, MPOB

akan terus meningkatkan aktivitikawal selia melalui aktiviti pe-

ngesanan, pencegahan dan pe-ngawalan mutu di setiap ranta-ian industri bagi menjamin kua-liti dan keselamatan produksawit yang dihasilkan.

Eksport minyak berkualiti“Malaysia sebagai pengeksportterbesar minyak sawit berkualititinggi ke 90 buah negara duniaperlumemastikan dandipercayaimenghasil serta mengeksport mi-nyak sawit berkualiti yang me-

menuhi kehendak pelanggan.“Kepercayaan negara pengim-

port ke atas kualiti minyak sawityang dihasilkan oleh negara se-kali gus mendorong kepada per-tambahan permintaan dan pe-ningkatan eksport yang akanmenyumbang kepada peningka-tan pendapatan negara,” kata-nya.Beliau berkata, tujuan MPOB

mendaftar dan melesenkan sya-rikat pengangkutan dan individu

yang terbabit dengan aktiviti me-ngalih minyak sawit adalah un-tuk:Membanteras kegiatan sedut

curi minyak sawit semasa penga-lihan.Membendung aktiviti pence-

maran minyak sawit yang bolehmenjejaskan kualiti, keselamatanmakanan, kerugian dan imej in-dustri sawit, danMewujudkan pangkalan data

bagi tujuan pengesanan semulaminyak sawit semasa pengalihandan senarai hitam pemandu.Mengenakan syarat-syarat le-

sen bagi pengusaha syarikat pe-ngangkutan untuk mengambillangkah pencegahan yang perlubagi menjamin keselamatan mi-nyak sawit semasa pengalihan.“Dengan berkuatkuasanya per-

aturan ini, syarikat pengangku-tan yang terbabit disyaratkanmendaftar pemandu dan kende-raan digunakan dengan MPOB.“Selain itu, setiap lori tangki

pengangkutan minyak sawit per-lu dilengkapkan dengan SistemPengesanan Global (GPS) yang di-bekalkan oleh Panel GPS yangdiiktirafkan oleh MPOB,” kata-nya.

Page 4: Berita Sawit - Mac 2014

SABTU 1 MAC 20144

Oman minat teknologi sawit MPOB» Mahu dalamiteknik diguna,sesuaikan denganpembangunanindustri kurma

Oman juga tertarik denganprinsip sifar sisadiamalkan sektorperladangan sawitMalaysia di mana pelbagaibarang dihasilkan daripadapokok dan sisa sawit”

Dr Saif Al Shaqsi,Ketua Pengarah Million Date PalmProject

Programtingkattaraf hiduppekebundilaksanaBangi: Kerajaan, pada masa inisedang giat melaksanakan pel-bagai program pembangunanyang membabitkan pekebun ke-cil sawit dengan tujuan untukmeningkatkan pendapatan dantaraf hidup mereka.

Kementerian Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi (MPIC) me-lalui MPOB diberi mandat mem-bantu dan membangunkan peke-bun kecil sawit persendirian kataPengerusi MPOB, Dato’ ArWanMo-hammad Khair-il Anuar Wan Ah-mad semasa sesi interaksi MPOBbersama dengan perwakilan Per-satuan Pengusaha Semaian SawitMalaysia (MOPNA) baru-baru ini.

Beliau berkata, antara prog-ram dan khidmat yang disalur-kan kepada pekebun kecil sawituntuk meningkatkan pendapa-tan adalah khidmat nasihat tek-nikal sawit dan menyalurkanbantuan-bantuan kerajaan mela-lui pegawai TUNAS yang di se-luruh negara.

“Bantuan dan khidmat nasi-hat yang disediakan oleh MPOB

kepada pekebun kecil masa kiniadalah Skim Bantuan Tanam Ba-ru Sawit, Tanam Semula Sawit,Skim Diskaun Cantas (SKIDIC)dan bantuan alat-alatan perta-nian,” katanya.

Dato’ArWanMohammadKhair-il Anuar berkata, sehingga Novem-ber 2013, MPOB telah mendaftardan melesenkan sejumlah 191,130pekebun kecil sawit persendiriandengan keluasan 744,025 hektar diseluruh negara.

“Dari jumlah itu, 143,811 pe-kebun kecil dengan keluasan454,967 di Semenanjung Malaysia,29,375 pekebun berkeluasan196,899 hektar di Sabah dan 17,944pekebun dengan keluasan 92,159hektar di Sarawak .

“Sebahagian dari mereka ter-babit secara langsung dengan

penanaman semula bagi tana-man yang telah mencapai usia25 tahun dan juga penanamanbaru sawit menerusi Skim Ban-tuan Tanam Semula PekebunKecil (TSSPK) dan Tanam BaruSawit Pekebun Kecil (TBSPK).

“Kerajaan melalui MPOB me-nyedia danmenyalurkan bantuansebanyak RM7,500 sehektar bagipekebun kecil di SemenanjungdanRM9,000 sehektar bagimerekadi Sabah dan Sarawak di bawahkedua-dua skim ini,” katanya.

Pekebun kecil yang terbabitdinasihatkan supaya mendapat-kan bekalan anak benih berkua-

liti dan tulen daripada pembekalyang diiktirafkan oleh MPOB bagimemastikan pokok yang ditanamakan menghasilkan produktivitiyang tinggi.

Dato’ Ar Wan MohammadKhair-il Anuar berkata bagi 2014,KementerianmelaluiMPOBmen-sasar akan menyalurkan bantu-an skim TSSPK dan TBSPK bagipenanaman sawit berjumlah35,000 hektar.

“Dari jumlah itu, bantuan un-tuk keluasan 11,000 hektar di Se-menanjung, 8,000 hektar di Sa-bah dan 16,000 hektar di Sara-wak,” katanya.

Oleh Muhammad Asyraf [email protected]

Bangi

Negara pengeluar kurma ke-lapan terbesar di dunia,Oman, berminat mempe-

lajari teknologi yang dibangun-kan Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) danmenyesuaikan-nya da lam pembangunan

industri kurma di negara itu.Hasrat ini disuarakan Ketua Pe-

ngarah Million Date Palm Project,Dr Saif Al Shaqsi, sewaktu menga-dakan perbincangan bersama Ke-tua PengarahMPOB,DatukDrChooYuen May, di sini baru-baru ini.Turut hadir di mesyuarat itu

adalah Timbalan Ketua Pengarah(Penyelidikan dan Pembangu-nan) MPOB, Dr Ahmad KushairiDin dan Pensyarah Sultan Qa-boos University, Dr Ahmad Al-Maskri.

Tanam 1 juta pokok kurmaDr Saif yang juga Ketua PegawaiEksekutif National Field ResearchCentre for Environmental Con-servation of the Royal Court ofOman berkata, Oman sedang didalam proses menanam 1 jutapokok kurma dan teknologi sawit

MPOB boleh membantu sektorperladangan kurma negara itu.“Oman juga tertarik dengan

prinsip sifar sisa yang diamalkansektor perladangan sawit Malay-sia di mana pelbagai barangansawit dihasilkan daripada pokokdan sisa sawit,” tambah beliau.

Pulihara biodiversitiSementara itu, Datuk Dr ChooYuen May di dalam ucapan alu-annya berkata, pembangunan in-dustri sawit di Malaysia tidak me-nyebabkan kemusnahan hutandan biodiversitinya kerana pem-bukaan ladang sawit dilakukan dikawasan luar jalur lingkaran hu-tan simpan kekal negara.Pembangunan ladang sawit di-

lakukan mengikut kriteria pen-sijilan RSPO dan amalan ‘GoodAgricultural Practice” (GAP) serta

juga menepati Malaysian Sustai-nable Palm Oil (MSPO).“Begitu juga pengurusan air

kumbahan dari kilang sawit me-nepati piawaian Jabatan AlamSekitar sebelum disalirkan ke su-ngai yang menjadi sumber air

bersih untuk kegunaan dan mi-numan penduduk tempatan.“MPOB juga membantu dan

membangun sektor pekebun ke-cil dengan memberi khidmat na-sihat melalui pegawai TUNASdan menyediakan skim bantuanuntuk tanaman baru dan tana-man semula sawit tua serta ban-tuan peralatan pertanian kepadapekebun.“Selain itu, khidmat nasihat

berkaitan pengurusan kebun sa-wit seperti pemilihan anak be-nih, pembajaan, kawalan perosakdan penuaian buah sawit turutdisediakan kepada pekebun kecilsawit,” katanya.Pelawat dimaklumkan bahawa

Malaysia mengamalkan penguru-san hutan dan tanaman sawitmampan (sustainable) bagi tu-juan pengeluaran biofuel.

Page 5: Berita Sawit - Mac 2014

51 MAC 2014 SABTU

INFO

KKS DESA KIM LOONG

KKS Kim Loong capaiOER tertinggi 2013

Oleh Dr Zainon Mat [email protected]

Bangi

Kilang Kelapa Sawit (KKS)Desa Kim Loong Sdn Bhd,Keningau, Sabah, berjaya

merekod dan mengekalkan pen-capaian purata Kadar PerahanMinyak (OER) tertinggi seluruhnegara tahun 2013, iaitu seba-nyak 24.07 peratus.

Bagaimanapun, pencapaianini merosot sedikit berbandingpencapaian 2012, iaitu sebanyak24.13 peratus, kata Timbalan Pe-ngurus Besar, Kim Loong Resour-ces Berhad, Gan Liong Hoe ke-pada pegawai PEMANDU dan pe-gawai MPOB yang melakukanlawatan kerja ke kilang itu baru-baru ini.

“Namun, KKS Desa Kim Loongtetap berbangga dengan penca-paian OER berkenaan yang su-dah melepasi sasaran NationalKey Economic Area (NKEA) dibawah Entry Point Project 4(EPP4), iaitu mencapai purataOER sebanyak 23 peratus men-jelang 2020,” katanya.

“Beliau berkata, pencapaianitu adalah hasil dari kerja keraspegawai dan pekerja kilang sertapekerja ladang bagi memastikankilang ini merekodkan pencapa-ian yang terbaik, sekali gus men-capai sasaran bagi meningkatkanproduktiviti.

Kualiti buah“Penurunan sedikit itu adalahberpunca daripada kualiti BuahTandan Segar (BTS) yang dite-rima oleh kilang terjejas ber-banding dengan penerimaanBTS pada tahun sebelumnya di-sebabkan keadaan cuaca, teru-tama hujan dan berlakunyabanjir di kawasan ladang sawit,”katanya.

PEMANDUyangdiketuaiKuKokPeng berkata, lawatan kerja ber-sama pegawai MPOB ke kilang ituadalah untuk meninjau dan me-lihat pelaksanaan kerja KKS KimLoong yang berupaya mengekal-kan pencapaian tertinggi OER.

“Kejayaan KKS Kim Loong me-ngekal dan mencapai purata OERtertinggi seluruh negara bagi tigatahun berturut-turut itu boleh di-jadikan model dan penanda araskepada kilang sawit yang lain un-tuk mencontohinya,” katanya.

Gan Lian Hoe ketika taklimat-nya kepada pegawai PEMANDUdan pegawai MPOB berkata, me-reka sangat beruntung kerana je-nis tanah siri Tanjung Lipat danPaliu di ladang-ladang sawit sya-

rikat Kim Loong sangat subur danberupaya menghasilkan BTSyang berkualiti.

“Keadaan itu dibantu pula de-ngan taburan hujan yang me-lebihi 2000mm/tahun dan ama-lan pertanian yang baik (GoodAgricultural Practice) serta stan-dard penuaian yang baik (GoodHarvesting Standard) yang telahdiamalkan oleh pekerja syarikatKim Loong,” katanya.

Amalan menggredFaktor lain, seperti amalanmeng-gred ke atas 100 peratus BTS yanghendak diproses oleh kilang ada-lah sangat diberi keutamaan.

“Semua aktiviti pengendaliansepertimengalih danmemunggahdilakukan dengan cermat supayatidak merosakkan BTS yang akandiproses. Hanya BTS yang berkua-liti saja akan diproses dan amalanini di lakukan oleh KKS Kim Loongpada masa kini,” katanya.

KKS Kim Loong juga menga-malkan amalan pengilangan baik(Good Milling Practice) dan me-ngamalkan sepenuhnya ManualPenggredan Buah Sawit MPOB di-samping menyediakan insentif-insentif bayaran menarik kepadapembekal BTS yang membekal-kan BTS berkualiti.

“Tahun 2013, KKS Kim Loongjuga merekodkan kadar kehila-ngan minyak di kilang yang efi-sien iaitu kurang dari 0.6 pera-tus,” katanya.

PegawaiPEMANDUdan MPOBbersamakakitanganKKS KimLoongsemasalawatankerja kekilang itubagimeninjaupelaksanaankerja yangberupayamencapaiOERtertinggi.

» Kejayaan kekalrekod selamatiga tahun danjadi model kepadakilang sawit lain

Mengamalkan Good AgriculturePracticeMengamalkan Good Harvesting

StandardMengamalkan penggredan 100

peratus di ladangMengamalkan penerimaan BTS

luar yang berkualiti saja >80 peratusbuah masakMengamalkan penggredan 100

peratus di ramp kilangMengamalkan Good Milling

PracticeMengamalkan insentif bagi semua

pembekal BTS yang berkualitiMengamalkan hubungan

komunikasi yang baik di antaraladang, kilang dan pembekal

Page 6: Berita Sawit - Mac 2014

76 SABTU 1 MAC 2014 1 MAC 2014 SABTU

» Penggunaanjentera dapatmengurangkanbeban kerja tingkatkadar pengeluaran

Oleh Mohd Solah [email protected]

Penjenteraan merupakan elemenpenting dalam meningkatkanproduktiviti. Apabila disebutkan

penjenteraan, ia membabitkan peng-gunaan jentera atau alat yang akandigunakan bergantung kepada aktivitibagi memudahkan sesuatu aktiviti di-laksanakan.Dalam sektor perladangan, penggu-

naan jentera untuk aktiviti pengelua-ran dan peningkatan hasil merupakansatu keperluan.Penggunaan jentera ini dapat me-

ngurangkan beban kerja dan mening-gikan kadar pengeluaran setiap pe-kerja.Dalam proses melengkapkan jente-

ra-jentera moden dalam sektor per-ladangan, tidak memadai dengan ha-nya membeli dan menggunakan jen-tera yang dirasakan sekadar dapatmembuat kerja di ladang saja. Jenteraperlu digunakan sepenuhnya dengankepelbagaian penggunaan dan aktivitidi ladang.Dalam hubungan ini, perkara yang

paling penting adalah dengan men-genalpasti jentera jenis apakah yangpaling sesuai dan berkemampuan un-tuk digunakan bagi operasi yang ‘pel-bagai’ tanpa perlu membuat pengu-bahsuaian.

Dengan kepastian ini, kaedah yangsesuai boleh dicari untuk memastikanjentera tersebut dapat digunakan se-penuh masa bagi mendapatkan pu-langan modal yang sepatutnya.

Antara jentera yang kebiasaan di-gunakan di ladang-ladang sawitPenggunaan jentera tidakmenjadi ma-salah kepada ladang-ladang yang be-sar. Bagi pekebun kecil, memang tidakdapat dinafikan bahawa memiliki jen-tera adalah ekonomikal kepada yangmempunyai ladang yang lebih luas(lebih 100 ha).Tetapi ini tidak bermakna jentera

tidak boleh digunakan oleh pekebunkecil yang tidak mempunyai keluasanyang ekonomik.Apa yang penting adalah minat un-

tuk menjalankan aktiviti kebun secaraefisien danmenyelesaikanmasalah se-cara berkesan. Ianya boleh dilakukansecara berkelompok atau bekerjasamaantara pekebun kecil.Kebanyakan jentera yang ada di pa-

saran sekarang adalah jentera yangsesuai untuk kawasan yang rata dansedikit beralun seperti traktor dan se-bagainya.Tiada jentera yang dibuat khusus

untuk kawasan-kawasan bermasalahseperti di tanah gambut, kawasan be-cak, berair dan kawasan yang ber-bukit.Di kawasan ini, aktiviti ladang di-

laksanakan hampir 100 peratus secaramanual atau dengan menggunakanalat pengangkut konvensional sepertikereta sorong dan kerbau.Menyedari hakikat ini, Pusat Me-

kanisasi Ladang MPOB mengambillangkah proaktif mengkaji dan meng-hasilkan jentera yang sesuai untukkawasan tersebut.Penghasilan jentera ini bukan se-

bagai persaingan kepada jentera yang

ada di pasaran. Ia adalah sebagai pi-lihan kepada pengguna untuk meng-gunakan jentera yang betul dan sesuaiuntuk sesuatu kawasan sama ada gam-but, kawasan beralun, bukit atau ber-air.Penghasilan jentera pengangkut pel-

bagai guna kompak yang dikenali de-ngan mana RHYNO dilakukan dengankerjasama syarikat pembekal jenteratempatan iaitu Mizuo Holdings SdnBhd.Penghasilan ini adalah berdasarkan

kejayaan dalam menghasilkan jenterapelbagai guna kompak bertrek yangdikenali dengan BELUGA untuk ka-wasan ladang sawit di tanah gambutyang sebelum ini kerja-kerja ladangdilakukan secara manual atau meng-gunakan kereta sorong.Kedua-dua BELUGA dan RHYNO

menggunakan kepakaran dan tekno-logi Korea Selatan.Jentera Beluga melakukan demons-

trasi kerja di ladang sawit tanah gam-but.Daripada kerjasama ini, kajian reka

bentuk dan spesifikasi dilakukan me-ngikut kesesuaian penggunaan di la-dang sawit.Ini secara langsung akan mengha-

silkan jentera yang betul-betul sesuaiuntuk sesuatu keadaan permukaan ta-nah dengan aktiviti yang hendak di-lakukan sama ada mengangkut buahsawit, membaja pokok dan meracun.Dengan itu, penggunaannya adalah

optimum dan tiada pembaziran peng-gunaan. Dengan terhasilnya RHYNOselepas penghasilan BELUGA, keper-luan jentera untuk semua keadaanpermukaan tanah tidak mempunyaimasalah lagi.Kini bergantung kepada peladang

dan pekebun kecil sawit sama adaingin menggunakan teknologi yang di-hasilkan atau sebaliknya.

Jentera yang dikenali dengan RH-YNO adalah jentera kompak berodabertekanan rendah yang berukuran1.5meter lebar dan 3.5mpanjang, rekabentuk yang teguh dengan pengagihanberat jentera yang efisien bagi mem-beri tekanan pada permukaan tanahyang paling rendah.Penggunaan nama RHYNO diambil

daripada nama saintifik badak sumbuyang melambangkan kekuatan, kete-gunan dan kemampuan bergerak dikawasan sempit dan sukar.

Penggunaan jentera Rhyno padakawasan becak untukmengangkutbuah sawit.RHYNO dijana melalui penggunaanenjin 2-lejang dengan sistem penye-jukan udara jenis Kohler berkuasa 19kuasa kuda (hp) dengan 3600 rpm yangmemberikan kuasa optimum bagi ker-ja-kerja di kawasan berbukit, berteres,beralun, becak dan berair.RHYNO juga dilengkapi dengan sis-

tem hidraulik bagi kawalan steringberkuasa dan juga kawalan pada sis-tem jongkitan pemunggah.Sistem hidraulik yang digunakan

adalah yang terbaik dengan pam hi-draulik adalah daripada jenis Rextrothdari Amerika syarikat yang merupa-kan pembekal pam hidraulik terulungdi dunia.Motor hidraulik diperolehi dari MS

Hydraulik dari Bulgaria, juga salah sa-tu syarikat pembekal motor hidraulikterkenal di dunia.Keseluruhan hos hidraulik pada jen-

tera RHYNO adalah daripada Alfagom-ma buatan Itali. Inimenunjukkan kom-ponen pada jentera ini adalah bermututinggi dan dijamin ketahanannya.

Rhyno melakukan kerja pemung-gahan buah sawitBagi mengelakkan kerja yang berulang(double handling), reka bentuk binRHYNO adalah high pivot yang ber-upayamemunggahbuah sawit terus kedalam bin yang diletakkan di tepi jalanutama sebelum dibawa ke kilang pem-prosesan. Ini akan menjimatkan masadan mengurangkan biji relai serta ke-rosakan tandan buah sawit yang di-kutip.Bagi mempelbagaikan penggunaan-

nya, Rhyno dilengkapi dengan PTO(Power Take Off) yang kadar pusingan-nya sama dengan yang ada pada trak-tor yang mana boleh dipasang denganperalatanmembaja (spreader) danme-racun (sprayer).Sehubungan itu, RHYNO adalah jen-

tera pelbagai guna dan merupakanjentera yang dibuat mengikut spesi-fikasi dan penggunaan yang dikehen-daki.

RHYNO dilancarkan pada 23 Ok-tober 2012 semasa PalmMech Se-minardankiniRHYNOsudahbolehditempah.MPOB sangat berbangga dengan peng-hasilan RHYNO selepas kejayaan peng-hasilan jentera untuk kawasan tanahgambut yang dikenali dengan BELUGAkerana ia memberi pakej lengkap da-lam membantu menyelesaikan masa-lah kerja-kerja di ladang sawit.Bagi mereka yang berminat untuk

mendapatkanmaklumat dengan lebihlanjut berhubung jentera ini bolehberhubung dengan pejabat MPOB atauberhubung terus dengan MIZOUHoldings Sdn Bhd yang mengkomer-sialkan jentera ini bagi pihak MPOB.

RHYNO: Jentera kompakberoda pelbagaiguna di ladang sawit

Jentera Rhynosedangmemunggah buahsawit di ladang.

Page 7: Berita Sawit - Mac 2014

SABTU 1 MAC 20148

MPOB pertingkatkanpenguatkuasaandan pelesenan» Pastikan industrisawit negaraberdaya saing,berupaya hasilminyak berkualiti

Melalui SPS, loripengangkut minyaksawit, pemandudan syarikatterbabit akandidaftar dandilesenkan olehMPOB dengansyarat tertentu bagimemudahkan kerjapemantauan danpenguatkuasaandijalankan”

Muslim Iman AmatSamsuddinPengarah Penguatkuasadan Pelesenan MPOB

Oleh Che Johari [email protected]

Bangi

MPOB akan memperting-katkan aktiviti penguat-kuasaan dan akan mem-

perkemaskan pelaksanaan kerjapelesenan bagi memastikan in-dustri sawit negara terus berkem-

bang maju, sihat dan berupayamenghasilkan minyak sawit ber-kualiti dan memenuhi permin-taan serta kehendak pengguna.

Pengarah Penguatkuasa danPelesenan MPOB, Muslim ImanAmat Samsuddin, berkata demi-kian semasa sesi taklimat SistemPemantauan Sawit (SPS) kepadapemegang lesen MPOB, baru-ba-ru ini.

SPS kesan aktiviti tak sihatMelalui pelaksanaan SPS ini, kitaakan berupaya mengesan aktivititidak sihat seperti kegiatan sedutcuri minyak sawit semasa penga-lihan oleh lori tangki dengan pan-tas dan berkesan.

“Kegiatan sedut curi minyaksawit adalah kegiatan haramyang menyebabkan berlakunya

pencemaran ke atas minyak sa-wit dengan bahan lain yang akanmembahayakan kesihatan seki-ranya dimakan.

“Melalui SPS, lori pengangkutminyak sawit, pemandu dan sya-rikat terbabit akan didaftar dandilesenkan oleh MPOB dengansyarat tertentu bagi memudah-kan kerja pemantauan dan pe-nguatkuasaan dijalankan,” kata-nya.

Taklimat itu dirasmikan olehKetua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo YuenMay dan dihadiri lebih350 pemegang lesen MPOB Wi-layah Tengah yang meliputi Se-langor, Wilayah Persekutuan, Me-laka dan Negeri Sembilan.

Muslim juga berkata, MPOBbersama Polis Diraja Malaysia(PDRM) sentiasa melakukan ope-

rasi bersama bagi membanteraskes kecurian buah tandan segar(BTS) di ladang-ladang sawit.

“Hasil siasatan didapati kecu-rian BTS berlaku pada masa kiniadalah disebabkan harga komo-diti itu yang tinggi danbuah-buahsawit yang sudah dituai di kum-pul di tepi jalan tanpa penga-wasan.

“MPOB mengalu-alukan mak-

lumat dan aduan dari orang ra-mai mengenai kes kecurian se-perti ini,” katanya.

Sementara itu mengenai ke-salahan membeli BTS daripadapembekal tanpa lesen, beliau ber-kata sehingga Disember 2013, se-jumlah 37 kes telah dikesan dandari jumlah itu, 26 kes telah di-ambil tindakan kompaun.

Perlu patuhi syaratBeliau juga menegaskan permo-honan baru lesen bagi aktivitimengilang BTS di SemenanjungMalaysia perlu memenuhi syaratyang ditetapkan iaitu mempu-nyai sekurang-kurangnya 4,000hektar ladang sendiri sebagaisumber bekalan BTS kepada ki-lang baru berkenaan.

Bagi memastikan kilang men-capai kadar perahan minyak(OER) yang tinggi, MPOB telahmenempatkan pegawai penguatkuasa di kilang sawit di seluruhnegara bagi memastikan pene-rimaan dan pemprosesan BTS dikilang itu hanya dibuat ke atasBTS berkualiti saja.

“Bagi pembaharuan lesen, be-liau menasihati pemegang lesensupaya membuat permohonandalam masa 30 hari sebelum ta-mat tarikh tempuh. Denda akandikenakan ke atas kelewatanmembuat pembaharuan lesen,”katanya.

Fadzli sedang mengumpul hasil sawitnya untuk dipasarkan terus kepada kilang sawit Saratok.

Koperasi Mampan Saratok tingkat pendapatan pekebunOleh Nur Hanani [email protected]

Bangi

Koperasi Penanam SawitMampan Daerah SaratokBerhad (KPSMDSB), Sara-

tok, Sarawak, berjaya meningkat-kan sehingga 5 peratus penda-patan ahlinya yang terdiri daripekebun kecil sawit berbandingdengan pendapatan yang diha-silkan sebelum menyertai kope-rasi.

Pada tahun 2013, purata hargabuah sawit yang dipasarkan KPS-MDSB adalah RM60.00/tan lebihtinggi berbanding dengan hargabelian oleh peraih buah sawitpersendirian, kata pekebun kecilyang juga ahli koperasi, FadzliOthman.

Fadzli yang mempunyai 12hektar kebun sawit berkata, ang-garan kasar pendapatan beliaubagi setiap hektar pada tahun2013 adalah RM4,800 berbandingRM4,300 hingga RM4,550 sebelummenyertai koperasi.

KPSMDSB yang ditubuh dandiluluskan oleh Suruhanjaya Ko-perasi Malaysia pada 16 Februari2011 dirasmikan pelancaran pe-nubuhannya oleh PengerusiMPOB, Tan Sri Shahrir Abdul Sa-mad ketika itu.

Sehingga kini, ia mempunyai410 orang ahli berdaftar yangterdiri dari pekebun kecil sawitdengan jumlah keluasan 1,331.34

hektar meliputi seluruh kawasanSaratok dan Bahagian Betong diSarawak.

PenubuhanKoperasi PenanamSawit Mampan (KPSM) merupa-kan inisiatif Jawatankuasa PE-MANDU melalui Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB) di-bawah program National KeyEconomic Area (NKEA) bagi me-ningkatkan pendapatan pekebunkecil sawit.

Menjelang tahun 2016, Jawa-tankuasa PEMANDU mensasar-kan penubuhan sebanyak 80buah Koperasi Penanam SawitMampan seluruh Malaysia.

Keahlian terbuka kepadasemua pekebun kecilKeahlian KPSMDSB terbuka ke-pada semua pekebun kecil sawityang memiliki kebun sawit dibawah keluasan 40.46 hektar danberada di dalam kawasan operasiKPSMDSB seperti yang termak-tub di dalam undang-undang ke-cil koperasi. KPSMDSB memulakan operasi

belian buah sawit pada bulanJulai 2012 dan merupakan ko-perasi yang pertama melaksana-kan pemasaran buah sawit ahli-ahlinya secara berkelompok da-lam negara.

Buah sawit ahli dipasarkan te-rus kepada kilang sawit Saratok(Saratok Palm Oil Mill) dan pihakkilang menawarkan kadar pera-hanminyak (OER) sebanyak 19.50peratus dan kadar perahan isi-rung (KER) sebanyak 4.50 peratussepanjang tahun 2013.

OER dan KER yang ditawarkanitu adalah lebih tinggi berban-ding kadar yang ditawarkan ke-pada peraih buah sawit persen-dirian dan sehingga Disember2013, KPSMDSB berjaya mema-sarkan buah sawit ahlinya secaraberkelompok kepada kilang ber-kenaan sebanyak 7,020.05 tan.

Harga bayaran lebih tinggiWalaupun KPSMDSBmelunas ba-yaran secara 2 kali sebulan, na-mun harga bayaran yang lebihtinggi berbanding dengan harga

belian oleh peraih persendirianitu menarik minat ahli supayaurusan pemasaran buah sawitmereka diuruskan oleh kope-rasi.

Fadzli berkata, sebagai ahliKPSMDSB, beliau mudah men-dapat maklumat terutama ino-vasi baru berkaitan sawit. Selainitu, khidmat nasihat yang disam-paikan oleh pegawai TUNAS te-rutama berkaitan Amalan Per-tanian Baik (GAP) membantu be-liau dalam mengurus kebunsawit secara efisien.

KPSMDSB merupakankoperasi yang pertamamelaksanakanpemasaran buah sawitahli-ahlinya secaraberkelompok dalamnegara”

Page 8: Berita Sawit - Mac 2014

91 MAC 2014 SABTU

Inovasi bersepadu kawal ulat bungkus

Oleh Che Johari [email protected]

Ulat bungkus adalah serang-ga perosak utama pokoksawit hinggamenyebabkan

kemerosotan hasil buah pokokberkenaan sehingga 48 peratus.Menyedari ancaman ulat bung-kus kepada tanaman dan industrisawit negara, MPOB telah meng-hasilkan satu inovasi baru kawa-lan secara bersepadu bagi me-nangani serangga perosak ini.

Dulu, kaedah pengawalanyang lazim digunakan ialah sun-tikan batang racun kimia serang-ga. Bagaimanapun kaedah ini di-lihat tidak berkesan bagi menga-wal populasi ulat bungkuskawasan yang luas. Ini menye-babkan ulat bungkus gagal di-kawal dan menyerang kawasantanaman sawit berhampirannyadengan lebih cepat.

Penggunaan racun kimia se-rangga juga memudaratkan agenbiologi seperti serangga berman-faat dan membahayakan kesiha-tan pekebun kelapa sawit sendiri.

MPOB memang mengambilberat masalah ini dan berusaha

mencari jalan yang lebih mesraalam sekali gus menjadikan ko-moditi sawit di negara ini sebagaisatu produk yang dihasilkan se-cara sihat dan mesra kepadaalam sekitar.

Ketua Unit Entomologi & Mik-robiologi Gunaan MPOB, Dr SitiRamlah Ahmad Ali, berkata duaspesies ulat bungkus yang biasaditemui di Malaysia iaitu Metisaplana dan Pteroma pendula me-rupakan spesis utama menye-rang dan merosak pokok sawit.

Daun sawit berlubangAntara kawasan yang teruk di-serang perosak ulat bungkus iniialah Selatan Perak dan beberapakawasan di Johor dan Miri, Sa-rawak.

Katanya: “Larva muda mengi-kis permukaan epidermis daunmanakala larva matang menye-babkan daun sawit berlubangdan akhirnya kering seterusnyamenjejaskan hasil sawit pokokberkenaan.

“Di kawasan serangan yang te-ruk, larva tertumpu pada pelepahbahagian atas (muda) hingga me-nyebabkan lai daun sawit tinggallidi. Ulat bungkus ini tidak me-milih pokok sawit muda atau tua.

“Ia boleh tergantung pada per-mukaan daun dan apabila ditiupangin ia boleh merebak ke pokoksawit berhampiran melalui be-benang suteranya. Kawalan di-lakukan dengan membuat ban-cian larva pada pokok bagi me-ngenal pasti peringkat danbilangan ulat bungkus itu bagimemastikan operasi kawalan di-

lakukan dengan tepat dan ber-kesan.”

Dr Siti Ramlah berkata: “MPOBmenggunakan kaedah penguru-san perosak bersepadu (IPM)yang membabitkan empat ejenyang serasi dan mesra alam.

Bt bendung populasi perosak“Sistem IPM ini menggabungkanbakteria bermanfaat Bacillus thu-ringiensis (Bt), serangga berman-faat, tanaman berfaedah sepertiCassia cobanensis dan Tunera sppdan perangkap feromon asli. Btdigunakan dalam sistem IPM se-bab ia spesifik kepada sasarannyaiaitu ulat bungkus peringkat larvaawal. Tanaman berfaedah puladitanam di sepanjang jalan besarmenghasilkanmadu sebagai sum-ber makanan kepada serangga

bermanfaat iaitu pemangsa danparasitoids kepada ulat bungkus.Manakala perangkap feromon as-li menggunakan dewasa betinabagi merangkap sebanyak mung-kin dewasa jantan ulat bungkus.

“Tidak seperti racun kimia, Btmengurangkan populasi perosakke bawah nilai ambang iaitu 10per pelepah, tidak menjejaskanserangga bermanfaat dan mem-benarkan serangga bermanfaatmelengkapkan kitaran hidupnya.

“Semuanya dilakukan secaramesra alam dan tidak memba-hayakan kerana dengan sistemIPM, kami meminimumkanpenggunaan bahan kimia supayakomoditi sawit Malaysia dikenalsebagai produk mesra alam diseluruh dunia.

“Ini kerana Bt bertindak per-

lahan-lahan, spesifik terhadap sa-saran, tiada kesan sampingan danmenghasilkan kawalan jangkapanjang, ia tidak menjejaskan or-ganisma bukan sasarannya seper-ti serangga bermanfaat dan pe-mangsa dan parasitoid,” katanya.

Sebagai usaha komersial,MPOB, katanya menghasilkanproduk Bt untuk semburan uda-ra, Ecobac-1 (EC) sejak 2009.

“Buat masa ini MPOB meng-hasilkan Produk Ecobac-1(EC) dilogi-rintis MPOB, MICROTEC de-ngan kapasiti pengeluaran 57,600liter setahun.

“Mereka yang ingin menyertaisistem IPM dan memerlukankhidmat nasihat bagi kawalanulat bungkus di ladang sawit bo-lehlah menulis terus kepada Ke-tua Pengarah MPOB,” katanya.

Pes pencuci pingganberasas sawit berkesan

» MPOB hasilinovasi barubendungmakhluk perosakpokok sawit

Kepentingan menjaga alam se-kitar adalah menjadi tanggung-jawab kepada seluruh masya-rakat dan pelbagai usaha dilak-sanakan bagi memastikankeadaannya terjamin.

Bagi pengguna yang menggu-nakan bahan cucian untukmembasuh pinggan mangkuk,mereka amat prihatin denganbahan cucian yang tertinggalpada pinggan mangkuk selepasbasuhan. Malah sisa kimia da-ripada basuhan yang disalurkanke sungai juga boleh menyebab-kan pencemaran.

Menyedari akan kepentinganmenjaga alam sekitar, PegawaiPenyelidik Kanan, Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB), Zu-lina Abd Maurad berjaya meng-hasilkan teknologi pes pencucipinggan mangkuk berasaskansawit yang mesra alam danmempunyai prestasi cucian ber-kesan dan efektif.

“Idea untuk mencipta bahancucian berasaskan sawit terce-

tus selepas penghasilan bahanpencuci pakaian.

Bahan aktif SME“Berbanding bahan pencuci pa-kaian, keperluan pencuci ping-gan mangkuk yang tidak banyakpenggunaan kimia dalam peng-hasilannya adalah lebih diper-lukan,” katanya

Untukmenghasilkan pes pen-cuci berasaskan sawit itu yanglebih bersifat semula jadi danmesra alam, alpha metil estersulfonat (SME) digunakan seba-gai bahan aktif.

SME atau juga dikenali sebagaiMESadalahsurfaktananionikber-asaskan oleokimia seperti minyaksawit yang boleh diperoleh me-lalui proses sulfonasi ke atasmetilester tanpa melalui penyediaanalkohol.

Dengan menggunakan bahanini, kos pengeluarannya adalahlebih murah berbanding surfak-tan lain seperti linear alkil ben-zen sulfonat (LAS) yang perlu

diimport dari negara luar.Kelebihan penggunaan SME

sebagai bahan aktif dalam pespencuci pinggan mangkuk danproduk yang diformulasikanme-nunjukkan prestasi cucian, kua-sa busa dan daya larutan yanglebih berkesan berbanding de-ngan produk yang berada di pa-saran.

Pes pencuci pingganmangkukberasaskan SME juga adalahmes-ra alam dan tidakmerengsa kulitdan ia diadun bersama bahanperapi kulit seperti vitamin E.

“Dengan menggunakan pes

ini juga dapatmengekalkan ben-tuk fizikal asal dan menghalangpengecutan ke atas produk se-lepas ia digunakan.

“Pengguna juga akan merasaselesa menggunakan pes ini ke-rana ia tidak meninggalkan ke-san comot selepas dicuci dan pesitu senang digunakan kerana ialembut dan tahan ke atas air,”katanya.

Menurut Zulina, buatmasa inihanya pes diperkenalkan terle-bih dulu memandangkan ia ber-sesuaian digunakan untuk apakeadaan iklim berbanding cecair

yang sangat sensitif dengan per-ubahan suhu.

Kos pengeluaran murahBerdasarkan pasaran di Malay-sia, kajian menunjukkan seba-nyak RM90 juta atau 47 peratuspasaran pencuci pinggan mang-kuk adalah berbentuk pes, ma-nakala pasaran di China me-nunjukkan peningkatan seba-nyak 25 peratus dari tahun 2002hingga 2010.

Kos untuk mengeluarkan pespencuci pinggan mangkuk ber-asaskan sawit bagi unit seberat400 gram berasaskan skala mak-mal adalah RM1.20 lebih murahberbanding produk komersil padaberat yang sama bernilai RM2.29hingga RM2.99.

Kos penghasilan produk yangsederhana sesuai untuk industrikecil dan sederhana.

Penghasilan pes pencuci ping-gan mangkuk berasaskan sawitdapat membantu mengurang-kan eksport ejen surfaktan dariluar negara.

Kelebihan pes pencuci ping-gan mangkuk berasaskan sawititu telah berjaya menarik minatbeberapa syarikat swasta untukmembangunkan dan mengko-mersilkannya.

Zulina Abd Maurad bersama pembantunya menunjuk produk pespencuci berasas sawit hasil penyelidikannya.

Semburan Ecobac-1(EC) digunakan untuk mengawal kawasan serangan ulat bungkus yang luas.

Page 9: Berita Sawit - Mac 2014

SABTU 1 MAC 201410

Kepentingan hasil sawit kepada manusia» Tanamankomoditi mainperanan pentingsebagai jaminanmakanan dunia

Minyak sawit yang terhasildaripada buah sawit,adalah salah satu komo-

diti yang penting untuk negara.Industri ini kini adalah tulangbelakang ekonomi Malaysia. Me-nariknya, sejarah penanamanpo-kok sawit bermula hanya sebagaipokok hiasan di negara ini pada

tahun 1875. Asal pokok sawityang mempunyai nama saintifik,Elaeis guineensis, adalah dari Af-rika Barat.

Pokok sawit boleh dikesan se-jarahnya seawal 5,000 tahun lalu.Terdapat bukti yang menunjuk-kan buah sawit digunakan se-bagaimakanan ruji malahan adaminyak sawit yang dijumpai didalam makam Mesir, sekali gusmencerminkan nilai tingginyadalam masyarakat berkenaan.

Penggunaan meluas minyaksawit di Afrika Barat membawakepada pasaran antarabangsaakibat daripada Revolusi Perin-dustrian British dan perkemba-ngan perdagangan luar negara.

Minyak sawit menjadi asasproduk daripada pembuatan lilinhingga ke pelincir industri. Iaadalah penggerak di sebalik per-kembangan pengeluaran perin-dustrian manakala minyak sawitmerah yang kaya dengan nutrisimenjadi aset penting bagi pela-yaran panjang.

Dengan adanya peningkatanpermintaan, negara Eropahmulamelabur dalam pengeluaran mi-nyak sawit yang bermula di Af-rika Barat dan kemudian ber-kembang ke Asia Tenggara. Pe-neroka dan usahawan Eropahmelihat ini satu peluang dalampengeluaranminyak sawit secarakomersial untuk menghasilkansabun, minyak pelincir dan mi-nyak makan. Ini membawa ke-pada perkembangan mendadakpembukaan ladang sawit di subSahara Afrika dan Asia Tenggara.Ladang sawit komersial pertamadi Malaysia ditubuhkan pada ta-hun 1917 di Estet Tennamaran,Selangor.

Penggunaan meluasHari ini, minyak sawit digunakandalam makanan oleh lebih dari-pada 100 buah negara. Di sese-tengah tempat, minyak buah sawitdimakan tanpa diproses sebagairamuan hidangan tradisional. Wa-lau bagaimanapun, untuk keba-nyakanpengguna, terutama rakyatMalaysia, mereka lebih mengenaliminyak sawit dalam bentuk pro-dukminyak sayuran yang terdapatdi kedai-kedai dan digunakan da-lam masakan seharian.

Sebenarnya, selain dalam ben-tuk minyak sayuran untuk mema-sak,minyak sawit jugaadadi dalamkebanyakan produkmakanan yanganda makan seperti mee segera,susu formula bayi, campuran kek,snek sarapan, kerepek kentang danmakanan ringan lain.

Penggunaan minyak sawit se-makin meluas dan diiktiraf se-bagai memainkan peranan da-lam diet yang seimbang. Minyak

sawit adalahmakanan yang ber-khasiat. Ia tidak mempunyai le-mak trans, satu jenis lemakyang membahayakan jika dima-kan dalam jumlah yang besar.

Selain itu, minyak sawit wujuddalam kuantiti yang banyak, bolehdidapati pada harga yang berpa-tutan, dan sesuai untuk digunakanbagi kebanyakanprodukmakanan.Ini adalah sebab-sebab mengapaminyak sawit kini merupakan mi-nyak sayuran terbesar didagang-kan di peringkat antarabangsa, se-kali gus membuktikan penerima-annya di pasaran global.

Kira-kira 90 peratus daripadaminyak sawit pada masa ini di-gunakan dalam makanan danpembuatan produk makananmanakala baki 10 peratus adalahuntuk barangan pengguna yangbukan makanan.

Jaminan makananMinyak sawit memainkan pera-nan penting dalam memastikankeperluan makanan dunia men-cukupi atau dipanggil jaminanmakanan. Melalui penyelidikanindustri dan usaha-usaha pem-bangunan, dan pelaburan dalamteknologi canggih, industri mi-nyak sawit Malaysia boleh men-capai keseimbangan antara me-menuhi permintaan yang sema-kin meningkat dan memeliharaalam sekitar.

Apa sebenarnya jaminan ma-kanan? Menurut Food and Ag-

riculture Organization of the Uni-ted Nations (FAO) atau Pertu-buhan Makanan dan Pertanian,jaminan makanan wujud apa-bila semua orang, pada setiapmasa, mempunyai akses fizikaldan ekonomi kepada makananyang mencukupi, selamat danberkhasiat dalammemenuhi ke-perluan pemakanan dan pilihanmakanan mereka untuk kehi-dupan yang aktif dan sihat. Padatahun 1999, penggunaan lele-mak dan minyak dalam produkmakanan per kapita adalah se-banyak berjumlah 31 kilogram.

Jika jumlah penduduk duniameningkat sebanyak 80 juta setiaptahun, akan ada permintaan tam-bahan sebanyak 2.5 juta tan met-rik yang perlu dipenuhi. Tamba-han pula, 31 kilogram setiap orangadalah purata global yang tidakbermakna bahawa peningkatantidak akan berlaku lagi padamasahadapan.

Untuk memenuhi permintaantinggi ini adalah mustahil tanpahasil yang lebih besar. Inilah pun-canya industri minyak sawit Ma-laysiamelakukanpelaburanbesaruntuk memastikan hasil sawit di-pertingkatkan. Oleh kerana tanahyang dikhaskan untuk pembangu-nan pertanian semakin berkura-ngan, sumbangan minyak sawitperlu datang dari penyelidikan-penyelidikan berjaya yang dija-lankan di Malaysia, di mana klonpokok sawit mampu menghasil-kan lebih 25 hingga 50 peratustandan buah yang kini telahpunditanam di ladang. Maka, produk-tiviti tanah yang lebih tinggi di-jangka akan diperoleh daripadapokok sawit pada masa hadapantanpa perlu mendapatkan tanahbaru.

l Artikel ini adalah terjemahana r t i ke l - a r t i ke l d a r i p adahttp://theoilpalm.org. Sila layarilaman web berkenaan untukmendapatkan salinan asal ar-tikel-artikel ini.

Hasil sawit memainkan peranan penting sebagai jaminan makanan dunia.

Page 10: Berita Sawit - Mac 2014

111 MAC 2014 SABTU

Minyak sawit sumber ekonomiterpenting negara. Anugerahalam ini umpama ‘tanaman

emas’ yang mempunyai pelbagai ke-istimewaan bermula dari batanghingga ke buahnya. Pokok tergolongdalam famili palma ini hidup subur dibumi Malaysia dan mencapai usiaproduktif sehingga 25 tahun. Seme-mangnya minyak sawit amat sesuaiuntuk pembuatan produk makanandan bukan makanan. Objektif ProjekPermulaan (EPPs) yang dilaksanakanmelalui Bidang Ekonomi Utama Ne-gara (NKEA) meletakkan industri sa-wit sebagai antara pencetus segmenberasaskan makanan-makanan, kesi-hatan, bahan bakar ke pasaran glo-bal.

Perkembangan Produk MakananMalaysia melangkah terus ke hada-pan dalam mempromosikan minyaksawit sebagai sumber makanan. Se-cara ilmiahnya pembuatan produkmakanan perlu melalui proses adu-nan minyak sawit dengan campuranbahan lain secara pemeringkatan se-belum dijadikanmakanan berkhasiatatau produk-produk tertentu. TugasMPOB pula menjalankan R&D meng-hasilkan formulasi terbaik dalam sek-tor makanan, sekali gus meningkat-kan jaringan pembangunan industrimakanan hub halal di Malaysia.

Minyak sawit diklasifikasikan se-jenis minyak sayuran berwarna ke-merahan mengandungi isi betakaro-tena dan berkeadaan separa pejaldalam suhu bilik. Hampir 80 peratusminyak sawit sesuai untuk pembua-tan lelemak, pastri, marjerin, vanas-pati, analog keju dan sebagainya. For-mulasi makanan hasil pemeringka-tan dan adunan dengan minyak cair

seperti soya, bunga matahari, canolamenghasilkan minyak berprestasitinggi contohnya berjenama ‘Novelin’mempunyai titik berawan rendah se-suai bagi negara beriklim sejuk. Hargaminyak sawit yang lebih rendah ber-banding soya dan sesawi meningkat-kan perkembangan industri maka-nan berasaskan sawit.

Kelebihan Minyak SawitKandungan asid lemak dalamminyaksawit dalampembuatanmakanan de-ngan kandungan mono tak tepu ting-gi di aras kedudukan SN-2. Kelebihansemasa menggoreng berbanding soyaterletak kepada kestabilan minyakberkualiti dalam suhu tinggi. Minyaksawit pengganti sesuai kepada lemakterhidrogenat, contohnya minyak sa-wit ‘olein’ dengan takat lebur 20 dar-jah Celcius digunakan secara meluaspada semua jenis masakan sebagaiminyak tanpa lemak trans. Ini ber-makna banyak produk makanan ber-khasiat dapat dihasilkan sebagai ma-kanan baik untuk diet yang sihat danmenjimatkan. Pada masa kini, pro-duk makanan berasaskan minyak sa-wit digunakan secara meluas di ki-lang, hotel, kafe, gerai mahu pun didapur anda.

Aspek kesihatanDari aspek kesihatan minyak sawitadalah lelemak yang tidak memu-daratkan kesihatan dan mempunyai

khasiat pemakanan yang baik. Ia me-ngurangkan kadar kolestrol, mence-gah obesiti juga komplikasi jantung.Ia mengandungi vitamin E dalampenyembuhan parut dan kerengsaankulit. Vitamin E (Tocotrienol) telahmenghasilkan asid shikimik dan fe-nolik selainmengurangkan risiko kar-diovaskular, ejen anti oksida pulamencegah barah.

Selain itu, hasil penyelidikan ber-kaitan tokotrienol sawit telah meng-hasilkan produk-produk inovasi laindalam industri kosmetik seperti krim,losyen, anti kedut, pelindung mata-hari dan sebagainya. Inovasi lain se-perti minuman ‘Be Care’ minyak sa-wit merah mengandungi beta karo-ten (Vitamin A) 15 kali gandaberkhasiat daripada lobakmerah.Me-ngikut WHO ribuan kanak-kanak dinegara membangun menjadi rabundan buta akibat kekurangan VitaminA. Seterusnya inovasi produk ber-asaskan ‘Polyol’ tanpa bahan kimiaboleh memberi sokongan pada senditulang belakang dan postur tubuhhasil kehebatan produk inovasi ber-asaskan sumber sawit.

Pada masa ini, Malaysia juga telahmengorak langkah ke arah penggu-naan biodiesel sawit atau B5 iaituadunan lima peratus diesel sawit dan95 peratus diesel petroleum. Peng-gunaan biodiesel sawit secara komer-sial telah dimulakan sejak pertenga-han tahun 2011 di semua stesen mi-nyak di Wilayah Persekutuan KualaLumpur, Putrajaya, Selangor, NegeriSembilan, Melaka dan Johor. Biodi-esel sawit juga telah diperkenalkanpenggunaanya di sektor perikanan.Penggunaan biodiesel sawit akan me-nyumbang ke arah persekitaran yanglebih mesra alam.

Kesimpulannya minyak sawit ada-lah sumber asas dalam pembuatanproduk makanan juga produk bukanmakanan. Bersamalah kita menyo-kong penghasilan dan menggunakanproduk berasaskan sawit kerana ialebih sihat, sangat berkualiti danmes-ra alam. Masyarakat Malaysia harusberbangga dengan produk tempatandan halal, juga berusaha menolaktanggapan negatif agar produk mi-nyak sawit sentiasa diterima olehma-syarakat antarabangsa dan lebih ber-daya saing. Yakinilah kehebatan pro-duk berasaskan sumber sawit,sumber alam anugerah Tuhan.

Minyak sawitpunyai pelbagaikeistimewaan

PEMENANG PERTAMAFirdaus Aqmal Bin Azman(No. K/P: 981125-01-6147)

Sekolah Tinggi Muar, JalanMeriam, 84000 Muar, Johor

Peraduan ini terbuka kepada pe-lajar sekolahmenengahdi seluruh

negara. Karangan adalah mengenaiindustri sawit negara dan antarabang-sa dan ditulis tangan berpandukantajuk yang diberikan di bawah:

Tajuk: “Kepentingan hasil sa-wit kepada manusia. Bincang-kan”.

Peraduan Mengarang Esei BeritaSawit terbuka kepada semua pelajarsekolah menengah Tingkatan 1hingga 5.

Tiga pemenang utama setiap bu-lan akan menerima;

Hadiah Pertama : RM250Hadiah Kedua : RM200Hadiah Ketiga : RM150Esei yang berjaya mendapat tem-

pat pertama akan disiarkan dalamBerita Sawit keluaran bulan Mac2014 akan datang.

Syarat Penyertaan:1. Terbuka kepada pelajar seko-

lah menengah tingkatan 1 hingga 52. Panjang esei di antara 450 - 600

patah perkataan3. Sila nyatakan nama penuh, ala-

mat sekolah, alamat rumah, nomborkad pengenalan, nombor telefondan sertakan sekeping gambar ber-ukuran pasport (sekiranya ada)

4. Keputusan juri adalah muk-tamad

5. Tarikh tutup penyertaan ialahpada 21 Mac 2014

6. Hantarkan penyertaan ke ala-mat:

Peraduan Mengarang Esei Be-

rita SawitIbu Pejabat MPOB6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Sa-

mad (Unit Komunikasi Korpoorat)

Keputusan Peraduan MengarangEsei Berita Sawit Bulan Februari 2014

Pemenang:Hadiah PertamaFirdaus Aqmal Azman(No K/P: 981125-01-6147)Sekolah Tinggi MuarJalan Meriam84000 Muar, Johor

Hadiah Kedua dan KetigaTiada pemenang

Peraduan mengarang esei Berita Sawit bulan Mac 2014

Page 11: Berita Sawit - Mac 2014

SABTU 1 MAC 201412

Menteri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Datuk Amar

Douglas Uggah Embas (tengah)bersama Timbalannya, Dato’

Noriah Kasnon (empat dari kiri),Ketua Setiausaha, KementerianPerusahaan Perladangan dan

Komoditi, Datuk Seri Nurmala AbdulRahim (empat dari kanan) dan

pegawai tertinggi Kementerian sertaagensi semasa program Retreat

Merealisasikan Transformasi SektorKomoditi MPIC di Port Dickson, Negeri

Sembilan.

Datuk Dr Choo Yuen May menyambut ketibaan Dr Saif Al Shaqsi,ketua delegasi pelawat dari Oman semasa lawatan ke MPOB.

Datuk Dr Choo Yuen May semasa mempengerusikan dialog antara MPOB dan industri sawit di IbuPejabat MPOB baru-baru ini.

Pengerusi MPOB, Dato' Ar Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mempengerusikan dialog denganwakil Persatuan Pekebun Kecil Kebangsaan (NASH) di Ibu Pejabat MPOB baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MPOB, DrAhmad Kushairi Din (kiri) bersama Dr Saif Al Shaqsi (tengah) dan DrAhmad Al Maskri (kanan) dari Oman semasa melawat galeri sawit diIbu Pejabat MPOB.