berita sawit - ogos 2014

11
Malaysia sasar hab global produk sawit » Aktiviti hiliran pacu perkembangan industri minyak sawit Oleh Yoong Jun Hao dan Fadzil Ghazali [email protected] [email protected] PASIR GUDANG K erajaan menyediakan in- sentif sebagai rangsangan bagi industri minyak sawit tingkatkan aktiviti hiliran ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab antarabangsa produk sawit. “Industri minyak sawit Malay- sia perlu berkembang kepada ak- tiviti hiliran kerana jumlah pe- ngeluaran minyak sawit mentah (MSM) adalah terhad disebabkan kekurangan tanah pertanian bagi perladangan sawit.” Menteri Perusahaan Perlada- ngan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata de- mikian semasa lawatan ke kilang minyak sawit bersepadu IOI Loders Croklaan di Pasir Gudang, Johor. Katanya, kerajaan yakin negara boleh melangkah jauh lagi bagi menjadikan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi produk mi- nyak sawit di masa depan. Datuk Amar Douglas disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpu- lan IOI, Tan Sri Dato Lee Shin Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI, Dato’ Lee Yeow Chor, dan pengurus-pengurus be- sar kumpulan. Turut serta dalam lawatan ber- kenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perla- dangan dan Komoditi (MPIC), Da- tuk Seri Nurmala Abd Rahim, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Choo Yuen May, Pengarah NKEA bagi Minyak Sawit dan Getah di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), En. Ku Kok Peng, Setiausaha Bahagian Industri Sawit dan Sago MPIC, En. Aknan Ehtook dan pegawai-pe- gawai daripada MPIC, Unit Pe- rancangan Ekonomi (EPU) dan MPOB. Datuk Amar Douglas berkata terdapat potensi besar dalam seg- men hiliran minyak sawit yang menyedia pendapatan seunit pe- ngeluaran lebih lumayan iaitu hampir 14 peratus lebih tinggi berbanding pengeluaran sektor huluan. Segmen huluan, pertengahan Pada tahun 2013, eksport minyak sawit lebih kepada segmen hu- luan dan pertengahan dengan jumlah sumbangan kepada ke- seluruhan industri pada kadar 74 peratus berbanding sumba- ngan sektor hiliran hanya 17 pe- ratus. Katanya, bagi merangsang le- bih banyak aktiviti hiliran sawit, kerajaan telah memperkenal- kan dua Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Uta- ma Negara (NKEA), iaitu EPP 6 bagi menghasilkan derivatif oleokimia sawit yang bernilai tinggi dan EPP 8 bagi mengga- lakkan pertumbuhan segmen makanan dan kesihatan bera- saskan sawit. “Sehingga kini pelaburan ber- jumlah RM2.27 bilion telah di- peruntukkan bagi EPP 6 dan EPP 8, manakala geran bernilai RM427 juta telah diagihkan ke- pada 10 syarikat minyak sawit Malaysia yang terlibat dalam ak- tiviti hiliran. Geran telah diagihkan bagi pe- ngeluaran derivatif minyak sawit nilai tinggi seperti surfaktan, ki- mia agro, bio-poliol, bio-pelincir, derivatif gliserol, tokotrienol dan karotena,” katanya. Lawatan berkenaan merupa- kan pendekatan Menteri Perusa- haan Perladangan dan Komoditi untuk berinteraksi dengan pihak yang terlibat dalam industri sa- wit dan rakyat yang memberi impak positif kepada pembangu- nan industri sawit Malaysia. Datuk Amar Douglas dan rom- bongan turut meninjau operasi loji pengeluaran produk hiliran minyak sawit termasuk pempro- sesan ‘specialty fats’, oleokimia dan betapol. Betapol ialah sejenis lemak se- iras dengan lemak susu ibu yang dihasilkan daripada minyak sa- wit melalui teknologi enzim yang dieksport ke pasaran dunia ter- masuk Eropah dan China. Masa depan industri minyak sawit bergantung kepada kapasiti membangunkan aktiviti hiliran” Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May; Ketua Setiausaha MPIC, Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim; Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI, Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI, Dato' Lee Yeow Chor menunjukkan tanda bagus terhadap barangan berasaskan sawit, ketika lawatan beliau ke kilang minyak sawit bersepadu di Pasir Gudang, baru baru ini. Jadua

Upload: builiem

Post on 20-Jan-2017

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Sawit - Ogos 2014

Malaysia sasarhab globalproduk sawit» Aktivitihiliran pacuperkembanganindustriminyak sawit

Oleh Yoong Jun Haodan Fadzil [email protected]@mpob.gov.my

PASIR GUDANG

Kerajaan menyediakan in-sentif sebagai rangsanganbagi industri minyak sawit

tingkatkan aktiviti hiliran ke arahmenjadikanMalaysia sebagai habantarabangsa produk sawit.“Industri minyak sawit Malay-

sia perlu berkembang kepada ak-tiviti hiliran kerana jumlah pe-ngeluaran minyak sawit mentah(MSM) adalah terhad disebabkankekurangan tanah pertanian bagiperladangan sawit.”Menteri Perusahaan Perlada-

ngan dan Komoditi, Datuk AmarDouglas Uggah Embas berkata de-mikian semasa lawatan ke kilangminyak sawit bersepadu IOI LodersCroklaan di Pasir Gudang, Johor.Katanya, kerajaan yakin negara

boleh melangkah jauh lagi bagimenjadikanMalaysia sebagai habantarabangsa bagi produk mi-

nyak sawit di masa depan.Datuk Amar Douglas disambut

oleh Pengerusi Eksekutif Kumpu-lan IOI, Tan Sri Dato Lee ShinCheng, Ketua Pegawai EksekutifKumpulan IOI, Dato’ Lee YeowChor, dan pengurus-pengurus be-sar kumpulan.Turut serta dalam lawatan ber-

kenaan ialah Ketua SetiausahaKementerian Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi (MPIC), Da-tuk Seri Nurmala Abd Rahim,Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr.Choo Yuen May, Pengarah NKEAbagi Minyak Sawit dan Getah diUnit Pengurusan Prestasi danPerlaksanaan (PEMANDU), En. KuKok Peng, Setiausaha BahagianIndustri Sawit dan SagoMPIC, En.Aknan Ehtook dan pegawai-pe-gawai daripada MPIC, Unit Pe-rancangan Ekonomi (EPU) danMPOB.Datuk Amar Douglas berkata

terdapat potensi besar dalam seg-men hiliran minyak sawit yangmenyedia pendapatan seunit pe-

ngeluaran lebih lumayan iaituhampir 14 peratus lebih tinggiberbanding pengeluaran sektorhuluan.

Segmen huluan, pertengahanPada tahun 2013, eksportminyaksawit lebih kepada segmen hu-luan dan pertengahan denganjumlah sumbangan kepada ke-seluruhan industri pada kadar74 peratus berbanding sumba-ngan sektor hiliran hanya 17 pe-ratus.Katanya, bagi merangsang le-

bih banyak aktiviti hiliran sawit,kerajaan telah memperkenal-kan dua Projek Permulaan (EPP)di bawah Bidang Ekonomi Uta-ma Negara (NKEA), iaitu EPP 6

bagi menghasilkan derivatifoleokimia sawit yang bernilaitinggi dan EPP 8 bagi mengga-lakkan pertumbuhan segmenmakanan dan kesihatan bera-saskan sawit.“Sehingga kini pelaburan ber-

jumlah RM2.27 bilion telah di-peruntukkan bagi EPP 6 dan EPP8, manakala geran bernilaiRM427 juta telah diagihkan ke-pada 10 syarikat minyak sawitMalaysia yang terlibat dalam ak-tiviti hiliran.Geran telah diagihkan bagi pe-

ngeluaran derivatif minyak sawitnilai tinggi seperti surfaktan, ki-mia agro, bio-poliol, bio-pelincir,derivatif gliserol, tokotrienol dankarotena,” katanya.

Lawatan berkenaan merupa-kan pendekatan Menteri Perusa-haan Perladangan dan Komoditiuntuk berinteraksi dengan pihakyang terlibat dalam industri sa-wit dan rakyat yang memberiimpak positif kepada pembangu-nan industri sawit Malaysia.Datuk Amar Douglas dan rom-

bongan turut meninjau operasiloji pengeluaran produk hiliranminyak sawit termasuk pempro-sesan ‘specialty fats’, oleokimiadan betapol.Betapol ialah sejenis lemak se-

iras dengan lemak susu ibu yangdihasilkan daripada minyak sa-wit melalui teknologi enzim yangdieksport ke pasaran dunia ter-masuk Eropah dan China.

Masa depan industriminyak sawit bergantungkepada kapasitimembangunkan aktivitihiliran”

Douglas Uggah Embas,Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi

Menteri Perusahaan Perladangan danKomoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Ketua PengarahMPOB, DatukDr Choo YuenMay; Ketua SetiausahaMPIC, Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim; PengerusiEksekutif Kumpulan IOI, Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI, Dato' LeeYeow Chor menunjukkan tanda bagus terhadap barangan berasaskan sawit, ketika lawatan beliau ke kilangminyak sawit bersepadu di Pasir Gudang, baru baru ini.

Jadual 5:

Page 2: Berita Sawit - Ogos 2014

2

MPOB sertai Ekspedisi Biodiesel UTMOleh Izzati [email protected]

Bangi: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) akan menyer-tai Ekspedisi Biodiesel UniversitiTeknologi Malaysia (UTM) bagipublisiti adunan bio bahan apisawit bersama diesel (B5) yangtelah dilaksanakan di setesenminyak di negeri-negeri di Se-menanjung.

UTM dengan sokongan agensikerajaan dan pihak swasta akanmenganjurkan ‘UTM BiodieselExpedition 6th Edition’ bagimemberi pendedahan kepadamasyarakat umum dan pelajar-pelajar sekolahmengenai bahanapi bio berasaskan sawit.

Program yang dikenali “Che-mEngOutreach@BiodieselinS-chool2014” yang dikendalikanoleh pelajar-pelajar Fakulti Ke-juruteraan Kimia dan FakultiKejuruteraan Petroleum & Te-naga DiPerbaharui telah ber-jayamenghasilkan reaktorminipenghasilan biodiesel. Reaktorini akan digunakan dalam sirijelajah sekolah ‘roadshow’ un-tuk kempen kesedaran dan pen-didikan mengenai biodiesel.

Alat yang dikenali ‘Mini Mo-bile Biodiesel Reactor’ diba-ngunkan oleh pelajar UTM bagimelakukan uji kaji mengguna-kan minyak masak olein sawitsebagai bahan suap.

Keistimewaan reaktor iniadalah mudah alih dan berupa-ya menghasilkan 15 liter bio-diesel dalam tempoh dua jam.

Kunjungan ke MPOBKumpulan pelajar UTM turutmengadakan kunjungan keMPOB dan mengadakan perbin-cangan dengan kumpulan pe-nyelidik biodiesel bagi menda-patkan pandangan dan soko-ngan MPOB bagi pelaksanaanprojek pengunaan reaktor bio-diesel sawit.

Penyertaan MPOB dalamprogram yang dianjurkan pela-jar UTM bertujuan memberipendedahan kepada masyaratumum mengenai penyelidikanbiodiesel sawit dan pelaksanaanProgram B5 iaitu adunan 5 pe-ratus biodiesel sawit dan petr-oleum diesel yang telah dilak-sanakan di stesen minyak di se-luruh semenanjung sejak Maclalu.

Penganjuran program biodi-

esel adalah bagi memberi ke-sedaran kepada masyarakatumum dan pelajar sekolah ter-hadap pemuliharaan alam se-kitar dan penggunaan bahan apiyang mesra alam.

Antara program yang telahdilaksanakan ialah bersama ko-muniti di Pejabat Nelayan Da-erah Pontian yang berjaya me-narik penyertaan lebih 300orang termasuk golongan beliadan pelajar sekolah.

Melalui program berkenaan,pengunjung telah diberi pene-rangan dan demonstrasi peng-hasilan biodiesel menguna mi-nyak masak terpakai. Demons-t r a s i d i l a k u k an d en g anmenggunakan ‘Mini Mobile Bio-diesel Reactor’ bagi memprosesminyak masak terpakai kepadabiodiesel.

Oleh Siti Nurhajar MariamWan [email protected]

Putrajaya

Datuk Himmat Singh RallaSingh dilantik sebagai Ke-tua Setiausaha Kemente-

rian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC) menggan-tikan Datuk Seri Nurmala AbdulRahim yang bersara wajib.Sebelum menjawat jawatan

Ketua Setiausaha MPIC, DatukHimmat telah berkhidmat se-bagai Ketua Setiausaha Kemen-

terian Kerjaya sejak Oktober2011.

Mula kerjaya pada 1981Datuk Himmat memulakan ker-jaya dalamperkhidmatan awampada tahun 1981 di KementerianSains, Teknologi dan Alam Se-kitar. Pada tahun 1994, beliauberkhidmat di Unit Perancang

Ekonomi, Jabatan Perdana Men-teri dan seterusnya dilantik se-bagai Pengarah Seksyen AlamSekitar dan Sumber Asli, Sek-syen Khidmat Sosial dan Infras-tuktur. Pada tahun 2010, beliaudilantik sebagai Timbalan KetuaPengarah Unit Perancang Eko-nomi.Beliau telah dilantik sebagai

Ahli Lembaga Suruhanjaya Pe-ngangkutan Darat (SPAD), Lem-baga Pembangunan Industri(CIDB). Beliau juga pernah di-lantik sebagai Ahli Lembaga De-wan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) danPerbadananHartaKe-retapi dan Perbadanan Labuan.Datuk Himmat telah dianu-

gerah Pingat Persekutuan Ke-satria Mangku Negara (K.M.N)pada 2007 dan Pingat MahkotaWilayah (P.M.W) pada 2011 olehDYMMYang Dipertuan Agong ke13 dan Darjah Kebesaran Pang-lima Jasa Negara (P.J.N) olehDYMMYang Dipertuan Agong ke14.

Datuk Himmat Singhdilantik KSU MPIC» KSU baharuganti Datuk SeriNurmala AbdulRahimbersara wajib

Datuk Himmat Singh

Oleokimia adalah bahan kimia yang di-hasilkan daripada lemak haiwan dan

minyak sayuran. Penggunaan terbesar mi-nyak sawit dan minyak isirung sawit dalamsektor bukan makanan adalah dalam in-dustri oleokimia. Minyak sawit dan minyakisirung sawit adalah pilihan utama penge-luar oleokimia keranapengeluarannyayangboleh diperbaharu, mesra alam, konsisten,berterusan dan berasaskan tumbuh-tum-buhan. Apabila minyak atau lemak melaluiproses hidrolisis pada suhu dan tekanantinggi, asid lemak dan gliserol diperoleh.Terdapat lima jenis sebatian oleokimia asasiaitu asid lemak, alkohol lemak, amina le-mak, ester lemak dan gliserin.Bermula daripada sebatian oleokimia

asas ini, pelbagai jenis bahan kimia lain(terbitan oleokimia) boleh dihasilkan me-lalui tindak balas kimia seperti pengetok-silan, pengepoksidaan, pengsulfatan danpengsulfonatan. Bahan terbitan oleokimiaini seterusnya digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenisbarangan pengguna seperti bahan kosmetik, produk penjagaandiri, sabun, bahan pencuci, detergen, lubrikan dan lain-lain.Walaupun penggunaan minyak sawit dalam industri bukan

makananhanya sedikit, tetapi tambahnilai yang diperoleh adalahjauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penggunaannya dalamindustri makanan. Penubuhan Bahagian Penyelidikan KemajuanTeknologi Oleokimia (AOTD) di Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) bertujuan untuk memperkukuh dan mengembangkanpenyelidikan di sektor bukan makanan kerana pada masa ini,lebih kurang 20% sahaja minyak sawit dan minyak isirung sawitdigunakan dalam industri bukan makanan.Penyelidikan yang dijalankan di MPOB memberi fokus kepada

strategi tambah nilai dan program penyelidikan yang dilak-sanakan yang memberi fokus kepada pasaran atau teknologi.Penyelidikan bagi pasaran lebih menjurus kepada pembangunanfomulasi produk seperti di dalam bidang poliol, poliuretana,kosmetik dan dandanan diri, agrokimia, surfaktan dan per-sekitaran, manakala penyelidikan bagi teknologi adalah di dalambidang lubrikan, bahan kimia dan teknologi. MPOB juga me-laksanakan beberapa projek kerjasama dengan industri tem-patan bagi mempercepatkan proses pengkomersialan produk.Selain aktiviti R&D, MPOB juga menawarkan khidmat nasihatteknikal dalam bidang oleokimia serta perkhidmatan analisiskepada industi tempatan dan luar negara dalam bidang minyak,lemak, oleokimia, kosmetik dan produk pengguna.Sehingga hari ini, Malaysia merupakan pengeluar oleokimia

asas terbesar di dunia dengan kapasiti pengeluaran berjumlah 2.6juta tan, iaitu 20% kapasiti dunia. Pada tahun 2013, eksportoleokimiaMalaysiameningkat sebanyak 4.8%kepada 2.73 juta tandaripada 2.60 juta tan pada tahun 2012. Walau bagaimanapun,pendapatan dari eksport oleokimia asas ini berkurangan, iaituRM9.3 bilion berbanding RM11.5 bilion pada tahun 2012. Wa-laupun jumlah eksport oleokimia daripada Malaysia dijangkaakan terus meningkat pada masa hadapan kerana penggunaanester metil untuk biodiesel, kerajaan Malaysia tetap meng-galakkan industri untuk terus melabur dalam sektor hilirandengan mengeluarkan pelbagai terbitan oleokimia.Di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), salah satu

fokus Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) adalah minyaksawit dan getah. Melalui projek permulaan EPP 6 programminyak sawit, Kerajaan mensasarkan pengeluaran negara ber-anjak daripada pengeluaran oleokimia asas kepada terbitanoleokimia bernilai tinggi dan meningkatkan peratus penge-luaran terbitan oleokimia kini daripada 1% kepada 40% men-jelang tahun 2020. Ini boleh dicapai dengan memberi tumpuankepada lima bahan utama terbitan oleokimia iaitu agrokimia,surfaktan, bio-lubrikan, bio-poliol dan terbitan gliserol. Daritahun 2011 hingga 2013, Kerajaan telah memperuntukkan se-banyak RM223.4 juta dalam bentuk geran kepada tujuh syarikatuntuk membangunkan 11 projek hiliran. Ini telah berjayamenarik pelaburan sebanyak RM1.35 bilion di sektor ini. Se-hingga kini, empat projek telah siap dan lebih banyak projekdijangka siap hujung tahun ini. Sehingga pertengahan tahun2014, tiga projek baru telah diluluskan yang melibatkan agihangeran sebanyak RM62.69 juta.MPOB terus berusaha menjalankan penyelidikan dan pem-

bangunan untuk memperkembangkan industri oleokimia bagimenjamin kesejahteraan industri sawit negara. Industri oleokimiapenting kerana dapat menyumbang kepada pendapatan eksportnegara dan juga penambahan peluang pekerjaan . EPP 6 yangmemberi fokus terhadap pembangunan terbitan oleo dijangkamenjana pendapatan tambahan sebanyak RM5.8 bilion Penda-patan Negara Kasar (GNI) dan menyediakan 5,900 peluang pe-kerjaan baru.

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Fakulti KejuruteraanPetrolium dan Tenaga DiPerbaharui UTM bersama ‘Mini MobileBiodiesel Reactor’.

Page 3: Berita Sawit - Ogos 2014

3

MPOB laksana transformasi, pertingkat perkhidmatan

Prestasi industri sawit tingkat pertumbuhan ekonomi negaraOleh Fadzil [email protected]

Peningkatan prestasi industri sa-wit telah berjaya ditingkatkandan menyumbang kepada per-tumbuhan ekonomi negara danpendapatan eksport produk sa-wit dari RM59.7 bilion bagi tahun2010 kepada RM83.4 bilion pada

tahun 2011.Namun, kesan kelembapan

ekonomi dunia yang mempenga-ruhi kestabilan harga minyak sa-wit dunia telah menjejaskan pen-capaian pendapatan eksport pro-duk sawit yang merosot kepadaRM73.2 billion pada tahun 2012dan RM61.29 billion pada tahun2013, kata Ketua Pengarah MPOB,Datuk Dr Choo Yuen May.

Beliau berkata demikian padamajlis pertemuan dengan peng-khidmat MPOB di Ibu PejabatMPOB.Beliau menggesa kakitangan

MPOB terus komited menjalan-kan tugas diamanahkan bagi pe-ningkatan prestasi MPOB dan ke-majuan industri sawit negara.Katanya, pencapaian prestasi

MPOB khususnya pengeluaran ha-

sil buah tandan segar (BTS) ladangpenyelidikan MPOB, pengeluaranbiji benih sawit, bayaran royaltitelah menyumbang kepada per-olehan pendapatan MPOB.

Sumbang kepada kemajuan“Peningkatan prestasi MPOB me-libatkan komitmen yang tinggidan usaha yang bersungguh-sungguh secara kolektif di semua

peringkat tanpa mengira statuspenyandang jawatan sama adabertaraf tetap, kontrak, sambilanatau apa cara sekalipun.Komitmen ini penting agar se-

gala usaha dan pencapaian se-masa MPOB dapat menyum-bang kepada kemajuan dan ke-sejahteraan industri sawitnegara, kata Datuk Dr Choopada perhimpunan itu.

MPOB juga melalui prosesperubahan dinamik ke arahmempertingkatkan kualitidan sistem penyampaianperkhidmatan yangberkesan kepada pelanggansejajar proses transformasiperkhidmatan awam”

Datuk Dr Choo Yuen MayKetua Pengarah MPOB

Pegawai Kanan MPOB mendengar taklimat yang disampaikan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr ChooYuen May ketika perhimpunan perkhidmatan MPOB.

Oleh Fadzil [email protected]

Ketua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo YuenMaymengadakan per-temuan dengan pengkhidmatMPOB yang merupakan pende-katan yang sejajar dengan trans-formasi perkhidmatan awamdanMerakyatkan Pentadbiran Awammelalui konsep turun padang.Katanya, melalui perjumpaan

seumpama ini, pihak pengurusandapat menyampaikan maklumatterkini berhubung dengan per-kembangan MPOB dan pelaksa-naan dasar-dasar Kerajaan.Beliau menjelaskan sebagai se-

buah agensi Kerajaan yang diama-nahkan untuk memastikan per-tumbuhan industri sawit negara,MPOB berperanan melaksanakanaktiviti penyelidikan dan pemba-ngunan (R&D) dan kawal selia in-dustri sawit.

Projek pembangunanMenurutnya, MPOB juga diper-tanggungjawabkan bagi melaksa-nakan projek-projek pembangu-nan dalam Rancangan Malaysiadan proses transformasi ekonomimelalui pelaksanaan projek NKEASawit bagi peningkatan produk-

tiviti, menjana pertumbuhan danpendapatan sektor sawit.“MPOB juga melalui proses

perubahan dinamik ke arah

mempertingkatkan kualiti dansistempenyampaian perkhidma-tan yang berkesan kepada pe-langgan sejajar dengan prosestransformasi perkhidmatanawam.”Dalam tempoh lima tahun lalu,

MPOB telah menjana pendapa-tan melalui ses (cess) dan pel-bagai aktiviti seperti jualan hasil

buah sawit, bayaran lesen, se-waan, royalti, faedah, kompaundan pendapatan lain.

Urus dana projek kerajaanMPOB juga telah diamanahkanmengurus dana-dana untuk pro-jek kerajaan bagi tujuan pem-bangunan dan kesejahteraan in-dustri sawit negara.

“Semua peruntukan itu dapatdiuruskan oleh MPOB dengan te-ratur dan berhemah,” jelas DatukDr Choo pada perhimpunan itu.“Sebagai agensi yang tertutup

serta bersifat ‘Self Financing’MPOB perlu menjana pendapa-tan dan diurus tadbir secara te-rancang dan berhemah,” tambahbeliau.

Oleh Dr Puah Chiew [email protected]

Ketua PengarahMPOB, DatukDrChoo Yuen May telah dianuge-rahkan Ijazah Doktor KehormatSains daripadaUniversity of Sou-th Wales, United Kingdom pada16 Julai 2014. Ini merupakansatu penghormatan terhadapsumbangan cemerlang Datuk DrChoo dalam bidang sains. Disamping itu, ini jugamerupakansatu pengiktirafan terhadapsaintis negara dan Datuk Choomerupakan saintis Malaysia per-tama yang menerima anugerahini dari University of South Wa-les.University of South Wales te-

lah ditubuhkan pada tahun 2013hasil penggabungan Universityof Glamorgan dan University ofWales, Newport. Sejarah kedua-dua institusi ini boleh dijejakilebih daripada 100 tahun yanglalu. Dengan penggabungan ini,University of South Wales telahmenjadi salah sebuah universititerbesar di United Kingdom de-ngan lebih daripada 33,000orang pelajar. Ia berjaya mena-rik pelajar daripada lebih 120negara.Universiti ini menawarkan

pelbagai tahap kelayakan se-hingga ke peringkat Ph.D. Uni-versiti ini juga terkenal denganusaha samanya denganmajikan-majikan terkemuka dan mem-bolehkan 93 peratus pelajar-pe-lajarnya mendapat peluang pe-

kerjaan dan meneruskan penga-j ian enam bulan se lepasmenamatkan pengajian.Datuk Dr Choo berkata, “Saya

amat berbesar hati untuk me-nerima Ijazah Doktor KehormatSains daripadaUniversity of Sou-th Wales yang berprestij. Sayapercaya dalam membina kerja-sama pintar untuk mendorongperkembangan sains dan ber-harap meningkatkan hubungandengan University of South Wa-les.“Pendidikan universiti saya te-

lahmenjadi asas bagi kerja saya.Untuk saintis-saintis generasiakan datang, saya ingin menya-takan bahawa masa hadapananda adalah dalam tangan an-da. Ia adalah penuh dengan pe-luang.”

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May, menerimaAnugerah Ijazah Doktor Kehormat Sains daripada Pro-ChanselorUniversity of SouthWales, Profesor John Andrews. Turut kelihatan ViceChanselor, Profesor Julie Lyndon (duduk kiri).

Datuk Dr Choo Yuen May terimaIjazah Doktor Kehormat Sains

Page 4: Berita Sawit - Ogos 2014

Azahari Peladang Jaya Muda Miri» Guna wanghasil kerjaoperator mesinusaha sawit

4

Azahari di hadapan kebun milik beliau.

Salah sebuahlori yang

digunakanuntuk

mengangkutBTS dari

kebunke kilang.

Oleh Khairul Abidindan Sahari Edris

Usia muda bukan pengha-lang utuk mencapai keja-yaan. Yang penting mesti

gigih berusaha. Itulah peganganpekebun kecil sawit, AzahariAden, 35, yang telah berjayamen-jadi Peladang Jaya di kawasanBekenu, Miri, Sarawak.

Turut dikenali sebagai Baktiardi Bekenu, bapa kepada 4 cahayamata ini hasil perkongsian hidupdengan isterinya, Nuraini Adul.Beliau mula menceburi bidangpenanaman sawit seawal usia 22tahun.

Berbekalkan sedikit modalyang ditabungkan hasil kerja se-bagai operator mesin bergergajikilang papan, beliau membera-nikan dirimenyewa tanah terbiaruntuk diusahakan dengan tana-man sawit. Beliau mula mena-nam sawit pada tahun 2001 dikawasan seluas 11.39 hektar.

Di awal pembabitan dalam pe-nanaman sawit, beliau meneri-ma khidmat nasihat secara tidakformal berkaitan pengurusan ke-bun dari ladang swasta berham-piran.

Kini dengan bantuan khidmatnasihat dan sokongan dari pe-gawai TUNAS (Tunjuk Ajar danNasihat Sawit) MPOB, adalah le-bih mudah baginya untuk men-dapatkan nasihat dan maklumatterkini dalam amalan ladang ter-baik.

Beliau mengamalkan sistemtanaman tiga segi yang disyorkandengan jarak 8.8 meter x 8.8 me-ter x 8.8meter dan kepadatan 148pokok sehektar. Kerja pembajaan

dilakukan empat kali setahunpada kadar 3 kg/ pokok denganmenggunakan baja sebatianCCM44 pada nisbah 12:6:22:3.

Pencapaian terbaikPengeluaran hasil buah tandansegar (BTS) telahmeningkat padasetiap tahun. Pada tahun 2012hasil BTS diperoleh adalah 32.87tan/ hektar dan pada tahun 2013meningkat kepada 40.65 tan/hek-tar.

Pencapaian terbaik pengelua-ran hasil BTS beliau ialah 42.23tan/hektar pada tahun 2008 se-masa umur pokok sawit tujuh ta-hun. Manakala purata hasil pe-

ngeluaran BTS bagi tiga tahun ter-akhir (2012 hingga April 2014)adalah sebanyak 36.21 tan/hektar.

Dalam penjagaan kebun sawit,beliau akanmemastikan pertum-buhan rumpai terutama di bu-latan pokok sawit dibersihkanterlebih dahulu sebelum kerjapembajaan dilakukan. Kerja-ker-ja meracun rumpai pula dilaku-kan sebanyak 2 hingga 3 kali se-tahun bergantung kepada per-tumbuhan rumpai di kebun.

Memandangkan pokok sawityang sudah berumur 11 tahun,keadaan dalam kebun telah ber-kanopi sepenuhnya. Oleh itu ma-salah dari segi pertumbuhan

rumpai berkurangan.Beliau menggunakan campu-

ran racun glyphosate isopro-pylamine dan metsulfuran-meth-yl untuk meracun rumpai di bu-latan pokok dan lorong tuai yangmemberi kawalan yang berkesan,kos efektif dan tahan lama.

Kerja-kerja pemangkasan pe-lepah pula dilakukan selepas se-tiap kali penuaian BTS iaitu de-ngan meninggalkan dua pelepahdi bawah tandan sawit yang ter-bawah dan pelepah yang telahdipangkas disusun rapi antara ba-risan pokok sawit. Ini perlu bagimemudahkan kerja penyelengga-raan kebun dan mengekalkan ke-lembapan tanah.

Pastikan kualiti BTS baikBagi penuaian BTS, beliau me-ngamalkan piawaian 1 biji buahlerai gugur dan warna buah orenkemerahan dan penuaian BTS di-lakukan selang 10 hingga 12 harisekali untuk memastikan kualitiBTS yang baik. Buah lerai dikutipkesemuanya bagi mendapatkanhasil jualan maksima.

Beliau menghantar BTS ke ki-lang yang terletak berhampirandari kebun dan dalam tempohkurang dari 12 jam setelah pe-nuaian di lakukan dengan meng-gunakan lori sendiri bagi menge-kalkan kualiti BTS.

Berkat kegigihan dan jimat-cermatnya, kini beliau mempu-nyai dua buah lori dan sebuahkereta pacuan empat roda. De-ngan jentera ini, beliau dapatmelakukan kerja sampingan se-bagai kontraktor di Ladang FEL-

CRA Bhd, Sibuti, Miri seperti pe-nuaian danmengangkut BTS dariladang ke kilang dan kerja-kerjapenyelenggaraan ladang sepertimembaja dan merumpai.

Ketika ditanyamengapa beliaumemilih tanaman sawit untukdiusahakan dan bukannya tana-man komoditi lain, beliau men-jelaskan tanaman sawit lebihmu-dah diuruskan danmendapat ha-sil hanya dalam masa tiga tahunberbanding tanaman komoditilain.

Antara pencapaian beliauyang membanggakan adalahmenjadi ahli Kelab 30 tan MPOBsejak tahun 2008, Anugerah AhliKelompokBaja Terselia (KBT) Ber-potensi (kategori pekebun kecil)sempena Minggu Sawit Sarawakpada tahun 2008 dan dianuge-rahkan Sijil GAP (Good Agricultu-re Practice) mulai tahun 2012.Beliau juga telah dipilih sebagaipemenang Anugerah Industri Sa-wit Malaysia Kategori PekebunKecil peringkat kebangsaan padatahun 2012.

Beliau tidak jemu untuk me-ningkatkan pengetahuan dalambidang penanaman sawit denganmenyertai pelbagai kursus danseminar anjuranMPOB dan agen-si lain berkaitan.

Nasihat beliau kepada merekayang ingin berkecimpung dalamindustri ini, “Buat kerja biar ber-sungguh-sungguh, InsyaAllahakanmembuahkanhasil. Semogalebih ramai generasi muda Ma-laysia menceburi bidang pena-naman sawit dan berjaya sepertibeliau.

Page 5: Berita Sawit - Ogos 2014

MPOB perkenal Cantas EVO

5

» Kajiandapati pemotongsawit bermotormampu tingkatproduktiviti tuaian

Cantas Evo menggunakan galah gentian karbon yang lebih ringan.

Oleh Abdul Razak Jelani, Mohd Rizal Ahmad, Mohd Ikmal Hafizi, Yosri Gono, Zahara Mohamed, Asyraf Aziz, Shaikh Asyraf Shaik Husindan Mohd Syahmin Sukawai([email protected]), ([email protected]), ([email protected]), ([email protected]), ([email protected]),([email protected]), ([email protected]) dan ([email protected])

Pemotong sawit bermotoryang dikenali sebagai ‘Can-tas’ telah diperkenalkan

oleh MPOB pada tahun 2007.Penggunaan Cantas disasarkanuntuk pokok sawit dengan arastuai di bawah ketinggian 5 meter.Cantas telah dipaten di enambuah negara iaitu Malaysia, Thai-land, Indonesia, Brazil, Colombiadan Costa Rica bagi melindungiharta intelek (IP) teknologi yangdibangunkan oleh MPOB.

Prestasi CantasKajian yang dijalankan di bebe-rapa buah estet di Malaysia men-dapati secara puratanya Cantasmampu meningkatkan produk-tiviti tuaian dari 260 (sabit ma-nual) kepada 450 tandan sehari;dan seterusnya meningkatkanproduktiviti seorang pekerja dari113 (manual) kepada 173 tanbuah tandan segar (BTS) sehariiaitu peningkatan kira-kira 50 pe-ratus berbanding penggunaan sa-bit manual.

Sebagai perbandingan, satukumpulan Cantas (3 orang: 1 pe-nuai dan 2 pembantu) secara pu-ratanya berupaya menuai kawa-san seluas 10 ha sehari (3.3 hek-tar/orang -har i ) , manaka lakumpulan penuai manual meng-gunakan sabit (2 orang: 1 penuaidan 1 pembantu) hanya berupa-ya menuai kawasan seluas 4 hek-tar sehari (2 hektar/orang-hari).Penggunaan Cantas dapat me-ningkatkan nisbah pekerja kepa-da tanah pada kadar kira-kira 50peratus berbanding kaedah ma-nual. Peningkatan ini dapat me-ningkatkan pendapatan pekerjadan mengurangkan bilangan pe-kerja di ladang yang bergantungkepada pekerja asing.

Malaysia bergantungkepada pekerja asingJumlah pekerja di sektor perla-dangan sawit pada tahun 2013adalah seramai 442,094 orang de-ngan 343,015 orang (77.6 peratus)adalah pekerja asing. Sejumlah172,921 pekerja terlibat dalam ak-tiviti penuaian sawit dengan162,569 orang (94 peratus) adalahpekerja asing. Tren ini amatmembimbangkan di mana indus-tri sawit negara terlalu bergan-tung kepada pekerja asing untukmelakukan aktiviti-aktiviti perla-dangan bermula dari aktiviti pe-nanaman hingga aktiviti penua-ian tandan sawit.

Justeru, bagi menangani ke-bergantungan kepada pekerjaasing salah satu cara yang efektifialah dengan mempraktikkan ka-edah mekanisasi. Ia telah dibuk-tikan oleh banyak negara-negarabarat di mana mekanisasi dapatmeningkatkan produkviti peker-ja dan seterusnya mengurangkankeperluan tenaga pekerja dengansignifikan.

MPOB telah memperkasakanusaha penyelidikan dan pemba-ngunan (R&D) termasuk penam-bahbaikan teknologi Cantas agarkualiti dan ketahanannya mene-pati piawaian yang telah dite-tapkan dan kos efektif. TumpuanR&D adalah difokuskan kepadamaklum balas pengguna Cantasseperti masalah kualiti, ketaha-nan, berat dan capaian yang ter-had.

MPOB telahmenggariskan tigastrategi penting bagi mencapai

sasaran kerajaan bagi pengguna-an Cantas oleh pihak industrisawit secara meluas seperti di-gariskan di bawah Bidang Eko-nomi Utama Negara (NKEA) yangmenekankan peningkatan pro-duktiviti pekerja dan pengura-ngan pekerja asing. Strategi ber-kenaan ialah (i) memperkasakankegiatan R&D penambahbaikanCantas; (ii) kawalan kualiti yangketat; dan (iii) latihan penggu-naan dan pembaikan Cantas ke-pada golongan sasaran. Latihanpenggunaan Cantas kepada ope-rator dapat memastikan produk-tiviti tuaian yang optimum danmengurangkan kerosakan Can-tas, manakala latihan servis danpembaikan kepada mekanikakan dapat memastikan Cantassentiasa dalam keadaan baik.

Pembangunan Cantas EvoUsaha penambahbaikan Cantas

yang dijalankan sejak pertenga-han tahun 2012 telah mengha-silkan satu teknologi Cantas ge-nerasi baru atau dikenali sebagaiCantas Evo.Mengambil singkatan‘Evolution’ yang membawa mak-sud anjakan atau transformasireka bentuk baru, Cantas Evomenampilkan beberapa ciri baruyangmenumpukan aspek kualiti,ketahanan, pengurangan beratdan capaian tinggi.

Cantas Evo telah dilancarkanoleh Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi pada Se-minar Pemindahan TeknologiMPOB Jun lalu. Beberapa pro-totaip Cantas Evo telah diuji dibeberapa ladang komersial bagimenilai prestasi dan ketahanan-nya. Prototaip Cantas Evo telahdiuji di lapangan melebihi 600jam atau bersamaan dengan limabulan tanpa mengalami masalahyang serius. Ia juga telah diuji di

makmal dan telah melepasi ke-semua prosedur yang ditetapkaniaitu ujian jatuhan, ujian kele-suan (fatigue) dan ujian ketaha-nan (endurance). Kawalan kualitiyang ketat ini penting bagi me-mastikan ia menepati piawaianyang telah ditetapkan olehMPOB.

Ciri-ciri Termaju Cantas EvoKepala pemotong (cutting he-

ad) reka bentuk baru yang lebihberkualiti dan tahan. Kepala pe-motong ini dilengkapi dengan pe-megang boleh laras (adjustableholder) yang boleh melaraskansudut kecondongan sabit bagimenyesuaikan penuaian pada po-kok-pokok yang berbeza keting-gian. Reka bentuk kepala pemo-tong baru ini menghasilkan ge-taran yang rendah yang tidakmemudaratkan pengguna. Ia ju-ga mudah untuk diservis dan di-perbaiki kerana reka bentuknyayang mudah. Ia juga dilengkapidengan pemegang ‘universal’yang boleh pemasangan sabitatau pahat dilakukan denganmu-dah dan cepat.

Kepala Pemotong Cantas Evoyang dipasang dengan sabit (kiri)dan pahat (kanan).

Pelaras ketinggian reka bentukbaru yang lebih berkualiti dantahan. Ia diperbuat dari bahanaloi aluminium yang lebih ri-ngan.

Pelaras ketinggianPenggunaan galah gentian kar-

bon dapat mengurangkan beratpada kadar 20 peratus berban-ding galah aluminium. Ia jugadapat meningkatkan kekakuan(stiffness) yang merupakan satuciri penting dalam reka bentukCantas capaian tinggi. Berat Can-tas Evo adalah di antara 7 – 7.5kgbergantung kepada jenis enjinyang digunakan.

Pada ketika ini, Cantas Evomenggunakan dua jenama enjiniaitu Modenas dan Maruyama.Cantas Evo dapat mencapai ke-tinggian maksimum aras tuai 8mberbanding 5m oleh versi Cantassebelum ini. Peningkatan ini di-jangka dapat meningkatkan po-tensi kawasan penuaian daripada1.5 juta sebelum ini kepada 2.5juta hektar di Malaysia.

Cantas Evo menggunakan ga-lah gentian karbon yang lebihringan.

Skim Bantuan KerajaanCiri-ciri termaju yang ditawar-kan oleh Cantas Evo dengan kua-liti dan ketahanan yang meya-kinkan dijangka dapat menarikminat pengguna untuk meng-gunakan teknologi baru ini bagitujuan meraih pendapatan yanglebih.

Cantas Evo dipasarkan olehSyarikat Nafas Jentera Sdn Bhdyang dilantik MPOB dan pembeliboleh mendapatkannya di 74buah Pertubuhan Peladang Ka-wasan (PPK) di setiap negeri diMalaysia. Potongan harga seba-nyak RM1,000 melalui Skim Dis-kaun Cantas MPOB (SKIDIC) akandiberikan dan ini seterusnyaakan dapat meringankan bebanpembeli untukmemperoleh Can-tas Evo.

Page 6: Berita Sawit - Ogos 2014

Pelan Perniagaan

Oleh Zulina Abd [email protected]

Bahan pencuci dan produk pen-cuci seisi rumah mengandungisurfaktan iaitu bahan utama ba-

gi aktiviti cucian. Surfaktan yang se-lalunya digunakan untuk kegunaanmencuci adalah alkil benzina sulfonatlurus (LAS), sabun, alkohol lemak sul-fat, alkohol lemak ester sulfat dan al-kohol lemak etoksilat. LAS diperolehdaripada petrokimia dan telah diang-gap sebagai workhoser di dalam sektorbahan pencuci.

Sumber bahan mentah semula jadiseperti minyak sawit dan terbitannya

menawarkan alternatif yang menariksebagai bahan semula jadi dan sur-faktan ‘hijau’. MPOB melalui aktivitipenyelidikannya telah menghasilkansurfaktan anionik daripada ester metilberasaskan sawit. Surfaktan ini dike-nali sebagai alfa tersulfonat ester metilatau singkatannya MES. MES berasas-kan sawit dihasilkan oleh loji rintisMPOB (kapasiti 20 kg/jam) adalah yangberkualiti tinggi dan digunakan denganjayanya sebagai bahan aktif untuk for-mulasi produk cucian pakaian cecairatau serbuk dan cucian pinggan mang-kuk cecair/gel/pes dengan jenamaPALM TOUCH.Hasil penyelidikan MPOB dan de-

monstrasi Lion Corporation dan HuishDetergent Incorporated telah meletak-kan MES sebagai surfaktan yang mesraalam dan sesuai dijadikan bahan al-ternatif kepada LAS. MES boleh di-hasilkan dengan kos pengeluaran yangrendah berbanding LAS. MES mem-punyai kebolehan biodegradasi lebihcepat dan baik daripada LAS.Tambahan lagi, ia juga mempunyai

toleransi kalsium yang baik, kuasa cu-cian yang tinggi dan kurang sensitifterhadap air liat/keras berbanding su-rfaktan anionik yang lain.Prestasi semua produk pencuci ber-

asaskan sawit ini sangat menggalak-kan, kompetitif dan lebih baik daripadaproduk komersial sedia ada di pasaranMalaysia. MPOB juga mempunyai ke-lengkapan loji rintis yang boleh di-gunakan oleh usahawan untuk menilaipotensi komersial MES dan produk cu-cian.Di samping itu, MPOB juga mem-

punyai kepakaran untuk mengadunMES menghasilkan produk mencuci.Kepakaran ini boleh dieksploitasi dimana kepakaran sedia ada membo-lehkan seseorang atau syarikat untukmengadun produk yang lebih berkesantetapi lebih murah. Formula produkbaru ini boleh diberi kepada syarikat diMalaysia yang berminat untukmenjualproduk detergen berasaskan MES. Se-hingga kini hanya MPOB, Lion dan

Huish yang mempunyai kepakaran un-tuk mengadun produk dari MES. Olehitu, pengusaha terutamanya bagi pe-rusahaan kecil dan sederhana dipelawauntuk mengusahakan pengeluaranproduk pencuci berasaskan sawit de-ngan menggunakan teknologi MPOB.

Antara produk itu adalah:1. Palm Touch cecair pencuci pinggan

mangkuk - MPOB TT No. 2682. Palm Touch gel pencuci pinggan

mangkuk - MPOB TT No. 2693. Palm Touch cecair pencuci tangan -

MPOB TT No. 2704. Penambahbaikan teknologi peng-

hasilanserbuk pencuci berasaskan sawit –

MPOB TT No. 2835. Penambahbaikan teknologi peng-

hasilancecair pencuci berasaskan sawit -

MPOB TT No. 2846. Pes pencuci pinggan mangkuk ber-

asaskan sawit - MPOB TT No. 396

Memandangkan produk pencuci ser-buk dan cecair berkuasa tinggi (heavyduty) terutamauntukmencuci pakaianadalah kumpulan terbesar di dalampasaran bahan pencuci, aspek kewa-ngan hanya akan menumpukan ke-pada dua produk tersebut dengan me-ngandaikan pengusaha hanya menge-luarkan salah satu produk berkenaan.Walau bagaimanapun, pengusaha

boleh mengeluarkan kedua-dua pro-duk tetapi perlu memiliki peralatanuntuk mengeluarkan kedua-dua pro-duk itu.

TEKNOLOGI PEMPROSESANBahan MentahUntuk menghasilkan produk pencu-

ci, bahan mentah yang digunakan ada-lah surfaktan, builders, peluntur, ejenanti-redeposition, pencerah, silika danenzim.

Kaedah PemprosesanProses untuk menghasilkan produk

pencuci bergantung sama ada untukmenghasilkan pencuci berbentuk ser-buk atau cecair. Bagi pencuci berbentukserbuk, kepingan MES akan dihancur-kan dan dicampurkan dengan kandu-ngan lain manakala bagi pencuci ber-bentuk cecair, kepingan MES akan di-larutkan dan dicampur dengankandungan lain.

MESIN DAN PERALATANMesin dan peralatan dibahagikan ke-

pada dua iaitu sama ada untuk me-ngeluarkan pencuci serbuk atau ce-cair.A. Pencuci SerbukKeperluan mesin dan peralatan ber-

serta dengan anggaran kos untukmenghasilkan produk pencuci serbukadalah seperti dalam Jadual 1. Keupa-yaan pengeluaran pencuci serbuk ada-

lah sebanyak 1,000 kg sehari (8 jambekerja). Keupayaan pengeluaran bu-lanan dan tahunan adalah masing-ma-sing sebanyak 25,000 kg dan 300,000 kg.Pengeluaran boleh ditingkatkan de-ngan menambah jumlah jam bekerja.

B. Pencuci CecairKeperluan mesin dan peralatan ber-

serta dengan anggaran kos untukmeng-hasilkan produk pencuci cecair adalahseperti dalam Jadual 2. Keupayaan pe-ngeluaran pencuci cecair adalah seba-nyak 400 liter sehari (8 jam bekerja).Keupayaan pengeluaran bulanan dantahunan adalah masing-masing seba-nyak 10,000 liter dan 120,000 liter, Pe-ngeluaran boleh ditingkatkan denganmenambah jumlah jam bekerja.

KEPERLUAN TENAGA KERJAPenggunaan tenaga buruh yang di-

cadangkan untuk pengeluaran pencuciserbuk dan cecair adalah sama. Ia ter-diri daripada pengurus, operator pe-ngeluaran dan pemandu (Jadual 3).

Kos OperasiKos operasi adalah terdiri daripada

kos buruh, utiliti seperti elektrik, airdan telefon/faks dan sebagainya. Kosoperasi untuk mengeluarkan pencuciserbuk dan cecair adalah dianggarkansama (Jadual 4).

A. Pencuci SerbukJumlah jualan dianggarkan sebanyak

50,000 bungkus setahun (50% daripadakeupayaan pengeluaran) dengan hargajualan sebungkus (3kg) ialah RM18. Pen-dapatan setahun dianggarkan seba-nyak RM195,300 (Jadual 5).

B. Pencuci CecairJumlah jualan adalah dianggarkan

sebanyak 30,000 botol setahun (75%daripada keupayaan pengeluaran) de-ngan harga jualan sebotol (3kg) ialahRM13.50. Pendapatan setahun diang-garkan sebanyak RM89,200 (Jadual6).

ANALISIS DAYA MAJU PROJEK

1. Pencuci SerbukKadar pulangan dalaman 33.08%

Nisbah untung: kos RM1.12Nilai kini bersih @ 12% RM488,383Jangka masa pulang balik modal 2.8tahun

2. Pencuci CecairKadar pulangan dalaman 27.34%

Nisbah untung: kos RM1.10Nilai kini bersih @ 12% RM184,687Jangka masa pulang balik modal 5.2tahun

PROSPEK PASARANSasaran pasaran produk pencuci te-

rutama berkuasa tinggi terdiri dari-pada pasar raya besar, pasar raya, kedairuncit dan lain-lain. Ketika ini terdapatbeberapa pencuci serbuk dan cecairberkuasa tinggi di pasaran tempatan.Bagi pencuci serbuk berkuasa tinggi,purata harga ialah antara RM22 hinggaRM30 sebungkus (3 kg) manakala bagipencuci cecair berkuasa tinggi purataharga ialah antara RM12 hingga RM16sebotol (3 liter).Produk pencuci berkuasa tinggi ber-

asaskan sawit terutama pencuci serbukdijangka mampu bersaing dengan pro-duk yang sedia ada di pasaran tem-patan memandangkan harga yang di-tawarkan lebih rendah iaitu RM18 se-bungkus (3kg) berbanding RM22 - RM30sebungkus bagi produk pencuci serbukberkuasa tinggi yang sedia ada di pa-saran tempatan.Selain pasaran tempatan, pencuci

berkuasa tinggi berasaskan sawit jugaberpotensi untuk dieksport ke pa-saran luar. Sejak kebelakangan ini,pasaran global terhadap cecair, ser-buk dan tablet pencuci telah me-ningkat dengan kukuh dan dilapor-kan terus meningkat pada masa akandatang.Sebagai contoh, di Amerika Syarikat,

cecair pencuci adalah saham terbesardalam industri dobi. Pada masa kini,84% daripada nilai runcit pasaran ASdipegang oleh cecair pencuci ( jumlahanggaran nilai runcit untuk pasaranpencuci di AS pada 2008 ialah €6.1bilion) dan diramalkan akan mening-kat kepada 89% pada 2012.Manakala di Eropah, pasaran cecair

pencuci diramal akan meningkat padaanggaran 33% pada 2012 ( jumlah ang-garan nilai runcit untuk pasaran pen-cuci di bahagian Eropah Barat pada2012 ialah €8.7 bilion). Sementara dinegara membangun seperti China, pa-sarancecair pencuci sedang bertapak dan

semakinmendapat tempat di kalanganmasyarakat tempatan di situ.

KESIMPULANPengeluaran pencuci berkuasa tinggi

berasaskan sawit terutama pencuci ser-buk dan cecair berpotensi untuk di-komersialkan. Dengan anggaranmodalpermulaan sebanyak RM556,500 danjualan sebanyak 50,000 bungkus seta-hun, pengusaha pencuci serbuk ber-kuasa tinggi dijangka dapat menjanapendapatan sebanyak RM195,300 seta-hun dengan harga jualan RM18 se-bungkus.Analisis daya maju projek juga me-

nunjukkan perusahaan pengeluaranpencuci serbuk adalah berkeupayaandengan kadar pulangan dalaman se-banyak 33.1% dan nilai kini bersih se-banyak RM488,383. Manakala, pengu-saha pencuci cecair berkuasa tinggiperlu mengeluarkan modal sebanyakRM297,150 dan jualan sebanyak 30,000botol setahun untuk menjana penda-patan sebanyak RM89,200 setahun de-ngan harga jualan RM13.50 sebotol.

Produk pencuci berasaskan sawit

Jadual 4:

Jadual 5: Jadual 6:

Page 7: Berita Sawit - Ogos 2014

8

NutraMee – mee lipofilikkaya antioksidaOleh Dr Voon Phooi [email protected]

Mee adalah makanan ruji dikebanyakannegara di Asia. Saizpasaran dunia untuk produkmee mencapai AS$ 2300 jutapada tahun 2013.

Pengeluar makanan telahmemberikan perhatian dari se-gi kesihatan dan telahmemulakan usahauntuk menawarkanpi l ihan makananyang lebih sihat ke-pada pengguna.

Kebelakangan ini,banyak bahan ber-fungsi telah cuba di-tambahkan ke dalamformulasi mee untukmemberikan khasiatpemakanan yang lebih baik.

Minyak olein sawit merah,hasil teknologi MPOB adalahproduk yang unik daripada mi-nyak sawit mentah.

Ia mengandungi sumber se-mula jadi yang kaya dengankarotena dan vitamin E.

Minyak olein sawitmerah initelah diformulasikan ke dalamsejenis sistem penghantaran(delivery system) yang stabildan dimasukkan ke dalammee

dalam bentuk mikrokapsul.Mee yang kaya dengan agen

anti oksida lipofilik kini diberinama NutraMee di mana iamempunyai rasa dan tekstursetanding dengan mee keringdalam pasaran.

Dengan sistem penghanta-ran lipofilki kini, fitonutrienyang terdapat dalam minyakolein sawit merah ini dapat di-

kekalkan dengan baikwalaupun telah me-lalui pemprosesan.

Dengan menggu-nakan teknologi ber-paten ini, kestabilanoksidatif produk iniadalah lebih baik danmasalah keresapanminyak semasa me-lalui prosesmemasakboleh diatasi.

Adalah dicadangkan bahawaNutraMee ini boleh dihidang-kan bersama atau tanpa supsama ada panas atau sejuk.

Selain itu, NutraMee juga da-pat meningkatkan penampilankeseluruhan pelbagai sajian ser-ta boleh digunakan di dalamprogram pemakanan di sekolah.

Kesimpulannya, NutraMeedapat menawarkan pilihanyang lebih sihat kepada peng-guna.

Mesin pengupas hasil veneer batang sawit

Oleh Dr Anis [email protected]

Salah satu jalan penyelesaianterhadap masalah ke-kurangan kayu di ki-lang papan lapis ada-lah mendapatkan be-kalan batang sawitdari ladang yangjauh.

Bagaimanapun ka-edah yang lebih efi-sien dan boleh dite-rima pakai mestilahboleh diguna oleh pi-hak industri untuk menyelesaimasalah mendapatkan bahanmentah ini.

Kaedah ini juga boleh mem-

bantu aliran pengeluaran ba-tang sawit dari ladang ke kilangpapan lapis yang mana pihakkilang akan mempunyai beka-lan bahan yang mencukupi un-

tuk diproses sertaharga yang berpatu-tan.

Kebanyakan kilangpapan lapis mengam-bil langkah sendiriuntuk meningkatkanhasil veneer yang di-kupas dan menaik-kan nilai tambah keatas papan lapis yangdihasilkan.

Terbaru, pelaburmelihat pe-luang baik ke arah peningkatanhasil veneermelalui kaedah pe-ngupasan batang sawit yang le-

bih berkesan.Oleh yang demikian, MPOB

telah membangunkan satu me-sin percubaan ‘prototype’ khasuntuk mengupas batang sawituntuk dijadikan veneer.

Mesin ini mempunyai kele-bihannya seperti ia menjimatkos operasi disebabkan prosespembuangan kulit dan pe-ngupasan dilakukan pada me-sin yang sama.

Mesin ini juga boleh mengu-pas batang sawit yang mem-punyai garis pusat 40 cm me-mandangkan ia menggunakansistem hidrolik.

Keberkesanan mesin ini me-ngupas batang sawit adalahdua kali ganda dari mesin pe-ngupas kayu biasa.

Teknologi bermotorhasil kultur tisu sawit

EMBIO™actinoPLUSkawalGanodermaOleh Dr Idris Abu [email protected]

MPOB berjaya mengha-silkan formulasi Pro-duk EMBIO™ actinoP-

LUS yang mengandungi bahanaktif aktinomisit, StreptomycesGanoSA1 yang boleh merencatdan mengawal penyakit Gano-derma sawit.

Kajian di tapak semaian

membuktikan keberkesananformulasi serbuk actinoPLUSdengan menunjukkan keman-dirian anak pokok sawit yangdirawat dengan ac-tinoPLUS adalah le-bih baik daripadaanak pokok sawityang tidak dirawat.

Kajian juga me-rekodkan kadarjangkitan Ganoder-ma yang lebih ren-dah iaitu 51.1 pe-ratus ke atas anakpokok sawit yangdirawat berban-ding tanpa rawatansebanyak 93.3 pera-tus serta dapat me-ngurangkan serangan penyakitGanodermake atas anak pokoksawit sebanyak 65.2 peratus.

Kajian di ladang menunjuk-kan anak pokok sawit yang di-rawat dengan EMBIO™actinoP-

LUS masih hidup berbandingdengan 23.3 peratus pokok sa-wit tanpa rawatan EMBIO™ac-tinoPLUSmati disebabkan jang-

kitan Ganodermaselepas 30 bulanpercubaan dija-lankan.

P r o duk EM-BIO™MactinoP-LUS adalah diha-s i lkan mela luiusaha samaMPOBdanPascal BiotechSdn Bhd, ShahAlam, Selangoryang terbukti bo-leh mencegah se-rangan penyakitGanoderma ke

atas pokok sawit yang ditanamdi ladang.

Produk EMBIO™actinoPLUSadalah mesra alam dan tiadakesan negatif ke atas manusiadan haiwan.

GanoCare™ Kurangkan infeksi Ganoderma

Oleh Dr Ahmad [email protected]

Teknologi pengklonan sa-wit dapat dilakukan de-ngan menggunakan sis-

tem kultur pepejal dan jugakultur cecair.

Kaedahkultur cecair lebihefi-sien tetapi proses ini secara tra-disional dihadkan ke-pada saiz kelalang ser-ta alat penggoncang.

Penggunaan kela-lang atau kultur gon-cang amat sesuaipada isipadu kulturcecair yang rendah.

Untuk tu juanpenskalaan tinggi,penggunaan bioreak-tor komersial/berje-nama boleh diguna pakai te-tapi kos adalah tinggi disam-ping penginokulasi kulturadalah amat rumit.

Terdahulu, alatan yang di-namakanMPOB vessel terubahsuai (MoVess) telah direkaben-tuk untuk tujuan memperba-iki kadar penggoncangan kul-tur di dalam media cecair. Ba-gaimanapun, vesel tersebutyang menggunakan pengacaumagnet hanya dapat berope-rasi pada tahap isipadu media

cecair 1-2 liter.Untuk mengatasi masalah

itu, teknologi terkini dicipta di-kenali sebagai Vesel BermotorMPOB atau dipanggil sebagaiMPOB-MotoVess.

Sistem ini terdiri daripadamotor berserta pemegang, pe-mutar untuk agitasi dan pe-nyembur (sparger). Tiub pan-jang juga dipasang di luar veseldan disambungkan kepada

pam ringkas untuktujuan pengudaraan.

Teknologi ini se-suai untuk pengelua-ran kultur di dalamisipadu media yanglebih tinggi di antara3 hingga 9 liter. An-tara kebaikan tekno-logi adalah sistemyang lebih ekonomiuntuk peningkatan

skala kultur cecair pada isi-padu yang lebih tinggi, pengi-nokulasi yang mudah berban-ding dengan sistem bioreaktorkomersial, boleh diguna pakaiterhadap sebarang kultur ce-cair pelbagai tanaman dan ber-potensi untuk diautomasi.

Sistem ini juga boleh diubahsuai untuk pemindahanmediadi bilik kultur tanpa perlu di-bawa keluarmasukmelalui ke-buk lamina semasa penyeleng-garaan kultur.

Oleh Dr Idris Abu [email protected]

MPOBmemperkenalkan tekno-logi baja GanoCare™ hasil usa-ha samapenyelidikan danpem-bangunan (R&D) bersama Uni-versiti Putra Malaysia, Serdangdan FELCRA Sdn Bhd sebagaikaedah pengawalan dan pen-cegahan penyakit Ganodermayang menyerang pokok sawit.

ProdukGanoCare™adalah ru-musan bahan organik seperti ser-buk tandan sawit kosong (EFB)dan unsur surih yang berupaya

untuk membina ketahanan po-kok sawit daripada jangkitan pe-nyakit dengan menebalkan din-ding sel akar pokok.

Kajian di tapak se-maian mendapati ap-likasi produk GanoCa-re™ telah meningkat-kan pertumbuhanvegetatif anak pokoksawit dan mengurang-kan kejadian penyakitsebanyak 63.5 peratus.

Kajian di ladangmenunjukkan anakpokok sawit yang dirawat de-ngan GanoCare™ masih hidup

berbanding dengan 23.3 pera-tus pokok sawit tanpa rawatanGanoCare™ mati disebabkan

jangkitan Ganoder-ma selepas 30 bulanpercubaan dijalan-kan.

Penggunaan pro-duk GanoCare™ada-lah disyorkan untukmeningkatkan per-tumbuhan vegetatifanak sawit dan se-bagai langkah pen-cegahan dan penye-

baran penyakit Ganoderma keatas pokok sawit.

Teknologi MPOBuntuk dikomersialkan

Dr Idris Abu Seman

ProdukGanoCare™berupaya untukmembinaketahanan pokoksawit daripadajangkitanpenyakit”

Dr Ahmad Tarmizi

Dr Voon Phooi Tee

Dr Dr Anis Mokhtar

Page 8: Berita Sawit - Ogos 2014

» Tekniklebih mesraalam, kosanalisis efektif

Kaedah hijau estraksisa baki chlorpyrifos

Oleh Dr Halimah [email protected]

Penggunaan racun se-rangga seperti chlorpy-rifos di ladang sawit te-

rutama untuk mengawal anai-anai perlu dipantau bagi me-mastikan sisa racun seranggayang digunakan adalah di ba-wah tahap maksimum yang di-benarkan.

Secara amnya, pemantauandilakukan melalui analisis keatas minyak atau produk sawitsecara berkala menggunakankaedah yang membabitkanproses pengekstrakan, pem-bersihan dan diikuti denganpengesanan sisa racun meng-gunakan kromatografi gas (GC)atau kromatografi cecair ber-prestasi Tinggi (HPLC).

Kebiasaannya, pengekstra-kan racun perosak dari minyakatau produk sawit di jalankanmenggunakan teknik pengeks-trakan cecair (LLE).

LLE adalah teknik yang diterima pakai secara meluaspada peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, teknik inimenggunakan jumlah pelarutyang tinggi, masa lama, tenaga

kerja ramai dan tidak ekono-mi.

Keadaan ini membawa ke-pada pencarian alternatif yangbaharu iaitu teknik pengeks-trakan fasa pepejal (SPE).

Dalam kajian ini, kumpulanpenyelidik MPOB yang terdiridaripada penulis bersamaYeohChee Beng, FarahKhuwai-lah Ahmad Bustaman, NajwaSulaiman dan Nik Sasha Kha-trina Khairuddin menjalankanpenyelidikan dengan memberifokus kepada perbandinganantara dua pembangunan ka-edah menggunakan pengestra-kan LLE dan SPE bagi penen-tuan sisa racun serangga ch-lorpyrifos dalam minyaksawit.

SPE kurang guna pelarutBerdasarkan keputusan per-bandingan antara kedua-duakaedah yang digunakan bagipenentuan racun serangga ch-lorpyrifos dalamminyak sawit,didapati kaedah SPE berjayamengurangkan penggunaanpelarut organik sehingga 94 pe-ratus.

Penggunaan pelarut orga-nik yang sangat rendah ini da-pat membantu mengatasi ma-salah pelupusan sisa pelarutdan sekali gus mengurangkanmasalah pencemaran alam se-kitar.

Selain itu, kaedah ini me-merlukan masa analisis yangsingkat dan boleh dikendali-kan oleh seorang juru analisissahaja dengan peratus perole-

han semula yang tinggi.Oleh yang demikian, tena-

ga kerja yang diperlukan ha-nya sedikit dan masa analisisjuga dapat dijimatkan.

Melalui kaedah inovatif ini,peratus perolehan semula bagiracun serangga chlorpyrifos se-tanding dengan kaedah LLE,iaitu masing-masing antara 93-101 peratus dan 97-109 pera-tus.

Berdasarkan kajian ini, ka-edah SPE disyorkan kerana iakaedah mesra alam dan kosanalisis lebih efektif.

Ia juga kaedah yang lebihpantas danmenggunakan pen-dekatan yang mampan dan hi-jau.

Oleh Norashikin [email protected]

Gel mandian adalah kombi-nasi beberapa surfaktan, air,ejen penjagaan kulit dan pe-wangi.

Ia produk cecair dan bia-sanya digunakan sebagai ba-han untuk membersihkankulit badan semasa mandi.

Gel mandian berasaskansawit diformulasi dengan ba-han berasaskan sawit seba-nyak 83 peratus danmengan-dungi surfaktan mesra kulit.

Terdapat tiga jenis gelmandian yang masing-ma-sing mengandungi bahan pe-nyingkiran sel kulit semula

jadi seperti daun tea tree,isirong aprikot dan beras.

Singkir sel kulitDengan adanya penambahanbahan penyingkiran sel kulityang semula jadi, maka pro-duk berkemampuan untukmembersihkan serta me-nanggalkan sel kulit mem-buatkan kulit licin, lembutdan segar.

Proses menghasilkan pro-duk gel mandian ini ringkaskerana ia tidak memerlukanproses pemanasan.

Selain itu, produk ini di-rumus dengan surfaktanyang menghasilkan buih ke-cil dan berkrim semasa peng-gunaannya bagi kepuasanpengguna.

Gel mandian bersih,lembutkan kulit

MaskermukatokotrienolsawitOleh Cheong Mei [email protected]

Gel lutsinar yang diperkaya de-ngan tokotrienol (vitamin E sawit)telah berjaya dihasilkan. VitaminE adalah agen anti pengoksidaanyang mengandungi komponenpenting iaitu tokoferol dan toko-trienol. Ianya dapat membantumengekalkan kulit yang sihat.

Gel yang dihasilkan ini adalahpepejal secara fizikal dan digu-nakan sebagai masker muka bagimembantu menghidrat dan me-nyegarkan kulit yang kering.

Ujian in-vivoUjian kelembapan secara in-vivosudah dijalankan dan terbukti gelyang dihasilkan ini dapat melem-bapkan kulit dalam masa 30 mi-nit.

Dengan penghasilan produkmasker muka bervitamin E, makaproduk ini dapat menambah nilaikepada vitamin E yang merupa-kan komposisi minor dalam mi-nyak sawit.

Perbandingan di antara masker komersial yang legap dan maskergel lutsinar yang diperkayakan dengan vitamin E dari sawit.

9

Lilin batik berasas sawit

Lilin batik yangdiperbuat daripada

sawit berkualititinggi.

Oleh Dr Lim Wen [email protected]

Batik adalah satu bidang kraf-tangan yang unggul di Malay-sia.

Secara tradisional, masyara-kat Melayu menghasilkan batikini menggunakan ubi kentangsebagai alat pengecap tetapi kinibatik diusahakan dengan meng-gunakan alat moden sepertiblok penerap, campuran lilindan pencelup.

Kain (benang kapas, poliesteratau sutera) berwarna putihadalah bahan asas yang sesuaiuntuk membuat batik.

Kain ini akan diterap denganlilin mengikut motif dan rekacorak yang sesuai denganmeng-gunakan canting.

Kain putih ini akan dicanting,diwarnakan, dikeringkan, dima-tikan warna dan direbus bagimengeluarkan lilin sebelum di-keringkan sekali lagi.

Kandungan asas petroleumKebanyakan campuran lilin

yang digunakan dalam prosespembuatan batik mengandungikandungan bahan asas petrole-um di mana ia akan membe-rikan impak buruk terhadapalam sekitar.

Kini, MPOB berjaya mengha-silkan formulasi campuran lilinsemulajadi dan sayuran bera-saskan sawit yang sesuai digu-nakan dalam proses pembuatanbatik.

Antara corak batik yangdihasilkan menggunakan lilinberasaskan sawit.

Dr Halimah Muhamad

Page 9: Berita Sawit - Ogos 2014

Sawit: Minyak pilihanuntuk menggoreng

10

» Tahanlama, bolehguna banyakkali, jimattiada bau

Masakan tempatan kita ba-nyak membabitkan pro-ses menggoreng teruta-

ma yang menggunakan kuantitiminyak yang banyak.

Makanan yang disediakan me-lalui proses ini adalah popularkerana ia mudah disediakan, ta-han lama, rangup dan rasanyayang enak.

Ayam, ikan, udang dan sotongadalah beberapa makanan harian

yang selalu digoreng termasuk ju-ga juadah minuman petang se-perti pisang goreng, cekodok, ca-kui dan karipap.

Proses menggoreng akan me-nyebabkan pengoksidan minyakmenggoreng kesan daripada suhuyang tinggi. Menggunakanminyakyang sama berulang kali untukmenggoreng makanan akan me-ngurangkan kualiti minyak itu.

Malah air, oksigen dan sisa-sisamakanan hangus yang melekat

pada kuali juga boleh menyu-sutkan kualiti minyak ketikamenggoreng.

Jika anda menggunakan apiyang besar ketika menggoreng,anda akan lihat minyak di dalamkuali akan berasap. Ini menun-jukkan anda telah melebihi hadsuhu optimum untuk memanas-kan minyak itu.

Minyak yang terlalu panas se-hingga mengeluarkan asap tidaksesuai digunakan untuk penye-diaanmakanan. Ini kerana sebaikminyak menggoreng mengeluar-kan asap, struktur molekulnyaakan mula berubah lalu men-jejaskan nilai nutrisinya. Ini akanmenyebabkan makanan terasapahit atau hangus. Jika ini ber-laku, minyak itu sudah tidak elokdigunakan.

Selain itu, asap yang dilepas-kan oleh minyak menggorengmungkin mengandungi bahan-bahan toksik yang berbahaya se-perti radikal bebas. Pastikan co-rong penyedut dapur dihidupkandan tingkap adalah terbuka jikaminyak masak mula mengeluar-kan berasap.

Asap sebegini meningkatkanrisiko penyakit kronik termasukkanser kepada individu yangmenghidunya. Oleh yang demi-kian, mengekalkan suhu minyakyang sesuai ketika menggorengdengan memastikan minyak ti-dak mengeluarkan asap adalahsatu langkah kesihatan yang baikyang perlu diamalkan di dapur.

Anda perlu tahu bahawa se-tiap minyak sayuran mempunyaisuhu berasap (smoking point)yang berbeza, maka ia perlulahdipadankan dengan cara mema-sak atau menggoreng yang se-suai.

Petua elakkanminyak berasapTerdapat beberapa petua yangboleh diamalkan untuk menge-lakkan minyak berasap ketikamenggoreng. Pertama, jika inginmeningkatkan suhumenggoreng,pastikan api dibesarkan dengan

perlahan-lahan. Kedua, gunakansuhu yang bersesuaian denganjenis minyak yang digunakan danakhir sekali jangan tinggalkankuali atau periuk tanpa penga-wasan anda ketika menggoreng.

Anda tentu ingin tahu kenapaminyak sawit sering digunakanuntuk menggoreng oleh tukangmasak atau chef, tidak kira samaada di hotel, restoran atau pasarmalam.

Minyak sawit mempunyai su-hu berasap yang agak tinggi dikalangan minyak sayuran yanglain. Ini menjadikan ia sesuai di-gunakan dengan api yang besarketika menggoreng makanan te-rutama dalam penyediaan ma-kanan rangup seperti keropok le-kor dan cucur udang.

Ia juga tahan lama dan bolehdigunakan beberapa kali untukmenggoreng lalu menjimatkan.Selain itu, minyak sawit juga ti-dak mempunyai bau yang bolehmempengaruhi rasa makananyang menggunakannya.

Anda boleh bayangkan rasa pi-sang goreng jika ia disediakandengan minyak zaitun berban-ding pisang samayang disediakandengan minyak sawit.

Disebabkan minyak sawit ku-rang menghasilkan asap, ia jugakurang melekit pada dindingdan ini akan membuatkan isteriatau ibu anda selalu tersenyumdi dapur.

Malah, minyak sawit juga kayadengan khasiat semula jadi se-perti antioksida Vitamin E toko-trienol dan pro-vitamin A (betakaroten) yang membantu sistemimunisasi badan berfungsi de-ngan cekap.

Artikel diolah dan diterjemahdaripada The Use of Palm Oil inFrying oleh Kurt G Berger danSmoke points: When even goodoils go bad. Sila layari laman webwww.palmoilhealth.org/nutri-tion/smoke-point dan www.pal-moiltv.org/publications/173-the-use-of-palm-oil-in-frying.html un-tuk mendapatkan salinan asal ar-tikel-artikel ini.

Page 10: Berita Sawit - Ogos 2014

11

Teknologi jamin kemajuan industri sawit

Industri sawit adalah penyum-bang terbesar dalam menyele-saikan masalah kemiskinan luar

bandar dan pengangguran. Indus-tri ini juga adalah penyumbangutama kepada ekonomi negara. Iaterusmengalami pertumbuhan sta-bil sejak beberapa tahun ini danberpotensi untuk terus berkem-bang di kedua sektor huluan danhiliran.Pada tahun 2013, minyak sawit

dan barangan sawit menyumbang-kan RM61.2 bilion kepada penda-patan eksport negara. Dasar Komo-diti Negara (DKN) menjangka pen-dapatan eksport industri sawit akanmeningkat kepada RM103 bilionmenjelang tahun 2020. Namun de-ngan kejayaannya, industri sawitterus dibebani dengan cabaran se-perti pergerakan harga mendadak,kemampanan, produktiviti dan bu-ruh.Oleh itu, kerajaan telah mem-

perkenalkan pelbagai teknologi ba-haru yang berasaskan sawit di sam-ping dapat menambahkan lagi pe-kerja tempatan dan dapat menjanapendapatan negara.Sempena seminar Pemindahan

Teknologi (TOT) 2014 yang telahdiadakan di Ibu Pejabat MPOB baru-baru ini, MPOB telah menawarkan20 teknologi baharu dan 11 per-khidmatan hasil penyelidikan bagipengkormesialan kepada industri,usahawan, pelaburan dan kepadaorang perseorangan yang bermi-nat.Seminar ini telah dirasmikan oleh

Menteri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Datuk Amar DouglasUnggah Embas. Seminar yang di-adakan setiap tahun ini bertujuanuntuk memperkenalkan teknologi,perkhidmatan serta produk baharuhasil dari penyelidikan dan pem-bangunan MPOB.Usaha ini sejajar dengan matla-

mat kerajaan untuk terus mem-bangun dan memajukan industrikomoditi ini melaui penggunaanteknologi moden bagi meningkat-kan produktiviti.Sempena TOT 2014, MPOB telah

melancarkan dua produk hasil pe-nyelidikan dan pembangunan(R&D). Kedua-dua produk ini ialah‘EMBIO tm actinoPLUS’ dan ‘CantasEvo’.Produk ‘Embio tm actionPLUS’

yang dihasilkan MPOB dengan ker-jasama Pascal Biotech Sdn.Bhd ada-lah produk yang dihasilkan bagimengawal dan mencegah penyakitGanoderma pada pokok sawit.Produk ini mengandungi Cam-

puran Tanah ‘actinomycete’, Strep-tomyces nigrogriseoulus yang dike-nali sebagai Streptomyces GanosAI,‘vermiculite’ dan ‘biochar’.DiMalaysia , penyakit Ganoderma

adalah masalah yang semakin se-rius bagi sektor perladangan sawitdan ianya memerlukan penyelesa-ian segera. Oleh itu, dengan adanyaproduk ini, masalah penyakit Ga-noderma dapat diatasi.MPOB turut melancarkan versi

terbaharu pemotong sawit bermo-tor dikenali sebagai Cantas EVOyang dipertingkatkan spesifikasi-nya meliputi sabit pemotong dangalah pemegang. Cantas EVO di-lengkapi dengan sabit pemotongyang lebih ringan iaitu 20 peratuslebih ringan daripada versi sebe-lumnya.Selain itu, produk ini juga tahan

lasak dan berdasarkan kajian di-

jalankan berupaya digunakan se-lama 500 jam atau 5 bulan tanpamengalami kerosakan. Cantas EVOturut dilengkapi dengan pemegangkepala pemotong pelbagai yang se-suai untuk sabit atau pahat untukdisesuaikan dengan keperluan pe-nuaian sawit. Ciri ini memudahkanpenyelenggaraan dan pembaikandilakukan.Teknologi Cantas yang dihasilkan

MPOB memberi manfaat kepadasektor perladangan dan pekebunkecil bagi kerja penuaian sawit ke-rana berupaya meningkatkan pro-duktiviti dan pendapatan di sam-ping mengurangkan tenaga kerjaasing dan kos operasi.Selain itu, teknologi-teknologimo-

den ini juga dapat menjimatkanmasa pekebun-pekebun kecil danburuh. Hal ini demikian kerana tek-nologi moden pada masa sekarangbegitu mudah dan cepat untuk di-gunakan.Dengan adanya teknologi ini, ma-

ka lebih ramai lagi pekerja tem-patan untuk mengusahakan indus-tri sawit berbanding pekerja dariluar. Hal ini kerana tenaga kerjatempatan boleh menjadi sumberutama untukmengurangkan keber-gantungan kepada warga asing se-bagai tenaga buruh.Kerajaan juga telah menubuhkan

Institut Perladangan dan KomoditiMalaysia (IMPAC) untuk menyedia-kan latihan kemahiran kepada te-naga kerja tempatan , terutamanyagolongan remaja, dengan bantuanindustri perladangan.Kesimpulannya, terbuktilah ba-

hawa tekonologi-teknologi modenini boleh menjamin industri sawit.Kita sebagai rakyat Malaysia jugaharus sentiasa menyokong usahakerajaan untuk menghasilkan lebihbanyak teknologi baharu agar ne-gara akan bertambah labih majupada masa akan datang.

PEMENANG PERTAMANursabrina Bahrin

(No. K/P: 980609-10-7112)SMK Bandar Baru Sultan

Suleiman,Lebuh Sultan AbdulSamad, Pelabuhan Klang,

Selangor

Peraduan mengarang eseiBerita Sawit Ogos 2014Peraduan ini terbuka kepada pe-

lajar sekolah menengah di se-luruh negara. Karangan adalahme-ngenai industri sawit negara danantarabangsa dan ditulis tanganberpandukan tajuk yang diberikandi bawah:

Tajuk: “Kemajuan industri sawitdisokong oleh pembangunan tek-nologi. Bincangkan”.

Peraduan Mengarang Esei BeritaSawit terbuka kepada semua pe-lajar sekolah menengah Tingkatan1 hingga 5.

Tiga pemenang utama setiap bu-lan akan menerima;Hadiah Pertama : RM250Hadiah Kedua : RM200Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tem-pat pertama akan disiarkan dalamBerita Sawit keluaran bulan Sep-tember 2014 akan datang.

Syarat Penyertaan:1. Terbuka kepada pelajar seko-

lah menengah tingkatan 1 hingga52. Panjang esei di antara 450 - 600

patah perkataan3. Sila nyatakan nama penuh,

alamat sekolah, alamat rumah,nombor kad pengenalan, nombortelefon dan sertakan sekeping gam-bar berukuran pasport (sekiranyaada)4. Keputusan juri adalah muk-

tamad5. Tarikh tutup penyertaan ialah

pada 22 Ogos 20146. Hantarkan penyertaan ke ala-

mat:

Peraduan Mengarang Esei BeritaSawitIbu Pejabat MPOB6, Persiaran Institusi,Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Sa-

mad (Unit Komunikasi Korporat)

Keputusan Peraduan MengarangEsei Berita Sawit Bulan Julai 2014

Pemenang:

Hadiah PertamaNursabrina Bahrin(No. K/P: 980609-10-7112)SMK Bandar Baru Sultan Sulei-

man,Lebuh Sultan Abdul Samad,42000 Pelabuhan Klang,Selangor

Page 11: Berita Sawit - Ogos 2014

12

Pengerusi MPOB, Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar WanAhmad menyerahkan duit raya kepada salah seorang anak yatim padaMajlis Berbuka PuasaMPOB sambil perhatikan Timbalan Ketua Pengarah(R&D) MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din (kanan).

MenteriPerusahaanPerladangan danKomoditi DatukAmar DouglasUggah Embasberamah mesradengankakitangan MPOBpada MajlisSambutan HariRaya Aidilfitri diIbu Pejabat MPOB.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May (tengah) bersama pegawai kanan MPOB ketikamelawat Kompleks Pejabat dan Makmal Stesen Penyelidikan MPOB, Teluk Intan.

Ketua Setiausaha MPIC, Datuk Himmat Singh bersama Pengerusi MPOB, Dato' Wan MohammadKhair-il AnuarWan Ahmad (dua dari kiri); Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Choo YuenMay (kiri);Timbalan Ketua Pengarah (R&D) MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din pada Majlis Sambutan Hari Raya AidilfitriMPOB di Ibu Pejabat MPOB.

Ketua PengarahMPOB, DatukDr Choo YuenMay (duduk) sempenaAnugerah Honorary Doctorate of Science dari University of South Walesbersama Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mohammad Khair-il AnuarWan Ahmad (kanan), Pro-Chancellor Profesor John Andrews (dua darikanan) dan Vice-Chancellor Profesor Julie Lyndon (kiri)

l