berita sawit - jun 2014

11
Oleh Noor Asmawati Abdul Samad [email protected] l Sri Aman P rogram Hello Komoditi turut memeriahkan Pesta Benak Sri Aman 2014 yang berlangsung di sini, baru-baru ini. Program dianjur bersama agensi di bawah Kementeri- an Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Lem- baga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Ma- laysia (LGM), Lembaga Perin- dustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (LLM) dan Lembaga Kenaf dan Tem- bakau Negara (LKTN). MPIC bertanggungjawab terhadap pembangunan in- dustri komoditi utama negara iaitu minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko, tembakau, kenaf dan lada hitam. Mela- lui program Hello Komoditi, Kementerian dan agensi di bawahnya dapat menerang- kan kepada masyarakat mengenai peranan serta kemudahan yang disediakan oleh MPIC dan agensi di bawahnya. Program Hello Komodi- ti adalah program turun padang MPIC sebagai pendekatan untuk ber- temu masyarakat bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan sektor komodi- ti utama negara dan produk berasaskan komoditi. Tarik minat masyarakat Program Hello Komoditi ber- jaya memupuk dan menarik minat masyarakat golongan belia untuk mendalami pe- luang pekerjaan di sektor perladangan dan sektor ber- kaitan. Ia juga menyediakan mak- lumat mengenai untuk me- ningkatkan pendedahan dan kesedaran kepada pekebun kecil mengenai kewujudan kemudahan, insentif, skim bantuan dan galakan yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah MPIC bagi memban- tu meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil. Program turut membabit- kan penyertaan golongan be- lia, pelajar dan masyarakat umum yang berminat men- ceburi bidang keusahawanan dalam sektor komoditi seperti produk berasaskan sawit dan komoditi lain. Program seumpama ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi menambah pengetahuan serta meningkatkan keseda- ran masyarakat untuk men- ceburi bidang keusahawanan yang sekali gus memberikan pulangan ekonomi yang baik. Sementara itu, Pesta Benak Sri Aman 2014 yang menganjurkan pelbagai acara menarik dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara. Pro- gram dirasmikan oleh Tim- balan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang merangkap Menteri Pemode- nan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak. − SABTU 7 JUN 2014 Hello Komoditi serikan Pesta Benak Sawit Berita MPOB Menjana Perubahan Industri Sawit Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang (tiga dari kiri) bersama Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg (dua dari kiri) semasa majlis perasmian Pesta Benak 2014 di Sri Aman, Sarawak. » Pendekatan bertemu masyarakat, tingkat kesedaran mengenai produk komoditi

Upload: duongmien

Post on 05-Feb-2017

267 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Sawit - Jun 2014

Oleh Noor Asmawati Abdul Samad [email protected] l Sri Aman

Program Hello Komoditi turut memeriahkan Pesta Benak Sri Aman

2014 yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Program dianjur bersama agensi di bawah Kementeri-an Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Lem-baga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Ma- laysia (LGM), Lembaga Perin-dustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (LLM) dan Lembaga Kenaf dan Tem-bakau Negara (LKTN).

MPIC bertanggungjawab terhadap pembangunan in -dustri komoditi utama negara iaitu minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko, tembakau, kenaf dan lada hitam. Mela-lui program Hello Komoditi, Kementerian dan agensi di bawahnya dapat menerang-

kan kepada masyarakat mengenai peranan serta kemudahan yang disediakan oleh MPIC dan agensi di bawahnya.

Program Hello Komodi-ti adalah program turun padang MPIC sebagai pen dekatan untuk ber-temu masyarakat bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan me ngenai kepentingan sektor komodi-ti utama negara dan produk berasaskan komoditi.

Tarik minat masyarakatProgram Hello Komoditi ber-jaya memupuk dan menarik minat masyarakat golongan belia untuk mendalami pe -luang pekerjaan di sektor perladangan dan sektor ber-kaitan.

Ia juga menyediakan mak- lumat mengenai untuk me -ning katkan pendedahan dan kesedaran kepada pekebun kecil mengenai kewujudan kemudahan, insentif, skim bantuan dan galakan yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah MPIC bagi memban-

tu meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil.

Program turut membabit-kan penyertaan golongan be- lia, pelajar dan masyarakat umum yang berminat men-ceburi bidang ke usahawanan dalam sektor komoditi seperti produk berasaskan sawit dan komoditi lain.

Program seumpama ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi menambah pengetahuan serta meningkatkan keseda-ran masyarakat untuk men-ceburi bidang keusahawanan yang sekali gus memberikan pulangan ekonomi yang baik.

Sementara itu, Pesta Benak Sri Aman 2014 yang menganjurkan pelbagai acara menarik dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara. Pro-gram dirasmikan oleh Tim-balan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang merangkap Menteri Pemode-nan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak.

− SABTU 7 JUN 2014

Hello Komoditi serikan Pesta Benak

SawitBerita

MPOB Menjana Perubahan Industri Sawit

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang (tiga dari kiri) bersama Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg (dua dari kiri) semasa majlis perasmian Pesta Benak 2014 di Sri Aman, Sarawak.

» Pendekatan bertemu masyarakat, tingkat kesedaran mengenai produk komoditi

Page 2: Berita Sawit - Jun 2014

Hello Komoditi turunpadang di Sungai Besar

Oleh Che Johari [email protected]

Sungai Besar

ProgramHello Komoditi yangmenjadi program turun-pa-dang Kementerian Perusa-

haan Perladangan dan Komoditi(MPIC) diadakan di Sungai Besar,Selangor, di sini, baru-baru ini un-tuk memperkenalkan sektor ko-moditi secara langsung dengan le-bih dekat kepada khalayak sasa-ran terutama pekebun kecilkomoditi.

Selain itu, orang ramai jugaberpeluang mendapat maklumatterkini mengenai teknologi, ino-vasi, produk terbaru dan peluangperniagaan yang ditawarkan olehsektor komoditi di samping me-ningkatkan pengetahuan menge-nai kepentingan sektor ini ke-pada ekonomi negara.

Timbalan Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukNoriah Kasnon berkata demikiansemasa menyampaikan ucapanperasmian program yang dihadirilebih 800 orang pekebun kecil ko-moditi sawit, getah, koko dan ke-naf.

Beliau berkata, program turun-padang ini adalah langkah amatbertepatan dengan usaha trans-formasi kerajaan, terutama prin-sip untuk merakyatkan perkhid-matan awam.

“MPIC bertanggung jawab dan

berperanan menterjemahkan Da-sar Komoditi Negara (DKN) de-ngan mentransformasikan indus-tri komoditi negara bagi mening-kat daya saing dan kemampananmenjelang tahun 2020.

Tujuh teras strategik DKN“Kerajaan yakin hasrat itu dapatdirealisasikan melalui pendeka-tan tujuh teras strategik DKN, ia-itu pemerkasaan industri; pemo-denan aktiviti pengeluaran; peng-hasilan produk bernilai tambahtinggi melalui penyelidikan danpengkomersialan.

“Selain itu, strategi penjanaansumber pendapatan baru; pengu-kuhan dan perluasan pasaran:meningkatkan keupayaan peke-

bun kecil dan usahawan sertapembangunan modal insan,” ka-tanya.

Datuk Noriah berkata, sumba-ngan sektor komoditi kepada pen-janaan pendapatan negara amatsignifikan.

Tahun 2013, eksport produkberasas komoditi berjumlahRM114.5 bilion dan separuh da-ripadanya adalah sumbangan darikomoditi sawit.

“Kita yakin melalui programtransformasi yang sedang danakan dilaksanakan, sektor komo-diti negara berupayamencapai sa-saran eksport produk berkaitan-nya berjumlah RM242.6 bilionmenjelang tahun 2020,” katanya.

Selain itu, MPIC berusahamembangun dan memperkenal-kan beberapa komoditi baru se-perti kenaf dan industri biodieselberasas sawit yang dilihat kedua-dua komoditi ini mampu me-nyumbang kepada pendapataneksport negara.

“Batang kenaf kering bolehmenghasilkan produk gentian (fi-bre) dan empulur (core) boleh di-gunakanuntukmenghasilkanpro-duk biokomposit, penebat (insu-lator), papan gentian (fibreboard)dan pulpa,” katanya.

Penggunaan biodiesel berasassawit membantu meningkatkanpenggunaan minyak sawit dan se-kali gus menstabilkan harga mi-nyak sawit di samping memberikesejahteraan ekonomi dan pe-ningkatan pendapatan kepada pe-nanam sawit termasuklah peke-bun kecil.

“Program biodiesel sawit B5 te-lah pun dilaksanakan sepenuh-nya di Semenanjung Malaysiamembabitkan hampir 2,800 buahstesen minyak dan program iniakan diperluaskan ke Sabah danSarawak mulai Julai 2014,” ka-tanya.

INFO

Tujuh (7) TerasStrategi DasarKomoditiNegara (DKN)

Pemerkasaan industrikomoditi.Pemodenan aktiviti

pengeluaran komoditi.Penghasilan produk bernilai

tambah melalui penyelidikandan pengkomersialan.Penjanaan sumber

pendapatan komoditi baru.Pengukuhan dan perluasan

pasaran komoditi.Meningkat keupayaan

pekebun kecil dan usahawankomoditi.Pembangunan modal insan

sektor komoditi.

» Programperkenal sektorkomoditi lebihdekat kepadapekebun kecil

2

Dato’ Noriah Kasnon (dua dari kiri) bersama Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim (kiri) semasa di gerai PameranSantan Sawit MPOB sempena Program Hello Komoditi di Sungai Besar, Selangor. Turut kelihatan YBBudiman Mohd Zuhdi, ADUN Pasir Panjang (dua dari kanan) dan Ahmad Sidek Stroo, Timbalan Ketua Pengarah(Perkhidmatan) MPOB (kanan).

Industri sawit terus mengekalkansumbangannya kepada KDNK, gu-na tenaga dan pendapatan eks-port negara. MPOB sebagai pe-neraju utama pertumbuhan in-dustri sawit telah memainkanperanan penting bagi mewujud-kan perkembangan yang sempur-na dan teratur bagi memantap-kan daya saing industri sawit diperingkat antarabangsa. Inovasidalam penyelidikan dan pemba-ngunan adalah teras kepada ke-kuatan pembangunan ekonomi.Ini seiring dengan saranan dandedikasi YAB Perdana Menteri un-tuk menjadikan Malaysia sebagaisebuah negara yang berpendapa-tan tinggi menjelang 2020.Dalam merealisasikan Wawa-

san 2020, usaha-usaha membu-dayakan transformasi perkhid-matan telah diamalkan di MPOB, di mana semua pe-nyelidik perlu berfikiran kreatif dan inovatif supaya dapatmenghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi danmemenuhi kehendak pasaran. Falsafah perkhidmatanyang terbaik dalam pelaksanaan penyelidikan adalahbertujuan untuk meningkatkan lagi daya saing dan dayamaju industri sawit negara. Hasilnya, banyak penyelidikanMPOB telah berjaya merangkul pelbagai kejayaan samaada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Baru-baru ini, MPOB telah menyertai pertandingan

sempena Pameran Reka Cipta, Inovasi dan TeknologiAntarabangsa kali ke 25 (ITEX 2014) yang telah ber-langsung pada 8-10 Mei 2014 di Kuala Lumpur ConventionCentre. Di pertandingan ITEX 2014,MPOB telah meng-hantar sebanyak 32 penyertaan dan semua berjaya me-rangkul pingat. MPOB memenangi 17 pingat emas, 14pingat perak dan 1 pingat gangsa dan ini menempat-kannya di kedudukan yang teratas di kalangan 83 insitusi-institusi penyelidikan dan Agensi/Jabatan Kerajaan. Pen-capaian 17 pingat emas ini adalah yang terbesar yangpernah MPOB capai semenjak menyertai ITEX yang di-adakan pada setiap tahun. MPOB turut memenangi duaAnugerah Emas “Best Malaysia Innovative Product” danjuga Anugerah Pavilion Terbaik.MPOB mengamalkan pendekatan serampang tiga mata

dalam penyelidikan iaitu; berpendapatan tinggi, nilaitambah dan pembuangan sifar. Justeru, pendekatan pe-nyelidikan di MPOB adalah komprehensif merangkumisegmen huluan hingga hiliran. Ini termasuk sektor per-ladangan, bioteknologi, bahan klonal, kejuruteraan la-dang, ternakan, fitonutrien, biojisim, tenaga hijau, bio-diesel sawit, komponen automotif, makanan dan oleo-kimia. Dengan perkataan lain, ia merangkumikeseluruhan rantaian pengeluaran industri daripada ak-tiviti penanaman hingga penghasilan teknologi/produk.Pencapaian di ITEX 2014 menunjukkan teknologi yang

terkini yang telah dihasilkan oleh MPOB. Pada keselu-ruhannya, terdapat sejumlah 543 teknologi / inovasiyangtelah ditawarkan semenjak 1986 untuk dikomersial-kan oleh pihak industri melalui Seminar PemindahanTeknologi (Seminar TOT) yang diadakan pada bulan Junsetiap tahun. Sehingga kini, 165 teknologi MPOB (30.4 %)telah dikomersialkan. Pengkomersialan teknologi MPOBmeliputi baka klon sawit, mekanisasi ladang, perlindu-ngan tanaman, pengilangan dan pemprosesan, tenagahijau, biodiesel sawit, oleokimia, produk agro, komponenautomotif, pemakanan, farmaseutikal, peralatanmakmal,perkhidmatan analisis dan lain-lain lagi.Seminar TOT 2014 akan diadakan pada 18 Jun 2014

bertempat di Ibu Pejabat MPOB dimana 20 teknologi baruakan dilancarkan. Seminar ini adalah landasan bagi pe-labur-pelabur serta usahawan-usahawan termasuk indus-tri kecil dan sederhana untuk menerokai bidang teknologimakanan, produk kosmetik dan penjagaan diri, biojisimdan juga jentera. Pengkomersialan teknologi membukaruang ke arah transformasi ekonomi negara dan me-nambah kepada peningkatan prestasi industri sawit ne-gara melalui pelaburan dan peluang-peluang perniagaanbaru. Ini dapat dibantu dengan kepakaran penyelidik-penyelidik di MPOB. Ia juga menggalakkan pertumbuhanindustri baru dan aktiviti nilai tambah dan seterusnyameneroka laluan ke arahmenjadikanMalaysia sebagai habantarabangsa pembangunan produk sawit.

Page 3: Berita Sawit - Jun 2014

56 sertai kursus kosmetik sawit

Datuk Dr Choo Yuen May menyampaikan sijil tamat KursusKosmetik Sawit 2014 kepada peserta semasa majlis penutupankursus tersebut. Turut kelihatan, fasilitator kursus, Dr Luigi Rigano(dua dari kiri) dan Pengarah, Bahagian Kemajuan Teknologi OleokimiaMPOB, Dr Hazimah Abu Hassan (kanan).

3

Pekebun kecilkomponenpentingindustri sawit

Pengerusi MPOB, Dato’ Ar WanMohammad Khair-il Wan Ahmad semasa melawat gerai pameran MPOBsempena Program MPOB Bersama Pekebun Kecil Sawit di Teluk Intan, Perak.

Oleh Cheong Mei [email protected]

Bangi: Seramai 56 orang pesertamenyertai Kursus Kosmetik Sa-wit 2014 yang berlangsung pada5 hingga 9 Mei 2014 di ibu pe-jabat MPOB dengan tema ‘Geldan Emulsi Pelbagai Fungsi:krim BB, CC dan DD.’

Kursus anjuran MPOB ini di-kendalikan oleh Dr Luigi Riganodari Institute of Skin and Pro-duct Evaluation (ISPE) dan DrNicola Lionetti dari Rigano Con-sulting and Research Milan, Ita-li.

Kebanyakan peserta yangme-nyertai kursus ini adalah me-reka yang terbabit dalam indus-tri kosmetik dan bahan penja-gaan diri seperti pelajar,penyelidik, ahli pemasaran, pe-ngeluar, ahli kimia, ahli mik-robiologi, ahli dermatologi danpengusaha salun.

Ketua Pengarah MPOB, DatukDr Choo Yuen May ketika ber-ucap merasmikan kursus ituberkata, melalui kursus ini, pe-serta diberi pendedahanmenge-nai teori dan praktikal dalam

penghasilan formulasi dan pen-cirian produk kosmetik serta ba-han penjagaan diri.

“Peserta akan didedahkan de-ngan penggunaan bahan oleo-kimia sawit sebagai bahan men-tah untuk menghasilkan formu-lasi dan produk kosmetik sertapenjagaan diri.

“Kursus ini akan memfokus-kan kepada penggunaan bahanaktif yang mempengaruhi seca-

ra psikologi dalam penghasilankosmetik dan bahan penjagaandiri terutama formula anti-pe-nuaan dan krim BB, CC dan DDterkini.

“Peserta akanmendapat gam-baran menyeluruh dan maklu-mat yang komprehensif dalamhal pemilihan dan penggunaanbahan mentah kosmetik danteknologi formulasi bagi peng-hasilan produk,” katanya.

Oleh Siti NurhajarMariam Wan [email protected]

Teluk Intan

Sektor pekebun kecil sawitadalah satu komponen pen-ting dalam industri sawit

yang menyumbang kepada pe-ngeluaranminyak sawit dan pen-dapatan negara, kata PengerusiMPOB, Dato’ Ar Wan Mohammad

Khair-il Anuar Wan Ahmad.Berucapmerasmikan Program

MPOB Bersama Pekebun Kecil Sa-wit di pekarangan Surau Jami-atul Batu 4, Selabak di sini barubaru ini, beliau berkata, Kerajaanmelalui MPOB telah merancangdan menyasar untuk meningkat-kan pendapatan pekebun kecilsawit daripada RM4,794 sehektarpada tahun 2010 kepada RM7,047sehektar menjelang tahun 2020.

Katanya, pembabitan secaramenyeluruh pekebun kecil dalampenanaman sawit adalah elemenpenting kepada kemajuan industrisawit di negara ini.

“Ini ternyata dengan pening-katan pengeluaran dan eksportminyak sawit telahmenyumbangkepada pendapatan eksport pro-duk sawit kepada PendapatanNe-gara Kasar bernilai RM61.36 bi-lion pada tahun 2013.

“Sejumlah 40 peratus keluasantanaman sawit yang berjumlah

5.23 juta hektar di seluruh negaraadalah diusahakan oleh pekebunkecil persendirian dan kelolaanagensi kerajaan seperti FELDA,RISDA dan rancangan pemba-ngunan tanah milik Kerajaan Ne-geri. Sehingga 2013, jumlah pe-kebun kecil sawit yang berdaftardengan MPOB adalah 190,000orang,” katanya.

Beliau juga menggesa MPOBsupaya mempergiatkan aktivitidan program bagi menarik sertamembantu komuniti tempatan

menanam sawit.“MPOB perlu meningkatkan

program tunjuk ajar dan khidmatnasihatmengenai caramenanamdan amalan penyelenggaraan ke-bun yang baik kepada pekebunkecil bagi mendapatkan hasilbuah tandan segar yang tinggidan bermutu,” katanya.

Guna anak sawit bermutuDato’ Ar Wan Mohammad Khair-il menasihati pekebun kecil su-paya memastikan penggunaan

anak benih sawit yang bermutudan tulen dan mengelakkan da-ripada menggunakan anak benihyang tidak berpenghasilan tinggi.

Semasa lawatan ke gerai pa-meran Program Santai Sawityang turut diadakan pada petangitu, beliau diberi penjelasan me-ngenai produk makanan dan bu-kan makanan berasas sawit yangdipamerkan. Beliau turut me-nyampaikan hadiah kepada pe-menang pemenang acara pertan-dingan memasak.

» EksportmenyumbangkepadaPendapatanNegara Kasarbernilai RM61.36b

Page 4: Berita Sawit - Jun 2014

MPOB menang 32pingat, pavilionpameran terbaik ITEX» Peluang usahawan, peserta teroka aspek komersial

Oleh Che Johari [email protected]

Kuala Lumpur

MPOB mencatat sejarahapabila semua 32 tekno-logi yang menyertai per-

tandingan sempena Pameran Re-ka Cipta, Inovasi dan TeknologiAntarabangsa kali ke-25 (ITEX2014) yang berlangsung di PusatKonvensyen Kuala Lumpur (KL-CC), baru-baru ini berjaya me-menangi kesemua pingat dalampelbagai kategori yang dipertan-dingkan.

32 pingat yang dimenangi ituadalah 17 pingat emas, 14 pingatperak dan satu pingat gangsa.Pencapaian 17 pingat emas ituadalah yang terbesar dicapai se-takat ini bagi MPOB sejak me-nyertai ITEX yang diadakan padasetiap tahun itu lebih 10 lalu.

Selain itu, penyelidik MPOB ia-itu Dr Idris Abu Seman turutmemenangi Anugerah Emas ‘Ma-laysia Innovative Product’ bagiproduk hasil reka ciptanya yangbertajuk ‘Commercial Productionof EMBIO Actinoplus Powder forControlling Ganoderma Diseasein Oil Palm’.

Manakala Dr Ridzuan Ramlipula turut memenangi Anugerah‘Malaysia Innovative Product’ ba-gi produk hasil rekaannya yangbertajuk ‘Oil PalmEco SoundDea-dening for Automotive’.

Pemenang setiap kategori di-pilih berdasarkan beberapa kri-teria tertentu seperti penghasilanpenyelidikan yang baru, keaslianinovasi, keberkesanan ciptaandan beberapa aspek lain yangme-menuhi syarat yang ditetapkan.

MPOB juga memenangi anu-gerah pavilion pameran terbaikpada ITEX kali ke-25 ini.

ITEX 2014 berlangsung selama3 hari bermula 8 hingga 10 Mei2014 itu dirasmikan oleh Tim-balan Menteri Sains, Teknologidan Inovasi, Datuk Abu BakarMohd Diah.

Kemenangan besarKetua Pengarah MPOB, Datuk DrChoo Yuen May ketika dihubungiBH, berkata beliau gembira de-ngan kemenangan besar yang di-raih itu kerana beliau seringmenggalakkan penyelidik MPOBmenyertai pertandingan inovasidan reka cipta peringkat anta-rabangsa bagi menimba penga-laman.

“Menerusi penyertaan dalam

pertandingan reka cipta seumpa-ma ini, MPOB berpeluang mem-pamerkan inovasi dan hasil ter-baru penyelidikan dan pembangu-nan yang dijalankan oleh MPOB.Menang atau tidak bukan keuta-maanMPOB kerana apa yang pen-ting, penyelidik kami mempunyaisemangatuntukbersaing. Iamem-berimotivasi kepadamereka lebihgigih berusaha.

“Penyertaan dalam pameranini jugamemberi peluang kepadausahawan dan peserta industriuntuk melihat sendiri dan me-neroka aspek pengkomersialanbagi teknologi dan produk yangdihasilkan itu. Pada masa ini,MPOB mencatatkan kadar peng-komersialan yang konsisten se-tiap tahun iaitu sekitar 30 pe-ratus. Ini bermakna, daripada 10inovasi yang dicipta penyelidikkami, tiga daripadanya menda-pat perhatian industri untuk di-komersialkan,” katanya sambilmenyifatkan pengkomersialanyang dijalankan membawa ba-nyak manfaat kepada industri,komuniti dan masyarakat.

Datuk Dr Choo Yuen May ber-kata, MPOB akan turut menyertaiITEX pada tahun hadapan danmensasarkan sebanyak 30 tekno-logi akan dihantar menyertainya.

4

Datuk Dr Choo Yuen May (lima dari kanan) bersama penyelidik MPOB yang memenangi pingat emasdi Majlis Penyampaian Anugerah dan Pingat pada Malam Budaya Cipta ITEX 2014.

MPOB

Page 5: Berita Sawit - Jun 2014

7 JUN 2014 SABTU 5NASIONAL

EMBIO™actinoPLUScegahGanoderma» Penyelidikanbukti kepekaanMPOB tingkatproduktivitibuah sawit

EKSKLUSIF PENCAPAIAN MPOB SEMPENA ITEX 2014

Oleh Madihah Ahmad [email protected]

Teknologi Commercial Pro-duction of EMBIO™ ac-tinoPLUS Powder for Con-

trolling Ganoderma Disease inOil Palm, hasil reka cipta yangdiketuai Dr Idris Abu Semanberjaya meraih dua anugerahtertinggi ITEX 2014, iaitu pi-ngat emas reka cipta ITEX 2014dan Anugerah Inovasi ProdukTerbaik Malaysia, untuk Ka-tegori Pertanian.

Penyelidikan yang diba-ngunkan ini adalah kesung-guhan dan kepekaan MPOBbagi menangani serangan se-rius penyakit Ganoderma keatas tanaman sawit yang bo-

leh mengancam industri sawitnegara. Penyakit ini menye-rang lebih 59,148 hektar ta-naman sawit dan dianggarkankerugian akibat serangan pe-nyakit ini adalah sebanyakRM1.5 billion.

Konsep teknologi hijauTeknologi formulasi serbuk ke-ring ini mengandungi bahanaktif tidak-patogen aktinomisit,Streptomyces GanoSA1, diru-muskan bersama mediumpembawa organik iaitu vermi-kulit dan bioarang. Ia diba-ngunkan berdasarkan konsepteknologi hijau untuk kawalanpenyakit Ganoderma dan di-namakan EMBIO™ actinoP-LUS.

Teknologi EMBIO™ actinoP-LUS berjaya dikomersialkanmelalui usaha samaMPOB dansyarikat Pascal Biotech SdnBhd, Shah Alam, Selangor.

Hasil kajian menunjukkanproduk ini berupaya menga-wal dan mengurangkan sera-ngan penyakit Ganoderma se-hingga 65.2 peratus. Selain itu,ia juga berupaya meningkat-

kan pertumbuhan vegetatifdan meningkatkan produkti-viti buah sawit.

Tak rosak kualiti buahKajian teliti juga dilakukanmendapati penggunaan for-mulasi ini tidak merosakkankualiti buah dan minyak sawityang dihasilkan dan tiada ke-

san sampingan ke atas pokoksawit. Malah aplikasinya yangmudah, murah dan mesraalam memberikannya kelebi-han untuk dikomersialkan da-lam pasaran berbanding ra-cun kulat. Teknologi ini telahdipatenkan dan pernah me-menangi Anugerah InovasiMPOB 2013.

Hasil pelenyap bunyi gentian sawit

Kit SureSawit™Shell tentukanjenis buah sawit

5

Oleh Dr Rajinder [email protected]

Program Genom sawit MPOB berjaya me-lakar peta genom kedua-dua spesis sawitiaitu Elaeis guineensis dan Elaeis oleifera.Peta genom sawit yang dihasilkan MPOBmembolehkan pemencilan gen Shell yangterlibat dalampembentukan tiga jenis buahsawit iaitu dura, tenera dan pisifera yangberbeza dari segi ketebalan tempurung.

Ketebalan tempurung adalah satu ciripenting sawit berkait rapat dengan saizbuah sawit dan minyak yang dihasilkan.Tenera menghasilkan produktiviti minyakyang optimum iaitu melebihi 30 peratus

daripada dura,manakala pisifera biasanyatidak menghasilkan buah sempurna.

Pemencilan gen itumembolehkan pem-bangunan Kit SureSawit™ Shell yang akanmembolehkan ketiga-tiga jenis sawit (dura,pisifera dan tenera) dibezakan di tapaksemaian atau lebih awal. Ini memberikesan besar dalam peningkatan hasil mi-nyak, terutamanya oleh pekebun kecil ser-ta memainkan peranan penting dalammempercepatkan penghasilan baka baha-ru melalui proses pembiak-bakaan sawit.

Teknologi veselbermotor hasilkultur susuOleh Dr Ahmad Tarmizi [email protected]

Teknologi pengklonan sawit dapat dila-kukan dengan menggunakan sistem kul-tur pepejal serta kultur cecair. Kaedahkultur cecair lebih berkesan tetapi prosesini secara tradisional dihadkan kepada saizkelalang serta alat penggoncang. Peng-gunaan kelalang atau kultur goncang amatsesuai pada isipadu kultur cecair yangrendah.Untuk tujuan penskalaan tinggi, peng-

gunaan bioreaktor komersial/berjenamaboleh diguna pakai tetapi kosnya tinggi disamping penginokulasi kultur adalahamat rumit.Untuk mengatasi masalah itu teknologi

terkini dicipta yang dikenali sebagai VeselBermotor MPOB atau singkatannyaMPOB-MotoVess terdiri daripada motor bersertapemegang, pemutar untuk agitasi dan pe-nyembur (sparger). Tiub panjang juga di-pasang di luar vesel dan disambungkankepada pam ringkas untuk tujuan pe-ngudaraan.

Dr Idris Abu Semanmeraih dua anugerah tertinggi ITEX 2014,iaitu Pingat Emas Reka Cipta ITEX 2014 dan Anugerah InovasiProduk Terbaik Malaysia di bawah Kategori Pertanian denganteknologi yang bertajuk Commercial Production of EMBIO™actinoPLUS Powder for Controlling Ganoderma Disease in OilPalm.

Oleh Dr Ridzuan [email protected]

Kepingan pelenyap bunyi(dampening sheets) digunakanuntuk mengawal bunyi bising(noise), gegaran (vibration) dankelasakan (harshness) di manaia bertindak sebagai penyerapkekal (fix absorber) bagi me-ngurangkan bunyi bising dangegaran ketika kereta dipandu.

Kepingan ini adalah bahanutama (must ingredient) yangmesti ada dalam setiap ken-deraan bagi memastikan tigaaspek itu terjamin. Ia dipasangpada beberapa bahagian ke-reta seperti lantai, pintu danbut belakang kereta.

Penyelidikan dijalankanMPOBmenggantikan asbestos,silika dan kertas kitar semulayang digunakan dalam kepi-ngan pelenyap bunyi komer-sial dengan gentian sawit

menggunakan resin yang di-formulasi sendiri.

MPOB berjaya memformu-lasikan resin sintetik khas yangsesuai digunakan untuk me-

rekat gentian sawit bagi meng-hasilkankepinganpelenyapbu-nyi yang menepati piawai an-tarabangsa untuk industriautomotif seperti Proton (ES-X

62223/6), Hyundai (MS-731-06)dan Nissan (NES M 9001 (2007).

Mesra alamPenggunaan gabungan formu-lasi ini bukan saja mengurang-kan kos penghasilan produkkerana menggunakan bahanbuangan sawit iaitu tandankosong yang murah harganya,malahan lebih mesra alam, le-bih ringan (menjimatkan mi-nyak) dan tidakmerbahaya ke-pada kesihatan pemandu ke-rana tidak menggunakanabsestos.

Kepingan pelenyap ini di-patenkan di enam negara iaituMalaysia, Jerman, Thailand,Indonesia, Jepun dan AmerikaSyarikat. Kepingan ini diguna-pakai dalam5buahmodel ken-deraan seperti Hyundai Accent(2007-2009), Hyundai Elantra(2008-2009), Suzuki Swift(2012), Mazda 3 (2010) dan PRO-TON Preve (2012).

Kepingan pelenyapbunyi untuk kenderaanmenggunakan bahan

buangan sawit.

Kit SureSawit™ Shell.

Page 6: Berita Sawit - Jun 2014

Oleh Razak [email protected]

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)berjaya membangunkan jentera penyuntikbagi mengawal sebaran penyakit reputpangkal batang (RPB) yang disebabkan olehkulat Ganoderma Boninense.Penyelidikan dan pembangunan itu me-

ngambil masa empat tahun untuk mem-bangunkan jentera itu sebelum diperke-nalkan kepada industri. Peralatan yang di-guna itu dipasang kepada sebuah traktor-mini dilengkapi alat penebuk dan penyun-tik yang dikuasakan sistem hidraulik.Ia juga dilengkapi tangki berkapasiti 200

liter bagi memuatkan cecair kimia bagitujuan suntikan ke batang sawit. Alatanpenebuk dan penyuntik berserta tangki airitu boleh dipasang kepada sebarang jenteradengan hanya perlu melakukan sedikit pe-ngubahsuaian.

Suntik lebih banyak pokokUjian ladang yang dijalankan mendapatijentera ini berupaya menyuntik pada kadar100 hingga 120 pokok sehari berbandingkaedah manual yang hanya mampu me-nyuntik 4 hingga 5 pokok sehari.Sebagai perbandingan,menggunakan jen-

tera ini, seorang pekerja juga hanya per-lukan masa 2 hingga 3 minit untuk me-nyelesaikan kerja suntikan pada setiap po-kok berbanding kaedah manual yangmemerlukan 20 hingga 30 minit sepokok.Jentera yang dibangunkan ini dapat me-

ningkatkan produktiviti dan pada masayang sama membantu pengurusan ladangmengatasi masalah kekurangan pekerja.

EKSKLUSIF PENCAPAIAN MPOB SEMPENA ITEX 2014

Jentera penyuntikkawal Ganoderma

Oleh Vijaya [email protected]

Amalan biasa kilang sawit di Malaysia bagimenghasilkan minyak sawit mentah adalahdengan menggunakan penekan skru me-kanikal bagimemerahminyak sawitmentahdaripada Buah Tandan Segar (BTS). Namun,kaedah mekanikal bagi memerah minyaksawitmentahdaripadaBTSmempunyai hadkekuatan pemerahan menyebabkan 5 pe-ratus hingga 11 peratus minyak sawit men-tah tertinggal sebagai residu.Ini menyebabkan kehilangan minyak sa-

wit mentah yang diperah antara 240,250tan hingga 528,550 tan pada tahun 2013dengan nilai kerugian RM600.62 juta hinggaRM1.32 bilion dengan mengambil kira pu-rata harga minyak sawit mentah sebanyakRM2,500 satu tan pada tahun berkenaan.

Kaedah mesra alamUntuk tujuan itu, MPOB membangunkankaedah yang mesra alam untuk mengeks-trak sebahagian daripada minyak residudalam sabut sawit. Kaedah ini menggu-nakan teknik pencucian di mana air da-ripada kilang sawit dikitar semula danmenggunakan tenaga elektrik yang diha-silkan oleh kilang sawit dengan menggu-nakan tandang kosong sawit dan tempu-rung sawit sebagai bahan api.Minyak sawit mentah yang diekstrak

mempunyai kualiti yang lebih baik, te-rutama tahap kandungan Karotena danVitamin E. Ini membolehkan minyak sawitmentah ini digunakan untuk aplikasi far-masi dan makanan atau pun dicampurkansemula dengan minyak sawit mentah biasauntuk diproses seterusnya di kilang pe-napisan minyak sawit.Kaedah dapatmemberi keuntungan tam-

bahan kepada pengilang dan industri sawitdi antara RM 360.37 juta hingga RM 1.08bilion setahun.Ia juga dapatmengurangkan jejak karbon

sebanyak 33.36 juta kg CO2 eq/ setahundengan tidak menggunakan bahan kimiadan pengekstrakkan serta penggunaan mi-nyak sawit mentah yang dijanakan darisumber sisa pembuangan itu juga akanmemberi tambahan pengurangkan jejakkarbon sebanyak 139.97 juta kg CO2 eqhingga 419.91 juta kg CO2 eq/ setahun.

6 7

Oleh Abd Rahim Shuibdan Aminulrashid Ibrahim

Kerja memungut buah sawit lerai mema-kan masa dan dilakukan selepas kerja pe-

nuaian dan pemindahan tandan sawit.Buah lerai yang biasanya berselerak dibawah pokok akan dikumpul dengan ta-ngan atau pencakar sebelum diisi dalambeg plastik atau guni.Kerja ini memerlukan pekerja men-

cangkung atau membongkok dalam tem-puh yang lama untuk mengutip buahsawit lerai dan bolehmengakibatkan sakitbelakang dan ditambah jika kawasan la-dang yang luas dan berbukit.

Mudahkan kerja mengutipBerikutan itu, penyelidikan dibuat bagimereka cipta bentuk,membina danmem-bangunkan alat pengutip buah sawit leraiyang berupaya mengutip dengan mudah,selesa dan cepat berbanding kaedahmenggunakan tangan dan pencakar sertadiharapkan dapat meningkatkan produk-tiviti pekerja.Penyelidikan MPOB menjurus penggu-

naan kaedah sedutan bagi memungutbuah sawit relai. Teknologi sedutan ber-asaskan konsep taufan (cyclone ) iaitu ideaJames Dyson tahun 1980 dan telah digunapakai pada alat penyedut hampagas.Bagi jentera ini, proses menyedut buah

relai disebabkan oleh ‘taufan’ (angin kuatyang bergerak dalam bulatan) yang ter-hasil daripada ruangan penyimpananbuah melalui putaran kipas yang ber-kelajuan tinggi.

Kaedah lebih cepatUntuk menyedut buah relai, pengendalijentera hanya perlu menghalakan corongkhas ke arah buah relai atas tanah. Bagimewujudkan proses menyedut yang ce-kap, jentera dilengkapi dengan hos bagimemudahkan pergerakan.Hasil ujian dilakukan, penggunaan jen-

tera mampu menghasilkan kutipan se-banyak 1,200 hingga 1,500 kg bagi tempoh8 jam bekerja dengan kandungan kurang15 peratus sampah berbanding dengan250 kg hingga 300 kg bagi tempoh yangsama dengan kandungan sampah 30 pe-ratus hingga 40 peratus melalui kutipankaedah manual. Harga jentera ini adalahRM25,000 seunit dan sudah berada dipasaran untuk jualan dan pengkomer-sialan.

Jentera memungutbuat sawit lerai

PALMOL GP1:Formulasi racunrumpai berasasminyak Sawit

Kaedah hijaupengestrakan sisabaki chlorpyrifosminyak sawit

Oleh Dr Ismail Ab. [email protected]

Glifosat atau N (fosfonometil) glisin adalahracun rumpai jenis organofosforus yang pa-ling banyak diguna bagi pengawalan rumpaiterutama di ladang sawit. Secara amnya,glifosat IPA bertindak menghapuskan rum-pai melalui daun, akar, umbisi dan tidakmeruap serta tidak selektif.Kebelakangan ini, penggunaan bahan pen-

cergas serakan (adjuvan) seperti terbitanamina etoksilat di dalam formulasi racunrumpai glifosat adalah terhad atau tidakdibenarkan. Adjuvan konvensional ini mem-bahayakan pengguna seperti keracunan ke-pada mata, kulit dan juga kepada kehidupandalam air. Jadi, pembangunan adjuvan ber-asaskan minyak sawit di dalam racun rum-pai glifosat adalah pilihan terbaik bagi me-ngatasi isu-isu tersebut dan memastikan ke-selamatan kepada pengguna.

Sebatian semula jadi, mesra alamAdjuvan berasaskan minyak sawit adalahsebatian semula jadi yang mesra alam di-hasilkan secara berterusan (renewable), mu-dah terurai dan tidak mencemar perseki-taran.MPOB dan syarikat Ancom Crop Care Sdn

Bhd (ACCSB) bekerjasama membangunkanprojek ini dari tahun 2009 hingga 2012 danberjaya menghasilkan adjuvan dalam for-mulasi glifosat IPA bagi kawalan rumpai.Inovasi dan formulasi produk ini dipin-

dahmilik oleh MPOB kepada ACCSB padaSeminar Pemindahan Teknologi MPOB, 2010.Produk ini juga telah didaftarkan denganLembaga Racun Makhluk Perosak Malaysiadengan jenamaPALMOLGP1. Ia dikategorikansebagai Kelas IV (kesan keracunan sangatrendah kepada hidupan air dan mamalia)berbanding glifosat IPA konvensional (KelasIII). PALMOL GP1 sedia untuk dipasarkan.

Sistem pengasingkering

5 peringkat

S9,10-DHSAbergred kosmetik

sawit

Oleh Zulina Abd [email protected]

Asid lemak hidroksi mendapat perhatianyang tinggi di industri kerana ciri-ciri yangberbeza berbanding dengan asid lemakbiasa. Pada masa ini, sumber utama hi-droksi asid yang dihasilkan secara semulajadi adalah daripada minyak kastor.

Minyak ini tidak banyak di Malaysia.Berikutan itu kumpulan penyelidik MPOB,Zainab Idris, Noor Azeerah Abas, HazimahAbu Hassan, Rosnah Ismail, Puaat Sapardan Azman Rafiei memulakan penyelidi-kan untuk menghasilkan kompaun yanglebih kurang sama tetapi dengan cara lain.Asid oleik berasaskan sawit adalah sum-

ber alternatif untuk penghasilan hidroksiasid. Asid oleik boleh diperoleh daripadapengeluaran asid laurik (C12) dan asidmiristik (C14) daripada minyak isirong sa-wit. Pengepoksidaan asid oleik diikuti de-ngan proses hidrolisis dengan pendermahydrogen seperti air menghasilkan asidlemak khusus, 9,10 – asid dihidroksi stearik(9,10-DHSA).Teknologi ini boleh membantu untuk

mempelbagaikan penggunaan hiliran mi-nyak isirung sawit dan menggalakkanpenggunaan 9,10-DHSA dalam aplikasi kos-metik bagi meningkatkan nilai tambah.9,10-DHSA dapat menawarkan fungsi

yang berpotensi dalam beberapa aplikasi;penambah warna pigmen dalam kosmetikwarna, bahan tambahan untuk rumusanpoliuretana dan agen lutsinar untuk sa-bun. Terbitan ester daripada asid lemak inijuga telah terbuktimemberikan rasa baldupada kulit manusia apabila dimasukkandalam formulasi kosmetik.Penilaian keselamatan gred kosmetik

9,10-DHSA ini telah menunjukkan bahawapenggunaan DHSA pada 5% dan ke bawahsebagai bahan kosmetik yang selamat de-ngan risikominimum kerengsaan / alahanakut pada kulit.

Lilin urutberasaskan sawit

Oleh Dr Lim Wen [email protected]

Lilin bukan hanya digunakan sebagai sum-ber cahaya atau pun dalam upacara ke-agamaan, tetapi lilin kini melalui pelbagaijenis inovasi yang menarik dari segi saiz,reka bentuk dan kegunaannya, lebih-lebihlagi di dunia maju sekarang.Oleh kerana persaingan pasaran yang

hebat, pengeluar lilin (secara industri ataukecil-kecilan) terpaksa menghasilkan pel-bagai jenis lilin agar dapat menarik per-hatian pembeli. Perubahan yang nyata ada-lah dari segi saiz dan bentuk lilin yangmempunyai nilai estetik, berbau wangi danberaromaterapi.Satu jenis lilin yang baruwujud di pasaran

sejak kebelakangan ini adalah lilin urut. Lilinurut adalah satu produk unik yang disa-sarkan untuk pasaran berkaitan penjagaankesihatan dan kecantikan. Ini adalah keranacecair yang terhasil daripada pembakaranlilin itu boleh digunakan pada kulit.Lilin urut dihasilkan dari bahan ber-

asaskan minyak sawit mengandungi se-hingga 5 peratus vitamin E dan pati minyakharuman untuk tujuan aromaterapi. Bu-kan sahaja dihasilkan oleh bahan semu-lajadi, tetapi juga berupaya merawat sertamelembutkan kulit. Apabila dinyalakan,lilin urut akan cair dan menjadi minyakyang suam. Minyak yang telah cair dansuam ini boleh disapu dalam masa be-berapaminit ke atas kulit secara rata untukrawatan urutan.Teknologi penghasilan lilin urut ini telah

sedia untuk diambil oleh pengusaha in-dustri kecil dan sederhana (SME) yang ber-minat untuk mengkomersialkan produkini.

Sistempengekstrakanminyak sawit

residu mesra alam

Oleh Dr Halimah [email protected]

Penggunaan racun serangga seperti chlo-rpyrifos di ladang sawit untuk mengawalanai-anai terutamanya perlu dipantau un-tuk memastikan sisa racun serangga yangdigunakan di bawah tahap maksimum yangdibenarkan.Secara amnya, pemantauan dilakukan

melalui analisis ke atas minyak atau produksawit secara berkala menggunakan kaedahmembabitkan proses pengekstrakan, pem-bersihan dan diikuti pengesanan sisa racunmenggunakan Kromatografi Gas (GC) atauKromatografi Cecair Berprestasi Tinggi(HPLC).Kebiasaannya, pengekstrakan racun pe-

rosak daripada minyak atau produk sawitjalankan menggunakan teknik pengekstra-

kan cecair (LLE). LLE adalah satu teknik yangditerima pakai secara meluas di peringkatantarabangsa. Bagaimanapun, teknik inimenggunakan jumlah pelarut yang tinggi,masa yang lama, tenaga kerja yang ramaidan tidak ekonomi. Keadaan ini telah mem-bawa kepada pencarian alternatif yang ba-ru, iaitu teknik pengekstrakan fasa pepejal(SPE).

Fokus perbandingan dua kaedahDalam kajian ini, kumpulan penyelidikMPOB yang terdiri dari penulis sendiri ber-sama Yeoh Chee Beng, Farah KhuwailahAhmad Bustaman, Najwa Sulaiman dan NikSasha Khatrina Khairuddinmenjalankan pe-nyelidikan dengan memfokus kepada per-bandingan antara dua (2) pembangunankaedah menggunakan pengestrakan LLEdan SPE untuk penentuan sisa racun se-rangga chlorpyrifos dalam minyak sawit.Berdasarkan keputusan perbandingan an-

tara kedua-dua kaedah yang digunakan bagipenentuan racun serangga chlorpyrifos da-lam minyak sawit, didapati kaedah SPE ber-jaya mengurangkan penggunaan pelarut or-ganik sehingga 94 peratus. Penggunaan pe-larut organik yang sangat rendah ini dapatmembantu mengatasi masalah pelupusansisa pelarut dan sekali gus mengurangkanmasalah pencemaran alam sekitar.Berdasarkan kajian ini, kaedah SPE di-

syorkan kerana ia mesra alam dan kos ana-lisis lebih efektif, lebih pantas dan meng-gunakan pendekatan yang mampan danhijau.

Oleh Rohaya Mohamed [email protected]

Sistem pengasing kering 5 peringkat di-bangunkan khusus bagi mengasingkancampuran pemecahan selepas proses pe-mecahan. Campuran pemecahan yang me-ngandungi 5 komposisi berlainan bentukdan berat perlu diasingkan dengan efisyen.Sistem pengasing isirong dan tempurungyang dibangunkan MPOB mengandungi 5turus menegak dengan aliran angin yangberbeza bagi memaksimumkan penguti-pan isirong dan tempurung sawit.Sistem pengasing yang sedang diguna

pakai oleh kilang sawit mengasingkan 20peratus tempurung nipis dan ringan meng-gunakan turus pengasing satu peringkat.Ini diikuti dengan sistem pengasing basahiaitu kolam tanah liat (clay bath) dan jugahidrosiklon yang menggunakan banyak airuntuk mengasingkan 80 peratus lagi cam-puran pemecahan yang terdiri daripadaisirong dan tempurung sawit yang lebihberat. Proses ini menghasilkan buanganeffluen dalam kuantiti yang banyak danperlu dirawat membabitkan kos yang amattinggi.

Sistem beroperasi lancarSistem ini dilengkapi alat pengawal aliranangin yang boleh dilaraskan (adjustabledamper) bagimengubah kadar aliran angindi dalam setiap turus bagi memastikanpengasingan dijalankan dengan efisyen.Sistem ini direka bentuk untuk mengen-

dali proses pengasingan campuran peme-cahan dari kilang berkapasiti 60 tan sejam.Sistem ini sedang beroperasi dengan lancar

di Kilang Sawit Felda Air Tawar, Johor sejakJanuari 2013.Keberkesanan sistem ini ditunjukkanme-

nerusi peningkatan kadar kutipan isirongsawit (KER) yang signifikan iaitu mencecah6.5 peratus berbanding hanya 5.7 peratusdicapai oleh kilang sawit yang beroperasitanpa sistem pengasing ini. Penghasilanisirong dan tempurung yang kering jugameningkat di mana tempurung keringmendapat permintaan yang tinggi dan di-jual dengan harga RM170 /setan. Sistem inijuga menyediakan persekitaran kerja yangselamat dan bersih.

Jentera penyunt ikuntuk kawal penyakitGanoderma.

Dr Ismail bersama formulasi racun PALMOLGP1.

Penyelidik MPOB, Rohaya Mohamed Halimbersama peralatan pengasing kering5 peringkat isi rong sawit.

Penyelidik MPOB, Zulina Abd Mauradbersama produk S9,10-DHSA bergredkosmetik sawit.

Penyelidik MPOB, Dr Vijaya Subramaniammenjelaskan mengenai teknologinyakepada juri penghakiman ITEX 2014.

Mesin pengutip buah sawit lerai mampumengutip sebanyak 1,200 hingga 1,500

kg buah sawit lerai bagi tempoh 8 jambekerja dengan kandungan kurang 15

peratus sampah berbanding dengan 250 kghingga 300 kg bagi tempoh yang sama.

Page 7: Berita Sawit - Jun 2014

» SPOC pastikanhasil sawitdikeluarkansecara mampan,penuhi keperluanpengguna

Oleh Nur Hanani [email protected]

Pekebun kecil individu me-rupakan mereka yangmempunyai keluasan tana-

man sawit kurang daripada 100ekar atau pun 40.46 hektar. Se-hingga 2013, jumlah pekebun ke-cil persendirian yang direkodkanadalah sebanyak 192,198 orangmewakili 748,292 hektar. Jumlahinimewakil 14.5 peratus daripadajumlah keseluruhan keluasan ta-naman sawit di Malaysia yangberjumlah 5.23 juta hektar.

Kelompok Minyak Sawit Mam-pan atau lebih dikenali sebagaiSustainable Palm Oil Cluster(SPOC)merupakan program yangdibangunkan oleh MPOB khususuntuk pekebun kecil persendiri-an. Ianya telah dilancarkan olehMenteri Perusahaan Perladangandan Komoditi pada tahun 2009.

Dua komponen utama prog-ram SPOC ialah melaksanakanPensijilan Kebun Pekebun Kecil

(PKPK) dan menubuhkan Kope-rasi Penanam Sawit Mampan(KPSM).

Objektif SPOC adalah untukmemastikan pekebun kecil sawitmengeluarkan hasil sawit secaramampan dan pada masa yangsamamemenuhi keperluan peng-guna masa kini dan masa depan.

Purata saiz plot tanah milikmereka yang kecil (3.9 hektar se-tiap keluarga) dan kekuranganpendedahan kepada amalan per-tanian baik merupakan faktorutama yang memberi kesan ke-pada tahap produktiviti merekayang rendah.

Oleh yang demikian, di bawahprogram SPOC pekebun kecilakan dikelompokanmengikut ka-wasan menjadi satu kumpulanyang di ketuai sendiri oleh pe-kebun kecil dan di bantu secaraterus oleh Pegawai TUNASMPOB.

Melalui SPOC akan memudah-kan MPOB menjalankan aktivitipengembangan, menyampaikanbantuan dan menerapkan tek-nologi-teknologi terkini kepadamereka.

Sehingga kini 30 buah SPOCtelah ditubuhkan di seluruh ne-gara dan SPOC itu adalah sepertisenaraikan di dalam Jadual 1.

Pensijilan Kebun PekebunKecil (PKPK)Komponen pertama SPOC adalahmelaksanakan Pensijilan KebunPekebun Kecil (PKPK). Pada masaini terdapat beberapa jenis pen-

sijilan yang dijalankan ke ataskebun pekebun kecil di Malaysia.Pensijilan PKPK ialah PensijilanAmalan Pertanian Baik (GAP), Co-de of Practice (CoP), Meja BulatMinyak Sawit Mampan (RSPO)dan juga yang baru di kuatkua-sakan Standard Minyak SawitMampan Malaysia (MSPO) atauMS 2530:2013. Semua pensijilanini dilaksanakan secara sukarela.

PKPK ini akan menjamin mi-nyak sawit dihasilkan secaramampan, selamat digunakan,memberi keuntungan kepadamereka yang terlibat, mesra alamdan memenuhi kehendak peng-guna.

Pensijilan Amalan PertanianBaik atau Good AgriculturalPractice (GAP) adalah pengik-tirafan yang diberi kepada pe-kebun kecil sawit persendirianyang berjaya mengurus kebunsawit mengikut piawaian yangdisyorkan oleh MPOB secara in-dividu. Objektif pensijilan GAPadalah untuk memastikan ta-naman sawit pekebun kecil diurus mengikut piawaian yangdisyorkan oleh MPOB bagi pe-ngeluaran hasil yang optimumdan berkualiti.

PKPK ini adalah pensijilan asaskepada pekebun kecil untuk keperingkat pensijilan berkelom-pok seperti MPOB CoP, RSPO danMSPO.

Aspek teknikal dan pengu-rusan kebun yang dinilai da-lam Pensijilan GAP seperti diInfo 1.

Pegawai MPOB akan memerik-sa kebun pekebun kecil untukmenilai GAP yang diamalkan. Se-masa pemeriksaan, pekebun ke-cil berpeluang mendapat khid-mat nasihat teknikal bagi me-nambah ba ik pengurusantanaman sawitnya.

Selain itu, pemegang sijil iniakan mendapat keistimewaanseperti diskaun istimewa atau

pengecualian yuran apabilamenyertai aktiviti anjuranMPOB seperti seminar, persida-ngan, kursus dan bengkel sertamenerima bayaran honorari-um atau sagu hati apabila di-pilih oleh MPOB untuk mem-bantu aktiviti MPOB seperti pe-nyampaian ceramah teknikalkepada pekebun kecil sawityang lain.

8

Pekebun manfaatKelompok PenanamSawit Mampan

Buah Tandan Segar (BTS) ahli-ahli koperasi sedang dikumpuluntuk diangkut dan dijual kekilang pemprosesan.

1

Page 8: Berita Sawit - Jun 2014

Gotong-royong tanamtumbuhan bermanfaat

9

FAKTA NOMBOR

800 pokokditanam dalam aktiviti gotong-royongdi Batu Pahat

Oleh Hasmiza [email protected]

Batu Pahat: Satu program go-tong-royong menanam tumbu-han bermanfaat (Turnera subu-lata) oleh Pegawai TUNAS Kluangdan Batu Pahat bersama kaki-tangan Unit Kawalan Penyakitdan Perosak Sawit, Ibu PejabatMPOB, Bangi diadakan di Kam-pung Chamek, Kluang dan diKampung Parit Tengah Darat, Re-ngit, Batu Pahat, baru baru ini.

Kedua-dua kampung berkena-an yang mempunyai keluasan ta-naman sawit kebun kecil mele-bihi 5,000 hektar dipunyai lebih2,000 orang penduduk mengala-mi serangan ulat bungkus sejakakhir-akhir ini dan mengakibat-kan hasil buah sawit mereka se-makin berkurangan.

Aktiviti gotong-royong yangbermula di sebelah pagi dan ber-akhir tengah hari itu dihadiri se-

ramai 80 pekebun berjaya me-lakukan penanaman sejumlah800 pokok bermanfaat di kawasansekitar kedua-dua kampung itu.

Diberi taklimat ringkasPekebun kecil juga diberi taklimatringkas oleh pegawai Unit Kawa-lan Penyakit dan Perosak Sawit,Ibu Pejabat MPOB mengenai se-rangan dan kawalan ulat bungkusserta kesan kepada produktivitikebun sawit akibat serangan se-rangga perosak berkenaan.

Pekebun turut diberikan pen-

dedahan dan penjelasan menge-nai kaedah kawalan perosak ber-sepadu (IPM) yang berupaya me-ngurangkan populas i u latbungkus sekali gus mengurang-kan serangan serangga perosakitu ke atas pokok sawit.

Tanaman bermanfaat sepertiCassia cobanensis, Euphorbia hete-rophylla dan Antigonon leptopusadalah antara pokok bermanfaatyang ditanam bagi IPM. Selain itusemburan racun dan penggunaanperangkap lekat juga adalah ka-edah yang digunakan bagi IPM.

Tujuan penanaman tanamanbermanfaat ini adalah untuk me-ningkatkan populasi parasitoiddan pemangsa ulat bungkus. Pa-rasitoid adalah musuh semula ja-di ulat bungkus dan madu ta-naman bermanfaat itu sumbermakanan utamanya. Wujudnyaparasitoid dan pemangsa di la-dang akan memakan ulat bung-kus sekali gus mengurangkan po-pulasi dan ancaman serangan keatas pokok sawit.

Pekebun kecil menanam tumbuhan bermanfaat dalam programgotong-royong di Batu Pahat.

INFO 2

Senarai SPOC ditubuhkan sehingga 31 Disember 2013

Sehingga Mac 2014, sejumlah3,882 kebun pekebun kecil de-ngan keluasan 11,683.27 hektartelah dinilai dan daripada jumlahitu 381 kebun dengan keluasan1,338 hektar telah dianugerahkansijil MPOB GAP.Bagi Pensijilan MPOB CoP ter-

dapat empat buah SPOC telahdianugerahkan sijil ini iaitu SPOCTelupid dan SPOC Tongod di Sa-bah, SPOC Saratok di Sarawakdan SPOC Kulai Jaya di Johor.Untuk Pensijilan RSPO, satu

SPOC telah berjayamendapat sijilini iaitu SPOC Beluran di Sabah.Kumpulan pekebun kecil persen-dirian ini menjadi kumpulan per-tama yangmenerima sijil RSPOdiMalaysia dan yang ketiga di du-nia.

Koperasi Penanam SawitMampan (KPSM)Komponen kedua SPOC adalahpenubuhan Koperasi PenanamSawit Mampan (KPSM). Penubu-hanKPSM ini sebagai satu strategiuntuk mempercepatkan penca-paian matlamat SPOC iaitu bagimemastikan pengeluaran hasil

sawit secara mampan dan padamasa yang sama memenuhi ke-perluan pengguna masa kini danmasa depan.Ahli KPSM hanya terbuka ke-

pada pekebun kecil sawit persen-dirian yang memiliki kebun sawitkurang daripada 40.46 hektar.Objektif utama penubuhan

KPSM adalah untuk menyatukanpekebun kecil supaya berupayamenjalankan aktiviti untuk kebai-kan bersama seperti meningkat-kan pengeluaran dan kualiti buahtandan segar (BTS), pembelianinput secara berkelompok untukmengurangkan kos, dan penjua-lan BTS berkelompok bagi men-dapatkan harga yang tinggi danmeningkatkan pendapatan ahli.KPSM yang pertama ditubuh-

kan adalah di Tongod, Sabah pada13 Oktober 2010 dan sehingga kinisebanyak 30 KPSM telah ditubuh-kan di seluruh Malaysia.Melalui penubuhan KPSM, pe-

kebun kecil mempunyai alterna-tif untuk menyampaikan masa-lah mereka dan membantu me-reka meningkatkan taraf hidup.Suara dan pendapat mereka jugaakan didengari kerana merekamewakili KPSM berbanding jikabersendirian.Hasil kajian mendapati kaedah

pemasaran BTS secara berkelom-pok berupayameningkatkanpen-dapatan pekebun kecil sebanyak17 peratus disebabkan merekaberjaya mendapatkan harga BTSyang baik. Ini berlaku apabilakuantiti BTS yang lebih besar di-

kelompokkan, mereka mempu-nyai kuasa berunding untukmendapatkan harga yang sewa-jarnya berbanding penjualan BTSsecara individu yang kecil.Kualiti BTS yang dihasilkan ju-

ga dapat ditingkatkan melaluiprogram pensijilan yang dijalan-kan serentak kepada ahli-ahli ko-perasi.KPSM turut membantu ahlinya

dengan menyediakan kemuda-han pengangkutan lori untukmenghantar BTS ke kilang. Ka-edah ini dapat dilaksanakan de-nganmudah apabila bilangan ah-li yang ramai dan sekali gusmem-beri kebaikan kepada ahlinyamelalui caj harga yang berpa-tutan atau lebih rendah daripadapasaran.

Keuntungan dividen tahunanKeuntungan yang diperoleh me-lalui sistem ini akan dinikmatioleh semua ahli koperasi melaluibayaran dividen tahunan.Dua model pemasaran BTS te-

lah dijalankan oleh KPSM DaerahTongod, Sabah dan KPSM Sara-tok, Sarawak telah menunjukkankesan positif. Harga BTS bersihyang diperoleh pekebun kecil me-lalui KPSM adalah lebih tinggiberbanding penjualan BTS kepa-da peniaga BTS.Perbezaan harga yang didapati

adalah antara RM 66 hingga RM88setan.Perbezaan harga semakin me-

ningkat dan peniaga BTS tidakberupaya untuk bersaing dengan

harga yang ditawarkan olehKPSM. Kerjasama penjualan BTSsecara berkelompok yang dian-jurkan oleh KPSM terbukti ber-upaya meningkatkan pendapa-tan ahli-ahli koperasi.Adalah diharapkan dua kom-

ponen utama SPOC ini akan da-pat direalisasikan dan sekali gusberupaya membantu pekebunkecil meningkatkan hasil sawitsecara mampan dan mencapaisasaran 22 tan sehektar setahunmenjelang 2020.

SabahKPSM Daerah TongodKPSM Daerah KunakKPSM Daerah KinabatanganKPSM Daerah TawauKPSM Daerah BeluranKPSM Daerah KeningauKPSM Daerah Kecil Tungku Lahad

Datu Berhad

SarawakKPSM Daerah SaratokKPSM Daerah BelagaKPSM Daerah SerianKPSM Daerah SelangauKPSM Bakong MarudiKPSM Daerah Asajaya Samarahan

BerhadKPSM Sarikei BerhadKPSM Daerah LimbangKPSM Daerah Kecil Long Lama

Marudi BerhadKPSM Daerah Lawas Berhad

PahangKPSM Daerah Temerloh

KPSM Daerah BeraKPSM Daerah Maran

JohorKPSM Daerah KulaijayaPSM Kluang UtaraKPSM Yong Peng Utara Berhad

PerakKPSM Daerah SelamaKPSM Daerah Teluk IntanKPSM Batang Padang Selatan

Berhad

MelakaKPSM Daerah Jasin

Kuala SelangorKPSM Kuala Selangor SelatanKPSM Tanjung Dua Belas 1&2

Kuala Langat

TerengganuKPSM Daerah Dungun

Kumpulan pertama terima sijil RSPO» Pekebun kecilpersendiriandiiktirafperingkat dunia

Dari muka 8

Page 9: Berita Sawit - Jun 2014

Ramai yang tidak fahamtentang lemak di dalampemakanan dan kesannya

terhadap kesihatan dan penya-kit.

Sepanjang 30 tahun yang lalu,terdapat satu perubahan terha-dap garis panduan pemakanan.Pada tahun 1980-an, lemak teputelah dianggap sebagai penyebabpenyakit jantung dan obesiti. Ma-ka, cadangan telah dibuat untukmengurangkan pengambilan le-mak tepu seperti mentega, da-ging, dan lain-lain dengan me-makan lebih minyak sayur-sayu-ran (seperti sapuan marjerin)dan karbohidrat. Orang ramaimula menggunakan marjerinberbanding mentega dan mera-sakan mereka telah membuat pi-lihan yang lebih baik untuk ke-sihatan.

Lemak translebih bahayaIni diikuti pula dengan penye-lidikan yang membuktikan ba-hawa lemak trans – yang ter-bentuk semasa proses penghidro-genan yang mengubah minyaksayuran cecair kepada pepejal –sebenarnya lebih merbahaya da-ripada lemak tepu yang orangramai cuba elakkan. Sebagai res-pons kepada penemuan ini,orang ramai mula mengurang-kan penggunaan lemak haiwandan mula membeli produk-pro-duk rendah lemak, bebas lemak,minyak sayur-sayuran yang bu-kan dihidrogenasi dan juga me-ningkatkan penggunaan karbohi-drat.

Kesemua perubahan ini telahmenimbulkan pula satu masalahyang lain. Kajian yang telah di-jalankan mendedahkan bahawapenggunaan karbohidrat ringkasdan yang diproses secara berle-bihan sebenarnya lebih memu-daratkan jantung berbanding le-mak tepu. Kesan karbohidrat keatas peningkatan paras gulamen-jadi penyebab kepada peningka-tan rintangan insulin, kerada-ngan dan perubahan tahap hor-

mon yang menjadi menyumbangkepada obesiti, penyakit jantungdan kencing manis.

Tidak cukup buktiKini terdapat pula bukti-buktiyangmencabar garis panduanpe-makanan yang kaya dengan ome-ga-3 dan asid lemak poli tak tepuomega-6 untuk jantung sihat danmengelakkan makanan yang me-ngandungi lemak tepu.

Dalam satu meta-analisisyang bertajuk, Association of Die-tary, Circulating, and SupplementFatty Acids With Coronary Riskyang diterbitkan pada 18 Mac2014 oleh Annals of Internal Me-dicine, para penyelidik telahmembuat kesimpulan bahawa ti-dak cukup bukti yang jelas bagimenyokong pengambilan asid le-mak tak tepu yang tinggi danlemak tepu yang rendah bagikesihatan jantung. Pada dasar-nya, ulasan yang melibatkan le-bih daripada 70 kajian tentangpengambilan lemak dan parasasid lemak, tidak menemui se-barang kaitan antara jumlah pe-ngambilan asid lemak tepu danrisiko penyakit jantung. Para pe-nyelidik juga tidak menjumpaiapa-apa kaitan antara risiko pe-nyakit kardiovaskular denganpemakanan yang mengandungiPUFA omega-3 dan omega-6.

Laporan dikritikTidak menghairankan, laporanini telah menerima banyak kri-tikan. Walaupun ini bukanlah ka-jian yang pertama mempersoal-kan kesan lemak tepu ke ataskesihatan jantung, ia adalah yangterbesar. Seperti setiap peruba-han besar dalam pemikiran, pe-nerimaan orang ramai akan me-ngambil masa. Dalam pada itu,perbahasan akan berterusan dansudah pasti isu ini akan terbitsekali lagi di dalam kajian-kajianpada masa depan.

Sumber: http://www.palmoil-health.org/category/research-ne-ws/.

Nilai semulapengetahuanmengenailemak tepu» Kajian menunjukkan tiada kaitandengan risiko penyakit jantungOrang ramaimembuat pemeriksaan di kaunter pemeriksaan jantung yang diadakan oleh Institut Jantung

Negara. [GAMBAR HIASAN]

10

Page 10: Berita Sawit - Jun 2014

Peningkatan pendapatan pekebun kecilhasil sumbangan skim bantuan kerajaan

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Jun 2014

Industri sawit adalah antara sektorutama yang menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi negara khas-nya dalam memajukan ekonomi danmembasmi kemiskinan di kalanganpenduduk luar bandar. Pada tahun2012, kawasan tanaman sawit negaratelah mencapai 5.07 juta hektar dankira-kira 40% daripada tanaman ter-sebut diusahakan oleh pekebun kecil.Sabah merupakan negeri tanamansawit terbesar dengan keluasan se-banyak 1.44 juta hektar. Daripadajumlah tersebut, sebanyak 185,017hektar telah diusahakan oleh seramai27,357 pekebun kecil.Menyedari kepentingan pekebun ke-

cil dalam kemajuan industri sawit ne-gara, Kerajaan telah memberi perha-tian khusus kepada kemajuan sektorpekebun kecil supaya pengeluaran ha-sil dan produktiviti buah sawit yangberkualiti dapat ditingkatkan seterus-nya meningkatkan pendapatan me-reka. Peningkatan produktiviti sawitdapat dicapai melalui Amalan Per-tanian Baik yang melibatkan peng-gunaan benih sawit yang berkualititinggi, teknik pembajaan, kawalanrumpai, kawalan serangga perosakdan kaedah penuaian buah sawit de-nganmenggunakan teknologi baru da-lam pengurusan tanaman sawit.Peningkatan hasil buah tandan se-

gar dan pendapatan pekebun keciladalah sejajar dengan matlamatProgram Transformasi Ekonomi(ETP) yang dilaksanakan oleh Kera-jaan bagi memberi fokus kepada in-dustri sawit sebagai satu daripadasektor di bawah Bidang Ekonomi Uta-ma Negara (NKEA).Ini bertujuan menjana pembangu-

nan ekonomi negara ke arah negaraberpendapatan tinggi danmajumen-jelang tahun 2020. Dalam hal ini,sebanyak lapan projek permulaan da-lam sektor sawit giat dijalankan me-liputi sektor penanaman, pengila-ngan dan penghasilan produk tam-bah nilai berasaskan sawit.Peningkatan produktiviti dan ke-

majuan sektor pengilangan dan hi-liran sawit dijangka akan melonjak

pendapatan industri kepada RM178bilion menjelang tahun 2020 berban-ding dengan RM78.7 bilion pada ta-hun 2011. Seiring dengan peningka-tan pendapatan industri sawit, pu-rata pendapatan tahunan pekebunkecil juga dijangka akan meningkatsebanyak 47% iaitu daripada RM4,794sehektar pada tahun 2010 kepadaRM7,047 sehektar pada tahun 2020.Kerajaanmenyediakan bantuan ke-

pada pekebun kecil untuk menanamsemula pokok sawit atau untuk ta-naman baharu sawit serta galakanpenebangan pokok sawit tua yangmencecah usia 20 tahun ke atas.Untuk tujuan ini, peruntukan se-

jumlah RM902 juta telah disediakanbagi tempoh 2011 sehingga 2013 un-tuk pekebun kecil menanam denganbahan tanaman sawit yang bermutubagi menjamin pengeluaran hasil sa-wit yang tinggi.Di bawah program ini, pekebun

kecil yang mempunyai keluasan ke-bun tidak melebihi 2.5 hektar jugalayak dipertimbangkan bagi BantuanPenyelenggaraan Kebun RM500 se-bulan selama dua tahun di bawahprogram tanam semula sawit.Penubuhan Koperasi pula adalah

sejajar dengan usaha-usaha pening-katan produktiviti dan kualiti buahsawit oleh pekebun-pekebun kecilmelalui amalan serta kriteria per-sijilan minyak sawit mampan.Melalui pendekatan Koperasi, peke-

bun kecil akan dibimbing mengenaipenggunaan teknologi dan teknik ter-baru seperti benih bermutu tinggi, pem-bajaan sempurna, kawalanpenyakit danperosak serta penggunaanmekanisasi diladang yang berupaya meningkatkankecekapan dan produktiviti.Penglibatan pekebun kecil dalam

pengeluaran minyak sawit mampanjuga akan menyumbang kepada pe-ningkatan daya saing dan keupayaanindustri sawit bagi memenuhi per-mintaan minyak sawit mampan dipasaran antarabangsa.MPOB telah menubuhkan 23 Ko-

perasi Penanam Sawit Mampan dibawah konsep Kelompok Sawit Mam-pan di seluruh negara. PenubuhanKoperasi ini dengan penyertaan dankerjasama pekebun kecil terbuktime-ningkatkan pendapatan mereka.Data dariMPOB jelasmenunjukkan

terdapat ahli koperasi yang berjayamenikmati pendapatan tambahandari RM50 hingga RM90 setan hasiljualan buah tandan sawit yang lebihtinggi melalui Koperasi, berbandingdengan harga yang dijual melaluiorang tengah (dealer).Penggunaan teknologi ladang dan

tuaian seperti mesin pemotong buahsawit bermotor (CANTAS) dan jenterapengangkut buah sawit untuk kegu-naan pekebun kecil dapat mening-katkan pengeluaran hasil sawit.Penggunaan mesin CANTAS telah

terbukti berupaya meningkatkanproduktiviti tenaga kerja dan kece-kapan kerja-kerja penuaian buah sa-wit dengan meningkatkan produk-tiviti tuaian hampir dua kali gandaiaitu daripada 1.8 tan kepada 3.2 tanbuah tandan segar bagi seorang pe-kerja sehari berbanding penuaian se-cara manual. Bagi menggalakkanpenggunaan CANTAS, KementerianPerusahaan Perladangan dan Komo-diti melalui MPOB menyediakanSkim Diskaun CANTAS kepada pe-kebunn kecil. Sebanyak RM5.3 jutatelah diperumtukkan bagi pelaksa-naan skim ini dengan bantuanRM1,000 bagi setiap unit pembelianCANTAS oleh pekebun kecil.Industri minyak sawit adalah salah

satu cerita kejayaan negara kita, Ma-laysia. Justeru langkah-langkah pro-aktif perlu diteruskan bagi memban-tu pekebun kecil untuk memantap-kan lagi industri ini agar terus kukuhdan berdaya saing di arena anta-rabangsa.

Peraduan ini terbuka kepada pelajarsekolahmenengah di seluruh negara.Karangan adalah mengenai industrisawit negara dan antarabangsa danditulis tangan berpandukan tajukyang diberikan di bawah:Tajuk: “Helo Komoditi bekal in-

formasi kepada umum.” Bincang-kan.

Peraduan Mengarang Esei BeritaSawit terbuka kepada semua pelajarsekolah menengah Tingkatan 1 hing-ga 5.

Tiga pemenang utama setiap bulanakan menerima;Hadiah Pertama : RM250Hadiah Kedua : RM200Hadiah Ketiga : RM150Esei yang berjaya mendapat tem-

pat pertama akan disiarkan dalam

Berita Sawit keluaran bulan Julai2014 akan datang.

Syarat Penyertaan:1. Terbuka kepada pelajar sekolah

menengah tingkatan 1 hingga 52. Panjang esei di antara 450 - 600

patah perkataan3. Sila nyatakan nama penuh, ala-

mat sekolah, alamat rumah, nomborkad pengenalan, nombor telefon dansertakan sekeping gambar berukuranpasport (sekiranya ada)4. Keputusan juri muktamad5. Tarikh tutup penyertaan ialah

pada 25 Jun 20146. Hantarkan penyertaan ke ala-

mat:Peraduan Mengarang Esei Berita

SawitIbu Pejabat MPOB6, Persiaran Institusi,

Bandar Baru Bangi,43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Samad

(Unit Komunikasi Korpoorat)

Keputusan Peraduan MengarangEsei Berita Sawit Bulan Mei 2014

Pemenang:Hadiah PertamaTaufiq Abdul Hakim Abdul HadiNo. K/P: 980509-03-6433Kolej Vokasional Tanah MerahKM3, Jalan Machang-Tanah Merah

17500 Tanah Merah, Kelantan

Hadiah KeduaHarmeet Kaur a/p Ram SinghNo. K/P: 990922-08-5326SM Convent, Teluk Intan, Perak

Hadiah Ketiga - Tiada Pemenang

Hadiah Pertama

Taufiq Abdul Hakim Abdul HadiNo. K/P: 980509-03-6433Kolej Vokasional Tanah MerahKM3, Jalan Machang-Tanah Merah17500 Tanah Merah, Kelantan

11

Page 11: Berita Sawit - Jun 2014

12

Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad (tegah)bersama delegasi Group of Investment Promotion of West ChinaModern Logesties Park semasa melawat MPOB baru-baru ini.

Datuk Dr Choo Yuen May (dua dari kiri)semasa menghadiri Majlis SambutanHari Pekerja Penjawat Awam diJitra, Kedah.

Pengerusi MPOB, Dato’ Ar Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad (kiri)bersama Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh(dua dari kiri) melakukan demo masakan menggunakan bahanberasaskan sawit sempena Program MPOB Bersama Pekebun Kecil Sawitdi Teluk Intan, Perak.

Datuk AmarDouglas UggahEmbas bersamatetamu semasamajlis Pra PestaGawai Dayakdi Sri Aman,Sarawak.

Datuk Dr Choo Yuen May (kanan) mempengerusikanperbincanganbersamaDutaBesar Belanda keMalaysia, HEHarryMolenaar (dua dari kiri) yangmengunjungi MPOB, baru-baru ini.

Datuk Dr Choo Yuen May (dua dari kanan) menerima Sijil AnugerahProgram Bertauliah Cemerlang Penarafan 5 Bintang bagi PusatLatihan Sawit Malaysia (PLASMA) MPOB Keratong, Pahang dari TimbalanMenteri Sumber Manusia, Dato' Sri Ismail Abd Muttalib ( dua dari kiri) padamajlis yang di adakan di PICC Putrajaya baru-baru ini.