berita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember … jmm jld 29 bil 3 (september-disember...

32
BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER ISSN 2231-8321 PERSIDANGAN DAN MESYUARAT EKSEKUTIF ASIAN NATIONAL MUSEUMS ASSOCIATION (ANMA) KE-7, 2019 PAMERAN CUTAM THE GOLDEN MAN KAZAKSTAN (THE GREAT STEPPE KAZAKSTAN) KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER ISSN 2231-8321

PERSIDANGAN DAN MESYUARAT EKSEKUTIF ASIAN NATIONAL MUSEUMS ASSOCIATION (ANMA) KE-7, 2019

PAMERAN CUTAM THE GOLDEN MAN KAZAKSTAN

(THE GREAT STEPPE KAZAKSTAN)

KEMENTERIAN PELANCONGAN,SENI & BUDAYA

JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Page 2: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

PeNASIHATDatuk Kamarul Baharin bin A.Kasim

KeTUA eDITORMohd Azmi bin Mohd Yusof

eDITORMohd Khairill bin JemanginShahrul Nizam bin Jais

PeNYeLARASNor Hasni binti Che HassanHamidah binti Mohd TahirRoseanida binti Abdul Kadir

FOTOGRAFIUnit Sumber Media

eDARANUnit Perpustakaan

RASIONAL GAMBAR MUKA DEPANPersidangan dan mesyuarat eksekutif Asian National Museums Association (ANMA) Ke-7, 2019.

Tinta BicaraLIDAH PENGARANG Tinta BicaraAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Usaha memartabatkan bidang permuziuman ke peringkat lebih tinggi memerlukan kerjasama erat dalam kalangan negara Asia sekali gus dapat memacu kemajuan muzium pada masa akan datang. Justeru, buat julung kalinya Malaysia dipilih menjadi tuan rumah persidangan Asian National Museum Association (ANMA) yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober di Hotel Priemera Kuala Lumpur. Objektif utama penganjuran mesyuarat dan persidangan ANMA ini adalah memartabatkan peranan muzium dalam kalangan masyarakat. Seramai 41 orang peserta ANMA dari 15 buah negara seperti Korea Selatan, China, Jepun, Azerbaijan, Timur Leste, Indonesia, Singapura, Filipina, Nepal, Thailand, Vietnam dan Mongolia telah menghadiri mesyuarat dan membuat resolusi dalam persidangan selama tiga hari itu.

Edisi kali ini juga turut memaparkan program yang dijalankan sepanjang bulan September hingga Disember 2019 seperti Perasmian Pameran The Great Steppe; Majlis Menandatangani Nota Kerjasama IPIM; Bicara Kurator Bil 3/2019; serta program Bicara@Muzium yang dianjurkan oleh muzium-muzium di bawah JMM secara berkala.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat untuk menjadikan institusi permuziuman yang profesional dan bertaraf global serta mewujudkan masyarakat yang cintakan muzium. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang gigih bagi merealisasikan Berita JMM Bil. 3/2019.

Sekian. Terima kasih.“Muzium Kita Tamadun Kita”

Mohd Azmi bin Mohd YusofTimbalan Ketua Pengarah (Permuziuman)Jabatan Muzium Malaysia

Editorial

DITeRBITKAN OLeHJabatan Muzium MalaysiaJalan Damansara50566 Kuala LumpurTel : (+603) 2267 1000, (+603) 2282 6255Faks: (+603) 2282 6434http://www.jmm.gov.my

DICeTAK OLeHSepantas Kurnia (M) Sdn Bhd

Berita JMM diterbitkan 4 bulan sekali. Buletin ini boleh dimuat turun daripada laman web JMM.

Page 3: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

04

06

07

08

09

10

11

12

13

14

15

16

18

19

20

21

22

23

24

25

26

28

29

31

KANDUNGANJILID 29 / BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER 2019

DITeRBITKAN OLeHJabatan Muzium MalaysiaJalan Damansara50566 Kuala LumpurTel : (+603) 2267 1000, (+603) 2282 6255Faks: (+603) 2282 6434http://www.jmm.gov.my

DICeTAK OLeHSepantas Kurnia (M) Sdn Bhd

Berita JMM diterbitkan 4 bulan sekali. Buletin ini boleh dimuat turun daripada laman web JMM.

Berita JMM | 3/2019 3

Persidangan Dan Mesyuarat Eksekutif Asian National Museums Association (ANMA) ke -7, 2019

Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah sempena Persidangan dan Mesyuarat Eksekutif Asian National Museum Association (ANMA) ke-7

Pameran Cutam : Keunikan Kesenian Islam

The Golden Man Kazakhtan (The Great Steppe Kazakhtan)

Pameran Sajian Warisan Malaysia sempena Karnival Usahawan & Inovasi

Majlis menandatangani nota kerjasama program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium

Program bermalam di Muzium 2019 : Muzium Kota Kuala Kedah

Program Kayuhan Santai 2019

Kenali Muzium bersama Komuniti Chow Kit

Eksplorasi Khazanah bersama Muzium Perak, Pameran Zoologi, Skeleton

Program Eksplorasi Kenali Muzium

Berita bergambar

Bicara Kurator bil.3/2019

Bicara @ Muzium : Arkeologi Kedah Tua

Bicara @ Muzium : Diaspora Melayu Cocos dan Suriname

Bicara @ Muzium : Perjuangan Memartabatkan Tengku Menteri Ngah Ibrahim

Bengkel mempelajari seni ukiran acuan matawang Kesultanan Melayu nusantara

Permukiman Permuziuman, Jabatan Muzium Malaysia

Bengkel Pengesahan Dokumen Spesifikasi Keperluan Bisnes bagi pembanguna sistem MUSECORE 2.0

Kursus asas penyediaan sampel serangga dan tumbuhan dengan kaedah awetan resin

Taksidermi katak dan kodok

Konservasi : Memelihara sejarah melalui aplikasi sains

Kapten Speedy

Cutam

08

11

22

31

Page 4: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 4

Tahun 2019 merupakan tahun yang cukup bermakna bagi Jabatan Muzium Malaysia terutamanya Muzium

Negara kerana buat julung kalinya Muzium Negara telah menjadi tuan rumah Persidangan dan Mesyuarat Eksekutif Pertubuhan Muzium-Muzium Negara Asia atau Asian National Museums Association (ANMA) yang ke-7. Persidangan dan mesyuarat eksekutif ini telah diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2019 yang bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. “Kesepaduan Sosial Melalui Budaya, Seni dan Sejarah: Cabaran Muzium” (Social Unity Through Culture, Art and History: The Museum Challenges) telah dipilih sebagai tema bagi kali ini. Pengenalan Asian National Museums Association (ANMA)

ANMA telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang melibatkan tiga buah muzium negara Asia pada asalnya iaitu National Museum of China, Tokyo National Museum dan National Museum of Korea dan kemudiannya telah dianggotai beberapa muzium negara Asia yang lain. Setakat ini terdapat 17 buah negara yang telah menganggotai ANMA termasuklah Malaysia. Pertubuhan ini telah ditubuhkan sebagai rangkaian muzium-muzium negara Asia untuk menggalakkan kerjasama dan pertukaran ilmu serta kepakaran antara muzium-muzium ini. Objektif ANMA adalah untuk menjadi platform bagi mempromosikan budaya Asia di peringkat antarabangsa serta berkongsi maklumat berkaitan koleksi, pameran dan juga kepakaran permuziuman. Negara-negara ahli ANMA juga turut mengadakan pertemuan sebanyak dua

PERSIDANGAN DAN MESYUARAT EKSEKUTIF ASIAN NATIONAL MUSEUMS ASSOCIATION (ANMA) KE-7, 2019 Oleh: Muhammad Azam bin Adnan, Muzium Negara

kali setahun. Sebanyak 15 buah negara telah terlibat dalam Persidangan dan Mesyuarat Eksekutif ANMA pada kali ini iaitu Malaysia, Mongolia, Nepal, Singapura, Thailand, Jepun, China, Vietnam, Filipina, Cambodia, Timor Leste, Korea Selatan, Oman, Indonesia dan Azerbaijan. Setiap negara-negara ini telah diwakili oleh 41 delegasi yang terdiri daripada ketua-ketua pengarah, pengarah bahagian, kurator dan kakitangan muzium negara masing-masing.

Persidangan ANMA ke-7, 2019

Program ini telah dimulakan dengan Persidangan ANMA yang berlangsung pada 29 Oktober 2019 di Hotel Premiera. Persidangan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kenamaan iaitu YB. Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tuan Yang Terutama Al-Abbas Ibrahim Hamed Al-Harthi, Duta Besar Oman ke Malaysia. Turut hadir adalah Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan Encik Mohd Azmi bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman), Jabatan Muzium Malaysia serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Muzium Malaysia. Seramai hampir 300 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai insititusi permuziuman di serata Malaysia serta agensi-agensi kerajaan, swasta dan tidak lupa juga orang perseorangan.

Berita JMM | 3/2019 4

Program Utam

a

PERSIDANGAN DAN MESYUARAT EKSEKUTIF ASIAN NATIONAL MUSEUMS ASSOCIATION (ANMA) KE-7, 2019 Oleh: Muhammad Azam bin Adnan, Muzium Negara

Page 5: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

5Berita JMM | 3/2019 Berita JMM | 3/2019 5

Program Utam

a

Sebanyak 3 sesi pembentangan telah diaturkan yang melibatkan 12 orang pembentang kertas. Antaranya, ialah Puan Haryany binti Mohammad, Pengarah Lembaga Muzium Pulau Pinang telah berkongsi mengenai projek ‘Silang Budaya’ dimana melalui projek tersebut telah memberi peluang kepada golongan muda untuk memberikan interpretasi baru pada koleksi artifak Muzium Pulau Pinang. Manakala Encik Katsuki Genichiro, Pengurus Kanan Seni Asia, Tokyo National Museum dari Jepun pula membentangkan mengenai koleksi seni Asia di muziumnya yang cuba berinteraksi dengan pengunjung muzium melalui medium karya seni pameran dan pendidikan interaktif. Usaha Tokyo National Museum ini adalah untuk memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai kepelbagaian budaya melalui koleksi seni Asia di muzium. Pelbagai isu yang melibatkan kesepaduan sosial dan cabaran institusi permuziuman berdasarkan tema persidangan telah dikongsikan dan dibincangkan oleh setiap pembentang.

Pada sebelah malamnya para peserta dan deligasi persidangan telah diraikan dalam satu majlis makan malam yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Majlis turut disajikan dengan persembahan kebudayaan oleh artis-artis Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Mesyuarat Eksekutif ANMA ke-7, 2019

Pada 30 Oktober 2019, Mesyuarat Eksekutif ANMA ke-7 juga telah berlangsung di Hotel Premiera. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, selaku Pengerusi ANMA ke-7 telah mengetuai sidang mesyuarat yang dihadiri oleh semua delegasi luar negara yang mewakili muzium-muzium negara Asia serta pegawai-pegawai kanan JMM. Antara intipati yang dibincangkan adalah berkaitan inisiatif-inisiatif baru ANMA. Jabatan Muzium Malaysia telah mencadangkan agar satu Perlembagaan ANMA dapat diwujudkan bagi mendokumentasikan visi dan misi serta inisiatif-inisiatif ANMA yang telah dibincangkan pada mesyuarat-mesyuarat yang lepas. Cadangan pemerkasaan peranan dan anggota Special Working Group yang dianggotai oleh China, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, Filipina dan Malaysia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menerima National Museum of Oman, Azerbaijan National Museum of Art dan Archive and Museum of Timorese Resistance Public Institute, Timor Leste sebagai ahli-ahli baru ANMA. Selain itu, setiap negara ahli ANMA juga perlu membentangkan perkembangan dan pencapaian muzium di negara masing-masing selepas 2 tahun berlangsungnya Mesyuarat Eksekutif ANMA yang ke-6 di Thailand yang lalu. Mesyuarat diakhiri dengan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding) ANMA yang ke-7 oleh semua ahli-ahli negara ANMA dan disusuli dengan upacara penyerahan bendera ANMA oleh Encik Zamrul Amri bin Zakaria, Pengarah Muzium Negara diiringi Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah JMM kepada Encik Jamal al Moosawi, Ketua Pengarah National Museum of Sultanate of Oman selaku tuan rumah bagi Persidangan dan Mesyuarat Eksekutif ANMA yang ke-8 pada tahun 2021 di Oman. Manakala, Indonesia juga dipilih sebagai tuan rumah Persidangan dan Mesyuarat Eksekutif ANMA yang ke-9 pada tahun 2023.

Pada sebelah petang program diteruskan lagi dengan aktiviti Denai Malam di Muzium Tekstil Negara, Muzium Diraja dan Muzium Negara. Semua delegasi dibawa melawat Pameran Kazakhstan The Golden Man dan turut diraikan dalam majlis makan malam yang telah dimeriahkan dengan kehadiran Cik Saraya binti Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi menyempurnakan malam penutup Majlis Persidangan dan Mesyuarat Eksekutif ANMA yang ke-7 di Dataran Muzium, JMM.

Tahniah diucapkan kepada Muzium Negara sebagai urus setia induk ANMA dan semua jawatankuasa-jawatankuasa kecil ANMA yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menyelaras dan memastikan kelancaran penganjuran Persidangan dan Mesyuarat Eksekutif ANMA ke-7 yang bertaraf antarabangsa ini.

Page 6: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 6

Ke Melaka Bandaraya Bersejarah Sempena Persidangan Dan Mesyuarat Eksekutif Asian National Museum Association (ANMA) Ke- 7 2019 Oleh : Fadhliatun binti Azmi, Bahagian Pameran dan Pengembangan

Bersempena dengan penganjuran persidangan dan mesyuarat eksekutif Asian National Museum

Association (ANMA) Ke-7 2019, satu siri lawatan ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah telah diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan dan destinasi pelancongan di Melaka kepada para delegasi ANMA. Delegasi ANMA yang terdiri daripada 39 orang dari 15 buah negara seperti Korea Selatan, China, Jepun, Azerbaijan, Timur Leste, Indonesia, Singapura, Filipina, Nepal, Thailand, Vietnam dan Mongolia. Pengisian lawatan sehari ini dimulakan dengan kunjungan ke Kampung Morten. Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, dimana majoriti penduduknya adalah kaum Melayu. Kampung ini merupakan salah satu tarikan pelancong di Melaka kerana keunikan rekabentuk asal rumah tradisional yang masih dipelihara dengan rapi oleh para pemiliknya. Deligasi telah berpeluang menikmati sendiri suasana di persekitaran kawasan kampung dan juga berkunjung ke beberapa buah rumah terpilih sambil dibantu oleh jurupandu yang arif tentang sejarah dan keunikan kampung Morten ini. Sesi lawatan diteruskan ke dua buah muzium di Bandar Hilir, Melaka. Semasa di Muzium Istana Kesultanan Melaka para deligasi telah diterangkan tentang keunikan gambaran seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah di samping peragaan koleksi pakaian trandiisonal, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar. Manakala di Muzium Sejarah & Etnografi pula,

delegasi berpeluang untuk memahami peradaban, sosial dan budaya masyarakat suatu ketika dahulu menerusi pameran tentang porselin, seramik, meriam lama yang berusia ratusan tahun, motif ukiran perabot lama serta pelbagai nilai kesenian budaya dan bangsa boleh didapati di kawasan ini. Para delegasi juga dibawa menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot cruise. Ia merupakan salah satu tarikan produk pelancongan di Melaka. Aktiviti ini memberi gambaran sejarah kegemilangan empayar Melaka suatu masa dahulu dengan penceritaan melalui karya lukisan di dinding bangunan kiri dan kanan sepanjang perjalanan bot. Mereka turut dibawa ke Medan Samudera bagi memberi peluang untuk mengenali hasil kraf dan produk tempatan serta membeli belah cenderahati untuk dibawa pulang. Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, pihak Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) telah mengadakan satu majlis keraian bagi mengalu-alukan kedatangan para delegasi ANMA ke negeri Melaka. YB. Datuk Muhamad Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan. Semoga lawatan ini serba sedikit dapat memberi gambaran kepada delegasi ANMA tentang keunikan seni budaya dan warisan di Malaysia di samping mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi di Asia.

Berita JMM | 3/2019 6

Program Utam

a

Page 7: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

7Berita JMM | 3/2019

PAMERAN CUTAM : KEUNIKAN KESENIAN SILAM

Oleh: Zairul Hida binti Hamdan, Muzium Perak

Pada 14 September 2019, Muzium Perak telah mengadakan sidang media sempena

Pameran Cutam : Keunikan Kesenian Silam yang bermula pada 15 September 2019 sehingga 15 Februari 2020. Pameran Cutam ini diadakan bagi mengetengahkan semula kepandaian pertukangan tangan masyarakat silam untuk dihayati generasi masa kini.

Cutam yang dipanggil juga sebagai jadam dan niello semakin tidak dikenali dan pembuatannya di negara ini telah lenyap sama sekali. Perusahaan membuat cutam dikatakan telah bermula di Greece, Mesir dan Cyprus sekitar tahun 1400sm lagi. Kemudian perusahaan ini terus berkembang pada abad ke 16 dan 17 semasa pemerintahan Empayar Uthmaniah. Cutam sampai ke nusantara melalui hubungan perdagangan dengan Sumatera serta kesan daripada wujudnya komuniti perdagangan Parsi dan India di wilayah Ayutthaya. Pameran ini diadakan untuk membuka peluang kepada masyarakat agar dapat menghayati keunikan dan keindahan seni cutam yang dahulunya hanya didominasi oleh golongan bangsawan dan istana. Sebanyak 100 unit artifak cutam telah dipamerkan di Galeri A (galeri pameran sementara). Barangan cutam diperagakan mengikut kategori tertentu berdasarkan kepada fungsi penggunaan, warna serta motif dan ragam hias.

Kebanyakan koleksi adalah hadiah daripada Raja Chulalongkorn (1868-1910) kepada Sir Frank Swetthenham, Residen British di Negeri Perak (1889-1896), Residen General Pertama di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu (Federal Malay State) (1896-1901), Koleksi ini kemudiannya dihadiahkan kepada muzium oleh Sir Frank Swettenham, isteri beliau Lady Vera dan Lady Anderson.

Program PERM

UZIUMAN

Page 8: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 8

THE GOLDEN MAN KAZAKSTAN (THE GREAT STEPPE KAZAKSTAN)Oleh : Mohd Fairuz bin Mohamed Kassim, Bahagian Pameran dan Pengembangan

8

Program PERM

UZIUMAN

The Great Steppe Kazakhstan or better known as The Golden Man Kazakhstan was featured at

Gallery 1, Department of Museum Malaysia, Kuala Lumpur on 1 – 31 October 2019. The exhibition was officiated by the Tourism, Arts and Culture Minister of Malaysia, YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi and those also in attendance were the Deputy Minister, YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, the Director General of the Department of Museum Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, the Director of the National Museum of Kazakhstan, Arystanbek Mukhamediuly and Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Kazakhstan to Malaysia, Imanbayev Bolat.

The Minister, YB Datuk Mohamaddin in his welcoming speech said that the exhibition would not only enrich visitors’ knowledge in Kazakhstan culture but also promote diplomacy between the two countries. The Golden Man Kazakhstan was spearheaded by The Ministry of Tourism, Arts and Culture to also introduce Malaysia to foreign countries. Malaysia is the only South-East stop for the exhibition besides Austria, Azerbaijan, Belarus, China, France, Japan, Poland, Russia, South Korea, Turkey and Uzbekistan. This is definitely a positive approach taken by the Ministry to provide visitors from various countries a glimpse of excitement that can be expected during visit Malaysia Year 2020.

The main feature of this exhibition is the Golden Man, a warrior from the 5th century B.C. which was found buried in a Scythian tomb, 60 kilometres from East Almaty nearing the District of Yesik (Issik). The armour is made from 4000 separate gold pieces with animal motifs depicting a pair of snow leopards and a winged mythical creature with two heads. The is also a headpiece that is 28 inches in height with arrows pointing towards the direction of the sky. The Golden Man has become a favourite National symbol to the modern Kazakh even though astonishingly there may be no genetic connection between the modern

Kazakh and the Scythian Prince who was believed to have worn this armour to battle.

The exhibition also featured 346 pieces of unique jewelery from the 15th century which were found in the Sairam settlements, South Kazakhstan. In addition to this, there are also artefacts from the Taldy II Burial Site, centre of Kazakhstan that ended in the mid-second half of the 7th century B.C. and traditional clothing items found in April 2012belonging to Sarmatian noble women, another group of Nomads that lived in the end of the 6th to mid-5th century B.C. in West Kazakhstan.

The Golden Man Kazakhstan has successfully garnered 21, 104 visitors from all walks of life throughout the course of the exhibition. There were students of different ages from kindergarten to higher learning institutions, locals from difference races and also foreigners contributing many positive feedback and comments on the exhibition. Once unknown to many in South-East Asia, The Golden Man Kazakhstan is now well-known has exposed visitors to the culture of the Scythians and subsequently, introduced them to the rich history and culture of the wonderful country of Kazakhstan.

Page 9: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

9Berita JMM | 3/2019

Pameran Sajian Warisan Malaysia Sempena Karnival Usahawan & InovasiSekolah Kebangsaan King Edward VII (1) Taiping, PerakOleh : Selvaraju a/l M.Pichaimuthu, Muzium Perak

Berita JMM | 3/2019 9

Program PERM

UZIUMAN

Muzium Perak, Taiping telah mengadakan program pameran bergerak dengan kerjasama PIBG dan Kelab Guru Sekolah Kebangsaan King

Edward VII (1) Taiping, Perak pada 28 September 2019. Pameran Sajian Warisan Malaysia telah diadakan sempena program tahunan Karnival Usahawan dan Inovasi 2019. Selain Muzium Perak terdapat juga lain-lain agensi kerajaan dan swasta yang turut menyertai karnival ini. Pameran Sajian Warisan ini memberi pendedahan kepada pelajar dan pengunjung mengenali masakan dan makanan daripada pelbagai masyarakat di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan sajian warisan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Lebih 2,000 orang telah mengunjungi program karnival ini, yang terdiri daripada para tetamu khas, bekas pelajar, pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Bagi memeriahkan lagi pameran ini, pihak muzium turut mengaturkan beberapa aktiviti sampingan seperti kuiz, permainan ‘puzzle’ dan aktiviti Musang Berjanggut. Semua aktiviti tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh para pelajar, guru dan ibu bapa kerana mereka bukan sahaja dapat memenangi pelbagai hadiah yang disediakan malahan dapat mewujudkan hubungan erat dikalangan mereka yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum. Pameran kali ini telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada rata-rata pengunjung yang hadir. Pelbagai informasi tentang warisan sajian pelbagai kaum telah dapat disampaikan terutamanya kepada para pelajar sekolah. Program sebegini bukan sahaja akan menonjolkan muzium sebagai agen pendidikan malah turut berperanan sebagai agen untuk menyatu-padukan masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Objektif pihak Muzium Perak untuk mendidik masyarakat melalui pameran telah mendapat maklum balas yang positif daripada pengunjung selain itu melalui program ini telah memberi pendedahan dan pemahaman tentang warisan sajian pelbagai kaum di Malaysia kepada pelajar sekolah, dapat menyebarkan informasi warisan sejarah dan budaya melalui pameran dan aktiviti dan institusi permuziuman sebagai agen pendidikan yang membantu generasi muda memahami dan menghargai warisan sejarah dan budaya. Di samping itu, secara tidak langsung program ini telah mempromosikan Muzium Perak, Taiping sebagai salah satu destinasi warisan dan sejarah yang wajib dilawati oleh semua golongan masyarakat. Institusi permuziuman bukan hanya berperanan sebagai agen pendidikan tidak formal malahan turut menjadi agen perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

Page 10: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 10

Program PERM

UZIUMAN

Majlis menandatangani nota kerjasama program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) telah

berlangsung dengan jayanya di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia (JMM) pada 16 Oktober 2019. Majlis ini merupakan kemuncak acara selepas pelancaran program IPIM diadakan 3hb April yang lalu dan disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Ia merupakan hasil kerja keras dan komitmen tinggi pihak urus setia kedua-dua belah pihak, iaitu JMM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2014. Nota kerjasama ini ditandatangan oleh YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah JMM bagi mewakili JMM. Manakala YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mewakili KPM dengan disaksikan oleh YBrs. Encik Mohd Azmi bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah JMM dan YBrs. Encik Zainal bin Abas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM. Pelan persepakatan pintar yang dibuat antara kedua-dua agensi ini bertujuan untuk mewujudkan dan menerapkan elemen IPIM dan Institusi Pendidikan Guru (IPG). Bagi memantapkan modul sedia ada, perkongsian maklumat dan kepakaran diantara kurator, guru dan pensyarah akan diperkasakan bagi tujuan menyempurnakan pelaksanaan program IPIM.

Majlis MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA PROGRAM INSPIRASI PELAJAR INOVASI MUZIUMOleh : Fadhliatun binti Azmi, Bahagian Pameran dan Pengembangan

Program IPIM merupakan sebuah program yang komprehensif dalam usaha untuk memupuk minat dan mencintai sejarah khazanah negara dalam kalangan pelajar, guru dan siswa pendidik melalui pembelajaran di muzium. Justeru, dengan adanya pendekatan jalinan kerjasama melalui pemeteraian Nota Kerjasama antara JMM dan KPM, maka pastinya program ini berpotensi untuk terus diperkukuh dan diperluaskan lagi pada masa hadapan. Tetamu jemputan lain yang turut hadir adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan JMM dan KPM termasuk pengarah bahagian dan pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, pengarah-pengarah muzium negeri dan institusi serta pelajar peserta Kem Integrasi Peringkat Kebangsaan 2019 dan lain-lain seperti guru-guru pengiring dan wakil-wakil media.

Page 11: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

11Berita JMM | 3/2019

Program PERM

UZIUMAN

Program bermalam di muzium 2019, Muzium Kota Kuala KedahOleh : Zamzarina binti Khalid, Muzium Kota Kuala Kedah

P ada 30 dan 31 Ogos 2019, Jabatan Muzium Malaysia sekali lagi menganjurkan Program Bermalam Di Muzium yang

diadakan secara serentak di seluruh Malaysia yang melibatkan muzium-muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negeri dan muzium-muzium di bawah pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan iaitu sebanyak 37 buah muzium dengan penyertaan seramai 3,209 peserta.

Muzium Kota Kuala Kedah turut terlibat di dalam program yang melibatkan penyertaan daripada 3 buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Sekolah Menengah Tengku Laksamana dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok yang melibatkan penyertaan seramai 78 orang pelajar. Majlis perasmian program Bermalam Di Muzium 2019 telah dilakukan oleh YB. Mohd Asmirul Anuar bin Aris (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir) di Muzium Padi.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk pelajar sepanjang berlangsungnya program ini selama dua hari. Hari pertama dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta, taklimat penyertaan program dan keselamatan oleh Ketua Muzium iaitu Encik Azhar bin Mohamed Noor. Sesi suaikenal antara pelajar turut diadakan dan pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Perlis.

Program dimulakan dengan aktiviti moulding and casting dengan bantuan staf dari Bahagian Pengurusan Konservasi, JMM iaitu Encik Muhamad Zaidi bin Roslan dan Encik Md. Sabri bin Md. Yahaya. Sebelum itu pelajar juga diberi taklimat serta penerangan berkaitan fungsi dan peranan Bahagian Pengurusan Konservasi. Dalam aktiviti ini setiap pelajar akan mendapat pendedahan dan pengalaman membuat peracuan artifak. Setiap pelajar berpeluang membawa pulang hasil kerja yang berjaya disiapkan sebagai tanda kenang-kenangan.

Bagi menyemai nilai-nilai rohani dalam diri pelajar satu tazkirah telah disampaikan oleh Encik Faiz Hanafi dari Sekolah Pendidikan Khas Vokasional Merbok. Setelah selesai solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, program ini diteruskan dengan aktiviti cantuman seramik. Melalui aktiviti ini pelajar akan merasai pengalaman carigali artifak, jumpaan dan seterusnya mencantum semula artifak yang dijumpai. Program pada hari

pertama diakhiri dengan sambutan ambang merdeka dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu – lagu patriotik serta diikuti dengan tembakan bunga api.

Pada hari kedua program bermula dengan acara senamrobik yang disertai oleh pelajar dan guru pengiring. Acara kemuncak pada hari terakhir ialah aktiviti Lumba@Terokai Muzium Kota Kota Kuala Kedah yang melibatkan 6 checkpoint. Melalui aktiviti ini pelajar dapat menjelajahi keseluruhan kawasan Muzium Kota Kuala Kedah sambil menyiapkan tugasan yang diberikan. Checkpoint 1 dan 2 (Galeri) pelajar dikehendaki menjawab 20 soalan kuiz dan teka silang kata berkaitan sejarah Kota Kuala Kedah. Checkpoint 3 (Pintu Gerbang Kacapuri) pelajar dikehendaki membuat lukisan dan menghurai secara ringkas sejarah Pintu Gerbang Kacapuri. Manakala di checkpoint 4 dan 6 (Meriam Belanda dan Meriam British) pelajar dikehendaki melakukan kerja-kerja konservasi seperti membuat ukur lilit, cara dan teknik pembuatan dan mengenalpasti kerosakan meriam. Manakala checkpoint 5 (Arkeologi) pelajar dikehendaki menjalankan kerja-kerja ekskavasi dan membuat lakaran artifak yang ditemui semasa kerja carigali tersebut.

Aktiviti terakhir pada program ini ialah permainan tradisional iaitu terompah gergasi, lari dalam guni, boling kelapa dan sepak raga. Aktiviti ini diadakan bertujuan mengetengahkan permainan tradisional yang hampir pupus disamping memupuk gaya hidup sihat dikalangan pelajar.Majlis penutup program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh YB Dr. Azman bin Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah. Secara keseluruhan program ini berjalan dengan jayanya serta dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar di dalam menghargai warisan sejarah. Berdasarkan kepada maklum balas oleh para peserta didapati banyak yang menyatakan minat yang tinggi dan menyarankan agar tempoh program dilanjutkan lagi masa penganjurannya.

Berita JMM | 3/2019 11

Page 12: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 12

Pada 14 September 2019, Muzium Perak telah mengadakan program Kayuhan Santai sempena menyambut Bulan Kemerdekaan 2019. Program

ini merupakan program kali kedua yang mengekalkan konsep sukan berbasikal dan berkayuh santai yang amat popular di kalangan masyarakat masa kini. Program Kayuhan Santai telah mendapat kerjasama daripada Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Bahagian Penguatkuasa & Keselamatan MPT, Unit Trafik Polis Diraja Malaysia Daerah Taiping, Jabatan Pertahanan Awam Daerah Taiping dan Pejabat YB Ahli Parlimen Taiping bagi menjayakan program ini.

Pelepasan seramai 170 orang peserta Kayuhan Santai bermula di perkarangan Muzium Perak dan Flag Off telah dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Taiping, YB. Tuan Teh Kok Lim dan Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman), Jabatan Muzium Malaysia, Encik Mohd Azmi bin Mohd Yusof. Turut hadir memberi sokongan program ini adalah YBrs. Tuan Kamaruzzaman bin Kamari, Setiausaha Perbandaran MPT, YBrs. Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami, Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, Encik Mohd Farid bin Kassim, Pengarah Penjara Taiping, serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Larut Matang & Selama.

Acara kayuhan sejauh 40km ini bermula di Muzium Perak menuju ke kawasan sebelah Utara Taiping seperti di laluan kawasan Taman Lela, Ulu Sepetang, Gunung Semanggol, Kamunting dan tamat di Muzium Perak. Sebanyak lebih 200 unit bendera telah diedarkan kepada pengayuh dan dikibarkan semasa kayuhan. Para pengayuh turut melalui kawasan bandar dan kampung bagi menyaksikan pemandangan sawah bendang, ladang dan kawasan kampung yang mengambil masa selama 3 jam.

Secara keseluruhannya program kali ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan dan semua peserta telah memberikan komitmen yang terbaik sepanjang program ini berlangsung.

Program PERM

UZIUMAN

Program Kayuhan Santai 2019Oleh : Sahabudin bin Md Isa, Muzium Perak

Page 13: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

13Berita JMM | 3/2019

Program PERM

UZIUMAN

Pada 26 September 2019 lalu Muzium Alam Semula Jadi telah

mengadakan satu program khas bersama anak-anak gelandangan bertempat di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur. Program wacana ilmu dan interaksi sebegini membuka peluang warga muzium untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan golongan yang terpinggir ini. Anak-anak gelandangan ini merupakan anak-anak daripada pelbagai lapisan keluarga yang bermasalah samada dalam perhubungan kekeluargaan, persekitaran mahupun status sosial mereka. Ramai di kalangan mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Seramai 33 orang anak-anak galandangan telah berjaya dikumpulkan dan kebanyakan mereka berumur antara 12 hingga 20 tahun. Walaupun program ini mengambil masa hanya dua jam sahaja namun ianya telah berjaya menerbitkan rasa gembira anak-anak gelandangan ini apabila berpeluang untuk melihat dan mempelajari tentang pelbagai spesimen haiwan yang dipamerkan sambil diberikan penerangan tentang proses pengawetan yang kami laksanakan di muzium. Sebelum program bermula, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh kakitangan Muzium Alam Semula Jadi mengenai aktiviti dan program yang sering dilakukan oleh pihak muzium. Taklimat ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan muzium dan peranannya terhadap masyarakat dalam menyampaikan ilmu secara tidak formal. Ada di antara mereka

“KENALI MUZIUM”BERSAMA KOMUNITI CHOW KIT

Oleh: Mohd Ridhuan bin Akhiruddin, Muzium Alam Semula Jadi

yang tidak tahu kewujudan muzium dan beranggapan bahawa muzium hanyalah tempat untuk mempamerkan barang-barang lama sahaja. Penekanan utama semasa program ini adalah sesi penerangan mengenai spesimen yang kami pamerkan kepada mereka. Anak-anak gelandangan ini sangat teruja untuk mengetahui tentang pelbagai spesies mamalia, reptilia dan serangga. Selain sesi soal jawab turut diadakan kuiz mengenai spesimen Muzium Alam Semula Jadi yang dipamerkan dan telah mendapat respon yang sangat positif daripada anak-anak ini. Ternyata sikap kental dan tidak kenal putus asa dapat dilihat pada diri anak-anak terpinggir tersebut. Program komuniti gelandangan seumpama ini telah mendapat kerjasama antara badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk membantu anak-anak ini disamping melahirkan sikap prihatin masyarakat demi membela nasib anak-anak gelandangan

supaya mereka lebih memahami persekitaran mereka dan bersama-sama menikmati kemakmuran negara. Masih ada ramai individu yang mengambil peduli dan tampil untuk membantu mereka terutama dalam aspek pendidikan agama dan rohaniah. Sebagai contohnya anak-anak ini turut diberi peluang belajar solat dan mengaji secara percuma oleh Ustaz dan Ustazah yang sanggup meluangkan masa untuk anak-anak ini dan ada juga yang telah dihantar untuk melanjutkan pengajian di pusat Tahfiz Al-Quran. Adalah diharapkan dengan sedikit curahan ilmu dari Muzium Alam Semula Jadi ini akan dapat memberi sinar harapan buat mereka supaya akan terus menimba ilmu pengetahuan dan terus cekal menempuh kehidupan di kota metropolitan ini.

Page 14: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 14

Program PERM

UZIUMAN

P ada 25 September 2019 Muzium Perak, Taiping telah mengadakan program Eksplorasi

Khazanah Bersama Muzium Perak dengan mempamerkan Pameran Zoologi, Skeleton bersempena minggu kokurikulum di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampong Yaman, Batu Kurau, Perak. Pameran ini memaparkan informasi tentang klasifikasi, sifat dan struktur haiwan. Antara tajuk segmen yang dipaparkan adalah Pengenalan Sistem Rangka, Jenis-jenis Sistem Rangka, Jenis-jenis Tulang, Bagaimana Haiwan Boleh Terbang, Mamalia, Amfibia, Burung dan Reptilia. Turut dipamerkan spesimen serangga, lebah dan kura-kura yang telah diawet. Selain itu, pelajar turut disajikan dengan aktiviti menguji minda seperti kuiz, puzzle dan permainan 3D skeleton. Pameran ini telah menarik perhatian pengunjung seramai 229 orang pelajar. Sebanyak 11 buah sekolah yang berdekatan turut berkunjung ke pameran Skeleton seperti SK Kampung Gudang, Sk Kampung Relai, SK Jelai, SK Pantai Besar, SK Haji Wan Jaafar, SK Sungai Jernih, SK Sungai Ara, SMK Rendang Panjang, SJK (C) Phooi Wah, SJK (C) Redang Panjang dan SJK(T) Ladang Stoughton.

Eksplorasi Khazanah bersama Muzium PerakPameran Zoologi SkeletonOleh : Zairul Hida binti Hamdan, Muzium Perak

Program sebegini diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang bidang zoologi selain memperkukuhkan fungsi dan peranan muzium sebagai pusat penyebaran ilmu dan rujukan untuk semua lapisan masyarakat

Page 15: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

15Berita JMM | 3/2019

Program PERM

UZIUMAN

EKSPLORASI KENALI MUZIUMOleh :Zainon binti Halon, Muzium Chimney

Program Eksplorasi Kenali Muzium anjuran Muzium Chimney merupakan

kesinambungan daripada beberapa penganjuran siri program pendidikan Kenali Muzium di Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan. Matlamat utama penganjurannya adalah bagi menarik lebih ramai pengunjung melawat ke muzium. Melalui program ini, para peserta bukan sahaja dapat menerokai setiap muzium yang dikunjungi malahan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti permuziuman secara santai dan lebih kreatif. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 21 September 2019 dengan penglibatan seramai 52 peserta dan 2 pegawai pengiring daripada 3 buah IPTA di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL), Kolej Matrikulasi Labuan dan Institut Latihan Perindustrian Labuan. Perlaksanaan program adalah berkonsepkan aktiviti kembara dan menjejaki sejarah di tiga buah muzium di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Muzium Chimney, Muzium Marin Labuan dan Muzium Labuan. Setiap kumpulan peserta telah diberikan tugasan yang merangkumi aktiviti penerokaan di dalam galeri dan juga di persekitaran kawasan muzium. Pemberian tugasan di setiap checkpoint muzium adalah bertujuan memberi peluang dan menggalakkan peserta lebih peka selain menghayati segala maklumat mahupun pelbagai bahan yang dipamerkan. Program telah bermula seawal 7.00 pagi dengan pendaftaran peserta di Muzium Chimney dan tugasan “Chimney Trail”, seterusnya ke Muzium Marin Labuan dengan tugasan “Explore And Learn Labuan Marine Museum” dan tugasan ”Labuan Historical Trail” di Muzium Labuan. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Nazli Ho bin Abdullah, Pemangku Pengarah Muzium Labuan. Turut hadir adalah Encik Mohd Norizal bin Jumat, Pembantu Tadbir Kanan UMSKAL dan Encik Mahamad Yusof bin Abdul Rani, Pensyarah Kanan Ko-Kurikulum Kolej Matrikulasi Labuan. Projek ‘Kenali Muzium’ memberikan pendedahan dan pengalaman kepada masyarakat khususnya golongan muda mengenai bidang permuziuman. Melalui program

ini secara tidak langsung pelbagai maklumat sejarah dapat disampaikan dengan pendekatan yang lebih santai namun mampu memberikan impak yang lebih berkesan. Penganjuran program pendidikan seumpama ini diharap dapat menyalurkan lebih banyak informasi kepada para peserta mengenai peranan dan fungsi muzium, memupuk minat orang ramai ke muzium seterusnya memberi kesedaran terhadap peri pentingnya memelihara khazanah sejarah dan budaya negara.

Berita Jmm | 3/2019 15

Page 16: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 16

BERITA BERGAMBAR

Explorasi Merdeka dan aktiviti walking trail di Muzium Chimney

Mega Fishing anjuran WARIS

Program Outreach di SMK Bandar Baru Sentul anjuran Muzium Diraja

Page 17: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

17Berita JMM | 3/2019

BERITA BERGAMBAR

Program bicara @ muzium 2019 di Muzium Automobil Nasional

Riang ria Deepavali di Muzium Negara

Lawatan kerabat Diraja Selangor ke Muzium Diraja

Page 18: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 18 Berita JMM | 3/2019 18

Pada 20 September 2019 program Bicara@Kurator

Bil.3/2019 telah berlangsung di Bilik Persidangan Jabatan Muzium Malaysia melibatkan dua orang pembentang iaitu Encik Ahmad Sabri bin Hashim, Kurator Unit Integriti dan Encik Zamri Unyah, Kurator Muzium Negara.

Encik Ahmad Sabri bin Hashim telah membicarakan tajuk Motif Seni Tekatan Dalam Masyarakat Melayu. Beliau memberi pendedahan tentang seni tekatan yang masih lagi aktif terutamanya di negeri Perak. Hanya golongan kerabat diraja dan golongan atasan yang mampu memiliki hasil tekat kerana harganya mahal. Tekat hanya digunakan dalam upacara seperti perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, khatam Quran dan sebagainya. Beliau juga mendedahkan tentang beberapa peralatan tekat yang dikenali seperti pemidang, cuban, benang emas atau perak, mempulur dan kain dasar. Kebiasaannya tekat dihasilkan pada tudung saji, tepak sireh, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lamudi pintu, pakaian diraja, alas tempat tidur, set perkahwinan, set pelamin dan set bilik tidur. Tekat juga mempunyai motif-motif tertentu iaitu motif tumbuhan (flora), motif geometri (bersudut), motif burung (ungas) dan motif awan larat. Tekat yang bermutu tinggi dihasilkan bergantung kepada

Program PERM

UZIUMAN

BICARA KURATOR BIL.3/2019Oleh : Roseanida binti Abdul Kadir, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

kombinasi cahaya keemasan benang emas, warna tanah kain, bentuk corak, ruang yang tepat, cahaya benang yang bergemerlapan, warna kain baldu yang lembut, dan jalinan motif yang halus serta rumit. Sosio Budaya Masyarakat Orang Asli merupakan tajuk yang dibentangkan oleh Encik Zamri Unyah. Beliau mengupas berkaitan budaya kehidupan orang asli dan pantang larang yang diamalkan oleh mereka. Terdapat beberapa pantang larang semasa memburu binatang, pantang larang semasa di dalam hutan dan juga pantang larang semasa ada kematian. Aktiviti utama orang asli adalah mencari hasil hutan iaitu memburu, menyumpit, menjerat binatang dan menangkap ikan. Terdapat beberapa gelaran dalam masyarakat semai iaitu halaq dan pawang (orang tua yang berilmu), nyenai (tuhan), guniq (kawan atau sahabat kepada pawang atau bomoh), Nyaniik (hantu). Terdapat beberapa jenis musibah yang berkaitan dengan kepercayaan iaitu tenghaak (pendosa) pembalasan oleh Nyenang, Srenglook (bencana yang berlaku akibat daripada mungkiri janji), Puhnan (bencana yang menimpa seseorang yang gagal memenuhi hasrat atau kehendaknya (contoh lain, tidak dapat makan makanan yang diingini dan kemudian perlu berjalan jauh),Terlaij (merujuk kepada satu bentuk denda yang dilakukan oleh ‘Engku’ (guruh atau petir), Sumoq (sumbang

muhrim), Tarok/Tercok (Tarok terkena adalah bencana yang timbul akibat tingkah laku manusia seperti kencing di atas sarang semut atau anai-anai), Ngooi (merujuk kepada penyakit yang timbul akibat hantu dapat ngooi (bau) manusia). Bagi setiap sesi pembentangan kertas kerja diikuti dengan segmen soal jawab dan kuiz kahot yang dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi serta dibantu oleh Unit Teknologi Maklumat. Peserta diminta untuk log masuk aplikasi kahot.it bagi menyertai segmen kuiz dan setiap pemenang berpeluang menerima hadiah yang disediakan oleh penganjur. Secara keseluruhannya Bicara Kurator bil.3/2019 ini amat menarik dan mendapat sambutan yang baik. Adalah diharapkan agar majlis ilmu begini akan diteruskan lagi kerana sangat sesuai sebagai pentas untuk perkongsian ilmu pengetahuan.

Page 19: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

19Berita JMM | 3/2019

BICARA@MUZIUM : ARKEOLOGI KEDAH TUA

Oleh : Nurul Azlida binti Ghozali, Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Program PERM

UZIUMAN

Pada 24 September 2019, Muzium Arkeologi Lembah Bujang (MALB) telah mengadakan Program Bicara@Muzium : Arkeologi Kedah Tua di ruang pejabat MALB. Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan bacaan

doa oleh Tuan Haji Zamri bin Haji Yaacob serta ucapan aluan oleh Encik Azman bin Adam, Pengarah MALB. Panel yang terlibat adalah Dr Nasha bin Rodziadi Khaw, dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan tajuk Kompleks Arkeologi Sungai Batu: Tinggalan Budaya dan Sumbangan Kepada Sejarah Kedah Tua. Manakala panel kedua adalah Dr Nazarudin bin Zainun dari Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dengan tajuk Kedah Tua Berdasarkan Sumber-Sumber Asing. Program ini telah dimoderatorkan oleh Dr Hamid bin Mohd Isa. Seramai 100 orang peserta terlibat terdiri dari pelbagai agensi seperti UiTM Merbok, Muzium Perak, Muzium Kota Kuala Kedah, UNISHAMS, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Warisan Negara Zon Utara, Persatuan Sejarah Negeri Kedah, Muzium Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani, IPG Darul Aman, IPG Perlis, MRSM Merbok, Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok dan orang perseorangan. Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan sumber-sumber asing yang dikaji dan disahihkan dalam penentuan kewujudan Kedah Tua serta kepentingan Kompleks Arkeologi Sungai Batu sebagai tinggalan budaya serta sumbangannya kepada sejarah Kedah Tua. Menurut kajian Dr Nazarudin Zainun, beliau mendapati bahawa ada sumber-sumber asing seperti catatan dan rekod bertulis dari India, Arab, China dan Jawa yang dikaji adalah jelas, tidak bercanggah dan sangat penting untuk menunjukkan keberadaan serta asal usul Kedah Tua sebagai pusat perdagangan entrepot yang kaya selain membantu mengukuhkan bukti arkeologi di Lembah Bujang. Sumber asing yang terbanyak ditemui adalah dari India kerana Kedah penting kepada pedagang dan pengembara India sejak zaman sebelum Masihi. Bukti mengenai kewujudan Kedah Tua boleh didapati daripada syair Tamil, Sastera Sanskrit dan sumber Prasasti Chola dimana Kedah Tua telah disebut dengan nama-nama seperti Katahagara, Kadaram, Kataha, Kataram dan Kidavaran kerana sering disinggahi oleh pedagang-pedagang tersebut disebabkan oleh kekayaan hasil bumi seperti besi. Pedagang Arab menyebut Kedah Tua dengan nama Kalah atau Kalah-Bar, pedagang China dengan nama Chieh-Cha dan sumber Jawa dengan nama Keda dan Jere kerana Kedah Tua terkenal sebagai sebuah bandar pelabuhan yang sering dilawati oleh pedagang. Kajian oleh Dr Nasha Rodziadi Khaw, mendapati bahawa Kedah Tua bermula pada kurun ke-6 Masihi sebagai sebuah penempatan pesisir pantai di Sungai Batu apabila masyarakatnya menguasai teknologi peleburan besi sehingga mampu untuk mengeksport besi. Pada kurun ke-5 Masihi hingga kurun ke-2 Masihi, Sungai Batu berkembang secara beransur-ansur menjadi sebuah pelabuhan. Pada kurun ke-2 Masihi, Kedah Tua menjalinkan hubungan perdagangan dengan India Selatan dan pada kurun ke-5 Masihi, Sungai Batu berkembang dengan lebih pesat sehingga mewujudkan pusat-pusat perdagangan lain. Menurut beliau juga, perkembangan penempatan di Kedah Tua yang bermula di Sungai Batu sebagai pusat industri utama besi telah mewujudkan lebih banyak pusat perdagangan baru seperti Sungai Mas pada kurun ke-5 Masihi. Pada kurun ke-7 Masihi, muncul pula pusat perdagangan di Kampung Pengkalan Bujang dan Kurun

ke-11 Masihi, muncul pusat perdagangan di Kampung Simpor Tambang dan Kampung Sireh kerana banyak ditemui objek-objek perdagangan di tapak tersebut. Secara keseluruhan program Bicara@Muzium : Arkeo Astronomi Kedah Tua ini telah berjaya dan menarik minat ramai pengkaji dan pencinta sejarah berdasarkan maklumbalas yang diterima dari peserta yang hadir terutama dalam memahami perkaitan antara bidang arkeologi dan Kedah Tua. Program berakhir pada jam 1.00 petang dengan acara penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Berita JMM | 3/2019 19

Page 20: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 20

BICARA@MUZIUM : DIASPORA MELAYUCOCOS DAN SURINAMEOleh : Nik Mazielia Idura binti Nik Mohamed, Muzium Etnologi Dunia Melayu

Program PERM

UZIUMAN

Bangsa Melayu tidak hanya wujud dalam lingkungan geografi

Nusantara semata-mata. Penghijrahan telah menyebabkan adanya taburan orang melayu hampir di seluruh pelusuk dunia serta ada yang membangunkan komuniti di tanah asing. Bagi memahami lebih mendalam mengenai penghijrahan orang Melayu ke luar, maka Bicara@Muzium pada kali ini mengupas survival kehidupan orang Melayu di Pulau Cocos, Australia dan Suriname di Amerika Selatan dalam mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Melayu melalui cara hidup, adat resam serta pertuturan mereka seharian. Antara objektif utama program ini adalah untuk berkongsi informasi tentang ketamadunan Melayu yang luas ruang litupnya serta memperlihatkan kekayaan budaya warisan yang masih menjadi legasi bangsa Melayu di seluruh dunia.

Program ini juga merupakan satu bentuk pendokumentasian dan pemeliharaan warisan sejarah Bangsa Melayu yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium Malaysia dan seterusnya menjadikan muzium sebagai gedung ilmu kepada masyarakat di luar sana dalam menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Program ini telah diadakan pada 26 September 2019, bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia. Penceramah jemputan terdiri daripada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dan Tuan Mohamed Ghozali Abd Rashid (Malim Ghozali PK). Penyertaan peserta amat menggalakkan dan dianggarkan hampir 320 orang peserta melibatkan pelajar sekolah, siswa-siswi IPTA dan IPTS, badan kerajaan dan orang persendirian yang turut serta pada program kali ini.

Bicara@Muzium mengenai Melayu Cocos dan Suriname ini menunjukkan walau terpisah merentas lautan dan tinggal jauh dari Alam Melayu, mereka masih kekal mengamalkan adat budaya masyarakat Melayu. Sebagai contoh, tradisi perkahwinan masyarakat Melayu Cocos lebih kurang sama seperti yang diamalkan di Malaysia. Majlis persandingan, bertukar dulang hantaran antara lelaki dan perempuan masih diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos. Manakala aktiviti persilatan masih giat diajarkan kepada anak muda Melayu Suriname. Semoga perkongsian ilmu daripada Bicara@muzium pada kali ini akan membuka ruang fikir para peserta untuk lebih mengenali bangsa Melayu yang berada di luar kepulauan melayu dan survival mereka.Adalah diharapkan agar akan ada cetusan usaha kajian yang mendalam tentang tajuk yang dibincangkan ini.

Page 21: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

21Berita JMM | 3/2019

Bicara@Muzium Perjuangan memartabatkan Tengku Menteri Ngah Ibrahim (1836-1895)Oleh : Nor Aini binti Hassan, Muzium Matang

Program PERM

UZIUMAN

Pada 24 September 2019 Muzium Matang telah menganjurkan program Bicara@Muzium bertajuk

“Perjuangan Memartabatkan Tengku Menteri Ngah Ibrahim (1836-1895)”. Program ini telah dirasmikan oleh Orang Besar Jajahan Taiping iaitu Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato Haji Wan Mohd Isa bin Dato Haji Wan Mohd Razali. Turut hadir Orang Besar Jajahan Hilir Perak iaitu Yang Dihormati Toh Muda Orang Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato Haji Meor Redwan bin Mahayudin dan Orang Besar Jajahan Kerian iaitu Yang Dihormati Toh Maharaja Indera Dato Haji Khairuddin bin Arshad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada generasi hari ini supaya dapat menyusuri sejarah tokoh terdahulu seperti Tengku Menteri Ngah Ibrahim selain turut mengiktiraf dan menyebarkan tentang ketokohan, perjuangan dan sumbangan beliau yang boleh menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang. Muzium Matang telah menampilkan dua orang penceramah iaitu Dr. Hamid bin Md Isa dan Dr Yunus bin Sauman @ Sabin. Dr Hamid bin Isa membentangkan tajuk “ Peranan Tengku Menteri Ngah Ibrahim Dan Pembesar Melayu Dalam Kebangkitan Nasionalisme Terhadap Campur Tangan Inggeris, manakala Dr Yunus bin Sauman @ Sabin membentangkan tajuk “Hak Ketuanan Larut Tergugat Dan Peranan Kapten Speedy Dalam Pentadbiran Tengku Menteri Ngah Ibrahim”. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada waris Tengku Menteri Ngah Ibrahim, kakitangan kerajaan, NGO, penyelidik, pemandu pelancong, guru, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Shah, Institut Perguruan Kampus Perlis dan Kolej Universiti Islam Kuala Kangsar Perak. Kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil pengorbanan semua tokoh dan perwira terdahulu. Kejayaan hari ini tidak akan tercapai tanpa peranan besar yang dimainkan oleh para pejuang bangsa seperti Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Semoga

program ini dapat merealisasikan hasrat Jabatan Muzium Malaysia untuk menjadikan sidang keilmuan sebegini sebagai medium bagi menyemarakkan perpaduan masyarakat dan mencetus kecintaan bangsa kepada sejarah negara.

Page 22: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 22

BENGKEL MEMPELAJARI SENI UKIRAN ACUAN MATAWANGKESULTANAN MELAYU NUSANTARAOleh : Zamzarina binti Khalid, Muzium Kota Kuala Kedah

Program PERM

UZIUMAN

Pada 24 Oktober 2019, Muzium Kota Kuala Kedah telah menganjurkan

Bengkel Mempelajari Seni Ukiran Acuan Matawang Kesultanan Melayu Nusantara bertempat di ruang pejabat Muzium Kota Kuala Kedah. Bengkel ini disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada peminat matawang lama, Muzium Negeri Kedah, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, jabatan serta agensi kerajaan. Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Encik Ahmad Nasyruddin bin Ahmad yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan MASDINAR. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tatacara menghasilkan seni pengukiran acuan matawang. Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan sejarah perkembangan numismatik matawang kesultanan Melayu, jenis-jenis acuan matawang, reka bentuk pembuatan wang pitis dan jenis batu yang digunakan dalam proses membuat acuan serta peralatan yang digunakan untuk membentuk dan mengukir batu kawi. Bagi menghasilkan matawang yang mempunyai nilai tukaran kecil, acuan daripada bahan semulajadi seperti batu kawi menjadi pilihan. Batu jenis tersebut biasa dijumpai di dalam celahan bukit, lereng tebing sungai dan tebing laut, bersifat rapuh dan mudah untuk dibentuk mahupun diukir menjadikannya sesuai sebagai acuan matawang. Melalui bengkel ini peserta diajar teknik merangka acuan menggunakan peralatan jangka lukis yang digunakan untuk membuat bulatan di atas permukaan batu kawi. Saiz bulatan yang diukir adalah sebesar saiz duit pitis yang

asal. Bulatan pada permukaan yang telah dilorek kemudiannya dikikis menggunakan mata pahat untuk menghasilkan lubang bagi bertujuan membentuk ketebalan duit pitis. Antara yang menarik perhatian peserta adalah ukiran duit Ayam Jantan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II. Selain itu ada juga peserta memilih mengukir pitis Terengganu, Tra Kedah dan acuan peluru senjata tradisional (Istinggar)Bengkel ini membolehkan peserta dapat memahami selok belok teknik pengukiran yang sebenar dan berpeluang menimba suatu pengalaman yang hebat seperti tukang – tukang di zaman silam.

Page 23: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

23Berita JMM | 3/2019

PEMUKIMAN PERMUZIUMAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Oleh : Nor Hasni binti Che Hassan, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

Pada 9 hingga 12 November 2019, satu Pemukiman Permuziuman JMM telah dilaksanakan melibatkan

seramai 91 orang pegawai dan penolong pegawai dari ibupejabat Jabatan dan muzium-muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Program empat hari yang diadakan di Hotel Copthone Orchid, Pulau Pinang ini bertujuan memperhalusi dan membincangkan isu, cabaran dan penyelesaian kepada pelbagai perkara yang berkaitan dengan bidang pentadbiran, keselamatan dan penyelenggaraan muzium-muzium di bawah JMM.

Mesyuarat Pengurusan JMM telah diadakan pada 9 November 2019 dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim. Pengerusi menekankan tentang pengawalan kos bagi setiap program di samping memaksimumkan keuntungan serta meningkatkan produktiviti melalui penglibatan pengunjung dan sebagainya. Pada hari kedua, diadakan ceramah motivasi sebelum diteruskan dengan pembentangan pencapaian Sektor Permuziuman dan pembentangan pencapaian Sektor Dasar. Seterusnya, pembentangan perancangan 2020 oleh sektor permuziuman dan dasar dibentang oleh ketua muzium dan pengarah yang terlibat diikuti dengan pembentangan Pelan Strategik Jangka Panjang (PSJP) Jabatan Muzium Malaysia 2018-2022 oleh Encik Mohd Razaimi Hamat, Pengarah Bahagian Dasar dan Pembangunan.

Pada 10 November, sesi taklimat perluasan pelaksanaan Digital Document Management System 2.0 telah diberikan oleh Encik Kamarulzaman bin Mat Zain, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU. Pada sebelah petang telah berlangsung mesyuarat Majlis Bersama Jabatan MBJ yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim. Pemukiman di Pulau Pinang ini telah diakhiri dengan mesyuarat penyelarasan Hari Muzium Antarabangsa 2020 yang turut dihadiri oleh Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya, pemukiman ini telah mencapai objektif yang telah digariskan dan diharapkan pemukiman ini dapat dijadikan program tetap jabatan dengan harapan isu dan cabaran kepada pelbagai perkara yang berkaitan dengan bidang pentadbiran, keselamatan, penyelenggaraan dan permuziuman muzium-muzium di bawah JMM dapat diselesaikan.

PEMUKIMAN PERMUZIUMAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Oleh : Nor Hasni binti Che Hassan, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

Berita JMM | 3/2019 23

Program PERM

UZIUMAN

Page 24: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 24

Program dasar & pem

bangunan

Pada 14 sehingga 16 Oktober 2019 yang lepas, Unit Teknologi Maklumat telah mengadakan Bengkel

Ke-2: Pengesahan Dokumen Spesifikasi Keperluan Bisnes Bagi Pembangunan MUSECORE 2.0 bertempat di Hotel Klana, Seremban. Bengkel ini merupakan salah satu program di dalam Kajian Pembangunan Sistem MUSECORE 2.0 di bawah Pelan Strategik ICT Jabatan Muzium Malaysia 2018-2022. Kajian keperluan pengguna antara JMM bersama Bahagian Perundingan ICT (Pembangunan Sistem) MAMPU telah bermula semenjak 6 Mac 2019 lagi. Kajian ini adalah bagi memastikan sistem teras bersepadu yang dirancang merangkumi fungsi-fungsi teras bisnes muzium iaitu Pengurusan Koleksi, Pengurusan Konservasi, Penyelidikan dan Penerbitan serta Pameran. Selain itu, ia juga mengandungi fungsi Mengurus Program dan Aktiviti, Mengurus Galeri Digital, Statistik Pelawat, Mengurus Knowledge Management, Mengurus Galeri Digital, Mengurus Laporan dan Pentadbiran Sistem. Tujuan bengkel ini diadakan bagi mendapatkan pengesahan pengurusan atasan dan Subject Matter Expert (SME) bagi dokumen Business Requirement Specification (BRS) yang telah dibangunkan oleh bahagian masing-masing. BRS tersebut mengandungi Fungsi Hierarki, Carta Aliran Proses dan Keterangan Fungsi yang telah disediakan semasa bengkel yang pertama yang lepas iaitu pada 6-8 Mac 2019 di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Sebanyak 18 siri perbincangan secara focus group juga telah diadakan dengan Bahagian Pengurusan Koleksi, Bahagian Pengurusan Konservasi, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Bahagian Pameran dan Pengembangan serta Bahagian Komunikasi Korporat bagi melengkapkan dokumen BRS. YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim, Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia telah berkesempatan menyempurnakan perasmian bengkel pada 15 Oktober 2019. Turut hadir semasa perasmian ialah Puan Siti Nurliza binti Mokhtar, Perunding ICT (Pembangunan Sistem), Bahagian Perundingan ICT MAMPU. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JMM daripada Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Koleksi, Bahagian Pengurusan Konservasi, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Bahagian Pameran & Pengembangan, Bahagian Komunikasi Korporat, Muzium Alam Semula Jadi dan Muzium Senibina Malaysia. Encik Harris bin Abdul Rahim, Setiausaha Bahagian, Pengurusan Maklumat MOTAC turut dijemput menghadiri bengkel ini

BENGKEL PENGESAHAN DOKUMENSPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES BAGI PEMBANGUNAN SISTEM MUSECORE 2.0Oleh : Zam Zarina binti Ishak, Unit Teknologi Maklumat

bagi menyatakan pandangan beliau mengenai sistem yang akan dibangunkan. Selain itu, seramai tiga orang pegawai daripada MAMPU turut sama di dalam bengkel ini sebagai perunding yang memberi khidmat perundingan dalam aspek pembangunan sistem. Unit Teknologi Maklumat juga merujuk dan menggunapakai Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam yang telah dilancarkan pada Persidangan CIO Convex Sektor Awam pada 8 Oktober yang lepas. Buku tersebut mengandungi metodologi pembangunan sistem yang standard dalam menghasilkan sistem aplikasi yang berkualiti tinggi dan dokumentasi yang komprehensif. Bengkel ini telah berjalan dengan lancar serta diharapkan dapat meningkatkan pemahaman peserta terhadap hala tuju ICT di JMM. Peserta bukan sahaja didedahkan secara teori dan praktikal bagi mendapatkan keperluan spesifikasi bisnes bahkan juga diajar untuk menggunakan perisian Visual Paradigm. Selain dapat membangunkan kemahiran dalaman, ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada perunding luar serta menjimatkan kos. Dokumen BRS yang dihasilkan ini adalah penting bagi menjamin kualiti MUSECORE 2.0 yang akan dibangunkan kelak.

Page 25: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

25Berita JMM | 3/2019

Pengawetan adalah proses yang sangat penting dalam tugas-tugas kakitangan Muzium Alam Semula Jadi

khususnya yang melibatkan penyediaan spesimen untuk tujuan rujukan saintifik, pameran dan pendidikan. Terdapat pelbagai teknik pengawetan spesimen yang dipraktikkan di Muzium Alam Semula Jadi dalam penyediaan spesimen antaranya adalah pengawetan kekal dengan menggunakan resin. Resin telah digunakan secara komersial dalam pelbagai sektor industri pembuatan polimer tempatan dan luar negara. Terdapat berbagai jenis resin antaranya epoxy-resin, polyester resin, casting resin, acrylic resin dan lain-lain lagi. Resin menjadi pilihan dalam industri bahan binaan seperti penghasilan varnish dan sering kali digunakan dalam industri kraftangan, bahan pelicau, pelekat dan penghasilan minyak wangi. Kursus awetan resin ini adalah merupakan yang pertama kali diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan tambahan kepada kakitangan Jabatan Muzium Malaysia mengenai salah satu cara awetan spesimen. Kaedah ini adalah salah satu teknik seni yang memerlukan kemahiran, penelitian dan kesabaran dalam kerja-kerja pengendalian bahan-bahan yang digunakan untuk hasilan produk berasaskan resin. Selain daripada itu, teknik ini merupakan kaedah awetan kekal untuk memelihara sampel serangga mahupun tumbuhan bagi tujuan pendidikan dan pameran. Walau bagaimanpun sampel-sampel lain seperti moluska, geologi dan marin boleh juga diaplikasikan bersama bahan resin ini. Penganjuran kursus ini diharap dapat membuka minda peserta tentang resin yang boleh diaplikasikan bersama sampel atau spesimen mengikut prosedur yang cuba diterapkan dalam kursus ini. Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 15 hingga 17 Oktober 2019 telah diadakan di Dewan Badminton Muzium Diraja. Para peserta telah didedahkan dengan teori dan pengenalan mengenai jenis resin dan

KURSUS ASAS PENYEDIAAN SAMPEL SERANGGA DAN TUMBUHAN DENGAN KAEDAH AWETAN RESIN

Oleh : Mohd Hasnor bin Tajul Amar, Muzium Alam Semula Jadi

kegunaannya. Selain itu, peserta turut diperkenalkan tentang jenis-jenis acuan yang sesuai digunakan serta jenis-jenis spesimen yang boleh diawetkan menggunakan kaedah ini. Oleh kerana bahan yang digunakan dalam kursus pada kali ini adalah jenis mudah terbakar maka para peserta telah disarankan untuk berhati-hati semasa mengendalikan bahan ini. Resin yang digunakan dalam kursus ini juga ialah dari jenis Clear Epoxy Resin(part A) bersama Hardener (part B). Bahan ini perlu dibancuh mengikut sukatan yang disyorkan teknik bancuhan dan gaulan yang betul untuk menghasilkan produk yang baik. Seterusnya para peserta telah diajar pula teknik-teknik pengeringan dan pembersihan spesimen. Semasa peringkat ini susun atur spesimen amat penting dan para peserta telah ditunjukkan kaedah untuk menyusun atur spesimen dalam acuan bersama resin. Setiap peserta telah dibekalkan dengan spesimen serangga dan paku-pakis untuk merasai sendiri bagaimana pengalaman menyediakan spesimen dalam awetan resin ini. Pada hari berikutnya barulah peserta-peserta berpeluang untuk mempraktikkan proses pengeringan dan kemasan. Produk yang telah siap hendaklah disimpan dan dielakkan daripada terkena sinaran matahari selama 24-48 jam bagi memastikan fasa pengerasan resin benar-benar sempurna. Bagi proses kemasan pula produk hendaklah digosok dengan menggunakan kertas pasir paling halus dan digosok menggunakan buffing machine. Proses kemasan akhir dengan menggunakan rubbing compound dan polishing compound bertujuan untuk gilapan sebelum produk boleh dipamerkan. Semoga kursus ini dapat memberikan pengetahuan baru kepada para peserta tentang teknik asas awetan melibatkan spesimen serangga dan tumbuhan dengan menggunakan resin. Adalah diharapkan juga agar para peserta supaya dapat mengaplikasikan teknik ini di agensi masing-masing khususnya dalam mempelbagaikan produk pameran dan pendidikan mereka.

Program dasar & pem

bangunan

Page 26: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 26

Katak dan kodok adalah merupakan kumpulan haiwan amfibia yang tergolong di dalam order Anura. Haiwan kuno ini dipercayai telah wujud sejak 200 juta tahun dahulu berdasarkan kepada jumpaan fosil-fosil yang berkaitan. Haiwan unik ini hidup dwi-alam (daratan dan air), berdarah sejuk dan bertulang belakang. Haiwan

ini sering digambarkan sebagai haiwan yang hodoh, jijik dan menggelikan namun realitinya katak dan kodok ialah amfibia yang unik dan menarik kerana kepelbagaian spesiesnya dengan aneka rupa, corak dan warna selain turut memainkan peranan yang penting dalam ekosistem alam. Katak secara amnya, mempunyai kulit yang lembab dan licin, manakala kodok mempunyai kulit yang berkutil dan kering. Kulitnya yang bersifat separa telap kepada air menjadikan haiwan amfibia ini harus berada di dalam persekitaran yang lembap untuk mengelakkan kulit daripada menjadi kering. Menurut rekod sistem maklumat kepelbagaian biologi Malaysia (MYBIS) oleh Professor Dr. Norhayati Ahmad, Malaysia mempunyai sebanyak 267 spesies amfibia. Tingginya bilangan kepelbagaian amfibia di dalam hutan hujan tropika Malaysia menjadikan negara turut tersenarai di kalangan 17 buah negara mega kepelbagaian biologi amfibia dunia.

Berita JMM | 3/2019 26

TaksidermiKatak dan KodokOleh : Mohammed Ali bin A.M Hj. Mohaideen, Muzium Alam Semula Jadi

Menyedari akan kepentingan penyediaan spesimen awetan kering amfibia untuk tujuan proses pembelajaran saintifik, penyelidikan dan pameran yang berpotensi, maka pihak Muzium Alam Semula Jadi telah menjalankan kerja-kerja taksidermi katak dan kodok. Sebanyak 4 spesimen katak dan 1 spesimen kodok telah berjaya diawetkan dalam tempoh masa sebulan. Spesimen yang diawet adalah hasil perolehan dari Pameran Katak dan Kodok tahun 2013. Spesimen-spesimen tersebut adalah Pyxicephalus adspersus, Bombina orientalis, Kaloula pulchra dan Megophrys nasuta. Proses taksidermi spesimen amfibia ini melibatkan empat peringkat kerja iaitu pengulitan, pengawetan kulit, pembentukan badan tiruan dan kemasan akhir. Proses pengulitan melibatkan kerja melapah kulit untuk memisahkan kulit daripada jasad bangkai. Proses kerja ini harus dilakukan berhati-hati supaya kulit tidak koyak atau rosak ketika melapah. Bahagian perut dibelah samada dengan menggunakan pisau atau gunting (ventral incision) dan dikeluarkan organ dalamannya. Kemudian proses pengulitan diulangi pada bahagian kepala. Setelah selesai memisahkan kulit daripada badan, proses trimming dilakukan dengan menggunakan fish scraper. Tujuan utama proses trimming ini dilakukan adalah untuk menyingkirkan sisa-sisa daging yang masih terlekat pada kulit dan menipiskan kulit supaya kulit menjadi lebih

lembut. Kulit kemudiannya dibersihkan dan dicuci dengan menggunakan sabun. Sebelum memasuki fasa seterusnya iaitu proses penyamakan dan pengawetan kulit. Kulit katak direndamkan selama 25 minit dalam larutan alkohol 75%. Rujukan formula yang digunakan adalah diperolehi dari Buku Biological Museum Methods,volume 1, vertebrates oleh George Hangay: Larutan Alkohol 75% Jangka masa: 25 minitJangka masa rendaman bergantung pada saiz spesimen, lebih besar; lebih lama perlu direndam. Selepas dibersihkan kulit tersebut dibersihkan menggunakan air biasa dan dibiarkan kering. Pembentukan badan tiruan dibuat mengikut saiz badan katak tersebut. Ukuran saiz badan katak tersebut harus diambil secara terperinci menggunakan tali pita pengukur secara keseluruhan dan bahagian tertentu seperti kepala dan ekor dengan menggunakan angkup vernier. Bahan yang yang digunakan untuk membentuk badan tiruan adalah daripada jenis polyurethane foam block. Manakala dawai digunakan untuk mengukuhkan lagi struktur dalaman badan tiruan terutamanya bahagian kaki supaya lebih stabil dan mudah dibentuk. Setelah selesai membuat badan tiruan, kerja-kerja membuat kepala tiruan pula dilakukan dengan menggunakan bahan yang sama. Seterusnya proses pemasangan mata tiruan

TRIVIA

Page 27: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

27Berita JMM | 3/2019

TRIVIA

Berita JMM | 3/2019 27

dilakukan dengan menggunakan kepala pin pencucuk yang berwarna hitam. Seterusnya proses fitting kulit pada badan tiruan yang telah dibentuk samada padan atau sebaliknya. Bahagian kaki pula diisi dengan bancuhan khas komponen bahan plaster untuk memudahkan pembentukan anotomi kaki katak yang asal. Setelah selesai kerja-kerja fitting barulah kerja-kerja menjahit spesimen dimulakan dengan menggunakan dental flos. Teknik jahitan yang digunakan adalah berbentuk z (zigzag) iaitu bersilang. Jahitan bermula dari bahagian dada berakhir di bahagian bawah sebelum bahagian kepala dikemaskan Spesimen yang telah siap dijahit akan dibiarkan kering secara semula jadi (room temperature). Selepas 7 hari spesimen tersebut kering sepenuhnya dan sedia untuk kemasan terakhir. Kemasan akhir meliputi kerja penelitian semula spesimen sebelum kerja-kerja kemasan warna dan lapisan perlindungan dilakukan. Ini kerana ketika melalui

proses pengeringan, warna kulit spesimen akan semakin pudar dan kusam. Oleh yang demikian kerja-kerja mewarna harus dilakukan supaya spesimen tersebut tampak seperti keadaan tabii (semula jadi). Penggunaan warna harus dilakukan secara minima agar warna asal dapat dikekalkan. Warna yang digunakan untuk kemasan spesimen adalah jenis produk Marie’s acrylic colour. Setelah selesai mewarna barulah proses coating dilakukan pada keseluruhan spesimen sebagai lapisan perlindungan. Bahan yang digunakan adalah daripada jenis clear coating yang biasa digunakan dalam industri automotif. Lapisan pertama dibiarkan kering selama 20 minit sebelum disemburkan lapisan kedua. Spesimen katak yang telah siap dibiarkan kering sepenuhnya sebelum didaftarkan sebagai koleksi zoologi Muzium Alam Semula Jadi untuk dimanfaatkan sepenuhnya kepada umum melalui pameran, pembelajaran saintifik dan penerbitan ilmiah.

Page 28: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 28

TRIVIA

Berita JMM | 3/2019 28

Pada era perkembangan teknologi sains hari ini,

Jabatan Muzium Malaysia seharusnya seiringan dalam penggunaan aplikasi sains bagi memastikan setiap artifak yang ada terus dipelihara

dan dipulihara. Secara umumnya penggunaan ilmu sains dalam mengangkat nilai pada artifak sejarah telah lama dilaksanakan dalam bidang konservasi artifak. Aplikasi sains banyak digunakan dalam bidang permuziuman di seluruh dunia untuk menyokong kesahihan fakta sejarah sesuatu artifak melalui kajian metalurgi (bahan) pada artifak, kajian kimia dan kaedah rawatan artifak. Bagi memastikan bidang konservasi di Malaysia terus berdaya saing dengan negara-negara serantau serta negara-negara maju lain, Bahagian Pengurusan Konservasi (BPK) sentiasa mengambil langkah proaktif dengan sentiasa mengadaptasi pengetahuan sains dalam kaedah rawatan artifak bagi memastikan artifak-artifak yang terdapat dalam simpanan Jabatan Muzium Malaysia sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Misalannya pihak BPK telah berjaya menghasilkan

KONSERVASI : MEMELIHARA SEJARAH MELALUI APLIKASI SAINSOleh : Ahmad Shahir bin Md Daud, Bahagian Pengurusan Konservasi

formula rawatan salutan logam yang baru dan lebih sesuai dengan artifak berbanding produk-produk anti karat komersial yang berada di pasaran. Pembudayaan sains konservasi sangat penting bagi memastikan setiap kerja konservasi yang dilaksanakan berintegriti dan mengikut piawaian yang telah digariskan oleh institusi permuziuman antarabangsa seperti ICOM dan ICROM. Bertitik tolak dari itu Bahagian Pegurusan Konservasi menjalinkan kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia dalam menjalankan kajian bagi mengklasifikasi bahan setiap artifak seterusnya menghasilkan bahan dan teknik rawatan yang lebih baik. Teknologi peralatan nuklear yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia seperti mesin XRF, XRD, Mikroskop Elektron dan alatan berteknologi tinggi yang lain sangat membantu dalam menganalisa setiap unsur bahan dan kerosakan pada artifak. W a l a u b a g a i m a n a p u n penggunaan teknologi nuklear dalam konservasi artifak sebenarnya telah ke tahap yang lebih dari jauh, bukan sekadar kajian terhadap analisa bahan semata-mata tapi lebih menjurus kepada penggunaan tenaga

nuklear itu sendiri dalam merawat artifak terutamanya artifak bahan organik. Bagi mengembangkan teknik tersebut International Atomic Energy Agency (IAEA) dan Atele de Recherche et de Conservation (France) telah bekerjasama bagi membincangkan kajian yang bertajuk The Use of Radiation Techniques for Cultural Heritage Preservation and Consolidation.

Apa itu Sinaran Gamma?Umum mengetahui proses sinaran ini telah banyak digunakan dalam industri makanan dan juga kesihatan. Penggunaan dalam industri makanan adalah bagi memanjangkan tarikh luput sesuatu makanan proses (packing food). Oleh sebab itu konservator dan saintis di beberapa buah negara seperti Romania, Brazil serta France melalui Atele de Recherche et de Conservation (France) berusaha mengaplikasi teknik sinaran Gamma dalam konservasi artifak organik. Secara umumnya teknik ini berfungsi dalam mengawal pertumbuhan fungus serta menghapuskan mikro organisma yang wujud dalam artifak.

Keberkesanan proses sinaran gamma ini adalah bergantung kepada kadar sinaran (radiasi) yang diserap oleh artifak. Ukuran bagi kadar radiasi ini disebut sebagai Gray (Gy). Melalui carta kadar dos serapan semasa proses sinaran gamma mendapati bahawa serangga dan mikroorganisma yang ada di dalam artifak akan mati pada bacaan kadar 500 Gy. Walaupun aplikasi sinaran gamma ini dilihat dapat membantu dalam proses konservasi artifak, namun terdapat banyak juga aspek dan persoalan yang perlu diberikan perhatian. Apakah kebaikan dan keburukan sesuatu artifak? Bagaimana sinaran ini berfungsi bagi melindungi artifak? Setiap perincian ini akan diperhalusi dalam artikel yang akan datang.

Page 29: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

29Berita JMM | 3/2019

TRIVIA

Berita JMM | 3/2019 29

Rumah banglo dua tingkat yang terletak di dalam perkarangan Muzium Matang dibina oleh Ngah Ibrahim pada tahun 1873 untuk dijadikan sebagai rumah kediaman Tristram Charles Sawyer Speedy atau lebih dikenali dengan

gelaran Kapten Speedy. Beliau dilahirkan di Meerut, India pada 26 Nov 1836. Ayah kapten Speedy iaitu James Speedy adalah berpangkat Leftenan dalam Resimen Kaki ke-3 (The Buffs). Kapten Speedy seorang penjelajah dan pengembara Inggeris yang terkenal semasa zaman Victoria. Kapten Speedy memutuskan untuk mengikuti jejak langkah bapanya dengan memasuki pasukan tentera. Pada tahun 1854 Kapten Speedy ketika berusia 17 tahun telah memasuki pasukan askar di England. Pada Oktober 1854 beliau berpindah semula ke Meerut dan memasuki pasukan askar 81 (Rejimen Lancashire Utara Setia). Kapten Speedy berkhidmat dengan cemerlang dalam tentera British di India dan berjaya menundukkan pemberontakan India pada pada tahun 1857. Pada tahun 1864 Kapten Speedy juga berkhidmat sebagai ketua semasa Perang New Zealand dalam menentang puak Maori iaitu dengan memasuki pasukan tentera di Waikato dan beliau dianguerahkan pangkat kapten. Perang tersebut berakhir pada tahun 1865 dan Kapten Speedy dianugerahkan Medal Perang Maori. Pada tahun tahun 1867 Kapten Speedy telah berpindah pula ke Australia. Pada tahun 1868 Kapten Speedy berperang pula di Abyssini dan setelah berjaya dalam peperangan tersebut beliau kembali pulang ke England.

KAPTEN SPEEDYOleh : Nor Aini binti Hassan, Muzium Matang

KAPTEN SPEEDY

Pada tahun 1872 Kapten Speedy telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis di Pulau Pinang dan beliau menamatkan perkhidmatanya pada 1873. Kapten Speedy meletak jawatan kerana menerima tawaran kerja dengan gaji yang lumayan daripada Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Beliau melantik Kapten Speedy sebagai Setiausaha (Pentadbir) untuk memodenkan pentadbiran Larut supaya setanding dengan pentadbiran Bristish. Kapten Speedy juga diberi tanggungjawab sebagai penasihat keselamatan untuk menjaga keamanan Larut berikutan terjadinya Perang Larut Pertama dan Perang Larut Kedua yang banyak merugikan perniagaan bijih timah Ngah Ibrahim. Pergaduhan berlaku antara dua kumpulan kongsi gelap cina iaitu kumpulan Hai San yang diketuai oleh Ching Keng Kwee dan kumpulam Ghee Hin diketuai oleh So Ah Chiang. Kapten Speedy bersetuju untuk bekerja dengan Ngah Ibrahim dengan syarat beliau diberi gaji yang tetap serta satu pertiga (1/3) pendapatan yang diperolehi daripada kegiatan perlombongan bijih timah di Larut. Kapten Speedy mendapati pasukan polis yang terdiri daripada 40 orang anggota Melayu tidak berkesan. Dia mahukan penubuhan pasukan polis yang lebih mantap. Kapten Speedy meminta $15,000 daripada Ngah Ibrahim sebagai wang pendahuluan bagi perbelanjaannya ke India untuk merekrut 110 orang Sepoi Sikh dari Punjab. Pada 27 Julai 1873, Kapten Speedy telah berlepas ke India untuk merekrut pasukannya. Pasukan ini dilengkapkan dengan senjata moden termasuk 4 laras Meriam Krupps. Walaupun menghadapai masalah kewangan, Ngah Ibrahim terpaksa bersetuju dengan permintaan Kapten Speedy asalkan perang Larut dapat diselesaikan. Sekembalinya Kapten Speedy dari India beliau dan angkatan tenteranya berjaya mengusir Puak Ghee Hin dari Simpang dan muara Sungai Larut dengan bantuan Kapal Bristish yang menghalang kemasukan senjata dari Pulau Pinang. Ketika itu masih terdapat seramai 2700 orang dari puak Gee Hin tinggal di Larut tetapi mereka tidak mempunyai senjata. Lantaran itu, puak Hai San dan Gee Hin meneruskan semula aktiviti perlombongan dan Ngah Ibrahim dapat mengutip cukai seperti biasa tetapi keamanan tersebut tidak berpanjangan sehingga membawa kepada campur campur tangan British di Larut. Perang Larut pertama terjadi pada tahun 1861 berpunca akibat pergaduhan mengenai laluan air ke kawasan perlombongan. Sumber air penting untuk proses perlombongan bijih timah kerana kaedah perlombongan palong digunakan. Oleh kerana tidak berpuas hati, kumpulan Ghee Hin di Klian Baru telah diserang oleh kumpulan Hai San dari Klian Pauh. Gangguan

bekalan timah telah menyebabkan pedagang Cina di Pulau Pinang yang membuat pelaburan besar dalam industri perlombongan bijih mengalami kerugian dan mereka telah membuat aduan kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan tersebut. Akibat tekanan daripada peniaga-peniaga di Pulau Pinang, Gabenor Negeri-Negeri Selat Kolonel William Orfeur Cavenagh telah campur tangan dan akhirnya memaksa Ngah Ibrahim bertindak menenangkan keadaan. Ngah Ibrahim bagi pihak Sultan Perak , dipaksa membayar $17,447 sebagai ganti rugi kepada kumpulan Ghee Hin. Namun bergitu keadaan hanya tenang seketika sahaja. Pada tahun 1865 berlaku perang Larut kedua berpunca daripada kedua-dua kumpulan kongsi gelap Cina iaitu Hai San dan Gee Hin yang masih berdendam antara satu sama lain dan sebarang isu kecil akan menyebabkan perbalahan besar. Pergaduhan berpunca daripada permainan judi yang melibatkan kumpulan ahli-ahli kongsi gelap. Kumpulan Hai San menawan 14 orang ahli Kumpulan Ghee Hin sebagai tebusan, dan akhirnya membunuh 13 orang daripada mereka dengan kejam. Tebusan terakhir berjaya melepaskan diri dan memberitahu kejadian tersebut kepada kumpulannya. Kumpulan Ghee Hin membalas dendam dan menyerang perkampungan Hai San. Mereka membakar bangunan di dalam kampung itu dan membunuh 40 orang penduduk kampung. Sekali lagi, bekalan keluar bijih timah terganggu. Perbalahan kali ini sangat teruk dan merebak sehingga ke Seberang Perai, Pulau Pinang juga turut disertai oleh kumpulan kongsi gelap yang lain. Selang beberapa ketika kemudian kedua-dua pihak yang telah keletihan akhirnya bersetuju untuk mengadakan perbincangan. Hasil siasatan yang dijalankan pihak berkuasa British mendapati kedua-dua Kumpulan Ghee Hin dan Kumpulan Hai San bersalah kerana mengganggu keamanan Pulau Pinang dan masing-masing dikenakan denda sebanyak $5,000 serta beberapa pemimpin mereka di buang negeri. Perang Larut Ketiga tercetus pada tahun 1871-1872 setelah khabar angin yang tersebar menyatakan ketua kumpulan kongsi gelap Ghee Hin mempunyai hubungan sulit dengan isteri sepupu kepada ketua kumpulan Hai San iaitu Chung Keng Quee. Setelah perlakuan mereka terbongkar, pasangan tersebut ditangkap, diseksa dan kemudiannya dibuang ke dalam lombong dibiarkan lemas. Sebagai menuntut bela kematian ketua mereka, kumpulan Ghee Hin dengan 4,000 tentera upahan yang dibawa masuk dari tanah besar China melalui Pulau Pinang telah menyerang kumpulan Hai San dan buat pertama kalinya kumpulan Hai San berjaya diusir daripada daerah Larut. Kira-kira 10,000 pengikut Hai San menjadi pelarian di Pulau

Oleh : Nor Aini binti Hassan, Muzium Matang

Page 30: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Berita JMM | 3/2019 30 Berita Jmm | 3/2019 30

TRIVIA

Berita JMM | 3/2019 30

Pinang. Beberapa bulan kemudian, kumpulan Hai San dengan dibantu oleh Ngah Ibrahim berjaya menduduki kembali lombong bijih timah kepunyaan mereka di Matang dan Larut. Pada masa ini, Raja Abdullah yang menuntut takhta negeri Perak juga musuh kepada Ngah Ibrahim. Raja Abdullah telah menyokong pihak yang menentang Hai San dan Ngah Ibrahim. Ini kemudiannya mengubah perang daripada kumpulan pelombong cina kepada perang saudara yang melibatkan pembesar-pembesar Melayu Perak.

Kemangkatan Sultan Ali dalam tahun 1871 diikuti dengan perebutan kuasa di kalangan pembesar Melayu, iaitu Raja Ismail, Raja Yusof dan Raja Abdullah . Raja Abdullah tidak menghadiri majlis pengkebumian Al-marhum Sultan Ali sehingga menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Perak. Akibatnya, segolongan besar pembesar negeri bersama-sama Menteri Larut Ngah Ibrahim menabalkan Raja Ismail sebagai Sultan Perak. Pembesar negeri di selatan Perak turut memberikan sokongan kepada Raja Ismail dan menabalkannya sebagai Sultan.

Pertabalan ini ditentang oleh Raja Abdullah, tetapi Raja Abdullah tidak mempunyai tapak serta sokongan untuk berkuasa. Bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh, Raja Abdullah telah memberikan sokongan kepada kumpulan Ghee Hin dengan harapan sekiranya mereka menang dalam perbalahan mereka dengan kumpulan Hai San, kedudukan Ngah Ibrahim akan terhakis dan kedudukan Raja Abdullah sendiri akan teguh, membolehkan baginda mencabar pertabalan Sultan Ismail sebagai Sultan Perak. Raja Abdullah juga cuba untuk mendapatkan sokongan daripada pedagang British bernama W.H.M. Read yang juga merupakan rakan perniagaan baginda. Raja Abdullah telah menyatakan kesediaannya kepada W.H.M. Read untuk menerima penasihat British sekiranya baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak. Namun Gabenor Negeri-Negeri Selat tidak melayan permintaan tersebut kerana hendak memberikan peluang kepada Ngah Ibrahim untuk menyelesaikan masalah Perang Larut tanpa dibantu pihak British. Akhirnya, askar Sepoi di bawah pimpinan Kapten Tristam Speedy berjaya membantu Ngah Ibrahim mengembalikan penguasaan pihak Hai San ke atas Klian Pauh. Kekalahan itu menyebabkan kumpulan Ghee Hin tidak berupaya membantu Raja Abdullah dalam usaha baginda untuk ditabalkan sebagai Sultan.

Perang Larut Keempat meletus pada tahun 1873 , kurang setahun selepas b e r a k h i r n y a Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai San dengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oeh Raja Abdullah menyerang balas dengan bantuan askar upahan dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China .Harta

benda milik Ngah Ibrahim juga turut dimusnahkan dan penduduk Melayu dibunuh. Kekacauan merebak ke daerah Krian, Pulau Pangkor dan Dinding. Pembesar Melayu yang sebelum itu menyebelahi kumpulan-kumpulan Cina yang berbalah akhirnya terkejut melihat huru hara tersebut. Kemusnahan yang dibawa oleh 40,000 orang Cina yang berbalah telah membawa padah besar kepada negeri Perak. Peniaga di Pulau Pinang sekali lagi melihat pelaburan mereka hancur lebur akibat perbalahan dan sekali lagi meminta Gabenor Negeri-Negeri Selat mengambil tindakan untuk memulihkan keamanan di Perak agar perniagaan mereka tidak terus mengalami kerugian. Kerabat Diraja Perak yang terlibat dalam perebutan takhta tidak mampu untuk mempertahankan keamanan di kawasan berkenaan. Keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan huru hara yang berlaku membawa padah kepada orang-orang Melayu, Cina dan British. Menurut buku “The Golden Chersonese and The Way Thither” (Published 1892 G.P. Putnam’s Sons) pengembara era Victoria bernama Isabella Lucy Bird (1831–1904) menyebutkan bagaimana Raja Muda Abdullah pergi berjumpa kawan baginda di Singapura iaitu Tan Kim Ching.

Tan Kim Ching bersama pedagang Inggeris di Singapura merangka satu surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang telah ditandatangani oleh Raja Abdullah. Surat tersebut menyatakan hasrat Raja Abdullah untuk meletakkan Perak dibawah perlindungan British, dan juga untuk menghantar “seorang yang cukup berwibawa untuk menunjukkan (kepada baginda) satu sistem kerajaan yang baik”. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee telah menghantar petisyen yang ditandatangani oleh beliau sendiri bersama 44 ketua cina yang lain, untuk meminta campur tangan British. Keperluan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang di Perak telah menyebabkan British mengubah polisi baru untuk campur tangan dalam urusan negeri-negeri Melayu yang menyebabkan termeterainya Perjanjian Pangkor. Pada 20 Januari 1874, Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke mengadakan perjumpaan untuk mengadakan perjanjian di Pulau Pangkor, dan akhirnya Sultan Abdullah telah ditabalkan untuk menduduki takhta negeri Perak. Dokumen-dokumen perjanjian telah ditandatangan pada 20 Januari 1874 di atas kapal HMS Pluto di Pulau Pangkot untuk menyelesaikan perbalahan orang Cina, menyelesaikan perbalahan mengenai tuntutan takhta negeri Perak dan menyediakan jalan kearah wujudnya Residen British di Perak. Kapten Speedy kemudiannya dilantik sebagai pentadbir Larut serta pembantu kepada Residen British. Chung Keng Quee dan Chin Ah Yam, ketua kepada kumpulan kongsi Hai San dan Ghee Hin, kedua-dua mereka dianugerahkan gelaran Kapitan Cina oleh British dan bandar Larut serta Klian Pauh telah dinamakan sebagai Taiping (Taiping dalam bahasa Cina bermaksud Keamanan Berpanjangan) sebagai meraikan perjanjian damai diantara mereka. Tiga hari kemudian, Chung Keng Quee telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Perdamaian yang diketua oleh Kapten S. Dunlop, Messrs. Frank Swettenham serta William A. Pickering. Satu daripada objektif suruhanjaya ini ialah untuk mengaturkan penempatan yang berselerakan di sekitar daerah Larut. Suruhanjaya juga memutuskan untuk membahagikan kawasan perlombongan di Klian Pauh (Taiping) kepada kumpulan Hai San dan Klian Bharu (Kamunting) kepada kumpulan Ghee Hin. Tengku Menteri Ngah Ibrahim tidak lagi menjadi pemerintah yang merdeka di Larut tetapi kini telah menjadi sebagai menteri biasa yang tertakluk di bawah kuasa Sultan Negeri Perak. Sejak itu, bermulanya zaman keruntuhan keagungan kekuasaan Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan nama beliau tidak lagi mengharum di kawasan Larut. Orang-orang Tengku Menteri Ngah Ibrahim beransur-ansur meninggalkan kawasan kota terutama kaum Batak. Pasukan polis yang dibentuk oleh Kapten Speedy akhirnya menjadi pasukan Polis Bersenjata Perak (Perak Armed Police). Pasukan ini berpengkalan di Taiping. Pada Tahun 1877 State Council ditubuhkan dan secret society ini diteruskan dan diletakkan di bwh Capitan Cina dan mereka dilantik menjadi ahli State Council. Apabila perang antara pertubuhan rahasia orang Cina di Larut meletus semula pada 1879 pengkaji menyimpulkan bahawa British dan Kapten Speedy gagal mengatasinya. Waktu ini Kapten Speedy telah meninggalkan Larut kembali ke Abyssinia. Kapten Speedy juga diingati kerana kumpulan wang syilingnya yang kini disimpan di New Zealand.

Rujukan:- i. © 1972 Persatuan Sejarah Malaysiaii. Google Wikipedia http://www.orgperak.comiii. Google Wikipedia bebas http://www.org/Wiki/Tristam_Speedyiv. JM. Gullick, 1953. Captain Speedy of Larut. MBRAS, Vol.

26, Pt. 3 (No.163). Singapore: Malaya Publishing House Limited.iiv. “The downfall of Tengku Ngah Ibrahim of Larut” The Straits

Times, Saturday, Dec. 29, 1956.

Page 31: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

31Berita JMM | 3/2019

CUTAM

KENALI ARTIFAK CUTAM TERPILIH ?

DULANG BERKAKI / FOOTED WASH BOWL TRAY

Dulang berkaki singa yang dihiasi dengan ukiran 12 jenis haiwan berasaskan zodiak Cina. Haiwan ini mewakili bandar Nakhon Si Thammarat iaitu : Tikus (Sayburi), Lembu (Pattani), Harimau (Kelantan), Arnab (Pahang), Naga (Saiburi), Ular (Phattalung), Kuda (Trang), Kambing (Chumporn), Monyet (Bantaisamor), Ayam (Songkhla), Anjing (Takua Pa) dan Babi (Kraburi). Kurun ke -19.

tahukah anda

The footed wash bowl tray depicting lion is decorated with Chinese zodiac animals. These 12 animals represent Nakhon Si Thammarat’s city: Rat (Sayburi), Cow (Pattani), Tiger (Kelantan), Rabbit (Pahang), Dragon (Saiburi), Snake (Phattalung), Horse (Trang), Goat (Chumporn), Monkey (Bantaisamor), Rooster (Songkhla), Dog (Takua Pa) and Pig (Kraburi).19th century.

Page 32: BERITA JMM JILID 29 BIL.3/2019 SEPTEMBER - DISEMBER … JMM Jld 29 Bil 3 (September-Disember 2019).pdfberita jmm jilid 29 bil.3/2019 september - disember issn 2231-8321 persidangan

Jabatan Muzium Malaysia

Jabatan Muzium Malaysia,Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur

Tel.: (+603) 2267-1000 (+603) 2282-6255Faks: (+603) 2282-6434 http://www.jmm.gov.my

MUZIUM NEGARAKUALA LUMPUR

MUZIUM PERAKTAIPING PERAK

GALERIA PERDANA, LANGKAWI

MUZIUM MATANG,PERAK

MUZIUM ARKEOLOGILEMBAH BUJANG, KEDAH

MUZIUM SUNGAI LEMBING,PAHANG

MUZIUM CHIMNEY,LABUAN

MUZIUM SENI KRAF ORANG ASLI,KUALA LUMPUR

MUZIUM SENI BINA MALAYSIA,BANDAR HILIR, MELAKA

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH,KEDAH

MUZIUM KOTA KAYANG,PERLIS

MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL,SEPANG

MUZIUM KOTA JOHOR LAMA,JOHOR

MUZIUM LABUAN,LABUAN

MUZIUM ETNOLOGI DUNIA MELAYU,KUALA LUMPUR

MUZIUM TEKSTIL NEGARA,KUALA LUMPUR

MUZIUM MARIN LABUAN,LABUAN

MUZIUM LUKUT,NEGERI SEMBILAN

MUZIUM ADAT JELEBU, NEGERI SEMBILAN

MUZIUM DIRAJAKUALA LUMPUR

Jabatan Muzium Malaysia

Muzium KitaTamadun Kita