berita petaling jaya • jun 2013

24
www.mbpj.gov.my PERKHIDMATAN PERCUMA 20 JUN 2013 KHAS UNTUK ANDA Ulang Tahun Ke-7 Perisytiharan Bandaraya Petaling Jaya Maklumat lanjut sila rujuk muka surat 12 (20.06.2006 - 20.06.2013) BERITA 04 Anugerah Komuniti Mampan Tawar RM100,000 PERCUMA PERCUMA PERCUMA PERCUMA PARKIR KEMUDAHAN GELANGGANG SUKAN /PADANG / KOLAM RENANG PEMBERIAN ANAK POKOK PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA 08 Seksyen 5 dan 10 bakal jadi model Zon Bersih 09 MBPJ turunkan Iklan Parti Politik 15 Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Petaling Jaya PERCUMA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H Semua petak parkir on street dan kompleks letak kereta milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya sahaja. Terhad kepada satu (1) nama dan satu (1) sesi penggunaan sahaja iaitu 2 jam. Sebanyak 1,000 anak pokok hiasan, palma dan herba disediakan. Semua warga Petaling Jaya layak KECUALI kakitangan MBPJ. Setiap perkhidmatan TERHAD KEPADA 500 ORANG pertama sahaja.

Upload: phungnhan

Post on 31-Dec-2016

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

www.mbpj.gov.my

PERKHIDMATAN PERCUMA20 JUN 2013

KHAS UNTUK ANDA

Ulang Tahun Ke-7 Perisytiharan Bandaraya Petaling Jaya

Maklumat lanjut sila rujuk muka surat 12

(20.06.2006 - 20.06.2013)

BERITA

04

Anugerah Komuniti MampanTawar RM100,000

PERCUMA PERCUMA PERCUMA PERCUMAPARKIR KEMUDAHAN

GELANGGANG SUKAN /PADANG / KOLAM RENANG

PEMBERIAN ANAK POKOK

PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

KOMUNITI PETALING JAYA

08

Seksyen 5 dan 10bakal jadi model Zon Bersih

09

MBPJ turunkan IklanParti Politik

15

Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Petaling Jaya

PERCUMA•Jun2013•Rejab/Syaaban1434H

Semua petak parkir on street dan kompleks letak kereta milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya sahaja.

Terhad kepada satu (1) nama dan satu (1) sesi penggunaan sahaja iaitu 2 jam.

Sebanyak 1,000 anak pokok hiasan, palma dan herba disediakan.Semua warga Petaling Jaya layak KECUALI kakitangan MBPJ.

Setiap perkhidmatan TERHAD KEPADA 500 ORANG pertama sahaja.

02 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H KHAS

Perancangan Pengangkutan Dan Pengurusan Lalulintas Di Petaling Jaya

Petaling Jaya telah mengalami evolusi pembangunan yang begitu pesat. Namun di sebalik pembangunan yang rancak, secara langsung kita tetap menghadapi masalah yang semakin mencabar, iaitu masalah kesesakan lalulintas. Pembangunan pesat juga disusuli dengan pelbagai cabaran perkhidmatan asas lain, khususnya perkhidmatan perbandaran.

Majlis memandang serius senario kesesakan lalulintas di Bandaraya Petaling Jaya dan telah mengambil inisiatif merangka dan melaksanakan perancangan pengangkutan dan pengurusan lalulintas secara holistik, meskipun isu pengangkutan awam adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Pelan Tindakan bagi menyelesaikan masalah lalulintas di Petaling Jaya dibuat berdasarkan konsep perancangan bersepadu di antara gunatanah dan pengangkutan serta lalulintas. Had pembangunan akan ditetapkan oleh keupayaan infrastruktur sedia ada dan keupayaan tambahan hasil dari langkah pembaikan yang akan dibuat berdasarkan Kajian Impak Lalulintas berkenaan.

Kerja-kerja pembaikan infrastruktur utama ini akan dibiayai berdasarkan wang caruman ISF, sumbangan infrastruktur dan caj pemajuan.Anggaran jumlah kutipan keseluruhan adalah sebanyak RM137 juta.

Perancangan pengangkutan akan berteraskan sistem pengangkutan bersepadu melalui perancangan guna tanah menggunakan pendekatan pembangunan berorientasikan transit (TOD), pembangunan bercampur dan meningkatkan kelancaran

pergerakan lalulintas. Pelaksanaan sistem pengangkutan awam akan dipertingkatkan.

Pembangunan yang berintensiti tinggi akan ditumpukan di kawasan transit pengangkutan awam bagi mengurangkan penyerakan bandar (urban sprawl), kesesakan lalulintas dan pencemaran udara. Terdapat 13 lokasi TOD yang terlibat dalam lingkungan 400 meter dari stesen LRT, MRT dan komuter dengan nisbah plot maksima 6 dibenarkan. Pemberian nisbah plot bagi kawasan TOD Petaling Jaya ini tertakluk kepada garis panduan dan pematuhan keperluan-keperluan teknikal yang ditetapkan.

Bagi menyokong penggunaan pengangkutan awam di Petaling Jaya, empat lokasi Park ‘n’ Ride akan dibina di tanah rizab rentis elektrik bersebelahan stesen LRT Asia Jaya, Taman Paramount, Taman Bahagia dan Kelana Jaya.

Strategi yang akan digunapakai adalah menggalakkan penukaran mod pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam di samping mempromosikan penggunaan basikal dan laluan pejalan kaki sebagai pilihan utama mod pengangkutan. Setiap projek yang dilaksanakan akan dinilai menggunapakai carbon calculator bagi mengurangkan intensiti pengeluaran karbon di Petaling Jaya.

Inisiatif Bandaraya Berkarbon Rendah

Pada pertama kalinya dalam sejarah dunia, catatan indeks di Mauna Loa, Hawaii menunjukkan paras karbon dioksida dalam udara meningkat kepada 400.03 ppm (parts per million), satu kadar yang dicatatkan hanya dalam tempoh 100 tahun, 1 juta kali ganda lebih cepat daripada jangkaan. Ini bermaksud dalam tempoh 25 tahun lagi, karbon dioksida akan meningkat kepada 450 ppm, iaitu had

tampungan dunia. Dengan had sekatan 450 ppm, suhu dunia akan meningkat 2 darjah celcius yang nescaya akan mengakibatkan kecairan ais kutub utara, paras air lautan meningkat, perubahan iklim, kemusnahan sistem ekologi dunia dan seterusnya tragedi kemanusiaan.

Seiring itu, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang turut memikul tanggungjawab sosial ke atas alam hidup yang berkualiti, Majlis haruslah memainkan peranan yang lebih giat bagi mempromosikan inisiatif berkarbon rendah. Ke arah peranan tersebut, mulai bulan Julai 2013 semua permohonan pembangunan dan perancangan program hendaklah dinilai dari segi penjanaan dan penerapan karbon dioksida dan cadangan tindakan remedi hendaklah diadakan bagi pencapaian carbon neutral.

Ini juga termasuk data perjalanan kenderaan berkilometer hendaklah dimasukkan dalam Laporan pentaksiran impak trafi k bagi projek pembangunan. Tarikh ini ditetapkan seiring dengan komitmen Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk memperkenalkan pengiraan karbon menerusi web-based carbon calculator ketika Bengkel Rangka Kerja Bandaraya Berkarbon Rendah MBPJ.

Tabung Hijau (Green Fund)

Elemen penting dalam mengimbangi kepentingan alam sekitar dan mewujudkan kehidupan masyarakat yang sejahtera adalah dengan memperuntukkan kawasan landskap di kawasan pembangunan yang didirikan. Sebagai langkah pengawalan kepada pembinaan yang tidak memperuntukkan kawasan landskap yang mencukupi, Majlis telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Tabung

Hijau (Green Fund) sebagai langkah bagi memastikan keperluan kawasan hijau tersebut dapat dipenuhi.

Dasar Tabung Hijau diperkenalkan oleh Majlis berperanan untuk mengawal pembangunan dan mewujudkan kawasan serapan semulajadi atau dikenali sebagai surface runoff. Usaha ini juga dapat membantu mengurangkan kesan pemanasan global, mengurangkan pantulan cahaya matahari dan pokok-pokok yang ditanam juga mampu menjadi penapis semulajadi kepada pencemaran di kawasan-kawasan pembangunan yang didirikan.

Dua piawaian utama yang digariskan dalam penyediaan kawasan landskap ialah Dasar Penyediaan Kawasan Lapang dan Piawaian Perancangan. Dasar-dasar ini diharapkan dapat mewujudkan kawasan landskap yang lebih berdaya bumi dan memelihara alam sekitar secara semulajadi. Penubuhan Tabung Hijau ini juga selaras dengan usaha mengaplikasikan Amalan Terbaik Perancangan Ke Atas Kawasan Lapang yang berkehendakkan peruntukan 2 hektar kawasan lapang bagi 1,000 orang seperti yang dinyatakan dalam Dasar Perbandaran Negara.

Kewujudan Akaun Amanah Tabung Hijau juga berperanan untuk mengumpul dan menguruskan wang caruman yang dikenakan kepada pemilik tanah atau pemaju yang gagal menyediakan keperluan kawasan lapang yang mencukupi dalam projek pembangunan mereka. Akaun ini juga bertujuan untuk menguruskan caruman yang dikenakan kepada pemilik tanah dan pemaju yang menyerahkan kawasan landskap dibangunkan mereka secara bayaran kepada pihak Majlis. Hasil kutipan caj ini akan digunakan sebagai sumber kewangan bagi tujuan menaik taraf,

ILTIZAM MENINGKATKANSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Mesej Datuk Bandar Petaling Jaya

KHAS BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 03membaiki, mengindahkan dan menyelenggara mahupun memperbanyakkan lagi liputan kawasan landskap termasuklah kawasan rekreasi Petaling Jaya.

Isu Kemiskinan Bandar & Kemudahan Awam di PPR

Majlis amat prihatin dan memandang serius isu kemiskinan bandar yang merupakan satu masalah sosial yang patut ditangani oleh semua pihak. Ini kerana ia merupakan tanggungjawab sosial yang membebani semua pihak untuk diselesaikan. Kemiskinan merupa-kan satu masalah yang serius dan ia berkait rapat dengan masalah-masalah yang lain.

Kemiskinan juga boleh mengakibatkan konfl ik keluarga tercetus sehingga runtuhnya institusi keluarga. Apabila institusi keluarga telah lebur maka semakin banyaklah isu-isu sosial yang timbul selepas itu. Tambahan pula dengan isu peminggiran sosial, maka makin bertambahlah masalah dan tekanan dikalangan penduduk miskin bandar.

Umum mengetahui kebanyakan kemudahan awam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai dan Kota Damansara telah rosak, hilang dan tidak berfungsi. Keadaan ini berlaku disebabkan aktiviti vandalisme oleh individu yang tidak bertanggungjawab terhadap kemudahan lif, pam air, besi pemegang tangga dan lain-lain kemudahan awam yang disediakan.

Masalah vandalisme yang tidak terkawal menyebabkan Majlis menanggung kerugian besar

kerana kerap kali terpaksa membaiki kemudahan itu walaupun ia baru sahaja diperbaiki. Kebanyakan kemudahan lif ini mudah rosak sekiranya penggunaannya tidak dikawal seperti menggunakannya untuk mengangkat barangan berat seperti motorsikal dan bahan-bahan binaan.

Majlis telah membelanjakan sebanyak RM4.2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih 23 buah lif dan 8 unit pam air yang terdapat di PPR Taman Putra Damai dan di PPR Kota Damansara pula melibatkan 12 lif dan 8 pam air. Majlis juga telah menggantikan pemegang tangga besi yang telah rosak dan hilang dengan bahan konkrit bagi mengelakkan kecurian dan vandalisme. Sebagai langkah keselamatan Majlis akan membaiki lif dan memasang bollard di pintu bagi mengelakkan individu tidak bertanggungjawab membawa motosikal ke dalam lif.

Kos yang diperuntukkan untuk menguruskan dan menyelenggara PPR adalah melebihi daripada kutipan sewa yang dikutip oleh pihak Majlis. Tungggakan sewa di PPR Taman Putra Damai adalah terlalu tinggi sehingga mencecah RM7.7 juta. Penduduk hanya membayar sewa sebanyak RM124 dan RM250 sebulan (mengikut kategori).

Terdapat individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan dan mencuri komponen-komponen yang terdapat di dalam lif tersebut, sehingga menyebabkan lif itu gagal berfungsi. MBPJ bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah vandalisme agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

Majlis berharap penduduk PPR menghargai semua kerja baik pulih yang telah diusahakan oleh MBPJ. Sudah tiba masanya penduduk mengambil tanggungjawab bersama menjaga dan menggunakan segala kemudahan awam yang disediakan dan digunakan dengan berhemah untuk keselesaan semua penghuni.

Untuk memudahkan penduduk PPR membuat bayaran, Majlis telah membuka kaunter bergerak pada hari Rabu setiap minggu dan kaunter bergerak bulanan dibuka pada setiap Ahad minggu pertama setiap bulan untuk kemudahan penyewa PPR membuat bayaran dan lain-lain urusan berkaitan Majlis.

Kerjasama dan sikap bertanggungjawab penduduk akan mewujudkan keadaan PPR yang ceria, selesa, aman dan harmoni tanpa menyalahkan mana-mana pihak. Bagi tujuan ini, penduduk akan dikehendaki menandatangani akujanji tanggungjawab bersama menjaga kemudahan awam yang disediakan.

Majlis telah dan akan terus melaksanakan program kemiskinan bandar secara lebih holistik bagi semua peringkat umur – kanak-kanak, remaja, belia, ibu tunggal dan warga emas, di mana Majlis akan mengadakan lebih banyak program bagi menggilap kemahiran para belia dan ibu tunggal khususnya memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan. Contohnya memberi pekerjaan kepada ibu tunggal bekerja dalam sektor yang bersesuaian di MBPJ. Di samping itu, Majlis akan memperbanyakkan lagi program dengan usahasama institusi kemahiran dan lain-lain NGO.

QRT MBPJ – Memperkasakan Tindakan Penyelesaian Aduan Awam

Bagi mempercepatkan tindakan penyelesaian aduan awam, Majlis telah memperkasakan lagi pasukan Quick Response Team (QRT) MBPJ, dengan menjadikan Unit Aduan Awam sebagai pusat setempat bagi mengambil tindakan pantas terhadap aduan-aduan kritikal dan segera seperti menangani masalah pokok tumbang semasa bencana dan aduan-aduan kecemasan berkaitan perkhidmatan asas Majlis.

Oleh yang demikian, pihak Majlis juga akan memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Unit Aduan Awam untuk menyediakan logistik bagi pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

Majlis akan sentiasa beriltizam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada warga Bandaraya Petaling Jaya. Sistem dan prosedur kerja akan terus diperkemaskan bagi mematuhi piawaian perkhidmatan seperti kecekapan, keberkesanan dan budaya khidmat mesra pelanggan.

PENAUNG : Datin Paduka Alinah binti Ahmad DatukBandarPetalingJaya

PENASIHAT : Puasa bin Md. Taib TimbalanDatukBandar

AhliMajlis Hj. Mohd Ghazali bin Daud Chan Chee Kong Tony Cheong Siew Thong

KETUAPENGARANG : Haniza binti Abdul Hamid

PENOLONGPENGARANG : Zainun binti Zakaria

PENGARANGBERITA : Siti Husna binti Idrus

WARTAWAN : Nor Shalizawati binti Hj. Baharudin Muhamed Azmi bin Yusoff Ahmad Iskandar bin Mohamad Mukhtar Hasbullah bin Juwahir Saidatulanirah binti Zakaria

JURUGAMBAR : Rusdi bin Mohammed Halik Intan Khairana binti Md. Zali Salimey bin Abu Bakar

PEREKAGRAFIK : Shamsul Bahrin bin Hj. Abdul Muttalib Badrul Hisham bin Abu Bakar

MAKLUM BALAS DAN : Unit Perhubungan AwamCADANGAN HANTARKAN Majlis Bandaraya Petaling JayaKEPADA : 03-7956 3544 samb. 203 / 205 / 206 : 03-7958 2695 : [email protected]

DATUKBANDAR: Datin Paduka Alinah binti Ahmad

TIMBALANDATUKBANDAR: Puasa bin Md. Taib

TIMBALANSETIAUSAHA: Hj. Ahmat Mohaayen bin Hj. Said

PENGARAHPERBENDAHARAAN: Hjh. Sa’diyah binti Khasiman

PENGARAHPERANCANGANPEMBANGUNAN: Hjh. Sharipah Marhaini binti Syed Ali

PENGARAHKEJURUTERAAN: Ir. Hj. Cheremi bin Tarman

PENGARAHPENILAIAN: Datin Sr. Amreeta Kaur a/p Pretham Singh

PENGARAHKESIHATANPERSEKITARAN: Dr. Chithradavi a/p Vadivellu

PENGARAHKAWALANBANGUNAN: Hamidah binti Ariffi n

PENGARAHKEMASYARAKATAN: Aznan bin Hj. Hassan

PENGARAHPENGUATKUASA: Mohd Fauzi bin Maarop

PENGARAHLANDSKAP: Zuraidah binti Sainan

PENGARAHUNDANG-UNDANG: Abd. Muttalib bin Mohd Ali

PENGARAHPERHUBUNGANAWAM: Haniza binti Abdul Hamid

PENGARAHAUDITDALAM: Hj. Ainul Adnan bin Abdul Rahaman

PENGARAHADUANAWAM: Tengku Nazaruddin bin Tengku Zainudin

KETUAUNITPUSATSETEMPAT(OSC): Lee Lih Shyan

KETUAUNITPESURUHJAYABANGUNAN(COB): Nor Shabani binti Johari

PengurusanMBPJ

SidangREDAKSI

Ir. Hj. Cheremi bin Tarman

Datin Paduka Alinah binti Ahmad DatukBandarPetalingJaya

Berita Petaling Jaya Diterbitkan Oleh : MAJLISBANDARAYAPETALINGJAYAJalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | Tel : 03-7956 3544 | Faks : 03-7958 2695 | E-mel : [email protected] | Laman Sesawang : www.mbpj.gov.my | : pjcitycouncil | : pjcitycouncil

JALAN YONG SHOOK LIN, 31 Mei – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan pelbagai hadiah yang menarik berjumlah RM100,000 sempena dengan penganjuran pertandingan Anugerah Perdana Komuniti Mampan 2013.

Johan pertandingan bakal memperolehi RM50,000 bersamaan Geran Pembangunan, Piala Pusingan Datuk Bandar, Sijil Kepujian dan Cenderahati iringan. Manakala tempat kedua dan ketiga akan menerima RM25,000 dan RM10,000 serta Geran Pembangunan, Sijil Kepujian dan Cenderahati Iringan.

Selain itu, Anugerah Inisiatif

Komuniti Mampan ini juga menawarkan Geran Pembangunan berjumlah RM3,000 serta Piala dan Sijil Kepujian kepada 5 anugerah merit bagi kategori Integrasi Sosial, Kejiranan Hijau, Kejiranan Selamat, Tadbir Urus dan Keusahawanan.

Anugerah tersebut diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada komuniti mampan demi menambah baik kualiti alam sekitar dan integrasi sosial seperti yang termaktub dalam Pelan Tindakan Memperkukuhkan Semangat Kejiranan, Local Agenda 21 Petaling Jaya.

Seperti tahun sebelumnya, Pelaksanaan ‘Local Agenda

21’ memberi peruntukan tidak melebihi RM1,000 oleh Majlis kepada komuniti yang ingin menyertai pertandingan tersebut.

Pemberian peruntukan tersebut sebagai galakan dan motivasi kepada setiap komuniti sebagai kos pembelanjaan menyediakan dokumentasi, seterusnya membolehkan organisasi tersebut melakukan aktiviti yang dirancang dan kreativiti dapat diketengahkan.

Selain itu, Majlis juga ingin memperbaiki jurang antara masyarakat cemerlang dan masyarakat yang perlu diberi bantuan dengan memberi dorongan untuk memperbaiki kualiti terutama

masyarakat di perumahan kos rendah berkepadatan tinggi.

Penyertaan terbuka kepada semua Persatuan Penduduk (PP) yang berdaftar, Rukun Tetangga (RT), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di kawasan MBPJ.

Borang penyertaan boleh didapati di laman web MBPJ h t t p : / / w w w. m b p j . g o v. m y / l a 2 1 /bestneighbourhood.html atau di Kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 28 Ogos 2013.

BERITA04 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

Anugerah Komuniti Mampan 2013Tawaran Hadiah RM100,000

Dr. K. Kalithasan memberi taklimat penyertaan Anugerah Komuniti Mampan Hj. Ahmat Mohaayen dan Azri Mohamad Arish beramah mesra dengan penduduk

Penduduk PPRSertai Kursus Kebapaan Cemerlang

Seorang peserta kursus turut membawa ahli keluarga

LEMBAH SUBANG, 12 Mei – Bahagian Pembangunan Komuniti, Sosial dan Belia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjemput khas Pakar Andrologis (Sakit Tuan), Damai Service Hospital Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi, untuk menyampaikan taklimat mengenai kebapaan cemerlang kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Petaling Jaya.

Menurut beliau, kursus tersebut bertujuan untuk memberi tip berguna kepada penduduk cara-cara untuk menjadi bapa yang baik dan juga penjagaan kesihatan lelaki.

“Golongan bapa berperanan sebagai ketua dalam keluarga dan memberi sokongan kepada isteri dalam urusan rumah tangga serta

aspek ekonomi keluarga, perubatan, kesihatan, pendidikan dan psikososial iaitu cara pertuturan dan pergaulan,” katanya.

Bapa yang cemerlang mampu mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pendidikan dan juga hubungan dalam masyarakat kerana bapa ialah model kepada anak-anak selain ibu.

“Kajian menunjukkan jika kanak-kanak membesar dengan bapa yang benar-benar melibatkan diri dalam kehidupan mereka, mereka akan mencapai kepujian di sekolah, dapat mengendali masalah dengan baik, mempunyai kesihatan yang cemerlang, ramai kawan dan berhati mulia,” ujar beliau.

Untuk menjadi bapa yang cemerlang ia perlu dimulakan dengan menjadikan anak-anak sebagai

keutamaan dalam hidup dan tidak perlu bekerja keras untuk menjadi ‘bapa yang cekap’ kerana ia sebenar -nya tidak wujud.

“Bapa yang cemerlang memerlukan masa, tenaga, minat dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar dan membesar sebagai bapa,” tambah beliau.

Penolong Pengarah (Sosial) MBPJ, Nor ‘Ain Adam turut hadir ke program tersebut yang menjadi salah satu usaha Majlis membantu golongan berpendapatan rendah menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap sosial keluargaa

BERITA BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 05

KELANA JAYA, 14 Mei - Proses penjualan borang permit bazar Ramadan 2013 berjalan lancar dengan bantuan kawalan keselamatan oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Penjualan bermula sejak 9.00 pagi berlangsung tanpa berlaku insiden yang tidak diingini dengan pertukaran sistem jualan yang mengasingkan kaunter jualan borang kawasan Petaling Jaya Utara dan Petaling Jaya Selatan di Stadium Kelana Jaya.

Kaunter-kaunter lokasi ‘panas’ seperti biasa menjadi tumpuan para peniaga semenjak awal pagi untuk menambah pendapatan pada bulan

Ramadan yang akan datang. Lokasi-lokasi yang dimaksudkan ialah SS6/1, Kelana Jaya, Taman Medan dan Kota Damansara.

Seorang peniaga yang ditemui, Raja Mohd Noor Raja Ibrahim yang juga golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan berkata, tiada masalah yang dihadapinya semasa proses membeli borang.

“Pihak MBPJ dan peniaga lain memberi kerjasama dan keutamaan kepada golongan OKU semasa membeli borang. Malah MBPJ juga menyediakan petak khas kepada kami untuk berniaga,” ujar beliau yang merupakan peniaga otak-otak dan kuih-muih di bazar Ramadan SS6/1,

Kelana Jaya.

Menurutnya, sudah hampir 20 kali beliau membeli borang bazar Ramadan yang disediakan MBPJ dan sepanjang tempoh itu tidak pernah berlaku kejadian yang tidak diingini ke atas dirinya.

Tahun ini, MBPJ telah menyediakan sebanyak 1,662 petak bazar Ramadan di 20 lokasi berbeza Jumlah tertinggi ditawarkan di SS6/1 Kelana Jaya iaitu sebanyak 250 petak, Jalan Teknologi 3/6A, Kota Damansara sebanyak 200 petak manakala Damansara Damai dan Jalan PJS 2D/9, Taman Medan masing-masing 166 dan 162 petak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dipulangkan sebelum atau pada 21 Mei 2013 . Walau bagaimanapun penjualan semula borang akan diadakan pada 27 Mei 2013 di Tingkat 6, Bahagian Pelesenan, Menara MBPJ, sekiranya terdapat kekosongan berdasarkan borang yang dihantar balik kepada Majlis mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pelesenan Penjaja, Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah 46200 Petaling Jaya, Selangor di talian 03-7960 9026 atau 03-7960 4667.

Proses Penjualan Borang Permit

Lokasi Bazar Ramadan Di Petaling Jaya

Bazar Ramadan Berjalan Lancar

Ramai... ada yang mula beratur pada pukul 9.00 malam hingga ke pagi esoknya

Raja Mohd Noor Ibrahim dan Isteri

Bil. Lokasi Jumlah Petak 1. Sek. 17/1A 1002. Sek. 14/27 703. Sek.8, Sg. Jernih 104. Stesen Bas Jalan Othman 275. Kg. Baiduri, 51A 406. SS8, Sg. Way 807. SS 6/1, Kelana Jaya 2508. Jalan PJS 2D/9, Taman Medan (tapak pasar pagi dan pasar malam Majlis) 1629. Desa Mentari 4010. PJS 6/3, Kg. Lindungan 5511. Taman Sri Manja 8012. Lembah Subang 5013. Kg. Sg. Kayu Ara 5014. Apartmen Meranti, Sri Damansara 8015. Jalan Teknologi 3/6A, Kota Damansara 20016. Seksyen 7, Kota Damansara 7017. Seksyen 5, Kota Damansara 1218. Seksyen 4, Kota Damansara 8019. Damansara Damai (Apt. Vista Business Centre) 16620. Prima Damansara 40Jumlah 1,662

06 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

RENCANA BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 07

Pengurangan Cukai Taksiran OKUPada 20 Mac 2013, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju memberi pengurangan caj bayaran cukai taksiran kepada pemilik harta tanah daripada kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU). Caj bayaran itu akan dikurangkan sebanyak 50 peratus kepada pemilik kediaman perumahan berkenaan di seluruh kawasan pentadbiran negeri Selangor.

Pengurangan cukai taksiran ini bertujuan untuk mengurangkan beban OKU disebabkan kos sara hidup yang tinggi terutama sekali di kawasan bandar. Selain itu, ia juga untuk mengiktiraf OKU yang banyak menyumbangkan pembangunan ekonomi dan sosial di Petaling Jaya.

Bagaimanapun pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang merupakan pemilik asal harta tanah (rumah kediaman) dimiliki dan diduduki sahaja. Jika rumah itu disewakan kepada orang lain mereka tidak layak untuk menikmati pengurangan tersebut.

Oleh itu, permohonan pengurangan cukai taksiran untuk OKU boleh dibuat secara bertulis melalui borang yang disediakan dan dihantar kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui serahan tangan, e-mel, faksimili atau pos. Pihak Majlis akan melakukan lawat periksa ke atas harta tanah bagi mengesahkan harta tanah adalah didiami oleh pemohon dan bukan bertujuan disewakan.

Permohonan pengurangan 50 peratus hanya diluluskan untuk harta tanah kediaman sahaja. Bagi jenis pegangan seperti tanah kosong, perniagaan dan perindustrian tiada pengurangan diberikan.

Oleh itu, pemohon yang ingin memohon pengurangan cukai taksiran tersebut wajib mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan hendaklah diperbaharui setiap tahun dengan menghantar borang permohonan sebelum 28 Februari bagi melayakkan pemohon menerima kadar pengurangan setahun.

DAMANSARA PERDANA, 5 Jun – 90 pelajar orang asli telah menjayakan kempen kesedaran, sempena sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Petaling Jaya yang telah diadakan selama 3 hari yang bermula pada 3 Jun lepas.

50 orang daripada mereka ialah terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah Belum-Temenggor, Gerik, Perak manakala selebihnya pelajar Sekolah Rendah Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor.

Sambutan Hari Alam Sekitar kali ini, menggunakan slogan Think Eat Save yang merupakan anjuran bersama antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Yayasan Pulau Banding dan juga Yayasan EMKAY.

Pihak penganjur juga membawa hasil kraf tangan orang asli yang kebanyakannya adalah milik ibu bapa pelajar orang asli tersebut untuk dijadikan pameran di Sambutan Hari Alam Sekitar

Terdapat pelbagai aktiviti mesra alam telah diadakan seperti night walk, merentas hutan, dan pertandingan mengumpul barangan terpakai supaya dapat memupuk semangat peserta menghargai kebersihan alam sekitar.

Para pengunjung tercuit hati dengan gelagat kanak-kanak orang asli menari tarian Chicken Dance yang turut disertai Pengarah Jabatan Kesihatan MBPJ, Dr. Chithradavi N. Vadivellu.

Selain pelajar orang asli, kempen itu turut disertai pelajar Sekolah Kebangsaan Setapak Indah, Sekolah Menengah Seksyen 10 Kota Damansara, Persatuan Al-Hunafa serta pelajar Fakulti Biologi dan Sains, Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pulau Banding, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latif Mohammad dan juga Ahli-ahli Lembaga Yayasan EMKAY.

JALAN SELANGOR, 8 Jun – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menganjurkan program Kemasyarakatan dan Kerohanian Remaja, yang dikenali sebagai Cut & Cook di Pusat Aktiviti Remaja, Kompleks Arena Petaling Jaya.

Program itu merupakan usaha Majlis memberikan pendedahan kepada remaja muslim untuk mempelajari asas penyembelihan haiwan supaya mereka dapat mengenal pasti haiwan yang disembelih adalah halal dimakan atau tidak.

Menurut Penolong Pengarah Sosial MBPJ, Nor’Ain Adam berkata, program ini merupakan kali pertama diadakan, iaitu golongan remaja bandar diberi peluang untuk

melakukan penyembelihan ayam mengikut syariat Islam.

“MBPJ telah menjemput wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Shahadan Idrus untuk memberikan ceramah pendedahan asas penyembelihan dan dibantu juga oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) IKRAM Youth,” katanya.

Program tersebut ialah salah satu daripada aktiviti kerohanian dan juga yang ke-4 diadakan oleh pihak MBPJ sepanjang cuti pertengahan tahun persekolahan.

“Sebelum ini, pihak MBPJ telah menganjurkan pertandingan permainan indoor seperti congkak dan futsal, aktiviti rekreasi mendaki Bukit Gasing bersama

Rakan Cinta Alam dan juga aktiviti perkhemahan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, penceramah jemputan, Ustaz Shahadan Idrus berkata, aktiviti seperti ini ialah usaha yang baik dilakukan oleh MBPJ kerana kursus penyembelihan haiwan jarang dilakukan di kawasan bandar.

“Saya berpendapat aktiviti ini harus diteruskan kerana amat penting kepada remaja untuk memahami hukum penyembelihan iaitu perkara yang boleh dilakukan dan juga dilarang.

“Saya rasa kagum dengan remaja di sini kerana daripada 20 ekor ayam disembelih, 19 daripadanya menepati hukum penyembelihan Islam dan itu

adalah pencapaian yang baik bagi saya,” katanya sebelum menerima sumbangan saguhati daripada pihak penganjur.

Jumlah keseluruhan remaja yang menyertai program ini seramai 41 orang di mana mereka juga diberikan pendedahan untuk memasak pelbagai jenis makanan berasaskan ayam yang diketuai oleh chef jemputan dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Chef Azwan Arsyad.

Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ turut merangka untuk mengadakan Program ‘3R’ iaitu program sempena raikan bulan Ramadan di Masjid Damansara Damai pada bulan hadapan.

BERITA08 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

Cut & Cook

90 Pelajar Orang Asli

Meriahkan Aktiviti Cuti Sekolah

Jayakan Kempen Think Eat Save

Ceria... pelajar orang asli gembira melakukan tarian Chicken Dance bersama artis

Dr. Chithradavi N. Vadivellu merasmikan Hari Alam Sekitar Peringkat Petaling Jaya

Berbakat... peserta menunjukkan bakat memasak ayam goreng berempahDemontrasi peyembelihan ayam oleh Ustaz Shahadan kepada peserta

BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 09BERITA

SEKSYEN 5, 19 Mei – Seksyen 5 dan Seksyen 10 Petaling Jaya bakal menjadi model kawasan bersih di Petaling Jaya setelah dipilih untuk dipertandingkan sebagai Zon Bersih peringkat negeri Selangor.

Hal ini telah dinyatakan oleh Ahli Majlis Zon 12, Derek John Fernandez selaku Ahli Majlis kawasan semasa program gotong-royong Zon Bersih yang telah diadakan baru-baru ini.

“Kawasan kediaman dan komersil Seksyen 5 dan 10 telah dipilih pada tahun ini untuk dipertandingkan dalam program Zon Bersih anjuran kerajaan negeri Selangor dan kita akan jadikan kawasan ini sebagai model kawasan bersih kepada kawasan-kawasan lain di Petaling Jaya,” ujar beliau.

Pertandingan Zon Bersih diwujudkan untuk memupuk rasa kesedaran dan budaya cintakan kebersihan di samping salah satu tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam

menyediakan infrastruktur dan menjalankan penguatkuasaan undang-undang.

Untuk mencapai objektif ini kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 kepada setiap PBT di Selangor yang menyertai Zon Bersih untuk mengindahkan dan menyelenggara kawasan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga akan menyediakan fasiliti misalnya mengedarkan tong sampah yang berkapasiti 60 ke 120 liter di kawasan tersebut untuk memudahkan penduduk

sekitar membuang sampah dan sisa domestik.

Gotong-royong ini turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, YB. Rajiv Rishyakaran.

Seramai 100 orang menyertai program gotong-royong ini membersihkan daun-daun dan ranting pokok yang gugur di taman awam di Jalan 5/46.

Gotong-royong merupakan salah satu usaha Majlis untuk mendidik penduduk menjaga kebersihan dan juga mewujudkan kerjasama serta sikap tanggungjawab.

Seksyen 5Dan 10Bakal Jadi

Model Zon Bersih

JALAN YONG SHOOK LIN, 4 Jun – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Organisasi Bukan Kerajaan, Kelab Lion Petaling Jaya menjangkakan 3 ribu peserta akan menyertai program amal Blind Leading the Blind pada 16 Jun 2013.

Program amal tersebut melibatkan peserta berjalan sejauh 3km dengan mata tertutup bermula di Dewan Sivik, MBPJ dan berakhir pada tempat yang sama.

“Majlis sentiasa mengalu-alukan anjuran amal seperti ini dan memberi sokongan padu kepada Kelab Lion Petaling Jaya untuk mengumpul dana yang cukup,” kata Timbalan Datuk Bandar, Tuan Puasa Md Taib pada sidang media.

Menurut beliau, program tersebut harus diteruskan dari semasa ke semasa serta pihak Majlis akan memberikan sokongan dan jaminan

ke atas penganjuran program pada masa akan datang.

“Kesemua kemudahan untuk program tersebut akan disediakan oleh pihak Majlis secara percuma dan menyeru agar orang ramai mengajak ahli keluarga bersama membantu untuk menderma,” tambahnya lagi.

Program kali ke-10 yang diadakan turut mendapat tajaan daripada syarikat MCIS Zurich dan Perfect Food Sdn. Bhd. iaitu pengeluar biskut Julie’s.

Syarikat MCIS Zurich pada masa yang sama telah menyampaikan cek tajaan untuk program perjalanan amal sebanyak RM 20 ribu.

Manakala, Kelab Lion Petaling Jaya telah memberi cek sumbangan sebanyak RM75 ribu kepada Hospital Mata Tun Hussein Onn ekoran kerjasama antara mereka bagi menjayakan program amal itu.

Blind Leading The BlindSasar 3 Ribu Peserta

YB. Rajiv Rishyakaran, Derek John Fernandez dan Hj. Ahmat Mohaayen bersama-sama penduduk Bukit Gasing

Tuan Puasa Md Taib menerima replika cek sumbangan daripada MCIS Zurich disaksikan oleh Ahli Lembaga Kelab Lion Petaling Jaya

Petaling Jaya ialah sebuah bandar pesat dan termaju di negeri Selangor sehingga mendapat perhatian yang luar biasa dari segi pembangunan ekonomi dan pentadbiran sistematik.

Namun perkara yang mengecewakan adalah terdapat segelintir masyarakat yang kurang peka akan kebersihan bandar dan penjagaan alam sekitar, ekoran tabiat membuang sampah di tempat awam yang kini dilihat sebagai salah satu masalah utama pihak pentadbiran tempatan.

Ada di antara mereka mengambil sikap sambil lewa akan tindakan undang-undang yang dikenakan, dan seharusnya mereka sedar bandar maju seperti ini ialah kawasan tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negara.

Sikap membuang sampah merata-rata akan menimbulkan satu persepsi kurang senang kepada pengunjung. Jika sampah-sampah dibuang ke longkang ia akan menjadikan sistem saliran air itu tersumbat dan seterusnya bau busuk akan mencemarkan udara.

Paling buruk pencemaran alam sekitar seperti ini mampu menghasilkan pelbagai jenis virus penyakit dan hal ini amat membahayakan kesihatan penduduk setempat. Suasana kotor akan memburukkan imej Pihak Berkuasa Tempatan.

Sehubungan dengan itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat dipertingkat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara. Kualiti hidup rakyat amat bergantung kepada alam sekitar

yang bersih, sihat dan selamat.

Bagi mencapai hasrat ini, MBPJ diberi tanggungjawab untuk memastikan supaya alam sekitar tidak tercemar dan dikotorkan oleh sampah sarap atau sisa pepejal. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan sisa pepejal dikutip, diangkut dan dilupuskan dengan kaedah yang sistematik, mesra alam dan berteknologi tinggi.

Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan serta Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ sentiasa memantau beberapa kawasan seperti perhentian bas, restoran dan bank yang dipercayai mempunyai kadar pembuangan sampah haram yang tinggi.

Sejak kempen Anti Kutu Sampah dilaksanakan pada 2007, laporan statistik menunjukkan kadar pembuangan sampah semakin berkurangan. Ini dapat dilihat melalui statistik terkini Januari sehingga Mei 2013 di mana pihak penguatkuasa telah menjalankan 22 operasi dan 49 kompaun telah dikenakan.

Jumlah ini jauh berbeza pada tahun lepas di mana, 53 operasi dan 161 kompaun dikenakan. Namun, jumlah kompaun pada tahun ini dijangka meningkat dan operasi akan dipertingkatkan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, setiap hari operasi dijalankan selama 2 jam dan tertumpu di kawasan pusat bandar.

Tambahnya lagi, tugas mengawal gejala pembuangan sampah haram juga dibantu oleh Kamera

Litar Tertutup (CCTV) dan juga penguatkuasa yang menyamar sebagai orang awam.

“Difahamkan sekitar menara ini sahaja terdapat berpuluh-puluh tong sampah disediakan, namun masih ramai tidak menggunakan kemudahan yang disediakan.

Kebanyakan yang membuang sampah terdiri daripada pendatang luar, jadi mereka tidak tahu undang-undang pihak penguatkuasa yang tegas,” katanya lagi.

Setiap sampah yang dibuang mempunyai nilai kompaun yang berbeza. Sampah kecil dikenakan kompaun sebanyak RM 50 manakala sampah besar sebanyak RM 100. Pembayaran kompaun boleh dibayar di tapak iaitu penguatkuasa diberi kuasa menerima wang denda daripada pesalah di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Seksyen 5 sudah diwartakan sebagai Zon Bersih dan pihak penguatkuasa akan sentiasa mengawasi zon terbabit secara holistik agar pembuangan sampah haram dapat dicegah.

Amat penting bagi MBPJ untuk menjaga kesemua kawasan Zon Bersih di bawah pentadbirannya untuk memastikan kesejahteraan penduduk sekitar dan pengamalan kehidupan yang bersih dan sihat.

Diharapkan orang awam sentiasa mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar dan sentiasa menjaga kebersihan untuk kebaikan bersama.

10 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

Ops Kutu SampahPenguatkuasaan Tingkatkan Kesedaran

RENCANA

RENCANA BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 11

Kepesatan pembangunan ekonomi di sekitar Lembah Klang khususnya di Petaling Jaya, membuktikan kejayaan unggul sistem pentadbiran cekap yang diterajui oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kemantapan ekonomi yang positif memberi kesan terhadap hasil pendapatan negeri Selangor, di mana semakin ramai usahawan dan pelabur dari dalam dan luar negara berminat untuk membuka perniagaan mereka dan seterusnya mewujudkan suasana persaingan ekonomi yang sihat di sini.

Pendaftaran lesen adalah amat penting bagi usahawan, supaya perniagaan yang dijalankan adalah sah di sisi undang-undang berdasarkan Penguatkuasaan Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) 2007, dan seterusnya melindungi hak

pengguna dari segi kualiti barang dan perkhidmatan yang disediakan.

Perkara ini telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia berdasarkan undang-undang khusus untuk usahawan mendaftar perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan perniagaan berkongsi di bawah kawalan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis, telah melakukan inisiatif mudah kepada usahawan memohon lesen perniagaan menerusi perkhidmatan jalur lebar dan proses sebegini menjadikan urusan permohonan bertambah mudah dan mesra rakyat.

Usahawan juga boleh memohon lesen perniagaan dengan mendapatkan borang di Ibu pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Panduan Permohonan Lesen Perniagaan MBPJ Pemimpin Adil

Negara Makmur

Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggunjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap isterinya, seorang isteri adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas harta suaminya, seorang hamba adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas milik tuannya. (Riwayat Al Bukhari)

sumber daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Negara MakmurDaripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasullah S.A.W bersabda :

PEMBERIAN ANAK POKOK PERCUMA

Sebanyak 1,000 anak pokok hiasan, palma dan herba disediakan. Semua warga Petaling Jaya layak KECUALI kakitangan MBPJ.

PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA PERCUMA

Setiap perkhidmatan TERHAD KEPADA 500 ORANG pertama sahaja.

12 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menyediakan perkhidmatan percuma sempena sambutan ulang tahun ke-7 bandar raya Petaling Jaya pada 20 Jun 2013 nanti, kepada masyarakat yang telah memberi sokongan membangunkan bandar raya Petaling Jaya.

Perkhidmatan percuma kali ke-3 yang disediakan oleh MBPJ selepas usaha pertama yang dilakukan pada

20 Jun 2011 mendapat sambutan dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada semua golongan masyarakat.

Perkhidmatan tersebut melibatkan parkir percuma yang hanya merangkumi petak-petak parkir sama ada on street atau kompleks letak kereta milik MBPJ sahaja dan tidak melibatkan parkir milik syarikat swasta.

Selain parkir, MBPJ juga akan mengecualikan bayaran bagi penggunaan dewan, gelanggang dan kolam renang pada hari tersebut kecuali penggunaan Dewan Banquet, Auditorium, Dataran Petaling Jaya dan Stadium Petaling Jaya dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Untuk menggalakkan penduduk Petaling Jaya menanam pokok di kediaman dan premis masing-

masing, pihak Jabatan Landskap dan Kehijauan Bandar MBPJ turut menyediakan sebanyak 1,000 batang anak pokok yang akan diagihkan secara percuma pada hari tersebut.

MBPJ turut menawarkan pendaftaran dan pembaharuan keahlian percuma di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya bagi menggalakkan budaya membaca terutama di kalangan belia.

Butiran lengkap perkhidmatan adalah seperti berikut:

PARKIR PERCUMASemua petak parkir on street dan kompleks letak kereta milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

KEMUDAHAN GELANGGANG SUKAN / PADANG / KOLAM RENANG PERCUMA

Kecuali Dewan Banquet, Auditorium, Dataran Petaling Jaya dan Stadium Petaling Jaya. Terhad kepada satu (1) nama dan satu (1) sesi penggunaan sahaja iaitu 2 jam.

PERKHIDMATAN PERCUMAUlang Tahun Ke-7 Bandaraya Petaling Jaya Pada 20 Jun 2013

Bil. Jenis Kemudahan Masa

1. Kolam Renang 9.00 pagi – 9.00 malam

2. Gelanggang Sukan / Padang 8.00 pagi – 11.00 malam

Lokasi MasaNurseri Jalan Penchala

8.00 pagi – 5.00 petangJabatan Landskap dan Kehijauan Bandar, Jalan Perbandaran

Bil. Perkhidmatan Masa1. Pendaftaran Keahlian Baru

9.30 pagi – 7.00 malam2. Pendaftaran / Pembaharuan Keahlian Sedia Ada

BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 13

14 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

TABUNG WARISAN ANAK SELANGORYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park Cityi-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5521 8740 / 03-5521 8741Faks : 03-5521 8742 / 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMASRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455E-mel : [email protected]

HADIAH ANAK MASUK IPTPejabat Setiausaha Kerajaan SelangorBahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7385 / 03-5521 2275Faks : 03-5510 4095/ 03-5511 0659

PROGRAM PENINGKATAN HASIL BATUAN DAN GALIANKumpulan Semesta Sdn. Bhd.Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3 Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5518 7735 Faks : 03-5518 7736E-mel : [email protected] web : www.semesta.com.my

TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANGPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri SelangorTingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S.40503 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7306 / 03-5512 3618Faks : 03-5510 6678

PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC)Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan InovasiTel : 03-5519 4346 / 03-5544 7622Faks : 03-5519 3304

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADUKumpulan Darul Ehsan Bhd.Tingkat 16-17, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3999Faks : 03-5510 9977E-mel : [email protected]

SKIM KESIHATAN WANITARantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Mimbar Selangor A23, Pusat Perniagaan Jubli 20Jalan Singa J20/J, Seksyen 2040300 Shah Alam, SelangorTel : 03-5541 3616 Faks : 03-5541 3617Laman web : www.mimbarselangor.org

SKIM MIKROKREDIT SELANGORYayasan Dar al Qard al Hasan SelangorTingkat 2, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7104 / 03-5519 1692/ 03-5521 2312Faks : 03-5510 5829Laman web : www.skimsel.com

PUSAT DIALISIS RAKYATRantaian Mesra Sdn. Bhd.Tingkat G, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5510 3468 / 03-5510 3472 Faks : 03-5510 3455Lawan web : www.e-mesra.org.my

PUSAT TUISYEN RAKYATUnit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber ManusiaTingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S.40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel : 03-5544 7480 / 03-5544 7481 / 03-5544 7391Blog : tuisyenrakyat.blogspot.com

MerakyatkanEkonomiSelangor (MES)

BERITA BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 15

DAMANSARA PERDANA, 5 Jun – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini sedang dalam pelan merangka projek perintis penyediaan mesin kompos kitar sisa makanan di kompleks gerai makan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke pusat pelupusan sampah.

Berkata selepas Sambutan Hari Alam Sekitar Sekitar Petaling Jaya, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ, Dr. Chithradavi N. Vadivellu, pihaknya akan melakukan pemeriksaan secara terperinci dan memilih sebuah kompleks gerai makan di bandar ini sebagai perintis kepada projek berkenaan.

Beliau menambah, projek itu bertujuan untuk mendorong pengusaha supaya tidak membazirkan makanan dan seterusnya mendidik mereka cara-cara menguruskan sisa pepejal seperti sisa makanan di merata tempat.

“Menggunakan kaedah tersebut, pengusaha atau pelanggan di kompleks gerai makan boleh membuang sisa bahan makanan berasaskan organik ke dalam mesin kompos tersebut.

Ia adalah langkah mencapai sasaran sisa buangan sifar di pusat pelupusan sampah, itu antara

ideanya, dan ia masih dalam peringkat kajian,” katanya lagi.

Chithradavi menambah, setakat ini, penduduk Petaling Jaya dianggarkan membuang sebanyak 8,000 hingga 9,000 tan sisa makanan sebulan dan tidak termasuk yang dibuang di tempat pelupusan sampah tidak sah.

Beliau juga berkata, tema sambutan Hari Alam Sekitar tahun ini, Think Eat Save jelas memberi peringatan supaya semua pihak menjadi lebih prihatin mengenai kesan buruk pembaziran dan pengeluaran berlebihan sisa makanan kepada alam sekitar.

Pihak Majlis juga sedang menjalankan projek PJ City Foodbank di mana pihak Majlis mendapatkan bekalan makanan dari hotel, restoran dan pasar raya sekitar Petaling Jaya untuk dibekalkan kepada persatuan anak-anak yatim dan warga emas.

Aktiviti tersebut merangkumi dalam projek Local Agenda 21 Majlis iaitu ke arah pembangunan mampan yang mengintegrasikan aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Chithradavi juga mengumumkan MBPJ akan mengadakan kem kesedaran terutamanya di kawasan Zon Bersih di Seksyen 5 dan 10 supaya masyarakat sekitar dapat dipupuk untuk cintakan alam sekitar.

MBPJ Laksana Projek PerintisKurangkan Pembuangan Sisa Pepejal

Dr. Chithradavi berucap sempena Hari Alam Sekitar Peringkat Petaling Jaya PJ City Food Bank mendapat sokongan peserta kempen kesedaran sempena Hari Alam Sekitar Peringkat Petaling Jaya

16 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh dan Membina Semula Rumah Sesebuah 2 Tingkat Kepada 3 Tingkat Di Atas Lot 97, No. 1, Jalan 16/5, Petaling Jaya Untuk En. Noordin Bin Sulaiman dan Pn. Noni Liew Binti Abdullah.

15.05.2013

2. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh dan Membina Semula Rumah Sesebuah 2 Tingkat Kepada 2 Tingkat Dengan Kolam Renang Di Atas Lot PT 8820, No. 1, Jalan SS 22A/3, Petaling Jaya Untuk En. Lim Kwee Soon @ Lim Kui Sing, Pn. Huang J – Jung, En. Lim Chuin Hun dan Pn. Lim Cheow Cheow @ Lim Meng Ying.

15.05.2013

3. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh dan Membina Semula Sebuah Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sediada Kepada 2 Tingkat Di Atas PT 908, Mukim Damansara, Daerah Petaling, (No.8), Jalan SS3/88, SS3, Petaling Jaya Untuk En. Mark Goh Wah Seng dan Pn. Teo Bin Hui.

15.05.2013

4. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh Dan Membina Semula Sebuah Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sediada Kepada 3 Tingkat Di Atas PT 1000, Mukim Damansara, Daerah Petaling, (No. 747), Jalan PJU 1/13, PJU 1, Kg. Chempaka, Petaling Jaya Untuk En. Chan Fong Yi dan Chan Fong Ting.

15.05.2013

5. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh Dan Membina Semula Sebuah Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sediada Kepada 3 Tingkat Di Atas Lot 43585, Mukim Pekan Chempaka, Daerah Petaling, (No. 788), Jalan PJU1/133, Kampung Chempaka, Petaling Jaya Untuk En. Lim Loy.

15.05.2013

6. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Tambahan Dan Perubahan Kepada Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sediada Kepada 2 Tingkat Di Lot PT 20, (No. 20), Jalan 7/20, Seksyen 7, Petaling Jaya Untuk En. Shahril Azlan Bin Hj Mohd Shafie.

15.05.2013

7. Menimbangkan Permohonan Melanjutkan Tempoh Kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Permohonan Kebenaran Merancang Bangunan Galeri Hartanah 2 Tingkat Berbentuk Sementara Di Atas Sebahagian Daripada Lot 245 (Lot Asal 52541), Jalan SS8/1, Petaling Jaya Untuk Tetuan Sierra Peninsular Development Sdn. Bhd.

15.05.2013

8. Menimbangkan Permohonan Melanjutkan Tempoh Kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Sebuah Rumah Ibadat Bukan Islam (Tokong) 2 Tingkat Di Atas Lot PT 47376, Jalan PJU 8/11, Damansara Perdana, Petaling Jaya Untuk Persatuan Dharma Thrangu Petaling Jaya.

15.05.2013

9. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Membina Semula Rumah Sesebuah 2 Tingkat Di Lot PT 2, (No. 2), Jalan Bukit 11/2, Seksyen 12, Petaling Jaya Untuk Tetuan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn. Bhd.

27.05.2013

10. Menimbangkan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Meroboh Dan Membina Semula Sebuah Rumah Sesebuah 1 Tingkat Sediada Kepada 3 Tingkat Di Atas PT 342, Mukim Damansara, Daerah Petaling, (No.238), Jalan PJU 1/33, PJU 1, Kg. Chempaka, Petaling Jaya Untuk En. Choy Soo Har.

27.05.2013

11. Menimbangkan Permohonan Pindaan Kebenaran Merancang Ke Atas Pelan Susunatur Yang Telah Diluluskan Bagi Cadangan 2 Blok Menara Pejabat 16 Tingkat Di Atas 4 Tingkat Podium Pusat Membeli Belah Berserta 2 Aras Bawah Tanah Tempat Letak Kereta Dan 4 Aras Tempat Letak Kereta Bertingkat Atas Podium Di Atas Lot PT 9089, PT 9090, PT 10166, PT 10197 dan PT 10198, Jalan SS 22/34, SS 22, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Atria Damansara Sdn. Bhd.

27.05.2013

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Cadangan Pembangunan 1 Blok Bangunan Pejabat 44 Tingkat dan 2 Tingkat Aras Mezzanin, 2 Blok Bangunan Komersil 4 Tingkat Berserta Kemudahan Di Atas Lot 49682 dan Lot 49683 (22728 - Parcel E & 22729 - Parcel F), Jalan Harapan, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling Jaya, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan SDB SS2 Development Sdn. Bhd.

15.05.2013

2. Cadangan Membina 1 Blok Gudang 2 Tingkat dan Pejabat 3 Tingkat Di Atas Lot PT 9907, No. 8, Jalan Teknologi 3/4 Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47800, Daerah Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Albert Wine & Spirits (M) Sdn. Bhd.

15.05.2013

3. Kelulusan Semula Bagi Cadangan Merobohkan Sebahagian Bangunan Gereja Dan Membina Semula Bangunan Gereja Dan Tadika Serta Tambahan Dan Pindaan Kepada Bangunan Sediada Di Atas Lot 89 (PT 6), Jalan 5/37, Seksyen 5, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Untuk Tetuan The Secretary Of The Trustees Of The Methodist Church In Malaysia.

15.05.2013

4. Cadangan Pembangunan Komersil Fasa 4 Yang Mengandungi :

1 Blok 2 Tingkat Pejabat dan 3 Blok 'Pod' Perniagaan (1-2 Tingkat) Di Atas 5 Tingkat Podium (Yang Mengandungi 1 Tingkat Pejabat Berserta Tempat Letak Kereta dan 4 Tingkat Kompleks Membeli Belah Dengan 4 Tingkat Mezzanine Tempat Letak Kereta) Di Atas 1 Tingkat Besmen Tempat Letak Kereta Dengan 1 Tingkat Mezzanine Di Atas 2 Tingkat Besmen Sediada (Fasa 3) Di Atas Sebahagian Lot PT 207, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Damansara Uptown Retail Centre Sdn. Bhd. dan Dutamasa Sdn. Bhd.

15.05.2013

5. Cadangan Pembangunan Komersil Fasa 5 Yang Mengandungi :

1 Blok Hotel 21 Tingkat Terletak Di Atas 5 Tingkat Podium Kompleks Membeli Belah dan Pejabat (Fasa 4) Di Atas Sebahagian Lot PT 207, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Damansara Uptown Retail Centre Sdn. Bhd. dan Dutamasa Sdn. Bhd.

15.05.2013

6. Cadangan Membina Sebuah Rumah Banglo 3 Tingkat Di Atas Lot PT 11108 (No. 11) Jalan Rimba Riang 9/12, Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor Untuk Tetuan Abdul Razak Bin Kassim.

27.05.2013

7. Cadangan Pembinaan Satu Blok Bangunan Kilang 4 Tingkat Yang Mengandungi Gudang Simpanan Barang Serta Pejabat Di Atas PT 24240, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Actas Trading Sdn. Bhd.

27.05.2013

8. Cadangan Pembangunan Fasa 1A Membina dan Menyiapkan 1 Blok Bangunan Pejabat (Menara 3) Yang Mengandungi 27 Tingkat Bangunan Pejabat, 1 Tingkat Nursery, 2 Tingkat Aras Servis, 4 Tingkat Tempat Letak Kereta Aras Besmen Bawah Tanah dan Ruang Utiliti Di Atas Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Sebahagian Dari Pembangunan Keseluruhan Cadangan Meroboh Bangunan Sediada dan Membina 5 Blok Pejabat dan 1 Blok Hotel Antara 25 Hingga 60 Tingkat Serta 1 Tingkat Ruang Utiliti dan Servis dan 4 Tingkat Tempat Letak Kereta Bawah Tanah Di Atas PT 11 (Lot 8) dan Lot 12, Seksyen 52, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Untuk Tetuan PJ Sentral Development Sdn. Bhd.

27.05.2013

Kelulusan Kebenaran Merancang Kelulusan Pelan Jalan, Parit & Kerja Tanah

Kelulusan Pelan Lampu Jalan, Lampu Isyarat, Taman Dan GelanggangKelulusan Pelan Bangunan

OSC MBPJ Projek Pembangunan Yang Diluluskan Pada Mei 2013

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Bangunan Pejabat Suite 44 Tingkat, 2 Blok Bangunan Komersial 4 Tingkat Berserta Kemudahan Di Atas Lot 49682 dan Lot 49683 (22728-Parcel E & 22729-Parcel F) Jalan Harapan, Bandar Petaling Jaya, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan SDB SS2 Development Sdn. Bhd.

15.05.2013

2. Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Pembinaan 1 Blok Rumah Bandar Yang Mengandungi 44 Unit Kediaman dan 1 Tingkat Basemen Tempat Letak Kenderaan Seluas 1.11 Ekar (4504 mp) Di Atas Lot 62176, Jalan SS 7/17, Kelana Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Sun Acres Development Sdn. Bhd.

27.05.2013

3. Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Meroboh Serta Membina Semula Sebuah Pusat Jualan, Pameran dan Servis Automotif 6 Tingkat Berserta 2 Aras Basemen & Kemudahan-Kemudahan Berkaitan Di Atas Lot 11 dan Lot 12, Jalan 19/1, Seksyen 19, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Perodua Sales Sdn. Bhd.

27.05.2013

4. Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Membina 17 Unit Rumah Bandar dan 2 Unit Rumah Bandar Jenis Duplex Di Atas Lot 13498, Jalan Jenjarum, PJU 6, Kampung Kayu Ara, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Kiara 5 Development Sdn. Bhd.

27.05.2013

5. Pindaan Pelan Lulus Bertarikh 7 Dis 2011 Untuk Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Pembangunan 16 Unit Kilang Berkembar 21/2 dan 3 Tingkat, 12 Unit Kilang Teres 2 Tingkat dan Pencawang Elektrik Di Atas Lot 13508 (PT 2), Jalan 225, Seksyen 51A, Mukim Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan PJ City Development Sdn. Bhd.

27.05.2013

6. Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Pembinaan Satu Blok Bangunan Kilang 4 Tingkat Yang Mengandungi Gudang Simpanan Barang Serta Pejabat Di Atas PT 24240, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Actas Trading Sdn. Bhd.

27.05.2013

7. Pindaan Pelan Bagi Cadangan Jalan dan Perparitan Pembangunan Aragreens Welness & Healthcare City With Gated & Guarded Community’ Yang Mengandungi 6 Blok Pangsapuri Servis 16 Tingkat (700 Unit), 1 Blok Pusat Perubatan 6 Tingkat & 1 Blok SOHO 11 Tingkat (168 Unit) Di Atas 2 Tingkat Podium Perdagangan 2 ½ Tingkat Basemen Tempat Letak Kereta Serta Lain-Lain Kemudahan Di Atas PT 1427, Jalan PJU 1A/20, Mukim Damansara Untuk Tetuan HSB Development Sdn. Bhd.

27.05.2013

8. Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Membina Sebuah Hospital Swasta 2 Tingkat Dengan 2 Aras Bawah Tanah Di Atas Lot 69 (PN 3712), Jalan 13/6 Sek. 13 Petaling Jaya Untuk Tetuan Columbia Asia Sdn. Bhd.

27.05.2013

9. Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Pembangunan Pangsapuri 18 Tingkat Yang Mengandungi 12 Tingkat Pangsapuri (348 Unit), 1 Tingkat Podium Dengan Kemudahan, 5 Tingkat Tempat Letak Kereta Yang Mengandungi Kedai Pejabat Di Atas Lot PT 12253, Persiaran Surian, Sek. 4 Kota Damansara Untuk Tetuan KLIA Land Sdn. Bhd.

27.05.2013

10. Pelan Jalan dan Perparitan Bagi Cadangan Meroboh dan Membina Semula Rumah Sesebuah Sediada 2 Tingkat Di Lot 136, No. 23, Jalan 4/44 Sek. 4 Petaling Jaya Untuk En. Tou Teck Yong & Pn. Chin Oi Hoong

27.05.2013

Bil. Nama Projek Tarikh Diluluskan

1. Cadangan Pemasangan Sistem Lampu Isyarat dan Menaik Taraf Lampu Isyarat Di Atas Lot 27674 (No. Lot Lama – PT 15360), Seksyen 39, Changkat Bukit Utama, Bandar Utama Damansara, Mukim Sg. Buloh, Daerah Petaling, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Bandar Utama Development Sdn. Bhd.

15.05.2013

2. Cadangan Pemasangan Lampu Taman Bagi Cadangan Pembangunan Fasa 1 Yang Mengandungi 4 Blok Pangsapuri 328 Unit Yang Terdiri:

Blok A – 36 Tingkat (64 Unit),

Blok B – 34 Tingkat (67 Unit),

Blok C – 34 Tingkat (129 Unit),

Blok D – 35 Tingkat (68 Unit),

Daripada 6 Blok Pangsapuri (34 -36 Tingkat) 429 Unit, Di Atas 4 dan 3 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta Di Atas Lot 205 (PT 31234) dan Lot 210 (PT 30325) Persiaran Tropicana, PJU 3, 47410 Mukim Sg. Buloh, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Tropicana Golf & Country Resort Berhad.

27.05.2013

3. Cadangan Pemasangan Sistem Lampu Isyarat Bagi Cadangan Membina 92 Unit Bangunan Kedai Pejabat Yang Mengandungi:

(1) 20 Unit – 6 ½ Tingkat Kedai Pejabat,

(2) 36 Unit - 4 ½ Tingkat Kedai Pejabat,

(3) 36 Unit – 3 Tingkat Kedai Pejabat,

(4) 4 Unit – Pencawang Elektrik,

(5) 1 Tingkat Tempat Letak Kereta Bawah Tanah,

Di Atas Lot PT 14532, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Mahsuri Kelana Sdn. Bhd.

27.05.2013

Sumber : Unit Pusat Setempat (OSC) MBPJ

BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 17

Tender & SebuthargaMajlis Bandaraya Petaling Jaya

NO/TAJUK TENDER KOD BIDANG TARIKH JUAL

TARIKH TUTUP

HARGA DOKUMEN

(RM)MBPJ/SH/K/132/2013(R)CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKKAN PARAS MAINHOLE, GULLY TRAP SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR PETALING JAYA (PAKEJ UTARA 1) UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAWARAN SEMULA)

CIDBGred G2 - CE - CE21 11 / 06 / 2013 24 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/137/2013(R)CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKKAN PARAS MAINHOLE, GULLY TRAP SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR PETALING JAYA (PAKEJ SELATAN 1) UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAWARAN SEMULA)

CIDBGred G2 - CE - CE21 11 / 06 / 2013 24 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/138/2013(R) CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKKAN PARAS MAINHOLE, GULLY TRAP SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SEKITAR PETALING JAYA ( PAKEJ UTARA 2) UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAWARAN SEMULA)

CIDBGred G2 - CE - CE21 11 / 06 / 2013 24 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/143/2013(R) CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKKAN PARAS MAINHOLE, GULLY TRAP SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKITAR PETALING JAYA ( PAKEJ SELATAN 2) UNTUK TEMPOH 24 BULAN (TAWARAN SEMULA)

CIDBGred G2 - CE - CE21 11 / 06 / 2013 24 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/TD/K/17/2013 CADANGAN MEMBARUMUKA JALAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI JALAN PERSIARAN BUKIT UTAMA SD, PERSIARAN INDUSTRI SD, JALAN TAGO SD DAN PERSIARAN TROPICAA SELATAN, PETALING JAYA

CIDBGred G4 - CE - CE21 dan 04 / 06 / 2013 24 / 06 / 2013 50.00

MBPJ/SH/K/181/2013 CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIKAL DI PASAR AWAM SEKSYEN 14 UNTUK TETUAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

CIDBGred G1 - ME - E05 atauGred G2 - ME - E04 dan

11 / 06 / 2013 24 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/190/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI DEWAN DAN BALAIRAYA MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/191/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI DEWAN DAN BALAIRAYA MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON B) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/192/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI KOMPLEKS SUKAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/193/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI KOMPLEKS SUKAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON B) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/194/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI PUSAT PENTADBIRAN DAN KEMUDAHAN AWAM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/195/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI PUSAT PENTADBIRAN DAN KEMUDAHAN AWAM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON B) DISEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/196/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI KUARTERS MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/197/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI KUARTERS MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON B) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/198/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI PPRT LEMBAH SUBANG (ZON A) BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/199/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI PPRT LEMBAH SUBANG (ZON B) BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 07 / 06 / 2013 20 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/183/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI GERAI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DISEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 06 / 06 / 2013 19 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/184/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI GERAI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON B) DISEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 06 / 06 / 2013 19 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/185/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI GERAI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON C) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 06 / 06 / 2013 19 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/186/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI GERAI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON D) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 06 / 06 / 2013 19 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/187/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI PASAR MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 06 / 06 / 2013 19 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/188/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI PASAR MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON B) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 06 / 06 / 2013 19 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/K/189/2013 CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGRAAN TAHUNAN BAGI TANDAS AWAM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 6 BULAN + 6 BULAN + 1 TAHUN

CIDBGred G1 - CE - CE21 dan 06 / 06 / 2013 19 / 06 / 2013 30.00

MBPJ/SH/B/182/2013 JADUAL KADAR HARGA BAGI MEMBEKALKAN TAG FRID (UNTUK BAHAN BUKU DAN AUDIO VISUAL) BESERTA OWNERSHIP LABEL UNTUK KEGUNAAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

MOF210104 atau

21010505 / 06 / 2013 18 / 06 / 2013 30.00

Sumber : Bahagian Tender dan Kontrak, MBPJ

BERITA18 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

JALAN SELANGOR, 11 Mei – Pertandingan bercerita anjuran Bahagian Sumber Ilmu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melatih peserta supaya lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan audiens dengan gaya yang sesuai semenjak di bangku sekolah rendah lagi.

Pertandingan tahunan ini telah menarik seramai 40 peserta dari sekolah rendah seluruh Petaling Jaya mempersembahkan cerita hikayat dan kisah teladan dalam dua kategori iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Setiap kategori dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap 1 yang melibatkan pelajar berumur antara 7 hingga 9 tahun manakala tahap 2 melibatkan pelajar berumur 10 hingga 12 tahun.

“Prestasi persembahan peserta masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan kami selaku para hakim menginginkan kelainan dalam mempersembahkan cerita terutama pada bahagaian pengenalan cerita,” ulas Filzah Ibrahim, Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka selaku ketua hakim kategori Bahasa Malaysia.

Kelemahan yang dimaksudkan boleh diperbaiki dengan usaha peserta untuk mendalami cerita yang disampaikan dan mengenali jenis teknik pembukaan yang ingin digunakan seperti bersajak, bersyair atau bergurindam, tambah beliau.

“Kategori Bahasa Inggeris pula kebanyakan peserta mampu menyampaikan cerita dengan baik tetapi masih terdapat sedikit kelemahan terutama dalam menghayati cerita yang disampaikan,” kata Rahim Abd. Rahman, selaku ketua hakim kategori Bahasa Inggeris.

Tahap 1 Bahasa Malaysia dimenangi Heidi Khalisah Azwari dari SK Assunta (2) memenangi hadiah

wang tunai RM300, keahlian Perpustakaan Komuniti percuma selama setahun dan trofi manakala tahap 2 pula dimenangi Aliyah Taslim dari SK Taman Sea.

Bagi kategori bahasa Inggeris tahap 1 pula Aadhi Shankara Nithyanandan dari SK Taman Megah menjadi juara manakala Gina Nicole Fernandez dari SK Methodist mengungguli tahap 2 memenangi hadiah wang tunai RM300, piala pusingan Datuk Bandar dan hadiah iringan.

Guru pengiring dan ibu bapa turut dihiburkan persembahan tarian oleh kumpulan Elok Lenggok yang merupakan pelajar SK. Bukit Jelutong, Shah Alam.

Pertandingan BerceritaLatih Keyakinan Peserta

Tarikh Lokasi

17hingga23Jun2013 PJU8FloraDamansara (berhampiran pintu masuk Flora Damansara)

24hingga26Jun2013 PJS3, (berhampiran Tapak Pasar Malam PJS2)

27hingga30Jun2013 TamanDatukHarun (berhampiran Masjid / Pasar Taman Datuk Harun)

Kaunter Bergerak

EZ-PAYMajlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membuka kaunterbergerakEZ-paybermulajam10.00pagihingga3.00petangsepanjangbulanJunini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui perkhidmatankaunterbergerakiniialahpemeriksaandanpembayarancukaipintu,pembayarankompaundansemuajenispembayaranbilMajlis.

Kaunter Bergerak EZ-pay MBPJMBPJ easy payment counter

Hotline:03-79542020

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-7956 3544 sambungan 102

Kaunter bergerak ini akan berada di :

Adik Heidi Khalisah Azwari mendapat Johan pertandingan becerita Tahap 1

Para pemenang ceria menerima hadiah masing-masing

INFO BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 19

Senarai Pegawai Pemantau Dan Kontraktor Landskap

Nota:

1. MBPJ menyediakan perkhidmatan tanpa bayaran untuk menyelenggara pokok hiasan dan pokok teduhan yang ditanam oleh pihak Majlis atau oleh pihak pemaju di kawasan yang telah diambil alih oleh Majlis.

2. MBPJ juga menyediakan perkhidmatan menyelenggara pokok teduhan di dalam kawasan premis dengan kadar bayaran yang ditentukan mengikut saiz pokok. Permohonan dan bayaran hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Landskap & Kehijauan Bandar. Perkhidmatan hanya diberikan setelah bayaran dibuat kepada Majlis.

3. MBPJ komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Petaling Jaya. Dengan itu, sebarang aduan dan cadangan yang membina untuk meningkatkan perkhidmatan kami amat dialu-alukan.

Jika ingin mengemukakan pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan penyelenggaraan landskap di Petaling Jaya, sila hubungi:

NAMA PEGAWAI PEMANTAU KAWASAN PEMANTAUAN KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN LANDSKAP

Mohamed Faisal Bin Abd Wahab (016-312 7679)

1A PJU 10 (Damansara Damai & Saujana Damansara)

Teknokrat Bina Sdn. Bhd. Hainor Hizam Bin Misnan (012-301 6762)

1B PJU 9 Sektor B (SD 1, SD2, SD3, SD4 & SD5)

Juara Johan Jaya Sdn. Bhd. Mohd Hasrol Nizam Bin Mohd Zain (017-313 5851)

1C PJU 9 Sektor A (SD 7- SD 13) & PJU 8 (Damansara Perdana)

Adi Enterprise Abd Aziz (012-622 9925)

Zakaria Bin Mamat (019-358 9767)

2A BU Utara (BU3, BU4, BU6, BU7 & BU 10) & PJU 7 (Mutiara Damansara)

Rezeki Ikhwan Sdn. Bhd. Syed Mohd Amin (012-624 6148)

2B BU Selatan (BU1, BU2, BU 11 & BU12) & PJU 6 (Kayu Ara)

Lubok Gong Enterprise Muhammad Faiz (019-276 6896)

Abd Rahman Bin Sulaiman (013-455 8330)

3A PJU 5 Kota Damansara Timur ( SEK 8 SEK 11) & Dataran Sunway

Bintang Seri Bina Lely Rozimah Bt .Hj Abd Latif (017-327 6600)

3B PJU 5 Kota Damansara Barat ( SEK 2- SEK 7) Rzanjaya Sdn. Bhd. Halmi (017-612 4050)

Mohd Azril Bin Mohd Nizam (010-241 2057)

4 PJU 1A, PJU 2, PJU 3 Warisan Irsyad Bina Zulkifly Mohd Nor (012-247 1815)

Sujaini Bin Sulor (019-209 8678)

6 & 7 PJU 1A, SS4, SS23, SS24, SS25 & SS26 Halid Aziz Holding Sdn. Bhd. Ramdan Bin Mohammad (013-379 0904)

Ibrahim Bin Harun (012-277 5978)

5, 8, 9 & 10

SS2, SS20, SS21, SS22, SS22A, SEK 16, SEK 17, SEK 17A & SEK 19

Triple E Enterprise Ahmad Farihul Zafry (012-226 3734)

Mohd Noor Hisham Bin Md Yusoff (017-337 7452)

11, 12 & 13

SEK 5, SEK 6, SEK 7, SEK 9, SEK 10, SEK 11, SEK 12 & SEK 13

Koperasi Serbaguna Kapar Abdul Ade Bin Saiman (012-911 9748)

Shahrul Rizal Bin Juffery (019-369 7465)

14, 15, 16 & 19

SEK 1, SEK 1A, SEK 2, SEK 3, SEK 4, SEK 8, SEK 14, SEK 18, SEK 20, SEK 21, SEK 22, SEK

51 & SEK 51A

Impian Décor Sdn. Bhd. Muhd Faiz Bin Abd. Wahab (012-320 2581)

Azian Bin Man (019-662 9879)

17, 18 & 24

PJS 1, PJS 2, PJS3, PJS 4, PJS 5, PJS6, PJS 8 & PJS 10

BSF Corporation Sdn. Bhd. Abu Hurairah (013-378 2234)

20, 21, 22 & 23

SS1, SS3, SS5, SS6, SS7, SS8, SS9, SS9A, SS10 & SS11

Reka Taman Mohd Roswadi (012-309 6287)

Nur Syukriyah Bt. Rashid (010-578 5736)

Taman Bandaran Kelana Jaya & Tasik Komuniti

Syarikat Seri Delima Anuar (012-688 7593)

Saerah Bt. Yaakub (012-362 1494)

Taman Jaya Kubang Wang Corp (M) Sdn. Bhd. Nek Zafudi (018-260 2004)

Taman Aman -

Pusat Bandar Seksyen 52 Sepang Saujana Sdn. Bhd. Mohd Hadzrul Bin Masnin (016-687 1337)

Penyelenggaraan Landskap Mengikut KawasanMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Puan Zuraidah Bt. Sainan Pengarah Landskap E-mel : [email protected] HP : 016-225 5340

JABATAN LANDSKAP & KEHIJAUAN BANDAR MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA No 3, Jalan Perbandaran (LDP), Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya Tel : 03-7804 8907/8 Faks : 03-7804 8909

Puan Sharizatul Shima Bt. Shamsuri Penolong Pengarah Landskap E-mel : [email protected] HP : 012-343 4668

PENGUATKUASAAN20 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

JALAN YONG SHOOK LIN, 20 Mei – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi menurunkan iklan parti politik Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk memastikan persekitaran Bandaraya Petaling Jaya berada dalam keadaan bersih.

Tindakan penurunan iklan itu adalah mengikut Undang-Undang Kecil MBPJ 2007, UUK 14 (1), di mana pegawai penguatkuasa diberi

kuasa untuk menyita kesemua iklan yang menyalahi undang-undang.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, pihaknya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini sudah mencapai persetujuan bersama calon parti bertanding supaya menanggalkan iklan kempen selepas 14 hari PRU diadakan dan jika ingkar, wang cagaran akan hangus serta-merta.

“Pihak kami akan cuba menurunkan semua iklan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari dan operasi hari ini berjaya menurunkan sebanyak 9,461 keping iklan yang terdiri daripada bendera, kain rentang dan poster,” katanya.

Tambahnya lagi, sejak Januari hingga April lepas, sebanyak 47,053 iklan tanpa permit telah diturunkan oleh Majlis yang terdiri daripada iklan kecil peminjam wang, iklan rumah,

iklan lori sewa, iklan parti politik dan lain-lain.

Operasi menurunkan iklan parti politik tersebut bermula di kawasan pusat Bandar Seksyen 52 dan seterusnya enam kawasan Dewan Undangan Negeri Petaling Jaya yang lain dan akan dijalankan sehingga kesemua kawasan pentadbiran Majlis bersih daripada sebarang iklan parti politik dan juga iklan-iklan haram.

Seimbang dengan era globalisasi tanpa sempadan pihak Jabatan telah mengorak langkah proaktif melaksanakan program ini antaranya Program Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKKPJ) telah dilancarkan dengan rasminya pada 28 Julai 2011 yang lalu.

Program PKKPJ adalah bertujuan untuk mengalakkan penubuhan dan mengaktifkan sukarelawan keselamatan di kawasan kejiranan Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya merupakan Pihak Berkuasa

Tempatan yang pertama mewujudkan program keselamatan ini. Peruntukan sebanyak RM 5,000 diberikan kepada Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga yang memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi mengaktifkan lagi program rondaan keselamatan di kawasan kejiranan mereka.

MBPJ Turunkan Iklan Parti Politik

Program Pasukan Keselamatan KejirananPetaling Jaya (PKKPJ)

Banyak... longgokan bendera, kain rentang dan poster iklan parti politik yang telah diturunkan oleh Penguatkuasa MBPJ

Diantara objektif penubuhannya adalah seperti berikut :-

DESTINASI BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 21

Hanya bermula dengan sebuah perpustakaan kecil di tingkat 2, Menara MBPJ, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya telah berkembang kini mempunyai bangunan sendiri yang terletak di Jalan Selangor, Petaling Jaya berhampiran Stadium Hoki Petaling Jaya.

Operasi di bangunan baharu ini bermula pada 4 April 2000 untuk merealisasikan matlamat penubuhannya menyediakan kemudahan tempat bacaan dan pinjaman buku di samping memupuk minat suka membaca di kalangan masyarakat Petaling Jaya khasnya dan Lembah Klang amnya.

Bangunan dengan ciri-ciri mesra golongan orang kelainan upaya (OKU) dihiasi dengan landskap serta

rock garden yang menarik, sudut muzik dan ruang bacaan yang selesa menggamit warga Petaling Jaya beriadah minda.

Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya yang dibuka setiap hari menyediakan perkhidmatan pinjaman dan rujukan buku serta majalah pelbagai bahasa, koleksi multimedia seperti kaset audio, pita video, cakera padat, video CD dan CD ROM pelbagai bidang seperti pengurusan, pendidikan, motivasi, kuliah agama, dokumentari, alam sekitar dan muzik.

Menjadi ahli perpustakaan memberi banyak kelebihan kepada warga Petaling Jaya dan Lembah Klang. Di samping rujukan dan peminjaman, pihak Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya turut

menyediakan akses Wi-Fi secara percuma di samping melayari internet dengan kemudahan komputer yang disedikan dengan caj minimum.

Ibu bapa boleh mempertimbangkan perpustakaan ini sebagai destinasi untuk anak-anak terutama pada musim cuti persekolahan. Pihak pengurusan perpustakaan menyediakan Perpustakaan Bayan Budiman khas untuk kanak-kanak dengan suasana ceria. Perpustakaan ini menempatkan koleksi, ruang aktiviti, ruang permainan dalam suasana yang menarik dan ceria. Konsep bermain sambil membaca tidak menjemukan kanak-kanak dan dapat mendekatkan mereka dengan buku.

Untuk menggalakkan kanak-kanak menggunakan kemudahan

perpustakaan, pelbagai program dan aktiviti disediakan pada hujung minggu dan cuti sekolah seperti sesi bercerita, tayangan video, kraftangan, bengkel seni, muzik dan lain-lain.

Keahlian perpustakaan ini terbuka kepada semua pemastautin Lembah Klang, khasnya komuniti Petaling Jaya, yang berusia 4 tahun ke atas. Jangan lepaskan peluang menambahkan ilmu pengetahuan dan beriadah minda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya di talian 03-7781 2775 atau 03-7781 2790 serta layari laman web www.mbpjlibrary.gov.my

Gedung Khazanah Ilmu Petaling Jaya

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Dan Kaunter UtamaHARI WAKTU BIASA BULAN RAMADANIsnin 2.00 petang - 7.00 malam 12.00 tengahari - 5.00 petangSelasa - Jumaat 9.30 pagi - 7.00 malam 9.00 pagi - 5.00 petangSabtu 9.30 pagi - 5.00 petang 9.00 pagi - 5.00 petangAhad 9.30 pagi - 5.00 petang 9.00 pagi - 2.00 petang

SUKAN22 BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H

JALAN SELANGOR, 19 Mei - Bermula pada tahun 2003, Program Mesra Industri atau Sukan Mesra Industri telah dilaksanakan di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Pada tahun ini, Bahagian Pembangunan Sosial, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi akan menjadi urusetia dan penyelaras aktiviti dwitahunan ini.

Sukan Mesra Industri mempunyai objektif yang tersendiri supaya dapat menggalakkan penyertaan semua pihak terutama golongan pekerja sektor industri (perkilangan dan komersial) di dalam komuniti agar mewujudkan suasana harmoni dan mesra.

Secara tidak langsung penganjuran program tersebut dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan pekerja industri dan

seterusnya menjana keseimbangan persekitaran sosial yang mampan. Ia juga dapat mewujudkan gaya hidup sihat dan cergas melalui aktiviti sukan yang dianjurkan.

Sukan Mesra Industri juga satu landasan untuk merapatkan hubungan dua hala antara pihak Majlis dengan pihak industri sebagai pembayar cukai dan mempromosikan bandar raya Petaling Jaya sebagai pusat kemudahan sukan dan rekreasi yang unggul kepada masyarakat luar. Penganjurannya juga dikhaskan untuk pekerja-pekerja industri yang menetap di kawasan Majlis sahaja.

Pelbagai acara sukan dipertandingkan antaranya ialah futsal dan bola jaring bagi merebut piala Datuk Bandar Petaling Jaya serta pertandingan ping pong. Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM9,050 berserta piala iringan.

Sukan Mesra IndustriKali Ke-10

Sukaneka PPMK MBPJ Kali Ke-16

Acara Dwitahunan PBT Selangor

Dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 18, Ahmad Akhir Pawan Chik

Juara bola jaring Piala Datuk Bandar Pasukan OZAKCA dari Syarikat Ozak Seiko (M) Sdn. Bhd

Juara futsal Piala Datuk Bandar, Pasukan MAA Catering dari Syarikat MAA Cater Services Malaysian Airlines

BERITA PETALING JAYA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H 23SUKAN

Keputusan Kejohanan :-

JALAN UTARA, 2 Jun - Ng Eain Yow pemain negara yang menjuarai bawah 15 tahun Terbuka Junior British Januari lalu mengekalkan kecemerlangan dengan menjuarai kategori bawah 17 tahun Kejohanan Skuasy Junior Antarabangsa Milo All Star 2013 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Astaka Petaling Jaya.

Beliau dengan mudah mengetepikan cabaran Darren Chan Ti Lunn dengan kemenangan bergaya straight set 11-6, 11-6, 11-5.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia menambah koleksi kemenangan yang saya raih sebelum ini iaitu bawah 11 tahun, 13 tahun dan bawah 15 tahun,” ujar beliau ketika mengulas kejayaan tersebut.

Kejohanan kali ini menunjukkan

dominasi peserta Malaysia dalam 9 kategori daripada 10 kategori utama yang dipertandingkan. Malaysia hanya terlepas gelaran dalam kategori lelaki bawah 19 tahun setelah dimenangi pemain Hong Kong, Yeung Ho Wai dengan mengalahkan pemain Jepun Ryosei Kobayashi.

Kejohanan ini disertai pemain dalam dan luar negara seperti dari Australia, Jepun, Hong Kong, Sri Lanka, India, Korea, Pakistan, Iraq, Filipina, New Zealand, Indonesia termasuk pemain tuan rumah Malaysia.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Puasa Md Taib hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan Skuasy Junior Antarabangsa Milo All Star 2013

Tuan Puasa Md Taib merasmikan Majlis disaksikan oleh Pengarah Eksekutif MSN Selangor, En. Shamsul Shahril Badliza Mohamad Nor

Kategori Lelaki

Lelaki Bawah 11 Tahun

Kiven Shanmugam (MAS) mn Navaneeth Prabhi (IND)

Lelaki Bawah 13 Tahun

Muhd Hafiz Zhafri Abd Hariff (MAS) mn Adam Agan Aziz (MAS)

Lelaki Bawah 15 Tahun

Mohd Farez Izwan Mohd Mukhtar (MAS) mn Eugene Heng Jeng Li (MAS)

Lelaki Bawah 17 Tahun

Ng Eain Yow (MAS) mn Darren Chan Ti Lunn (MAS)

Lelaki Bawah 19 Tahun

Yeung Ho Wai (HK) mn Ryosei Kobayashi (JPN)

Kategori Perempuan

Perempuan Bawah 11 Tahun

Jessica Keng Jia Hui (MAS) mn Chan Sin Yuk (HK)

Perempuan Bawah 13 Tahun

Aifa Azman (MAS) mn Lui Hiu Lam (HK)

Perempuan Bawah 15 Tahun

Andrea Lee Jia Qi (MAS) mn Sivasangari Subramaniam (MAS)

Perempuan Bawah 17 Tahun

Naihah Hanis Hj. Abd Razak (MAS) mn Jadeleen Lee Jiaee (MAS)

Perempuan Bawah 19 Tahun

Rachel Mae Arnold (MAS) mn Vanessa Raj (MAS)

Pasukan dari Korea turut menyertai

Kejohanan TenisREMAJA TERBUKA

PERCUMA • Jun 2013 • Rejab / Syaaban 1434H BERITA

PERKHIDMATANADUANAduan Melalui E-Mel - [email protected] 24 jam - 03-7954 2020 Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544 samb. 115/117SMS - 33213

PERKHIDMATANPELESENAN03–7960 4667 / 03-7956 6922

PERKHIDMATANBAYARANCUKAITAKSIRAN03-7956 3544 samb. 102/103/106/109

PERKHIDMATANBANDAR(KUTIPANSAMPAH&PEMBERSIHANKAWASAN)03-7955 5473

PERKHIDMATANKAWALANVEKTORDANKESIHATANAWAM 03-7955 2381

PERKHIDMATANPENILAIANDANPINDAHMILIKHARTA03-7954 5984 / 03-7954 5986

PERKHIDMATANPENYELENGGARAANINFRASTRUKTUR03-7958 4221

BAHAGIANTENDERDANKONTRAK03-7960 2817 / 03-7960 2819

BAHAGIANMEKANIKALDANELEKTRIKAL03-7876 7399

PERKHIDMATANTEMPAHANDEWAN/BALAIRAYA/GELANGGANGSUKAN03-7956 3544 samb. 148/158

PEMBANGUNANSUKAN&KEMUDAHANAM03-7960 1219

PELANCONGAN,SUKANBERPRESTASITINGGIDANKEBUDAYAAN 03-7957 1195

PEMBANGUNANKOMUNITI,SOSIALDANBELIA03-7956 0206

PERPUSTAKAANKOMUNITIPETALINGJAYA03-7781 2775

PERPUSTAKAANCAWANGANTAMANMEDAN03-7781 1484

PERPUSTAKAANCAWANGANKOTADAMANSARA03-6157 5420

MUZIUMPETALINGJAYA 03-7954 8122

PERKHIDMATANPERKUBURAN 03-7873 7895

PERKHIDMATANKREMATORIUM 03-7873 7730

PROSESPERMOHONANKEBENARANMERANCANG03-7956 3544 samb. 360

KELULUSANPELANBANGUNAN03-7956 3544 samb. 260

PENGUATKUASAAN 03-7958 8085

TUNDAKENDERAAN 03-7956 3544 samb. 149

PERKHIDMATANHIASAN/PERMITMEMANCING03-7804 8907 / 8908

PERKHIDMATANPENYELENGGARAANPOKOKTEDUHAN03-7804 8907 / 8908

PERHUBUNGANAWAM03-7956 3544 samb. 126/203

PERUNDANGAN03-7958 6487 / 03-7957 5912

PERMOHONANPELANPEMBANGUNAN 03-7954 1725 / 03-7956 3544 samb. 400/401

URUSANBADANPENGURUSANBERSAMA(JMB)DANPERBADANANPENGURUSAN(MC) 03-7960 1646 / 03-7960 2410

DirektoriPERKHIDMATAN

Berita Petaling Jaya Diterbitkan Oleh : MAJLISBANDARAYAPETALINGJAYAJalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. | Tel : 03-7956 3544 | Faks : 03-7958 2695 | E-mel : [email protected] | Laman Sesawang : www.mbpj.gov.my | : pjcitycouncil | : pjcitycouncil

HOTL

INEM

BPJ

hubungi

03-79542020

JALAN YONG SHOOK LIN, 23 Mei – Kejohanan Tenis Remaja Terbuka kali ke- 24 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Nestle Products (M) Sdn. Bhd yang diadakan pada 5 hingga 9 Jun 2013 menampilkan kelainan dengan penyertaan pemain dari luar negara iaitu Indonesia, Singapura dan India.

Pasukan dari Indonesia dan Singapura masing-masing menghantar 2 pemain manakala pasukan dari India sebanyak 3 pemain.

Jumlah keseluruhan peserta kejohanan pada kali ini adalah sebanyak 195 pemain dan penyertaan terbanyak diterima dari Selangor iaitu 77 manakala 1 penyertaan dari Putrajaya.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, kejohanan sukan tenis seperti ini mampu melahirkan lebih ramai atlet yang berwibawa dan berdaya saing.

“Saya berharap agar para pemain dapat menunjukkan bakat serta memperbaiki mutu permainan masing-masing dengan memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur,” katanya ketika berucap pada sidang media.

Kejohanan kali ke-24 tersebut turut mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Lawn Tenis Malaysia.

“Kejohanan ini telah berjaya melahirkan pemain yang berkualiti untuk mewakili kontinjen Selangor ke kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA),” tambah Presiden Persatuan Tenis Selangor, Dato’ Abdul Malik Mohd Salleh yang turut hadir.

Pemain berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang telah ditambah sekali ganda menjadikan nilai keseluruhannya berjumlah RM4,000 berbanding RM2,000 pada tahun lalu.

Selain pihak Nestle, penaja bersama kejohanan tersebut adalah Amer Sports Malaysia Sdn. Bhd. bagi tajaan bola tenis dan juga F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. bagi tajaan air mineral dan 100 Plus.

MBPJ Ke-24 Tampil Kelainan

Datuk Bandar Petaling Jaya Datin Paduka Alinah Ahmad bersama penaja Kejohanan Tenis Remaja MBPJ 2013

Datin Paduka Alinah Ahmad