berita pasir gudang 2017 s ls s gg - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih bangunan...

16
www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera ZON CAHAYA BARU, TANJUNG LANGSAT DAN ZON MASAI WALKABOUT M/s13 M/s 4 RMMJ PROGRAM PERASMIAN DEWAN MUAFAKAT TAMAN BUKIT DAHLIA & PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI DI TAMAN PASIR PUTIH M/s3

Upload: lamquynh

Post on 06-Aug-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGOKTOBER 2017

2017

BERITABERITA

PASIR GUDANG

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

ZON CAHAYA BARU, TANJUNG LANGSATDAN ZON MASAI

WALKABOUTM/s13M/s 4

RMMJPROGRAM

PERASMIAN

dewan muafakat taman bukit dahlia& PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

DI TAMAN PASIR PUTIH

M/s3

Page 2: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Muafakat Johor.

Kalam kata syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

dan kurniaNya kita masih diberi peluang bernafas dan melunaskan tugas selaku Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kepada warga Pasir Gudang dan bertemu lagi kita di Berita Pasir Gudang (BPG) edisi Oktober.

Dalam kita berusaha untuk membangun kawasan Pasir Gudang, semua warga kerja perlu terus memperkasakan perkhidmatan awam dalam semua aspek termasuklah melayani pelanggan dengan khidmat yang lebih baik dan ingin saya tekankan agar semua warga kerja menyemak semula Key Performance Indicator (KPI) masing-masing dan pencapaian yang telah dicapai sehingga kini berbanding sasaran yang telah ditetapkan.

Pada bulan Oktober ini, pelbagai program besar telah berjaya kita adakan. Antaranya, Latihamal Ex-Storm. Oleh itu, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Jabatan Bomba

dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA) dan semua yang terlibat dalam menjayakan misi Latihamal Ex-Storm. Pasir Gudang telah berjaya melaksanakan latihan kecemasan Ex-Storm yang membabitkan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi tangani kecemasan jika berlaku di Pasir Gudang. Latihamal ini juga memberi peluang kepada semua agensi yang terlibat dalam mengenalpasti kelemahan serta kekuatan pasukan masing-masing dan kesediaan untuk penambahbaikan.

Pada masa yang sama, satu sesi Townhall diadakan bagi menyampaikan informasi serta perkhidmatan terkini yang disediakan oleh MPPG sebagai tanda keprihatinan dan memastikan MPPG sentiasa peka dan mengutamakan keperluan penduduk demi kesejahteraan hidup komuniti di Pasir Gudang.

Pembinaan Pusat Transformasi Bandar Pasir Gudang atau lebih dikenali sebagai UTC telah bermula sejak Oktober 2017 dan dijangka siap menjelang hujung tahun ini sebagai pusat sehenti bagi semua agensi didalam UTC Pasir Gudang kerana perkhidmatan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (KPBPG). KPBPG dipilih sebagai pusat kerana

Perasmian Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia.184 Unit Kediaman RMMJ Sedia Untuk Diserah Kunci.Pelancaran Waqaf Saham Larkin Sentral.MPPG Raih Emas Lagi Dalam ICQCC di Okada Manila.UiTM Cawangan Pasir Gudang Anjur Program IDEAS.Lensa MPPG Oktober 2017.Jabatan Kesihatan Sertai Ekspo Johor Berkemajuan 2017.Zon Cahaya Baru Tanjung Langsat Anjur Hari Sukan Negara

Santuari Sarang Buaya Anjur ProgramPemindahan Buaya.MPPG Anjur Kursus Pengurusan Restorandan Tandas Awam ‘Rahsia Kedai 5 Bintang’.Kerjasama Semua Pihak Jayakan ProgramEX-STORM 2017YDP Turun Padang - Zon Cahaya Baru, TanjungLangsat dan Zon Masai

Yayasan Pasir Gudang - Program SepanjangOktober 2017.

Lesen Iklan MPPG.Camp Journey To Jannah 2017

3114

567

1014

1312

16

8&9

kawasannya strategik dan berpotensi besar berdasarkan penduduk Pasir Gudang yang dianggarkan sebanyak 350,000 orang.

MPPG meneruskan lagi pencapaian cemerlang dalam projek Kreatif dan Inovatif (KIK) dengan meraih 3 Emas dalam Pertandingan International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) di Okada Manila Filipina baru-baru ini anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Quality & Productivity Association of the Philippines (QPAP) dengan menghantar kumpulan Voltech (Jabatan Kejuruteraan), Immobilien Heritage (Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta) dan Permata (Bahagian Pengurusan Kontrak, Unit Audit Dalam dan Unit Undang-Undang). Tahniah dan syabas diucapkan.

Akhir kata, semoga kita berjumpa lagi di tinta akan datang.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETUA EDIToREncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoLoNG KETUA EDIToRPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGARANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMBERITA- Cik Nur Lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JURUfoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin Roslan

Page 3: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

PERASMIAN

Bergambar bersama penerima bantuan dan sumbangan.

Puan Wani merupakan salah seorangpenerima bantuan sumbangan.

YAB Menteri Besar menandatangani plak merasmikan dewan Muafakat Zon Bukit Dahlia.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

.............................................

Masyarakat setempat dalam kawasan pentadbiran MPPG

sekali lagi menerima kemudahan dan prasarana apabila sebuah dewan Muafakat Zon Bukit Dahlia telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi kepada orang awam. Dewan yang menelan kos perbelanjaan berjumlah RM2.8 juta di atas tanah seluas 1.4 ekar telah siap sepenuhnya dan telah dirasmikan pada Oktober 2017.

Majlis perasmian dewan ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Dalam ucapannya YAB Menteri Besar telah menegaskan MPPG selaku Pihak Berkuasa Tempatan telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan kemudahan dan prasarana bagi penduduk setempat. Terdapat beberapa lagi dewan yang sedang dalam perancangan dan dalam pembinaan, antaranya Dewan Tanjung Puteri Resort, Dewan Kampung Pasir Putih dan Taman Bistari Perdana. Turut hadir dalam majlis ini, YB Dato’ Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang, Ybhg. Dato’ Haji A. Rahim bin

A. Latiff Ahli Majlis, Ahli-Ahli Lembaga Amanah YPG, Encik Sabapathy a/l Ramasamy Pengerusi MIC Pasir Gudang, dan Encik Tan Chee Puk Pengerusi MCA Pasir Gudang.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

Dalam majlis yang sama, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin selaku Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG) turut menyampaikan sumbangan bantuan sempena sambutan hari Deepavali kepada 200 penerima yang terdiri dari kaum India, Cina dan juga Melayu yang disumbangkan oleh Yayasan Pasir Gudang.

Seorang daripada penerima sumbangan, Puan Wani a/p Ganapathi berkata sumbangan dan aktiviti seperti ini sangat bagus, ia mampu meringankan beban kepada sesebuah keluarga dengan barangan dapur yang semakin meningkat. Beliau juga menyatakan bahawa bantuan ini,

dapat menceriakan keluarganya dalam menyambut perayaan Tahun Cahaya kali ini.

‘Kami akan menggunakan bantuan ini secara berhemah. Terima kasih Kerajaan Negeri.’

dewan muafakattaman bukit dahlia &PENYAMPAIAN SUMBANGANSEMPENA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

Page 4: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

Semoga peluang dan ruang yang ditawarkan Kerajaan Negeri kepada Rakyat Johor ini dapat dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya terutama sekali mereka yang bertuah dan berjaya memilik RMMJ yang ditawarkan.

184 unitkediaMan rMMj

4

SEDIA UNTUK DISERAH KUNCI

Oktober menyaksikan sekali lagi Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) telah diadakan

bertempat di Taman Pasir Putih. Projek sulung RMMJ di bawah pemaju Sime Darby Property ini siap sepenuhnya pembinaan pada September 2017. Sebanyak 184 unit kediaman dua tingkat (18’ x 60’) dan 108 unit lot kedai satu tingkat (20’ x 60’) ditawarkan oleh pihak pemaju di bawah projek RMMJ ini.

Perasmian Majlis Penyerahan Kunci telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Md Jais bin Sarday. Hadir sama dalam majlis ini, ADUN Bahagian Tiram YB Datuk Maulizan bin Bujang, Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim dan Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property YBhg. Dato’ Wan Hashimi Albakri bin Wan Ahmad Amin Jaffri.

YB Datuk Md Jais bin Sarday berkata, Skim RMMJ telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi membolehkan rakyat Johor dan rakyat Malaysia yang lain mampu untuk memilik kediaman, dengan sasaran penyediaan 60,000 unit kediaman menjelang 2020. Kerajaan Negeri juga menyasarkan sebanyak 5,490 unit kediaman mampu milik di siapkan menjelang akhir tahun 2017 untuk ditawarkan kepada pembeli.

Taman Pasir Putih merupakan sebuah perbandaran berkeluasan 675 ekar yang dibangunkan di atas tanah yang diperolehi oleh Kumpulan Sime Darby Group pada awal tahun 1980 an. Kewujudan koridor ekonomi selatan di Johor telah merangsang permintaan untuk hartanah, maka pada tahun 2012, dengan sokongan Kerajaan Johor, Sime Darby Property telah memulakan pembangunan bagi tujuan industri ringan, komersial dan kediaman mampu milik di bawah RMMJ.

Kediaman RMMJ yang dibangunkan oleh Sime Darby Property ini juga mematuhi segala garis panduan dasar perumahan Negeri Johor. Sime Darby Property turut mengambil inisiatif dan kreativiti sendiri dengan melangkah lebih jauh dalam menerapkan reka bentuk moden dan terkini untuk mencapai penggunaan ruang yang maksima dan penggunaan bahan binaan terbaik, menandakan komitmen dan sokongan mereka ke arah program RMMJ secara keseluruhan.

Penyampaian kunci replika kepada pembeli kediaman.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Md Jais bin Sarday.

Tetamu VIP bergambar bersama kesemua penerimakunci rumah RMMJ Taman Pasir Putih

BERITA PASIR GUDANG

KEPADA PEMILIK DI TAMAN PASIR PUTIH

Page 5: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

Bersempena perhimpunan pagi Oktober 2017, MPPG telah mencipta satu lagi sejarah apabila telah melancarkan

penyertaan warga kerjanya dalam Waqaf Saham Larkin Sentral dan Waqaf Rakyat Johor.

Waqaf Saham Larkin Sentral Property Berhad (Larkin Sentral) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) bagi kepentingan kebajikan dan ekonomi masyarakat ummah keseluruhannya. Semua warga kerja MPPG yang beragama Islam telah membuat sumbangan Waqaf Saham Larkin Sentral selaras dengan usaha pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan tempat letak kereta bertingkat di Larkin Johor Bahru. Setiap warga kerja yang beragama Islam melanggan 1000 saham terbitan dengan nilai RM100.00 sahaja.

90% melalui sumbangan disalurkan terus kepada waqaf Saham Larkin Sentral manakala baki 10% disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Waqaf ini bukan hanya eksklusif

WAQAF KERAJAAN NEGERI

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Penerimaan cek oleh Puan Farahely binti Adnan bagi pihakTabung Waqaf Rakyat Johor.

Penerimaan cek oleh Tuan Haji Shahruni bin Aslam bagi pihakWakaf An-Nur Corporation Berhad.

kepada komuniti Muslim sahaja tetapi juga mempunyai faedah harta dan kebaikan kepada pemilik waqaf.

Manakala, antara objektif Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) adalah untuk merangka program sosio ekonomi kemasyarakatan dan membuat pelaburan yang dibenarkan oleh syarak untuk manfaat ekonomi umat Islam di Negeri Johor. Penyampaian cek telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim. Sebanyak RM33,400.00 telah diwaqafkan melalui sumbangan warga kerja MPPG yang beragama Islam. Manakala sumbangan berjumlah RM55,980.00 telah disalurkan terus kepada Tabung Waqaf Rakyat Johor.

Dalam majlis yang sama juga, penyampaian hadiah kepada warga kerja yang lahir pada bulan Oktober turut diraikan. Hadir sama dalam majlis ini, Tuan Haji Shahruni bin Aslam Pegawai Perhubungan Qariah Wakaf An-Nur Corporation dan Puan Farahely binti Adnan Pegawai Kewangan Kanan Perbadanan Islam Negeri Johor.

PELANCARAN PENYERTAAN

Penyampaian cek penyertaan Waqaf Saham Larkin Sentral dan Waqaf Rakyat Johor yang disempurnakan oleh Tuan

Yang Dipertua, Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

Page 6: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

MPPG meneruskan pencapaian cemerlang dalam projek Kreatif dan Inovatif (KIK) dengan meraih Emas dalam Pertandingan International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) di Okada Manila, Filipina pada

23 hingga 28 Oktober 2017 yang lalu anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) & Quality & Productivity Association of the Philippines (QPAP).

Antara kumpulan yang mewakili MPPG bagi edisi kali ini ialah sebagaimana berikut :

BERITA PASIR GUDANG6

MPPG RAIHEMAS LAGI DALAMICQCC

DI OKADA MANILA

NAMA KUMPULAN JABATAN PROJEK PENCAPAIAN

Voltech Kejuruteraan FP-16 EMAS

Immobilian Heritage Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta G-gulung EMAS

PermataBahagian Pengurusan Kontrak, Unit Audit Dalam

& Unit Undang-Undang Be-Spek EMAS

Ketua Unit Jabatan Korporat & Perhubungan Awam Pn Haslina binti Hassan yang merupakan ketua delegasi MPPG bergambar bersama Kumpulan Immobilian Heritage, Permata dan Voltech bersama plak anugerah emas yang dimenangi.

Ini merupakan penyertaan kali ke-4 MPPG di peringkat antarabangsa dan merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila ketiga-tiga pasukan MPPG berjaya meraih Emas dalam mempertandingkan projek masing-masing. Tahniah diucapkan kepada pasukan MPPG.

Kumpulan Voltech dari Jabatan Kejuruteraan bergambar selepas tamat sesi persembahan dan pembentangan projek.Kumpulan Permata bergambar bersama fasilitator MPC.

Page 7: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

Dalam mencungkil bakat dan minat pelajar bagi subjek Matematik

dan Sains, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pasir Gudang telah menganjurkan satu program yang dinamakan Innovation, Design, Exploration in Arithmetic & Science (IDEAS). Program ini merupakan anjuran Fakulti Sains Komputer Dan Matematik UITM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Jabatan Pendidikan Negeri Johor Dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim.

Program yang pertama kali dianjurkan oleh UiTM Cawangan Pasir Gudang ini merupakan Pertandingan Inovasi dan Eksplorasi Rekabentuk berkonsepkan pemikiran sains matematik yang meransang pelajar berfikiran secara kreatif, kritikal & kritis dalam menyelesaikan masalah. Antara objektif penganjurannya menyahut cabaran kerajaan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menarik minat pelajar menguasai bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Dengan motto Belia Berfikiran Kreatif, Kritikal & Kritis (B3K). Program IDEAS bukan sahaja dapat mencapai 6 aspirasi murid, malah menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan pendidikan STEM. Program IDEAS 2017 ini amat sesuai dijalankan dan mengetengahkan aktiviti berbentuk edutainment dan sekaligus memperkukuh pembangunan institusi keluarga serta memperkasa keusahawanan wanita di Johor. Program ini adalah berbentuk seperti Pertandingan Master Chef. Kumpulan pelajar akan diberikan soalan, daripada soalan tersebut, mereka akan memahami dan menganalisa soalan dan mereka bentuk produk yang dikehendaki soalan berdasarkan bahan mentah yang disediakan atau peserta perlu mengambil sendiri di stesen yang di khaskan. Produk yang telah siap akan diuji dan markah akan diberikan semasa proses pengujian.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh En Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG selaku wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Hj Azmi bin Rohani sekaligus melancarkan buku Kembara Matematik Edisi Sekolah Rendah.

UiTMCAWANGAN PASIR GUDANGANJUR PROGRAM IDEAS

7MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Tuan Yang Dipertua dan Rektor UiTM Cawangan Pasir Gudang bergambar bersama Johan Pertandingan IDEAS 2017 kumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Rinting 2.

Buku ini merupakan modul aktiviti berkaitan subjek matematik yang telah dihasilkan oleh pensyarah matematik UiTM Pasir Gudang. Hadir sama dalam program ini, Prof Madya Dr. Azizan bin Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Pasir Gudang dan Dr. Hj. Khalid bin Hj. Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Penyertaan program terbuka kepada pelajar tingkatan 4 aliran Sains & Teknologi yang melibatkan 7 orang pelajar bagi satu buah kumpulan. Seramai 16 buah sekolah telah menyertai program ini. Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh En Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Pertandingan IDEAS 2017 :

Majlis perasmian telah disempurnakanoleh Yang Dipertua MPPG.

Johan SMK Taman Rinting 2Naib Johan SMK Pasir Gudang 2

Tempat Ketiga SMK Agama Johor Baru

Page 8: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

BERITA PASIR GUDANG8

DI PASIR GUDANG

YBhg. Tan Sri Dr Irwan Serigar bin AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan,

Kementerian Kewangan Malaysia jugaturut serta dalam lawatan yang diadakan.

LAWATAN TAPAK UTC DI KOMPLEKSPUSAT BANDAR PASIR GUDANG

TAKLIMAT DAN LATIHAN PROGRAM EX-STORM 2017

EKSPO THAI MALAY DI PASIR GUDANG

KEJOHANAN MUATHAI PERINGKAT KEBANGSAAN

YAB Dato’ Menteri Besar Johor merasmikan program Ekspo Thai Malay di Perkarangan Stadium Perpandaran Pasir Gudang.

Page 9: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

AUDIT EKSAAntara pelajar IPTA yang menerima sumbangan.

KEJOHANAN MUATHAI PERINGKAT KEBANGSAAN

Antara aksi hebat ahli sukan muathai yang

beraksi di gelanggang.

Yang Dipertua turut hadir sama dalam majlis yang diadakan.

MAJLIS DOA SELAMAT PEMBINAAN DEWAN MUAFAKAT KOTA BISTARI PERDANA

OKTOBER2017

MALIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PERMULAAN INSTITUSIPENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA PASIR GUDANG 2017

Page 10: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

BERITA PASIR GUDANG10

Antara aksi pemain ping pongyang dipamerkan dalam kejohanan kali ini.

Kerajaan Negeri Johor di bawah SUK Kerajaan Negeri telah menganjurkan Ekspo Johor Berkemajuan 2017

pada 6 Oktober hingga 14 Oktober yang lalu bertempat di Dataran Mahkota, Kota Iskandar. MPPG telah terpilih bagi menjayakan Majlis Pelancaran Program Sisa di Punca (SAS) dan Zon Bandar Lestari Peringkat Negeri Johor.

MPPG juga telah dijemput mengadakan pameran kesihatan yang dikendalikan di bawah Bahagian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Perlesenan. Pameran yang terbabit di bawah Jabatan Kesihatan Awam ialah Program Kitar Semula Minyak Masak kepada Biodiesel, Program Perkongsian Pintar EM Mudball dan Program Pengkomposan Sisa Makanan.

Hari Sukan Negara merupakan program yang diraikan setiap bulan Oktober yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Melalui platform ini, semua pihak dan agensi swasta mahupun kerajaan digalakkan menganjurkan sebarang aktviti sukan yang melibatkan pekerja, penduduk setempat mahupun golongan pelajar IPTA atau sekolah. Melalui sambutan program ini, aktiviti sukan yang dianjurkan mampu memberi galakkan dan memupuk budaya kerja sihat dikalangan masyarakat.

Bagi menyahut galakan ini, Zon Cahaya Baru Tanjung Langsat (CBTL) di bawah pentadbiran ahli majlisnya Encik Sabri bin Kadir telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kampung Cahaya Baru bertempat di Kompleks Sukan Kampung Cahaya Baru. Antara aktiviti sukan yang diadakan ialah Sukan Tendangan Penalti, Jaringan Bola Jaring, Pertandingan ‘Dam Haji’, Pertandingan Dart dan Karom.

Program sukan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan senaman robik dan dimulakan dengan acara tendangan penalti. Hampir 200 orang termasuk peserta dan penduduk kampung hadir bagi memriahkan program. Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.

ZON CAHAYA BARU TANJUNG LANGSATANJUR HARI SUKAN NEGARA

JABATAN KESIHATAN

ekspo johorberkemajuan 2017

Sertai

Tuan Haji Mohd Khir Johari, Setiausaha SUKJ (Bahagian Kerajaan Tempatan) turut mengadakan lawatan ke pameran yang diadakan.

Pelajar-pelajar sekolah mendengar penerangandari pihak urusetia mengenai proses kitar semula

minyak masak yang dijadikan biodiesel.

Acara tendangan penalti juga merupakansukan yang dianjurkan.

Pemain dart melakukan balingan sehabis baik.

Page 11: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Effective Business Consultancy Sdn. Bhd. telah

menganjurkan Kursus Pengurusan Restoran dan Tandas Awam ‘Rahsia Kedai 5 Bintang’ kepada semua pengusaha premis makanan yang beroperasi di Pasir Gudang. Program diadakan di Auditorium Aras 3, Menara Aqabah. Seramai 70 orang peserta telah menyertai kursus ini. Encik Abdul Sattar bin Sulaiman dari Effective Business Consultancy Sdn. Bhd. telah menyampaikan ceramah kepada semua peserta.

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam menguruskan premis makanan dan tandas awam yang berkualiti, bersih, serta mendapat pengiktirafan dari Pihak Berkuasa Tempatan di kalangan pengusaha premis makanan khususnya. Antara tips yang dikongsikan dalam kursus ini adalah kompenan pemeriksaan & penggredan premis makanan, merit demerit bagi pengredan terutama CCP (Critical Control Point) dan titik kawalan kritikal.

ANJUR PROGRAM PEMINDAHAN BUAYA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Penangkap buaya menggunakan segala kaedah dan cara, antaranya menggunakan tali untuk melemahkan buaya yang akan dipindahkan.

Petugas mengendalikan proses pemindahan buaya dengan berhati-hati.

Pelajar-pelajar juga berpeluang menyaksikan aktiviti ini.

MPPG ANJURKURSUS PENGURUSAN RESTORANDAN TANDAS AWAM ‘RAHSIA KEDAI 5 BINTANG’

Ceramah disampaikan oleh Encik Abdul Sattar bin Sulaiman dari Effective Business Consultancy Sdn. Bhd.

Sebut sahaja buaya, sudah pasti semua orang tahu reptilia ganas

ini memang menggerunkan sesiapa sahaja yang terserempak dengannya.

Namun begitu, binatang yang terkenal dengan gelaran ‘Sang Bedal’ ini mempunyai kelemahannya apabila kita mengetahuinya. Justeru, Sarang Buaya yang diketuai oleh pengurusnya, Encik Malek Abd Aziz mempunyai resipi istimewa bagi menundukkan buaya-buaya ini. Bagi mengetahui kaedah ini, Sarang Buaya telah menganjurkan acara pemindahan buaya dari satu kolam ke kolam yang lain selama 3 hari ini merupakan penganjuran kali ke-3 selepas tahun 2014 dan 2015. Objektif

SANTUARI SARANG BUAYA

program diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada pengunjung tentang aktiviti dan cara penangkapan, pemeriksaan dan pemindahan buaya selain memberi info dan pendedahan mengenai hidupan haiwan reptilia ini yang sememangnya ganas.

Sepanjang 3 hari berlangsung, aktiviti ini telah di bahagikan kepada 3 sesi iaitu sesi pagi dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi, sesi tengahari dari jam 11.00 hingga 12.00 tengahari dan sesi petang dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

20 ekor buaya telah dipindahkan 12 ekor dari kolam A ke kolam pembiakan. Manakala 2 ekor dari kolam E ke kolam

pembiakan dan 6 ekor dari kolam E ke kolam A. Jumlah keseluruhan buaya di bawah pemantauan Sarang Buaya ini ialah sebanyak 170 ekor. Ini termasuklah 65 ekor hasil dari penetasan induk yang berjaya dilakukan pada bulan Mei yang lalu.

Program ini telah menarik ratusan pelancong bagi menyaksikan secara ‘live’ proses pemindahan yang dijalankan. Pengunjung juga kelihatan begitu teruja dan memberi maklum balas yang positif kerana dapat menyaksikan sendiri aktiviti pemeriksaan dan pemindahan buaya serta berpeluang memgang buaya dan bergambar bersama buaya.

Page 12: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

BERITA PASIR GUDANG1 2

KERJASAMA SEMUA PIHAKJAYAKAN PROGRAM EX-STORM 2017

Exercise Special Team Operation and Response Mechanism (Ex-

Storm) ke-19 merupakan satu latihan berskala besar dengan penglibatan pelbagai agensi penyelamat utama dan agensi sokongan. Ex-Storm diuruskan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama erat mengikut lokasi. Latihan Ex-Storm pernah diadakan di Pasir Gudang, Johor pada tahun 2012 (Ex-Storm iii) tetapi tidak melibatkan PAGEMA secara khusus.

Antara agensi yang bekerjasama dan menyertai latihan Ex-Storm bagi edisi ke 19 ini ialah Majlis Perbandaran Pasir Gudang, PAGEMA, JBPM Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi keselamatan yang lain.

Edisi kali ke-19 ini melibatkan 4 lokasi yang mengalami malapetaka iaitu di Tanjung Langsat Port (TLP); kerosakan teruk jeti akibat bencana yang berlaku hingga mengakibatkan kebakaran di laut; CCM Chemicals Sdn. Bhd; tumpahan minyak di dalam kawasan kilang; Lotte Chemical; tumpahan dan kemerebakan bahan kimia berbahaya disebabkan oleh kebocoran yang tidak terkawal dan satu lokasi collapse Structure di Bangunan Perumahan Imigresen Taman Air Biru; gegaran gempa bumi.

Beberapa objektif dilaksanakan bagi menjayakan misi latihan ini. Antaranya, menguji kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam menghadapi insiden/bencana secara berkesan, menguji keberkesanan pengurusan bencana berdasarkan mekanisme pengurusan bencana, menguji koordinasi penyaluran

bantuan pelbagai agensi termasuklah agensi sokongan semasa bencana serta menguji tahap persediaan MPPG & PAGEMA dalam menghadapi insiden atau bencana yang besar.

Antara strategi yang diaplikasi dalam latihan Ex-Storm ini ialah pelan tindakan seragam yang ada dan boleh di koordinasikan oleh semua agensi semasa operasi, menyediakan garis panduan dan membuat pembetulan dan penambahbaikan secara terus semasa operasi serta menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kemahiran di antara agensi semasa operasi. Dalam menghadapi situasi-situasi genting ini, tindakan kecemasan Ex-Storm dilaksanakan. Operasi mencari dan menyelamat mangsa di darat dan laut telah dijalankan, Evacuation penduduk telah dijalankan dari Taman Perumahan ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang, operasi mengawal tumpahan bahan kimia dan menutup kebocoran gas juga turut dijalankan. Selain itu, operasi menerima dan merawat mangsa oleh pasukan medik dan KKM mengikut lokasi turut dijalankan. Seramai hampir 9 orang mangsa telah berjaya diselamatkan manakala 36 mangsa lagi menggunakan patung seberat 50kg. Seramai 13 orang kematian telah direkodkan.

Selain memberikan pertolongan kecemasan, Ex-Storm juga bertindak dalam memberikan khidmat dan bantuan lain, antaranya khidmat kaunseling oleh JKM dan KKM, penghantaran makanan oleh JKM dan hebahan media.

Latihan berjaya ditamatkan sekitar jam 8.00 pagi dengan diakhiri oleh majlis penutup yang berlangsung di tapak bangunan collapse structure Taman Air Biru. Penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa Ex-Storm turut diadakan.

Ahli Jawatankuasa bergambar selepas program tamat.

Antara pihak agensi yang terlibat dalam Ex-Storm 2017.

Antara mangsa yang berjaya dibawa keluar dari tempat kejadian.

Aksi cemas collapse structure di lokasi perumahan Imigresen di Taman Air Biru

yang di kendalikan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Page 13: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

Program walkabout merupakan anjuran aktiviti bagi kesemua

24 zon di bawah pentadbiran MPPG. Program ini diadakan bagi menyelami permasalahan rakyat dan penduduk sekaligus berusaha dalam apa jua cara bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. 2 buah lagi zon iaitu Zon Cahaya Baru Tanjung Langsat (CBTL) dan Zon Masai telah menyertai program ini.

Bertempat di Padang Awam Kampung Cahaya Baru, walkabout Zon Cahaya Baru Tanjung Langsat telah dihadiri oleh Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim, pengerusi zon, Encik Sabri bin Kadir, Ahli-Ahli Jawatankuasa serta penduduk kampung. Program dimulakan dengan acara perasmian program Silat Nusantara sempena bulan Muharam 1439H yang dianjurkan. Kedatangan Yang Dipertua telah diraikan dengan peserta-peserta silat yang menyertai program yang dianjurkan. Selesai majlis perasmian Silat Nusantara, Yang Dipertua bersama Ahli Majlis Zon di bawa ke sekitar Kampung Sentosa Barat, Taman Scientex dan Kampung Kong-Kong bagi membuat lawatan tapak.

Antara masalah yang diadukan ialah Jalan Camar 14 Taman Scientex dan kawasan pembinaan Meridin East yang menjadi punca masalah banjir di Kampung Sentosa, Cahaya Baru.

Manakala bagi zon Masai pula, program walkabout telah diadakan pada 15 Oktober. Program turut dihadiri pengerusi zon Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman, Encik Mohd Paudzi bin Sukami, pegawai khas zon, Ahli-Ahli Jawatankuasa zon serta Ketua-Ketua Jabatan. Antara isu dan aduan yang diketengahkan ialah isu gerai medan selera di Jalan Meranti, Taman Rinting yang terbiar lama, situasi kenderaan buruk, rosak dan terbiar, peniaga turut memasang pagar di luar kawasan yang dibenarkan dan jalan rosak yang lama tidak diperbaiki di Jalan Meranti 1 dan 2. Selain itu, isu keadaan gerai yang telah lama terbiar dan status tanah di kawasan Jalan Masai Lama (Gerai MARA). Hanya seorang peniaga sahaja yang masih lagi menjalankan perniagaan ditempat tersebut.

Program berakhir dengan lawatan ke pasar sementara Masai oleh Yang Dipertua bagi melihat isu parkir laluan kawasan masuk orang awam ke Pasar Masai dan pelaksanaan projek menaiktaraf Pasar Awam Masai.

COMMUNITY ENGAGEMENT:WALKABOUT & YDP TURUN PADANG ZON CAHAYA BARU, TANJUNG LANGSAT DAN ZON MASAI

Yang Dipertua merasmikanProgram Silat Nusantara.

Yang dipertua bersama ahli Jawatankuasa berbincang mengenaikawasan isu gerai medan selera di Jalan Meranti, Taman Rinting.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

YDP melawat peniaga dan pasar sementara Masai di Jalan Masai Lama.

Melawat kawasan punca banjir diJalan Camar Taman Scientex.

Page 14: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

Nama Program : Majlis Kesyukuran Dan Perasmian Pusat Tuisyen Komuniti Percuma Kuini, Kota Masai 3Masa : 8.30 MalamTempat : Balai Komuniti Jalan Kuini, Taman Kota MasaiSenarai VIP : 1) YB Datuk Hj Maulizan Bin Bujang ADUN Tiram merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPGPeserta/ Penerima : 250 orangButiran : i. Telah dihadiri oleh YB Datuk Maulizan Bin Bujang, ADUN Tiram Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG. ii. Majlis perasmian bersempena penubuhan Pusat Tuisyen Komuniti Percuma Jalan Kuini Taman Kota Masai. iii. Majlis Kesyukuran juga diadakan untuk peserta PTK yang akan mengambil peperiksaan. iv. Seramai 250 jemputan telah hadir dari kalangan pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat.

BERITA PASIR GUDANG14

1 OKTOBER 2017

21 OKTOBER 2017

8 OKTOBER 2017

8 OKTOBER 2017

11 OKTOBER 2017

14 OKTOBER 2017

Nama Program : Majlis Ramah Mesra YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin Bersama KRT-SRS Pasir GudangMasa : 8.00 MalamTempat : Jalan Serangkai, Taman Bukit DahliaSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor Merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang 2) YB Datuk Hajah Normala binti Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir GudangPeserta/ Penerima : 300 orangButiran : i. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Pemberian basikal kepada anggota KRT-SRS dari kawasan Parlimen Pasir Gudang. iii. Sebanyak 300 basikal telah disampaikan kepada wakil setiap KRT-SRS. iv. Bertujuan memudahkan untuk KRT-SRS untuk membuat rondaan dan pemantauan keselamatan dikawasan penempatan mereka.

Nama Program : Program Pembangunan orang Asli 2017Masa : 8.00 PagiTempat : Perkampungan orang Asli, Kg Kuala MasaiSenarai VIP : 1) Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zimPeserta/ Penerima : 60 orangButiran : i. Program telah dilaksanakan di Perkampungan orang Asli Kuala Masai. ii. YPKDT telah ditugaskan untuk mengajar dan memberi pendedahan pada minggu ini. iii. Program ini disertai beberapa Perkampungan orang Asli antaranya Kg Kuala Masai, Kg Pasir Putih dan Kg Pasir Salam. iv. Program ini bertujuan untuk mengajar dan memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli dalam menghadapi kehidupan seharian yang lebih baik.

Nama Program : Program TaichiMasa : 8.00 MalamTempat : Gelanggang Basketball Jalan Bakawali, Taman Johor JayaSenarai VIP : 1) YB Tan Cher Puk, ADUN Johor JayaPeserta/ Penerima : 50 orangButiran : i. Program telah dihadiri oleh YB Tan Cher Puk selaku ADUN Johor Jaya. ii. Program ini kan diadakan di beberapa kawasan lain mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. iii. Bertujuan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Nama Program : Majlis Perasmian Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia Dan Penyerahan Sumbangan Perayaan Deepavali 2017Masa : 9:00 PagiTempat : Dewan Muafakat Taman Bukit DahliaSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor Merangkap Pengerusi Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 200 orangButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Seramai 200 orang penerima kurang berkemampuan dari kawasan Pasir Gudang telah menerima sumbangan berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai bernilai RM 100.00. iii. Perasmian Dewan Muafakat Bukit Dahlia juga telah diadakan pada waktu yang sama. iv. Sumbangan perayaan ini bertujuan untuk mengurangkan beban penerima untuk menyambut perayaan mereka.

Nama Program : Program Pembangunan Komuniti orang Asli 2017Masa : 09:00 pagiTempat : Perkampungan orang Asli, Kg Kuala MasaiSenarai VIP : 1) Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga NegaraPeserta/ Penerima : 60 orangButiran : i. Program telah dilaksanakan di Perkampungan orang Asli Kuala Masai. ii. LPPKN telah ditugaskan untuk mengajar dan memberi pendedahan pada minggu ini. iii. Program ini disertai beberapa Perkampungan orang Asli antaranya Kg Kuala Masai, Kg Pasir Putih dan Kg Pasir Salam. iv. Program ini bertujuan untuk mengajar dan memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli dalam menghadapi kehidupan seharian yang lebih baik.

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG OKTOBER 2017

Page 15: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

22 OKTOBER 2017

28 OKTOBER 2017

29 OKTOBER 2017

28 OKTOBER 2017

28 OKTOBER 2017

Nama Program : Majlis Sumbangan Bantuan Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta Pasir Gudang 2017Masa : 10.00 PagiTempat : Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia, Pasir GudangSenarai VIP : 1) Tuan Hj Mohamad Khairi Bin Abdul Malek, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor Selaku Wakil Rasmi Menteri Besar Johor 2) Encik Hasrin Kamal Bin Hashim, YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 230 orangButiran : i. Majlis telah dihadiri oleh Tuan Hj Mohamad Khairi Bin Abdul Malek, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor. ii. Seramai 230 orang penerima terdiri dari pelbagai IPTA dan IPTS telah menerima bantuan permulaan tersebut dengan jumlah RM 300.00 seorang. iii. Bertujuan untuk meringankan beban pelajar untuk membuat pendaftran permulaan di IPT.

Nama Program : Program Gunting Rambut Percuma 2017Masa : 9.00 PagiTempat : Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir GudangSenarai VIP : 1) Encik Hasrin Kamal Bin Hashim, YDP MPPG Merangkap Timbalan Pengerusi YPG 2) Encik Noor Azleen Bin Ambros, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPGPeserta/ Penerima : 100 orangButiran : i. Encik Hasrin Kamal Bin Hashim selaku YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPG bersama Encik Noor Azleen Bin Ambros selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG telah melakukan kunjungan ke Program Gunting Rambut Percuma yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, Taman Scientex Pasir Gudang. ii. Program ini akan bergerak ke kawasan-kawasan yang telah dipilih. iii. Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan percuma kepada masyarakat selaras dengan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Nama Program : Program free Market & Health ScreaningMasa : 8.00 PagiTempat : flat Ros Merah, Taman Johor JayaSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 350 orangButiran : i. Program telah dihadiri YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Program ini kerjasama diantara Yayasan Pasir Gudang bersama Kindness Johor iii. Bertujuan memberi barangan keperluan asas kepada golongan sasar iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan secara percuma. iv. orang ramai dibenarkan mengambil barang keperluan dapur secara percuma tanpa dikenakan bayaran. v. Pemeriksaan kesihatan percuma juga diadakan, memberi peluang kepada masyarakat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang akan dilakukan oleh KPJ Specialist Hospital.

Nama Program : Penutup Program orang Asli 2017Masa : 9.00 PagiTempat : Perkampungan orang Asli Kg Kuala MasaiSenarai VIP : 1) Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zimPeserta/ Penerima : 80 orangButiran : i. Merupakan kelas terakhir pada tahun 2017. ii. Telah diadakan sukaneka untuk peserta orang asli yang hadir. iii. Cabutan bertuah dan hadiah kepada pelajar .

Nama Program : Program Servis Motor Percuma 2017Masa : 9.00 PagiTempat : Dewan Serbaguna Tasek 64, Bandar Seri AlamSenarai VIP : 1) Encik Hasrin Kamal Bin Hashim, YDP MPPG Merangkap Timbalan Pengerusi YPG 2) Encik Noor Azleen Bin Ambros, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPGPeserta/ Penerima : 100 orangButiran : i. Encik Hasrin Kamal Bin Hashim selaku YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPG bersama Encik Noor Azleen Bin Ambros selaku Lembaga Pemegang Amanah YPG telah melakukan kunjungan ke Program Servis Motor Percuma yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Tasek 64, Bandar Seri Alam. ii. Sebanyak 100 buah motor telah menerima manfaat. iii. Program ini menyasarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan-kawasan tertentu. iv. Program ini akan dilaksanakan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Page 16: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · pembangunan naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral, pembelian tanah dan pembinaan

PANDUAN & SYARAT PERMOHONAN | LeSen MenGGantunG SePanduk (Banner)/ BuntinG

LESEN IKLAN

1) Membeli borang permohonan lesen banner/bunting RM3.002) Mengutamakan perkataan Bahasa Malaysia disetiap iklan yang

akan dipamerkan (hendaklah dirujuk ke Dewan Bahasa & Pustaka terlebih dahulu untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu yang betul)

3) Melekatkan ‘sticker’ kelulusan lesen yang dibeli berharga RM2.00/unit.

4) Kadar bayaran sebagaimana berikut :

5) Lokasi yang disediakan kerangka untuk pemasangan sepanduk (banner);

6) Tempoh pemasangan bunting/ banner adalah satu bulan.7) Sepanduk /bunting hendaklah diturunkan setelah tamat tempoh

pemasangan8) Jalan protokol tidak dibenarkan sama sekali membuat

pemasangan bunting ; a. Jalan Besar b. Jalan Bandar c. Jalam Masjid d. Jalan Mawar Merah/Mawar Puteh e. Sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang

WANG AMANAH

1) Wang amanah hendaklah dituntut dalam tempoh enam bulan dari tarikh tamat pemasangan dengan mengemukakan dokumen berikut;

a. Borang permohonan wang amanah b. Resit asal bayaran wang amanah/akuan persuruhjaya

sumpah (sekira berkaitan) c. Bukti bergambar, sepanduk (banner)/bunting yang

telah diturunkan

2) MPPG berhak melucut hak wang amanah sekiranya : a. Berlaku perlanggaran syarat-syarat pelesenan yang

telah ditetapkan b. Tuntutan dibuat selepas tempoh enam (6) bulan dari

tarikh tamat pemasangan.

BIL LOKASI BIL LOKASI1 Jalan Mawar Merah 9 Simpang Kg Pasir Putih2 Jalan Bandar/Pekeliling 10 Taman Bukit Dahlia3 Jalan Bandar 11 Jalan Tembikai / Delima4 Jalan Jati 12 Jalan Bistari Perdana5 Taman Pasir Putih 13 Jalan Scientex (Roundabout)6 Jalan Nenas 14 Taman Desa Rakyat7 Taman Cahaya Masai 15 Taman Nusa Damai8 Jalan Tanjong Puteri 16 Simpang Kota Masai 2

JENIS BAYARAN (RM) DEPOSIT (RM) STICKER (RM) JUMLAH (RM)Banner 30.00/unit 30.00/unit 2.00/unit 62.00/unitBunting 7.50/unit 7.50/unit 2.00/unit 17.00/unit