berita pasir gudang 2017 s ls s gg - mppg.gov.my · kumpulan keroncong mppg mempertaruhkan lagu...

16
www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera M/s 7 PENGIKTIRAFAN MPPG BAGI INISIATIF KEJIRANAN HIJAU (GREEN NEIGHBOURHOOD INITIATIVE) PROGRAM PENGKOMPOSAN SISA 2017 M/s3 SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP PERINGKAT NEGERI JOHOR JABATAN LANDSKAP TERUS CEMERLANG MERAIH 3 ANUGERAH UTAMA M/s 4 DILANCARKAN PELAN INDUK LANDSKAP MPPG

Upload: ngodiep

Post on 30-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGNOVEMBER 2017

2017

BERITABERITA

PASIR GUDANG

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

M/s 7

PENGIKTIRAFAN MPPGBAGI INISIATIF KEJIRANAN HIJAU (GREEN NEIGHBOURHOOD INITIATIVE)PROGRAM PENGKOMPOSAN SISA 2017

M/s3SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP PERINGKAT NEGERI JOHOR

JABATAN LANDSKAP TERUS CEMERLANGMERAIH 3 ANUGERAH UTAMA

M/s 4

DILANCARKAN

PELAN INDUKLANDSKAP MPPG

Page 2: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Muafakat Johor.

Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran yang

tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita berjumpa di keluaran edisi Berita Pasir Gudang (BPG) bagi bulan November antara bulan-bulan yang terakhir pada tahun 2017 dan dapat kita meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir MPPG ke arah kemajuan dan pembangunan yang berwawasan serta perkhidmatan dan layanan yang lebih cekap kepada pelanggan.

Pada bulan ini, kita dapat melihat pelbagai pencapaian yang membanggakan yang telah berjaya kita raih terutamanya dalam bidang sukan. Baru-baru ini, MPPG telah mencipta kejayaan manis apabila berjaya menjulang Piala Dato’ Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain itu, Jabatan Landskap terus cemerlang dalam program Sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Johor dengan meraih Gold Award bagi kategori Taman Awam/Bandar dan kategori Jalan Protokol iaitu

Jalan Kota Masai. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat termasuklah masyarakat Pasir Gudang yang bersama-sama menjaga landskap dan kebersihan bandar kita Pasir Gudang ini.

Saya amat mengambil berat mengenai kecemerlangan dan perkhidmatan dan layanan MPPG kepada masyarakat khususnya di Pasir Gudang. Kami selaku PBT, berusaha mendekatkan diri dengan komuniti agar tiada jurang untuk mendengar permasalahan yang wujud di sekitar Pasir Gudang.

Warga kerja sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan sistem penyampaian dalam pemprosesan permohonan perancangan yang cepat, tepat dan berkualiti juga memerlukan kerjasama yang tinggi serta pengurusan yang cekap dari setiap pegawai di Jabatan.

Selaras dengan visi dan misi MPPG iaitu peneraju dalam aspek perancangan bandar untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti, sejahtera dan mampan menjelang 2020, MPPG sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan melalui sistem penyampaian yang baik dan berkesan. Aspek integriti terus menjadi tunjang dalam setiap tindakan dan berusaha untuk bertindak secara pantas dan proaktif dalam menterjemahkan setiap kehendak pelanggan. Berfikiran secara

Jabatan Landskap Terus Cemerlang Meraih 3 Anugerah Utama Sempena Sambutan HariLandskap Peringkat Negeri Johor.Pengiktirafan MPPG Bagi Inisiatif Kejiranan Hijau(Green Neighbourhood Initiative) Program Pengkomposan Sisa 2017.KSK Biro Pendidikan Anjur Aktiviti ‘Lets Go To Legoland’.Keroncong MPPG Pertahan Kejuaraan 5 Tahun Berturut-turut.Muafakat Mesra Zon Mawar Kali Ke-5 Berlangsung Meriah.Pelan Induk Landskap MPPG Dilancarkan.MPPG Terus Cemerlang Meraih 2 Gold AwardDalam ICC 2017.Lensa MPPG November 2017.

Lebih 600 Peserta PasirGudang November Run 2017.MPPG Johan Bola Sepak PialaPBT Negeri Johor 2017.Majalah 3 Selami Dunia Reptilia BuayaDi Santuari Sarang Buaya Pasir Gudang.Sekolah Agama Bukit Dahlia Bakal Dibina.Zon Nusa Damai Anjur Program Berkhatan.Karnival Sukan Zon Rakyat Taman ScientexBerlangsung Meriah.Yayasan Pasir Gudang - Program SepanjangNovember 2017.Festival Layang-Layang Sedunia Ke-23 Tahun 2018.

3104

567

131211

14168&9

kreatif dan inovatif sentiasa digalakkan dalam usaha memupuk budaya berprestasi tinggi dan cemerlang.

Melalui penerbitan ini, catatan kejayaan dan kecemerlangan akan memberi lebih informasi dan maklumat tambahan untuk dijadikan sumber rujukan bagi program-program tahunan MPPG bagi tahun 2017.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan sehingga ke peringkat ini. Saya juga menyeru kepada semua warga MPPG agar kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mempertingkatkan produktiviti MPPG bagi memastikan kesemua program seperti yang telah dirangkakan pada awal tahun terlaksana. Diharapkan usaha-usaha murni ini dapat diteruskan untuk kejayaan di masa akan datang dan memberi impak yang tinggi.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

Page 3: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

Warga Kerja MPPG bergambar bersama YAB Menteri Besar dan Setiausaha MPPG bersama mock cheque kemenangan MPPG.

MPPG menerima hadiah kemenangan dariYAB Dato’ Menteri Besar bagi kategori Taman Awam/Bandar.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

.............................................

Jabatan Landskap Negeri Johor terus komited dalam melestarikan pemandangan hijau bagi menjadikan Negeri

Johor terus kekal mengutamakan kehijauan alam sekitar seiring dengan kemajuan yang dicapai. Bagi mencapai hasrat tersebut, Jabatan ini telah menganjurkan sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Johor bertempat di Sireh Park, Horizon Hills Johor Bahru dengan membawa tema ‘Landskap Aspirasi Warisan Semulajadi’.

Tahun 2017 merupakan anjuran program ini bagi edisi ke 17 penganjurannnya sejak diadakan bermula tahun 2001 dan ini merupakan penyertaan MPPG kali ke-12 dalam sambutan Hari Landskap yang diadakan. Program telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor. Hadir sama dalam majlis ini, YB Datuk Jais bin Sarday Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN), Tuan Hj. Mohd Rofiki bin Dato Hj A. Shamsudin Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Hj. Adib Azhari bin Daud, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan Encik Abd Azim bin Shamsuddin, Pengarah Jabatan Landskap Negeri Johor.

Bagi kategori Pertandingan Laman PBT, Majlis Bandaraya/Perbandaran, Laman Batik MPPG mendapat Silver Award dengan membawa pulang hadiah RM 2,000.00 beserta waran projek bernilai RM15,000.00. Pokok Puding telah dipilih sebagai jenis pokok bagi MPPG oleh Jabatan Landskap Negeri Johor. Dengan memperkenalkan konsep corak batik sebagai tema landskap, ciri batik yang dipilih adalah dari konsep kain batik sarung masyarakat tradisional Melayu. Konsep ini dipilih bagi menunjukkan nilai-nilai warisan budaya masyarakat Malaysia.

YAB Menteri Besar Johor telah menyampaikan hadiah kemenangan kategori-kategori pertandingan landskap, MPPG telah menghantar 11 kategori penyertaan dari 19 kategori yang dipertandingkan. MPPG berjaya meraih kejayaan dan pencapaian Gold Award bagi kategori Taman Awam/Bandar dan lokasi Taman Sungai Buloh telah dipilih oleh MPPG sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00 beserta waran projek bernilai RM20,000.00. Selain itu, pencapaian Gold Award turut dimenangi oleh MPPG bagi kategori Jalan Protokol iaitu Jalan Kota Masai Pasir Gudang dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00 beserta waran projek bernilai RM20,000.00

Semoga MPPG terus sukses lagi di masa hadapan dalam memberi idea dan ilham bagi menghasilkan laman-laman landskap yang berkualiti, indah dan kreatif di samping memberi nilai tambah kepada alam sekitar.

SEMPENA SAMBUTANHARI LANDSKAPPERINGKAT NEGERI JOHOR

JABATAN LANDSKAPTERUS CEMERLANG

Page 4: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

PENGIKTIRAFAN MPPG

4

BAGI INISIATIf KEJIRANAN HIJAU(GREEN NEIGHBOURHOOD INITIATIvE)

KSK BIRO PENDIDIKAN ANJUR AKTIvITI ‘LETS GO TO LEGOLAND’

Program yang berlangsung di Promenade Puteri Harbour Nusajaya ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia

Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). Pada tahun ini, MPPG telah dipilih sebagai pemenang penerima Penghargaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2017 bagi Kategori Perbandaran untuk Inisiatif Program Pengkomposan Sisa Peringkat Kebangsaan. Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau adalah merupakan satu program di bawah Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) yang di pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang mensasarkan pengurangan karbon 30% menjelang 2020.

Program Pengkomposan Sisa ini telah di laksanakan di peringkat MPPG dimana terdapat 1 tapak pelupusan sisa yang dibangunkan dan diuruskan oleh MPPG di bawah jabatan Kesihatan Awam MPPG iaitu di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat. Terdapat jumlah sisa mentah yang diterima oleh pusat pengkomposan sisa yang diuruskan oleh PBT dari Jun 2016 hingga Jun 2017 sebanyak 8,533 tan. Manakala Jumlah hasil kompos yang di jana oleh pusat pengkomposan sisa yang di urus oleh MPPG dari Jun 2016 hingga Jun 2017

Sempena cuti sekolah baru-baru ini, Kelab Sukan & Kebajikan MPPG (KSK MPPG) dibawah Biro Pendidikan

telah menganjurkan Program ‘Let’s Go To Legoland’ yang terbuka kepada anak-anak warga kerja di bawah umur 16 tahun. Seramai 64 orang anak-anak warga kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang berumur 7 hingga 16 tahun telah menyertai lawatan ini bersama 16 orang urusetia.

Antara objektif penganjuran program ini ialah memberi peluang kepada anak-anak warga kerja mengikuti aktiviti-aktiviti yang bersesuaian di Legoland, meningkatkan keyakinan diri dan membuka minda anak-anak dengan pengalaman dan suasana

Peserta diberi taklimat dan pengenalan mengenai tamanTema Legoland.

Yang Dipertua bergambar bersama ahli jawatankuasa yang terlibat dalam

pertandingan yang dianjurkan.

BERITA PASIR GUDANG

pRogRAm peNgKomposAN sIsA 2017sejumlah 6686 tan. Terdapat 34 pusat tapak pengkomposan sisa pepejal yang di uruskan oleh pihak swasta, persatuan penduduk, sekolah dan lain lain di Pasir Gudang.

Majlis Perbandaran Pasir Gudang mengambil inisiatif dengan menggunakan hasil baja sisa kompos yang dibuat dengan mengunapakai di Tapak Semaian Majlis Perbandaran Pasir Gudang di bawah seliaan Jabatan Landskap MPPG. Perlaksanaan penggunaan baja sisa kompos setiap bulan dapat menyuburkan pokok dan penggunaan baja kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ianya juga dapat menjimatkan pembelian baja kimia.

Bagi penyertaan pertandingan ini, MPPG mengambil inisiatif untuk membawa contoh komuniti di kawasan Jalan Balau , Zon Taman Rinting. Untuk contoh sekolah pula, Maktab Rendah Sains Mara diberi peluang untuk memperkenalkan aktiviti membuat sisa kompos dan penggunaan baja tersebut kepada tanaman mereka dan ianya merupakan contoh terbaik. Tahniah dan syabas kepada MPPG atas pencapaian anugerah yang diterima.

Page 5: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

Kumpulan Keroncong MPPG sekali lagi mengekalkan kejuaraan bagi Pertandingan Nyanyian Solo & Kumpulan

Keroncong Terbuka Johor Kali ke-10 2017 yang berlangsung di Laman Seni Warisan, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Pertandingan yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor ini merupakan edisi ke-10 yang memulakan anjurannya pada tahun 2007.

Ditubuhkan pada tahun 2007, di bawah pengurusan Kelab Sukan & Kebajikan MPPG (KSK MPPG), kumpulan ini dianggotai oleh warga kerja MPPG sendiri sebagai barisan pemuzik. Antaranya, En Aizat Amzah (pemain Bass), En Mohd Yazid Yusof (pemain Cak), En Mohamad Isa Rafa (pemain gitar), En Mohd Asri Md Shah (pemain Cello) dan En Zali Sahbuddin (pemain Cuk). Kumpulan ini di uruskan oleh En Abd Rahman Esa dan mendapat sentuhan didikan dan latihan dari jurulatih terkenal di Negeri Johor, En. Ismail bin Bahari.

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO & KUMPULAN KERONCONG TERBUKA JOHOR KALI KE-10 2017

KSK BIRO PENDIDIKAN ANJUR AKTIvITI ‘LETS GO TO LEGOLAND’

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Bergambar di hadapan pintu masuk Legoland Malaysia sebelum sesi lawatan bermula.

Keroncong MPPG pernah meraih Johan pertandingan ini pada tahun 2013 dan 2015 di mana ia terus dikekalkan pada tahun ini. Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi kategori bebas yang dipersembahkan oleh vokalis kumpulan ini, Erma Sakina, telah berjaya menambat hati para juri.

Keroncong MPPG bukan sahaja meraih Johan bagi kategori Nyanyian Kumpulan, malah turut meraih Johan bagi Kategori Nyanyian Solo, sekaligus membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM3,000.00 (Kategori Nyanyian Kumpulan), plak dan sijil, wang tunai RM1,500.00 (Kategori Nyanyian Solo), plak dan sijil.

Semoga kumpulan ini akan terus sukses dan berjaya dengan lebih cemerlang pada masa akan datang. Sekalung tahniah dan penghargaan bagi semua ahli dan warga kerja yang terlibat.

KERONCONG MPPG PERTAHAN KEJUARAAN5 TAHUN BERTURUT-TURUT

Keroncong MPPG dinobatkan Johan bagi kategoriNyanyian Solo & Kumpulan Keroncong.

yang baru, mengetahui keistimewaan taman tema dalam industri pelancongan dan mengeratkan silaturahim di kalangan anak-anak warga kerja MPPG.

Anak-anak warga kerja turut diberi pendedahan mengenai pelbagai aktviti yang bercorak permainan dan pembelajaran dalam sesi lawatan ini. Program ini mendapat input yang positif dari kalangan ibu bapa kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Legoland sangat menyeronokkan disamping memberi ilmu baru kepada anak-anak.

Page 6: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

Dalam mencapai kemuafakatan hidup bermasyarakat, semangat bersatupadu dan hidup secara harmoni perlu

diterapkan dan diamalkan oleh setiap ahli masyarakat. Bagi mencapai hasrat ini, Zon Taman Mawar Pasir Gudang telah menganjurkan Program Muafakat Mesra Zon Mawar yang berlangsung di Dewan Terbuka Zon Mawar. Ini merupakan anjuran kali ke-5 oleh Jawatankuasa Zon Mawar di bawah Pengerusinya Ybhg. Dato’ Hj Mohd Amin bin Ahmad.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Futsal Piala Ahli Majlis Zon Mawar, Bola Jaring Piala JPP Zon Mawar, senaman aerobik dan tarian zumba, masakan dan gubahan. Pelbagai agensi telah yang terlibat dalam penganjuran program ini iaitu Persatuan Penduduk dan KRT setiap fasa 1,2,3,4,5 dan rumah pangsa Taman Mawar, JPP dan JKZ Zon Mawar, Jabatan Polis dan Bomba Pasir Gudang. Pameran pelbagai agensi turut diadakan melibatkan Kaunter bayaran cukai, baja kompos Jabatan Kesihatan dan Unit Pelancongan MPPG, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tabung Haji, Jabatan Kesihatan Johor Bahru, KOSPEN, COMBI Zon Mawar, Hospital Penawar, KEMAS, Jabatan Polis dan Bomba.

Slogan Program yang dipilih bagi penganjuran kali ini ialah ‘Perpaduan Menjana Kesejahteraan’ yang membawa objektif memupuk dan menyemarakkan hubungan muafakat dan mesra di kalangan anggota komuniti setempat.

Program dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor. Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato’ Menteri Besar Johor menyatakan kehadiran beliau adalah bagi memberi sokongan kuat kepada masyarakat di Taman Mawar dalam usaha mewujudkan permuafakatan. Contohnya, bukan sahaja antara kaum tetapi satu-satu kaum juga. Menurut beliau, jika masyarakat Melayu tidak stabil, ia boleh menyumbang kepada ketidakstabilan negara.

Beliau turut menambah, masyarakat yang maju dan bermuafakat perlu tahu cara dan kaedah pembaharuan yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan muafakat tersebut,

BERITA PASIR GUDANG6

MUAFAKATMESRA

YAB Dato’ Menteri Besar Johor memotong pulut kuning sempenakejutan sambutan hari jadi beliau yang diadakan.

terutama di kawasan perjiranan seperti di Taman Mawar dan berharap melalui penganjuran program sebegini akan dapat melahirkan muafakat yang tulen. Beliau turut menegaskan masyarakat harus faham dan tahu bahawa penganjuran program ini atas nama muafakat kerana Kerajaan Negeri hendak melihat di kalangan masyarakat/ penduduk benar-benar bekerjasama dan bersepadu antara satu sama lain. Menurutnya lagi, Jika program ini diadakan setiap tahun, tetapi tiada kerjasama, kesepaduan, dan keeratan, itu semua tidak akan menjanjikan permuafakatan yang di impikan oleh Kerajaan Negeri dan rakyat.

Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin turut dikejutkan dengan Sambutan Hari Ulang Tahun beliau yang jatuh pada 30 November. Hadir sama dalam majlis ini Cik Dayangku Kamalia Bt Awangku Suhli, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Johor, Tn Hj Jalil bin A. Rahman, wakil rasmi Yang Dipertua MPPG, YBhg. Dato’ Hj Mohd Amin bin Ahmad, Pengerusi Zon Taman Mawar merangkap Ahli Majlis MPPG, En Zahrin bin Minhat Pegawai dari Unit Kesejahteraan Bandar Negeri Johor dan Tuan Supritendent Jokhiri bin Abd Aziz Ketua Polis Daerah Seri Alam.

YAB Dato’ Menteri Besar Johor melawatpameran ‘booth’ unit pelancongan MPPG.

ZON MAWAR KALI KE-5BERLANGSUNG MERIAH

Page 7: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

PELAN INDUK LANDSKAP MPPG

Seminar dan bengkel ini diadakan dengan anjuran bersama MPPG

di peringkat PBT Malaysia. Program ini dianjurkan sebagai langkah awal kepada usaha pemantapan struktur oganisasi Perkhidmatan Arkitek Landskap di PBT Malaysia secara menyeluruh.

Program ini mengandungi tiga sesi utama iaitu sesi seminar yang diadakan pada hari pertama, sesi bengkel PBT pada hari kedua dan di akhiri dengan sesi lawatan teknikal ke Forest City, Johor Bahru oleh semua peserta yang hadir pada program tersebut. Sasaran peserta terdiri daripada semua arkitek landskap, pegawai-pegawai perkhidmatan sokongan perkhidmatan landskap yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Landskap Negara (JLN) serta Jabatan Landskap Negeri.

Antara objektif penganjurannya ialah pemantapan struktur organisasi melalui model pengurusan perkhidmatan landskap PBT yang boleh menjadi rujukan oleh Unit/ Bahagian/ Jabatan

DILANCARKAN

7MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Landskap di setiap PBT seluruh Malaysia, berkongsi amalan terbaik, idea dan pandangan berkenaan pengurusan landskap berdasarkan peranan arkitek landskap/ pegawai perkhidmatan landskap sebagai pelaksana diperingkat PBT dan mengeratkan perhubungan antara arkitek-arkitek landskap dan pegawai perkhidmatan landskap di seluruh PBT Malaysia.

Pada malam yang sama telah diadakan penyempurnaan perasmian dan pelancaran Pelan Induk Landskap oleh Tn Hj. Salehuddin bin Hj. Hassan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) sebagai Wakil Rasmi Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor. Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Pengarah JLN, Presiden ILAM (Malaysia), Presiden ILAM SC, Pengarah JLN Negeri Johor, Presiden Quepacs Malaysia dan Johor, Ahli Majlis MPPG dan pegawai-pegawai kanan MPPG.

Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan melawat booth pameran Majlis

Perbandaran Pasir Gudang dan Penggiat Industri Landskap.

Kumpulan Petir menerima sijil penghargaan.

Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan merasmikan Pelan Induk Landskap MPPG.

Kumpulan Trees bergambar bersama selepas tamat program.

Masih belum reda lagi bahang kemenangan MPPG dalam

pencapaian cemerlang meraih Emas di Pertandingan International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) di Okada Manila Filipina, kali ini MPPG meneruskan lagi kecemerlangan dan kejayaan dalam Pertandingan Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2017 atau di kenali sebagai Konvensyen Team Excellence Kebangsaan yang berlangsung di Genting International Convention Centre (GICC).

MPPG kali ini diwakili oleh Kumpulan Trees dari Jabatan Landskap dan Kumpulan Petir dari Jabatan Penguatkuasaan. Kumpulan Trees yang dipimpin oleh Puan Zanariah binti Kadir sebagai fasilitator mempertandingkan tajuk Projek Peningkatan Pokok Hiasan Berpasu Mati di Tapak Semaian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Antara inovasi yang diperkenalkan ialah ciptaan alat baru dan sistem pembajaan yang sistematik. Alat penyukat baja di inovasikan untuk kegunaan di tapak

MPPG TERUS CEMERLANG MERAIH 2 GOLD AWARD DALAM ICC 2017semaian, Jabatan Landskap MPPG. Alat ini dapat mengukur ketepatan ukuran sebenar kadar baja yang diperlukan untuk setiap jenis pokok yang disemai di tapak semaian dan mudah digunakan serta menjimatkan masa dan kos dalam pembelian baja dan pokok hiasan yang baru. Inovasi yang dicipta oleh kumpulan Trees ini dinamakan ‘Scoop’.

Manakala tajuk bagi kumpulan Petir pula mempertandingkan projek bertajuk Kesukaran Memantau Lesen Iklan Tamat Tempoh. Antara inovasi yang dicipta oleh kumpulan ini ialah dengan mewujudkan pelekat baru iklan bagi memudahkan anggota penguatkuasa membuat pemeriksaan iklan di tapak pemeriksaan yang dinamakan ‘Ad-Flash’. Kumpulan ini diketuai oleh Puan Hajah Faridah binti Abd Hamid selaku fasilitator.

Ini merupakan kali ke-6 MPPG bertanding di Peringkat Kebangsaan dan bagi edisi kali ini, MPPG berjaya meraih Emas 3 bintang bagi kedua-dua kumpulan yang bertanding. Harapan

seterusnya adalah berusaha untuk bertanding di peringkat Antarabangsa pada 2018 yang akan diadakan di Singapura.

Tahniah dan syabas kepada MPPG dan kumpulan yang berjaya.

Page 8: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

BERITA PASIR GUDANG8

DI PASIR GUDANG

sAmBUTAN HARI peRANCANg BANDAR seDUNIA

CeLCom AXIATA mALAYsIA INTeRNATIoNAL CHALLeNge

Pemenang kategori regu lelaki dalam sesi penyampaian hadiah.

MPPG menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai bagi Program Pengkomposan Sisa Kategori Perbandaran.

Penyampaian cenderahati kepadaYBhg. Dato’ Ustaz Kazim bin Elias oleh

ADUN Tiram YB Dato’ Maulizan bin Bujang.

NOVEMBER2017

CeRAmAH peRDANA ‘CABARAN UmAT IsLAm mAsA KINI’ BeRsAmA YBHg. DATo’ UsTAZ KAZIm BIN eLIAs

DI mAsJID TAmAN pAsIR pUTIH pAsIR gUDANg

Page 9: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

AUDIT eKsAYB Datuk Maulizan bin Bujang menandatangani plak dan merasmikan Dewan Muafakat Taman Cahaya Masai.

peRLAWANAN AKHIR pIALA meNTeRI BesAR mppg Vs JoHoR mILITARY FoRCe (JmF) Antara aksi perlawanan bagi merebut

Piala Menteri Besar Johor.

Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri

Johor (UPEN) melawat booth pameran MPPG sambil

diiringi Tuan Yang Dipertua.

mAJLIs peRAsmIAN DeWAN mUAFAKAT TAmAN CAHAYA mAsAI

NOVEMBER2017

semINAR TRANsFoRmAsI peRKHIDmATAN LANDsKAp pBT JoHoR

KeJoHANAN BADmINToN meLAYU TeRTUTUp NegeRI JoHoR 2017

Pemenang bagi semua kategori bergambar bersama selepas program tamat.

Page 10: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

Kejohanan Bolasepak Piala PBT Negeri Johor 2017 bagi merebut

Piala YB Dato’ Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan kali terakhir dianjurkan adalah pada tahun 2005 yang melibatkan semua jenis sukan PBT Negeri Johor. Namun pada tahun ini, melalui perbincangan yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu, MPPG telah dilantik sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Bolasepak berprestij ini bagi tahun 2017.

Penganjuran kali ke-2 program mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dengan penyertaan lebih 600

peserta dari dalam dan luar Pasir Gudang. Program larian anjuran Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (KPBPG) dengan kerjasama dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Kelab Sukan & Kebajkan MPPG (KSK MPPG). Antara penaja yang sudi berkongsi tajaan bagi penganjuran kali ini ialah Lotte Chemical Sdn. Bhd., URC Snack Food Sdn. Bhd, 100 Plus, Mitsu Sdn. Bhd, Eleven Sport, Nestle (M) Sdn. Bhd. UO Superstore dan Kiswel Sdn. Bhd.

Program yang dianjurkan secara tahunan pada setiap November ini bertujuan memberi peluang kepada warga Negeri Johor, khususnya di Pasir Gudang mengamalkan gaya hidup sihat, menggalakkan melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih sihat dan cergas bersama keluarga, menarik golongan belia dalam melakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat serta mempromosikan kawasan Pasir Gudang sebagai kawasan sasaran aktiviti sukan bukan hanya tertumpu kepada sektor industri semata-mata.

3 kategori telah diadakan iaitu 5km fun run, 7km terbuka wanita dan 7km terbuka lelaki. Lebih 600 peserta telah

MPPG JOHANBOLA SEPAKPIALA PBTNEGERI JOHOR 2017

LEBIH600 PESERTAMERIAHKANPASIR GUDANGNOVEMBER RUN 2017

mengambil bahagian bagi keseluruhan kategori. Flag off telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua Encik Hasrin Kamal bin Hashim bersama wakil-wakil dari pihak penaja kira-kira jam 7.30 pagi. Pelbagai hadiah cabutan bertuah telah ditawarkan kepada semua peserta larian. Antaranya basikal, produk barangan Gintell, barangan sukan, telefon pintar berjenama Samsung, dan hadiah utama sebuah set permainan video PS4 model Sony.

Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi dan turut diserikan dengan persembahan dari kumpulan Weather Band dan Pasir Gudang School Band (PGSB).

Semua peserta siap sedia untuk memulakan larian masing-masing.

Tuan YDP bersama semua VIP bersedia untuk memulakan sesi ‘flag off’.

BERITA PASIR GUDANG10

Kejohanan ini telah disertai oleh 12 dari 16 buah PBT seluruh Negeri Johor. Kejohanan Bolasepak PBT ini telah menambahkan lagi semangat waja MPPG apabila MPPG telah terpilih melangkah ke pusingan akhir dengan bertemu PBT Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Pasukan bolasepak MPPG telah dibimbing oleh jurulatih dari warga kerja MPPG sendiri, Encik Ahmad Norhapiza bin Basri dan telah diuruskan sepenuhnya oleh pengurus bolasepak berpengalaman Encik Mahadzir bin Ahmad.

Kejayaan manis telah dicipta apabila MPPG berjaya menjulang Piala YB Dato’ Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila wisel jaringan gol dibunyikan pada minit ke 68

oleh pengadil perlawanan. Gol yang dijaringkan oleh pemain MPPG, Mohd Azril Azhar telah membawa pasukan ini menjulang piala yang menjadi rebutan seluruh PBT Negeri Johor. Keputusan berakhir 1-0 sehinggalah wisel tamat perlawanan dibunyikan.

Dengan melakar kejayaan ini, MPPG turut membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM5,000.00 beserta plak, medal dan piala iringan, Piala YB Dato’ Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan. Manakala tempat kedua milik PBT MBJB dengan membawa pulang hadiah kemenangan RM3,000.00, Plak dan medal, dan tempat ketiga bersama, masing-masing milik Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Daerah Kota Tinggi.

Page 11: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

DI SANTUARI SARANG BUAYA PASIR GUDANG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Pengukuran kesihatan dan penjagaan anak buaya oleh petugas di Sarang Buaya

Pasir Gudang.

Proses rakaman kerja-kerja penangkapanbuaya bagi mengambil spesimen air mani

haiwan tersebut.

Yang Dipertua bergambar bersama krew dan agensi yang terlibat dengan program

penggambaran di Sarang Buaya.

Pasukan MPPG meraikan kemenangan bersama Tuan Yang Dipertua di Stadium Bolasepak Pasir Gudang.

Antara aksi-aksi percubaan kedua-dua pihakdalam usaha menjaringkan gol bagi

pasukan masing-masing.

Santuari Sarang Buaya mendapat perhatian stesen Televisyen Media Prima Sdn. Bhd. apabila slot

dokumentari majalah 3 berpeluang mengadakan sesi rakaman aktiviti buaya di sini. Program yang diadakan selama 4 hari ini dirancang dengan pelbagai aktviti yang melibatkan haiwan reptilia tersebut. Objektif utamanya adalah menyelami dan mendalami sifat semulajadi habitat haiwan reptilia ini, disamping menjalani proses pengambilan spesimen air mani buaya bagi mengkaji tahap kesuburan buaya yang hidup di kawasan tersebut.

Kajian diketuai oleh Profesor Dr. Abdul Wahid bin Haron, Dr. Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dibantu oleh beberapa petugas dari UPM serta petugas-petugas di Unit Sarang Buaya MPPG. Pelbagai kesukaran dan aksi-aksi mencabar yang dilalui oleh para petugas serta krew yang terlibat. Berhadapan dengan haiwan reptilia ini memerlukan skil dan pengendalian cara yang sesuai serta cekap bagi mengelakkan sebarang masalah atau kecederaan yang timbul. Namun, terdapat juga insiden-insiden cemas semasa proses rakaman di jalankan di kawasan habitat haiwan tersebut.

Kesukaran semasa penangkapan buaya yang hampir 4 meter panjangnya dan berat sekitar 400 kilogram, walaupun buaya telah di ikat namun, kekuatan buaya sangat kuat sehingga 11

MAJALAH 3 SELAMI DUNIA REPTILIA BUAYA

orang lelaki berada di atas badan buaya tersebut, buaya masih mampu bergerak dan melawan dan turut mencederakan beberapa anggota pekerja. 2 orang anggota pekerja telah mengalami kecederaan ringan akibat terpelanting ketika dalam sesi menangkap dan mengikat buaya tersebut.

Selain itu, haiwan ini amat peka terhadap kawasan persekitaran habitatnya dimana kepekaan mereka sangat tajam dan kuat apabila sesuatu atau sebarang peceroboh memasuki kawasan habitat mereka. Ini dapat dilihat semasa aktiviti pemotongan rumput dijalankan di kawasan habitat mereka, walaupun beberapa staff yang bertugas cuba mengalihkan pandangan dan perhatian mereka dengan memberi makan, namun seekor buaya yang diberi nama ‘Pak Tam’ telah cuba menghampiri dan ingin menyerang petugas yang sedang melakukan kerja pemotongan rumput. Ini merupakan sifat semulajadi haiwan ini yang sangat menjaga kawasan mereka.

Selain aktviti utama, dokumentari ini juga akan memaparkan beberapa aktiviti lain, antaranya memberi buaya makan, membersihkan kolam buaya, kerja-kerja penyediaan makan buaya, program pelancongan pendidikan, kerja-kerja penjagaan anak-anak buaya dan wawancara individu yang terlibat dalam pengendalian Unit Sarang Buaya Pasir Gudang.

Sekalung tahniah dan penghargaan buat barisan pemain, serta pihak pengurusan pasukan Bolasepak MPPG. Semoga pasukan ini akan lebih terus sukses dan berjaya dalam melakar pelbagai lagi kejayaan pada masa akan datang.

Page 12: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

BERITA PASIR GUDANG1 2

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan anak syarikatnya

KPRJ Builders Sdn. Bhd. (KBSB) telah mengadakan satu Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ) Fasa 5 bagi SAKJ Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia.

Majlis disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permas. Mandat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada KPRJ untuk membina dan menyiapkan projek-projek SAKJ Fasa 5 di seluruh Negeri Johor adalah kesinambungan daripada kejayaan KPRJ dalam menyiapkan 95 buah SAKJ Fasa 1 hingga 4.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar mengulas di mana Kerajaan Negeri cuba memenuhi kehendak rakyat contohnya dengan pembinaan SAKJ ini, bukanlah semata-mata untuk prasarananya, tetapi masyarakat dari pelbagai lapisan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri agar dapat memelihara generasi akan datang. Inilah satu daripada usaha yang perlu digerakkan agar masyarakat dapat kekal berada dalam jalan kebenaran dan jalan agama. Ia juga merupakan usaha bagi menyokong usaha kerajaan Negeri Johor agar terus kuat dan teguh Islamnya. Kerajaan Negeri komited

dalam memberi pendidikan yang berkesan yang betul-betul memberi kejayaan kepada anak-anak di dunia dan akhirat untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Beliau turut menegaskan, selain berjaya dengan pertumbuhan ekonominya sebagai negeri yang paling dinamik, Johor juga mempunyai kemampuan, memenuhi segala hasrat kerana dalam soal ingin membawa kemajuan, semua pihak tidak boleh leka dan tidak boleh tersasar. Menurut beliau lagi, maju disini adalah dari segi pemikiran, budaya, pegangan agama dan akhlaknya. Beliau berpendapat Sekolah Agama adalah faktor pengimbang bagi mengukuhkan keperibadian Masyarakat Johor Berkemajuan.

SAKJ Taman Bukit Dahlia merupakan salah satu daripada 30 buah SAKJ Fasa 5 yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri kepada KPRJ untuk membantu Kerajaan Negeri di bina dan disiapkan di seluruh Negeri Johor. Keistimewaan projek sekolah agama Fasa 5 ini adalah reka bentuknya yang baru, lebih moden dan selesa dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti. Antara kelengkapan yang dibina dan diperbaharui adalah dewan terbuka, dewan peperiksaan, bilik pusat sumber, bilik mesyuarat, kantin dan tempat makan guru yang berasingan, bilik guru, bilik Guru Besar dan ruang pentadbiran yang lebih

YAB Dato’ Menteri Besar Johor, menyelenggara jentera sebagai simbolik tanda pecah tanah bagi pembinaan

Sekolah Agama Taman Bukit Dahlia.

kondusif. SAKJ Taman Bukit Dahlia berkeluasan 2.79 ekar dan mempunyai 2 tingkat bangunan yang terdiri daripada 12 buah bilik darjah lengkap beserta perabot, di mana ia boleh memuatkan anggaran 480 pelajar dalam satu sesi persekolahan.

Kerajaan Negeri Johor melalui KPRJ begitu komited dalam memastikan guru-guru dan murid-murid di sekolah ini terus menikmati suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa seterusnya menyumbang ke arah kejayan dan kecemerlangan dalam pendidikan. KPRJ kini sedang menjalankan Program Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE yang merupakan inisiatif KPRJ dalam pembentukan modal insan yang dinamik di kalangan pelajar melalui penambahbaikan aktiviti sokongan kurikulum pendidikan agama selari dengan perkembangan kepesatan ilmu. Malah ini juga adalah hasrat YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin untuk terus mendukung aspirasi rakyat Johor seterusnya menaiktaraf kemudahan serta mutu SAKJ.

Usaha ini membuktikan bahawa pendidikan sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan Negeri demi membangun modal insan kelas pertama kepada generasi hari ini dan masa hadapan khususnya di Johor dan amnya di Malaysia.

SEKOLAH AGAMABUKIT DAHLIABAKAL DIBINA

Page 13: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

Sempena musim cuti sekolah ini, Zon Nusa Damai telah mengambil

peluang menganjurkan Program Berkhatan Beramai-ramai bertempat di Surau Harmoni Taman Nusa Damai. Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki yang tinggal di Taman Nusa Damai berusia 7 hingga 12 tahun telah menyertai program ini.

Agensi yang terlibat bagi program ini terdiri daripada Jawatankuasa Zon Nusa Damai, Jawatankuasa Surau Harmoni Taman Nusa Damai dan doktor Zamil Najwah bin Arbain dari klinik Cendana. Manakala obkjektif penganjurannya bagi mengisi masa lapang pelajar ketika musim cuti sekolah, di samping mengeratkan silaturrahim penduduk dan membentuk suasana yang harmoni dan muafakat antara pemimpin dan penduduk.

Dalam menyemarakkan lagi program sukan di kalangan JKZ di bawah pentadbiran MPPG, JKZ Scientex 1 telah menganjurkan Karnival Sukan Rakyat yang

berlangsung begitu meriah di Padang Jalan Murai Taman Scientex.

Antara agensi yang terlibat dalam karnival ini ialah JKZ Scientex 1, KRT, HELWA, JPP dan Persatuan Rekreasi Scientex 1. Antara objektif penganjurannya ialah bagi meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan penduduk setempat, menggalakkan kerjasama antara kaum dalam penganjuran sesuatu karnival, meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk dan memperkenalkan kembali sukan rakyat supaya tidak luput ditelan zaman.

Penduduk telah berkumpul seawal jam 7.30 pagi bagi mendengar taklimat dan pendaftaran sukan mengikut acara-acara yang disertai. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, senamrobik manakala sukan rakyat yang dipertandingkan ialah, sukan memanah, permainan tarik upih dan lari dengan tempurung kelapa. Program tamat sekitar jam 1.00 tengahari dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang disampaikan oleh Pengerusi Zon Scientex 1, En. Ong Kong Hong merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan dimulakan dengan upacara bersiram bagi kanak-kanak lelaki yang terlibat untuk majlis berkhatan, seterusnya jamuan ringan diadakan untuk semua tetamu dan peserta, penyampaian cenderahati oleh Tuan

ZON NUSA DAMAIANJUR PROGRAM BERKHATAN

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Yang Dipertua kepada peserta khatan dan seterusnya majlis berkhatan dimulakan.

Majlis berakhir sekitar jam 12.00 tengahari selepas selesai majlis berkhatan semua peserta.

Kanak-kanak lelaki yang diraikan dalam upacara bersiram sebelum majlis berkhatan dimulakan.

Kumpulan kanak-kanak lelaki bersiap sedia menunggu giliran sebelum menjalani proses berkhatan.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Zon Scientex 1, Encik Ong

Kong Hong merangkap Ahli Majlis MPPG.

KARNIVAL SUKANZON RAKYAT TAMAN SCIENTEXBERLANGSUNG MERIAH

Page 14: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

BERITA PASIR GUDANG14

4 NOVEMBER 2017

11 NOVEMBER 2017

24 NOVEMBER 2017

Nama Program : Karnival Sains Kanak-KanakMasa : 8.00 PagiTempat : Dewan Serbaguna Taman ScientexSenarai VIP : 1) Puan Norita Binti Ahmad Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang 2) Encik Sharul Akmal Bin Johari Pengurus Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 200 orangButiran : i. Majlis disempurnakan oleh Puan Norita Binti Ahmad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. ii. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak Care United untuk kanak-kanak yang turut serta. iii. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang aktiviti-aktiviti berunsurkan sains untuk masa hadapan.

Nama Program : Majlis Penyerahan Sumbangan Back To School Kerjasama Mewah Oleo Industries Sdn BhdMasa : 9.00 PagiTempat : Pasaraya Besar Giant PlentongSenarai VIP : 1) Tn Hj Adnan Bin Abd Gahni Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 100 orangButiran : i. Program telah disempurnakan oleh Tn Hj Adnan Bin Abd Gahni, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. ii. Program ini kerjasama diantara Yayasan Pasir Gudang bersama Mewah Oleo Industries Sdn Bhd dan telah dilaksanakan di Pasaraya Besar Giant Plentong. iii. Pelajar yang terpilih telah menerima beg sekolah serta baucer Giant untuk mereka membeli barang keperluan persekolahan. iv. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan untuk menghadapi musim persekolahan pada tahun hadapan.

Nama Program : Majlis Perasmian Pusat Tuisyen Komuniti Percuma Dan Berkhatan Perdana Zon Cahaya Masai.Masa : 8.00 MalamTempat : Balai Komuniti Jalan Bacang, Taman Kota MasaiSenarai VIP : 1) YB Datuk Maulizan Bin Bujang ADUN Tiram merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. 2) Pn Hjh Ilhazrah Binti Mohd Yusof Ahli Majlis Zon Cahaya Masai 3) Tn Hj Adnan Bin Abd Gahni Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 250 orangButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Maulizan Bin Bujang, ADUN Tiram merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. ii. Seramai 30 orang pelajar telah diterima untuk mengikuti kelas tuisyen percuma tersebut. iii. Pusat Tuisyen ini bertujuan untuk memberi peluang kepada keluarga kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka mengikuti tuisyen ini secara percuma. iv. Seramai 250 jemputan telah hadir dari kalangan pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat.

YAYAsAN pAsIR gUDANgpRogRAm sepANJANg NoVemBeR 2017

Page 15: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

24 NOVEMBER 2017

25 NOVEMBER 2017

25 NOVEMBER 2017

Nama Program : Majlis Penyerahan Sumbangan Golf Amal, Tanjung Puteri ResortMasa : 4.00 PetangTempat : Tanjung Puteri Golf ResortSenarai VIP : 1) YBhg. Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli CEO Tanjung Puteri Golf Resort 2) Encik Hasrin Kamal Bin Hashim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 30 orangButiran : i. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Rahim, CEO Tanjung Puteri Golf Resort. ii. Penerima sumbangan telah mendapat bantuan dari segi wang tunai. iii. Majlis bertujuan untuk meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dan asnaf untuk mereka menyara keluarga.

Nama Program : Free Market And Health Screening Taman SaujanaMasa : 9:00 PagiTempat : Kampung Rumah 10, Taman SaujanaSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 400 orangButiran : i. Program telah dihadiri YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Program ini kerjasama di antara Yayasan Pasir Gudang bersama Kindness Johor iii. Bertujuan memberi barangan keperluan asas kepada golongan sasar iaitu golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan secara percuma. iv. Pemeriksaan kesihatan percuma juga diadakan, memberi peluang kepada masyarakat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang akan dilakukan oleh KPJ Specialist Hospital.

Nama Program : Kem Kesihatan Pasir Gudang 2017Masa : 8:00 PagiTempat : AEON Mall Permas JayaSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 400 orangButiran : i. Program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Pemeriksaan kesihatan percuma juga diadakan, memberi peluang kepada masyarakat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma pada program itu. iii. YAB Menteri Besar Johor juga ada melakukan lawatan ke rumah golongan asnaf di kawasan sekitar untuk memberi sumbangan dan memberikan pemeriksaan kesihatan dari doktor yang telah dibawa bersama.

Page 16: BERITA PASIR GUDANG 2017 S LS S GG - mppg.gov.my · Kumpulan Keroncong MPPG mempertaruhkan lagu ‘Keroncong Rindu Malam’ bagi kategori lagu wajib dan lagu ‘Cinta Terbaik’ bagi

FESTIVAL LAYANG-LAYANG

SEDUNIA ke-23 tahun 2018