berita pasir gudang - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat melayu, ......

16
PERASMIAN www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera PASAR MUAFAKAT SABAH RMMJ BAKAL DIBINA DI BANDAR SERI ALAM KSK BIRO AGAMA ANJUR PROGRAM JOM HAFAL AL-QURAN MENARIK DI DALAM : LENSA EDISI KHAS KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PIALA YAB MENTERI BESAR JOHOR 2018

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

MAC2018

2017

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

03

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

PIALA YAB MENTERI BESAR JOHOR 2018BERLANGSUNG SENGIT

PERASMIAN

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

PASAR MuAfAkAt SAbAh

RMMJ bAkAL DIbINA DI bANDAR SERI ALAM

kSk bIRO AGAMA ANJuRPROGRAM JOM hAfAL

AL-QuRAN

MENARIK DI DALAM :

LENSA EDISI khASkEJOhANAN SEPAktAkRAW PIALA YAb MENtERI bESAR

JOhOR 2018

Page 2: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EdITorEncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNg KETuA EdITorPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENgArANgEncik Nazarul bin Jaafar

PEmbErITA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

.............................................

Diterbitkan olehJAbATAN PEmbANguNAN mASYArAKAT

Perasmian Pasar Muafakat Sabah.

Kejohanan Sepaktakraw Piala YAB Menteri Besar Johor 2018 Berlangsung Sengit.

MPPG Anjur Persidangan MAZPA Kali Pertama.

Lensa Edisi Khas : Kejohanan Sepaktakraw Piala YAB Menteri Besar Johor 2018.

Lensa MPPG Mac 2018.

RMMJ Bakal Dibina di Bandar Seri Alam.

KSK Biro Agama Anjur Program Jom Hafal Al-Quran.

Clean & Clear Banteras Kawasan Bermasalah Di Pasir Gudang

Biro Pendidikan KSK MPPG Beri Peluang Kepada Anggota Pekerja Anjur “Sushi Making Class”.

Zon Scientex 1 Anjur Program Hari Sukan Heliconia 2018

Yayasan Pasir Gudang - Program Sepanjang Mac 2018.

Info Terkini : Pusat Transformasi Bandar Pasir Gudang

3

11

4

5

10

14

13

12

168&9

6&7

AlHAmdulIllAH SYuKur kita ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada bulan Mac di edisi Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita semakin bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini. Suku tahun pertama 2018 ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di Pasir Gudang antaranya, Program Clean & Clear anjuran Bahagian Kesihatan MPPG. Program NBOS yang dianjurkan ini adalah kerjasama MPPG, Southern Waste Corporation (SWCorp), Southern Waste Management (SWM), serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Zon Penduduk. Ini juga merupakan satu langkah postitif kepada MPPG dalam berusaha mencapai Teras Pelan Strategik MPPG 2015-2020 iaitu dalam mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif. Selain itu, bagi merancakkan kegiatan sosioekonomi di Pasir Gudang, sebuah pasar yang dinamakan ‘Pasar Muafakat Sabah’ telah dibuka dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Pasar yang memuatkan 40 buah lot kedai ini terletak di Jalan Suria 66, Bandar Seri Alam. Ini merupakan satu usaha kerajaan dalam memberi bantuan khususnya kepada masyarakat Sabah di samping peluang ruang perniagaan kepada penduduk tempatan bagi berniaga dan mengembangkan perniagaan. Pelbagai barangan khusus dari negeri Borneo ini dijual di sini seperti barangan makanan basah dan kering, barang-barang perhiasan, pakaian dan sebagainya. MPPG juga dengan kerjasama Malaysian Association of Zoological PARK & Aquaria (MAZPA) bersama Jabatan Perhilitan Negeri Johor telah mengadakan persidangan MAZPA bertempat di Tanjung Puteri Golf Resort. Program yang berlangsung selama 3 hari ini banyak membincangkan isu berkaitan isu penjagaan haiwan, cara-cara mengatasi masalah yang timbul di pusat pemeliharaan haiwan seperti di zoo serta pendedahan

BERITA PASIR GUDANG2

PEruTuSAN YANg dIPErTuAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Dalam mendengar permasalahan rakyat dan masyarakat, Program Walkabout YDP juga telah diteruskan bagi bulan Mac ini. Dua buah zon yang terlibat ialah Zon Kota Masai 1 dan Zon Kota Bistari. Program Walkabout YDP ini seharusnya dijadikan sebagai medan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang perlu diselesaikan dengan segera supaya PBT seperti MPPG terus relevan di mata masyarakat sekeliling kita.

Akhir kata, kepentingan hubungan masyarakat dengan kerajaan seperti MPPG perlu terus utuh dan mampu memberi perkhidmatan yang saksama dan terbaik kepada masyarakat setempat. Saya berharap dengan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada kita semua dapat memberi suntikan moral kepada semua warga kerja MPPG untuk terus komited dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan.

Sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang. Jumpa lagi. Sekian.

Hasrin Kamal bin HashimYang dipertua mPPg

kANDuNGAN

ilmu-ilmu baru dalam pengetahuan berkaitan penjagaan haiwan. Selain itu, bengkel latihan ‘All Malaysian Zoo Educators’ turut diadakan yang dihadiri oleh peserta dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan. Dalam aktiviti sukan pula, Kejohanan Sepaktakraw Piala YAB Menteri Besar Johor 2018 telah berlangsung dengan sengit dan meriah selama tiga hari. Terdapat tiga kategori telah dipertandingkan dan hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah berjumlah RM40,000.00. YAB Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin turut berbesar hati merasmikan kejohanan ini yang bertempat di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudang. Bagi kejohanan kali ini, penyertaan 60 buah pasukan dari seluruh negara telah menyertai kejohanan ini yang menyaksikan Pasukan Malaysia B muncul juara bagi edisi kali ini. MPPG terus komited bagi memberikan perkhidmatannya kepada rakyat apabila Bandar Seri Alam dipilih bagi projek pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). Melalui anak syarikat UMLand Bhd., Seri Alam Properties Sdn. Bhd. akan menerajui projek yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan. Projek yang meliputi 18.46 ekar ini melibatkan pembinaan sebanyak 1,122 unit rumah iaitu sebanyak 421 unit dari jenis PKJ B berharga RM80,000.00 seunit dan 701 unit rumah dari jenis RMMJ berharga RM150,000.00 seunit. KSK MPPG juga tidak melepaskan peluang menganjurkan program yang memberi manfaat kepada warga kerjanya iaitu program Jom Hafal Al-Quran yang telah dianjurkan oleh Biro Agama. Program yang dianjurkan selama 2 hari ini telah disertai seramai 46 orang warga kerja MPPG. Selain daripada itu, Biro Pendidikan juga turut memberi peluang kepada anggota warga kerja untuk mengikuti program ‘Sushi Making Class’. Ianya yang diadakan di Restoran Sushi King Aeon Permas Jaya ini begitu mendapat sambutan dikalangan warga kerja apabila diadakan sesi kedua selepas sesi pertamanya. Seramai 78 orang warga kerja telah menyertai program ini.

Page 3: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

.............................................

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

MPPG tERUS MEMBERI PERkhIDMAtAN yang terbaik kepada masyarakat setempat bagi menjadi sebuah PBT yang Cemerlang, Gemilang dan Lestari dalam pentadbirannya apabila sekali lagi mencatat sejarah dengan terbukanya sebuah pasar yang diberi nama Pasar Muafakat Sabah. Pasar yang terletak di Jalan Suria 66, Bandar Seri Alam ini berkeluasan 150 kaki persegi seunit yang menempatkan 40 unit lot kedai, pejabat, bilik mesyuarat, pentas & ruang arena, surau lelaki & wanita serta tandas lelaki, wanita & OKU.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Hadir sama dalam majlis ini, En. Ibrahim Taib, Ketua Masyarakat Sabah, En. Faisal Sisar, Ketua Masyarakat Flat Seri Delima Bandar Seri Alam. Hadir sama dalam majlis ini En. Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG, Tn. Hj Dahari bin Hasan, Ahli Majlis Zon Seri Alam 2, Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pasir Gudang serta pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

“Pembinaan Pasar Muafakat Sabah ini menjadi satu ikon aspirasi Kerajaan Negeri Johor kepada masyarakat Sabah di Pasir

Gudang khasnya di dalam Negeri Johor amnya yang selama ini turut bersama-sama meningkatkan sosioekonomi setempat. Sehingga kini hampir 20,000 masyarakat Sabah tinggal di negeri ini termasuk kira-kira 13,000 yang menetap di Pasir Gudang. “ Jelas YAB Menteri Besar dalam ucapan perasmiannya.

Kerajaan Negeri sangat memahami kehendak dan keperluan masyarakat Sabah yang turut memberi sumbangan kepada sosioekonomi negeri dan ini merupakan satu usaha kerajaan yang menunjukkan penerimaan terhadap masyarakat Sabah dan memastikan mereka tidak menyalahi undang-undang dengan menyediakan tempat yang bersesuaian untuk berniaga yang turut menjadi satu tarikan kepada orang lain. Pasar ini adalah bantuan 100 peratus Kerajaan Negeri dan ia tidak tertumpu kepada masyarakat Sabah sahaja tetapi juga masyarakat setempat di kawasan tersebut.

Dalam majlis ini juga, YAB Menteri Besar telah diraikan dan dipersembahkan dengan tarian Igal-Igal yang merupakan tarian tradisional masyarakat Bajau Sabah.

PERASMIANPASAR MuAfAkAt SAbAh

Page 4: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

kategori VeterenJohan : uTmNaib Johan : Helang ScientexKetiga : Kluang

kategori tertutup

Johan : PSD tangkakNaib Johan : PSD JB AKetiga : PSD JB BKeempat : Kulai

kategori terbuka

Johan : Malaysia BNaib Johan : Malaysia AKetiga : MASKOMKeempat : PKNS

Bil Nama Pasukan Jumlah Regu1. PKNS 22. ATM Bentara 23. MBSA 14. Kuala Lumpur 25. MASKOM 16. SUK Perak 17. Seladang 28. Gering Club 19. GERS Club 1

10. RISDA 111. MALAYSIA 212. Majlis Sukan Negara 113. Sukma Johor 114. Johor Tiger 215. Hanelang 216. Bukit Megah 217. Gurindam Kepri 1

Bil Nama Pasukan Jumlah Regu1. MPPG 22. Sahabat Maharani 13. Kluang 14. MBJB 15. Sri Kota 16. Helang Scientex 27. UTM 28. Jemputan PSM 19. Kulai 1

10. Tangkak 111. Tasik Y BP 112. Simpang Renggam 1

Senarai pemenang bagi semua kategori

Senarai Regu Terbuka

Kategori Regu Veteren

BERITA PASIR GUDANG4

kEJohANAN yANG JULUNG kALI DIADAkAN ini adalah bagi merebut Piala YAB Menteri Besar Johor. Ia telah berlangsung dengan begitu sengit selama 3 hari bermula 16 Mac sehingga 18 Mac 2018. Kejohanan ini merupakan Program NBOS dengan kerjasama pejabat YAB Menteri Besar Johor, Kementerian Belia & Sukan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Sukan Negeri Johor dan Syarikat Bukti Megah Sdn. Bhd. Tiga Kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Tebuka, Tertutup dan Veteren yang menarik hampir lebih daripada 60 buah pasukan dari seluruh negara untuk bertanding, manakala hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000.00 ditawarkan kepada pasukan yang bertanding. Bagi kategori Terbuka, penyertaan terhad kepada 36 regu jemputan, manakala kategori tertutup tiada had dan kategori veteran juga dihadkan kepada 18 pasukan sahaja.

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, “Pertandingan seperti ini adalah bertujuan mengembalikan semula kegemilangan sukan sepaktakraw khususnya di Negeri Johor memandangkan sukan ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, pastinya penggemar sukan ini, ia dilihat mampu menjadi penyambung legasi dan budaya masyarakat tempatan.”

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut, Pengerusi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Y.Bhg. Datuk Seri Ahmad Ismail, Pengerusi Persatuan Sepaktakraw Negeri Johor, Y.Bhg. Datuk Abdul Halim Suleiman, Yang Dipertua MPPG En. Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai-Pegawai, Para pengadil serta para pemain yang menyertai kejohanan ini.

Para penonton juga berpeluang menyertai cabutan hadiah nombor bertuah yang turut diadakan semasa sesi perasmian dan pembukaan perlawanan yang menawarkan hadiah utama sebuah motorsikal dan pakej percutian 2 Hari 1 Malam ke Batam Indonesia.

Berikut merupakan senarai pasukan yang menyertai kejohanan kali ini dan senarai pemenang yang menjuarai kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjaya.

PIALA YAb MENtERI bESAR JOhOR 2018BERLANGSUNG MERIAH

Johan Kategori Terbuka Pasukan Malaysia B telah berjaya mengalahkan 22 buah pasukan sekaligus membawa pulang Piala

Pusingan YAB Menteri Besar Johor.

Page 5: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

MPPG ANJURPERSIDANGAN MAZPAkALI PERtAMAPERSIDANGAN MAZPA kALI kE 11 dan Mesyuarat Agung Tahunan MAZPA kali ke-22 telah diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort, pada 26 hingga 28 Mac 2018, yang merupakan anjuran kerjasama MPPG bersama Malaysian Assciation of Zoological Park & Aquaria (MAZPA), dan Jabatan Perhilitan Negeri Johor.

Sebanyak 16 wakil dari institusi yang melibatkan 31 orang peserta dari seluruh Malaysia. Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara isu yang di bincangkan dalam persidangan ini ialah isu haiwan pemeliharaan exotic dan perdagangan serangga exotic tempatan yang tidak terkawal di negara yang menjadi tumpuan panel. Selain itu, isu rawatan kecemasan untuk ular berbisa telah dibentangkan khas oleh Dr. Ahmad Khaldun dari UKM Medical Centre.

Pada hari terakhir program turut diadakan bengkel latihan ‘All Malaysian Zoo Educators’ (AMAZED). Bengkel dihadiri seramai 55 orang peserta dari pelbagai agensi termasuklah universiti tempatan dan Persatuan Pelancongan Negeri. Bengkel ini diadakan bertujuan mengenalpasti masalah yang berlaku di tempat-tempat penjagaan haiwan seperti di zoo, mini zoo dan intitusi / organisasi yang memelihara haiwan serta membincangkan masalah-masalah yang sering timbul. Disamping itu, pendedahan kepada cara memberi latihan kepada penjaga haiwan, cara-cara menjaga haiwan dengan baik, menambahkan ilmu pengetahuan dan latihan bagi menaik lebih ramai pengunjung datang ke zoo & pusat pemeliharaan haiwan.

Pembentangan kajian oleh En. Pierre De Chabannes dalam bidang pengenalan spesis haiwan terancam di Asia Tenggara.

Peserta bergambar beramai-ramai selepas sesi bengkel yang diadakan.

Penceramah jemputan dari Perancis, En. Pierre De Chabannes yang merupakan pakar ‘Wildlife Photo Journalism’ dan spesis identifikasi telah membentangkan kajiannya dalam bidang Pengenalan Spesis Haiwan Terancam dari Asia Tenggara. Selain daripada itu, sesi soal jawab dan perkongsian bersama Veterinary pakar haiwan liar Malaysia, Dr. Muhammad Daniel Felix turut diadakan yang membincangkan isu penyalahgunaan informasi di media sosial dan impak data ‘pooling’ kepada program-program konservasi di negara. Tajuk lain yang dibincangkan juga oleh peserta kali ini merangkumi isu-isu yang melibatkan haiwan dan persekitaran di Malaysia, umpamanya isu kesedaran pencemaran alam sekitar di Malaysia bersama dengan presiden MAZPA/ Pengarah Zoo Taiping Dr. Kevin Lazarus.

Program ini merupakan satu program yang memberi input dan manfaat kepada semua peserta juga kepada semua yang terlibat.

Menurut En. Mohd Talkah bin Othman dari Zoo Johor, Persidangan MAZPA kali ini dapat memaklumkan maklumat terkini berkaitan peranan pihak pengurusan Taman Zoologi dan Aquaria di Malaysia untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar dan teknik-teknik baru ‘Enrichment haiwan dalam kurungan’ yang boleh digunapakai untuk penjagaan haiwan-haiwan dalam peliharaan zoo.

Page 6: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

BERITA PASIR GUDANG6

kEJOhANAN SEPAktAkRAW PIALA YAB MENTERI BESAR JOHOR 2018

Hadiah Cabutan Bertuahsebuah motorsikal Modenas untuk

dimenangi oleh pengunjung bertuah.

Antara aksi-aksi yang dirakamkan dalam persaingan sengitbagi merebut Piala YAB Menteri Besar

Page 7: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

Juara bagi kategori Veteren Pasukan UTM bersamahadiah kemenangan.

Page 8: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

LAWATAN DARI MAJLIS PERBANDARAN PUTRAJAYA

BERITA PASIR GUDANG8

LAWATAN YANG DIPERTUA KE KG PASIR GUDANG BARU

MAC 2018

MAJLIS PERASMIAN &PENGUNDIAN LIGA BOLA SEPAKPIALA YANG DIPERTUA MPPG 2018

Setiausaha MPPG En. Saipol Rahman turut mengadakan cabutan pengundian kepada pasukan yang menyertai kejohanan ini.

Piala Liga YDP MPPG 2018 yang baru dipaparkan semasa Majlis Pengundian Liga ini dijalankan.

MAJLIS PENYERAHAN DEWAN TERBUKA TAMAN AIR BIRU KEPADA MPPG

Penyerahan sijil perakuan siap kerja oleh kontraktorPerniagaan Naem kepada Yang Dipertua MPPG.

Serahan semula kunci replika dewan terbuka Taman Air Biru kepada Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Puan

Rahamah binti Mahmood.

BAGI BERKONGSI PENGALAMAN BERSAMAPAGEMA PASIR GUDANG

Page 9: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

KARNIVAL SEHATI@RTM DI TAMAN BANDAR PASIR GUDANG

KEJOHANAN PIALA SUMBANGSIH LIGA YANG DIPERTUA PASIR GUDANG 2017

MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK CASUARINA TAMAN SCIENTEX BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR

Yang dipertua turut melawat booth bergerak MPPG yang beroperasi bagi tugas kutipan cukai dan hasil.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Hjh. Normala menandatanganiplak perasmian Program Komuniti Local Agenda 21.

Pasukan Kejora FC dinobatkan sebagai johan bagi kejohanan Piala Sumbangsih Piala Yang Dipertua.

Wawancara Yang Dipertua dalam segmen Selamat Pagi Malaysia” (SPM) oleh RTM

Ceramah perdana pada sebelah malam disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Harryanto Rizal dengan ceramah yang bertajuk

‘Lorong-Lorong Syura’.

Page 10: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

BANDAR SERI ALAM PASIR GUDANG bakal mencatat sejarah sekali lagi apabila Syarikat United Malayan Land (UMLand) Berhad melalui anak syarikatnya Seri Alam Properties akan membina sebanyak 1,122 unit rumah mampu milik di Bandar Seri Aam Pasir Gudang.

Projek RMMJ Seri Alam ini melibatkan pembinaan sebanyak 421 unit rumah jenis PKJ B, dengan setiap unit berkeluasan 850 kaki persegi yang berharga RM80,000.00, serta 701 unit RMMJ berkeluasan 1,000 kaki persegi yang berharga RM150,000.00.

Menurut pengarah UMLand Bhd. , Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed, UMLand begitu berbangga dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri

Johor dalam menyediakan kemudahan perumahan kepada rakyat dengan harga mampu milik, malah rumah yang dibina juga dengan kualiti yang terbaik. Ini juga merupakan satu penghormatan bagi UMLand untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif kepada pemaju dalam meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat.

Majlis pecah tanah projek ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. “ Apabila mereka memiliki rumah mereka sendiri, mereka akan rasa terlindung dan dapat memberi tumpuan untuk membina keluarga yang baik. Kerajaan juga perlu fokus dalam memenuhi impian rakyat serta dalam soal menyediakan yang terbaik untuk rakyat Johor.” Jelas beliau dalam ucapan perasmiannya. YAB Menteri Besar juga yakin, Syarikat

BERITA PASIR GUDANG1 0

UMLand Bhd. mampu menyiapkan projek RMMJ ini yang dijangka siap pembinaannya dalam tempoh 36 bulan.

Turut hadir dalam majlis ini, Pengerusi UMLand, Tun Musa Hitam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Hjh. Normala binti Abdul Samad, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Tuan. Haji A. Rahim bin Nin, Setiausaha Bahagian SUK Perumahan, Tuan Haji. Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin, Pengarah UMLand Datuk Syed Ahmad Khalid bin Syed Mohammed serta Yang Dipertua MPPG, En. Hasrin Kamal bin Hashim.

Pembangunan RMMJ yang baharu ini juga meliputi kawasan seluas 18.46 ekar dan terletak secara strategic di Bandar Seri Alam yang tuurt dikenali sebagai ‘City of Knowledge’ atau Bandar Ilmu.

RMMJBAKAL DIBINA DI

Bandar Seri Alam

Page 11: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

Semua peserta bergambar bersama selepas program tamat di perkarangan Dewan An-Nur Masjid An-Nur Pasir Gudang.

DALAM MENJADIkAN MAJLIS PERBANDANDARAN PASIR GUDANG sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang mementingkan inklusif segala aspek termasuklah dalam aspek kerohanian dan keagamaan, satu program berbentuk kerohanian telah di anjurkan oleh Biro Agama Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) MPPG. Program Jom Hafal Al-Quran telah diadakan selama 2 hari bertempat di Dewan Kuliah An-Nur Masjid An-Nur Taman Cendana.

Seramai 46 orang peserta terdiri dari warga kerja MPPG, pelajar tahfiz dan masyarakat telah menghadiri program Jom Hafal Al Quran ini. Program yang dianjurkan selama 2 hari ini merupakan program pertama kali dianjurkan secara bersama oleh Masjid An Nur Taman Cendana Pasir Gudang dan Biro Agama Kelab Sukan Dan Kebajikan MPPG.

Objektif penganjurannya adalah bagi menggalakkan orang ramai menghafaz Al Quran disamping mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan diantara institusi masjid dan masyarakat. Seramai 4 orang penceramah telah dijemput bagi program kali ini iaitu Ustaz Mohd Hanafi bin Abd Rahman, Ustaz Shafiee bin Abd Rahman, Ustaz Mohd Hambali bin Abd Rahman dan Ustaz Muhammad Maliki bin Abd Rahman.

Diharapkan program seperti ini dapat dijadikan program tahunan oleh Biro Agama KSK MPPG di samping memberi peluang dan kesedaran kepada masyarakat sekitar Pasir Gudang tentang kepentingan al-quran kepada kita.

kSk bIRO AGAMA ANJuR PROGRAM JOM HAfAL AL-QURAN

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Page 12: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

DALAM MEREALISASIkAN MPPG untuk mencapai Teras Pelan Strategik MPPG 2015-2020 iaitu bagi mewujudkan persekitaran kehidupan yang kondusif, MPPG telah melancarkan program yang diberi nama Clean and Clear. Program NBOS yang merupakan kerjasama antara MPPG bersama Southern Waste Corporation Negeri Johor (SWCorp), Southern Waste Management (SWM) serta Jawatankuasa-jawatankuasa Zon Penduduk yang merupakan kerjasama yang pertama kali diadakan.

Antara kawasan yang terlibat dengan program ini ialah seperti Taman Mawar, kawasan Pusat Bandar Pasir Gudang, Kawasan pembuangan sampah haram di Jalan Betik dan Durian, Kota Masai dan Jalan Pasar di Masai Pasir Gudang. Manakala antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah pembersihan longgokan sampah, sisa pukal pengubahsuaian bangunan, pembersihan kawasan pembuangan sampah, pembersihan dan pemasangan tape halangan serta banner sampah

bANTErAS KAwASAN bErmASAlAH dI PASIr gudANg

BERITA PASIR GUDANG1 2

haram dan pembersihan longkang yang tersumbat. Seramai hampir 150 orang anggota telah menyertai aktiviti ini yang disertai oleh anggota pekerja SWCorp, SWM, Ahli COMBI Pasir Gudang serta JKZ dan JPP Taman Mawar.

Turut serta dalam program ini, Yang Dipertua MPPG, En. Hasrin Kamal bin Hashim, Ahli Majlis MPPG, YB Dato’ Mohamad bin Dolmat dan Pn Hajah Ilhazrah binti Mohd Yusof, Pengarah SWCorp, Tuan Hj Hasri bin Kamat, Timbalan Pengarah SWCorp Negeri Johor, En. Cairul Hisham bin Jalaludin, Ketua Jabatan Kesihatan Awam MPPG, Tuan Hj Yusof bin Abd Wahab, Ketua-ketua Bahagian, JKP dan JPP Taman Mawar. Bagi menjayakan program ini, beberapa cadangan penambahabaikan telah diambil kira dan dicatatkan atas persetujuan bersama semua pihak yang terlibat. Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan ini ialah Syarikat Konsesi di bawah SWM perlu meningkatkan kualiti-kualiti kerja-kerja

CLEAN & CLEAR

pembersihan di lapangan, taklimat kebersihan juga perlu diberikan kepada penduduk serta tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang dipercayai menjadi punca sampah longgok kritikal di Taman Mawar.

Selain itu, kerjasama SWCorp dan SWM diperlukan bagi menjayakan gotong-royong 12 minggu yang dirancang oleh penduduk Zon Mawar. Laporan Laporan kualiti kebersihan diaudit oleh Pengarah SWCorp juga perlu dilaporkan semula kepada semua jawatan kuasa OPS C&C sebagai pemakluman bersama utk penambahbaikan dan tindakan lanjut oleh pihak SWM dan Sub Kontraktor SWM. Antara cadangan lain dari pihak COMBI, COMBI sudi untuk bekerjasama bagi membantu menyalurkan maklumat, cara-cara pengurusan sisa pepejal yang betul serta memberi kesedaran kepada penduduk Pasir Gudang selain perlu peningkatan dalam kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak SWM sendiri.

Tuan YDP MPPG, Encik Hasrin Kamal Hashim bergambar bersama Pengarah SWCorp Johor,Tuan Haji Asri bin Amat bersama-sama peserta Program Khas NBOS Clean & Clear Pasir Gudang.

Page 13: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

hIDANGAN DARI NEGARA ‘MAtAhARI tERBIt’, Sushi sememangnya popular dikalangan masyarakat tempatan di Pasir Gudang. Sehubungan itu, bagi menggalakkan warga kerja MPPG menikmati sendiri hidangan keluarga ini secara mudah dan ringkas, tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli, Biro Pendidikan KSK MPPG telah mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Sushi Making Class’ yang bertempat di Restoran Sushi King Aeon Permas Jaya.

Program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada warga kerja apabila ini adalah kali kedua ia diadakan. Seramai 78 orang warga kerja MPPG telah menyertai program ini. Antara objektif penganjurannya ialah memberi latihan penyediaan penyajian makanan negara Jepun, Sushi, memberi pengetahuan, kemahiran dan latihan amali kepada peserta yang membuat sushi serta memupuk sifat kreatif dan inovatif dikalangan warga kerja.

Selain dari aktiviti pembuatan sushi, peserta juga dinilai melalui kreativiti persembahan dan pembuatan sushi yang kreatif dengan pemilihan ‘The Best Sushi Maker’ serta sesi kuiz ringkas yang diadakan. Antara elemen-elemen kreativiti yang diambil dalam menilai sushi yang terbaik ialah seperti kemas, teratur dan cepat dalam persiapan

menyediakan menu yang diminta. En. Anuar bin Musa telah dipilih bagi pemilihan

‘The Best Sushi Maker’.

bIro PENdIdIKAN KSK mPPgbErI PEluANg KEPAdA ANggoTA PEKErJA ANJur

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

ZoN ScIENtEx 1 merupakan 24 buah zon di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Dalam merancakkan lagi suasana kemasyarakatan di zon ini, kerjasama antara Jawatankuasa Zon dan penduduk Jalan Kenari serta Heliconia Taman Scientex, program ini berjaya dilaksanakan dengan begitu meriah sekali.

Antara objektif penganjurannya ialah bagi mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat setempat tidak mengira usia tua dan muda dan mewujudkan sikap kemasyarakatan di dalam sesebuah taman perumahan.

Program telah dirasmikan oleh En. Saiful bin Abdul Rahman selaku wakil Zon Scientex Jalan Kenari Heliconia. Pelbagai program telah diatur bermula seawal jam 8.00 pagi. Antaranya sukaneka kanak-kanak, dewasa dan AJK, Senamrobik, Pertandingan Futsal, Gubahan berasaskan batik dan cabutan nombor bertuah.

Semoga program-program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan dan memperkukuhkan lagi kemesraan antara sesama masyarakat khususnya penduduk yang tinggal di kawasan persekitaran.

ZON SCIENTEX 1ANJuR PROGRAMhARI SukAN hELICONIA 2018

"Sushi Making Class"

Page 14: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG mac 2018

3 MAC 2018

18 MAC 2018

14 MAC 2018

17 MAC 2018

Nama Program : mAJlIS PENYAmPAIAN bANTuAN mYKASIH food ProgrAmmE YPg 2018Masa : 9.30 PagiTempat : Dewan Raya MasaiSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) En Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 245 orang pesertaButiran : i. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG. ii. Program ini memberi manfaat kepada 245 orang penerima. 120 Orang tajaan YPG manakala 125 orang tajaan MyKasih. iii. Ibu bapa hanya perlu membayar RM 10.00 Setahun bagi setiap satu id pelajar. iv. Program ini menyasarkan kepada mereka yang merupakan keluarga yang berlatar belakangkan daripada keluarga kurang berkemampuan, oku, pesakit kronik dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan. V. Setiap penerima akan dikreditkan ke dalam mykad sebanyak RM 80.00 Sebulan selama setahun untuk pembelian barangan asas dapur dipasaraya yang terpilih.

Nama Program : ProgrAm TuKAr mINYAK HITAm PErCumAMasa : 10.00 PagiTempat : Bilik Gerakan PDM Bandar Nusa DamaiPeserta/ Penerima : 100 orang pesertaButiran : i. Program diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menukar minyak hitam secara percuma tanpa ada dikenakan apa-apa bayaran. ii. Dianggarkan seramai 100 buah motor terlibat dalam program tersebut. iii. Program ini juga memberi ruang kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat manfaat dengan menukar minyak hitam secara percuma. iv. Program ini akan diadakan di setiap lokasi yang terpilih.

Nama Program : mAJlIS PErASmIAN PuSAT TuISYEN KomuNITI PErCumA KAmPuNg KoPoK, ZoN CAHAYA mASAIMasa : 8.30 MalamTempat : Balai UMNO Kampung KopokSenarai VIP : 1) YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang Adun Tiram Merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YPG 2) Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG Merangkap Timbalan Pengerusi YPG 3) Puan Hajah Ilhazrah binti Muhd Yusof Ahli Majlis MPPG 4) Tuan Haji Adnan bin Abd Gahni ALPA YPGPeserta/ Penerima : 250 orang pesertaButiran : i. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Hj Maulizan bin Bujang, Adun Tiram merangkap ALPA YPG. ii. Seramai 250 orang peserta terlibat dalam majlis perasmian tersebut. iii. Pusat tuisyen komuniti percuma Kg Kopok Zon Cahaya Masai khusus bagi pelajar SPM dan menumpukan 4 subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, dan Sains. iv. Merupakan pusat tuisyen komuniti yang ke 15 di bawah Yayasan Pasir Gudang dan yang kedua dalam Zon Cahaya Masai.

Nama Program : ProgrAm TuKAr mINYAK HITAm PErCumAMasa : 10.00 PagiTempat : Bilik Gerakan UMNO Jalan Meranti, Taman RintingPeserta/ Penerima : 100 orang pesertaButiran : i. Program diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menukar minyak hitam secara percuma tanpa ada dikenakan apa-apa bayaran. ii. Dianggarkan seramai 100 buah motor terlibat dalam program tersebut. iii. Program ini juga memberi ruang kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat manfaat dengan menukar minyak hitam secara percuma. iv. Program ini akan diadakan di setiap lokasi yang terpilih.

Nama Program : ProgrAm frEE mArKETMasa : 8.30 PagiTempat : Blok D & E, flat Jalan Pelanduk Taman ScientexSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) En Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : 300 orang pesertaButiran : i. Majlis dihadiri oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap pengerusi YPG. ii. Dianggarkan seramai 300 orang peserta terlibat dalam program tersebut. iii. Merupakan program dimana memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengambil barangan keperluan asas secara percuma. iv. Bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat serta memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah bersama menikmati barangan keperluan asas secara percuma.

BERITA PASIR GUDANG1 4

Page 15: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

22 MAC 2018

31 MAC 2018

24 MAC 2018

31 MAC 2018

25 MAC 2018

Nama Program : ProgrAm mAJlIS mAlAm ANugErAH KECEmErlANgAN SPm 2017 PASIr gudANgMasa : 8.00 MalamTempat : Dewan Serbaguna Taman MawarSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) En Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPG 3) Encik Noor Azleen bin Ambros ALPA Yayasan Pasir GudangPeserta/ Penerima : 92 orang penerimaButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap pengerusi YPG. ii. Seramai 92 orang penerima daripada 14 buah sekolah di dalam Parlimen Pasir Gudang yang mendapat keputusan A bagi kesemua subjek terlibat dalam majlis tersebut. iii. Setiap pelajar yang cemerlang telah menerima wang tunai bernilai RM200.00, plak dan sijil penghargaan. iv. YAB Dato’ juga telah menyampaikan sumbangan tajaan kepada 3 buah sekolah terbaik yang memperoleh keputusan cemerlang peringkat SPM iaitu SMK Dato’ Penggawa Timur, SMK Taman Nusa Damai dan SMK Pasir Gudang.

Nama Program : TowN HAll SuKArElAwAN dArul TA’ZIm 2018 & ProgrAm Jom KEmAS rumAH & PENJAgAAN KESIHATANMasa : 8.30 PagiTempat : Perkarangan Blok 43 Taman CendanaSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) En Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPGPeserta/ Penerima : -Butiran : i. Program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap pengerusi YPG. ii. Program Jom Kemas Rumah memupuk semangat sukarelawan dikalangan masyarakat setempat serta mewujudkan nilai-nilai kemas, kebersihan, keharmonian dan kemakmuran dalam setiap rumah yang dilawati. iii. Program ini dilaksanakan bersama-sama mahasiswa dari beberapa IPT. iv. Antara perkara yang dititikberatkan adalah kebersihan dalam dan luar rumah, mengecat rumah, kerja-kerja membaik pulih pendawaian elektrik dan penggantian lampu serta memberi perkhidmatan penjagaan warga emas dan pesakit yang terlantar.

Nama Program : ProgrAm TuKAr mINYAK HITAm PErCumAMasa : 10.00 PagiTempat : Bilik Gerakan Taman Bunga Raya MasaiSenarai VIP : 1) Tuan Haji Abdullah bin Abdul Rahman Ahli Majlis MPPG 2) Encik Noor Azleen bin Ambros ALPA Yayasan Pasir Gudang Peserta/ Penerima : 100 orang penerimaButiran : i. Program diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menukar minyak hitam secara percuma tanpa ada dikenakan apa-apa bayaran. ii. Dianggarkan seramai 100 buah motor terlibat dalam program tersebut. iii. Program ini juga memberi ruang kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat manfaat dengan menukar minyak hitam secara percuma. iv. Program ini akan diadakan di setiap lokasi yang terpilih.

Nama Program : ProgrAm TuKAr mINYAK HITAm PErCumAMasa : 10.00 PagiTempat : BALAI TERBUKA UMNO CAWANGAN RINTING 3Senarai VIP : 1) Encik Noor Azleen bin Ambros ALPA Yayasan Pasir Gudang Peserta/ Penerima : 100 orang penerimaButiran : i. Program diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menukar minyak hitam secara percuma tanpa ada dikenakan apa-apa bayaran. ii. Dianggarkan seramai 100 buah motor terlibat dalam program tersebut. iii. Program ini juga memberi ruang kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat manfaat dengan menukar minyak hitam secara percuma. iv. Program ini akan diadakan di setiap lokasi yang terpilih.

Nama Program : ProgrAm TuKAr mINYAK HITAm PErCumAMasa : 10.00 PagiTempat : Bilik Gerakan Cawangan Ketapang Taman RintingPeserta/ Penerima : 100 orang penerimaButiran : i. Program diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menukar minyak hitam secara percuma tanpa ada dikenakan apa-apa bayaran. ii. Dianggarkan seramai 100 buah motor terlibat dalam program tersebut. iii. Program ini juga memberi ruang kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat manfaat dengan menukar minyak hitam secara percuma. iv. Program ini akan diadakan di setiap lokasi yang terpilih.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

Page 16: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · ini juga merupakan sukan tradisional masyarakat Melayu, ... Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan dan dikongsi bersama. Antara

PUSAT TRANSFORMASI BANDAR

PASIR GUDANG

L1-04 klinik Pergigian Utc Pasir GudangL1-10 y-center kem. Belia & Sukan Utc Pasir GudangL2-01 tEkUN Utc Pasir GudangL2-02 Jab. Pendaftaran Negara Utc Pasir GudangL2-03 Jab. Pengangkutan Jalan Utc Pasir GudangL2-04 Jab. Imigresen Utc Pasir GudangL2-05 kaunter Muafakat Johor (Pejabat tanah Galian Johor, SUk Perumahan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang) Utc Pasir GudangL2-06 Pejabat Pengurusan Utc Pasir GudangL2-07 Jab. kebajikan Masyarakat Utc Pasir GudangL2-30 Bilik Mesyuarat Utc Pasir GudangL2-31 LhDN Utc Pasir GudangL2-32 PtPtN Utc Pasir GudangL2-33 kPDNkk Utc Pasir Gudang

KINI DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANGDIBUKA SETIAP HARI KECUALI HARI KELEPASAN AM

BERMULA 8.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM

KompleKs pusat Bandar pasir GudanG81700 pasir Gudang Johor