rm3 juta - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya...

16
TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG BERITA BERITA APRIL 2017 PASIR GUDANG RM3 JUTA PERUNTUKAN BAGI 6 LALUAN BAS MUAFAKAT JOHOR M/s 13 GOTONG-ROYONG DI TANAH PERKUBURAN ISLAM M/s 14 WALKABOUT & YDP TURUN PADANG www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera Breakfast Run 2017 emakin

Upload: truongliem

Post on 30-Jun-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

BERITABERITA

APRIL 2017

2017

PASIR GUDANG

RM3 JUTAPERUNTUKAN BAGI 6 LALUAN

BAS MUAFAKAT JOHORM/s13

GOTONG-ROYONGDI TANAH PERKUBURAN ISLAM

M/s14

WALKABOUT & YDP TURUN PADANG

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

Breakfast Run2017

membantu masyarakat untuk berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Page 2: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat

saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir Gudang bagi keluaran April 2017. Saya berharap semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dapat meneruskan aktiviti seharian seperti biasa. Begitu juga warga MPPG yang sentiasa menunjukkan prestasi yang semakin maju kehadapan di samping menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi komuniti Pasir Gudang. Permulaan bulan April 2017, didahului dengan Karnival Sukan Warisan sempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor yang telah diadakan di Dataran Al-Hamra. Karnival ini merupakan sukan tahunan yang dianjurkan oleh MPPG dan merupakan tahun kedua penganjuranya. Majlis Perasmian Laluan Bas Muafakat Johor juga telah berlangsung di Terminal Bas Pusat Bandar Pasir Gudang. Untuk makluman warga Pasir Gudang, MPPG telah menyumbang RM3 juta dengan 3 tambahan laluan di samping 3 laluan sedia ada. Semoga dengan pertambahan perkhidmatan bas muafakat Johor ini mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan seterusnya membantu rakyat Pasir Gudang yang menggunakan khidmat pengangkutan awam. Seterusnya pula, MPPG melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menjalankan program gotong-royong menambak mendapan tanah kubur dan kerja-kerja di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama beberapa pusat pengajian tinggi di sekitar Pasir Gudang iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Bandar Seri Alam, dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang. Seramai 140 orang telah terlibat mengikuti program ini termasuklah aggota pekerja MPPG dan Unit Tindakan Khas (UTK) MPPG. Program ini dianjurkan adalah untuk menangani masalah mendapan tanah di kawasan tanah perkuburan,

membersihkan dan mengindahkan kawasan tanah perkuburan serta memastikan MPPG bertanggungjawab sebagai pemangkin dalam memperkasakan pembangunan modal insan selain membantu masyarakat setempat. Hari Sarapan Terbesar MILO berlangsung dengan jayanya di padang Perbandaran Pasir Gudang dan merupakan tahun kedua penganjurannya. Pasir Gudang telah dipilih menjadi tuan rumah bagi lokasi zon Selatan Malaysia. Program ini telah menarik 4000 penyertaan dan 8000 pengunjung. Program ini merupakan antara usaha Nestle untuk menerapkan budaya sarapan dalam kalangan masyarakat Malaysia, sekaligus memupuk perkembangan keluarga yang sihat menerusi keperluan bersarapan dalam pemakanan harian. Dalam pada itu, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 telah diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort dan dihadiri oleh 339 orang warga kerja MPPG. Majlis ini bertujuan menghargai segala usaha dan titik peluh warga kerja yang telah menabur khidmat bakti kepada MPPG khususnya kepada masyarakat di Pasir Gudang. Seterusnya, program penyerahan kunci dewan muafakat Taman Cahaya Masai yang akan dibuka untuk kegunaan masyarakat Pasir Gudang di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Masyarakat. Dewan yang berkeluasan 3.846 ekar itu terletak di Lot 114823 Jalan Delima 14, Taman Cahaya Masai. Kos pembinaan dewan ini menelan belanja yang berjumlah RM3.37 juta. ImCoop juga telah melancarkan kedai harga patut muafakat Johor cawangan Bukit Dahlia. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Penubuhan kedai serbaneka seperti ini dapat membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi. Kedai imCoop ini juga menawarkan kad diskaun 3% yang dibayar melalui tabung Yayasan Pasir Gudang (YPG). Selain itu, pelbagai program juga telah dianjurkan oleh MPPG dengan kerjasama

RM3 Juta Peruntukan Bagi 6 Laluan BaruBas Muafakat JohorDewan Terbuka Khas Persatuan Veteran ATMAktiviti Kitar Semula

Karnival Sukan Warisan Sempena Hari Kemahkotaan Sultan JohorMPPG Raih Tempat Ke-3

Pelancaran Kedai imCoopJom Baca Bersama 10 Minit

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016“Sungaiku Hartaku” Kg. Pasir Gudang Baru

MILO Breakfast Run 2017

Lensa MPPG April 2017

Bekalan Air Bersih SafewhereCOMBI Lane di SK Taman Scientex

‘Touchpoints to Grassroots Programme’Penduduk Kuala Masai MenerimaTong Sampah Beroda (TSB)

Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah‘JOURNEY TO JANNAH’ SIRI 3 2017NBOS: Gotong Royong Perangi DadahBersama AADK

NBOS Bersama IPT : Gotong Royong Tanah Perkuburan Islam Pasir GudangMuafakat Membawa Berkat

YDP Turun Padang

Ziarah dan Dakwah Orang Asli

Cukai Taksiran

311

124

5

67

10

13

141516

8&9

badan-badan kerajaan mahupun NGO, iaitu seperti ‘Touchpoints to Grassroots Programme’ Program Local Lagenda 21 (LA21) di Perbadanan Putrajaya, Pelancaran Projek NBOS bekalan air bersih safewhere Kampung Pasir Salam, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah anjuran Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, dan Majlis Perasmian Dewan Terbuka Persatuan Veteran ATM Pasir Gudang. Program Bandar Selamat bagi mengatasi ‘Hot Spot’ dadah di Jalan Meranti Bandar Seri Alam dengan pembersihan kawasan tapak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang merupakan isu lama dan dapat di selesaikan. Kesimpulannya, bulan April ini adalah himpunan program-program MPPG yang telah memberi impak yang positif kepada komuniti Pasir Gudang. Kesan positif dapat dilihat pada prinsip berwawasan dan bersepadu dalam membantu kerajaan menyelesaikan permasalahan rakyat pada setiap komuniti di sekitar Pasir Gudang. Sebelum saya mengakhiri coretan kali ini, saya berharap agar semua warga kerja MPPG terus memberi komitmen seratus peratus terhadap tugasan dengan jayanya serta dapat memberi perkhidmatan yag terbaik kepada masyarakat. Semoga Pasir Gudang sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sehingga bertemu lagi di edisi akan datang. Sekian.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

Page 3: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

.............................................

3

Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim dan turut dihadiri Ketua

WHIP, barisan Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MPPG. Hadir sama dalam majlis ini ialah, Naib Presiden Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) Encik Razman bin Salehudin, Eksekutif Operasi dan Penguatkuasaan PAJ Encik Zulfadhli bin Zulkefli, Setiausaha MPPG, wakil dari Syarikat Pengangkutan Maju Berhad, Encik Azlan bin Ali dan Encik Md Salleh bin Hassan.

Inisiatif yang diperkenalkan sejak April tahun lalu ini bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sekaligus membantu masyarakat untuk berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tarikh laluan baru bas mula beroperasi adalah pada 1 April 2017 dan dikendalikan sepenuhnya oleh PAJ, manakala MAJU merupakan pihak operator yang bertindak menyelenggara sebarang masalah. Objektif majlis ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti laluan-laluan baru yang akan dilalui oleh bas muafakat Johor dan mengenalpasti tahap keberkesanan

perkhidmatan. Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bagi 3 laluan baru yang diperkenalkan dan jumlah keseluruhan bagi 6 laluan adalah RM3 juta. 3 buah bas yang akan melalui laluan baru ialah MPPG P-311 iaitu laluan dari Terminal Pasir Gudang ke JB Sentral, MPPG P-312 ke Terminal Bas Masai dan MPPG P-313 ke Kampung Felda Sungai Tiram.

Hasrin Kamal berkata laluan berkenaan adalah penambahan perkhidmatan kepada laluan yang sedia ada. Sehingga kini, lebih 10,000 pengguna di kawasan MPPG yang memiliki Kad Muafakat Johor bagi membolehkan warga tempatan menaikinya secara percuma.

RM3 JUTA PERUNTUKANbAGI 6 lAluAN bAru bAS MuAfAKAT JoHor

Majlis telah diadakan pada 22 April yang lalu bertempat di dewan Terbuka Persatuan Veteren ATM Pasir Gudang.

Upacara gimik perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Maulizan bin Bujang ADUN Tiram selaku wakil rasmi Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Johor. Turut hadir dalam majlis ini Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG yang juga merupakan Penasihat Persatuan Veteren ATM Pasir Gudang; Mejar Abd Aziz Kasmuri Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV) ATM Johor; Kapten Kamaruddin bin Atan Ketua Cawangan Persatuan ATM Pasir Gudang dan lebih 200 ahli persatuan Veteren ATM Pasir Gudang.

Pembinaan dewan ini telah bermula pada 27 November 2016 dan siap sepenuhnya pada bulan April 2017. Peruntukan dengan kos berjumlah RM200,000.00.

Antara peranan utama Persatuan Veteren ATM adalah sebagai badan penghubung antara Veteren ATM dengan pihak kerajaan terutama JHEV ATM dan masyarakat setempat. Persatuan Veteren ATM boleh dianggap sebagai badan penghubung veteren ATM atau pelobi disamping menjaga kebajikan dan kepentingan veteran ATM dan keluarga mereka. Justeru persatuan ini perlu sentiasa proaktif dan peka dengan keadaan persekitaran untuk menentukan kewujudannya terus releven dan dihormati setiap lapisan masyarakat rakyat jelata dan kerajaan.

11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan. Di MPPG aktiviti ini

merupakan aktiviti bulanan yang dianjurkan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan aktiviti kitar semula dalam melindungi alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang kepada warga kerja.

Aktiviti kitar semula ini diadakan di hadapan Menara Aqabah untuk memudahkan warga kerja untuk proses pengumpulan bahan-bahan kira-kira jam 9.00 pagi pada 27 April yang lalu.

AKTIVITI KITAR SEMULA

DEWAN TErbuKA KHASPERSATUAN VETEREN ATMPASIR GUDANG

Yang Dipertua bersama menyertai orang awam mencuba Bas Muafakat Johor.

Gimik perasmian dilancarkan oleh Yang Dipertua di dalam Bas

Muafakat Johor.

Bergambar bersama sebelum mencuba bas muafakat Johor.

Page 4: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan

modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa kita. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang ringan dan seterusnya dilupakan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan warisan bangsa kita hilang begitu sahaja?

Bersempena Hari Kemahkotaan Sultan Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menganjurkan Karnival Sukan

Syabas diucapkan kepada pasukan futsal MPPG kerana

berjaya meraih tempat ketiga di Kejohanan Futsal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor. Kejohanan ini berlangsung meriah pada 21 hingga 23 April bertempat di Gelanggang Futsal Majlis Perbandaran Muar. Kejohanan ini disertai oleh 10 buah PBT di seluruh Negeri Johor.

Johan disandang oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan membawa pulang wang tunai

Warisan sebagai salah satu inisiatif untuk mengetengahkan sukan warisan ini. Karnival sukan ini terbuka kepada 24 Zon Pasir Gudang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Sukan ini diadakan di Dataran Al-Hamra pada 1 April yang lalu.

Pelbagai sukan tradisional dipertandingkan iaitu Batu Seremban, Tarik Upih, Main Tempurung, Getah Panjang, Chapteh, Penyediaan Sandwich Kreatif, Ukiran Buah Tembikai & Mewarna. Penyertaan adalah secara percuma. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Rahamah binti Mahmood Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat selaku wakil rasmi Yang Dipertua MPPG. Majlis ini bertambah meriah dengan aktiviti

BERITA PASIR GUDANG4

cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama dengan para peserta. Setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai dari kelima hingga tempat pertama. Johan membawa pulang RM100.00, naib johan RM80.00, tempat ketiga RM60.00. Manakala tempat keempat dan kelima membawa pulang RM40.00 setiap seorang.

Karnival ini merupakan karnival sukan tahunan yang dianjurkan oleh MPPG dan ini merupakan tahun kedua penganjurannya. Antara objektif program ini dianjurkan ialah bagi mengeratkan dan menjalin hubungan yang baik antara 24 zon di bawah pentadbiran MPPG. Setiap peserta yang mengambil bahagian adalah mereka yang mewakili zon masing-masing.

KARNIVALSUKAN WARISANSEMPENA HARI KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR

berjumlah RM3,000.00 beserta piala dan medal, manakala tempat kedua dimenangi oleh Majlis Perbandaran Muar dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.00 beserta medal, sementara MPPG tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya meraih tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00 beserta medal.

Barisan pemain futsal MPPG sebagaimana berikut :

MPPG RAIH TEMPAT KE-3

BIL NAMA

1 Ahmad Norhapiza bin Bashri (Pengurus)

2 Mohd Tarmizi bin Ab Halim

3 Mohamad Indera bin Rosle

4 Muhammad Azlan Syah bin A. Aziz

5 Mohammad Syazni bin Kamsani

6 Mohd Ridzwan bin Ramli

BIL NAMA

7 Mohd Amirul Syafiq bin Roslan

8 Muhammad Sufi bin Norzahi

9 Mohd Huzaifah bin Jamaluden

10 Mohamad Nasri bin Zulkifli

11 Amirul Harith bin Hamezid

12 Sharul Akmal bin Johari

Antara pemenang Acara Penyediaan Sandwich Kreatif.

Pemenang bergambar kenangan selepas sesi penyampaian hadiah.

Permainan Tarik Upih antara Ibu dan Anak.

Page 5: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) telah membuka

cawangan kedai serbanekanya yang ke-14 di Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang Johor. Lebih bermakna perasmian itu disempurnakan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Hadir sama dalam majlis ini, Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Pengerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) Tuan Haji Syed Salim bin Syed Mohamed dan Pengusaha imCoop Bukit Dahlia, Encik Khairul Azli bin Alias.

Dalam majlis ini, YAB Dato’ telah menyerahkan kad diskaun imCoop kepada 20 buah keluarga berpendapatan rendah. Sebagaimana ucapan perasmian YAB Menteri turut menggesa semua ahli kumpulan koperasi agar menyokong kedai imCoop dengan membeli barangan di kedai tersebut. Kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam menjayakan misi pembukaan kedai imCoop ini yang objektif akhirnya dapat membantu menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi. Melalui prinsip keusahawanan, penglibatan individu, masyarakat dan usahawan dapat

bersama-sama dalam menjayakan kedai Harga Patut melalui konsep koperasi.

Konsep koperasi juga dijadikan teras panduan dalam penubuhan kedai imCoop ini, di mana beliau yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Koperasi dan Kepenggunaan juga yakin bahawa potensi koperasi belum dimaksimumkan sepenuhnya dalam memberi khidmat kepada anggotanya. Matlamat yang ketiga pula ialah perubahan kearah fleksibiliti di mana penubuhan kedai koperasi imCoop ini memberi peluang kepada masyarakat untuk berniaga. Saiz perniagaan yang sederhana dapat memberi peluang kepada usahawan untuk berniaga di mana-mana. Beliau menambah lagi terdapat koperasi yang membuka kedai runcit bersaing antara satu sama lain tetapi melalui koperasi imCoop ini, semua rangkaian terlibat secara langsung dan untung yang diperoleh akan dapat dibahagikan untuk mengurangkan kos harga supaya keuntungan yang diperoleh akan kembali kepada rakyat melalui pengurangan harga barangan.

Kedai imCoop ini juga menawarkan kad diskaun 3% yang dibayar melalui tabung Yayasan Pasir Gudang (YPG). Di akhir ucapan beliau, beliau menyeru semua rakyat agar menyokong koperasi imCoop agar lebih banyak lagi faedah dapat diperoleh kelak selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam berusaha membawa kesejahteraan kepada rakyat.

PELANCARAN KEDAI HARGA PATUT MUAFAKAT JOHORKOPERASI ISKANDAR MALAYSIA BERHAD (imCoop)BUKIT DAHLIA

Antara VIP yang hadir dalam majlis ini.

Mendengar penerangan dari staff imCoop mengenai jenis-jenis barangan yang dijual.

YAB Dato’ menyerahkan kad diskaun imCoop kepada senarai keluarga yang dipilih.

Lawatan di dalam kedai imCoopbersama pemilik kedai imCoop cawangan Taman Bukit Dahlia , Encik Khairul Azli.

Konsep yang diilhamkan daripada sambutan ‘Earth Hour’ program yang julung kali diadakan oleh Perpustakaan Awam Pasir Gudang (PAPG) di adakan pada 25 April yang lalu pada jam 11.00 pagi bertempat di Perpustakaan Awam Pasir Gudang (PAPG).

Program ini anjuran oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) serta Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia diadakan secara serentak di seluruh Malaysia. Tujuan utama untuk mendorong semua rakyat Malaysia khususnya untuk membaca dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda sokongan dan komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan seharian dan seterusnya menjadikan amalan membaca setiap hari.

10 MINITJOM BACA BERSAMA

Page 6: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

“SUNGAIKU HARTAKU”

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGTAHUN 2016 MPPG

Majlis

Seramai 339 orang pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) diraikan dalam Majlis

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disempurnakan oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua bertempat di Tanjung Puteri Golf Resort. Turut diraikan dalam majlis ini 2 orang pesara warga kerja MPPG bagi tahun 2017, Encik Zanil bin Ali (Pegawai Penilaian W44) yang bersara pada 2 Januari 2017 dan Encik Abd Rahman bin Daud (Pembantu Awam H11) pada 10 Mac 2017. Majlis bermula sejurus ketibaan Encik Hasrin Kamal serta tetamu yang diraikan iaitu pesara MPPG.

Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga MPPG yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2016. Sebanyak 26 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016 yang membawa pulang hadiah RM1,000.00 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Manakala seramai 42 orang telah terpilih sebagai Penerima Sijil

Penghargaan tahun 2016 yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00 beserta sijil setiap seorang.

Sementara itu, tidak lupa juga kepada warga kerja yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun turut menerima hadiah berupa seutas jam tangan, manakala seramai 26 orang warga kerja yang berkhidmat melebihi 25 tahun pula menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1,500.00 dan bagi warga kerja yang berkhidmat 30 tahun pula menerima Hadiah berupa Sijil Simpanan (SSP) bernilai RM2,000.00 diberikan kepada 17 orang warga kerja.

Majlis turut diserikan persembahan artis tempatan Ayai Ilusi dan semua warga kerja berpeluang mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa telefon Bimbit Pintar model Iphone 6.

BERITA PASIR GUDANG6

Program yang bertemakan “Sungaiku Hartaku” dan gimik pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Menteri

Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Hadir sama dalam majlis ini, YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad Ahli Parlimen Pasir Gudang, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG, Pengarah Jabatan Alam Sekitar YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Ezzani, YBhg. Datuk Ismail Ibrahim Ketua Eksekutif Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Encik Leonard Ariff Abdul Shatar Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Berhad.

Majlis dimulakan dengan pengenalan Sungai Masai di mana tetamu disajikan dengan video pendek secara langsung menggunakan ‘drone camera’ laluan sungai Masai yang melalui 7 kawasan di Pasir Gudang termasuklah Bandar Seri Alam, Masai, Taman Bukit Dahlia dan Kg. Sungai Rinting sepanjang 5km.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar menggesa kesedaran sikap perlu diterapkan oleh semua lapisan masyarakat berganding bahu menjaga dan memelihara sungai. Adalah penting bagi menjadikan sungai dalam keadaan baik dan tidak dicemari. Isu pencemaran juga masih berada di tahap yang sama. Menurut beliau, 229 dari 473 sungai

diseluruh negara telah dicemari akibat kesan pembuangan sisa toksik, pencemaran dari ladang, sisa tanaman,

logam berat kilang dan sebagainya. Usaha juga dibuat melalui Kerajaan pusat untuk

menaiktaraf kawasan di Wilayah

KG. PASIR GUDANGBARU

Page 7: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

Hari Sarapan Terbesar MILO telah berlangsung dengan jayanya di padang Perbandaran Pasir Gudang pada 8 April yang lalu. Ini merupakan tahun

kedua Pasir Gudang dipilih sebagai tuan rumah bagi zon selatan. Program ini telah berjaya menarik 4000 penyertaan dan lebih 8000 pengunjung. Johor dipilih sebagai destinasi keempat acara ini yang berlangsung sehingga Mei 2017 di mana destinasi terakhirnya adalah di Putrajaya.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

Breakfast run2017

Program tahunan yang dianjurkan oleh Nestle Sdn. Bhd. ini bertujuan mendidik masyarakat khususnya ibu bapa mengenai kepentingan bersarapan pagi dan fungsinya memenuhi kehendak tenaga harian yang diperlukan kanak-kanak. Program seumpama ini secara tidak langsung mendidik keluarga mengenai kepentingan sarapan dan bagaimana MILO membantu melepaskan tenaga daripada sarapan sihat dengan lebih efisyen.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya larian sejauh tiga kilometer, senaman zumba, mencari harta karun dan persembahan gendang muhibah. Flag off telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim dan Cik April Wong selaku Pengurus Pemasaran Pengguna Unit Perniagaan MILO.

Selain daripada aktiviti larian, pelbagai aktiviti dan permainan turut disediakan kepada para pengunjung, antaranya aktviti bermain ping pong, menendang bola, bermain gelung holla hope. Minuman Milo secara percuma dan sarapan cereal Milo turut disediakan. Pelbagai jenis jualan produk Nestle turut di tawarkan kepada pengunjung.

Dalam sesi sidang media yang diadakan, April Wong berkata, program ini merupakan antara usaha Nestle dalam mendidik masyarakat akan kepentingan bersarapan pada waktu pagi. Program yang bermula sejak 2013, antara usaha Nestle dalam meningkatkan kualiti hidup, sekali gus menyumbang masa depan yang lebih sihat kepada seluruh ahli keluarga. Wong berkata, program itu antara inisiatif MILO dalam usaha memberi sokongan menerusi perkongsian maklumat dengan komuniti, sekaligus memupuk perkembangan keluarga yang sihat menerusi keperluan bersarapan dalam pemakanan harian.

Iskandar. Tumpuan juga turut diberikan kepada kawasan Pasir Gudang. Selain itu, projek Water Reclaimation Plants (WRP) yang dijalankan Kerajaan Pusat turut membantu meningkatkan bekalan air selain mengurangkan pencemaran. Kerajaan persekutuan juga merancang supaya dapat meningkatkan tahap loji kumbahan untuk mencapai hasrat dan matlamat daripada tahap 3 & 4 menjadi tahap 2. Kerajaan bukan sahaja ingin memajukan negeri tetapi juga ingin membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Pelbagai cadangan yang diusulkan bagi mengindahkan dan mendekatkan sungai dengan masyarakat. Antaranya merancang membina denai dan membina laluan pejalan kaki atau penunggang basikal di sepanjang tepi sungai.

Selain itu, segala perubahan dan tindakan pembangunan yang dilakukan haruslah mengekalkan ciri-ciri dan identiti Negeri Johor itu sendiri termasuklah identiti tradisi, budaya, warisan dan sebagainya. YAB Menteri Besar juga menyuarakan peranan dan tanggungjawab menjaga sungai merupakan hasrat dan semangat ‘Team Johor’ adalah menjadi tanggungjawab oleh semua rakyat Johor.

Page 8: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

BERITA PASIR GUDANG8

Community Engagement :Walkabout & YDP Turun Padang.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Program ‘Sungaiku Hartaku’.

MILO Breakfast Day 2017

Page 9: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

Program Asia Road Racing Championship 2017.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Majlis Gotong-Royong Bersama ILPPG,UNIKL & KKPG.

Program Journey To Jannah.

Program Ride For Jalil.

Page 10: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

BERITA PASIR GUDANG10

Kg. Pasir Salam terletak di Kuala Johor dan majoriti penduduknya ialah terdiri dari suku kaum Orang Asli Seletar. Seramai 127 penduduk daripada 32 buah keluarga yang tinggal di kampung ini.

Telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-2 di SK Taman Scientex dan Pelancaran Skuad COMBI Lane yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini, Encik Abdul Nasir Haji Sabran Yang Dipertua PIBG SK Taman Scientex dan Encik Saipol Rahman Haji Amat Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

COMBI ialah singkatan bagi ‘Communication for Behavioural Impact’ (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) iaitu satu program menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia. Konsep ini telah diperkenalkan

oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan oleh beberapa buah negara dalam mencegah dan mengawal penyakit Tuberkulosis (TB), Kusta dan Filariasis. Di Malaysia, pendekatan ini digunakan bagi mencegah penyakit

Demam Denggi.

Antaranya, tingkahlaku yang dianjurkan dalam program COMBI ialah periksa dalam dan luar rumah setiap hujung minggu dan hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes, dan dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan sekiranya demam dan mempunyai tanda-tanda demam denggi.

Skuad COMBI Lane di SK Taman Scientex merupakan skuad pertama yang ditubuhkan oleh sekolah Jenis Kebangsaan. Penubuhan ini merupakan satu usaha murni dan satu langkah yang amat baik dalam mewujudkan kesedaran terutama dikalangan murid betapa pentingnya menjaga kebersihan demi membasmi gejala demam denggi.

PElANCArAN ProJEK NboS:BEKALAN AIR BERSIH SAFEWHEREKG PASIR SALAM

DI SK TAMAN SCIENTEXPASIR GUDANG

COMBILANE

Antara objektif program Air Bersih Safewhere ini ialah membekal air bersih secara sempurna dan tetap untuk

keperluan harian penduduk Orang Asli Kaum Seletar di Kg. Pasir Salam Ulu Tiram dengan harapan dapat merealisasikan

pengwujudan Community Feeding Centre bagi menyedia dan memberi makanan berkhasiat secara harian kepada kanak-kanak Orang Asli Kg. Pasir Salam Ulu Tiram.

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Khoo Soo Seang Ahli Parlimen Tebrau selaku wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat. Hadir sama dalam majlis ini, YBhg Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Abdul Razak bin Md Yusoff Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Dr. Hajjah Rooshaimi Merican binti A. Rahim Pengarah Kesihatan Negeri Johor dan Encik Saipol Rahman bin Hj Amat Setiausaha MPPG.

Page 11: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

Seramai 43 orang yang menyertai lawatan ini terdiri daripada warga kerja MPPG termasuk Ahli Majlis,

Jawatankuasa Zon dan Jawatankuasa Penduduk telah menyertai ‘Touchpoints to Grassroots Programme’ di bawah Local Agenda 21 yang diadakan pada 17 sehingga 19 April bertempat di Perbadanan Putrajaya. Program ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan isu-isu pembangunan mampan kepada masyarakat dan sektor swasta, menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama, merumuskan strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat dan melaksanakan pelan tindakan LA21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.

Program ini diketuai oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG. Hadir sama Encik Saipol Rahman bin Haji Amat Setiausaha MPPG. Antara pengisian program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai isu-isu pembangunan mampan kepada masyarakat dan juga sektor swasta dan menjelaskan tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama. Di samping itu, lawatan ini juga dapat memberi cetusan-cetusan idea kepada peserta agar dapat diimplikasikan di Pasir Gudang kelak.

Seterusnya para peserta dibawa ke Kelulut D’Rimba Putra di Presint 15. Di sini, para peserta didedahkan dengan cara-cara komuniti kawasan tersebut menggunakan peluang menghasilkan madu kelulut untuk dijual kepada pasaran selain didedahkan dengan kelebihan madu kelulut. Selain itu, mereka berpeluang untuk merasai lawatan berpandu ke Taman Warisan Pertanian, Taman Botani, Taman Wetland beberapa tempat menarik lainnya. Harapan MPPG, semoga lawatan ini dapat dijadikan ‘best practice’ untuk merumuskan strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat.

Seramai 30 buah keluarga telah menerima Tong Sampah Beroda (TSB) melalui peruntukan yang

diberikan oleh Kerajaan Negeri. Penyerahan secara rasmi telah dilakukan melalui Program Penyerahan Tong Sampah Beroda (TSB) 120 Liter di Kampung Kuala Masai Pasir Gudang anjuran MPPG. Majlis ini dihadiri oleh Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG, Encik Mohd Asrif bin Samion Pengurus Serivs Kawasan 2, Southern West Environment Sdn. Bhd. (SWM), Encik Roslan bin Wahab Ketua Kampung Kuala Masai, Encik Saipol Rahman bin Hj Amat Setiausaha MPPG, Ahli Majlis, dan penduduk kampung. Dengan kemudahan ini juga, penduduk kampung di Kuala Masai secara tidak langsung telah menerima perkhidmatan pemotongan rumput secara berjadual 2 kali sebulan dan perkhidmatan kebersihan longkang sebulan sekali oleh SWM Sdn. Bhd. Jadual kutipan sampah juga di sediakan secara teratur di mana, kutipan sampah sisa pepejal adalah pada setiap Isnin dan Khamis, manakala sampah pukal seperti, sisa kebun, ranting, perabot tidak terpakai dan sebagainya adalah pada setiap hari Jumaat. Melalui kemudahan dan perkhidmatan yang di sediakan ini, secara tidak langsung akan memberikan imej dan kualiti persekitaran yang sihat dan bersih di dalam kawasan pentadbiran Pasir Gudang.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

DI SK TAMAN SCIENTEXPASIR GUDANG

‘TOUCHPOINTS TO GRASSROOTS PROGRAMME’

PENDUDUK KUALA MASAI MENErIMA ToNG SAMPAH bEroDA (TSb)

Page 12: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

BERITA PASIR GUDANG1 2

Tilawah Al-Quran PERINGKAT DAERAH

GOTONG ROYONG PERANGI DADAH BERSAMA AADK

Telah berlangsung meriah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat

Daerah bagi Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor yang diadakan di Sekolah Agama Taman Scientex. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Ustaz Sapri bin Husin, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ selaku wakil rasmi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

Sebanyak 20 kategori telah dipertandingkan. Antaranya Al-Quran Tahap 1 & 2 Putera dan Puteri, Hafazan Tahap 1 & 2, Seni Khat Terbuka,Tulisan Jawi Tahap 2, Syarahan Bahasa Arab Tahap 1 & 2, Syarahan Bahasa Melayu Putera & Puteri, dan 4 acara khas iaitu

Program inisiatif Pemutihan Blackspot 2017 yang terkandung dalam modul Program Bandar Selamat dapat

dilihat melalui kerja-kerja membersih semak samun di kawasan melibatkan tanah milik Kementerian Pendidikan Malaysia, Baitulmal MAIJ dan Lee Ani (hakmilik persendirian). Operasi pembersihan telah dijalankan bersama dengan agensi-agensi seperti AADK, PDRM, Imigresen dan yang berkaitan bagi membersihkan kawasan ini dari aktiviti dadah dan sebagainya.

Selain daripada itu, aktiviti gotong-royong juga diadakan bersama dengan penduduk sekitar yang melibatkan Jalan Meranti, Kawasan Loji, Kawasan bakau di belakang Sekolah Agama Taman Rinting, dan kawasan Blok 12 Taman Cendana yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Kebersihan di kawasan yang telah disasarkan dijangka dapat mengekang daripada berlakunya gejala dadah dan penyakit-penyakit yang merbahaya daripada merebak kepada penduduk khususnya di Taman Rinting.

Al-Quran Guru kategori Putera, Al-Quran Guru Kategori Puteri, Tajwid Tertinggi serta Johan Keseluruhan. Pelajar yang bertanding adalah mereka yang terpilih mewakili zon masing-masing di peringkat Zon. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Sekolah Agama Bandar Seri Alam dari Zon 2.

Program ini merupakan aktiviti tahunan yang kekal dijalankan. Program ini juga merupakan medium dan ruang bagi pelajar untuk mengasah bakat dalam melahirkan ciri-ciri menjadi pelajar yang cemerlang. Program ini adalah asas untuk mendedahkan pengalaman kepada pelajar untuk menjadi pemimpin kerana pelajar merupakan pelapis untuk generasi akan datang.

Namun, pencapaian akademik tetap dititikberatkan dan didahulukan. Ia perlu seimbang dan seiring dengan aktiviti kokurikulum. Sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan yang menerapkan keseimbangan dalam semua aspek merangkumi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.

Turut hadir dalam majlis ini Yang Berbahagia Ustaz Haji Abu Sani bin Kalam Penolong Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, Ustaz Mohamamad Don bin Mohammad Pengerusi Persaga Zon 2 dan Ustazah Isfa Dora binti Tumingin GPK 1 Sekolah Agama Taman Scientex.

SIRI 3 2017

‘JOURNEY TO JANNAH’ NBOS:Sabda Rasulullah SAW :

“Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.”

(At-Tirmizi)

Program yang diadakan ini merupakan siri ketiga tahun 2017. Program ini merupakan satu idea dan inisiatif

Yang Dipertua sendiri untuk menggalakkan warga kerja memupuk nilai-nilai murni dalam Islam setelah melakukan tugasan harian pejabat. Program dimulakan seawal jam 3.50 pagi dengan ketibaan Encik Hasrin Kamal bin Hashim Yang Dipertua MPPG, Ahli Majlis MPPG, Warga Kerja serta masyarakat Pasir Gudang. Antara pengisian program selama 3 jam itu adalah Solat Sunat Tahajud, Sunat Taubat, Sunat Tasbih, Solat Sunat Hajat dan terakhir sekali Solat Sunat Witir sebanyak 3 rakaat. Program ini diteruskan dengan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama-sama dan mendengar tazkirah ringkas subuh yang di sampaikan oleh Ustaz Samsudin bin Mahdi, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Agama Islam (JAINJ) yang dijemput khas.

Peserta yang terlibat bergambarberamai-ramai selepas gotong-royong.

Page 13: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Majlis Perbandaran Pasir Gudang melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menjalankan program gotong royong menambak

mendapan tanah kubur dan kerja-kerja kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama beberapa pusat pengajian Tinggi di kawasan Pasir Gudang, antaranya Kolej Komuniti Pasir Gudang, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Bandar Seri Alam dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang. Seramai 140 orang telah terlibat mengikuti program ini termasuklah warga kerja MPPG dan Unit Tindakan Khas (UTK) MPPG.

Antara objektif program ini dianjurkan ialah bagi menangani masalah mendapan tanah di kawasan tanah perkuburan, membersihkan dan mengindahkan kawasan tanah perkuburan serta memastikan kebertanggungjawaban MPPG sebagai pemangkin dalam memperkasakan pembangunan modal insan selain membantu masyarakat setempat.

Program dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa ringkas yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Azmi bin Ali yang merupakan pendakwah bebas. Selepas itu diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Ab Jalil bin Ab Rahman, mengenai pembahagian tugas kepada pelajar-pelajar dan warga kerja MPPG yang terlibat di dalam program yang akan dijalankan. Program telah berjalan dengan lancar di mana kubur yang mendap dapat dibuat dengan jayanya dan melepasi sasaran 40 kubur yang bermasalah.

NBOS :BERSAMA IPT

GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM PASIR GUDANG

Semangat kejiranan yang dipegang oleh Zon Scientex 1 haruslah dicontohi oleh semua kawasan kejiranan demi menjaga kebersihan di samping memupuk

nilai-nilai murni sesama manusia. Gotong royong di Perumahan Lily Jalan Pelanduk telah diadakan yang melibatkan 100 orang penduduk taman tersebut. Objektif utama dan usaha gotong-royong ini diadakan bagi mencegah wabak denggi yang semakin berleluasa di kawasan Pasir Gudang. Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang dan diketuai oleh Encik Sazwan bin Kamaludin selaku Timbalan Pengerusi JKZ Scientex 1.

MUAFAKATBERKATMEMBAWA

Gambar bersama anggota pekerja sambilan MPPG yang terlibatdengan program gotong royong.

Program Gotong Royong bersamapelajar-pelajar dari Kolej Komuniti.

GAMBAR DI SEKITAR KAWASAN TANAH PERKUBURAN ISLAM PASIR GUDANG SEMASA PROGRAM GOTONG ROYONG DILAKSANAKAN

Program Gotong Royong bersama pelajar-pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL).

Page 14: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

JENIS SEWAAN KADAR BAYARAN (RM)Hari Biasa 8.00 per/jam *BadmintonHari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

10.00 per/jam *Badminton

Hari Biasa 20.00 per/jam *Aktiviti lainHari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

30.00 per/jam *Aktiviti lain

JENIS SEWAAN KADAR BAYARAN (RM)Hari Biasa 800.00Hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

1,000.00

Hari Biasa 250.00Hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

25.00 per/ jam

Program YDP Turun Padang atau lebih sinonim sebagai Walkabout merupakan program wajib yang diadakan oleh setiap 24 Zon

dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Pada April yang lalu, 2 Zon telah menganjurkan program ini iaitu Zon Cahaya Masai dan Zon Kota Bistari.

Bertempat di Balairaya Komuniti Bistari Perdana, Kota Bistari, program ini dimulakan seawal jam 8.30 pagi untuk mendengar permasalahan atau isu berbangkit. Antaranya, mencegah aktiviti lumba haram dengan menaikkan ‘hump’ di jalan raya dan memohon agar tindakan undang-undang dikenakan ke atas pembuang sampah haram. Manakala isu di Zon Cahaya Masai pula antaranya, bagi meninjau masalah penjaja yang tidak menjalankan perniagaan di tapak yang disediakan.

Dengan adanya program seperti ini, MPPG dilihat mampu menguruskan pentadbiran dan mengekalkan kerjasama di antara masyarakat khususnya dalam kawasan Pasir Gudang. Aduan rakyat juga dapat disalurkan dengan cara yang tepat dan berkesan tanpa membuang masa.

Pembinaan dewan ini telah bermula pada 16 April 2016 dan telah siap sepenuhnya pada 31 Mac 2017. Dewan ini berkeluasan 3.846 ekar

dan terletak di Lot 114823 Jalan Delima 14, Taman Cahaya Masai. Kos pembinaan bagi dewan ini menelan belanja berjumlah RM3.37 juta.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Hajah Ilhazrah binti Mohd Yusof merangkap Pengerusi Zon Cahaya Masai dan Ketua-ketua Jabatan. Serahan kunci telah dibuat oleh wakil dari SBH Engineering Sdn. Bhd. kepada Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG selaku wakil pihak Pengurusan MPPG.

Kemudahan utama yang disediakan ialah ruang dewan yang berhawa dingin, pentas, 3 buah gelanggang dan khidmat kontraktor kebersihan, manakala kemudahan asas yang disediakan di dewan ini termasuklah bilik air dan bilik air khas (OKU), pantri, bilik stor, tempat letak kereta, dan tempat letak kereta OKU, surau, bilik mesyuarat/ pejabat, pondok pengawal, dan rumah sampah.

COMMunItY enGaGeMent:

PENYEWAAN DEWAN

PENYEWAAN GELANGGANG

BERITA PASIR GUDANG14

WALKABOUT & YDP TURUN PADANGDI ZON CAHAYA MASAI DAN ZON KOTA BESTARI

PENYERAHAN KUNCIDEWAN MUAFAKAT TAMAN CAHAYA MASAI

Page 15: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

Orang Islam yang saling mengasihi dan mencintai satu sama lainadalah ibarat satu tubuh, jika salah satu anggota tubuh merasa sakit,maka seluruh tubuh akan ikut merasa sakit.

Tidak lah sempurna iman seseorang dari kalian, sehingga dia mencintai saudaranya (sesama islam) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Program ziarah dan dakwah Orang Asli (saudara baru) di Kg. Pasir Salam Ulu Tiram dan Kg. Pasir Putih adalah anjuran MPPG di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang (YPG) bermula Januari hingga Mac 2017 dan merupakan program bulanan. Program ini diadakan pada setiap Khamis malam Jumaat setiap minggu.

Sepanjang program tersebut dijalankan, MPPG telah melantik Ustaz Mohd Azmi bin Ali selaku pendakwah bebas untuk beliau mengendalikan program ziarah dan dakwah dan dibantu 2 orang anggota pekerja dari Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPG.

Program ini dijalankan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada masyarakat Orang Asli tersebut serta menjalankan dakwah Islam yang berterusan dan memberi pendedahan mengenai ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Selain daripada itu, program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara masyarakat Orang Asli dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Yayasan Pasir Gudang, di mana perkampungan ini adalah di bawah kawasan pentadbiran MPPG selain menjadi tanggungjawab sosial dan program Corporate Social Responsibility (CSR).

Antara pengisian program yang dijalankan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah di surau, diikuti dengan tazkirah agama, fardhu ain dan solat Isya’ dan diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

WALKABOUT & YDP TURUN PADANGDI ZON CAHAYA MASAI DAN ZON KOTA BESTARI

DI KG. PASIR SALAM & KG. PASIR PUTIHZIARAH DAN DAKWAH ORANG ASLI

Page 16: RM3 JUTA - mppg.gov.my · generasi muda hari ini lebih terdedah kepada teknologi ‘segalanya terletak di hujung jari’ dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional

CUKAI TAKSIRAN

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN?

BAGAIMANA IANYA DIBAYAR?

APAKAH IMPLIKASI SEKIRANYA ANDA GAGAL UNTUK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH TERSEBUT ?

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELAKKAN DENDA ATAU TINDAKAN MAHKAMAH ?

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA BIL TIDAK DITERIMA ?

BIL KADAR CUKAI JUMLAH DENDA (RM)1 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 50.00 dan kurang 2.00

2 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 50.01 hingga RM 500.00 4.00

3 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 500.01 hingga RM 1,000.00 6.00

4 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 1000.01 hingga RM 3,000.00 10.00

5 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 3,000.01 hingga RM 5,000.00 20.00

6 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 5,000.01 hingga RM 10,000.00 30.00

7 Bagi Cukai Harta sebanyak RM 10,000.01 dan lebih 50.00

BIL KADAR CUKAI JUMLAH DENDA (RM)

1 Tidak melebihi RM RM 500.00 10.00

2 Melebihi RM 500.00 tetapi tidak melebihi RM 1,000.00 30.00

3 Melebihi RM 1,000.00 tetapi tidak melebihi RM 3,000.00 50.00

4 Melebihi RM 3,000.00 tetapi tidak melebihi RM 5,000.00 70.00

5 Melebihi RM 5,000.00 tetapi tidak melebihi RM 10,000.00 90.00

6 Melebihi RM 10,000.00 1 % dari jumlah tunggakan (dikira dari jumlah paling hampir)

Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan seperti :• HartanahPertanian&Bangunan • HartanahPerumahan&Bangunan• HartanahPerdagangan/Perkedaian&Bangunan • HartanahPerindustrian&Bangunan

Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :• PenggalPertama - Mulai1Januaridanpadaatausebelum28Februaripadatiap-tiaptahun.• PenggalKedua - Mulai1Julaidanpadaatausebelum31Ogospadatiap-tiaptahun.

• SemuabayaranhendaklahdisertakandenganbilTUNTUTANCUKAIHARTA• Pembayaranbolehdibuatsecaratunai,cek,kirimanwang/wangpos,sepertiberikut:

- Kaunter bayaran dipejabat MPPG pada waktu pejabat. - Kaunter `Pandu Lalu’ MPPG.- Kiosk pembayaran disebelah kaunter bayaran MPPG, Terminal Bas Taman Kota Masai, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang,

Pasaraya Maslee Taman Cendana dan Pasaraya Kip Mart Masai Taman Bukit Dahlia.- Kaunter Bank Islam Malaysia Bhd atau secara ’on-line’ melalui www.bankislam.biz- Kaunter Bank Simpanan Nasional atau secara `online’ melalui www.mybsn.com.my- Kaunter bayaran di Pejabat Pos Malaysia Bhd atau secara ’online’ melalui www.pos.com.my- Secara `online’ melalui www.standardchartered.com.my- Secara ’online’ melalui www.cimbclicks.com.my- Secara ’online’ melalui www.maybank2u.com.my

• Cek-cekpembayaranhendaklahdipalang(TidakBolehNiaga)dandibayarkepadaMajlis Perbandaran Pasir Gudang.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta untuk menjelaskan Cukai Taksiran pada setiap penggal. Bagi mendapatkan maklumat sila datang sendiri ke pejabat Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk membuat semakan dan mendapatkan bil cukai tuan-tuan/ puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :• No.AkaunCukaiHarta/No.Lot/No.Rumahdankedudukanhartanah.• Bawabilyanglamauntukrujukan.

Bayar segera sebelum 28 Februari bagi Penggal Pertama dan 31 Ogos bagi Penggal Kedua tiap-tiap tahun.

Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut :• NotisTunggakan(BorangE)akandikeluarkankepadaandadandikehendakimenjelaskandalammasa15haridaripadatarikhnotis

dengan dikenakan denda mengikut Seksyen 147(1). (Sila rujuk jadual A)• Jikamasihgagal,WaranTahanan(BorangF)akandikeluarkankepadaandamembolehkanMajlisPerbandaranPasirGudangmenyita

harta alih/ barang-barang yang di dalam bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan/ tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151.

(Sila rujuk jadual B)

SILA HUBUNGI JABATAN PENILAIANHARTA MPPG SEKIRANYAN PIHAKTUAN/ PUAN INGIN MEMBUATSEBARANG PERTANYAAN DI TALIAN :07-2547777

ATAU

HADIR KE PEJABAT :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG ARAS 19, MENARA AQABAH,JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG

AHAD hingga RABU

8.00 pagi hingga 5.00 petang

KHAMIS

8.00 pagi hingga 3.30 petang

JUMAAT & SABTU

9.00 pagi hingga 1.00 tengahari(bulan Januari - Februaridan Julai - Ogos sahaja)

JADUAL AWAKTU KAUNTER BAYARAN

JADUAL B

JADUAL BAYARAN DENDA LEWAT BAYAR BERDASARKAN SEKSYEN 147 DAN SEKSYEN 148

CARA-CARA BAYARAN

JADUAL BAYARAN KOS WARAN TAHANAN YANG DIKENAKAN BERDASARKAN SEKSYEN 14