berita gs pasir gudang - mppg.gov.my · antara acara yang dipertandingkan ... serta pertandingan...

16
www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera MENARIK DI DALAM : PASIR GUDANG MERDEKA FEST BULAN OGOS PERHIMPUNAN SESI TOWNHALL BERSAMA PENJAJA MPPG ANJUR BENGKEL INTEGRITI BERSAMA SPRM JOHOR LAWATAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Upload: danglien

Post on 12-Mar-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

OGOS2018

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

08

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANGMERDEKA FEST 2018

Keroncong MPPG DINOBAT JOHANPERTANDINGAN KERONCONG TERBUKA MALAYSIA 2018

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

MENARIK DI DALAM :PASIR GUDANGMERDEKA FEST

BULAN OGOSPERHIMPUNAN

SESI TOWNHALLBERSAMA PENJAJA

MPPG ANJUR BENGKEL INTEGRITI BERSAMA

SPRM JOHOR LAWATAN MAJLIS

BANDARAYA ALOR SETAR

PENASIHATTuan Haji Zainor bin AdaniYang Dipertua MPPG

KETUA EdITOREncik Sulaiman bin IsmailSetiausaha MPPG

PENOLONG KETUA EdITORPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGARANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMBERITA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JURUfOTO- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

......................................................

Diterbitkan olehJABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Perhimpunan Bulan Ogos.

Keroncong MPPG Dinobat Johan Pertandingan Keroncong Terbuka Malaysia 2018.

Pasir Gudang Merdeka Fest 2018

Lensa Edisi Khas : Pasir Gudang Merdeka Fest Sempena Sambutan Hari Kebangsaan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Lensa MPPG Ogos 2018.

KSK MPPG Anjur Ibadah Qorban dan Aqiqah 1439H.

Sesi Townhall Bersama Penjaja Di Taman Bukit Dahlia.

Mesyuarat Koperasi Wawasan MPPG Johor Berhad Bagi Sesi 2017.

MPPG Anjur Bengkel Integriti Bersama SPRM Johor.

Kursus Pengurusan Awam dan Maklumbalas Pelanggan.

Lawatan Majlis Bandaraya Alor Setar.

Biro Agama KSK Anjur Seminat Qorban dan Aqiqah.

Yayasan Pasir Gudang - YPG Beri Sumbangan Mangsa Kebakaran di Kg Pasir Putih.

Info Terkini : Lesen Perniagaan/ Perusahaan & Penjaja.

34

5

1011

13

12

14

15

168&9

6&7

ALHAMdULILLAH, SYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada edisi bulan Ogos Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang.

Dalam bulan Ogos ini, kita menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara Malaysia yang ke-61. Semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmat dan perlindungan Allah SWT. Sempena bulan kemerdekaan ini, MPPG di bawah pengurusan Kompleks Pusat Bandar dan UTC Pasir Gudang telah menganjurkan Pasir Gudang Merdeka Fest bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Festival yang merupakan tahun ketiga penganjurannya ini mendapat sambutan oleh warga Pasir Gudang apabila aktiviti-aktiviti yang dianjurkan berjaya menarik hampir 600 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah, orang awam dan kakitangan kerajaan yang menyertainya. Antara acara yang dipertandingkan ialah Suara Solo Merdeka, Miss Beauty Merdeka, Pertandingan Mewarna, Cerita Anak Malaysia, Explorace Merdeka dan Busana Cilik Merdeka.

Selain itu, MPPG melalui Jabatan Penguatkuasaan juga telah menjadi wakil bagi daerah Johor Bahru dalam perhimpunan pagi di sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Muar. Melalui program dan aktiviti seperti ini, mampu melahirkan masyarakat yang sentiasa mempunyai sikap patriotisme yang tinggi dalam diri disamping perasaan cinta dan sayang akan tanah air. Syabas dan tahniah diucapkan.

Umum sedia maklum, MPPG merupakan sebuah PBT yang begitu istemewa sekali kerana mampu mengekalkan momentum kejayaan dan kecemerlangan seiring dengan misi dan visi yang diinginkan. Bulan ini begitu istimewa sekali apabila Kumpulan Keroncong MPPG telah berjaya dalam Pertandingan Keroncong Terbuka Malaysia 2018 yang diadakan bertempat di perkarangan Stadium Melawati Shah Alam, Selangor dengan menjadi johan sekaligus membawa pulang hadiah kemenangan RM10,000.00 beserta plak penghargaan. Tahniah saya ucapkan kepada keseluruhan ahli pasukan dan urusetia yang terlibat. Semoga banyak lagi pencapaian dan kemenangan yang mampu dilakar pada masa akan datang.

Dalam bulan Ogos juga, kita menyambut Hari Raya Aidil Adha yang diraikan oleh seluruh umat Islam. Biro Agama KSK MPPG telah menjalankan ibadah Qorban dan Aqiqah bagi tahun 1439H yang telah diadakan di perkarangan Majid Jamek Pasir Gudang. Sebanyak 14 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah berjaya ditumbangkan bagi ibadah Qorban kali ini. Hampir 200 orang yang terdiri daripada warga kerja MPPG, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau serta masyarakat telah bersama-sama menjayakan program ini. Selain itu, sebelum program ibadah Qorban dijalankan, MPPG dengan kerjasama Biro Agama KSK dan Masjid Jamek Pasir Gudang juga turut mengadakan satu seminar mengenai Pengurusan Qorban dan Aqiqah yang mengikut syariat Islam dengan tepat. Seminar ini telah dihadiri seramai 116 orang terdiri daripada warga kerja MPPG, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau serta masyarakat bagi menimba ilmu yang betul berkaitan ibadah Qorban dan Aqiqah.

Selain itu, aktiviti bulanan, Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos juga telah sempurna diadakan. Saya berharap semua warga kerja MPPG komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dan mengekalkan pencapaian yang cemerlang serta dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

Bagi mempertingkatkan tahap efisen dan efektif dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, Unit Latihan MPPG telah menganjurkan Kursus Pengurusan Awam dan Maklumbalas Pelanggan. Kursus yang diadakan selama dua hari ini merupakan satu usaha penambahbaikkan dalam mengendalikan pelanggan secara berhemah dan cemerlang. Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang dua hari kursus ini berlangsung akan diaplikasikan dalam sistem kerja yang terlibat di samping sebagai penambahbaikkan kepada sistem sedia ada.

Selain itu, diharapkan juga kerjasama antara Unit Latihan dan Unit Integriti MPPG dengan SPRM Johor bagi program seperti bengkel integriti bertempat di aras 4, Menara Aqabah dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dan kesedaran di kalangan penjawat awam untuk terus menjalankan tugas dengan jujur dan amanah serta dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika perkhidmatan awam. Antara pengisian program ialah pengenalan mengenai SPRM, Akta SPRM 2009, Rasuah,

BERITA PASIR GUDANG2

PERUTUSAN YANG dIPERTUAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

KANDUNGAN

Penyalahgunaan dan Penyelewengan, Perlakuan Tidak Berintegriti Membawa Padah dan Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Semoga bengkel yang dianjurkan ini mampu memberi penerangan dan maklumat lebih jelas mengenai Badan Pencegahan Rasuah Malaysia yang bukan sahaja memantau kes-kes rasuah, malah perlu memberi kesedaran dan pendedahan tentang budaya negatif ini yang perlu dielak dan dijauhkan.

Akhir kata, saya mengharapkan komitmen dan kerjasama dari semua pihak keseluruhannya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga dan penduduk Pasir Gudang. Harapan agar menjadikan Pasir Gudang sebuah PBT yang tersohor berjaya dilaksanakan.

Saya menggesa supaya semua warga kerja MPPG terus komited menjalankan tugas dan tanggungjawab agar perkhidmatan yang cemerlang dapat dilaksanakan dan memberikan impak yang positif terhadap komuniti.

Sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang. Jumpa lagi.

Sekian,

Tuan Haji Zainor bin AdaniYang dipertua MPPG

......................................................

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

PERhIMPUNAN BULANAN pada bulan Ogos 2018 menyaksikan seluruh warga MPPG telah mendengar amanat dari Yang Dipertua Tuan Haji Zainor bin Adani yang telah memulakan tugasnya sejak awal Julai lalu. Bagi bulan Ogos ini, Yang Dipertua baharu, Tuan Haji Zainor Adani buat pertama kalinya telah berucap sebagai YDP MPPG dalam majlis ini selepas 2 bulan berpindah dan menggalas tugas sebagai Yang Dipertua MPPG.

Dalam ucapannya, Yang Dipertua mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja atas pencapaian anugerah serta pertandingan yang disertai sepanjang tahun 2018. Beliau juga mengharapkan kerjasama dari seluruh warga kerja agar dapat sama-sama membantu dalam mengurus dan mentadbir Pasir Gudang dengan lebih gemilang dan cemerlang di masa akan datang. Taklimat aktiviti bulanan pula telah disampaikan oleh Puan Faridah binti Abd Hamid, Ketua Jabatan Penguatkuasaan.

Majlis seterusnya meraikan warga kerja yang lahir pada bulan Ogos. Seramai hampir 20 orang warga kerja MPPG menerima cenderahati hari lahir telah diraikan dalam acara memotong kek yang disertai oleh Yang Dipertua dan Setiausaha.

BULAN ogosPERHIMPUNAN

Ucaptama oleh Tuan Hj Zainor bin Adani sebagai Yang Dipertua MPPG.

Yang Dipertua dan Setiausaha meraikan warga kerja yang lahir pada bulan Ogos dalam sesi memotong kek hari lahir.

kUMPULAN kERoNcoNG MPPG merupakan sebuah kumpulan keroncong yang tidak asing lagi di negeri Johor. Bagi sesi 2018 ini, kumpulan ini sekali lagi berjaya mencipta kejayaan apabila muncul johan dalam Pertandingan Keroncong Terbuka Malaysia 2018 yang diadakan di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Pertandingan ini disertai oleh kumpulan Keroncong dari seluruh Malaysia, antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Kumpulan Kombo IPD Shah Alam, dan ramai lagi.

Kumpulan Keroncong MPPG berjaya dinobatkan johan dengan mengalahkan tujuh buah kumpulan yang bertanding selain berjaya membawa pulang hadiah kemenangan RM10,000.00 beserta plak kemenangan. Dengan membawakan lagu pertaruhan, ‘Jangan Ditanya’ dan lagu wajib ‘Keroncong Rindu Malam’ yang dialunkan oleh Erma Sakina, telah berjaya memikat hati para juri dengan alunan vokal yang mantap serta barisan pemuzik yang hebat.

Tahniah dan syabas kepada kumpulan Keroncong MPPG dan semoga terus sukses dalam mencipta kejayaan di masa akan datang.

MPPG DINOBAT JOHAN

BERITA PASIR GUDANG4

Kumpulan Keroncong MPPG bergambar bersamahadiah kemenangan selepas tamat Majlis Penyampaian Hadiah.

Persembahan yang mantap oleh kumpulan Keroncong MPPG mampumemukau hati para juri untuk kumpulan ini dinobatkan johan.

PERTANDINGAN kERoNcoNGTERBUkA MALAYSIA 2018

Keroncong

BAGI MENYEMARAkkAN lagi bulan Sambutan Hari Kebangsaan 2018, Pengurusan Kompleks Pusat Bandar dengan kerjasama UTC Pasir Gudang telah menganjurkan Pasir Gudang Merdeka Fest 2018 bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar. Festival yang diadakan dari 26 Ogos hingga 2 September ini merupakan tahun ketiga penganjurannya. Pasir Gudang Merdeka Fest mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 600 orang telah menyertai festival ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah,orang awam dan kakitangan kerajaan.

Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Suara Solo Merdeka, Miss Beauty Merdeka, Pertandingan Mewarna, Cerita Anak Malaysia, Explorace Merdeka dan Busana Cilik Merdeka. Objektif program ini telah tercapai dengan jayanya apabila pertandingan-pertandingan yang dianjurkan mampu membuktikan semangat patriotik kepada tanahair tercinta semakin bertambah di dalam jiwa masyarakat Malaysia tidak kira umur, bangsa dan agama.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Shariman Shai-in (Pengurus Bangunan Kompleks Pusat Bandar & UTC Pasir Gudang) selaku wakil rasmi kepada Yang Dipertua MPPG.

Pemenang Miss Beauty Merdeka, Saudari Siti Aisyah Abu Bakar berkata, beliau ingin menonjolkan sikap cinta akan negara dengan menterjemahkan ideanya melalui hasil kreatif busana yang dicipta untuk digayakan sempena dengan festival yang dianjurkan. “Saya tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini dan berterima kasih kepada pihak penganjur dan juri yang memilih pakaian saya.” Katanya lagi.

MERDEKA FEST 2018PASIR GUDANG

SENARAI PEMENANG oRGANISASI hADIAh/ WANG TUNAI

Nurul Aireen binti Muhammad Hairul Nazri Persendirian Hamper RM100

Farisya Nur Balqis binti Zulkarnain Sek. Keb. Taman Cendana

Hamper RM60

Muhammad Safiy Ammar bin Mohd Yusof Persendirian Hamper RM40

SENARAI PEMENANG oRGANISASI hADIAh/ WANG TUNAI

Adalia Nafrah binti Mahadi SK Pasir Gudang 4 Hamper RM100

Nurhatinila binti Aliashmad SK Kota Masai 2 Hamper RM60

Adalia Nafrah binti Mahadi SK Pasir Gudang Hamper RM40

SENARAI PEMENANG oRGANISASI hADIAh/ WANG TUNAI

Adam Danish bin Nazrulhisham Persendirian Hamper RM100

Raihan Arjuna bin Rosman Persendirian Hamper RM60

Nur Alya Maisara binti Mohd Persendirian Hamper RM40

SENARAI PEMENANG oRGANISASI hADIAh/ WANG TUNAI

M. Farhan bin Roslan SMK Pasir Gudang 3 Hamper RM200

Nurul Ainaa Shafiqah Rozmi SMK Kota Masai Hamper RM100

Riqmal Aiman bin Zahari SMK Kota Masai Hamper RM50

SENARAI PEMENANG oRGANISASI hADIAh/ WANG TUNAI

Hazwan Haziq bin ZulkifliSK Cahaya Baru Hamper RM250Danish Haqiemu bin Riduan Shah

Muhammad Shahrul Yanzren bin Samat

Muhammad Syakir Ikliluddin bin Shamsul Anuar

SK Taman Rinting 3 Hamper RM100Aqil Amsyar bin Nor Azmi

Lervio Banggan Anak James

Nurul Ain Umairah binti Suffian Sekolah Kebangsaan

Taman CendanaHamper RM50Nur Maisarah binti Marzuki

Nurul Huda binti Sukara

SENARAI PEMENANG oRGANISASI hADIAh/ WANG TUNAI

Siti Aisyah binti Abu Bakar PersendirianTunai RM500

Juliana binti Atan Persendirian

Nur Suriyati binti Abd Razak PersendirianTunai RM300

Nurasyikin binti Aimi Persendirian

Mohammad Danial Hailkal bin Roslan PersendirianTunai RM200

Nor Nuruh Marshita binti Ali Persendirian

Berikut merupakan senarai pemenang dalam pertandingan yang diadakan. Senarai Pemenang Pertandingan Mewarna :

Senarai Pemenang Cerita Anak Malaysia :

Senarai Pemenang Busana Cilik Merdeka :

Senarai Pemenang Suara Solo Merdeka :

Senarai Pemenang Pemenang Explorace Merdeka :

Senarai Pemenang Miss Beauty Merdeka :

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

BERITA PASIR GUDANG6

PASIR GUDANG MERDEKA FEST SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAANDI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

PASIR GUDANG MERDEKA FEST SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAANDI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG

BERITA PASIR GUDANG8

ogos 2018ogos 2018

ISO 14001-2015

PERSIJILAN AUDIT ISO 9001-2015

Perbincangan mengenai laporan dan pembentanganbersama ketua-ketua jabatan.

KURSUS PENGURUSAN AWAM DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

Pengagihan daging qorban oleh Yang Dipertua MPPGkepada mereka yang menerimanya.

PROGRAM IBADAH QORBAN DAN AQIQAH 1439H ANJURAN KSK MPPG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 61 PERINGKAT NEGERI JOHOR DI MUAR

MESYUARAT KOPERASI WAWASAN MPPG JOHOR BERHAD SESI 2017 PERHIMPUNAN BULAN OGOS

Pembentangan laporan Koperasi oleh Timbalan Pengerusi bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi. Sambutan Majlis Hari Lahir warga kerja bagi bulan Ogos turut diadakan.

Jabatan Penguatkuasaan terlibat dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 peringkat Negeri Johor di Muar pada tahun ini.

KURSUS PENGURUSAN AWAM DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

BERITA PASIR GUDANG1 0

KSK MPPG ANJUR

BERITA PASIR GUDANG1 0

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG melalui Biro Agama Kelab Sukan Dan Kebajikan Pasir Gudang dengan kerjasama Masjid An Nur Bandar Pasir Gudang telah menganjurkan Program Qorban dan Aqiqah 1439H.

Sebanyak 14 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah berjaya ditumbangkan bagi program qorban dan aqiqah kali ini. Aktiviti program bermula jam 8.00 pagi yang dimulakan dengan taklimat ringkas oleh wakil KSK MPPG dan bacaan doa selamat yang sampaikan oleh Tuan Imam Masjid An Nur Bandar Pasir Gudang. Seramai 150 orang terdiri daripada warga kerja MPPG, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau serta masyarakat telah bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut.

Seramai 200 penerima qorban bagi golongan kurang berkemampuan (asnaf) telah diagihkan melalui Yayasan Pasir Gudang kepada golongan berkenaan.

Penyerahan daging qorban telah disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Zainor bin Adani, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Encik Sulaiman bin Ismail, Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

JALAN CANGGUNG -KOTA MASAI

IBADAH QORBAN DAN AQIQAH 1439H

SATU SESI Townhall bersama penjaja Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia telah diadakan pada 05 Ogos 2018 bertempat di Dewan Auditorium, Aras 3, Menara Aqabah, MPPG. Majlis telah disempurnakan oleh wakil YB Dun Permas Encik Wan Hazan Amru bin Hj Hasbullah. Hadir sama ialah Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji Zainor bin Adani dan Setiausaha MPPG, Encik Sulaiman bin Ismail, Ketua Jabatan dan Bahagian yang terlibat juga para peniaga Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia.

Sesi Townhall ini diadakan bertujuan bagi menyampaikan maklumat berkenaan isu-isu yang berlaku di Taman Bukit Dahlia bagi para penjaja di kawasan tersebut. Selain itu, ia juga bertujuan bagi penyusunan semula penjaja ekoran lambakan peniaga sehingga menyebabkan timbulnya pelbagai isu dan aduan. Melalui sesi ini, input dan info berkaitan lesen penjajaan dapat dikongsi dan disampaikan kepada para peniaga, sekaligus dapat mencapai objektif untuk mewujudkan kawasan penjaja di Pasir Gudang yang kemas dan tersusun dengan menitikberatkan isu persekitaran, sosial dan ekonomi.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Segala isu yang timbu telah dikupas bagi memperlihatkan kesan-kesan daripada aktiviti penjajaan di kawasan tersebut. Sesi Townhall ini dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Bahagian Pelesenan, Encik Mohd Syafiq Hanis bin Hamli diikuti oleh Ketua Bahagian Kesihatan iaitu Encik Muhammad Razif bin Ramlan dan seterusnya Ketua Jabatan Penguatkuasaan, Puan Faridah binti Abd Hamid. Sesi Soal Jawab bersama peniaga turut diadakan bagi mengupas segala permasalahan yang berlaku. Sesi Townhall ini diakhiri dengan ucapan oleh wakil bagi pihak YB Dun Permas iaitu Encik Wan Hazan Amru bin Hj Hasbullah. Kata sepakat telah dipersetujui untuk pemindahan penjaja di Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia ke Jalan Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia.

Diharapkan melalui sesi yang diadakan ini, segala isu dan permasalahan di kawasan tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik bagi kepentingan semua pihak.

En. Effendi bin Saat, peniaga bubur di kawasan itu berkata, sesi dialog bersama MPPG yang diadakan ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah-masalah seperti isu parkir kenderaan dan isu kawasan berniaga yang sempit.

SESI TOWNHALLBERSAMA PENJAJA dI TAMAN BUKIT dAHLIA

Penjaja yang terlibat bergambar bersama Yang Dipertua dan Encik Wan Hazan Amru bin Hj Hasbullah selepas sesi berakhir.

Sesi soal jawab bersama pendudukdan penjaja yang terlibat.

BERITA PASIR GUDANG1 2

MPPG ANJURBENGKEL INTEGRITI

BERSAMA SPRM JOHOR

MPPG telah mengadakan Mesyuarat Koperasi Wawasan MPPG Johor Berhad bagi tahun 2017. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha, Tuan Hj Zanil bin Ali. Mesyuarat turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa tertinggi koperasi, serta warga kerja MPPG yang mendaftar sebagai ahli.

Antara intipati mesyuarat, pembentangan laporan aktviti melalui biro masing-masing. Antaranya biro ekonomi oleh Tn Hj. Jalil bin Ab. Rahman, Biro Kebajikan, En Azrai bin Mahmood dan laporan kewangan koperasi telah dibentangkan oleh En Halim bin Nasruddin selaku akauntan koperasi MPPG. Selain itu, Koperasi Wawasan MPPG Johor Berhad juga mempunyai perancangan untuk menambah lagi aktiviti-aktiviti koperasi pada masa akan datang. Antaranya ialah, pembelian vending machine di beberapa lokasi seperti di Taman Bukit Layang-Layang, Perhentian Bas Pasir Gudang dan Perhentian Bas Masai. Selain itu agenda

mesyuarat turut terkandung pemilihan Ahli Jawatankuasa dan Ahli Lembaga Koperasi bagi sesi 2018/2019.

UNIT LATIhAN DAN UNIT INTEGRITI MPPG dengan kerjasama SPRM Johor telah mengadakan bengkel Integriti bertempat di Dewan Kursus Menara Aqabah.

Terdapat pelbagai pengisian program sepanjang program ini berlangsung seperti berkongsi mengenai pengenalan SPRM, Akta SPRM 2009, Rasuah, Penyalahgunaan dan Penyelewengan yang disampaikan oleh pegawai SPRM, En. Ko Lik Chi, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Johor. Manakala slot kedua pula mengenai Perlakuan Tidak Berintegriti Membawa Padah telah disampaikan oleh PKPJ En Zuber bin Hj Zainal, Timbalan Pengarah Pencegahan Rasuah SPRM Johor. Pada sebelah petang juga, telah diadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) mengenai kajian kes, serta pembentangan dan perbincangan mengenai tokip-topik yang dibincangkan.

Adalah diharapkan bengkel yang dianjurkan ini mampu memberi penerangan dan maklumat lebih jelas mengenai Badan Pencegahan Rasuah Malaysia yang bukan sahaja memantau kes-kes rasuah, malah perlu memberi kesedaran dan pendedahan tentang budaya negatif ini yang perlu dielak dan dijauhi khususnya kepada penjawat awam.

Pembentangan aktiviti Koperasi sepanjang tahun 2017oleh Setiausaha, Tuan Hj Zanil bin Ali.

MESYUARAT KOPERASI WAWASAN MPPG JOHOR BERHADBAGI SESI 2017

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

KURSUS PENGURUSAN AWAMDAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

BAGI MEMPERTINGkATkAN tahap efisen dan efektif dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, Unit Latihan MPPG telah menganjurkan Kursus Pengurusan Awam dan Maklumbalas Pelanggan. Kursus yang diadakan selama dua hari ini merupakan satu usaha penambahbaikkan dalam mengendalikan pelanggan secara berhemah dan cemerlang.

Antara objektif yang ditekankan ialah :• Memantapkan serta penambahbaikkan ilmu penyampaian

perkhidmatan kaunter bagi petugas-petugas di barisan hadapan.• MemahamipanduanbagimewujudkanKhidmatPelangganBerbudi

Bahasa di agensi kerajaan yang terkandung dalam pekeliling.• Memahamipeneranganmengenaikonsepdankeperluan-keperluan

yang perlu disediakan bagi membolehkan Perkhidmatan Pelanggan beroperasi dengan cekap serta efisen.

• Menanampengetahuan bahawaPerkhidmatanPelanggan adalahgabungan tugas dan peranan tugas di Kaunter Pertanyaan, Penyambut Tetamu, dan Pegawai Perhubungan Awam serta Pengawal Keselamatan di agensi kerajaan.

• Mengenalpastilangkah-langkahyangberkesanuntukmenambahbaik proses dan meningkatkan kualiti berbudi bahasa untuk perkhidmatan kepada pelanggan.

• Meningkatkan azamdan keinginan untukmenjalankan tugas dengan lebih cemerlang di sampingmembentuk sikap yanglebih positif kearah pekerjaan dan membentuk imej keperibadian di dalam mengendalikan perkhidmatan pelanggan secara berkesan.

• Memahamikaedah ‘first impression’ terhadap pelanggan dan berupaya untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan dalaman dan luaran.

• Mempelajari kaedah dan teknik berkesan di dalammembuat panggilan dan menerima panggilan di samping menguasaipengetahuan dan menggalakkan kepercayan dalam kesetiaan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

• Mentafsirkansetiaprungutanpelanggankepadasikappositifketikaprosesperundingandenganpelanggan.

Semoga ilmu yang diperolehi oleh warga kerja akan diaplikasikan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Pasir Gudang khususnya.

Peserta bergambar bersama penceramah jemputan selepas sesi program tamat.

Antara aktiviti yang dirakam sepanjang dua hari kursus ini berlangsung di Menara Aqabah.

LAWATANMAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

BIRO AGAMA KSK ANJURSEMINAR KORBAN DAN AKIKAH

BERITA PASIR GUDANG1 4

PADA 9 oGoS yang lalu, MPPG telah menerima lawatan kerja dari Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Kedah. Delegasi rasmi yang diketuai oleh Tuan Hj. Hakim Ariff bin Md. Noor selaku Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar telah disambut oleh Setiausaha MPPG, En. Sulaiman Ismail. Seramai 19 warga kerja MBAS ini terdiri daripada pelbagai jabatan dan unit yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pasir Gudang.

Delegasi lawatan telah diberi penerangan mengenai MPPG melalui tayangan video korporat mengenai pembangunan Pasir Gudang seterusnya sesi taklimat dan perkongsian pengalaman telah disampaikan oleh Tn. Sr. Hj. Mohamed Ali bin Mohamed Abu Backer, Ketua Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta dan En. Mohd Shariman bin Shai-In, Pengurus UTC Pasir Gudang. Selepas daripada itu, sesi soal jawab, perkongsian, penyampaian hadiah serta sesi bergambar telah diadakan.

Delegasi juga telah dibawa melawat ke UTC Pasir Gudang.

BUAT JULUNG-JULUNG kALINYA Majlis Perbandaran Pasir Gudang melalui Biro Agama Kelab Sukan Dan Kebajikan Pasir Gudang dengan kerjasama Rangkaian Masjid An Nur telah menganjurkan Seminar Pengurusan Qurban Dan Aqiqah 2018. Seminar ini bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan tatacara pengurusan Qurban dan Aqiqah yang dilaksanakan saban tahun mengikut syariat Islam.

Seminar yang diadakan bertempat di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar ini telah dihadiri seramai 116 orang terdiri daripada warga kerja MPPG, Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau serta masyarakat setempat. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Sulaiman bin Ismail, Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Bergambar bersama selepas tamat sesi lawatan rasmi.

Penyampaian cenderahati oleh Tuan Hj. Hakim Ariffbin Md. Noor selaku Setiausaha Majlis Bandaraya

Alor Setar kepada Setiausaha MPPG.

YAYASAN PASIR GUDANG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

YPG BERI SUMBANGAN MANGSA KEBAKARANDI KG PASIR PUTIH

PASIR GUDANG telah dikejutkan dengan satu peristiwa kebakaran di Kampung Pasir Putih pada 16 Ogos yang lalu. Kebakaran ini telah melibatkan empat buah rumah sewa dan empat buah keluarga. Kebakaran yang berlaku juga telah mengakibatkan musnah sepenuhnya (total lost).

Mangsa yang terlibat telah ditempatkan sementara di Dewan Kampung Pasir Putih sehingga keadaan pulih seperti sediakala. Segala keperluan khemah dan pakaian telah disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor. Manakala bagi Pembelian makanan pula telah disumbangkan oleh Yayasan Pasir Gudang (YPG). YPG telah menyumbangkan sebayak RM500.00 kepada setiap keluarga serta bantuan pembelian barang kelengkapan sekolah kepada anak mangsa yang bersekolah. Bantuan bagi mendapatkan rumah sewa SUK Taman Cendana bagi dua keluarga juga turut diberikan manakala dua buah keluarga lagi telah mendapatkan rumah sewa sendiri.

Empat buah keluarga yang telah mendapat bantuan dalam kebakaran ini ialah keluarga Zulkifli bin Husin, Fazilaton binti Yusof, Nurfathiah binti Mohd Yahya dan Bahar bin Usman.

Penempatan khemah sementara di dewanKampung Pasir Putih kepada semua mangsa yang terlibat.

Pengurus YPG, En Sharul Akhmal turut melawatlokasi kejadian.

Lokasi kejadian di mana empat buah rumah sewa telah terbakar dan musnah sepenuhnya.

PROGRAM OGOS 2018

lesen perniagaan/

perusahaan & penjaja

notis pemberitahuan

PENGEcUALIAN TIDAk DIkEcUALIkAN Pasar Malam Pasar Sehari/ Pagi Penjaja Bergerak Penjaja Statik

A. PENJAJA STATIk • Kioskdipremisberlesen • Gerai/premiskerajaan/premisPBT • PasarAwam • PasarPersendirian • PasarBorong

B. PENJAJA SEMENTARA • Bazar/BazarPerayaan • Penjajabuah-buahanbermusim • Penjajamakananbermusim(lemang/kuihbulandsb)

Sebarang pertanyaan hubungi, 07-254 7777 : Cik Izani/ Pn EmmaBahagian Pelesenan, Aras 15, Menara Aqabah.

Sebarang pertanyaan hubungi, 07-254 7777 : Cik IntanBahagian Pelesenan, Aras 15, Menara Aqabah.

Kepada Pemilik Lesen Perniagaan/ Perusahaan; Sila perbaharui Lesen Perniagaan/ Perusahaan dan Iklan Pelesenan bagi tahun 2019 bermula pada 2 September sehingga 30 November 2018.

Pembaharuan lesen pada tempoh selepas 30 November sehingga 31 Disember 2018 boleh dikenakan penalti sebanyak tidak melebihi 1 kali kadar bayaran lesen.

Lesen selepas 31 Disember 2018 dianggap terbatal dan perlu membuat permohonan baru.

Pengecualian bayaran lesen penjaja akan mula dilaksanakan mulai 1 September 2018.

Semua penjaja wajib membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan lesen.

Pengecualian ini hanyalah keatas bayaran lesen sahaja manakala lain-lain bayaran berkaitan adalah dikekalkan.

Semua penjaja masih wajib mematuhi syarat-syarat lesen yang dikeluarkan oleh MPPG.

Pematuhan kepada peruntukan akta dan undang-undang lain yang berkaitan.

PERUBAHAN HAD TEMPOHPEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN/ PERUSAHAAN.

PENGECUALIAN BAYARAN LESEN PENJAJA