berita pasir gudang - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk pasir gudang dan sekitarnya....

16
PASAR AWAM MASAI PASIR GUDANG KINI BERWAJAH BARU www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera BIRO PENDIDIKAN KSK MPPG ANJUR SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADAN MENARIK DI DALAM : JALAN CANGGUNG - KOTA MASAI DINAIK TARAF HOSPITAL PASIR GUDANG DIJANGKA SIAP 2022 PROGRAM WAWANCARA RTM DI SANTUARI SARANG BUAYA

Upload: doanduong

Post on 16-Mar-2019

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

MEI2018

2017

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

05

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

MPPG PBT PERTAMA DI NEGERI JOHORTERIMA SIJIL EKSATERIMA SIJIL EKSA

PASAR AWAM MASAIPASIR GUDANG KINI BERWAJAH BARU

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

BIRo PENdIdIKAN KSK MPPG ANJUR SUMBANGAN BAKUl KASIH RAMAdAN

MENARIK DI DALAM :

JAlAN CANGGUNG - KotA MASAIdINAIK tARAf

HoSPItAl PASIR GUdANGdIJANGKA SIAP 2022

PRoGRAM WAWANCARA RtMdI SANtUARI SARANG BUAyA

Page 2: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EdITorEncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNg KETuA EdITorPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENgArANgEncik Nazarul bin Jaafar

PEmbErITA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

......................................................

Diterbitkan olehJAbATAN PEmbANguNAN mASYArAKAT

MPPG PBT Pertama Di Negeri Johor Terima Sijil EKSA.

Pasar Awam Masai Pasir Gudang Kini Berwajah Baru.

Hospital Pasir Gudang Dijangka Siap 2022.

Lensa Edisi Khas : Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Sepanjang Ramadan.

Lensa MPPG Mei 2018.

Jalan Canggung - Kota Masai Dinaik Taraf.

Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya di Kg. Kuala Masai.

Biro Pendidikan KSK MPPG Anjur Sumbangan Bakul Kasih Ramadan.

Qiamullail “Journey To Jannah” - Menitip Memperkasa Iman

Lawatan Ziarah Dari YBhg Ketua Setiausaha Negara Ke Pasir Gudang.

Aktiviti Biro Agama KSK MPPG Sepanjang Ramadan Berlangsung.

Program Wawancara RTM Di Santuari Sarang Buaya.

Yayasan Pasir Gudang - Program Sepanjang Mei 2018.

Info Terkini : Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang.

345

1011

13

12

141516

8&9

6&7

AlHAmdulIllAH, SYuKur kita ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada bulan Mei di edisi Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang.

Dalam bulan Mei ini, kita menyambut Ramadan pada pertengahan bulan dan mudah-mudahan ianya dapat memberikan iltizam untuk kita terus meningkatkan lagi ibadah dan terus komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Dalam bulan ini, MPPG telah melakar satu lagi sejarah apabila berjaya menjadi PBT Negeri Johor yang pertama beroleh Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Sijil EKSA yang diperolehi oleh MPPG merupakan kesinambungan daripada amalan 5S sebelum ini yang menerapkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Melalui EKSA, ianya telah menambah elemen baharu iaitu imej korporat, kreativiti dan inovasi bagi memastikan suasana tempat kerja lebih teratur. Melalui penganugerahan sijil ini, diharapkan sesebuah PBT itu akan terus konsisten dalam mengekalkan suasana tempat kerja yang progresif, mampan serta mempunyai imej korporat yang tinggi.

Selain daripada itu, pada awal bulan ini, MPPG terus komited untuk meningkatkan lagi infrastruktur sedia ada. Projek pelebaran Jalan Canggung - Kota Masai di Taman Pasir Putih telah diadakan dan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin bertempat di Jalan Canggung, Taman Pasir Putih. Projek Pelebaran jalan ini melibatkan satu kilometer akan dijalankan secara bersama dan perkongsian kos antara MPPG bersama tiga pemaju iaitu Ecotropic Developement Sdn. Bhd., Grand View Realty Sdn. Bhd., dan Mah Sing Properties Sdn. Bhd. dengan kos berjumlah RM9.16 juta ringgit. MPPG sangat tekad dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya dan semoga dengan kemudahan baru yang bakal dinikmati ini akan digunakan dengan

sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya.

MPPG juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan, dan bagi mencapai tujuan tersebut, satu lagi kemudahan prasarana iaitu Pasar Awam Masai telah siap dinaiktaraf. Pasar awam yang menempatkan 66 lot niaga ini bakal menjadi tumpuan kira-kira 400,000 pengunjung sekitar Masai dan Pasir Gudang. Projek ini yang menelan belanja berjumlah RM4,653,239.62 hanya mengambil tempoh sembilan bulan sahaja untuk disiapkan bagi membolehkan peniaga-peniaga berniaga dengan selesa di lot-lot yang telah dinaiktaraf.

Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak pada pertengahan bulan ini, pelbagai program majlis berbuka puasa dan sumbangan ramadan juga telah diadakan. Antaranya jemputan berbuka puasa di surau serta masjid sekitar Pasir Gudang, Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Orang Asli yang diadakan di Kampung Kuala Masai Pasir Gudang, Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuan Pegawai Daerah Johor Bahru dan Program Ihya Ramadan yang diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Bulan Mei ini juga merupakan bulan yang bertuah kerana Pasir Gudang telah menerima lawatan ziarah dari Yang Berbahagia Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan isteri. Lawatan Tan Sri dan rombongan dimulakan dengan Majlis Perasmian Kejohanan-kejohanan Olahraga ke-31 SJK Tamil Pasir Gudang serta beramah mesra dan mengadakan program ziarah kebajikan. YBhg Tan Sri juga turut menyampaikan sumbangan Puspanita Daerah Johor Bahru kepada SJK Tamil Pasir Gudang berjumlah RM150,000.00. Selepas sesi penyampaian hadiah, YBhg Tan Sri dan isteri dibawa ke sesi lawatan ziarah kebajikan oleh ahli Puspanita.

MPPG juga tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan bulan Ramadan yang mulia ini. Antaranya, Biro Pendidikan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MPPG telah menganjurkan Program Sumbangan Amal

BERITA PASIR GUDANG2

PEruTuSAN YANg dIPErTuAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

“Bakul Kasih Ramadan” dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). “Bakul Kasih Ramadan” dengan nilai sumbangan RM 5,700.00 telah dapat dikumpulkan dan diserahkan kepada Penolong Akauntan MAIJ, (Cawangan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang) Encik Mohd Fuad bin Abd Rahman di dalam Majlis Perhimpunan Pagi MPPG. Konsep sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai berjumlah RM50.00 untuk satu bakul yang mengandungi barang keperluan asas dapur seperti beras, minyak masak dan gula.

Dalam menempuh pelbagai cabaran, suka saya ingatkan supaya penjawat awam yang telah diberikan tanggungjawab untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dan menunjukkan kesungguhan untuk berbakti kepada masyarakat dan negara amnya. Akhir kata, semoga kita dapat meneruskan amalan berpuasa di bulan yang penuh mulia ini. Sehingga kita bertemu lagi pada bulan Syawal yang bakal dirai dan disambut kelak.

Sekian,

Hasrin Kamal bin HashimYang dipertua mPPg

KANdUNGAN

MPPG PBT PERTAMA DI NEGERI JOHORTERIMA SIJIL EKSATERIMA SIJIL EKSA

Page 3: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

......................................................

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

30 MEI 2018, merupakan satu lagi tarikh bersejarah bagi Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) apabila menerima Pensijilan EKSA sebanyak 19 sijil dengan tahap Cemerlang. MPPG merupakan PBT pertama di Negeri Johor yang menerima penganugerahan ini dan Pihak Berkuasa Tempatan ke enam yang melepasi sesi pengauditan sijil EKSA oleh pihak MAMPU. Majlis penerimaan sijil-sijil EKSA ini diadakan semasa Kunjungan Hormat pihak MPPG ke Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Turut hadir sama dalam Majlis Penerimaan tersebut ialah Encik Mohd Shahabuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, Encik Lornie Enggong, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan 2, En. Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha MPPG En. Saipol Rahman bin Hj. Amat. 19 Sijil yang diterima MPPG adalah merangkumi : - 1 Sijil Menara Aqabah, - 1 Sijil Stadium Perbandaran Pasir Gudang, - 1 Sijil Stadium Bola Sepak Majlis Perbandaran Pasir Gudang, - 1 Sijil Perpustakaan Awam Pasir Gudang, - 1 Sijil Muzium Layang-layang Pasir Gudang, dan - 14 Sijil melibatkan Dewan-dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dengan Penerimaan Sijil EKSA ini, MPPG merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Johor yang mendapat Pensijilan EKSA justeru PBT pertama yang memperoleh Sijil EKSA terbanyak di Negeri Johor dalam kategori Pihak Berkuasa Tempatan. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja MPPG atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga usaha dalam mencapai kecemerlangan seperti ini dapat diteruskan dalam program atau sasaran bagi pencapaian-pencapaian pada masa hadapan.

Yang Dipertua serta barisan pihak pengurusan bersama kesemua 19 sijil pengauditan EKSA yang diperoleh dari pihak MAMPU.

MPPG PBT PERTAMA DI NEGERI JOHORTERIMA SIJIL EKSATERIMA SIJIL EKSA

Page 4: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

HoSPItAl PASIR GUdANGdIJANgKA SIAP 2022

PASAR AwAM MASAI PASIR GUDANG yang memulakan operasi menaiktaraf bangunannya bermula Ogos 2017 telah siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin pada 1 Mei yang lalu.

Projek yang menelan belanja berjumlah RM4,653,239.62 ini hanya mengambil tempoh sembilan bulan sahaja untuk disiapkan bagi membolehkan peniaga-peniaga berniaga dengan selesa di lot-lot yang telah dinaiktaraf.

Dengan adanya pasar awam ini, ianya telah memberikan pelbagai kebaikan serta faedah kepada orang ramai, khusus kepada peniaga dan juga pelanggan yang menggunakan kemudahan pasar ini. Antaranya kemudahan tempat meletak kenderaan yang luas serta kemudahan parkir bagi golongan OKU. Unit lot kedai juga telah ditambah dari 40 unit kepada 66 unit yang ditawarkan kepada peniaga. Selain itu, kadar sewa yang murah juga menjadi faktor harga barangan yang dijual adalah berpatutan dan lebih murah berbanding pasar-pasar lain yang ada di sekitar Pasir Gudang.

Pasar Awam Masai akan menjadi tumpuan hampir 400,000 penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya seperti Masai, Kg Sepakat Jaya,Taman Bukit Dahlia dan taman perumahan lain. Antara barangan yang boleh dibeli pada harga yang berpatutan adalah seperti barangan basah; ikan, ayam, daging, udang dan makanan laut, barangan kering; sayur, buah dan barangan runcit seperti rempah ratus yang menjadi keperluan harian pembeli.

KINI bErWAJAH bAru

PASAR AWAM MASAIPASIR GUDANG

Menurut En. Nordin Ahmad dari Taman Bukit Dahlia, harga barang-barang keperluan yang dijual disini amat berpatutan berbanding tempat lain. Seorang lagi pelanggan yang ditemui Puan Farida Ismail berkata, “Selain daripada harga yang murah, barang basah yang dijual adalah segar kerana ianya diperoleh secara terus dari pembekal”. Beliau menggalakkan mereka yang ingin mendapatkan bekalan mentah untuk barang dapur supaya ke Pasar Awam Masai bagi melihat sendiri barangan tersebut.

Antara tetamu yang hadir semasa Majlis PerasmianPasar Awam Masai Pasir Gudang oleh Menteri Besar Johor,

YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin.

BERITA PASIR GUDANG4

Page 5: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

PASIR GUDANG bakal mendapat sebuah hospital kerajaan apabila satu Majlis Pelancaran Hospital Pasir Gudang telah diadakan dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin di Bandar Seri Alam.

Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan mempunyai keyakinan tinggi terhadap projek terbabit yang mana dijangka akan menjadi pusat perubatan termoden di negeri ini. “Hospital Pasir Gudang itu juga akan menjadi pemacu peningkatan fasiliti dan kemudahan awam yang berada di kawasan tersebut dan ini merupakan satu lagi usaha untuk kita melengkapkan keperluan masyarakat dalam kawasan ini, dan kita akan rancang supaya ini diteruskan. Kualiti fasiliti ini sentiasa menjadi matlamat kerana Pasir Gudang ini terletak di bahagian timur Wilayah Iskandar dan menjadi penyumbang kepada pertumbuhan yang pesat dalam wilayah ini,” katanya.

Mengulas mengenai hospital berkenaan, Menteri Besar Johor berkata, pembinaannya akan memakan masa empat tahun dan dijangka siap menjelang 2022. “Ia akan dilengkapi dengan 304 katil, 36 unit kuarters kelas G, 50 unit asrama jururawat dan bangunan-bangunan sokongan dan teknikal yang lain”.

Hospital ini juga akan dapat menampung dan memberi nilai tambah kepada dua buah hospital kerajaan iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) serta 11 hospital swasta yang lain, termasuklah tiga di Pasir Gudang. Pembinaan Hospital Pasir Gudang juga dapat mengurangkan 30 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di HSA dan HSI, sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital berkenaan.

HoSPItAl PASIR GUdANGdIJANgKA SIAP 2022

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Page 6: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

BERITA PASIR GUDANG6

Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Daerah Johor Bahru,Tuan Haji Md Rofiki bin Dato’ Haji. A. Shamsudiin.

PRoGRAM BERBUKA PUASADAN SUMBANGAN SEPANJANG RAMADAN

mASJId TAmAN rINTINg

mAJlIS bErbuKA PuASA dI SurAuKg buKIT TEmPuruNg, gElANg PATAH

Yang Dipertua bersama tetamu VIP menikmati hidangan berbuka sebelum menunaikan solat Maghrib.

Page 7: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

PRoGRAM BERBUKA PUASADAN SUMBANGAN SEPANJANG RAMADAN

SurAu bANdAr bISTArI PErdANA

mAJlIS bErbuKA PuASAdI JAlAN KuINI 3 KoTA mASAI

mAJlIS bErbuKA PuASA dANSumbANgAN HArI rAYA dI Kg. KuAlA mASAI Majlis Berbuka Puasa bersama YB Tuan Haji Mazlan bin Bujang,

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Infrastrukturdan Pengangkutan Negeri Johor.

Sumbangan Ramadhan di Surau Bistari Perdanabersama Yang Dipertua MPPG

Page 8: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

MEI 2018

Penyampaian cenderahati oleh Tn. Hj Mohamed Alibin Mohamed Abu Backer kepada En. Mohd Fauzee

bin Musa wakil dari Imperial College Johor Bahru.

LAWATAN DARI IMPERIAL COLLEGE JOHOR BAHRU

program IHYA RAMADAN

KEJOHANAN LIGA PREMIER MALAYSIA : JDT II VS SARAWAK

Antara aksi pemain yang dirakamketika perlawanan berlangsung

di Stadium Perbandaran Pasir Gudanganatara JDT II melawan Sarawak.

Program diadakan bertempat di KompleksPusat Bandar Pasir Gudang.

BERITA PASIR GUDANG8

Page 9: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

MESYUARAT BERSAMA COMBI PASIR GUDANG

Yang Dipertua dan Setiausaha bergambar bersamaAhli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Hassan Karim

dan ADUN Permas, YB Dato’ Che’ Zakaria Mohd Salleh.

YB Dato’ Che’ Zakaria bin Mohd Salleh turut melawatUTC Pasir Gudang.

LAWATAN AHLI PARLIMEN PASIR GUDANGDAN ADUN PERMAS KE MPPG

PROGRAM ZIARAH MPPG

Penyampaian sumbangan oleh Yang Dipertua MPPG,En.Hasrin Kamal bin Hashim.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Page 10: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

BERITA PASIR GUDANG1 0 BERITA PASIR GUDANG1 0

PENDUDUk PASIR GUDANG di kawasan Taman Kota Masai 1 hari ini boleh menarik nafas lega apabila Majlis Pelancaran Projek Pelebaran Jalan Canggung - Kota Masai telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin bertempat di Jalan Canggung Taman Pasir Putih.

Inisiatif pelebaran ini amat mendesak dan diperlukan bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan tersebut. Projek pelebaran jalan yang melibatkan 1 kilometer ini akan dijalankan secara bersama dan perkongsian kos antara MPPG bersama 3 pemaju iaitu Ecotropic Developement Sdn. Bhd., Grand View Realty Sdn. Bhd., dan Mah Sing Properties Sdn. Bhd. dengan kos berjumlah RM9.16 juta ringgit.

Tempoh masa bagi menyiapkan projek ini adalah bermula April 2018 sehingga Februari 2019. Projek pelebaran jalan ini juga akan membantu menambah kapasiti penggunaan kenderaan yang mampu ditanggung oleh jalan ini pada waktu puncak ialtu dari 1,200 penggunaan kenderaan per jam kepada 3,000 hingga 4,000 kenderaan pada waktu puncak.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Menteri Besar berkata, “Projek pelebaran jalan ini akan memberi manfaat dan kemudahan orang ramai di sekitar kawasan tersebut sekaligus mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Menurutnya, ia juga berikutan naik taraf diperlukan oleh jalan tersebut setelah melihat kepada pembangunan strategik yang sedang dibangunkan dengan pesat di kawasan tersebut (Kota Masai dan Taman Pasir Putih)”.

JAlAN CANGGUNG -KotA MASAI

Jalan Kota Masai 1 merupakan akses yang menghubungkan Taman Kota Masai dan Taman Pasir Putih yang menjadi laluan penduduk sekitar Pasir Gudang ke kawasan pusat bandar serta kawasan perindustrian Pasir Gudang. Melalui projek ini, penduduk dan pengguna di Taman Kota Masai dan Taman Pasir Putih di sini pasti tidak sabar bagi menggunakan kemudahan ini dan mendapat keselesaan dalam menggunakan jalan raya di kawasan tersebut.

DINAIK TARAF

Page 11: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

SEMPENA MENyAMBUt kEDAtANGAN BULAN SyAwAL yang bakal tiba tidak lama lagi, Majllis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan sambutan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di perkampungan Orang Asli Kg. Kuala Masai yang telah disempurnakan oleh En. Saipol Rahman bin Hj Amat, Setiausaha MPPG selaku wakil rasmi Yang Dipertua.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh pendakwah bebas jemputan, Tuan Hj. Azmi bin Ali, seterusnya disampaikan tazkirah Ramadan sebelum majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bermula. Seramai 86 orang keluarga masyarakat Orang Asli dari empat buah perkampungan di dalam kawasan MPPG iaitu ; Kg. Pasir Salam, Kg. Teluk Kabong, Kg. Pasir Putih dan Kg. Kuala Masai telah menerima sumbangan aidilfitri bagi tahun ini. Sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentuk barangan keperluan asas dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Seterusnya, selepas masuk waktu berbuka puasa, diadakan pula solat Maghrib berjemaah bersama penduduk dan jemputan yang hadir. Seorang penduduk kampung, Puan Zaharah Syed Mohamad dari Kg. Pasir Putih berkata “Ini adalah kali ketiga saya menerima sumbangan aidilfitri dari MPPG dan berasa amat bersyukur kerana melalui sumbangan ini, ia dapat meringankan beban saya dalam perbelanjaan saya sekeluarga menyambut hari raya” katanya yang hanya bekerja mengambil upah mengutip kerang dipesisir pantai Kg. Pasir Putih.

Hadir sama dalam program ini, Tn. Hj. Ab. Jalil bin Ab. Rahman, Ketua Bahagian Sosial Jabatan Pembangunan Masyarakat, En. Sharul Akhmal bin Johari, Pengurus Yayasan Pasir Gudang serta Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Antara penerima cenderahati bagi warga kerja yang lahir pada bulan April.

DAN SumbANgAN HARI RAyADI Kg. KuAlA mASAI

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Page 12: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

QIAMULLAIL merupakan satu amalan yang amat digalakkan kepada penganut Islam. Di samping ibadah fardhu yang telah ditetapkan setiap hari, melalui ibadah ini kita dapat membentuk jiwa dan rohani yang lebih mantap. Sebagai umat Islam hendaklah kita merebut peluang yang ada untuk menunaikan amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W. Bersempena 10 malam terakhir Ramadan 1439 Hijrah, Biro Agama KSK MPPG telah menganjurkan sekali lagi Qiamullail “Journey To Jannah” bersama YDP MPPG. Qiamullail ini telah dimulai dengan bacaan Zikir Munajat yang dipimpin oleh Ybhg. Ustaz Abdul Aziz bin Ali, Imam Masjid An Nur Pasir Gudang manakala solat sunat telah dipimpin oleh Ybhg. Ustaz Muhammad Shafiq bin Rosli, Imam Masjid An Nur Pasir Gudang. Selesai Qiamullail warga kerja telah bersama-sama mendengar tazkirah subuh yang disampaikan oleh penceramah yang diundang.

Masyarakat setempat juga tidak melepaskan peluang turut serta di dalam program ini.

BIRo PENdIdIKANKSK MPPGANJUR SUMBANGANBAKUL KASIH RAMADAN

SEMPENA BULAN RAMADAN yang penuh keberkatan, Biro Pendidikan KSK MPPG telah menganjurkan Program Sumbangan Amal “Bakul Kasih Ramadan” dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (Cawangan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang).

Sumbangan telah dibuka mulai 16 Mei - 28 Mei 2018 kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan sasaran sumbangan adalah sebanyak 100 bakul. Namun, Biro Pendidikan berjaya melepasi sasaran 100 buah bakul apabila berjaya mendapat sumbangan bakul berjumlah 114 buah “Bakul Kasih Ramadan” dengan nilai sumbangan RM 5,700.00. telah dapat dikumpulkan dan diserahkan kepada Penolong Akauntan MAIJ, (Cawangan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang) Encik Mohd Fuad bin Abd Rahman di dalam Majlis Perhimpunan Pagi MPPG. Sumbangan disampaikan oleh Yang

Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim. Sumbangan dibuat atas nama Kelab Sukan dan Kebajikan MPPG dengan kerjasama MAIJ.

Konsep sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai berjumlah RM50.00 untuk satu bakul yang mengandungi barang keperluan asas dapur seperti beras, minyak masak dan gula. Sumbangan diuruskan oleh Biro Pendidikan KSK MPPG dan diserahkan kepada MAIJ (Cawangan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang) untuk edaran kepada golongan asnaf yang memerlukan di sekitar Pasir Gudang.

Tahniah diucapkan kepada Biro Pendidikan KSK MPPG atas program yang mendapat sambutan menggalakkan dari warga MPPG. Diharapkan semoga program seperti ini akan dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Persiapan membungkus barangan “Bakul Kasih Ramadan”.

QIAMULLAIL “JOURNEY TO JANNAH” MENItIP MEMPERKASA IMAN

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertuakepada Mohd Fuad bin Abd Rahman wakil dari MAIJ.

BERITA PASIR GUDANG1 2

Page 13: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

LAWATAN ZIARAH DARI YBHG KETUA SETIAUSAHANEGARA KE PASIR GUDANG

SUMBANGAN NASI ARAB kEPADA wARGA kERJA MPPG

BIRo AGAMA di bawah KSK MPPG telah mengagihkan sebanyak 460 bungkus nasi arab kepada warga kerja MPPG.

GotoNG RoyoNG MENCERIAkAN MASJID

PRoGRAM telah dijalankan bertempat di Masjid An-Nur Pasir Gudang dan disertai oleh seramai 39 warga kerja MPPG. Antara aktiviti gotong-royong yang dijalankan adalah seperti mengecat dinding masjid, membersihkan kipas, membersihkan karpet, mencuci tempat wuduk lelaki dan wanita dan membersihkan bahagian ruang dalam masjid.

kEtUA SEtIAUSAhA NEGARA, YBhg. Tan Sri Ali bin Hamsa dan isteri telah meluangkan masa ke Pasir Gudang bagi memenuhi jemputan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga ke-31 SJK Tamil Pasir Gudang serta beramah mesra dan mengadakan program ziarah kebajikan.

Majlis dimulakan dengan perasmian Kejohanan Olahraga ke-31 SJK Tamil Pasir Gudang. YBhg Tan Sri telah merasmikan kejohanan tersebut dengan menyalakan obor kejohanan seterusnya, menyampaikan hadiah kemenangan acara kejohanan sukan kepada pelajar yang berjaya. YBhg. Tan Sri juga turut menyampaikan sumbangan Puspanita Daerah Johor Bahru kepada SJK Tamil Pasir Gudang berjumlah RM150,000.00. Selepas sesi penyampaian hadiah tersebut, YBhg Tan Sri dan isteri dibawa ke sesi lawatan ziarah kebajikan oleh ahli Puspanita.

Hadir sama dalam lawatan ini, YB Dato’ Hj. Azmi bin Rohani Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, En. Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG, Pegawai-pegawai Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan serta ahli-ahli Puspanita cawangan Daerah Johor Bahru.

YBhg menyalakan obor sebagai gimik perasmian kejohanan bagi Kejohanan Olahraga ke-31 SJK Tamil Pasir Gudang.

YBhg Tan Sri dan isteri bergambar bersama YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri serta ahli

Puspanita cawangan Daerah Johor Bahru.

AKTIVITI BIRO AGAMA KSK MPPG SEPANJANG RAMADAN BERLANGSUNGSEMPENA SAMBUtAN BULAN RAMADhAN 1439 hIJRAh yANG LALU. BIRo AGAMA DI BAwAh kELAB SUkAN & kEBAJIkAN MPPG tELAh MENGANJURkAN BEBERAPA AktIvItI DAN PRoGRAM.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Page 14: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

Semua peserta bergambar bersama selepas program tamat di perkarangan Dewan An-Nur Masjid An-Nur Pasir Gudang.

UNIt SARANG BUAyA Pasir Gudang telah menerima kunjungan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi satu slot wawancara di Santuari Sarang Buaya Pasir Gudang pada 24 Mei yang lalu.

En. Abdul Malek bin Ab.Aziz yang bertugas sebagai Pengurus Santuari Sarang Buaya telah memberi penerangan mengenai konsep pendidikan yang ditekankan oleh pengurusan Sarang Buaya dalam memberikan fakta-fakta yang betul mengenai spesis-spesis buaya di Malaysia dan dunia.

Sarang Buaya Pasir Gudang dipromosikan sebagai destinasi pelancongan pendidikan haiwan dan biodiversiti bakau, di mana di sini telah di tempatkan sejumlah 125 ekor buaya yang dijaga dan diurus sepenuhnya di bawah Unit Sarang Buaya Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Selain daripada itu, unit ini juga menerima pelajar-pelajar latihan industri dari universiti tempatan yang membuat kajian kes mengenai subjek yang berkaitan.

Dua orang pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu juga telah ditemuramah. Saudari Fateen Nur Syahirah merupakan seorang yang berminat dengan haiwan reptilia ganas ini dan beliau berterima kasih kepada Sarang Buaya kerana memberi peuang kepada beliau untuk menjalani latihan industri di sini. Manakala saudari Sharifah Fatin Naqliah, pelajar jurusan Diploma Perikanan pula berkata, beliau bukan sahaja dapat belajar mengenai buaya malah memperoleh ilmu dan pendedahan mengenai kepentingan hutan paya bakau yang kaya dengan biodiversiti di kawasan Sarang Buaya ini.

En. Abdul Malek bin Ab Aziz selaku pengurus di Santuari Sarang Buaya memberi penerangan mengenai konsep pelancongan

pendidikan yang dipromosikan oleh santuari ini.

Sebilangan buaya yang ditempatkan di kolam A di sini.

PROGRAM WAWANCARA RTMdi Santuari Sarang Buaya

BERITA PASIR GUDANG1 4

Page 15: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG MEI 2018

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

25 MEI 2018

31 MEI 2018

Nama Program : mAJlIS SumbANgAN rAmAdAN Al mubArAK 2018Masa : 3.00 PetangTempat : Dewan Serbaguna Taman ScientexSenarai VIP : 1) YB Dato’ Seri Zakaria bin Mohd Salleh ADUN PermasPeserta/ Penerima : 200 orang penerimaButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Zakaria bin Mohd Salleh, ADUN Permas. ii. Seramai 200 orang penerima telah menerima sumbangan sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. iii. Setiap penerima telah menerima sumbangan bernilai RM 200.00 dari segi barangan keperluan asas dan wang tunai. iv. Mereka yang terpilih dikalangan golongan berkemampuan, ibu tunggal yang tidak berkemampuan, pesakit kronik, warga emas dan lain-lain lagi.

Nama Program : mAJlIS bErbuKA PuASA & SumbANgAN AIdIlfITrI mASYArAKAT orANg ASlI 2018Masa : 5.30 PetangTempat : Kg Orang Asli, Kg Kuala MasaiSenarai VIP : 1) YB Dato’ Seri Zakaria bin Mohd Salleh ADUN PermasPeserta/ Penerima : 86 orang penerimaButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh yang berbahagia Encik Saipol Rahman bin Hj Amat, Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang selaku wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. ii. Seramai 86 orang keluarga telah menerima sumbangan aidilfitri pada tahun ini. iii. Sumbangan berbentuk barang keperluan asas dan wang tunai.

Page 16: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · sepenuh manfaat oleh penduduk Pasir Gudang dan sekitarnya. MPPG juga sentiasa berusaha ... Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG serta Setiausaha

TANAH PERKUBURAN

ISLAM MUTMAINNAH

TANAH PERKUBURAN ISLAM MUTMAINNAH PASIR GUDANG

gArIS PANduAN KHuSuS PENYErAgAmAN KEPoK dAN bATu NISAN

kAtEGoRISPESIFIkASI kUBUR

LELAkI(DEwASA)

SPESIFIkASI kUBUR PEREMPUAN

(DEwASA)

SPESIFIkASI kUBUR LELAkI

(kANAk-kANAk)

SPESIFIkASI kUBUR PEREMPUAN

(kANAk-kANAk)

Jarak Antara kubur

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

a. Jarak antara kepala dan kaki kubur : 1½ kaki (50cm)

b. Jarak antara sisi kubur : 1½ kaki (50cm)

Ukuran kepungan

(kepok)

a. Panjang Kepok : 6.5 kaki (233cm) termasuk tapak.

b. Lebar kepok : 3 kaki (100cm) termasuk tapak.

c. Tinggi kepok : Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)

d. Warna kepok : Putih

a. Panjang Kepok : 6.5 kaki (233cm) termasuk tapak.

b. Lebar kepok : 3 kaki (100cm) termasuk tapak.

c. Tinggi kepok : Tidak lebih 1 kaki (33.3cm)

d. Warna kepok : Putih

a. Panjang Kepok : 3.5 kaki (133.3cm) termasuk tapak.b. Lebar kepok : 2 kaki

(66.6cm) termasuk tapak.c. Tinggi kepok : Tidak lebih

1 kaki (33.3cm)d. Warna kepok : Putih

a. Panjang Kepok : 3.5 kaki (133.3cm) termasuk tapak.b. Lebar kepok : 2 kaki

(66.6cm) termasuk tapak.c. Tinggi kepok : Tidak lebih

1 kaki (33.3cm)d. Warna kepok : Putih

Ukuran Nisan

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

a. Tinggi nisan : 2 kaki (66.6cm) termasuk yang tertanam.

b. Warna nisan : Putihc. Bentuk : Bulatd. Maklumat : Nama, Tarikh

Lahir, Tarikh Mati, No. Lot.

Nisan / kepok**

WAKTU OPERASI : 8.00 pagi - 7.00 malamWAKTU REHAT : 1.00 petang - 2.00 petangBAYARAN URUSAN PENGKEBUMIAN : RM150.00Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 07-254 7777 ATAU pegawai bertugas sebagaimana berikut :En. Mohd Asril Akhmal bin Abd Aziz : - 017-781 1578En. Mohd Azly bin Abd Aziz : - 012-742 6042En. Mohd Zuiki bin Mohd Saidi : - 013-361 6473

* Tertakluk kepada arahan pihak pengurusan Tanah Perkuburan Mutmainnah**Garis panduan berdasarkan saranan Jabatan Agama Islam Negeri Johor