eksa - mppg.gov.my · majlis penyerahan surat tawaran dan kunci bengkel ... focus item dan...

16
TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG BERITA BERITA MEI 2017 PASIR GUDANG Breakfast Run 2017 PELANCARAN LOGO Ekosistem Kondusif Sektor Awam EKSA KARNIVAL JUALAN MEGA MUAFAKAT JOHOR 2017 M/s5 www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera PROGRAM WALKABOUT - M/s14 KEJOHANAN KAROM TERBUKA - M/s7

Upload: vuthien

Post on 05-Jun-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

BERITABERITA

MEI 2017

2017

PASIR GUDANG

EKSA

Breakfast Run2017

PELANCARAN LOGO

Ekosistem Kondusif Sektor AwamEKSA

KARNIVALJUALAN MEGAMUAFAKAT JOHOR 2017M/s5

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

PROGRAM WALKABOUT - M/s14

KEJOHANAN KAROM TERBUKA - M/s7

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Kalam kata, SYUKUR Alhamdulillah ke-hadrat Allah SWT kerana dengan

limpah kurnia-Nya sekali lagi dapat saya meneruskan perutusan bulanan Berita Pasir Gudang (BPG) edisi Mei 2017 ini yang sentiasa mendapat perhatian pembaca setia bagi mengetahui perkembangan dan informasi di Pasir Gudang dan kawasan pentadbirannya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga Pasir Gudang bersama-sama telah terlibat dengan majlis-majlis rasmi dan program-program yang dianjurkan di Pasir Gudang sepanjang bulan ini. Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta pihak swasta juga telah memilih Pasir Gudang sebagai destinasi atau tempat untuk mengadakan program yang dilihat mampu memberikan impak positif dalam kesejahteraan dan perpaduan penduduk Pasir Gudang. Sebagai contoh, Karnival Hari Pekerja peringkat Parlimen Pasir Gudang yang berlangsung dengan meriah selama dua hari iaitu 5 & 6 Mei 2017. Karnival ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada individu yang sedang mencari peluang pekerjaan, selain anjuran pelbagai aktiviti yang melibatkan penduduk setempat Pasir Gudang. Pembabitan beberapa buah kilang, agensi dan jabatan kerajaan dalam pameran, sesi temuduga dan pelbagai acara dilihat mampu menarik orang ramai khususnya golongan belia untuk terus menimba pengetahuan dan merasakan kepentingan ilmu dan sahsiah diri yang mantap sebelum menempuh alam pekerjaan. Program Gerak Usahawan 2017 juga telah dianjurkan bertujuan untuk memberi

penerangan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Perbandanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (EDC) serta agensi kerajaan yang turut serta terlibat dalam program ini. Dengan adanya program seperti ini, usahawan dan bakal usahawan dapat menimba ilmu dalam bidang perniagaan dan mempertingkatkan usaha mereka untuk terus maju ke hadapan. Dalam pada itu, MPPG juga telah menganjurkan Majlis Kempen Bebas Denggi Raya Bergaya yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Mohamad Amin bin Ahmad selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Zon Mawar dengan tema “Muafakat Mesra Zon Mawar Sejahtera”. Program seperti ini dapat membina perpaduan hasil gabungan tenaga daripada penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka. MPPG juga mengambil langkah ke hadapan dengan melaksanakan budaya kerja berkualiti dan pelaksanaan program EKSA. EKSA merupakan singkatan Ekosistem Kondusif Sektor Awam iaitu satu inisiatif kerajaan dalam penambahbaikan pelaksanaan amalan 5S’ yang diperkenalkan semula kepada EKSA kali ini. Pelancaran logo EKSA turut diperkenalkan. Seterusnya, MPPG meneruskan lagi pentadbirannya dengan pembinaan dewan muafakat Taman Bukit Dahlia. Pembinaan dewan ini telah bermula 14 April 2016 dan telah siap sepenuhnya pada 1 Februari 2017. Pada pertengahan Mei, berlangsung Majlis Serahan kunci telah dibuat oleh wakil dari kontraktor kepada Encik Hasrin Kamal

Perhimpunan Bulanan: Mei & Pelancaran Logo EKSA MPPG Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Johor ke Parlimen Pasir Gudang Tinjau Permasalahan PendudukKarnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017Karnival Hari Pekerja Pasir Gudang Parlimen 159Kejohanan Karom Terbuka Pasir GudangMesyuarat Agung Kelab Sukan & Kebajikan MPPG 2017Lensa MPPG MEI 2017Seminar OSH 2017MPPG Banteras Mesin Judi

Kejayaan Projek Penghasilan Telur Buaya Gotong Royong Mei 2017Program Gerak Usahawan 2017Johor Offroad Challenge Charity RunNBOS: Mobile Community Transformation Centre NBOSH (Mobile CTC)Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dan Kunci Bengkel Usahawan Muafakat Johor Taman Desa RakyatYDP Turun PadangPenyerahan Kunci Dewan Muafakat Taman Bukit DahliaYayasan Pasir GudangKeroncong MPPG & Pasir Gudang School Band (PGSB)

3

11

12

4

567

10

13

14

1516

8&9

bin Hashim YDP MPPG selaku wakil pihak Pengurusan MPPG. Secara tidak langsung, pembinaan dewan muafakat ini dapat mempertingkatkan kemudahan sekitar Pasir Gudang untuk kegunaan masyarakat setempat. MPPG bukan sahaja menumpukan program sosial malah aktiviti kesukanan juga dititikberatkan bagi melahirkan masyarakat sihat dan sejahtera. Antara program sukan yang telah dianjurkan oleh MPPG sepanjang bulan Mei ini ialah Johor Offroad Charity Run dan Kejohanan Karom Terbuka Pasir Gudang 2017. Program sukan seperti dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara MPPG dengan pihak luar atau masyarakat setempat. Sebelum mengakhiri perutusan saya dalam Berita Pasir Gudang edisi Mei ini, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Pekerja” kepada seluruh warga kerja MPPG juga pembaca setia Berita Pasir Gudang dan menyeru semua supaya sentiasa memberikan komitmen 100 peratus terhadap tugasan yang diberi dan melaksanakannya dengan jayanya. Sehingga bertemu lagi di edisi yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

PELANCARAN LOGOPERHIMPUNANBULANAN : &MEI

.............................................

Pelancaran logo EKSA MPPG telah diadakan bagi memastikan

penghayatan warga kerja terhadap amalan kerja seharian yang kondusif dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kerja. Perhimpunan bagi bulan Mei juga diadakan pada masa yang sama. Pertandingan Mencipta Logo EKSA juga telah diadakan dan pemenang bagi pertandingan ini dimenangi oleh Mohamad Nuralif bin Borhan dari Jabatan Undang-Undang MPPG.

EKSA merupakan singkatan ‘Ekosistem Kondusif Sektor Awam’ iaitu satu inisiatif kerajaan di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam penambahbaikan pelaksanaan amalan 5S’ yang dijenamakan semula kepada EKSA. Dalam model terbarunya, EKSA telah memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan

EKSA MPPG

mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S’ yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S’ tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Mohamad Nuralif bin Borhan pemenang hadiah utama Pertandingan Mencipta Logo EKSA.

Antara pegawai dan ketua jabatan yang hadir bersama Yang Dipertua.

Pelancaran t-shirt EKSA oleh YDP MPPG di Dewan Al-Hamra.Pelancaran Logo EKSA.

Lawatan kerja YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin

Nordin ke Parlimen Pasir Gudang baru-baru ini dilihat mampu memberi impak positif kepada hampir 330,000 penduduk yang bermastautin di kawasan ini.

Terdapat tujuh kawasan yang dilawatinya yang bermula di Dewan Muafakat Permas Jaya 2, Permas, Perumahan Molek Ria, Kampung Melayu Pandan, Dewan serbaguna Jalan Gunung Seri Alam, Perumahan Jalan Tasek 64, Kampung Pasir Gudang Baru dan berakhir di Dataran Permas dijangka mampu melonjakkan taraf sosio-ekonomi dalam kawasan Pasir Gudang.

Perancangan pembangunan yang menyeluruh dari segala aspek dilihat mampu memberi kesan positif dengan perancangan untuk menaiktaraf ekonomi rakyat. Cadangan seperti menaiktaraf gerai-gerai makan, premis-premis perniagaan, menambah lagi dewan serbaguna di kawasan-kawasan perumahan, menaiktaraf jalan raya,

dan membina lebih banyak kawasan rekreasi serta memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang menjana ekonomi penduduk setempat dan mampu menjadikan pembangunan di Pasir Gudang setaraf dengan kawasan-kawasan parlimen lain yang maju.

Di Jalan Tasek 64, YDP MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim telah menyampaikan taklimat pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh MPPG. Ini termasuklah program pembinaan gerai-gerai makan yang dinaiktaraf di Jalan Tasek 64 mampu menjana pendapatan penduduk selaras dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan taraf penduduk.

Seterusnya, upacara Pecah Tanah Medan Ikan Bakar di Kampung Pasir Gudang Baru mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan khususnya ‘expatriate’ yang berkhidmat dengan syarikat multinasional di Pasir Gudang serta warga Johor untuk menikmati makanan laut yang segar lagi berkualiti dan semestinya halal toyiban.

BERITA PASIR GUDANG4

Selain itu, untuk mengimarahkan lagi keperluan sosial, cadangan menambah dewan serbaguna di taman-taman perumahan seperti di zon Bistari Perdana dan zon Tanjung Puteri mampu meningkatkan keperluan sosial penduduk kerana dewan serbaguna mampu menjadi platform peningkatan keharmonian masyarakat setempat.

Menurut Encik Hasrin Kamal, MPPG sentiasa komited untuk memenuhi aspirasi kerajaan yang sentiasa peka dengan keperluan rakyat.

Katanya lagi, MPPG sentiasa menggunakan hasil kutipan cukai sebaik mungkin bagi melestarikan rakyat supaya kehidupan yang kondusif dapat dinikmati khususnya di Pasir Gudang.

Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Johor seperti YB Hajah Normala binti Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang; Ybhg Tuan Haji A. Rahim bin Haji Nin, Datuk Bandar MBJB.

LAWATAN KERJAYAB MENTERI BESAR johoRKE PARLIMEN PASIR GUDANG TINJAU PERMASALAHAN PENDUDUK

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

MUAFAKAT JOHOR 2017JUALAN MEGAKArNIVAl

Bertempat di kawasan perkarangan Stadium Tertutup

Pasir Gudang, Karnival Jualan Mega Muafakat Johor anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Johor (KPDNKK) mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar Pasir Gudang. Kerjasama di bawah NBOS (National Blue Ocean Strategy) antara KPDNKK dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan MPPG ini salah satu inisiatif dalam membantu menangani peningkatan kos sara hidup pengguna di negeri Johor selaras dengan aspirasi Perdana Menteri.

Menurut pihak penganjur, inisiatif ini merupakan program jualan terus antara pengilang dengan pemborong kepada pengguna yang menawarkan pelbagai pilihan barangan pada harga berpatutan.

Antara konsep jualan mega ini adalah jualan barangan keperluan pada harga muafakat dan menawarkan barangan focus item dan mensasarkan penawaran skala besar vs pembelian skala kecil.

Program-program seperti ini menjadi salah satu medium untuk sebaran informasi kesejahteraan daripada kerajaan kepada rakyat. Sebanyak 30 syarikat besar dan 60 booth menyertai jualan mega ini. Majlis ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, YB Datuk Tee Siew Kiong dan YDP MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

TArIK lEbIH2000 PENGuNJuNG

Menteri Besar Johor,Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin

memukul gong sebagai tanda perasmianJualan Mega Muafakat bermula.

Karnival Hari Pekerja Pasir Gudang 2017 yang diadakan baru-baru ini mampu memberi impak yang berkesan

dalam mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia khususnya di Pasir Gudang.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan mampu menyemarakkan pencari pekerjaan bagi memperbaiki atau meningkatkan ekonomi pekerja itu sendiri.

Selama 2 hari karnival ini berlangsung di Dataran Al-Hamra, ia menyediakan perkhidmatan seperti temuduga pekerjaan, sukan, pameran dan banyak lagi program yang diatur.

Program yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada individu yang sedang mencari peluang pekerjaan, selain anjuran pelbagai aktiviti yang melibatkan penduduk dan masyarakat di Pasir Gudang. Pameran kerjaya dan peluang pekerjaan oleh Majikan/ Kilang/Organisasi Swasta juga di tawarkan kepada pengunjung dan orang ramai.

Penganjuran tahun 2017 oleh Pejabat YB Parlimen Pasir Gudang P159, YB Datuk Hajah Normala binti Abd Samad bagi Hari Pekerja Karnival Pasir Gudang dengan pengisian program sebagaimana di bawah.

- Larian NEON- Konvensyen Mini Team Excellence dengan kerjasama MPC

Wilayah Selatan- Pertandingan sukan, antaranya Boling, Bola Jaring, Penalti

Kick dan E-Sport- Fun Ride- Pameran Kerjaya- Gerai Jualan

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Faeza binti Rosdi Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia merangkap wakil rasmi Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Di dalam majlis tersebut yang turut di hadiri YB Datuk Hajah Normala binti Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang, beberapa anugerah yang dipertandingkan telah disampaikan kepada pemenang. Antaranya :

- Pekerja Selamat JKKP - Pekerja Cemerlang OKU- Pekerja Cemerlang- Pekerja Pembangunan Kerjaya- Jawatankuasa Keselamatan- Kesatuan- Majikan Pilihan- Majikan Menjalankan Latihan SME

Sebanyak hampir 20 majikan telah menyertai pameran kerjaya yang diadakan dan lebih 1000

jawatan kosong telah ditawarkan kepada pengunjung yang hadir.

BERITA PASIR GUDANG6

HARI PEKERJAPASIR GUDANGPARLIMEN 159

KARNIVAL

#1MEIPeserta Larian NEON bersiap sedia

untuk memulakan larian.

Warna-warni Karnival Hari Pekerja 2017di Dataran Al-Hamra MPPG.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan Kejohanan Karom Terbuka Pasir Gudang. Kejohanan ini merupakan acara dwi tahunan yang dianjurkan

oleh Unit Sukan, Jabatan Pembangunan Masyarakat. Kejohanan ini terbuka kepada kategori perseorangan dan kategori beregu yang datang dari seluruh negara yang merupakan peminat tegar sukan ini. Bagi kategori perseorangan berjaya menarik 123 penyertaan manakala bagi kategori beregu berjaya menarik 73 penyertaan.

Berikut adalah senarai pemenang dan hadiah yang ditawarkan:

Mesyuarat Agung KSK MPPG 2017 telah diadakan bagi memberi

laluan untuk memilih kepimpinan baru meneruskan agenda pembangunan dan aktiviti bagi menjaga kebajikan dan keprihatinan warga kerja MPPG.

Hampir 330 ahli KSK MPPG telah hadir bagi memastikan halatuju kepimpinan yang dipilih dapat memenuhi aspirasi penjawat awam.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha MPPG, Encik Saipol Rahman bin Haji Amat, selaku Pengerusi KSK MPPG. Perletakan

HARI PEKERJAPASIR GUDANGPARLIMEN 159 KEJOHANAN

TErbuKAPASIr GuDANG

MESYUARAT AGUNGKElAb SuKAN & KEbAJIKAN (KSK) MPPG 2017

KAROM

PERSEORANGANJohan - Wan Arif (UM) RM 2,000.00 + PialaNaib Johan - Mohd Faris (BSN) RM 1,000.00 + PialaKetiga - Aznif (PKNS) RM 700.00 + PialaKeempat - Fauzi (UM) RM 500.00 + PialaKelima - Mohd Tajuddin (MPPG) RM 200.00Keenam - Amin (UM) RM 200.00Ketujuh - Zaki Selan (UTM) RM 200.00Kelapan - Zureng (UTM) RM 200.00

BEREGUJohan - Wan Arif / Amin (UM) RM 4,000.00 + PialaNaib Johan - Rosli / Wan Sanusi (PKNS) RM 2,000.00 + PialaKetiga - Rahim / Izwan (PKNS) RM 1,200.00 + PialaKeempat - Rosli / Zamri (UM) RM 800.00 + PialaKelima - Ramli / Fuad (Kedah Team) RM 400.00Keenam - Roslan / Muhamad (MPPG) RM 400.00Ketujuh - Hairun / Shah Azhar (DBKL) RM 400.00Kelapan - Fauzi / Faris ( UM) RM 400.00

GAMBAR : Aksi Sang Juara dalam Peringkat Akhir Beregu Kejohanan Karom Terbuka Pasir Gudang

di Aras 3, Menara Aqabah MPPG

jawatan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2015/2017 telah diadakan dan sesi pelantikan baru Ahli Jawatankuasa 2017/2019 turut dijalankan. Mesyuarat juga membincangkan laporan aktiviti bagi setiap kelab sepanjang tahun 2016. Laporan kewangan tahunan kelab juga dibentangkan oleh akauntan KSK MPPG, Puan Mariaton binti Ibrahim.

Sesi mesyuarat berakhir dengan acara cabutan bertuah. Cabutan diadakan dengan lebih 20 hadiah-hadiah menarik disediakan untuk ahli yang hadir. Hadiah utama yang ditawarkan ialah sebuah motorsikal modenas Kriss MR1.

Warga kerja yang hadir mengangkat tangan bagi mengundi calon pilihan mereka .

Puan Salome Rita menerima replika hadiah utama dari Timbalan Pengerusi KSK MPPG,

Tuan Haji Nor Rahman bin Mustaffa.

BERITA PASIR GUDANG8

Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017

MINI KARNIVAL GIGI SIHAT SEARCH & DESTROY

SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Sekitar Program Charity Challenge Run 2017Sekitar Majlis Doa Selamat

Tapak Projek Pembinaan Pasar Muafakat Sabah

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017

Sempena Lawatan YAB Menteri Besar Johorsiri yang terakhir ke Parlimen Pasir Gudang

MINI KARNIVAL GIGI SIHAT SEARCH & DESTROY

SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

YDP berucap sempena Mini KarnivalGigi Sihat Search & Destroy

Antara pameran semasa seminarKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Impak dan pelaksanaan ciri-ciri keselamatan di tempat kerja adalah

perkara yang sangat dititikberatkan khususnya di Pasir Gudang yang mempunyai lebih 400 kilang industri yang terdiri daripada pelbagai sektor.

Justeru, seminar Kesihatan dan Keselamatan 2017 yang bertemakan “Safety and Health for Better Environment” dilihat mampu memberi pendedahan ilmu pengetahuan yang terbaru bagi memastikan tahap keselamatan yang tinggi di kilang-kilang perindustrian Pasir Gudang.

Hampir 100 orang peserta dari sekitar Pasir Gudang hadir ke seminar ini bagi mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaat untuk diamalkan di tempat kerja masing-masing. Sebanyak 5 kertas kerja yang dibentangkan iaitu “OSH Contract Management” oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor, “Undang-undang dan

Peraturan Perkhidmatan Bomba dan Bekalan Elektrik Serta Keselamatan Kebakaran” oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, “Faedah Di Bawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial” oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), “Tuberculosis & Influenza” oleh KPJ Johor Specialist Hospital, dan “Safety & Hazard Free Industrial Engineering Green Cleaning Solution” oleh Euro-Circuit Technology Sdn Bhd.

Di antara objektif penganjuran seminar ini adalah memaklumkan perkembangan semasa perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Untuk membantu sektor industri menyelesaikan masalah isu yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta untuk memberi perangsang atau galakan kepada sektor industri melibatkan diri dalam Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Muzaldin bin Mohamed, Pengurus Besar, Unit Swadaya Insan Negeri Johor, wakil rasmi kepada Yang Berhormat Encik R. Vidyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Yang Berbahagia Encik Ibrahim bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Khidmat Teknik, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) wakil rasmi kepada IR Tuan Haji Kormain bin Mohd Noor, Pengarah JKKP Negeri Johor.

Turut hadir sama tetamu jemputan bagi majlis perasmian adalah Ahli-ahli Majlis MPPG, wakil Agensi Kerajaan dan industri swasta.

BERITA PASIR GUDANG10

Kegiatan judi yang dijalankan melalui mesin-mesin slot berkomputer di premis-premis yang terdapat di Pasir Gudang boleh mengundang

padah dan memberi kesan negatif kepada masyarakat setempat khususnya kepada belia-belia Melayu di sini.

Justeru bagi memastikan gejala yang boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat tidak merebak, MPPG melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti IPD Seri Alam, RELA dan lain-lain lagi telah menjalankan operasi membanteras premis-premis yang tidak mempunyai lesen dan juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti perjudian mesin slot.

Ini menunjukkan MPPG sentiasa komited dan memandang berat kesalahan seperti ini di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPPG) 2017. Masai dan Taman Air Biru merupakan antara lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Sebanyak 46 komputer, 28 unit meja dan 66 unit kerusi berjaya disita hasil operasi tersebut.

SEMINAR OSH2017

BANTERASMESIN JUDI

MPPG

Tuan Haji Muzaldin melawat tapak pamerandi Seminar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 2017 di

Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam baru-baru ini.

Projek penetasan ini adalah yang kedua di Sarang Buaya dan dilakukan bersama pengkaji dan pelajar dari Universiti

Putra Malaysia. Sejumlah 258 biji telur berjaya dihasilkan, namun hanya 131 biji telur sahaja yang subur. Kesemua buaya diperhatikan berdasarkan kalendar buaya yang telah dibentuk pada tahun 2015. Bahan-bahan untuk membuat sarang yang besar dan sesuai telah ditambah pada musim buaya bertelur untuk mengurangkan bilangan telur yang pecah

Tempoh pengeraman buaya dianggarkan dalam 92-120 hari sehingga anak buaya menetas. Kaedah baru yang dipakai untuk mendapatkan telur yang subur adalah dengan menyediakan kolam pembiakan yang cukup kedalaman untuk proses pengawanan buaya dan menggunakan sistem memberi buaya makan mengikut musim-musim buaya yang dikenalpasti mengikut kalendar buaya. Untuk masa ini, sarang buaya mendapat kerjasama yang baik dari Fakulti Veterinar UPM dengan kajian-kajian reporuksi buaya.

Sarang Buaya mula beroperasi dari tahun 2009 sehingga kini. Kini Sarang Buaya menjaga lebih 108 ekor buaya tembaga dari pelbagai saiz dan umur.

Gotong-Royong Perdana serta Majlis Pelancaran

Kempen Bebas Denggi Raya Bergaya yang disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Haji Mohamad Amin bin Ahmad Pengerusi Ahli Jawatankuasa Zon Mawar dengan tema “Muafakat Mesra Zon Mawar Sejahtera”.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

KEJAYAAN PROJEKPENGHASILANTELUR BUAYA

MEI 2017GOTONG ROYONG

BERITA PASIR GUDANG1 2

PROGRAM GERAK USAHAWAN 2017MAMPU LAHIR USAHAWAN BERJAYA

Program yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan memberi penerangan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (EDC) serta agensi kerajaan yang turut serta terlibat dalam penganjuran program ini samada di peringkat negeri mahupun peringkat daerah. Program dianjurkan oleh EDC ini telah memasuki edisi kali ke-4 bagi tahun 2017. Antara aktiviti program ini ialah :

- Perasmian Laluan Baru Bas Muafakat Johor oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)

- Taklimat Peluang Perniagaan Pra Francais “Business In Transformation B.I.T” oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak- Bengkel Pembuatan Wayang Kulit, Mencanting Batik, Pembuatan Barangan dari

Nanas dan Pameran Kreatif- Pameran Jabatan/ Agensi/ Usahawan- Larian Laksamana Run- Taklimat oleh MARA “Rahsia Memulakan Perniagaan” , Taklimat oleh TM “Pemasaran

Digital & Solution untuk Industri Peruncitan”- Taklimat oleh Bank Negara Malaysia “B2B Remittance Services for SMEs”- Sesi “Young & Energetic” oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)- Breakfast Talk with CEOs oleh SME Corp. Malaysia & EDC- Demonstrasi Ukiran Buah, Cheese Tart dan Dekorasi ‘Cupcakes’ oleh Kolej Komuniti

Pasir Gudang- Sesi Pemadanan Perniagaan oleh SME Corp. Malaysia & EDC (Business Matching)

antara Pasaraya MASLee, imCoop, AEON BIG, TESCO, MYDIN Ramly, LAZADA dan MOCAPP International.

- Bengkel Penghasilan Dekorasi Seramik, Bengkel Pembuatan Cermin Mata Kayu, Melukis Doodles dan Animasi & Digital serta Pameran Kreatif.

Hampir 5000 orang pengunjung hadir ke program ini yang berlangsung di Litar Pasir Gudang.

Pertandingan Johor 4x4 Club Offroad Challenge Charity Run telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim yang telah melepaskan

hampir 4500 orang peserta yang berlari sejauh 7.5 kilometer di sekitar Bandar Seri Alam.

Antara lain tujuan Larian Amal ini di adakan adalah untuk mengumpul dana bagi memberi sumbangan ke sekolah-sekolah sekitar Pasir Gudang. Ini merupakan tahun ke-4 penganjurannya.

JOHOROFFROAD CHALLENGE CHARITY RUN

Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail turut hadir

ke program ini.

Breakfast Talk with CEOs oleh SME Corp. Malaysia & EDC antara yang menarik minat peniaga

dan usahawan.

Majlis perasmian oleh YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin.

Aktiviti mewarna turut dianjurkan di program ini.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Pasir Gudang bakal mendapat mini UTC tidak lama lagi

apabila Program Mobile Community Transformation Centre NBOS (Mobile CTC) yang berlangsung di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dilihat mampu melonjak tahap perkhidmatan kepada penduduk ke satu tahap yang lebih baik setara dengan yang ada di bandar-bandar besar seperti di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Sepanjang dua hari program berlangsung pelbagai acara menarik diadakan antaranya perkhidmatan mobile yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Tabung Haji (LTH), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Klinik Gigi, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Jabatan Pendaftaran Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Sektor Awam (LPPSA), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta aktiviti perkhidmatan dan pameran yang turut terlibat seperti Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Petubuhan Kebajikan Shafar, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Negeri Johor (AADK).

Pengunjung, Encik Asyraf bin Azam berkata, program ini telah memberi pendedahan yang berguna untuk saya menyemak status tempat mengundi saya melalui ‘booth’ SPR dan dapat melakukan pemeriksaan kesihatan

NBOS : MOBILE COMMUNITYTRANSFORMATION CENTRE NBOSH (MOBILE CTC)

Sebanyak 9 unit kedai pejabat satu tingkat di kawasan Perumahan

Desa Rakyat, Pasir Gudang telah ditawarkan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (EDC) kepada MPPG. MPPG telah bersetuju premis tersebut disewakan kepada pengusaha bengkel yang pada masa

MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN

DAN KUNCI BENGKEL USAHAWAN MUAFAKAT JOHOR TAMAN DESA RAKYAT

Penyewa premis bergambar beramai-ramai bersama Yang Dipertua MPPG dan Setiausaha selepas

upacara penyampaian surat tawaran diadakan.

dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Saya juga begitu teruja dengan pendedahan melalui program ini kerana ianya memberi peluang kepada saya untuk memanfaatkan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan, katanya yang bekerja di Syarikat Industri TITAN Chemical Sdn. Bhd.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang,

YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. Hadir sama tetamu dari Kementerian Kewangan Malaysia; YBhg. Datuk Aminuddin Hassim, YBhg. Dato’ Jana Santhiran a/l Muiayan, Encik Abu Bakar Haji Jambol, Puan Roazanina Wahab, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Muhammad Fuad bin Radzuan dan Yang Dipertua MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim.

kini menjadikan premis kediaman dan tempat awam sebagai lokasi menjalankan perniagaan.

Menariknya, Kadar sewa yang ditawarkan MPPG adalah lebih rendah berbanding kadar sewa yang telah ditetapkan oleh pihak EDC kepada

MPPG dan hanya dikenakan bayaran selepas 6 bulan tempoh penyewaan bermula. Dengan tawaran tersebut, MPPG telah memberikan subsidi sebanyak 50% sebulan kepada pengusaha bengkel yang dipilih bagi memastikan pengusaha mampu bersaing meraih pelanggan.

COMMUNITY ENGAGEMENT:WALKABOUT & YDP TURUN PADANG

Program Walkabout YDP MPPG yang diadakan di 24 zon dalam

kawasan MPPG dilihat mampu membantu menyelesaikan beberapa permasalahan penduduk khususnya dari segi menyelesaikan masalah penyelenggaraan dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan infrastruktur di zon terbabit.

FLORA HEIGHT

Antara permasalahan penduduk zon:- Kawasan taman permainan yang

tidak diselenggara.- Takungan air dan saliran yang tidak

sempurna.- Pokok tidak ditebang di beberapa

kawasan.

TANJUNG PUTERI

Antara permasalahan penduduk zon:- Berlaku banjir kilat di kawasan Tadika. - Kawasan rekreasi tidak diselenggara. - Jambatan di Jalan Mesra 4 telah

mendap. - Parit perlu diselenggara.

TAMAN NUSA DAMAI

Antara permasalahan penduduk zon:- Padang bola perlu kerja menaiktaraf.- Keadaan longkang yang tidak

diselenggara.- Vandalism di taman permainan.

BERITA PASIR GUDANG14

PENYERAHAN KUNCIDEWAN MUAFAKAT TAMAN BUKIT DAHLIA

Keberkesanannya adalah lebih efektif kerana penduduk kawasan turut serta untuk menceritakan permasalahan yang dihadapi kepada Tuan YDP dan Ketua-ketua Jabatan MPPG yang turut serta turun bersama-sama pengurusannya.

Menurut Timbalan JKZ Nusa Damai Encik Noraizam Rowaji, program ini dapat mendekatkan penduduk dan

dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara komuniti di Pasir Gudang dengan MPPG. Beliau berharap program seumpama ini dapat diadakan lebih kerap lagi pada masa-masa akan datang.

Pendapat yang sama juga turut disokong oleh Timbalan JKZ Flora Height dan juga Timbalan JKZ Tanjung Puteri.

Pembinaan dewan ini telah bermula pada 14 April 2016 dan telah siap sepenuhnya pada 1 Februari 2017. Dewan ini terletak di tapak

berkeluasan 3.846 ekar dan terletak di Jalan Persiaran Dahlia 3, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang. Kos pembinaan bagi dewan ini menelan belanja berjumlah RM2.85 juta.

Kemudahan utama yang disediakan ialah ruang dewan yang berhawa dingin, pentas dan 3 buah gelanggang manakala kemudahan asas yang disediakan di dewan ini termasuklah bilik air dan bilik air khas (OKU), pantri, bilik stor, tempat letak kereta, dan tempat letak kereta OKU, surau, bilik mesyuarat/pejabat, pondok pengawal, dan rumah sampah.

Majlis penyerahan kunci telah diadakan pada 16 Mei yang lalu. Serahan kunci telah dibuat oleh wakil dari Salo Construction Sdn. Bhd. kepada Encik Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG selaku wakil pihak Pengurusan MPPG. Hadir sama dalam majlis tersebut Ahli Majlis MPPG Puan Hajah Che Norisah binti Ismail merangkap pengerusi Zon Bukit Dahlia serta Ketua-ketua Jabatan.

PENYEWAAN DEWAN

PENYEWAAN GELANGGANGJENIS SEWAAN KADAR BAYARAN (RM)Hari Biasa 8.00 per/jam *BadmintonHari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

10.00 per/jam *Badminton

Hari Biasa 20.00 per/jam *Aktiviti lainHari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

30.00 per/jam *Aktiviti lain

JENIS SEWAAN KADAR BAYARAN (RM)Hari Biasa 800.00Hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

1,000.00

Hari Biasa 250.00Hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am

25.00 per/ jam

WALKABOUT & YDP TURUN PADANG

Dengan kerjasama bersama MPPG dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini menggabungkan tiga penglibatan kampung antaranya Kampung

Kuala Masai, Kampung Pasir Salam dan Kampung Pasir Putih. Para peserta yang berumur di antara 4 sehingga 17 tahun ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dirangka oleh agensi yang terlibat bagi memberi pendedahan dan membangunkan modal insan orang asli.

Sekitar program Jelajah Pendidikan Kesihatan Dalam Komuniti Siri 2 yang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, ADUN Tiram

merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang di Kampung Mulia, Sg. Tiram. Program ini kerjasama antara KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital dengan YPG. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menarik minat orang ramai.

Lebih bermakna majlis ini diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin dengan menyempurnakan

penyerahan sumbangan kepada 200 orang penerima Bumiputera Sarawak yang bakal meraikan Hari Gawai pada 1 Jun 2017.

Sekitar program berlangsung yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Cendana peserta-peserta yang terlibat diberi pendedahan teknik-teknik

pembuatan aiskrim oleh Chef Hilmi. Program ini dengan kerjasama KEMAS bagi mengenalpasti ibu-ibu tunggal yang boleh dibantu melalui aktiviti keusahawanan. Program ini merupakan aspirasi dan hasrat YAB Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin dalam meningkatkan ekonomi golongan ibu tunggal.

Memberi motivasi dan sebagai persediaan untuk mencapai keputusan yang lebih baik dengan membantu pelajar menguasai teknik menjawab

soalan yang lebih baik dalam setiap mata pelajaran yang akan diduduki kelak.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

6 MEI 2017- Program Pembangunan Komuniti Orang Asli 2017, Kampung Kuala Masai

13 MEI 2017- Majlis Perasmian Kem Kesihatan 2017 (Zon Sg Tiram)

20 MEI 2017- Majlis Jamuan Dan Penyampaian Sumbangan Hari Gawai 2017

7 MEI 2017- Program Transformasi Ekonomi Rakyat (Pembuatan Aiskrim)

- Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu STPM 2017 Peringkat Daerah Pasir Gudang

YAYASAN PASIR GUDANG

Aktiviti yang dijalankan antaranya permainan, kuiz dan ‘talk’

Keroncong MPPG ditubuhkan pada 2007 di bawah pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Keroncong MPPG dianggotai oleh 7 orang pemuzik yang terdiri dari anggota kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang ini sendiri.

Keroncong MPPG telah sentuhan didikan dan latihan dari guru profesional keroncong Indonesia, Encik Edhi Kuntoro (Pak Edhi) dan jurulatih muzik dari Yayasan Warisan Johor, Encik Ismail bin Bahari.

Selain membuat persembahan-persembahan dalaman, Keroncong MPPG juga sering mendapat jemputan persembahan dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan antaranya seperti persembahan untuk Majlis Makan Malam Korporat, Program Keraian dan Majlis Perkahwinan sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Keroncong MPPG juga banyak mencipta kejayaan di pertandingan-pertandingan keroncong dan muzik etnik kreatif di antaranya mendapat Johan dalam pertandingan Nyanyian dan Keroncong Terbuka Johor kali ke 8 Yayasan Warisan Johor Kategori Keroncong Asli.

Untuk tempahan, sila hubungi :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang.

Tel : 07-254 7777Faks : 07-251 5260

Encik Rahman Esa :017-651 3200

Puan Nadztasha Mohd Puad :016-750 1887

PENGENALAN KUMPULAN KERONCONG MPPG

Keroncong MPPG

BIL PERTANDINGAN ANJURAN KEDUDUKAN1 Pertandingan Anugerah Lagu

Johor 2016Kerajaan Negeri Johor,

Yayasan Warisan Johor dan Astro Production

JOHAN(kategori keroncong

asli)

2 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014.

Kerajaan Negeri Johor,Yayasan Warisan Johor

JOHAN(kategori keroncong

asli)

3 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014

Kerajaan Negeri Johor,Yayasan Warisan Johor

JOHAN & ke-4(kategori nyanyian

solo dewasa )

4 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2014

Universiti Putra Malaysia &Majlis Perbandaran Subang Jaya JOHAN

5 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2013

Universiti Putra Malaysia &Majlis Perbandaran Subang Jaya KEEMPAT

6 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johordengan kerjasama

Yayasan Warisan Johor

JOHAN(kategori keroncong

kontemporari)

7 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama

Yayasan Warisan Johor

KETIGA(kategori keroncong

asli)

PENCAPAIAN KUMPULAN KERONCONG MPPG

• Tahun penubuhan 11 April 2007• Bermula dengan 3 buah sekolah iaitu SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3 di awal penubuhan. Disusuli oleh SMK Nusa Damai pada tahun 2011.• Juga dikenali sebagai pasukan Pancaragam Sekolah- sekolah Pasir Gudang.• Keanggotaan ahli pasukan Pancaragam Sekolah Pasir Gudang terdiri daripada pelajar perempuan.• Meraih pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan antaranya Anugerah Emas Wind Orchestra Peringkat Kebangsaan 2013, Tempat Kedua Pertandingan Pancaragam Sekolah Negeri Johor 2011 dan banyak lagi.

Menerima tempahan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian: - Encik Mohd Hafiz Mokrey : 07-254 7813 - Cik Nur Lina : 07-254 7735

SEJARAH PENUBUHAN

Pasir Gudang School Band