berita pasir gudang - mppg.gov.my · kehadrat allah swt, tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan...

16
PASIR GUDANG BERSELAWAT TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG JANUARI 2017 BERITA BERITA PASIR GUDANG M/s 13 M/s 12 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H PROGRAM JALINAN KASIH MALAM CINTA ALLAH DAN RASUL PADA 2 JANUARI 2017 BERSAMAAN 3 RABIUL AKHIR 1438H www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera Sumbangan bersempena TAHUN BARU CINA

Upload: ngothien

Post on 12-Aug-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

PASIR GUDANG BERSELAWAT

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGJANUARI 2017

BERITABERITA

PASIR GUDANG

M/s13

M/s12

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H

PROGRAM JALINAN KASIH

MALAM CINTA ALLAH DAN RASULPADA 2 JANUARI 2017 BeRSAMAAN3 RABIUL AKHIR 1438H

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

Sumbangan bersempenaTAHUN BARU CINA

Page 2: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEn. Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Cik Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPeRTUA MAJLIS PeRBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]...............................................................

Diterbitkan olehJABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Syukur

kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir Gudang keluaran pertama bagi tahun 2017. Saya berharap di lembaran yang baru ini, semua warga Pasir Gudang lebih-lebih lagi kepada para pembaca dan penduduk bumi negeri Johor Darul Ta’zim berada dalam keadaan yang sihat senantiasa di bawah lindunganNya, serta dapat menjalankan aktiviti seharian dengan aman dan sejahtera.

Kini, bulan pertama pada tahun 2017 memasuki fasa yang baru untuk MPPG menunjukkan prestasi yang semakin maju kehadapan disamping menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi komuniti Pasir Gudang secara amnya. Pada awal Januari 2017, MPPG menerima Anugerah Bandar Mampan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. MPPG mula menyertai program ini bermula tahun 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2016, MPPG telah berjaya memperolehi 96% dan mengekalkan kemampanan di tahap yang terbaik apabila MPPG berkedudukan 10 PBT terbaik di Malaysia. Pencapaian ini menunjukkan bahawa MPPG sentiasa mempertingkatkan usaha setiap tahun di dalam mengumpul data selaras dengan semua indikator iaitu mengikut senarai dimensi. Selain itu, MPPG juga menerima penghargaan melaksanakan inisiatif pembangunan kejiranan hijau bagi sistem pengumpulan penggunaan semula air hujan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Oleh itu, pada tahun 2016 MPPG telah berjaya menerima anugerah Penghargaan Melaksanakan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau Peringkat Kebangsaan Bagi Kategori (Perbandaran) Bagi Sistem Pengumpulan Semula Air Hujan. Bagi menyemai dan mempertingkatkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W, MPPG dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang (YPG), Jawatankuasa Penduduk, Ahli Majlis dan juga agensi bukan kerajaan (NGO) telah menganjurkan program Malam Cinta Allah dan Rasul pada awal tahun ini bersamaan 3 Rabiul Akhir 1438H yang bertempat di Stadium Perbadanan

Pasir Gudang. Program Sumbangan Tahun Baru Cina

Pasir Gudang Berselawat

Amanat Tahun Baru 2017

Program Tahap Kemampanan Bandar (MURNINET) Tahun 2012-2016

Lensa MPPG Januari 2017

YDP Turun Padang

JKZ Selaku Wakil Penduduk

Program Jalinan Kasih

Sambutan Maulidur Rasul 1438H

Api Kecintaan Terus Disemarakkan

Festival Layang-Layang SeduniaPasir Gudang

Amanita Taman Cendana

Inovasi membasmi Denggi

Kadar Sewa Dewan/ PadangMPPG

3

1345

14

1011

15

12 16

6&7

8&9

seperti ini dilihat sebagai pemangkin bagi merapatkan ukhuwah sesama Islam serta memperbaiki hubungan antara saudara seagama bagi mendapatkan perpaduan agama yang mampu memperkukuhkan aqidah dalam Islam. Selain itu, MPPG juga mengadakan majlis sumbangan Tahun Baru Cina iaitu dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang kepada 200 penerima di sekitar Pasir Gudang yang layak setelah ditapis. Sumbangan tersebut adalah berupa wang tunai dan barang dapur. Penerima sumbangan merupakan dari berbagai kaum seluruh warga Pasir Gudang. Oleh itu, dapat kita lihat perpaduan yang sangat utuh adalah penting dalam kesejahteraan hidup berbilang kaum demi keamanan negara. Program YDP Turun Padang Walkabout juga diteruskan lagi bagi permulaan tahun 2017, kerana ia terbukti mampu menyelesaikan permasalahan iaitu seperti persimpangan maut yang menyebabkan kemalangan jalan raya dan juga sistem kumbahan di persekitaran kawasan rumah. Hal ini menunjukkan bahawa MPPG sentiasa mengambil berat tentang masalah persekitaran setempat penduduk Pasir Gudang. Sebelum saya mengakhiri coretan untuk lembaran pertama pada tahun baru ini, saya ingin tekankan kepada warga MPPG agar sentiasa mempunyai kredibiliti yang tinggi disamping menjalankan tugas dengan penuh komited. Dengan harapan yang tinggi, saya berharap semoga bumi Pasir Gudang sentiasa dalam perlindungan Allah SWT agar dapat kita hidup dalam suasana harmoni, tenang dan aman. Aminn. Sehingga bertemu diedisi BPG yang akan datang,

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

Page 3: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGBERITA PASIR GUDANG

Pada 14 Januari yang lalu, satu majlis penyampaian sumbangan bersempena membuat persiapan Tahun

Baru Cina telah diadakan yang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Scientex. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG). Turut hadir sama YB Dato’ Hajah Normala binti Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang, dan Encik Tan Cher Puk, Ketua MCA Bahagian Pasir Gudang, serta Encik Hasrin Kamal Bin Hashim, YDP MPPG.

Majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya dengan gandingan Yayasan Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Sumbangan telah diberikan kepada 200 orang penerima di sekitar kawasan Pasir Gudang yang layak setelah ditapis dan setiap seorang menerima sebanyak RM200 iaitu RM100 sumbangan berupa wang tunai dan RM100 lagi berupa barang dapur. Penerima sumbangan merupakan dari berbagai kaum iaitu kaum Cina sebagai kaum majoriti, kaum India, kaum Melayu dan lain-lain kaum.

Sumbangan

3

TAHUN BARU CINA

Page 4: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

BERITA PASIR GUDANG4

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintai dari anaknya, bapanya dan manusia seluruhnya”, sabda Rasulullah SAW (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Bagi menyemai dan mempertingkatkan rasa cinta

kepada Rasulullah SAW, MPPG dengan kerjasama

Yayasan Pasir Gudang (YPG), Jawatankuasa Penduduk, Ahli Majlis dan juga agensi bukan kerajaan (NGO) telah menganjurkan program Malam Cinta Allah dan Rasul pada 2 Januari 2017 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1438H yang bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang.

Program Malam Cinta Allah dan Rasul tersebut dipimpin oleh tetamu istimewa yang terkenal dengan qasidah “Ya Hanana”, Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaf membimbing orang ramai membaca selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Program dapat dilihat berlangsung meriah serta mendapat sambutan ramai apabila seawal 7.30 petang, kawasan perkarangan stadium telah dipenuhi oleh orang ramai.

Semoga barakah dan rahmat dilimpahi kepada warga Pasir Gudang dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Selain itu, program seperti ini dilihat sebagai pemangkin

Pasir Gudang

bagi merapatkan ukhuwah sesama

Islam serta memperbaiki hubungan antara saudara

s e a g a m a bagi mendapatkan perpaduan di dalam agama yang mampu memperkukuhkan aqidah setiap orang Islam. Program itu dihadiri oleh YDP MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Penasihat Agama Negeri Johor, Dato’ Noh Gadut beserta hampir 2,000 pengunjung yang menghadiri majlis selawat tersebut.

Page 5: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

5MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Menjelang tahun 2017, pada 8 Januari 2017 satu majlis ‘Amanat YDP 2017’ telah diadakan pada

pukul 7.15 pagi bertempat di Dewan Al-Hamra, Aras 3 Menara Aqabah. Majlis ini diadakan setiap tahun dan dihadiri seramai 436 orang warga kerja MPPG.

Dalam amanatnya, beliau mengambil kesempatan ini, merakamkan rasa penghargaan atas segala khidmat dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tanggungjawab mahupun dalam menjayakan segala aktiviti dan program.

Selain itu, En. Hasrin Kamal juga menekankan bahawa tahap disiplin amatlah penting dan perlu dititik beratkan oleh setiap warga kerja di mana pihak MPPG telah melaksanakan sepenuhnya sistem demerit pada tahun 2016.

Harapan beliau agar semua warga memainkan peranan dan tanggungjawab agar kejayaan terus dilakar di bawah MPPG. Pada tahun 2016 MPPG telahpun memberi fokus dalam menangani kos sara hidup penduduk di 24 zon di bawah pentadbiran MPPG dan mengharapkan tahun 2017 agar semua warga kerja bersama-sama berganding bahu memikirkan kaedah-kaedah dan pendekatan yang harus diketengahkan untuk memastikan perkhidmatan MPPG bertambah baik. Budaya berkreativiti dan berinovasi yang dipupuk oleh MPPG mampu menghasilkan idea yang cukup baik yang telah pun memenangi anugerah di peringkat negeri Johor dan juga mewakili negeri Johor di peringkat kebangsaan dan pencapaian itu amatlah dibanggakan.

AMANATTAHUN BARU 2017

Page 6: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

PROGRAMTAHAP KEMAMPANAN BANDAR (MURNINET)TAHUN 2012-2016

BERITA PASIR GUDANG6

APA ITU MURNI NeT?

MURNInets adalah satu program yang dapat membantu PBT mengumpul data dan maklumat.

Ia juga satu program penilaian, penentuan dan pemantauan tahap kemampanan bandar berdasarkan penunjuk penunjuk yang telah ditetapkan.

Pengukuran tahap kemampanan bandar melalui pelaksanaan MURNInets yang dijalankan setiap tahun digunakan untuk menilai tahap kemampanan semasa Kawasan Operasi MAJlIS PERBANDANDARAN PASIR GUDANG. Pengukuran tahap kemampanan ini bukan sahaja mengukur tahap perkhidmatan PBT, namun ianya turut mengukur prestasi perkhidmatan agensi-agensi lain yang turut memberi perkhidmatan di kawasan kajian yang sama ke arah pembangunan persekitaran mampan dan penduduk setempat yang sejahtera.

Program ini telah dilaksanakan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia. Kaedah perlaksanan program sebagaimana di bawah.

Seperti PBT lain, MPPG telah turut serta di dalam program ini bermula tahun 2012 yang dianjurkan oleh JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MAlAYSIA. Peningkatan Prestasi yang dicapai

sangatlah memberansangkan di mana MPPG

terus berusha meningkatkan kemampanan bandar yang di ukur dalam Program MURNInet ini. Di MPPG, Jabatan Perancang Bandar melalui unit pembangunan lestari bertindak sebagai urusetia yang bertanggung jawab menyelaras program ini.

PeNCAPAIAN MURNInet MPPG

YB Tan Sri Noh bin Hj OmarMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 3hb Disember

2016 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur menyampaikan hadiah kemenangan berupa sijil, trofi dan wang kemenangan sebanyak

RM 6500 (Tunai)

2013 2014 2015 2016

63% 75% 93% 96%

Sederhana mampan

Sederhana mampan Mampan Mampan

MPPG sentiasa mempertingkatkan usaha setiap tahun di dalam mengumpul data selaras dengan semua 36 indikator mengikut senarai dimensi, tema dan petunjuk yang digariskan oleh JPBD seperti dimensi ekonomi berdaya saing, dimensi gunatanah dan sumber asli optimum, dimensi infrastruktur dan pengangkutan efisien dan dimensi urustadbir efektif.

Pada tahun 2016 MPPG telah berjaya memperolehi 96% dan mengekalkan kemampanan di tahap yang terbaik di mana kejayaan ini melayakkan MPPG di kedudukan 10 PBT terbaik di Malaysia.

MAJLIS PeRBANDARAN PASIR GUDANG

MeNeRIMA ANUGeRAH BANDAR MAMPAN

OLeH KeMeNTeRIAN KeSeJAHTeRAAN

BANDAR, PeRUMAHAN DAN KeRAJAAN

TAMPATAN

Page 7: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

MAJLIS PeRBANDARAN PASIR GUDANG MeNeRIMA PeNGHARGAANMeLAKSANAKAN INISIATIF PeMBANGUNAN KeJIRANAN HIJAU BAGI

SISTeM PeNGUMPULAN PeNGGUNAAN SeMULA AIR HUJANOLeH KeMeNTeRIAN KeSeJAHTeRAAN BANDAR, PeRUMAHAN DAN KeRAJAAN TeMPATAN

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah menyertai Porgram Perlaksanaan Inisiatif

Pembangunan Kejiranan Hijau Tahun 2016 di bawah beberapa kategori. Di antaranya laluan berbasikal, laluan pejalan kaki, pembangunan kebun kejiranan, program pengkomposan sisa pepejal dan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan di bawah anjuran JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MAlAYSIA. Di MPPG, Jabatan Perancang Bandar melalui unit pembangunan lestari bertindak sebagai urusetia yang bertanggung jawab menyelaras program ini.

Program sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan (SPAH) yang dilaksanakan oleh MPPG adalah meliputi dalam mempromosikan pemasangan SPAH di peringkat awal MPPG telah mengenalpasti bangunan awam yang diuruskan oleh MPPG. Contohnya: Tapak Semaian MPPG di bawah pengurusan Bahagian landskap, dan Gerai (Semai Bakti) di bawah pengurusan Unit Industri di mana kaedah penyimpanan air di Nurseri MPPG berfungsi untuk penyiraman semula pokok pokok hiasan milik MPPG.

Pelaksanaan di kawasan perindustrian pula SPAH telah diwartakan oleh kerajaan Negeri Johor pada 29 Mac 2012. MPPG telah besetuju mengenai pelaksanaan SPAH ini digunapakai berkuatkuasa terus kepada semua pembangunan dinyatakan dalam UKBS (Pindaan) 2012. MPPG telah mengenakan Syarat Pemasangan SPAH untuk Bangunan Dalam Kelulusan Pelan Pembangunan. Bagi semua pemajuan pelan Bangunan, di peringkat penyediaan dan rundingcara untuk mengemukakan pelan yang mengadakan Sistem Pembuangan Air Hujan (SPAH) sepertimana di dalam SENARAI SEMAK: BORANG PRE CONSUlT BANGUNAN. Untuk permohonan kilang baru, MPPG telah mewajibkan SPAH untuk digunapakai.

Pada tahun 2016 MPPG telah berjaya menerima anugerah Penghargaan Melaksanakan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau Peringkat Kebangsaan Bagi Kategori (Perbandaran) Bagi Sistem Pengumpulan Penggunaan Semula Air Hujan.

YB Tan Sri Noh bin Hj OmarMenteri Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada3hb Disember 2016 di Dataran Merdeka

Kuala Lumpur menyampaikan hadiah kemenangan berupa sijil, trofi dan

wang kemenangan sebanyakRM 4500 (Tunai)

Tong tadahan air yang dikumpul melaluisumber air tasik dan air hujan.

Nurseri MPPG

Page 8: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

BERITA PASIR GUDANG8

Lawatan MOA UTM ke MPPG

Lawatan MOA UTM ke MPPG.

Penduduk menanti ketibaan Menteri Besar Johor.

YAB Dato Mohamed Khaled bin Nordin semasadi Majlis Perasmian Sekolah Agama Taman Scientex.

Page 9: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Program Malam Cintai Allah & Rasul.

Malam Majlis Perasmian & PelancaranWest Lake Gardens (eCO Tropics)

Penduduk menanti ketibaan Menteri Besar Johor.

Perbincangan antara YDP dengan penduduk.

Page 10: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

BERITA PASIR GUDANG10

Bagi mendengar dan melihat sendiri segala permasalahan yang dihadapi oleh para penduduk

di sekitar kawasan Pasir Gudang dari segi fasiliti sekitar kawasan kediaman mereka, satu program ‘YDP Walkabout’ ataupun yang lebih dikenali sebagai ‘YDP Turun Padang’ telah diadakan pada 22 Januari yang lalu. Program yang telah dijalankan sepanjang sehari itu meliputi sekitar kawasan Taman Scientex 1 dan 2 serta kawasan kediaman Desa Rakyat Perdana.

Melalui program YDP Walkabout yang merupakan gandingan MPPG bersama Jawatankuasa Zon (JKZ) Taman Scientex 1, Taman Scientex 2 dan Desa Rakyat Perdana, berbagai permasalahan dapat digemburkan dan diusulkan kepada Yang Dipertua MPPG, Encik Hasrin Kamal bin Hashim bagi mencari jalan penyelesaian untuk memastikan fasiliti yang terbaik buat para penduduk di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Antara permasalahan yang diusulkan antaranya ialah isu persimpangan maut yang menyebabkan kemalangan jalan raya dan juga sistem kumbahan di persekitaran kawasan rumah. Program yang diadakan ini bukan setakat mampu dijadikan salah satu mekanisme yang berkesan bagi mengutarakan pendapat bagi kawasan Pasir Gudang ke arah yang lebih baik malah ukhuwah serta tali silaturrahim antara penduduk dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) mampu terjalin erat. Turut hadir Encik Saipol Rahman bin Haji Amat, Setiausaha MPPG, Tuan Haji Mahmuddin bin Mispan, Pengerusi Zon Desa Rakyat, Encik Mohd Firly bin Jaafar, Pegawai Khas Zon Desa Rakyat dan Tuan Haji Adnan bin Abd Gahni, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan.

Penerangan terperinci peta kawasan yang terlibat kepada YDP MPPG.

Penerangan ringkas berkaitan agenda serta permasalahan rakyat setempat kepada YDP MPPG.

COMMUNITY ENGAGEMENT:PROGRAMWALKABOUTYDP & AHLI MAJLIS

Page 11: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

Peranan Jawatankuasa Zon (JKZ) merupakan sebuah organisasi yang

diwujudkan bagi menguruskan dan menjaga kawasan kediaman penduduk serta merupakan sebuah organisasi yang mengetengahkan suara penduduk kepada pihak berkuasa tempatan tentang permasalahan yang dihadapi penduduk dengan mengikut zon yang telah diberikan oleh MPPG. JKZ juga merupakan sebuah ejen yang melancarkan segala polisi yang telah ditetapkan oleh MPPG mengikut zon masing-masing.

Bagi memastikan pergerakan organisasi tersebut lebih efektif, satu kursus Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Zon telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, bersama-sama para pegawai khas dan Jawatankuasa Zon yang terdiri daripada 24 zon di seluruh

SELAKU WAKIL PENDUDUKJAWATANKUASA ZON

kawasan Pasir Gudang pada 22 Januari yang lepas. Program yang dianjurkan selama sehari itu memberi pendedahan kepada ahli JKZ tentang cara-cara komunikasi yang berkesan, kemahiran dalam penggunaan tatabahasa dengan mengikut format yang betul dan yang terutamanya meningkatkan kecekapan pengurusan persatuan penduduk.

Program yang diadakan selama seharian itu bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang dilihat merupakan satu langkah kehadapan buat pihak pengurusan penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang. Ini kerana program seperti ini dapat membantu ahli JKZ bagi menguruskan penduduk dengan cara yang lebih tepat dan padat sekaligus mampu memberi peningkatan terhadap pembangunan sosial di sekitar kawasan Pasir Gudang.

Penerangan ringkas berkaitan agenda serta permasalahan rakyat setempat kepada YDP MPPG.

Sesi perbincangan Ahli JKZ secara berkumpulan

Page 12: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

Pada 22 Januari yang lepas, satu program jalinan kasih sayang telah dianjurkan di SMK Taman Nusa Damai

(STAND) dengan kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Kementerian Pendidikan Malaysia, SMK Taman Nusa Damai (STAND), Jawatankuasa Zon Nusa Damai dan juga Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) STAND. Program yang dinamakan ‘Program Jalinan Kasih SMK Taman Nusa Damai (STAND)’ tersebut telah dihadiri kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, murid dan guru dari sekolah berkenaan.

Program yang berlangsung setengah hari itu membentangkan dan membincangkan hala tuju SMK Taman Nusa Damai (STAND) tentang akademik para pelajar sekolah berkenaan. Melalui program tersebut, para ibu bapa dapat mengetahui dengan lebih lanjut

BERITA PASIR GUDANG12

Jalinan Kasih

tentang strategi pihak sekolah bagi memastikan prestasi akademik para pelajar lebih terjamin. STAND yang dikenali sebagai sekolah kluster semestinya akan mengekalkan ataupun mempertingkatkan lagi prestasi sekolah tersebut sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan di dalam sektor akademik.

Program yang dianjurkan di Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai itu telah membuat pembentangan TOV & ETR PT3 dan SPM, pembentangan program kecemerlangan sekolah, dialog jalinan kasih bersama En. Ridzwan bin Kamaruddin, YDP PIBG serta perasmian penetapan sasaran ETR PT3 dan SPM. Turut hadir Tuan Haji Jasni bin Omar, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Puan Hajah Haryati binti Ismail.

Page 13: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

Jalinan Kasih

1 3MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Walaupun setelah sebulan tarikh ulangtahun kelahiran insan mulia, Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul

Awal mengikut kalendar Islam, namun sambutan serta kehangatan sambutan tersebut kian terasa. Ini kerana, umat Islam tidak akan berhenti mencintai baginda Rasulullah SAW dengan mengingati keperibadian, perjuangan serta pengorbanan baginda bagi menyebarkan syiar Islam. Apa yang diharapkan oleh umat Islam dengan mencintai dan merindui baginda adalah untuk mendapat syafaat dari baginda di akhirat kelak.

Pada 21 Januari yang lalu, Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) Zon Riang, Taman Nusa Damai, Jawatankuasa Zon (JKZ) Nusa Damai serta UMNO Cawangan Zon Riang, Nusa Damai telah bekerjasama antara mereka bagi menganjurkan sambutan Maulidur Rasul 1438 Hijrah yang bertempat di Balai Komuniti

Walaupun tarikh ulang tahun kelahiran insan yang paling dicintai dan dikasihi telah pun jauh berlalu namun, api semarak kecintaan tersebut masih tidak pudar dan lapuk di dalam dada kaum

muslimin malah terus menerus membara hanya pada sang Amirul Mukminin. Perasaan cinta tersebut merupakan satu sifat wajib wujud di dalam diri setiap orang Islam bagi memastikan iman kaum muslimin tersebut sempurna.

Dengan meneruskan tradisi yang ada di bumi Malaysia sejak awal lagi, umat Islam di sini menyambut ulang tahun kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan perarakan, forum yang membincangkan keperibadian Rasulullah SAW (Syamail Muhammadiyyah) serta mengalunkan bacaan selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW yang menyemarakkan api kecintaan terhadap baginda dan berharap agar mendapat syafaat pada hari pembalasan kelak.

Pada 14 Januari yang lalu, satu program Maulidurrasul telah diadakan di perkarangan Masjid Jamek Zon Cahaya Baru yang bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dimeriahkan hampir 600 orang pengunjung. Majlis tersebut telah dihadiri penceramah undangan, Ustaz Ebit liew yang membincangkan tentang keperibadian baginda Rasulullah SAW.

Tiada apa yang lebih penting dari mendahulukan Allah SWT dan Rasulullah SAW bagi seorang kaum muslimin menyempurnakan iman mereka sendiri. Tujuan sambutan Maulidurrasul bukan sekadar sambutan kosong malah, ianya satu sambutan yang mampu mengisi bakul rohani dan jasmani seseorang tidak mengira zahir dan batinnya.

Zon Riang, Jalan Riang 5, Taman Nusa Damai. Majlis dimeriahkan dengan pengisian yang padat iaitu bacaan Yaasin dan tahlil perdana, perarakan dan juga bacaan selawat. Program berkenaan telah dikuatkan lagi dengan kehadiran penduduk seramai 160 orang yang merupakan komuniti zon Riang Taman Nusa Damai.

Tetamu kehormat pada program berkenaan ialah Ustaz Azlisham bin Azhar yang juga merupakan penceramah jemputan bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1438 Hijrah.

Api Kecintaan TERUS DISEMARAKKAN

SambutanMAULIDUR RASUL 1438H

Page 14: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

Merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan dalam kelendar Pelancongan

Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Mula dianjurkan sejak 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan mendapat kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor.

Dengan keunikannya yang tersendiri festival ini sentiasa mendapat tempat di hati para pengunjung yang hadir menyaksikan para pelayang antarabangsa di seluruh dunia bergabung bagi memperlihatkan hasil seni dan kreativiti masing-masing melalui pelbagai bentuk layang-layang berwana-warni besar dan kecil menghiasi ruang udara Bukit layang-layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor, Malaysia Tidak ketinggalan pelayang kebangsaan seluruh Negara yang turut hadir mempamerkan hasil seni pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buloh dan kertas berunsurkan motif sobek dan nilai estetika yang menakjubkan.

ACARA ACARA MeNARIK • PersembahanLayang-layangModenbesarkecilpenuh

warna warni oleh peserta antarabangsa• PersembahanLayang-layangTradisiMalaysiabesar

kecil oleh peserta kebangsaan.• PersembahanLayang-layangBesarolehPersatuan

Pelayang Johor.• PertandinganLayang-layangRokkaku.• BengkelLayang-layangawamolehpeserta

antarabangsa dan tempatan.• PertunjukanLayang-layang“StuntKite”danRevolution

oleh peserta antarabangsa dan tempatan.• PertunjukanLollypop Drop.• PersembahanMalamKebudayaan.• SambutanUlangtahunke-10MuziumLayang-layang

Pasir Gudang.• Gerai-geraijualan.

PASIR GUDANG

BERITA PASIR GUDANG14

Page 15: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 15

AMANITA iaitu ‘Peace Lady’ merupakan sebuah unit tindakan khas yang diwujudkan oleh Polis Diraja

Malaysia (PDRM) di mana ahlinya meliputi golongan wanita. AMANITA yang merupakan gabungan nama dari ‘aman’ dan ‘wanita’, kewujudannya merupakan salah satu inisiatif di bawah ‘National Blue Ocean Strategies’. Objektif pengwujudannya ialah bagi menggerakkan golongan suri rumah sebagai mata dan telinga PDRM bagi turut serta menangani jenayah di sekitar kawasan penempatan penduduk.

Golongan sasar ini dilihat dapat membantu serta memantau penempatan mereka untuk membanteras

kegiatan serta sasaran jenayah di kawasan kediaman mereka. Dengan pengwujudan

unit ini, ianya merupakan sebuah inisiatif yang sangat efisyen

kerana golongan

Sebelum ini, terdapat beberapa cara untuk menghalau nyamuk seperti yang kita ketahui,

dengan menggunakan ubat lingkaran nyamuk mahupun jenis semburan cecair yang mengandungi racun membunuh serangga tersebut. Namun kini, terdapat satu inovasi yang telah dilakukan oleh beberapa pakar dari Universiti Malaya bagi membasmi pembiakan nyamuk sekaligus mencegah daripada denggi yang mampu meragut nyawa manusia tanpa menggunakan sebarang ubat lingkaran yang mengeluarkan bauan hangit serta semburan yang mengeluarkan bauan seperti racun.

‘Spokojan’, yang bermaksud tenang di dalam bahasa Bosnia merupakan nama bagi produk yang telah direka oleh Universiti Malaya bagi menghalau nyamuk daripada terus membiak. Dengan reka bentuk yang menarik seperti pasu, mampu mengeluarkan bauan seperti manusia (pheromones) untuk menarik perhatian nyamuk dan membunuhnya. Ianya mesra alam dan jauh berbeza dengan ubat nyamuk yang ada di pasaran. Ianya tidak menggunakan kuasa elektrik dan mampu bertahan selama 12 jam. Selain itu, ianya kelihatan menarik kerana

AMANITA TAMAN CENDANA

sasar ini senantiasa berada di kawasan mereka sendiri dan mampu memantau k e s e l a m a t a n perumahan penduduk sekitar yang sentiasa keluar masuk.

Pada 25 Januari yang lepas, bertempat di Dewan Taman Cendana, satu majlis pelancaran dan perasmian AMANITA Taman Cendana telah diadakan. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Haji Omar bin Salleh selaku Ahli Majlis MPPG Zon Taman Cendana dan ASP Rosmawati binti Wagiman merangkap AMANITA IPD Seri Alam. Seramai 327 orang wanita komuniti Taman Cendana telah mendaftarkan diri mereka untuk menyertai AMANITA bagi kawasan Taman Cendana.

mempunyai reka bentuk seperti sebuah pasu dan labu sayung s e k a l i g u s m a m p u menghias kawasan laman rumah.

Pada 12 Januari yang lalu, Jabatan Kesihatan Johor Bahru menganjurkan satu mesyuarat bersama antara Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan pihak Universiti Malaya berkaitan kajian kawalan denggi di sekitar kawasan Kota Masai sekaligus pengenalan kepada produk ubat nyamuk ‘spokojan’. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di bilik latihan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Kajian yang hendak dijalankan merupakan sebuah gabungan bagi membasmi serta mengawal pembiakan nyamuk di sekitar Pasir Gudang.

Page 16: BERITA PASIR GUDANG - mppg.gov.my · kehadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam, dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA dapat saya meneruskan coretan untuk tatapan para pembaca Berita Pasir

NO DeWAN / BALAIRAYAHARGA (RM) DePOSIT

KeBeRSIHAN (RM)

HARGA PeNUH SeHARI SeTeNGAH

(RM)HARI

BIASACUTI AM/

UMUM

1 Balairaya Taman Air Biru 300.00 300.00 200.00 450.00

2 Dewan Serbaguna Taman Cendana 500.00 700.00 200.00 950.00

3 Dewan Serbaguna Taman Kota Masai 500.00 700.00 200.00 950.00

4 Dewan Serbaguna Kg Kopok Baru 500.00 700.00 200.00 950.00

5 Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih 600.00 800.00 300.00 1100.00

6 Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai 600.00 800.00 300.00 1100.00

7 Dewan Serbaguna Taman Scientex 600.00 800.00 300.00 1100.00

8 Dewan Taman Mawar 1,800.00 2,400.00 500.00 -

9 Dewan Raya Masai 400.00Caj Utiliti : 125.00

200.00 725.00

10 Dewan Raya Jalan Gunung, Seri Alam 600.00Caj Utiliti : 155.00

300.00 1055.00

11 Dewan Raya Jalan Suria, Seri Alam 400.00Caj Utiliti : 115.00

200.00 715.00

12 Dewan Serbaguna Taman Rinting 300.00Caj Kebersihan : 50.00

200.00 500.00

PADANG PeRBANDARAN(A, B, C, D)

PeNGGUNAAN KADAR SeWA (RM)

2 Jam 80.00

1/2 Hari 125.00

1 Hari 250.00

GeLANGGANG FUTSAL 1 Jam50.00

40.00 (Pelajar)

DePOSIT KeBeRSIHAN - 200.00

DEWAN / BALAIRAYA MPPG

PADANG MPPG

KADAR SEWAANDeWAN DAN PADANG MPPG

Kemudahan dewan dan padang yang disediakan MPPG memudahkan masyarakat menganjurkan pelbagai majlis atau program. Demi memenuhi keperluan, dewan-dewan turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti gelanggang badminton, pentas utama, ruang persiapan, pejabat, bilik VIP/ mesyuarat, surau, tandas dan kawasan letak kenderaan.