s pasir gudang - mppg.gov.my · sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang...

16
www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera MENARIK DI DALAM : FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1440H SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2018 LIGA FUTSAL PASIR GUDANG KEJOHANAN PINGPONG DAN KAROM MENTERI BELIA & SUKAN RASMIKAN PROGRAM TOWNHALL MALAYSIA BAHARU ASPIRASI & HARAPAN ANAK MUDA KEJOHANAN BADMINTON PASIR GUDANG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Upload: tranthu

Post on 28-May-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

SEPTEMBER2018

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

09

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

1440HFORUM PERDANA

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

MENARIK DI DALAM :Forum Perdana

maal HIjraH 1440H

SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2018

lIGa FuTSal PaSIr GudanG

KEJOHANANPINGPONG DAN KAROM

menTerI belIa & Sukan raSmIkan ProGram ToWnHall

malaYSIa baHaru aSPIraSI& HaraPan anak muda

kejoHanan badmInTon PaSIr GudanG SemPena

HarI kemerdekaan

Page 2: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

PENASIHATTuan Haji Zainor bin AdaniYang Dipertua MPPG

KETuA EdITorEncik Sulaiman bin IsmailSetiausaha MPPG

PENoloNg KETuA EdITorPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENgArANgEncik Nazarul bin Jaafar

PEmbErITA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

......................................................

Diterbitkan olehJAbATAN PEmbANguNAN mASYArAKAT

Forum Perdana Maal Hijrah 1440H.

Kejohanan Ping Pong dan Karom Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2018.

Program Semarak Warisan MPPG Tarik Golongan Warga Pelajar.

Lensa Edisi Khas : Kejohanan Sukan Karom dan Ping Pong MALA 2018.

Lensa MPPG September 2018.

Menteri Belia & Sukan Rasmikan Program Townhall Malaysia Baharu Aspirasi & Harapan Anak Muda.

Lawatan Penanda Arasan Dari Majlis Daerah Labis

Lawatan Penanda Aras Program Pengkomposan Sisa Makanan.

Liga Futsal MPPG.

Kejohanan Badminton Pasir Gudang 2018 Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.

Program Ceramah Pemeriksaan Kesihatan Bagi Warga Kerja MPPG

Yayasan Pasir Gudang - Program September 2018

Info Terkini : Keroncong MPPG

34

5

10

1312

11

14

1516

8&9

6&7

AlHAmdulIllAH, SYuKur kita ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi dalam edisi Berita Pasir Gudang (BPG) bulan September. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan yang dirahmati oleh Ilahi dan dipermudahkan segala urusan yang dilakukan kita semua.

Pada bulan ini, sejarah tercatat apabila Pasir Gudang telah menerima kehadiran dua orang Yang Berhormat iaitu Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman dan Yang Berhormat Mohd Khuzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor selaku panel dalam mengupas Aspirasi Dan Harapan Anak Muda di negeri Johor. Program yang dihadiri kira-kira 2,000 orang anak muda ini telah mencetuskan satu fenomena suara anak muda dalam isu pentadbiran dan pengurusan negara, khususnya dalam membina Malaysia Baharu yang disuarakan oleh kerajaan.

Kita juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah dalam beberapa acara sukan. Malaysia Association Local Authority (MALA) telah memilih MPPG sebagai sebagai tuan rumah bagi acara sukan karom dan ping pong. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Dewan Besar dan Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang yang melibatkan hampir 30 buah PBT seluruh Malaysia bagi merebut piala serta hadiah wang tunai yang ditawarkan. Selain daripada itu, MPPG buat julung kalinya telah menganjurkan Kejohanan Liga Futsal Pasir Gudang. Liga ini telah disertai 21 buah pasukan futsal sekitar Pasir Gudang. Liga yang berlangsung bermula dari 14 Ogos hingga 21 September sebenarnya dapat mencungkil bakat-bakat muda di kalangan warga Pasir Gudang dalam sukan futsal. Tahniah kepada unit sukan MPPG kerana berjaya dalam mengetengahkan aktviti seperti ini. Manakala, Kejohanan Badminton Pasir Gudang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini turut

diadakan. Hampir 20 regu lelaki dan wanita telah menyertai kejohanan ini.

Bagi memupuk sikap cinta akan warisan dan budaya Melayu. Satu program yang dinamakan ‘Program Semarak Warisan’ telah dianjurkan bertempat di Taman Bandar Bukit Layang-Layang. Antara aktiviti-aktiviti tradisi yang dijalankan adalah berkaitan dengan tradisi masyarakat Melayu seperti demonstrasi membuat wau, bermain congkak dan lain-lain lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa Melayu. Tujuan diadakan di Muzium Layang-Layang untuk memupuk generasi muda yang masih di bangku persekolahan untuk terus mengingati seni tradisi Melayu supaya tidak luput ditelan zaman.

Seperti yang semua sedia maklum, tahun hijrah bagi kalendar Islam juga bermula pada 20 September yang lalu telah memasuki tahun 1440 tahun Hijrah. Justeru, MPPG tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hijrah dengan mengadakan program-program keagamaan. Pengurusan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dan UTC Pasir Gudang telah mengadakan forum agama yang telah dikendalikan oleh moderator Ustaz Amir Hamzah bersama-sama dua orang panel jemputan, Ybhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dan Ustaz Amirul Amin (PU Amin) dengan tema bertajuk ‘Hijrah Dunia vs Hijrah Akhirat’. Forum Perdana ini sangat berguna kerana ia memberi pengisian kerohanian kepada penduduk Pasir Gudang supaya penghijrahan yang dilalui lebih memberi kesan terhadap kehidupan sehari-harian sebagai seorang muslim.

MPPG juga sangat prihatin dalam menjaga kebajikan dan kepentingan warga kerjanya. Justeru, bulan September ini warga kerja MPPG telah diberi peluang mendengar sesi penerangan berkaitan kesihatan secara percuma. Di samping itu, warga kerja juga didedahkan dengan tips menjaga kesihatan

BERITA PASIR GUDANG2

PEruTuSAN YANg dIPErTuAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

kandunGan

dan buah pinggang dengan betul serta mengamalkan cara hidup yang sihat melalui pengamalan pemakanan seimbang dan aktiviti-aktiviti riadah.

Akhir kata, saya mengharapkan komitmen dan kerjasama dari semua pihak keseluruhannya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga dan penduduk Pasir Gudang. Harapan agar menjadikan Pasir Gudang sebuah PBT yang tersohor dan terbaik berjaya dicapai.

Saya menggesa supaya semua warga kerja MPPG terus komited menjalankan tugas dan tanggungjawab agar perkhidmatan yang cemerlang dapat dilaksanakan dan memberikan impak yang positif terhadap komuniti.

Sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang. Jumpa lagi.

Sekian,

Tuan Haji Zainor bin AdaniYang dipertua mPPg

Page 3: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

......................................................

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

BAGI MENyAMBUt dan meraikan Maal Hijrah 1440H, Pengurusan Kompleks Pusat Bandar & UTC Pasir Gudang telah menganjurkan Forum Perdana bagi memberikan pengisian kerohanian kepada penduduk Pasir Gudang supaya penghijrahan yang dilalui lebih memberi kesan terhadap kehidupan sehari-harian sebagai seorang muslim. Forum telah dikendalikan oleh moderator Ustaz Amir Hamzah bersama-sama dua orang panel jemputan, Ybhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dan Ustaz Amirul Amin (PU Amin). Tema yang dibawa bagi forum kali ini adalah bertajuk ‘Hijrah Dunia vs Hijrah Akhirat’.

Antara objektif penganjuran forum ini ialah bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai peristiwa hijrah dalam memahami bulan Muharam sebagai bulan pertama kalendar Islam di samping mengajak semua saudara muslim untuk melakukan penghijrahan serta perubahan dalam kehidupan dengan mengamalkan cara hidup yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Hadir sama dalam forum ini ialah YB Tuan Hassan bin Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato’ Seri Che’ Zakaria bin Mohd Salleh ADUN Permas, En. Sulaiman bin Ismail, Setiausaha MPPG, ketua-ketua Jabatan dan masyarakat setempat. Lebih 1,700 orang awam telah hadir bagi mendengar forum yang disampaikan.

FORUM PERDANAMaal Hijrah 1440H

Tetamu VIP bergambar bersama penceramah jemputan.

Antara orang ramai yang hadir dalam sesi forum yang diadakan.

Page 4: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG buat julung kalinya menjadi tuan rumah menganjurkan Kejohanan Ping Pong dan Karom bagi Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2018. Penganjuran sukan ini adalah kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) dan Persatuan Ping Pong Daerah Johor Bahru. Manakala bagi Kejohanan Karom pula anjuran Persatuan Karom Johor serta Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari iaitu 8 dan 9 September yang lalu bertempat di Atrium dan Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Bagi kejohanan Ping Pong, terdapat 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Bergu Lelaki VIP, Bergu Lelaki Terbuka, Bergu Wanita Terbuka, Bergu Lelaki

BERITA PASIR GUDANG4

Pemenang bergambar bersama hadiah kemenanganselepas sesi majlis penyampaian hadiah.

KEJOHANAN PINGPONG DAN KAROM sukan kerajaan tempatan

malaysia (mala) 2018

BIL NAMA PBt1. Majlis Perbandaran Taiping2. Majlis Perbandaran Kuantan 3. Majlis Perbandaran Klang 4. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 5. Majlis Perbandaran Batu Pahat6. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah7. Majlis Perbandaran Selayang8. Majlis Bandaraya Ipoh9. Majlis Perbandaran Ampang Jaya10. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu11. Majlis Perbandaran Seremban12 Majlis Bandaraya Johor Bahru13. Majlis Perbandaran Manjung14. Majlis Daerah Kota Tinggi

BIL NAMA PBt1. Majlis Perbandaran Taiping2. Majlis Perbandaran Kulim 3. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu4. Majlis Bandaraya Alor Setar5. Majlis Perbandaran Kangar6. Majlis Daerah Setiu7. Majlis Daerah Kuala Langat8. Majlis Perbandaran Klang 9. Majlis Perbandaran Bentong10. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah11. Majlis Perbandaran Selayang12 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur13. Majlis Bandaraya Johor Bahru14. Majlis Perbandaran Seremban15. Majlis Perbandaran Manjung16. Majlis Perbandaran Kemaman17. Majlis Perbandaran Subang Jaya18. Majlis Perbandaran Pasir Gudang19. Majlis Bandaraya Ipoh20. Majlis Bandaraya Petaling Jaya21. Majlis Perbandaran Muar22. Majlis Perbandaran Ampang Jaya23. Majlis Perbandaran Batu Pahat24. Majlis Perbandaran Temerloh

Berikut adalah senarai penyertaan:

Berikut adalah senarai penyertaan:

Veteran dan Bergu Campuran Terbuka. Penyertaan melibatkan seluruh PBT Malaysia. Manakala kejohanan Karom pula juga melibatkan 5 kategori iaitu Bergu Lelaki VIP, Bergu Lelaki Terbuka, Bergu Wanita Terbuka, Bergu Lelaki Veteran dan Bergu Campuran Terbuka.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Nazarul bin Jaafar selaku wakil rasmi Yang DiPertua MPPG Turut hadir sama dalam sesi penyampaian hadiah ialah, En. Mohd Nizam bin Mahaqudin, wakil MALA dari Majlis Perbandaran Kuantan, En Zakaria Bin Abdullah, wakil MALA dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, En Yusliza Bin Yusof, wakil MALA dari Majlis Perbandaran Kemaman, En Mohd Yunos Bin Abu Bakar, Pengadil Persatuan Karom Johor dan En Chee Chen Fong, Presiden Persatuan Ping Pong Daerah Johor Bahru.

jalan CanGGunG -koTa maSaI

Page 5: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

BIL KEDUDUKAN NAMA PBtJUMLAH

MAtANILAI HADIAH

1 Johan Majlis Perbandaran Selayang

10 RM 2,000.00 + Piala Iringan + Medal +

Cenderahati2 Naib Johan Majlis Bandaraya

Kuala Terengganu8 RM 1,500.00 + Medal

+ Cenderahati3 Ke-3 Majlis Perbandaran

Kuantan6 RM 1,000.00 + Medal

+ Cenderahati4 Ke-4 Majlis Perbandaran

Klang4 RM 500.00 + Medal +

Cenderahati5 Ke-5 Majlis Bandaraya

Ipoh2 -

6 Ke-6 Majlis Bandaraya Kota Kinabalu

2 -

7 Ke-7 Majlis Perbandaran Ampang Jaya

2 -

8 Ke-8 Majlis Perbandaran Taiping

2 -

BIL KEDUDUKAN NAMA PBtJUMLAH

MAtANILAI HADIAH

1 Johan Majlis Perbandaran Klang

10 RM 2,000.00 + Piala Iringan + Medal +

Cenderahati2 Naib Johan Majlis Perbandaran

Subang Jaya8 RM 1,500.00 + Medal

+ Cenderahati3 Ke-3 Majlis Bandaraya

Petaling Jaya6 RM 1,000.00 + Medal

+ Cenderahati4 Ke-4 Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur4 RM 500.00 + Medal +

Cenderahati5 Ke-5 Majlis Bandaraya

Ipoh2 -

6 Ke-6 Majlis Daerah Kuala Langat

2 -

7 Ke-7 Majlis Bandaraya Johor Bahru

2 -

8 Ke-8 Majlis Bandaraya Alor Setar

2 -

BIL NAMA PBt1. Majlis Perbandaran Taiping2. Majlis Perbandaran Kuantan 3. Majlis Perbandaran Klang 4. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 5. Majlis Perbandaran Batu Pahat6. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah7. Majlis Perbandaran Selayang8. Majlis Bandaraya Ipoh9. Majlis Perbandaran Ampang Jaya

10. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu11. Majlis Perbandaran Seremban12 Majlis Bandaraya Johor Bahru13. Majlis Perbandaran Manjung14. Majlis Daerah Kota Tinggi

Berikut adalah senarai pemenang:

Berikut adalah senarai pemenang:

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Permainan wow dimainkan oleh pelajar-pelajaryang mengambil bahagian.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah aktviti mewarna.

PROGRAMSEMARAK WARISAN MPPGTArIK goloNgAN WArgA PElAJAr

PRoGRAM yANG DIADAKAN di Taman Bandar Bukit Layang-Layang Pasir Gudang ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat bagi menarik golongan pelajar. Antara objektif penganjurannya ialah bagi meneruskan kesinambungan warisan rakyat berkenaan wau agar tidak dilupakan dan luput ditelan zaman dan memupuk sifat cinta dan sayang kepada warisan budaya bangsa agar terus kekal diwarisi generasi akan datang dan masyarakat lebih dekat serta memahami budaya warisan bangsa sendiri. Khazanah warisan seperti pembuatan dan permainan wow merupakan aset penting dalam memajukan industri pelancongan Negara.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik pada pukul 7.30 pagi dan seterusnya sesi pendaftaran para peserta untuk semua kategori pertandingan. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur agar menarik minat para pelajar untuk meneroka warisan rakyat selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah sobek wau, mewarna, explorace, reka cipta inovasi kitar semula, cipta layang-layang kreatif dan kapal terbang kertas. Selain itu, Unit Sarang Buaya juga turut serta memeriahkan program dengan aktiviti pameran dan kuiz, Unit Seramik tidak ketinggalan mengambil bahagian dengan menganjurkan bengkel mewarna pasu. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah sekitar Pasir Gudang.

Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung jam 12.30 tengahari dan diselangi dengan cabutan bertuah. Majlis ini disempurnakan oleh Pn Hajah Rahamah binti Mahmood, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Page 6: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

BERITA PASIR GUDANG6

KEJOHANAN PING PONG DAN KAROM Sukan kerajaan tempatan malaysia (MALA) 2018

Antara aksi-aksi perlawanan ping pong yang dirakam lensa sepanjang perlawanan berlangsung.

Semua pemenang bergambar bersama hadiah kemenanganselepas tamat sesi penyampaian hadiah.

Page 7: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

Peserta pertandingan karom bersungguh-sungguh mempamerkan aksi permainan masing-masing.

Pasukan Johan bergambar bersama hadiah kemenangan.

Page 8: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

BERITA PASIR GUDANG8

SEPTEMBER 2018SEPTEMBER 2018

LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

TAKLIMAT SUKAN MALA

Wakil dan pengurus kumpulan masing-masing tekunmendengar taklimat yang disampaikan oleh urusetia.

LAWATAN EKSA SUK NEGERI JOHOR

Anggota bomba bertugas pantasmemadamkan kebakaran yang

berlaku di aras 4 Menara Aqabah.

FORUM PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH 1440H

Kompleks Pusat Bandar dibanjiri orang ramai bagi mendengar forum yang disampaikan oleh ahli panel jemputan.

Page 9: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

PROGRAM SEMARAK WARISAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

LAWATAN INISIATIF PEMBANGUNAN HIJAU

Wakil dari Jabatan Bangunan mendengar penjelasan ringkas mengenai inisiatif pembangunan hijau yang digunakan oleh pemaju Eco World.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI PEJABAT KADI KLUANG DAN PONTIAN

Bergambar bersama di Aras 9, Bahagian Landskap.

Page 10: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

INStItUSI INtEGRItI KEPIMPINAN dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang menganjurkan Program Townhall Aspirasi dan Harapan Anak Muda bertempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Program ini telah dihadiri Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Mohd Khuzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor selaku panel dalam mengupas aspirasi dan harapan anak muda di negeri Johor.

Antara tujuan diadakan program townhall ini diadakan ialah bagi meningkatkan keterlibatan anak muda di dalam pelan pembangunan anak muda di Johor secara khususnya dan Malaysia amnya serta dapat melahirkan generasi anak muda yang lebih peka dan prihatin, mempunyai sikap ambil tahu mengenai dasar-dasar kerajaan kerana generasi inilah yang merupakan pelapis negara pada masa akan datang.

Dalam ucapannya kepada hampir 2,000 hadirin, YB Syed Saddiq telah menerangkan serba ringkas apa yang dimaksudkan dengan ‘Malaysia Baharu’ di mana ia merupakan satu konsep yang memberi peluang kepada semua generasi terutamanya golongan muda untuk menyuarakan pendapat dengan bebas tetapi masih lagi berlandaskan undang-undang dan mengikut perlembagaan negara maka, setiap keputusan dalam lapisan pentadbiran negara perlu ada perwakilan anak muda supaya suara generasi ini tidak diketepikan dan kerajaan mengambil penting keterlibatan generasi ini dalam setiap perkara kerana mereka merupakan ‘youth power’ yang bakal mencorak pentadbiran negara satu hari kelak.

Ketika menjawab soalan yang dikemukakan, kedua-duanya menjawab isu-isu yang dibangkitkan sebaik mungkin dengan menyatakan kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai platform kepada anak-anak muda untuk berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti dalam bidang keusahawanan, sukan permotoran dan lain-lain lagi.

Sesi ini sedikit sebanyak berjaya melibatkan pelajar-pelajar dari persatuan anak muda sekitar negeri Johor, IPTA dan IPTS seluruh negeri Johor dan luar, antaranya UKM, UTM, UTHM, UiTM serta badan bukan kerajaan (NGO) yang dipimpin oleh anak muda sekitar negeri Johor bagi mencapai warga belia berkemajuan pada masa akan datang.

BERITA PASIR GUDANG1 0

MENTERI BELIA & SUKAN RASMIKAN PROGRAMTOWNHALL MALAYSIA BAHARU

ASPIRASI & HARAPAN ANAK MUDA

BERITA PASIR GUDANG1 0

Hampir 2,000 peserta memberikan sokongan programTownhall Malaysia Baharu : Aspirasi dan Harapan Anak Muda.

Page 11: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

MPPG tELAH MENERIMA LAwAtAN penanda arasan dari Majlis Daerah Labis, Johor seramai hampir 20 orang warga kerja yang diketuai oleh En. Sharil Nizam bin Abdul Rahim selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Labis.

Para peserta lawatan telah dibawa menonton tayangan video korporat dan video keselamatan mengenai MPPG bagi tujuan pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MPPG. Sesi lawatan juga turut melibatkan sesi taklimat dan perkongsian oleh semua ketua-ketua jabatan MPPG. Selepas daripada itu, sesi soal jawab diadakan dan seterusnya penyerahan cenderahati oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Labis kepada Setiausaha MPPG. Lawatan berkahir dengan sesi bergambar dan seterusnya jamuan tengahari.

Salah seorang peserta lawatan, Puan Siti Nur Fatiha Atan menyatakan kekaguman terhadap kepesatan dan pembangunan di Pasir Gudang yang ada pada hari ini. “Saya lihat terdapat pertambahan kutipan cukai oleh MPPG jika dibandingkan dengan hasil tujuh tahun lalu. Beliau berharap Majlis Daerah Labis juga akan mengorak langkah untuk menambah hasil cukai dari masa ke semasa”.

MPPG tELAH MENERIMA kunjungan dari Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) seramai 20 orang bagi program berkaitan pengkomposan sisa makanan.

Antara aktiviti yang diadakan sempena kedatangan MDKT dan MPK ialah Lawatan ke Stor Pengkomposan Sisa Makanan Tanjung Langsat, pengenalan pembuatan baja kompos, membuat demonstrasi mengenai pembuatan baja kompos yang teratur dan efisen.

Seterusnya sesi soal jawab antara pelawat dan MPPG diadakan bagi memantapkan lagi pengetahuan ke tiga-tiga organisasi yang menjadi tunjang kepimpinan kerajaan yang bersih dan berdaya maju.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

dArI mAJlIS dAErAH lAbIS

Baja kompos yang telah siap dimasukkanke dalam botol.

LAWATAN PENANDA ARASAN

LAWATAN PENANDA ARASPROGRAM PENGKOMPOSAN SISA MAKANAN

Delegasi lawatan bergambar beramai-ramai bersama Setiusaha MPPG.

Page 12: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

BERITA PASIR GUDANG1 2

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG melalui Unit Sukan Jabatan Pembangunan Masyarakat buat julung kalinya menganjurkan Liga Futsal Pasir Gudang. Penganjuran liga futsal ini berjaya menarik penyertaan 21 pasukan dan 2 pasukan darinya adalah pasukan MPPG. Liga ini telah bermula dari 14 Ogos hingga 21 September yang lalu dan diadakan setiap hari Selasa dan hari Rabu jam 8.30 malam di Gelanggang Futsal Jalan Balau Taman Rinting. Liga ini dijalankan secara liga di peringkat awal dan format kalah mati di peringkat suku akhir hingga ke akhir. Liga ini dibarisi 3 orang pengadil iaitu En. Kandasamy A/L K. Ponniah, sebagai Ketua Pengadil, dua orang lagi pengadil iaitu En Zahar bin Misran dan En. Nalan A/L Kandasamy.

Perlawanan akhir Liga Futsal Pasir Gudang telah menyaksikan perlawanan antara Johor Port menentang A.B.S.A. Perlawanan ini tamat dengan kemenangan sepakan penalti ‘sudden death’ kepada pasukan Johor Port. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Nazarul bin Jaafar, Ketua Bahagian Pembangunan Sosial, Jabatan Pembangunan Masyarakat wakil rasmi Yang Dipertua MPPG.

LIGA FUTSALPASIR GUDANG

BIL NAMA PASUKAN NAMA PENGURUS

1 Skyway FC Jamilah

2 Copaque Academy Mohd Shukor

3 UniKL MITEC FT Alifaiziat

4 Paguba Team Muhammad Fadihi

5 Balau Parasit FT Hamizat

6 KS FT Zairizam

7 FC PJ8 Syahril

8 BBT Johor Port Sc Hairuddin

9 Penawar Nazrin

10 BTPP Hairul Ridzwan

11 Belia Merung Selatan Lan

12 Pelanduk Futsal Team Farizul Azrai

13 Real PG Sharul Akmal

14 ABSA Mat Nor

15 SS Five FC Goby

16 Hospital Penawar Nasir

17 Johor Port Firdaus

18 FC Pocek FT Samz

19 Taman Rinting FT Amirul

20 MPPG (A) HUZAIFAH

21 MPPG (B) HUZAIFAH

BIL KEDUDUKANNAMA

KUMPULANNILAI HADIAH

1 Johan Johor Port RM 3,000.00 + Medal

2 Naib Johan A.B.S.A RM 2,000.00 + Medal

3 Ketiga FC Pocek FT RM 1,000.00 + Medal

4 Keempat Belia Taman Pasir Putih

RM 700.00 + Medal

Berikut adalah senarai penyertaan:

Keputusan Liga Futsal Pasir Gudang:

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang berjaya. Semoga semangat kesukanan ini dapat dikekalkan dan berterusan.

Antara aksi-aksi peringkat akhir pasukan A.B.S.A. dan Johor Port.

Page 13: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

KEJOHANAN BADMINTON PASIR GUDANG 2018SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG dengan kerjasama Persatuan Badminton Negeri Johor telah bekerjasama menganjurkan Kejohanan Badminton Pasir Gudang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan. Kejohanan ini terbuka kepada acara beregu lelaki dan beregu wanita. Sebanyak 18 regu lelaki dan 8 regu wanita telah menyertai pertandingan ini. Penyertaan adalah terbuka kepada penduduk Pasir Gudang, pekerja industri dan pelajar di Pasir Gudang. Kejohanan ini iadakan pada 15 September yang lalu bertempat di Dewan Raya Masai, Pasir Gudang.

Antara lain tujuan diadakan pertandingan kali ini supaya bakat-bakat baru yang berkebolehan bermain badminton dapat dilahirkan dan setiap tahun siapa tahu satu hari nanti jaguh dunia berasal dari Pasir Gudang.

Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung jam 5.00 petang dan disempurnakan oleh En Nazarul bin Jaafar, Ketua Bahagian Pembangunan Sosial, Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai wakil rasmi Pn Hajah Rahamah binti Mahmood Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat.

JoHAN Mohd Ariffin Bin Md ZakariaMuhammad Daniel Ashraf Bin Md Zakaria

RM 1,000.00 + Medal

Zon Mawar

NAIB JoHAN

Azlan Bin BachokTay Kok Hau

RM 800.00 + Medal

Zon Mawar

KEtIGA Ewan Bin AhmadMohd Anuar Bin Selamat

RM 600.00 + Medal

Zon Mawar

KEEMPAt Earwan Bin Ahmad ShafeeNuhairi Bin Ahmad @ Abd Wahab

RM 400.00 + Medal

Zon Scientex

JoHAN Cecelia Tan Xue TingKok Siew Chui

RM 600.00 + Medal

Zon Rinting

NAIB JoHAN

Assuzita Binti EngahNur Ain Syuhadah Binti Nazri

RM 400.00 + Medal

Zon Air Biru

KEtIGA Celyne Khor Hui LingSim Jia Min

RM 300.00 + Medal

Zon Scientex

KEEMPAt Nur Faziehani Binti JelaniNurul Ain Binti A.Rahim

RM 200.00 + Medal

Zon Pasir Putih

Berikut merupakan senarai penyertaan :BEREGU LELAKI

BIL NAMA PASUKAN NAMA PESERtA ZoN

1 Asal Boleh Usman Bin Abu BakarMohd Iskandar Bin Samingan Scientex

2 PGBC Norman Bin HusinZaidani Bin Mahamad Air Biru

3 MPPG (B) Amirudin Bin Md DinAzam Shah Bin Rabu MPPG

4 MPPG (C) Mohamad Asni Bin RohaniMohd Azmi Bin Salamat MPPG

5 MPPG (D) Mohd Jefri Bin HusinAlias Haris Chia Bin Abdullah MPPG

6 MPPG (E) Mohd Khairulddin Bin SalikinSaiful Bin Husin MPPG

7 Ann Great Azlan Bin BachokTay Kok Hau Mawar

8 FSBC Johan Bin ManMohd Shaeiful Anuar Bin Ta’at Scientex

9 BCM Muhammad Izzuan Bin KaharuddinMuhammad Amirul Amree Bin Sahlan Kota Masai

10 MPPG (A) Mohammad Syazni Bin KamsaniMohammad Syazwan Bin Kamsani MPPG

11 Malas Layan Penat

Ahmad Nohapiza BashriRozaiman Roslan Air Biru

12 Scientex Earwan Bin Ahmad ShafeeNuhairi Bin Ahmad @Abdul Wahab Scientex

13 Warna Bc E Mohamad Yusri Bin Mohd RabuMohamad Zikmal Bin Zakaria Kota Masai

14 Warna Bc A Muhammad Ashraf Daniel Bin Md ZakariaMuhammad Ariffin Nazri Bin Md Zakaria

Tanjung Puteri

15 Warna Bc B Azmi Bin SulaimanSuhaimi Bin Samsul Bahari

Cahaya Masai

16 Warna Bc C Syamsul AzhanAgustoni Bin Abdullah Suyuti Kota Masai

17 Warna Bc D Ewan Bin AhmadMohd Anuar Bin Selamat Kota Masai

18 Politeknik Muhammad Taquiddin Bin Muhamad HilmiMuhammad Aniq Bin Mohd Nasri Scientex

Berikut adalah senarai pemenang:BEREGU LELAKI BEREGU wANItA

BEREGU wANItA

BIL NAMA PASUKAN NAMA PESERtA ZoN

1 ABAimy Nissera Binti Nazmi EmranNabila Binti Zainudin

Scientex

2Long

Generation (A)

Cecelia Tan Xue TingKok Siew Chui Rinting

3Long

Generation (B)

Celyne Khor Hui LingSim Jia Min Scientex

4 Air Biru Noraini Binti MohamadFarah Diza Binti Abdul Razak Air Biru

5 Lynazthay Enterprise

Nur Azlyn Thay Binti AbdullahRosnah Binti Ismail

Nusa Damai

6 MPPG Nur Ain Syuhadah Binti NazriAssuzita Binti Engah MPPG

7 Minah Kidal

Nur Afifah Shahidah Binti Mohd NoorNorazila Binti Shaharuddin

Sierra Perdana

8 Ayien &Yan Nurulain Binti A.RahimNur Faziehani Binti Jelani

Pasir Putih

Pemenang bergambar beramai-ramai selepasmajlis penyampaian hadiah.

Page 14: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

BERITA PASIR GUDANG1 4

KESIHAtAN yANG BAIK dan berterusan adalah nikmat yang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Justeru itu, peluang yang diberikan pada warga kerja MPPG untuk mendengar ceramah mengenai cara penjagaan buah pinggang yang betul dan mendapat pemeriksaan kesihatan secara percuma amat dialu-alukan.

Antara pengisian yang dikongsikan ialah mengenai gejala penyakit buah pinggang, faktor yang menyebabkan penyakit ini berlaku, serta cara pemakanan seimbang agar dapat mengelakkan buah pinggang dari mudah rosak seperti pengambilan garam dan gula yang seimbang, gaya hidup yang sihat dan pelbagai lagi tips yang berguna telah dikongsikan.

Menurut Puan Suria Abdullah, kakitangan dari Jabatan Khidmat Pengurusan berkata, “Program dan pemeriksaan kesihatan seperti ini sangat berguna kepada saya kerana ia dapat memberi input dan tips mengenai cara menjaga buah pinggang dengan betul dan dapat menghindarkan diri dari sakit kronik tersebut.”

PROGRAM CERAMAHPEmErIKSAAN KESIHATANbAgI WArgA KErJA mPPg

Page 15: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

Masa : 08.00 pagi - 12.00 T/hariAgensi : JKPZ Kota Masai 3 bersama Yayasan Pasir Gudang & Majlis Perbandaran Pasir GudangTempat : Balai Komuniti Jalan Kuini 3Senarai VIP : 1) En Sulaiman bin Ismail Setiausaha MPPG 2) Tn Hj Sabarudin bin Hj Burahan Ahli Majlis Zon Cahaya Baru, Tg Langsat & Kota Masai 3 3) En Muhammad Syahmi bin Md Isa Penceramah Program Maths Is EasyPeserta/ Penerima : 110 orang pesertaButiran : i. Majlis telah dirasmikan oleh En Sulaiman bin Ismail, Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang. ii. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Muhammad Syahmi bin Md Isa selaku penceramah program pada hari tersebut. iii. Seramai 110 orang peserta terdiri daripada pelajar pusat tuisyen komuniti kuini dan pelajar berumur 13 tahun hingga 17 tahun daripada komuniti Kuini, Cermai dan Delima. iv. Berlangsung juga pertandingan mewarna yang terdiri daripada tiga kategori iaitu kanak-kanak (tadika), kanak-kanak (sekolah rendah) dan dewasa. v. Majlis dimulakan dengan senaman pagi bersama semua peserta dan penduduk komuniti Kota Masai 3.

YAYASAN PASIR GUDANG

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

PROGRAM BENGKEL MATHS IS EASY dan PerTandInGan meWarna

PROGRAM SEPTEMBER 2018

29 SePTember 2018

Page 16: S PASIR GUDANG - mppg.gov.my · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap ... lagi yang mempunyai nilai seni tradisi bangsa ... dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

BIL PERtANDINGAN LoKASI/ ANJURAN KEDUDUKAN1 Pertandingan Keroncong Terbuka

Malaysia 2018Stadium Melawati Shah Alam

Selangor JOHAN

2 Pertandingan Anugerah Lagu Johor 2016

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johordan Astro Production)

JOHAN(kategori keroncong

asli)

3 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014.

Kerajaan Negeri Johor (Yayasan Warisan Johor)

JOHAN(kategori keroncong

asli)

4 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

JOHAN & ke-4(kategori nyanyian

solo dewasa)

5 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2014

Universiti Putra Malaysia & Majlis Perbandaran Subang Jaya JOHAN

6 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2013

Universiti Putra Malaysia & Majlis Perbandaran Subang Jaya KEEMPAT

7 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

JOHAN(kategori keroncong

kontemporari)

8 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

KETIGA(kategori keroncong

asli)

Keroncong MPPG ditubuhkan pada 2007 di bawah pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Keroncong MPPG dianggotai oleh 7 orang pemuzik yang terdiri dari

anggota kerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang ini sendiri. Keroncong MPPG telah mendapat sentuhan didikan dan latihan dari jurulatih muzik Yayasan Warisan Johor, Encik Ismail bin Bahari.

Selain membuat persembahan-persembahan dalaman, Keroncong MPPG juga sering mendapat jemputan persembahan dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan antaranya seperti persembahan untuk Majlis Makan Malam Korporat, Program Keraian dan Majlis Perkahwinan sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Keroncong MPPG juga banyak mencipta kejayaan di pertandingan-pertandingan keroncong dan muzik etnik kreatif di antaranya mendapat Johan dalam pertandingan Keroncong Terbuka Malaysia 2018 dan Johan dalam pertandingan Nyanyian dan Keroncong Terbuka Johor kali ke 8 Yayasan Warisan Johor Kategori Keroncong Asli.

Untuk tempahan, sila hubungi :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang.

Tel : 07-254 7777Faks : 07-251 5260

Encik Rahman Esa :017-651 3200

Puan Nadztasha Mohd Puad :016-750 1887

PENgENAlAN KumPulAN KEroNCoNg mPPg

PENCAPAIAN KumPulAN KEroNCoNg mPPg

KeroncongMPPG