bedah buku maza yakni

3
Judul Buku : Apa Ertinya Saya Menganut Islam Judul Arab : Maza Yakni fi Intima lil Islam Penulis : Dr Fathi Yakan Penterjemah : Alias Othman Penerbit : Pustaka Salam Sdn Bhd. Harga : RM7.50 Bil Mukasurat : 254 Masalah dan isu pelbagai yang melanda umat Islam dewasa ini tidaklah berpunca hanya kerana serangan musuh Islam dan agenda penindasan antarabangsa ke atas dunia Islam. Ia juga bukan akibat takdir Allah swt yang mahukan Islam ditindas sedemikian rupa. Punca utama adalah keadaan umat Islam itu sendiri yang tidak memahami cara hidup Islam dalam rangka sebenar. Jadi buku ini ditulis supaya umat Islam sedar akan peri pentingnya mereka mengetahui apakah ertinya menjadi seorang Islam. Seperti mana anda bekerja sebagai seorang doctor, anda perlu melakukan tugas selayaknya kerja seorang doctor barulah anda dikira sebagai seorang doctor yang betul. Jika anda seorang jurutera, anda perlu mengaplikasi ilmu kejutureraan itu dan barulah anda menjadi seorang jurutera. Tidak cukup sekiranya seorang itu hanya mengetahui dan lulus di universiti dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan untuk digelar sebagai doctor dan jurutera. Begitu halnya, seseorang yang mempunyai nama Islam, mewarisi Islam daripada ibubapa dan mengetahui ilmu- ilmu Islam, belum lagi menjadi Muslim yang sempurna. Jadi dengan menghayati dan merenung di dalam buku ini, diharapkan pembaca dapat menyedari sisi-sisi kehidupan Islam yang telah diabaikan, memperbaiki dan memperkuat sisi-sisi lemah dan kuat serta menyampaikan kepada umat Islam yang lain. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian Pertama: Mukadimah Bahagian Pertama Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlak Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam Bahagian Kedua: Mukadimah Bahagian Kedua

Upload: ameersyuhada

Post on 11-Jun-2015

1.728 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bedah Buku Maza Yakni

Judul Buku : Apa Ertinya Saya Menganut IslamJudul Arab : Maza Yakni fi Intima’ lil IslamPenulis : Dr Fathi YakanPenterjemah : Alias OthmanPenerbit : Pustaka Salam Sdn Bhd.Harga : RM7.50Bil Mukasurat : 254

Masalah dan isu pelbagai yang melanda umat Islam dewasa ini tidaklah berpunca hanya kerana serangan musuh Islam dan agenda penindasan antarabangsa ke atas dunia Islam. Ia juga bukan akibat takdir Allah swt yang mahukan Islam ditindas sedemikian rupa. Punca utama adalah keadaan umat Islam itu sendiri yang tidak memahami cara hidup Islam dalam rangka sebenar.

Jadi buku ini ditulis supaya umat Islam sedar akan peri pentingnya mereka mengetahui apakah ertinya menjadi seorang Islam. Seperti mana anda bekerja sebagai seorang doctor, anda perlu melakukan tugas selayaknya kerja seorang doctor barulah anda dikira sebagai seorang doctor yang betul. Jika anda seorang jurutera, anda perlu mengaplikasi ilmu kejutureraan itu dan barulah anda menjadi seorang jurutera.

Tidak cukup sekiranya seorang itu hanya mengetahui dan lulus di universiti dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan untuk digelar sebagai doctor dan jurutera. Begitu halnya, seseorang yang mempunyai nama Islam, mewarisi Islam daripada ibubapa dan mengetahui ilmu-ilmu Islam, belum lagi menjadi Muslim yang sempurna.

Jadi dengan menghayati dan merenung di dalam buku ini, diharapkan pembaca dapat menyedari sisi-sisi kehidupan Islam yang telah diabaikan, memperbaiki dan memperkuat sisi-sisi lemah dan kuat serta menyampaikan kepada umat Islam yang lain.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian:

Bahagian Pertama: Mukadimah Bahagian Pertama Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlak Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam

Bahagian Kedua: Mukadimah Bahagian Kedua Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib Bab 3: Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah Bab 4: Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Dalam Islam

Page 2: Bedah Buku Maza Yakni

Bab 5: Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah Bab 6: Saya Mesti Memahami Tentang Pemusatan Amal Islami Bab 7: Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan

Bahagian pertama menjelaskan ertinya Islam kepada seorang individu. Sesungguhnya penggabungan diri dengan Islam bukanlah semata hobi dan keturunan. Apabila seseorang menggabungkan diri dengan Islam, maka wujudlah persefahaman, tuntutan dan tanggungjawab di antara satu sama lain. Islam itu adalah rahmah kepada seluruh alam, dan itulah jaminan Allah kepada mereka yang menggabungkan diri dengan Islam. Sehubungan dengan itu, mereka yang menggabungkan diri dengan Islam juga mempunyai tanggungjawab kerjasama, iaitu menjadi seorang Muslim yang sebenarnya. Dengan itu, perincian seorang Muslim yang sebenar itu telah diberikan dari segi akidah, akhlak,Ibadah, keluarga, diri dan meyakini masa depan Islam. Dengan ini sempurnalah individu itu dari sudut dirinya sendiri.

Namun, Islam itu sendiri bukanlah agama individualistik, tapi rahmatan lil alamin. Syarat menjadi Muslim yang sempurna ialah menjadi penyebar dan pejuang Islam. Jadi, tidak cukup bererti seseorang itu hanya duduk diam dengan Islamnya, menjaga akidahnya, ibadahnya, akhlaknya, keluarganya tanpa bergabung dalam saf perjuangan Islam untuk menegakkan Islam.

Buku ini menyedarkan pembaca hakikat kehidupan Islam yang sebenar. Pembaca dapat menggarap dan menjadikan buku ini sebagai panduan. Pembaca dapat menghadam tulisan ini yang ditulis oleh tokoh yang berpengalaman dan bahasa yang mudah dicerna.

Buku ini sangat bermanfaat kerana segala dalil dan hujah dikuatkan dengan dalil Al-Quran dan Hadith Sahih. Gaya muhasabah dan kritikan diri sebagai olahan bahasa juga sangat membantu pembaca untuk berfikir. Buku ini menggunakan kata ganti nama pertama (saya) bagi menghidupkan ruh pembaca dan mengeratkan hubungan antara pembaca dan penulis.

Kesimpulannya, buku ini adalah buku yang perlu dihadam oleh semua Muslim sebagai asas pemahaman. Selayaknya buku ini perlu ada bagi setiap individu Muslim.