bantuan - selangorkini · pdf filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus...

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 5 - 12 Mei 2017, 8 - 15 Syaaban 1438 Dua dekad KEADILAN 16 3 7 Penduduk tuntut penyelesaian Kekal ranking cemerlang 20 BERITA PENUH MUKA � PEDULI SIHAT UNTUK ANAK ISTIMEWA l Pelajar Selangor di Timur Tengah terima sumbangan Peduli Siswa RM�.� juta l Bantuan naik kepada RM�,��� l RM��,��� sewa bangunan di Rabat l Junjung titah DYMM Sultan Selangor martabat pendidikan Islam BANTUAN PENDIDIKAN NAIK BERITA PENUH MUKA �

Upload: nguyendung

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 5 - 12 Mei 2017, 8 - 15 Syaaban 1438

Dua dekadKEADILAN

16

3

7

Penduduk tuntut penyelesaian

Kekal rankingcemerlang

20BERITA PENUH MUKA �

PEDULI SIHATUNTUK ANAK ISTIMEWA

l Pelajar Selangor di Timur Tengah terima sumbangan Peduli Siswa RM�.� juta

l Bantuan naik kepadaRM�,���

l RM��,��� sewabangunan di Rabat

l Junjung titahDYMM Sultan Selangormartabat pendidikanIslam

BANTUAN PENDIDIKAN NAIK

BERITA PENUH MUKA �

Page 2: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Utama2 SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

OLEH AFIX REDZUAN

SEBERANG JAYA - Kejayaan KEADILAN berdiri teguh memperjuangkan aspirasi rakyat hampir dua dekad membuktikan parti itu mampu bertahan dalam arus politik Malaysia.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato ‘ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gaga-san dibina Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan mereka kini men-jadi parti digeruni musuh.

“Kita bukan lahir di istana seperti parti lain, bukan dari golongan elit. KEADILAN lahir daripada kesedaran rakyat yang mahu perubahan dan pembaharuan.

“KEADILAN bukan parti serpihan atau parti nyamuk tetapi ditakuti musuh poli-tik di dalam dan luar,” katanya ketika me-nyampaikan ucapan sempena Konven-syen KEADILAN Pulau Pinang 2017 di SP Arena, Seberang Jaya, pada 29 April lalu.

Mohamed Azmin berkata, tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir perlu dimanfaatkan ter-utama dalam usaha memperkukuh per-paduan dan jentera parti.

Katanya, rakyat kini  meneropong PAKA- TAN sebagai pengganti untuk diangkat sebagai kerajaan baru berdasarkan keja-yaan pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang terutama dalam menarik pelabur.

Konvensyen KEADILAN Pulau Pinang dirasmikan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah bersama pimpinan KEADIL-AN sebelum itu melepaskan beberapa ekor merpati putih sebagai simbolik per-juangan pembebasan Anwar.

Dua dekad perjuang aspirasi rakyat

KEADILAN mahu terus perjuang perubahan

SEBERANG JAYA - Jentera KEADILAN di-ingatkan supaya tidak berpecah kerana rakyat kini memberi harapan untuk meli-hat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab meyakinkan rakyat kerana mereka akan bertindak se-laku pengundi menentukan pentadbiran negara.

“Kita mahu memberikan harapan. Ha-rapan apa yang ada jika kita berpecah?

“Jangan bercakaran terutama dalam parti sendiri. Kita tidak boleh menunjuk-kan percakaran kerana ia tidak akan mem-beri keyakinan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika me-nyampaikan ucapan perasmian Konven-syen KEADILAN Pulau Pinang 2017 di SP Arena, Seberang Jaya.

Katanya, ramai pemimpin sebelum ini berkorban menerusi perjuangan parti termasuk Ketua Umum KEADILAN, Da-tuk Seri Anwar Ibrahim sehingga terpak-sa mengharungi hukuman penjara demi rakyat.

Wan Azizah berkata, pimpinan parti juga perlu peka dengan masalah rakyat dan melipat gandakan usaha demi men-capai kemenangan.

“Kita akan menghadapi pelbagai ujian dan untuk mengatasinya adalah meneru-si kemenangan,” katanya.

Perpecahan runtuh harapan rakyat

SHAH ALAM - Ketua Umum KEADIL-AN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara beberapa tokoh politik Malaysia dise-naraikan sebagai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh edisi 2017.

Bekas ketua pembangkang itu tersenarai melalui kategori Pemimpin Terhormat (Honourable Mentions).

Anwar turut tersenarai dalam ka-tegori politik yang turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Yang di-Pertuan Agong ke-14, DYMM Sultan Abdul Halim Mu adzam Shah.

Sementara itu, kumpulan nasyid terkenal, Raihan turut diiktiraf dalam senarai 500 Muslim paling berpenga-ruh di dunia mewakili Malaysia untuk-kategori seni dan budaya.

Selain Raihan, artis lain yang turut tersenarai bagi tahun kedua termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Hamidun.

Dalam kategori bisnes, rakyat Ma-laysia yang turut tersenarai adalah Pre-siden Malaysian Islamic Chamber of Commerce (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Manakala dalam bidang sains dan teknologi, angkasawan pertama Ma-laysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor tu-rut disenaraikan dalam laporan itu.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya mener-bitkan buku ‘The 500 Most Influential Muslims In The World - 2009.’

Pemilihan dibuat berdasarkan nilai pengaruh seseorang tokoh terhadap masyarakat selain mampu membawa perubahan dalam kehidupan.

Anwar antaratokoh muslimberpengaruh

Page 3: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Utama3SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

Peduli Siswa pelajar Timur Tengah

Bantuan naik RM�,���OLEH NORHAYATI UMOR

MAGHRIBI - Anak Selangor yang mengikuti pengajian di Timur Tengah diberikan bantu-an RM3,000 menerusi sumbang-an pendidikan Peduli Siswa.

Sumbangan terbabit di-sampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mengetuai delegasi Kera-jaan Negeri di Agdal, Rabat dalam lawatan kerjanya.

Katanya, bagi meringankan beban pelajar, Kerajaan Negeri menaikkan bantuan dari RM2,500 kepada RM3,000 seorang untuk pelajar Selangor meneruskan pengajian.

“Pelajar ini adalah mangsa yang terkesan dengan tahap ekonomi parah ketika ini me-nyebabkan kos kehidupan di sini sangat tinggi.

“Mereka juga terbeban de-ngan pemotongan peruntu-kan pendidikan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika mengadakan pertemuan de-ngan pelajar di sana, pada 1 Mei lalu.

Seramai 40 pelajar di negara itu menerima bantuan umum

jumlah munasabah.“Saya kurang bersetuju jika

bantuan ini dikekalkan kepada RM3,000 kerana peningkatan kos hidup tinggi.

“Jadi, saya akan meminta un-tuk ia disemak semula oleh Ja-batan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya dinaikan pada ka-dar munasabah,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Kera-jaan Negeri turut meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menyewa bangunan di Rabat, sebagai pusat aktiviti bagi kegu-naan pelajar Malaysia.

Antara pimpinan negeri yang turut serta dalam lawatan itu adalah Exco Pendidikan, Pem-bangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hai-

'Hadiah' RM�.� juta untuk pelajarIPOH - Delegasi Selangor yang diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Maghribi, Jordan dan Mesir bagi menyampaikan sumbangan pen-didikan Peduli Siswa RM2.5 juta kepada pelajar Selangor di sana.

Lawatan kerja selama tiga hari itu antara lain melihat keperluan pelajar di sana yang akan dipu-tuskan dalam Belanjawan Negeri 2018.

“Kita merasakan keperluan untuk memastikan pengajian mereka tidak terganggu ketika berada di sana.

“Kita meluluskan RM2 juta pada sidang Dewan Negeri Se-

langor (DNS) lalu dan ditambah RM500,000 daripada anak syari-kat Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, bantuan itu berjaya diusahkan untuk tahun ini sementara satu peruntukkan tetap akan dirangka dan diu-mumkan hujung tahun ini.

Tindakan itu bagi menjun-jung titah DYMM Sultan Sela-ngor yang menekankan umat Islam perlu berpegang kepada ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

Mohamed Azmin turut me-ngadakan pertemuan dengan wa-kil Kedutaan Besar Malaysia Rabat juga Amman serta Duta Besar Ma-laysia ke Maghribi dan Jordan.

Dalami petunjuk moral harungi cabaran semasaMOROCCO - Pelajar di Timur Tengah diingatkan supaya ‘menggali’ petunjuk moral dalam mengharungi cabaran semasa abad ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

Katanya, petunjuk moral itu perlu diseimbangkan de-ngan elemen kerohanian tinggi dalam kehidupan supaya tidak tersasar daripada landasan se-benar.

Beliau turut memberikan con-toh kata-kata dari saintis ter-kemuka dunia, Albert Einstein yang menjelaskan sains tanpa agama adalah tempang dan

agama tanpa sains juga buta.“Di Selangor, Kerajaan Negeri

mengimbanginya. Kita mem-punyai Maahad Tahfiz Integrasi Sains supaya pelajar yang mem-punyai ilmu agama turut memi-liki kemahiran sains.

“Tidak kira dalam bidang mana kita belajar tetapi mesti diseimbangkan dengan Islam,” katanya dalam pertemuan de-ngan pelajar Selangor di Rabat.

Pada masa sama, Mohamed Azmin mahu pelajar mengam-bil kesempatan di Timur Tengah untuk menguasasi beberapa bahasa lain selain Bahasa Me-layu, Inggeris dan Arab.

Katanya, hal itu kerana pela-jar terbabit bertuah berada di satu-satunya bumi yang mem-bicarakan berkenaan prinsip Maqasid Shariah dan Pusat Is-lam ketika ini.

“Di bumi ini beberapa tokoh terkemuka lahir membicarakan prinsip termasuk perdebatan hebat di Nusantara dan Malay-sia,” katanya.

Beliau turut memberi jamin-an Kerajaan Negeri meletak-kan dasar jelas yang mahukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memainkan peranan besar bagi mendukung Islam dalam pelbagai bentuk komitmen.

Dalam pertemuan itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan RM50,000 untuk menyewa bangunan di Rabat, sebagai pusat aktiviti bagi kegunaan pelajar MalaysiaMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

daripada Kerajaan Negeri.Mohamed Azmin berka-

ta, Kerajaan Negeri komited memberikan perhatian serius dalam sektor pendidikan secara berterusan.

Katanya, sebagai sebuah ne-geri maju dan berprestasi baik, keseimbangan teknologi, eko-nomi dan pendidikan merupak-

an paksi kejayaan.“Kita yakin bukan sahaja ke-

jayaan diukur dalam bidang eko-nomi dan teknologi sahaja tetapi ilmu Islam perlu disuburkan ser-ta dipertahankan,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut mengumumkan untuk menaikkan kadar ban-tuan secara ‘one off ’ itu kepada

ri, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim.

Page 4: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Utama4 SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

KOTA DAMANSARA - Pemilik Eden Firdaus, Ahmad Idham Ah-mad Nadzri mahu menjadikan pusat itu sebagai salah satu hab pendidikan khas di negara ini.

Beliau yang juga pengarah terkenal berkata, Malaysia me-merlukan pendidikan khas se-cara maksimum dalam melahir-kan golongan itu ke arah lebih berkualiti.

“Tidak guna kita kata negara maju jika pendidikan khas diberi-kan secara minimum.

“Menjadi tanggungjawab saya dan masyarakat memastikan negara ini mempunyai kokuriku-lum khas,” katanya kepada Sela-ngorKini ketika ditemui di Kar-nival Mini Kesedaran Austism di Encorp Strand Mall.

Ahmad Idham berkata, pi-haknya kini berusaha memberi kesedaran menyeluruh kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa untuk tampil ke hada-pan melihat mereka sebagai luar biasa menerusi   roadshow dan

KOTA DAMANSARA - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan badan korporat digesa mem-bantu serta menyumbangkan bantuan kepada pusat pendidi-kan khas menerusi tanggung-jawab sosial korporat (CSR).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, hal itu ekoran pengusaha pusat terba-bit perlu menyediakan keper-luan khas berkos tinggi untuk keperluan pelajar istimewa.

Katanya, Kerajaan Negeri mahu melihat pusat itu berkem-bang selain memberi keseda-ran kepada masyarakat bahawa anak istimewa perlu dididik un-tuk menikmati kehidupan lebih baik.

“Kita tahu kesukaran diha-dapi untuk pendidikan anak

khas yang memerlukan banyak keperluan seperti terapi pertu-turan dan fisioterapi yang bu-kannya murah serta memerlu-kan pakar.

“Kita mahu masyarakat mem-bantu dan memberi sokongan kepada pusat ini mendidik anak istimewa kepada kehidupan le-bih baik,” katanya.

Daroyah berkata, GLC tu-rut diminta mengikuti langkah Perbadanan Kemajuan Nege-ri Selangor (PKNS) yang me-nyumbang kepada sekolah pen-didikan khas, Eden Firdaus.

Terdahulu, Kerajaan Nege-ri memperuntukkan RM3 juta untuk membantu pusat pendi-dikan khas bagi menyediakan program khusus pembangunan golongan anak orang kelainan upaya (OKU).

Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas

kolaborasi dengan universiti tem-patan.

Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam mem-perkasakan pendidikan khas de-ngan memberi peruntukan RM3 juta termasuk skim rawatan asas Peduli Sihat kepada golongan terbabit.

“Saya menyambut baik usaha positif Kerajaan Negeri kerana bantuan ini menjadi asbab un-tuk ibu bapa tampil ke hadapan melahirkan kehidupan berkualiti bagi anak mereka.

“Eden Firdaus bukan sahaja untuk pelajar berdaftar tetapi tempat bagi ibu bapa bertanya atau mendapat rundingan se-cara  walk in ,” katanya.

Terdahulu, Eden Firdaus menerima RM100,000 daripada Kerajaan Negeri untuk dijadi-kan biasiswa bagi memboleh-kan golongan berpendapatan rendah yang mempunyai anak istimewa mendapat pendidikan khas.

OLEH NORHAYATI UMOR

KOTA DAMANSARA - Kanak-kanak kelainan upaya (OKU) ter-masuk autisme kini berpeluang menikmati skim rawatan asas Peduli Sihat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Da-royah Alwi berkata, pihaknya akan meminta Selgate Corporation se-laku ‘Third-Party Healthcare Ad-ministrator’ menyediakan senarai kanak-kanak istimewa yang layak.

Katanya, golongan terbaru yang menikmati Skim Peduli Si-hat (SPS) itu layak menerima bantuan RM200 secara individu walaupun pendapatan keluarga melebihi syarat ditetapkan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Pengarah Sekolah Pen-didikan Khas Eden Firdaus iaitu Ahmad Idham Ahmad Nadzri un-tuk menyediakan senarai kanak-kanak yang layak.

“Beliau (Ahmad Idham) mem-punyai banyak kenalan dari-

Skim Peduli Sihat (SPS)

Kini untuk anak OKUpada golongan ini yang boleh menyertai skim berkenaan,” ka-tanya kepada SelangorKini sem-pena Karnival Mini Kesedaran Austism di Encorp Strand Mall, pada 29 April lalu.

Daroyah berkata, SPS dibu-ka kepada kanak-kanak itu atas dasar keprihatinan Kerajaan Ne-geri juga tanda sokongan untuk golongan terbabit mendapat ke-hidupan lebih baik.

“Sebelum ini kita mempu-nyai program Si Kembar dan un-tuk program ini kita akan semak semula supaya ia bersesuaian dengan SPS,” katanya.

SPS dibuka kepada golongan B40 yang layak berpendapa-tan bulanan isi rumah di bawah RM3,000 ddengan 68,579 permo-honan setakat ini.

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

GLC diminta bantu

Menjadi tanggung-jawab saya dan masyarakat me-mastikan negara ini mempunyai kokurikulum khas

AHMAD IDHAMPemilik Eden Firdaus

Page 5: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Utama5SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

PROGRESS Selangor

Latih graduan jadi pekerja berkualitiOLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR - Kerajaan Nege-ri komited melahirkan tenaga kerja berkualiti dengan mengadakan pro-gram PROGRESSIVE Society “We Care We Share”- PROGRESS Selangor.

Penghulu Mukim Api-api/Ijok, Hu-sain Idris berkata, program selama enam bulan itu bertujuan menye-diakan graduan lepasan institusi pe-ngajian tinggi berpengetahuan dan berpengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

“Terima kasih kerana memberi ke-percayaan anak muda lepasan univer-siti untuk mengadakan program khid-mat masyarakat yang sangat berguna supaya mereka dapat pengalaman se-belum memasuki alam pekerjaan.

“Alam pekerjaan dan pengajian ten-tunya berbeza tetapi menerusi program ini, mereka dapat menimba pengala-man misalnya membuat kerja khidmat masyarakat seperti mengemas kelas dan mengecat gelanggang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup PROGRESS Selangor di Maa-had Tahfiz Wal-Qiraat, Pusat Dakwah Islamiah, Jeram, pada 29 April lalu.

Program itu membabitkan 145 gra-duan peringkat ijazah seluruh Selangor.

KUALA SELANGOR - Seramai 300 peserta PROGRESS Selangor terdiri daripada graduan lepasan institut pengajian tinggi dalam dan luar negara menerima elaun sara diri RM1,000 sebulan selama enam bulan.

Pengarah Program Graduate Employablity Enhancement For Smart Selangor, Azman Ibrahim berkata, selain Kerajaan Negeri, syarikat graduan ditempatkan itu turut menambah elaun peserta.

SHAH ALAM - Pertubuhan Fo-rum Kesedaran Rakyat Nege-ri Selangor (FIKIR) bakal me- nganjurkan Program Kesedar-an Pengurusan Kewangan (Bi-jak Wang), bermula Mei hingga Ogos nanti.

Pengerusi FIKIR, Yamin Yahya berkata, program dengan ker-jasama Jawatankuasa Peruma-han, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar itu mensa-sarkan penduduk kediaman kos rendah di Selangor.

Katanya, ia bertujuan me-ningkatkan kesedaran pen-duduk berhubung pengurusan kewangan bijak.

“Ceramah dikendalikan suka-relawan yang memiliki pengala-man dalam bidang pengurusan kewangan untuk memberi pan-duan kepada penduduk.

“Kesedaran ini penting kera-na ramai rakyat Malaysia diisyti-harkan muflis pada usia muda kerana gagal merancang per-belanjaan mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menyem-purnakan Majlis Pengumuman Program Kesedaran Pengurus-an Kewangan, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Perumah-an, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskan-dar Abdul Samad.

Majlis turut memperkenal-kan Iskandar sebagai penasi-hat kepada FIKIR dalam melak-sanakan program bermanfaat untuk rakyat.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100 juta bagi melaksanakan skim Smart-Sewa khusus membantu golongan ber-pendapatan sederhana memiliki rumah.

Seperti diumumkan Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali, skim itu adalah salah satu program utama dijalankan Kera-jaan Negeri bagi memenuhi keper-

luan kumpulan sasaran.Skim Smart-Sewa adalah bagi

memberi kemudahan kepada rak-yat memerlukan dengan tempoh sewa dua tahun atau ditetapkan.

Selepas tempoh itu, Kerajaan Negeri memulangkan kembali 30 peratus daripada jumlah sewa dibayar bertujuan membantu mereka membayar wang penda-huluan bagi membeli rumah.

Sertai PROGRESS dapat elaun RM�,���

WOW menariknya skim Smart-Sewa!

FIKIR ajar jadi bijak wang

“Mereka di-kumpulkan se-lama sebulan di Hotel Goldcourse, Klang dan diberi latihan ‘soft skill’ serta asas un-tuk bekerja sebelum ditem-patkan di beberapa syarikat bagi menjalani latihan selama enam bulan.

“Bergantung kepada prestasi, mereka akan diserap berkerja di

syarikat itu dan selama enam bu-lan Kerajaan Negeri membekal-kan elaun RM1,000 sebulan un-tuk setiap peserta,” katanya.

Azman berkata demikian pada Majlis Penutup PRO-GRESSIVE Society “We Care

We Share” (Progress Selangor) di Maahad Tahfiz Wal-Qiraat, Pusat Dakwah Islamiah, Jeram, pada 29 April lalu.

Katanya, latihan itu diberi ker-ana lazimnya penuntut IPT han-ya belajar untuk lulus pengajian sedangkan situasi itu berbeza dengan cabaran sebenar di alam pekerjaan.

“Latihan membabitkan sem-bilan modul pelbagai progam dalam dan luar kelas,” katanya.

Page 6: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Utama6 SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menerusi Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI) menyumbang RM2.6 juta untuk membantu penduduk Pangsapuri Ping-giran Batu Caves menyempur-nakan proses pindah hak milik strata.

Eksekutif Kanan Undang-un-dang MBI, Sharudin Ismail ber-kata, sumbangan itu membabit-kan 1,642 keluarga yang mendiami pangsapuri terbabit.

“Sumbangan ini digunakan untuk membiayai kos guaman bagi 1,642 unit dan selebihnya untuk yuran juruukur untuk semua unit termasuk rumah ke-dai berjumlah 229 unit.

“Rumah kos rendah mene-rima kira-kira RM1,000 dan kos sederhana RM1,500 dengan selebihnya untuk dibayar ke-pada juruukur bagi mendapat-kan hak milik strata ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Sum-bangan Memorandum of Trans-fer di Pejabat Tanah dan Galian Daerah Gombak, pada 27 April lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Sosial Tanggungjawab Korpo-rat, Mohd Jaafarruddin Md Ali percaya bantuan itu mampu meringankan beban golongan terbabit dalam membiayai kos pindah hak milik.

“Kita akan buat bayaran se-cara terus tetapi untuk pemilik unit yang sudah bayar, maka akan dipulangkan semula ke-

MBI sumbang RM2.6 juta

�,6�� keluarga peroleh hak milik strata

pada peserta.“Saya percaya jumlah ini

amat bermakna bagi mereka kerana banyak meringankan be-banan terutama kini kos hidup semakin tinggi disebabkan Cu-kai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Ini adalah sebahagian usaha

GOMBAK - Kesabaran 1,642 pe-milik kediaman Pangsapuri Ping-giran Batu Caves selama 26 ta-hun bagi memperoleh hak milik strata akhirnya dibalas dengan kejutan apabila mendapat sum-bangan Kerajaan Negeri untuk membiayai kos juru ukur dan guaman.

Pengerusi Persatuan Pen-duduk Rumah Pangsapuri Pinggi-ran Batu Caves Fasa 2, Che Hamid Che Jusoh berkata, sumbangan Kerajaan Negeri melalui Pemer-badanan Menteri Besar (MBI) itu memberi makna sangat besar ke-pada penduduk.

“Penduduk memang terkejut dan tidak sangka bayaran Memo-randum Of Transfer (MOT) dibia-yai sepenuhnya Kerajaan Negeri. Terima kasih kepada Dato’ Men-teri Besar.

“Peringkat permulaan diu-mumkan setiap unit dibiayai lebih kurang RM1,000 tetapi saya dimaklumkan Kerajaan Negeri membiayai seluruh kos pindah hak milik strata ini termasuk juru- ukur dan peguam.

“Bantuan ini amat bermakna dan kami rasa kami amat ber-tuah,” katanya kepada Selangor-Kini.

Che Hamid berkata, proses pindah hak milik strata itu dijang-ka dapat diselesaikan dalam tem-poh tiga hingga empat bulan.

Sementara itu, Ahli Perbadan-an Pengurusan Pangsapuri Ping-giran Batu Caves Blok A,B,C dan D, Amir Salleh berkata, selain unit kos rendah, pemilik unit kos sederhana rendah turut merasa terharu menerima sumbangan Kerajaan Negeri.

“Terima kasih tidak terhingga atas keprihatin Kerajaan Negeri memandangkan penduduk di sini bukanlah orang kaya dan bantuan ini sudah tentu ber-makna.

“Saya turut minta Kerajaan Negeri mengkaji cukai taksiran untuk rumah kos sederhana ren-dah kerana unit kategori ini bu-kanlah mahal, ada yang berharga RM70,000 sahaja dan taraf hidup dengan penduduk rumah kos rendah juga sama,” katanya.

GOMBAK - Pihak pengurusan kediaman bertingkat di Ping-giran Batu Caves yang belum melengkapkan syarat membo-lehkan proses pindah hak milik strata disarankan segera ber-buat demikian.

Pegawai Daerah Gom-bak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata, kegaga-lan melakukan perkara itu a k a n

melambatkan pemilik unit ter-babit mendapat hak milik strata unit masing-masing.

“Kita sudah buat beberapa program penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan memeterai perjanjian antara

tuan tanah (Pemerbadanan Menteri Besar) dengan

syarikat guaman bagi bayaran Memo-

randum Of Tra n s f e r

Penantian �6 tahun berakhir

Segera selesai pindah hak milik strata

Sumbangan ini digunakan untuk membiayai kos guaman bagi 1,642 unit dan selebihnya untuk yuran juruukur untuk semua unit termasuk rumahkedai berjumlah 229 unit

SHARUDIN ISMAILEksekutif Kanan Undang-undang MBI

Kerajaan Negeri memastikan semua golongan merasai hasil negeri,” katanya.

Terdahulu pada majlis sama,

Ketua Pegawai Operasi MBI, Sof-fan Affendi Aminudin menan-datangani dan menyerahkan bantuan itu sambil disaksikan

Pegawai Daerah, Dato Amirul Azizan Abd Rahim dan Ahli De-wan Negeri Gombak Setia, Has-bullah Ridzwan.

(MOT) pemilik Pinggiran Batu Caves.

“Bagaimanapun, saya ber-harap blok yang belum selesai itu memberi kerjasama untuk diselesaikan,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 1,642 pemilik Pangsapuri Pinggiran Batu Caves bakal mendapat hak milik strata unit masing-masing apabila termeterainya perjan-jian antara MBI dengan pihak guaman yang terlibat dengan urusan pindah hak milik itu.

Dalam perjanjian itu, Kera-jaan Negeri melalui MBI akan

membiayai kos guaman dan juruukur bernilai

RM2.6 juta yang lazimnya perlu dibayar pen-

duduk.

Page 7: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Utama7SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

RAWANG - Mangsa banjir lumpur Kam-pung Sungai Serai menggesa pemaju un-tuk bertanggungjawab atas bencana me-landa mereka, di sini, baru-baru ini.

Lebih 50 tahun menetap di kampung berkenaan, Suhairi Abdul Shukor, 59, me-nyifatkan banjir itu sebagai terburuk per-nah berlaku.

Beliau yang juga merupakan nazir mas-jid mendakwa tindakan pemaju yang tidak menepati spesifikasi kerja menyebabkan musibah itu.

“Saya percaya kejadian ini terjadi ekoran kegagalan mereka mengikut garis panduan ditetapkan kerana

Gamuda menjalankan projek beratus ekar bersebelahan kampung ini untuk tempoh 15 tahun.

“Sekarang baru tiga tahun kami sudah dilanda musibah, bayangkan kalau 15 ta-hun apa akan jadi? Tidak mustahil kam-pung kami tenggelam.

“Pihak berkuasa juga perlu menjalan-kan pemantauan dengan lebih ketat,” ka-tanya kepada pemberita.

Turut berkongsi pendapat sama, Rosmawati Beseri, 52, berkata, pemaju sepatutnya membangunkan infrastruk-

tur dan prasarana dengan lebih menye-luruh termasuk melebarkan saliran su-ngai, bukan tertumpu kepada jalan raya semata-mata.

“Mana-mana pembangunan mesti mengambil kira perkara ini kerana aliran sungai penting.

“Apa yang kami lihat, mereka buka ka-wasan baru, tarah pokok tetapi anak su-ngai tak diusik atau dilebar.

“Air banjir kali ini bukan biasa tetapi berserta lumpur yang tidak pernah pen-duduk,” katanya.

Sementara itu, Liew Chee Hong, 61, menempelak sikap lepas tangan pihak pemaju terhadap musibah menimpa pen-duduk Kampung Sungai Serai.

“Sudahlah mereka menyebabkan kami kerugian besar, kerosakan rumah dan ke-hilangan harta benda, datang untuk ber-tanya khabar atau membantu langsung tiada.

“Sikap seperti ini tidak ubah seperti samseng,” katanya.

Pada 16 April lalu, Kampung Sungai Se-rai dilimpahi banjir lumpur sehingga me-nyebabkan lebih 40 rumah ditenggelami air.

RAWANG - Penduduk Kampung Sungai Serai diminta bertenang dan memberi pe-luang pihak berkuasa tempatan, Kerajaan Negeri serta pemaju mencari jalan penye-lesaian terbaik berhubung isu banjir di ka-wasan itu.

Penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa berkata, pihak berkenaan juga sudah mula turun padang dan merencana tindakan se-lanjutnya bagi mengelak musibah sama berulang.

Katanya, semua pihak terlibat juga ber-tindak mengikut bidang kuasa masing-ma-sing dalam memastikan kesejahteraan pen-

duduk kampung terpelihara.“Semua pihak seperti Exco Kerajaan

Negeri, agensi dan jabatan berkaitan serta pemaju Gamuda Land segera bertindak menghulur bantuan juga mengambil lang-kah sewajarnya.

“Jalan penyelesaian terbaik sedang diusa-hakan, diharap penduduk dapat bertenang dan yakinlah bahawa Kerajaan Negeri ber-sama penduduk kampung,” katanya.

Sebelum itu, Exco Pembangunan Ge-nerasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-bangunan Usahawan, Amirudin Shari turut meninjau perkembangan di sana.

Penduduk bakal dibantu

Insiden banjir lumpur Kampung Sungai Serai

Jangan lepas tangan

OLEH LIZAWATI MADFA

RAWANG - Gamuda Land (Gamuda) me-nyatakan kesediaannya menjayakan usa-ha bagi mengelak kejadian banjir di Kam-pung Sungai Serai berulang.

Menerusi kenyataan media, jurucakap syarikat pemaju itu berkata, pihaknya sudah mematuhi kaedah dan garis pan-duan ditetapkan pihak berkuasa dalam menjalankan pembangunan di kawasan itu.

Katanya, ia termasuk pelaksanaan Pelan Pengawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) dengan membina lembangan mendapan, ‘slit fences’, empangan pe-nyekat dan kolam takungan banjir bagi membantu mengurangkan banjir di kampung berkenaan.

“Isu banjir sudah dilaporkan di ka-wasan itu sejak beberapa tahun lalu.

“Jika pihak berkuasa mempunyai ran-cangan untuk membangunkan kawasan berkenaan dengan sistem saliran baru, pihak pemaju terlibat termasuk Gamu-

da Land sedia memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, penduduk mendakwa ban-jir lumpur melanda mereka, baru-baru ini disebabkan projek pembangunan Gamu-da di kawasan berkenaan.

Mereka menuntut Gamuda bertang-gungjawab atas musibah itu dan tidak lepas tangan.

Mengulas desakan itu, jurucakap syari-kat itu berkata, kejadian banjir dilaporkan berpunca daripada kegagalan Sungai Se-rai menampung purata hujan lebat luar biasa, pada hari kejadian.

“Bagaimanapun, sebagai pemaju ber-tanggungjawab, Gamuda sentiasa priha-tin dengan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat yang terjejas ekoran banjir kilat itu.

“Kami segera mengerahkan pekerja membantu penduduk membersihkan jalan berlumpur, mengeluarkan pokok tumbang yang menghalang jalan raya, membersihkan rumah serta memindah-kan perabot,” katanya.

Pemaju sedia kerjasama

Page 8: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Nasional8 SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

SHAH ALAM - Kerajaan Perseku-tuan digesa mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap rakyat, sejak 1 April 2015.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, kera-jaan yang baik perlu peka terhadap nasib rakyat ter- utama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kerajaan yang baik juga perlu sentiasa mendengar keluhan rakyat dan berusaha mengatasi kesusahan mereka.

“Pelaksanaan GST perlu diselaraskan dengan tuntutan keadil-an supaya tercapai aspirasi negara kebajikan yang mendapat ke-ampunan Tuhan,” katanya.

GST yang dikuatkuasakan sejak dua tahun lalu mengenakan kadar enam peratus kepada pengguna.

Kaji semula pelaksanaan GST

IPOH - Timbalan Presiden KE-ADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengisytiharkan Pe- rak sebagai negeri angkat, sekali gus memberi gambaran jelas untuk menawan semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, KEADIL- AN mahu mengembalikan Perak kepada rakyat walau-pun pernah mentadbir negeri itu selama 11 bulan selepas memenanginya, pada 2008.

Katanya, beliau akan me-mastikan semua kawasan di-tandingi KEADILAN bersiap sedia dari segi logistik, struk-tur, mental dan kekuatan bagi mencapai kemenangan.

“Perak pernah membukti-kannya. Kita pernah memben-tuk kerajaan walaupun ber-tahan selama 11 bulan. Inilah masa terbaik untuk menamat-kan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kalau kita bersatu hati dan susun strategi, saya yakin Perak mampu kembali kepada rak-yat,” katanya di Konvensyen KEADILAN Perak 2017, pada 30 April lalu.

Beliau berkata, semua jen-tera parti perlu bersiap sedia di kawasan masing-masing ter- utama kawasan ditandingi PAKATAN.

Mohamed Azmin berkata, petugas pilihan raya perlu di-latih selain bantuan risalah kempen isu semasa supaya rakyat Perak lebih faham dasar perjuangan dalam usaha mem-bawa perubahan.

Susun strategi PRU-14

Perak negeri angkat Azmin

SHAH ALAM - Lebih 49,000 pen-jawat awam berdepan risiko muf- lis ekoran kegagalan meng-uruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pe-kerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Beliau berkata, penjawat awam terbabit didapati melakukan pin-jaman peribadi daripada institusi kewangan melebihi kemampuan gaji mereka.

Katanya, ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman dilakukan penjawat awam juga adalah anta-ra punca mereka melakukan pin-jaman bertindih.

“Hal ini saya lihat semakin seri-

us dan ia terjadi kerana ada pen-jawat awam bertindak memal-sukan slip gaji ketika membuat pinjaman.

“Sekarang ini kerajaan mem-beri peluang kepada lebih 20 agensi pinjaman membuat po-tongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinja-man tanpa perlu merujuk antara satu sama lain.

“Mereka (penjawat awam) bo-leh meminjam di mana-mana ins- titusi pinjaman dengan hanya membawa slip gaji dan potongan dibuat setiap bulan. Terdapat pen-jawat awam yang pinjam dengan institusi A, kemudian pinjam pula

dengan institusi B dan C,” katanya.Justeru, beliau berkata,

Cuepacs mencadangkan kera-jaan melaksanakan sistem seperti Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia iaitu Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) yang mempunyai rekod penjawat awam.

“Sistem ini akan dapat me-ngawal pinjaman yang dilakukan penjawat awam kerana sistem itu dapat mengesan data potongan gaji dan maklumat pinjaman pen-jawat awam.

“Sekarang ini yang dudah di-isytihar muflis lebih 3,000 orang, kalau tidak dibendung, jumlah itu akan bertambah,” katanya.

Lebih ��,��� penjawat awam berdepan risiko muflis

Perak pernah membuktikannya. Kita pernah membentuk kerajaan walaupun bertahan selama 11 bulan. Inilah masa terbaik untuk menamat-kan Umno-Barisan Nasional (BN)

MOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

Page 9: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

9SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

Nasional

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PA-KATAN) akan menghantar permohonan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam tempoh dua ming- gu lagi.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PAKATAN juga akan mengumumkan barisan kepimpinan dan logo rasminya tidak lama lagi.

“Berdasarkan pengalaman semasa mendaftarkan Pakatan Rakyat dahulu, tempoh dua minggu ini kita gunakan un-tuk meneliti undang-undang dan syarat yang perlu sebelum pendaftaran dihantar kepada ROS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden PAKATAN selepas

mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di menara Yayasan Selangor, pada 30 April lalu.

Selain Wan Azizah, turut hadir Pengeru-si PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan tertinggi DAP.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, PAKATAN bersedia menggunakan logo parti masing-masing, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jika permohonan ditolak ROS.

“Kita sudah lalui 13 kali pilihan raya. Jika ROS tidak luluskan, kita boleh gunakan logo parti masing-masing menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan manifesto sama,” katanya.

Perkenal kepimpinan dan logo

PAKATAN bakal didaftar dua minggu lagi

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PAKA-TAN) mengariskan empat fokus utama memberdaya pekerja negara ini sempena Hari Pekerja 2017 yang disambut pada 1 Mei lalu.

Empat fokus berkenaan adalah isu peningkatan kos sara hidup, mengurang-kan pengangguran anak muda, memper-tahan hak pekerja sambilan dan mem-bantu rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri.

“Jika PAKATAN membentuk kerajaan pusat, kami akan hapuskan GST yang merupakan satu cukai regresif menzalimi rakyat terutama golongan miskin.

” Kami juga akan hapuskan kapitalisme kroni dan memastikan persaingan sihat dalam penyediaan pelbagai barangan juga perkhidmatan seperti beras, jalan bertol, perkhidmatan telco serta internet,” katanya.

PAKATAN berkata demikian dalam ke-nyataan bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Se-tiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Pre-siden AMANAH, Mohamad Sabu dan Pre-siden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAKATAN yakin semua fokus itu akan dilaksanakan jika gagasan berkenaan

berjaya mengambil alih tampuk pemerin-tahan negara.

Menyentuh usaha mengurangkan pengangguran dalam kalangan anak muda, PAKATAN sudah mengarahkan jawatankuasa manifesto dan dasar berte-mu pelbagai kumpulan sasar serta pihak berkepentingan.

”Pertemuan itu bertujuan mewujud-kan pelan tindakan mengurangkan pe-ngangguran anak muda di bawah kera-jaan PAKATAN,” katanya.

Pada masa sama, bagi menjaga hak pekerja sambilan terutama peman-du teksi dan ‘e-hailing’, PAKATAN akan menggubal rang undang-undang khu-sus tanpa mengabai nasib dan kebajikan pekerja sambilan yang turut memerlu-kan perhatian.

Untuk rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri pula, PAKATAN berjanji mem-bantu memudahkan proses perjalanan pekerja Malaysia di antara Johor dan Si-ngapura, untuk jangka masa pendek.

“Bagi jangka masa panjang, PAKATAN berusaha menghidupkan semula ekono-mi negara untuk memastikan lebih ramai pekerja memilih bekerja di Malaysia ber-banding luar negara,” katanya.

Fokus empat isu bela nasib pekerja

Page 10: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

10Ekonomi

SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan berbincang dengan beberapa pusat membeli-belah terkemuka untuk menjalin kerjasama menganjurkan program ‘Made In Selangor’ se-cara berterusan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebuda- yaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari ber-kata, kerjasama itu membabitkan kos dan tempoh pengan-juran ekoran sambutan memberangsangkan diterima.

“Kita mahu mewujudkan peniaga berkualiti dengan produk diketangahkan dapat dirasai lapisan pengunjung.

“Saya percaya produk ini mampu pergi lebih jauh,” ka-tanya selepas merasmikan penutup program ‘Made In Se-langor’ di Pusat Membeli-belah Aeon Shah Alam, pada 30 April lalu.

Amirudin menjangkakan tempoh penganjuran program itu bakal mengambil masa antara dua hingga tiga bulan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan berbincang meletak-kan peniaga secara bergilir atau sebaliknya.

“Kita mempunyai lebih 30,000 usahawan HIJRAH, malah-an kita juga mempunyai usahawan mikro dan peserta pro-gram pembungkusan.

“Oleh itu, kita akan berbincang dengan teliti untuk me-nempatkan peserta ini nanti,” katanya.

Program ‘Made In Selangor’ kini memasuki peringkat akhir penganjurannya di pusat membeli-belah itu dan One Utama sebelum ini.

Sambutan diberikan pengunjung dan peserta positif dengan jualan hampir RM100,000.

Made In Selangor diteruskan

Worldwide Holdings lancar hartanah strategikSHAH ALAM - Syarikat pemaju hartanah terkemuka, Worldwide Holdings Berhad melancarkan produk hartanah berpremi-um tinggi di lokasi gabungan strategik di Koridor Subang-Sungai Buloh.

Worldwide dalam kenyataan berkata, projek dengan persekitaran menarik dan harga kompetitif itu memilih Subang Bestari sebagai lokasi ekoran ia semakin popular serta dikenali di Lembah Klang.

Katanya, tumpuan diberikan terha-dap pembinaan rumah banglo Amber berkonsepkan gaya hidup mewah de-ngan ciri rekaan eksklusif dan moden im-pian keluarga yang menitikberatkan sua-sana peribadi serta tenang.

“Amber dibina berkonsepkan kontem-porari moden dan susun atur terbuka un-tuk menambah ruang lebih fleksibel, ter-masuk ruang landskap menghijau yang luas.

“Projek ini turut menawarkan suasana yang mampu mencetuskan keingin-an kepada pembeli

untuk memiliki rumah idaman dengan kepadatan rendah iaitu enam unit di ka-wasan seluas 0.4 hektar,” katanya.

Worldwide turut memperkenalkan pakej menarik kepada pembeli terawal untuk menarik lebih ramai prospek me-miliki hartanah di puncak kemewahan Subang Bestari.

Katanya, projek itu menerima sambut-an menggalakkan selain menerima anu-gerah khas daripada StarProperty 2017 di bawah kategori 'The Best Touch & Feel – Best Quality & Finishing', baru-baru ini.

“Worldwide menjangkakan produk ini mampu menarik minat pembeli dengan keunikan tersendiri memandangkan har-ga ditawarkan adalah kompetitif bermula dari RM2.7 juta hingga RM5 juta.

“Projek hartanah mewah ini mempu-nyai empat kategori rumah iaitu Jenis

I berkeluasan 4,369 kaki persegi; Je-nis II (5,672 kaki persegi); Jenis III

(5,403 kaki persegi) dan Jenis IV (6,365 kaki persegi),” ka-

tanya.

Bakal tembusi pasar raya terkemuka

Page 11: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

11SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

Page 12: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

Album12

Album13SelangorKini 5 - 12 Mei 2017SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

ADN Kinrara, Ng Sze Han menyantuni pesakit Scoliosis di hospital dan menyampaikan sumbangan untuk membiayai sebahagian kos pembedahan beliau

ADN Serdang, Noor Hanim Ismail bersama wanita di DUN beliau menghadiri dan memeriahkan Program Fiqh Wanita di JAIS

ADN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turun padang menyantuni masyarakat setempat dan mendengar permasalahan mereka

ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyantuni anggota bomba yang membantu kawasan terkesan banjir di DUN beliau

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyampaikan bantuan HIJRAH kepada peserta yang layak di Taman Subang Perdana

ADN Rawang, Gan Pei Nei turun padang merasmikan Pelancaran Hari Tapir Sedunia peringkat Selangor di Sungai Dusun

ADN Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus

merasmikan program (BK 3) Batang Kapeh

Kampong Kito di Tasik Biru

Kundang

ADN Sungai Pinang, Dato' Teng Chang Khim hadir memeriahkan program santai bersama masyarakat setempat di Taman Bandar Diraja Klang

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menyerahkan sumbangan Food Stamp Selangor kepada masyarakat memerlukan di Flat Taman Permata , Dengkil

Page 13: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

14Rencana

SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

Lantik sekutu paling kanan

Strategi Najib kekal kuasa?OLEH NAZLI IBRAHIM

Keputusan Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak melantik sepupunya, Da-

tuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa 12 April lalu tidaklah mengejutkan.

Malah, keputusan Najib se-belum ini melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bukan Hishammudin sebagai Timba-lan Perdana Menteri menggan-tikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya jauh lebih menge-jutkan.

Secara mudahnya langkah terbaru Najib itu boleh ditafsir-kan sebagai mengukuhkan kedudukannya daripada an-caman Ahmad Zahid dengan menyediakan Hishammuddin sebelum kemudiannya me- nyingkirkan Ahmad Zahid dari-pada kerusi timbalan perdana menteri secara halus.

Ketika melantik Ahmad Za-hid pada 2015, Najib bukan ti-dak menyedari risiko itu, namun langkah terbabit terpaksa diam-bil ekoran Ahmad Zahid adalah Naib Presiden UMNO paling kanan berbanding Datuk Seri Shafie Apdal dan Hishammud-din.

Najib sedar kegagalan me-lantik Ahmad Zahid hanya akan memburukkan keadaan kerana beliau ketika itu di ambang ber-hadapan pendakwaan bersabit skandal 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB).

Zahid, Muhyiddin 'kaki melawan'

Seperti diketahui, Ahmad Zahid mempunyai sejarah poli-tik berliku. Beliau dilihat serasi menjadi regu kepada Muhyid-din ketika pemimpin itu bersa-ma Umno dahulu.

Mereka pernah bersama menganggotai pasukan Wa-wasan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi mere-but kerusi Timbalan Presiden

Umno daripada penyandang-nya, Allahyarham Tun Ghafar Baba pada Pemilihan Agung Umno 1993.

Walaupun Najib juga adalah salah seorang anggota pasukan itu, namun secara umumnya pemerhati politik sedia maklum beliau pemimpin 'play safe' dan sentiasa cuba bergayut di da-han kukuh.

Dalam konteks Najib ini per-lu ingat, kedudukan Anwar se-bagai pencabar Ghafar pada masa itu sangat ampuh kerana angin perubahan mahukan An-war sebagai timbalan presiden, sekali gus timbalan perdana menteri bertiup kuat ke pelusuk negara.

Keberadaan Najib dalam pa-sukan itu bukan kerana kekua-tannya tetapi hanya penum-pang dikepalai Anwar bagi menagih undi perwakilan Umno.

Muhyiddin dan Ahmad Zahid turut memiliki rekod sebagai

'kaki melawan' apabila sekali lagi memilih untuk bersama An-war sebaik sahaja Ketua Umum KEADILAN itu dipecat daripada semua jawatan kabinet, pada 1998.

Ahmad Zahid ketika men-jawat jawatan Menteri Perta-hanan pernah ditafsirkan cuba mengacah kedudukan Najib se-belum dilantik sebagai perdana menteri apabila kes kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E mi-lik Tentera Udara Diraja Malay-sia (TUDM) didedahkan kepada umum.

Walaupun kehilangan itu ha-nya disedari pada 22 Mei 2008 sebelum TUDM membuat lapo-ran polis pada 4 Ogos tahun sama, namun perkara itu kekal rahsia sehinggalah didedahkan kepada umum selepas Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Pertahanan, pada 2009.

Muhyiddin pula walaupun kekal bersama Umno tetapi per-nah diberi amaran keras kerana bertemu Anwar di kediamannya dan menunjukkan simpati terha-dap bekas ketua pembangkang itu di khalayak umum.

Lebih daripada itu, Muhyid-din disingkirkan daripada semua kerusi kabinet gara-gara bersua-ra dalam isu skandal 1MDB.

Walaupun Ahmad Zahid hari ini dalam banyak keadaan bukan lagi sama seperti 19 tahun lalu, namun beliau tentu tidak ter-agak-agak mengeluarkan kuku semula jika menyedari kedudu-kannya yang hanya setakuk sa-

haja lagi sebelum bergelar per-dana menteri digugat.

Hishammuddin, Najib politikus 'play safe'

Rekod politik Hishammuddin menunjukkan beliau mengambil pendekatan politik seperti Na-jib dengan menjadi 'Mr Yes Man' untuk memanjat tangga hierarki Umno sebelum bergelar presi-den, sekali gus perdana menteri hari ini.

Hishammuddin bukanlah politikus agresif tetapi sentiasa 'play safe', memastikan dirinya tidak terlibat dalam konfrontasi lebih-lebih lagi jika membabit-kan kepimpinan tertinggi Umno.

Sekiranya terdapat konfrontasi dalaman Umno yang memaksa dirinya membuat pendirian, be-liau akan memastikan dirinya menjadi penumpang dalam kem kepimpinan tertinggi Umno atau kem lebih kukuh dalam apa ke-adaan sekalipun.

Tidak menghairankan jika Na-jib merasakan kedudukannya lebih selamat di samping Hi-shammuddin.

Seperti dijelaskan awal tadi, keputusan terbaru Najib melan-tik Hishammuddin sebagai Men-teri Tugas Khas sebenarnya untuk menyediakan Hishammuddin memintas Ahmad Zahid.

Najib percaya beliau boleh mengadakan 'memorandum persefahaman' atau 'MoU' - suatu jaminan mendapat 'perlindu-ngan' dengan tidak dikenakan

apa-apa pendakwaan oleh pen-tadbiran baru di bawah Hisham-muddin.

Dalam hal ini, jika dibanding-kan antara Ahmad Zahid dan Hi-shammuddin, tentunya Hisham-muddin lebih dipercayai Najib.

Bagaimanapun, persoalannya adakah Najib benar berhasrat melepaskan jawatannya selepas PRU-14 nanti? Tiada siapa tahu setakat ini kecuali Najib dan Hi-shammuddin sendiri.

Atau adakah tanpa disedari Hishammuddin, beliau hanya dijadikan alat Najib untuk kekal berkuasa sepenggal lagi? Untuk persoalan ini tiada siapa tahu jawapannya kecuali Najib dan Rosmah.

Secara mudahnya langkah terbaru Najib itu boleh ditafsirkan sebagai mengukuhkan kedudukannya daripada ancaman Ahmad Zahid dengan menyediakan Hishammuddin sebelum kemudiannya menyingkirkan Ahmad Zahid daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri secara halus.

Page 14: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

15SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

KENYATAAN TAWARAN

1. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mempelawa Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

2. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan mulai tarikh dokumen dijual pada waktu pejabat di Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur. Sila hubungi No. 03-2088 5385 / 5798 / 5390 untuk sebarang pertanyaan urusan pembelian dokumen tender.

3. Dokumen dijual secara ‘softcopy’ dan tuan/puan dikehendaki membawa pen drive yang bebas dari virus bagi pembelian dokumen tersebut. Sekiranya pentender tidak membawa pen drive, caj bayaran akan dikenakan sebanyak DUA KALI GANDA HARGA TENDER untuk pembelian secara ‘Hardcopy’.

4. Setiap petender hanya dibenarkan membeli satu Dokumen Tender dan mengemukakan satu tawaran sahaja berbentuk ‘Hardcopy’.

5. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki membuat pembayaran secara Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank yang dibuat atas nama “Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.” sebagai bayaran Dokumen Tender. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai tidak diterima.

6. Jika tidak hadir sendiri, wakil syarikat/kontraktor hendaklah membawa surat pengesahan wakil yang telah ditauliahkan. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja.

7. Wakil-wakil kontraktor/syarikat hendaklah membawa sijil asal berkaitan; SIJIL PENDAFTARAN KONTRAKTOR oleh KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM), LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) / Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) PERMIT IPA JENIS C atau D (bekalan air) serta SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA serta SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (Jika bertaraf bumiputera) berserta salinannya.

8. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan pada tarikh tender ditutup di alamat :

Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur

pada hari tersebut tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tersebut.

9. Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini boleh diakses melalui laman web https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1

Walaupun notis Tender ini dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., penganugerahan kepada penender yang berjaya untuk kerja-kerja/pembekalan yang disebutkan di atas juga boleh diberikan oleh mana-mana anak syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

*Harga dokumen tender/sebut harga termasuk 6% Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP)/Goods & Services Tax (GST).

Bil. Perihal Kerja/No. Tender/ Harga Dokumen

Syarat Pendaftaran Tarikh Jual Dokumen / Tutup Tender

Taklimat & Lawatan Tapak(Diwajibkan)

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF UNUSED RESERVOIR 2017

PACKAGE 1 : KUALA LUMPUR, GOMBAK & KLANG DISTRICT

No. Tender: AIS/PCW/T1/5/2017Harga Dokumen*: RM530.0

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF UNUSED RESERVOIR 2017

PACKAGE 2 : KUALA LUMPUR & HULU SELANGOR DISTRICT

No. Tender: AIS/PCW/T2/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF UNUSED RESERVOIR 2017

PACKAGE 3 : HULU LANGAT & KUALA LANGAT DISTRICT

No. Tender: AIS/PCW/T3/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF UNUSED RESERVOIR 2017

PACKAGE 4 : KLANG, SEPANG & KUALA LANGAT DISTRICT

No. Tender: AIS/PCW/T4/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF UNUSED RESERVOIR 2017

PACKAGE 5 : KUALA LANGAT & PETALING DISTRICT

No. Tender: AIS/PCW/T5/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED REHABILITATION AND REFURBISHMENT OF UNUSED RESERVOIR 2017

PACKAGE 6 : SEPANG DISTRICT

No. Tender: AIS/PCW/T6/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED DESILTING WORKS OF LAGOON C1 AND LAGOON D2 AND ITS ASSOCIATED WORKS AT SUNGAI SELANGOR PHASE 2 WATER TREATMENT PLANT

No. Tender: AIS/PROD/T18/04/2017Harga Dokumen*: RM530.00

SERVICE ON RORO-BIN RENTAL AND DISPOSAL OF RESIDUAL FROM SLUDGE TREATMENT FACILITIES FOR SG LANGAT WTP

No. Tender: AIS/PROD/T9/04/2017Harga Dokumen*: RM530.00

1.CIDBGred: Minimum G5Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

2.SPANPermit: Minimum C2 (bekalan air

Tarikh: 8 / 5 / 2017 (Isnin)Masa: 10.30 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Pejabat Air Selangor Wilayah Gombak, Bandar Baru Selayang.

Pegawai Untuk Dihubungi: Pn. Siti Asiah (019-282 7395)

Tarikh: 15 / 5 / 2017 (Isnin)Masa: 10.30 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Parkir Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat, Banting

Pegawai Untuk Dihubungi: Pn. Siti Asiah (019-282 7395)

Tarikh: 11 / 5 / 2017 (Khamis)Masa: 10.30 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Pejabat Operasi Air Selangor Wilayah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu

Pegawai Untuk Dihubungi: Tn. Hj. Shahrom Hashim (019-280 1138) Pn. Siti Asiah (019-282 7395)

1.CIDBGred: Minimum G4Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

2.SPANPermit: Minimum C2 (bekalan air)

1.CIDBGred: Minimum G4Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

2.SPANPermit: Minimum C2 (bekalan air)

1.CIDBGred: Minimum G5Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

2.SPANPermit: Minimum C2 (bekalan air)

1.CIDBGred: Minimum G5Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

2.SPANPermit: Minimum C2 (bekalan air)

1.CIDBGred: Minimum G5Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

2.SPANPermit: Minimum C2 (bekalan air)

1. CIDBGred: Minimum G4Kategori: CE Pengkhususan: CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam)

2. SPAN Permit: minimum C2 atau D (Bekalan Air)

1. KKM Kod Bidang 221008 (Pelupusan dan Perawatan Sisa – Berbahaya / tidak Berbahaya)

Tarikh Jual Dokumen

11 / 5 / 2017 hingga19 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

26 / 5 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

15 / 5 / 2017 hingga24 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

31 / 5 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

17 / 5 / 2017 hingga25 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

1 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

19 / 5 / 2017 hingga26 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

5 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

12 / 5 / 2017 hingga19 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

29 / 5 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

22 / 5 / 2017 hingga31 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

6 / 6 / 2017

TTarikh Jual Dokumen

8 / 5 / 2017 hingga10 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

23 / 5 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

8 / 5 / 2017 hingga10 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

16 / 5 / 2017

Tarikh: 17 / 5 / 2017 (Rabu)Masa: 10.30 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Pejabat Operasi Air Selangor Wilayah Sepang

Pegawai Untuk Dihubungi: Pn. Siti Asiah (019-282 7395

Tarikh: 9 / 5 / 2017 (Selasa)Masa: 10.30 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Pejabat Air Selangor Wilayah Kuala Langat

Pegawai Untuk Dihubungi: Pn. Siti Asiah (019-282 7395)

Tarikh: 18 / 5 / 2017 (Khamis)Masa: 10.30 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Pejabat Operasi Air Selangor Wilayah Sepang

Pegawai Untuk Dihubungi: Pn. Siti Asiah (019-282 7395)

Tarikh: 5 Mei 2017 (Jumaat)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul:Pintu Pagar Utama, Loji Rawatan Air S. Selangor Fasa 2 di Bukit Badong, Kuala Selangor, Selangor

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Izan Bin Suhaini (012-527 7776 / 019-262 8757)

Tarikh: 5 Mei 2017 (Jumaat)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul:Pintu Pagar Utama, Loji Rawatan Air Sg. Langat, Bt 11, Jalan Hulu Langat, Hulu Langat, Selangor

Pegawai Untuk Dihubungi:Pn. Junainah Ahamad (012-225 4893)

Page 15: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

OLEH ASMIRA SUHADIS

WAK Sarni tersenyum puas melihat lima kilogram kacang tanah yang siap ditumbuk. Dia membersih-

kan lesung kayu perlahan-lahan, mengaut sisa-sisa kacang yang masih ada di dalam lubang lesung. Lesung itu banyak jasanya. Walaupun umur lesung itu lebih tua dari-padanya tetapi ia masih berfungsi dengan baik.

Lesung peninggalan arwah neneknya itu merupakan peralatan utama untuk me-nampung rezeki keluarganya, pendapatan arwah suami dan membiaya persekolahan anak-anaknya.

Lesung kayu dari batang pokok nangka diperbuat oleh arwah datuknya, Purboko, seorang pendatang dari Jawa Penorogo yang datang ke Tanah Melayu pada zaman konfrantasi. Alunya diperbuat dari kayu Halban, agak ringan apabila menumbuk kacang yang sudah digoreng garing di dalam minyak panas.

Dalam lesung itulah dicampurkan bawang merah dan bawang putih, di-

Sambal Pecal Wak Sarnitumbuk sebati kemudian dicampur pula belacan yang sudah digoreng, dicampur lagi dengan cili api yang juga digoreng, ditumbuk sebati hingga bahan-bahan itu bersatu. Kemudian, dicampur asam jawa yang dibuang bijinya, ditambah pula gula Melaka dan garam.

Akhirnya, pelanggan menikmati sambal pecal Wak Sarni yang digaul dengan sayur pilihan. Biasanya sayur yang digunakan adalah kacang panjang, taugeh, pucuk ubi, kangkung dan tauhu yang sudah di-goreng.

Dulu, pecal mengandungi pucuk ubi, jantung pisang, betik mengkal taugeh dibuat sendiri dari kacang hijau yang direndam selama tiga malam. Zaman dulu sambal pecal menggunakan cekur tetapi zaman ini, kerana pelanggannya bukan hanya masyarakat Jawa, ramai orang Me-layu dan kaum lain - mereka tidak suka cekur yang rasanya yang agak maung dan berbau kuat, Wak Sarni menukarkan cekur dengan hirisan daun limau purut dan halia.

Ia mencetuskan tunas rasa yang hebat dan digemari pelanggan walaupun jauh di hati Wak Sarni berasa ia bukan lagi asli, dipengaruhi oleh budaya Thailand yang banyak mengunakan daun limau purut dalam menu mereka.

Tapi, itulah peredaran zaman, dia se-bagai peniaga harus akur kepada kehen-dak pelanggan. Walaupun cekur itu se-benarnya sangat baik untuk kesihatan tetapi itulah, kebanyakan orang hanya atau makan, bukan mencari khasiat di se-balik bahan makanan.

Manusia sering tertipu dengan rasa, ikut sedap tekak. Mereka kata sambal pe-cal yang menggunakan cekur tak sedap. Memanglah, ubat mana ada yang sedap.

Kamal, anak sulungnya menyarankan Wak Sarni menggunakan mesin untuk mengisar kacang.

“Cepat. Kalau lima kilogram, dua tiga minit sahaja. Daripada mak guna lesung dan mak tak sakit belakang nanti,” ujarnya tetapi ditolak.

“Rasanya tak sama Kamal. Pakai mesin tak sama macam guna lesung,” kata Wak Sarni.

“Banyaklah alasan mak,”ujar Kamal se-dikit kesal.

“Bukan alasan, itu kenyataan. Kaurasa sendiri bezanya sambal belacan yang di-tumbuk dengan lesung dengan sambal belacan guna blender,” balas Wak Sarni.

Kamal diam. Malas bertekak, ibunya itu tak pernah mahu mengalah dalam hal makanan. Sesekali Kamal berasa kekolo-tan ibunya cukup tebal, sukar diubah fiki-rannya.

Hisyam, anak keduanya pula banyak kali menyarankan ibunya supaya tidak lagi membuat sambal pecal.

“Dahlah mak. Cukuplah saya bagi mak RM500 sebulan,”kata satu-satu anak Wak Sarni yang kerjayanya baik berbanding la-pan adik beradiknya.

“Dah sampai masanya mak berehat, tak payahlah tumbuk kacang buat sambal pe-cal lagi…”

Wak Sarni tersenyum. Dia tahu niat Hi-syam baik. Mahu dia berehat. Kalau diikut-

kan memang patut dia berehat dalam usia 70 tahun itu, tak lagi perlu bersusah payah cari duit belanja. Memang pemberian Hi-syam cukup untuk dirinya tetapi itulah, Wak Sarni seorang emak, memang jadi ta-biat semula jadi seseorang emak, hatinya tidak menyampai.

Ada ketikanya Milah, anak perempuan-nya mengadu beras tak ada di rumahnya. Walaupun bersuami, kadang-kadang ada masanya hidup mereka sempit juga. De-ngan anak-anak yang masih bersekolah, hati Wak Sarni tak sampai hati untuk buat-buat tak tahu. Walau Milah tak minta tapi apabila Milah mengadu, Wak Sarni faham. Milah mohon pertolongan secara hormat, mahu tak mahu Wak Sarni hulurlah juga se-ratus dua pada Milah. Milah janji ganti balik tapi sudah bertindan-tindan dah.

Itu baru Milah. Belum lagi Aris, anak keli-manya yang selalu sesak. Sebagai seorang seniman yang hidupnya bergelumang dengan seni, kadang-kadang tulisannya dibeli orang. Dapatlah rezeki tapi itulah, bukannya drama radionya diambil pener-bit setiap hari, hendak jual sebulan satu-pun payah. Mana hendak beli susu anak, barang dapur lagi, beli itu ini... Sudahnya pada Wak Sarni juga dia mengadu.

Sambal pecal itulah yang menjadi san-daran Wak Sarni untuk anak-anaknya te-rus hidup. Pada usia ini, Wak Sarni mahu anak-anaknya gembira; kebahagiaan dan kegembiraan anak-anaknya adalah ke-bahagiaanya, hanya anak-anak yang tak mengerti. Yang mereka tahu… mak ada duit. Susah sikit mak, mak.

Mereka tidak pernah terfikir, bagaima-na perasaan mak apabila mereka menga-du kesusahan, hati mak yang tak menyam-pai, mendengar kesusahan anak dan anak pula terbiasa hidup dengan subsidi, inilah jadinya.

“Memang salah aku, kalau dari dulu aku tak manjakan anak, tak-lah begini jadinya. Apa nak buat Mira, nanti kau jadi mak, kau tahulah bagaimana payah-nya perasaan kau berperang dengan sikap anak-anak hasil salah diri kita sendiri,” keluh Wak Sarni padaku saat mem-beli sambal pecalnya.

“Kenapa pilih sambal pe-cal? Wak, kan pandai buat

kerepek pisang, senang wak, boleh buat sambil duduk” kataku.

Wak Sarni ketawa.“Orang muda macam kamu tahu makan

sahaja, kerepek pisang memang senang buatnya tapi kosong tak ada pengertian. Seelok-eloknya semua yang kita makan, yang kita guna, biarlah melambangkan peradapan, melambangkan bangsa dan kekitaan kita. Kalau Jawa biarlah ia melam-bangkan Jawa itu sendiri,’ ujar Wak Sarni.

Sumpah, saya kurang faham dan mung-kin langsung tak faham. Beberapa kali saya menggeleng-geleng kepala.

Wak Sarni senyum.“Dalam pecal, ada berbagai bahan,

disatukan ada rasa manis masam, masin itu tanda masyarakat Jawa utamakan kes-epakatan dalam membentuk masyarakat, setiap kali kita mengadun pecal dan sam-balnya kita baca bismillah, selawat dan salam sebab persepakatan itu juga terkan-dung dalam agama kita. Dari persepaka-tan itu, lahirnya keturunan kita, jadi usaha yang kita lakukan itu bersambung dan berhubung kait bukan kerja sia-sia, di situ-lah keberkatannya” jelas Wak Sarni.

Subhanallah tingginya falsafah kehidu-pan yang dipegangnya, memang tak per-nah aku terfikir.

“Keberkatan hidup berkeluarga terletak di dapur, sebagai ibu, kita wanita kena bi-jak memilih pemakanan yang baik untuk anak-anak yang akan membesar meng-gantikan kita, di dapurlah ikatan kekeluar-gaan itu dapat dilihat dengan jelas, asam garam kehidupan kita. Bagi wak, sambal pecal inilah pegangan wak dalam mem-beri kasih sayang pada anak anak, wak akan pertahankan sampai bila-bila dan wak berharap ada anak wak yang akan me-mahami dan mewarisinya nanti,” ujarnya dengan senyuman penuh harapan.

Di keheningan malam terbuka balutan hatibersisa ingatan balamtentang lorong lewat petanganak compang sertaisi tangannya; guli dan gula.

Mimpi yang bergoncangakhirnya bersepai, berdentinghingga ke pojok mindaterus tanpa henti, kinikembali dengan bias wajahmengharap Tuhan, mengajar tuanperihal kemanusiaan,belas ihsan dan nilaiperbalahan berharga darahdibeli begitu mudah.

Sementara itu, harus bagaimana?masihkah dia melempar gulike dalam lubang aspal dan kecewasepanjang lorong kelamdengan persalinan compang;atau menjaja gulamengemis kasih warga kotayang sulitnya lebih luar biasa?

Ajarkan sanubarinya berdegupkencang mengetuk pintu rahsiamenceritakan air mata hari lalumenconteng tawa pada dinding lorong juga melakar harap di atas awan

agar,guli bergulir lurusgula kembali dirasa.

Iz BaidillehIrbid, Jordan

Guli dan Gula

Page 16: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

17SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

CUKAI TANAH HANYA DIBAYAR SETAHUN SEKALI

Page 17: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

18PBT

SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima anugerah ‘Malay-sia Landscape Architecture Awards (MLAA) Merit Award 2016’ bagi kategori ‘Govern-ment - Green Initiatives Award di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awam MBSA, Shahrin Ah-mad berkata, pengiktirafan itu diterima menerusi Inisiatif Penghijauan Lorong Belakang Shah Alam daripada Institute Of Landscape Architects Malaysia (ILAM).

Katanya, ia adalah hasil Projek Perin-tis Inisiatif Penghijauan Lorong Belakang Kawasan Kejiranan Jalan 4/7, Seksyen 4, Shah Alam.

“Projek berkenaan adalah kesi- nambungan daripada Program Zon Ber-sih Shah Alam 2013 dan merupakan titik permulaan bagi projek penghijauan lo-rong belakang lain.

“Setiap strategi dan kaedah diguna pakai sentiasa ditambahbaik mengikut kesesuaian dan keperluan semasa serta persekitaran dan sosio-budaya setem-pat.

“Ia adalah pengiktirafan di atas komit-men dan kerjasama diberikan komuniti di kejiranan itu dalam menjayakan Pro-gram Zon Bersih,” katanya.

Majlis Penyampaian dan Peng- anugerahan MLAA 2016 dianjurkan ILAM

b e r s e m p e n a sambutan Bulan Landskap Sedu-nia 2016.

A n u g e r a h d i s a m p a i k a n Timbalan Ke-tua Setiausa-ha (Dasar Dan Pembangunan), K e m e n t e r i a n Kesejahteraan Bandar, Peruma-han Dan Kera-jaan Tempatan (KPKT), Dato’ Dr Tam Weng Wah dan diterima Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohamad Ha-min dan Pengarah Jabatan Landskap MBSA, Yunus Suri.

Pada 2015, program Inisiatif Penghi-jauan Lorong Belakang Shah Alam mula dilaksanakan bagi menjadikan jalan berkenaan sebagai penanda aras (bench mark) kepada kawasan kejiranan lain.

Sebanyak lapan unit lorong belakang dinaik taraf dengan konsep ‘green alley’ dan ditanam dengan sayuran juga herba seperti bendi, cili, bawang merah dan putih, pandan dan ‘lemon balm’.

Malaysia Landscape Architecture Awards Merit Award 2016

Inisiatif pulih lorong belakang diiktiraf

NOTIS

PEMBERITAHUAN FAKTA PERSETUJUAN PIHAK BERKUASA NEGERI KEPADA DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

SELANGOR 2035

Menurut subseksyen 10(7) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) adalah diberitahu bahawa Pihak Berkuasa Negeri Selangor telah memberi persetujuannya pada 16 November 2016 kepada;

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035NO. WARTA: 301, Jil. 70, No. 3

Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 itu sekarang dikenali sebagai Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan boleh diperiksa di tempat dan masa seperti berikut;

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor

merangkap;Setiausaha

Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor

Tempat Masa

JBPD Selangor, Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, No. 3,

Jalan Indah, Seksyen 14, 40646, Shah Alam, Selangor.

Waktu Pejabat9.00 a.m - 4.00 p.m

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Sela-yang (MPS) menerima penganugerahan Majikan Prihatin pada sambutan Hari Pe-kerja Cuepacs 2017 yang diadakan di Au-ditorium Kompleks Islam Putrajaya, pada 1 Mei lalu.

Anugerah itu diterima di peringkat Ke-bangsaan dalam kategori Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan 2017.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abd Rah-man berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan kebajikan pekerja diutama-kan.

“Pelbagai usaha dan kemudahan di-berikan kepada kakitangan agar kebajikan dan keselesaan ketika bekerja diberi keu-tamaan.

“Dengan keprihatihan pengurusan ter-hadap pekerja, mutu dan kualiti perkhid-matan akan meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Suliman berkata, MPS sentiasa memas-

tikan semua kakitangannya menjadi ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia kerana yakin melaluinya kebajikan dan kepenti-ngan hak pekerja dapat diperjuangkan.

Katanya, MPS juga menetapkan gan-jaran kepada staf yang mencapai sasaran kerja sama ada individu, kumpulan atau jabatan.

Pada masa sama, beliau juga berbang-ga atas penganugerahan itu dan meng-ucapkan terima kasih kepada CUEPACS yang menganjurkan penganugerahan bersejarah itu.

“Anugerah ini akan menjadi penyuntik semangat kepada ahli majlis, pengurusan dan staf MPS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya.

Anugerah terbabit disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Dato’ Seri Zainal Rahim Seman dan Pre-siden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

MPS terima Anugerah Majikan Prihatin

Page 18: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

19SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

PBT

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG - Pendirian tegas diam-bil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terhadap mana-ma-na kakitangannya yang didapati terlibat dengan rasuah.

Yang Dipertuanya, Abdul Ha-mid Hussein berkata, pendirian itu dilaksanakan seiring komit-men MPAJ menggalakkan kaki-tangan menandatangani Ikrar Intergriti Korporat untuk menen-tang rasuah dalam kalangan ang-gotanya.

“Sebanyak 12 kes tindakan tatatertib diambil dengan tiga daripadanya membabitkan hu-kuman buang kerja dan tamat

MPAJ pecat tiga pegawai

Tegas banteras rasuahperkhidmatan sepanjang tem-poh 2016 lalu.

“Ini membuktikan komit-men MPAJ memerangi rasuah dan menggalakkan amalan disi-plin serta pematukan etika kerja ditetapkan.

“Hanya dengan pelaksanaan disiplin kita dapat mewujudkan kecemerlangan dalam apa jua tindakan yang kita laksanakan,”

katanya.Beliau berkata demikian ketika

berucap pada Perhimpunan Bu-lanan Jabatan Khidmat Penguru-san, di Auditorium MPAJ, pada 26 April lalu.

Pada masa sama, Abdul Hamid berkata, MPAJ optimis akan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Su-ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, ia sebagai se-bahagian daripada inisiatif MPAJ memastikan kepimpinan dan or-ganisasinya bebas daripada ra-suah.

Untuk rekod, Majlis Perban-daran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) antara pihak berkuasa tempatan yang sudah menandatangani IBR, ber-mula awal tahun ini.

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM20 juta bagi tu-juan pembaikan sistem perparitan di ka-wasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Abdul Hamid Hus-sein berkata, pihaknya sudah membuat permohonan lanjut kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan peruntukan kewa-ngan bagi kerja pembaikan fasiliti untuk kawasan Taman Nirwarna dan Pandan In-dah.

“Untuk tempoh ini, MPAJ kekal kon-sisten berusaha dan menggunakan pe-runtukan sedia ada melaksanakan projek

pembaikan secepat mungkin,” katanya.Terdahulu, SelangorKini melaporkan

tebing Sungai Kerayong di Taman Lem-bah Maju yang terletak bersebelahan Kuaters Guru Sekolah Menengah Kebang-saan (SMK) Pandan Indah runtuh dan mendap ekoran arus deras.

Kejadian dipercayai berpunca daripa-da limpahan air di kawasan Taman Nir-warna dan Pandan Indah susulan faktor hujan lebat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, MPAJ dalam kenyata-an ringkasnya memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah melan-tik kontraktor membaiki cerun.

RM�� juta tingkat saliran perparitan

SELAYANG - Jabatan Pengairan dan Sali-ran (JPS) mengambil inisiatif menaik taraf kolam takungan air di beberapa kawasan terbabit banjir kilat, baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Se-layang (MPS), Suliman Abd Rahman ber-kata, pihaknya sudah dihubungi wakil JPS iaitu Timbalan Pengarahnya, Azmi Ibrahim bagi memaklumkan usaha projek takungan banjir yang sedang dilaksanakan.

“JPS akan melihat kembali beberapa kawasan sesuai membina kolam takungan air bagi menangani banjir kilat yang ber-laku.

“Selain itu, MPS juga meminta JPS membuat penyelenggaraan kolam taku-ngan terbabit dari semasa ke semasa,” ka-tanya pada sidang media selepas mesyu-arat penuh MPS di Bangunan MPS, pada 26 April lalu.

Terdahulu, berlaku insiden banjir membabitkan beberapa kawasan antara-nya Kampung Sungai Serai, Taman Tun Perak, kawasan Kuang juga Kundang, pada 16 dan 18 April lalu.

Sekurang-kurangnya tiga pusat pemin-dahan dibuka bagi menyediakan keperlu-an bantuan awal.

JPS naik taraf kolam takungan

Page 19: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

20Pendidikan

SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Selangor kekal men-capai kedudukan tertinggi dalam keputusan peperiksaan Ujian Pe-nilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi ka-tegori Negeri Terbaik dengan penca-paian Gred Purata Negeri (GPN) 4.1.

Ketua Sektor Pengurusan Pendidi-kan, Mohd Jaafar Komari berkata, Se-langor juga dinobat sebagai negeri paling ramai calon yang mendapat agregat 8A iaitu 7,955 (30.49 pera-tus) yang diumumkan Ketua Penga-rah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), baru-baru ini.

Beliau turut menzahirkan peng-hargaan kepada JAKIM kerana mem-beri peluang kepada pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) un-tuk turut mengambil ujian UPKK, ta-hun lalu.

“Pembabitan SRA dan SRI dalam UPKK menyumbang kepada pening-katan kecemerlangan UPKK negeri daripada sudut kuantiti serta kualiti calon.

“Justeru, saya menyeru lebih ba-

nyak lagi sekolah SRA dan SRI Ja-batan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil peluang sebaik mung-kin, tahun ini,” katanya mewakili Pe-ngarah JAIS, Datuk Haris Kasim.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Majlis Anugerah Kece-merlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Tinggi Aga-ma MAlaysia (STAM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi 2016 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), pada 27 April lalu.

Pada masa sama, katanya, pen-capaian UPSR di SRAI terdapat 985 calon mencapai GPN 2.0 dengan per-atus kelulusan 94.92 peratus.

“Cabaran tahun lalu apabila ber-laku perubahan format ujian dari 5A kepada 6A dengan penambahan kertas Bahasa Inggeris dan Kemahi-ran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Saya berharap warga SRAI JAIS terus berusaha menggilap potensi murid supaya terus cemerlang dalam bidang akademik, di samping tidak mengabaikan aspek sahsiah,” katanya.

SHAH ALAM - Rajin mengulang-kaji pelajaran serta tidak mening-galkan solat antara tips kejayaan Ahmad Fareez Abdul Wahab yang menerima anugerah Pelajar Ter-baik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 peringkat negeri.

Fareez, 19, berkata, beliau ge-mar belajar secara berkumpul-an berbanding mengulang kaji berseorangan.

“Saya lebih suka ajak kawan belajar bersama sebab kita akan berkongsi pelbagai idea dan ilmu dalam kepakaran subjek masing-masing. Malah, rakan juga sering berjumpa saya ke-rana ingin mengulang kaji pela-jaran bersama.

“Selain itu, saya menjadikan guru saya, Dr Sahrul Azmi Sidek sebagai sumber inspirasi kerana beliau banyak memberi kata se-mangat dan motivasi.

“Saya amalkan tips beliau me-lalui perkataan  SATU yang ber-maksud  Sedia Awal, Tumpu dan Ulang . Kini, saya dapat menca-pai kejayaan,” katanya yang se-belum ini bersekolah di Seko-lah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Hishamuddin, Klang.

Seorang lagi pelajar yang merangkul Pelajar Terbaik STAM 2016 peringkat negeri bagi ka-tegori perempuan ialah Nur Syafiqah Ahmad Azmee, 19, dari Sekolah Agama Menengah (SAM) Jeram, Kuala Selangor.

Syafiqah berkata, didikan ibunya yang sering mengejut-kan beliau jam 3 pagi untuk be-lajar membuatkannya berjaya.

“Sejak saya enam tahun, ibu selalu kejut awal pagi. Berban-ding orang lain, bagi saya masa waktu belajar yang tepat adalah pukul tiga pagi sehingga sebe-

lum subuh.“Ibu juga selalu berpesan ti-

dak tinggal solat hajat setiap hari, selepas waktu Maghrib,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi seorang pendidik aliran agama seperti ibunya.

Pada masa sama, Muhammad Ammar Ahmad Arman Firdaus, 12, juga berjaya merangkul Anu- gerah Pelajar Lelaki Terbaik Pe-ringkat Negeri bagi Ujian Pe-periksaan Kelas KAFA (UPKK) dan Adrianna Alea Lee Muham-mad Fairuz Lee, bagi kategori perempuan.

Manakala ,Anugerah Pelajar Cemerlang Lelaki terbaik per-ingkat negeri bagi Ujian Pe-nilaian Sekolah Rendah (UPSR) diperolehi Muhammad Arif Ar-ham Amri dari Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 9, di sini.

SHAH ALAM - Sejumlah RM2 juta disalurkan Kerajaan Negeri bagi membiayai pengajian pelajar Sela-ngor di Mesir, Jordan dan Morocco.

Ketua Sektor Pengurusan Pendi-dikan, Mohd Jaafar Komari berkata, peruntukan itu bertujuan mem-bantu pelajar melanjutkan pelaja-ran di sana mengikut keperluan dan syarat ditetapkan.

“Bantuan khas Siswa Selangor sebanyak RM1,594,500 akan disa-lurkan kepada siswa yang berada di sana mengikut syarat tertentu.

“Baki peruntukan itu akan digu-

nakan sebagai Program Khas Uni-versiti Al-Azhar berbentuk pinja-man boleh ubah bagi siswa sedang mengikuti pengajian dalam tahun satu,” katanya mewakili Pengarah JAIS, Dato Haris Kasim.

Terdahulu, beliau hadir ketika perasmian Majlis Anugerah Kece-merlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Ujian Penilaian Seko-lah Rendah (UPSR) dan Sijil Tinggi Agama MAlaysia (STAM) JAIS bagi 2016 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), pada 27 April lalu.

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Selangor kekal keputusan tertinggi

Solat didahulukan, ulang kaji diutamakan

Pelajar Selangor di Timur Tengah tidak diabaikan

KUIS & KITTIS perkukuh kerjasamaBANDAR SERI PUTRA - Kolej Universiti Islam Antarabang-sa Selangor (KUIS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Islam Selangor (KIT-TIS) bagi menjalin kerjasama memperkasa sistem pendidikan Islam di negeri itu.

Rektor KUIS, Prof Dato’ Ab Halim Tamuri berkata, pihaknya merakamkan penghargaan di atas kesudian KITTIS bekerjasama dalam usaha berkenaan dan ia pasti memberi kebaikan kepada pelajar.

“Kedua-dua pihak akan mem-bentuk jaringan kerjasama aka-demik dalam memperkasakan sistem pendidikan Islam di Se-langor,” katanya.

Majlis MoU berlangsung dalam Konvokesyen Pelajar Kur-sus Jangka Pendek Sijil Ikhtisas Perguruan Yayasan Pendidikan Is-lam Selangor (YAPIS)-KUIS, di sini, baru-baru ini,

Ia disertai 24 guru KITTIS dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah seliaan YAPIS dengan ker-

jasama Fakulti Pendidikan KUIS.Dalam majlis sama, KUIS dan

YAPIS turut menandatangani dua memorandum perjanjian bagi usahasama dalam latihan pergu-ruan jangka pendek dan pem-bangunan modul.

Hasil perbincangan bersama, Ab Halim menjelaskan KITTIS dan YAPIS bersetuju untuk terus me-lebarkan dan mempelbagaikan jaringan kerjasama dalam pel-bagai program.

“Ia merangkumi program mo-biliti, pembangunan mahasiswa,

penganjuran seminar dan kon-vensyen, penerbitan jurnal serta penyelidikan yang dapat mem-berikan impak positif kepada kedua pihak,” katanya.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YAPIS, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS) dan KITTIS, Prof Zainal Abidin Kidam.

Page 20: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

21SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR5 - 12 Mei 2017

8 - 15 Syaaban 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

05 Jumaat 5:33 5:43 7:02 1:13 4:32 7:20 8:3206 Sabtu 5:33 5:43 7:02 1:13 4:32 7:20 8:3207 Ahad 5:33 5:43 7:02 1:13 4:32 7:20 8:3208 Isnin 5:32 5:42 7:02 1:13 4:33 7:20 8:3209 Selasa 5:32 5:42 7:01 1:12 4:33 7:20 8:3210 Rabu 5:32 5:42 7:01 1:12 4:33 7:20 8:3211 Khamis 5:32 5:42 7:01 1:12 4:33 7:20 8:3212 Jumaat 5:31 5:41 7:01 1:12 4:34 7:20 8:33

05 Jumaat 5:35 5:45 7:03 1:15 4:34 7:22 8:3406 Sabtu 5:35 5:45 7:03 1:15 4:34 7:22 8:3407 Ahad 5:35 5:45 7:02 1:15 4:35 7:22 8:3408 Isnin 5:35 5:45 7:02 1:15 4:35 7:22 8:3409 Selasa 5:34 5:44 7:02 1:15 4:35 7:22 8:3410 Rabu 5:34 5:44 7:02 1:15 4:35 7:22 8:3511 Khamis 5:34 5:44 7:02 1:15 4:36 7:22 8:3512 Jumaat 5:34 5:44 7:02 1:15 4:36 7:22 8:35

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/

Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

DEWAN SERBAGUNA

PEJABAT TANAH/ DAERAH KUALA

SELANGOR, SELANGOR

DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)/010(T)/2017

BP(T) PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred :

G5

Kategori : B

Pengkhususan: B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

05/05/2017(Jumaat)

Sehingga

19/05/2017(Jumaat)

RM320.00(Draf Bank/

Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

29/05/2017(Isnin

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Diwajibkan pada 05/05/2017 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi Bertempat di JKR Daerah Kuala Selangor. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan , JKR Negeri Selangor. No. Tel: 03-55447753

*Jenis SyarikatTempatan:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara)Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadanka di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

SHAH ALAM - Seramai 965 keluarga asnaf fakir dan miskin berjaya dikeluarkan daripada kelompok itu pada 2016, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 790 keluarga yang menjadi penerima zakat ke- luar daripada kategori asnaf hasil siasatan semasa di-laksanakan menggunakan garis penentuan fakir dan miskin iaitu had al-kifayah.

“Manakala 175 keluarga lagi yang keluar daripada kategori asnaf adalah penerima zakat bagi bantuan perniagaan di bawah Program Pembangunan Ekono-

mi,” katanya.Pada 2016, RM6.7 juta diagihkan kepada usahawan

asnaf fakir dan miskin yang berpontesi, sementara RM300,000 diberikan kepada usahawan asnaf mualaf.

Bantuan itu meliputi perniagaan, perikanan, pen-ternakan, pertanian dan projek usahawan berkelom-pok.

Pada tahun ini, LZS mensasarkan 220 keluarga ke-luar daripada kategori asnaf fakir dan miskin, sekali gus menjana pendapatan yang dapat membangun-kan ekonomi keluarga mereka.

SHAH ALAM - Sempena meraikan Rama-dan yang bakal tiba, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) membuka peluang ke-pada pengunjung ‘berbuka sambil bera-mal’ bagi membantu mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria.

Pengurus Besar SACC, Nas-rudin Abu Bakar berkata, inisiatif Tanggungja-wab Sosial Korpo-rat (CSR) itu dilak-sanakan dengan kerjasama Maj-lis Perundingan P e r t u b u h a n Islam Malaysia (Mapim).

“Setiap bau-car bufet Ra-madan dijual, RM1 akan disum-bangkan kepada tabung ‘Rescue Syria’ dengan sasaran mengum-pul sekurang-kurangnya RM12,000 sepanjang bulan mulia ini.

“Kami sentiasa mengambil inisiatif mulia membantu rakyat Syria disam-

ping mengajak orang ramai mengambil peluang beramal sambil berbuka puasa dengan bufet disediakan,” katanya.

Katanya, itu merupakan kali pertama pihaknya bekerjasama dengan MAPIM, namun sebelum ini pernah beberapa

kali berkolaborasi dengan Amal Palestin untuk rakyat Pales-

tin serta Hidayah Center bagi membantu ma-

syarakat tempatan seperti golongan mualaf.

Beliau berkata, usaha itu diter-uskan sepanjang Ramadan ini de-ngan menawarkan

promosi pembe-lian awal bufet pada

harga RM78 bagi de-wasa dan RM38 kanak-

kanak, sebelum 27 Mei.Sementara selepas tarikh itu,

harga bufet meningkat kepada RM88 bagi dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak.

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

��� asnaf bebas miskin

Berbuka sambil beramal di SACC

Page 21: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

22 SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

Wanita & Kebajikan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri buat ju-lung kalinya melancarkan Kempen Hor-mat Wanita (KWH) dalam usaha mendidik masyarakat berkenaan kepentingan ke-adilan sosial terhadap kaum berkenaan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pelbagai Inisiatif Hormat Wanita (IWH) bakal diperkenal sempena KWH terutama membabitkan penyediaan ke-mudahan mesra wanita di tempat kerja.

Katanya, inisiatif lain termasuk melak-sanakan dasar 30 peratus pembabitan wanita di peringkat pembuat keputusan serta pencegahan jenayah dan gangguan seksual melalui penguatkuasaan agensi Kerajaan Negeri, badan berkanun dan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kerajaan Negeri sentiasa beranggap-an bahawa wanita tonggak dan peng-gerak masyarakat dalam memenuhi tang-gungjawab sosial sebagai rakyat.

“Maka, menjadi kewajipan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kempen dan inisiatif sebagai penghormatan kepada

SHAH ALAM - Sebanyak 12 petak Parkir Ibu Hamil disediakan di Bangunan Kerajaan Ne-geri (SUK) sebagai Inisiatif Hormat Wanita (IWH) pertama.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia terma-suk sepuluh petak di Zon A berdekatan pintu ma-suk 3 yang dikhaskan untuk kakitangan.

Katanya, dua lagi petak disediakan di Zon E ia- itu berdekatan pintu masuk utama dan surau SUK.

“Berdasarkan kajian dibuat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), kita dapati ramai mahu majikan menyediakan Parkir Ibu Hamil di tempat kerja, pada dua tahun lalu.

“Mengambil kira maklum balas itu, Kerajaan Negeri hari ini melancarkan parkir khas untuk wanita mengandung sempena Hari Pekerja, berkuatkuasa 1 Mei ini,” katanya.

Pada 2015, UPEN menjalankan kajian ‘Analisa Kajian Keperluan Kemudahan Mesra Wanita di Tempat Kerja’ membabitkan 2,499 kakitangan Kerajaan Negeri dan anak syarikat berkaitan kera-jaan (GLC) iaitu 1,863 wanita dan 632 lelaki.

Daroyah berkata, sebanyak 93 peratus dari-pada responden bersetuju berhubung keperluan mewujudkan Parkir Ibu Hamil.

Katanya, kajian sama turut mendapati 94 pera-tus bersetuju majikan menyediakan bilik laktasi di tempat kerja.

“Maka, Kerajaan Negeri akan memperkenal-kan IHW kedua iaitu Bilik Laktasi di Bangunan SUK, selewatnya Ogos ini,” katanya.

KOTA DAMANSARA - Kerajaan Nege-ri akan menyemak semula keperluan melanjutkan tempoh cuti bersalin kepa-da kakitangannya di negeri itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, keperluan terhadap perkara itu perlu dilaksanakan bagi memartabatkan golongan wanita.

“Sangat menarik kepada kaum wanita apabila Standard Chartered Bank Malay-sia (Stanchart) mengumumkan pelak-sanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh kepada kakitangannya.

“Selain dapat menjaga diri dengan sepenuhnya dalam tempoh berpantang, golongan ibu berpe-luang menjaga anak mereka dengan tem-poh lama sebelum mula bekerja,” katanya kepada SelangorKini.

Daroyah berkata, Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan perkara itu terlebih dahulu sebagai mo-tivasi kepada pekerja dan sokongan lebih baik dalam kehidupan peribadi kakitangan.

“Setakat ini Kera-jaan Negeri memberi

cuti bersalin 90 hari kepada kakitangan wanita, manakala suami layak menerima cuti 14 hari.

“Kita akan lihat keperluan ke arah itu dan menyemak semula,” katanya.

Pada 28 April lalu, Stanchart mengu-mumkan pelaksanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh kepada kakitan-gannya sebagai sebahagian daripada langkah penambahbaikan bagi merea-lisasikan budaya mesra keluarga bank terbabit.

Sebelum ini, Maybank turut meng-umumkan kebenaran cuti bersalin se-hingga setahun kepada kakitangan wanitanya yang layak.

KOTA DAMANSARA - Karnival mini untuk kesedaran autisme anjuran Pusat Pendidi-kan Khas Eden Firdaus di Red Carpet Avenue, Strand Mall, pada 29 April lalu berlangsung meriah.

Acara itu menyediakan pelbagai program menarik antaranya 10,000 langkah ber-sama ibu bapa, kanak-kanak autisme, sele- briti tempatan serta dan kaunseling serta pel-bagai permainan disediakan.

Pengasasnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, matlamat karnival itu adalah mendekatkan ibu bapa dan pengunjung memahami permasalahan membabitkan kanak-kanak autisme.

Katanya, karnival itu penting dalam me-ningkatkan tahap kesedaran masyarakat berdepan perilaku kanak-kanak autisme di peringkat awal.

“Ibu bapa sebenarnya tahu tahap kese-daran mereka kurang berkenaan autisme sehingga ada yang menyorok kerana malu

selain faktor kewangan dan kurang pende-dahan ilmu berkaitan,” katanya.

Karnival terbabit dirasmikan Exco Kesi-hatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi.

Hadir sama, beberapa selebriti tempatan antaranya Dato’ Eizlan Yusof, Datin Nina Ju-ren, Dafi AF dan Tony Eusoff.

Ahmad Idham berkata, sejak setahun pembukaan pusat itu, ia memberi kesan positif kepada ibu bapa apabila kanak-kanak terbabit menunjukkan perkembangan dan perubahan dalam diri.

Katanya, struktur dan silibus pusat itu di-ambil dari Saint Clare School for Special Edu-cation di Singapura yang terbukti berjaya se-jak 20 tahun lalu.

“Eden kini mempunyai 20 pelajar serta mendapat bantuan khas daripada Kerajaan Negeri bagi membantu pusat ini mengambil pelajar separa kemampuan untuk menerima pendidikan khas,” katanya.

Teliti keperluan lanjut cuti bersalin

Karnival mini kesedaran autisme meriah

Pertahan keadilan sosial

Kerajaan Negeri lancar Kempen Hormat Wanita

golongan penting ini,” katanya ketika me-nyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Hormat Wanita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pada 27 April lalu.

Daroyah berkata, ia membuktikan komitmen Kerajaan Negeri mengiktiraf golongan wanita bekerjaya dengan me-nyediakan sistem sokongan kukuh.

“Kita mahu mereka terus menyum-bang bakti kepada negeri selain me-letakkan keluarga sebagai keutamaan

SUK sedia Parkir Ibu Hamil

demi kesejahteraan keluarga dan ma-syarakat,” katanya.

Hadir sama, Penasihat Pusat Wanita Berdaya, Zuraida Kamaruddin dan Speak-er Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.

Sebelum ini, Belanjawan Selangor 2017 memperuntukkan RM10 juta bagi memberdaya wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kerjaya ter-masuk RM1 juta untuk Institut Wanita Berdaya (IWB).

Page 22: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

23SelangorKini 5 - 12 Mei 2017

Sukan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memberi amaran keras kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) supaya tidak memburukkan imej pentadbiran negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiru-din Shari berkata, usaha Kerajaan Negeri dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak Sela-ngor sebelum ini dibuat dengan penuh ihsan.

Katanya , ia termasuk kebena-ran menggunakan padang SUK sebagai tempat latihan pemain Red Giants ketika ini.

Amirudin turut mengingatkan FAS padang SUK itu diselengga-rakan persatuan terbabit, bukan Kerajaan Negeri.

“Jika mereka kata padang itu ti-dak berkualiti, ia dari FAS sendiri kerana mereka yang menyeleng-garanya. Kalau rasa tidak sesuai , Kerajan Negeri sedia mengambil balik.

“Kita boleh berikan kepada banyak lagi persatuan lain atau sebagai pusat perkembangan bola sepak.

“Sebelum ini, kita buat den-

SHAH ALAM - Pengurus PETRONAS Sprinta Yamaha Afb Tech, Ahmad Fuad Baharudin tidak mahu pelumbanya be-rasa selesa walaupun mempa-mer aksi cemerlang dan berja-ya menaiki podium sepanjang dua pusingan awal Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRO-NAS musim 2017.

Menuju ke pusingan ke-tiga di Kemaman, Terengga-nu pada 5 dan 6 Mei ini, tiga pelumba pasukan, Md Aiman Tahirudin, Md Danial Syahmi dan Md Khairi Asyraf Mahmud masing-masing berjaya me-naiki podium dan menghuni kelompok empat pelumba teratas dalam senarai keselu-ruhan dalam ka-tegori Wira.

Selepas dua pusingan, Md Aiman yang muncul pemenang tempat ketiga sewaktu pusi-ngan pembu-kaan di Temerloh, Pahang dan muncul juara di Tangkak, Johor, Mac lepas kini menda-hului senarai keseluruhan de-ngan 41 mata.

)Manakala Danial yang meraih satu gelaran naib juara mengumpul 31 mata berada

di tangga ketiga dan Khairi di kedudukan keempat dengan 28 mata.

Kedudukan kedua mi-lik Saiful Azhari Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Ra-cing) dengan 33 mata.

Bagi juara tiga kali kelas perdana Kejuaraan Cub Prix itu, dia belum boleh menarik nafas lega dengan keputu-san ter-babit sebaliknya terus fokus kepada tugas meng-gilap potensi dan kemahiran pelumba muda pasukan ber-banding memikirkan gelaran.

“Saya memang sukakan tu-gas melatih pelumba muda, mereka ini   masih segar dan senang menerima tunjuk ajar.

“Walaupun berjaya memenangi perlumbaan atau menaiki podium, masih banyak perkara mereka perlu pelajari. Saya lebih mengutamakan pe-ningkatan prestasi secara ber-peringkat,” kata pelumba ber-pengalaman negara itu.

Beliau berkata, untuk men-jadi juara bukan hanya ke-lajuan sebaliknya pelumba perlu memiliki pakej stamina, strategi dan komunikasi.

SHAH ALAM - Lanjutan kontrak pe-main import Selangor, Andik Ver-mansyah akan diputuskan dalam tempoh dua minggu lagi, kata P Maniam.

Pengendali The Red Giants itu berkata, walaupun Andik masih teri-kat selama setahun dengan pasukan itu, namun keputusan menyam-bung kontraknya akan dipu-tuskan pihak pengurusan.

“Andik perlu terus ber-main bersama Selangor untuk tempoh setahun lagi tetapi ia bergan-

FAS dibidas

Berhenti buruk imej Kerajaan Negeri

Fuad mahu pelumba tingkat prestasi

Nasib Andik ditentukan dua minggu lagi

gan penuh ihsan, kita tidak mahu menekan mereka dan tidak mahu perubahan drastik,” katanya ke-tika ditemui.

Terdahulu, Presiden FAS, Da-tuk Seri Subahan Kamal menyelar tindakan Kerajaan Negeri konon-nya mengabaikan soal kebajikan pasukan The Red Giants apabila gagal menyediakan padang lati-han sempurna.

Pada masa sama, Amirudin berkata, isu bola sepak adalah

permainan individu tertentu yang rapat dengan politik Barisan Nasional (BN).

“Mereka menuduh kita mem-politikkan isu ini. Saya nak tanya Datuk Seri Subahan siapa yang mempolitikkannya?

“Berkenaan dengan hala tuju, Kerajaan Negeri berhak memilih mana-mana yang dirasakan le-bih berdaya saing untuk jangka panjang,”katanya.

Jika mereka kata padang itu tidak berkualiti ia dariFAS sendiri kerana mereka yangmenyelenggaranya. Kalau rasa tidak sesuai KerajanNegeri sediamengambil balik

AMIRUDIN SHARIExco Sukan

tung kepada keputusan yang akan dimaklum- kan kelak.

“Setakat ini saya lihat beliau pulih dengan baik walaupun belum mencapai tahap sta-mina sepatutnya. Saya yakin dia akan ber-jaya meningkatkan stamina,” katanya lapor

Sinar Harian.Sebelum ini, pemain kelahiran Indo-

nesia itu mengalami kecederaan serius ketika mewakili negara-

nya dalam Piala AFF 2016 dan tidak dapat bersama The Red Giants dalam saingan Liga

Malaysia sejak ia membuka tirainya, pada Februari lalu.

Page 23: BANTUAN - Selangorkini · PDF filelahir daripada kesedaran rakyat yang ... program khusus pembangunan ... (OKU). Eden Firdaus bakal jadi hab pendidikan khas kolaborasi dengan universiti

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak akan menyerahkan Kompleks Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Seksyen U15 kerana ia milik pentadbiran Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, FAS memiliki banyak aset dilaburkan sebelum ini, namun tidak dialirkan kepada pem-bangunan bola sepak negeri.

Katanya, malah selepas beberapa tahun Kerajaan Negeri mengambil alih kompleks itu, FAS tidak menunjukkan minat untuk

mengambilnya semula.“Kerajaan Negeri dalam pentadbiran se-

belum Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali membantu mendapat-kan semula pelaburan yang sepatutnya diperolehi dari Selangor.

“FAS banyak aset tetapi dilaburkan pi-hak tertentu. Hasil dibuat Kerajaan Negeri, maka lahirlah kompleks itu dan diserah-kan kepada kita.

“Daripada kompleks itu tergadai, lebih baik kita usahakan,” katanya.

Amirudin berkata, kompleks terbabit dinaik taraf dengan peruntukan RM1 juta tahun lalu.

Katanya, ia bagi membina dan merang-ka pelan pembangunan bola sepak anta-ranya Akademi Merah Kuning.

“Selepas dinaik taraf, tiba-tiba mereka menuntut kata ini mereka punya. Tidak timbul isu nak rompak sebab ia milik kita.

“Jangan politikkan isu bola sepak. Kalau rasa mahu main cara dulu, silakan dan se-lamat berjaya,” katanya.

Terdahulu, FAS menuntut kerjasama daripada Kerajaan Selangor supaya me-mindah milik dan mendaftarkan tanah bangunan kompleks sukan di Seksyen U15, Shah Alam atas nama persatuan berkenaan.

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

MELAKA - Cabaran hebat PKNS FC ter-hadap Melaka United menghadirkan ke-sukaran hingga gagal mencatat kemena-ngan, kata Eric Williams.

Walaupun pasukan bimbingannya menguasai perlawanan tetapi keputusan seri dianggap patut dan adil bagi dua pa-sukan itu.

“Melaka United menunjuk prestasi baik dan menguasai perlawanan dalam sepa-ruh masa pertama.

“Kebanyakan posisi berfungsi baik hingga berjaya menjaringkan gol tetapi pasukan lawan juga bertindak sama “ ka-tanya dalam sidang media di Stadium Hang Jebat, pada 26 April lalu.

Melaka United dan PKNS FC seri 2-2 dalam aksi Liga Super dengan semua gol dihasilkan, pada separuh masa pertama.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan

Kompleks Sukan FAS

Milik KerajaanNegeri

Ilija Spasojevic melalui penalti pada minit ke-32 dan 42, manakala gol PKNS FC menerusi Patrick Ronaldinho Wleh (m35) dan Safee Sali (m40).

Namun, Eric jelas kecewa pada separuh masa kedua dengan pasukannya mem-peroleh lebih peluang untuk mendapat-kan gol berbanding lawan.

Beliau juga kecewa terhadap aspek pe-ngadilan dengan dakwaannya pengadil, Khirulazuan Kidam, membuat beberapa tindakan yang menjejaskan prestasi pe-

main.“Tetapi saya tidak mahu menyen-

tuh perkara ini (keputusan pengadil) kerana ia tidak mengubah keputusan perlawanan.

“Ia hanya memberi kesan juga men-jejaskan persembahan pemain,” katanya

Katanya, tempoh rehat selepas ini peluang baik bagi Melaka United mem-perbaiki segala kepincangan dalam mem-persiapkan diri menghadapi perlawanan seterusnya.

PKNS FC buat Melaka United ‘putih mata’PKNS FC buat Melaka United

Selepas dinaik taraf, tiba-tiba mereka menuntutkata ini mereka punya. Tidak timbul isu nak rompak sebab ia milik kita.Jangan politikkan isu bola sepak. Kalau rasa mahu main cara dulu, silakandan selamat berjaya

AMIRUDIN SHARIExco Sukan

Berhenti buruk imej Kerajaan Negeri