bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara

29
1.0 PENGENALAN Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, beliau mengatakan “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang berlaku”. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundur sesebuah negara bergantung kepada genarasi mudanya. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagai wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi.

Upload: mohd-borhan-bin-jamaluddin

Post on 04-Aug-2015

59 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

1.0 PENGENALAN

Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, beliau mengatakan “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang berlaku”. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundur sesebuah negara bergantung kepada genarasi mudanya. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagai wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi.

Page 2: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam pembangunan insan dan negara era sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan di negara ini. Bermula dengan era masyarakat tradisional dan berubah pada era penjajahan. Pihak penjajah telah memperkenalkan Sekolah Vernakular, Sekolah Inggeris dan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan pada masa itu beberapa laporan di buat antaranya Laporan Barnes 1950, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran 1952 dan Laporan Razak 1956. Pendidikan selepas merdeka menunjukkan perkembangan yang ketara bermula dari tahun 1957 hingga 2010 yang memperlihatkan pelbagai usaha dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.

Page 3: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

2.0 PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA ERA SEBELUM MERDEKA

Pendidikan pada Zaman sebelum merdeka terbahagi kepada dua peringkat yang menjadi pemangkin kepada pembangunan insan dan negara di Malaysia. Iaitu era masyarakat tradisional dan era penjajahan.

Page 4: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

2.1 Era Masyarakat Tradisional

Era ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada genarasi seterusnya. Pembangunan insan berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal. Pendidikan era masyarakat tradisional diajar oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

Page 5: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

sambungan…

Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas. Pembelajaran yang diajar berteraskan kepada agama Islam seperti Tauhid, Akidah dan Akhlak. Intitusi pendidikan berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam ini mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai agama pada setiap masa dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran.

Page 6: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

2.2 Era Penjajahan

Kedatangan Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu tidak banyak mengubah sistem pendidikan tradisional. Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula menguasai negeri-negeri Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris terdapat lima jenis pendidikan yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu :

Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok, Sekolah Vernakular bagi etnik Cina dan India.

Page 7: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian. Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Razak (1956). Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam pembangunan insan dan negara kita khususnya.

Laporan Barnes 1950Laporan Barnes merupakan satu percubaan menuju ke

arah perpaduan negara apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Sistem vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah nasional (kebangsaan). Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan bahasa Inggeris di samping mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan di sekolah. Namun begitu, laporan ini telah ditentang hebat oleh orang bukan Melayu terutama orang Cina kerana mereka khuatir sekolah Cina akan hilang.

Page 8: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Laporan Fenn-Wu 1951Laporan Fenn-Wu diperkenalkan ekoran ketidakpuasan

hati dalam kalangan masyarakat Cina. Di samping mempertahankan kedudukan bahasa Cina, laporan ini juga ditugaskan untuk memberi nasihat tentang penyediaan buku teks sekolah Cina yang berorientasikan kepada Tanah Melayu sebagai satu cara untuk mendekatkan masyarakat Cina dengan situasi kehidupan Tanah Melayu.

Ordinan Pelajaran 1952Pihak Inggeris kemudiannya telah menyatukan kedua-dua

laporan itu dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah menetapkan bahawa penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Selain itu, Bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah dan Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan. Walau bagaimanapun, Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana menghadapi pelbagai masalah.

Page 9: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Namun begitu satu Jawatankuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu:

1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan.

2. Menghadkan kadar kemasukan murid ke sekolah kebangsaan Inggeris seperti sediakala.

3. Penubuhan pendidikan menengah vokasional.

Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada kepada pembangunan insan dan negara kerana ia tidak memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala kaum Cina terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala.

Page 10: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Laporan Razak 1956Objektif Laporan Razak ialah untuk melahirkan

sekolah yang berjiwa Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanakan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957.

Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.

Page 11: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

3.0 PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SELEPAS MERDEKAPendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan dan

perubahan bagi merealisasikan matlamat kerajaan menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Terdapat pelbagai peringkat pada pascamerdeka iaitu era 1957-1970, era 1971-1990, era 1991-2000 dan era 2001-2010.

3.1 Era 1957-1970

Selepas Malaysia merdeka dari penjajahan Inggeris satu dasar telah dibentuk bagi memantapkan pembangunan insan dan negara yang sedia ada. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 telah dibentuk yang mencakupi peraturan-peraturan pelajaran (disiplin sekolah) 1959. Hal ini merupakan sejarah Malaysia pada waktu itu, kerana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat di Malaysia serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan pendidikan negara.

Page 12: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan… Di atas kesedaran yang tinggi terhadap masa depan pendidikan di

Malaysia, Laporan Rahman Talib yang dirangka telah mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, dan pusat latihan guru. Cadangannya juga termasuk pemberian insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Lantaran itu, Akta Pelajaran 1961 dibentuk dan dirangka agar mampu melonjakkan bidang pendidikan di negara ini.

Kesannya, pada tahun 1962 pendidikan percuma kepada semua pelajar dilaksanakan bertujuan agar semua rakyat tidak kira miskin atau kaya berhak mendapat pendidikan. Selain itu, berkuatkuasa pada tahun 1964 setiap pelajar berhak mendapat pendidikan selama 9 tahun iaitu dari darjah 1 hingga tingkatan 3. Pada masa yang sama Rancangan Malaysia Pertama telah diperkenalkan dari tahun 1966 hingga 1970 bertujuan untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Kesimpulannya, hala tuju pendidikan era ini lebih becorak kepada penyatuan semua kaum melalui pengenalan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib bagi memudahkan interaksi antara kaum. Selain itu, falsafah pendidikan yang bersifat sama rata tanpa menyisihkan kaum, darjat dan agama memangkinkan lagi perkembangan pembangunan insan di negara Malaysia. Era ini menunjukkan anjakan paradigma yang proaktif dalam sistem pendidikan negara.

Page 13: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

3.2 Era 1971-1990

Selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum di negara ini.

DEB dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 (RMK2), RMK3 1976-1980, RMK4 1981-1985, RMK5 1986-1990.

Di samping itu, bagi mengelakkan kecelaruan antara kaum di Malaysia, Bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa pengantar utama dan kerajaan telah membuat semakan terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan melaksanakan pembaharuan dalam meningkatkan kualiti Pendidikan Negara.

Page 14: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Kerajaan telah melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) untuk golongan pelajar miskin yang tidak mampu untuk membeli buku teks dan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) bertujuan untuk memberi makanan yang seimbang kepada pelajar terutamanya yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan di peringkat percubaan atau lebih dikenali sebagai rintis. Agenda ini diteruskan dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 apabila pelajar dalam KBSR telah melangkah masuk ke tingkatan 1 dan menggunakan empat matapelajaran sebagai rintis iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Page 15: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Dalam era ini juga Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan bagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" (Falsafah Pendidikan Negara, 1987)

Page 16: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

3.3 Era 1991-2000Era ini memperlihatkan negara telah melangkah maju

kehadapan melalui RMK6 1991-1995 dan RMK7 1996-2000 bagi memastikan kemajuan negara terus terancang. Dalam pada itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara yang mempunyai cita-cita tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan dan kesan-kesan pembangunan. Antara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta Pelan Integriti Nasional.

Pada tahun 1992 kerajaan telah memperkenalkan pendidikan umum selama 11 tahun iaitu setiap rakyat Malaysia diwajibkan mengikuti sesi persekolahan bermula dari tahun 1 sehingga tingkatan 5. Sementara itu, pemurnian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah berlaku dengan menggunakan akronim yang sama iaitu KBSR. Usaha ini dilihat mampu meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia dalam menentukan hala tuju pembangunan insan dan negara di masa hadapan.

Page 17: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan… Pada era ini juga telah mempelihatkan perubahan yang pesat dalam falsafah dan hala tuju pendidikan negara. Asas perundangan bagi melancarkan lagi pembangunan pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan akta berikut:

1. Akta Pendidikan 1996- Menggantikan Akta Pelajaran 1961 khususnya peruntukan kuasa-kuasa Menteri Pelajaran da penginstitusian prasekolah.

2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996- Bermatlamatkan menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996- Membolehkan penubuhan sebuah majlis yang menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi.

4. Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996- Menyediakan peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

5. Akta Universiti dan Kolej Unversiti (AUKU) (pindaan) 1996- memperluas autonomi dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.

6. Akta Lembaga Akreditasi Negara (LAN) 1996- Memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan swasta.

7. Akta Institusi Teknologi MARA (ITM) (Pindaan) 2000- Membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti.

8. Akta PTPTN (Pindaan) 2000- Membenarkan pinjaman kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta.

Jika diteliti, perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan negara telah mengadaptasikan satu hala tuju pembangunan insan dan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 18: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…3.4 Era 2001-2010Pada abad ke-21, negara telah menghadapi cabaran

globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia harus bersaing dalam memperkasakan pembangunan pendidikan dalam aspek politik, ekonomi dan

sosial. Pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21:

1. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) memperuntukan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1 pada 1 Januari 2003.

2. Program Bimbingan dan Kaunseling diperkukuhkan dengan memperuntukan seorang kaunselor bagi setiap 500 orang pelajar bermula dari tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002)

3. Pada tahun 2003, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) turut diperkenalkan.

Page 19: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

4. Pemberian bantuan one-off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun 2002-2003 bagi melaksanakan pendidikan wajib (Bajet 2002 dan 2003). Pada tahun 2004 bantuan ini digantikan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

5. Pada tahun 2004, Skim Baucer Tuisyen (SBT) diperkenalkan untuk memberi bantuan tuisyen kepada murid sekolah rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin dan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

6. Mata pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di Sekolah Menengah Harian pada tahun 2004. (Berasaskan Program Sekolah ke Kerjaya di bawah Pembiayaan Bank Dunia, 1998-2003)

7. Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003)

8. Pada tahun 2006 aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10 untuk sekolah rendah dan RM12 untuk sekolah menengah (Keputusan Jemaah Menteri, 2005). Di samping itu, aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan ke IPTA mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005)

Page 20: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Pada era ini juga, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) diperkenalkan untuk memartabatkan pembangunan insan di Malaysia. Antara yang termaktub dalam PIPP ialah berdasarkan kepada enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pada peringkat ini hala tuju pendidikan negara lebih bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global berdasarkan kepada falsafah pendidikan yang dicanangkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Page 21: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

4.0 PERBANDINGAN KESAN PENDIDIKAN KEPADA PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAANPendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam

sistem pendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas kemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat perbandingan yang jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini.

4.1 Kesan dari aspek pembangunan insanPembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat

utama dalam pendidikan. Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal, sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga.

Page 22: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiran yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikan agama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud:

“Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28)

Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan. Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan.

Page 23: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman

pascamerdeka. Usaha dalam membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk membangunkan modal insan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari Pekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-usaha yang berjaya bagi melahirkan modal insan adalah penubuhan universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi sumbangan kepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnya bagi pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.

Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk melahirkan insan yang cemelang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP yang mengariskan pembangunan modal insan sebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah pendidikan negara.

Page 24: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

4.2 Kesan dari aspek pembangunan negara

Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukan pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu (Surah Ar-Rahman, 33).

Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di Malaysia sama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya dalam membangunkan negara?

Page 25: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak

pendidikan pada peringkat awalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke arah pembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak dinafikan bahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai oleh penjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial telah mengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah membantu membangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun persekolahan rendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf. (Jamison dan Lan, 1982).

Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang mampu untuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini mempunyai kapasiti untuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan, kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yang melonjakkan pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa, 1994).

Page 26: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa, 1994).

Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam sistem pendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang individu. Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat.

Peningkatan ini akan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan guna tenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Lantaran itu, sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang terancang memainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Page 27: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

5.0 Penutup Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan

negara telah mengalami perubahan demi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan sebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan falasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru, di dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagi kelangsungan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkit dari mimpi indah dan sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang leher dan berkering tekak memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untuk menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar dari generasi yang beraksi dimasa ini.

Page 28: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

Sambungan…

Akhirnya, marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud;

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi bagi tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu mendapat memelihara diri mereka.”( Surah at-Taubah, 122 ).

Sesungguhnya pendidikan berkesan tunjang ke arah pembentukan negara maju.

Page 29: Bandingkan Kesan Pendidikan Kepada Pembangunan Insan Dan Negara

SEKIAN…TERIMA KASIH

OLEH:NOR MOHD MAZLAN BIN SABRAN

(1113 )MOHD BORHAN BIN JAMALUDDIN

(1113222)