kesan - kesan media

26
KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI KESAN MEDIA DAN ICT TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Upload: syahremie-teja

Post on 16-Apr-2017

264 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kesan - kesan media

KOM3362

ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI

KESAN MEDIA DAN ICT TERHADAP INDIVIDU DAN

MASYARAKAT

Page 2: kesan - kesan media

Merumuskan kajian-kajian media dan masyarakat Merumuskan penemuan-penemuan kajian tentang media dan

ICTMembuat kesimpulan mengenai kesan media dan ICT

terhadap masyarakat.

OBJEKTIF

Page 3: kesan - kesan media

Newsom dan Jim Haynes (1991) menyatakan media merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat melalui radio, televisyen, surat khabar, majalah, filem dan juga Internet.

DEFINISI MEDIA

Page 4: kesan - kesan media

Menurut Mohd. Hamdan Adnan, publik ialah “sekumpulan individu yang bergabung bersama kerana berkongsi minat dan kepentingan yang sama” (m.s.131).

Khalayak ditakrifkan sebagai entiti berkumpulan yang wujud kerana individu-individu berkongsi pengalaman tertentu, tradisi dan gaya hidup.

DEFINISI MASYARAKAT

Page 5: kesan - kesan media

Akhbar pertama di Malaysia, The Prince Of Wales Island Gazette juga diterbitkan oleh British di Pulau Pinang pada tahun 1805.

Ini diikuti oleh akhbar bahasa Cina, The Chinese Monthly yang diterbitkan di Melaka pada 1815.

Akhbar pertama dalam bahasa Melayu ialah Jawi Peranakan yang diperkenalkan pada tahun 1876.

REVOLUSI MEDIA TEMPATAN

Page 6: kesan - kesan media

Kelahiran Internet dengan ruang IRC, e-mel, laman web dan lain-lain kemudahan berkomunikasi

telah mengubah landskap media pada awal abad ini.

ICT baru telah menambah ketidaktentuan golongan penerima yang sinis tentang kegunaannya, berbanding golongan yang optimis.

PENYELIDIKAN MEDIA

Page 7: kesan - kesan media

Permainan video

Televisyen dan wayang gambar

Muzik popular masa kini

Internet

PUNCA KEROSAKAN MORAL DAN KEGANASAN DALAM MASYARAKAT

Page 8: kesan - kesan media

a) Kajian Dana Payne Pada 1929, Dana Payne membiayai 12 kajian untuk meneliti kesan wayang gambar terhadap masyarakat.

Golongan remaja banyak dipengaruhi oleh wayang gambar.

Namun begitu tiada bukti kukuh yang mengaitkan filem dengan kerosakan remaja.

KAJIAN AWAL KESAN MEDIA DI AMERIKA SYARIKAT (SEBELUM PERANG DUNIA

KEDUA)

Page 9: kesan - kesan media

b) Kajian Cantril Pada 1938, drama radio ‘War of the Worlds’ telah disiarkan menerusi radio dan meninggalkan rasa panik di kalangan pendengar.

Individu berpendidikan tahap rendah lebih mudah mempercayai kebenaran siaran radio.

KAJIAN AWAL KESAN MEDIA DI AMERIKA SYARIKAT (SEBELUM PERANG DUNIA

KEDUA)

Page 10: kesan - kesan media

C) Kajian Lazarfeld Pada 1940, sebelum kehadiran televisyen Paul Lazarfeld telah mengkaji pengaruh media khususnya radio terhadap keputusan orang ramai dalam pilihanraya politik.

Golongan pemimpin pendapat(opinion leaders) dan bukannya media yang mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

KAJIAN AWAL KESAN MEDIA DI AMERIKA SYARIKAT (SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

Page 11: kesan - kesan media

1952 – Kongres Amerika mula usaha kaji kesan media.

1954-1955 – Kongres menyimpulkan bahawa rancangan media berunsur keganasan yang keterlaluan membawa kesan membahayakan kanak-kanak.

KAJIAN KESAN KEGANASAN TELEVISYEN DI AMERIKA SYARIKAT (1950 AN – 1990AN)

Page 12: kesan - kesan media

Kajian Gerbner et.al (1980) menghasilkan indeks keganasan untuk mengukur jumlah aksi ganas dalam kandungan sesebuah rancangan televisyen.

Hasil beberapa kajian yang dijalankan untuk mencari hubungan di antara kesan keganasan media dan masyarakat, telah mencetuskan teori-teori keganasan media.

TEORI KEGANASAN MEDIA

Page 13: kesan - kesan media

Teori Social Learning – Albert BanduraTeori Cultivation / Penyuburan – George GerbnerTeori Peluru Ajaib (Magic Bullet)

TEORI KEGANASAN MEDIA

Page 14: kesan - kesan media

Menurut Prof. Jazmyn Chelliah, seorang pakar psikologi di Singapura berpendapat bahawa televisyen yang telah mengambil alih peranan guru, mentor, bapa dan ibu kepada anak-anak kita yang perlu dipersalahkan kerana menayangkan terlalu banyak keganasan, seks, penyalahgunaan dadah dan alkohol.

(Dipetik dari kertas kerja Seminar “Parental Viewing Control Devices for Malaysian Broadcasters” 1998)

WACANA KESAN MEDIA DAN ICT DALAM MASYARAKAT

Page 15: kesan - kesan media

Kajian Hagell & Newburn (1994) - Kajian ini mendapati bahawa remaja delinkuen kurang

menonton televisyen dan video berbanding remaja lain.Kajian Buckingham (1992) - Hasil penemuan menunjukkan kanak-kanak yang dikaji itu

bijak bercakap tentang media.

CONTOH KAJIAN YANG DIRUJUK OLEH GAUNTLETT

Page 16: kesan - kesan media

Kajian Milavsky, Kessler, Stipp & Rubens (1982) - Dalam kajian tersebut, faktor-faktor perubahan biologi, perkembangan

fizikal dan persekitaran diambil kira ketika meneliti kesan media ke atas responden.

Kajian Kualitatif Buckingham et al - Kajian kualitatif yang dijalankan secara mendalam oleh

Buckingham(1993, 1996), Hill(1997), Schlesinger, Dobash, Dobash&Weaver (1992), Gray(1992) dan Palmer(1986) mendapati bahawa khalayak media mempunyai interpretasi mereka masing-masing terhadap kandungan media. (1992)

CONTOH KAJIAN YANG DIRUJUK OLEH GAUNTLETT

Page 17: kesan - kesan media

Apabila televisyen mula menembusi masyarakat, generasi televisyen pula dikritik oleh generasi yang rosak perkembangan kognitifnya kerana amalan menonton yang didakwa menghasilkan :

1. Tumpuan perhatian yang singkat.2. Kemampuan linguistik yang lemah3. Imaginasi yang berkurangan.4. Selalu menginginkan gratifikasi segera.5. Tidak berupaya membezakan maklumat dengan kebijaksanaan.

Generasi radio pula dipuji kerana keupayaan berimaginasi tinggi, kreatif dan boleh mempersembahkan peristiwa dramatik.

KREDIBILITI MEDIA

Page 18: kesan - kesan media

Literasi Media dan ICT

1. Literasi media(termasuk ICT) merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dalam semua bentuk media-cetak, elektronik atau on-line, serta mengakses, memahami, menganalisis dan menilai imej dan visual, perkataan dan bunyi yang menjadi budaya media dan ICT masa kini.

2. Pendidikan media penting untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak ini kerana kehidupan mereka tepu dengan mesej media. Pengguna media yang bijak bukan sahaja berupaya mengkritik media yang tidak bertanggungjawab, tetapi juga berupaya menggunakan maklumat dengan sebaik-baiknya untuk tujuan berguna.

IMPLIKASI ICT KEPADA MASYARAKAT

Page 19: kesan - kesan media

3. Falsafah Center for Media Literacy yang memperjuangkan “pemerkasaan menerusi pendidikan”. Falsafah tersebut merangkumi tiga konsep yang saling berkait.

1. Literasi media ialah pendidikan sepanjang hayat dalam dunia media global.2. Intipati literasi media ialah proses pencarian maklumat –kesedaran, analisis,

renungan, tindakan yang boleh membantu memperkasakan diri dengan kemahiran “mengemudi” iaitu merangkumi kebolehan untuk mengakses, menganalisis dan meneroka, menilai dan mengeluarkan pandangan dan mencipta mesej sendiri.

3. Literasi media adalah alternatif kepada penapisan, pemulauan atau menyalahkan media, iaitu kemampuan membuat keputusan yang terbaik.

IMPLIKASI ICT KEPADA MASYARAKAT

Page 20: kesan - kesan media

KUMPULAN PEMANTAU MEDIA

Kumpulan pengguna dalam masyarakat yang seringkali menjadi sasaran pengiklan dan penjual barangan serta perkhidmatan. Setiap individu dalam masyarakat perlu menjadi pengguna yang bijaksana supaya tidak mudah diperalatkan oleh pengiklan atau pengamal media yang tidak bertanggungjawab.

Ibu bapa khususnya perlu lebih prihatin tentang kandungan media yang didedahkan kepada ahli keluarga mereka. Ibu bapa boleh menyuarakan kritikan kepada pihak media sekiranya terdapat kandungan media yang dianggap boleh merosakkan kesihatan minda dan akal budi masyarakat.

Page 21: kesan - kesan media

KESAN MEDIA TERHADAP INDIVIDU

Page 22: kesan - kesan media
Page 23: kesan - kesan media

KESAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT

Page 24: kesan - kesan media

KESAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT

Page 25: kesan - kesan media

KESAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT

Page 26: kesan - kesan media

Perkembangan dan penggunaan media banyak memberi kesan terhadap individu mahupun masyarakat.

Media dilihat bukan sahaja memberikan kesan yang positif malah turut mengundang beberapa kesan negatif dari pelbagai aspek.

RUMUSAN