bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

22
PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ) PUSAT UKM,BANGI,SELANGOR. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SESI 2009-2010 Tugasan: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah Negara yang anda pilih.

Upload: mohd-noh-bin-md-yunus

Post on 13-Jun-2015

1.267 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

TRANSCRIPT

Page 1: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM

PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ)

PUSAT UKM,BANGI,SELANGOR.

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER 1 SESI 2009-2010

Tugasan: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah Negara yang anda pilih.

YAP HUI HSIEN G75859 Email: yhhjan @streamyx.com Tel; 012 692 1623

PENSYARAH; PROF MADYA DR.MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Page 2: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Yap Hui hsien-G 75859

9.Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah Negara yang anda pilih.

Pengenalan

Ada beberapa jenis pentadbiran negara di dunia. Mengikut Asnarulkhadi dan Jayum

(1997:105) negara-negara di dunia ini di bahagi kepada 3 jenis yang utama iaitu negara

persekutuan,negara kesatuan dan negara konfederasi. Terdapat satu lagi jenis negara iaitu

Jamhiriyah yang mengamalkan sistem yang agak berbeza.

Contoh:

2

YapHui Hsien_G75859

Negara Persekutuan

_________________

Amerika Syarikat

Argentina

Australia

Austria

Belgium

Nepal

Comoros

Mexico

Emiriah Arab

bersatu

Malaysia

Negara kesatuan

______________

Afganistan

Albania

Armenia

Aruba

Bangladesh

Benin

Bhutan

Bolivia

Botswana

Brunei

Bulgaria

Thailandl

Laos

Filipina

Indonesia

Page 3: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Negara Persekutuan merupakan kesatuan daripada sebilangan negeri atau negeri yang

separuh berpentadbiran sendiri yang di satukan oleh kerajaan pusat.Di dalam negara

persekutuan status pentadbiran negeri-negeri biasanya dikukuhkan oleh perlembagaan

dan tidak wajar di ubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat.

Bentuk kerajaan atau struktur perlembagaan didapati dalam negara persekutuan dipanggil

federalisme.Negara persekutuan boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik dan meliputi

sebidang wilayah yang luas .Negara persekutuan di tubuhkan melalui persetujuan asal di

antara sebilangan negeri-negeri berdaulat.

Negara kesatuan merupakan satu negara yang diperintah oleh satu kesatuan.Pemerintah

mempunyai kuasa politik dalam negara kesatuan tetapi ia dapat dialihkan ke tingkat yang

lebih rendah yang di pilih oleh rakyat,misalnya gabenur atau walikota.Akan

tetapi,pemerintah pusat mempunyai hak untuk mencabut pejabat-pejabat tersebut.Inilah

perbezaannya dengan negara federasi kerana setiap negara mempunyai kuasa tersendiri

yang tidak dapat di cabut oleh pemerintah federal.Se bahagian besar negara di dunia

merupakan negara kesatuan kerana keluasannya tidak terlalu besar.

Negara konfederasi merupakan satu bentuk negara yang mempunyai dua tahap kerajaan

iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah yang dinaungkannya.Kerajaan bawahan

biasanya adalah lebih kuat daripada kerajaaan pusat.kerajaan pusat sebaliknya merupakan

sebagai penyelaras kepada kerajaan wilayah.Rakyatnya mempunyai hubungan langsung

yang luas dengan kerajaan wilayah . Kerajaan pusat pula lebih berperanan menjalinkan

hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain.

Negara Jamhiriyah bentuknya sangat ekslusif dan tersisih dari amalan-amalan lai n

negara di dunia.Libya merupakan satu-satunya negara yang berbentuk Jamhiriyah.

3

Yap Hui Hsien-G75859

Page 4: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Negara ini mengamalkan kerajaan berpusat dan segala keputusan dibuat oleh pemimpin

negara melalui satu jawatan kuasa pusat yang di panggil majlis Syura.Satu perlembagaan

diwujudkan oleh Majlis ini sebagai garis panduan pentadbiran dan pemerintahan negara

tersebut.Tiada badan-badan yang boleh membuat keputusan melebihi majlis tersebut.

Negara persekutuan Negara kesatuan Negara konfederasi

*Gabungan >satu negeri *Gabungan>satu negeri *Gabungan beberapa buah

negeri

*Kuasa kerajaan÷kerajaan

pusat,negeri dan tempatan

*kuasa kerajaan;kerajaan

pusat

*majoriti kuasa

dikekalkan oleh negeri-

negeri

*masing-masing mempunyai

autonomi

Kerajaan pusat boleh

membatalkan undang-

undang yang diluluskan

oleh kerajaan negeri

*Kuasa terhad kepada

kerajaan pusat-untuk

mengawal hal ehwal

kepentingan sendiri

*terikat pada perjanjian

*Contoh: Malaysia,Amerika

syarikat,australia,kananda dan

india

Contoh;New

zealand,perancis dan

sweden

*pupus-konfederasi

Jerman utara(1867-1871)

4

Yap.Hui hsien-G75859

Page 5: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Negara persekutuan Negara kesatuan Negara Konfederasi

*Kuasa mutlak-kerajaan

pusat

*kuasa mutlak-kerajaan

pusat

*kuasa terhad-kerajaan

pusat

*kerajaan negeri

mempunyai kuasa autonomi

dalam bidang perundangan

tertentu

*undang-undang yang

diluluskan oleh kerajaan

negeri boleh dibatalkan oleh

kerajaan pusat

*kerajaan negeri

mempunyai kebanyakan

kuasa pemerintah

Membandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat terendah dalam sistem kerajaan di

Malaysia. Ia berkuasa di atas mengenakan cukai pintu yang terhad.Kerajaan tempatan ini

boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (by-laws) kepada penduduk yang tinggal di

kawasan pentadbiran mereka.Pegawai tertinggi dalam kerajaan tempatan ialah Datuk

bandar.Di kawasan perbandaran pula ia adalah Yang Dipertua Majlis dan Majlis –majlis

daerah.

Kerajaan tempatan di Indonesia adalah di panggil desa.Desa ialah satu kesatuan

masyarakat undang-undang yang memiliki batas-batas wilayah yang mengatur dan

mengurus kepentingan masyarakat se tempat yang berdasarkan asal-usul dan istiadat

setempat dalam sistem pemerintahan negara kesatuan.Setiap desa di ketuai oleh Kepala

desa.

5

Yap Hui Hsien-G75859

Page 6: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Hierarki kerajaan tempatan Malaysia

Sebelum Akta kerajaan tempatan 1976 Selepas penerapan Akta 171

*Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

*Majlis perbandaran

*majlis bandaran

*Lembaga Bandaran

*majlis daerah luar bandar

*Majlis Tempatan

*Bandar raya-Dewan bandaraya atau majlis

Bandaraya

*bandar-Majlis perbandaran

*luar bandar-majlis Daerah

Kawasan khas-Perbadanan atau Pihak

berkuasa tempatan

Hierarki kerajaan tempatan Indonesia

Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia

Peringkat Provinsi

Provinsi

Daerah khusus-Daerah Istimewa

Peringkat kabupaten/kota

Kabupaten-Kota

Kabupaten Tadbir

Sagoe

Peringkat kecamatan

Kecamatan

Distrik-sagoe cut

Peringkat kelurahan/desa

Keluharan-desa

Nagari-kampung-Gampong

Lain-lain

Dusun-lingkungan

Rukun warga

Rukun tetangga

6

Yap Hui Hsien- G75859

Page 7: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Sejarah Perkembangan kerajaan t empatan Di Malaysia

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia diwarisi daripada British yang memerintah Tanah

Melayu akan tetapi dalam peredaran masa ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-

budaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan.Sebuah Majlis

penilai(council of assessors) ditubuhkan di Pulau Pinang untuk melaksanakan

pembangunan bandar pada tahun 1801.Ini diikuti oleh penubuhan majlis-majlis tempatan

di Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain.Sebuah Ordinan pilihan raya kerajaan

tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis tempatan menjalankan pilihanraya.Akan

tetapi,permasalahan dalaman berkaitan dengan pentadbiran dan politik serta konfrontasi

Indonesia telah menggantungkan pilihan raya kerajaan tempatan.Pergantungan dilakukan

melalui Peraturan kecemasan dan pindaan telahmenjadikan kerajaan tempatan tidak

menjalankan pilihan raya.Dibawah Menteri perumahan dan kerajaan tempatan

memulakan penyusunan semula dengan memperkenalkan Akta kerajaan Tempatan

(Peruntukan sementara) 1973.Akta ini memberi peruntukan kepada kerajaan persekutuan

mengkaji semua undang-undang yang berkaitan dengan kerajaan tempatan.Yang paling

penting sekali ialah permansuhan pilihan raya kerajaan tempatan.

Melalui Akta ini juga, pegawai majlis tempatan akan dilantik dan majlis daerah diketuai

oleh pegawai daerah masing-masing.Secara langsungnya peruntukan ini telah memberi

kuasa kepada kerajaan persekutuan mengawal kerajaan tempatan y.ang se belum ini di

kawal oleh kerajaan negeri. Rombakan ini telah mengubah peranan kerajaan tempatan

Sebelum rombakan kerajaan tempatan di anggap sebagai saluran dalam amalan

demokrasi selain daripada parlimen dan dewan undangan.Tetapi,selepas di rombak,

peranannya diubah kepada saluran untuk mempercepatkan dan menggalakkan

pembangunan.

7

Yap Hui hsien-G75859

Page 8: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Kerajaan tempatan merupakan satu agensi kerajaan yang sangat penting di negara

Malaysia kerana umumnya ia adalah peringkat kerajaan yang paling dekat dengan

rakyat.

Kerajaan tempatan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan

mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan yang di duduki oleh mereka.Pada

asasnya mereka yang menetap di tempat itu sendiri harus mengurus perkara yang

bersangkut paut dengan hal tempatan.Peranan ini dapat di perhatikan menerusi tugas dan

tanggungjawab pihak berkuasa tempatan terhadap perancangan bandar ,kerja-kerja

raya,kemudahan-kemudahan awam,kesihatan awam,perumahan dan perkhidmatan untuk

penduduk tempatan.

Peruntukan undang-undang

Perlembagaan persekutuan Malaysia meletakkan pentadbiran kerajaan tempatan kepada

kerajaan negeri.Tetapi pindaan perlembagaan pada tahun 1960 memperuntukan

penubuhan se buah jawatan kuasa perunding yang di panggil Majlis Negara bagi kerajaan

tempatan.Ke ahliannya terdiri daripada seorang menteri persekutuan atau pengerusi,wakil

kerajaan rakyat dan wakil-wakil kerajaan Persekutuan.Justerunya ini memberi kerajaan

Persekutuan pengaruh yang besar ke atas kerajaan tempatan.

Akta Parlimen

Beberapa akta Parlimen juga di gubal untuk mengawasi operasi kerajaan tempatan di

Malaysia.Akta kerajaan tempatan 1976(akta 171) merupakan akta paling terpengaruh

kerana ia menggariskan bentuk,struktur organisasi,tugas dan tanggungjawab kerajaan

tempatan se cara menyeluruh.Akta prerancangan Bandar dan desa 19769Akta 172) juga

digubal untuk mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan.

8

Yap hui Hsien-G75859

Page 9: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Pembentukan Desa di Indonesia

Desa di Indonesia di bentuk atas daya usaha masyarakat dengan memperhatikan keadaan

sosial budaya masyarakat setempat dan asal usul desa.Pembentukan desa boleh berlaku

dengan beberapa cara. Misalnya,pergabungan beberapa desa,pemecahan satu desa

menjadi dua desa atau lebih atau pembentukan desa di luar desa yang ada.

Desa boleh diubah dan di sesuaikan statusnya menjadi keluharan berdasarkan inisiatif

Pemerintah desa bersama denganBadan Musyawarah Desa(BPD) dengan memperhatikan

pendapat dan cadangan masyarakat se tempat.Desa yang mengubah status ini

kekayaannya merupakan kekayaan daerah dan dikelolakan oleh kelurahan tersebut untuk

kepentingan masyarakat setempat.

Ketua desa adalah Kepala desa dan tempoh jawatannya selama 6 tahundan boleh

dilanjutkan untuk satu penggal.Jawatan Kepala desa juga di panggil Wali Nagari di

Sumatera barat,pambakal di Kalimantan Selatan dan Hukum Tua di Sulawesi

Utara.Kepala Desa di jawat oleh sesiapa yang memenuhi syarat (biasanya berbeza antara

satu desa dengan yang lain) dan di pilih oleh penduduk desa setempat melalui pilihanraya

Kepala desa.

Desa memiliki pemerintahannya sendiri yang terdiri daripada pemerintahan desa dan

Badabn Musyawarah desa.(BPD) . Badan Permusyawaran desa merupakan lembaga

perwujudan demokrasi dalam penyelenggaran pemerintah desa.Anggota BPD adalah

wakil para penduduk desa berkenaan.Mereka ialah Ketua Rukun Warga,pemangku

adat,golongan profesional,pemimpin agama dan pemimpin masyarakat yang lain.Ketua

dan anggota BPD tidak boleh menjadi Kepala Desa atau pegawai perkhidmatan Awam

desa.Fungsi BPD ialah untuk menetapkan Peraturan Desa bersama dengan Kepala desa

untuk menyalurkan aspirasi masyarakat.Tempoh jawata anggota BPD iaiah 6 tahun dan

boleh dilantik kembali untuk satu penggal tambahan.

9

Yap hui Hsien-G75859

Page 10: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Lembaga Kemasyarakatan

Lembaga kemasyarakatan dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan

pihak pemerintah desa dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat.Ia ditetapkan

melalui Peraturan desa dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi

masyarakat dalam bidang pembangunan.Ia mempunyai hubungan kerja dengan

pemerintah desa yang bersifat perkongsian,perundingan dan penyelaras.

Konsep-konsep kerajaan tempatan

Konsep disentralisasi kuasa memberikan kuasa terhadap pihak-pihak yang mentadbir

kawasan-kawasan dalam daerah. Desentralisasi merupakan pertukaran pembuatan

keputusan daripada kerajaan pusat kepada organisasi di peringkat tempatan.

Desentralisasi dikelaskan dalam 2 kelas yang sering di gunakan:

1) devolution

2) deconcentration

1) Devolution- Di Malaysia kerajaan tempatan mengamal pentadbiran devolution

dan pentadbiran daerah pula bercorak deconcentration.Fungsi devolution adalah

untuk menggalakkan lebih banyak rakyat mengambil bahagian pengurusan

tugas-tugas kerajaan kepada badan berkuasa tempatan.Maka pergantungan

terhadap kerajaan pusat dalam hal ehwal tempatan dapat di atasi.

2) Deconcentration-Ini adalah pecahan tumpuan tanggungjawab dan kuasa oleh

Kerajaan Pusat terhadap unit-unit tempatan dan kawasan yang mewakili

kementerian.Di Malaysia kerajaan tempatan tertakluk kepada kerajaan Negeri

dimana kerajaan Negeri pula tertakluk kepada kerajaan Pusat. Segala kesulitan

dan masalah di peringkat tempatan akan di bawa ke peringkat negeri .Jika masalh

tersebut tidak dapat menyelesaikannya ia akan di bawa ke peringkat pusat.

10

Yap Hui hsien-G75859

Page 11: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Tugas dan Fungsi kerajaan tempatan di Malaysia

Kerajaan tempatan di Malaysia telah diberi kuasa yang luas di bawah Akta kerajaaan

tempatan 1976.Peranan dan fungsinya meliputi tugas-tugas wajib seperti pengumpulan

sampah,penyengharaan lampu-lampu jalan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan

kesihatan awam.Fungsi budinya pula termasuklah peranan pembangunan seperti

menyediakan kemudahan-kemudahan awam,taman –taman rekreasi,perumahan dan juga

kegiatan-kegiatan perdagangan.Selain itu, ia juga mempunyai kuasa keatas;-

Kuasa perancang tempatan

Kuasa mengeluarkan lesen

Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu

. Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan

Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar

Mengurus dan mengawal lalulintas

Merancang dan menyediakan kemudahan –kemudahan awam

Penyenggaran dan penambahbaikan kawasan persekitaran

Perkhidmatan seperti pembersihan,pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal

Perparitan dan pembetungan yang sempurna

Program-program mengindahkan kawasan

Perkhidmatan rumah penyembelihan,perkhidmatan veterinar,pengangkutan

Kawasan-kawasan pengebumian dan juga tempat membekar mayat.

Menyediakan kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak,klinik-klinik

Menyenggarakan air-air pancut dan pencahayaan jalan-jalan awam.

11

Yap Hui Hsien-G75859

Page 12: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

Fungsi desa di Indonesia

Bidang kuasa desa adalah seperti berikut;-

Menyenggarakan urusan pemerintahan

Menyelenggarakan urusan pemerintahan yang menjadi bidang kuasa

kabupaten/kota yang diserahkan kepada desa.iaitu urusan langsung untuk

meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Membantu pemerintah provinsi serta pemerintah kabupaten/kota dalam tugas

masing-masing

Urusan pemerintahan yang lain yang diserahkan kepada desa.

Kesimpulannya;

Kerajaan tempatan di Malaysia berfungsi untuk memberi segala perkhidmatan yang

melibatkan urusan harian rakyat dan kuasa kerajaan tempatan di kawal oleh kerajaan

Persekutuan melalui Kementerian Perumahan manakala desa di Indonesia desa

menguruskan kepentingan masyarakat setempat berdasarkan asal usul dan istiadat

setempat yang di akui dan di hormati.Desa di Indonesia menjalankan pemerintahan

sendiri dan juga mempunyai kuasa untuk menetapkan Peraturan desa.

12

Page 13: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

RUJUKAN:

Http;//ms.wikipedia.org/wiki/desa_(Indonesia)

http;//ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia

http;//shaifuklbahri.blogspot.com/2006/06/dilema-pbt-ikut-arahan-pusat-atau.html

Ahmad Martadha Mohamed,Mohd. Nazri Baharom,Muhamad Ali Embi,Ruslan Zainuddin,Saadon Awang(2006),Asas PentadbiranAwam.Universiti Utara Malaysia Sintok.Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Abdul Aziz,1992,Jentera Pentadbiran Kerajaan di Malaysia: Satu pengenalan.Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Atory Hussain,1986,Pengantar Pentadbiran Awam.Kuala lumpur:Utusan publications & Distributorrs Sdn Bhd

http ;//wapedia.mobi/ms/Kepala Desa

13

Page 14: Bandingkan pentadbiran kerajaan tempatan di dua buah negara yang anda pilih

PENGENALAN

PERBANDINGAN DI ANTARA KERAJAAN TEMPATAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA

HEIRARKI SEJARAH PERKEMBANGAN KONSEP-KONSEP KERAJAAN TEMPATAN TUGAS DAN FUNGSI

KESIMPULAN

1