bahasa-no 56-hi

11
| 1 Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 23February 2015, Issue no 56 20 RIBU BUAH RUMAH DI AL-QUDS MASUK DALAM SENARAI AKAN DIROBOHKAN Isu minggu ini : Ziyad Al-Hamuri, Pengarah Pusat Hak-Hak Kemasyarakatan Dan Ekonomi Al-Quds berkata, lebih dari- pada 20 ribu rumah milik keluarga-keluarga Arab Palestin kini siap untuk dirobohkan mengikut akta un- dang-undang zionis atas dakwaan dibina tanpa permit. Beliau menambah, sesungguhnya permintaan Israel (jika mereka ingin mendapatkan permit) sangatlah melampau dan tidak masuk akal, kerana mereka harus menunggu selama 5 hingga 8 tahun dan membayar harga 30 hingga 50 ribu dolar untuk satu-satu permit. Jentolak milik perbandaran Israel pada hari Selasa (17/2) telah merobohkan dinding rumah milik seorang penduduk “Muhammad Abu Al-Hawa” di kejiranan Bukit Zaitun di At-Tur, Kota Lama Jurusalem atas dakwaan tiada permit dan dibina dalam sempadan mereka. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Pusat Berita Palestin bertarikh 17/2/2015 PERUNTUKAN 300 JUTA SYIKAL UN- TUK MENGYAHUDIKAN AL-QUDS PIHAK BERKUASA ISRAEL MENGGALI BAWAH TANAH KAWASAN AL-BURAQ PENDATANG-PENDATANG ISRA- EL AKAN MEMBENTUK PASUKAN MILITAN DI RA’S AL-A’MUD KEMENTERIAN LUAR MENGUTUK SERANGAN YANG DILANCARKAN OLEH ISRAEL KE ATAS AL-QUDS DAN TEMPAT-TEMPAT SUCINYA AMARAN PENGAMBILAN SE- CARA HARAM KAWASAN DI SEKI- TAR AL-QUDS UNTUK TUJUAN PERLUASAN KAWASAN KEPEN- DUDUKAN PENERBITAN BAHAGIAN KEDUA DARI BUKU BIBLIOGRAFI AL-QUDS UCAPAN TAHNIAH ATAS PEMBU- KAAN IBU PEJABAT BARU DAN PERANCANGAN UNTUK MENJA- LINKAN KERJASAMA PADA MASA AKAN DATANG 100 ORANG KANAK-KANAK DARI GAZA MENYERTAI LAWATAN SE- JARAH KE KOTA AL-QUDS INFOGRAPH P10

Upload: gabemzaman

Post on 17-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BAHASA-NO 56-HI

TRANSCRIPT

  • | 1Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

    | 1Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly News

    23February 2015, Issue no 56

    20 RIBU BUAH RUMAH DI AL-QUDS MASUK DALAM SENARAI AKAN DIROBOHKAN Isu minggu ini :

    Ziyad Al-Hamuri, Pengarah Pusat Hak-Hak Kemasyarakatan Dan Ekonomi Al-Quds berkata, lebih dari-pada 20 ribu rumah milik keluarga-keluarga Arab Palestin kini siap untuk dirobohkan mengikut akta un-dang-undang zionis atas dakwaan dibina tanpa permit. Beliau menambah, sesungguhnya permintaan Israel (jika mereka ingin mendapatkan permit) sangatlah melampau dan tidak masuk akal, kerana mereka harus menunggu selama 5 hingga 8 tahun dan membayar harga 30 hingga 50 ribu dolar untuk satu-satu permit.

    Jentolak milik perbandaran Israel pada hari Selasa (17/2) telah merobohkan dinding rumah milik seorang penduduk Muhammad Abu Al-Hawa di kejiranan Bukit Zaitun di At-Tur, Kota Lama Jurusalem atas dakwaan tiada permit dan dibina dalam sempadan mereka.

    Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin Wafa + Pusat Berita Palestin bertarikh 17/2/2015

    PERUNTUKAN 300 JUTA SYIKAL UN-TUK MENGYAHUDIKAN AL-QUDS

    PIHAK BERKUASA ISRAEL MENGGALI BAWAH TANAH KAWASAN AL-BURAQ

    PENDATANG-PENDATANG ISRA-EL AKAN MEMBENTUK PASUKAN MILITAN DI RAS AL-AMUD

    KEMENTERIAN LUAR MENGUTUK SERANGAN YANG DILANCARKAN OLEH ISRAEL KE ATAS AL-QUDS DAN TEMPAT-TEMPAT SUCINYA

    AMARAN PENGAMBILAN SE-CARA HARAM KAWASAN DI SEKI-TAR AL-QUDS UNTUK TUJUAN PERLUASAN KAWASAN KEPEN-DUDUKAN

    PENERBITAN BAHAGIAN KEDUA DARI BUKU BIBLIOGRAFI AL-QUDS

    UCAPAN TAHNIAH ATAS PEMBU-KAAN IBU PEJABAT BARU DAN PERANCANGAN UNTUK MENJA-LINKAN KERJASAMA PADA MASA AKAN DATANG

    100 ORANG KANAK-KANAK DARI GAZA MENYERTAI LAWATAN SE-JARAH KE KOTA AL-QUDS

    INFOGRAPH P10

  • 2 | Issue No 56 // 23 February , 2015

    Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

    WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly News

    PERUNTUKAN 300 JUTA SYIKAL UNTUK MENGYAHUDIKAN AL-QUDS

    Menteri Perbandaran Israel Nir Barkat mengumumkan bahawa kerajaan Israel telah memperuntukkan 300 juta syikal untuk melaksanakan perancangan-perancangan mereka di Al-Quds. 100 juta daripadanya adalah untuk hal ehwal ke-selamatan sepanjang tempoh 5 tahun akan datang seperti menambah bilangan polis dan pengawal sempadan, dan 200 juta lagi adalah untuk pembinaan infrastruktur.

    Barakat menegaskan antara keutamaan mereka juga adalah untuk menukar sukatan kurikulum sekolah-sekolah Pal-estin, kerana mereka mendakwa bahawa kurikulum mereka lebih bagus dan moden, dan bertepatan dengan apa yang disifatkan oleh negara yahudi. Tambahnya, Sesungguhnya kami telah pun meluluskan 350 juta syikal untuk menaik-taraf aspek pelancongan dan kebudayaan di Al-Quds yang berasaskan identiti Yahudi.

  • | 3Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

    PIHAK BERKUASA ISRAEL MENGGALI BAWAH TANAH KAWASAN AL-BURAQ

    Pertubuhan Al-Quds Untuk Wakaf Dan Warisan, pada hari Ahad (15/2) berkata bahawa kerajaan Israel dan anggota-anggota pelaksananya yang diwakili oleh kumpulan yang dinamakan Dana Peti Warisan mengu-mumkan keinginan mereka membina sebuah bilik kawalan pusat bagi mengawal jana kuasa elektrik khas un-tuk Rumah Htraws di bawah tanah berdekatan dengan jambatan Umm Al-Banat di bahagian utara Masjid Al-Aqsa.Beliau menjelaskan yang pembinaan itu selaras dengan pelan-pelan perancangan mereka. Bilik itu akan dibina di ruang kosong bawah tanah yang telah pun dikosongkan dengan beberapa operasi penggalian. Pertubuhan itu juga berkata bahawa penggalian itu telah bermula sejak beberapa minggu akhir-akhir ini. Operasi itu termasuklah proses membuang tanah-tanah dan batu-batu di tempat itu yang pada asalnya merupakan kesan tinggalan sebuah bangunan di kejiranan Mugharabah yang mempunyai nilai-nilai sejarah Islam.

    Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 15/2/2015

  • 4 | Issue No 56 // 23 February , 2015

    Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

    WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly News

    PENDATANG-PENDATANG ISRAEL AKAN MEMBENTUK PASUKAN MILITAN DI RAS AL-AMUD

    Sumber Israel pada hari Jumaat (13/2) berkata bahawasanya pendatang-pendatang Israel di Ras Al-Amud di Al-Quds memutuskan untuk membentuk sebuah pasukan militan terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat di dalam tentera Israel dan membekalkan mereka dengan senjata, topi keledar, baju kalis peluru dan kelengkapan-kelengkapan lain untuk menghadapi pelontar-pelontar batu dan bom-bom petrol di kawasan kependudukan Maaleh Zeitim. Antara tindakan yang akan dijalankan oleh kumpulan ini adalah menghalang pelontar-pelontar batu dan bom tangan dan menyerahkan mereka kepada pihak polis. Ini sekaligus menunjukkan bahawa kewujudan mereka bukanlah di bawah pengawasan atau arahan pihak polis Israel.Arieh King, seorang pendatang di Maaleh Zeitim yang juga merupakan anggota Majlis Perbandaran di Al-Quds berkata bahawa sejak akhir-akhir ini penduduk di kawasan itu menjadi tumpuan serangan batu dan bom petrol, malah rumahnya sendiri turut dilempar dengan benda-benda itu sepanjang minggu lalu.

    Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 14/2/2015

  • | 5Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

    KEMENTERIAN LUAR MENGUTUK SERANGAN YANG DILANCARKAN OLEH ISRAEL KE ATAS

    AL-QUDS DAN TEMPAT-TEMPAT SUCINYA

    Kementerian Luar Palestin pada hari Rabu (11/2) mengutuk serangan teruk yang dilancarkan oleh kera-jaan Israel ke atas Timur Al-Quds dan tempat-tempat suci Islam dan Kristian di situ, begitu juga dengan agenda pengyahudian Al-Quds yang sedang dilakukan. Pada awalnya, dimulai dengan serangan pelam-pau-pelampau yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa dengan kerjasama dari pihak polis dan tentera-tentera mer-eka. Kementerian luar juga memberi amaran akan kesan-kesan perlakuan tidak beradab pihak berkuasa Israel itu,dan dalam masa yang sama mengecam pendekatan berdiam diri yang diambil oleh masayara-kat antarabangsa dan juga Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap jenayah ini yang berlaku hampir setiap hari di Palestin dan ibu negaranya. Kementerian juga menggesa masyarakat antarabangsa, kuartet antarabangsa dan Majlis Keselamatan untuk mengenakan hukuman ke atas Israel dan mengh-entikan agenda kerosakan mereka dengan kadar segera yang mana mereka menyerang negara Palestin, dan mengyahudikan tempat yang dinamakan C. Seterusnya menyiasat pemimpin-pemimpin Israel yang bertanggungjawab memutuskan dan melaksanakan agenda pelanggaran secara terang-terangan ini.

    Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin Wafa bertarikh 11/2/2015

  • 6 | Issue No 56 // 23 February , 2015

    Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

    WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly News

    Pemimpin Majlis Tempatan Abu Dis, Adil Solah memberi amaran akan bahaya pelaksanaan berterusan pelan-pelan kependudukan Israel di Al-Quds, yang akan menambah luaskan kawasan-kawasan jajahan mereka lebih-lebih lagi di sekitar Al-Quds. Beliau pada hari Rabu (11/2), turut menambah bahawa pi-hak Israel akan sentiasa meningkatkan kadar operasi mereka untuk menguasai tanah-tanah Palestin di kawasan-kawasan seperti Abu Dis, Betania, Sawahrah, Anata, kampung-kampung dan bandar-bandar sekitar Al-Quds.

    Katanya lagi, pelan-pelan israel sejak akhir-akhir ini adalah untuk memaksa arab-arab badwi supaya ke-luar dari kawasan mereka di sekeliling Al-Quds itu dan berkumpul di satu tempat di bahagian timur Abu Dis. Ini merupakan permulaan kepada agenda mereka yang ingin mengambil puluhan ribu ekar tanah lagi untuk meluaskan kawasan kependudukan dan pembinaan bangunan mereka termasuklah projek E1 dan 20-20 yang bertujuan mencapai sasaran dalam pelan yang dinamakan The Greater Jurusalem.

    Beliau menjelaskan yang kawasan Abu Dis pada asalnya memiliki hampir 35000 ekar tanah, tapi telah diambil oleh Israel dengan perintah tentera sebanyak 30000 ekar di bahagian timur dan didirikan tembok pemisah di antaranya dengan barat. Jadi berbaki 4380 ekar yang dibenarkan untuk dibina rumah-rumah disitu, dengan bilangan penduduk yang mencecah 18000 orang, ditambah dengan pelajar Universiti Al-Quds seramai 13000 orang, dan kini pihak Israel merancang untuk meletakkan 10000 arab badwi tadi juga di kawasan itu.

    Sumber: Sumber Berita Palestin Bertarikh 11/2/2015

    AMARAN PENGAMBILAN SECARA HARAM KAWASAN DI SEKITAR AL-QUDS UNTUK TUJUAN

    PERLUASAN KAWASAN KEPENDUDUKAN

  • | 7Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

    Pertubuhan Islam Untuk Pendidikan, Ilmu Pengetahuan Dan Kebudayaan (ISESCO) dengan kerjasama Jawatankuasa Diraja untuk Hal Ehwal Jurusalem di Jordan menerbitkan bahagian kedua dari buku Bib-liogra Al-Quds dalam 2 jilid. Jilid pertama mengandungi nama 1585 orang pengarang dan yang kedua pula mengandungi 947 nama lagi.

    Buku ini secara keseluruhannya memiliki 3 bahagian, yang pertama menyimpan nama semua buku-buku dan rujukan-rujukan yang terdapat di perpustakaan- perpustakaan dan universiti- universiti di Palestin dan Jordan. Bahagian kedua pula mengkhususkan buku-buku dan rujukan-rujukan yang terdapat di per-pustakaan dan universiti-universiti di semua negara-negara Arab dan Islam, manakala bahagian ketiga khusus untuk kitab-kitab dan rujukan-rujukan yang berada di perpustakaan dan universiti-universiti di negara-negara asing di luar kerajaan Arab dan Islam.

    Seperti yang kita tahu, buku ini merupakan sebuah projek akademik dan tamadun yang bertujuan men-gira dan mengumpul semua maklumat-maklumat berkaitan buku-buku, pengarang-pengarang, rujukan-rujukan yang berbagai jenis tetapi mempunyai kaitan dengan isu-isu Al-Quds samada dari sudut politik, sejarah, masyarakat, dan agama yang berada dalam perpustakaan dan universiti di seluruh dunia.

    Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 12/2/2015

    PENERBITAN BAHAGIAN KEDUA DARI BUKU BIBLIOGRAFI AL-QUDS

  • 8 | Issue No 56 // 23 February , 2015

    Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

    WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly News

    Pada hari ini, delegasi dari Yayas-an Al-Quds Malaysia yang di-wakili oleh pengarahnya Muham-mad Syarif Amin Abu Shamalah bersama beberapa orang ahli pen-gurusannya telah bertemu dengan pengarah pertubuhan My Care, Dr Hadzi Mohd Noor dan be-berapa orang pengurus pertubu-han-pertubuhan yang bernaung di bawahnya. Pertemuan itu telah diadakan di ibu pejabat baru My Care di Selangor. Antara agenda pertemuan itu adalah penyerahan plak kepada Dr Hadzi beserta ucapan tahniah atas pembukaan ibu pejabat baru mereka dan an-ugerah yang diterima olehnya pada sambutan maulidurrasul baru-baru ini. Abu Shamalah juga menyampaikan plak dari Yayasan Al-Quds Antarabangsa yang berpusat di Beirut kepada Dr Hadzi yang memainkan peranan penting terha-dap isu Palestin terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Pertemuan itu juga turut membincangkan tentang beberapa perkara dan isu yang akhirnya mencapai kata sepakat untuk meneruskan lagi pertemuan-pertemuan seperti ini dalam usaha kerjasama bagi beberapa program di masa akan datang. Turut dibahaskan adalah pencapaian dan keberkesanan kempen Selamat-kan Al-Quds. Dr Tengku Syahidan mewakili pertubuhan My Care telah membentangkan gerak kerja pertubuhan mereka dari sudut tujuan, keutamaan, beberapa projek mereka dan perancangan-perancangan akan datang.

    Delegasi kedua-dua pertubuhan juga berbincang mengenai cara-cara untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang turut terlibat dalam bantuan kemanusiaan, dan cara-cara untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia yang muslim dan non-muslim tentang isu sebenar yang berlaku di Al-Quds iaitu isu kenegaraan dan keadilan,percubaan Israel untuk merampas Al-Quds, percubaan mengyahudikan Masjid Al-Aqsa dan membahagi-bahagikannya di antara rakyat Palestin dan Israel, seterusnya menunjukkan kepada rakyat apakah usaha dan cara yang betul yang boleh mereka lakukan untuk membantu pembebasan palestin.

    Antara yang bergabung dengan My Care akhir-akhir ini adalah pertubuhan Aqsa Syarif, pertubuhan i4syria, pertubuhan rose2rose, pertubuhan PACE, pertubuhan NICE, dan pertubuhan Salam Iraq yang bersatu dalam usaha menjalankan perancangan-perancangan yang telah disusun.

    Sumber: QFM

    UCAPAN TAHNIAH ATAS PEMBUKAAN IBU PEJABAT BARU DAN PERANCANGAN UNTUK MENJALINKAN

    KERJASAMA PADA MASA AKAN DATANG

  • | 9Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

    Pada hari Selasa (17/2), seramai 100 orang kanak-kanak dari Gaza, telah bergerak menuju ke Kota Al-Quds dalam lawatan sejarah ke kota itu. Lawatan itu merupakan kejayaan yang bertitik tolak dari kempen Saya Mahu Hak Saya Untuk Bersolat Di Al-Quds. Penyelaras program lawatan Raed Musa berkata, sesungguhnya lawatan ini merupakan yang pertama seumpamanya sejak hampir 2 dekad. Ia merupakan kejayaan atas usaha gigih mereka sepanjang 2 tahun bagi merebut peluang untuk sampai ke bahagian lain negara mereka. Tambahnya lagi, Perdana Menteri Mahmud Abbas merupakan penyokong kuat usaha ini untuk merebut peluang menziarahi Al-Quds dan dia juga merupakan orang penting dalam memudahkan urusan ziarah kanak-kanak ini ke sana. Musa juga berkata bahawa kanak-kanak ini akan berada di sana selama 3 hari untuk mengenali tempat-tempat pelancongan, agama, dan sejarah yang selama ini hanya dapat dilihat melalui kaca televisyen sahaja.

    Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin Wafa Bertarikh 17/2/2015

    100 ORANG KANAK-KANAK DARI GAZA MENYERTAI LAWATAN SEJARAH KE KOTA AL-QUDS

  • 10 | Issue No 56 // 23 February , 2015

    Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

    WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly News

  • | 11Issue No 56 // 23 February , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

    Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News