bahasa malaysia di persada dunia syarahan raja · pdf filepada tahun 1999 untuk membina ... an...

1
BAHASA MALAYSIA DI PERSADA DUNIA K eunikan bahasa Melayu ter- gambar dalam pemilihan kata yang diungkap. Kein- dahan dan keistimewaan bahasa Melayu mendapat pengaruh dari- pada adat resam orang Melayu turun-temurun yang mengajar ca- ra bertutur atau berbicara dengan baik untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan, saran, kritikan dan sebagainya. Lembut lidahnya lagi menyejuk- kan hati apabila bertutur, manis katanya, ramah-tamah penuh tulus ikhlas dilahirkan melalui ungkapan yang memberi petun- juk bahawa percakapan yang elok dan baik hendaklah dilakukan de- ngan arif dan bijaksana mengikut adat dan budaya tempatan. "Apa tanda Melayu yang bijak, berfikir dahulu sebelum bertindak, Apa tanda Melayu beradab, berfikir dahulu sebelum bercakap, Apa tanda Melayu bertuah, berfikir dahulu sebelum bermadah, Apa tanda Melayu berakal, berfikir dahulu sebelum berbual". Segala peringatan dan tunjuk ajar yang terkandung dalam ung- kapan di atas menunjukkan beta- pa orang Melayu arif dan teliti dalam menyampaikan pendapat dan fikirannya sebagai cerminan keperibadian Melayu yang islam lagi terpuji yang menjadi anutan. Demikian antara Syarahan Raja Ali Haji 2008 yang disam- paikan oleh mantan Ketua Umum Lembaga Adat Riau, Indonesia, Dr. Tenas Effendy di Dewan Seminar, Menara Dewan Bahasa dan Pus- taka, Kuala Lumpur pada 10 Ok- tober yang lalu. Tokoh budaya- wan dan penulis terkenal ini yang juga karyawan tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya membicarakan syarahan berjudul "Kearifan Orang Melayu Berbahasa". Anak kelahiran Dusun Tanjung Malim, Desa Kuala Panduk, Pelalawan, Indonesia, menekankan bahawa ajaran ber- bahasa ini mencerminkan budi pekerti mulia dan penuh ke- santunan orang Melayu sehing- ga timbulnya "pantang larang" dalam berbahasa, iaitu melarang menggunakan bahasa yang tidak sopan yang mungkin menying- gung perasaan, membuka aib malah menjatuhkan maruah sese- orang. Orang Melayu yang meng- gunakan bahasa yang "kasar langgar" turut mendapat sindiran seperti dalam ungkapan: "Siapa bercakap kasar langgar, malangnya banyak celakanya besar" "Siapa berkata kasar langgar, budinya rendah imannya longgar". Justeru, keunikan bahasa Melayu dalam mengungkapkan teguran membuktikan begitu arifnya orang Melayu berbahasa. Pantun dan syair yang disusun begitu cermat dengan makna secara tersurat dan tersirat, memperlihatkan kearifan orang Melayu berbahasa, seperti dalam contoh syair di bawah: "Wahai ananda dengarlah petua Hidup di dunia berpada-pada Luruskan niat lapangkan dada Supaya menjauh bala bencana" "Wahai saudara elokkan laku Hidup bersama bantu membantu Hilangkan sifat iri cemburu Supaya hidup tidak berseteru" Syarahan anjuran Persatuan Linguistik Melayu (PLM) de- ngan kerjasama DBP sejak tahun 1991 ini meneruskan perjuangan cendekiawan Melayu silam, tokoh agama dan budaya, Raja Ali Haji atas sumbangannya dalam bidang bahasa, persuratan dan sejarah Melayu. Beliau dianggap pencatat sejarah Nusantara yang pertama kerana ketokohannya itu. Seramai kira-kira 300 orang peserta hadir dalam syarahan tersebut termasuk Presiden PLM, Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, Ketua Bahagian Pe- ngembangan Bahasa Melayu, Rusli Abd. Ghani, aktivis dan bu- dayawan negara. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 22 Oktober 2008 Syarahan Raja Ali Haji BH PILIH L12 22 emel B ulan Bahasa dan Sastera Ne- gara (BBSN) diperkenalkan pada tahun 1999 untuk membina jati diri dan memperteguh per- paduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Peranan baha- sa kebangsaan sebagai salah satu asas pembinaan tamadun negara- bangsa Malaysia diharap masih lagi relevan dengan era global dan pemodenan yang diharungi kini. Justeru, bahasa dan sastera dapat menjadi wadah bagi masyarakat membentuk peribadi dan menyu- burkan nilai murni, kepunyaan dan perpaduan ke dalam jiwa setiap warganegara. Pelbagai aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan dijalankan dalam BBSN. Bulan September setiap tahun ditetapkan sebagai bulan BBSN dan majlis pelancar- annya dijalankan di negeri yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Induk. Program BBSN ini ialah hasil gabungan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), Gerakan Cintailah Bahasa Ke- bangsaan (GCBK), Gerakan Ba- hasa Kebangsaan Sektor Swasta (GKSS) dan Minggu Sastera Negara (MSN). Pada tahun ini yang merupakan tahun ke-10 BBSN, sebanyak 72 aktiviti keba- hasaan dan kesusasteraan diran- cang dan dilaksanakan oleh pel- bagai pihak di seluruh negara. Objektif BBSN antaranya untuk mempersegar semangat kecinta- an masyarakat terhadap bahasa Melayu dan memperkukuh kem- bali keyakinan mereka terhadap keupayaan dan potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa komu- nikasi sosial dan perpaduan, serta bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi. Gerakan BBSN ini juga merupakan satu pengisian, penjiwaan dan penghayatan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Kini, BBSN telah diangkat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai program teras pertama dalam Pelan Induk Pem- bangunan Pendidikan (PIPP): Membina Negara Bangsa. Selain itu, BBSN juga menyer- lahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pem- binaan tamadun bangsa dan negara. Sebagai gerakan yang bertaraf nasional, BBSN mempu- nyai falsafah tersendiri di sebalik logo yang dicipta berwarna-warni. Logo BBSN tersebut mengungkap- kan simbolik:- Jalur Gemilang melambang- kan perpaduan rakyat yang ber- teraskan bahasa dan sastera Me- layu. Buku Terbuka menjadi simbol penyebaran bahasa dan sastera secara meluas. Cakera Padat melambangkan teknologi alat baru sebagai waha- na penyebarluasan maklumat ba- hasa dan sastera. Pena melambangkan ketaja- man penulisan dan sebagai alat menyampaikan ilmu. Merah melambangkan perpa- duan rakyat yang berteraskan ba- hasa dan sastera Melayu. Biru Nila melambangkan se- maraknya aktiviti bahasa dan sastera negara. Biru Sian melambangkan war- na korporat Dewan Bahasa dan Pustaka. Bulan Bahasa dan Sastera Negara TAHUKAH ANDA Oleh Aliah Abdul Rahim DR. TENAS Effendy (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama aktivis dan karyawan negara. YBHG Dr. Tenas Effendy. KETUA Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP, menyampaikan cenderamata kepada Tokoh Pembicara.

Upload: phungtu

Post on 01-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MALAYSIA DI PERSADA DUNIA Syarahan Raja · PDF filepada tahun 1999 untuk membina ... an masyarakat terhadap bahasa Melayu dan memperkukuh kem- ... Membina Negara Bangsa. Selain

BAHASA MALAYSIA DI PERSADA DUNIA

Keunikan bahasa Melayu ter-gambar dalam pemilihan kata yang diungkap. Kein-

dahan dan keistimewaan bahasa Melayu mendapat pengaruh dari-pada adat resam orang Melayu turun-temurun yang mengajar ca-ra bertutur atau berbicara dengan baik untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan, saran, kritikan dan sebagainya.

Lembut lidahnya lagi menyejuk-kan hati apabila bertutur, manis katanya, ramah-tamah penuh

tulus ikhlas dilahirkan melalui ungkapan yang memberi petun-juk bahawa percakapan yang elok dan baik hendaklah dilakukan de-ngan arif dan bijaksana mengikut adat dan budaya tempatan.

"ApatandaMelayuyangbijak, berfikirdahulusebelum

bertindak, ApatandaMelayuberadab, berfikirdahulusebelum bercakap, ApatandaMelayubertuah, berfikirdahulusebelum bermadah, ApatandaMelayuberakal,

berfikirdahulusebelum berbual".

Segala peringatan dan tunjuk ajar yang terkandung dalam ung-kapan di atas menunjukkan beta-pa orang Melayu arif dan teliti dalam menyampaikan pendapat dan fikirannya sebagai cerminan keperibadian Melayu yang islam lagi terpuji yang menjadi anutan.

Demikian antara Syarahan Raja Ali Haji 2008 yang disam-paikan oleh mantan Ketua Umum Lembaga Adat Riau, Indonesia, Dr. Tenas Effendy di Dewan Seminar, Menara Dewan Bahasa dan Pus-taka, Kuala Lumpur pada 10 Ok-tober yang lalu. Tokoh budaya-wan dan penulis terkenal ini yang juga karyawan tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya membicarakan syarahan berjudul "Kearifan Orang Melayu Berbahasa".

Anak kelahiran Dusun Tanjung Malim, Desa Kuala Panduk, Pelalawan, Indonesia, menekankan bahawa ajaran ber-bahasa ini mencerminkan budi pekerti mulia dan penuh ke-santunan orang Melayu sehing-ga timbulnya "pantang larang" dalam berbahasa, iaitu melarang menggunakan bahasa yang tidak sopan yang mungkin menying-gung perasaan, membuka aib malah menjatuhkan maruah sese-orang. Orang Melayu yang meng-gunakan bahasa yang "kasar langgar" turut mendapat sindiran seperti dalam ungkapan:

"Siapabercakapkasarlanggar,malangnyabanyakcelakanyabesar""Siapaberkatakasarlanggar,budinyarendahimannyalonggar".

Justeru, keunikan bahasa Melayu dalam mengungkapkan teguran membuktikan begitu arifnya orang Melayu berbahasa. Pantun dan syair yang disusun begitu cermat dengan makna secara tersurat dan tersirat, memperlihatkan kearifan orang Melayu berbahasa, seperti dalam contoh syair di bawah:

"Wahaianandadengarlah petua

Hidupdiduniaberpada-padaLuruskanniatlapangkandadaSupayamenjauhbalabencana"

"WahaisaudaraelokkanlakuHidupbersamabantumembantuHilangkansifatiricemburuSupayahiduptidakberseteru"

Syarahan anjuran Persatuan Linguistik Melayu (PLM) de-ngan kerjasama DBP sejak tahun 1991 ini meneruskan perjuangan cendekiawan Melayu silam, tokoh agama dan budaya, Raja Ali Haji atas sumbangannya dalam bidang

bahasa, persuratan dan sejarah Melayu. Beliau dianggap pencatat sejarah Nusantara yang pertama kerana ketokohannya itu.

Seramai kira-kira 300 orang peserta hadir dalam syarahan tersebut termasuk Presiden PLM, Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, Ketua Bahagian Pe-ngembangan Bahasa Melayu, Rusli Abd. Ghani, aktivis dan bu-dayawan negara.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 22 Oktober 2008

Syarahan Raja Ali HajiBH PILIH L12 22 emel

Bulan Bahasa dan Sastera Ne-gara (BBSN) diperkenalkan

pada tahun 1999 untuk membina jati diri dan memperteguh per-paduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera. Peranan baha-sa kebangsaan sebagai salah satu asas pembinaan tamadun negara-bangsa Malaysia diharap masih lagi relevan dengan era global dan pemodenan yang diharungi kini. Justeru, bahasa dan sastera dapat menjadi wadah bagi masyarakat membentuk peribadi dan menyu-burkan nilai murni, kepunyaan dan perpaduan ke dalam jiwa setiap warganegara.

Pelbagai aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan dijalankan dalam BBSN. Bulan September setiap tahun ditetapkan sebagai bulan BBSN dan majlis pelancar-annya dijalankan di negeri yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Induk. Program BBSN ini ialah hasil gabungan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), Gerakan Cintailah Bahasa Ke-bangsaan (GCBK), Gerakan Ba-hasa Kebangsaan Sektor Swasta

(GKSS) dan Minggu Sastera Negara (MSN). Pada tahun ini yang merupakan tahun ke-10 BBSN, sebanyak 72 aktiviti keba-hasaan dan kesusasteraan diran-cang dan dilaksanakan oleh pel-bagai pihak di seluruh negara.

Objektif BBSN antaranya untuk mempersegar semangat kecinta-an masyarakat terhadap bahasa Melayu dan memperkukuh kem-bali keyakinan mereka terhadap keupayaan dan potensi bahasa kebangsaan sebagai bahasa komu-nikasi sosial dan perpaduan, serta bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi. Gerakan BBSN ini juga merupakan satu pengisian, penjiwaan dan penghayatan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Kini, BBSN telah diangkat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai program teras pertama dalam Pelan Induk Pem-bangunan Pendidikan (PIPP): Membina Negara Bangsa.

Selain itu, BBSN juga menyer-lahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pem-

binaan tamadun bangsa dan negara. Sebagai gerakan yang bertaraf nasional, BBSN mempu-nyai falsafah tersendiri di sebalik logo yang dicipta berwarna-warni. Logo BBSN tersebut mengungkap-kan simbolik:-

Jalur Gemilang melambang-kan perpaduan rakyat yang ber-teraskan bahasa dan sastera Me-layu.

Buku Terbuka menjadi simbol penyebaran bahasa dan sastera secara meluas.

Cakera Padat melambangkan teknologi alat baru sebagai waha-na penyebarluasan maklumat ba-hasa dan sastera.

Pena melambangkan ketaja-man penulisan dan sebagai alat menyampaikan ilmu.

Merah melambangkan perpa-duan rakyat yang berteraskan ba-hasa dan sastera Melayu.

Biru Nila melambangkan se-maraknya aktiviti bahasa dan sastera negara.

Biru Sian melambangkan war-na korporat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bulan Bahasa dan Sastera NegaraTAHUKAH ANDA

Oleh Aliah Abdul Rahim

DR. TENAS Effendy (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama aktivis dan karyawan negara.

YBHG Dr. Tenas Effendy.

KETUA Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP, menyampaikancenderamata kepada Tokoh Pembicara.