bahasa melayu di persada dunia pabm menghimpunkan … · pertandingan akhir pidato an-tarabangsa...

1
P eserta cacat penglihatan, Nicholas Charles Parson, daripada Universiti New South Wales, Australia muncul sebagai juara pertandingan bagi kategori antarabangsa Pertandingan akhir Pidato An- tarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Timbalan Perdana Menteri. Pertandingan ini ber- langsung pada 22 Februari yang lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Nicholas atau nama Melayunya Nordin menyampaikan pida- tonya yang berjudul “Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat” dengan baik dan berke- san dalam bahasa Melayu sete- lah mempelajarinya selama dua tahun. Penganjuran PABM buat kali kedua bermatlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa teknolo- gi dunia kian nyata dengan ada- nya pertandingan ini. Keupayaan peserta daripada pelbagai bangsa bermain dengan kata meluahkan idea bergema di dalam Dewan Merdeka membawa harapan ba- hasa Melayu akan terus bergema di persada dunia. Pertandingan ini juga telah menghimpunkan peserta da- ri banyak negara di dunia, antaranya dari Filipina, Viet- nam, Australia, India, Sri Lanka, Korea Selatan, Mesir, Uzbekistan, Belanda, Jerman, Perancis, Romania, Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat PABM turut mempertan- dingkan kategori Nusantara yang dimenangi oleh Farhan Nor Diayana Samsudin, pela- jar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tajuk “Malaysia Mampu Mencapai Taraf Negara Maju”. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A Hassan yang mem- bacakan teks Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyebut, “kerajaan akan meneruskan komitmen untuk memartabatkan bahasa Melayu sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi negara dan usaha ini akan dite- ruskan ke peringkat global mela- lui usaha agresif mengantara- bangsakan bahasa Melayu”. Penubuhan Majlis Antara- bangsa Bahasa Melayu (MABM) pada 21 Ogos tahun 2000 mem- buktikan komitmen kerajaan untuk memperkasakan bahasa Melayu di peringkat antara- bangsa. Semua pencinta dan pejuang bahasa diseru untuk mengubah minda agar tidak lagi hanya memperjuangkan bahasa Melayu di peringkat tempatan, sebaliknya menjadi lebih krea- tif dan inovatif untuk menawan minat bangsa asing menguasai bahasa Melayu. Bahasa Melayu harus relevan dengan perubahan zaman supaya sentiasa berkem- bang dan dinamik. Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu merupakan manifestasi komitmen dan hasrat kerajaan serta rakyat Malaysia melihat bahasa Melayu berkembang subur di persada dunia. Penglibatan lebih 40 buah negara di selu- ruh dunia dalam pertandingan ini jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu juga mempunyai kekuatan untuk mengumpulkan budaya daripada pelbagai bangsa di seluruh dunia. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA PABM Menghimpunkan Budaya Pelbagai Bangsa BH PILIH L12 19 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG P enggiat industri filem dan drama tempatan kini dili- hat semakin ghairah meng- gunakan nama Melayu berbaur Inggeris pada judul filem dan drama terbitan mereka. Usaha penerbit filem Impak Maksima menggunakan bahasa kebangsaan pada judul filem ter- babit seharusnya diberi pujian meskipun terdapat kesilapan pada ejaannya, iaitu “maksima” yang seharusnya dieja “maksi- mum”. “Maksimum” merupakan istilah bahasa Melayu yang di- serap daripada bahasa Inggeris melalui proses penyesuaian ejaan, iaitu hanya huruf “x” ditu- karkan kepada “ks”. Oleh itu, ejaan yang betul ialah “maksi- mum” bukannya “maksima”. Namun, usaha menerbitkan semula filem terbabit ke dalam bentuk drama dengan menambah ungkapan The Series menjadikan judul drama tersebut berbaur antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, iaitu Impak Maksima The Series. Sekiranya bahasa Melayu hendak digu- nakan, ungkapan yang tepat ialah Siri Impak Maksimum atau Impak Maksimum Siri 1. Sementelahan itu, sejak kebe- lakangan ini, penggiat filem tempatan semakin cenderung menambah ungkapan The Movie pada judul filem atau drama ter- bitan mereka. Bermula dengan Senario The Movie (1999), kini lahirnya Gerak Khas The Movie (2001), Anak Mami The Movie (2002), Aku Kaya The Movie (2003), Gerak Khas The Movie II (2002), Gerak Khas The Movie III (2003), Dunia Baru The Movie (2008), dan yang bakal menemui penonton, Senario The Movie: Episode 1. Ungkapan The Movie ini sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu hanya membawa maksud “filem”. Oleh itu, judul filem tersebut tidak lagi perlu ditambah dengan ung- kapan “filem” kerana penggu- naannya akan dianggap lewah. Oleh itu, penggiat filem terbabit seharusnya mengekalkan nama asal filem tersebut tanpa menam- bah ungkapan The Movie supaya judul filem tersebut tidak stereo- taip dengan judul filem lain yang menggunakan ungkapan The Movie, malahan mencerminkan jati diri Malaysia. Penggunaan bahasa asing sepe- nuhnya seperti bahasa Inggeris pada judul filem, iaitu Black Maria dan I Know What You Did Last Raya serta bahasa Latin, iaitu Pesona Non Grata seha- rusnya dielakkan kerana tidak mencerminkan identiti filem Malaysia. Penggiat industri filem pada masa ini seharusnya mencon- tohi penggiat filem yang berjaya menghasilkan filem yang mampu meraih keuntungan berlipat ganda meskipun memilih judul dalam bahasa Melayu seperti Sembilu II dan Jangan Pandang Belakang. Justeru, penggiat filem dan drama tempatan diharap- kan dapat menjadikan filem dan drama terbitan mereka sebagai wadah mengangkat dan mendaulatkan bahasa kebang- saan kita, iaitu bahasa Melayu kerana sejarah membuktikan hanya filem yang mengangkat bahasa dan budaya bangsanya berjaya mendapat pengiktiraf- an di peringkat antarabangsa. Penggiat industri filem negara seharusnya menyedari peranan mereka amat penting dalam merekayasa bahasa Melayu kepa- da masyarakat. Oleh Normala Mohamad Yusof Oleh Rohayu Ismail APA SUDAH JADI? R estoran Rehat dan Rawat Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang cukup terkenal di kalangan penduduk di kawasan tersebut dan penggu- na jalan raya Rompin – Muadzam Shah. Nama restoran itu juga ber- sinonim dengan udang galah, iaitu hasil utama Sungai Rompin, sungai yang banyak udang galah di negeri Pahang. Kawasan restoran bukan sahaja dihiasi dengan replika udang galah, malah papan tanda serta sepanduk yang menguar-uarkan masakan udang galah di restoran tersebut. Antara papan tandanya bertulis, “UDANG ADA MASAK Di SINI”. Sudah pasti pelancong dan pe- ngunjung yang datang ke sini akan memilih masakan udang galah Sungai Rompin yang dikatakan pejal isinya serta enak dimakan. Namun, dalam ke- enakan itu muncul pula kelucuannya. Udang galah yang memasak atau tukang masak yang masak la- uk udang galah? Sungguh menge- jutkan sekali kalau udang galah yang masak atau iklan itu sememangnya dise- ngajakan untuk memikat pelancong. Demikian juga halnya penulisan huruf “i” (Di SINI), penggunaan huruf kecil yang bercampur dengan huruf besar tidak boleh dijadikan sebagai satu gaya penulisan. Oleh itu, sepanduk tersebut sepatutnya ditulis “Masakan Udang Ada di Sini” atau “Masakan Udang Galah Sungai Rompin Ada di Sini”. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah isti- mewa menunggu anda. Udang Galah Memasak? Impak Maksima dan Dunia Baru The Movie BANGGA: "Nordin" menerima cek contoh daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A Hassan setelah diisytiharkan sebagai pemenang. CERIA: Pemenang gembira bergambar bersama piala yang dimenangi. Oleh Amran Abdullah

Upload: truongthuan

Post on 04-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Peserta cacat penglihatan, Nicholas Charles Parson, daripada Universiti New

South Wales, Australia muncul sebagai juara pertandingan bagi kategori antarabangsa Pertandingan akhir Pidato An-tarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Timbalan Perdana Menteri. Pertandingan ini ber-langsung pada 22 Februari yang lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Nicholas atau nama Melayunya Nordin menyampaikan pida-tonya yang berjudul “Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat” dengan baik dan berke-san dalam bahasa Melayu sete-lah mempelajarinya selama dua tahun.

Penganjuran PABM buat kali kedua bermatlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa teknolo-gi dunia kian nyata dengan ada-nya pertandingan ini. Keupayaan peserta daripada pelbagai bangsa bermain dengan kata meluahkan idea bergema di dalam Dewan Merdeka membawa harapan ba-hasa Melayu akan terus bergema di persada dunia.

Pertandingan ini juga telah menghimpunkan peserta da-

ri banyak negara di dunia, antaranya dari Filipina, Viet-nam, Australia, India, Sri Lanka, Korea Selatan, Mesir, Uzbekistan, Belanda, Jerman, Perancis, Romania, Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat

PABM turut mempertan-dingkan kategori Nusantara yang dimenangi oleh Farhan Nor Diayana Samsudin, pela-jar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tajuk “Malaysia Mampu Mencapai Taraf Negara Maju”.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A Hassan yang mem-bacakan teks Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyebut, “kerajaan akan meneruskan komitmen untuk memartabatkan bahasa Melayu sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi negara dan usaha ini akan dite-ruskan ke peringkat global mela-lui usaha agresif mengantara-bangsakan bahasa Melayu”.

Penubuhan Majlis Antara-bangsa Bahasa Melayu (MABM) pada 21 Ogos tahun 2000 mem-buktikan komitmen kerajaan

untuk memperkasakan bahasa Melayu di peringkat antara-bangsa. Semua pencinta dan pejuang bahasa diseru untuk mengubah minda agar tidak lagi hanya memperjuangkan bahasa Melayu di peringkat tempatan, sebaliknya menjadi lebih krea-tif dan inovatif untuk menawan

minat bangsa asing menguasai bahasa Melayu. Bahasa Melayu harus relevan dengan perubahan zaman supaya sentiasa berkem-bang dan dinamik.

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu merupakan manifestasi komitmen dan hasrat kerajaan serta rakyat Malaysia melihat

bahasa Melayu berkembang subur di persada dunia. Penglibatan lebih 40 buah negara di selu-ruh dunia dalam pertandingan ini jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu juga mempunyai kekuatan untuk mengumpulkan budaya daripada pelbagai bangsa di seluruh dunia.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

PABM Menghimpunkan Budaya Pelbagai Bangsa

BH PILIH L12 19 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Penggiat industri filem dan drama tempatan kini dili-hat semakin ghairah meng-

gunakan nama Melayu berbaur Inggeris pada judul filem dan drama terbitan mereka.

Usaha penerbit filem Impak Maksima menggunakan bahasa kebangsaan pada judul filem ter-babit seharusnya diberi pujian meskipun terdapat kesilapan pada ejaannya, iaitu “maksima” yang seharusnya dieja “maksi-mum”. “Maksimum” merupakan istilah bahasa Melayu yang di-serap daripada bahasa Inggeris melalui proses penyesuaian ejaan, iaitu hanya huruf “x” ditu-karkan kepada “ks”. Oleh itu, ejaan yang betul ialah “maksi-mum” bukannya “maksima”.

Namun, usaha menerbitkan

semula filem terbabit ke dalam bentuk drama dengan menambah ungkapan The Series menjadikan judul drama tersebut berbaur antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, iaitu Impak Maksima The Series. Sekiranya bahasa Melayu hendak digu-nakan, ungkapan yang tepat ialah Siri Impak Maksimum atau Impak Maksimum Siri 1.

Sementelahan itu, sejak kebe-lakangan ini, penggiat filem tempatan semakin cenderung menambah ungkapan The Movie pada judul filem atau drama ter-bitan mereka. Bermula dengan Senario The Movie (1999), kini lahirnya Gerak Khas The Movie (2001), Anak Mami The Movie (2002), Aku Kaya The Movie (2003), Gerak Khas The Movie II (2002), Gerak Khas The Movie III (2003), Dunia Baru The Movie (2008), dan yang bakal menemui penonton, Senario The Movie: Episode 1. Ungkapan The Movie ini sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu hanya membawa maksud “filem”. Oleh itu, judul filem tersebut tidak lagi perlu ditambah dengan ung-kapan “filem” kerana penggu-naannya akan dianggap lewah. Oleh itu, penggiat filem terbabit seharusnya mengekalkan nama asal filem tersebut tanpa menam-bah ungkapan The Movie supaya judul filem tersebut tidak stereo-

taip dengan judul filem lain yang menggunakan ungkapan The Movie, malahan mencerminkan jati diri Malaysia.

Penggunaan bahasa asing sepe-nuhnya seperti bahasa Inggeris pada judul filem, iaitu Black Maria dan I Know What You Did Last Raya serta bahasa Latin, iaitu Pesona Non Grata seha-rusnya dielakkan kerana tidak mencerminkan identiti filem Malaysia.

Penggiat industri filem pada masa ini seharusnya mencon-tohi penggiat filem yang berjaya menghasilkan filem yang mampu meraih keuntungan berlipat ganda meskipun memilih judul dalam bahasa Melayu seperti Sembilu II dan Jangan Pandang Belakang.

Justeru, penggiat filem dan drama tempatan diharap-kan dapat menjadikan filem dan drama terbitan mereka sebagai wadah mengangkat dan mendaulatkan bahasa kebang-saan kita, iaitu bahasa Melayu kerana sejarah membuktikan hanya filem yang mengangkat bahasa dan budaya bangsanya berjaya mendapat pengiktiraf-an di peringkat antarabangsa. Penggiat industri filem negara seharusnya menyedari peranan mereka amat penting dalam merekayasa bahasa Melayu kepa-da masyarakat.

Oleh Normala Mohamad Yusof

Oleh Rohayu Ismail

APA SUDAH JADI?

Restoran Rehat dan Rawat Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang cukup

terkenal di kalangan penduduk di kawasan tersebut dan penggu-na jalan raya Rompin – Muadzam Shah. Nama restoran itu juga ber-sinonim dengan udang galah, iaitu hasil utama Sungai Rompin, sungai yang banyak udang galah di negeri Pahang.

Kawasan restoran bukan sahaja dihiasi dengan replika udang galah, malah papan tanda serta sepanduk yang menguar-uarkan masakan udang galah di restoran tersebut. Antara papan tandanya bertulis, “UDANG ADA MASAK Di SINI”.

Sudah pasti pelancong dan pe-ngunjung yang datang ke sini akan memilih masakan udang galah Sungai Rompin yang dikatakan pejal isinya serta enak d i m a k a n . N a m u n , dalam ke-enakan itu muncul pula kelucuannya.

U d a n g galah yang m e m a s a k atau tukang masak yang masak la-uk udang g a l a h ? S u n g g u h m e n g e -j u t k a n s e k a l i

kalau udang galah yang masak atau iklan itu sememangnya dise-ngajakan untuk memikat pelancong. Demikian juga halnya penulisan huruf “i” (Di SINI), penggunaan huruf kecil yang bercampur dengan huruf besar tidak boleh dijadikan sebagai satu gaya penulisan. Oleh itu, sepanduk tersebut sepatutnya ditulis “Masakan Udang Ada di Sini” atau “Masakan Udang Galah Sungai Rompin Ada di Sini”.

Hantarkan sebarang kesa-lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah isti-mewa menunggu anda.

Udang Galah Memasak?Impak Maksima danDunia Baru The Movie

BANGGA: "Nordin" menerima cek contoh daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A Hassan setelah diisytiharkan sebagai pemenang.

CERIA: Pemenang gembira bergambarbersama piala yang dimenangi.

Oleh Amran Abdullah